The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This annual report is comprehensive document designed to provide readers with information about Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA). Its also contain information, such as performance highlights, objectives, programs offered, success story, activities and financial information in the preceding year.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Nurul, 2023-02-03 23:11:59

ANNUAL REPORT 2021

This annual report is comprehensive document designed to provide readers with information about Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA). Its also contain information, such as performance highlights, objectives, programs offered, success story, activities and financial information in the preceding year.

Keywords: Annual Report,KPM,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kolej Vokasional Shah Alam,KVSA,2021

Kolej Vokasional Shah Alam


Pengerusi Kru PENERBITAN Pn. Hjh Norhayati binti Abdul Rahman Pn. Mastura binti Abd Malek Ybhg. Datin Salmah binti Alighor Pn. Norhazah binti Mungawan Cik Nurul Faizah binti Salimi Naib Pengerusi Ketua Editor Rekaletak & Cik Nurul Faizah binti Salimi Rekabentuk Grafik Pengurusan Fotografi Pn. Ashley Lee Pui Leng Pengurusan Maklumat Pn. Ashley Lee Pui Leng Pn. Salina binti Salim Pn. Zainatulismar binti Ismail Pn. Jasmit Kaur A/P Jasveer Singh Mutiara Bicara En. Mohassah bin Borhan Bahan & Maklumat Pn. Rosniza binti Abdul Majid Pn. Norfazlin Najwa Binti Rosli Pn. Siva Shangary A/P Bala Subramaniam Pn. Norizzati binti Azimi Jurufoto En. Muhammad Khaiul Hadi bin Ismail


DARI MEJA PENGARAH MAKLUMAT KORPORAT • Visi, Misi, Matlamat dan Objektif • Piagam Pelanggan, Brand Vision dan Brand Value • Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti SELAYANG PANDANG • Pengenalan dan Latar Belakang Kolej Vokasional Shah Alam PENGURUSAN TERTINGGI STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN • Carta Organisasi • Pengurusan Akademik, Sokongan Akademik, Jaminan Kualiti dan Pentadbiran PROGRAM YANG DITAWARKAN DATA PENSYARAH DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (AKP) ENROLMEN PELAJAR PENCAPAIAN KPI SUCCESS STORY 1 5 9 13 15 25 31 45 59 61 Senarai KANDUNGAN


LAPORAN PENGURUSAN AKADEMIK LAPORAN PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK • Unit Hal Ehwal Pelajar • Unit Perhubungan Awam • Unit Psikologi dan Kerjaya • Unit Pusat Sumber • Unit Teknologi Maklumat • Unit Kolej Kediaman LAPORAN PENGURUSAN JAMINAN KUALITI • Pembudayaan Kualiti & Inovasi • Akreditasi MQA dan MBOT • OSH In School • Sistem Pengurusan Kualiti LAPORAN KEWANGAN 2021 MEDIA SOSIAL KVSA 77 101 165 189 197 Senarai KANDUNGAN


Dari Meja Assalamualaikum wbt dan Salam TVET…. Melewati tahun 2021 dengan sejuta harapan kerana harus mendepani era pandemik yang penuh cabaran. PKP, PKPB, dan PKPD benarbenar mencabar dunia pendidikan. Meski berdepan segala SOP Kementerian Kesihatan, segala perancangan harus dikota mengikut kesesuaian. Syukur alhamdulillah dengan kekuatan 101 pensyarah dan 16 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), KVSA terus mengorak langkah merealisasikan segala cabaran yang terkandung di dalam Buku Takwim 2021 dan kehendak serta keperluan TVET dalam usaha mengangkat Kolej Vokasional Shah Alam sebagai satu institusi yang mendukung penuh transformasi pendidikan teknik dan vokasional ini. Dalam keterbatasan ruang dan waktu, KVSA memulakan tahun 2021 dengan menerima kehadiran pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia. Lawatan Persediaan Pembukaan Kolej Vokasional ini bertujuan memantau kesediaan pihak kolej untuk memulakan operasinya pada 20 Januari setelah siri PKP yang panjang. Di samping itu juga, Pengarah BPLTV, Tuan Haji Azman bin Haji Adnan turut mengadakan lawatan sulungnya ke KVSA bertujuan meninjau prasarana yang ada dan melihat Projek ‘Auto Disinfectant Tunnel’. Kehadiran beliau turut dimanfaatkan untuk merasmikan Bilik MPP, Projek Fertigasi Koperasi dan Waqaf Rezeki. Alhamdulillah, kedua-dua lawatan ini memberi impak positif dan menjadi petanda kepada kecemerlangan KVSA pada hari-hari mendatang. Kejayaan KVSA mendapat akreditasi penuh MBOT bagi program Teknologi Kimpalan dan Pemesinan Industri pada tahun 2019 selama 5 tahun turut menjadi intipati hala tuju KVSA. Seawal tahun, persiapan demi persiapan dilaksanakan untuk mendapatkan pengiktirafan MBOT dan MQA bagi program ISK, IPD dan BPP. Jika tidak bersua di alam nyata, dunia maya menjadi wajah perbincangan.


Pelbagai mesyuarat dan bengkel kerja penyediaan dokumen permohonan akreditasi penuh diadakan. Malah KVSA turut menjadi Urusetia Semakan dan Penghantaran Dokumen bagi Program Teknologi Maklumat dan Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web bagi KV seluruh Malaysia. Sama-sama kita doakan agar hasilnya nanti membahagiakan. Walaupun sekejap bersemuka sekejap PdPR, KVSA tetap mengorak usaha dalam beberapa lagi siri perjuangan demi TVET tercinta. Melalui dalam talian, Program Pengantarabangsaan TVET Malaysia KVSA bersama SMK Khusus Angkatan Laut-(SMK KAL-1), Surabaya, Indonesia diadakan. Terhasilah NoU yang menjanjikan keuntungan kedua-dua institusi dua negara. Tidak terhenti di situ sahaja, KVSA turut menyertai Forum SEAMEO peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh SEA-Vocational Network. Keterlibatan ini membolehkan kepimpinan sekolah luar dikenali, idea dalam bidang rekacipta dan inovasi diperolehi dan banyak lagi ilmu dapat dikongsi. Pelbagai SOP bagi mengekang penularan pandemik bukan penghalang pasukan Inovasi KVSA untuk terus beraksi. Anugerah pingat emas, perak dan gangsa semua dirasa. Bermula dengan Pertandingan Virtual Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran 2021 peringkat kebangsaan, anjuran Malaysia Association of Research And Education For Educators (MasREE) & Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) kategori guru, KVSA bangga meraih pingat EMAS, PERAK dan GANGSA melalui Unit Bahasa (Bahasa Melayu), Kemanusiaan (Pendidikan Islam) dan Matematik. Berbangga juga dengan kejayaan anak-anak KVSA program Teknologi Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web dengan pencapaian Naib Juara dalam pertandingan Challenge on Innovation and Problem Solving Through Technology Advancement (CHIPTA 2021). Sementara itu, dalam International EUREKA INNOVATION EXIBITION 2021 (i-EIE 2021) peringkat antarabangsa anjuran Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), melalui penyertaan program Teknologi Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web dan Unit Matematik, 1 pingat PERAK dan 1 pingat GANGSA berjaya digenggam. Dari Meja


Dari Meja Gabungan pensyarah dan pelajar menyemarakkan lagi dunia inovasi di KVSA apabila berjaya meraih pingat Perak (kategori pelajar IPT) dalam Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional (PRIN2021) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mempertaruhkan inovasi bertajuk Sistem EVote MPP. Sementara itu, inovasi Dam Dhab Pintar Haji milik Puan Rosmawati dan Suriani turut diangkat dengan pingat Perak kategori pensyarah dalam pertandingan yang sama. Dunia inovasi terus diterokai, pertandingan Rekacipta dan Inovasi ILKBS (IDEA) pula diceburi. Syukur Alhamdulillah, mereka tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Melalui projek ‘Smart Lighting System’, ‘Cylinder Cart Lifter’ dan Sistem E-Vote MPP, masing-masing menjulang pingat Gangsa, Perak dan Emas. Sememangnya Inovasi di KVSA mahu dibudayakan, justeru banyak siri taklimat, seminar dan bengkel inovasi diadakan sepanjang tahun dalam usaha menyuntik dan memotivasikan para pensyarah dan pelajar untuk terus menjalankan inovasi dalam usaha meningkatkan kemajuan diri dan KVSA. Namun dalam kita tersenyum bangga merai kejayaan, ada juga khabar duka yang melingkari kehidupan warga kolej tercinta. Ada yang terkesan dengan pandemik melanda negara dan ada yang bersedih kehilangan keluarga tercinta. ‘Ziarah Cakna’ antara program kami dalam usaha menyantuni mereka, melahirkan simpati dan empati. Bukan kecil atau besar sumbangan yang menjadi ukuran sebaliknya ukhuwah berpanjangan yang diharapkan. Bersama-sama Unit UPK dan HEP, pelajar bermasalah juga menjadi perhatian. Rumah mereka dikunjungi untuk bersua wajah dengan ibu bapa bagi mencari punca masalah. Dalam usaha memantapkan sahsiah anak-anak didik dan warga pensyarah, aktiviti kerohanian yang menjadi wadah, turut mengisi ruang waktu. Sepanjang tahun melalui aplikasi Google Meet, pelbagai program dilaksana. MPP, UPK dan Unit Pendidikan Islam berkolaboratif menjadi pemudah cara dalam melaksanakan program seperti motivasi diri, bacaan yasin dan tahlil, majlis tahlil serta ceramah keagamaan.


Demikianlah antara cebisan catatan perjalanan KVSA sepanjang tahun 2021. Tahun yang penuh cabaran, menduga akal dan fikir, sabar serta jati diri lantaran Covid-19 belum mahu pergi. Namun sebagai penjawat awam, kita akan terus berdiri menabur bakti, senantiasa memasang azam melonjakkan institusi yang mendukung TVET ini. Bezanya ialah keterbatasan waktu dan peluang tapi bukanlah satu penghalang untuk terus berjuang. Marilah kita melafaz rasa syukur; udara masih dapat dihirup, bumi masih menjadi tempat berpijak. Zahirkan dengan memasang cita-cita, tahun 2022 mahu mencipta jaya. Jagalah diri dan keluarga. Jaga SOP agar kita semua terpelihara daripada segala bencana yang boleh merencatkan segala perancangan dan usaha. Akhirulkalam, terimalah Laporan Tahunan 2021, tataplah gambargambar kenangan dan peristiwa sepanjang jalan kenangan. Semoga kita semua dirahmati Tuhan. (NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN) Pengarah Kolej Vokasional Shah Alam Dari Meja


Maklumat


Visi Peneraju Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Yang Unggul Misi Memperkasa Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Melalui Pelaksanaan Program Yang Berkualiti Matlamat Menghasilkan pelajar yang berkemahiran, berdaya saing dalam pasaran kerja dan berupaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan Objektif • Menghasilkan lepasan kolej vokasional yang memiliki diploma vokasional yang diiktiraf. • Melahirkan pelajar kolej yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing dalam pasaran kerja. • Membimbing setiap pelajar ke arah pembentukan sahsiah dan akhlak yang mulia. • Memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan kokurikulum. • Melahirkan pelajar kolej yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan ‘Celik IT’. • Memupuk dan mengamalkan sikap kekeluargaan, sepunya dan penyayang dalam kalangan warga kolej. Kolej Vokasional Shah Alam


Piagam Pelanggan • • • • • • • Brand Vision Brand Value Kolej Vokasional Shah Alam


Dasar Kualiti Berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pembelajaran dan latihan kemahiran vokasional bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan Dasar Transformasi Pendidikan Vokasional Negara. Dasar Kualiti ini akan disebar luas kepada seluruh warga kolej dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota KVSA melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati. Objektif Kualiti • Mencapai 100% prestasi akademik dengan PNGK minima 2.0, lulus B.Melayu Kod 1104, kompeten semua modul vokasional dan kompeten modul Employability Skills tahap 1 dan 2 untuk dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia. • Memastikan pelajar diploma kompeten semua kursus vokasional dengan PNGV minima 2.67, telah melengkapkan projek semester pendek, lulus semua kursus insaniah, menjalani dan lulus Kursus Kokurikulum (Jati Diri) serta menjalani dan lulus Latihan Industri (OJT) untuk dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia. • Menghabiskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) untuk setiap kursus yang diperuntukkan pada setiap semester mengikut struktur program. • Memastikan 100 peratus aduan pelanggan yang diterima diambil tindakan dalam masa dua minggu. • Mematuhi semua prosedur dan dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai petunjuk prestasi (KPI) yang ditetapkan. Kolej Vokasional Shah Alam


Pintu


Blok


Selayang


Pengenalan Kolej Vokasional Shah Alam merupakan salah sebuah kolej rintis di bawah Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) yang memberi fokus utama kepada pendidikan kemahiran. Kolej ini terdiri dari 101 orang pensyarah dan 17 orang anggota kumpulan pelaksana. Sesi pembelajaran bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sehingga bulan Disember 2021, jumlah pelajar di kolej ini mencecah 567 orang pelajar, 92% daripadanya menetap di kolej kediaman yang disediakan. Latar Belakang Kolej Vokasional Shah Alam, terletak di Jalan Batu Tiga, Shah Alam, dibina pada 26 Jun 1989 dengan keluasan 32 ekar di bawah projek ADB III, dan siap sepenuhnya pada bulan September 1992. Kedudukannya adalah di tengah-tengah kawasan perindustrian. Pengambilan pelajar pertama adalah pada bulan Mac 1993 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam. Pada tahun 1997, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik dengan memperkenalkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera iaitu disamping dua kursus aliran vokasional, kursus kemahiran dan kursus lanjutan masih terus dijalankan. Mulai tahun 2005, kursus Pengaturcaraan Komputer telah ditawarkan di sekolah ini dengan kapasiti 20 orang pelajar bagi tingkatan 4 dan 5. Pada tahun 2010, sekolah ini telah ditukar semula kepada Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam dan menawarkan kursus tambahan iaitu Pengurusan Perniagaan dengan kapasiti 30 orang pelajar bagi setiap kelas. Pada tahun 2012, berlaku lagi perubahan tetapi sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional Shah Alam. Sehingga tahun 2020, lima program telah ditawarkan untuk Diploma Vokasional iaitu Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian, Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web serta Pengurusan Perniagaan. Kolej Vokasional Shah Alam Kolej Vokasional Shah Alam


Pengurusan


Kolej Vokasional Shah Alam


Struktur


Kolej Vokasional Shah Alam


KETUA JABATAN PENGURUSAN PERNIAGAAN En. Nazri Bin Maat KETUA JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Pn. Sarimah binti Dir KETUA JABATAN PENILAIAN & PENTAKSIRAN Pn. Zahani binti Yakob KETUA JABATAN PENDIDIKAN UMUM Pn. Hjh. Jah binti Saie KETUA JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL DAN PEMBUATAN En. Zainal bin Hussain Kolej Vokasional Shah Alam


KETUA PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI En. Azman bin Husin @ Hashim KETUA PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN En. Rafie bin Hassan KETUA PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN Pn. Dayangku Nurhayati binti Awangku Morni KETUA PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN En. Mohd Khairul Izman bin Ab. Rasid KETUA PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB Pn. Nurul Hafizah binti Zainudin Kolej Vokasional Shah Alam


KETUA UNIT BAHASA En. Mohassah bin Borhan KETUA UNIT SAINS DAN MATEMATIK Pn. Mastura binti Yusoff KETUA UNIT KEMANUSIAAN Pn. Norriyah binti Abdul Rahman KETUA UNIT TERAS UMUM Pn. Shamsinar binti Aziz Kolej Vokasional Shah Alam KETUA UNIT PENTAKSIRAN Pn. Noraziyah binti Husaini KETUA UNIT PENSIJILAN Pn. Habebah binti Abdul Wahab


KETUA UNIT PERHUBUNGAN DAN LAWATAN INDUSTRI En. Syamsul Bahri bin Ramali Kolej Vokasional Shah Alam KETUA BENGKEL TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI En. Rosli bin Rapep @ Abdul Patah KETUA BENGKEL TEKNOLOGI KIMPALAN En. Zainuddin bin Muda KETUA BENGKEL TEKNOLOGI MAKLUMAT En. Muhammad Nashriq bin Azmi KETUA BENGKEL TEKNOLOGI SISTEM PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB Pn. Nurul Afiqah binti Zahuri


KETUA UNIT HAL EHWAL PELAJAR (HEP) En. Prabanandan A/L Ramachanderan KETUA UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA En. Zulkhairil bin Roslan KETUA UNIT PUSAT SUMBER Pn. Maisarah Hajar Aisyah binti Esa KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM Pn. Rohana binti Hashim KETUA UNIT KOLEJ KEDIAMAN Tn. Hj. Mohd Syed bin Saleh SETIAUSAHA PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK Pn. Salina bt. Salim Kolej Vokasional Shah Alam


KETUA UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN En. Mohd Hanafi bin Junoh KETUA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT Pn. Roghdaryanti binti Hashim KETUA UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM En. Mohd Azhar bin Kadir PENYELIA ASRAMA Pn. Jahlelawaty binti Ahmad Kolej Vokasional Shah Alam


SETIAUSAHA JAMINAN KUALITI Pn. Jasmit Kaur A/P Jasveer Singh KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) En. Muhamad Aizat Bin Ismail SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) Pn. Nik Azlina binti Nik Mahdi AKREDITASI PROGRAM Pn. Hjh. Azlina Binti Ahamad PERANCANGAN DAN TAKWIM Pn. Zahani binti Yakob PENJAMINAN KUALITI 4P Pn. Salina binti Salim Kolej Vokasional Shah Alam


PEMBUDAYAAN KUALITI & INOVASI Pn. Mastura binti Yusof EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pn. Lee Wee Yin Kolej Vokasional Shah Alam


Program Yang


• Kolej Vokasional Shah Alam


▪ Kolej Vokasional Shah Alam


▪ Kolej Vokasional Shah Alam


▪ Kolej Vokasional Shah Alam


▪ Kolej Vokasional Shah Alam


Data


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Kolej Vokasional Shah Alam


Tugu


Enrolmen


Kolej Vokasional Shah Alam


Click to View FlipBook Version