M E LO DI MahasiswaDisunting oleh Norshila Shaifuddin Wan Satirah Wan Mohd Saman Hazeq Daniel b. Wan Hairur Rizal Nurul Syuhada Mokhtar Nur Syazleena Hasni Zilani Nur Falihah Akmar Nor Azli
M E LO DI MahasiswaPersatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA) 2024 Disunting oleh Norshila Shaifuddin Wan Satirah Wan Mohd Saman Hazeq Daniel b. Wan Hairur Rizal Nurul Syuhada Mokhtar Nur Syazleena Hasni Zilani Nur Falihah Akmar Nor Azli
Cetakan © Editor & Panel Penulis Hak Cipta Terpelihara Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran daripada penerbit. Diterbitkan dan diedarkan oleh: Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA) MELODI MAHASISWA/ EDITOR PENGURUSAN: ISBN 978-629-97981-1-8 Perpustakaan Negara Malaysia
Editor Pengurusan Muhammad Mirza Syafiq bin J Mizan Muhd Adib Najmi bin Ahmad Jalani Abdul Halim bin Abdul Razak Editor Kandungan Nurul Syuhada binti Mokhtar Mohamad Suhaili bin Sukar Nurul Ain binti Mohd Shukri Nurul Izzati binti Ayazi Norfatin Nabiha binti Roslan Nur Insyirah binti Zulkiply Anisyah Husnadifitri binti Amri Nursyazlin binti Muhmad Hapizi Ahmad Amirrul Aidil bin Mohd Safri Aiman Rahimie bin Roslan Azfar Azhar bin Ahmad Tarmizi Nurfatin Nabila binti Husaini Amirul Hazim bin Rosidi Pembaca Pruf Nur Syazleena Hasni binti Zilani Siti Nurul Najwa binti Mohd Johar Nur Anis Aqilah binti Mohd Kasim Adhwa Syafiqah binti Mohd Shahar Wahidatul Aqilah binti Nasrin Nur Izatul Shahirah binti Mohd Fauzi Fairuz Fazillah binti Zulkaflee Nurul Amira binti Amadam Nurul Nabilah binti Mohamad Radzi Nur Ain Azeli binti Azeli Shah Nur Amirah Nazihah binti Mohd Nazrin Tuan Nur Amirah Safiah binti Tuan Almadi Pereka Grafik Nur Falihah Akmar binti Nor Azli Anaz Nur Illyiin binti Azman Mohamad Hariz bin Ehsan Nur Farah Ayuni binti Norizlanin Wardati Najihah binti Noruzi
Mukadimah Norshila binti Shaifuddin Pensyarah subjek IML601 Penerbitan dan Produksi Bahan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan buku berjudul "Melodi Mahasiswa," yang merupakan sebahagian daripada keperluan penilaian kursus Penerbitan (IML601). Buku ini menyajikan kisah-kisah tentang pelbagai pengalaman suka dan duka yang dialami oleh para mahasiswa semasa menuntut ilmu di universiti. Ia mencakupi pelbagai cabaran, motivasi diri, dan peristiwa yang mungkin menjadi kenangan indah dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar. Setiap melodi yang terdapat dalam buku ini adalah unik, melambangkan perjalanan hidup yang penuh warna, terdiri daripada kisah-kisah yang merentasi berbagai emosi dan cabaran. Dari kejayaan hingga cabaran yang menguji ketahanan, "Melodi Mahasiswa" bertujuan menyatukan pelbagai pengalaman menjadi satu harmoni yang indah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penulis yang telah berkongsi kisahkisah mereka, memberikan warna dan kepelbagaian kepada buku ini. Semoga setiap kisah yang terdapat di sini dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada pembaca, khususnya mereka yang sedang merentasi perjalanan kehidupan universiti. Semoga "Melodi Mahasiswa" dapat menjadi teman setia anda dalam merentasi pelbagai peristiwa dalam kehidupan universiti. Selamat membaca dan semoga anda mendapati hikmah dan inspirasi dari setiap melodi yang terpahat dalam halaman ini.
Isi Kandungan 13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 15 14 63 8 13 17 22 26 30 35 40 44 50 55 59 71 67 Mengubah Cabaran Menjadi Peluang: Inspirasi di Kampus Abdul Halim bin Abdul Razak Berdamai Dengan Takdir Adhwa Shafiqah binti Mohd Shahar Terkapai Sebelum Tercapai Ahmad Amirrul Aidil bin Mohd Safri Ar-Rahim Aiman Rahimie bin Roslan Kegagalan Bukanlah Pengakhiran Amirul Hazim bin Rosidi Sandiwara Program Anaz Nur Illyiin binti Azman Melangkah Lebih Jauh Anisyah Husnadifitri binti Amri Terpaling Pelajar Azfar Azhar bin Ahmad Tarmizi Ijazah Untuk Nenek Fairuz Fazillah binti Zulkaflee Putaran Roda Hazeq Daniel bin Wan Hairur Rizal Nostalgia Mohamad Hariz bin Ehsan Kehidupan VS Kehidupan Mohamad Suhaili bin Sukar Anda Tidak Berjalan Bersendirian Muhammad Adib Najmi bin Ahmad Jailani Takdir Yang Tertulis Muhammad Mirza Syafiq bin J Mizan Perjalananku Seorang Pelajar Norfatin Nabiha binti Roslan
32 Perjalanan yang Telah Tertulis Wardati Najihah binti Noruzi 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 16 31 34 33 18 17 89 96 100 76 84 80 Rentang Pendidikan: Melewati Dugaan dan Membentuk Diri Wahidatul Aqilah binti Nasrin Secebis Kisah Kehidupanku di Universiti Nurul Nabilah binti Mohamad Radzi Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Tuan Nur Amirah Safiah binti Tuan Almadi Memori Nurul Syuhada binti Mokhtar Terbang ke Lautan Syukur Siti Nurul Najwa binti Mohd Johar Gagal Bukan Akhir, Tetapi Mula Nurul Izzati binti Ayazi Luahan Anak Sulong Nurul Amira binti Amadam Nilai Sebuah Maaf Nurul Ain binti Mohd Shukri Lelah Yang Dirindui Nur Syazlin binti Muhmad Hapizi Rencana Takdir Jiwa Seni Nurfatin Nabila binti Husaini Ritma Ilmu Nur Syazleena Hasni binti Zilani Aku Graduan PKP Nur Izatul Shahirah binti Mohd Fauzi Perjalanan Hidup Seorang Mahasiswa: Dari Pandemik hingga ke Kampus Universiti Nur Insyirah binti Zulkiply Melalui Detik-Detik Kehidupan Nur Farah Ayuni binti Norizlanin Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaran Nur Falihah Akmar binti Nor Azli Mengukir Hikmah di Litar Ilmu Nur Anis Aqilah binti Mohd Kasim Takdir di Dinding Kolej Nur Amirah Nazihah binti Mohd Nazrin Mengejar Mimpi Nur Ain binti Azeli Shah 105 113 118 123 132 139 144 150 154 160 164 174 179
Abdul Halim bin Abdul Razak Mengubah Cabaran Menjadi Peluang: Inspirasi di Kampus 8 “Alhamdulillah, aku berjaya” jerit aku seorang diri selepas membaca e-mel dari telefon bimbitku. Ibu yang berada di dapur terkejut dengan jeritan aku dan menghampiri aku. Aku terus memeluk ibu dan memaklumkan berita gembira tersebut. Ibu sungguh gembira lalu terus menelefon ayah. Alhamdulillah, permohonan aku berjaya. Bermulalah episod baru dalam kehidupanku. Aku mendaftar sebagai pelajar baru. Sejak dari itu, aku menjadi sebahagian dari warga Pusat Pengajian Sains Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UITM) Kampus Puncak Perdana. Kampus Puncak Perdana ini ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai kampus satelit Shah Alam dan kampus ini menawarkan dua program pengajian akademik iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Filem, Teater & Animasi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan kini aku telah melewati lima semester. Kini, aku berada di semester enam.
1 Mengubah Cabaran Menjadi Peluang: Inspirasi di Kampus Semester ini merupakan semester yang ke-enam bagiku dalam universiti ini. Sepanjang aku berada disini, banyak pengalaman yang aku lalui baik manis maupun pahit. Aku bertemu dengan rakan seperjuangan yang datang dari pelusuk rantau yang dekat dan jauh, bersama-sama memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang mahasiswa. Kerjasama antara kami bukan sekadar simbol persahabatan, tetapi juga sama-sama menempuh cabaran akademik. Kami juga merupakan harapan yang tinggi buat ibu dan ayah di kampung halaman. Bagi tidak mengecewakan mereka, aku perlu belajar bersungguhsungguh demi masa hadapan dan harapan ibu ayah. Begitulah perjalanan hidupku dari mula menjejaki UiTM hingga kini. Banyak pengalaman yang aku tidak boleh lupakan. Namun, ada beberapa peristiwa yang amat terkesan yang kurasakan sehingga kini. Kisah bermula disini, iaitu ketika aku mula-mula berada di semester 3. Ketika ini kami sudah mula belajar secara “hybrid” iaitu, pembelajaran secara bersemuka dan kadangkala secara “online”. Hal ini, kerana dunia sedang dilanda wabak covid-19 dan ketika ini hampir semua urusan dilakukan secara “online”. Selama aku belajar secara “online” sememangnya aku sudah mempunyai “Group Assignment”. Walaupun aku ahli baru, namun aku serasi dan selesa dalam kumpulan ini kerana setiap ahli dalam kumpulan ini sangat memahami antara satu sama lain dan sangat komited terhadap pembelajaran. Namun apabila aku memasuki semester 3, terdapat satu kursus elektif yang aku perlu hadiri secara fizikal atau bersemuka. Pihak UITM telah memberikan kelonggaran kepada para pelajar untuk menginap di asrama kampus. Aku telah bersetuju untuk membuat keputusan tinggal di kampus. Hal ini kerana, aku sangat teruja untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekelasku. 9
1 Mengubah Cabaran Menjadi Peluang: Inspirasi di Kampus Bermulakah fasa baru dalam hidupku sebagai seorang pelajar, aku perlu berjauhan dengan keluarga. Pelbagai perasaan timbul, gembira bercampur sedih. Mana tidaknya, tiba-tiba aku perlu masuk ke kolej, dalam masa yang sama teruja untuk bertemu rakan-rakan yang selama ini hanya bertemu di alam maya. Walaupun kami berjauhan, hubungan aku dan rakan-rakan sangat akrab. Namun segalanya berubah, selepas selepas sesi kuliah bersemuka bermula, kerja kursus berkumpulan hanya terhad kepada empat orang. Hal ini berbeza dengan kumpulan sebelum ini yang ahlinya seramai 5 orang. Salah seorang dari kami harus disingkirkan. Hal ini menjadikan aku berasa sedikit cuak dan curiga, bimbang kalau aku tidak lagi bersama rakan sekumpulanku. Cumanya, aku menyedari bahawa aku adalah ahli baru dalam kumpulan itu sedangkan rakan-rakan yang lain adalah merupakan ahli yang telah lama bertapak dalam kumpulan tersebut sejak dari semester satu. Gerak hati aku dapat merasakan yang aku mungkin akan dikeluarkan daripada “group assignment” ini. Betullah sangkaanku. Kini aku perlu mencari ahli kumpulan baru. Walaupun perkara ini nampak mudah, namun ianya menjadi masalah besar bagi diriku. Aku perlu menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru. Mungkin ini akan mengambil masa yang lama. Aku juga bimbang jika keputusan peperiksaan aku merosot. Entahlah, bermacammacam perkara yang bermain di pikiranku. Akhirnya aku berjaya membentuk satu kumpulan baru. Seperti yang telah kujangka, kumpulan baru ini tidak seperti kumpulan lama aku. “Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Aku menghadapi masalah dalam membuat tugasan, kerana tiga rakanku dalam kumpulan ini tidak memberikan komitmen dan kurang bertanggungjawab. Mereka tidak memberikan maklum balas yang sepatutnya, apabila diminta bersama untuk berbincang dalam kumpulan dan ketika ingin menyiapkan tugasan. Aku seolah-olah bekerja seorang diri. Ketika ini aku mencari bahan dan sumber dalam internet seorang diri. 10
1 Mengubah Cabaran Menjadi Peluang: Inspirasi di Kampus Aku juga sering berjumpa dan bertanya dengan rakan-rakan lain dan pensyarah tentang tugasan yang diberikan. Pada ketika ini, barulah aku tahu bertapa perit dan sukarnya membuat kerja berseorangan tanpa dibantu oleh ahli kumpulan yang lain. Aku perlu lakukan sesuatu untuk mengubah sikap rakan-rakanku. Aku ditakdirkan berada di dalam kumpulan ini atas kehendakNYA. Aku teringat sebuah ayat Al-Quran, surah Al Baqarah, 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Berpegang dengan ayat ini, aku yakin aturan Allah swt itu adalah yang terbaik untuk diriku. Sepanjang pengajianku, jarang sekali memegang jawatan penting apatah lagi sebagai ketua kumpulan. Kisah aku dan ahli kumpulan baru ini merupakan “turning point” buat aku dalam melaksanakan tanggungjawab dalam kerja berpasukan. Aku perlu membina jati diri dan bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah walau apa jua keadaan. Aku merasakan ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kini, aku lebih berdikari dan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab apa sahaja tugasan yang diberi dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, aku juga mampu membimbing ahli kumpulanku. Kini kami sudah boleh bersama menyiapkan tugasan kerja kursus. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Aku telah berjaya menyatukan semua ahli kumpulan dan menyedarkan semua akan tanggung jawab masing-masing. Sesungguhnya kerjasama dan toleransi dalam kerja berkumpulan amat penting. Ibarat seperti kata pepatah, “muafakat membawa berkat” dan “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Di sinilah prinsip yang perlu ditanam dalam diri. Sesungguhnya 11
1 untuk mencapai kejayaan kita perlulah sabar, tabah dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang dihadapi. Bukan mudah untuk mendapat kesenangan dan meraih kejayaan. Seperti kata pepatah melayu “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’’ Pensyarah dan rakan-rakan sekelasku yang banyak memberikan nasihat dan pertolongan ketika aku susah. Mengubah Cabaran Menjadi Peluang: Inspirasi di Kampus 12
Adhwa Shafiqah binti Mohd Shahar Berdamai Dengan Takdir Pejam celik pejam celik hampir ke garisan penamat aku di Universiti Teknologi Mara ini untuk menggenggam segulung ijazah. Sekarang aku berada pada tahun terakhir semester sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan. Sedar tak sedar aku hampir berjaya menyempurnakan hasrat arwah ayahku. Masih di dalam ingatan kata kata terakhir ayah ungkapkan kepadaku sebelum ayah pergi untuk selamanya. “Ayah nak sangat tengok kak ngah sambung degree” katanya pada diriku. Mendengar kata kata tersebut aku tersenyum kepadanya tanpa memberi kata putus. Sebelum aku sambung belajar, diri ini sudah selesa bermain dengan duit. Aku bekerja keras untuk mencari duit sendiri kerana tidak mahu membebankan orang tua ku. Sejujurnya aku tidak bersedia untuk sambung belajar. Bagiku waktu itu, duit adalah segalanya. Aku berbelah bagi dengan keputusan yang dibuat oleh ku untuk berhenti kerja dan sambung belajar demi ayah. Hati aku kosong. Ibarat hidupku diatur bulat bulat oleh orang lain tetapi aku tidak ingin mengecewakan harapan ayah. Bagiku dia adalah segalanya dalam hidupku. Seorang ayah adalah rumah ternyaman untuk anak perempuannya. 13
14 1 Berdamai Dengan Takdir Ayah semasa muda Teruntuk Ayah, Terlepas dari apa pun, ada doa yang kupanjatkan untukmu. Tidak ada yang boleh aku lakukan hanya sekadar mimpi penghubung aku untuk dekat denganmu. Hanya doa agar ayah selalu tenang di alam sana. *** Perjalanan aku untuk berada di sini bukan sesuatu yang mudah. Permohonan aku ditolak 2 kali sebelum diterima masuk ke UiTM. Kecewa? Ya aku kecewa dan putus asa. Ibarat aku gagal jadi seorang anak yang berbakti kepada ayah dan ibu. Berbagai macam hal sudah ku upayakan dan semuanya terasa tak berguna. Setiap kali ada mimpi yang ingin aku gapai, seolah ada yang tak sesuai. Setiap kali aku ingin mencapai tujuan, selalu ada jalan yang menghentikanku. Kadang aku bertanya pada diri sendiri, “Apakah benar aku ditakdirkan untuk menjadi orang yang gagal dalam berbagai macam hal?”. Sejujurnya aku takut pada dunia yang kini tampak menyeramkan. Aku cemas pada masa depanku yang makin suram. Ibu ku selalu menenangkan ku dengan ayat “Belum rezeki kak ngah lagi. Sentiasa percaya dengan takdir tuhan”. Jika aku jadi seorang yang gagal, masih adakah buat ku tempat yang aman?
15 1 Berdamai Dengan Takdir Terutamanya aman dari pandangan mata orang orang yang merendahkan. Apakah aku masih punya tempat untuk bahagia? Sebab aku merasakan, dunia tidak memberi banyak tempat untuk orang yang gagal. Dengan berkat doa ibu, Alhamdulillah permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah diterima. Dunia ku kembali cerah seperti ada seberkas cahaya terang menyinari hidupku. Aku menyampaikan berita gembira ini kepada ibu. Riak muka ibu ku masih terpahat didalam ingatan, air mata yang berjurai di pipi meninggalkan luka yang hebat. Kata ibu ini adalah ganjaran orang yang sentiasa bersabar dan bersangka baik dengan rezeki Allah. Diwaktu itu aku tahu bahawa tuhan sudah memberikan aku jalan yang luas dan untuk mencantikkan perjalanan itu aku sendiri yang harus mewarnainya. Pada semester pertama dan kini, semuanya berjalan lancar seperti aku sangkakan. Hasrat ayah hingga kini aku berpegang teguh. Kata kata ayah menjadi pembakar semangat dikala aku hanyut dengan dunia yang gelap. Bagiku ujian itu bukan tentang nilai. Tapi bagaimana daya juang aku untuk melawan diri sendiri. Melawan rasa malas pada diri sehingga rasa malas itu malas pada diri sendiri. Melawan rasa jenuh sehingga rasa jenuh itu jenuh dengan diri sendiri. Itu adalah ujian. Dan hasil tidak akan mendustai proses. Kalau proses sendiri berdarah darah, belajar bersungguh sungguh dan hasilnya tidak akan mendustai diri sendiri. Aku dapat mencari beberapa kenalan sepanjangan aku belajar disini. Aku juga percaya mendapat sahabat yang baik itu juga adalah salah satu rezeki. Aku dipertemukan dengan ramai orang yang berbeza latar belakang. Aku tidak menjadikan itu salah satu punca untuk aku tidak dapat menyesuaikan diri. Sepanjang aku belajar di sini banyak benda yang aku pelajari. Bergaullah dengan orang yang bukan seusia denganmu. Berkawanlah dengan orang yang datangnya dari latar belakang yang beza. Dengan begitu caranya untuk kita terus tumbuh. Dan cara kita memandang dunia itu cukup berbeza.
16 1 Berdamai Dengan Takdir 2023 sudah hampir selesai, banyak perkara terjadi. Hal hal yang dianggap tidak pernah mungkin untuk dirasakan, ternyata sampai tahap ini aku sudah lalui dengan baik. Kadang jadi sedih sebab banyak hal dipendam sendiri, dan selama ini selalu berusaha untuk terlihat baik baik sahaja. Tersenyum diluar dan menunjukkan keadaan yang sebenarnya ketika bersendiri. Penat, penat sangat tapi sudah pasti tidak aku menyerah begitu saja. Apa jadinya kalau menyerah? Kalau sampai ke tahap ini sudah aku bertahan. Sudah sejauh ini aku melangkah. Terlalu berharga jika diri ini memilih untuk menyerah. Sampai bila aku mahu bergerak dalam putaran masa yang tak kunjung henti tanpa hujung? Ingat kembali rasa yang dulu bersarang di dada. Yang kian luput ditelan trauma. Kini sedarlah dimana engkau berada. Entah nyata atau tidak, jangan lagi berputar pada titik yang sama. Ikhlaskan apa yang perlu dilepaskan. Teruskan bertapak walaupun harus kembali bertatih lagi. Tidak mengapa, meskipun keadaan belum sesuai harapan. Jangan berhenti. Jangan pusing kembali. Dan pada akhirnya, hidup ini adalah pilihan tapi yang telah ditakdirkan itu sudah ditetapkan. Percayalah, ketika kita berada dalam takdir Nya, segala hal akan indah pada waktunya. Semoga kita ditakdirkan dengan perkara yang baik baik. Terima kasih dan doaku sentiasa mengiringi.
Ahmad Amirrul Aidil bin Mohd Safri Terkapai Sebelum Tercapai 17 "Tuntutlah ilmu di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu." Tidak semua orang bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran diuniversiti. Kini, kelulusan akademik hanyalah dilihat sebagai satu perkara yang enteng untuk memperolehi kerjaya dan dapat menjamin masa depan. Kebanyakannya lebih berminat untuk menceburi diri dalam alam pekerjaan. “Kalau sambung belajar belum tentu dapat menjamin masa depan kau”. Itulah kata kata yang banyak aku dengari daripada ramai orang. Stigma inilah yang membuatkan aku banyak merenungi masa depanku. Jujur memang ada perasaan cemburu dengan rakan-rakan yang telah bekerja, mempunyai sumber kewangan, mampu membeli aset seperti kereta, motosikal dan barang-barang yang mereka inginkan. Namun jauh disudut hati, aku masih menganggap bahawa pelajaran masih mampu untuk membawa hidupku ke arah yang lebih baik. Aku mahu buktikan bahawa stigma negatif orang ramai terhadap pelajaran adalah tidak benar belaka.
18 1 Terkapai Sebelum Tercapai Sebagai anak sulung dalam keluarga, sudah tentu aku ingin membanggakan kedua ibu bapaku dan membantu meningkatkan taraf hidup kami sekeluarga. Disebabkan nasib kurang baik adikku dalam pelajaran, harapan untuk melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi terletak pada diri aku sahaja. Keadaan bapaku yang uzur membuatkan aku lebih berhasrat untuk membantu keluarga walaupun masa depan aku masih lagi belum terjamin. Namun, itu semua tidaklah semudah apa yang disangkakan. Bagi aku yang kurang arif mengenai pemilihan bidang dan kursus yang sepatutnya diambil, ia memberikan aku sedikit perasaan ragu-ragu, takut tersilap dalam membuat keputusan mengenai jurusan yang aku pilih. Terdapat juga ketidakfahaman antara aku dengan keluargaku. Mereka ingin aku untuk mengambil jurusan dalam bidang pendidikan kerana mahu melihat aku menjadi seorang guru pada masa hadapan. Namun, ianya bertentangan dengan keinginanku. Aku banyak melakukan pencarian di internet mengenai jurusan-jurusan yang ada. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk mengambil bidang yang aku tertarik. Aku tahu aku telah kecewakan hati dan perasaan ibu dan bapaku tetapi aku yakin aku dapat membalas kekecewaan itu dengan kejayaan aku pada suatu hari nanti. Aku tahu mereka hanya menginginkan yang terbaik untukku. Kepercayaan mereka aku ibaratkan sebagai ‘kain putih’ yang harus aku warnakan dengan segala perkara-perkara yang membuatkan mereka bangga terhadap diriku. Memahami sesuatu yang belum pernah dipelajari semestinya akan menjadi sangat sukar dan mencabar kerana kurangnya pengetahuan berkaitan dengan pelajaran tersebut. Dibandingkan dengan sebilangan rakan sekelas yang sudah ada asas, aku jauh ketinggalan. Namun, dengan usaha yang gigih, aku boleh mengatasi cabaran ini. Peningkatan pemahaman terhadap topik yang baru akan membantu memudahkan proses pembelajaran dan memberi keyakinan kepada aku untuk terus mendalami ilmu.
19 1 Terkapai Sebelum Tercapai Hidup di universiti perlu banyak berdikari dan semuanya dilakukan sendiri. Tidak ada ibu atau ayah serta saudara mara yang boleh membantu kehidupan aku di sini. Semangat untuk terus hidup perlu tinggi, dan aku juga harus kuat dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Tidak dinafikan dalam mengharungi dunia baru ini, adakalanya emosi aku tercabar. Berjauhan dengan keluarga dan berada ditempat asing akan membuatkan aku sentiasa terkenangkan kampung halaman. Walau bagaimanapun, aku bernasib baik dikurniakan rakan yang selalu membantu ketika aku memerlukan. Bersama merekalah aku banyak meluangkan masa dan belajar erti kehidupan di sini. Soal kewangan pula, aku membeli semua peralatan peribadi aku sendiri kerana tidak mahu menambah bebanan kepada ibu bapaku. Aku menggunakan duit pinjaman pendidikan dan simpanan yang ada. Aku tidak pernah meminta bantuan daripada mereka untuk mengurangkan beban kewangan yang mungkin mereka hadapi. Aku mengakui bahawa mereka juga ada menghulurkan duit poket kepada aku, walaupun jumlahnya tidak besar. Aku bersyukur dan menggunakan duit itu sebaiknya. Masalah bahasa menjadi satu halangan bagi aku yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Seringkali aku menghadapi masalah untuk memahami kuliah yang dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Bagaimanapun, itu bukan masalah yang besar kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Mulai saat itu, aku sering membaca buku bahasa inggeris dan lama kelamaan, aku semakin faham jika kuliah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Pengurusan masa amatlah penting kepada seorang pelajar. Aku sedar yang aku bukanlah seorang yang berdisiplin. Ada kalanya aku selalu bermalas-malasan dan membuang masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah sehingga aku leka untuk melakukan perkara yang seharusnya aku lunaskan. Terdapat juga waktu kuliah yang bermula dari pagi hingga ke petang.
20 1 Terkapai Sebelum Tercapai Hal ini membuatkan aku berasa letih dan timbul perasaan malas untuk hadir ke kelas. Namun, aku belajar untuk mendisiplinkan diri dengan hadir ke kuliah, selain menyiapkan tugasan pada waktu yang ditentukan. Memahami dan berinteraksi dengan orang lain amat sukar untuk diri aku kerana aku seorang introvert. Sifat introvert ini menganggu proses pembelajaran dan interaksi aku dengan orang lain. Aku cenderung untuk menarik diri dan memilih untuk bersendirian, membuatkan aku sukar untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Walau bagaimanapun, suka mahupun tidak, aku seharusnya melibatkan diri dalam situasi seperti ini. Jika aku sering mengelak, tidak ada perkembangannya dalam diri ini dan sukar untuk menjadi yang lebih baik. Seringkali muncul perasaan putus asa dengan segala yang aku lakukan. Perasaan menyesal dengan keputusan untuk melanjutkan pelajaran. “Kalau aku kerja kan mesti lagi baik”. Itulah antara kata-kata yang sering aku ungkapkan. Namun, aku banyak kali memikirkan kesusahan ibu dan bapa yang banyak membantu aku. Tidak mungkin mereka ingin melihat aku terkandas sejauh ini. Aku sentiasa tanamkan tekad dan azam yang kuat untuk menghabiskan pengajian walau apa pun cabaran yang aku hadapi di sini. Aku selalu memegang kata-kata daripada Imam Syafi’e yang berbunyi “Barang siapa belum pernah merasakan pahitnya mencari ilmu walau sesaat, ia akan menelan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya”. Oleh yang demikian, aku seharusnya lengkapkan diri aku dengan kekuatan rohani dan jasmani yang dapat membantu mengharungi armada yang bergelora ini sebagai langkah pertama merancang masa depan yang cemerlang. Sentiasa berfikiran positif, mendisiplinkan diri dan lengkapkan diri dengan pegangan agama yang baik mesti aku terapkan supaya menjadi pendinding dan garis panduan dalam setiap perlakuan dan amalan. Semoga aku dapat menjadi graduan yang berilmu dan berakhlak yang bakal meneraju negara ke arah kesejahteraan dunia sejagat. "Semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kebodohanku"- Imam Syafi’e
21 1 Terkapai Sebelum Tercapai Rakan seperjuangan di universiti
Aiman Rahimie bin Roslan Ar-Rahim 22 Allah maha penyayang. Satu antara 99 nama Allah. Allah menyayangi hambanya melalui pemberian nikmat dan anugerah sama ada manusia mahupun haiwan yang keduanya menerima kurniaan yang tidak terkira itu. Rasulullah s.a.w pernah satu ketika dahulu didatangi rombongan tawanan perang. Terlihat seorang ibu yang sedang mencari-cari anaknya yang hilang dalam rombongan tersebut. Ketika dia berhasil menemukan anaknya, si ibu terus memeluk erat anaknya itu sehingga tidak lagi terlepas dari pelukannya lalu menyusuinya. Rasulullah s.a.w terus bertanyakan kepada sahabatnya “Apakah menurut kalian ibu ini akan mampu melemparkan anaknya ke dalam api?” Mereka menjawab, “Tidak mungkin, demi Allah SWT, dia sanggup untuk melempar bayinya ke dalamnya.” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh Allah SWT lebih sayang kepada hamba hamba-Nya daripada ibu ini kepada anaknya.” (HR Bukhari, 5999). Umum kita ketahui bahawa seorang ibu itu juga terlahir dalam diri mereka sifat sayang walaupun ianya tidak setanding sayangnya Allah terhadap hambanya. Ibu kita mengandungkan kita di dalam rahim mereka selama sembilan bulan, menggendong kita ke hulu ke hilir sehinggakan tulang belakang mereka sakit-sakit. Ini adalah sebuah kisah tentang aku dan ibunya. Nama aku Rahimie. Rahimie bermaksud penyayang. Diberi oleh ibu yang penyayang.
23 1 Ar-Rahim Pada umur aku masih belasan tahun, kasih sayang yang ibu tunjuk kepadaku tidak dapat ditafsir dengan baik oleh aku. Maklumlah masih kebudakan. Jika permintaan tidak dipenuhi, dikatakan ibu tak sayangkan aku. Namun ibu tetap sabar melayan karenah aku. Aku boleh dikatakan anak yang bertuah dari segi akademik. Di sekolah rendah sering merebut tempat teratas dalam setiap peperiksaan. Ibu juga turut berbangga dengan aku walaupun tidak ditunjukkan secara terang-terangan. Aku sentiasa mencuri dengar perbualan ibu bersama jiran berkenaan kejayaan yang diperolehi oleh aku. Aku sentiasa berbangga diri atas kejayaan tersebut sehingga gagal mengekalkan di peringkat sekolah menengah. Prestasi peperiksaan aku setiap tahun dianggap sebagai biasa sahaja. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Aku sering menjadi tempat luahan ibu tentang kejayaan anak orang lain. Terlihat raut wajah ibu yang mahukan anaknya untuk melakukan perkara yang sama seperti anak orang lain. Namun ia tidak bermakna kasih sayang ibu berkurang. Tanggal 15 Ogos 2021. Dalam dua minggu sebelum tarikh akhir kemaskini permohonan UPU, aku kehilangan ibu akibat Covid-19. Innalillahi wa Innalillahi Raji’un. Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya kepadaNYA kita kembali. Kubur yang siap dihias dengan kepok buatan ayah dan aku Aku antara yang terkesan dalam keluarga. Tidak sempat untuk aku menunjukkan kepada ibu bidang apa yang aku ceburi.
24 1 Ar-Rahim Marahkan takdir pun tiada guna. Aku redha akan ketentuan Ilahi. “Pandaipandai lah kau hidup” kata-kata terakhir ibu yang tertanam dalam lubuk hatinya. Aku sekeluarga terpaksa menyesuaikan hidup tanpa seorang wanita yang dikenali sebagai ibu. Sementelah ibu tiada, kami adik beradik mengambil tugas ibu. Ada yang ditugaskan untuk menyediakan persiapan sekolah untuk adik kecil yang terpaksa berkuarantin di rumah, ada juga yang membasuh, mengering, menyidai dan melipat kain jemuran, aku pula ditugaskan untuk membantu kakak memasak untuk keluarga. Masak kari ayam tetapi rasa masak lemak. Apa yang boleh dimakan, ayah akan makan walaupun tersenyum-senyum kerana rasanya yang kurang enak. Banyak resipi yang aku cuba untuk perbaiki masakanku. Dari situ timbul rasa hiba kerana teringatkan penatnya ibu apabila menyediakan masakan tetapi tidak dimakan oleh anaknya. Semester satu bermula secara atas talian. Aku tidak memohon kolej kerana komitmen aku terhadap keluargaku kerana kakak aku terpaksa keluar berkerja. Aku mula rasa murung dan depresi. Kosongnya rumah. Sunyi. Tiada gelak tawa ibu kedengaran lagi. Apabila ke dapur terlihat bayangan ibu sedang memasak. Rindu yang teramat. Semester tiga, genap setahun ibu meninggalkan dunia. Pelajar universiti wajib menghadiri kelas secara bersemuka. Buat kali pertamanya aku berjauhan dengan keluarga. Berat sekali hati aku untuk berangkat dari negeri tempat lahirku. Berjauhan dengan keluarga menambahkan lagi rasa rindu terhadap ibu. Walaupun keluarga aku menerima seorang ‘ibu’ yang baru, ia tetap tidak boleh menggantikan ibuku. Bukannya aku tidak mahu menerima ibu tiri untuk menggantikan takhta suri rumah dalam keluargaku, tetapi ibarat kehilangan seorang kekasih hati, manakan daya hati ini untuk mengenal orang baru. Apa yang aku rasa pada ketika ini adalah kosong. Tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat untuk bercerita. Ayah? Aku ni anak emak, hubungan aku dengan ayah tidaklah serapat aku dengan ibu. Hanya memadai bertanya khabar dan menanyakan perkara semasa cuti. Motivasi untuk belajar mula hilang, apatah lagi melangsungkan hidup. Apabila keseorangan, aku sering berfikiran negatif, menyalahkan takdir bermonolog,
25 1 Ar-Rahim “Kenapa bukan aku sahaja yang mati, kenapa mesti ibu”. Tetapi mujur aku tidak keseorangan ketika itu. Rasa sunyi itu dipecahkan oleh gelak tawa rakan yang menyewa serumah dengan aku. Walaupun sering menyakitkan hati dengan lawak-lawak yang menjengkelkan, aku pulih dari depresi. Benarlah kata Prof Dr. Mutawalli Assya’rawi bahawa “Allah mengambil darimu sesuatu yang tidak pernah engkau sangka kehilangannya, maka Allah akan memberimu sesuatu yang kau tak pernah sangka akan memiliknya”. Ar-Rahim. Allah Maha Penyayang. Allah tahu aku sedang sedih. Allah hadiahkan aku kawan. Kawan yang penyayang. Percayalah apa yang kamu hilang, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Letakkan iman yang kukuh kepada Allah, yakin bahawa akan ada sinar selepas hujan.
Amirul Hazim bin Rosidi Kegagalan Bukanlah Pengakhiran 26 Universiti merupakan tempat untuk kita mencari ilmu dan belajar tentang kehidupan. Sebagai seorang mahasiswa setiap cabaran yang mendatang adalah 'guru' terbaik untuk mengasah potensi diri sebagai persediaan menuju alam kerjaya. Kehidupan di universiti adalah sangat berbeza dengan kehidupan di alam persekolahan. Bermula dari rutin harian mahupun cara pembelajaran. Pengurusan masa juga merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan mahasiswa. Jika dilihat kehidupan aku dari aspek akademik, pencapaian aku tidak sehebat seperti rakan-rakan yang lain. Tetapi, Allah itu maha pemurah. Aku dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik Nilai dalam jurusan Kewangan dan Perbankan Islam. Permulaan kehidupan aku di sana agak kekok kerana aku belum boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Aku boleh dikategorikan seorang “introvert”, jadi agak sukar untuk aku mengenali atau mencari kawan baru. Tetapi, alhamdulillah tidak lama kemudian aku dipertemukan seorang rakan yang sangat baik, banyak membantu aku dan itu merupakan titik perubahan dalam hidupku.
27 1 Kegagalan Bukanlah Pengakhiran Selepas beberapa bulan, kehidupan di sana semuanya agak baik dan aku berjaya menyesuaikan diri. Aku ditemukan dengan lebih ramai kenalan baru dan akhirnya aku berjaya keluar dari zon selesa. Dari aspek pembelajaran, pada semester pertama dan kedua, aku berjaya merangkul anugerah ketua jabatan atau lebih dikenali sebagai anugerah dekan. Bagi aku itu satu pencapaian yang membanggakan kerana ianya setimpal dengan usahaku. Bertemankan buku-buku dan nota kuliah, aku melangkah ke semester tiga. Namun, di sinilah bermulanya episod cabaran yang menghantui kehidupan aku sebagai mahasiswa. Rasanya seolah-olah semangat itu semakin menghilang, meninggalkan aku dalam keadaan buntu. Ianya menjadi satu masalah yang sangat rumit kerana aku tidak mampu menggambarkannya dengan kata-kata. Aku bergelut dengan pelbagai masalah terutamanya pembelajaran. Kisah perjalanan hidupku di universiti yang sarat dengan cabaran, langkah mencari bantuan kaunseling di pusat pembangunan pelajar pada semester ketiga amat penting dalam usaha mengatasi semangat yang makin luntur. Sesi kaunseling membuka ruang bagi aku merenung dan memahami punca sebenar, memungkinkan aku mengenal pasti langkah yang sesuai untuk menguruskan tekanan yang aku hadapi serta mencapai keseimbangan emosi. Melalui bantuan kaunselor, aku menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental dan emosi. Pencapaian akademik yang cemerlang bukanlah satusatunya pengukur kejayaan. Keseimbangan antara minda yang cerdas dan kestabilan emosi menjadi kunci utama. Kaunseling telah membantu aku menyedari bahwa untuk mencapai kecemerlangan akademik, kelestarian diri yang baik juga amat penting. Selain daripada kaunseling, aku juga aktif menyertai pelbagai aktiviti pembangunan diri yang dianjurkan oleh universiti. Program-program ini membuka peluang untuk aku lebih mengenali diri sendiri dan mengasah kemahiran kepimpinan, kemahiran interpersonal, dan keupayaan untuk -
28 1 Kegagalan Bukanlah Pengakhiran berkomunikasi secara efektif. Melalui penglibatan dalam projek-projek sukarelawan dan keusahawanan, aku tidak hanya mendapat kepuasan yang mendalam tetapi juga menemui tujuan yang lebih bermakna dalam perjalanan hidup aku. Aku mula sedar akan kepentingan untuk mengekalkan keseimbangan akademik dan kehidupan sosial. Aku memastikan jadual disusun dengan baik, memberi tumpuan kepada pengurusan masa, dan melibatkan diri dalam aktiviti di universiti. Kesedaran ini membantu aku untuk lebih berdaya tahan menghadapi tekanan akademik dan memberikan ruang untuk mengejar minat serta hobi yang memperkayakan pengalaman hidup di universiti. Pengalaman tersebut mengajar aku bahawa kehidupan universiti bukanlah sekadar menghadiri kuliah dan mendapatkan segulung ijazah. Ia adalah sebuah perjalanan hidup yang menyeluruh dalam membentuk minda, jiwa, dan peribadi. Aku menyedari bahawa kejayaan tidak semestinya bergantung pada pencapaian akademik semata-mata, pembangunan diri dan kesediaan untuk belajar dari setiap kegagalan juga amat penting. Dengan kesedaran yang semakin mendalam, aku meneruskan kehidupan di universiti ini dengan azam yang baru. Aku melibatkan diri dalam pelbagai projek penyelidikan, memupuk minat yang mendalam dalam kewangan dan perbankan Islam, serta menyertai seminar industri untuk mendapatkan pengalaman praktikal. Pengalaman-pengalaman ini tidak hanya melengkapkan pembelajaran di bilik kuliah, tetapi juga membentuk pandangan aku terhadap dunia profesional selepas menamatkan pengajian. Dengan tekad dan semangat yang baru, aku memandang ke hadapan untuk mengharungi lebih banyak cabaran dan pencapaian di alam universiti.
Bersama kawan-kawan 29 1 Kegagalan Bukanlah Pengakhiran
Anaz Nur Illyiin binti Azman Sandiwara Program 30 Kehidupan seorang pelajar universiti tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Apabila surat tawaran masuk ke universiti telah diterima, maka bermulalah segala onak dan duri. Bermulanya dengan urusan yuran pembayaran universiti, permohonan biasiswa, permohonan pinjaman dan lain-lain. Perjalanan ini merupakan perjalanan yang berbeza untuk penulis. Jika sebelum ini perjalanan beliau hanya pada sekolah rendah, namun kini apabila telah meningkat dewasa, perjalanan beliau sudah berubah. Semakin sulit dan semakin rumit. Di UiTM Puncak Perdana, terdapat beberapa persatuan seperti IMSA, AIMS, GENLIS dan lain-lain. Aku telah menyertai IMSA iaitu Information Management Student Association pada semester 2 sebagai ahli exco sukan. Oleh itu, di sinilah bermula sandiwara program. Di setiap persatuan atau di universiti, terdapat key performance indicator (KPI) yang perlu dicapai mengikut semester. Pada tahun 2022, Persatuan IMSA dikehendaki untuk menganjurkan aktiviti di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, seperti kebiasaannya ahli jawatankuasa tertinggi bagi persatuan IMSA akan bermesyuarat mengenai perancagan program dan -
31 1 Sandiwara Program aktiviti tahunan. Bagi sesetengah pelajar, terpilih untuk mengetuai program itu amat menggembirakan di mana mereka dapat menonjolkan bakat mereka. Namun, bagi aku ia merupakan berita yang tidak menggembirakan kerana aku disenaraikan sebagai ketua untuk program sukan. Lebih membimbangkan, itu merupakan kali pertama aku melakukan program di peringkat antarabangsa. Walaupun begitu, berita itu tidaklah terlalu buruk kerana aku dibantu oleh sahabat ku, Hariz. Berikutan hal tersebut, kami berbincang tentang program dan membentuk ahli jawatankuasa tertinggi yang akan membantu kami. Setelah jawatankuasa dibentuk, maka bermulalah misi untuk mencari lokasi program dan yang paling penting adalah penyediaan surat-surat yang diperlukan untuk dihantar ke pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP). Kebiasaannya, bagi program-program di universiti, segala surat menyurat perlu di hantar sebulan sebelum bermulanya semester atau sebulan semasa semester sudah bermula. Alhamdulillah, persiapan untuk program ini berjalan dengan baik. Surat kelulusan juga sudah diterima oleh pihak atasan untuk menjayakan program ini. Walaupun begitu, setelah mendapat kelulusan dari pihak atasan. Aku menerima maklumat dari pensyarah penasihat bahawa program ini perlu ditangguhkan. Berita tentang penangguhan program tersebut telah melegakan jawatankuasa tertinggi di IMSA. Kami dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar tanpa perlu memikirkan program tersebut. Pada suatu hari, hari yang indah telah bertukar kepada gelap dan kelam. Aku dikejutkan oleh berita daripada pensyarah penasihat bahawa program yang kami rancang tetap diteruskan.
32 1 Sandiwara Program Pada ketika ini, aku dan Hariz sangat panik. Pemakluman meneruskan program di saat akhir ini tidak patut diteruskan. Lalu, AJK yang lain pun terpaksa dikerahkan kerja. Itu belum diceritakan lagi kerjasama dari AJK universiti kolaborasi. Sungguh aku katakan dalam masa ini, mahu saja aku menghantar surat perletakan jawatan. Letih! *** Poster pertandingan The Conqueror of Battleground Seminggu lagi berbaki untuk kami uruskan tentang program ini. Makin lama makin stress dibuatnya. Segalanya bermula dengan pembatalan program dan kemudian diteruskan semula. Kerjasama acuh tak acuh dari pihak universiti luar dan ditambah pula dengan pelbagai permintaan, merumitkan lagi urusan kami. ***
33 1 Sandiwara Program Hari yang ditunggu telah tiba, AJK yang ditugaskan pun sudah berada di posisi masing-masing. Maka bermulalah program yang dinantikan. “Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peserta dan penonton! Nama saya Iqmal Syahmi dan merupakan host anda pada hari ini!! Pada hari ini kita akan menyaksikan perlawanan UiTM vs UNPAD: The Conqueror of Battleground. Diminta semua peserta masuk ke room yang disediakan!” Iqmal Syahmi. Disaat ini, sudah ramai penonton yang sedang masuk ke LIVE. Hatiku berdebar-debar dan gembira. Setelah semua peserta sudah bersedia, aku beri isyarat kepada Iqmal untuk memulakan perlawanan tersebut. “Semua sudah bersedia?! In 1 2 3, let's start!!” Laung Iqmal menandakan bermulanya permainan. Perlawanan ini mempunyai 3 pusingan, jadi permainan berterusan sehingga pukul 2.30 petang. “Sekarang kita akan mengumumkan pemenang pemenang UiTM vs UNPAD: The Conqueror of Battleground!! Anda sudah bersedia?! Saya sudah bersedia!! Pada tempat ketiga jatuh kepada..PANDA UITM!!!. Tahniah diucapkan kepada tempat ketiga!” “Tempat kedua adalah… IM FIGHTERR!! Tahniah bagi tempat kedua, kalian berlawan dengan sangat sengit. Sekarang, yang kita tunggu-tunggu kan, tempat pertama jatuh kepada.. UNPAD WARRIORS!! Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, saya Iqmal Syahmi sebagai host anda ingin meminta maaf jika ada salah dan silap. Terima kasih!” Dan dengan itu, tamatlah LIVE dan program pada hari itu. Aku dan Hariz menghela nafas lega. Akhirnya berjalan dengan lancar juga program ini walaupun pelbagai rintangan yang tiba. Setelah selesai menyimpan segala peralatan, aku memberi sedikit ucapan penutup dan berterima kasih kepada semua AJK kerana telah berkerjasama dalam menjayakan program ini.
34 1 Sandiwara Program Setelah semua AJK pulang, aku diminta untuk memberi sedikit ulasan tentang program bagi tujuan penambahbaikkan di masa hadapan. Sungguh ku katakan, pengalaman kali ini amat mencabar, walaupun kami diberi masa sebulan, namun segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai sasaran KPI. Aku percaya setiap masalah pasti akan ada penyelesaian. Sebagai pelajar, pengalaman ini dapat melatih aku untuk sentiasa positif, sabar dan berfikir secara rasional. Program ini tidak akan berlangsung jika aku berputus asa dan kalah dengan ujian serta halangan. Bagi aku, pengalaman ini membuka mataku dengan luas bahawa terdapat banyak perkara dan ragam manusia di luar sana yang tidak aku ketahui. Sesungguhnya pengalaman ini tidak akan ku lupakan.
Anisyah Husnadifitri binti Amri Melangkah Lebih Jauh 35 Hidup Latifah adalah ibarat sebuah roller coaster yang ada pasang dan surutnya. Bermula dengan kegagalan dalam pelajaran hingga kejayaan sebagai mahasiswi di UiTM, perjalanan hidupnya begitu luar biasa. Latifah, seorang gadis kampung yang kerap merasakan getirnya kehidupan, memulai perjuangan bersamanya sejak sekolah rendah. Meskipun pelajaran bukanlah kekuatannya, dia tetap tabah menghadapi setiap rintangan. Kegelapan menyelimutinya, terutama saat seorang guru matematik mengecamnya sebagai seorang yang 'LEMBAB'. Masih segar kata-kata yang dilemparkan gurunya dengan penuh perasaan itu dalam ingatannya. Kegagalan dalam beberapa mata pelajaran PT3 dan SPM tidak menjadikan semangatnya padam. Namun, semangat dan sokongan dari ibu bapanya tidak pernah pudar. Mereka menjadi cahaya yang memandu langkahnya menuju STPM, sebuah peringkat yang dianggapnya sebagai pintu kejayaan yang mampu mengubah segalanya. Meski terdapat kegagalan pada awalnya, Latifah tidak menyerah. Dia menghadapi cabaran dengan mengulang semua mata pelajaran yang tidak memuaskan.
36 1 Melangkah Lebih Jauh Dengan tekad yang bulat, akhirnya dia mencapai puncak kejayaan. Senarai pelajar cemerlang menjadi bukti bahawa usaha tidak pernah sia-sia. Kemenangan ini membuka mata dan hatinya untuk memahami bahawa dia mampu mengatasi ketakutannya. Di semester terakhirnya, Latifah tidak hanya berhasil mendapatkan anugerah dalam mata pelajaran, tetapi juga menemukan kebahagiaan sejati dalam persahabatan dan perjuangan. Ketika dia berjalan di podium menerima Sijil Pelajar Cemerlang, senyuman kepuasan dan air mata kebahagiaan mengalir. Zubaidah, sahabat setianya, bersorak gembira. "Usaha tidak pernah mengkhianati hasil," bisik Zubaidah. Namun, ujian sebenar datang ketika dia berhadapan dengan kenyataan bahawa impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti idamannya terpaksa dibatalkan. Latifah redha dengan takdir, namun dalam hatinya tetap bersemangat untuk terus berusaha. Permohonan ke universiti lain membuka pintu lain dan akhirnya, dia menerima tawaran dari Universiti Teknologi Mara. *** Perjalanan di universiti membawa cabaran baru. Kegagalan dalam permohonan kolej, rumah sewa yang tidak seberapa, semua itu menjadi ujian keberanian Latifah. Air mata jatuh ketika dia memasuki bilik kosong dengan harga yang membuatnya terkejut. “Oh, kami sudah discam," gumamnya. Namun, keputusan permohonan kolej yang tidak menyebelahi nasibnya membawa dia ke dunia yang baru. Latifah belajar untuk menjadi kuat dan bersyukur. Bersama Aminah, rakan barunya yang pertama kali dijumpai, selama ini hanya berbual secara atas talian, mereka mengharungi badai kehidupan di rumah sewa itu. Meskipun hanya untuk satu semester, Latifah menerima cabaran lain dengan senyuman dan hati terbuka.
37 1 Melangkah Lebih Jauh Pertemuan dengan Aminah menjadi berkat dalam hidup Latifah. Mereka berdua, seperti bunga yang tumbuh subur di tengah-tengah padang tandus, mampu membawa kebahagiaan dan keceriaan sebagai rakan karib. Rumah sewa yang dulu penuh kenangan buruk, kini menjadi saksi bisu perjalanan indah mereka. Latifah bukan lagi gadis yang sering dikuasai kegelisahan. Dia telah belajar menghadapi ketakutannya dan menyemarakkan hidupnya dengan kejayaan. Setiap langkah yang diambilnya, setiap cabaran yang dihadapinya, membentuk potret seorang wanita yang teguh dan penuh semangat. Bersama Aminah dan teman-teman baru, dia menyambut petualangan baru yang menunggu. Keberanian dan semangatnya menjadi inspirasi bagi kebanyakan orang, membuktikan bahwa meski seringkali hidup memberikan ujian yang sulit, kebahagiaan selalu mungkin dicapai dengan tekad dan usaha yang tulus. Semakin mendalamnya perjalanan hidup Latifah di universiti, semakin besar pula ujian yang dia hadapi. Semester ketiga menunggu di ambang, membawa tantangan baru yang membuatnya terus bertahan di tengah lautan pelajaran dan kehidupan. Ketika kuliah bersemuka dimulai, Latifah merasakan tekanan yang lebih besar. Kursus-kursus yang semakin kompleks dan tugas-tugas yang semakin berat menjadi pemandangan sehariannya. Dia belajar dengan gigih, begitu juga dengan rakan-rakannya. Namun, dalam prosesnya, kecemasan yang dulu sempat dia taklukkan, muncul kembali seperti hantu yang menghantui malam. Menghadapi tekanan akademik yang semakin meningkat, Latifah mendapati dirinya terjebak dalam kegelisahan. Hampir setiap malam dia bergelut dengan buku dan catatan, terkadang sampai ke pagi. Beban itu tidak hanya menghantui di bilik kuliah, tetapi juga merasuki bilik tidurnya, merayap ke dalam mimpinya dan membuatnya terbangun dalam dinginnya malam.
38 1 Melangkah Lebih Jauh Pada suatu pagi, di tengah keletihan dan keterbatasannya, Latifah bertemu dengan seorang pensyarah yang tulus peduli. Pensyarah itu, Dr. Azizah, mengenali perubahan pada wajah Latifah dan memutuskan untuk berbincang bersamanya. Dalam percakapan mereka, Dr. Azizah tidak hanya melihat mahasiswi yang terbebani oleh tugas akademik, tetapi juga seorang individu dengan mimpi dan potensi yang luar biasa. Dengan sabar, Dr. Azizah memberikan nasihat dan bimbingan kepada Latifah. Dia memahami kegagalan yang dialami oleh Latifah, dia berpesan bahwa keberhasilan bukanlah suatu garis lurus tetapi penuh dengan halangan dan rintangan. Dr. Azizah memberikan semangat dan mengingatkan tentang pentingnya menjaga keseimbangan akademik dan kehidupan pribadi. Latifah, yang sebelumnya berasa sedih dan ingin putus asa, mulai meresapi pelajaran dari setiap kegagalan. Dia belajar untuk tidak hanya mengejar nilai, tetapi juga untuk mengejar pemahaman yang lebih dalam tentang ilmu yang dipelajarinya. Kegelisahan itu masih ada, tetapi Latifah belajar untuk mengendalikannya, membentuknya menjadi dorongan untuk terus berjaya. Semester kelima menjadi medan pertarungan baru bagi Latifah. Tidak hanya harus menghadapi ujian akademik, tetapi juga menghadapi ujian diri sendiri dan perjalanan rohaniah. Dengan dukungan Dr. Azizah dan temanteman seperjuangannya, Latifah menyedari bahwa keberhasilan bukan hanya tentang mencapai nilai tinggi, tetapi juga tentang proses dan perjalanan menuju kedewasaan. Dengan ketabahan dan semangat yang tak kenal lelah, Latifah menghabiskan semester kelima dengan kebanggaan yang tumbuh dari dalam hatinya. Meskipun perjalanan ini masih penuh dengan halangan, dugaan dan cabaran, dia telah belajar untuk menghargai setiap langkah dan mengambil pelajaran dari setiap kegagalan. Melangkah lebih jauh, Latifah menyedari bahawa kehidupan adalah perjalanan yang terus berlanjutan, dan dia bersiap untuk menghadapi babak berikutnya dengan hati yang dipenuhi keyakinan.
1 Begitulah, Latifah menutup babak hidupnya yang penuh liku ini dengan bahagia. Dia memahami bahawa setiap kisah memiliki perjalanannya sendiri, dan inilah pengakhiran bahagianya buat masa ini. Universiti dimana Latifah menuntut ilmu 39 Melangkah Lebih Jauh
Azfar Azhar bin Ahmad Tarmizi Terpaling Pelajar Aku berasal dari Selangor, tidak begitu minat dalam pelajaran. Meskipun begitu, aku menyedari betapa pentingnya pelajaran dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran. Menurutku, selagi usia masih muda aku perlu menambah pengalaman dan pengetahuan untuk menjalani kehidupan didunia yang penuh dengan ketidakpastian. Jadi, selepas menamatkan zaman persekolahan, aku memutuskan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun bukan satu pilihan, aku yakin keputusan ini akan membuka peluang baru untuk mengejar impian dan mencapai kejayaan dalam kehidupan yang penuh liku-liku ini. Ketika aku pertama kali menjejakkan kaki ke universiti, hatiku dipenuhi dengan kekeliruan. Namun, tidak lama kemudian, aku sedar kehidupan di sini tidak seindah yang aku bayangkan. Di sekelilingku, muncul pelbagai ragam dan perangai manusia yang diluar jangkaan, ini merupakan pengalaman pertama aku merasa hidup dalam norma yang sepenuhnya baru. Melalui pengamatan terhadap sikap dan gelagat manusia disekelilingku, aku dapat mengenali pelbagai ragam orang-orang di sekelilingku. Ada yang berkomunikasi dengan bahasa badan dan loghat negeri masing-masing yang unik, ada yang lebih suka mendiamkan diri dan macam-macam lagi. Namun begitu, aku tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan mereka. 40
41 Terpaling Pelajar Dalam mencapai kejayaan, aku menyedari bahawa memilih kawan adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan. Kejayaan tidak hanya dengan kemahiran dan usaha, tetapi juga berkait rapat dengan siapa kita berkawan. Aku sedar bahawa kawan- kawan yang kita pilih memainkan peranan besar dalam memahami tujuan hidup. Sepanjang aku berada di universiti, aku bertemu dengan ramai orang yang memberi warna dalam hidupku. Ada yang membawa sinar keceriaan dan semangat ke arah kejayaan, sementara yang lain hanya mementingkan keseronokan semata-mata. Pengalaman ini mengajar aku bahawa memilih rakan yang seiring dengan matlamat dan nilai-nilai peribadi yang tinggi adalah penting dalam menentukan arah perjalanan hidup. Dalam perjalanan hidupku, aku menjumpai kawan-kawan yang hanyut dibawa arus kehidupan tanpa memikirkan matlamat sebenar mereka. Mereka lebih suka berfoya-foya dan terlena dalam kesenangan, tanpa mengambil kira masa depan. Pada awalnya, kehadiran mereka membuatku merasa selesa, namun lambat laun, aku menyedari bahawa ini bukanlah tempatku. Aku mempunyai matlamat yang lebih besar, dan setiap detik yang berlalu tanpa usaha adalah satu peluang yang terbuang. Kesedaran ini membimbingku untuk memilih jalan hidup yang lebih bertujuan, mengajarkan aku bahawa dalam hidup ini, ada ketika di mana kita perlu melepaskan ikatan yang tidak seiring dengan matlamat kita demi mencapai kejayaan yang lebih besar. Aku membuat keputusan untuk berkawan dengan orang yang lebih cenderung ke arah kejayaan, dengan harapan mereka dapat membimbingku ke destinasi yang sama. Aku mencari teman-teman sejati yang tidak hanya berkongsi visi dan matlamat yang sama, tetapi juga memberi dorongan positif dalam mencapai kejayaan. Proses ini mungkin sukar, tetapi aku yakin bahawa melalui perubahan ini, aku akan dapat mengukuhkan perjalanan menuju impian.
Terpaling Pelajar Seiring berlalunya masa, aku sedar bahawa memilih kawan memberi kesan yang mendalam terhadap perjalanan hidup aku. Dalam usaha mencapai kejayaan, aku berjumpa dengan kawan-kawan yang tidak hanya seiring langkah, tetapi juga berkongsi beban dan kegembiraan sepanjang perjalanan tersebut. Dalam perbualan dan gelak ketawa bersama mereka, aku merasai kehangatan yang tidak dapat digantikan. Kami ibarat sebuah keluarga yang saling menyokong, mengukir cerita-cerita indah yang menghiasi setiap halaman perjalanan hidup kami. Ibarat pepatah, "Berjalan seribu batu bermula dengan satu langkah," kini melingkupi pengalaman bersama kawankawan. Dengan kebijaksanaan dan ketabahan, kami menempuh arus kehidupan yang penuh cabaran. Bersama-sama, kami membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar tujuan akhir, tetapi juga perjalanan yang dilalui bersama-sama dengan insan-insan yang memahami erti kebersamaan. Dalam setiap detik yang berlalu, kami belajar mengejar matlamat dan impian dengan tekad yang tidak pernah pudar. Dan begitulah, di hujung perjalanan yang penuh liku ini, kami menyedari bahawa kejayaan sejati adalah tentang mengenali diri sendiri, memilih kawan yang berkongsi matlamat, serta bersyukur dengan setiap langkah yang diambil. Sejambak bunga matahari berwarna keemasan mewakili harapan dan kegembiraan kami dalam melangkah ke depan. Ibarat pepatah , "Hidup adalah tentang perjalanan, bukan tujuan akhir." Dengan keyakinan itu, kami meneruskan langkah membuang bayang-bayang ketidakpastian, dan menerangi perjalanan yang kian berseri. 42
Terpaling Pelajar Rakan Seperjuangan 43
Fairuz Fazillah binti Zulkaflee Ijazah Untuk Nenek Masih segar lagi di ingatanku pesan arwah nenek yang menginginkan aku meneruskan pengajian dalam ijazah sarjana muda. Nenek mengharapkan aku sebagai cucu pertama dengan gelaran mahasiswa universiti. Nenek merupakan insan yang paling teruja apabila mendapat tahu aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Pengurusan Maklumat (Pengurusan Rekod). Apa pun bidang yang aku ambil, nenek tidak mengambil peduli asalkan aku berjaya melanjutkan pelajaran. *** Keputusan UPU Kisah aku sebagai mahasiswa universiti bermula dengan aku memohon UPU untuk mendaftar ke universiti. Aku tidak berharap yang aku akan dapat melanjutkan pelajaran disebabkan pointer STPM aku tidak memuaskan. Aku hanya meletakkan sahaja pilihan universiti aku berdasarkan kelayakan STPM aku. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada aku dengan aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 44
Ijazah Untuk Nenek Puncak Perdana. Insan pertama aku beritahu tentang kejayaan aku melanjutkan pelajaran di universiti sudah semestinya ibu aku. Ibu aku sangat gembira kerana aku merupakan anak yang diharapkan untuk ubah kehidupan keluarga. Ibu sujud syukur atas kejayaan aku dan terus menelefon seluruh ahli keluarganya. Biasalah, mak-mak kan mesti seronok siapa sahaja tidak seronok melihat anaknya berjaya melanjutkan pelajaran. Tidak lupa juga, aku merupakan orang paling teruja untuk memaklumkan kepada nenek. Sejurus selepas keputusan aku terus menelefon nenek. “Nenek…nak tahu tak? Akak dapat masuk UiTM. Alhamdulillah,” kataku kepada nenek dalam nada yang sangat teruja. “Yeke kakak…Alhamdulillah tercapai juga impian nenek nak tengok akak masuk U,” ucap nenek dan aku mendengar nenek memberitahu makcik saudaraku yang tinggal bersamanya. Aku dapat merasakan nada sebak dalam percakapan nenek. “Bila masuk U kakak? Tak sabar nenek nak tengok kolej kakak. Nanti nenek nak tangkap gambar kakak masuk kolej. Nenek nak ikut ibu ayah hantar kakak masuk kolej boleh kan?” banyak betul permintaan nenek. Ya neneklah insan paling gembira aku masuk universiti. “Belajar elok-elok ye kakak, apa-apa tak cukup bagitahu nenek, nenek bagi, jangan malu-malu,” ucap nenek dalam telefon dan terus meletakkan panggilan telefon. Aku dapat merasakan betapa gembiranya nenek aku disebabkan impiannya sudah tercapai. *** Online Distance Learning (ODL) Semester pertama aku bermula sebagai pelajar universiti di UiTM dengan aku harus belajar melalui ‘online’. Hal ini kerana, Malaysia telah dilanda wabak Covid-19 pada Januari 2020 dan aku mendapat tawaran belajar pada 45
Ijazah Untuk Nenek Oktober 2021. Oleh itu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pihak IPTA dan IPTS untuk menjalankan sesi pembelajaran secara ‘online’ atau Online Distance Learning (ODL). Maka semester pertama dan semester kedua, kuliah aku dijalankan secara ODL. Biasalah, apabila belajar secara ‘online’, semua perkara harus dihantar melalui ‘online’. Sebagai seorang pelajar universiti, tidak asing lagi dengan assignment yang perlu dihantar pada waktu yang telah ditetapkan. Semua assignment yang dibuat perlu dihantar di platform U Future. Kerja berkumpulan harus dijalankan melalui ‘google meet’. Dari zaman STPM, kerja berkumpulan merupakan kerja yang aku paling takut. Hal ini kerana aku takut salah pilih ahli kumpulan, ahli kumpulan tidak dapat beri kerjasama dan lain-lain. *** Selamat Tinggal Nenek Pada tanggal 2 Jun 2022, ibu aku tiba-tiba terima panggilan dari makcik aku yang tinggal berdekatan rumah aku pada waktu Subuh. Aku tersedar akibat terdengar ibu aku menjerit dan menangis. Aku terus bangun dan bertanya kepada ibu. “Ibu kenapa? Ibu nak ke mana?” soal aku sambil melihat ibu yang kelam kabut mengambil tudung “Nenek… Nenek,” kata ibu sambil menangis. “Kenapa nenek ibu?” soal aku lagi sambil menangis dan aku sendiri dapat mengagak apa yang terjadi. “Nenek dah tiada kak… Ibu nak pergi rumah Cik An, ibu nak tengok nenek, korang duduk rumah dulu, nanti apa apa ibu bagitahu,” kata ibu lagi lalu terus 46
Ijazah Untuk Nenek gerak sejurus ayah tiba dari solat Subuh. Aku berkeras mahu ikut tetapi ibu tetap tidak beri keizinan. Hati aku berdebar. Aku berfikir ‘Macam mana kalau nenek tiada? Nenek dah tiada ke? Betul ke nenek dah tiada? Kenapa nenek tinggalkan akak? Nenek dah janji nak ikut ibu ayah hantar akak dekat universiti. Nenek kata nenek nak tengok universiti akak’ Macam-macam pertanyaan yang berlegar dalam kepala aku. Aku menunggu di kerusi rumah. Aku menunggu panggilan telefon dari ibu. Tepat pukul 7.02 pagi, ibu aku menelefon dan sahkan bahawa nenek aku telah pergi menghadap Ilahi. Hancurnya hati aku, aku terus menelefon adik lelaki aku untuk pulang. Sejurus tiba di rumah makcik saudara aku, aku terus masuk ke bilik nenek. Tubuh kaku nenek terbaring di atas katil dan aku melihat ibu serta pakcik saudara aku sedang menangis di tepi tubuh kaku nenek. Aku tidak dapat menahan sebak lalu keluar dari bilik. Aku menahan untuk menangis. ‘Aku tak boleh nangis. Aku harus kuat untuk ibu. Aku kena ada dengan ibu’ bisik hati kecil aku cuba untuk kuatkan diri demi ibu. Seharian menguruskan jenazah nenek. Ibuku tidak berhenti menangis. Tiba di tanah perkuburan, ibu antara orang yang tidak boleh menahan sebak. Aku faham ibu anak paling rapat dengan nenek dan merupakan anak sulung dari sembilan beradik. Selesai urusan pengebumian jenazah, aku antara orang paling terakhir di tanah perkuburan nenek. ‘Nenek…Akak tak sangka nenek pergi dulu. Akak janji dengan nenek, bila akak dah graduate nanti, akak terus datang kubur nenek ye. Nanti akak pakai jubah UiTM nanti akak datang sini jumpa nenek. Nenek doakan kakak dekat sana nanti ye. Terima kasih nenek. Nenek baik sangat dengan akak. Insyaallah akak akan buat yang terbaik untuk degree ni. Nenek doakan kakak tau. Akak pergi dulu tau nenek. Bila free akak datang ye jumpa nenek’ bisik hati kecil aku sambil menangis. *** Masih terngiang-ngiang dalam ingatanku akan kata-kata nenek sewaktu 47
Ijazah Untuk Nenek majlis ulang tahun kelahiranku pada 29 Mei 2022, nenek memohon maaf padaku kerana tidak mengucapkan ucapan ‘Selamat Hari Lahir’ kepadaku sewaktu 27 Mei 2022. Pada majlis tersebut nenek baru mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’ dan memberikan hadiah serta ucapan dan pelukan. “Nenek tak tahu tahun depan nenek dapat bagi lagi ke tak hadiah dekat kakak, kakak jaga elok-elok ye cincin emas yang nenek bagi dekat akak. Kakak anggap cincin ni wasiat dari nenek. Nenek bagi dekat kakak je cincin ni. Cucu-cucu nenek yang lain nenek tak bagi lagi, nanti nenek dah ada duit nenek bagi dorang pula, tapi nenek bagi dekat kakak dulu. Jangan beritahu siapa-siapa tau. Jaga elok-elok tau,” bisik nenek padaku sambil memelukku erat dan aku tidak sangka itu merupakan pelukan terakhir dari nenek. *** II-Dare 2023 Aku berusaha melakukan yang terbaik dalam II-Dare 2023 dek kerana event ini merupakan markah untuk kursus core aku iaitu IMR505. Pelbagai persediaan perlu dibuat. Kami satu kumpulan perlu menyediakan floor plan, mencetak banner dan membuat homestyler yang sangat rumit. Salah sikit, jadi lain semuanya. Sehari sebelum event, kami tidak mencetak banner lagi. Semua dibuat dalam saat-saat terakhir. Tapi akhirnya Allah permudahkan urusan kami pada hari event kami mendapat markah yang berbaloi dengan hasil usaha kami. Walaupun kelam kabut tapi kami berjaya. Bak kata orang dahulu ‘Biar lambat asal selamat’. Sesudah habis event, aku terus balik ke rumah Shah Alam dan meminta ibu untuk ziarah kubur nenek. ‘Harini kakak ada event, nenek tahu tak, best tau event harini. Walaupun last minute, akak paling semangat. Group akak buat game tau nenek, ramai datang dekat booth kakak. Akak lah jadi moderator game. Penat tapi best nenek. Akak tak percaya akak boleh buat hahaha. Nenek doakan kakak terus kuat ye. 48
Ijazah Untuk Nenek Insyaallah ijazah kakak untuk nenek’ “Kubur Arwah Nenek” Harapan Kehilangan nenek memberi impak terbesar buat aku sehingga membuat aku ingin berhenti belajar. Tetapi semangat nenek sewaktu aku masuk belajar membuatkan aku ingin meneruskan perjalanan dalam pengajian. Jangan pernah berhenti belajar, kerana hidup tidak pernah berhenti memberikan pelajaran. Prestasi tidak dapat diraih tanpa semangat. Yang pergi tetap akan pergi. Kuatlah untuk menempuh hari yang akan datang. Perjalanan kita masih lagi jauh. Jangan menyerah ketika menghadapi dugaan, kerana itu adalah kesempatan untuk kita terus hidup. Semoga yang baik baik sahaja. 49
Hazeq Daniel bin Wan Hairur Rizal Putaran Roda Kehidupan di universiti adalah pengalaman yang membawa transformasi dalam perjalanan seseorang menuju kedewasaan. Bagi seorang pelajar, kampus menjadi medan yang penuh dengan peluang, cabaran, dan pelajaran berharga yang membentuk identiti serta membuka jendela ke dunia yang lebih luas. Dalam sorotan ini, cerita kehidupan seorang pelajar di universiti menjadi sebuah kisah yang sarat dengan pengalaman yang unik dan perjuangan yang mewarnai setiap langkah perjalanan beliau. Sebuah universiti yang terletak di puncak dengan pemandangan yang memukau dan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan, menjadi permulaan kisah hidupku. Aku adalah seorang yang kurang bersemangat untuk belajar sejak berada di pra universiti. Bagiku, pengalaman hidup pada ketika itu adalah tertumpu kepada mencari keseronokan dan bersosialisasi dengan rakan sebaya. Akibatnya, aku sering mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar dan kurang memberi perhatian kepada nilai-nilai akademik yang sepatutnya diutamakan. Kehadiran di dalam kelas dan bengkel akademik hanya dianggap sebagai tujuan dan destinasi yang sia-sia bagi aku. Bagi ku kelas hanyalah sekadar rutin harian yang perlu aku tempuhi dan lalui dalam fasa pembelajaran sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan “kebebasan” yang ketika itu masih samar maknanya. 50