The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDISI GURU MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANG YOKE CHU, 2020-09-04 00:08:56

EDISI GURU MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2020

EDISI GURU MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM 2020

SOALAN SINTAKSIS

Soalan 3(b): (6 markah)

STRATEGI MENJAWAB SOALAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN
SOALAN 3(b): BAHAGIAN SINTAKSIS

1. Soalan bahagian ini dianggap soalan beraras tinggi dalam aspek penguasaan
bahasa kerana meliputi penguasaan dalam aspek kata, frasa, klausa, jenis ayat,
binaan ayat, ragam ayat, dan sebagainya.

2. Calon perlu memahami jenis-jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Antaranya
a. ayat-ayat perintah
b. susunan ayat biasa dan ayat songsang
c. ayat tunggal dan ayat majmuk
d. ayat cakap ajuk dan cakap pindah
e. ayat aktif dan ayat pasif
f. pola-pola ayat
g. jenis-jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan)
h. kenal pasti subjek dan predikat

SOALAN (b)

JENIS - JENIS AYAT

PANDUAN MENGENAL PASTI JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat Penyata : (menyatakan sesuatu)

CTH : Ali sedang belajar.

2. Ayat Tanya : (ada tanda soal ?)

: (ingin mengetahui sesuatu)

CTH : Ke manakah kamu pergi semalam?

3. Ayat Seruan : (ada tanda seru!)

: (emosi tinggi atau meluncur akibat kehairanan, kekaguman,

rintihan,sindiran)

CTH : Aduh, sakitnya perutku!

4. Ayat Perintah : (ayat silaan, ayat larangan, ayat suruhan, ayat permintaan)

CTH:i. Jangan merokok di pejabat (Ayat Larangan)
ii. Tolong ambilkan saya segelas air suam. (Ayat Permintaan)
iii. Jemputlah/ Silalah naik ke rumah saya. (Ayat Silaan)
iv. Tebang pokok kelapa di belakang rumah itu. (Ayat Suruhan)

91

PENEGUHAN 1:
Kenal pasti jenis-jenis ayat di bawah.

BIL AYAT JENIS AYAT
1 Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. Ayat Larangan
2 Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa. Ayat Penyata
3 Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! Ayat Seruan
4 Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang Ayat Penyata
mengerikan itu.
5 Siapakah pengetua baharu sekolah kita? Ayat Tanya
6 Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. Ayat Permintaan
7 Berapakah harga ayam buku itu? Ayat Tanya
8 Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! Ayat Seruan
9 Usah difikirkan perkara itu lagi. Ayat Suruhan
10 Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan. Ayat Penyata

PENEGUHAN 2

SUBJEK + PREDIKAT & POLA AYAT

PANDUAN MENGENAL PASTI SUBEJEK + PREDIKAT & POLA AYAT

SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT
[watak / benda utama]
[Cerita tentang watak / benda] ( FN + FN)
( FN + FK)
CTH: CTH: ( FN + FA)
Puan Rohani ( FN + FSN)
( FN) guru kelas saya. ( FN)

Kucing itu ( FN) sedang makan tikus. ( FK)
sangat mahal. ( FA)
Kereta itu ( FN) daripada kakak. ( FSN)

Surat ini ( FN)

PERINGATAN:
1. Selepas itu / ini – semua frasa / perkataan ialah predikat.
CTH :Pak Mat dan anaknya itu tinggal di Punggol
: Rumah yang merah ini kepunyaan Sani.

2. Sebelum sedang – semua frasa / perkataan ialah subjek.
CTH : Budak lelaki itu sedang menari di atas pentas.
: Kamal dan Din sedang bermain di padang.

92

PENEGUHAN 3:
Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat di bawah beserta pola ayatnya.

BIL SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT
FN + FN
1 Bangunan itu Muzium Negara. Muzium Negara.
Bangunan itu FN + FA
FN + FS
2 Masakannya sangat enak. sangat enak.
Masakannya FN + FN

3 Kereta Api Ekspres Senandung Pagi itu dari utara. FN + FA

Kereta Api Ekspres Senandung Pagi dari utara. FN + FS

itu

4 Kumar ialah seorang doktor.

Kumar seorang doktor

5 Lukisan pemandangan yang kamu lukis itu sungguh cantik.

Lukisan pemandangan yang kamu sungguh cantik.

lukis itu

6 Adik Siti sedang tidur di dalam bilik.

Adik Siti sedang tidur di dalam bilik.

PENEGUHAN 4

Ayat Biasa & Ayat Songsang

PANDUAN MENUKARKAN AYAT BIASA AYAT SONGSANG & SEBALIKNYA

AYAT BIASA CTH:
1. Pelajar itu / sangat rajin.
Subjek + Predikat 2. Semua calon SPM / boleh menjawab soalan itu.
3. Kampung mereka / sering dilanda banjir.
(1) (2)

AYAT SONGSANG CTH:
1. Sangat rajin / pelajar itu.
Predikat + Subjek
2. Boleh menjawab soalan itu / semua calon SPM.
(2) (1) 3. Sering dilanda banjir / kampung mereka.

PENEGUHAN 5:
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Adik saya masih belum tidur.
Masih belum tidur adik saya.

2. Budak-budak itu sedang bermain bola sepak di padang.
Sedang bermain bola sepak di padang budak-budak itu.

93

3. Kita berjuang demi keadilan undang-undang.
Demi keadilan undang-undang kita berjuang.

4. Rakyat harus bekerjasama untuk kejayaan masa depan negara.
Untuk kejayaan masa depan negara rakyat harus bekerjasama.

5. Kumar belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang
cemerlang.
Supaya memperoleh keputusan yang cemerlang Kumar belajar bersungguh-
sungguh.

6. Ibu saya pergi ke pasar untuk membeli barang dapur.
Untuk membeli barang dapur ibu saya pergi ke pasar.

PENEGUHAN 6:
Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Ke klinik bapa membawa adik pada pagi tadi.
Bapa membawa adik ke klinik pada pagi tadi.

(ii) Masih belum sampai pegawai itu.
Pegawai itu masih belum sampai.

(iii) Secara bergotong-royong penduduk kampung membina rumah itu.
Penduduk kampung membina rumah itu secara bergotong-royong.

(iv) Dijual dengan harga yang murah kebanyakan barangan tiruan bermutu rendah.
Kebanyakan barangan tiruan bermutu rendah dijual dengan harga yang murah.

(v) Sambil mendengar radio kakak mengemas rumah.
Kakak mengemas rumah sambil mendengan radio.

(vi) Sangat rajin pembantu rumah kakak saya itu.
Pembantu rumah kakak saya itu sangat rajin.

94

AYAT AKTIF & AYAT PASIF

PANDUAN MENUKARKAN AYAT AKTIF AYAT PASIF & SEBALIKNYA

1. Kenal pasti jenis kata ganti nama diri.

KGND I Saya, aku, kita , kami, beta, hamba, patik, ku
KGND II
Kamu, engkau, kau, mu,kalian, anda, tuanku, saudara, saudari, tuan, puan,
KGND III tuan hamba
Dia, ia, -nya, mereka, baginda, (nama orang), (nama pihak), (nama
institusi), (nama benda)

2. Kenal pasti bentuk ayat aktif dan ayat pasif.
AYAT AKTIF
Syifa sedang menampal poster Minggu Citra Bahasa pada papan kenyataan.

SUBJEK KATA KERJA OBJEK KETERANGAN

AYAT PASIF
Poster Minggu Citra Bahasa sedang ditampal oleh Syifa pada papan kenyataan

OBJEK KATA KERJA SUBJEK KETERANGAN

INGAT: - KK menampal jadi ditampal diikuti oleh
- Kata bantu tidak boleh digugurkan
- KETERANGAN- Dikekalkan pada bahagian hujung ayat

3. Formula menukarkan ayat pasif diri pertama dan kedua
a) Kata kerja tidak boleh berimbuhan di… oleh
b) Subjek mesti diterbalikkan. – kita mestilah jadi mestilah kita
c) Kata kerja tidak boleh berimbuhan awalan. – membaca jadi baca

Contoh: Saya telah meminjam buku itu dua hari yang lalu. (Ayat aktif)

Buku itu telah saya pinjam dua hari yang lalu. (Ayat pasif)

95

2. Formula menukarkan ayat pasif diri ketiga
a) Kata kerja mesti berimbuhan di… oleh – membaca jadi
b) Contoh: Mereka telah meminjam buku itu dua hari yang lalu. (Ayat aktif)
Buku itu telah dipinjam oleh mereka dua hari yang lalu. (Ayat pasif)

3. Formula menukarkan ayat pasif berimbuhan ter-
a) Kata kerja berimbuhan ter- mestilah dikekalkan. – Kami terambil jadi
terambil oleh kami
b) Contoh: Ani tidak terangkat buku yang berat itu kerana dia demam. (Ayat
aktif)
Buku yang berat itu tidak terangkat oleh Ani kerana dia demam. (Ayat
pasif)

SOALAN 1:
Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kamu harus merebut peluang ini untuk meningkatkan kemahiran tarian.

2. Pekerja majlis perbandaran telah memasang bendera pada setiap tiang di
tepi jalan raya.

3. Emak Syahmi sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu.

4. Kita perlu menyiapkan kertas kerja Minggu Citra Bahasa untuk diserahkan
kepada pengetua.

5. Jururawat sedang memeriksa pesakit di bilik kecemasan.

96

6. Anda perlu menghadiri temu duga yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya
pada minggu hadapan.

SOALAN 2:
Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Bilik tidur adik sudah saya kemas pagi tadi.
3. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
4. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.
5. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
6. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.

97

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH CAKAP PINDAH & SEBALIKNYA
PANDUAN MENUKARKAN CAKAP AJUK

98

PENEGUHAN 7:
Tukar cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah dengan melengkapkan cakap
pindah yang diberikan dengan perkataan yang sesuai.

Yati : Farah, mengapa Farah tidak datang ke sekolah semalam?
Farah : Semalam Farah ada hal di rumah.
Yati : Apa halnya? Ceritakanlah kepadaYati.
Farah : Sebenarnya ibu Farah sakit.

Jawapan:

Yati(1) kepada Farah(2)

dia tidak datang ke sekolah semalam. Farah(3) bahawa

(4) menghadapi masalah di rumah. Yati

(5) kepada Farah mengenai masalah yang dihadapi dan (6)

dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Farah (7)

kepada Yati bahawa ibunya sakit.

PENEGUHAN 8
Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk dialog. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Kamala memberitahu Haliza bahawa pada minggu depan mereka akan
berkursus di Port Dickson. Haliza bertanyakan Kamala tentang jumlah hari kursus itu
akan diadakan. Kamala memberitahu bahawa kursus itu diadakan selama empat
hari. Seterusnya, Haliza bertanya kepada Kamala tentang kursus yang akan disertai
oleh mereka. Dia turut bertanyakan sama ada mereka wajib atau tidak menyertai
kursus itu. Kamala memberitahu bahawa kursus yang akan disertai itu adalah kursus
pembinaan pasukan dan kehadiran semua staf diwajibkan.

99

Jawapan:

Kamala: Haliza, minggu depan kita akan berkursus di Port Dickson, tau.
Haliza : Kursus itu berapa hari, ya Kamala?

Kamala: Kursus itu akan adakan selama empat hari, Haliza.

Haliza : Kamala, kursus itu sebenarnya berkaitan apa? Kita, wajib atau tidak
menghadiri kursus itu?

Kamala: Kursus itu ialah kursus pembinaan pasukan dan kehadiran semua
staf adalah diwajibkan, Haliza.

LATIHAN 1:Pengukuhan

(a) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap satu
ayat berikut:

(i) Encik Meor disambut dengan mesra oleh kakitangan pejabat tersebut.

Subjek : Encik Meor

Predikat : disambut dengan mesra oleh kakitangan pejabat tersebut

(ii) Kelajuan bas ekspres itu melebihi 110 kilometer sejam.

Subjek : Kelajuan bas ekspres itu

Predikat : melebihi 110 kilometer sejam.

(iii) Pada setiap hujung minggu, kami sekeluarga membersihkan kawasan

rumah.

Subjek : Kami sekeluarga

Predikat : membersihkan kawasan rumah pada setiap hujung

minggu.

(iv) Sekolah Menengah Kebangsaan Baiduri terkenal oleh muridnya yang
rajin.
Subjek : Sekolah Menengah Kebangsaan Baiduri
Predikat : terkenal oleh muridnya yang rajin.

(v) Murid yang pintar itu bercita-cita hendak menjadi doktor.

Subjek : Murid yang pintar itu

Predikat : bercita-cita hendak menjadi doktor

100

(vi) Demi mempertahankan tanah air, rakyat sanggup berkorban nyawa.

Subjek : Rakyat

Predikat : sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air

[6 markah]

LATIHAN 2:Pengukuhan

a. Tukar ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

Masalah merokok dalam kalangan murid lelaki dan perempuan semakin meningkat.
Pelbagai program kesedaran tentang bahaya merokok tidak berkesan, malah
peratus murid merokok semakin bertambah. Mereka semakin berani merokok di
khalayak ramai dengan memakai pakaian uniform sekolah.

(i) Masalah merokok dalam kalangan murid lelaki meningkat.
(ii) Murid perempuan merokok semakinmeningkat.
(iii) Pelbagai program kesedaran tentang bahaya merokok tidak berkesan.
(iv) Peratus murid merokok semakin bertambah.
(v) Mereka semakin berani merokok di khalayak ramai.
(vi) Mereka berani merokok dengan memakai pakaian uniform sekolah.

[6 markah]

LATIHAN 3: Pengukuhan
(b) Tukarkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat tanya dengan menggunakan
kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendalah berpadanan
dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang
diberikan.

(i) Encik Arsyad dan Puan Leila mempunyai empat orang anak lelaki.
Berapakah anak lelaki Encik Arsyad dan Puan Leila?
Berapa orangkah anak lelaki Encik Arsyad dan Puan Leila?
Anak lelaki Encik Arsyad dan Puan Leila berapa orang?

(ii) Kerana hujan lebat, latihan bola sepak pada petang ini terpaksa
dibatalkan.
Mengapakah latihan bola sepak pada petang ini terpaksa dibatalkan?
Latihan bola sepak pada petang ini terpaksa dibatalkan mengapa?

101

(iii) Perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah hotel yang terkemuka di
ibu kota.
Di manakah perkahwinan mereka akan diadakan?
Perkahwinan mereka akan diadakan di mana?

(iv) Kuih bahulu dihasilkan dengan memukul telur dan gula sehingga
kembang sebelum dimasukkan tepung.
Bagaimanakah kuih bahulu dihasilkan ?
Kuih bahulu dihasilkan bagaimana ?
**Apakah cara menghasilkan kuih bahulu? – 0 markah
Kuih bahulu dihasilkan dengan cara apa? – 0 markah

(v) Kek yang ditempah sempena persaraan pengetua itu akan dihantar
sebentar lagi.
Bilakah kek yang ditempah sempena persaraan pengetua itu akan dihantar ?
Kek yang ditempah sempena persaraan pengetua itu akan dihantar bila?

(vi) Gejala sosial dalam kalangan remaja disebabkan oleh pengabaian ibu
bapa.
Apakah punca yang menyebabkan gejala sosial dalam kalangan remaja?
Apakah punca gejala sosial dalam kalangan remaja ?
Punca gejala sosial dalam kalangan remaja apa ?

[6 markah]

102

SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

Soalan 3(c): (6 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

Bentuk Soalan 3(C): Kesalahan Ejaan dan Imbuhan (6 markah)
1. Biasanya diberi tiga ayat dan calon dikehendaki membetulkan satu kesalahan

ejaan dan satu kesalahan imbuhan bagi setiap ayat. Contohnya:

SPM 2005 Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana
(i) mengayakan sumber alam semulajadinya.

(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang
profesyen sebagai pakarbedah.
(iii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang
berteraskan perpaduan beliasemalaysia.
Jawapan:
(i) eko-pelancongan-ekopelancongan mengayakan –kekayaan
(ii) keterangan–penerangan profesyen – prosfesion
(iii) mengenegahkan–mengketengahkan semalaysia –se-Malaysia

Peringatan :
 Calon tidak perlu menyalin semula soalan.
 Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan 1 kesalahan imbuhan.

2. Kadang kala calon diberi satu perenggan petikan dan calon perlu menyenaraikan
tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan, contohnya:

SPM U 2009

Dalam sinario di Malaysia, ungkapan bahasa asing sering diselitkan dalam bercakap
harian, sama ada dalam situasi rasmi ataupun sebaliknya. Ada kalanya nahu bahasa
Inggeris dicampuradukan dengan nahu bahasa Melayu. Amalan ini sudah tentu akan
menjejas kedaulatan bahasa Melayu yang sudah berjaya menjadi bahasa ilmu. Oleh
itu, langkah-langkah yang pro-aktif perlu diambil bagi menangani masalah ini.

Jawapan:
i. sinario –senario
i. bercakap - percakapan
ii. Ada kalanya –adakalanya
iv. dicampuradukan – dicampuradukkan

103

v. menjejas – menjejaskan
vi. pro-aktif -proaktif

Peringatan
 Calon tidak perlu menyalin semula soalan.
 Jangan senaraikan lebih daripada 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.
 Soalan bentuk ini susunan jawapan tidak penting, yang penting cukup 6.

SOALAN 3 (C)

KESALAHAN EJAAN KESALAHAN IMBUHAN

Tahun SALAH BETUL SALAH BETUL
SPMN
2004 menanggongnya menanggungnya menasihati menasihatkan

SPMU pelancung Pelancong Pesisiran persisiran
2005
progrem Program dipereratkan dipererat /
SPMN dieratkan
2005
gantirugi ganti rugi menyiapkan Disiapkan
SPMU ketrampilan Keterampilan
2006 perkukuhkan Diperkukuh /
dikukuhkan
SPMN
2006 aturcara atur cara Dimuat dimuatkan
eko-pelancongan ekopelancongan
SPMU mengayakan Kekayaan
2007 profesyen Profesion
semalaysia se-Malaysia keterangan penerangan
SPMN pra-sekolah Prasekolah
2007 Disamping Di samping mengenengahkan mengetengahkan
Dianalisa
SPMU Wakil Rakyat Dianalisis Dedahan pendedahan
2008 Wakil rakyat
e-mail mempastikan memastikan
SPMN anti-dadah e-mel
2008 penguatkuasa Antidadah perincian terperinci
gulungan penguat kuasa
SPMU Golongan mensyorkan mengesyorkan
2009 sendiket Sindiket
mendokong Mendukung menyampai menyampaikan
SPMN
2009 Dilancar dilancarkan

Melulus meluluskan

kenaikkan kenaikan

penyerbuan serbuan

kemasyarakatan pemasyarakatan /
memasyarakatkan

di pantau dipantau melupuskan pelupusan
prodaknya produknya
sekaligus sekali gus mensasarkan menyasarkan
naskhah
naskah Pengguna Penggunaan
kaligerafi kaligrafi
perihatin prihatin bertulisan bertulis
di landa dilanda
tersiksa terseksa disertakan disertai
senario
sinario Adakalanya menyintai mencintai
Ada kalanya proaktif
kafeteria menghulur menghulurkan
pro-aktif
kafetaria mengembleng menggembleng

bercakap percakapan

dicampuradukan dicampuradukkan

menjejas menjejaskan

persediaan menyediakan
/penyediaan

losyen losen melembuti melembutkan

104

eletronik elektronik pelajaran pembelajaran
/pemelajaran
SPMU songkit songket dikenal
2010 otomatik automatik pemerosesan terkenal
pemprosesan
SPMN tulin tulen hasilan menghasilkan
2010 gemuroh gemuruh mengkagumkan mengagumkan
ekspidisi ekspedisi
SPMU ambulan ambulans digalakan digalakkan
2011 Febuari Februari dikejar dikejarkan
sesaorang seseorang kemasukan
SPMN deligasi delegasi kemasukkan berlebihan
2011 ibubapa ibu bapa melebihi menubuhkan
wira wati wirawati perfileman
SPMU akedemik akademik penubuhan dipengaruhi
2012 melipat gandakan melipatgandakan pefileman terbawa-bawa
petrolium petroleum mempengaruhi pertumbuhan
SPMN dibawa-bawa membentuk
2012 neokolonialisma neokolonialisme penumbuhan /terbentuk
intrepretasi interpretasi dibentuk kemerdekaan
SPMU mengambil kira
2013 dibandar-bandar di bandar-bandar merdeka memilikinya
multi etnik multietnik diambil kira perkongsian
SPMN rekacipta reka cipta memiliknya pembuat
2013 menunjuk pengongsian personaliti
menunjukkan membuat ekosistem
SPMU memupuskan kepupusan pesonaliti memperlebar
2014 insfrastruktur infrastruktur eko-sistem /melebarkan
memperlebarkan membincangkan
SPMN jawatan kuasa jawatankuasa Pembangunan
2014 rekriasi rekreasi berbincang anugerah
efisyen efisien membangunkan melanjutkan
SPMU mahsyur masyhur penganugerahan difahamai
2015 sainstifik saintifik terdekat
dailog dialog lanjutkan Menyediakan/
SPMN berbillion berbilion memahamkan penyediaan
2015 Menjalankan
ekspress ekspres berdekatan Pencemaran
SPMU 2016 domistik domestik persediaan berpendapatan
pasaraya pasar raya Menempa
SPMN memberansangka menjalani
memberangsangkan mencemari
n berdapatan
berkahsiat Berkhasiat
tranformasi transformasi ditempa

erobik aerobik disebabkan Menyebabkan
bersedia Tersedia/
membenteras membanteras disediakan
pasokan pasukan eratkan
Menguat Mengeratkan/mem
kuasakan menguatkuasaka terpuji pererat
tanjong n berkurang
menyeluruh dipuji
tanjung
jangkiti Dikurangkan

Seluruh /
keseluruhan

Jangkitan

105

2016 minerel mineral memperbaiki Memperbaik /
membaiki
SPMU 2017 spesis spesies melindungi
Perlindungan /
SPMN diklamasi deklamasi disertai lindungan
2017 Was-was waswas menyukar penyertaan
SPMU sinareo senario kemasukkan menyukarkan
2018 gelongsuran gelungsuran diterokai Kemasukan
SPMN tiusyen tuisyen melayar
2018 berdidikasi berdedikasi pengtauliahan Penerokaan
SPM U 2019 suratkhabar Surat khabar melestari melayari
permainan
SPMN reket raket dipindahkan Pentauliahan
2019 warong warung menggalakan melestarikan
sainstifik saintifik pemasaran
komersil komersial pemain
diujudkan diwujudkan nikmati berpindah
institut institusi disalur menggalakkan
faksimili faksimile pengkongsian pasaran
profesyen profesion kelayakkan menikmati
termasyur termashyur memegahkan disalurkan
Infra struktur infrasruktur dalamkan perkongsian
kafeteria kafetaria disyorkan kelayakan
kemegahan
mendalamkan
mengesyorkan

Rumusan Kesalahan Ejaan yang perlu diberi perhatian:

Bentuk kesalahan Contoh kesalahan ejaan

1 Pola keselarasan vocal menanggong, pelancung, mendokong,
(Bahasa Melayu) gemuroh

2 Kekecualian Pola Keselarsan Vokal program, profesyen, e-mail, prodaknya,

Kata pinjaman Bahasa Inggeris, perihatin, tersiksa, kafetaria, losyen, eletronik,

Bahasa Arab dan Bahasa Nusantara ekspidisi, ambulan, akedemik, intrepretasi,

rekriasi, insfrastruktur

3 Ejaan kata majmuk Ibubapa, wira wati, jawatan kuasa, multi etnik
a. Bentuk mantap
b. Bentuk tidakmantap

4 Penggunaan tanda sempang ( - ) eko-pelancongan, semalaysia, anti-dadah

5 Kata sendi di (ejaan rapat atau di pantau, di landa, dibandar-bandar
jarak)

106

SOALAN KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN
TATABAHASA

Soalan 3(d): (6 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KESALAHAN KATA / ISTILAH DAN
TATABAHASA

Soalan3(d):Kesalahan Perkataan/ Istilah dan Kesalahan Tatabahasa (6 markah)
Bentuk soalan kesalahan istilah/ perkataan dan kesalahan tatabahasa.
1. Biasanya diberi tiga ayat dan calon dikehendaki membetulkan satu kesalahan

istilah/ perkataan dan satu kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat.
Contohnya:

SPM 2007
i. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian
dari pekerja syarikat tersebut.
ii. Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong
apabila tiba musim membajakpadi.
iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang
membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh
Perdana Menteri.

TATABAHASA ISTILAH
i. dari - daripada atur susun - susun atur
ii Keseluruhan penduduk-penduduk membajak - menuai
iii. Setengah - sesetengah / pindaan - rombakan

setengah-setengah

Peringatan :
 Calon tidak perlu menyalin semula soalan.
 Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan istilah/ perkataan dan

satu kesalahan tatabahasa.

2. Kadang kala calon diberi satu perenggan petikan dan calon perlu menyenaraikan
tiga kesalahan istilah/ perkataan dan tiga kesalahan tatabahasa.
Contohnya:

SPM 2010
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda

107

tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan
tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya
memadamkan api yang sedang mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah
alami belum dapat ditafsirkan lagi.

TATABAHASA ISTILAH
I sederetan rumah-rumah – sederetan rumah / rumah- tapak - taman

rumah mara - marak
ditafsirkan - ditaksirkan
Ii supaya - untuk
iii pemilik-pemilik rumah alami – dialami oleh pemilik-

pemilik rumah

Peringatan :

 Jika soalan bentuk petikan diberi, jawapan tidak mengikut urutan, diterima.
 Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan istilah/perkataan dan satu

kesalahan tatabahasa.

108

SOALAN 3 (d)

TAHUN KESALAHAN KATA / ISTILAH KESALAHAN BAHASA
SPMU
2004 SALAH BETUL SALAH BETUL

SPMN Wakil (Besar) Duta Atas di atas
2004
Sijil Watikah Letrik elektrik
SPMU
2005 pengajian Penyelidikan Antara perkara- Antara perkara
perkara
SPMN
2005 (bahan) Mentah Pada dalam
SPMU makanan
2006 tapak di atas atas
Pusat kesan menggegarkan menggemparkan
SPMN baki penceramah Semua peserta
2006 pemidato Semua
peserta-peserta daripada
SPMU pemulihara pencinta bersama-sama
2007 telefon tangan telefon bimbit Dari
Bersama aluan-aluan
SPMN (Yang) Berhormat
2007 Berusaha Aluan
mengisytiharkan merasmikan
SPMU pesan /nasihat Berbanyak berbanyak-banyak
2008 wasiat ini, ini!
kelawar-kelawar kelawar di pada
SPMN menayangkan mempamerkan
2008 Untuk supaya
lintang-pukang kelam-kabut paling penting paling
SPMU penting/penting
2009 pertukaran anjakan sekali sekali
perlawanan persaingan pada
layan sendiri layan diri Kepada selain
selain daripada Stesen-stesen
menambahkan meningkatkan Stesen minyak- minyak
kecelaruan kesesakan /kesibukan stesen minyak dalam
pentas legar Oleh sebab
ruang legar di dalam Antara peserta
Oleh kerana
amalan urusan Antara peserta- kepada
Atur susun Daripada
membajak Susun atur peserta Keseluruhan
Pada penduduk/
menuai /memotong/ Dari Penduduk-penduduk
membanting Keseluruhan Sesetengah
penduduk- berbagai-bagai
pindaan rombakan penduduk demi / untuk
menghabiskan membelanjakan Setengah pendingin hawa
membentuk /mewujudkan berbagai
melahirkan demi untuk untuk
berjalan berfungsi penghawa
dingin
dimansuhkan dibatalkan /ditangguhkan supaya
berhemah /ditunda
diperoleh oleh saya peroleh
berhemat saya
di kawasan-kawasan
menganggarkan meramalkan di lain-lain lain
kawasan
seutas serawan Selain daripada Selain
mana mana-mana kebolehan Keputusan/kelulusan
kertas-kertas kerja
kertas kerja- konvokesyen konvensyen
kertas kerja

109

SPMN besar Serius/kritikal /tinggi di dalam dalam
2009 lengkap seimbang supaya untuk /bagi
SPMU silap laku salah laku
2010 pada terhadap /kepada sejak daripada sejak /dari
kekacauan keruntuhan berbilang- berbilang
SPMN penyatuan perpaduan bilang
2010 Di antara Antara
mengeluarkan melahirkan di tapak di kawasan / taman
SPMU sederetan sederetan rumah
2011 mara marak /merebak
rumah-rumah untuk /bagi ditafsirkan ditaksirkan
SPMN supaya dialami oleh pemilik-pemilik
2011 menerangkan menerangkan cara-
pemilik-pemilik rumah tentang cara
SPMU rumah alami perubatan
2012 kedoktoran sebahagian sebahagian peserta
petah peserta-peserta
SPMN becok saling membantu
2012 semangat saling bantu-
sikap membantu koleksi lagu /lagu-
berkualiti koleksi lagu- lagu
berkuantiti
kursus lagu ditetapkan oleh guru
khusus guru mereka mereka
bersemayam
tinggal tetapkan paling indah
terpaling indah /terindah

benda makhluk /hidupan umpama umpama (sebagai
disalahertikan disalahgunakan sebagai gugur)

sewenangnya sewenang-
wenangnya
melupuskan Memusnahkan/merosakkan yang tindakan bahawa tindakan
intrepretasi interpretasi diambil kira mengambil kira
memiliknya memilikinya di bandar-bandar
dibandar-
pengongsian perkongsian bandar multietnik

multi etnik

110

TAHUN KESALAHAN KATA /ISTILAH KESALAHAN BAHASA
SPMU
2013 SALAH BETUL SALAH BETUL
SPMN
2013 memberi menderma supaya untuk/bagi

SPMU penjaga pengawal dari daripada
2014
SPMN terbuka terdedah bukan Tidak
2014
diketatkan dieratkan /dipererat di antara antara
SPMU /dikukuhkan
2015 /diperkukuh

SPMN mengabaikan menyerahkan pada guru kepada guru
2015 /melepaskan

SPMU membacakan menyampaikan ramai murid-murid ramai murid /murid-
2016 murid
siasah sahsiah dari masa ke semasa
SPMN barang bahan yang dari masa ke masa
2016 teduhan tadahan bahawa
profesion profesional selain daripada
SPMU dimakan Ditelan/ dimamah Dikagumi oleh saya Selain
2017 Beberapa langkah- Saya kagumi
SPMN menyusur mengalir Beberapa langkah/
2017 dirasai Dinikmati / dimakan langkah langkah-langkah
SPMU Di suatu Pada suatu
2018 mengurniakan menyampaikan Rebus ubi
Semua murid-murid Ubi rebus
SPMN dilihat ditonton
kuantiti terhadap Semua murid / murid-
menguatkan kualiti berapa murid
Pelbagai insentif-
ditimpa Meningkatkan/ insentif Tentang
mempamerkan menambahkan/ Beberapa
Pelbagai insentif/
menyapa memajukan/ insentif-insentif
berserabut meninggikan
malahan Namun/ tetapi
meningkatkan Diancam/dilanda Remaja lakukan
Dilakukan oleh
merapatkan Memaparkan/ bila remaja
tenteram mengemukakan Beralaskan dengan
Apabila
menyulam menegur surat khabar
pembebasan Beralaskan surat
menyimpan Bersepah/bertabur/ khabar
persekolahan berterabur /
berserak/ Terbit matahari Matahari terbit
proses berselerak
kuantiti di ke
simbahan Melanjutkan/ Ketua jabatan-ketua Ketua-ketua jabatan
anugerah meneruskan/
menyambung jabatan dari
daripada Demi / untuk
menyesuaikan Demi untuk
bahawa
Stabil / menentu/ Yang atau
mengizinkan/ baik Dan
untuk kepada
menganyam Lain-lain inisiatif Inisiatif-inisiatif lain
Rakyat kecapi Dikecapai rakyat
pengecualian Anak yatim-anak Anak-anak yatim
yatim
menyembunyikan supaya yang
Di almari Di dalam almari
pelajaran

projek

kualiti

titisan

sumbangan

mendesak mendadak
anggota atlet

111

2018 menambahkan meningkatkan bahawa agar
perhatian kesedaran Antara agensi-agensi
SPMU helai pasang Antara agensi
2019 Disoal siasat persaingan
Disoal jawab Pihak polis panggil pertandingan
SPMN pengiktirafan
2019 Penghormatan Dipamerkan untuk Dipanggil oleh pihak
ditontonkan pertabalan dari polis
pelantikan merosakkan di
melunturkan berbagai agar
daripada

pada
Berbagai-bagai /

pelbagai

112

SOALAN PERIBAHASA

Soalan 3(e): (6 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Soalan 3(e): Peribahasa (6 markah)

1. Meliputi:
 Simpulan bahasa
 Perumpamaan
 Bidalan
 Kata-kata hikmat dan lain-lain

2. Bentuk soalan:
 Terangkan maksud peribahasa
 Bina ayat menggunakan peribahasa yang diberi
 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
 Berikan peribahasa yang sama dengan peribahasa yang diberi
 Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.

[Lihat analisis Soalan 3(e)]

3. Teknik menjawab:
 Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
 Gunakan peribahasa Melayu yang asal, Jangan ubah peribahasa
tersebut.

Contoh :
Tepuk dada tanya iman (0 markah)
Tepuk dada tanya selera (2 markah)

 Tulis peribahasa dengan lengkap
Contoh :
i. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian (0 markah)
 ii. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian,

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (2 markah)
Jangan senaraikan lebih daripada tiga peribahasa.

Pemeriksa akan tanda/ terima tiga peribahasa yang pertama sahaja.

113

TAHUN BENTUK SOALAN SOALAN 3 (E) :
SPMN PERIBAHASA
2004 SENARAI PERIBAHASA YANG DIUJI
Kemukakan tiga
SPMU peribahasa (i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing /
2005 berdasarkan petikan. Muafakat membawa berkat

SPMN Tulis ayat berdasarkan (ii) Bagai tanduk diberkas / Bagai enau dalam
2005 peribahasa /cogan kata. belukar

SPMU Nyatakan peribahasa (iii) Kalau jadi abu, menang jadiarang
2006 berdasarkan situasi
ayat yang berbeza. (i) Seperti ikan pulang kelubuk
SPMN (ii) Muafakat membawa berkat
2006 Mengisi tempat kosong (iii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi
dengan peribahasa
SPMU yang sesuai. kain
2007
Kemukakan peribahasa (i) Berat mata memandang, berat lagi bahu
SPMN / kata-kata hikmat memikul
2007 berdasarkan petikan
SPMU dialog. (ii) Seperti burung dalam sangkar, mata terlepas
2008 Nyatakan peribahasa badan terkurung
SPMN yang sesuai dengan
2008 maksud ayat. (iii) Ukur baju di badan sendiri

SPMU Berikan maksud (i) Seperti ular kenapalu
2009 peribahasa. (ii) Air ditetak /dicincang tidak akan putus /Biduk lalu

SPM N Nyatakan peribahasa kiambang bertaut / Carik-carik bulu ayam dilurut
2009 yang sesuai dengan bercantumjuga
maksud ayat. (iii) Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih
Tulis ayat berdasarkan
peribahasa /cogan kata. (i) Bahasa menunjukkan bangsa/ Bahasa Jiwa
Bangsa
Berikan maksud
peribahasa (ii) Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih
(iii) Mata pena lebih tajam daripada mata pedang
Lengkapkan dialog
dengan peribahasa (i) Bagai kacang lupakan kulit
(ii) Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni

/Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
(iii) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,

bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian

(i) Bahasa JiwaBangsa
(ii) Bagai dakwat dengankertas
(iii) Seperti air dalam kolam

(i) Durian runtuh /dapat terpijak /duit terpijak
(ii) Berani kerana benar, takut kerana salah
(iii) sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan

(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau
(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama

dicecah

(i) Tiada rotan akar pun berguna
(ii) Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(iii) Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang

janjinya.

(i) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung /
masuk

114

SPM U Berikan maksud kandang kambing mengembek, masuk kandang
2010 peribahasa kerbau menguak
(ii) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
SPM N Mengisi tempat kosong (iii) jauh berjalan luas pemandangan
2010 dengan peribahasa
yang sesuai. (i) Bagai lebah menghimpunkan madu
SPMU (ii) Seperti si buta baru celik
2011 Berikan maksud (iii) Kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar,
SPMN peribahasa
2011 tidak akan berbau
Nyatakan peribahasa
SPMU yang sesuai dengan (i) bagai aur dengan tebing
2012 maksud peribahasa (ii) usaha tangga kejayaan
(iii) muafakat membawa berkat / di mana ada
SPMN Nyatakan peribahasa
2012 berdasarkan situasi kemahuan di situ ada jalan
ayat yang berbeza.
SPMU (i) Besar pasak daripada tiang
2013 Berikan maksud (ii) Cepat kaki ringan tangan
peribahasa (iii) Pantang berundur sebelum berjuang
SPMN
2013 Mengisi tempat kosong (i) Bagai cincin dengan permata / bagai pinang
dengan peribahasa dibelahdua
SPMU yang sesuai
2014 (ii) Tepuk tangan sebelah takkan berbunyi
Nyatakan peribahasa (iii) Ikan pulang ke lubuku / Belut pulang ke lumpur /
yang sesuai dengan
maksud ayat. Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hingga
di belakang kerbau
Nyatakan peribahasa
berdasarkan situasi (i) buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
ayat yang berbeza. (ii) benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

/bagaimana acuan begitulah acuannya /ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
(iii) serkap jarang / rosak badan kerana mulut /sebab
pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa

(i) Membaca jambatan ilmu.
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi

kain.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana

muafakat.

(i) Harimau mati meninggalkan belang (gajah mati
meninggalkan tulang/ gading) manusia mati
meninggalkan nama

(ii) seperti kacang lupakan kulit /seperti melepaskan
anjing tersepit

(iii) orang berbudi kita berbahasa (orang memberi
kita merasa)

(i) menjolok sarang tebuan /mengusik anjing tidur
/ tiada beban batu digalas

(ii) dalam tangan / takkan lari gunung dikejar
(hilang kabus tampaklah ia)

(iii) Belakang parang diasah lagikan tajam

(i) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
/ bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa
borek anak rintik
(ii) terang hati / otak cair / tajam akal
(iii) ringan tulang

115

SPMN Peribahasa yang sesuai (i) Seperti kerbau/ lembu dicucuk hidung
2014 dengan maksud (ii) Pengayuh/ pendayung sudah di tangan,

SPMU Nyatakan peribahasa perahu sudah di air
2015 yang sesuai dengan (iii) Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang
SPMN ayat-ayat tersebut.
2015 Peribahasa lain yang melayang / Tuah ayam nampak di kaki, tuah
sama maksud manusia siapa yang tahu / Durian runtuh
SPMU
2016 Lengkapkan tempat (i) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
kosong dengan (ii) Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
SPMN peribahasa yang sesuai (iii) Rumah siap, pahat berbunyi
2016
SPM U Berikan maksud (i) Seperti abu di atas tunggul
2017 peribahasa (ii) Seperti cincin dengan permata / bagai

SPM N Berikan peribahasa kunyit dengan kapur
2017 yang sesuai (iii) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
berdasarkan maksud
SPM U yang diberi (i) Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan / orang
2018 Nyatakan peribahasa mengantuk disorongkan bantal / bulan jatuh ke
SPM N yang sesuai dengfan riba
2018 dialog
(ii) Enau dalam belukar melepas pucuk masing-
SPM U Isi tempat kosong masing
2019 dalam petikan dengan
SPM N peribahasa yang sesuai (iii) Usaha tangga kejayaan/ jika tidak dipecahkan
2019 Nyatakan peribahasa ruyung manakan dapat sagunya/ di mana ada
yang sama maksud kemahuan di situ ada jalan
dengan peribahasa
yang diberi (i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Nyatakanperibahasa (ii) Indah khabar dari rupa
/kata-kata hikmat (iii) Alah bisa tegal biasa
berdasarkan petikan
Nyatakan peribahasa (i) Berakit-rakit ke hulu, berengng-renang ketepian
berdasarkan situasi (ii) Berani kerana benar, takut kerana salah
ayat yang berbeza. (iii) Harimau mati meninggalkan belang, manusia

mati meninggalkan nama

(i) talam dua muka
(ii) ringantulang
(iii) Seekor kerbau membawa lumpur habis

semuanya terpalit

(i) Jauh perjalanan, luas pandangan
(ii) Malu bertanya, sesat jalan
(iii) Bermandi peluh

(i) Ikan pulang ke lubuk/ belut pulang kelumpur
(ii) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai

ke pangkal lengan
(iii) Bagai mana acuan begitulah kuihnya

(i) Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
(ii) Ada gula ada semut
(iii) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

(i) Sediakan payung sebelum hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri

sendiri, lebih baik negeri sendiri
(iii) Kacang lupakan kulit

116

LATIHAN 1: SOALAN TATABAHASA 3(c), 3(d), dan 3(e)
Soalan 3(c): Kesalahan Ejaan dan / atau Imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan kesalahan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Mereka akan adakan dailog kerana terdapat pihak yang tidak berpuas

hati dengan keputusan itu. dailog - dialog
adakan – mengadakan

(ii) Walaupun gaji pokoknya sederhana tetapi apabila dicampurkan

dengan elaun bulan dan komisyen dia mampu membeli kereta dan

rumah.

bulan – bulanan komisyen - komisen

(iii) Keputusan samada kerajaan akan memberi bonus atau tidak akan tahu

pada minggu hadapan.

tahu – diketahui samada – sama ada

[6 markah]

Soalan 3(d): Kesalahan Kata / Istilahdan Tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Sulaiman mengatakan terima kasih kepada semua ibu bapa di

atas pelantikannya sebagai pengerusiPIBG.

mengatakan – mengucapkan di atas - atas

(i) Anggota Persatuan Pecinta Alam SMK Seri Intan telah berjaya

membina sebuah mini taman dengan menggunakan bahan-bahan

terpakai di kawasan sekolah mereka.

Anggota – ahli mini taman – taman mini

(i) Daun-daun yang berguguran pada halaman rumah petang semalam

telah dilap oleh emak pagi tadi.

dilap- disapu pada – di halaman

[6 markah]

117

Soalan 3(e): Peribahasa

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
berdasarkan ayat-ayat tersebut.

(i) Undang-undang, peraturan dan adat resam di sesuatu tempat harus
dihormati dan dipatuhi.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

(i) Murid-murid sering mengikuti kelakuan guru-guru mereka, khususnya
dalam hal-hal yang berunsur negatif.
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari

(i) Batik merupakan warisan budaya kita kerana batik sudah terkenal
sejak dahulu hingga sekarang dan sesuai digunakan dalam pelbagai
majlis.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
[6 markah]

LATIHAN 2: SOALAN TATABAHASA 3(c), 3(d), dan 3(e)

Soalan 3(c): Kesalahan Ejaan dan / atau Imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan kesalahan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sebagai ahli arkiologi yang berpegalaman, beliau telah gerudi tanah di

kawasan itu untuk mendapatkan artifak bersejarah.

gerudi – menggerudi arkiologi - arkeologi

(ii) Selekoh tajam di hujong kampung itu merbahaya dan boleh

mengundang maut. hujong - hujung
merbahaya – berbahaya

(iii) “Larut asid hidroklorik pekat amat bahaya jika tidak di tutup dengan
ketat,” kata Cikgu Aini kepada murid-muridnya.
Larut – larutan di tutup - ditutup

[6 markah]

118

Soalan 3(d): Kesalahan Kata / Istilahdan Tatabahasa
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selain daripada memiliki kelulusan yang baik, siswazah yang ingin
memohon pekerjaan juga perlu memiliki kemahiran telekomunikasi
yang bagus.

Selain daripada – selain daripada telekomunikasi - komunikasi

(i) Ketua jabatan-ketua jabatan dikehendaki mengecam kakitangan
mereka yang belum menguasai kemahiran teknologi maklumat untuk
diberi latihan.

ketua jabatan-ketua jabatan – ketua-ketua jabatan
mengecam – mengenal pasti

(i) Setiap perkataan yang dilafazkan oleh kita hendaklah beralas supaya tidak
mengoyak perasaan orang lain.

dilafazkan oleh kita – kita lafazkan mengoyak - mengguris

[6 markah]

Soalan 3(e): Peribahasa
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Norlia : Saya kecewa dengan sikap segelintir remaja yang enggan
mendengar nasihat. Segala nasihat yang kita berikan hanya (i) .
mencurah air di daun keladi

Shila : Betul kata awak, Norlia. Mereka tidak tahu bahawa segala kesilapan

mereka akan memalukan diri dan keluarga mereka. Perbuatan mereka

umpama (ii) .

menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

Norlia : Mereka sewajarnya menyiapkan diri sebagai pemimpin negara pada

masa akan datang. Hal ini demikian kerana pemuda dan pemudi

dianggap sebagai (iii) .

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

119

LATIHAN 3: SOALAN TATABAHASA 3(c), 3(d), dan 3(e)
Soalan 3(c): Kesalahan Ejaan dan / atau Imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan kesalahan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itusemula.

(i) Malaysia taruh harapan kepada atlit penerjun, pasukan badminton dan

angkat berat untuk meraih emas di Sukan Olimpik.

taruh – menaruh atlit - atlet

(ii) Anak-anak hendaklah mendidik sejak kecil lagi untuk berpuasa dalam

bulan Ramadhan. Ramadhan - Ramadan
mendidik – dididik

(iii) Ibu merebus jagung yang baru dipetikkan dari kebun ayah untuk

dimakan ketika menuntun televisyen nanti.
dipetikkan – dipetik menuntun- menonton

[6 markah]

Soalan 3(d): Kesalahan Kata / Istilahdan Tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapatsatu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Hubungan masyarakat pada zaman dahulu begitu ketat kerana mereka

saling bantu-membantu apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
ketat – erat
saling bantu-membantu – saling membantu/ bantu-membantu

(i) Kereta berhias Tenaga Nasonal telah timbul sebagai kereta berhias

paling cantik sekali dalam perarakan kereta berhias sempena

sambutan bulan kemerdekaan.
timbul – muncul
paling cantik sekali – paling cantik/ cantik sekali

(i) Badak sumbu adalah di antara haiwan yang dilindungi oleh Perhilitan

kerana nombornya semakin berkurangan dan kian pupus.

di antara – antara nombornya - bilangannya

[6 markah]

120

Soalan 3(e): Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
sesuai dengan petikan tersebut.

Puan Aina dan Encik Azlan menjaga anak mereka, Azli dengan penuh kasih
sayang dan berusaha untuk memenuhi segala permintaan Azli. Berkat kasih sayang
mereka, Azli telah mendapat tawaran belajar di luar negara. Azli berasa serba salah
sama ada hendak memilih tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara atau
di dalam negara. Azli meminta pendapat daripada ibu bapanya tetapi Puan Aini dan
Encik Azlan menyerahkan keputusan kepadanya.

(i) Bagai menatang minyak yang penuh
(ii) Di telan mati emak, diluah mati bapak
(iii) Tepuk dada tanya selera

[6 markah]

121

SOALAN NOVEL
Soalan 4: (15 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN

NOVEL PANTAI KASIH DAN BIMASAKTI MENARI
ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2020

TINGKATAN 4: Pantai Kasih

TINGKATAN 5: Bimasakti Menari

TAHUN SOALAN 4(a) SOALAN 4(b)
SPM 2016 Dua peristiwa yang Satu latar masa
menggambarkan nilai
SPMU 2017 tanggungjawab. Duacabaran yang dihadapi oleh watak
SPM 2017 Sinopsis utama
SPMU 2018 Satu peristiwa yang dapat menimbulkan
SPM 2018 Dua persoalan perasaan simpati
Satu peristiwa yang pada pendapat
SPM U 2019 Dua contoh peristiwa yang anda dapat dijadikan panduan hidup.
SPM 2019 menunjukkan nilai ketabahan. Satu latar masyarakat yang
SPM U 2020 Dua perwatakan watak bekerjasama.
SPM N 2020 sampingan yang telah
ditetapkan. Satu nilai pengorbanan
Dua kepincangan masyarakat Satu peristiwa yang dapat menimbulkan
Dua latar tempat kesedaran.

SOALAN 4 (NOVEL)

NOVEL (15 MARKAH)
Soalan 4 (a) 7 markah (4 markah isi dan 3 markah bahasa)
Soalan 4 (b) 8 markah (6 markah isi dan 2 markah bahasa)
 Perkara yang perlu ada semasa menjawab soalan novel: perlu
ada pernyataan dan contoh.
 Jawapan yang dikemukakan perlu menggunakan ayat-ayat yang lengkap.

122

TIPS MENJAWAB NOVEL

1. Kenal pasti kata tugas (KT) / kata kunci (KK) / kehendak soalan(KS)
2. Buat rangka jawapan supaya menjawab ikut kehendak soalan

(a) Pelbagai peristiwa yang dapat dijadikan teladan telah diwujudkan oleh
pengarang dalam novel yang dihasilkannya.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa
yang dapat dijadikan teladan dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Contoh: Huraikan
KT Peristiwa / teladan
KK Satu peristiwa / 2 novel
KS

LATIHAN PENGUKUHAN ANALISIS SOALAN

(b) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai

tanggungjawab.

(c)

Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam

sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

KT
KK
KS

(d) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang

berlaku di satu latar tempat dalam novel tersebut. [8 markah]

KT
KK
KS

123

(e) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi

setiap novel yang pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati

pembaca. [8 markah]

KT
KK
KS

(f) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan dua contoh konflik

yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

KT
KK
KS

124

LATIHAN MEMBUAT RANGKA JAWAPAN NOVEL

Contoh soalan 4(a) (7 markah)

Berdasarkan sebuah novel (KS) yang anda pelajari, huraikan (KT) latar tempat(KK)

Dalam novel tersebut. [7 markah]

Isi 1 (Latar) Pantai Kasih: bilik bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih
Peristiwa (Huraian) Pembedahan yang dilakukan oleh Dr. Raiha terhadap Unong Siron
kali keenam setelah lima kali menemui kegagalan
Isi 2 (Latar)
Peristiwa(Huraian) Pantai Kasih: Farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih
Felicia Landosi menghilangkan tekanan perasaannya di bilik
+3 markah Bahasa farmasi dengan mengambil ubat batuk yang berlebihan

Bonus

Jawapan lengkap:

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih. Latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut ialah di bilik bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih (Isi: 1m). Di bilik bedah
tersebut, Dr. Raiha telah menjalankan pembedahan kali keenam terhadap Unong Siron
yang masih tidak sembuh walaupun telah menjalani pembedahan sebanyak lima kali.
(Huraian:1m)

Latar tempat seterusnya ialah farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih. (Isi: 1m) Di
situlah Felicia Landosi kerap mengambil ubat batuk secara berlebihan untuk
menghilangkan tekanan perasaannya yang sentiasa rasa bersalah kepada Dr. Raiha.
(Huraian: 1m)

Isi = nyatakan latar tempat

Huraian= huraikan peristiwa yang berlaku di latar tempat tersebut

Isi =4m

Bahasa =3m
Jumlah =7m

Contoh soalan 4(b) (8 markah)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap

novel yang menunjukkan kepincangan masyarakat. [8 markah]

Isi : 6 markah Bahasa : 2 markah
Isi 1 (PK)
Huraian isi 1
Huraian isi 1
Isi 2 (BSM)
Huraian isi 2
Huraian isi 2
+2 markah Bahasa

125

(a) Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan nilai yang terdapat dalam novel

tersebut. [7markah]

CONTOH JAWAPAN CALON CEMERLANG

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Nilai yang terdapat dalam novel
ialah kasih sayang. Contohnya, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Dr.Raiha
sangat menyayangi anaknya Rohayu sehingga dia sanggup bercerai dengan suaminya
Dr Sadiz yang tidak mahu menerima kelahiran Rohayu yang tidak sempurna.

Seterusnya, terdapat nilai kerjasama. Contohnya, bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah. Ibu Unong Siron bekerjasama dengan Dr Raiha untuk
memujuk pemuda kurang siuman yang telah menahan Felicia di bilik bedah.

Isi =4m
Bahasa =3m
Jumlah =7m

KOMEN:
Huraian jelas dan tepat
Sebaik-baiknya, huraian perlu ada NAMA WATAK, LATAR TEMPAT dan PERISTIWA

CONTOH JAWAPAN CALON SEDERHANA

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih.Nilai yang terdapat dalam novel
ialah kasih sayang. Sebagai contoh, Dr Raiha sangat menyayangi anaknya.
Seterusnya, terdapat nilai bekerjasama. Sebagai contoh, ibu Unong Siron
bekerjasama dengan Dr Raiha.

Isi =2m
Bahasa =3m
Jumlah =5m

KOMEN:
Calon tidak mengemukakan contoh yang jelas. Huraian terlalu umum ( TIADA MARKAH
UNTUK HURAIAN)

126

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENJAWAB SOALAN NOVEL
DAN SOALAN PEMAHAMAN

PENGGUNAAN KATA KUNCI YANG BETUL

KEHENDAK KATA KUNCI CONTOH SOALAN DAN
SOALAN JAWAPAN
KATA NAMA:
NILAI KE........ AN Soalan: Huraikan nilai yang terdapat
KERAJINAN CONTOHNYA NILAI dalam novel yang dikaji.
KETABAHAN KEBERANIAN. Jawapan: Antara nilai yang terdapat
KERJASAMA dalam novel Pantai Kasih ialah nilai
BAIK HATI KEBERANIAN keberanian. Felicia berani membuat
KASIH SAYANG MENYELESAIKAN pengakuan terhadap Dr. Raiha.
PERSOALAN MASALAH.
Soalan: Huraikan persoalan yang
PENGAJARAN KITA HENDAKLAH cuba diketengahkan oleh pengarang.
KITA HENDAKLAH BERANI Jawapan: Persoalan yang cuba
KITA HARUSLAH MENGHADAPI diketengahkan pengarang ialah
KITA MESTILAH SEBARANG keberanian menyelesaikan masalah.
MASALAH. Felicia akhirnya berani .......
PERWATAKAN
(KATA SIFAT) Soalan: Jelaskan pengajaran yang
LATAR: SEORANG YANG terdapat dalam novel yang dikaji.
MASA BERANI. Jawapan: Pengajaran yang terdapat
TEMPAT dalam novel ialah kita hendaklah
MASYARAKAT Malam/Pagi/zaman berani menghadapi sebarang
perang masalah. Buktinya,..........
Bilik bedah/sekolah/
rumah Soalan: Huraikan perwatakan watak
Penyayang/prihatin utama.
Jawapan: Antara perwatakan Dr
Raiha ialah seorang yang
berani.Buktinya, Dr. Raiha berani
membawa lari anaknya Rohayu dari
rumah agam.......

Soalan: Huraikan latar masa dalam
novel yang anda kaji.
Jawapan: Antara latar masa dalam
novel PK ialah menjelang dinihari.
Buktinya, menjelang dinihari, Felicia
telah berjumpa dengan Dr Raiha
untuk membuat pengakuan dan
berterus terang tentang punca
kematian Rohayu..

127

AKTIVITI PENGUKUHAN NOVEL: BIMASAKTI MENARI DAN PANTAI KASIH

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang terdapat

dalam perkembangan cerita novel tersebut dan cara watak utama mengatasi

konflik tersebut. (8markah)

NOVEL BIMASAKTI MENARI

PERNYATAAN KONFLIK CARA WATAK UTAMA MENGATASI
KONFLIK
1. Konflik luaran
Nurul Hafsa berani mematahkan pandangan
- Konflik antara Nurul Hafsa dan Dato‟ Johann dengan mengatakan bahawa
Muhammad Taufik dengan Dato‟ Johann objektif projek adalah untuk menjadikan Kuala
Arlington-Majid. Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit
- Peristiwa semasa pembentangan projek Gelap dan mengembalikan kegelapan langit
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan dan bukannya Bandar Cahaya seperti di i-City
Menteri Besar, setiap hujah Nurul Hafsa Shah Alam.
dibidas oleh Dato‟ Johann Arlington Majid. Segala pertanyaan Dato‟ Johann telah berjaya
Nurul Hafsa mencadangkan supaya Kuala dibidas oleh Nurul Hafsa dengan tenang
Selangor menggunakan lampu dengan sehingga pembentangan selesai dan projek
reka bentuk “full cut off” tetapi Dato‟ tersebut dipersetujui oleh Menteri Besar.
Johann tidak bersetuju kerana lampu ini (2 markah)
dikatakan tidak mempunyai nilai estiteka
dan sekiranya lampu ini digunakan, kes Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dan
jenayah di Kuala Selangor akan semakin ditemani oleh Budiman. Nurul Hafsa meminta
meningkat. maaf kepada Muhammad Taufik atas kejadian
(1 markah) yang berlaku. Nurul Hafsa menyatakan yang
dia faham jika Muhammad Taufik ingin
2. Konflik Dalaman menarik diri daripada rancangan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap.
- Nurul Hafsa berasa bersalah apabila Namun Muhammad Taufik menyatakan
rakan seperjuangannya Muhammad bahawa dia tidak akan berundur dan tetap
Taufik ditimpa kemalangan iaitu dipukul akan menyokong Nurul Hafsa. Nurul Hafsa
oleh konco-konco Dato‟ Johann. Nurul hampir-hampir menangis lantaran terharu akan
Hafsa tertanya-tanya sama ada dia dan kesetiaan MuhammadTaufik.
Projek Kawasan Simpan Langit Gelap (2 markah)
yang menyebabkan kemalangan itu
berlaku terhadap Muhammad Taufik.
(1 markah)

128

NOVEL PANTAI KASIH CARA WATAK UTAMA MENGATASI
KONFLIK
PERNYATAAN KONFLIK
Dr. Raiha berasa bersalah atas tindakannya
1. Konflik dalaman menegur Felicia. Dr. Raiha sedar bahawa
dia dan Felicia merupakan dua orang insan
- Felicia Landosi terlibat dalam yang sama-sama menjadi mangsa keadaan.
penyalahgunaan ubat batuk sebagai Apabila mengetahui keadaan sebenar
penenang kerana tertekan dengan (peristiwa kematian anaknya), Raiha telah
peristiwa hitam masa silam (peristiwa memaafkan semua kesalahan Felicia dan
kematian anak Dr. Raiha). Dia juga sering meminta Felicia melupakan kejadian
kecewa dengan teguran Dr. Raiha kerana tersebut dan memulakan hidup baharu.
mengasari ibu Unong Siron. Akibat rasa (2 markah)
tertekan, dia sanggup menukar jadual
kerja pada waktu malam kerana ingin Dr. Raiha mengatasi konflik ini dengan cara
mengelakkan diri daripada berjumpa dia tetap dengan pendiriannya untuk
dengan Dr. Raiha. mengekalkan janin dalam kandungannya itu
(1 markah) kerana janin itu tidak berdosa. Dia menjaga
kandungannya itu dengan baik sehingga
2.Konflik luaran selamat dilahirkan. Raiha tetap menerima
kehadiran anaknya itu walaupun anaknya
- Konflik antara Dr. Raiha dan suaminya menghidap penyakit sindrom down.
Dr. Sadiz. (2 markah)
Peristiwa pertengkaran mulut antara Dr.
Raiha dan Dr. Sadiz iaitu apabila bekas
suaminya menuduh Raiha mempunyai
hubungan sulit dengan Dr. Uwang. Dr.
Sadiz bertindak ganas dengan cuba untuk
mencederakan Raiha sambil memaksa
Raiha menggugurkan janin yang
dikandungnya. Janin itu merupakan
seorang manusia yang tidak normal
berdasarkan gambaran ultrasound yang
telah dilakukan.
(1 markah)

Novel yang saya kaji ialahnovel

.

Konflik yang pertama ialah konflik dalaman. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa

.
Cara watak utama mengatasi konflik ini ialah

.

Konflik yang kedua ialah konflik luaran. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa

Cara watak utama mengatasi konflik luaran ini ialah .
.

129

2. Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari. [7markah]

Novel Pantai Kasih

BIL PERNYATAAN CONTOH PERISTIWA

1 Permulaan Seorang doktor pakar yang baru menyertai pusat rawatan
terkemuka. Raiha, seorang doktor pakar yang baru menyertai
Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapi konflik diri
kerana sering terkenang akan peristiwa yang sudah berlalu.
Raiha mengalami konflik jiwa akibat kematian anak tunggal
kesayangannya.

@

Raiha terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor
Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam atas pesakit
yang bernama Unong Siron.

@

Raiha dibayangi kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya
terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia
memilih Dr. Sadiz sebagai suami.
[1 markah]

2 Perkembangan Seorang ketua jururawat dibayangi kenangan masa lalu. Felicia,
ketua jururawat di PRPK dihantui kenangan masa lalu sehingga
mendorongnya mengambil ubat batuk sebagai penenang. Dia
sering teringat akan teguran Dr. Raiha dan kata-kata Dr. Uwang.
Dia ditegur oleh Dr. Raiha kerana mengasari ibu Unong Siron
dan menyebabkan dia berasa kecewa.

@

Dia sanggup menukar jadual kerjanya untuk mengelakkan diri
daripada bertemu dengan Dr. Raiha.
[1 markah]

3 Klimaks Kisah pencerobohan PRPK dan kejadian kemalangan. Felicia
Landosi pernah ditahan di dalam bilik bedah oleh penceroboh
yang menyamar sebagai doktor. Keadaan menjadi huru-hara.
Ibu Unong Siron menenangkan penceroboh dan meminta
penceroboh membantu menyelamatkan anaknya yang parah.
@
Dr. Raiha teringat sikap suaminya iaitu Dr. Sadiz yang tidak
akan memaafkannya dan membiarkan kehidupan Dr. Raiha
digantung tidak bertali kerana telah memalukannya di khalayak
umum.

@

Kejadian kemalangan Doktor Uwang yang gagal mengawal
keretanya lalu merempuh garaj Pusat Rawatan Pantai Kasih.
[1 markah]

4 Peleraian Permohonan maaf daripada orang yang bersalah.

Felicia Landosi memohon maaf kepada Dr. Raiha atas
penglibatannya sebagai budak suruhan Dr. Sadiz untuk membeli
minyak petrol. Dia juga menjadi saksi apabila Dr. Sadiz
melepaskan geram dengan membakar keretanya sendiri. Felicia
terkejut apabila secara tiba-tiba anak Dr. Raiha iaitu Rohayu ada
dalam kereta lalu disambar api.

@

130

Dia menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak berani
tampil untuk menyatakan kebenaran. Dr. Raiha tersedar bahawa
mereka hanyalah mangsa keadaan.
[1 markah]

Novel Bimasakti Menari

BIL PERNYATAAN CONTOH PERISTIWA

1 Permulaan Pengenalan watak utama.
Nurul Hafsa baru bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.

@

Dia melayan sekumpulan murid dari Jepun yang diiringi oleh
Puan Wickham mencerap bintang.

@
Mereka berasa hampa kerana bintang tidak kelihatan disebabkan
lagi terlalu cerah. Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di
Kampung Kuantan juga tidak kesampaian.
[1 markah]

2 Perkembangan Projek untuk melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa membuat
laporan berkaitan dengan cahaya yang menghalang aktiviti
mencerap dan melihat kelip-kelip di Pejabat Daerah.

@

Pn. Poziah telah menasihati Nurul Hafsa agar tidak
mengharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di
Kuala Selangor tidak melanggar undang-undang alam sekitar.
@

Abang Nurul Hafsa iaitu Budiman mempertemukan Nurul Hafsa
dengan Muhammad Taufik yang mencintai alam sekitar juga.
Mereka berdua bersetuju bekerjasama melaksanakan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor bagi
membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan menjaga populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan.

@

Dengan bantuan dan pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka
berjaya membuat pembentangan di hadapan pegawai daerah
Kuala Selangor. Menteri Besar mengadakan majlis terbuka
kepada orang ramai untuk mendengar pembentangan tentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.

[1 markah]

3 Konflik dan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap mendapat tentangan
klimaks daripada Dato‟ Johann Arlington Majid. Dato‟ Johann tidak

bersetuju kerana syarikat beliau tidak dapat membekalkan

lampu-lampu full cut off yang diperlukan untuk tujuan projek
tersebut. Dato‟ Johann juga telah lama berdendam dengan Tan

Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri

Muhaimin sebagai pasangan hidup.

Dato‟ Johann telah merancang untuk menggagalkan projek
dengan mengupah penjahat untuk menimbulkan ketakutan

131

4 Peleraian kepada masyarakat apabila suasana menjadi gelap pada waktu
malam.

Muhammad Taufik telah diserang ketika balik dari masjid selesai
solat Isyak. Berita serangan telah sampai ke pengetahuan
Menteri Besar. Setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri
Muhaimin tentang peristiwa serangan itu, Menteri Besar
bersetuju meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap.

Nurul Hafsa pula telah diculik. Muhammad Taufik menemui
penculik di stesen minyak Petronas, di hadapan hospital.
Kemudian Muhammad Taufik telah diculik dan dibawa ke dalam
ladang kelapa sawit. Selepas penjahat menculik Muhammad
Taufik, mereka membebaskan Nurul Hafsa. Nurul Hafsa
membuat laporan di balai polis. Kumpulan penjenayah berjaya
diberkas dan Muhammad Taufik berjaya diselamatkan.
[1 markah]

Hubungan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bertambah rapat.
Hubungan Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya juga kembali
rapat. Akhirnya mereka mengambil keputusan bernikah semula.
Selepas kenduri kesyukuran untuk meraikan pernikahan buat kali
kedua Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham,
Muhammad Taufik telah melamar Nurul Hafsa dan Nurul Hafsa
menerima lamaran tersebut.

Nurul Hafsa tersenyum apabila membaca mesej teks daripada
Muhammad Taufik yang berbunyi “Kita ialah dua ekor kelip-kelip
terakhir dunia‟.
[1 markah]

Contoh menulis jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel

.

Sinopsis novel pada bahagian permulaan
mengisahkan

. Cerita mengalami perkembangan

Seterusnya, pada bahagian klimaks, cerita mengisahkan .
Akhirnya, pada bahagian peleraian, .
.
132

3. Kegigihan watak utama sering ditonjolkan oleh pengarang dalam novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang

menunjukkan kegigihan watak utama. [8markah]

NOVEL PANTAI KASIH CONTOH PERISTIWA
BIL KEGIGIHAN WATAK UTAMA
1 Watak utama gigih untuk Raiha tetap gigih dan berusaha bersungguh-
mencapai cita-cita sebagai sungguh untuk mencapai cita-citanya sebagai
seorang doktor. seorang doktor pakar bedah walaupun
[1 markah] mendapat tentangan daripada ayahnya. Bagi
ayahnya, kerjaya sebagai doktor bedah tidak
2 Watak utama gigih untuk sesuai untuk wanita kerana memerlukan
melaksanakan tanggungjawab penelitian dalam menjalankan tugas.
sebagai seorang doktor pakar [2 markah]
bedah.
[1 markah] Raiha sangat gigih dan berusaha keras dalam
melaksanakan tugasnya sebagai seorang
3 Watak utama gigih untuk doktor pakar bedah untuk membuat
mempertahankan haknya. pembedahan tulang pinggul Unong Siron buat
[1 markah] kali keenam.
[2 markah]

Raiha gigih mempertahankan bahawa
kesalahan atas kematian anak perempuannya,
Rohayu atau Ayu disebabkan oleh Doktor Sadiz
walaupun kes mereka berlarutan dan
menjejaskan nama baiknya sendiri.
[2 markah]

BIMASAKTI MENARI CONTOH PERISTIWA
BIL KEGIGIHAN WATAK UTAMA
1 Watak utama gigih dalam usaha Nurul Hafsa telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. untuk melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa
[1 markah] cuba untuk memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala
2 Watak utama gigih untuk Selangor sebagai kawasan untuk mencerap
mendapatkan sokongan pihak bintang.
kerajaan terhadap projek [2 markah]
mereka.
[1 markah] Nurul Hafsa gigih untuk mendapatkan sokongan
pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
3 Watak utama gigih dalam Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia
menimba ilmu pengetahuan. Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan
[1 markah] Rancangan Projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di hadapan Menteri Besar.
[2 markah]

Nurul Hafsa sangat gigih untuk menuntut ilmu di
luar negara (Universiti Jordan) dalam bidang
fizik dan kaji falak.
[2 markah]

133

Cara menulis jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel .
Watak utama dalam novel ini ialah .

Kegigihan watak utama ialah .
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa, .

Selain itu, watak utama juga .
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa, .

4. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa
yang menggambarkan teknik imbas kembali yang terdapat dalam setiap
novel.
[8 markah]

NOVEL BIMASAKTI MENARI CONTOH PERISTIWA
BIL PERNYATAAN IMBAS
KEMBALI Tan Sri Muhaimin teringat kembali kisah dia
1 Kenangan membesarkan anak membesarkan anaknya, Muhammad Taufik.
(1 markah) Anaknya disekolahkan di Kuala Selangor ketika
dia masih membina perniagaannya. Namun,
2 Kenangan di alam setelah bercerai dengan Pn. Maryam Wickham,
persekolahan Muhammad Taufik mengikut ibunya ke Otago,
(1 markah) New Zealand dan bersekolah di sana.
Seterusnya Muhammad Taufik meneruskan
pendidikan di negara itu sehingga ke peringkat
sarjana.
(2 markah)

Nurul Hafsa mengimbas kembali kenangan
sewaktu dia berada dalam darjah empat.

(2 markah)

134

NOVEL PANTAI KASIH CONTOH PERISTIWA
BIL PERNYATAAN IMBAS
KEMBALI Raiha teringat kembali tentang bantahan bapanya
1 Bantahan seorang bapa. apabila dia menyuarakan isi hatinya untuk
(1 markah) memilih Dr. Sadiz sebagai bakal suaminya. Bapa
Raiha tidak bersetuju dengan pilihan hatinya
2 Kemalangan yang telah kerana bapanya menganggap Dr. Sadiz
meragut nyawa seorang merupakan seorang yang bersikap angkuh,
doktor. berusia lebih lanjut daripada usianya dan akan
(1 markah) melayan Raiha seperti seorang anak sekiranya
mereka berkahwin kelak.
(2 markah)

Raiha teringat kembali saat kematian bekas
suaminya. Sewaktu bertembung dengan Raiha di
hadapan mahkamah, Doktor Sadiz menjelaskan
bahawa Raiha akan digantung tidak bertali
sebagai balasan menjejaskan status elitnya di
khalayak ramai akibat perbicaraan itu. Sejurus
beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz
dengan senyuman sinis terus memecut kereta
baharunya. Tiba-tiba kereta Doktor Sadiz telah
merempuh sebuah lori tangki minyak yang
berhenti secara mendadak di persimpangan
lampu isyarat, kemudian keretanya meletup dan
terbakar. Dr. Sadiz mati dalam kemalangan
tersebut.
(2 markah)

5. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari.
[7 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

BIL PERNYATAAN PERSOALAN HURAIAN/PERISTIWA

1 Persoalan kepentingan diri Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat
melebihi kepentingan digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang
masyarakat. tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong
Siron asalkan berkemampuan mendapatkan
(1 markah) rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar
anak perempuan tunggalnya ke sekolah
berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata
untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.
Apatah lagi anak itu hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak
apabila berumah tangga.
(1 markah)

2 Persoalan sikap berfoya-foya Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya

walaupun sudah berumah walaupun sudah berumah tangga

tangga. menggambarkan bahawa dia seorang yang suka

(1 markah) bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun

135

3 Persoalan tentang sudah berumah tangga tetapi beliau tetap
tanggungjawab yang harus mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak
dipikul. bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya
(1 markah) berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang
memastikan kebersihan setiap „isteri tidak sah‟
4 Persoalan keberanian menjadikan dia seorang yang pemilih.
mengaku kesalahan. (1 markah)
(1 markah)
Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke
atas Unong Siron walaupun dia berasa bahawa
Doktor Uwanglah yang selayaknya melakukan
pembedahan tersebut.

Raiha juga berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke
atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan merempuh tembok Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya
demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
(1 markah)

Felicia mengaku kesalahannya walaupun pada
peringkat awal Felicia berasa sangat marah
dengan emak Unong Siron yang menuduhnya
bersubahat menipu namun akhirnya Felicia
mengakui kesalahannya itu di hadapan Raiha.
Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian
sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak
perempuan Raiha. Dia meminta maaf kerana
merahsiakannya kerana takut.
(1 markah)

NOVEL BIMASAKTI MENARI

BIL PERNYATAAN PERSOALAN HURAIAN/PERISTIWA

1 Persoalan kebijaksanaan Nurul Hafsa mengemukakan alasan bijak yang
dalam menangani masalah. dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai
(1 markah) Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada
malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata
kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu
malam.

(1 markah)

2 Persoalan hubungan kasih Maryam Wickham tetap mengambil berat tentang
sayang antara ibu dan anak. projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
(1 markah) anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka
jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

Maryam Wickham memasak untuk Muhammad
Taufik dengan menyediakan makanan
kesukaannya.
(1 markah)

3 Persoalan cinta akan alam Budiman dan adiknya sama-sama prihatin
sekitar. terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di
Kuala Selangor dan berazam untuk
(1 markah)

136

menyelamatkan Kuala Selangor daripada
pencemaran akibat pembangunan yang tidak
terancang.

Penggunaan kereta hibrid jenama proton Pria,
sistem panel solar, membina model rumah
Tekno Alam dan sistem kumbahan mesra
alam demi menjaga alam sekitar melalui
kaedah bergantung kepada alam semula jadi.

(1 markah)

4 Persoalan penceraian tidak Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak

menghalang kasih sayang pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka

antara ibu bapa dengan anak. Muhammad Taufik, malah sering memberikan

(1 markah) sokongan kepadanya walaupun mereka telah

bercerai.

(1 markah)

Cara menulis jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel

.

Persoalan dalam novel ini ialah .
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa .

Selainitu,persoalan yang terdapat dalam novel ialah persoalan .
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa .

137

6. Dalam sebuah novel terdapat banyak peristiwa yang dapat memberi teladan
kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua
peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. [8 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

BIL PERISTIWA HURAIAN/ ALASAN

1 Peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan Peristiwa ini dapat dijadikan teladan

tindakan Doktor Uwang yang telah kerana kita perlu bersikap berani dalam

menjalankan pembedahan penggantian mempertahankan pendapat walaupun

sendi pinggul sebanyak lima kali dengan pihak atasan/majikan.

terhadap Unong Siron. (2 markah)
(1 markah)

2 Peristiwa Doktor Raiha tetap dengan Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
pendiriannya untuk mengekalkan janin kerana kita perlu menyayangi anak
dalam kandungan kerana janin itu tidak walaupun anak tersebut merupakan
berdosa. golongan istimewa (Sindrom Down)
(1 markah)
(2 markah)

3 Peristiwa Doktor Raiha belajar Peristiwa ini dapat dijadikan teladan

bersungguh-sungguh untuk mencapai kerana kita perlu beusaha bersungguh-

cita-citanya menjadi seorang doktor sungguh dalam mencari ilmu agar cita-

walaupun mendapat tentangan daripada cita kita tercapai walaupun mendapat

ayahnya. tentangan.

(1 markah) (2 markah)

4 Peristiwa Doktor Raiha merawat Unong Peristiwa ini dpat dijadikan teladan

Siron yang mengalami sakit di sendi kerana kita mestilah menjalankan tugas

tulang pinggulnya dan melakukan dan tanggungjwab dengan amanah

pembedahan kali keenam dengan penuh tanpa mengira kedudukan seseorang.

tanggungjawab. (2 markah)
(1 markah)

Novel Bimasakti Menari HURAIAN/ ALASAN
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
BIL PERISTIWA kerana kita hendaklah menjaga
kelestarian alam sekitar demi
1 Peristiwa Nurul Hafsa berusaha untuk kesejahteraan hidup.
menjadikan Kuala Selangor sebagai (2 markah)
Kawasan Simpan Langit Gelap untuk Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
mengembaikan populasi kelip-kelip. kerana kita hendaklah berani bertindak
(1 markah) untuk menyelesaikan sesuatu masalah
terutamanya pada waktu genting.
2 Peristiwa Nurul Hafsa yang meminta (2 markah)
bantuan pemandu van sekolah untuk
membuat laporan di balai polis sehingga Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
tertangkapnya penjenayah dan kerana kita perlu berhati-hati dan
Muhammad Taufik dapat diselamatkan. berwaspada sepanjang masa untuk
(m/s 167) menjaga keselamatan diri.
(1 markah) (2 markah)

3 Peristiwa Muhammad Taufik pergi ke
stesen minyak Petronas untuk menemui
lelaki yang tidak dikenali seorang diri
dan akhirnya dia telah diculik.
(1 markah)

138

4 Peristiwa Puan Wickham telah berkirim Peristiwa ini dapat dijadikan teladan
salam kepada Tan Sri Muhaimin dan kerana kita perlu menjaga hubungan
memasak untuk mereka berrtiga kekeluargaan agar bertambah erat
sebelum pulang mengikut untuk kepentingan anak-anak.
rombongannya walaupun mereka telah
bercerai. (2 markah)
(1 markah)

Cara menulis jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel

.

Peristiwa dalam novel ini yang dapat dijadikan teladan ialah peristiwa .
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana .

Selain itu, peristiwa dalam novel ini yang dapat dijadikan teladan ialah peristiwa

.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana

.

7. Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh

dijadikan panduan hidup.Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel

yang telah anda kaji. [7 markah]

NOVEL BIMASAKTI MENARI
P1: Kita hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapi cabaran hidup.
H1:

(i). Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan
dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di
Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip

P2: Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh.

H2:

(i). Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan
kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-
orang suruhan Dato‟ Johann Arlington.

139

(ii). Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran
bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn. Wickham.

P3: Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dalam membesarkan anak
walaupun terpaksa melakukan seorang diri.
H3:

(i). Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai
dengan Pn. Wickham.

P4: Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri.
H4:

(i). Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa
dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki
bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek
Kawasan Simpan Langit Gelap.

P5: Sebagai seorang ayah, kita hendaklah bertanggungjawab menjaga dan
membesarkan anak-anak walaupun kita terpaksa melakukan seorang diri.
H5:

(i). Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau
menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri
selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham.

P6: Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah ibu bapa.
H6:

(i). Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri Muhaimin apabila
ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago New Zealand walaupun dia
agak keberatan.

P7: Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah agama/Tuhan.
H7:

(i). Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana mereka
berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid.

P8: Kita hendaklah berani mengemukakan sesuatu cadangan yang baik.
H8:

(i).Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri
Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam.

140


Click to View FlipBook Version