Kolej Vokasional Shah Alam Sijil penyertaan pelajar Gambar : Video pelajar membina roket Roket yang telah siap Sijil penyertaan pelajar
Kolej Vokasional Shah Alam Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Karnival STEM (Solar Oven Challenge) Tarikh : 1 September 2021 Tempat : Lokasi masing-masing (Laporan video) Penganjur : Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Peringkat Aktiviti : Negeri Penglibatan : Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ Objektif Aktiviti : 1. Merangsang pemikiran pelajar untuk menghasilkan satu model solar oven dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti kotak bagi mengurangkan pembuangan bahan sisa pepejal. 2. Membantu pelajar mengaplikasikan konsep sains yang dipelajari seperti tenaga solar, pantulan cahaya, penebat haba dan sebagainya dalam menghasilkan satu model oven solar yang efisien. 3. Membantu pelajar mengembangkan idea untuk menghasilkan satu video laporan yang kreatif dan menarik yang boleh difahami. Pencapaian / Kedudukan : Tempat ke -5 peringkat Daerah Petaling Perdana (Pertandingan ini diadakan sekaligus di peringkat Daerah dan Negeri) . Impak Aktiviti Aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa tenaga solar adalah tenaga yang boleh diperbaharui dan boleh digunakan sebagai sumber alternatif untuk memasak, menghasilkan tenaga elektrik dan sebagainya. Pelajar juga dapat meneroka ilmu baru dan menjana idea yang kreatif serta inovatif dalam menghasilkan model solar oven dan laporan video yang baik dan difahami oleh sesiapa sahaja yang menontonnya. Rumusan Aktiviti : Secara keseluruhan, aktiviti ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh dua orang pelajar yang dipilih. Walaupun tidak pernah bersemuka, hanya berbincang di dalam “whatsapp group” sahaja, pelajar menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan aktiviti ini. Sikap pelajar yang positif dan sentiasa bertanya serta mudah menerima arahan sangat perlu dipuji. Aktiviti ini wajar diteruskan untuk menambah ilmu pelajar melalui penerokaan ilmu sains.
Kolej Vokasional Shah Alam Gambar : Antara bahan dan langkah kerja yang ditunjukkan dalam video sebagai laporan. Laporan video ini akan digunakan oleh juri untuk menilai markah yang diperolehi. Keputusan pertandingan yang diumumkan pada 6 September 2021 melalui Youtube live Streaming Sijil penyertaan pelajar Sijil Penghargaan yang diberikan kepada guru pembimbing dan pelajar yang menyertai pertandingan ini.
Blok
Laporan
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Program Pengantarabangsaan TVET Malaysia KVSA Bersama SMK Khusus Angkatan Laut -1 (SMK KAL-1), Surabaya, Indonesia (Unit Perhubungan Awam) Tarikh : 28 April 2021 Tempat : Platform Google Meet (Bilik Mesyuarat KVSA) Penganjur : KV Shah Alam Peringkat Aktiviti : Antarabangsa Penglibatan : ✓ Pensyarah ✓ Agensi Lain Yang Terlibat Objektif Aktiviti : 1. Menjalin hubungan kerjasama dengan sekolah di Indonesia untuk berkongsi pengetahuan budaya kerja dan sistem pendidikan. 2. Memperkenalkan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia. 3. Merancang aktiviti perkongsian ilmu untuk pelajar dan pensyarah samada secara maya atau fizikal(tertakluk kepada kes Covid-19). Pencapaian / Kedudukan : 1. Peringkat antarabangsa. 2. Nota Persefahaman (NoU) antara KVSA dan SMK KAL-1. Impak Aktiviti : 1. NoU akan dapat memberi peluang kerjasama dua hala seperti pertukaran pelajar dan lawatan belajar antara dua negara. 2. Menjalin kerjasama terutama dalam Program Pemesinan Industri. 3. Memperkembangan aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) pada masa yang akan datang. 4. Memperolehi nama-nama pihak pengurusan daripada SMK KAL-1 yang boleh dihubungi: i. Drs. Ambar Kristiyanto M. Si -Kepala SMK KAL-1 ii. Karno Setyo Budi, S.Pd, MM M.Pd-Wakil Kepala Sekolah Bidang Sarana Prasarana iii. Ari Sutrijono, S. Pd-Wakil Kepala Sekolah Bidang Kurikulum iv. Munawar, S.Pd-Wakil Kepala Sekolah Bidang Kesiswaan dan Public Relation v. Ali Zuhfrianto, S.T- Kepala Jurusan Teknik Kenderaan Ringan Otomotif vi. Kartini, S.T-Kepala Jurusan Teknik Pemesinan vii. Rio Baroawati, S.T- Kepala Jurusan Teknik Instalasi Tenaga Listrik viii. Dadang Setyono, S.Pd-Kepala Jurusan Teknik Logistik ix. Pety Soelitiyowati, S.Pd-Kepala Tata Usaha Rumusan Aktiviti : Unit Perhubungan awam secara berterusan telah menghubungi wakil SMK KAL-1 untuk berbincang dari aspek tarikh dan pengisian acara.Perlantikan AJK mengikut kepakaran masing-masing dan mesyuarat penyelarasan telah membantu dalam kelancaran majlis. Persediaan Bilik Mesyuarat, kelengkapan ICT, dan PA System Kolej Vokasional Shah Alam
telah menjadikan acara ini bertaraf antarabangsa. Antara pengisian program ialah: i. Nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu kebangsaan Indonesia. ii. Sesi pengenalan dan taklimat daripada KVSA dan SMK KAL-1 iii. Majlis NoU iv. Perbincangan tentang pelaksanaan program bersama. Program ini telah berjaya mencapai visi KVSA iaitu ‘Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang Unggul’. Gambar : Peserta KVSA Google Meet Pengantarabangsaan Barisan pentadbir KVSA dan SMK KAL: (Drs. Ambar Kristiyanto dan Karno Setyo Budi) Sesi soal jawab dan perbincangan tentang program Kerjasama antara MPP KVSA dengan SMK KAL - 1 Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : SEAMEO Forum (Unit Perhubungan Awam) Tarikh : 10 Februari 2021 Tempat : Platform Google Meet (Kediaman Masing-masing) Penganjur : SEA-Vocational Network Peringkat Aktiviti : Antarabangsa Penglibatan : ✓ ✓ Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat Objektif Aktiviti : 1. Menyertai forum untuk berkongsi idea antara sekolah-sekolah di Asia Tenggara. 2. Menonton pembentangan hasil rekacipta dan inovasi daripada sekolahsekolah terpilih. Pencapaian / Kedudukan : 1. Penyertaan Impak Aktiviti : 1. Mengenali pentadbir sekolah daripada negara luar. 2. Memperolehi nombor telefon pentadbir yang boleh dihubungi jika sekiranya ada keperluan untuk berhubung secara langsung. 3. Mendapai idea-idea dalam bidang rekacipta dan inovasi. Rumusan Aktiviti : Admin mendaftar nama ahli dalam Group WhatsApp SEA-Vocational Network Peserta mengikuti perkembangan perbincangan atau menonton ceramah melalui platform Webinar atau Google Meet. Gambar : Penyertaan Pn. Rohana bt Hashim dalam Google Meet Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Mesyuarat JPKA-BPLTV Bil 2/2021 bagi Suku Tahun Pertama Tahun 2021 sehingga Mac 2021 (Unit Perhubungan Awam) Tarikh : 26 April 2021 Tempat : Bilik Mesyuarat KVSA Penganjur : BPLTV Peringkat Aktiviti : Zon Tengah Penglibatan : ✓ Agensi Lain Yang Terlibat Objektif Aktiviti : 1. Mengalu-alukan kehadiran Pn. Hjh Zanariah bt Hj Ahmad, Pengarah BPLTV untuk mempengerusikan mesyuarat. 2. Mengiringi Pengarah melawat persekitaran KVSA. Pencapaian / Kedudukan : 1. Penonton Forum Peringkat Asia Tenggara Impak Aktiviti : 1. KVSA berbesar hati dapat menyediakan Bilik Mesyuarat serta peralatan ICT yang berfungsi dengan baik. 2. Mendapat peluang berinteraksi secara bersemuka dengan Pengarah BPLTV untuk mendapatkan cadangan penambahbaikan KVSA. Rumusan Aktiviti : Membuat persediaan tempat yang konduksif untuk mesyuarat dan menyediakan cenderamata untuk peserta seramai 21 orang termasuk pegawai BPLTV dan Pengarah KV & Pengetua SMT Zon Tengah. Gambar : Sesi ramah mesra di Bilik Pengarah Mesyuarat secara Google Meet Kolej Vokasional Shah Alam
Gambar : Bergambar kenangan Pn Hjh Zanariah bersama Pn Hjh Norhayati di Pusat Sumber KVSA Penyampaian cenderamata kepada Pn Hjh Zanariah di Bilik Mesyuarat Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Lawatan Persediaan Pembukaan 2021 bagi Kolej Vokasional (Unit Perhubungan Awam) Tarikh : 5 Januari 2021 Tempat : KVSA Penganjur : BPLTV Peringkat Aktiviti : Kebangsaan Penglibatan : ✓ ✓ Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat Objektif Aktiviti : 1. Mengalu-alukan kehadiran pasukan pegawai pemantau daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional untuk Lawatan Pemeriksaan Persediaan Pembukaan Institusi Pengajian 2020 untuk memantau persediaan KVSA untuk pembukaan semula kolej pada 20 Januari 2021. 2. Menyediakan keperluan mengikut Borang Pemantauan Kolej Vokasional. 3. Membuat persediaan bilik/tempat untuk dilawati. Pencapaian / Kedudukan : 1. Pemantauan berjalan lancar. 2. Kolej mematuhi aspek-aspek yang dipantau. Impak Aktiviti : 1. Warga KVSA dapat mempraktikkan amalan 3S dan 3W. 2. Pelajar dan pensyarah dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas, bengkel atau makmal dalam keadaan kondusif dan selamat. Rumusan Aktiviti : Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat kolej, membuat persediaan berpandukan Borang Pemantauan Kolej dan mengiringi pegawai pemantau ke lokasi yang berkaitan. Gambar : Mesyuarat penyelarasan peringkat KVSA dipengerusikan oleh Pn Hjh Norhayati Kolej Vokasional Shah Alam
Gambar : Pemantauan oleh pegawai pemantau di Makmal Komputer Bergambar kenang-kenangan pihak pengurusan dan unit perhubungan awam KVSA bersama pegawai pemantau Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Lawatan Lawatan Pengarah BPLTV, Tn. Hj. Azman bin Hj Adnan (Unit Perhubungan Awam) Tarikh : 20 Januari 2021 Tempat : KVSA Penganjur : KVSA Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Mempamerkan keupayaan dan kebolehan warga KVSA untuk menghasilkan suasana yang selesa dan konduksif untuk semua pelajar dan pensyarah. 2. Mempamerkan keistimewaan bilik khas/tempat/projek KVSA secara fizikal. Pencapaian / Kedudukan : 1. Tn. Pengarah sangat berpuas hati dengan hasil lawatan dan menyampaikan ucapan tahniah kepada KVSA. Impak Aktiviti : 1. Mendapat pujian daripada Tn. Pengarah atas komitmen pihak pengurusan dan pensyarah dalam melaksanakan lawatan ini dengan jayanya. 2. Berpeluang mempromosikan projek rekacipta dan inovasi KVSA. Rumusan Aktiviti : Meraikan dan mengiringi kehadiran Pengarah BPLTV untuk meninjau prasarana KVSA, melawat bilik MPP, makmal komputer, melihat Projek Fertigasi Koperasi, dan Projek Auto Disinfectant Tunnel serta menemubual pelajar. Gambar : Projek kimpalan dan ICT Kolej Vokasional Shah Alam
Bergambar kenangan sambil meninjau keceriaan prasarana persekitaran Kolej Vokasional Shah Alam
Rekacipta Jabatan Teknologi Kimpalan-Auto Disinfectant Tunnel Projek Wakaf Rezeki dan Fertigasi Kebun Sayur Koperasi Bilik MPP dan Bilik Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Kursus Protokol dan Etiket Sosial oleh Tn Sophian bin Ab Rahman (Unit Perhubungan Awam) Tarikh : 13 Mac 2021 Tempat : Platform Google Meet di Kediaman Masing-masing Penganjur : KV Kuala Selangor Peringkat Aktiviti : Zon Tengah Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Menimba ilmu pengetahuan tentang protokol dalam majlis rasmi. 2. Mengenalpasti etika berpakaian di suatu majlis tertentu. Pencapaian / Kedudukan : 1. Penyertaan Peringkat Zon Tengah Impak Aktiviti : 1. Menjadi ahli kumpulan Telegram Bahan Kursus Protokol dan Etiket Sosial 2. Mendapat akses bahan kursus berkaitan protokol dan etiket secara digital. 3. Peserta mendapat Sijil Penyertaan. Rumusan Aktiviti : Penerangan penceramah berkaitan protokol dan etiket. Penceramah menggunakan bahan bantu untuk tunjuk cara. Sesi soal jawab secara maya. Gambar : e- banner kursus Kolej Vokasional Shah Alam
Pembentangan dari Google Meet oleh Tn. Hj Sophian bin Ab Rahman Sijil Penyertaan peserta Pn Rohana bt Hashim- Ketua Unit Perhubungan Awam Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Sesi Pembentangan Dari Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Permohonan Pemutihan Bagi Kes Projek Pembangunan Yang Dibina Tanpa Kelulusan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Unit Pembangunan Dan Penyelengaraan Tarikh : 1 Jun 2021 Tempat : Platform Google Meet di Kediaman Masing-masing Penganjur : BPLTV Peringkat Aktiviti : Kebangsaan Penglibatan : ✓ ✓ Pensyarah Agensi lain yang terlibat Objektif Aktiviti : 1. Merancang dan menyelaras permohonan tindakan pemutihan. 2. Memantau perkembangan pengesahan Lampiran C dan slaid pembentangan berkaitan permohonan tindakan pemutihan. 3. Mengenal pasti permohonan tindakan pemutihan untuk dikemaskini; 4. Melengkapkan dan mendokumenkan permohonan Lampiran C dan slaid pembentangan bagi diserahkan kepada pihak urusetia. Pencapaian / Kedudukan : 1. Kolej Vokasional Shah Alam telah membuat 48 permohonan kelulusan pemutihan bagi kes projek pembangunan melibatkan pembinaan dan perubahan infrastruktur kolej. Impak Aktiviti : 1. Program ini memberi peluang Kolej membuat pelaporan dan seterusnya mendapatkan kelulusan bagi program pembangunan yang dijalankan tanpa mendapat kelulusan seperti i. Ubah suai naik taraf (USNT) premis yang melibatkan perubahan struktur bangunan sedia ada. ii. Pembinaan bangunan baharu, tambahan atau gantian. iii. Pertukaran fungsi bangunan sedia ada. iv. Pertukaran fungsi bilik khas, bengkel dan makmal. v. Pembinaan struktur bukan bangunan. Rumusan Aktiviti : Program Pelaporan Pemutihan ini sangat penting supaya tiada lagi isu ke ketidakpatuhan mengikut Seksyen 83 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam Gambar :
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Ziarah Cakna & Guru Penyayang (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 22 Januari 2021 hingga 23 Januari 2021 Tempat : Kediaman Pelajar Penganjur : UPK & HEP Peringkat Aktiviti : KV Shah Alam Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Menjalinkan ukhwah dengan keluarga pelajar untuk menujukkan empati dan keprihatinan pihak sekolah dengan masalah pelajar 2. Mengukuhkan nilai guru penyayang dengan saling bekerjasama antara guru dengan ibu bapa.. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Seramai 23 orang pelajar terlibat dalam program ini lebih mengutamakan hubungan antara pihak sekolah dan juga ibu bapa pelajar. Rumusan Aktiviti : Hubungan yang ingin dipupuk ini adalah menerusi lawatan pihak sekolah sama ada guru atau pentadbir ke rumah pelajar secara berfokus. Guru atau pihak sekolah boleh memilih untuk pergi ke rumah pelajar yang mempunyai masalah ataupun mengunjungi rumah pelajar yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Kunjungan guru-guru kaunseling membawa rezeki untuk dikongsi bersama ke rumahrumah pelajar yang kurangberkemampuan Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Motivasi Stress & Depress (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : Bulan Februari 2021 Tempat : Kolej & Kediaman Pelajar Penganjur : UPK Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Membentuk pelajar yang seimbang fizikal, mental dan emosi dalam menghadapi norma baharu. 2. Mewujudkan pelajar yang mempunyai kemahiran psikososial dan interpersonal yang positif Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Semua pelajar 1 SVM dan 1 DVM yang sedang mengikuti PDPR. Tips dan cara mengatasi masalah dalam pembelajaran Rumusan Aktiviti : Setiap 5-10 minit matapelajaran pertama setiap hari kaunselor ditugaskan untuk menyampaikan selingan motivasi, tips dan persediaan pelajar sebelum matapelajaran bermula disetiap kelas. Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : We Share We Care (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 8 Februari 2021 Tempat : KV Shah Alam Penganjur : UPK Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Menyediakan beberapa kelengkapan alat tulis pelajar 2. Mewujudkan hubungan yang baik antara pelajar dan guru dalam meningkatkan keyakinan pelajar. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Galakan dan penghargaan dalam hubungan pelajar. Rumusan Aktiviti : Program ini adalah sokongan moral dan sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar. Gambar : - Penyerahan set alatulis kepada pelajar oleh Pn Hjh Norhayati, Pengarah KVSA Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Inreach & Penetapan Matlamat (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 15 Februari 2021 Tempat : KV Shah Alam & Kediaman Pelajar Penganjur : UPK Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Menyampaikan informasi terkini TVET & BPLTV 2. Penetapan matlamat pelajar dalam pengurusan kerjaya 3. Motivasi mindsetting positif pelajar.. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Penetapan matlamat di peringkat awal semester meletakkan pelajar lebih bersedia dalam menjalani pdp. Rumusan Aktiviti : Program ini bertujuan memberi maklumat dan sebaran am dalam informasi terkini berkaitan program tvet & kerjaya. Kaunselor inreach ke semua kelas dan membuat brainstorming dan soal selidik melihat sejauhmana pengetahuan pelajar selama ia berada di kolej vokasional. Gambar : - Penerangan berkaitan TVET dan kerjaya kepada pelajar oleh kaunselor Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Minggu Haluan Pelajar 1 SVM (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 6 April 2021 hingga 9 April 2021 Tempat : KV Shah Alam Penganjur : UPK Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Membentuk pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi 2. Membentuk pelajar yang bermatlamat, bermotivasi dan bersedia dengan budaya tvet 3. Mewujudkan kemahiran penyesuaian diri dan berinformasi program TVET. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Penyediaan pelajar dalam menghadapi situasi baharu, pembelajaran baharu. Rumusan Aktiviti : Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar baharu tentang budaya di vokasional secara khusus dan tvet secara umum. Pelajar dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti penyesuaian diri, penyelesaian masalah, komunikasi dan kemahiran psikososial yang lain. Pelajar juga diberi segala maklumat dan informasi kerjaya supaya pelajar faham tentang program dan kursus dipilih. Gambar : En Nor Azman Marjuki dan sedang menyampaikan taklimat sempena Minggu Haluan Pelajar Baharu 1SVM diSurau Asrama dan dibantu oleh beberapa orang pensyarah Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Persediaan Ke Alam Kerjaya (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 16 Jun 2021 hingga 18 Jun 2021 Tempat : Kolej dan Kediaman Pelajar Penganjur : UPK dan MS Universiti Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Pelajar – pelajar mengetahui mengenai minat kerjaya masing-masing. 2. Pelajar –pelajar diberi pendedahan dalam menguasai bidang kerjaya yang diceburi 3. Pelajar-pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai maklumat dalam bidang sesuatu kerjaya. 4. Pelajar diberikan bimbingan cara kemahiran membuat resume, temuduga dan personaliti grooming. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Penyediaan pelajar dalam menghadapi dunia kerjaya yang sebenar melalui maklumat dan informasi terkini. Pelajar juga ditekankan bersedia dalam menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar. Rumusan Aktiviti : Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara bagaimana menghadapi temuduga secara efektif, cara membuat resume pilihan majikan dan grooming personaliti dari kekemasan diri dan gaya personaliti unggul. Gambar : Print Screen sebahagian daripada sesi ceramah tentang kerjaya melalui Google Meet Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Lawatan Pengarah BPLTV Dalam Persediaan UPK (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 18 Januari 2021 Tempat : KV Shah Alam Penganjur : UPK dan BPLTV Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Penyediaan UPK dalam menangani pelajar PDPR. 2. Lawatan persediaan KV. 3. Keberkesanan upk dalam isu-isu pelajar . Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Lawatan pengarah memberi impak yang positif dalam motivasi peningkatan kerjaya kaunselor. Rumusan Aktiviti : Lawatan ini bertujuan melihat sejauhmana kv bersedia dalam menangani pdp bentuk norma baharu. Upk juga tidak terlepas bersama-sama mematuhi sop dan inovasi yang dijalankan upk dalam membantu dan membimbing pelajar. Gambar : Lawatan Tn. Hj. Azman ke Bilik Kaunseling Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Bicara Selebriti (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 18 Februari 2021 Tempat : KV Shah Alam Penganjur : UPK KVSP 1 dan KV Peringkat Aktiviti : Kolej Vokasional Seluruh Malaysia Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pengucapan awam. 2. Memberi pendedahan tentang imej dan penampilan. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Memberi impak yang positif dan kefahaman pelajar dalam keterampilan yang baik. Rumusan Aktiviti : Bicara selebriti ini bertujuan memberi informasi dan perkongsian dari beberapa orang personaliti dari rancangan hiburan dan berita menerangkan pentingnya imej dan penampilan dalam sesebuah kerjaya. Walau dalam bidang vokasional dan kemahiran, personaliti unggul juga dilihat sebagai satu faktor luaran untuk lebih berjaya dalam bidang- bidang tertentu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional dan konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab- adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Pn Hjh Norhayati mempengerusikan ceramah tentang penampilan diri dalam Bilik Mesyuarat Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Kursus PRS Peringkat Muda Zon KL / Selangor (Unit Psikologi & Kerjaya) Tarikh : 3 Julai 2021 dan 10 Julai 2021 Tempat : Platform Google Meet di Kediaman Masing-masing Penganjur : Majlis Guru Kaunseling Zon KL / Selangor / KVSA Penyelaras Peringkat Aktiviti : Kolej Vokasional Zon Selangor Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Mewujudkan satu kumpulan pemimpin pelajar yang dinamik dan saling bekerjasama. 2. Meningkatkan kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya Kolej Vokasional. 3. Meningkatkan tahap PRS dari tahap bongsu ke tahap muda. 4. Mengupayakan PRS untuk membantu Kaunselor melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih baik di Kolej Vokasional. Pencapaian / Kedudukan : - Impak Aktiviti : 1. Melahirkan satu kumpulan pemimpin pelajar yang dinamik, berketrampilan, bertanggungjawab, kreatif dan cemerlang dalam semua bidang. Rumusan Aktiviti : Bagi melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti, sokongan dan kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak amat diperlukan khususnya daripada para guru dan ibu bapa serta masyarakat setempat. Tanpa kerjasama daripada mereka, samada secara langsung mahupun tidak langsung, pihak MGK Zon Tengah tidak dapat melaksanakan kursus ini dengan jayanya apatah lagi untuk mencapai matlamat seperti yang ditetapkan. Justeru, penglibatan semua pihak adalah amat diharapkan dan dihargai. Kursus ini juga tidak akan bermakna dan tidak mungkin mencapai matlamat sekiranya para pemimpin pelajar tersebut tidak dapat menunjukkan sikap dan ciriciri kepimpinan yang baik serta tidak berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
e-banner mempromosikanKursus PRS Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : KVWiFi (Kolaborasi antara KVSA dengan PIBG) (Unit Teknologi Maklumat) Tarikh : Sepanjang Tahun Tempat : Seluruh Kolej Vokasional Shah Alam Penganjur : PIBG, Unit Teknologi Maklumat dan Asia Techbiz Sdn. Bhd. Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Sentiasa digunakan dan diselenggarakan jika ada sebarang masalah teknikal. Pencapaian / Kedudukan : 1. Sentiasa digunakan dan diselenggarakan jika ada sebarang masalah teknikal. Impak Aktiviti : 1. Perkhidmatan WiFi dapat digunakan dengan lancar. Rumusan Aktiviti : Projek KVWiFi ini adalah kolaborasi antara Kolej Vokasional Shah Alam dan PIBG bersama Asia Techbiz Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk memperluaskan perkhidmatan WiFi keseluruh kolej, dan juga memenuhi keperluan MQA. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Projek BPLTV-Pembekalan Komputer Peribadi Secara Sewaan kepada 57 Buah Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik (Unit Teknologi Maklumat) Tarikh : Julai 2020 – Mei 2021 Tempat : KV Shah Alam Penganjur : BPLTV Peringkat Aktiviti : Kebangsaan Penglibatan : ✓ ✓ Pensyarah Agensi lain yang terlibat Objektif Aktiviti : 1. Membekalkan komputer peribadi secara sewaan kepada kolej vokasional yang terpilih (57 buah). Pencapaian / Kedudukan : 1. 54 buah komputer peribadi dibekalkan kepada Kolej Vokasional Shah Alam mengikut pembahagian yang berikut: i. Makmal AutoCAD (Teknologi Kimpalan) – 31 buah ii. Makmal Pengurusan Laman Web dan Pangkalan Data – 16 buah iii. Makmal Sistem Komputer dan Rangkaian – 5 buah iv. Jabatan Penilaian dan Pentaksiran – 2 buah Impak Aktiviti : 1. Bekalan komputer peribadi secara sewaan ini dapat menampung ketidakcukupan komputer untuk kegunaan pentadbiran dan PdP dalam program yang terlibat. Rumusan Aktiviti : Sebanyak 54 buah komputer peribadi telah selesai diagihkan, dipasang dan sedia digunakan dalam lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti. Gambar : Penerimaan dan agihan komputer peribadi kepada jabatan-jabatan akademik di KVSA Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Bantuan Teknikal (ICT) Kepada Setiap Aktiviti/Program Kolej (Unit Teknologi Maklumat) Tarikh : Sepanjang Tahun Tempat : Kolej Vokasional Shah Alam Penganjur : Kolej Vokasional Shah Alam Peringkat Aktiviti : Kebangsaan Penglibatan : ✓ Pelajar Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat ✓ ✓ Objektif Aktiviti : 1. Setiap aktiviti/program kolej dilaksanakan dengan lancar. Pencapaian / Kedudukan : 1. Sentiasa memastikan masalah teknikal berkaitan ICT dapat diselesaikan bagi melancarkan aktiviti/program kolej. Contoh program adalah Webinar Bersama Bank Muamalat, Live Bacaan Yassin bagi Pelajar Menghadapai Peperiksaan Akhir, Webinar Bersama Unit Perhubungan Awam dengan Agensi Luar Negara (NOU), Majlis Penyerahan Skrol Diploma Kolej Vokasional, Mesyuarat-mesyuarat Rasmi yang menjadikan kolej sebagai tuan rumah dan sebagainya. Impak Aktiviti : 1. Melancarkan aktiviti/program kolej. Rumusan Aktiviti : Membantu secara langsung dan tidak langsung dalam sebarang aktiviti teknikal (ICT) untuk melancarkan aktiviti/program dikolej. Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Jom Baca Bersama 10 Minit (Unit Pusat Sumber) Tarikh : 22 April 2021 Tempat : Sekitar KV Shah Alam Penganjur : Unit Pusat Sumber Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Memupuk minat membaca di kalangan warga KV Shah Alam. 2. Menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup. 3. Melahirkan masyarakat yang berbudaya membaca dan berilmu. Pencapaian / Kedudukan : 1. Warga KV Shah Alam meluangkan masa 10 minit untuk aktiviti membaca Impak Aktiviti : 1. Memberi kesedaran kepada semua warga KV Shah Alam pentingnya amalan membaca. Rumusan Aktiviti : Aktiviti jom membaca bersama 10 minit di kalangan warga KV Shah Alam harus diteruskan pada setiap tahun bagi mendorong warga KVSA cintakan budaya membaca. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Pelajar, pensyarah dan AKP meluangkan masa 10 minit untuk aktiviti membaca Poster Jom Baca Bersama 10 minit KV Shah Alam Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Penyusunan Buku Bersama Jawatankuasa Kerja (Unit Pusat Sumber) Tarikh : 23 Februari 2021 hingga 12 Mac 2021 Tempat : Pusat Sumber KVSA Penganjur : Unit Pusat Sumber Peringkat Aktiviti : Unit Penglibatan : ✓ Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Memberi pendedahan kepada jawatankuasa kerja, cara penyusunan buku mengikut Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey. 2. Memupuk semangat kerjasama antara jawatankuasa. 3. Memudahkan pengguna pusat sumber mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara merujuk kepada nombor pengelasan yang diperlukan. Pencapaian / Kedudukan : 1. Buku pusat sumber berjumlah 11 440 telah disusun kembali di rak mengikut sistem pengelasan dewey. Impak Aktiviti : 1. Memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat dan teratur Rumusan Aktiviti : Sistem pengelasan adalah proses mengorganisasi bahan-bahan mengikut bidang, mata pelajaran, perkara dan topik. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Jawatankuasa kerja sedang menyusun buku-buku di bantu oleh pekerja pembersihan Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Susun Atur Kelengkapan Dalaman Pusat Sumber (Unit Pusat Sumber) Tarikh : 15 Mac hingga 26 Mac 2021 Tempat : Pusat Sumber Penganjur : Unit Pusat Sumber Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pensyarah Agensi Lain Yang Terlibat Objektif Aktiviti : 1. Mewujudkan ruang minimalis yang mesra untuk rujukan dan pembacaan. 2. Membina kerjasama yang baik antara unit pusat sumber, pensyarah dan alumni. 3. Menjadikan pusat sumber sebagai tempat pelajar mendapatkan maklumat, berbincang, berdebat dan lain-lain. Pencapaian / Kedudukan : 1. Pusat sumber yang lebih moden dan minimalis dapat diwujudkan bagi menarik pengguna melakukan pelbagai aktiviti. Impak Aktiviti : 1. Pusat sumber dapat dijadikan sebagai sumber literasi maklumat kepada warga KV Shah Alam. Rumusan Aktiviti : Perubahan yang berterusan perlu dalam merealisasikan pusat sumber KVSA menuju pusat sumber abad ke 21 (PSA21). Gambar : - Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Program Sanitasi dan Disinfeksi Kolej Kediaman (Unit Kolej Kediaman) Tarikh : 16 Januari 2021 Tempat : Kolej Kediaman KVSA Penganjur : Unit Pengurusan Asrama Peringkat Aktiviti : Kolej Kediaman KVSA Penglibatan : ✓ ✓ Warden Agensi Lain Yang Terlibat Objektif Aktiviti : 1. Memastikan operasi sanitasi awam COVID-19 yang dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. 2. Memastikan sanitasi yang dilaksanakan memberi impak positif kepada warga kolej kediaman. 3. Memastikan tahap kebersihan kolej kediaman adalah tinggi sebelum kemasukan pelajar asrama. Pencapaian / Kedudukan : 1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Shah Alam melaksanakan sanitasi bagi membasmi penularan jangkitan COVID-19. Impak Aktiviti : 1. Program Sanitasi dan Disinfeksi Kolej Vokasional Shah Alam oleh pasukan bomba. Proses sanitasi dijalankan sebagai persediaan awal untuk kemasukan pelajar nanti. 2. Memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula. Rumusan Aktiviti : Sanitasi dijalankan di seluruh kawasan kolej kediaman termasuk surau, asrama, dewan makan, kuarters kediaman dan juga bilik pengurusan kolej kediaman. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Suasana semburan sanitasi di asrama oleh ahli bomba Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Pendaftaran Pelajar Baru 1 SVM (Unit Kolej Kediaman) Tarikh : 6 April 2021 Tempat : Kolej Kediaman KVSA Penganjur : Unit Pengurusan Asrama Peringkat Aktiviti : Kolej Kediaman KVSA Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Mendaftarkan pelajar asrama tahun 1 yang akan memulakan sesi persekolahan pada tahun semasa. 2. Untuk membuat pengesahan pendaftaran pelajar baru dan persediaan awal pengurusan kelas serta persiapan pdp. 3. Memberi taklimat dan penerangan kepada ibu bapa dan penjaga tentang perjalanan persekolahan dan asrama anak-anak. Pencapaian / Kedudukan : 1. Pendaftaran asrama berjalan dengan lancar mengikut SOP yang ditetapkan. Ibu bapa memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengikut langkah-langkah SOP. Impak Aktiviti : 1. Perjalanan perdaftaran pelajar baru tahun 1 mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Pelajar dapat mendaftar dengan teratur dan sistematik mengikut norma baharu. Rumusan Aktiviti : Taklimat pengurusan kolej kediamandan taklimat warden kepada ibu bapa dan murid Pendaftaran dan semakan iventori murid asrama di dorm mengikut penempatan yang ditetapkan dan jualan barang persediaan asrama oleh Koperasi KVSA. Gambar : - Kolej Vokasional Shah Alam
Mengalu-alukan kemasukan pelajar-pelajar baharu 1SVM ke kolej kediaman Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Orientasi 1 SVM 2021 (Unit Kolej Kediaman) Tarikh : 7 April 2021 hingga 9 April 2021 Tempat : Surau AL- Falah dan Dewan Makan KVSA Penganjur : Unit Pengurusan Kolej Kediaman Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ Pelajar Objektif Aktiviti : 1. Memberi penerangan dan panduan kehidupan harian di asrama kepada pelajar-pelajar asrama dalam suasana norma baharu. 2. Mewujudkan hubungan kerjasama antara pelajar. 3. melahirkan warga asrama yang berkualiti. 4. melahirkan warga asrama yang mempunyai nilai modal insan yang tinggi. 5. membina ketahanan mental, fizikal dan memantapkan disiplin diri pelajar asrama. 6. Mewujudkan golongan yang boleh menjadi penyumbang ke arah pembentukan asrama gemilang. Pencapaian / Kedudukan : 1. Program ini dapat dijadikan medium untuk pelajar-pelajar saling berkenalan dan memahami peraturan-peraturan asrama yang harus dipatuhi. Impak Aktiviti : 1. Melalui strategi, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh pengurusan asrama adalah sangat diharapkan pelajar-pelajar dapat menghadapi pembelajaran dengan lebihselesa. Disamping dapat mengamalkan budaya hidup yang cemerlang pada masa hadapan, berakhlak mulia, berhemah tingg dan cerdas. Rumusan Aktiviti : Program ini dapat dijadikan medium untuk pelajar saling berkenalan dan memahami peraturan-peraturan asrama yang harus dipatuhi. Program orientasi ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memupuk semangat kekeluargaan dan silaturrahim warga asrama. Gambar : Kolej Vokasional Shah Alam
Taklimat kepada pelajar-pelajar baharu di Dewan Makan oleh Pn Hjh Norhayati. Turut hadir ialah barisanpengurusan KVSA Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : Majlis Khatam Al- Quran (Unit Kolej Kediaman) Tarikh : 5 Mei 2021 Tempat : Surau Al-Falah KVSA Penganjur : Unit Pengurusan Kolej Kediaman Peringkat Aktiviti : Kolej Kediaman KVSA Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Warden Objektif Aktiviti : 1. Memupuk keyakinan terhadap bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan. 2. Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar. 3. Menarik minat untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Pencapaian / Kedudukan : 1. Memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam di samping untuk memahirkan bacaan Al-Quran di kalangan pelajar asrama. 2. Dapat meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran di kalangan generasi muda. Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah seterusnya mendidik dan melatih pelajar untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Impak Aktiviti : 1. Menanam tanggungjawab serta rasa cinta terhadap kitab suci Al Quran dikalangan pelajar asrama Kolej Vokasional Shah Alam. 2. Membolehkan murid-murid memperdengarkan bacaan mereka dengan betul 3. kejayaan murid-murid yang terlibat dalam menamatkan program tadarus di asrama. Rumusan Aktiviti : Program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi celik Al-Quran. Kolej Vokasional Shah Alam
Gambar : - Kolej Vokasional Shah Alam
Majlis Khatam Quran pelajar yang turut dimeriahkan dengan kehadiran guru warden di Surau Asrama Kolej Vokasional Shah Alam
Nama Kolej : Kolej Vokasional Shah Alam Tajuk Aktiviti : PDP PKP 2021(Unit Hal Ehwal Pelajar) Tarikh : 20 Januari 2021 hingga 22 Januari 2021 Tempat : Kolej Vokasional Shah Alam Penganjur : Unit Hal Ehwal Pelajar Peringkat Aktiviti : Kolej Penglibatan : ✓ ✓ Pelajar Pensyarah Objektif Aktiviti : 1. Melatih pelajar supaya bersedia dengan SOP pembelajaran yang baru. 2. Mengelakkan penularan Covid-19 di Kawasan kolej. 3. Memenuhi slogan KKM iaitu “Kita Jaga Kita”. 4. Meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa tetapi dalam norma baru. 5. Memastikan pelajar mematuhi dan akur dengan SOP Pandemik Covid-19 sepertimana arahan KPM. 6. Memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa dan selamat semasa di kolej. Pencapaian / Kedudukan : 1. Program berjalan lancar dengan kerjasama yang padu oleh semua AJK Pendaftaran mengikut SOP. 2. Semua SOP diikuti dan dipatuhi dengan baik oleh pihak kolej dan juga pelajar. 3. Pelajar yang mendaftar dapat mendengar arahan dengan baik dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak kolej. Impak Aktiviti : 1. Mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat mengikut SOP yang ditetapkan. 2. Mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak kolej dengan ibu bapa. 3. Mengamalkan SOP dan memegang slogan “Kita Jaga Kita” bagi memerangi wabak Covid-19 bersama. Rumusan Aktiviti : PDP PKP 2021 telah mendedahkan pelajar dengan norma baru pembelajaran di kawasan kolej iaitu mereka harus melakukan proses pengambilan suhu terlebih dahulu di kawasan sebelah Dewan Alam Sarjana sebelum dibenarkan masuk ke kawasan kolej. Setelah suhu mereka diambil dan tidak mengalami sebarang gejala, pelajar dikehendaki untuk melakukan proses sanitasi diri terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan PDP bagi mengelakkan berlakunya jangkitan COVID19 menular di kawasan kolej. Pelajar juga diajar untuk beratur sejauh 1 meter diantara satu sama lain semasa melakukan pengimbasan kehadiran ke kolej di laluan tepi pejabat. Manakala proses pembelian makanan oleh pelajar juga akan dilakukan secara pesanan pada wakil kelas sahaja dan wakil kelas akan melakukan tempahan pembelian di kantin kolej. Secara keseluruhannya, pelajar berjaya menyesuaikan diri dengan norma baru bagi meneruskan proses pembelajaran di Kolej Vokasional Shah Alam. Kolej Vokasional Shah Alam
Gambar : Proses semasa kehadiran ke kolej Kolej Vokasional Shah Alam