The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDISI GURU MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANG YOKE CHU, 2020-09-04 00:08:56

EDISI GURU MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2020

EDISI GURU MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2020

PROJEK KEMENJADIAN MURID MELAKA (KM2)
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

PROJEK KEMENJADIAN MURID MELAKA (KM2)
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

___________________________________________________________________________________________

Alhamdulillah, dengan izin dan inayah-Nya, Modul Gemilang SPM bagi
tahun 2020 telah dihasilkan. Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada
guru-guru yang sentiasa menghulurkan sokongan dan bantuan kepada Jabatan
Pendidikan Melaka dalam mengimplementasikan misi dan visi jabatan.

Bersama-samalah kita dengan prinsip open the new horizon, menilai dan
menganalisis strategi dan taktikal agar dapat melakukan penambahbaikan dalam
pendidikan. Prinsip ini menjadi batu loncatan dan motivasi untuk kita melakukan
inisiatif dan tindakan yang mencabar proses atau challenge the process. Guru
mesti mempunyai hasrat yang tinggi dan penuh keterujaan untuk melihat prestasi
pelajar maju secara holistik. Oleh itu, penghasilan Modul Gemilang SPM merupakan
salah satu strategi untuk membantu peningkatan pencapaian para pelajar negeri
Melaka yang berimpak tinggi dan selari dengan slogan kita “Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Dengan demikian, penerokaan ilmu dan
pengalaman serta sumber dihasilkan, dicipta dan digembleng bagi memastikan
aspirasi sistem bertambah maju dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi
murid.

Pihak Jabatan Pendidikan Melaka dengan seikhlasnya merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pakar yang
telah berusaha dengan begitu gigih untuk menghasilkan modul ini khususnya untuk
dimanfaatkan oleh kelompok sasaran agar pelajar menguasai kemahiran dengan
lebih efektif. Usaha gigih dan komitmen daripada semua yang terlibat
menggambarkan kualiti pendidik di Melaka berada pada tahap yang sungguh
cemerlang. Teruskanlah usaha murni dengan menyediakan modul-modul yang
berinovasi serta kompetitif yang memberi impak besar kepada kecemerlangan
pelajar di negeri Melaka.

Semoga matlamat dan hasrat murni ini dapat membantu para pelajar menggapai
cita-cita mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Insya-Allah.

Sekian, wassalam.

Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

i

PROJEK KEMENJADIAN MURID MELAKA (KM2)
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

___________________________________________________________________________________________

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, penghasilan
Modul Gemilang SPM bagi tahun 2020 dapat direalisasikan. Ini merupakan usaha
murni yang memerlukan kolaboratif akrab antara Jabatan Pendidikan Melaka (JPM)
khasnya Sektor Pembelajaran dengan guru-guru pakar negeri Melaka dalam
menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan dan
melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran serta kelayakan dalam
persaingan dunia realiti.

Bagi mengangkat martabat pendidikan negeri Melaka lebih cemerlang, Projek
Kemenjadian Murid Melaka @KM², telah digerakkan agar mencapai misi dan visi
yang telah disasarkan. Semua para pegawai di JPM, PPD dan pentadbir sekolah
serta warga pendidik akan sentiasa memastikan pelaksanaan pada peringkat
sekolah selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah
Jabatan Pendidikan Melaka iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera.”

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pegawai Sektor
Pembelajaran serta ahli panel warga pendidik yang bergabung tenaga dan idea
dalam penghasilan modul ini. Sesungguhnya besar harapan kita semua agar Modul
Gemilang Bahasa Melayu SPM ini dapat dimanfaatkan oleh para guru dengan
sebaik-baik yang mungkin agar dapat memberikan kejayaan berimpak besar kepada
Kemenjadian Murid Melaka @KM², khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

ii

PROJEK KEMENJADIAN MURID MELAKA (KM2)
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

___________________________________________________________________________________________

JAWATANKUASA PANEL MODUL BAHASA MELAYU
SPM 2020

Penasihat

Tuan Haji Ismail bin Haji Alias
Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran

Mantan Penyelaras Projek Penyelaras Projek

Hajah Samiah binti Samari Hajah Rubaiya binti Abu Nawas
KPPK Unit Bahasa KPPK Unit Bahasa

Setiausaha Projek

Helmi bin Murid
PP Unit Bahasa

Panel Kawalan Mutu Panel Kawalan Mutu Panel Kawalan Mutu

Hajah Reny Azreena bt Abd Rahman Rosliza binti Basar Norasiah binti Ahmad
SISC+ PPD Jasin SISC+ PPD Melaka Tengah SISC+ PPD Alor Gajah

Panel Pakar Bahasa Melayu

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya
tahun 1989 dan Diploma Pendidikan Universiti Malaya. Mula
berkhidmat di SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis
pada Jun 1990. Kini berkhidmat di SMK Datuk Bendahara,
Jasin, Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Noraini binti Mohd Yusof Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam Bidang Ekonomi
Ismail bin Md Nor dan Antropologi dari Universiti Sains Malaysia dan Sijil Perguruan
dalam bidang Pengajian Melayu dari Institut Bahasa. Bertugas sebagai
GKMP Bahasa. Mantan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Pengalaman
sebagai JUK/JU MBMMBI, JUK/JU Literasi Bacaan Pembina Item
Bahasa Melayu peringkat negeri dan daerah, hakim Bahas Ala
Parlimen peringkat negeri dan kebangsaan, Ketua Pentaksir Kawasan
PT3 Bahasa Melayu dan berpengalaman mengajar BM lebih 30 tahun.
Berkhidmat di SMK Pulau Sebang, Melaka.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

iii

PROJEK KEMENJADIAN MURID MELAKA (KM2)
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

___________________________________________________________________________________________

Abd. Samad bin Aziz Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Pertama di Universiti Putra Malaysia tahun 2001. Mula berkhidmat di
SMK Pulau Ketam, Selangor DE pada 1/12/1989 dan telah berpindah
ke Melaka setelah 4 tahun berkhidmat di sana. Sekarang bertugas
sebagai GKMP Bahasa di SMK Tun Syed Zahiruddin selama 6 tahun
dan telah mengajar di sana selama 9 tahun. Pernah memperoleh
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 2 kali iaitu 2002 dan
2015 dan juga menjadi penceramah BM 1 SPM.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan
dalam bidang Pengajian Kesusasteraan di Universiti Sains
Malaysia tahun 2007. Mula berkhidmat di SMK Seri Kampar
Perak pada 1 November 2007. Seterusnya berpindah ke SMJK
Notre Dame Convent Melaka pada tahun 2010 sehingga kini.

Muhammad Redzwan bin Abbas

Rugayah binti Yahya Berkelulusan Sijil Perguruan tahun 1989 di Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka (MPPM) dan Ijazah Pendidikan
(PBMP) dari Universiti Putra Malaysia tahun 2000. Mula
berkhidmat di SMK Gombak Setia pada 1 Disember 1989.
Berpindah ke SMK Ghafar Baba tahun pada Disember 1990 hingga
Februari 2017 seterusnya di SMK Hang Kasturi hingga kini.

Nur Daliza binti Che Daud Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan
USM pada tahun 1996 hingga 1999. Memulakan perkhidmatan
di Sekolah Tun Fatimah , Johor Bahru . Mendapat gelaran Guru
Cemerlang bermula tahun 2009 hingga kini. Kini berkhidmat
sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Sains Muzaffar Syah , Melaka.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Kelas Pertama
Universiti Malaya dan mendapat Sijil Perguruan Asas di Maktab
Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada 1988. Sekarang
bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah.
Merupakan antara Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Melaka.

Khamisah binti Baba

Khadijah binti Ahmad Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan
Pedagogi,UKM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan UKM.
Mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Kota
Bharu dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah. Beliau memulakan
perkhidmatan di SMK (P) Puterijaya, KL dan berpindah ke SMK Datuk
Bendahara, Jasin, Melaka pada tahun 2003. Berpengalaman 24 tahun
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, Beliau merupakan
Munsyi Dewan Bahasa dan kini memegang jawatan GKMP
Kemanusiaan di SM Tahfiz Al Quran Chenderah Jasin, Melaka sejak
2018.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

iv

PROJEK KEMENJADIAN MURID MELAKA (KM2)
JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

___________________________________________________________________________________________

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan,
USM pada tahun 1990 dalam bidang Geografi dan Kesusasteraan
Melayu). Mula berkhidmat pada tahun 1990 dan kini berkhidmat
di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah.

Hjh NorAzlina binti Mat Said

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, UKM (1992) dan

Diploma Pendidikan, UKM (1993). Mula berkhidmat sebagai

pendidik di SMKA Segamat, Segamat Baru, Johor pada tahun
1993. Kini, berkhidmat di SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub,

Merlimau Melaka sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa.

Habibah binti Akob

Zamzarina binti Misnan Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan
Melayu (Major)/ Bahasa Melayu (Minor) daripada UPSI. Mula
berkhidmat sebagai pendidik di SMK Dato Abdul Rahman
Yassin (SDARY) Johor Bahru pada tahun 2010 dan sekarang
berkhidmat di SMK Nyalas, Asahan Melaka sebagai guru Bahasa
Melayu.

Lis Quraisin binti Dolhalit Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian, UPM
dalam bidang Pengajian Melayu. Memperoleh Sijil Perguruan Asas
daripada Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Berpengalaman mengajar
selama 26 tahun dan pernah menjadi Guru Cemerlang BM 2014 - 2016
Kini beliau bertugas sebagai GKMP Bahasa di SMK Seri Tanjong,
Melaka.

Roslan bin Kasim Berkelulusan Ijazah Pertama dari Universiti Malaya dalam
bidang Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan di Institut
Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa Melayu/ Sejarah). Bergerak
aktif sebagai hakim dalam pertandingan koakademik Bahasa
Melayu peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan
Pengerusi Teknik Pertandingan Forum Remaja Daerah
Jasin.Kini,bertugas sebagai GKMP Bahasa SMK Tinggi
Perempuan Melaka.

Ariffin bin Mokhtar Berkelulusan Ijazah Pertama Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu
Pertama) dan Sijil Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Sri
Pinang, Pulau Pinang. Berpengalaman mengajar mulai 1990 hingga
sekarang. Bergerak aktif sebagai hakim pertandingan koakademik
Peringkat Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka dan Penceramah
Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 dan Kesusasteraan
Melayu SPM serta Pembina Item Bahasa Melayu SPM peringkat
Daerah Alor Gajah.

Syahiful Kamariah binti Mohamad Mendapat pendidikan awal di Ipoh dan di Kuala Lumpur.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Rancangan Bahasa Melayu
Universiti Malaya 1999, Beliau memperoleh Diploma Pendidikan
melalui pengajian KPLI di Institut Bahasa Melayu Malaysia
2000. Mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2001. Bertugas
di SM Tahfiz Al-Qur'an Chenderah sejak 2014 hingga sekarang.

___________________________________________________________________________________________

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

v

KANDUNGAN MODUL BM KERTAS 2

BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
1 SOALAN 1 : RUMUSAN
1
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
10
AKTIVITI PENGUKUHAN 11
Latihan 1
Latihan 2 14

2 SOALAN 2 PEMAHAMAN
Panduan Pemarkahan

3 SOALAN 2 (a): PETIKAN UMUM 15
17
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
Contoh Soalan lengkap 19
23
AKTIVITI PENGUKUHAN 24
Latihan 1
Latihan 2 30
Latihan 3 31

4 PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS

Analisis soalan Komsas
Teknik Menulis Jawapan: Pemahaman
Antologi Komsas

5 SOALAN 2(b) : PETIKAN PROSA MODEN

STRATEGI MENJAWAB SOALAN 32

AKTIVITI PENGUKUHAN 35
Latihan 1: Drama 37
Latihan 2: Drama 39
Latihan 3: Drama 41
Latihan 4: Cerpen 44
Latihan 5: Cerpen 47
Latihan 6: Cerpen

vi

BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
6 SOALAN 2(c): PETIKAN PROSA TRADISIONAL

STRATEGI MENJAWAB SOALAN 49

AKTIVITI PENGUKUHAN 52
Latihan 1 : Prosa Tradisional 54
Latihan 2: Prosa Tradisional 56
Latihan 3: Prosa Tradisional

7 SOALAN 2(d) :PETIKAN PUISI TRADISIONAL

STRATEGI MENJAWAB SOALAN 58

AKTIVITI PENGUKUHAN 62
Latihan 1: Gurindam 64
Latihan 2: Gurindam 66
Latihan 3: Gurindam 68

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
PUISI MODEN

AKTIVITI PENGUKUHAN 70
Latihan 4: Sajak 74
Latihan 5 (i): Sajak 74
Latihan 5 (ii): Sajak 76
Latihan 6 (i): Sajak 77
Latihan 6 (ii) Sajak 80
Latihan 7 (i): Sajak 80

Latihan 7 (ii): Sajak

8 SOALAN 3 :PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Analisis Lengkap Soalan 3 81

9 SOALAN 3 (a) :MORFOLOGI 84
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
AKTIVITI PENEGUHAN 86
Latihan 1 87
Latihan 2 87
Latihan 3
88
AKTIVITI PENGUKUHAN 89
Latihan 1 90
Latihan 2
Latihan 3

vii

BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
10 SOALAN 3(b) :SINTAKSIS
91
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
92
AKTIVITI PENEGUHAN 93
93
Peneguhan 1: JENIS-JENIS AYAT 93
Peneguhan 2: SUBJEK/PREDIKAT & 93
POLA AYAT 94
Peneguhan 3: AYAT BIASA & AYAT 99
SONGSANG 99
Peneguhan 4: AYAT BIASA & AYAT
SONGSANG 100
PeneguhaN 5: AYAT AKTIF & AYAT 101
PASIF 101
Peneguhan 6: AYAT BIASA & AYAT
SONGSANG
Peneguhan 7: CAKAP AJUK DAN
CAKAP PINDAH
Peneguhan 8: CAKAP AJUK DAN
CAKAP PINDAH

AKTIVITI PENGUKUHAN

Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3

11 SOALAN 3(c) :KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

STRATEGI MENJAWAB SOALAN 103

12 SOALAN 3(d) :KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN TATABAHASA

STRATEGI MENJAWAB SOALAN 107

13 SOALAN 3(e) :PERIBAHASA 113
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
117
AKTIVITI PENGUKUHAN 118
Latihan 1 120
Latihan 2
Latihan 3

14 SOALAN 4 : NOVEL 122
STRATEGI MENJAWAB SOALAN 122

ANALISIS SOALAN 123
125
AKTIVITI PENEGUHAN
Teknik Memahami Soalan
Membuat Rangka Jawapan Novel

viii

CONTOH JAWAPAN CALON SPM 126
127
PENGGUNAAN KATA KUNCI YANG
BETUL 128
130
AKTIVITI PENGUKUHAN NOVEL 133
134
Latihan 1 135
Latihan 2 138
Latihan 3 139
Latihan 4 139
Latihan 5
Latihan 6 146
Latihan 7 146
Latihan 8 146

MUDAHNYA BELAJAR NOVEL

Aktiviti Pengukuhan 1
Aktiviti Pengukuhan 2
Aktiviti Pengukuhan 3

# RUANGAN DI ATAS PERLU DIISI OLEH GURU/MURID UNTUK TUJUAN
PEMANTAUAN

ix

SOALAN 1:RUMUSAN

Soalan 1: (30 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

i) Jawapan setakat 120 perkataan sahaja.

ii) Tulis dalam 4 perenggan.

iii) Jika isi tersirat ada dalam isi tersurat tidak diterima.

- Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

- Jika bahasa kurang memuaskan, tolak 1 markah.

- Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan akan diberi 0 markah.
iv) Jangan tulis dalam bentuk poin – kerana walaupun markah isi penuh tetapi

markah bahasa ditolak

v) Markah bahasa ½ (50%) daripada markah biasa.

- Contoh: I - 12

B - 3 (6 –50%)

15

vi) Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20markah]
Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
- Nama khas
- Perkataan berulang
- penggunaan kata depan di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

BAHAGIAN MARKAH MARKAH
(i) Pendahuluan
(ii) Isi Tersurat 2
(iii) Isi Tersirat
(iv)Penutup/ Kesimpulan 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

12 11 10 9 8 7 6 5 4

2

Jumlah Markah 20

1

(b) Bahasa (10markah)
(i) Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada ½ markah isi.
(ii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan,ayat demi ayat
walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan,
berikan 0 markah untuk bahasa.

PERINGKAT MARKAH MARKAH HURAIAN
Baik ISI BAHASA
− Kesinambungan isibaik
18 -20 9 - 10 − Struktur ayat/tatabahasa baik
15 -17 7-9 − Kosa kata luas
− Tanda baca/ejaan betul
Sederhana 12 - 14 6 -7 − Kesinambungan isi masih baik
8 - 11 4 -6 − Struktur ayat/tatabahasa masih

Lemah 1-7 1-4 memuaskan
− Kosa kata masih memuaskan
− Tanda baca / ejaan juga

memuaskan
− Pada keseluruhannya dalam serba

kekurangan/tidak memuaskan.

PENDAHULUAN RUMUSAN

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN (P)

Punca-punca Faktor-faktor, sebab-sebab

Masalah-masalah Kekangan, halangan, kesulitan,kerumitan,rintangan

Kesan-kesan/kesan buruk Akibat, implikasi, natijah, impak

Langkah-langkah Cara-cara, usaha-usaha, pendekatan,
tindakan,strategi,mekanisme,kaedah,penyumbang

Kepentingan/kesan baik Faedah, manfaat, kebaikan,keistimewaan,kelebihan

Peranan Tugas, tanggungjawab, fungsi,kewajipan

Ciri-ciri Kriteria, sifat, keperluan

Persediaan-persediaan Persiapan, langkah-langkah, usaha, tindakan,
kesiapsiagaan, keperluan

a) Mengenal pasti kata kunci (FOKUS 1) dalam soalan:cara-cara
b) Senaraikan kata sinonim kepada kata kunci: sebab, faktor,penyumbang
c) Mengenal pasti kata kunci (ISU) dalam soalan: cara-cara menangani lumba

haram
d) Mengenal pasti kata kunci (FOKUS 2) dalam soalan:kekangannya

2

CONTOH KATA YANG SESUAI / SEERTI UNTUK PENDAHULUAN

Peranan Industri Kecil dan Sumbangan/ kepentingan/ fungsi/
Sederhana dalam tugas/tanggungjawab
pembangunan ekonomi usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/
negara. pendekatan/ strategi/tindakan
Kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ hambatan
Langkah-langkah untuk Langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-
meningkatkan kesedaran usaha/ pendekatan/ strategi
moral masyarakat. Faedah/ manfaat/kepentingan/ kebaikan/
keberkesanan/kemaslahatan
Masalah yang dihadapi oleh Faedah-faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
sektor perubatan awam dan
cara mengatasi. Manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan

Cara-cara mengurus tekanan Faktor-faktor /sebab-sebab
dan kepentingan pengurusan
tekanan kepada individu. Implikasi/impak/akibat/keburukan/natijah

Kelebihan kerja berpasukan Faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
dan cara-cara pemimpin
membentuk kerja Kriteria/ sifat
berpasukan.
Punca-punca /sebab-sebab
Kepentingan terumbu
karang di Malaysia dan Faedah/manfaat/kepentingan/kelebihan/
kaedah pemuliharaannya. keberkesanan/kemaslahatan

Faedah membaca dan cara-
cara menggalakkan budaya
membaca dalam kalangan
masyarakat.

Punca-punca keracunan
makanan dan kesan-kesan
keracunan makanan.

Kesan pemanasan global
dan sebab-sebab masyarakat
kurang mengambil berat
terhadap fenomenaini.

Kepentingan berpeluh
kepada manusia dan cara-
cara menggalakkan
masyarakat melibatkan diri
dalam aktiviti yang
mengeluarkan peluh.

Ciri-ciri perunding yang
berkesan dan usaha-usaha
untuk meningkatkan
kemahiran berunding.

Faktor-faktor berkurangnya
bekalan air bersih dan cara-
cara menyedarkan
masyarakat supaya berhemat
dalam penggunaan air.

Kebaikan hutan bandar
dancara-cara mengekalkan
hutan bandar.

3

Tindakan mengatasi Usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/
masalah disiplin murid di pendekatan/ strategi/langkah-langkah
sekolah dan kesan masalah
itu kepada negara.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN KARANGAN

Soalan 1: (30 markah)
TAJUK: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN UMUM

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fenomena lumba haram ada di mana-mana pelosok di negara ini tidak kira di
bandar besar mahupun di pekan kecil. Jika di Kuala Lumpur, kawasan tumpuan
sebagai litar lumba haram ialah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan
Jalan Bangsar.

S1Tindakan pegawai kanan polis menyamar sebagai mat rempit dianggap
taktikberkesanuntukmendekatikumpulanremajabermotosikalyangsukamenyertai
lumba haram. Langkah ini ternyata berkesan apabila berjaya menahan kira-kira 160
daripada ratusan remaja yang berkumpul untuk menyertai lumba haram di sekitar
Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut. Kita percaya kaedah itu dapat mengesan
ramai pelumba haram yang kebanyakannya remaja atau pelajar sekolah menengah,
institusi pengajian tinggi selain belia yang sudah bekerja.

Selain ituS2penggunaan helikopter dalam sesuatu operasi sebagai
kaedah terbaharu disifatkan langkah terbaik untuk membanteras lumba haram.
Dengan kaedah ini, polis dapat membuat pemantauan menerusi ruang udara
dengan lebih menyeluruh terhadap lokasi tumpuan pelumba haram berkenaan.
Natijahnya, percubaan kali pertama ini yang turut menggunakan 8 buah kenderaan
awam seperti trailer, lori dan bas kilang memudahkan sekatan dibuat dan sekali gus
menghalang pelumba haram itu melarikan diri.

HakikatnyaS3 undang-undang sedia ada ialah pelengkap untuk
mengekang perbuatan pesalah berkenaan. Mengikut Seksyen 42 Akta
Pengangkutan Jalan(APJ) 1987, mereka yang melakukan kesalahan pertama lumba
haram boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 5 tahun dan denda maksimum
RM 15,000 atau kedua-duanya. Di samping itu, S4Kementerian Pengangkutan juga
mewujudkan subseksyen baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi
membolehkan penaja atau penonton lumba haram dikenakan tindakan.
S5Kementerian juga akan meminda Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)
berkenaan iaitu mereka yang menaja lumba haram boleh dikenakan tindakan
lebih keras.

Langkah S6Kelab Permotoran Malaysia menganjurkan perlumbaan
motosikal di tengah ibu kota merupakan program khas untuk menangani gejala

4

lumba haram. Langkah ini amat relevan dan menjadi alternatif untuk menggalakkan
golongan muda menyertai kegiatan itu secara sihat. Statistik pada tahun 2005
menunjukkan bahawa penunggang motosikal mencatat 67.9 peratus daripada
keseluruhan jumlah kematian diikuti pemandu kenderaan (23 peratus) dan pejalan
kaki (9.1 peratus).

Lantaran itu kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menangani isu
berkenaan. Dalam hal ini S7Majlis Keselamatan Jalan Raya diberi tanggungjawab
untuk menyediakan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) di
sekolah. Bagi mengukuhkan pelaksanaan program tersebut,S8Kelab Keselamatan
Jalan Raya diwujudkan di sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum.

Oleh itu, pendidikan keselamatan jalan raya yang diajar sejak peringkat awal
lagi ialah senjata terbaik yang dapat memupuk kesedaran dan menanamkan disiplin
diri yang tinggi kepada generasi sekarang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pendidikan Strategi Awal
Tangani Lumba Haram oleh Jami‟ah Shukri,Berita Harian)

Contoh Keterangan/Pelengkap dalam Pendahuluan 1

Keterangan Tempat Di negara kita / di negara ini
(di mana?) Di Malaysia
Di sekolah-sekolah
Keterangan Masa
(bila ?) Kini
Pada masa ini
Keterangan Kelompok Pada zaman ini
(siapa?)
Dalam kalangan murid
Dalam kalangan ibu bapa
Dalam kalangan masyarakat

CONTOH PENDAHULUAN 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

- Petikan membincangkan SINONIM F1 + ISU + KETERANGAN
@ PELENGKAP)

- PENDAHULUANLENGKAP
Petikan membincangkan langkah-langkah menangani / membanteras lumba

haram dalam kalangan remaja.

5

CONTOH PENDAHULUAN 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

(Ayat pendahulan diambil daripada AYAT ARAHAN PERTAMA SOALAN, SINONIM,
dan SALIN KATA KUNCI ARAHAN SOALAN 2(a)(ii)

- Petikanmembincangkan. SINONIM F1 + ISUdan
SALIN KATA KUNCI ARAHAN SOALAN 2(a)(ii)

- PENDAHULUANLENGKAP
Petikan membincangkan langkah-langkah menangani / membanteras lumba

haram dan langkah-langkah menangani / membanteras lumba haram.

CONTOH PENDAHULUAN 3:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menangani lumba haram dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

- Rumusan membincangkan SINONIM F1 + ISU dan
SALIN ARAHAN ISI TERSIRAT-F2)

- PENDAHULUANLENGKAP
Rumusan membincangkan langkah-langkah menangani / membanteras lumba

haram dankekangannya.

#CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN PENDAHULUAN 3 KETIKA MENULIS
JAWAPAN RUMUSAN:

Rumusan membincangkan
(SINONIM F1 + ISU ) dan
(SALIN ARAHAN ISI TERSIRAT-F2)

6

ISI TERSURAT RUMUSAN

TEKNIK MENCARI ISI TERSURAT(S)

Fokus pertama dalam soalan.
Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 1 soalan.
Kata tugas untuk FOKUS 1 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan
isi tersurat.
Gariskan fokus soalan.
Cari isi tersurat sebanyak yang mungkin.
Biasanya terdapat 8 hingga 10 isi tersurat dalam petikan.
Tulis 7-8 isi tersurat.
Contoh tidak perlu.
Huraian tidak perlu.
Bina ayat yang lengkap.
Pastikan ayat ada subjek dan predikat.
Jangan olah isi.
Tulis isi tersurat dalam perenggan kedua.

CONTOH JAWAPAN ISI TERSURAT

Isi Tersurat (Cara-cara menangani lumba haram)

S1Tindakan pegawai kanan polis S5Kementerian juga akan meminda

menyamar sebagai mat rempit Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)

berkenaan iaitu mereka yang menaja lumba

haram boleh dikenakan tindakan lebih keras.

S2Penggunaan helikopter dalam sesuatu S6Kelab Permotoran Malaysia menganjurkan

operasi sebagai kaedah terbaharu perlumbaan motosikal di tengah ibu kota

S3Undang-undang sedia ada ialah S7Majlis Keselamatan Jalan Raya diberi

pelengkap untuk mengekang perbuatan tanggungjawab untuk menyediakan Program

pesalah berkenaan. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR)

di sekolah.

S4Kementerian Pengangkutan juga S8Kelab Keselamatan Jalan Raya diwujudkan

mewujudkan subseksyen baru di di sekolah sebagai salah satu aktiviti

bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kokurikulum

Antara cara menangani lumba haram ialah (S1) ,
. Selain itu,
(S2) ,dan (S3)
,dan
(S4) , (S5)

(S6) .

7

ISI TERSIRAT RUMUSAN

TEKNIK MENCARI ISI TERSIRAT(T)

Fokus kedua dalam soalan.
Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 2 soalan.
Kata tugas untuk FOKUS 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan
isi tersirat.
Biasanya: masalah, cadangan, kebaikan, keburukan, kekangan, cara-cara
menangani.
Berikan 3 atau 4 isi.
Tulis isi tersirat dalam perenggan ketiga.
Berikan pendapat yang logis.
Jangan ambil isi yang ada dalam petikan.
Tiada markah isi sekiranya isi tersebut diambil daripada petikan.
Ayat tersebut perlu gramatis dan lengkap dan boleh menggunakan ayat majmuk.

CONTOH JAWAPAN ISI TERSIRAT

Isi Tersirat (Kekangan menangani lumba haram)
T1Kekurangan kakitangan untuk menjalankan operasi.
T2Kurang kerjasama daripada pelbagai pihak.
T3Operasi menangani lumba haram diadakan secara bermusim.
T4Petugas yang membuat operasi terdedah kepada bahaya.
T5Ada pemberi maklumat dalam kalangan pelumba menggagalkan operasi yang
diadakan.

Antara kekangannya ialah (T1) , (T2) ,
dan (T3) .

8

KESIMPULAN

TEKNIK MENULIS KESIMPULAN

Mengandungi CADANGAN + HARAPAN / SYOR / LANGKAH-LANGKAH
(Siapa?) & (?)

1 2 3 DAN 4 5 6
(HARAPAN)
(CADANGAN) hendaklah (ISU) supaya
perlulah agar
- Kerajaan haruslah bekerjasama / bekerjasama / demi
- Rakyat mestilah berganding bahu berganding untuk
- Semua pihak /menggembleng bahu /
- Setiap kerana
tenaga menggembleng
individu + tenaga
- Masyarakat +
- Pihak polis ISU(+)
- Pihak ISU (-)
mengamalkan menangani
berkuasa membanteras
- Pihak sekolah memajukan mengelakkan
- Ibubapa menjauhi
menggalakkan
meningkatkan
memartabatkan
memperkasakan

membudayakan

CONTOH JAWAPAN MENULIS KESIMPULAN

1 2 3 DAN 4 gejala 5 6
(CADANGAN) (ISU) lumba (HARAPAN)
hendaklah haram supaya
- Kerajaan perlulah bekerjasama / agar kes lumba haram
- Semua pihak haruslah berganding bahu / demi dalam kalangan
- Masyarakat mestilah
- Pihak menggembleng remaja dapat
tenaga diatasi/
berkuasa +
dikurangkan.
menangani/
membanteras

9

AKTIVITI PENGUKUHAN RUMUSAN

LATIHAN 1 (PENDAHULUAN)
KATA YANG SESUAI/SEERTI UNTUK PENDAHULUAN

BIL SKOP SOALAN KATA YANG SESUAI
UNTUK PENDAHULUAN
1 Langkah-langkah untuk meningkatkan
penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan
kakitangan kerajaan dan kesannya.

2 Faedah penubuhan badan khas bagi
membantu pesakit kronik dan sebab-sebab
penubuhannya.

3 Faktor-faktor yang menyebabkan penyakit
kencing manis dan cara-cara untuk
mengelakkannya.

4 Kesan pemanasan global dan sebab-sebab
masyarakat kurang mengambil berat terhadap
fenomena ini.

5 Peranan media massa dan langkah menyekat
penerbitan bahan yang negatif.

6 Manfaat proses kitar semula dan masalah-
masalah pelaksanaannya di Malaysia.

7 Kekangan dalam usaha mewujudkan semangat
patriotik dan peranan ibu bapa untuk
merealisasikan usaha tersebut.

8 Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara
pemimpin membentuk kerja berpasukan.

9 Sebab-sebab dadah mesti diperangi dan
rintangannya.

10 Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara
mengatasi masalah sukar tidur.

11 Masalah untuk menghapuskan gejala rasuah dan
kesan rasuah terhadap pembangunan negara.

12 Kesan bahan bacaan picisan terhadap generasi
muda dan langkah-langkah membendung
penyebarannya.

13 Faedah-faedah menderma darah dan sebab-
sebab orang ramai tidak suka menderma darah.

14 Cara-cara menguruskan kewangan dan peranan
pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya
berbelanja secara berhemat.

10

15 Punca-punca remaja terlibat dengan budaya
hedonisme dan langkah-langkah kerajaan
membendungnya.

LATIHAN 2 (PENDAHULUAN)
RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-
kesan negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung
penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Pendahuluan:-

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah
keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet
membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat
dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi
maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi.
Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek
keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan
dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan imperialisme yang dapat
meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas
menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara
yang kurang menyenangkan. Internet merupakan media yang
membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat
dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan
kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baru ini.
Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital
menyebabkan Internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan
bahan tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan
pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah,
penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta
yang banyak dilakukan dalam Internet. SeIain itu, rangkaian ini juga
digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh
media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti
mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak. Kebebasan
penyebaran maklumat menyebabkan Internet digunakan untuk

11

menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi
tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar
dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensyclopedia World Wide telah disebarkan
melalui Internet tanpa izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut
memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku
dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut
tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam
transaksi talian terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin
tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya dan moral.
Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil langkah-
langkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan Internet.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana pengarang
“Internet dan Cabarannya”, Berita Harian, 22 Ogos 2015)

CONTOH 1 UNTUK MENGHASILKAN JAWAPAN RUMUSAN

(CARA MENGISI PENDAHULUAN, ISI TERSURAT, ISI TERSIRAT, DAN
KESIMPULAN BERDASARKAN PETIKAN RUMUSAN)

Rumusan membincangkan F1(sinonim)-isu ,
dan (F2) (2markah).

Antara (F1)

ialah (S1) ,

dan (S2)

. Selain itu,

(S3) ,

dan (S4)

Seterusnya, (S5) ,

dan (S2) .

Antara (F2)

ialah (T1) .

12

Di samping itu, (T2) .

Kesimpulannya, (pihak terlibat) (cadangan)-kaitkan
dengan isu
(harapan) (2 markah).
supaya (Jumlah patah perkataan)

CONTOH 2 UNTUK MENGHASILKAN JAWAPAN RUMUSAN

(CARA MENGISI PENDAHULUAN, ISI TERSURAT, ISI TERSIRAT, DAN
KESIMPULAN BERDASARKAN PETIKAN RUMUSAN)

membincangkan(F1)

dan(F2) (2 markah).

Antara(F1)

ialah ,dan

.Selain itu,

,dan

.Seterusnya, ,dan .

Antara(F2) _

ialah .

Di samping itu, .

Kesimpulannya, _

supaya (2markah).

( patah perkataan)

13

Pelajar digalakkan supaya menulis rumusan dalam empat perenggan seperti
cadangan berikut:

a) Perenggan 1 –Pendahuluan
b) Perenggan 2 – Isi-isi tersurat(S)
c) Perenggan 3 – Isi-isi tersirat(T)
d) Perenggan 4 – Penutup(Kesimpulan)

MODUL PEMAHAMAN
Soalan 2: (35 markah)

PEMAHAMAN
STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

Bahagian ini mengandungi 4 soalan iaitu:
a) Petikan Pemahaman Rumusan (9 markah)
b) Petikan Pemahaman Prosa Moden (9 markah)
c) Petikan Pemahaman Prosa Tradisional (8 markah)
d) Petikan Pemahaman Puisi Tradisional (9 markah)

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikanseparuh
(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN PEMAHAMAN MARKAH
2
1. Soalan 2 markah: 1
DESKRIPSI 1
Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 0
Jawapan tepat tetapi ayat tidak gramatis
Jawapan kurang tepat /isi tidak cukup tetapi ayat gramatis MARKAH
Jawapan tidak tepat/ salah 3
2
2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI
Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugasan dan ayat gramatis
Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis

14

Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis 1
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 0
Isi tidak betul/ tidak releven dengan tugasan, ayat gramatis

3. Soalan 4 markah: MARKAH
4
DESKRIPSI 3
Isi cukup dan lengkap/releven dengan tugas dan ayat gramatis 2
Isi cukup dan lengkap/releven tetapi ayat kurang gramatis 1
Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 0
Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
Isi tidak betul/tidak releven dengan tugasan, ayat gramatis

SOALAN PETIKAN
UMUM

Soalan 2(a): (9 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Soalan 2(a): Petikan Umum (9 markah) 2 markah
3 markah
(i) Pemahaman Teks (Maksud rangkai kata) 4 markah
(ii) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks)
(iii) KBKK(Pendapat)

Kemahiran yang perlu dikuasai
 Memberi Maksud Rangkai Kata
 Mencari Jawapan Berdasarkan Petikan (Aspek Pengetahuan Teks/Petikan)

TEKNIK MENULIS JAWAPAN
PEMAHAMAN 2(a): PETIKAN UMUM

Baca soalan dengan teliti untuk mendapat gambaran akan kehendak soalan.
Soalan terbahagi kepada tiga iaitu:
a) Soalan maksud rangkai kata – 2 markah
b) Soalan pemahaman petikan – 3 markah
c) Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)) – 4 markah.
Jawapan perlu menggunakan ayat yang lengkap.
Untuk soalan(ii) jawapan mesti diambil daripada petikan. Andaperlu
menyalin bulat-bulat daripada petikan.
Pastikan jumlah markah yang diberikan. Jika soalan itu, tiga markah, anda
dicadangkan agar memberikan 3isi.
Untuk soalan 4 markah, anda dicadangkan untuk menghuraikan isi anda. (Isi +
Huraian). Sekiranya tiada huraian anda dicadangkan untuk menulis 4 isi.
Berikan pendapat yang logik.

15

CONTOH PEMAHAMAN UMUM 2(a)(iii) KBAT

(iii) Negara kita telah beberapa kali menghadapi krisis bekalan air.

Huraikan pendapat anda tentang cara yang berkesan bagi menangani krisis

tersebut. [4 markah]

- Membina lebih banyak empangan untuk menakung / menampung bekalan.
- Mencari sumber air alternatif / penyulingan air laut supaya bekalan air

bersih tidak terputus.
- Dasar pengagihan bekalan air / mengawal bekalan agar bekalan air bersih

dapat diterima sama rata kepada penduduk.

Jawapan Lengkap:

Pada pendapat saya,cara yang berkesan bagi menangani krisis bekalan air ialah
kerajaan perlulah membina lebih banyak empangan (isi 1) untuk menakung air (H1)
dan mencari sumber air alternatif (isi 2)supaya bekalan air bersih tidak terputus (H2).
Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar pengagihan bekalan air (isi 3)
agar dapat diterima sama rata oleh semua penduduk (H3).

Contoh Soalan 2(a)

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata taktik berkesan. [2markah]

(ii) Apakah kesan penggunaan helikopter oleh pihak polis dalam

membantu menangani lumba haram? [3markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam usaha untuk

membendung gejala lumba haram? [4markah]

Contoh cara menjawab soalan 2(a)

(i) Padankan perkataan berikut dengan maksud yang sesuai berdasarkan

konteks ayat dalam petikan.

Taktik *strategi

*penipuan

Berkesan *efektif

*terkini

Maksud rangkai kata taktik berkesan ialah .

16

(ii) - dapat membuat pemantauan menerusi ruang udara dengan lebih menyeluruh.
- penggunaan kenderaan awam dapat memudahkan tugas sekatan dibuat.
- menghalang pelumba haram itu melarikan diri.

Kesan penggunaan helikopter oleh pihak polis dalam membantu menangani lumba

haram ialah , ,

dan .

(iii) Peranan ibu bapa:
- menasihati anak-anak agar tidak melibatkan diri dalam lumba haram.
- mengawasi pergerakan anak-anak.
- memberikan pendidikan agama secukupnya.
- mengehadkan kebebasan anak-anak

Pada pendapat saya, peranan ibu bapa dalam usaha untuk membendung gejala sosial
lumba haram ialah , ,
dan ,

CONTOH LENGKAP SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
peranan pusat sumber sekolah dalam membentuk pelajar berpengetahuan dan
cara-cara pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak
mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung
ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan
merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat
pengumpulan bahan-bahan Alat Pandang Dengar (APD),sekarang kedua-dua
tempat ini diintegrasikan untuk menjadi Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Pusat Sumber Sekolah ialah suatu tempat berlakunya segala kegiatan yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Konsep PSS ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden
iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian,
setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi
memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri.

PSS seharusnya dapat membantu, membaiki kualiti pendidikan negara agar
dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan
yang akan mengganggap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian

17

daripada kemahiran hidupnya. Pada hari ini, golongan pendidik dan masyarakat
umum menyatakan bahawa kita perlu menitikberatkan minat dan kecenderungan
serta kebolehan pelajar demi menghasilkan pengajaran yang berkesan.Oleh itu,PSS
dapat disifatkan sebagai satu tempat yang dibina di sekolah yang dilengkapi dengan
alat bahan,dan kemudahan sebagai bantuan sokongan kepada tugas pengajaran
dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum, bagi tujuan
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk individu
atau kumpulan.Selain itu PSS dapat memberikan perkhidmatan yang lengkap
kepada guru-guru mata pelajaran dalam menjalankan tugas seharian mereka. PSS
juga harus mampu memberikan pimpinan dan bimbingan dalam hal-hal yang
berkaitan dengan penggunaan bahan-bahan yang sesuai serta menghasilkan bahan-
bahan yang mudah dan murah tetapi berkesan kepada pelanggannya.

Kita percaya bahawa proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai
apabila dilakukan dengan melibatkan pelbagai pancaindera manusia dengan cara
yang sebaik mungkin. Jadi, PSS disediakan bertujuan untuk memajukan sumber
pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar. Di samping itu, PSS juga dapat
membantu guru-guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran yang
dihasilkan oleh guru sendiri atau dibeli daripada pembekal swasta.

Justeru itu, dapatlah dikatakan bahawa PSS merupakan satu organisasi yang
berfungsi untuk mengumpul, menyusun, dan menyebarkan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran secara aktif. Di samping memupuk minat gemar membaca dan
membuat penyelidikan,diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan PSS,mereka
akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, matang, berdisiplin, dan dapat
mengembangkan bakat serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan
kecenderungan masing-masing.

(Dipetik dan diubahsuaikan
daripada,“PSS Membentuk Pelajar Berpengetahuan”, Pendidik

Bil. 18 2014)
Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum yang berikut dengan
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan [2 markah]
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata gedung ilmu.

(ii) Apakah kelebihan sekiranya seseorang pelajar itu gemar membaca dan

membuat penyelidikan di Pusat Sumber Sekolah? [3 markah]

18

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan minat

pelajar menggunakan Pusat Sumber Sekolah? [4 markah]

LATIHAN 1: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan pendermaan organ di negara kita dan halangan untuk menderma
organ. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penderitaan adik Teh Hui Yee,14 tahun yang bergantung hidup menggunakan
jantung mekanikal sejak setahun lalu sedikit sebanyak mula menyedarkan
masyarakat tentang perlunya penderma organ. Penderitaannya mendorong sebuah
keluarga yang baru kematian anak akibat kemalangan jalan raya, secara ikhlas
mendermakan jantung anak mereka kepada adik Teh Hui Yee. Sumbangan ini suatu
ikhtiar perubatan moden yang dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggung
pesakit. Menurut laporan Kementerian Kesihatan, sejak 1997 seramai 108,501 orang
telah mendaftar untuk menderma organ, bagaimanapun hanya 180 kes pendermaan
organ dapat disempurnakan selepas kematian penderma. Dengan adanya
pemindahan organ ini, para doktor dapat menyelesaikan masalah perubatan pesakit.

Pemindahan organ bermakna memindahkan sebahagian ataupun seluruh
organ daripada tubuh seseorang kepada individu lain yang memerlukannya. Organ
biasanya diambil daripada penderma yang telah meninggal dunia. Prosedurnya ialah
organ penerima yang gagal berfungsi digantikan dengan organ penderma. Hasilnya
membolehkan sistem badan pesakit dapat berfungsi secara normal. Namun begitu,
bukan perkara mudah untuk mendapatkan penderma organ walaupun pendermaan
organ merupakan satu kaedah perubatan paling berkesan untuk membantu pesakit
kerana tidak semua orang sanggup melakukannya. Bagi melaksanakan amalan
mulia ini sebagai amal jariah, pakar perubatan perlu mendapatkan kebenaran ahli
keluarga atau waris terdekat penderma terlebih dahulu. Selain itu, organ yang
dipindahkan tidak boleh dijadikan barang dagangan untuk urusan jual beli.
Pembedahan yang berjaya akan memberikan harapan baru kepada pesakit untuk
terus hidup.

Namun begitu, terdapat juga pembedahan yang gagal. Hal ini berpunca
daripada penolakan organ penderma oleh sistem imun tubuh penerima organ. Kesan
sampingan ubat bagi menghalang proses penolakan organ juga merupakan masalah
bagi proses pemindahan organ. Oleh itu, pemilihan penderma dan pesakit yang tepat

19

seharusnya diutamakan agar kegagalan pemindahan organ dapat dielakkan.
Dengan adanya sumbangan organ daripada orang ramai, kewujudan bank organ
dapat direalisasikan di negara ini. Pesakit pula tidak perlu menunggu begitu lama
untuk menjalani pembedahan.

Pemindahan organ dapat mengurangkan risiko kematian awal yang selama
ini menghantui pesakit. Keluarga penderma tidak perlu gusar kerana pembedahan
pemindahan organ itu disempurnakan dengan penuh rasa hormat dan
tanggungjawab. Masyarakat pula perlu sedar jika tiada penderma maka ramai
pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ akan berhadapan dengan risiko
kematian. Pendermaan organ akan membawa kepada pembedahan pemindahan
organ. Pembedahan yang berjaya akan dapat mengiktiraf kualiti dan kecekapan
pakar perubatan tempatan. Sesungguhnya, kesanggupan kita menderma organ
membuktikan betapa tingginya nilai kemanusiaan yang ada pada diri kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pendermaan Organ oleh Siti Balkis Sudin,
Dewan Masyarakat, Disember 2012)

Soalan 2: Pemahaman

Jawapan
Rumusan

Soalan 1 :

Rumusan

Pendahuluan:

-Petikan merumus tentang faedah/ kebaikan pendermaan organ di Malaysia

[2 markah]

-Rumusan membincangkan faedah/ kebaikan pendermaan organ di negara kita dan

halangan untuk menderma organ. [2 markah]

Isi tersurat ; [4 hingga 12 markah]

S1 dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggung pesakit
S2 doktor dapat menyelesaikan masalah perubatan pesakit
S3 membolehkan sistem badan pesakit dapat berfungsi secara normal semula
S4 pembedahan pemindahan organ yang berjaya akan memberikan harapan baru

kepada pesakit untuk terus hidup
S5 kewujudan bank organ dapat direalisasikan di negara ini
S6 pesakit tidak perlu menunggu lama untuk menjalani pembedahan
S7 mengurangkan risiko kematian awal yang menghantui pesakit
S8 dapat mengiktiraf kualiti dan kecekapan pakar perubatan tempatan
S9 membuktikan betapa tingginya nilai kemanusiaan dalam diri kita

20

Isi tersirat: [4 hingga 12 markah]

T1 sukar mendapat penderma
T2 ada kalanya organ yang didermakan tidak bersesuaian dengan pesakit
T3 kurang pemahaman rakyat tentang pendermaan organ menyebabkan mereka

tidak mahu jadi penderma
T4 bagi sesetengah orang menganggap pendermaan organ bertentangan dengan

agama
T5 kekhuatiran mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan penderma

* terima mana-mana pilihan jawapan yang sesuai

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong saranan pendermaan organ
di negara kita agar rakyat dapat hidup sejahtera.

[2 markah]

Soalan 2(a):Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berhadapan dengan risiko. [2 markah]

a) petikan Umum
i. Maksud rangkai kata - menghadapi kesan sampingan

[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah organ semasa

melakukan pembedahan. [3markah]

ii. tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah semasa melakukan
pembedahan

-mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga atau waris terdekat

penderma [1markah]

-organ yang dipindahkan tidak boleh dijadikan barang dagangan untuk

urusan jual beli [1 markah]

-pemilihan penderma dan pesakit yang tepat seharusnya diutamakan
untuk mengelakkan kegagalan pemindahan organ dapat dielakkan

[1 markah]

21

(iii) Mengikut pendapat anda,jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan

untuk menyedarkan rakyat agar menderma organ. [4markah]

iii. Usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk menyedarkan rakyat agar

menderma organ

-memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kebaikan menderma

Organ [1markah]

-menyiarkan maklumat pesakit yang memerlukan pembedahan pemindahan

Organ [1markah]

-peranan media televisyen menyiarkan program/dokumentari tentang

pendermaan organ [1 markah]

-meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang pendermaan organ

[1 markah]

-organ badan adalah milik Tuhan dan diberikan kepada kita hanyalah

sebagai pinjaman [1 markah]

* terima mana-mana jawapan yang sesuai [maksimum 4 markah]

22

LATIHAN 2: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-
usaha untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan
kesan-kesannya kepada negara Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan masih kekal sebagai penyumbang utama kepada
ekonomi dari segi pendapatan tukaran asing. Pelbagai usaha dan strategi dilakukan
oleh kerajaan bagi meningkatkan kemajuan sektor pelancongan di negara ini.
Nampaknya, usaha mempromosikan sumber baru pertumbuhan dalam pelancongan
kesihatan telah berjaya meningkatkan bilangan pelancong yang mendapat rawatan
di negara ini. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta,
Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negara-negara lain yang telah
mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini. Malaysia sebenarnya
mempunyai banyak kelebihan untuk mengembangkan industri pelancongan
kesihatan kerana memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk ditawarkan,
selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing.

Keindahan yang dimiliki oleh negara ini menjadi penyumbang utama terhadap
perkembangan dan peningkatan sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini,
beberapa pihak swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian
Pelancongan dan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar
sebagai satu usaha untuk mengembangkan industri pelancongan kesihatan negara.
Pelbagai langkah dilakukan untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan
kesihatan. Antaranya, menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaras
tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa. Selain
itu, hospital-hospital digalakkan mendapat akreditasi antarabangsa dan mengadakan
hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Kerajaan juga
menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional Malaysia oleh pihak
swasta sebagai usaha meningkatkan sumbangan dalam sektor ini. Syarat imigresen
bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut dilonggarkan selain
menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina
kecemerlangan klinikal.

Kerajaan juga sentiasa menyokong dan mengalu-alukan usaha pihak swasta
mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital
swasta tempatan. Sebagai contoh, pada tahun 2004 Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical
Services Coordination International Sdn. Bhd. (MSCI) yang menyumbang kepada
perkembangan industri pelancongan kesihatan di negara ini. Sememangnya
pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti
perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk
pilihan khidmat kesihata nswasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut
dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah
Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya menjadi

23

galakan kepada perkembangan industri ini di Malaysia.

(Dipetik dan diubah suai daripada Sektor Pelancongan Kesihatan dan
Produk Perkhidmatan Kesihatan Pilihan yang berkualiti,
oleh: Hj. Samat bin Buang, Fokus, Julai, 2013)

Jawapan

SET 2

Soalan 1: Rumusan Pendahuluan:

-Petikan merumuskan/ membincangkan langkah-langkah/ cara-cara untuk

mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia.

[2 markah]

-Rumusan merumuskan/ membincangkan langkah-langkah/ cara-cara untuk

mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan dan kesan-kesannya

kepada negara Malaysia. [2 markah]

Isi Tersurat: [4 hingga 12 markah]

S1- pihak swasta telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan
Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar.

S2- menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaras tawaran hospital
hospital dan hotel.

S3- membentuk rangkaian rujukan antarabangsa
S4- hospital digalakkan mendapat akredetasi antarabangsa
S5- menggalakkan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka
S6- kerajaan menggalakkan pembentukan syarikat kesihatan multinasional oleh

pihak swasta
S7- syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit turut

dilonggarkan
S8- menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan
S9-kerajaan perlu menyokong dan mengalu-alukan usaha pihak swasta

mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital

24

swasta
S10-pemantauan berterusan turut dilakukan
S11-menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isi Tersirat : (kesan-kesan) - [4 hingga 12 markah]

T1-Tahap kesihatan rakyat semakin baik
T2-negara akan terkenal di peringkat antarabangsa dengan kemasukan pesakit

dari negara luar
T3-Pesakit akan berasa lebih selesa dan mendapat rawatan terbaik
T4-Penemuan kaedah-kaedah rawatan terkini akan diperoleh
T5-Pesakit tidak lagi perlu mendapatkan rawatan di luar negara
T6-Dapat menjimatkan kos penghantaran pesakit keluar negara
T7-Bilangan pakar perubatan di hospital tempatan akan bertambah

Kesimpulan :

Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong usaha-usaha pembangunan
sektor pelancongan kesihatan negara agar rakyat hidup sejahtera.

[2 markah]

Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai prasarana kukuh. [2markah]

Jawapan pemahaman [2 markah]
Soalan 2 (a) Maksud mempunyai prasarana kukuh

- memiliki kemudahan asas yang lengkap

(ii) Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Malaysia dalam mengembangkan sektor

pelancongan kesihatan negara? [3 markah]

i) -memiliki kepakaran dan peralatan yang tinggi untuk ditawarkan
[1 markah]

-kos perubatan yang rendah mengikut tukaran wang asing
[1 markah]

-keindahan yang dimiliki oleh negara ini
[1 markah]

25

(iii) Industri pelancongan negara semakin berkembang pesat.

Pada pendapat anda,apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh kerajaan

bagi mengembangkan lagi industri pelancongan negara? [4 markah]

-menambah baik sistem perkhidmatan di negara kita
-promosi berterusan tentang tempat-tempat menarik di negara ini
-mengadakan pakej pelancongan yang menarik dengan kerjasama syarikat
swasta/ agensi pelancongan
-mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia atau negeri-negeri tertentu
-memperkenalkan keunikan Malaysia melalui laman sosial/ internet

* terima mana-mana 4 jawapan yang sesuai
[maksimum 4 markah]

LATIHAN 3: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Soalan 1: Rumusan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri
remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan
langkah-langkah membentuk modal insan cemerlang. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Negara kita yang tercinta sudah setengah abad mencapai kemerdekaan.
Sepanjang tempoh tersebut, kita telah membuktikan bahawa kita berjaya
mentadbirkan dan mengurus negara kita dengan cara kita sendiri tanpa bergantung
kepada pemimpin dan negara luar. Kejayaan ini perlu diinsafi oleh generasi muda
kita kerana merekalah yang menjadi harapan negara untuk memastikan
kemerdekaan terus kita kecapi. Oleh hal yang demikian,kita berharap agar generasi
muda kita akan menjadi modal insan yang cemerlang bagi menggalas
tanggungjawab dan amanah ini.

Kemerdekaan negara dan bangsa Malaysia akan lebih terjamin sekiranya
generasi muda dapat menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan. Ilmu
pengetahuan, khususnya dalam bidang sains dan teknologi yang dikuasai oleh
generasi muda akan membolehkan mereka menjanakan pelbagai kemajuan demi
bangsa dan negara. Generasi muda yang menjadi modal insan yang berilmu dan
berpengetahuan akan lebih kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Ciri-ciri
generasi muda yang sedemikian mampu mencipta sesuatu yang baharu dan
bermanfaat serta mengelakkan negara dan bangsa daripada terus bergantung pada
negara-negara luar dalam usaha memakmurkan negara.

26

Dalam usaha menjamin kemerdekaan dan keharmonian hidup dalam negara
tercinta ini, sikap tolak ansur sesama kaum hendaklah menjadi amalan dalam
kalangan generasi muda negara. Sikap bertolak ansur atau toleransi ini akan
memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terbina tanpa mengira agama,
bangsa, bahasa dan adat resam. Perpaduan yang berasaskan sikap tolak ansur ini
akan memudahkan pelaksanaan segala dasar yang dibentuk atau melancarkan
segala program pembangunan yang dirancang. Oleh itu, generasi muda yang terdiri
daripada pelbagai kaum perlu memahami ciri-ciri pembentukan negara dan bangsa
yang telah termeterai dalam kontrak sosial harus dijadikan teladan. Cara ini mampu
mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga melahirkan pertikaian sesama sendiri,
lantas menggugat kemerdekaan negara dan keharmonian hidup. Prinsip-prinsip
Rukun Negara seperti Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan
Negara, Kedaulatan Undang-undang, Keluhuran Perlembagaan, serta Kesopanan
dan Kesusilaan harus menjadi pedoman dan pegangan remaja kini. Dengan
berpegang pada prinsip-prinsip ini, para remaja dapat dipastikan menjadi modal
insan yang mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menghadapi segala perbezaan
pendapat dan pemikiran serta cabaran hidup dalam dunia serba moden.

Kita akur dengan perkembangan dunia hari ini yang dilatari konsep liberalisasi
ekonomi, konsep dunia tanpa sempadan atau globalisasi dan sebagainya.
Seharusnya generasi muda dapat memahami konsep-konsep baharu dalam
perkembangan dunia terkini secara tersurat dan tersirat. Justeru, generasi muda hari
ini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu dalam arus menerokai
dunia globalisasi itu. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mempunyai
semangat daya saing serta daya ketahanan yang tinggi terhadap segala cabaran.
Generasi muda seharusnya mampu mengelakkan negara dan bangsa tercinta
daripada terjajah dalam konteks penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda
dan penjajahan ekonomi.Tegasnya, generasi muda amatlah diharapkan oleh
pemimpin dan masyarakat supaya menjadi modal insan yang benar-benar
cemerlang. Oleh itu, etos, sikap, pemikiran dan tingkah laku yang murni dan baik
hendaklah dijadikan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini bagi
memastikan kemerdekaan Malaysia terus terjamin kekal dan utuh di persada dunia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Perutusan SPBY Dipertuan Agong,
sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-50,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Ogos 2013).

27

Jawapan

SET 3

Soalan 1: Rumusan

Pendahuluan:

- Petikan merumus tentang kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja yang boleh menjadi

modal insan yang menjadi harapan negara. [2 markah]

-Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja yang boleh menjadi

modal insan yang menjadi harapan negara dan langkah-langkah membentuk modal

insan cemerlang. [2 markah]

Isi Tersurat: [4 hingga 12 markah]

S1-generasi muda dapat menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan
S2-lebih kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh
S3-sikap bertolak ansur atau toleransi demi perpaduan
S4-perlu memahami ciri-ciri pembentukan negara dan bangsa
S5-prinsip-prinsip Rukun Negara harus dijadikan pedoman
S6-dapat memahami konsep-konsep baharu dalam perkembangan dunia terkini
S7-mempunyai semangat daya saing dan daya ketahanan yang tinggi
S8-mampu mengelakkan negara dan bangsa daripada terjajah
S9-etos, sikap, pemikiran dan tingkah laku murni dijadikan ciri-ciri penting yang

harus dimiliki/ memiliki nilai-nilai murni dalam kehidupan

Isi Tersirat : [ 4 hingga 12 markah]

T1-melalui pendidikan secara fomal dan tidak formal
T2-penerapan amalan nilai murni
T3-menghadiri majlis-majlis ilmu/ simposium/ kursus pemantapan diri
T4-pergaulan sihat dalam masyarakat
T5-penghayatan nilai-nilai keagamaan/ berpegang teguh kepada ajaran agama

* Terima mana-mana jawapan yang sesuai

28

Kesimpulan:

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk generasi muda
menjadi modal insan cemerlang agar negara aman sejahtera. [2 markah]

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata termeterai dalam kontrak sosial.
[2markah]

Soalan Pemahaman Petikan
2 a) Pemahaman Petikan Umum

i. maksud rangkai kata
-termaktub dalam perjanjian masyarakat/ dalam undang-undang masyarakat
[2markah]

(ii) Mengapakah perbezaan pendapat dalam kalangan rakyat mesti ditangani

dengan sebaik mungkin? [3markah]

sebab perbezaan pendapat dalam kalangan rakyat mesti ditangani

. -mengelakkan rasa tidak puas hati
-menimbulkan pertikaian sesama sendiri
-menggugat kemerdekaan negara dan keharmonian hidup

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri remaja yang mempunyai daya saing dan

daya ketahanan yang tinggi. [4 markah]

ciri-ciri remaja yang mempunyai daya saing yang tinggi
-sedia menyahut segala cabaran

29

-berfikiran terbuka/ berpandangan jauh/ berwawasan
-memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
-petah berbicara/ mengeluarkan hujah
-tidak mudah berputus asa
-berfikiran kreatif dan inovatif

* terima mana-mana jawapan yangsesuai
[ 4 markah]

MODUL PEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS

Soalan 2(b): (9 markah)
STRATEGI MENJAWAB PEMAHAMAN

ANALISIS KOMSAS SPM 2020

TAJUK TAHUN TAJUK TAHUN
Cerpen Tingkatan 4 2017(U)
1. Kaduk, Ayam dan Raja 2019(N) Cerpen Tingkatan 5 2019(U)
2. Munsyi 1. Cinta A Mutawakil 2018(N)
3. Jaket Kulit Kijang 2. Hipertensi 2016(N)
3. Gerhana Manusia
Dari Istanbul
Drama Tingkatan 4 2018 (U) Drama Tingkatan 5 2017 (N)
1. Berkhidmat untuk Negara 2016(N) 1. Bukan Gila
Prosa Tradisional Tkn 4 2018(N)
1. Kepimpinan Melalui 2019(U) ProsaTradisional Tkn 5
2019 (U)
Teladan 1. Burung Terbang 2017 (U) (N)
2017(N) Dipipiskan Lada 2018(U)
Puisi Tradisional Tkn 4 2019(N) 2019(N)
1. Syair Bidasari 2018(J)
2. Gurindam Dua Belas Puisi Tradisional Tkn 5

(Fasal yang ketiga) 1. Beberapa Petua Hidup 2016(N)
Puisi Moden Tkn 4 2018(N)
1. Sang Gembala Kuda 2. Berbuat Istana Zaman
2. Aku Membaca Lagi Dahulu
3. www.sibermerdekacom.my
4. Gelanggang Puisi Moden Tkn 5

1. Sejadah Rindu 2017 (U)

2. Pesan Lelaki Kecil kepada
Gadis Kampus

3. Erti Hidup Bererti

4. Kudup Perang

30

TEKNIK MENULIS JAWAPANPEMAHAMAN ANTOLOGI KOMSAS
(PROSA MODEN, PUISI DAN PROSA TRADISIONAL) –SECARA UMUM
1. Terdapat empat jenis soalan pemahaman yang dikemukakan dalam soalan:

a) Menganalisis petikan
i) Jawapan ada dalam petikan
ii) Elakkan menggunakan pendapat sendiri
b) Maksud rangkai kata
i) Seboleh-bolehnya jangan ambil satu pun perkataan yang diuji.
ii) Uji semula maksud yang diberi ke dalam petikan asal.
c)Unsur-unsursastera
i) Soalan berkaitan dengan tema, persoalan, latar,nilai, pengajaran

dan perwatakan.
ii) Calon perlu memahami teks dan puisi yang diberi dan membaca

nota- nota berkaitan teks tersebut.
d) Pendapat(KBAT)
i) Jawapan yang diberi mesti berasaskan idea sendiri.
ii) Jangan ambil isi daripada petikan.
2. Jawapan perlu ditulis dalam ayat yang lengkap, iaitu dengan mengambil
sebahagian daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan
jawapan anda.

31

SOALAN PETIKAN PROSA MODEN

Soalan 2(b): (9 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Soalan 2(b) : Petikan Prosa Moden (9 markah) 2 markah
i) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks / maksud rangkai kata) 3markah
ii) KBKK(pendapat) 4markah
iii) Komsas

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
PEMAHAMAN 2(b): PROSA MODEN

FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(b)i, 2(b)ii, dan 2(b)iii,
SAMA SEPERTI KETENTUAN DI BAWAH:-

BIL KRITERIA SOALAN / KEHENDAK MARKAH ISI
SOALAN

1 Soalan berdasarkan petikan cerpen / 2 markah Pastikan anda menjawab

drama. Jawapan ada dalam petikan yang berdasarkan kehendak

diberikan. soalan

2 Soalan berdasarkan pendapat anda. 3 markah Isi minimum 2 tetapi
Pastikan pendapat anda logik dan boleh senaraikan 3 isi.
diterima.

3 Soalan berdasarkan kajian komsas; 4 markah Isi minimum 2 tetapi

(tema, persoalan, gaya bahasa, nilai, dan jawab 3 isi sebagai

pengajaran) langkah selamat

Analisis Soalan Petikan Prosa Moden SPM 2016 – 2019

TAHUN PETIKAN TAJUK CERPEN / DRAMA
2016 Cerpen Tkn 5 Gerhana Manusia
2017 Drama Tkn 5 Bukan Gila
2018 Cerpen Tkn 5 Hipertensi
2019 Cerpen Tkn 4
2020 Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
? ?

32

Contoh Soalan Petikan Drama dan Jawapan

Soalan SPM 2017
Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PELAKON III : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada
IBU Azmir mungkin juga berpunca dari kurangnya perhatian dan
ARIF kasih sayang.

PELAKON I : Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran
hingga dia masuk ke universiti.
PELAKON II
ARIF : Betul mak cik tetapi…masuk ke universiti saja belum menjamin
seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.

(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam
rasa bersalah.)
: Pak cik, mak cik…marilah kita sama-sama membantu Azmir.
Dia amat memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan
cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan
Perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.

: Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan
yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan
hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.

: Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir
di hospital dengan segera sebelum terlambat. Dia amat
memerlukan kita semua, lebih-lebih lagi pak cik dan mak cik.
Kami minta diri dulu.

“Dipetik daripada drama „Bukan Gila‟

oleh Sharif Shaary

dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.”

33

(i) Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

Azmir menderita. Kemukakan faktor-faktor tersebut. [2 markah]

Faktor-faktor yang menyebabkan Azmir menderita adalah kurang perhatian

dan kasih sayang serta mendapat cemuhan dan penghinaan.

[Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) Andaikan rakan anda menghadapi masalah tekanan emosi.

Sebagai rakan sebaya, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda ambil

untuk membantu rakan anda itu. [3 markah]

Tindakan-tindakan yang saya akan ambil untuk membantu rakan saya yang

menghadapi masalah tekanan emosi adalah dengan menceritakan

masalahnya kepada kedua ibu bapanya dan membawanya berjumpa

dengan doktor pakar psikologi.

[Isi cukup 2 – 3 markah]

(ii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murnilain
daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan adalah nilai
bertanggungjawab.Contohnya Arif dan para pelakon bertanggungjawab
menyampaikan khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.
[1+1] markah

Satu nilai murni daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam
petikan adalah nilai kasih sayang. Contohnya bapa sayang akan Azmir
dan menziarahinya di wad.

[1+1] markah
[maksimum 4 markah]

34

LATIHAN 1: DRAMA

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEMUA PELAJAR : Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.

CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh

duduk. Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih
dan penempatan untuk PLKN?

NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja
untuk menyertainya. Tak sabar rasanya.

CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja
seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun

nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib
bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di

Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah
diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan

semangat patriotik dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak
mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan

menurut cara Malaysia.

AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan iaitu yang pertama,
menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi
muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat

perpaduan kaum serta integrasi nasional dan yang ketiga
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

(Dipetik daripada drama „Berkhidmat untuk Negara‟
oleh Affiz Zulkarnean Adam

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

35

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah objektif Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN). [2 markah]

Objektif Program Khidmat Negara (PLKN)

P1 menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau
remaja Malaysia.

P2 memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional.

P3 membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni
[Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan latihan bagi
mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia.

Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah memastikan remaja terus

berminat menyertai PLKN? [3 markah]

Langkah-langkah

P1 menambah baik modul PLKN dengan pelbagai bentuk kemahiran

dan aktiviti yang menarik

P2 prasarana yang lebih selesa

P3 elaun yang tinggi

P4 jangka masa program lebih singkat

[Isi cukup 2 – 3 markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran
yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]
Pengajaran dalam petikan.
P1 Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik untuk negara.

Contoh: Nora, Ah Tiau dan Sundarani sangat teruja dan
berbangga untuk menyertai PLKN.

[1+1]m
Pengajaran dalam keseluruhan drama
K1 Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

Contoh: Aiman bersikap biadap dengan pembantu rumahnya.
[1+1]m

[maksimum 4 markah]

36

LATIHAN 2: DRAMA

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AH TIAU : Kamu berdua dapat masuk kem mana? Saya terpilih untuk
masuk Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat Selangor.
Seronoknya. Dapat juga saya tengok kawasan lain.

SUNDARANI : Saya akan ditempatkan di Kem De Bana, Jempol, Negeri

Sembilan.

AH TIAU : Awak pula Aiman, kem mana?

SUNDARANI : Dia dapat masuk Kem Majidi.

AH TIAU : Hah, sejak bila kem itu menjadi kem untuk PLKN?

AIMAN : Boleh tak kita cerita tentang perkara lain, bosan aku dengan
cerita PLKN. Baik kau bagi tahu aku keputusan perlawanan bola
sepak malam tadi. Aku terlepas, terlelap sampai pagi.

SYUHADA : Aiman…. Kita dapat kem yang sama.

SUNDARAN: : Kem mana?

SYUHADA : Dari jauh aku tengok kau asyik bercerita dengan Aiman, tak
bagi tahu kem mana yang dia akan masuk untuk PLKN nanti?

SUNDARANI : Kem Majidi kata dia.

SYUHADA : Mana boleh, aku baca senarai penempatan kem tadi, nama

Aiman tersenarai di Kem Teluk Sari, Mersing,

AIMAN : Mersing? Hmmm.

SYUHADA : Kenapa? Kan bagus tempat itu. Kawasannya di tepi pantai
menghadap Laut China Selatan lagi.

(Dipetik daripada drama „Berkhidmat untuk Negara‟
oleh Affiz Zulkarnean Adam

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

37

(i) Nyatakan lokasi penempatan kem yang bakal disertai oleh Aiman dan rakan-

rakannya. [2 markah]

Lokasi penempatan kem

P1 Aiman dan Syuhada di Kem Teluk Sari, Mersing.

P2 Ah Tiau di Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat.

P3 Sundarani di Kem De Bana,Jempol. [Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang akan diperoleh oleh seseorang
remaja yang berpeluang mengikuti PLKN di luar kawasan asalnya?

Nyatakan tiga kelebihan tersebut. [3 markah]

Kelebihan-kelebihan

P1 dapat mengenali tempat-tempat menarik di luar kawasan sendiri.

P2 dapat memahami kepelbagaian budaya dan adat resam masyarakat

yang berbeza.

P3 dapat mempelajari kepelbagaian dialek atau loghat daerah yang

berlainan.

[Isi cukup 3 – 3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan drama di atas dan satu

perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama. [4 markah]

Perwatakan Aiman dalam petikan drama.

P1 seorang yang tiada jati diri.

Contoh : Aiman tidak suka apabila kawan-kawannya bercerita tentang

PLKN. [1+1]m

Perwatakan Aiman dalam keseluruhan drama.

P2 seorang yang biadap dan kurang sopan.

Contoh : Aiman menggunakan kata-kata yang kurang sopan terhadap

Nenek Sinah. [1+1]m

38

LATIHAN 3: DRAMA

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH : Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran
Aiman ayam masak asam pedas.

AIMAN : Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah.

Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar.
Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik. Saya nak
makan dengan dia.

NEK SINAH : Nek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada
telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak

tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk,
malam baru dia pulang.

AIMAN : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam
rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.

NEK SINAH : Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.

AIMAN : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau
saya lapar, saya pergi makan.Tak perlu sentiasa nak aturkan

perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.

(Nenek Sinah meninggalkan Aiman dengan rasa kesal. Kesal
Dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya dan ahli keluarga
tersebut hanya mementingkan wang ringgit.)

(Dipetik daripada drama „Berkhidmat untuk Negara‟
oleh Affiz Zulkarnean Adam

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

39

(i) Berdasarkan petikan drama, nyatakan dua alasan Aiman menolak pelawaan

Nek Sinah apabila diajak makan. [2 markah]

Alasan Aiman

P1 belum lapar

P2 belum hendak makan lagi

P3 hendak menunggu Kak Dapnia balik

P4 hendak makan bersama dengan Kak Dapnia
[Isi cukup 2 – 2 markah]

(ii) Kesibukan kerjaya salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berasa
diabaikan kerana ibu bapa kurang meluangkan masa bersama anak-anak
mereka.
Pada pendapat anda apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu
Aiman bagi memastikan Aiman tidak berasa diabaikan oleh ahli keluarganya?
[3 markah]
Tindakan-tindakan
P1 sediakan makanan untuk Aiman / makan bersama-sama
P2 membincangkan / menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya.
P3 sentiasa ambil berat pelajaran Aiman
P4 beribadat / bersolat bersama-sama
P5 sentiasa menegur / memberi nasihat
P6 memujuk / menenangkan perasaan / berkongsi suka duka /
kegembiraan.
P7 beri hadiah / penghargaan / pujian atas kejayaan Aiman
P8 membawa Aiman beriadah / bercuti / bersukan / berkelah.
P9 menemani Aiman mengulang kaji/ belajar [Isi cukup 2 – 3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama dan satu nilai

kemanusiaan yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat

dalam petikan. [4 markah]

Nilai kemanusiaan dalam petikan drama

P1 Nilai kasih sayang
Contoh: Nek Sinah memanggil Aiman dengan kata panggilan “Nak”

walaupun panggilan tersebut tidak disenangi oleh Aiman. [1+1]m

Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama

K1 Nilai Amanah

Contoh: Selepas memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada

Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan

tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut

adalah amanah yang diberikan kepadanya. [1+1}m

40


Click to View FlipBook Version