INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2021 SEMESTER III TAHUN 2) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH II (PRKA3171) _________________________________________________________________________ DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR LAU ZI YUN NOMBOR KAD PENGENALAN 031225-08-0550 ANGKA GILIRAN 2021192340448 KUMPULAN PISMP (A11) TAJUK TUGASAN TUGASAN 1: PORTFOLIO NAMA PENSYARAH PUAN NURKAMARIAH ENSIMAU BINTI ABDULLAH TARIKH HANTAR 21 JUN 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
i BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Nama Pelajar LAU ZI YUN No. KP 031225-08-0550 Program PISMP Kumpulan A11 Ambilan JUN 2021 Bidang Teras BAHASA MELAYU Elektif Teras PENDIDIKAN MORAL Fasa PBS 2 Tempoh PBS 10 JUN 2024 HINGGA 21 JUN 2024 Nama Sekolah TAHAP PENCAPAIAN: Item Aspek Lengkap Tidak Lengkap Catatan 1. Kehadiran 2. Laporan Perkembangan Pelajar 3. Portfolio individu 4. Kerja Kursus PBS KEPUTUSAN: LENGKAP TIDAK LENGKAP Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan: Nama: Tarikh: **Tanda jika berkenaan
ii LAMPIRAN 1-2a KANDUNGAN PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Diisi oleh Penilai) Bil Tajuk Item Tandakan 1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri 2 Biodata 2.1 Nama IPGK 2.2 Gambar 2.3 Nama Pelajar 2.4 No. Kad Pengenalan 2.5 Alamat tetap 2.6 No. Telefon dan E-mel 2.7 Ambilan dan Pengkhususan 2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester____ 2.9 Tarikh PBS: 3 Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti (Lampiran 1-1) 3.1 Pernyataan sebelum PBS 3.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 4 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (pilih yang sesuai) 4.1 Pemerhatian 4.2 Senarai semak 4.3 Temu bual 4.4 Soal selidik 5 Kolaboratif (Lampiran 1-3) 5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah 5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain 5.3 Perbincangan dengan kakitangan sekolah 5.4 Interaksi dengan murid 5.4 Perbincangan dengan komuniti sekolah 6 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 6.1 Pemerhatian 6.2 Senarai semak 6.3 Temu bual 7 Refleksi (Lampiran 1-5) 7.1 Aktiviti 7.2 Perbincangan/Interaksi 8 Laporan Akhir Ulasan Penilai: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________ Nama : ________________________
iii PENGHARGAAN Sebagai lontaran idea yang pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana telah memberi peluang keemasan ini kepada saya untuk menyiapkan pentaksiran berterusan ini melalui pencarian daripada pelbagai jenis sumber rujukan. Kemudian, saya juga ingin berterima kasih kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Uk Dih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di situ. Bukan itu sahaja, saya juga ingin berterima kasih kepada Puan Nurkamariah Ensimau Binti Abdullah yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar apabila saya telah menghadapi sesuatu masalah atau kesukaran dalam penghasilan pentaksiran berterusan ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Nurkamariah Ensimau Binti Abdullah yang sentiasa memberi prihatin dan mengambil berat tentang proses pembelajaran saya supaya saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menyiapkan tugasan yang diberikan secara lancar. Selain itu, saya juga ingin bersyukur kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya. Hal ini disebabkan mereka telah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada saya dalam kehidupan. Oleh itu, saya juga berharap bahawa saya dapat menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia supaya dapat melahirkan insan yang berguna dan bermoral pada masa hadapan. Di samping itu, saya juga berharap bahawa murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat dilahirkan. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana mereka telah memberi bantuan kepada saya apabila menghadapi masalah dalam pentaksiran berterusan ini. Hal ini lantaran mereka telah memberi cadangan kepada saya untuk menambahbaikkan kerja kursus saya.
iv SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) i KANDUNGAN PORTFOLIO PBS ii PENGHARGAAN iii ISI KANDUNGAN iv 1.0 PENGENALAN 1 1.1 MAKLUMAT PENEMPATAN 2 1.2 SURAT PENGENALAN DIRI 3-4 2.0 BIODATA DIRI 5 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL 6 3.1 PERNYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM) 7-8 3.2 PERNYATAAN PROFESIONAL (SEMASA) 9-10 3.3 PERNYATAAN PROFESIONAL (SELEPAS) 11 3.4 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS 12-13 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 14 4.1 PEMERHATIAN 14-15 4.2 SENARAI SEMAK 15 4.3 TEMU BUAL 16 4.4 SOAL SELIDIK 16-18 5.0 KOLABORATIF 19
v 5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH 20-31 5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN 32-41 5.3 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH 42-43 5.4 PERBINCANGAN DENGAN MURID 44 5.5 PERBINCANGAN DENGAN KOMUNITI SEKOLAH 45-48 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU 49 6.1 PEMERHATIAN 49-54 6.2 SENARAI SEMAK 55-56 6.3 TEMU BUAL 57-58 6.4 SOAL SELIDIK 59-68 7.0 REFLEKSI 69-74 7.1 AKTIVITI (MURID DAN ALAM BELAJAR) 75-79 7.2 PERBINCANGAN / INTERAKSI 80 8.0 LAPORAN AKHIR 81 LAMPIRAN 82-159
1 1.0 PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi guru pelatih merupakan satu komponen penting dalam program latihan perguruan yang bertujuan untuk menyediakan guru pelatih dengan pengalaman praktikal mengajar di sekolah. PBS memberi peluang kepada guru pelatih untuk menerapkan pengetahuan teori yang dipelajari di institut latihan dalam situasi sebenar di bilik darjah dan sekolah. Secara umum, PBS melibatkan penempatan guru pelatih di sekolah-sekolah dalam tempoh tertentu. Dalam tempoh ini, guru pelatih akan diberi peluang untuk memerhati persekitaran sekolah, berinteraksi dengan murid serta warga sekolah. Pengalaman ini membantu guru pelatih memahami dinamik persekitaran sekolah dan keperluan murid dengan lebih mendalam. PBS juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk membina dan meningkatkan kemahiran profesional mereka seperti pengurusan masa dan penggunaan teknologi dalam pengajaran melalui pemerhatian. Di samping itu, semua guru pelatih juga dapat mengembangkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerjasama dan kepimpinan yang amat penting dalam profesion perguruan. Bagi memastikan keberkesanan PBS, kolaborasi antara institut perguruan dan sekolah adalah amat penting. Guru mentor memainkan peranan yang kritikal dalam memberi bimbingan, maklum balas dan sokongan kepada guru pelatih sepanjang tempoh PBS. Maklum balas yang konstruktif daripada guru mentor membantu guru pelatih untuk memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan kekuatan mereka sebagai bakal pendidik. Secara keseluruhannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi guru pelatih adalah satu pendekatan yang holistik dan praktikal dalam mempersiapkan mereka untuk menjadi guru yang kompeten dan profesional. Melalui PBS, guru pelatih bukan sahaja dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari tetapi juga menghayati peranan dan tanggungjawab sebenar seorang pendidik sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi cabaran dalam profesion perguruan.
2 1.1 MAKLUMAT PENEMPATAN
3
4 1.2 SURAT PENGENALAN DIRI
5 2.0 BIODATA DIRI
6 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL Pernyataan profesional merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meringkaskan maklumat mengenai PBS yang dijalani oleh guru pelatih. Pernyataan profesional amat signifikan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah kerana ia memberikan garis panduan dan standard etika yang perlu dipatuhi oleh guru pelatih. Melalui pernyataan ini, guru pelatih dapat menunjukkan komitmen mereka terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik dan memastikan mereka berkelakuan dengan penuh integriti dan profesionalisme sepanjang tempoh latihan. Dengan adanya pernyataan profesional, guru pelatih akan lebih sedar akan pentingnya menjaga kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran yang berkesan, mengurus kelas dengan baik serta melakukan penilaian terhadap pencapaian murid secara objektif dan adil. Pernyataan ini juga mengingatkan guru pelatih untuk sentiasa mengutamakan kebajikan dan perkembangan holistik murid serta memastikan setiap murid mendapat perhatian yang sewajarnya. Selain itu, pernyataan profesional dapat membantu guru pelatih dalam membina hubungan yang baik dengan semua pihak di sekolah termasuk murid, guru-guru, Guru Besar, Setiausaha PIBG, pengawal keselamatan, kerani dan sebagainya. Ia juga menekankan pentingnya kerjasama dan komunikasi yang efektif dalam menjalankan tugas. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang digariskan dalam pernyataan profesional, guru pelatih dapat membentuk imej diri yang positif dan menunjukkan dedikasi mereka terhadap profesion perguruan. Ini seterusnya akan mempersiapkan bakal gurununtuk menjadi guru yang berkualiti dan berwibawa apabila mereka memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Bukan itu sahaja, terdapat tiga fasa dalam pernyataan profesional iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas yang perlu diterangkan untuk memberikan gambaran secara langsung mengenai aktiviti yang dilakukan semasa tempoh PBS.
7 3.1 PERNYATAAN PROFESIONAL (SEBELUM) Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di Perak iaitu Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) Uk Dih. Sebelum menjalani PBS di sekolah tersebut, saya dan rakan-rakan saya yang merupakan pelajar ambilan Jun 2021 telah diberikan taklimat oleh Encik Mohd Saifudin Bin Mat Piah selaku pensyarah Unit Praktikum pada 4 Jun 2024 secara dalam talian melalui aplikasi “Google Meet pada pukul 2.30 hingga 3.30pm. Bukan itu sahaja, Puan Sabariah Binti Yaakub juga telah memberi taklimat berkaitan soalan pentaksiran kursus ini pada 7 Jun 2024 pada pukul 10.30 hingga 11.30. Melalui kedua-dua taklimat yang diberikan, kami telah mendapat gambaran awal. Pada masa yang sama, kami juga telah dibekalkan bahan-bahan untuk memudahkan urusan kami selama 2 minggu menjalani PBS di sekolah masing-masing. Seterusnya, fokus utama PBS ini adalah memberi pengalaman awal kepada guru mengenai cara pengurusan sekolah, aktiviti kokurikulum, tingkah laku murid, kurikulum yang mengikut dasar pendidikan, tugas guru dan sebagainya. Tambahan pula, setiap pengalaman ini boleh diperoleh melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik dan interaksi dengan semua warga sekolah. PBS saya akan dijalankan selama 2 minggu iaitu pada 10 Jun 2024 hingga 21 Jun 2021. Oleh itu, kami perlu mengumpul setiap maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang diperlukan untuk menyiapkan pentaksiran berterusan bagi kursus ini. Perancangan yang akan saya lakukan sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ialah saya akan menyediakan soalan-soalan yang sesuai untuk dikemukakan kepada pihak yang akan saya temu bual bagi melengkapkan borang kolaboratif. Soalansoalan ini akan dirancang dengan teliti untuk mendapatkan maklumat yang komprehensif dan relevan mengenai pengalaman dan pandangan mereka tentang pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, kurikulum berdasarkan dasar pendidikan, kolaborasi komuniti sekolah dalam aktiviti kokurikulum, cabaran-cabaran yang dihadapi dan lain-lain lagi. Soalan-soalan akan disusun dalam bentuk yang jelas dan mudah difahami supaya setiap aspek yang penting dapat dibincangkan secara mendalam. Selain itu, saya akan mencatat setiap aktiviti rutin yang dilakukan di sekolah tersebut untuk melengkapkan ruang amalan refleksi. Catatan ini akan merangkumi pemerhatian terhadap pelbagai aktiviti haria, seperti sesi pengajaran, perhimpunan, aktiviti kokurikulum dan interaksi antara guru serta murid. Dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti ini, saya dapat melakukan refleksi yang lebih bermakna dan mengenal pasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki serta amalan-amalan terbaik yang boleh diterapkan dalam pengajaran saya pada masa akan datang.
8 Bukan itu sahaja, saya akan melakukan pendokumentasian terhadap setiap program yang berlangsung di sekolah. Ini termasuk mengambil nota dan gambar semasa programprogram sedang dijalankan seperti Program Bacaan Pagi, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) dan sebagainya. Pendokumentasian ini penting untuk menyediakan laporan yang lengkap dan terperinci mengenai penglibatan dan keberkesanan programprogram tersebut. Ia juga berfungsi sebagai rujukan dan bukti sokongan semasa membuat analisis serta cadangan penambahbaikan. Dengan perancangan yang teliti ini, saya berharap dapat menjalani PBS dengan lancar dan berkesan serta mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan yang berharga untuk meningkatkan kemahiran profesional saya dalam bidang perguruan. Sebagai seorang profesional, saya berkomitmen untuk menjalankan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan integriti. Salah satu aspek penting dalam tugas profesional adalah memastikan segala urusan pentadbiran dijalankan dengan efisien dan tepat. Saya akan memastikan semua borang yang perlu diisi adalah lengkap, jelas dan mematuhi semua garis panduan serta peraturan yang telah ditetapkan. Proses penyediaan borang akan dilakukan dengan teliti supaya tiada kesilapan yang boleh menjejaskan kualiti atau ketepatan maklumat yang diberikan. Dalam tugas mencetak dan menghantarkan surat kepada Guru Besar, saya akan memastikan bahawa semua surat rasmi yang dikeluarkan adalah disusun dengan format yang betul, menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta mematuhi standard komunikasi yang ditetapkan oleh organisasi. Saya juga akan memastikan bahawa surat-surat tersebut dicetak dengan kemas dan jelas serta diedarkan kepada Guru Besar pada masa yang tepat iaitu pada hari pertama. Penyimpanan dokumen dan rekod surat-menyurat juga akan dilakukan dengan sistematik dan teratur bagi memastikan semua maklumat mudah diakses dan dirujuk apabila diperlukan. Dengan berpegang kepada prinsip profesionalisme, saya akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti penghasilan portfolio saya, menerima maklum balas secara konstruktif dan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti. Saya percaya bahawa komitmen terhadap kecekapan pengurusan masa dan komunikasi yang efektif adalah asas kepada kejayaan dan kualiti dalam apa jua bidang profesional.
9 3.2 PERNYATAAN PROFESIONAL (SEMASA) Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Uk Dih, saya berkomitmen untuk melaksanakan semua aktiviti dengan penuh profesionalisme dan dedikasi. Antara aktiviti yang saya jalankan ialah membuat pemerhatian dan mengambil gambar terhadap persekitaran dan kemudahan di sekolah SJK(C) Uk Dih. Pemerhatian ini akan melibatkan penilaian menyeluruh terhadap keadaan fizikal bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, makmal komputer, padang sukan, tandas dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh pihak sekolah. Saya akan mencatat setiap aspek yang diperhatikan termasuk kebersihan, keselamatan, keselesaan dan kesesuaian kemudahan tersebut untuk kegunaan murid dan guru. Dengan membuat pemerhatian yang teliti, saya dapat memahami bagaimana persekitaran fizikal sekolah menyokong atau menghalang proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil pemerhatian ini akan digunakan untuk menyediakan laporan yang komprehensif serta memberi cadangan yang praktikal untuk meningkatkan kualiti persekitaran sekolah. Bukan itu sahaja, saya telah menggunakan senarai semak untuk memastikan kemudahan di sekolah adalah lengkap dan dalam keadaan baik. Senarai semak ini akan disediakan berdasarkan standard keselamatan dan keselesaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pendidikan. Setiap kemudahan akan diperiksa secara teliti bagi memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik, tiada kerosakan yang boleh membahayakan pengguna dan kebersihan sentiasa terjaga. Selain itu, saya telah mendapatkan buku pentadbiran yang mengandungi maklumat penting seperti takwim sekolah, visi dan misi sekolah, senarai nama jawatankuasa, peraturan sekolah dan sebagainya. Buku pentadbiran ini merupakan sumber maklumat yang amat berharga untuk memahami struktur sekolah. Dengan mengakses dan mengkaji buku ini, saya dapat merancang aktiviti saya dengan lebih baik serta memastikan segala tindakan saya selaras dengan peraturan dan prosedur sekolah. Seterusnya, saya akan menjalankan sesi temu bual dengan semua warga sekolah, termasuk pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Sesi temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mereka mengenai pelbagai aspek operasi dan persekitaran sekolah. Dengan menyediakan soalan-soalan yang terperinci dan relevan, saya berupaya mengumpul data yang komprehensif dan bermakna. Sesi temu bual ini akan dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan setiap individu diberi peluang untuk berkongsi pandangan mereka dalam suasana yang selesa dan terbuka. Maklumat yang dikumpulkan akan dianalisis secara mendalam untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
10 Di samping itu, saya akan menyediakan borang soal selidik dan mengedarkannya melalui pautan "Google Form". Borang soal selidik ini akan direka dengan teliti untuk mengumpul data yang relevan dan bermakna mengenai pengalaman dan pandangan murid terhadap pelbagai aspek di sekolah. Dengan menggunakan "Google Form", proses pengumpulan data menjadi lebih efisien dan memudahkan responden untuk menjawab soalan secara dalam talian pada masa yang sesuai. Borang soal selidik ini akan merangkumi soalansoalan berkaitan kepuasan terhadap kemudahan sekolah, keberkesanan pengajaran, kebajikan murid dan sebagainya. Data yang diperoleh akan dianalisis secara sistematik untuk mengenal pasti trend dan pola yang berguna untuk penambahbaikan sekolah. Seterusnya, saya telah membina hubungan yang harmoni dan kolaboratif dengan semua guru di sekolah. Ini termasuk berinteraksi secara profesional dan mesra, bertukar pandangan dan pengalaman serta bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti dan program sekolah. Saya telah mengambil inisiatif ini untuk mengenali setiap guru, memahami peranan dan tanggungjawab mereka serta menunjukkan rasa hormat dan penghargaan terhadap pengalaman dan kepakaran mereka. Dengan menjalin hubungan yang baik, saya telah belajar banyak daripada pengalaman dan pengetahuan mereka serta mendapat sokongan yang diperlukan dalam menjalani PBS. Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti ini secara sistematik dan teratur, saya berusaha untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada SJK(C) Uk Dih sambil meningkatkan kemahiran dan pengalaman saya sebagai seorang pendidik. Pendekatan yang profesional dan beretika ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan menyokong perkembangan holistik murid-murid. Saya percaya bahawa dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi, PBS ini akan menjadi platform yang penting untuk membentuk diri saya sebagai seorang guru yang berkualiti dan berwibawa.
11 3.3 PERNYATAAN PROFESIONAL (SELEPAS) Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Uk Dih, saya mengambil komitmen untuk melakukan refleksi diri dengan mendalam terhadap pengalaman yang telah saya melalui. Refleksi ini meliputi penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan saya sebagai seorang guru pelatih serta pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh semasa PBS. Saya akan mengambil peluang untuk mengenal pasti aspek-aspek yang perlu diperbaiki dan langkah-langkah untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang pendidik yang profesional dan berkesan. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua guru di SJK(C) Uk Dih atas bimbingan, sokongan dan kesabaran mereka sepanjang saya menjalani PBS. Pengalaman bekerja dengan guru-guru yang berpengalaman telah memberi saya pandangan yang lebih mendalam tentang dunia pendidikan. Saya menghargai segala jasa dan nasihat yang diberikan oleh mereka yang telah memberi saya inspirasi untuk terus berkembang dalam profesion perguruan. Melalui PBS ini, saya lebih memahami bahawa guru bukan hanya sekadar pekerjaan biasa tetapi merupakan satu kerjaya yang mulia dan mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan generasi masa depan. Seterusnya, saya akan mengemaskini portfolio saya dengan menyusun semua maklumat yang diperoleh semasa PBS. Ini termasuk dokumen-dokumen yang berkaitan seperti laporan refleksi, hasil temu bual, borang soal selidik serta hasil pemerhatian dan dokumentasi yang saya kumpulkan. Portfolio yang dikemaskini ini akan menjadi alat yang berguna untuk menunjukkan perkembangan serta pencapaian saya sebagai seorang pendidik. Selain itu, saya juga mengambil inisiatif untuk mengetahui skop kerja pihak pentadbiran secara lebih mendalam. Saya memahami bahawa pentadbiran sekolah memainkan peranan yang penting dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Secara keseluruhan, pengalaman PBS di SJK(C) Uk Dih telah memberi saya wawasan yang mendalam dan memperkaya pengetahuan saya dalam bidang pendidikan. Saya berkomitmen untuk terus belajar dan berkembang sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan beretika tinggi serta memberi sumbangan yang bermakna dalam pendidikan negara.
12 3.4 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Uk Dih telah dijalankan dengan teliti dan sistematik berdasarkan jadual yang telah dirancang dengan rapi. Tujuan utama jadual ini adalah untuk memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan masa yang diperuntukkan digunakan secara optimum. HARI AKTIVITI ISNIN 10 JUN 2024 • Melaporkan diri di sekolah SJK(C) Uk Dih. • Menyerahkan surat-surat dan borang yang penting dan perlu diisi oleh Guru Besar. • Memerhati dan meneliti persekitaran sekolah. • Guru memperkenalkan saya kepada staf dan guru-guru lain. SELASA 11 JUN 2024 • Memerhati program bacaan pagi di kelas 1A • Memerhati program bacaan pagi di kelas 2A • Memerhati program pemeriksaan gigi • Memerhati Program Advance Integrated Nilam System (AINS) RABU 12 JUN 2024 • Menemu bual dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid • Menemu bual dengan Penolong Kanan Kokurikulum • Mengemaskini laporan KHAMIS 13 JUN 2024 • Menemu bual dengan pengurus operasi • Menemu bual dengan guru Bahasa Inggeris • Mengemaskini laporan • Memerhati PdP di kelas 1A JUMAAT 14 JUN 2024 • Menemu bual dengan pengawal keselamatan • Menemu bual dengan Penolong Kanan Pentadbir • Menemu bual dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu • Memerhati PdP di kelas 4A
13 ISNIN 17 JUN 2024 CUTI HARI RAYA HAJI SELASA 18 JUN 2024 • Menemu bual dengan guru Bahasa Cina • Menemu bual dengan guru Bahasa Melayu • Menemu bual dengan Setiausaha PIBG • Memerhati PdP di kelas 5A RABU 19 JUN 2024 • Menemu bual dengan guru Pendidikan Jasmani • Menemu bual dengan Guru Besar • Berinteraksi dengan murid KHAMIS 20 JUN 2024 • Memerhati Program Bacaan pagi di kelas 1A. • Memerhati PdP di kelas 6A • Mengemaskini laporan JUMAAT 21 JUN 2024 • Memerhati Program Bacaan Pagi di kelas 2A • Berterima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, staf dan pihak pentadbir sekolah. • Mengemaskini laporan.
14 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Uk Dih, pelbagai jenis instrumen pengumpulan data telah digunakan dengan teliti untuk memastikan data yang diperoleh adalah komprehensif, tepat dan relevan. Terdapat empat jenis instrumen pengumpulan data telah digunakan iaitu pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Instrumen-instrumen ini digunakan secara sistematik dan terancang untuk mengumpul maklumat mengenai pelbagai aspek operasi dan persekitaran sekolah serta pengalaman warga sekolah. Dengan penggunaan pelbagai instrumen ini, saya dapat mengumpul data yang holistik dan bermakna sehingga dapat membantu saya dalam membuat analisis dan refleksi pengalaman PBS. 4.1 PEMERHATIAN Pemerhatian merupakan satu instrumen penting untuk mengumpul data mengenai persekitaran fizikal dan kemudahan di sekolah. Pemerhatian ini melibatkan penilaian secara visual dan deskriptif terhadap keadaan bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, makmal komputer, padang sukan, tandas dan kemudahan lain yang disediakan oleh pihak sekolah. Melalui pemerhatian ini, saya dapat mengumpul data yang terperinci mengenai kebersihan, keselamatan, keselesaan dan kesesuaian kemudahan tersebut untuk kegunaan murid dan guru. Pemerhatian ini juga membantu saya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam persekitaran fizikal sekolah serta memberi cadangan penambahbaikan yang spesifik dan praktikal. Proses pemerhatian ini telah dilakukan secara sistematik dan menyeluruh untuk memastikan semua aspek persekitaran fizikal dan kemudahan sekolah dinilai dengan teliti. Oleh itu, saya menyediakan jadual pemerhatian yang terperinci untuk memastikan setiap kawasan sekolah dilawati dan dinilai dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kawasan penting daripada terlepas pandang. Pemerhatian ini dilakukan dengan berjalan kaki ke setiap kawasan sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan serta mencatat setiap pemerhatian dalam buku nota dengan deskripsi terperinci mengenai keadaan fizikal kemudahan yang diperiksa. Selain itu, saya juga mengambil gambar setiap kawasan dan kemudahan yang dinilai sebagai bukti visual yang menyokong penemuan pemerhatian dan membantu dalam penyediaan laporan yang lebih terperinci. Gambar ini diambil dari pelbagai sudut untuk menunjukkan keadaan keseluruhan dan butiran spesifik kemudahan tersebut. Data yang dikumpulkan melalui pemerhatian visual dan gambar akan dianalisis untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam persekitaran fizikal sekolah.
15 Semasa menjalani PBS di sekolah tersebut, saya juga telah memerhati aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Aktiviti ini melibatkan penilaian secara sistematik terhadap proses pengajaran yang dijalankan oleh guru dan maklum balas murid-murid terhadap kaedah pengajaran tersebut. Pemerhatian ini memberi peluang kepada saya untuk memahami secara mendalam tentang amalan pengajaran yang berkesan, gaya pembelajaran murid serta interaksi antara guru dan murid di dalam bilik darjah. Sebelum memulakan pemerhatian, saya telah merancang jadual pemerhatian yang memastikan setiap subjek dan guru dilawati dalam tempoh yang ditetapkan. Ini termasuk menentukan waktu dan kelas yang akan diperhatikan, serta menetapkan kriteria khusus untuk penilaian. Kriteria ini termasuk teknik pengajaran yang digunakan oleh guru, penyampaian kandungan, penggunaan bahan bantu mengajar, penglibatan murid dalam pembelajaran dan pengurusan bilik darjah. Semasa pemerhatian, saya mencatat setiap aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah dengan teliti. Ini termasuk mencatat bagaimana guru memulakan kelas, teknik yang digunakan untuk menarik perhatian murid dan cara penyampaian kandungan. Saya juga memerhatikan bagaimana guru menggunakan bahan bantu mengajar seperti papan putih dan papan pintar untuk menyokong pengajaran. Interaksi antara guru dan murid juga diberi perhatian termasuk cara guru mengajukan soalan, memberikan maklum balas dan mengurus tingkah laku murid. Di samping itu, saya juga menilai penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Ini termasuk memerhatikan tahap tumpuan murid, kesediaan mereka untuk bertanya soalan serta keberanian mereka untuk menyuarakan pendapat atau jawapan. Saya juga mencatat bagaimana murid bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan dan bagaimana mereka menggunakan sumber-sumber pembelajaran yang disediakan. 4.2 SENARAI SEMAK Senarai semak digunakan sebagai instrumen untuk memastikan kemudahan di sekolah adalah lengkap dan dalam keadaan baik. Senarai semak ini disusun berdasarkan standard keselamatan dan keselesaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pendidikan. Setiap item dalam senarai semak diperiksa secara teliti termasuk kelengkapan bilik darjah, peralatan makmal, kemudahan sukan, tandas dan kawasan rehat. Pemeriksaan ini melibatkan penilaian terhadap fungsi kemudahan, keadaan fizikalnya dan kesesuaiannya untuk kegunaan harian. Data yang dikumpulkan melalui senarai semak ini dicatat dengan teliti dan digunakan untuk menyediakan laporan yang komprehensif serta memberi cadangan penambahbaikan yang konkrit dan boleh dilaksanakan.
16 4.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual merupakan salah satu instrumen utama yang menjadi pilihan saya dalam mengumpul maklumat mengenai sekolah. Selama tempoh 2 minggu saya berada di sekolah, saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti guru besar, guru-guru Penolong Kanan, kakitangan dan murid. Hal ini adalah untuk memastikan saya mendapat input mengenai data sekolah secara menyeluruh. Setiap responden yang menjalani sesi temu bual memberikan kerjasama dengan baik. Saya telah menyediakan beberapa soalan mengikut kesesuaian bidang responden sebelum sesi temu bual diadakan. Setiap jawapan yang diberikan oleh mereka amat memuaskan saya serta menjawab setiap persoalan dengan baik serta jelas. Temu bual yang dijalankan juga dalam keadaan yang kondusif serta mengikut masa yang dikehendaki oleh responden. Perkara ini amat penting kerana dapat menjamin keselesaan responden sepanjang sesi temu bual dijalankan. Bukan itu sahaja, sesi temu bual juga dapat dijalankan tanpa sebarang gangguan membolehkan jawapan diberikan secara matang dan teratur. 4.4 SOAL SELIDIK Saya menggunakan “Google Form” untuk mengedarkan soal selidik kepada 15 orang murid selepas sesi persekolahan. Penggunaan “Google Form” membolehkan saya untuk menyusun soalan-soalan secara teratur dan mudah difahami oleh murid. Proses ini termasuklah memastikan bahawa soalan yang diajukan adalah relevan dengan pengalaman mereka dalam pembelajaran dan suasana sekolah. Bagi murid yang tidak mempunyai telefon bimbit atau menghadapi kesukaran dengan soalan, saya telah menyediakan bantuan dengan meminjamkan telefon bimbit saya dan menjelaskan soalan secara terperinci. Ini memastikan setiap responden dapat mengisi borang dengan tepat dan tanpa kesulitan. Dengan mengumpulkan maklum balas daripada murid melalui cara ini, saya dapat memperoleh pandangan yang bervariasi tentang pengalaman mereka di sekolah serta pandangan mereka terhadap aspek-aspek tertentu seperti pengajaran, kemudahan dan kehidupan pelajar.
17
18
19 5.0 KOLABORATIF Kolaborasi merujuk kepada proses di mana individu atau entiti bekerjasama secara aktif untuk mencapai matlamat bersama atau untuk menghasilkan hasil yang lebih baik daripada usaha individu. Ini melibatkan perkongsian idea, sumber atau kemahiran antara pihak-pihak yang terlibat. Dalam konteks ini, kolaborasi melibatkan pertukaran idea, pandangan dan maklum balas antara semua pihak yang terlibat. Ia memerlukan kemahiran mendengar yang aktif, komunikasi yang jelas dan terbuka serta kemampuan untuk membangunkan perspektif bersama dari pelbagai sudut pandangan. Dengan kolaborasi dalam perbincangan, individu atau kumpulan dapat mengatasi perbezaan pendapat atau kepentingan serta menggabungkan pengetahuan untuk mencapai keputusan atau penyelesaian yang lebih holistik dan diterima bersama. Ini tidak hanya memperkukuh hubungan antara pihak-pihak yang terlibat tetapi juga memupuk budaya kerjasama yang positif untuk mencapai matlamat bersama dengan lebih efektif.
20 5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Program kurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan Nama : Puan Fong Yin Leng Jawatan : Guru Besar SJK(C) Uk Dih Melalui temu bual, saya telah mendapati bahawa beliau telah bekerja di sekolah ini selama 2 tahun. Skop kerja sebagai seorang Guru Besar adalah sangat luas dan merangkumi pelbagai jenis aspek pengurusan sekolah. Guru besar bertanggungjawab untuk mengurus sumber manusia termasuk pengambilan, penilaian prestasi dan pembangunan profesional guru serta staf sokongan. Selain itu, beliau juga perlu memantau dan menilai pencapaian akademik murid serta menyediakan intervensi untuk meningkatkan prestasi. Pengurusan bajet sekolah termasuk perolehan, penggunaan dan pemantauan perbelanjaan juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab beliau. Sebagai Guru Besar, beliau perlu mencari dan mengurus sumber tambahan seperti sumbangan daripada PIBG, komuniti dan pihak luar. Pada masa yang sama, beliau juga perlu menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa, PIBG dan komuniti setempat untuk mendapat sokongan yang padu kepada sekolah. Guru besar juga perlu memastikan guru-guru memahami dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan seperti SKPMg2, TS25 dan PBD. Beliau juga perlu bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam pelaksanaan dasar dan program pendidikan serta menghadiri mesyuarat dan sesi taklimat yang dianjurkan oleh pihak berkuasa pendidikan untuk memastikan sekolah selaras dengan dasar dan arahan terkini. Melalui perbincangan yang dijalankan, saya telah mendapati bahawa SJKC Uk Dih merupakan sekolah yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 7.0 bermula pada tahun 2022. Antara dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di SJKC UK DIH ialah Dasar Bantuan Kewangan (Biasiswa, PTPTN, KWAMP), Bantuan Pendidikan (RMT, Skim Susu), Pinjaman Buku Teks dan Perlindungan Pelajar (Skim Insurans), Dasar 1M1S, Dasar Keciciran Sifar, Dasar Sekolah Selamat, Dasar MBMMBI, Dasar Pendidikan Percuma dan Dasar Pendidikan Digital. Di samping itu, saya telah mendapati bahawa terdapat beberapa program telah dijalankan di sekolah ini berdasarkan dasar pendidikan iaitu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN), Program Bacaan Pagi dan Program Pengajaran Bertema. Melalui temu bual dengan Guru Besar, saya telah mengetahui bahawa Program Bacaan Pagi
21 merupakan inisiatif di sekolah yang bertujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid dengan cara yang teratur dan sistematik. Program ini biasanya dilaksanakan pada awal hari sekolah untuk menyediakan suasana yang kondusif bagi aktiviti pembacaan. Di sekolah ini, Program Bacaan Pagi telah dijalankan pada pukul 7.20 hingga 7.45 pagi pada setiap hari kecuali Isnin. Setiap sesi bacaan pagi dirancang dengan teliti untuk memilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap perkembangan dan minat pelajar. Selain daripada meningkatkan kecekapan membaca, Program Bacaan Pagi dijalankan adalah untuk membina kemahiran kefahaman, memperkaya kosa kata serta memupuk kecintaan terhadap ilmu pengetahuan dan budaya. Aktiviti ini sering melibatkan penglibatan aktif guru dan murid dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran yang merangsang keinginan untuk terus membaca pada luar waktu sekolah. Melalui pelaksanaan yang konsisten dan terarah, Program Bacaan Pagi diharapkan dapat memberikan kesan positif dalam meningkatkan prestasi akademik, membangkitkan semangat belajar dan memperkukuhkan nilai kecemerlangan dalam pembelajaran. Melalui perbincangan dengan Guru Besar, saya mendapati bahawa PLaN merupakan inisiatif yang diperkenalkan bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 untuk meningkatkan kecekapan literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Terdapat 3 subjek yang ditumpukkan dalam program ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Di sekolah ini, terdapat 15 orang murid telah diasingkan dan belajar di kelas pemulihan. Oleh itu, PLaN telah dilaksanakan bagi memperkukuhkan asas kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam kalangan murid-murid dari peringkat awal pendidikan. Program ini dirangka dengan teliti untuk memenuhi keperluan pembelajaran berbeza murid dengan menekankan pendekatan yang holistik dan berpusatkan murid. Selain itu, PLaN turut menggalakkan penggunaan teknik pengajaran yang inovatif dan berkesan bagi meningkatkan pemahaman konsep serta penguasaan kemahiran bahasa dan matematik. Melalui pelaksanaan yang sistematik dan terancang, PLaN diharapkan dapat memberi impak positif dalam mengurangkan jurang literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah serta meningkatkan prestasi akademik secara keseluruhan. Selain itu, saya juga telah mendapati bahawa terdapat 2 orang murid berkeperluan khas telah belajar di sekolah tersebut. Oleh itu, Guru Besar menyatakan bahawa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah berjaya membantu murid berkeperluan khas memohon bantuan kewangan melalui kad Orang Kurang Upaya (OKU). Dengan ini, murid berkeperluan khas boleh mendapat bantuan kewangan pada bulan Jun dan Disember pada setiap tahun. Tambahan pula, mereka akan mendapat sebanyak RM900 apabila wang dikreditkan setiap sekali ke akaun mereka pada Jun dan Disember.
22 Melalui perbincangan ini, saya mendapati bahawa papan pintar telah mula dimanfaatkan di sekolah ini sejak tahun 2017. Sekolah ini mempunyai 22 orang warga pendidik yang berdedikasi. Dalam memahami dan mengimplementasikan dasar pendidikan seperti SKPMg2, TS25 dan PBD, pihak sekolah mengadakan sesi taklimat dan bengkel untuk memastikan guru-guru memahami standard yang ditetapkan. Untuk TS25, sekolah mengikuti pelan tindakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dengan penekanan pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi dan pedagogi berkesan. Sebelum ini, tahap penguasaan murid dalam PBD telah dilaporkan dengan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa semasa Hari Ibu Bapa yang diadakan sebanyak 2 kali pada setiap tahun. Mulai tahun 2023, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah direkodkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB). Namun, terdapat beberapa cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan dasardasar ini. Antaranya ialah kekurangan pemahaman sepenuhnya oleh semua guru tentang pelaksanaan setiap dasar, kekangan masa serta kekurangan sumber dan sokongan teknikal dalam penggunaan teknologi untuk TS25. Sebagai Guru Besar, peranan utama adalah menyediakan bimbingan dan sokongan kepada guru dalam memahami dan melaksanakan dasar-dasar tersebut. Guru Besar juga sentiasa memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan dasar melalui pemeriksaan dokumen, pemerhatian kelas dan perbincangan berkala. Lantaran itu, beliau juga sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan guru-guru untuk membincangkan cabaran dan mencari jalan penyelesaian. Untuk menyokong guru-guru dalam memahami dan mengaplikasikan dasar-dasar ini dalam pengajaran mereka, pihak sekolah mengadakan sesi latihan dan bengkel berkala, menyediakan bahan rujukan dan panduan yang jelas serta menyediakan mentor atau fasilitator yang berpengalaman untuk membantu guru-guru baharu. Jenis latihan atau pembangunan profesional yang disediakan untuk guru dalam melaksanakan PBD termasuk kursus dan bengkel yang berfokus kepada teknik penilaian formatif dan sumatif, latihan dalam penggunaan teknologi untuk membantu dalam pengurusan dan pelaksanaan PBD serta bengkel kolaboratif di mana guru boleh berkongsi pengalaman dan strategi penilaian yang berkesan. Bagi memastikan konsistensi dan keadilan dalam penilaian PBD di sekolah, Guru Besar telah menyediakan rubrik penilaian yang jelas dan spesifik untuk setiap tugas. Sesi perbincangan diadakan di mana guru-guru membincangkan dan menyelaraskan standard penilaian dan data penilaian dianalisis secara berkala untuk mengenal pasti sebarang
23 ketidakselarasan. Sebagai sebahagian daripada Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25), sekolah telah mengambil inisiatif seperti penggunaan teknologi dalam pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar digital dan program peningkatan profesionalisme guru melalui latihan, kolaborasi serta projek inovasi dalam pengajaran yang melibatkan penyertaan murid secara aktif seperti projek "My Robotic Challenge (MYRC) 2024".
24 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan Nama : Puan Tung Meei Jiun Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran Melalui temu bual, saya telah mendapati bahawa beliau telah bekerja di sekolah ini selama 3 tahun. Sebagai seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran, skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh beliau telah melibatkan pelbagai jenis aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Antaranya termasuklah menyusun jadual waktu sekolah untuk memastikan kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), mengurus pelaksanaan peperiksaan dan penilaian akademik serta mengurus bantuan kewangan kepada murid yang memerlukan. Selain itu, tugas-tugasnya merangkumi penyediaan laporan berkala dan tahunan mengenai prestasi akademik sekolah, menyimpan dan mengemas kini fail serta dokumen sekolah dan menyelia penggunaan dana sekolah bagi memastikan perbelanjaannya telah mematuhi garis panduan penggunaan kewangan yang ditetapkan. Guru Penolong Kanan Pentadbiran juga bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti sekolah yang dijalankan adalah mengikuti dasar serta garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga sentiasa menghadiri mesyuarat, taklimat dan kursus yang dianjurkan oleh pihak berkuasa pendidikan serta menyediakan laporan dan dokumen yang diperlukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Di samping itu, saya juga telah mengetahui bahawa dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) telah dijalankan di SKJ(C) Uk Dih. Dasar 1M1S (1 Murid 1 Sukan) ialah dasar yang mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi sosial, intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, dasar ini juga memberi perhatian utama kepada murid yang kurang aktif dalam bidang sukan supaya mereka menjadi lebih aktif dan berminat dalam bidang sukan serta memberi peluang kepada murid yang mempunyai potensi dan peluang untuk digilap dalam bidang sukan. Implikasi daripada pelaksanaan dasar ini ialah setiap murid akan melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah mereka sepanjang tahun. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan bagi dasar 1M1S ini, ianya dilaksanakan melalui program sukan sepanjang tahun yang merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Berdasarkan pelaksanaan ini, murid akan lebih mengetahui bahawa betapa pentingnya sukan dalam kehidupan. Sukan ini bukan sahaja untuk mengisi masa lapang semata-mata malah sukan ini dapat membantu mengharumkan nama sekolah dan
25 membangunkan insan yang seimbang. Antara program sukan yang dilaksanakan adalah program sukan umum iaitu dilakukan sepanjang tahun seperti sukan balapan dan padang, merentas desa di mana pelajar perlu atau wajib melibatkan diri mereka dan mewakili rumah sukan masing-masing. Daripada pelaksanaan dasar ini, ianya berupaya membangunkan modal insan daripada penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid di sekolah. Selain itu, kelab sukan dan permainan yang wajib dijalakan sepanjang tahun juga perlulah mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan iaitu 60 minit bagi sekolah rendah. Program ini mewajibkan murid untuk menyertai dan menghadiri pelbagai latihan sukan dan permainan asal yang diubahsuai mengikut kesesuaian umur, lokasi, kemahiran, masa dan peraturan permainan. Oleh itu, pihak sekolah perlulah menetapkan masa dan aktiviti yang sesuai kepada murid supaya murid tidak berasa bosan dan kurang berminat dengan aktiviti yang disediakan. Daripada program ini, murid akan terbiasa untuk meluangkan masa untuk melakukan aktiviti sukan kerana mereka akan berasa seronok dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan mereka dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan tekanan yang wujud sewaktu sesi pembelajaran. Justeru itu, murid dapat menilai bahawa aktiviti sukan ini dapat mewujudkan persekitaran yang seronok serta dapat mengurangkan tekanan. Seterusnya, program pertandingan dalaman yang dikenali sebagai pertandingan antara rumah sukan dan pertandingan kelas. Impak daripada pelaksanaan pertandingan ini ialah murid dapat belajar untuk bersaing sesama sendiri secara sihat dan bekerjasama bagi memastikan kecemerlangan dan kemenangan dapat dikecapi bersama. Murid akan belajar betapa pentingnya kerjasama yang baik dalam sesebuah pasukan. Bagi murid yang mempunyai bakat dalam sukan pula, mereka akan mewakili sesuatu sukan ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili daerah, negeri dan negara. Dengan ini, murid dapat merasai bahawa betapa pentingnya sesuatu sukan itu yang dapat mengharumkan nama sekolah dan bukan akademik sahaja. Pendek kata, dasar 1M1S ini merupakan dasar yang dapat membantu menyeimbangkan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam diri murid di sekolah. Pada masa yang sama, dasar ini dapat meningkatkan minat bersukan terhadap murid yang kurang berminat. Berdasarkan perbincangan yang dijalankan, saya juga mendapati bahawa Dasar Kesihatan Sekolah di SJK(C) Uk Dih juga merupakan satu inisiatif kokurikulum berdasarkan dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memastikan kesejahteraan fizikal serta mental murid. Dasar ini melibatkan pelbagai program kesihatan dan kesejahteraan yang dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan murid dan mengajar mereka tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beliau juga telah menyatakan bahawa Program Jom Sihat yang menggalakkan
26 aktiviti fizikal dan senaman rutin harian dalam kalangan murid juga telah dilaksanakan di sekolah tersebut. Melalui temu bual, saya mengetahui bahawa aktiviti senamrobik akan dijalankan pada 24 Jun 2024. Pada sebelum ini, aktiviti senamrobik juga pernah dijalankan di sekolah ini. Matlamat utama Program Jom Sihat adalah untuk memupuk gaya hidup sihat sejak usia muda. Melalui program ini, murid belajar tentang kepentingan senaman untuk menjaga kesihatan jantung, kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental. Aktiviti-aktiviti ini juga dapat membantu murid melepaskan tekanan akademik dan meningkatkan tumpuan serta prestasi mereka di dalam bilik darjah. Dalam memastikan program kokurikulum di sekolah adalah selaras dengan dasar pendidikan seperti SKPMg2 dan TS25, setiap guru perlu merujuk kepada garis panduan serta objektif dasar pendidikan semasa merancang program kokurikulum. Mesyuarat berkala antara pihak pentadbiran dan guru-guru juga amat penting untuk memastikan program yang dijalankan adalah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Peranan pihak sekolah dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar ini termasuk memastikan setiap aktiviti kokurikulum mengikut standard dan kriteria yang ditetapkan oleh dasar pendidikan serta membimbing dan memantau guru-guru lain dalam pelaksanaan program untuk memastikan keseragaman dan keberkesanan. Keberkesanan program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan boleh diukur melalui penilaian berterusan seperti refleksi dan laporan penilaian. Data yang dikumpulkan dari aspek penglibatan dan prestasi murid dalam aktiviti kokurikulum perlu dianalisis secara mendalam. Program-program ini dapat membantu guru mencapai objektif pendidikan yang lebih luas dengan mengembangkan kemahiran berfikir kritis, kreativiti kolaborasi dan komunikasi dalam kalangan murid. Selain itu, program-program ini dapat mewujudkan pembelajaran yang aktif dan bermakna serta meningkatkan keterlibatan murid dalam proses pembelajaran. Melalui pelaksanaan program kokurikulum berdasarkan dasardasar ini, terdapat peningkatan dalam tahap penglibatan dan minat murid terhadap kokurikulum serta lebih banyak kerjasama antara guru dan murid serta antara sekolah dan komuniti. Untuk memastikan guru-guru sentiasa dikemas kini dengan perubahan atau perkembangan dalam dasar pendidikan yang berkaitan dengan kokurikulum, sesi taklimat dan mesyuarat berkala dengan semua guru adalah penting. Selain itu, guru juga boleh mengedarkan bahan bacaan atau sumber mengenai perkembangan dasar terbaru kepada semua guru melalui aplikasi seperti "Whatsapp" atau "Telegram". Melalui penekanan kepada kerjasama dan komunikasi yang efektif, pelaksanaan dasar pendidikan yang berkaitan
27 dengan kokurikulum dapat dicapai dengan lebih baik bagi memastikan murid mendapat manfaat maksimum daripada program yang ditawarkan.
28 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Pengurusan tingkah laku murid Nama : Encik Heng Zhen Ming Jawatan : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Melalui temu bual, saya telah mendapati bahawa beliau telah bekerja di sekolah ini selama 2 tahun. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah memainkan peranan yang penting di sekolah iaitu meliputi pengurusan disiplin, kebajikan dan keselamatan murid di sekolah. Beliau bertanggungjawab untuk memantau kehadiran murid, menjalankan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta bantuan lain diselenggarakan dengan baik bagi murid yang memerlukan. Selain itu, beliau juga menguruskan rekod kehadiran serta mengambil tindakan terhadap murid yang suka ponteng sekolah. Kerjasama antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah penting untuk menangani isu-isu psikososial murid sambil memastikan pemeriksaan kesihatan berkala telah dilaksanakan bagi memantau keadaan kesihatan murid-murid. Melalui perbincangan, saya telah mengetahui bahawa Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) telah digunakan di sekolah tersebut bagi mengawal tingkah laku murid. Sistem Sahsiah Disiplin Diri Murid (SSDM) merupakan satu inisiatif yang penting dalam mengurus dan memantau tingkah laku murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Uk Dih. Sistem ini dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat untuk memperkasa pengurusan disiplin di sekolah melalui pendekatan yang lebih sistematik dan efektif. Di SJK(C) Uk Dih, SSDM digunakan untuk memastikan setiap murid mematuhi peraturan sekolah, mengamalkan nilai-nilai murni dan menunjukkan tingkah laku yang positif. Beliau menyatakan bahawa SSDM berfungsi sebagai platform dalam talian yang membolehkan guru merekod dan memantau tingkah laku murid secara dalam talian. Melalui sistem ini, sebarang insiden yang melibatkan pelanggaran disiplin boleh direkodkan dengan segera termasuk butiran mengenai murid yang terlibat, jenis kesalahan dan tindakan yang diambil. Ini memudahkan guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah disiplin. Sistem ini juga membolehkan pemantauan yang lebih telus dan berkesan terhadap tingkah laku murid secara keseluruhan. Apabila seorang murid di SJK(C) Uk Dih telah melakukan kesalahan yang serius, Penolong Kanan HEM akan mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah disiplin melalui Sistem Sahsiah Disiplin Diri Murid (SSDM). Langkah yang pertama ialah beliau akan menyaksikan atau mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh murid terlebih dahulu lalu merekodkan butiran insiden dalam sistem SSDM termasuk maklumat seperti tarikh, masa,
29 tempat, jenis kesalahan dan tindakan awal yang diambil. Setelah maklumat dimasukkan, pihak pentadbiran sekolah akan memantau dan mengesahkan rekod tersebut untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang direkodkan. Berdasarkan rekod yang sedia ada, pihak sekolah akan menganalisis data untuk mengenal pasti corak tingkah laku murid dan menentukan punca masalah disiplin. Seterusnya, pihak sekolah akan merancang dan melaksanakan tindakan intervensi yang sesuai seperti kaunseling dan ceramah motivasi untuk membantu murid memperbaiki tingkah laku mereka. Selain itu, ibu bapa murid akan dimaklumkan tentang insiden tersebut melalui surat, e-mel, atau pertemuan bersemuka untuk mendapatkan sokongan dan tindakan susulan di rumah. Pemantauan berterusan akan dilakukan guru untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil dan memastikan murid tidak mengulangi kesalahan yang sama. Jelaslah bahawa sistem SSDM dapat membantu sekolah mengurus tingkah laku murid dengan lebih teratur dan berkesan sehingga mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih positif dan kondusif. Walaupun terdapat beberapa cabaran dalam menguruskan tingkah laku murid, beliau juga mengamati bahawa majoriti murid di sekolah ini tidak sentiasa berkelakuan negatif. Kebanyakan masalah tingkah laku negatif yang timbul boleh diatasi melalui pendekatan yang proaktif seperti memberi motivasi, memberi ganjaran atas pencapaian positif dan membangkitkan kesedaran akan kesan tingkah laku negatif terhadap diri mereka dan orang lain. Lantaran itu, beliau juga berpandangan bahawa faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada tingkah laku negatif murid termasuk kurangnya perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, tahap kematangan mental yang belum matang serta pengaruh media sosial yang semakin meluas seperti YouTube, TikTok dan Facebook. Secara keseluruhannya, beliau berpendapat bahawa setiap pendidik tidak hanya berfokus dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran akademik dalam kalangan murid tetapi juga perlu memastikan kesejahteraan keseluruhan murid. Melalui pendekatan proaktif dan kerjasama yang baik antara semua pihak berkepentingan, beliau berharap dapat membantu murid-murid mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.
30 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum Nama : Puan Koo Shi Lee Jawatan : Penolong Kanan Kokurikulum Melalui temu bual yang dijalankan, saya telah mendapati bahawa beliau telah bekerja di sekolah ini selama 3 tahun. Beliau menyatakan bahawa Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab untuk menyokong dan menguruskan aktiviti kokurikulum di sekolah. Antara skop kerjanya termasuk menyusun dan merancang program kokurikulum tahunan sekolah untuk memastikan penawaran aktiviti yang berbentuk menyeluruh dan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. Beliau juga bertanggungjawab dalam menyediakan jadual dan takwim kokurikulum yang teratur dan menyeluruh serta memastikan peralatan kokurikulum dijaga dengan baik dan selamat untuk digunakan. Selain itu, Penolong Kanan Kokurikulum perlu menguruskan bajet kokurikulum dan memastikan peruntukan kewangan digunakan secara efektif. Beliau juga menggalakkan penyertaan aktif murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan menyediakan peluang serta platform untuk murid mengembangkan bakat dan minat mereka. Melalui perbincangan, saya mengetahui bahawa murid-murid di sekolah ini akan menjalankan latihan rumah sukan pada pukul 5.30 hingga 6.30 petang. Latihan rumah sukan dijalankan pada hari Selasa (Rumah Merah), Rabu (Rumah Kuning) dan Khamis (Rumah Biru). Seterusnya, murid-murid juga akan menyertai aktiviti kokurikulum pada setiap Rabu pada pukul 1.30 hingga 2.30 petang (Unit Beruniform), 2.30 hingga 3.30 petang (Kelab) dan 3.30 hingga 4.30 petang (Permainan). Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum menjadi aspek penting dalam pembentukan persekitaran pembelajaran yang menyeluruh. Dalam menilai tahap penyertaan murid, guru perlu mengadakan kajian yang sistematik untuk mengetahui minat dan kesediaan mereka dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum. Ini juga membantu guru dalam memastikan aktiviti kokurikulum yang dijalankan adalah diselaraskan dengan visi dan misi sekolah serta mengintegrasikan nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah. Pada pendapat beliau, faktor-faktor utama yang dipertimbangkan dalam perancangan aktiviti kokurikulum meliputi minat dan kebolehan murid serta ketersediaan sumber dan fasiliti yang memadai. Pemilihan aktiviti seharusnya mengambil kira potensi dan kepentingan murid agar dapat memaksimumkan penglibatan mereka. Selain itu, keselamatan murid serta sokongan daripada guru dan pihak pentadbiran turut menjadi faktor penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program kokurikulum.
31 Untuk memastikan penyertaan murid yang seimbang dalam aktiviti kokurikulum, guru perlu mengadakan sesi pemilihan aktiviti berdasarkan minat dan bakat mereka. Jadual dan takwim kokurikulum yang teratur perlu disusun untuk memudahkan murid menguruskan masa mereka dengan baik antara aktiviti akademik dan kokurikulum. Pihak sekolah juga perlu menyediakan peluang yang mencukupi untuk membolehkan murid mengembangkan bakat serta minat mereka melalui pelbagai platform dan aktiviti yang ditawarkan. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum tidak terlepas dari cabaran-cabaran tertentu seperti kekurangan sumber, masa yang terhad dan kurangnya minat daripada murid. Untuk mengatasi cabaran ini, pihak sekolah perlu mencari sumbangan atau penajaan dari luar serta menyusun jadual yang fleksibel yang boleh menampung keperluan pelbagai pihak. Inovasi dalam penyediaan aktiviti juga perlu dipertimbangkan untuk menarik minat murid dan meningkatkan keseluruhan penyertaan mereka dalam kokurikulum. Secara keseluruhan, pengurusan yang cekap dan berkesan dalam aktiviti kokurikulum memerlukan kerjasama dan komitmen yang baik daripada semua pihak termasuk guru, murid dan pihak pentadbiran sekolah. Dengan melaksanakan strategi yang tepat dan menyediakan sokongan yang mencukupi, beliau dapat memastikan bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat yang maksimum kepada perkembangan pelajar dalam semua aspek kehidupan mereka.
32 5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Penggunaan bahan bantu mengajar Nama : Puan Hoo Kiew Hiong Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu Melalui temu bual, saya telah mendapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan elemen penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semasa memilih BBM, terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan oleh guru termasuk kesesuaian bahan dengan topik yang diajar, daya tarikan bahan tersebut kepada murid, kualiti bahan serta kemudahan akses tanpa memerlukan kos yang tinggi. Pilihan BBM yang tepat akan meningkatkan minat dan pemahaman murid terhadap subjek yang diajar. Seterusnya, jenis BBM yang dianggap paling berkesan dalam meningkatkan pemahaman murid dalam subjek Bahasa Melayu ialah bahan visual seperti gambar rajah, kad suku kata untuk pembelajaran bahasa, buku teks sebagai rujukan utama dan video YouTube yang memberikan penjelasan serta aplikasi interaktif seperti “Wordwall” dan “Quizizz”. Integrasi teknologi dalam pengajaran juga menjadi semakin penting di mana guru menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian untuk aktiviti interaktif dan menayang video yang berkaitan topik tertentu untuk pemahaman yang lebih mendalam dan menggunakan bahan digital seperti e-book dan e-bahan yang boleh diakses melalui papan pintar. Berdasarkan perbincangan yang dijalankan, beliau berpendapat bahawa papan pintar adalah salah satu teknologi yang paling sering digunakan oleh guru sebagai BBM. Inovasi terkini dalam penggunaan BBM termasuk penggunaan flashcards AR di mana flashcards dengan kod QR dapat diimbas menggunakan aplikasi AR untuk memaparkan objek 3D, animasi atau klip video yang menerangkan konsep tertentu. Pendekatan penggunaan BBM juga berbeza antara subjek yang lebih teoritikal dan praktikal. Untuk subjek teoritikal, buku teks dan nota sering digunakan manakala untuk subjek praktikal, lembaran kerja dan kuiz adalah lebih sesuai. Bagi memastikan BBM yang digunakan relevan dan dapat menarik minat murid yang berbeza, guru perlu menggunakan pelbagai jenis BBM dan menjalankan pelbagai aktiviti interaktif. Guru juga haruslah sentiasa memerhatikan minat murid dan menyesuaikan bahan mengikut keperluan mereka. Untuk menggalakkan pembelajaran aktif, guru boleh melibatkan murid dalam aktiviti kumpulan dan permainan pembelajaran, menggunakan soal jawab dan
33 projek kolaboratif serta menganjurkan aktiviti “hands-on” yang memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman. Keberkesanan BBM yang digunakan dapat dinilai melalui pemantauan prestasi akademik murid melalui ujian, tugasan serta penilaian berterusan terhadap penglibatan dan pemahaman murid. Walau bagaimanapun, guru juga akan menghadapi cabaran utama dalam penghasilan dan penggunaan BBM seperti kekurangan masa untuk menyediakan bahan yang inovatif, kesukaran teknikal dan kekurangan sumber teknologi serta perbezaan tahap kemampuan murid yang memerlukan bahan yang berbeza-beza. Untuk mengatasi cabaran ini, guru perlu mengatur masa dengan baik untuk penyediaan bahan dan mencari sokongan teknikal dari pihak sekolah dan rakan sekerja. Secara keseluruhannya, pemilihan dan penggunaan BBM yang tepat serta penyesuaian mengikut keperluan murid adalah kunci kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu terus berinovasi dan mencari cara terbaik untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran bagi memastikan pembelajaran yang aktif dan berkesan.
34 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Penggunaan bahan bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris Nama : Puan Chong Fung Ling Jawatan : Guru akademik biasa (Bahasa Inggeris) Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah adalah aspek penting yang memberi impak besar terhadap pemahaman dan minat murid. Antara jenis bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan termasuklah buku teks dan buku kerja, flashcards, bahan audio visual seperti video dan lagu serta aplikasi interaktif seperti” Wordwall”. Selain itu, buku teks dan buku kerja merupakan bahan asas yang digunakan dalam pengajaran harian manakala flashcards membantu murid untuk mempelajari kosa kata dan konsep asas dengan lebih mudah. Pada pendapat beliau, penggunaan bahan audio visual dapat memberikan pengalaman murid untuk belajar dengan lebih menarik dan berkesan manakala aplikasi interaktif seperti “Wordwall” menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan bahawa buku teks dan buku kerja merupakan bahan bantu mengajar yang paling sering digunakan. Hal ini disebabkan buku teks dan buku kerja dalam subjek Bahasa Inggeris adalah berasal dari England. Oleh itu, beliau berpandangan bahawa kedua-dua bahan bantu mengajar ini adalah alat BBM yang paling berkesan dan membolehkan murid-murid menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Selain penggunaan buku teks dan buku kerja sebagai BBM, bahan audio visual dapat memberikan konteks visual dan auditori yang membantu murid memahami konsep abstrak dengan lebih jelas. Seterusnya, bahan bantu mengajar dapat menjadikan pembelajaran menjadi lebih menarik dan interaktif serta mengurangkan rasa bosan murid semasa sesi pembelajaran. Selain itu, penggunaan multimedia dan teknologi dalam bahan bantu mengajar juga dapat memperkuatkan ingatan dan pemahaman murid terhadap subjek yang diajar. Penggunaan bahan ini juga dapat menggalakkan penyertaan aktif murid dalam proses pembelajaran supaya membolehkan mereka lebih berminat untuk belajar. Namun begitu, beliau juga sering menghadapi beberapa cabaran utama dalam penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Salah satu cabaran utama adalah kekurangan masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang bersifat maujud dan berkualiti. Hal ini disebabkan penyediaan bahan bantu mengajar yang bersifat maujud dan berkualiti memerlukan masa dan usaha yang signifikan. Walau bagaimanapun, reaksi dan maklum balas murid terhadap penggunaan bahan bantu mengajar seperti buku teks, buku kerja, video dan lagu di dalam kelas Bahasa Inggeris umumnya positif. Murid biasanya menunjukkan minat yang lebih tinggi dan lebih bermotivasi apabila bahan bantu mengajar
35 dalam bentuk digital telah digunakan. Mereka juga lebih berfokus dan memberi perhatian semasa sesi pengajaran yang membantu dalam pencapaian objektif pembelajaran. Pada pandangan beliau, bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam pengajaran aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Dalam aspek mendengar, bahan audio visual seperti video dan lagu dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mendengar murid melalui pendedahan kepada sebutan dan intonasi yang betul. Untuk kemahiran bertutur, permainan interaktif dan aktiviti kumpulan dapat menggalakkan perbincangan dan komunikasi antara murid sekaligus meningkatkan kemahiran bertutur mereka. Dari aspek kemahiran membaca pula, beliau sering menggunakan flashcards, buku cerita dan lembaran teks untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membaca. Dalam aspek penulisan, lembaran kerja dan aktiviti penulisan kreatif dapat meningkatkan kemahiran menulis murid melalui latihan yang berstruktur dan berperingkat. Secara keseluruhannya, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah adalah sangat bermanfaat dan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Walaupun terdapat cabaran dalam penyediaannya, manfaat yang diperoleh adalah jauh melebihi kesulitan tersebut dan menjadikan usaha ini sangat berbaloi.
36 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Pengurusan dan kawalan kelas Nama : Cik Chan Jie Yi Jawatan : Guru akademik biasa (Bahasa Melayu) Melalui temu bual, Cik Chan Jie Yi telah menyatakan bahawa pengurusan dan kawalan kelas merupakan salah satu aspek yang penting apabila mengajar murid-murid. Oleh itu, beliau berpandangan bahawa langkah yang penting dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengawalan disiplin di dalam kelas ialah mengatur susunan tempat duduk murid. Beliau sentiasa menempatkan murid yang memerlukan perhatian lebih dekat dengan meja guru. Ini membolehkan beliau memberi perhatian yang lebih kepada murid yang mungkin memerlukan bimbingan tambahan. Selain itu, beliau juga mengatur murid dalam kelompok kecil bagi menggalakkan kerja berpasukan dan berinteraksi antara satu sama lain semasa sesi proses pembelajaran. Susunan tempat duduk juga perlu disusun agar terdapat ruang yang cukup untuk pergerakan aktiviti kelas dan membolehkan murid-murid bergerak dengan selesa dan melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti pembelajaran. Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa penglibatan murid dalam menetapkan dan mematuhi peraturan kelas juga merupakan salah satu cara untuk mengawal suasana kelas. Dengan mengadakan perbincangan bersama murid untuk menetapkan peraturan kelas, murid akan merasa mereka mempunyai suara dalam proses tersebut. Ini memberikan mereka rasa memiliki dan tanggungjawab terhadap peraturan yang telah ditetapkan. Kemudian, guru boleh menggunakan strategi utama untuk menguruskan tingkah laku murid seperti memberikan ganjaran dan pujian kepada mereka yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Pemantauan berterusan terhadap tingkah laku murid juga penting untuk memastikan mereka sentiasa berada di landasan yang betul. Apabila berhadapan dengan murid yang mengganggu kelas atau tidak mematuhi peraturan, beliau akan menemui murid tersebut secara peribadi untuk memahami punca tingkah laku mereka. Kemudian, beliau juga akan memberi amaran awal sebelum mengambil tindakan disiplin. Selain itu, kaedah pemulihan seperti kaunseling juga boleh digunakan untuk membantu murid memperbaiki tingkah laku mereka. Penguatkuasaan disiplin yang adil dan konsisten adalah penting untuk memastikan semua murid memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan perlu jelas dan diketahui oleh semua murid dan penguatkuasaannya harus dilakukan dengan tegas tanpa pilih kasih.
37 Untuk memotivasi murid berkelakuan baik dan menunjukkan sikap positif, beliau sentiasa memberikan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Beliau juga menggunakan sistem ganjaran seperti bintang atau “sticker” bagi memotivasikan murid berkelakuan baik. Tambahan pula, beliau juga sentiasa memberikan sokongan emosi dan dorongan kepada murid bagi membantu mereka berasa dihargai dan dimotivasikan. Dalam menangani situasi konflik antara murid di dalam kelas, beliau juga mendorong murid untuk berbincang dan meluahkan perasaan mereka secara terbuka. Pada masa yang sama, beliau juga mengajar murid tentang empati dan kepentingan memahami perasaan orang lain untuk membina suasana kelas yang harmonis. Bukan itu sahaja, beliau juga sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang interaktif seperti permainan pendidikan, tayangan video dan lagu untuk mengekalkan minat dan tumpuan murid bagi memastikan bahan bantu mengajar visual ini menarik dan mudah difahami oleh murid. Pada pandangan beliau, kelas yang mempunyai pelbagai keperluan dan latar belakang murid memerlukan penyesuaian pengajaran mengikut keperluan dan tahap kebolehan murid. Oleh itu, persekitaran kelas yang positif dan menyokong juga penting untuk memastikan semua murid merasa diterima dan dihargai. Untuk mengurangkan masalah tingkah laku di kelas, guru boleh merancang aktiviti pembelajaran yang menarik untuk mengelakkan kebosanan dan melakukan pemantauan berterusan terhadap tingkah laku murid. Akhir sekali, kerjasama antara guru dengan ibu bapa dalam mengatasi masalah tingkah laku murid adalah sangat penting. Guru boleh mengadakan komunikasi berkala dengan ibu bapa tentang perkembangan murid, mengadakan mesyuarat bersama ibu bapa untuk membincangkan masalah tingkah laku dan memberikan cadangan kepada ibu bapa tentang cara menyokong tingkah laku positif di rumah. Melalui pendekatan yang komprehensif ini, guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menggalakkan disiplin serta rasa tanggungjawab dalam kalangan murid.
38 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Perancangan dan pelaksanaan PdP Nama : Puan Bong Chiew Lee Jawatan : Guru akademik biasa (Bahasa Cina) Melalui temu bual, saya telah mendapati bahawa Puan Bong Chiew Lee telah bekerja di SJK(C) Uk Dih selama 4 tahun. Beliau berpandangan bahawa perancangan pengajaran adalah elemen penting dalam memastikan keberkesanan proses pembelajaran. Beliau sentiasa mengambil pelbagai jenis langkah yang teratur dan strategik untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai dengan menggunakan sumber yang relevan dan teknologi terkini. Selain itu, beliau menyatakan bahawa setiap guru akan menghadapi cabaran kepelbagaian murid dan sumber yang terhad sambil memastikan penglibatan aktif semua murid serta komunikasi yang berkesan dengan ibu bapa. Penilaian berterusan dan maklum balas yang konstruktif daripada murid juga amat penting dalam memperbaiki perancangan dan pelaksanaan pengajaran. Dalam usaha perancangan pengajaran, beliau biasanya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan utama. Tambahan pula, beliau juga mengkaji kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan kesesuaian dan pematuhan dalam pengajarannya. Setiap rancangan pelajaran perlu disusun dengan teliti termasuk menetapkan matlamat pembelajaran, menyusun rancangan pelajaran harian atau mingguan yang merangkumi objektif, aktiviti pengajaran dan penilaian. Selain itu, beliau juga menyediakan bahan bantu mengajar seperti lembaran kerja, kad suku kata, video serta merancang kaedah pengajaran yang berbagai-bagai untuk memenuhi keperluan murid yang berbeza. Dalam menentukan objektif pembelajaran, beliau telah menggunakan ujian dan pemerhatian terhadap murid untuk memahami keperluan individu murid. Lantaran itu, beliau juga menyatakan bahawa setiap guru juga boleh berbincang dengan rakan guru untuk menetapkan objektif pembelajaran yang realistik dan relevan. Sumber dan bahan rujukan yang biasa digunakan oleh beliau dalam pengajaran ialah buku teks, buku rujukan, video YouTube, bahan-bahan di perpustakaan sekolah, pandangan serta bahan rujukan tambahan daripada pakar subjek atau guru senior. Bukan itu sahaja, beliau juga berpendapat bahawa teknologi dapat diintegrasikan dalam perancangan pengajaran melalui penggunaan papan pintar dan aplikasi pembelajaran seperti “Kahoot” dan “Quizizz”. Beliau menganggap bahawa permainan pendidikan ini dapat
39 meningkatkan keterlibatan murid. Tambahan pula, beliau menyatakan bahawa strategi pengajaran yang sering digunakan oleh beliau ialah strategi berpusatkan murid untuk menggalakkan penyertaan aktif murid dalam pembelajaran. Aktiviti berkumpulan juga digunakan untuk menggalakkan kerja berpasukan dan interaksi sosial dalam kalangan murid. Namun begitu, beliau juga telah menghadapi beberapa cabaran utama dalam pelaksanaan pengajaran. Antaranya ialah kepelbagaian murid dalam aspek tahap kemampuan dan latar belakang telah menjadi salah satu cabaran yang besar. Selain itu, sumber yang terhad juga merupakan halangan di mana kekurangan bahan atau alat bantu mengajar yang bersifat maujud boleh menjejaskan proses pembelajaran. Bagi memastikan penglibatan semua murid, guru perlu merancang aktiviti yang dapat melibatkan semua murid secara aktif dengan menggunakan teknik soal jawab untuk menggalakkan semua murid mengambil bahagian. Pada masa yang sama, beliau juga sentiasa memantau penglibatan murid dan memberi sokongan kepada mereka yang kurang aktif. Di samping itu, penilaian terhadap pemahaman murid boleh dilakukan melalui penilaian formatif, sumatif dan alternatif. Melalui penilaian formatif, guru boleh menggunakan kuiz, soal jawab secara lisan dan lembaran kerja untuk menilai kemajuan murid secara berterusan manakala penilaian sumatif pula, guru boleh menjalankan ujian akhir atau peperiksaan untuk menilai pencapaian murid pada akhir unit pembelajaran. Melalui penilaian alternatif, guru boleh menggunakan projek, portfolio dan persembahan untuk menilai kemahiran dan pemahaman murid secara holistik. Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan bahawa pemberian maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka juga amat penting. Oleh itu, beliau sentiasa menulis komen yang konstruktif pada hasil kerja murid untuk memotivasikan murid untuk belajar. Tambahan pula, guru juga boleh membuat penilaian terhadap tahap penguasaan murid. Berdasarkan hasil penilaian ini, guru juga boleh mengubahsuai kaedah pengajaran untuk meningkatkan keberkesanan bahan bantu mengajar dan memperbaiki rancangan pelajaran. Melalui pendekatan ini, guru dapat melahirkan proses pembelajaran yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan semua murid.
40 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Pendekatan dan strategi pengajaran Nama : Puan Lim Xin Pei Jawatan : Guru akademik biasa (Pendidikan Jasmani) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pemilihan pendekatan pengajaran yang sesuai adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan pendekatan pengajaran terhadap keperluan murid. Salah satu pendekatan utama yang digunakan oleh beliau di dalam kelas adalah pendekatan induktif. Pendekatan ini melibatkan murid mengumpul maklumat dan mencari pola sebelum membuat kesimpulan atau generalisasi. Melalui aktiviti eksplorasi, murid mengkaji contoh-contoh konkrit dan menggunakan pemerhatian mereka untuk memahami konsep-konsep abstrak. Pendekatan ini amat berkesan dalam membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Pada pendapat beliau, faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pendekatan pengajaran termasuk keperluan dan kemampuan murid, objektif pembelajaran, sumber dan alat bantu mengajar yang tersedia, saiz kelas serta masa yang diperuntukkan. Beliau juga sentiasa membuat pemerhatian dan mengumpul maklum balas secara berterusan untuk memastikan pendekatan yang digunakan relevan dengan keperluan murid. Bukan itu sahaja, beliau juga sering menggunakan strategi pengajaran yang berpusatkan murid untuk membolehkan murid melibatkan diri secara proaktif dalam proses pembelajaran. Bagi menguruskan murid yang kurang berminat atau sukar memberi perhatian, beliau boleh meningkatkan penglibatan mereka melalui aktiviti yang menarik minat, menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan memberi galakan serta mengamalkan pengurusan kelas yang berkesan dengan peraturan yang jelas dan konsisten. Selain itu, beliau juga sentiasa mengadaptasi strategi pengajaran untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan aktiviti yang merangkumi visual, auditori, kinestetik, interaktif serta memberikan tugasan yang disesuaikan dengan kemampuan dan minat murid. Penilaian formatif boleh digunakan untuk memahami gaya pembelajaran murid dan seterusnya menyesuaikan strategi pengajaran. Untuk menggalakkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid, beliau sentiasa menggunakan soalan terbuka, memberikan tugasan dalam bentuk penyelesaian masalah serta mengadakan sesi perbincangan dan debat. Dalam konteks penilaian, beliau sering menggunakan penilaian formatif seperti kuiz, soal jawab lisan,
41 pemerhatian dan lembaran kerja manakala penilaian sumatif yang dilakukan adalah melalui ujian akhir. Pada pandangan beliau, maklum balas daripada murid juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki strategi pengajarannya. Hal ini dapat membolehkan beliau menyesuaikan dan memperbaiki strategi berdasarkan maklum balas yang diberikan daripada murid sama ada mereka mendapati pendekatan tersebut menarik atau tidak. Namun, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam melaksanakan strategi pengajaran yang berkesan seperti kekangan masa dan sumber yang terhad. Untuk mengatasi cabaran ini, perancangan yang berkesan dan kreativiti dalam penggunaan sumber yang ada adalah diperlukan. Melalui perbincangan ini, beliau menyatakan bahawa motivasi dan semangat guru juga amat penting dalam menghadapi cabaran pengajaran. Sokongan kolektif daripada rakan sekerja dan penetapan matlamat profesional serta peribadi yang jelas dapat membantu guru mengekalkan motivasi. Dalam memastikan perkembangan profesional yang berterusan, guru digalakkan untuk menghadiri kursus dan bengkel serta membaca jurnal pendidikan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang pengajaran. Secara keseluruhannya, keberkesanan pengajaran bergantung kepada pemilihan pendekatan yang tepat, adaptasi strategi mengikut keperluan murid, pengurusan kelas yang baik dan usaha berterusan dalam perkembangan profesional. Dengan pendekatan yang berkesan, guru dapat memastikan murid menerima pendidikan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan mereka.
42 5.3 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Pengurusan keselamatan sekolah Nama : Puan Kalaivani A/P Rajagopal Jawatan : Pengawal keselamatan Melalui temu bual, saya telah mendapati bahawa beliau telah bekerja di SJK(C) Uk Dih sebagai pengawal keselamatan selama 4 tahun. Bukan itu sahaja, beliau juga berpandangan bahawa pengurusan keselamatan dan kelancaran laluan di sekolah merupakan aspek yang penting dan perlu diberi perhatian bagi memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif dapat diwujudkan. Terdapat beberapa langkah telah diambil oleh beliau untuk menguruskan pelawat yang masuk dan keluar dari sekolah. Antaranya ialah setiap pelawat perlu mengisi maklumat diri mereka seperti nama, tujuan lawatan, masa masuk dan nombor telefon pada buku pelawat atau sistem digital yang disediakan di pintu masuk sekolah. Selepas itu, pelawat akan diberikan pas pelawat yang perlu dipakai sepanjang masa berada di kawasan sekolah. Pas ini memudahkan staf sekolah mengenal pasti pelawat dan memantau pergerakan mereka. Bagi mengawal keselamatan murid, beliau sentiasa meronda di persekitaran sekolah bagi menjaga keselamatan murid. Rondaan ini dilakukan sekurang-kurangnya setiap dua jam sekali untuk memastikan tiada individu yang mencurigakan berada di kawasan sekolah. Walaupun tiada pemasangan CCTV di sekolah ini, beliau menyatakan bahawa pihak sekolah adalah disarankan untuk mempertimbangkan pemasangan CCTV di kawasan strategik seperti pintu masuk, pintu belakang dan gelanggang bola keranjang. Hal ini disebabkan pemasangan CCTV ini akan meningkatkan pengawasan dan keselamatan sekolah secara keseluruhan. Untuk memastikan pintu depan sekolah tidak berlaku kesesakan jalan raya, beliau menyatakan pembukaan pintu sekolah boleh diatur dalam dua sesi berasingan. Sesi pertama adalah untuk murid Tahun 1, 2, dan 3 manakala sesi kedua adalah untuk murid Tahap 4, 5, dan 6. Pengaturan ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan dan mengurangkan kesesakan.
43 TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Pengurusan pejabat sekolah Nama : Puan Sivagamy A/P Krishnan Jawatan : Pembantu operasi (Kerani) Melalui temu bual yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa beliau talah bekerja di sekolah ini selama 5 tahun. Bukan itu sahaja, beliau menyatakan bahawa skop kerja sebagai staf pengurusan sekolah telah meliputi beberapa tanggungjawab. Antaranya ialah mengurus kehadiran guru di mana staf perlu menyemak dan merekod kehadiran guru pada setiap hari. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab untuk mengirim surat-surat penting ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pejabat pos serta mengurus surat sakit atau surat cuti yang diberikan oleh guru bagi memastikan maklumat tersebut direkodkan dengan tepat. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh beliau ialah tugasan yang diberikan perlu diserahkan dalam masa yang singkat. Ini menimbulkan tekanan masa yang tinggi dan memerlukan pengurusan masa yang efektif serta kecekapan kerja yang tinggi. Dari segi suasana persekitaran kerja, beliau berpandangan bahawa suasana persekitaran kerja di sekolah ini amat baik, selesa dan kondusif. Beliau berasa suasana persekitaran kerja yang begitu aman, gembira dan seronok dapat meningkatkan produktiviti dan kesejahteraannya. Selain itu, beliau menyatakan bahawa hubungan antara rakan sekerja adalah amat baik di mana terdapat hubungan kerja yang positif dan mesra berlaku di sekolah ini. Tambahan pula, beliau juga sentiasa bekerjasama dengan rakan kerjanya dengan baik semasa menjalankan tugasan. Hal ini dapat membolehkan kerjanya dilakukan dengan lebih efisien dan kurang tekanan.
44 5.4 PERBINCANGAN DENGAN MURID TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Maklum balas murid Nama : Tracy Ng Zi Xin Jawatan : Murid sekolah Selepas sesi persekolahan, saya telah menemu bual murid yang bernama Tracy Ng Zi Xin dari kelas 6B untuk mendapat maklum balasnya dari pelbagai jenis aspek. Apabila murid ditanya tentang adakah anda suka datang ke sekolah, jawapan yang diberikan adalah "ya". Ini menunjukkan bahawa murid tersebut mempunyai minat yang positif terhadap sekolah. Namun demikian, pihak sekolah perlu mempelbagaikan aktiviti kokurikulum yang menarik dan mengadakan program motivasi serta kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kepada murid-murid untuk memupuk minat murid suka datang ke sekolah. Bukan itu sahaja, murid tersebut juga menyatakan bahawa cara dia menunjukkan tingkah laku yang positif di sekolah ialah sentiasa bertegur sapa dengan cikgu serta mendengar arahan dan nasihat yang diberikan cikgu. Tingkah laku ini adalah asas kepada disiplin dan keharmonian di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah disarankan untuk memberi pujian dan ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku positif. Ini akan membantu murid dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Seterusnya, murid tersebut juga mengakui bahawa kadang-kadang dia akan bermain dan bercakap semasa guru sedang mengajar. Natijahnya, tingkah laku ini boleh mengganggu proses pembelajaran. Justeru, setiap guru perlulah menetapkan peraturan kelas yang jelas mengenai kesopanan semasa pembelajaran dijalankan. Tambahan pula, guru haruslah sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada murid yang bertingkah laku negatif supaya murid-murid dapat mengubah tingkah laku mereka. Apabila ditanya mengenai contoh tingkah laku yang negatif atau buruk, murid tersebut telah menyebut tentang bercakap kasar. Tingkah laku ini menjejaskan imej murid tersebut. Oleh itu, pihak sekolah perlulah sentiasa memberi nasihat dan membetulkan tingkah laku murid supaya mereka dapat dibimbing ke arah yang lebih positif.