45 5.5 PERBINCANGAN DENGAN KOMUNITI SEKOLAH TEMU BUAL Tajuk perbincangan : Kolaborasi komuniti Nama : Puan Pang Jung Ling Jawatan : Setiausaha PIBG Melalui temu bual, saya telah mengetahui bahawa beliau telah bekerja di SJK(C) Uk Dih selama 5 tahun. Sebagai setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah tersebut, beliau perlu merangkumi pengurusan mesyuarat PIBG dengan menyediakan jadual mesyuarat dan mengedarkan surat kepada ahli PIBG serta pihak pentadbir sekolah. Tambahan pula, beliau juga bertanggungjawab untuk berkolaborasi dengan pihak pengurusan sekolah dalam merancang dan melaksanakan program seperti Hari Keluarga dan aktiviti kokurikulum. Pada masa yang sama, beliau juga perlulah menguruskan kewangan PIBG, mengedarkan maklumat terkini melalui pelbagai saluran komunikasi serta menggalakkan hubungan yang rapat antara sekolah dan komuniti setempat. Dalam usaha untuk meningkatkan hubungan antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa, pihak sekolah telah menjemput ahli komuniti untuk melibatkan diri dalam beberapa aktiviti. Sebagai contohnya, pihak sekolah telah menjemput ibu bapa dan pemimpin komuniti untuk menyertai Hari Sukaneka, Program Gotong-royong Madani dan menyambut hari perayaan bersama-sama. Pada pendapat beliau, peratusan kehadiran murid di sekolah ini adalah sangat baik, iaitu sebanyak 97%. Berdasarkan perbincangan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa pihak sekolah telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sebagai usaha untuk menarik minat murid hadir ke sekolah. Pada masa yang sama, pihak sekolah juga telah menjemput ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan bersama-sama anaknya. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah "Healthy Comfort Signature Foods" di mana murid-murid diberi peluang untuk belajar memasak sandwic dan susyi. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan konsep pemakanan sihat tetapi juga memberikan pengalaman praktikal yang menyeronokkan. Selain itu, pihak sekolah juga mengadakan "Gamezania" iaitu permainan stesen yang dirancang untuk memupuk semangat kerjasama, persaingan sihat dan mengembangkan kemahiran sosial dalam kalangan murid. Aktiviti "Salubrious Surroundings," yang merupakan program gotong-royong juga telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah. Semua aktiviti ini bukan sahaja menjadikan suasana sekolah menjadi lebih menarik dan menyeronokkan tetapi juga mendorong murid untuk lebih bermotivasi dalam mengikuti pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang disediakan.
46 Pada pendapat beliau, kolaborasi yang berjaya antara sekolah dan komuniti juga boleh dicapai melalui projek khidmat masyarakat. Ini memberi peluang kepada murid dan komuniti setempat untuk bekerjasama dalam aktiviti seperti gotong-royong atau kempen kebersihan. Selain itu, sumbangan sumber dan fasiliti oleh ahli komuniti seperti alat sukan atau sokongan daripada syarikat tempatan untuk lawatan sambil belajar juga memainkan peranan penting dalam memperluaskan pengalaman pembelajaran murid di luar bilik darjah. Untuk mengukur keberkesanan kolaborasi dengan komuniti, beliau perlu mengumpul maklum balas daripada semua pihak yang terlibat termasuk murid, guru dan ahli komuniti. Analisis kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah langkah-langkah yang kritikal untuk mengenal pasti kekuatan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan. Tambahan pula, beliau juga berpendapat bahawa sokongan yang diterima daripada komuniti juga memainkan peranan penting dalam kejayaan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, sumbangan kewangan dan tenaga kerja daripada ahli komuniti juga dapat membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti dengan lebih lancar dan menyeluruh. Ini juga dapat membina semangat kebersamaan dan rasa tanggungjawab bersama dalam pembangunan pelajar. Bagi memastikan penyertaan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti yang dijalankan, guru boleh menyediakan maklumat yang jelas dan surat jemputan yang tepat. Bagi memastikan kolaborasi antara pihak sekolah dan komuniti adalah berterusan dan memberikan impak positif kepada murid, guru perlulah membangunkan hubungan yang baik dan berterusan dengan pemimpin dan ahli komuniti. Akhirnya, beliau juga menyatakan penganjuran dan pelaksanaan program yang berjadual dan konsisten juga penting untuk mengekalkan dan memperluas penglibatan komuniti dalam aktiviti kokurikulum. Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini secara sistematik dan berkesan, beliau berharap aktiviti kokurikulum dapat menjadi platform yang lebih dinamik dan bermanfaat bagi pembangunan holistik murid serta meningkatkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat.
47 AKTIVITI YANG PERNAH DIJALANKAN DI SJK(C) UK DIH BERSAMA GURU, MURID, IBU BAPA DAN PEMIMPIN KOMUNITI \ HARI SUKAN AKTIVITI MEMBERI BURGER AKTIVITI MEMASAK SANDWIC AKTIVITI MEMASAK SUSYI AKTIVITI SENAMROBIK
48 AKTIVITI MENANAM POKOK DAN SAYUR-SAYURAN AKTIVITI MEMBERI ANGPAU PADA TAHUN BARU CINA
49 6.0 ILMU / PENGETAHUAN BAHARU Sepanjang menjalani PBS selama dua minggu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Uk Dih, saya telah mendapat pelbagai jenis ilmu dan pengetahuan baharu yang dapat membantu saya dalam menghayati profesion guru. Hal ini kerana saya dapat mempelajari pelbagai ilmu secara praktikal sekali gus memberi pengalaman kepada saya supaya saya lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan baik pada masa akan datang. 6.1 PEMERHATIAN ASPEK-ASPEK KETERANGAN Kebersihan kawasan sekolah i Kebersihan pada tahap tertinggi kerana tiada sampah di merata tempat. ii Terdapat beberapa pekerja pembersihan sekolah sentiasa menyapu dan menjaga kebersihan alam sekelilingi sekolah. Tingkah laku i Murid-murid di sekolah tersebut sentiasa memberi salam dan bertutur dengan bertatasusila. ii Semua guru di sekolah tersebut bersifat penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang keadaan murid dan guru. iii Murid-murid dan guru-guru sering saling membantu dalam sebarang aktiviti yang dijalankan. Keceriaan sekolah i Suasana sekolah amat baik dan sentiasa ceria. ii Sekolah tersebut sedang mendapat perkembangan dalam proses pembuatan binaan yang langsung. iii Terdapat beberapa mural yang cantik telah dilukis pada dinding. iv Terdapat pelbagai jenis pokok bunga dan tumbuhtumbuhan telah ditanam oleh pekerja kebun sekolah bagi menghiaskan sekolah. Pergaulan sosial guru-guru i Hubungan antara semua golongan amat baik dan rapat. ii Setiap guru sentiasa berfikiran positif. Pelaksanaan tugasan dan tanggungjawab i Setiap guru dan murid-murid sering menyiapkan tugasan masing-masing pada masa yang ditetapkan.
50 Dewan (Luar) Dewan (Dalam) Padang sekolah Gelanggang Tempat meletak kereta
51 Pintu belakang Mural Bilik guru Bilik rehat guru Bilik maklumat guru
52 Bilik mesyuarat Makmal komputer Kantin Bilik menari Tempat murid menanam tumbuh-tumbuhan Pondok pengawal keselamatan
53 Bilik stor sukan Bilik darjah Bilik muzik Bilik seni Tandas
54 Makmal sains Bilik RBT Bilik agama Perpustakaan
55 6.2 SENARAI SEMAK Selain itu, kaedah lain yang saya gunakan ialah senarai semak semasa mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan tugasan secara lebih sistematik. Melalui proses PBS ini, saya telah mempelajari cara membuat senarai semak yang betul. Senarai semak tersebut merangkumi pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum. Oleh itu, setiap bahagian dalam senarai semak ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang memerlukan saya mendapatkan maklumat berkenaan kemudahan sekolah, kurikulum, kokurikulum, pelan fizikal sekolah dan sebagainya. Tambahan pula, saya mendapati bahawa senarai semak ini dapat membantu saya menjelaskan kekeliruan mengenai format penulisan PBS di sekolah dalam proses mencari dan mengumpul maklumat. Dengan penghasilan senarai semak ini, saya mendapati bahawa semua kemudahan yang diperlukan oleh murid adalah lengkap dan mencukupi. SENARAI SEMAK BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN 1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah 1.1 Pelan Fizikal Sekolah / 1.2 Carta organisasi Sekolah / 1.3 Takwim Sekolah / 2. Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan Sekolah: / • Dewan / • Surau / • Kantin / • Makmal komputer / • Perpustakaan / • Padang / • Tandas / • Pondok keselamatan / • Bilik Mesyuarat / • Bilik-bilik khas / • Bilik-bilik kesihatan / • Bilik BBM / • Pejabat Guru / • Bilik Muzik /
56 • Blok Akademik / • Koperasi / • Bilik Kaunseling / • Bilik Tayangan / • Bilik SPBT / • Bilik RBT / • Makmal Sains / • Pondok / 2.2 Rukun Negara / 2.3 Visi dan Misi / 2.4 Bilik Darjah / • Ruangan Belajar / • Papan Kenyataan / • Kerusi dan Meja (Guru dan Murid) / • Papan putih / • Kipas dan Lampu / 3. Kokurikulum / • Peralatan Sukan / • Kelengkapan Prasarana Sukan /
57 6.3 TEMU BUAL Melalui kaedah temu bual yang dijalankan, saya telah memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan dan pengetahuan baharu yang sangat berguna dalam memahami kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP), kebanyakan guru telah menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan utama dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk memastikan sesi PdP dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Penggunaan DSKP dapat membolehkan guru memastikan bahawa kandungan pengajaran yang dirancang adalah selaras dengan standard yang ditetapkan manakala penggunaan RPH dapat membantu guru dalam merancang aktiviti pengajaran harian yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Dari aspek kokurikulum, dasar 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan dengan baik di SJK(C) Uk Dih. Dasar ini bertujuan untuk memastikan setiap murid melibatkan diri dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan sekali gus memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Aktiviti sukan bukan dianggap penting untuk kesihatan fizikal sahaja tetapi juga membantu murid dalam membentuk disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan. Dari aspek kurikulum pula, saya telah mendapati bahawa terdapat beberapa program telah dijalankan bagi memenuhi dasar pendidikan negara. Antaranya ialah Program Jom Membaca, Program Bacaan Pagi, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) dan sebagainya. Program Jom Membaca dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang menarik dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Pada masa yang sama, Program Bacaan Pagi dijalankan adalah untuk menggalakkan setiap murid untuk memulakan hari mereka dengan aktiviti membaca yang dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran literasi mereka. Seterusnya, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) telah dirancang dilaksanakan adalah untuk memperkukuh asas literasi dan numerasi yang dianggap sebagai kemahiran asas yang sangat penting untuk kejayaan akademik mereka pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, saya telah mendapati bahawa kebanyakan guru berpendapat bahawa bahan bantu mengajar yang paling berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah video, lagu dan buku teks. Penggunaan bahan-bahan ini dapat membantu guru untuk meningkatkan minat murid serta memudahkan pemahaman mereka terhadap pelajaran yang diajar. Melalui penggunaan video, guru dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami manakala penggunaan lagu dapat membolehkan murid-murid menghafal konsep yang penting melalui irama yang menarik.
58 Pada pendapat kebanyakan guru, buku teks masih menjadi rujukan utama yang menyediakan kandungan yang sistematik dan terperinci kepada murid-murid. Selain itu, strategi yang paling sering digunakan oleh guru ialah strategi berpusatkan murid. Pendekatan ini lebih menekankan keperluan, minat dan kebolehan murid di mana guru bertindak sebagai fasilitator yang membimbing murid dalam proses pembelajaran. Melalui strategi ini, murid digalakkan dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara proaktif sekali gus meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka terhadap subjek yang dipelajari. Penggunaan strategi ini juga dapat membantu murid membangunkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta meningkatkan keyakinan diri mereka. Untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa, pihak sekolah di SJK(C) Uk Dih telah mengambil inisiatif dengan menjemput ibu bapa untuk menghadiri hari sukan dan melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti lain. Langkah ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa tetapi juga dapat meningkatkan sokongan dan kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah dapat memberi peluang kepada mereka untuk lebih memahami perkembangan dan pencapaian anak-anak mereka serta memberikan dorongan moral yang sangat diperlukan oleh murid. Melalui penggunaan kaedah temu bual, saya telah mendapat pelbagai jenis pandangan dan maklumat yang mendalam mengenai kaedah pengajaran, strategi pembelajaran, penglibatan ibu bapa dan pelaksanaan program-program pendidikan yang bermanfaat dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Maklumatmaklumat ini bukan sahaja membantu saya memahami pendekatan yang digunakan oleh guru-guru tetapi juga memberi panduan yang berguna dalam memperbaiki dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.
59 6.4 SOAL SELIDIK Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapat pandangan murid mengenai keadaan kemudahan, keberkesanan strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru dan sebagainya. Oleh itu, saya telah menjalankan soal selidik ini kepada murid-murid selepas sesi persekolahan. Oleh hal yang demikian, saya telah meminjam telefon bimbit saya kepada murid-murid sambil menjelaskan soalan kepada mereka. Pada masa yang sama, saya juga berterima kasih kepada murid-murid yang sudi mengisi borang soal selidik ini. Melalui dapatan data ini, saya telah membuat analisis terhadap pandangan murid. Rajah 1 Taburan murid berdasarkan jantina Melalui analisis data yang diperoleh daripada “Google Form”, saya telah mendapati bahawa terdapat 9 orang murid yang berjantina perempuan telah menjawab soal selidik ini. Pada masa yang sama, peratusan murid yang berjantina perempuan ialah 60%. Selain itu, terdapat juga 6 orang murid lelaki yang membawa peratusan 40% telah sudi menjawab soal selidik yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden soal selidik ini adalah murid perempuan. Keadaan ini mungkin memberi gambaran bahawa murid perempuan lebih berminat atau lebih prihatin terhadap soal selidik yang dijalankan berbanding dengan murid lelaki. Walau bagaimanapun, murid lelaki yang menjawab soal selidik ini juga telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada kajian ini. Analisis data ini memberikan gambaran awal mengenai demografi responden dan boleh digunakan untuk menilai keperluan dan pandangan murid-murid berdasarkan jantina mereka.
60 Rajah 2 Taburan murid berdasarkan kelas Berdasarkan analisis data yang diperoleh, saya dapat menyimpulkan bahawa penyertaan murid dalam soal selidik ini datang daripada pelbagai jenis kelas. Sebahagian besar responden terdiri daripada murid kelas 1A dengan jumlah sebanyak 9 orang dan mewakili 60% daripada keseluruhan responden. Ini menunjukkan bahawa murid-murid dari kelas 1A mempunyai tahap keterlibatan yang sangat tinggi dalam soal selidik ini. Seterusnya, terdapat 1 orang murid dari kelas 2A yang mewakili 6.7% daripada jumlah responden telah menjawab soal selidik yang diberikan. Begitu juga, terdapat juga 1 orang murid dari kelas 4A dan 1 orang murid dari kelas 5A turut mengambil bahagian dan masing-masing telah menyumbang 6.7% daripada keseluruhan responden. Selain itu, terdapat juga 1 orang murid dari kelas 5B yang mewakili 6.7% juga telah menjawab soal selidik ini. Akhirnya, terdapat 2 orang murid dari kelas 6B telah menyumbang sebanyak 13.3% kepada jumlah responden. Analisis ini telah menunjukkan bahawa terdapat variasi penyertaan dari pelbagai kelas, namun murid dari kelas 1A merupakan kumpulan yang paling dominan dalam menjawab soal selidik ini. Kehadiran murid dari pelbagai kelas ini memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan membolehkan dianalisis dengan lebih mendalam mengenai pandangan dan keperluan murid dari kelas yang berbeza. Ini penting untuk memastikan bahawa hasil soal selidik ini dapat digunakan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan dalam konteks pendidikan.
61 Rajah 3 Taburan murid berdasarkan soalan “Saya suka datang ke sekolah setiap hari” Berdasarkan data yang diperoleh daripada soalan "Saya suka datang ke sekolah setiap hari", majoriti besar responden memberikan pandangan yang sangat positif terhadap kenyataan tersebut. Seramai 12 orang murid yang mewakili 80% daripada jumlah keseluruhan responden telah menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan murid mempunyai perasaan yang amat positif dan gembira untuk hadir ke sekolah setiap hari. Faktor-faktor seperti suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan baik dengan rakan-rakan dan guru serta aktiviti-aktiviti sekolah yang menarik mungkin menyumbang kepada tahap kepuasan yang tinggi ini. Selain itu, terdapat 3 orang murid yang mewakili 20% daripada jumlah responden berpandangan bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun peratusan ini lebih kecil berbanding mereka yang sangat setuju tetapi ia tetap menunjukkan kecenderungan positif terhadap kehadiran ke sekolah. Ini mencerminkan suasana sekolah yang secara amnya disukai oleh para murid. Analisis ini menggambarkan bahawa pihak sekolah telah berjaya mencipta persekitaran yang menyenangkan dan memotivasi murid-murid untuk menghadiri pada setiap hari. Ia juga boleh menjadi petunjuk bahawa program-program yang dijalankan di sekolah adalah efektif bagi menarik minat murid dan memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pihak sekolah boleh terus mengekalkan dan memperbaiki lagi usaha-usaha yang telah dijalankan untuk memastikan perasaan positif ini kekal dan lebih ramai murid akan mempunyai motivasi untuk hadir ke sekolah setiap hari.
62 Rajah 4 Taburan murid berdasarkan soalan “Saya sentiasa menghadiri kokurikulum di sekolah” Berdasarkan data yang diperoleh daripada soalan "Saya sentiasa menghadiri kokurikulum di sekolah", saya mendapati bahawa sebahagian besar responden memberikan respons yang sangat positif terhadap kenyataan tersebut. Seramai 13 orang murid yang mewakili 86.7% daripada jumlah keseluruhan responden telah menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan bahawa majoriti murid mempunyai komitmen yang tinggi terhadap aktiviti kokurikulum di sekolah. Mereka mungkin melihat aktiviti kokurikulum sebagai peluang untuk mengembangkan bakat, meningkatkan kemahiran sosial dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri mereka. Di samping itu, terdapat 2 orang murid yang mewakili 13.3% daripada jumlah responden berpandangan bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Analisis ini menggambarkan bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah diterima dengan baik oleh murid-murid. Program-program kokurikulum yang ditawarkan mungkin menarik minat murid dan berjaya memberikan nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran mereka. Ini juga mencerminkan usaha pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang relevan dan bermanfaat kepada murid sehingga dapat meningkatkan penyertaan dan komitmen mereka.
63 Rajah 5 Taburan murid berdasarkan soalan “Saya dapat memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas” Berdasarkan data yang diperoleh daripada soalan "Saya dapat memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas", analisis ini menunjukkan bahawa majoriti besar murid memberikan respons yang sangat positif. Seramai 13 orang murid yang mewakili 86.7% daripada jumlah keseluruhan responden telah menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan ini. Ini menggambarkan bahawa sebahagian besar murid merasakan pengajaran yang disampaikan oleh guru adalah jelas, mudah difahami dan berkesan. Guruguru mungkin menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap kefahaman murid selain menyediakan bahan pengajaran yang menyokong proses pembelajaran dengan baik. Selain itu, terdapat 2 orang murid telah yang mewakili 13.3% daripada jumlah responden berpandangan bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Analisis ini menunjukkan bahawa pengajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas berjaya memenuhi keperluan dan tahap kefahaman murid. Keberkesanan pengajaran ini mungkin disebabkan oleh penggunaan kaedah pengajaran yang menarik, penggunaan teknologi pendidikan serta penekanan terhadap pemahaman konsep secara mendalam. Pada pendapat saya, guru-guru mungkin sentiasa mengadakan sesi soal jawab dan perbincangan untuk memastikan setiap murid memahami apa yang diajar.
64 Rajah 6 Taburan murid berdasarkan soalan “Saya sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan” Berdasarkan data yang diperoleh daripada soalan "Saya sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan", analisis ini menunjukkan bahawa majoriti besar responden memberikan respons yang sangat positif terhadap kenyataan tersebut. Seramai 12 orang murid yang mewakili 80% daripada jumlah keseluruhan responden telah menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan ini. Ini mencerminkan bahawa sebahagian besar murid mempunyai kecenderungan yang besar untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Keterlibatan ini mungkin didorong oleh keinginan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan meningkatkan kemahiran sosial sehingga menyumbang kepada kejayaan kumpulan. Selain itu, terdapat 3 orang murid yang mewakili 20% daripada jumlah responden berpandangan bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa semua responden mempunyai pandangan yang positif mengenai betapa pentingnya melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Analisis ini menggambarkan bahawa aktiviti berkumpulan di sekolah diterima dengan baik dan dianggap penting oleh murid-murid. Program-program yang melibatkan kerja berkumpulan mungkin memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam kalangan murid. Ini juga mencerminkan usaha pihak sekolah telah menyediakan pelbagai aktiviti yang memupuk semangat kerjasama dan kolaborasi dalam kalangan murid.
65 Rajah 7 Taburan murid berdasarkan soalan “Saya suka membantu rakan-rakan yang menghadapi kesukaran” Berdasarkan data yang diberikan untuk soalan "Saya suka membantu rakan-rakan yang menghadapi kesukaran", saya mendapati bahawa sebahagian besar responden menunjukkan sikap positif untuk membantu rakan sebaya. Daripada keseluruhan responden, sebanyak 73.3% iaitu seramai 11 orang murid telah menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Ini menggambarkan bahawa majoriti besar murid mempunyai kecenderungan untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah atau kesukaran. Di samping itu, terdapat 26.7% daripada responden iaitu seramai 4 orang murid berpendapat bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Analisis ini menunjukkan bahawa sikap empati dan semangat tolong-menolong dalam kalangan murid dianggap penting. Keupayaan untuk membantu dan menyokong rakan sebaya dalam mengatasi masalah mungkin dipengaruhi oleh nilai-nilai sosial yang diterima dan dipupuk di sekolah. Pihak sekolah boleh mempromosikan nilai-nilai seperti empati, saling membantu dan kesedaran sosial untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan penyokong bagi semua murid dapat diwujudkan.
66 Rajah 8 Taburan murid berdasarkan soalan “Saya sentiasa mematuhi peraturan di sekolah” Berdasarkan data yang diberikan untuk soalan "Saya sentiasa mematuhi peraturan di sekolah", kita dapat dilihat bahawa majoriti besar responden menunjukkan sikap yang sangat positif terhadap pematuhan terhadap peraturan sekolah. Daripada keseluruhan responden, sebanyak 86.7% iaitu 13 orang murid menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Seterusnya, terdapat 13.3% daripada responden iaitu 2 orang murid berpendapat bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun peratusan ini lebih kecil tetapi ia tetap menunjukkan sokongan positif terhadap kepatuhan kepada peraturan-peraturan sekolah. Analisis ini menggambarkan bahawa murid-murid secara amnya sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sikap yang positif terhadap mematuhi peraturan ini boleh mencerminkan keberkesanan dasar dan amalan pengurusan disiplin yang diterapkan oleh pihak sekolah. Pematuhan terhadap peraturan sekolah juga penting untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang selamat, teratur dan efektif bagi semua murid.
67 Rajah 9 Taburan murid berdasarkan soalan “Kemudahan asas di sekolah adalah lengkap” Berdasarkan data yang diperoleh daripada soalan "Kemudahan asas di sekolah adalah lengkap", analisis ini menunjukkan bahawa majoriti besar responden memberikan respons yang sangat positif terhadap kenyataan tersebut. Sebanyak 86.7% iaitu 13 orang murid menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan bahawa majoriti besar murid menganggap bahawa kemudahan asas di sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, tandas, kantin dan sebagainya adalah mencukupi dan memenuhi keperluan mereka. Selain itu, terdapat 13.3% iaitu 2 orang murid yang berpendapat bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Walaupun peratusan ini lebih kecil berbanding mereka yang sangat setuju tetapi ia masih menunjukkan sikap positif terhadap kemudahan asas yang disediakan oleh pihak sekolah. Analisis ini mencerminkan bahawa murid-murid secara umumnya berpuas hati dengan kemudahan asas yang disediakan oleh pihak sekolah. Kemudahan yang lengkap dan terjaga adalah penting untuk memastikan proses pembelajaran dijalankan dengan lancar dan efektif. Kemudahan asas yang mencukupi bukan sahaja memberikan keselesaan kepada murid tetapi juga menyokong pelbagai jenis aktiviti pembelajaran dan kokurikulum.
68 Rajah 10 Taburan murid berdasarkan soalan “Guru-guru di sekolah amat mesra dan penyayang” Berdasarkan data yang diperoleh daripada soalan "Guru-guru di sekolah amat mesra dan penyayang", analisis ini menunjukkan bahawa hampir semua responden memberikan respons yang sangat positif terhadap kenyataan tersebut. Sebanyak 93.3% iaitu 14 orang murid menyatakan bahawa mereka sangat setuju dengan kenyataan ini. Ini mencerminkan bahawa majoriti besar murid menganggap bahawa guru-guru di sekolah ini telah menunjukkan sikap yang mesra dan penyayang dalam interaksi harian mereka. Sikap mesra dan penyayang guru-guru ini mungkin memberikan kesan yang positif terhadap motivasi dan kesejahteraan murid. Selain itu, terdapat 6.7% iaitu 1 orang murid yang berpendapat bahawa mereka setuju dengan kenyataan tersebut. Analisis ini menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah ini berjaya mewujudkan hubungan yang baik dan positif dengan murid-murid. Sikap mesra dan penyayang daripada guru bukan sahaja dapat memudahkan proses pembelajaran tetapi juga dapat membantu guru dalam membina kepercayaan dan rasa hormat antara guru dan murid. Ini adalah elemen penting dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang inklusif dan menyokong perkembangan emosi serta sosial murid-murid.
69 7.0 REFLEKSI LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Tumpuan murid dalam kelas tahun 1A • Kawalan kelas tahun 1A 2. Analisis isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Murid-murid Tahun 1 mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan sentiasa bertanya kepada guru semasa guru sedang mengajar. • Guru mendapat respons yang baik daripada murid-murid semasa sesi soal jawab. • Kebanyakan murid telah menyiapkan kerja sekolah yang diberikan • Guru sentiasa memuji murid-murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat sebagai motivasi. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid asyik bermain dan tidak memberi perhatian apabila guru sedang mengajar 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru perlu menggunakan pelbagai jenis teknik untuk mendapatkan perhatian murid seperti menayangkan video.
70 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 6 2. Analisis isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Murid-murid dapat mengetahui, memahami dan membina ayat yang ringkas dan gramatis. • Murid-murid dapat mengetahui dan menguasai sintaksis Bahasa Melayu dengan baik. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid yang berbangsa Cina tidak dapat memahami dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru perlu menggunakan pelbagai jenis teknik untuk membolehkan murid lebih mengetahui, memahami dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik.
71 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Tahap penguasaan kata nama dalam kalangan murid Tahun 2A 2. Analisis isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Murid-murid dapat mengetahui dan memahami kata nama dengan baik. • Murid-murid dapat memberi contoh kata nama yang lain. 2.2 Kelemahan: • Sesetengah murid tidak berfokus dan berbual-bual dengan kawannya semasa guru sedang mengajar. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang suka bermain dan bercakap semasa guru sedang mengajar. • Guru boleh menempatkan murid yang memerlukan perhatian di tempat yang berdekatan dengan meja guru.
72 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Keupayaan menulis dalam kalangan murid kelas Tahun 5 2. Analisis isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Murid-murid dapat membina ayat yang mudah dengan betul. 2.2 Kelemahan: • Sebahagian murid tidak dapat membina ayat dengan mengikut susunan yang betul. • Kebanyakan murid kurang menguasai cara menulis karangan pendek. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru boleh memberi contoh karangan kepada murid-murid. • Guru boleh mempelbagaikan aktiviti untuk mengajar murid membina ayat atau menulis karangan di samping meniru karangan sahaja.
73 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Keadaan kemudahan-kemudahan di SJK(C) Uk Dih 2. Analisis isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: • Semua kemudahan telah dijaga dengan baik dan sempurna. • Infrastruktur di sekolah tersebut telah dibekalkan dengan bilangan yang mencukupi 2.2 Kelemahan: • Tiada 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru perlu menyuruh murid-murid terus menjaga kemudahan-kemudahan yang dibekalkan dengan baik.
74 LAMPIRAN 1-5 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: • Tingkah laku murid di SJK(C) Uk Dih 2. Analisis isu / Perkara yang difokuskan 2.2 Kekuatan: • Kebanyakan murid telah menunjukkan tingkah laku yang baik dan positif. • Murid-murid sentiasa bertegur sapa dengan guru. • Murid-murid sentiasa menghormati guru dan sentiasa menolong guru seperti menghantar buku di bilik guru. 2.2 Kelemahan: • Sebilangan kecil murid tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru 3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru perlu menasihati murid-murid untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan pada masa yang ditetapkan. • Guru boleh berbincang dengan ibu bapa mereka supaya ibu bapa boleh memantau kerja anaknya di rumah.
75 7.1 AKTIVITI (MURID DAN ALAM BELAJAR) A. LUKISKAN PELAN SUSUN ATUR BILIK DARJAH DAN HURAIKAN KESESUAIANNYA MENGIKUT KAEDAH PDP SEMASA Papan putih Papan pintar Papan putih Meja guru Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid Meja murid
76 Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Uk Dih, susun atur meja dan kerusi di dalam bilik darjah telah memenuhi keperluan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21). Bagi mencapai standard PAK 21, susun atur ini dirancang untuk menyokong pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif dan kolaboratif yang memerlukan fleksibiliti dan kebebasan bergerak. Meja dan kerusi diatur secara fleksibel dan membolehkan pengaturan semula dengan mudah mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ruang yang luas antara meja dan kerusi memberi peluang kepada murid untuk bergerak dengan selesa serta memudahkan interaksi antara mereka. Susun atur ini juga mendorong penggunaan teknologi pendidikan dengan penyediaan tempat yang sesuai untuk peralatan elektronik seperti komputer riba dan papan pintar. Dengan demikian, suasana pembelajaran menjadi lebih dinamik dan selaras dengan prinsip PAK 21 yang menekankan kemahiran komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritis. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dengan menyeronok dan berada dalam suasana yang kondusif. Aktiviti kumpulan seperti perbincangan, “gallery walk” dan sebagainya juga dapat dijalankan dengan berkesan serta memperkaya pengalaman pembelajaran murid.
77 B. CATATKAN BAHAN DAN SUMBER PDP YANG MUDAH DIGUNAKAN OLEH MURID? Bahan dan sumber Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan proses pembelajaran di dalam kelas. Antara bahan yang paling asas dan mudah diakses ialah buku teks dan buku kerja yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks ini disusun mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dan mengandungi maklumat yang lengkap serta membolehkan murid mengikuti pelajaran dengan lebih sistematik. Buku kerja pula dapat menyediakan latihan dan aktiviti yang membantu murid mengukuhkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Selain itu, bahan bantu mengajar digital seperti video pendidikan, lagu dan aplikasi pembelajaran dalam talian semakin terkenal dalam kalangan guru dan murid. Video pendidikan memberikan gambaran visual yang jelas dan menarik untuk memudahkan murid memahami konsep yang sukar. Penggunaan lagu pula dapat membolehkan murid mudah mengingati kandungan yang diajar oleh guru serta meningkatkan minat dan perhatian mereka untuk belajar. Aplikasi pembelajaran dalam talian telah menyediakan pelbagai latihan interaktif dan kuiz yang boleh diakses pada bila-bila masa. Penggunaan peralatan teknologi pendidikan seperti komputer riba dan papan pintar juga semakin meluas dalam proses PdP. Peralatan ini membolehkan murid mengakses maklumat dengan lebih pantas dan berkesan. Contohnya, komputer riba dan papan pintar boleh digunakan untuk mencari maklumat tambahan secara dalam talian melalui Internet. Pada masa yang sama, guru juga boleh menggunakan papan pintar untuk menayangkan video dan lagu yang berkaitan tentang kandungan pelajaran kepada murid-murid. Bukan itu sahaja, penggunaan papan pintar juga membolehkan guru menyampaikan pelajaran dengan cara yang lebih dinamik dan menarik serta membolehkan murid berinteraksi dengan kandungan pelajaran secara langsung. Semua bahan dan sumber ini direka bentuk untuk meningkatkan keberkesanan proses PdP serta menggalakkan pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan dapat diwujudkan dalam kalangan murid. Dengan bahan dan sumber yang mudah digunakan ini, murid dapat belajar dengan lebih berdikari, kreatif dan kritis. Apabila suasana pembelajaran yang kondusif telah diwujudkan, murid bukan sahaja dapat memperoleh pengetahuan baharu tetapi juga mengembangkan pelbagai kemahiran penting seperti kemahiran komunikasi, kerjasama dan penyelesaian masalah.
78 C. ADAKAH MURID DIBERI PELUANG MENGGUNAKAN SUMBER PEMBELAJARAN YANG BERASASKAN TMK? Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Uk Dih, murid-murid diberi peluang yang luas untuk menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan-kemudahan moden seperti papan pintar dan makmal komputer yang canggih. Papan pintar yang dipasang di dalam bilikbilik darjah membolehkan guru-guru menyampaikan pengajaran dengan lebih menarik serta memudahkan proses pembelajaran melalui penggunaan multimedia. Melalui penggunaan papan pintar, guru-guru dapat memaparkan pelbagai jenis bahan pembelajaran seperti video, animasi, lagu dan gambar rajah yang dapat membantu murid memahami konsep-konsep yang diajar dengan lebih mendalam. Selain itu, makmal komputer yang dilengkapi dengan komputer-komputer yang terkini juga membolehkan murid-murid mengakses pelbagai sumber pembelajaran digital seperti e-buku. Bukan itu sahaja, murid-murid juga diajar tentang kemahiran asas komputer dan cara menggunakan perisian yang relevan dengan pembelajaran mereka. Penggunaan makmal komputer ini bukan sahaja dapat meningkatkan literasi digital dalam kalangan murid tetapi juga memupuk murid berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan kewujudan kemudahan TMK yang lengkap, proses pengajaran dan pembelajaran di SJK(C) Uk Dih telah menjadi lebih berkesan dan selari dengan perkembangan teknologi semasa. Murid-murid didorong untuk meneroka ilmu pengetahuan secara lebih mendalam melalui aktiviti pembelajaran yang melibatkan TMK sekali gus membentuk mereka menjadi individu yang celik dalam teknologi dan mampu bersaing dalam dunia yang semakin berteknologi tinggi. Oleh itu, peluang menggunakan sumber pembelajaran berasaskan TMK di SJK(C) Uk Dih memainkan peranan penting dalam memperkasakan pendidikan murid-murid serta menyokong visi dan misi sekolah untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi.
79 D. SEJAUH MANAKAH MURID DIGALAKKAN MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF DALAM SETIAP AKTIVITI PEMBELAJARAN? Melalui pemerhatian selama 2 minggu PBS di SJK(C) Uk Dih, saya mendapati bahawa murid-murid telah digalakkan secara aktif untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti pembelajaran. Pihak sekolah termasuk guru-guru dan pihak pentadbir telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan murid-murid tidak hanya menjadi pemerhati pasif tetapi turut mengambil bahagian secara menyeluruh dalam proses pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui pelbagai strategi pengajaran yang interaktif seperti penggunaan kaedah koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah. Guru-guru telah merancang dan melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berkolaborasi dengan rakan sekelas, membuat perbincangan dan menyelesaikan tugasan dalam kumpulan kecil. Selain itu, guru-guru juga telah mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti aplikasi pembelajaran dalam talian yang menarik iaitu “Worwall” dan “Quizizz”. Ini bukan sahaja dapat membantu guru membolehkan pembelajaran menjadi lebih menarik tetapi juga memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti kuiz dan tugasan digital. Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa murid-murid lebih bermotivasi untuk belajar dan lebih bersemangat apabila mereka dapat berinteraksi dengan rakan sekelas dan guru melalui pelbagai jenis medium. Tambahan pula, guru-guru di SJK(C) Uk Dih juga mengamalkan strategi pembelajaran yang berpusatkan murid di mana murid diberi ruang untuk menyuarakan pendapat dan bertanya soalan. Ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih inklusif dan menghormati pandangan setiap murid. Guru bertindak sebagai fasilitator yang membimbing murid dalam mencari penyelesaian kepada masalah dan menggalakkan murid untuk berkongsi idea mereka. Penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran ini dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap subjek yang dipelajari serta membina keyakinan diri dalam menyuarakan pandangan dan idea masing-masing. Secara keseluruhannya, saya telah mendapati bahawa sekolah ini telah berjaya menggalakkan penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti pembelajaran. Pendekatan yang digunakan oleh guru-guru bukan sahaja dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar tetapi juga membina kemahiran penting seperti kerjasama, komunikasi dan pemikiran kritis yang akan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka panjang. Usaha yang berterusan dalam mengaplikasikan strategi pengajaran yang berpusatkan murid perlu diteruskan bagi memastikan murid mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan bermakna.
80 7.2 PERBINCANGAN / INTERAKSI Melalui pelaksanaan PBS di SJK(C) Uk Dih, saya telah mendapati bahawa setiap guru di sekolah ini telah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Mereka dipandang sebagai pahlawan tanpa tanda jasa yang menjalankan tugasannya untuk membentuk generasi muda yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guruguru ini tidak hanya berperanan sebagai pendidik tetapi juga sebagai mentor yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dan pencapaian akademik murid-murid mereka. Selain itu, sikap mesra, penyayang dan bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh guru-guru ini sangat memberi kesan positif kepada murid-murid. Guru-guru dapat membina hubungan yang rapat dan memberi sokongan yang diperlukan kepada setiap murid untuk membolehkan mereka mencapai potensi yang terbaik. Guru-guru juga sentiasa melatih diri dalam penggunaan teknologi yang semakin penting dalam era globalisasi ini. Mereka berusaha untuk memanfaatkan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan inovatif supaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan relevan kepada muridmurid. Secara keseluruhannya, guru-guru di SJK(C) Uk Dih tidak hanya memainkan peranan penting dalam pendidikan formal tetapi juga berperanan dalam pembentukan nilai-nilai dan kepimpinan yang positif dalam kalangan murid. Dedikasi mereka dalam memenuhi tanggungjawab mereka sebagai pendidik adalah teladan yang patut dicontohi oleh bakal guru supaya dapat menjadi seorang pendidik yang penuh tanggungjawab, mesra dan berdedikasi pada masa akan datang.
81 8.0 LAPORAN AKHIR Sepanjang 2 minggu di SJK(C) Uk Dih, saya berasa sangat terharu, bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK(C) Uk Dih. Pengalaman ini bukan sahaja memberi saya gambaran yang jelas tentang dunia pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah tetapi juga memperkaya pengalaman dan pengetahuan saya sebagai calon guru. Perasaan saya terhadap guru di SJK(C) Uk Dih adalah sangat positif. Mereka tidak hanya berdedikasi dalam mengajar tetapi juga memberi perhatian yang besar kepada setiap murid. Saya juga amat menghargai sikap mereka yang sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada murid-murid. Keberkesanan mereka dalam mengendalikan kelas serta menyampaikan maklumat dengan cara yang menarik dan mudah difahami telah memberi inspirasi kepada saya sebagai seorang calon guru. Pada pendapat saya, pelaksanaan PBS di SJK(C) Uk Dih ialah satu pengalaman yang sangat bermakna dan memberangsangkan. Saya berasa amat bertuah kerana dapat melibatkan diri secara langsung dalam memerhati proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Pengalaman ini telah membuka mata saya kepada realiti dunia pendidikan dan memberi saya peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan yang saya peroleh dari pengajian ke dalam amalan sebenar. Walaupun cabaran dan tanggungjawab yang dihadapi tidak sedikit, saya berasa amat puas dan gembira kerana dapat memberi impak positif kepada murid-murid di sekolah ini. Semasa PBS, saya berasa bersyukur kerana dapat berinteraksi dengan murid-murid di SJK(C) Uk Dih. Mereka menunjukkan semangat yang tinggi terhadap pembelajaran dan kebudayaan serta memperlihatkan komitmen yang kuat dalam mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Saya menghargai sikap mereka yang saling membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain sehingga mencipta suasana pembelajaran yang harmoni dan positif. Pengalaman ini telah memperluas pemahaman saya tentang kepelbagaian budaya dan menambah nilai kehidupan sosial yang berharga. Saya yakin bahawa mereka memiliki potensi yang besar untuk berjaya dalam kehidupan. Secara keseluruhan, pengalaman PBS di SJK(C) Uk Dih telah memberi saya pandangan yang menyeluruh mengenai dunia pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Saya merasa bersyukur kerana pengalaman ini telah memperkaya pengetahuan, pengalaman dan keupayaan saya sebagai seorang calon guru. Saya berharap agar pengalaman ini akan menjadi titik permulaan untuk pengembaraan saya dalam bidang pendidikan dan saya berazam untuk terus berusaha sehingga memberi impak positif kepada pendidikan negara.
82
83 LAMPIRAN 1 – 3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TARIKH : 12 Jun 2024 MASA: 8.30 am TAJUK / PERKARA : Pengurusan tingkah laku murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Uk Dih? 2. Apakah cara atau sistem yang digunakan bagi mengurus disiplin murid? i Memainkan peranan penting dalam pengurusan disiplin, kebajikan dan keselamatan murid. ii Bertanggungjawab untuk memantau kehadiran murid dan menjalankan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). iii Menguruskan rekod kehadiran dan mengambil tindakan terhadap murid yang suka ponteng sekolah. iv Menyediakan bantuan kepada murid yang memerlukan. v Kerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menangani isu-isu psikososial murid. vi Memastikan pemeriksaan kesihatan berkala dilakukan untuk murid-murid. i Sistem Sahsiah Disiplin Diri Murid (SSDM)
84 3. Apakah Sistem Sahsiah Disiplin Diri Murid (SSDM) dan bagaimana ia digunakan di SJK(C) Uk Dih? 4. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Penolong Kanan HEM apabila seorang murid melakukan kesalahan serius di sekolah? i SSDM merupakan inisiatif yang digunakan untuk mengawal tingkah laku murid secara sistematik dan efektif. ii Digunakan di SJK(C) Uk Dih untuk memastikan kepatuhan murid terhadap peraturan sekolah dan nilai-nilai murni. iii Berfungsi sebagai platform dalam talian untuk merekod dan memantau tingkah laku murid. iv Memudahkan guru dan pihak pentadbiran sekolah dalam menguruskan dan mengambil tindakan terhadap pelanggaran disiplin. v Membolehkan analisis data untuk mengenal pasti corak tingkah laku murid dan merancang tindakan intervensi yang sesuai. i Menyaksikan atau mengetahui kesalahan murid terlebih dahulu. ii Merekodkan butiran insiden dalam SSDM termasuk tarikh, masa, tempat, jenis kesalahan, dan tindakan awal. iii Pihak pentadbiran sekolah memantau dan mengesahkan rekod untuk kepastian dan kesahihan maklumat. iv Menganalisis data untuk mengenal pasti punca masalah disiplin. v Merancang tindakan intervensi seperti kaunseling dan ceramah motivasi. vi Menghubungi ibu bapa murid untuk dimaklumkan tentang insiden tersebut dan mendapatkan sokongan.
85 5. Apa pandangan cikgu mengenai cabaran dalam menguruskan tingkah laku murid di sekolah? 6. Apakah harapan cikgu dalam mencapai persekitaran pembelajaran yang positif di sekolah? i Majoriti murid tidak sentiasa berkelakuan negatif. ii Cabaran termasuk kurangnya perhatian dan sokongan dari ibu bapa. iii Faktor lain termasuk tahap kematangan mental yang belum matang dan pengaruh media sosial. iv Pendekatan proaktif diperlukan seperti memberi motivasi dan ganjaran atas pencapaian positif. i Kerjasama yang baik antara semua pihak berkepentingan. ii Membantu murid mencapai potensi sepenuhnya melalui suasana pembelajaran yang kondusif dan proaktif.
86 LAMPIRAN 1 – 3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TARIKH : 12 Jun 2024 MASA: 10.30 am TAJUK / PERKARA : Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah tanggungjawab seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum? 2. Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dijadualkan di sekolah? i Menyokong dan menguruskan aktiviti kokurikulum di sekolah. ii Menyusun dan merancang program kokurikulum tahunan untuk memastikan kepelbagaian aktiviti. iii Menyediakan jadual dan takwim kokurikulum yang teratur dan menyeluruh. iv Memastikan peralatan kokurikulum dijaga dengan baik dan selamat. v Menguruskan bajet kokurikulum dan memastikan peruntukan kewangan digunakan secara efektif. vi Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. i Latihan rumah sukan dijalankan pada hari Selasa (Rumah Merah), Rabu (Rumah Kuning) dan Khamis (Rumah Biru) pada pukul 5.30 hingga 6.30 petang. ii Pada setiap Rabu, aktiviti kokurikulum termasuk Unit Beruniform (1.30-2.30 petang), Kelab (2.30-3.30 petang) dan Permainan (3.30-4.30 petang).
87 3. Apakah pandangan cikgu tentang faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan aktiviti kokurikulum? 4. Bagaimanakah cikgu mengatasi cabaran dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah? 5. Apa strategi yang diperlukan untuk memastikan pengurusan yang cekap dalam aktiviti kokurikulum? i Minat dan kebolehan murid. ii Ketersediaan sumber dan fasiliti yang memadai. iii Keselamatan murid dan sokongan dari guru serta pihak pentadbiran. i Mencari sumbangan atau penajaan dari luar untuk mengatasi kekurangan sumber. ii Menyusun jadual yang fleksibel untuk menampung keperluan pelbagai pihak. iii Menggunakan inovasi dalam penyediaan aktiviti untuk menarik minat murid. i Kerjasama yang baik daripada semua pihak termasuk guru, murid dan pihak pentadbiran. ii Melaksanakan strategi yang tepat dan menyediakan sokongan yang mencukupi untuk aktiviti kokurikulum. iii Memastikan aktiviti kokurikulum memberi manfaat maksimum kepada perkembangan pelajar dalam semua aspek kehidupan mereka.
88 LAMPIRAN 1 – 3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TARIKH : 13 Jun 2024 MASA: 8.30 am TAJUK / PERKARA : Pengurusan pejabat sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah tanggungjawab Puan Sivagamy sebagai Pembantu Operasi (Kerani) di sekolah? 2. Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh Puan Sivagamy dalam menjalankan tugasnya? 3. Apakah pandangan Puan Sivagamy terhadap suasana persekitaran kerja di sekolah? i Mengurus kehadiran guru dengan menyemak dan merekod kehadiran setiap hari. ii Mengirim surat-surat penting ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pejabat pos. iii Mengurus surat sakit atau surat cuti yang diberikan oleh guru. i Tugasan perlu diserahkan dalam masa yang singkat. ii Tekanan masa yang tinggi memerlukan pengurusan masa yang efektif dan kecekapan kerja yang tinggi. i Suasana kerja amat baik, selesa, dan kondusif. ii Suasana yang aman, gembira, dan seronok dapat meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan. iii Hubungan antara rakan sekerja sangat baik dengan hubungan kerja yang positif dan mesra.
89 4. Bagaimanakah kerjasama Puan Sivagamy dengan rakan kerja semasa menjalankan tugasan? i Sentiasa bekerjasama dengan baik dengan rakan kerja. ii Kerjasama yang baik membolehkan kerja dilakukan dengan lebih efisien dan kurang tekanan.
90 LAMPIRAN 1 – 3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TARIKH : 13 Jun 2024 MASA: 10.30 am TAJUK / PERKARA : Penggunaan bahan bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah jenis-jenis bahan bantu mengajar yang sering digunakan oleh Puan Chong dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah? 2. Apakah pandangan Puan Chong tentang keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris? 3. Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh Puan Chong dalam penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar? i Buku teks dan buku kerja. ii Flashcards. iii Bahan audio visual seperti video dan lagu. iv Aplikasi interaktif seperti "Wordwall". i Bahan bantu mengajar membantu meningkatkan pemahaman dan minat murid. ii Penggunaan bahan audio visual dan aplikasi interaktif menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. iii Buku teks dan buku kerja dianggap sebagai bahan paling berkesan dalam membolehkan murid menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. i Kekurangan masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang berkualiti dan bersifat inovatif. ii Penyediaan bahan bantu mengajar yang memerlukan masa dan usaha yang signifikan.
91 4. Bagaimanakah reaksi dan maklum balas murid terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kelas Bahasa Inggeris? 5. Bagaimanakah peranan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran aspek kemahiran Bahasa Inggeris seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis? 6. Apakah kesimpulan tentang penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Inggeris yang dapat ditarik berdasarkan pandangan Puan Chong? i Murid menunjukkan minat yang tinggi dan lebih bermotivasi apabila menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk digital. ii Mereka lebih berfokus dan memberi perhatian semasa pembelajaran sehingga membantu dalam pencapaian objektif pembelajaran. i Bahan audio visual membantu dalam meningkatkan kemahiran mendengar melalui pendedahan kepada sebutan dan intonasi yang betul. ii Permainan interaktif dan aktiviti kumpulan menggalakkan perbincangan dan komunikasi untuk kemahiran bertutur. iii Flashcards, buku cerita dan lembaran teks digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca. iv Lembaran kerja dan aktiviti penulisan kreatif membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis melalui latihan yang berstruktur. i Penggunaan bahan bantu mengajar adalah sangat bermanfaat dan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid. ii Walaupun terdapat cabaran dalam penyediaannya, manfaat yang diperoleh jauh melebihi kesulitan tersebut, menjadikan usaha ini sangat berbaloi.
92 LAMPIRAN 1 – 3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TARIKH : 14 Jun 2024 MASA: 8.30 am TAJUK / PERKARA : Pengurusan keselamatan sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah tanggungjawab utama Puan Kalaivani sebagai pengawal keselamatan di SJK(C) Uk Dih? 2. Apakah cadangan Puan Kalaivani untuk meningkatkan keselamatan sekolah? i Menguruskan pelawat yang masuk dan keluar sekolah dengan membuat mereka mengisi maklumat diri seperti nama, tujuan lawatan, masa masuk dan nombor telefon. ii Memberikan pas pelawat kepada pelawat untuk memudahkan pengenalan dan pemantauan pergerakan mereka di sekolah. iii Melakukan rondaan di persekitaran sekolah sekurang-kurangnya setiap dua jam untuk memastikan keselamatan murid terjamin. i Memasang sistem CCTV di kawasan strategik seperti pintu masuk, pintu belakang, dan gelanggang bola keranjang untuk meningkatkan pengawasan. ii Mengatur pembukaan pintu sekolah dalam dua sesi berasingan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di hadapan sekolah.
93 3. Apakah pandangan Puan Kalaivani tentang keselamatan sekolah di SJK(C) Uk Dih? 4. Apa cabaran utama yang dihadapi oleh Puan Kalaivani dalam melaksanakan tugasnya sebagai pengawal keselamatan? i Menganggap pengurusan keselamatan dan kelancaran laluan di sekolah adalah aspek yang penting untuk memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif. ii Menyarankan langkah-langkah seperti penggunaan pas pelawat dan rondaan berkala untuk menjaga keselamatan murid. i Tiada pemasangan CCTV di sekolah yang membataskan pengawasan secara keseluruhan. ii Menghadapi tekanan untuk memastikan pengurusan pelawat dan keselamatan murid berjalan lancar tanpa teknologi pengawasan yang mencukupi.
94 LAMPIRAN 1 – 3 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TARIKH : 14 Jun 2024 MASA: 9.30 am TAJUK / PERKARA : Program kokurikulum yang berkaitan dengan dasar pendidikan Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apa tanggungjawab utama Puan Tung Meei Jiun sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah ini? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dan apakah implikasinya? 3. Apakah tujuan utama Dasar 1 Murid 1 Sukan i Menyusun jadual waktu sekolah untuk memastikan kelancaran PdP. ii Mengurus pelaksanaan peperiksaan dan penilaian akademik. iii Mengurus bantuan kewangan kepada murid yang memerlukan. iv Menyediakan laporan berkala dan tahunan mengenai prestasi akademik. v Menyimpan dan mengemas kini fail serta dokumen sekolah. vi Memastikan penggunaan dana sekolah mematuhi garis panduan kewangan. i Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. ii Implikasinya termasuk meningkatkan keaktifan murid dalam sukan, memupuk bakat sukan dan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut. i Untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi sosial, intelek, rohani, emosi dan jasmani. ii Mewujudkan peluang bagi murid untuk mengembangkan potensi dalam bidang sukan.