Suasana semasa melakukan pengimbasan kehadiran Suasana semasa dalam makmal komputerdan kelas Suasana semasa melakukan pembelian di kantin Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Program Ziarah Cakna (Unit Hal Ehwal Pelajar) Tarikh : 22 Mac 2021 Tempat : Puchong, Selangor Penganjur : Unit Hal Ehwal Pelajar Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distruct sebagaimana amalan baik yang dipraktikkan oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa atau penjaga. 2. Dapat mengumpul maklumat keluarga pelajar, memahami latar belakang pelajar berdasarkan tempat mereka dibesarkan, dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru. Program Ziarah Cakna dapat dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun dan menjadi amalan di sekolah mengikut kreativiti dan kesesuaian pihak sekolah. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Menyediakan bantuan sokongan kepada pelajar yang memerlukan. 2. Mengukuhkan hubungan antara ibu bapa atau penjaga dari masa ke semasa melalui pelbagai platform perhubungan. 3. Membina jaringan kerjasama bersama-sama ibu bapa atau penjaga yang mempunyai kemampuan, kemahiran dan kepakaran yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah. Rumusan Aktiviti : Barisan pentadbir dan pensyarah berpeluang menziarahi keluarga arwah Amirulmukminin yang meninggal dunia pada Khamis yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Sedikit sumbangan telah disampaikan oleh pihak kolej kepada keluarga arwah dan tidak lupa juga penyerahan Diploma Vokasional Malaysia. Kunjungan barisan pentadbir dan pensyarah juga sempat menziarahi pusara arwah di tanah perkuburan Puchong Batu 14. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Menziarah dan memberi sumbangan kepada keluarga arwah pelajar, Amirul Mukmin Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Pendaftaran Pelajar 1 SVM (Unit Hal Ehwal Pelajar) Tarikh : 6 April 2021 Tempat : Kediaman Asrama Kolej Vokasional Shah Alam Penganjur : Unit Hal Ehwal Pelajar Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Memastikan semua urusan pendaftaran 2 SVM, 1 DVM dan 2 DVM dapat dilaksanakan sebelum sesi pengajian bermula. 2. Memastikan pengurusan pengambilan pelajar SVM dan DVM yang layak dapat mengikut prosedur yang ditetapkan serta mendaftar di KVSA. 3. Memastikan semua pelajar mendaftar dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Pencapaian / Kedudukan : 1. Program berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari semua pihat termasuk pelajar dan semua AJK Pendaftaran mengikut SOP yang telah ditetapkan. 2. Semua SOP yang ditetapkan dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak kolej dan pelajar. Tiada isu mengenai pelanggaran SOP sepanjang proses berjalan. 3. Semua pelajar yang mendaftar mendengar arahan dengan baik dan memberikan kerjasama. 4. Semua kaunter pendaftaran berjalan lancar seperti yang telah dirancang. 5. Bantuan dari Anggota Kakitangan Sokongan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga banyak membantu meringankan lagi proses pendaftaran. Impak Aktiviti : 1. Mewujudkan suasana selamat dan kondusif mengikut SOP yang ditetapkan. 2. Mewujudkan kerjasama erat antara pihak kolej dengan ibubapa. 3. Mengamalkan SOP dan memegang slogan “Kita Jaga Kita” bagi memerangi 4. wabak covid bersama-sama. 5. Melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab, amanah dan ikhlas. Rumusan Aktiviti : Pendaftaran 1 SVM telah dilaksanakan pada 06 April bertempat di Dewan Makan Asrama Kolej Vokasional Shah Alam. Pada tahun 2021, terdapat 4 program yang ditawarkan iaitu Program Teknologi Kimpalan, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web serta Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian. Hari pertama pendaftaran menyaksikan seramai 105 orang pelajar iaitu 66% pelajar yang telah mendaftar. Pada 16 April 2021, KVSA telah mencapai pendaftaran pelajar 1 SVM seramai 168 orang pelajar pada peratusan 105%. Kolej Vokasional Shah Alam
Gambar : Suasana pendaftaran pelajar-pelajar baharu 1SVM di perkarangan Kolej Kediaman Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Pendaftaran Pelajar 2 SVM, 1 DVM dan 2 DVM Tahun 2021 (Unit Hal Ehwal Pelajar) Tarikh : 5 April 2021 Tempat : Kediaman Asrama Kolej Vokasional Shah Alam Penganjur : Unit Hal Ehwal Pelajar Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Memastikan semua urusan pendaftaran 2 SVM, 1 DVM dan 2 DVM dapat dilaksanakan sebelum sesi pengajian bermula. 2. Memastikan pengurusan pengambilan pelajar SVM dan DVM yang layak dapat mengikut prosedur yang ditetapkan serta mendaftar di KVSA. 3. Memastikan semua pelajar mendaftar dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Pencapaian / Kedudukan : 1. Program berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari semua pihat termasuk pelajar dan semua AJK Pendaftaran mengikut SOP yang telah ditetapkan. 2. Semua SOP yang ditetapkan dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak kolej dan pelajar. Tiada isu mengenai pelanggaran SOP sepanjang proses berjalan. 3. Semua pelajar yang mendaftar mendengar arahan dengan baik dan memberikan kerjasama. 4. Semua kaunter pendaftaran berjalan lancar seperti yang telah dirancang. 5. Bantuan dari Anggota Kakitangan Sokongan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga banyak membantu meringankan lagi proses pendaftaran. Impak Aktiviti : 1. Mewujudkan suasana selamat dan kondusif mengikut SOP yang ditetapkan. 2. Mewujudkan kerjasama erat antara pihak kolej dengan ibubapa. 3. Mengamalkan SOP dan memegang slogan “Kita Jaga Kita” bagi memerangi 4. wabak covid bersama-sama. 5. Melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab, amanah dan ikhlas. Rumusan Aktiviti : Pendaftaran 2 SVM, 1 DVM dan 2 DVM telah dilaksanakan pada 05 April 2021 bertempat di kediaman asrama Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA) dan di kelas masing- masing. Pada Tarikh ini juga semua pelajar yang berjaya menyambung semester di Kolej Vokasional ini perlu mendaftar dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar 2 SVM, 1 DVM dan 2 DVM terdiri daripada 5 program iaitu Program Kimpalan (MTK), Teknologi Pemesinan Industri (MPI), Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web (IPD), Teknologi Kolej Vokasional Shah Alam
Sistem Komputer dan Rangkaian (ISK) serta Program Pengurusan Perniagaan (BPP). Hari pertama pendaftaran menyaksikan seramai 146 orang pelajar 2 SVM iaitu 120 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar perempuan. Selain itu, bagi pelajar 1 DVM ialah seramai 98 orang iaitu 64 pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan. Seterusnya bagi pelajar 2 DVM seramai 112 orang mewakili 81 orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan. Jumlah keseluruhan yang mendaftar adalah 356 orang pelajar. Semua pelajar yang mendaftar ini adalah pelajar yang tinggal di asrama Kolej vokasional Shah Alam. Manakala yang selebihnya iaitu 15 orang pelajar 2 SVM, 10 orang pelajar 1 DVM dan 33 orang pelajar 2 DVM merupakan pelajar bukan tinggal di asrama. Gambar : - Pendaftaran pelajar di kelas masing-masing Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Biasiswa kepada anda (Taklimat kepada pelajar dan ibu bapa) (Unit Hal Ehwal Pelajar) Tarikh : 24 Februari 2021 Tempat : Secara atas Talian - WhatsApp Penganjur : Unit Biasiswa Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Pendedahan kepada syarat-syarat layak memohon biasiswa 2. Meningkatkan keyakinan dan motivasi penerima biasiswa agar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. 3. Sentiasa mengingatkan penerima BKP agar memanfaatkan bantuan dan bijak menguruskan kewangan. Pencapaian / Kedudukan : 1. 100% pelajar yang layak memohon telah mengisi borang-borang permohonan biasiswa. Impak Aktiviti : 1. Pelajar yang layak memohon biasiswa dan ibubapa/penjaga akan lebih maklum akan kriteria yang melayakkan anak mereka memohon dan memastikan kerjasama ibubapa sepanjang masa borang-borang biasiswa perlu diisi dan diserahkan pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan supaya permohonan dapat diproses dengan lancar. Rumusan Aktiviti : Program ini dijalankan dengan harapan supaya tiada pelajar yang layak tercicir dari menerima biasiswa dan ibubapa atau penjaga juga dimaklumkan kriteria pemilihan untuk layak memohon biasiswa. Kerjasama semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa dan penjaga, penasihat kelas dan pihak pentadbir sangat dihargai agar pengurusan biasiswa di KVSA mencapai standard kualiti yang ditetapkan oleh PPD dan JPN. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Kumpulan Whatsapp Biasiswa SVM 2021 Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Kunci masuk Permohonan BKP Secara dalam Talian di Sistem APB Tarikh : 18 Februari hingga 5 Mac 2021 Tempat : Bilik Guru Kolej Vokasional Shah Alam Penganjur : Unit Biasiswa Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Mengemaskini maklumat akademik dan kokurikulum bagi pelajar SVM yang layak memohon biasiswa secara online di sistem APB 2. Memastikan maklumat pelajar adalah tepat berdasarkan borang permohonan dan salinan pencapaian akademik dan kokurikulum. Pencapaian / Kedudukan : 1. 100% borang permohonan dapat diproses dalam tempoh yang ditetapkan. Impak Aktiviti : 1. Memastikan tiada pelajar yang layak memohon tercicir disebabkan tidak mengemaskini maklumat pelajar dalam sesawang APB (Aplikasi Pengurusan Bantuan) dalam tempoh yang telah ditetapkan. Rumusan Aktiviti : Proses kerja ini amat penting untuk memastikan kelancaran mengemaskini data pelajar yang memohon ke dalam sesawang APB supaya semua pelajar yang layak memohon dapat diproses permohonannya Gambar : - Kolej Vokasional Shah Alam
u r u Biasiswa sedang memproses borang biasiswa dengan mengunci masuk maklumat pelajarke dalam APB Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Pemantauan Pematuhan SOP COVID-19 di Kafeteria KVSA (Unit Hal Ehwal Pelajar) Tarikh : 14 Mac 2021 Tempat : Kafeteria Kolej Vokasional Shah Alam Penganjur : Unit Hal Ehwal Pelajar Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Memastikan pelajar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dan KKM. 2. Membentuk sahsiah dan disiplin pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan kolej dan kantin kolej. 3. Memupuk semangat kepunyaan serta ketersediaan bertoleransi dengan pihak kantin untuk mencapai matlamat amalan mesra kantin dan kolej. 4. Memastikan keperluan pelanggan di Kolej Vokasional Shah Alam dipelihara dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Pencapaian / Kedudukan : 1. Usaha pengusaha kantin dan AJK Kafeteria untuk menyediakan kantin yang lengkap berlabel seperti garisan yang menunjukkan jarak 1 meter, petunjuk arah yang menunjukkan arah keluar dan masuk kantin serta pelbagai peringatan berkaitan pematuhan SOP dalam usaha melandaikan lengkung wabak Covid-19, berjaya difahami dan dipatuhi warga KVSA dengan pemantauan pensyarah. Impak Aktiviti : 1. Pelajar telah memahami dan cuba mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kolej mengikut garis panduan KPM dan KKM. 2. Sahsiah dan disiplin pelajar terbentuk dan sentiasa mematuhi peraturan kolej dan kantin kolej seperti yang ditetapkan. 3. Semangat kepunyaan serta ketersediaan bertoleransi dengan pihak kantin berjaya dipupuk untuk mencapai matlamat amalan mesra kantin dan kolej. 4. Keperluan pelanggan berjaya dipenuhi. Rumusan Aktiviti : Takwim 2021 yang memuatkan pelbagai perancangan telah mengalami perubahan besar apabila dunia dilanda pandemik Covid-19 sekali gus sekolah-sekolah di Malaysia turut terlibat. Keadaan ini, telah menyebabkan pihak kantin turut terkesan dan tidak dapat beroperasi seperti biasa. Sepanjang tahun 2021, Kafeteria KVSA digesa untuk menggunakan beberapa kaedah dalam penyediaan makanan bagi memenuhi keperluan warga KVSA terutamanya pada sesi persekolahan di sebelah pagi. Perubahan yang dimaksudkan ialah pensyarah dan kakitangan KVSA hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman secara bungkus. Manakala, pelajarpelajar pula perlu membuat tempahan makanan pada hari sebelumnya melalui pelantar ‘Whatsapp’ dengan bantuan guru penasihat kelas masing-masing. Kaedah ini secara tidak langsung membantu pihak kantin supaya makanan pelajar dapat Kolej Vokasional Shah Alam
disediakan berdasarkan senarai tempahan yang telah ditetapkan. Hanya 3 orang wakil dari setiap kelas, dibenarkan berada di kantin untuk mengambil makanan. Semasa berada di kantin pematuhan terhadap SOP akan dipantau oleh pensyarahpensyarah yang ditugaskan mengikut jadual 84 ambal mengingatkan pelajar- pelajar tentang peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Gambar : - Pelajar beratur untuk membeli makanan dengan cara mematuhi jarak fizikal dan memakai pelitup muka Kolej Vokasional Shah Alam
Pelajar membeli makanan yang pre-order SOP kepada pelajar dan pengusaha/pekerja kantin turut disertakan dalam Group WhatsApp untuk memudahkan urusan memesan dan jualan makanan Kolej Vokasional Shah Alam
Bilik
Gapura Pendeta
Ruang Santai
Ruang Bacaan
Laporan
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : SLOT OBE Tarikh : 19 April 2021 Tempat : Bengkel / Makmal Program Penganjur : Kolej Vokasional Shah Alam Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pelajar Objektif Aktiviti : 1. Menerangkan kepada pelajar tentang konsep OBE, pernyataan PEO, PLO, CLO dan CO, PLO dan CLO. 2. Menjelaskan reka bentuk kurikulum berasaskan OBE. 3. Meningkatkan kefahaman pelajar untuk mempersiapkan diri agar releven kepada industri. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Secara keseluruhannya, Slot OBE ini berjaya mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang pelaksanaan OBE dalam kurikulum kolej vokasional. 2. Para pelajar mengetahui akan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran. 3. Slide telah dibentangkan kepada pelajar dan soalan telah diedarkan untuk membantu pemahaman. Rumusan Aktiviti : Slot OBE berjaya mendedahkan pelajar diploma kepada pengetahuan baru tentang prosedur mendapatkan akreditasi dalam program diploma teknologi dari kolej vokasional. Kesungguhan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan ini akan dapat melahirkan graduan diploma yang berkualiti. Semoga ini akan dapat meningkatkan lagi imej KVSA dan seterusnya dapat mencapai visi kolej sebagai ‘Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang Unggul’. Gambar : Slot OBE di Bengkel Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional Shah Alam
Slot OBE di Bengkel Pemesinan Industri Slot OBE di Makmal Sistem Komputer dan Rangkaian Slot OBE di Makmal Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web Slot OBE di Makmal Pengurusan Perniagaan
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Taklimat Pengiraan Jumlah Jam Belajar (SLT) 2021 Tarikh : 19 Februari 2021 Tempat : Bilik Mesyuarat KVSA Penganjur : Unit Jaminan Kualiti Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Menerangkan cara membuat kiraan SLT bagi Kursus Diploma 2019/2020. 2. Menjelaskan kepentingan Pengiraan Jumlah Jam Belajar. 3. Pematuhan syarat jumlah minimum SLT mengikut Advisory Note MQA dan MBOT. Pencapaian / Kedudukan : 1. Cara pengiraan dan mematuhan syarat minimum 70% SLT kepada Ketua Jabatan, Ketua Program dan pensyarah diploma. Impak Aktiviti : 1. Pensyarah dapat membuat kiraan SLT yang sebenar berdasarkan pdpr yang dijalankan semasa tempoh PDPR. Rumusan Aktiviti : Semua pensyarah yang mengajar diploma menghadiri taklimat berkenaan pengiraan jumlah jam belajar SLT. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Ketua Jaminan Kualiti (KJK) memberikan taklimat kepada pensyarah yang mengajar matapelajaran diploma berkenaan pengiraan jumlah jam belajar (SLT) bagi memenuhi syarat pdpc secara atas talian Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Bengkel Kerja Penyediaan Dokumen Permohonan Akreditasi Penuh (FA) Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Bil 2/2021 Tarikh : 15 Mac 2021 hingga 17 Mac 2021 Tempat : Bilik Mesyuarat KVSA Penganjur : BPLTV Peringkat Aktiviti : KV Kebangsaan Penglibatan : ✓ Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Menyampaikan makluman berkaitan dokumentasi bagi permohonan Akreditasi Penuh (FA) Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) kepada Malaysian Qualifications Agency (MQA). Pencapaian / Kedudukan : 1. Dokumen permohonan Akreditasi Penuh MBOT dan MQA telah dihantar untuk permohonan. Impak Aktiviti : 1. Penyelarasan penyediaan dokumentasi telah dibuat bagi permohonan Akreditasi Penuh (FA) Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) kepada Malaysian Qualifications Agency (MQA). Rumusan Aktiviti : Bengkel kerja penyediaan dokumen ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Ketua Jaminan Kualiti yang telah dipilih olehpihak BPLTV. Gambar : Barisan pentadbir yang menjadi jurulatih dalam menyediakan Dokumen Permohonan Akreditasi Penuh (FA) Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Bil 2/2021 Kolej Vokasional Shah Alam
Bengkel kerja dipengerusikan oleh KPP Jaminan Kualiti & Pengiktirafan Program dan serta kehadiran wakil dari bahagian jaminan kualiti BPLTV Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Bengkel Kerja Penyediaan Dokumen Permohonan Akreditasi Penuh 117 Program Diploma Vokasional Malaysia Bagi Penilaian Oleh MBOT Dan MQA Di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tarikh : 7 April 2021 hingga 8 April 2021 Tempat : Pusat Sumber KVSA Penganjur : BPLTV Peringkat Aktiviti : KV Zon Tengah Penglibatan : ✓ Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Membuat penyelarasan dokumen permohonan untuk penilaian akreditasi penuh oleh badan professional Malaysian Board of Technologists (MBOT) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) 2. Menyediakan dokumen permohonan untuk penilaian akreditasi penuh oleh badan professional Malaysian Board of Technologists (MBOT) dan Malaysian Qualification Agency (MQA). Pencapaian / Kedudukan : 1. Penyelarsan dokumen permohonan peringakat Zon Tengah dan Dokumen permohonanAkreditasi Penuh MBOT dan MQA telah dihantar untuk permohonan. Impak Aktiviti : 1. Penyelarasan dan penyediaan dokumen telah dibuat bagi permohonan untuk AkreditasiPenuh (FA) Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Board of Technologists (MBOT). Rumusan Aktiviti : Bengkel ini dihadiri oleh Ketua Jaminan Kualiti dan Ketua Program bagi program Diploma Pengurusan Perniaaan (MQA), Diploma Teknologi Maklumat (MBOT) dan Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web(MBOT). Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Bengkel penyelarasan dan penyediaan dokumen SRR02 yang dihadiri oleh ketua program dan setiausaha program bagi program Diploma Pengurusan Perniaaan (MQA), Diploma Teknologi Maklumat (MBOT) dan Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web (MBOT) telah dipengerusikan oleh Ketua Jaminan Kualiti kVSA Pn. Hjh Norhazah binti Mungawan Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Urusetia Semakan Dan Penghantaran Dokuman Permohonan Akreditasi Penuh MBOT Bagi Program Teknologi Maklumat dan Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web Tarikh : 22 April 2021 Tempat : Pusat Sumber KVSA Penganjur : BPLTV Peringkat Aktiviti : KV Kebangsaan Penglibatan : ✓ Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Urusetia menyemak dan memastikan bilangan CD dan semua fail di dalam CD lengkap, boleh dibuka dan dibaca 2. Menyemak dan memastikan Borang B dan dokumen sokongan lengkap. Pencapaian / Kedudukan : 1. Dokomen permohonan akreditasi untuk program Teknologi Maklumat dan program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web telah hantar ke BPLTV untuk permohonan akreditasi ke MBOT dan MQA. Impak Aktiviti : 1. Menjadi urusetia untuk menyemak dokumen dan CD dari KV-KV lain bagi menghantar ke BPLTV untuk permohonan Akreditasi Penuh (FA) Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) oleh Malaysian Board of Technologists (MBOT) bagi program Teknologu Maklumat dan Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web. Rumusan Aktiviti : Mengurus dalam menyemak dokumen dan CD dari KV-KV lain bagi menghantar ke BPLTV untuk permohonan Akreditasi Penuh (FA) Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) oleh Malaysian Board of Technologists (MBOT) bagi program Teknologu Maklumat dan Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web. Menghantar dokumen dan CD yang telah lengkap ke Bahagian Pendidikan Latihan Teknik & Vokasional (BPLTV). Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Penyerahan dokumen dan CD lengkap oleh wakil setiap KV yang terlibat kepada wakil urusetia yang menguruskan urusan semakan dokumen di KVShah Alam. Semakan dibuat oleh AJK urusetia dari kalangan pensyarah KVShah Alam Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Mesyuarat Persediaan Virtual Audit Akreditasi Program MBOT/MQA 2021 Tarikh : 25 Jun 2021 Tempat : Kediaman Masing-masing Penganjur : Unit Jaminan Kualiti Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Memberi taklimat penyediaan virtual audit akreditasi program MBOT/MQA 2. Memberi senarai dokumen dan bahan yang diperlukan untuk audit daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan penyelaras Kursus dibincangkan 3. Menunjukkan contoh video audit ditunjukkan sebagai rujukan untuk persediaan virtual audit. Pencapaian / Kedudukan : 1. Menerangkan keperluan dan persediaan program tentang pelaksanaan Virtual Audit yang dijalankan oleh pihak MBOT dan MQA semasa pandemik Covid 19. Impak Aktiviti : 1. Taklimat dan perbincangan persediaan vitual audit berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua ketua jabatan dan ketua unit yang terlibat Rumusan Aktiviti : Semua bahagian yang terlibat dapat mempersiapkan diri dalam menjalani audit secaramaya/Virtual Audit. Dapat menyediakan bahan dan keperluan yang diperlukan semasaaudit akan berjalan. Kolej Vokasional Shah Alam
Mesyuarat persediaan audit akreditasi program telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang terlibat, antaranya ialah Ketua Jabatan, Ketua Program, Penyelaras Audit, Penyelaras OBE dan beberapa orang jemputan termasuk KJPP, KU Pusat Sumber, Kaunselor dan Guru MPP Kolej Vokasional Shah Alam Gambar :
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Pertandingan Virtual Inovasi Pengajaran & Pembelajaran 2021 Tarikh : 24 April 2021 Tempat : Pelantar Zoom Penganjur : Malaysia Association of Research and Education for Educators (MAsREE) & Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah Hulu Langat Peringkat Aktiviti : Kebangsaan Penglibatan : ✓ Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Meningkatkan lagi tenaga pengajar yang lebih kreatif dan inovatif. 2. Mengembangkan bakat dan idea baru dikalangan tenaga pengajar kolej. 3. Mengaplikasikan konsep dan kemahiran didalam kaedah pengajaran yang baru. Pencapaian / Kedudukan : 1. Unit Bahasa : Pingat Emas (1) 2. Unit Matematik : Pingat Perak (1) 3. Unit Pendidikan Islam : Pingat Gangsa (1) Impak Aktiviti : 1. Mengetengahkan bakat tenaga pengajar dari segi inovasi dan kreativiti untuk medium, kaedah dan alat bantu mengajar. 2. Meningkatkan kreativiti tenaga pengajar didalam melaksanakan proses pengajarandan pemudahcaraan (PDPc) sewaktu pandemik COVID19 pada masa kini. 3. Peningkatan kendiri kepada tenaga pengajar. Rumusan Aktiviti : Pasukan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Kolej Vokasional Shah Alam telah membawa pulang tiga pingat iaitu 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa pada pertandingan: Pertandingan Virtual Inovasi Pengajaran & Pembelajaran 2021 anjuran Malaysia Association of Research and Education for Educators (MAsREE) & Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah Hulu Langat. Bertemakan “Inovasi Dan Amalan Terbaik Pengajaran Dalam Mendepani Cabaran Covid-19” hasil pengalaman dan perkongsian yang bermakna dalam poster pertandingan pada kali ini. Mempunyai tiga jenis kategori Alat Bantu Mengajar, Kaedah Bantu Mengajar, dan Media Mengajar. Perlaksanaan penjurian telah berlansung didalam platform zoom. Panel penilai menilai hasil kreativiti berdasarkan poster dan pembentangan secara maya. Kolej Vokasional Shah Alam
Gambar : Sijil Pingat Emas dimenangi oleh Guru Bahasa Sijil Pingat Perak dimenangi oleh Guru Matematik. Sijil Pingat Gangsa dimenangi oleh Guru Pendidikan Islam Kolej Vokasional Shah Alam
Slot pembentangan guru Bahasa, Matematik dan Pendidikan Islam semasa pertandingan. Slot Pembentangan bersama juri. Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : PROGRAM OSH IN KVSA Tarikh : 01 OKTOBER 2021 Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING SECARA ATAS TALIAN MELALUI GOOGLE MEET Anjuran Unit : JAWATANKUASA OSH KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Laporan Disediakan Oleh : En Muhamad Aizat Bin Ismail AJK Pelaksana : En. Mohd Izuan En. Ahmad Nawawi En. Mohdor Pn. Zainatulismar En. Mohd Izuan En. Muhd Khairul Hadi En. Mohd Asri En. Muhamad Nashriq Pn. Siti Dzakirah Pn. Maisara Hajar Aisyah Ringkasan Aktiviti : Aktiviti yang telah dijalankan ialah Program OSH IN KVSA bagi memberi input mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja kepada pensyarah dan kakitangan KVSA dengan kerjasama JKKP Negeri Selangor. Kesemua ahli jawatankuasa OSH telah menjayakan aktiviti ini yang dijalankan secara maya melalui atas talian secara Google Meet. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama daripada JKKP Selangor yang disampaikan oleh Tuan Pengarah JKKP Selangor,En.Bahrudin Bin Mamat. Foto :
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK JAWANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA (OSH) BIL. 1 / 2021 Tarikh : 29 SEPTEMBER 2021 Tempat : BILIK JAMINAN KUALITI,KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Anjuran Unit : JAWATANKUASA OSH KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Laporan Disediakan Oleh : En Muhamad Aizat Bin Ismail AJK Pelaksana : En. Mohd Izuan En. Ahmad Nawawi En. Mohdor Pn. Zainatulismar En. Mohd Izuan En. Muhd Khairul Hadi En. Mohd Asri En. Muhamad Nashriq Pn. Siti Dzakirah Pn. Maisara Hajar Aisyah Ringkasan Aktiviti : Aktiviti yang akan dijalankan ialah Program OSH IN KVSA bagi memberi input mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja kepada pensyarah dan kakitangan KVSA dengan kerjasama JKKP Negeri Selangor. Kesemua ahli jawatankuasa OSH telah diberikan detail dan penugasan bagi menjayakan aktiviti ini yang dijalankan secara maya melalui atas talian secara Google Meet. Satu rehearsal bakal dijalankan sesama jawatankuasa OSH pada 30 September 2021 bagi memastikan kelancaran program yang dirancang. Aktiviti ini diadakan secara atas talian di kediaman masing- masing. Foto :
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM OSH IN KVSA Tarikh : 05 MEI 2021 Tempat : KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Anjuran Unit : JAWATANKUASA OSH KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Laporan Disediakan Oleh : En Muhamad Aizat Bin Ismail AJK Pelaksana : En. Mohd Izuan En. Ahmad Nawawi En. Mohdor Pn. Zainatulismar En. Mohd Izuan En. Muhd Khairul Hadi En. Mohd Asri En. Muhamad Nashriq Pn. Siti Dzakirah Pn. Maisara Hajar Aisyah Ringkasan Aktiviti : Mesyuarat bagi Jawatankuasa OSH telah diadakan bagi membincangkan agenda dan aktiviti yang bakal dijalankan bagi Jawatankuasa OSH bagi tahun 2021. Keputusan telah diputuskan untuk membuat 1 aktiviti bagi 1 Semester bagi tahun 2021. Antara aktiviti yang dibincangkan ialah; 1.Perancangan aktiviti telah dibincangkan bersama semua ahli jawatankuasa OSH. 2.Aktitivi yang dicadangkan ialah melibatkan pensyarah dan para pelajar bagi menyampaikan ilmu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 3.Satu aktiviti telah diputuskan untuk diadakan pada setiap semester. Aktiviti yang bakal pada semester 1 ialah Ladap bagi tenaga pensyarah, dan kakitangan KVSA. Foto :
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : PENATARAAN SPK KVKPM BPLTV BIL.2/2021 Tarikh : 2 September 2021 Tempat : Google Meet Anjuran Unit : Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Laporan Disediakan Oleh : Pn. Nik Azlina binti Nik Mahdi Foto : Ahli mesyuarat Pembentangan & Semakan Dokumen SPK Pembentangan & Semakan Dokumen SPK
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : KURSUS PENGURUSAN 4P DAN LATIHAN JURUAUDIT PROGRAM KV ZON JOHOR Tarikh : 12, 14 DAN 19 SEPTEMBER 2021 Tempat : Kediaman Masing-masing Anjuran Unit : KV Zon Johor Laporan Disediakan Oleh : Pn. Lee Wee Yin AJK Pelaksana : Ketua Jaminan Kualiti Penyelaras 4P Ringkasan Aktiviti : • Peserta-peserta kursus diberikan pendedahan kepada proses audit program dan dokumen yang diperlukan. • Penganjur juga berkongsi bahan-bahan sebagai panduan untuk audit 4P. • Memberi taklimat tentang piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan pentaksiran berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA) mengikut garis panduan yang ditetapkan. • Memberi penerangan tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengauditan program Foto :
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : Taklimat Urusetia Semakan dan Penghantaran Dokumen Permohonan Akreditasi Penuh 52 Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) bagi Penilaian oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Malaysia Board Of Technologists (MBOT) Tarikh : 20 Ogos 2021 Tempat : Google Meet Ringkasan Aktiviti : • Taklimat urusetia menyemak dan memastikan bilangan CD dan semua fail di dalam CD lengkap, boleh dibuka dan dibaca. • Menyemak dan memastikan Borang B dan dokumen sokongan lengkap Rumusan Aktiviti : • Taklimat dan agihan tugas urusetia untuk menyemak dokumen dan CD dari KV-KV lain bagi menghantar ke BPLTV Foto :
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : PEMANTAUAN PEMBUKAAN KOLEJ 2021 Tarikh : 20 JANUARI 2021 Tempat : KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Anjuran Unit : EKSA, KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Laporan Disediakan Oleh : Pn. Lee Wee Yin AJK Pelaksana : 1. Nur Aisyah Udah 2. Zuleika Zulkarnaen 3. Munirah Mansor 4. Wan Farina Wan Adib 5. Muhd Aizat Ismail Ringkasan Aktiviti : AJK Unit Pemantauan membantu membuat pemantauan apabila pembukaan sesi persekolahan pada 20/1/2021 terutamanya semasa waktu pagi persekolahan dan semasa rehat pelajar bagi memastikan semua pelajar mematuhi SOP pembukaan persekolahan. Foto :
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Program : PEMANTAUAN PEMBUKAAN KOLEJ 2021 Tarikh : 30 SEPTEMBER 2021 Tempat : KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Anjuran Unit : EKSA, KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM Laporan Disediakan Oleh : Pn. Lee Wee Yin AJK Pelaksana : 1. Norriyah Abdul Rahman 2. Wan Farina Wan Adib 3. Liana Akmal 4. Mohd Azhar Kadir 5. Muhd Aizat Ismail Ringkasan Aktiviti : Berdasarkan pemantauan yang dibuat mengikut zon menunjukkan persediaan bagi pembukaan semula kolej bagi pengorperasian 3.0 telah dilaksanakan mengikut garis panduan serta peraturan berkaitan kesihatan dan keselamatan. Foto :
Laporan
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Photo
Photo