P9: Kita hendaklah berani untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam
kesusahan.
H9:
(i). Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota
untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato
Johann Arlington-Majid.
NOVEL PANTAI KASIH
P1: Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
H1:
(i). Untuk berjaya seseorang mesti mempunyai matlamat hidup. Raiha berjaya
menjadi pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi
dengan matlamat hidup yang jelas, cita-citanya akhir berjaya dikecapi.
P2: Kita hendaklah menghormati hak orang lain.
H2:
(i). Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain yang perlu dihormati. Unong
Sironberhakmendapatkesihatanbaiknyasemula,tetapi Pusat Rawatan Pantai
Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya
anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat
Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
P3: Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan.
H3:
(i). Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil.
Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab dan menyalahkan Raiha atas kematian
anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenarnya yang berlaku dan
menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.
P4: Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
H4:
(i). Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan
bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua
orang mampu membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk
menerima rawatan terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk
membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah
dan sihat seperti anak orang lain.
141
P5: Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
H5:
(i). ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha
tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti
ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat
hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya tercapai.
P6: Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
H6:
(i). Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang
oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan
akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha juga
dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan kandungannya
yang dikatakan cacat. Raiha sentiasa tabah walaupun sering menjadi bahan
melampias kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya, Rohayu
memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah
menghadapi semuanya walaupun mendapat cemuhan dan tentangan
daripada suaminya, Doktor Sadiz.
Cara menulis jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel
.
Pengajaran yang pertama ialah .
Sebagai contoh, .
Pengajaran yang kedua ialah .
Sebagai contoh, .
142
8. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu
kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
(8 markah)
NOVEL PANTAI KASIH
(i). Kepincangan masyarakat yang mementingkan keuntungan.
Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas
mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong.
Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di
pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan
dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
(ii). Kepincangan masyarakat yang takut berterus terang.
Sister Felicia Londusi tidak berterus terang dengan Raiha tentang
kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha
iaitu Rohayu kerana berasa takut.Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang
menyiram minyak petrol ke atas kereta mewah Porsche milik Dr Sadiz sendiri
akibat rasa marah terhadap Raiha yang membawa lari Rohayu dari rumah
agamnya.
(iii). Kepincangan masyarakat yang ego.
Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka.
Doktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas
kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat
marahnya yang sanggup membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan
menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka
yang kebetulan berada di situ disambar apitersebut.
(iv). Kepincangan masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas.
Keterlanjuran emak Sister Felicia sehingga mengandungkan anak luar nikah
hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan
upaya menyebabkan dia berasa malu.
BIMASAKTI MENARI
(i). Kepincangan masyarakat yang menyimpan perasaan dendam
yang tidak berkesudahan.
Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam
terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilihTan
Sri Muhaimin sebagai suami.
Beliau tidak bersetuju dengan idea projek Kawasan Simpan Langit
Gelap, Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka
projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Johann membuat
kecoh ketika Nurul Hafsa yang ditemani Tan Sri Muhaimin membentangkan
143
projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah
berjaya dibidas oleh Nurul Hafsa dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan serta hujahannya.
Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang dipenuhi rasa dendam terhadap Tan Sri Muhaimin telah
merancang penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
(ii). Kepincangan masyarakat yang tidak menghargai alam sekitar.
Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor berasa kecewa
apabila tidak dapat memenuhi hasrat sekumpulan pengunjung yang terdiri
daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap.
Langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada
pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang dengan merancang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Dia dibantu oleh Muhammad Taufik
dan mendapat sokongan pegawai daerah Kuala Selangor, Dato‟Mustafa.
(iii). Kepincangan masyarakat yang mementingkan keuntungan.
Johann Arlington-Majid marah dengan berita daripada Pegawai Daerah
Kuala Selangor, bahawa Menteri Besar berminat terhadap idea projek
Kawasan Simpan Langit Gelap, yang diusulkan oleh Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik.
Hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender
membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan
ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan.
Bagi memastikan dia dapat meneruskan operasi syarikatnya demi
keuntungan peribadi, Johann telah mengupah konco-konconya untuk
mengawasi pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bagi memastikan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut tidak dapat dilaksanakan.
(iv). Kepincangan masyarakat yang berperasaantamak.
Johann Arlington-Majid merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin
apabila Maryam Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin
sebagai suami.
144
Dato‟ Haji Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan
membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan Menteri
Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh
selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika
mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa
tamaknya.
Johann yang didorong oleh perasaan tamak telah mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut.
Contoh menulis jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih dan novel Bimasakti Menari.
Kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah
kepincangan masyarakat yang mementingkan keuntungan. Hal ini dapat dilihat
melalui peristiwa Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda
selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu
Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di
pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan
meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
Kepincangan masyarakat dalam novel Bimasakti Menari pula ialah
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa .
.
145
MUDAHNYA BELAJAR NOVEL
Satu kata kunci 5 Aspek
Kata Kunci : KASIH SAYANG (BIMASAKTI MENARI)
Peristiwa
: Pn Maryam Wickham kerap menghubungi anaknya Muhammad
Persoalan Taufik untuk bertanyakan khabar walaupun tinggal berjauhan.
Perwatakan Mereka tinggal berjauhan setelah Pn Maryam bercerai dengan
Latar Masyarakat bapa Muhammad Taufik iaitu Tan Sri Muhaimin. Namun begitu,
Nilai setiap kali Pn Maryam mengunjungi anaknya pasti dia akan
Pengajaran menginap di sana dan memasak makanan kegemaran
Muhammad Taufik.
: Kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya
: Penyayang
: Masyarakat yang penyayang
: Kasih sayang
: Kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain
Kata Kunci : TABAH (PANTAI KASIH)
Peristiwa
: Dr Raiha meneruskan kandungan yang dikatakan cacat dan
Persoalan membesarkannya walaupun tanpa persetujuan suaminya Dr Sadiz.
Perwatakan Dr Raiha diceraikan oleh Dr Sadiz ekoran keengganannya
Latar Masyarakat menggugurkan kandungannya itu. Dr Raiha sanggup membawa
Nilai lari anaknya daripada bekas suaminya. Dr Raiha tabah dengan
Pengajaran pengakuan Felicia yang menyatakan bahawa beliau bersubahat
atas kematian anaknya Rohayu.
: Ketabahan seorang ibu mempertahankan kandungannya
: Tabah
: Masyarakat yang tabah
: Ketabahan
: Kita hendaklah tabah menghadapi ujian kehidupan
Kata Kunci : KERJASAMA
Peristiwa : Ibu Unong Siron menghulurkan bantuannya untuk menyelamatkan
Persoalan Felicia yang ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda
Perwatakan yang kurang waras.
Latar Masyarakat : Kerjasama untuk menyelesaikan masalah
Nilai : Mudah bekerjasama
Pengajaran : Masyarakat yang bekerjasama
: kerjasama
: Kita hendaklah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
146
UJIAN SUMATIF SPM 2020 ( SIRI 1) 1103/2
BAHASA MELAYU Dua jam tiga puluh minit
Kertas 2
September
jam
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan2(c), dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
______________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak
1
Soalan 1: Rumusan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-
ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan
langkah-langkah membentuk modal insan cemerlang Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Negara kita yang tercinta sudah setengah abad mencapai kemerdekaan.
Sepanjang tempoh tersebut, kita telah membuktikan bahawa kita berjaya
mentadbirkan dan mengurus negara kita dengan cara kita sendiri tanpa bergantung
kepada pemimpin dan negara luar. Kejayaan ini perlu diinsafi oleh generasi muda
kita kerana merekalah yang menjadi harapan negara untuk memastikan
kemerdekaan terus kita kecapi. Oleh hal yang demikian, kita berharap agar generasi
muda kita akan menjadi modal insan yang cemerlang bagi menggalas
tanggungjawab dan amanah ini.
Kemerdekaan negara dan bangsa Malaysia akan lebih terjamin sekiranya
generasi muda dapat menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan. Ilmu
pengetahuan, khususnya dalam bidang Sains dan teknologi yang dikuasai oleh
generasi muda akan membolehkan mereka menjanakan pelbagai kemajuan demi
bangsa dan negara. Generasi muda yang menjadi modal insan yang berilmu dan
berpengetahuan akan lebih kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Ciri-ciri
generasi muda yang sedemikian mampu mencipta sesuatu yang baharu dan
bermanfaat serta mengelakkan negara dan bangsa daripada terus bergantung pada
negara-negara luar dalam usaha memakmurkan negara.
Dalam usaha menjamin kemerdekaan dan keharmonian hidup dalam negara
tercinta ini, sikap tolak ansur sesama kaum hendaklah menjadi amalan dalam
kalangan generasi muda negara. Sikap bertolak ansur atau toleransi ini akan
memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terbina tanpa mengira agama,
bangsa, bahasa dan adat resam. Perpaduan yang berasaskan sikap tolak ansur ini
akan memudahkan pelaksanaan segala dasar yang dibentuk atau melancarkan
segala program pembangunan yang dirancang. Oleh itu, generasi muda yang terdiri
daripada pelbagai kaum perlu memahami ciri-ciri pembentukan negara dan bangsa
yang telah termeterai dalam kontrak sosial harus dijadikan teladan. Cara ini mampu
mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga melahirkan pertikaian sesama sendiri,
lantas menggugat kemerdekaan negara dan keharmonian hidup. Prinsip-prinsip
Rukun Negara seperti Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, Kedaulatan Undang-Undang, Keluhuran Perlembagaan, serta Kesopanan
dan Kesusilaan harus menjadi pedoman dan pegangan remaja kini. Dengan
berpegang pada prinsip-prinsip ini, para remaja dapat dipastikan menjadi modal
insan yang mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menghadapi segala perbezaan
pendapat dan pemikiran serta cabaran hidup dalam dunia serba moden.
Kita akur dengan perkembangan dunia hari ini yang dilatari konsep liberalisari
ekonomi, konsep dunia tanpa sempadan atau globalisasi dan sebagainya.
2
Seharusnya generasi muda dapat memahami konsep-konsep baharu dalam
perkembangan dunia terkini secara tersurat dan tersirat. Justeru, generasi muda hari
ini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu dalam arus menerokai
dunia globalisasi itu. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mempunyai
semangat daya saing serta daya ketahanan yang tinggi terhadap segala cabaran.
Generasi muda seharusnya mampu mengelakkan negara dan bangsa tercinta
daripada terjajah dalam konteks penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda
dan penjajahan ekonomi.
Tegasnya, generasi muda amatlah diharapkan oleh pemimpin dan
masyarakat supaya menjadi modal insan yang benar-benar cemerlang. Oleh itu,
etos, sikap, pemikiran dan tingkah laku yang murni dan baik hendaklah dijadikan ciri-
ciri penting yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini bagi memastikan
kemerdekaan Malaysia terus terjamin kekal dan utuh di persada dunia.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Perutusan SPBY Dipertuan Agong,
sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-50,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Ogos 2013).
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(a): Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata termeterai dalam kontrak sosial.
[2 markah]
(ii) Mengapakah perbezaan pendapat dalam kalangan rakyat mesti ditangani
dengan sebaik mungkin? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri remaja yang mempunyai daya saing dan
daya ketahanan yang tinggi. [4 markah]
3
Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden (9 markah)
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SEMUA PELAJAR : Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.
CIKGU DAHARI
NORA : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh
CIKGU DAHARI duduk. Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih
SUNDARANI dan penempatan untuk PLKN?
CIKGU DAHARI
: Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja
AH TIAU untuk menyertainya. Tak Sabar rasanya.
CIKGU DAHARI
: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja
seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun
nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib
bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di
Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah
diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk
perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini
bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-
mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara
Malaysia.
: Apakah objektifnya, cikgu?
: Tiga objektif yang digariskan iaitu yang pertama, menanam
semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau
remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan
kaum serta integrasi nasional dan yang ketiga membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
(Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat Untuk Negara’
Oleh Affiz Zulkarnean Adam
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)
4
(i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah objektif Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). [2 markah]
(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan latihan bagi mereka
yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia.
Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah memastikan remaja terus
berminat menyertai PLKN? [3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran
yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional (8 markah)
Baca petikan Prosa Tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh
Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali
ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah.maka segala perihal ehwal itu
sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka
baginda pun terlalu suka;maka baginda pun memberi persalinan akan
Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala
hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda
persalinan masing- masing pada kadarnya.
Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam,
maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka
Bubunya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka
itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ia
bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka,
sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
Dalam antologi Sejadah Rindu
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5
(i) Berikan maksud rangkai kata memberi persalinan. [2 markah]
(ii) Apakah reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila menerima kedatangan pulang
bendahara? [3 markah]
(iii) Sekiranya anda Awi Dicu, bagaimanakah anda hendak menembusi
pertahanan negeri Melaka? [3 markah]
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta
kerajaan.
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari, Datanglah kepada suatu masa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa, Datanglah menyambar suaranya bahana
Sangat tiada merasai susah, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Entah pada esok dan lusa. Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana
Seri sultan raja bestari, .
Setelah ia sudah beristeri, Baginda pun sedang dihadap orang,
Beberapa bulan beberapa hari, Mendengar gempar seperti perang,
Hamillah puteri permaisuri. Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
(i) Nyatakan maksud Baginda meninggalkan takhta kerajaan. [2 markah]
(ii) Kemusnahan negeri akibat serangan geroda menyebabkan keadaan negeri
menjadi kelam-kabut.
Pada pendapat anda, mengapakah boleh berlaku keadaan kelam-kabut
tersebut? [3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai daripada syair di atas. [4 markah]
6
Soalan 3
Tatabahasa (30 markah)
a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i) gambar rajah
ii) ruang legar
iii) rumah pangsa
iv) reka bentuk
v) lembaran kerja
vi) temu ramah
[6 markah]
b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Adik saya masih belum tidur.
2. Budak-budak itu sedang bermain bola sepak di padang.
3. Kita berjuang demi keadilan undang-undang.
4. Rakyat harus bekerjasama untuk kejayaan masa depan negara.
5. Kumar belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang
cemerlang.
6. Ibu saya pergi ke pasar untuk membeli barang dapur.
[6 markah]
c) Dalam setiap ayat ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
Dalam sinario di Malaysia, ungkapan bahasa asing sering diselitkan dalam bercakap
harian, sama ada dalam situasi rasmi ataupun sebaliknya. Ada kalanya nahu bahasa
Inggeris dicampuradukan dengan nahu bahasa Melayu. Amalan ini sudah tentu akan
menjejas kedaulatan bahasa Melayu yang sudah berjaya menjadi bahasa ilmu. Oleh
itu, langkah-langkah yang pro-aktif perlu diambil bagi menangani masalah ini.
7
d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu
semula.
Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan
tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya
memadamkan api yang sedang mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah
alami belum dapat ditafsirkan lagi.
e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai berdasarkan ayat-ayat tersebut.
(i) Undang-undang, peraturan dan adat resam di sesuatu tempat harus
dihormati dan dipatuhi.
(ii) Murid-murid sering mengikuti kelakuan guru-guru mereka, khususnya
dalam hal-hal yang berunsur negatif.
(iii) Batik merupakan warisan budaya kita kerana batik sudah terkenal
sejak dahulu hingga sekarang dan sesuai digunakan dalam pelbagai
majlis.
[6 markah]
Soalan 4: Novel
(15 markah)
Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut.
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii) Jendela Menghadap jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md. Nizar Parman
4a. Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh
dijadikan panduan hidup. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel yang
telah anda kaji. [7 markah]
4b.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan
masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
8
UJIAN SUMATIF SPM 2020 ( SIRI 2) 1103/2
BAHASA MELAYU Dua jam tiga puluh minit
Kertas 2
September
jam
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan2(c), dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
______________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak
Soalan 1: Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
fungsi pusat sumber sekolah dalam membentuk pelajar berpengetahuan dan
cara-cara pelaksanaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak
mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung
ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan
merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat
pengumpulan bahan-bahan Alat Pandang Dengar (APD), sekarang kedua-dua
tempat ini diintegrasikan untuk menjadi Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Pusat Sumber Sekolah ialah suatu tempat berlakunya segala kegiatan yang
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Konsep PSS ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden
iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian,
setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi
memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri.
PSS seharusnya dapat membantu, membaiki kualiti pendidikan negara agar
dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan
yang akan mengganggap pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian
daripada kemahiran hidupnya. Pada hari ini, golongan pendidik dan masyarakat
umum menyatakan bahawa kita perlu menitikberatkan minat dan kecenderungan
serta kebolehan pelajar demi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Oleh itu,
PSS dapat disifatkan sebagai satu tempat yang dibina di sekolah yang dilengkapi
dengan alat bahan, dan kemudahan sebagai bantuan sokongan kepada tugas
pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum, bagi
tujuan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk
individu atau kumpulan.
Selain itu PSS dapat memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada guru-
guru mata pelajaran dalam menjalankan tugas seharian mereka. PSS juga harus
mampu memberikan pimpinan dan bimbingan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
penggunaan bahan-bahan yang sesuai serta menghasilkan bahan-bahan yang
mudah dan murah tetapi berkesan kepada pelanggannya.
Kita percaya bahawa proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai
apabila dilakukan dengan melibatkan pelbagai pancaindera manusia dengan cara
yang sebaik mungkin. Jadi, PSS disediakan bertujuan untuk memajukan sumber
pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar. Di samping itu, PSS juga dapat
membantu guru-guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran yang
dihasilkan oleh guru sendiri atau dibeli daripada pembekal swasta.
Justeru, dapatlah dikatakan bahawa PSS merupakan satu organisasi yang
berfungsi untuk mengumpul, menyusun, dan menyebarkan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran secara aktif. Di samping memupuk minat gemar membaca dan
membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan PSS,
mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, matang, berdisiplin, dan dapat
mengembangkan bakat serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan
kecenderungan masing-masing.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada,
“PSS Membentuk Pelajar Berpengetahuan”, Pendidik Bil 18 2014)
Soalan 2: Pemahaman yang berikut dengan
Soalan 2(a): Petikan Umum [2 markah]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata gedung ilmu.
(ii) Apakah kelebihan sekiranya seseorang pelajar itu gemar membaca dan
membuat penyelidikan di Pusat Sumber Sekolah? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan minat
pelajar menggunakan Pusat Sumber Sekolah? [4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu,
keadaan sudah kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan
rumah-rumah kayu usang. Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana
sekitar yang dipanaskan dengan demontrasi penduduk membantah pencerobohan
itu.
Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang
dihadiahkan oleh bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi
terkedu melihat puluhan buku ini ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya
rumah Munsyi dihentam taring-taring jentera berat yang melanggar dan meredah
apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja mengenang
khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab
milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing
yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.
Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun
kelibatnya langsung tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana
perginya gerangan orang tua itu, namun tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa
ibunda itu menghilangkan diri.
Dipetik daripada cerpen “Munsyi”
oleh Husna Nazri, dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
i. Berikan dua sebab “saya” menitiskan air mata kesedihan ? [2 markah]
ii. Pembangunan di bandar menyebabkan penduduk kehilangan tanah dan
rumah.
Pada pendapat anda, selain kehilangan tanah dan rumah, apakah kesan-
kesan pembangunan pesat di bandar ? [3 markah]
iii. Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak
terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional (8 markah)
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya
kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun
hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan
lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris
Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh.
Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh
penjurit itu. Jangankan membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.”
Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.
Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh
penjurit itu?”
Maka diceritakannya segala hal ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu
sukacita. Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka sembah
Laksamana, “Ya tuanku, baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.”
Maka titah raja pada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara menghadapi orang mengangkut
segala bahan dan kerahkan segala orang mengangkut barang itu.”
(Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud dua pertandaan lagi maka sungguh. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, mengapakah Bendahara mahu menunggu Laksamana?
[3 markah]
(iii) Bendahara menempelak beberapa orang yang sanggup mengaku bahawa
merekalah yang telah membunuh Kertala Sari sedangkan Laksamanalah
yang sebenarnya membunuh penjurit tersebut.
Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil
terhadap orang yang memberikan pengakuan palsu? [3 markah]
Soalan 2(d): Petikan Puisi Tradisional (9 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SEJADAH RINDU
SAJAK
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang dahulu
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh
Ungkapan doa pada yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
(Mohd Haikal Aminuddin
Antologi Sejadah Rindu
Sasbadi Sdn Bhd)
(i) Nyatakan hasrat penyajak berdasarkan sajak tersebut. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga hubungan dengan
Tuhan? [3 markah]
(iii) Huraikan persoalan yang cuba diketengahkan oleh penyajak dalam sajak ini
[4 markah
Soalan 3
Tatabahasa (30 markah)
Soalan 3(a): Bahagian Morfologi
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
i) Alamat
ii) Campak
iii) Cetek
[6 markah]
Soalan 3 (b): Sintaksis
Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
i) Kamu harus merebut peluang ini untuk meningkatkan kemahiran tarian.
ii) Pekerja majlis perbandaran telah memasang bendera pada setiap tiang di
tepi jalan raya.
iii) Emak Syahmi sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu.
iv) Kita perlu menyiapkan kertas kerja Minggu Citra Bahasa untuk diserahkan
kepada pengetua.
v) Jururawat sedang memeriksa pesakit di bilik kecemasan.
vi) Anda perlu menghadiri temu duga yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja
Raya pada minggu hadapan.
[6 markah]
c) Dalam setiap ayat ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula
(i) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana
mengayakan sumber alam semula jadinya.
(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang
profesyen sebagai pakar bedah.
(iii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang
berteraskan perpaduan belia semalaysia.
[6 markah]
d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu
semula.
i. Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian
dari pekerja syarikat tersebut.
ii. Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong
apabila tiba musim membajak padi.
iii. Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang
membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh
Perdana Menteri
Soalan 3(e): Peribahasa
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Norlia : Saya kecewa dengan sikap segelintir remaja yang enggan
mendengar nasihat.
Segala nasihat yang kita berikan hanya __________(i)___________.
Shila : Betul kata awak, Norlia. Mereka tidak tahu bahawa segala kesilapan
mereka akan memalukan diri dan keluarga mereka. Perbuatan mereka
umpama __________(ii)____________.
Norlia : Mereka sewajarnya menyiapkan diri sebagai pemimpin negara pada
masa akan datang. Hal ini demikian kerana pemuda dan pemudi
dianggap sebagai ___________(iii)____________.
Soalan 4: Novel
(15 markah)
Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut.
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii) Jendela Menghadap jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Yusop
(viii) Silir Daksina karya Md. Nizar Parman
Soalan 4: Novel
(15 markah)
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai
tanggungjawab.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam
sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]
(b) Kegigihan watak utama sering ditonjolkan oleh pengarang dalam novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menunjukkan kegigihan watak utama. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT