LATIHAN 4: CERPEN
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Cerita Bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab lama
bertulisan Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah
ini. Saya pandang mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak
generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya
ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta
akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini.
Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan
nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikit mula terhakis di
atas tanah sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman
perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang
mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik
bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata.
Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan
ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa
sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah
berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan
kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari
zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar
untuk bangsa dan keturunannya.”
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna
Nazri, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.)
41
(i) Nyatakan kebaikan yang diperoleh oleh bangsa yang mengkaji sejarah.
[2 markah]
P1 – mereka tidak akan melakukan kesilapan buat kali kedua.
P2 – bangsa yang mengkaji sejarah juga akan terus mencipta kejayaan
besar dari zaman ke zaman.
[Maksimum 2 markah]
[2 Isi cukup ]
(ii) Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda boleh dipupuk melalui
pembelajaran Sejarah baik pada peringkat sekolah mahupun institusi
pengajian tinggi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menyemai semangat patriotik
dalam jiwa remaja dinegara ini? [3 markah]
P1 – memperkasakan pembelajaran subjek Sejarah di sekolah.
P2 – membina galeri yang mempamerkan fakta sejarah.
P3 – melawat ke tempat-tempat bersejarah.
P4 – menubuhkan dan mengaktifkan persatuan sejarah.
[Maksimum 2 markah]
[2 Isi cukup ]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan. [4 markah]
Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
P1- kita hendaklah menanamkan semangat patriotik dalam diri agar tidak
mudah terpedaya dengan anasir asing.
[1+0]
Contohnya : Bonda telah menanamkan sifat patriotik dalam diri Mel
dengan menceritakan kisah-kisah sejarah kepadanya.
[1+1]
Satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat
dalam petikan ialah :
K1 – kita hendaklah mentaati kedua-dua ibu bapa kita agar hidup kita
diberkati.
[1+0]
Contohnya : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam
42
dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota kerana
tidak direstui oleh bonda.
[1+1]
K2 – kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan.
[1+0]
Contohnya : Mel rajin membaca buku-buku yang disimpan oleh Bondanya
agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya.
K3 – kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga khazanah buku-
buku lama yang sangat tinggi nilainya.
[1+0]
Contohnya : Bonda sangat bertanggungjawab dengan menjaga buku-buku
lama yang berharga dan bonda juga telah mengirimkan sejumlah buku
untuk diserahkan kepada sahabat lamanya Munsyi.
[1+1]
Maksimum : 4 markah
*Terima jawapan lain sekiranya relevan*
43
LATIHAN 5: CERPEN
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya
sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya
sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari
kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan
kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan
hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang
tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-
anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap
dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak ketawa dalam loghat yang
direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap
patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai
istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya
jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa
saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna
Nazri, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.)
44
(i) Apakah sikap anak-anak muda di kota yang membuatkan “saya” berasa aib
dan malu? [2 markah]
P1 – kaum lelaki dan perempuan bergaul bebas.
P2 – anak-anak muda mencampuradukkan bahasa kebangsaan dengan
bahasa asing dalam komunikasi.
[Maksimum 2 markah]
[2 Isi cukup ]
(ii) Remaja pada masa ini gemar mencampuradukkan pelbagai bahasa dalam
percakapan harian.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat cinta
akan bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja? [3 markah]
P1 – memperkasakan pembelajaran subjek Sejarah di sekolah.
P2 – membina galeri yang mempamerkan fakta sejarah.
P3 – melawat ke tempat-tempat bersejarah.
P4 – menubuhkan dan mengaktifkan persatuan sejarah.
[Maksimum 2 markah]
[2 Isi cukup ]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen diatas dan satu
Persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
P1- Persoalan keruntuhan jati diri anak-anak muda di kota.
[1+0]
Contohnya : saya berasa jelik dan aib melihat anak-anak muda di kota
bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan tidak menggunakan bahasa
ibunda yang betul.
[1+1]
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan ialah :
K1 – Persoalan pembangunan yang meranapkan warisan bangsa.
[1+0]
Contohnya : Beberapa buah rumah penduduk Melayu termasuklah rumah
Munsyi di tanah rizab Melayu dirobohkan untuk dibangunkan dengan
bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang.
[1+1]
K2 – Persoalan kegigihan anak muda yang rajin membaca untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan.
[1+0]
Contohnya : Mel rajin membaca buku-buku yang disimpan oleh Bondanya
45
agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya.
K3 – Persoalan tanggungjawab untuk menjaga khazanah buku-buku lama
yang sangat tinggi nilainya.
[1+0]
Contohnya : Bonda sangat bertanggungjawab dengan menjaga buku-buku
lama yang berharga dan bonda juga telah mengirimkan sejumlah buku
untuk diserahkan kepada sahabat lamanya Munsyi.
[1+1]
K4 – Persoalan ketaatan seorang anak muda terhadap ibunya.
[1+0]
Contohnya : Mel bersikap taat dengan menangguhkan keinginan yang
meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai
warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.
[1+1]
Maksimum : 4 markah
*Terima jawapan lain sekiranya relevan*
46
LATIHAN 6: CERPEN
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Seminggu selepas itu,ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu,
keadaan sudah kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan
rumah-rumah kayu usang. Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana
sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasi penduduk membantah pencerobohan
itu.
Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang
dihadiahkan oleh bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi
terkedu melihat puluhan buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya
rumah Munsyi dihentam taring-taring jentera berat yang melanggar dan meredah
apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang
khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab
milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang
bakal mengaut keuntungan di bumi ini.
Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun
kelibatnya langsung tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya
gerangan orang tua itu, namun tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa ibunda itu
menghilangkan diri.
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna
Nazri,dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.)
47
(i) Berikan dua sebab “saya” menitiskan air mata kesedihan? [2 markah]
P1 – mengenang khazanah berharga yang musnah.
P2 – membayangkan satu-satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar
ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal mengaut
keuntungan di bumi ini.
[Maksimum 2 markah]
[2 isi cukup ]
(ii) Pembangunan di bandar menyebabkan penduduk kehilangan tanah dan
rumah.
Pada pendapat anda,selain kehilangan tanah dan rumah,apakah kesan-kesan
pembangunan pesat di bandar? [3 markah]
Pada pendapat saya, selain kehilangan tanah dan rumah, kesan-kesan
pembagunan pesat di bandar ialah :
P1 – dapat meningkatakan kos hidup atau kadar inflasi.
P2 – menyebabkan kesesakan lalu lintas yang ketara.
P3 – masalah sosial atau jenayah dalam kalangan remaja terutamanya.
P4 – pencemaran alam sekitar juga akan semakin meningkat.
[Maksimum 3 markah]
[2 isi cukup]
*Terima jawapan lain sekiranya relevan*
(iii) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat
dalam petikan. [4 markah]
Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
P1- kampung pinggir kota
[1+0]
Contohnya : jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah
kayu usang. [1+1]
Satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat
dalam petikan ialah :
K1 – rumah bonda [1+0]
Contohnya : Mel menyatakan hasratnya kepada bonda untuk bekerja di
Bandar tetapi telah dilarang oleh bonda.
[1+1]
Maksimum : 4 markah
*Terima jawapan lain sekiranya relevan*
48
SOALAN PETIKAN PROSA TRADISIONAL
Soalan 2(c): (8 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN PETIKAN
Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional (8 markah)
i) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks / maksud rangkai kata) 2 markah
ii) KBAT tertutup (jawapan dalam petikan teks) 3 markah
iii) KBAT terbuka(idea sendiri) 3 markah
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
PROSA TRADISIONAL
FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(c)i, 2(c)ii, dan 2(c)iii,
SAMA SEPERTI KETENTUAN DI BAWAH:-
BIL KRITERIA SOALAN / KEHENDAK MARKAH ISI
SOALAN
1 Soalan memberikan maksud kata / 2 markah Pastikan anda menukar
frasa / ungkapan / ayat semua maksud rangkai kata
2 Soalan berdasarkan teks (menjurus 3 markah Isi minimum 2 tetapi
KBAT tertutup) senaraikan 3 isi.
3 Soalan berdasarkan idea dan pendapat 3 markah Isi minimum 2 tetapi
calon sendiri (KBAT terbuka) berikan 3 isi sebagai
langkah selamat.
TEKNIK MENULIS JAWAPAN PROSA TRADISIONAL
Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar
memahami cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa
klasik. Untuk mengatasi kelemahan semasa menjawab soalan, muridharus:
1. Baca petikan dari awal hingga akhir
2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun menggunakan
bahasa klasik.
3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.
4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBAT
5. Padankan aspek yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana
jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda
baca yang digunakan.
7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada
teks.
8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman
atau dialek tempatan.
9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam
baris baru.
10. Untuk soalan KBAT terutama yang memerlukan pandangan anda, jangan
sesekali menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau
saranan yang dikemukakan.
49
11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam
petikan sebagai jawapan (Kaedah potong tampal)
12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab
ketiga-tiga soalan dalam bahagian ini.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional (8 markah)
Baca petikan ProsaTradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut
oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun
kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal
ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli
Sultan. Maka baginda pun terlalu suka;maka baginda pun memberi
persalinan akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-
mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya
dianugerahi baginda persalinan masing- masing pada kadarnya.
Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam,
maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka
Bubunya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka
itu.Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya.Maka
ia bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka,
sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.”
50
(i) Berikan maksud rangkai kata memberi persalinan. [2 markah]
Calon perlu menukarkan rangkai kata dengan perkataan bersinonim.
Jawapan lengkap:
Maksud rangkai kata memberi persalinan ialah menyediakan / menghadiahkan
pakaian.
(ii) Apakah reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan
pulang bendahara? [3 markah]
Calon perlu menyatakan reaksi/tindakan Sultan Muzaffar Syah berdasarkan
petikan yang diberi. Elakkan menyalin bulat-bulat ayat prosa tradisional.
Jawapan lengkap:
Reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang bendahari
ialah baginda terlalu gembira. Baginda seterusnya memberikan persalinan
kepada bendahara daripada pakaian yang mahal dan cantik. Tindakan
baginda yang selanjutnya ialah menganugerahi hulubalang yang bersama-
sama dengan bendahara dengan persalinan yangcantik.
(iii) Sekiranya anda Awi Dicu, bagaimanakah anda hendak menembusi
pertahanan negeri Melaka? [3markah]
Calon perlu memberikan idea yang bernas dan munasabah untuk
mengalahkan pertahanan negeri Melaka. KBAT terbuka.
Jawapan lengkap:
Sekiranya saya Awi Dicu, antara tindakan yang saya perlu lakukan untuk
menembusi pertahankan Melaka ialah saya akan memohon bantuan
ketenteraan yang lebih besar daripada Paduka Bubunnya. Selain itu, saya
jugaakan melengkapkan tentera dengan alatan yang mencukupi.Tindakan
seterusnya yang saya akan lakukan ialah melatih tentera dengan lebih
sistematik dan proaktif.
.
51
LATIHAN 1: PROSA TRADISIONAL
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional (8 markah)
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya
kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun
hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan
lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris
Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang
sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat
membunuh penjurit itu. Jangankan membunuh dia, menentang matanya pun
tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-
maluan, lalu kembali.
Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh
penjurit itu?”
Maka diceritakannya segala hal ehwalnya. Maka baginda pun hairan
terlalu sukacita. Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka
sembah Laksamana, “Ya tuanku, baiklah titahkan segala rakyat berangkut
segala harta itu.”
Maka titah raja pada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara menghadapi orang
mengangkut segala bahan dan kerahkan segala orang mengangkut barang itu.”
(Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka)
52
(i) Berikan maksud dua pertandaan lagi maka sungguh. [2 markah]
Maksud dua pertandaan lagi maka sungguh ialah
[2 markah]
- dua bukti lain yang sahih [2 markah]
- dua anggota lain yang lebih penting [2 markah]
- masih belum cukup dua bukti lain yang kukuh
(ii) Berdasarkan petikan, mengapakah Bendahara mahu menunggu Laksamana?
[3 markah]
Bendahara mahu menunggu Laksamana kerana:
- kata-kata Laksamana sahaja yang dapat dipercayai.
- hanya Laksamana yang mampu membunuh pencuri itu.
- Laksamana berani tetapi orang lain penakut.
- Laksamana akan membawa bukti yang lebih kukuh
- bukti Laksamana yang paling sahih.
[Isi cukup: 2 isi]
[Maksimum : 3 markah]
(iii) Bendahara menempelak beberapa orang yang sanggup mengaku bahawa
merekalah yang telah membunuh Kertala Sari sedangkan Laksamanalah yang
sebenarnya membunuh penjurit tersebut.
Sekiranya anda raja,apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil
terhadap orang yang memberikan pengakuan palsu? [3 markah]
Sekiranya saya raja, tindakan-tindakan yang akan saya ambil terhadap orang
yang memberikan pengakuan palsu ialah:
- mengenakan denda berbentuk sejumlah wang
- hukuman sebat dengan rotan
- memasukkannya ke dalam penjara
- memerintahkannya melakukan kerja-kerja kebajikan/ sosial
- membuang negeri/ daerah
[Isi cukup: 2 isi]
[Maksimum : 3 markah]
53
LATIHAN 2: PROSA TRADISIONAL
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional (8 markah)
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Beberapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia
pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun
menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari
pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang
kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang
Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut
Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka
oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya
seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana;
maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang
bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat
membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal
penghadapan dan tempat orang menunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah,
maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun
berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala
Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit itu. Maka
dilihatnya tempat itu terlalu baik menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah turun
dari Bukit Cina itu.
(Dipetik daripada „Kepimpinan Melalui Teladan‟
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka)
54
(i) Bagaimanakah reaksi Kertala Sari selepas melihat Laksamana?
[2 markah]
Reaksi Kertala Sari selepas melihat Laksamana ialah: [1 markah]
- Mengagumi keperibadian Laksamana [1 markah]
- Mengagumi kebijaksanaan Laksamana [1 markah]
- mengakui kehebatan Laksamana dan [1 markah]
- mengakui Laksamana lebih hebat daripada ayahandanya. [Maksimum : 2 markah]
(ii) Nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kertala Sari untuk mengenal
pasti Laksamana. [3 markah]
Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kertala Sari untuk mengenal pasti Laksamana
ialah:
- pergi ke Melaka
- menyamar sebagai orang Jawa di Melaka
- menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya
- mengikut Patih Kerma Wijaya menghadap Raja Melaka
- menyamar sebagai pembesar Melaka
[Isi cukup: 2 isi]
[Maksimum : 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Bukit Cina menjadi pilihan Kertala Sari
untuk menyimpan harta? [3 markah]
Pada pendapat saya, Bukit Cina menjadi pilihan Kertala Sari untuk menyimpan
harta kerana
- berada di luar kota
- tidak dikawal oleh hulubalang
- harta yang tersimpan di atas bukit
- sukar dikesan oleh orang lain
- terletak di tengah-tengah negeri Melaka
[Isi cukup: 2 isi]
[Maksimum :3 markah]
55
LATIHAN 3: PROSA TRADISIONAL
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional(8 markah)
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara
Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara
Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah. “Mahukah Seri
Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan,
baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak
Orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya. “Mohon patik, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka
Raja itu?”
Maka sembahnya. “Mohon patik, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri
Wak Raja?”
Maka sembahnya. “Mohon patik, tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga
berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja
akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya. “Daulat, tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik
rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri
56
Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan
ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri
Nara Diraja.
Maka kata segala anak buahSeri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk
hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu
kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau
demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
(Dipetik daripada „Burung Terbang Dipipiskan Lada‟
dalam antologi Sejadah Rindu
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud sia-sialah cula? [2 markah]
Maksud sia-sialah cula ialah: tidak berguna azimat [2 markah]
[Maksimum : 2 markah]
(ii) Siapakah perempuan yang ditolak oleh Seri Nara Diraja apabila ditawarkan
oleh Duli Yang Dipertuan? [3 markah]
Perempuan yang ditolak oleh Seri Nara Diraja apabila ditawarkan oleh Duli
Yang Dipertuan ialah:
- Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam
- Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja
- Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja
[Isi cukup: 2 isi]
[Maksimum : 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Seri Nara Diraja bersetuju berkahwin
dengan Tun Kudu, isteri kepada Duli Yang Dipertuan?
Nyatakan alasan anda. [3 markah]
Pada pendapat saya, Seri Nara Diraja bersetuju berkahwin dengan Tun Kudu,
isteri kepada Duli Yang Dipertuan kerana:
- Dia lelaki pilihan-bukan senaang/ mudah berkahwin dengan orang disayangi oleh
raja
- Tun Kudu cantik – dia (Seri Nara Diraja) telah lama berkenan terhadap isteri raja
itu.
[Isi cukup: 2 isi]
[Maksimum :3 markah]
57
SOALAN PETIKAN PUISI TRADISIONAL
Soalan 2(d): (9 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
i) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks / maksud rangkai kata) 2 markah
ii) KBKK (pendapat) 3 markah
iii) Komsas 4 markah
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
PUISI MODEN / TRADISIONAL
FORMAT DAN KEHENDAK SOALAN 2(d)i, 2(d)ii, dan 2(d)iii,
SAMA SEPERTI KETENTUAN DI BAWAH:-
BIL KRITERIA SOALAN / KEHENDAK MARKAH ISI
SOALAN
1 Soalan berdasarkan teks puisi. Jawapan 2 Markah Pastikan anda menjawab
ada pada puisi yang ditanya. Cuma maksud frasa , baris,
bezanya, jawapan banyak dalam bentuk dan rangkap soalan
tersirat yang memerlukan anda faham yang ditanya.
kreatif memahaminya berdasarkan kajian
komsas yang anda pelajari. Soalan boleh
ditanya tentang maksud frasa, baris,
rangkap, dan sebagainya.
2 Soalan berdasarkan pendapat anda. 3 Markah Isi minimum 2 tetapi
Pastikan pendapat anda logik dan boleh senaraikan 3 isi.
diterima.
3 Soalan berdasarkan kajian komsas; 4 markah Isi minimum 2 tetapi
(tema, persoalan, gaya bahasa, nilai, dan jawab 3 isi sebagai
pengajaran) langkah selamat.
SKOP SOALAN KAJIAN PUISI TRADISIONAL TING 4 DAN TING 5:
SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TINGKATAN 4 ( ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG
DARI ISTANBUL)
1. SYAIR BIDASARI
2. GURINDAM DUA BELAS FASAL KETIGA
SENARAI ANTOLOGI KOMSAS TINGKATAN 5 ( ANTOLOGI SEJARAH RINDU)
1. GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP
2. SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
58
TEKNIK MENULIS JAWAPAN PUISI TRADISIONAL
Jawapan menggunakan ayat sendiri
Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan
jumlah isi yang diperlukan (Cth: 3 markah = 3 isi), kecuali soalan
memberi maksud.
Murid boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam
petikan sebagai jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan KBAT, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak
soalan.
Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau
huraikan, murid perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.
BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PUISI TRADISIONAL
PEMAHAMAN 2(d): PUISI MODEN / TRADISIONAL
BENTUK SOALAN PERINCIAN MARKAH
Soalan berkaitan maksud rangkai kata/ baris/ Soalan i (2 markah)
rangkap
Pemahaman teks (bertumpu) Soalan i (2 markah)
(mengenal pasti / mengesan jawapan dalam
petikan)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Soalan ii (3 markah)
(KBAT) (memberikan pandangan atau pendapat,
alasan, menyatakan kewajaran dan sebagainya)
Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) Soalan iii (3 - 4 markah)
(menyatakan aspek sastera seperti tema,
persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran
daripada petikan dan keseluruhan puisi)
59
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta
kerajaan.
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari, Datanglah kepada suatu masa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Hairan orang empunyatemasya,
Baginda itulah raja perkasa, Datanglah menyambar suaranya
Sangat tiada merasai susah, bahana Gemparlah sekalian mulia dan
Entah pada esok danlusa. hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Seri sultan raja bestari, Setelah Membawa diri ke mana-mana.
ia sudah beristeri, Beberapa
bulan beberapa hari, Hamillah Baginda pun sedang dihadap orang,
puteri permaisuri. Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
(i) Nyatakan maksud Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
[2 markah]
Fokus pada tulisan yang dihitamkan (penting/ arahan soalan)
Menggunakan ayat lengkap / ayat gramatis
Jangan menyalin semula perkataan yang diuji dalam petikan / hendaklah
menggunakan perkataan yang sama maksud/ setara maksudnya
60
Jawapan lengkap:
Baginda meninggalkan takhta kerajaan bermaksud sultan / baginda berundur
dari istana.
(ii) Kemusnahan negeri akibat serangan geroda menyebabkan keadaan negeri
menjadi kelam-kabut.
Pada pendapat anda, mengapakah boleh berlaku keadaan kelam-kabut
tersebut? [3 markah]
Menggunakan ayat lengkap/ ayat gramatis
Nyatakan sebab-sebab berlakunya keadaan tersebut. (Berikan pendapat
berdasarkan arahan soalan)
ISI CUKUP 2 = 3 markah
Jawapan lengkap:
Pada pendapat saya, keadaan kelam-kabut berlaku mengikut syair berkenaan
kerana suara burung gurda berkenaan sangat kuat dan luar biasa. Selain itu,
burung gurda berkenaan dikatakan sangat perkasa atau sangat kuat
menyebabkan rakyat gempar serta menjadi ketakutan sehinggakan mereka
terpaksa melarikan untuk mengelakkan serangan burung gurda berkenaan.
(iii) Huraikan dua pengajaran daripada syair di atas. [4 markah]
Menggunakan ayat yang lengkap/ ayat gramatis
Hanya menyatakan pengajaran yang TEPAT bagi keseluruhan puisi.
Nyatakan juga huraian bagi pengajaran
Markah diperoleh dengan menyatakan 2 PENGAJARAN & 2 HURAIAN (2 ISI)
Jawapan lengkap:
Pengajaran yang boleh diperoleh daripada syair di atas ialah kita hendaklah
bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan (Isi) agar hidup lebih
bermakna (Huraian).
Selain itu,
Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh
kebahagiaan.@
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh orang lain.@
Kita hendaklah bersyukur kepadaTuhan kerana negara kita sentiasa aman dan
makmur.@
Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa depan.@
Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk kebaikan bersama.
61
LATIHAN 1: GURINDAM
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
MOHD YUSOF MD NOR DAN
ABD RAHMAN KAEH (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
62
(i) Berikan maksud khabar yang jahat tiadalah damping. [2 markah]
Maksud khabar yang jahat tiadalah damping ialah berita-berita yang tidak elok
dapat dihindari/ dapat menjauhi diri daripada mendengar perkara negatif.
(ii) Orang yang suka menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
merupakan tingkah laku negatif yang boleh meruntuhkan keharmonian
masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
menghindari perbuatan di atas? [3markah]
Pada pendapat saya, usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menghindari
perbuatan tersebut ialah
- P1 memilih sahabat yang baik dan berakhlak tinggi
- P2 berazam untuk melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan
P3 mendalami ilmu agama agar dapat mengawal diri daripada
perbuatan negatif
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah
menjaga penglihatan agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik. Selain
itu, kita hendaklah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita
yang tidak sahih
[maksimum : 4 markah]
Pilihan-pilihan jawapan lain:
- Kita hendaklah berfikiran rasional dalam melakukan sesuatu perkara
- Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang
tidak berfaedah.
63
LATIHAN 2: GURINDAM
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
MOHD YUSOF MD NOR DAN
ABD RAHMAN KAEH (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka
64
(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu
sentiasa menjaga tangan dan kakinya. [2 markah]
Dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga tangan dan kakinya ialah
P1 Tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama/ undang-undang
P2 Tidak mengambil hak orang lain / yang bukan haknya
P3 Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat maksiat
P4 Tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji
P4 Sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk kebaikan
[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran
betapa pentingnya kita menjaga pertuturan dalam pergaulan.
Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga
tutur katanya? [3markah]
Pada pandangan saya, jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya ialah
P1 Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan/ pergaduhan
P2 Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim
P3 Dibenci / dimusuhi oleh orang lain
P4 Kekurangan / ketiadaan kawan
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
Persoalan yang terdapat dalam gurindam ini ialah persoalan kepentingan
menjaga pancaindera(1m). Seseorang yang menjaga pancaindera akan
menyebabkan dirinya disayangi dan dihormati(1m). Seterusnya persoalan
berhati-hati apabila menggunakan pancaindera(1m). Apabila seseorang berhati-
hati menggunakan pancaindera mereka dapat mengelakkan diri daripada
terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.(1m)
[maksimum : 4 markah]
Pilihan-pilihan jawapan lain:
Persoalan melakukan sesuatu secara keterlaluan
Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai keburukan. 2 markah
Persoalan tanggungjawab mengelakkan diri daripada musibah / perkara keji
Contoh: dapat hidup dalam keadaan aman dan mampu menjaga maruah diri
dan keluarga.
65
LATIHAN 3: GURINDAM
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Fikir dan Kata Beberapa Petua Hidup
Kurang fikir, kurang sihat, Sifat-sifat yang Baik
Tentu dirimu kelak tersesat. Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.
Fikir dahulu sebelum berkata, Jikalau kamu bersifat dermawan,
Supaya terelak silangsengketa. Segala orang dapat kautawan.
Perkataan tajam jika dilepas, Jikalau kamu bersifat pemurah,
Ibarat beringin, racun dan upas. Segala manusia datang menyerah.
Kalau mulut tajam dan kasar, Perbuatan yang Baik
Boleh ditimpa bahaya besar. Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa, Menolong sesama wajib dan perlu,
Kelaknya pasti berduka cita. Tetapi tolonglah diri mudah ulu.
Silang selisih jangan dicari, Sifat-sifat yang Jahat
Jika tersua janganlah lari. Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna, Barang siapa berbuat khianat,
Tiada berapa ia berguna. Tuhan kelak menjadi laknat.
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Kalung Bunga Za‟ba,2008
Asal mahu rajin belajar. Dewan Bahasa dan Pustaka
Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hulu ke hilir.
66
(i) Berikan maksud: [2 markah]
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
Saranan kepada pembaca agar bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia
yang di dalamnya terdapat manusia yang berbagai-bagai sifat dan kerenahnya.
[maksimum : 2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bijak memilih seseorang yang
baik akhlaknya sebagai sahabat kita? [3 markah]
P1 kita tidak terpengaruh untuk melakukan perbuatan yang negatif dan
perbuatan berbentuk subversif
P2 sahabat tersebut dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar
P3 kita dapat mengekalkan hubungan baik dan harmoni sesama manusia
[maksimum : 3markah]
[Isi cukup : 2isi]
(iii) Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.
[4 markah]
P1 Kita hendaklah rajin dan tekun menuntut ilmu untuk memperolehi
pengetahuan dan kemahiran.
P2 Kita mestilah mengamalkan sifat dermawan kerana manusia yang memiliki
sifat itu akan dihormati.
P3 Kita hendaklah berhati-hati dalam pertuturan.
P4 Kita hendaklah menjauhi salah faham sehingga menimbulkan persengketaan.
P5 Kita hendaklah bijak dalam pergaulan.
P6 Kita hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
(Isi – 1m, Huraian – 1m)
[maksimum : 4 markah]
67
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
Soalan SPM 2019
Soalan 2(d): Petikan Puisi Moden (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
www.sibermerdeka.com.my
Dalam kebun diriku Apabila siber merdeka sampai
aku tanam saujana rancangan ke rumah cabaranku
untuk memerdekakan warga aku panggil diriku bermesyuarah
susahku menyokong, berkecuali atau menentang
hidup menentang senja dan malam. aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
Dalam parlimen diriku untuk tidak mengulangi kekalahan.
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku kini, kapal diriku telah berlabuh di
mengelak hidup dikotak-katikkan. pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
Dalam laut diriku ombak gelora peristiwa dating peristiwa pergi
menampar pantai aman bagai sinang memanggil malam
untuk menguji amal dan iman. dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
Dalam gergasi diriku elakkan dirimu menjadi sia-sia
terpedaya jua oleh permainan si hamparkan dirimu di persada Tuhan.
kancil
namun sempat sedar dan beringat Abdul GhaffarIbrahim
lagi. TakkanHilang,2008
Dalam pentas diriku Dewan Bahasa danPustaka.
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang
68
(i) Berdasarkan rangkap akhir, nyatakan dua pesanan penyajak.
[2 markah]
Fokus pada tulisan yang dihitamkan (penting/ arahan soalan)
Menggunakan ayat lengkap /ayat gramatis
Rujuk jawapan dalam petikan sahaja
Jangan menyalin bulat-bulat dalam petikan/ menggunakan ayat sendiri
Jawapan lengkap:
Dua pesanan penyajak dalam rangkap akhir ialah penyajak berpesan agar
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia dan sentiasa
berserah diri kepada tuhan. (2 markah)
(ii) Pada rangkap pertama, penyajak menggambarkan bahawa dia perlu
membuat perancangan untuk mengubah kehidupannya.
Sebagai seorang murid berwawasan, apakah perancangan-perancangan
yang perlu anda lakukan untuk cemerlang dalam pelajaran? [3 markah]
Menggunakan ayat lengkap/ ayat gramatis
Nyatakan perancangan-perancangan (Berikan pendapat berdasarkan
arahan soalan
Hanya merujuk pada DIMENSI anda sebagai pelajar, tidak boleh pihak lain
ISI CUKUP 2 = 3 markah
Jawapan lengkap:
Perancangan-perancangan yang akan saya lakukan untuk cemerlang dalam
pelajaran ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa bergaul
dengan orang yang lebih berilmu. (3 markah)
(iii) Huraikan tema sajak tersebut. [4markah]
Menggunakan ayat yang lengkap/ayat gramatis
Hanya menyatakan TEMA yang TEPAT bagi keseluruhan puisi.
Huraian mesti menepati tema puisi
Markah diperoleh dengan menyatakan 1 TEMA & 2 HURAIAN (3 ISI)
3 Isi = 4 markah.
Jawapan lengkap:
Tema sajak tersebut berkaitan ketabahan atau kecekalan seseorang dalam
menghadapi dugaan dalam kehidupan. (Tema = 1 isi) Penyajak mengakui
bahawa dia pernah terjebak dengan tipu muslihat yang licik namun sabar
menghadapinya. (Huraian = 1isi) Selain itu, penyajak berjanji tidak
mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya. (Huraian = 1 isi)
69
Soalan 2(d): Puisi Tradisional (Sajak: www.sibermerdeka.com.my)
(i) Nyatakan dua sikap positif yang ditunjukkan oleh penyajak. [2markah]
Dua sikap positif yang ditunjukkan oleh penyajak ialah bercita-cita tinggi dan
sentiasa berfikiran positif.
(i) Dalam rangkap ketiga sajak ada dinyatakan bahawa terdapat banyak dugaan
dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Nyatakan cara-cara kita menghadapi segala dugaan dan cabaran tersebut.
[3 markah]
Cara-cara kita menghadapi segala dugaan dan cabaran tersebut ialah
berbincang dengan orang yang dipercayai untuk mencari jalan penyelesaian,
bertenang dan berfikir secara rasional pilihan yang terbaik untuk mengatasi
cabaran. Cara seterusnya ialah sentiasa berdoa kepada-Nya untuk
mempermudahkan diri menyelesaikan masalah.
(i) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai
kebijaksanaan seperti bijak dalam menilai paparan maklumat melalui Internet.
Seterusnya nilai kegigihan iaitu gigih dalam usaha menyelesaikan cabaran
yang dihadapi.
LATIHAN 4: SAJAK
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SANG GEMBALA KUDA
Rangkap 1 Maksud
„Seorang lelaki bergelar perkasa‟
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di merupakan simbolik kepada seorang
tangan rembat angkuhnya pemimpin. „Cemeti keberanian di tangan‟
memacu takut menghalau
kuda-kuda di padang bermaksud pemimpin tersebut mempunyai
berebutan memburu kuasa. „Rembat angkuhnya memacu takut‟
kandang
bermaksud pemimpin ini boleh melakukan
apa-apa sahaja yang menyebabkan orang
bawahannya berasa takut. „kuda-kuda‟
bermaksud orang bawahan atau orang
70
suruhannya. Pemimpin ini kuat kerana
kuasa yang ada padanya.
Rangkap 2 Maksud
Rumput dan jerami yang Untuk mengekalkan kuasa, pemimpin ini
terhidang adalah kanun memberikan pelbagai kemewahan kepada
janji kesetiaan dimamah ketua-ketua kecil yang menyokong penuh
rakus kala lapar tak peduli kepemimpinannya. Segala pemberian ini
nasib diri setelah kenyang diterima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil
jadi tunggangan memburu ini perlulah setia. Oleh sebab mereka telah
rakan. menerima pelbagai kemewahan daripada
pemimpin atasan, ketua-ketua kecil akan
berusaha untuk mendapatkan sokongan
daripada rakan atau orang di kawasannya
supaya mentaati pemimpin mereka.
Rangkap 3 Maksud
Pemimpin mempunyai kuasa yang besar.
Dia lelaki punya kuasa Oleh sebab dia mempunyai kuasa,
sesekali suaranya lebih arahannya sentiasa dipatuhi oleh ketua-
gempita daripada ringkik ketua kecil di bawahnya. Pelbagai masalah
kuda sekandang pacuannya dapat dihadapi dengan mudah. Dengan
diiringi seribu keberanian kuasa yang ada, dia berjaya menindas
meredah onak di rimba orang bawahan. Dengan menggunakan
perburuan meranduk lumpur tipu muslihat, pemimpin ini mengatakan
di paya penindasan sambil bahawa dia merupakan penyelamat
melibas cemeti durjana dia maruah bangsa, berkhidmat dengan
melampar muslihat aku ikhlasnya, dan menentang semua
penyelamat maruah ketidakadilan yang berlaku.
berjuang atas dasar
kebenaran menentang
semua kebobrokan.
Rangkap 4 Maksud
Inilah pemimpin yang mempergunakan orang lain
Dia lelaki sang gembala untuk mengekalkan kedudukannya. Dia hanya
kuda hanya mengenal bijak untuk menggunakan orang lain bagi
pantas tunggangan tanpa mengekalkan kuasanya. Pemimpin ini hanya tahu
membaca keletihannya untuk mengejar kuasa tanpa mengambil kira
dia lelaki sang gembala kehebatan dirinya yang sebenar. Oleh sebab
kuda hanya tahu kebijaksanaannya mempergunakan orang lain,
mengejar kehebatan orang-orang bawahannya terus tertindas.
tanpa menghitung
kesakitannya 71
dan kuda-kuda itu
ditunggangi ditunggangi dan
ditunggangi!
(i) Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda. [2 markah]
Dua lambang kekuasaan sang gembala kuda ialah arahannya dipatuhi oleh
orang bawahannya dan segala masalah sangat mudah diselesaikan.
(ii) Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?
[3 markah]
Pada pendapat saya, cara raja mengukuhkan kekuasaannyanya ialah
seseorang raja hendaklah mempunyai sifat cakna dengan masalah yang
dihadapi oleh rakyat supaya sentiasa disayangi rakyat. Selain itu, seseorang
raja perlulah bertanggungjawab menguruskan sistem pentadbiran negara agar
pemimpin memandang tinggi kredibiliti yang ada dalam diri raja.
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ialah nilai keberanian iaitu sang
gembala kuda berani mengendalikan kuda-kuda yang lasak. Nilai seterusnya
ialah ketabahan iaitu sang gembala kuda tabah menghadapi kepayahan.
LATIHAN 5: SAJAK
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SEJADAH RINDU
SAJAK MAKSUD
Terkedu aku Penyajak terkedu di atas sejadah
di sejadah rindu ketika mengucapkan kalimah
mengungkap kalimah syahdu syahdu yang menyentuh hati dan
bait bicara tersentuh kalbu mengenang dosa lalu yang telah
merekah keinsafan di hati yang beku dilakukannya
72
mengenang dosaku yang dahulu
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Penyajak juga menggunakan seluruh
kupohon kembali nafas kehidupan pancainderanya untuk memohon
dalam keterhadan dan keterbatasan insan keampunan sebelum dia meninggal
moga terbuka ruang keampunan dunia pada masa yang telah
sebelum saat aku dinisankan ditentukan oleh Tuhan
di masa yang Kautetapkan
Air mata menjadi saksi Dengan bersaksikan air mata
keikhlasan menjadi bukti dan keikhlasan diri sebagai bukti,
akhirnya penyajak akhirnya bersujud
aku sujud menghadap Ilahi untuk melafazkan taubat dalam
di keheningan yang sepi suasana yang sepi.
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian Penyajak berasa sedih amat
mengikuti. dan jiwanya yang tersentuh
dengan lafaz-lafaz cinta yang
Hati ini luluh disusun rapi ketika dia
jiwa yang kaku tersentuh memohon keampunan daripada
ayat-ayat cinta disusun kukuh Pencipta dengan perasaan
di sejadah rindu yang lusuh yang berdebar-debar.
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada yang Esa Penyajak juga melafazkan doa
izinkan aku menjadi manusia kepada Yang Maha Esa agar
yang taat sentiasa mengizinkannya menjadi insan
pada perintah Maha Kuasa yang sentiasa taat kepada
agar aku tidak lupa perintah-Nya. Penyajak juga
dunia ini hanya bersifat sementara. menaruh harapan agar dia
tidak lupa bahawa dunia ini
tidak kekal abadi selamanya.
(Mohd Haikal Aminuddin
Antologi Sejadah Rindu
Sasbadi Sdn Bhd)
73
LATIHAN 5(i): SAJAK: SEJADAH RINDU
(i) Nyatakan hasrat penyajak berdasarkan sajak tersebut. [2 markah]
Hasrat penyajak ialah mengharapkan agar Tuhan memberikan pengampunan
dan mengizinkannya menjadi manusia yang taat kepada-Nya.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga hubungan dengan
Tuhan? [3markah]
Kita perlu menjaga hubungan dengan Tuhan kerana Tuhan merupakan
pencipta alam semesta dan Tuhan merupakan tonggak kepada ketaatan
dalam beragama.
(iii) Huraikan persoalan yang cuba diketengahkan oleh penyajak dalam sajak ini.
[4 markah]
Persoalan yang diketengahkan ialah keinsafan terhadap dosa-dosa yang lalu.
Contohnya, penyajak rasa insaf dengan kesalahan yang pernah dilakukannya.
Seterusnya persoalan kesungguhan dalam bertaubat iaitu penyajak benar-
benar bertaubat sehingga mengalirkan air mata.
LATIHAN 5(ii): SAJAK: SEJADAH RINDU
(i) Berdasarkan rangkap yang terakhir, apakah janji penyajak terhadapTuhan?
[2 markah]
Berdasarkan rangkap terakhir, penyajak berjanji akan taat dengan dengan
Pencipta dan sentiasa sedar bahawa dunia ini hanya sementara.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah hal-hal bercorak keagamaan sering
dilakukan oleh warga tua berbanding dengan warga muda? [3markah]
Hal-hal bercorak keagamaan lebih banyak dilakukan oleh warga tua kerana
mereka mempunyai lebih masa berbanding orang muda yang sibuk bekerja
dan melebihkan hiburan. Seterusnya, warga tua mula mempunyai kesedaran
dalam mentaati agama kerana usia yang semakin meningkat.
74
(iii) Huraikan tema yang cuba disampaikan oleh penyajak dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Sajak ini bertemakan ketuhanan serta ketaatan kepada agama. Penyajak
insaf akan dosa-dosa yang dilakukannya dan memohon keampunan kepada
Tuhan. Penyajak bertaubat bersungguh-sungguh sebelum meninggal dunia
kerana sedar bahawa dunia ini hanya sementara.
LATIHAN 6: SAJAK
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI
SAJAK MAKSUD
Aku selalu didatangi Penyajak sering dihimbau oleh nasib
malam sepi malang yang mengongkongi
bagai kalung hidupnya dan tidak pernah berubah.
yang melingkari leherku Tiada sesiapa yang datang
tidak berubah keesokan hari menziarahinya. Keluhan daripada
siapa yang akan datang menjengukku seorang insan tua yang kesunyian
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik Kebahagiaan hidup yang diimpikan
kehijauan rumput oleh penyajak hanya angan-angan
hanya menjadi bayangan sahaja sehingga penghujung
di penjuru ruang zaman hidupnya. Anak-anak kandungnya
cinta dalam rahim dilupai sendiri sudah melupai dan tidak
dari sulung ditendang ke bongsu sanggup untuk menjaganya. Anak-
dari angah ditendang ke sulung balik anaknya juga saling menolak untuk
kucari erti hidup menjaganya. Penyajak mencari
menderita mengerang sakit kehidupannya sendiri dan
berdiri tanpa ruang. menanggung penderitaan hidup
tanpa ada tempat bergantung
yangkukuh.
Aku bagi mereka Penyajak menganggap dirinya tidak
tiada makna dihargai dan diperlukan lagi
anakku bakaku walaupun mereka merupakan anak
75
baik setia mahupun derhaka kandungnya sendiri. Penyajak
semoga disirami benih keinsafan berharap agar anak-anaknya sama
menjadi penawar dalam hati ada yang sanggup berbakti atau
embun cinta atasi angin dingin yang telah melupakannya akan
jangan terpegun diberikan keinsafan. Penyajak turut
ada yang mati berharap agar dapat hidup dengan
ada yang hidup berkasih sayang dan menggantikan
tiada yang kekal kecuali Tuhan. hubungan yang hambar sebelum
ini. Penyajak juga mengingatkan
supaya manusia jangan leka kerana
dalam putaran hidup ini akan ada
yang hidup dan mati kecuali hanya
Tuhan yang kekal.
(Dipetik daripada sajak ‘Erti Hidup Bererti’ oleh Teo Wei Sing
dalam antologi Sejadah Rindu,Kementerian Pendidikan Malaysia)
LATIHAN 6(i): SAJAK: ERTI HIDUP BERERTI
(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua perkara yang menyebabkan
penyajak berasa sayu. [2 markah]
Penyajak berasa sayu kerana tiada anak-anak yang mengunjunginya dan sedih
terhadap anak-anaknya yang tidak sanggup menjaganya.
(i) Ibu bapa akan sentiasa mendoakan anak-anak walaupun mereka terluka
dengan perbuatan anak-anak yang telah mengabaikan mereka.
Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa tidak pernah berdendam
terhadap anak-anak yang tidak membalas jasa mereka? [3 markah]
Penyajak tidak pernah berdendam dengan anak-anak yang tidak membalas
jasa mereka kerana mereka percaya suatu hari nanti anak mereka akan sedar
akan kesilapan mereka dan anak-anak itu adalah dari darah daging mereka
sendiri.
(i) Selain persoalan kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang warga tua,
jelaskan dua persoalan lagi yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kesunyian hidup yang
dirasai oleh seorang tua. Penyajak berasa sunyi kerana tidak menerima
kunjungan daripada anak-anak mereka. Selain itu, persoalan kasih sayang
seorang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak mereka.Penyajak berasa
76
kecewa dengan kasih sayang diberikan kepada anak-anak ketika kecil yang
tersemai sejak dari rahim tetapi tidak dihargai oleh anak-anak
LATIHAN 6(ii): SAJAK: ERTI HIDUP BERERTI
(i) Nyatakan keluhan yang disuarakan oleh warga tua dalam sajak tersebut.
[2 markah]
Keluhan warga tua dalam sajak tersebut ialah dirinya yang kesunyian kerana
tidak dikunjungi anak-anak dan berasa kecewa dengan kasih sayang yang
diberikan sejak kecil tidak dihargai.
(ii) Ibu bapa perlulah disayangi dan dihormati.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik untuk menunjukkan rasa
sayang dan hormat terhadap mereka. [3 markah]
Cara terbaik menunjukkan rasa sayang dan hormat terhadap ibu bapa adalah
dengan sentiasa menziarahi mereka, bertutur dengan lemah lembut dan
sentiasa membelikan hadiah setiap kali menyambut ulang tahun. Anak-anak
juga sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.[4 markah]
Persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kesunyian hidup yang
dirasai oleh seorang tua. Penyajak berasa sunyi kerana tidak menerima
kunjungan daripada anak-anak mereka. Selain itu, persoalan kasih sayang
seorang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak mereka.Penyajak berasa
kecewa dengan kasih sayang diberikan kepada anak-anak ketika kecil yang
tersemai sejak dari rahim tetapi tidak dihargai oleh anak-anak
77
LATIHAN 7: SAJAK
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
KUDUP PERANG
Oleh: Tuah Sujana
SELOKA MAKSUD
Sementara dia bergelar panglima (1) Penyajak menggambarkan seorang
laskar perang; yang terus-menerus panglima perang yang zalim dan
membajakan kezaliman-sering sering berdendam. Penyajak juga
mengudupkan putik dendam berterima kasih kerana masih boleh
kita masih perlu berterima kasih menyelidik perkara lampau
kepada jari-jemari takdir walaupun dalam keadaan
kerana membenarkan sepasang mata terkongkong sambil mempersoalkan
untuk berlari dengan tangan bergari orang yang dikatakan sebagai
sempat juga menadah sejambak puisi pahlawan yang sebenar.
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?
Memang kita tidak sempat menjenguk Penyajak tidak sempat untuk mengkaji
(2) sejarah tentang peristiwa pertumpahan
ke luar jendela; sewaktu fajar darah masa lampau. Masyarakat sering
menghembus tertanya-tanya tentang individu yang
ringkik kuda, gemerincing telah membunuh orang yang sanggup
pedang pusaka melakukan pendustaan.
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara- perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Andai namamu Tuah, kita masih Penyajak tidak berasakan Hang
(3) Tuah merupakan pejuang yang
tidak mahu paling gagah kerana kesetiaannya
menyanjungnya pendekar paling gagah kepada sultan tidak menjamin
kerana takhta setia terbina kedudukan dirinya apabila difitnah
78
di istana wangsa oleh musuhnya.
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Andai namamu Jebat, kita masih tidak Penyajak juga tidak berasa Hang
(4) Jebat seorang pengkhianat kerana
menggelarnya sebagai pengkhianat Hang Jebat dilihat sebagai individu
kerana kita masih menangisi yang berjuang untuk keadilan
peta keadilan yang tersiat-nun, karam walaupun menyimpan perasaan
di lautan kesumat dendam
sedang warga memanggilnya keramat.
Perang pun melecurkan lidah muslihat Tipu muslihat dalam peperangan
(5) yang menyebabkan kebenaran tidak
bercabang lalu bertemu bayu palsu; dapat ditegakkan. Manusia pula
bertiup dan memindahkan kebenaran perlu membina kehidupan mereka
pada tempatnya semula akibat peperangan.
mewarnakan keindahan pada
hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia- seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Sehinggasenjatiba, (6) Penyajak masih berdebat tentang orang
kita masih bertengkar yang dikatakan sebagai pahlawan yang
tentang siapa sebenarnya.
pahlawan sebenarnya.
Istimewa, 2012
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
79
LATIHAN 7(i): SAJAK: KUDUP PERANG
(i) Berdasarkan rangkap 3 dan 4 sajak tersebut, nyatakan satu sebab Tuah tidak
boleh digelar sebagai pendekar dan satu sebab Jebat tidak boleh digelar
sebagai pengkhianat. [2markah]
Tuah tidak boleh digelar sebagai pendekar kerana kesetiaannya tidak
berbelah bahagi terhadap istana menyebabkan Tuah mungkin tidak akan
berlaku adil walaupun ada fitnah. Jebat pula tidak boleh digelar pengkhianat
kerana Jebat diingati sebagai orang yang mempertahankan keadilan dan
dianggap suci.
(ii) Pemimpin merupakan golongan yang sangat berkuasa dan berpengaruh
dalam sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang
pemimpin untuk memastikan keamanan negaranya. [3 markah]
Antara ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin ialah beliau perlulah
mempunyai sikap yang adil agar tidak membuat keputusan berat sebelah dan
akan pertahankan kebenaran. Selain itu, seorang pemimpin perlulah
mempunyai sikap yang berani mempertahankan hak rakyat.
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah kita mestilah bersikap
berani untuk mencari jawapan betul sebelum kita membuat keputusan.
Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah sedar bahawa peperangan dan
perbalahan tidak akan mendatangkan keuntungan dan kebaikan.
LATIHAN 7(ii): SAJAK: KUDUP PERANG
(i) Apakah maksud yang cuba disampaikan oleh penyajak dalam rangkap 5?
[2 markah]
Maksud rangkap tersebut adalah tipu muslihat dalam peperangan yang
menyebabkan kebenaran tidak dapat ditegakkan. Manusia pula perlu
membina kehidupan mereka semula akibat peperangan.
(ii) Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh membantu mewujudkan
keamanan dalam sesebuah negara? [3 markah]
Sebagai seorang pelajar, saya boleh mewujudkan keamanan dalam sesebuah
negara dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara, sentiasa menjaga
perpaduan antara kaum dan tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak
baik.
80
(iii) Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Nilai yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai keberanian iaitu penyajak
berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dan pengkhianat.
Seterusnya, nilai keinsafan iaitu penyajak insaf bahawa peperangan dan
perbalahan akan menggugat keamanan hidup.
SOALAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
BAHASA
Soalan 3: (30 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
ANALISIS LENGKAP SOALAN BM SPM (NOV 2010 - NOV 2019)
TAHUN JENIS SOALAN
SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Nov. 2010 (a) Membina ayat (kata berimbuhan).
(b) Membina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam ayat.
(d) Membetulkan tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa dalam petikan.
(e) Mengisi tempat kosong dengan peribahasa.
Nov. 2011 (a) Membina ayat (kata nama).
(b) Menyambungkan ayat menjadi tiga ayat.
(c) Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan dalam petikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam ayat.
(e) Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud peribahasa.
Nov. 2012 (a) Membina ayat (kata ganda) - Boleh tambah imbuhan.
(b) Menukarkan ayat songsang kepada ayat susunan biasa.
(c) Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yangdiberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Berikan maksud tiga peribahasa yang diberikan.
Jun. 2013 (a) Membina ayat (kata berimbuhan) - Tidak boleh tambah atau
tukarimbuhan.
(b) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Nov. 2013 (a) Membina ayat (penjodoh bilangan) - Tidak boleh tambah
atau tukar imbuhan.
(b) Pola ayat (FNdll)
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
81
Jun 2014 (d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
Nov. 2014 kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
Jun. 2015
Nov. 2015 (e) Berikan peribahasa berdasarkan maksud yang disenaraikan.
Jun 2016
Nov 2016 (a) Membina ayat bagi setiap rangkai kata.
un 2017 (b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yangdiberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa.
(a) Membina ayat bagi setiap rangkai kata.
(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa.
(a) Membina ayat bagi setiap perkataan ( Berbeza imbuhan).
(b) Tukar ayat pasif kepada ayat aktif.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan tiga ayat yang diberikan.
(a) Membina ayat bagi setiap rangkai kata.
(b) Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama
maksud.
(a) Membina ayat bagi setiap kata ganda.
(b) Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.
(c) Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan dalam satu perenggan yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Lengkapkan tiga ayat dengan peribahasa yang sesuai..
(a) Membina ayat bagi setiap perkataan.
(b) Tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan
songsang.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Berikan maksud peribahasa yang diberikan.
(a) Membina dua ayat bagi setiap perkataan.
(b) Nyatakan pola ayat (FN+FN, FN+FK, FN+FA DAN FN+FS)
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
82
Nov 2017 (e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud
Jun 2018 peribahasa yang diberikan.
Nov 2018
Jun 2019 (a) Membina satu ayat bagi setiap perkataan.
Nov 2019 (b) Kenal pasti jenis ayat (penyata, tanya, seruan, perintah)
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Nyatakan t iga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
dialog.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan.
(b) Tulis subjek dan predikat yang lengkap.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat
kosong.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata.
(b) Tukar ayat pasif kepada ayat aktif.
(c) Membetulkan tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi
imbuhan dalam petikan yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama
maksud.
(a) Tulis ayat bagi setiap penjodoh bilangan.
(b) Tukar ayat songsang kepada ayat susunan biasa.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi situasi dalam
petikan.
(a) Tulis ayat bagi setiap perkataan.
(b) Menggabungkan ayat menjadi tiga ayat.
(c) Membetulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan dalam tiga ayat yang diberikan.
(d) Membetulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa dalam tiga ayat yang diberikan.
(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat.
83
SOALAN MORFOLOGI
Soalan 3(a): (6 markah)
STRATEGI MENJAWAB SOALAN
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
SOALAN 3(a): BAHAGIAN MORFOLOGI
1. Bentuk soalan yang diujiialah:
a) Membina satu ayat daripada setiap perkataan
b) Membina satu ayat daripada setiap perkataan dalam pasangan perkataan
c) Membina dua ayat daripada setiap perkataan yang diberikan
2. Ayat yang dibina mestilah gramatis dan lengkap dari segi subjek dan predikat.
3. Ayat tersebut mestilah menggambarkan pemahaman maksud dan penggunaan
perkataan yang diuji.
4. Ayat yang dibina mestilah satu ayat lengkap dan tidak boleh terlalu panjang
hingga menjadikan ayat tersebut seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih.
5. Calon boleh menggunakan struktur ayat cakap ajuk dengan mematuhi tanda
bacanya.
6. Calon tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan yang diuji itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tiada
markah (0 markah) diberikan jika calon berbuat demikian.
Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
4. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah
bagi setiap ayat.
5. Jika kedua-dua perkataan dibina dalam satu ayat, berikan pertimbangan
sebagai satu ayat.
6. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan
sebagai satu ayat.
7. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.
BENTUK SOALAN YANG DIUJI
a. Membina satu ayat daripada setiap perkataan
Contoh:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i) seniman
ii) budiman
84
iii) hartawan
iv) karyawan
v) peragawati
vi) olahragawati
Murid perlulah membina ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan ayat tersebut
mestilah dapat memberi maksud kepada perkataan yang hendak diuji. Seharusnya, ayat
yag dibina menggambarkan situasi yang berkaitan dengan perkataan tersebut.
Contoh: : Satu majlis gilang gemilang telah diadakan oleh stesen penyiaran TV3
Seniman untuk menghargai para seniman yang telah lama mewarnai dunia
perfileman.
Murid tidak boleh membina ayat mudah tetapi tidak menggambarkan maksud perkataan
yang diuji.
Contoh: : Ayah saya seorang karyawan. (1/2 markah)-tidak jelas
Karyawan
Sepatutnya : Ayah saya seorang karyawan yang telah menghasilkan banyak penulisan
pelbagai bidang di negara ini.
b) Membina satu ayat daripada setiap perkataan dalam pasangan kata yang
diberikan.
Contoh:
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i) intensif - insentif
ii) sebar - tebar
iii) busut - kusut
Murid perlu membina ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata yang diberikan.
Murid tidak boleh membina satu ayat dengan menggunakan kedua-dua perkataan dalam
pasangan kata tersebut.
Contoh: : Latih tubi bagi mata pelajaran Sejarah diadakan secara intensif
Intensif memandangkan keputusan murid yang tidak memberangsangkan.
Insentif : Pihak sekolah bersetuju memberikan insentif kepada murid yang tidak
pernah mengambil cuti sakit sepanjang tahun 2019.
85
c) Membina dua ayat daripada setiap perkataan yang diberikan
Contoh:
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i) tekad
ii) reda
iii) bela
Murid perlu membina dua ayat daripada satu perkataan yang diuji untuk menunjukkan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Perkataan ini lebih dikenali sebagai homograf
(sama ejaan tetapi sebutan dan makna berbeza)
Contoh:
Tekad
Setiap murid tingkatan lima di SMK Seri Impian mempunyai tekad yang tinggi
untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Ibu saya keluar ke pekan untuk membeli benang tekad yang digunakan untuk
menyelesaikan sulamannya yang hampir siap.
AKTIVITI PENEGUHAN:
LATIHAN 1: MEMAHAMI MAKSUD PERKATAAN
Dengan merujuk Kamus Dewan, padankan maksud perkataan berikut.
PERKATAAN MAKSUD
SENIMAN
BUDIMAN Perempuan yang terlatih atau mengambil
HARTAWAN bahagian dalam acara olahraga.
KARYAWAN Perempuan yang berkerja
PERAGAWATI memperagakan pakaian.
OLAHRAGAWATI Orang yang mempunyai bakat seni seperti
pelukis, penyanyi dan penyair.
Orang yang berbudi, berakal dan bijaksana.
Orang yang berharta, dan kaya.
Penghasil karya atau pencipta karya seni.
86
LATIHAN 2: MELENGKAPKAN AYAT
budiman karyawan olahragawati
Peragawati hartawan seniman
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan yang paling tepat.
1. Aminah telah terpilih sebagai olahragawati di sekolahnya kerana dia berjaya
meraih banyak pingat dalam kejohanan sukan.
2. Datuk Azman merupakan seorang yang hartawan di bandar itu kerana beliau
memiliki banyak syarikat yang besar.
3. Tan Sri P. Ramlee adalah salah seorang karyawan yang terkenal sehingga kini
kerana karyanya yang bermutu tinggi.
4. Peragawati yang cantik itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan
jalan raya baru-baru ini.
5. Seniman yang berbakat besar dalam bidang seni lukis itu telah mencipta nama
di luar negara.
6. Datuk Zamri amat disenangi oleh penduduk kampung itu kerana sikapnya yang
budiman dan tidak sombong.
LATIHAN 3: MEMBINA AYAT GRAMATIS
Tulis satu ayat yang gramatis menggunakan perkataan-perkataan berikut:
i) Seniman
ii) Budiman
iii) Hartawan
87
iv) Karyawan _
v) Peragawati
vi) Olahragawati
LATIHAN 1: Pengukuhan
Soalan 3(a): Bahagian Morfologi
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i) kembang
Bunga mawar di halaman rumah Mak Cik Maria itu kembang pada waktu pagi.
ii) berkembang
Syarikat Encik Anuar telah berkembang pesat setelah lima tahun beroperasi.
iii) mengembang
Kek yang dibuat oleh ibu mengembang dengan baik.
iv) mengembangkan
Rahman mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan di luar
negara.
v) perkembangan
Encik Kasim bangga akan perkembangan Harith dalam bidang sains
kejuruteraan.
vi) pengembang
Encik Ammar merupakan pengembang utama Syarikat Permotoran Amira.
[6 markah]
88
LATIHAN 2: Pengukuhan
Soalan 3(a): Bahagian Morfologi
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i) gambar rajah
Ramli menerangkan maksud gambar rajah yang dilukiskan itu dengan jelas.
ii) ruang legar
Beberapa orang tetamu sedang berbincang di ruang legar hotel tesebut.
iii) rumah pangsa
Pembinaan rumah pangsa di kawasan bandar diperbanyakkan bagi
menampung permintaan yang semakin bertambah.
iv) reka bentuk
Kebanyakan masyarakat pada hari ini gemar membina rumah mengikut
reka bentuk Eropah.
v) lembaran kerja
Cikgu Hasmah memberikan beberapa lembaran kerja kepada muridnya
sebagai latihan tambahan.
vi) temu ramah
Temu ramah yang diadakan itu bertujuan untuk disiarkan dalam majalah
sekolah.
[6 markah]
89
LATIHAN 3: Pengukuhan
Soalan 3(a): Bahagian Morfologi
Tulisdua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
i) Alamat
a. Puan Maria sedang menulis alamat pada sampul surat yang hendak
dikirimkan kepada anaknya.
b. Johan merasakan mimpinya itu memberikan sesuatu alamat yang buruk.
ii) Campak
a. “ Jangan campak batu itu ke dalam longkang, nanti tersumbat,” tegah ibu
kepada adik.
c. Adik dijangkiti demam campak selepas pulang dari sekolah.
iii) Cetek
a. Sungai di belakang rumah datuk saya cetek kerana musim kemarau.
b. Orang yang cetek ilmunya sering berfikiran negatif jika diberi sesuatu
tugasan.
[6 markah]
90