Putaran Roda Aku lebih suka untuk bersenang-lenang bersama rakan-rakan daripada mencari dan menyelami ilmu yang sepatutnya aku pelajari di dalam kelas. Walhal, mencari ilmu sepatutnya menjadi tanggungjawab dan amanah aku sebagai seorang pelajar. Semua nota dan buku yang aku pinjam diabaikan di dalam beg yang semakin berdebu. Itulah masa laluku yang penuh dengan kecuaian terhadap ilmu, namun siapa sangka, di kemudian hari, pengalaman itu menjadi titik tolak untuk perubahan dalam hidupku. Walaupun begitu, di dalam diriku tersemat misi, visi dan impian yang begitu besar, semuanya untuk direalisasikan demi memberikan kebanggaan dan kebahagiaan kepada keluargaku. Aku merasa terhutang budi terhadap kedua ibu bapa yang rela mengorbankan wang, masa, kepercayaan dan harapan mereka demi memberikan pendidikan yang terbaik bagi aku. Semua itu dengan harapan agar aku dapat menjadi seseorang yang berguna dan berjaya pada masa hadapan. Harapan tinggi dari ibu dan bapa aku menjadi beban dan pendorong yang kuat dalam hidupku. Mereka menginginkan aku berada di puncak menara gading, dan itulah impian yang menjadi pemacu bagi setiap langkahku. Namun, kesedaran akan tanggungjawab ini hanya terpahat apabila detik keputusan STPM. Aku dikejutkan dengan keputusan yang tidak memberangsangkan dan penuh kekecewaan. Keputusan itu tidak hanya membinmbangkan aku, malah turut mengecewakan kedua ibu bapa aku dan seluruh keluargaku. Rasa malu dan kecewa itu menjadi pendorong, membuka mataku bahawa aku tidak boleh terus berpura-pura dan mengejar kegembiraan tanpa batasan. Aku sedar bahawa masa depan aku untuk menjadi orang yang berguna bergantung kepada usaha dan komitmen yang perlu aku letakkan dalam pembelajaran. Aku tahu bahawa tidak ada ruang untuk kesenangan semata, dan aku harus melupakan sejenak kegembiraan itu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang bermatlamat. 51
Putaran Roda Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya aku diberikan peluang untuk meneruskan pembelajaran sebagai mahasiswa di universiti. Peluang yang diberikan ini tidak akan aku sia-siakan pada masa ini. Dengan tekad yang baru, aku memulakan transformasi, memanfaatkan setiap peluang yang diberi untuk meningkatkan pencapaian akademik aku. Kini, kehadiran ke kelas bukan lagi sebagai bebanan, sebaliknya, aku melihatnya sebagai jambatan emas untuk menimba ilmu. Segala catatan dan nota kini aku gariskan dengan lebih teliti, dan aku turut memanfaatkan ulangkaji pelajaran untuk meningkatkan pemahaman dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian aku. Kehidupan di universiti bukan sahaja perjalanan yang penuh dengan pelajaran yang berharga, namun, lebih dari sekadar belajar. Ia juga merupakan kesempatan untuk mengenal diri dengan lebih mendalam, termasuk hubungan aku dengan ALLAH S.W.T. Dalam masa yang sama, aku memperluas pengetahuan dan pengalaman, menyelami makna kehidupan dan mencari tujuan hidup aku. Setiap perjuangan dan perjalanan dalam mencari restu Ilahi menjadi keutamaan, menjadikannya darjat yang tertinggi di kalangan umat. Restu-Nya bukan sekadar panduan, tetapi juga sumber kekuatan dan memberikan makna yang mendalam dalam setiap langkah yang diambil dalam kehidupan aku sebagai manusia. Ketekunan dan keazaman aku dalam pembelajaran membuahkan hasil yang cemerlang. Prestasi aku semakin meningkat dari masa ke semasa dan ibu bapa aku menghargai dan kagum akan perubahan yang ketara dalam pencapaian yang aku perolehi. Guru-guru dan rakan-rakan aku turut kagum dengan perubahan drastik yang aku usahakan selama ini. Senyuman bangga terukir di wajah ibu dan bapa aku, melihat bagaimana anak mereka yang dulunya seorang yang nakal dan tidak minat dalam pelajaran, kini, berubah menjadi individu yang bertanggungjawab dan berusaha gigih untuk meraih kejayaan. 52
Perjalanan ku daripada seorang pelajar yang kurang minat dan rajin untuk belajar kepada seorang yang penuh minat dan gigih adalah satu bukti betapa tekad, usaha dan doa kepada-Nya, seseorang boleh mengubah segalanya. Kisah aku bukan sekadar tentang perubahan diri yang patut dijadikan teladan tetapi juga menceritakan tentang pengorbanan keluargaku yang memberikan inspirasi dan impak yang besar dalam memandu langkah langkah aku. Pengalaman ini mendorong aku dalam mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum sepanjang perjalanan aku sebagai pelajar. Alhamdulillah, syukur ke hadirat Ilahi atas nikmat yang diberikan-Nya sepanjang perjalanan ini, termasuk halangan-halangan yang perlu aku tempuhi sebagai seorang pelajar universiti. Sebagai penutup bicara, tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa terima kasih dan penghargaan yang teramat kepada keluarga aku yang menjadi tunjang utama dalam perjalanan pendidikan aku. Pencapaian dan kejayaan aku sebagai seorang pelajar universiti sukar untuk dihasilkan tanpa sokongan, dorongan dan pengorbanan yang tak terhingga dari setiap ahli keluarga aku. Kesemua nikmat yang aku kecapi adalah restu oleh ALLAH S.W.T. Yang Maha Esa. Putaran Roda 53
Putaran Roda Petikan kata Mutiara daripada Imam Syafie 54
Mohamad Hariz bin Ehsan Nostalgia 55 Jalan-jalan ke Kota Melaka, Singgah sejenak di Taman Melati, Assalamualaikum sahabat semuanya, Izinkan aku memperkenalkan diri. Aku Hariz. Aku lahir dan dibesarkan di Hulu Langat, Selangor. Aku merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik. Pengalaman hidup aku penuh warna-warni. Namun, dalam kisah ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku dalam menghadapi sesi pembelajaran Online Distance Learning (ODL) di UiTM. Dahulu, saat aku diterima masuk UITM sebagai pelajar rayuan, aku menyedari bahawa aku sedikit lewat berbanding dengan rakan-rakan sekelas. Sesi pembelajaran sudah bermula ketika itu. Hendak dipendekkan cerita dari awal sememangnya akulah yang menguruskan semua perkara. Dari mendaftar kelas hingga mencari kumpulan ‘WhatsApp’, semuanya menjadi tanggung jawabku. Aku tidak malu bertanya kepada sesiapa yang berkaitan di fakulti untuk mendapatkan bantuan.
56 Nostalgia Mungkin kerana sikap rajin bertanya, aku pun sudah dikenali kerani yang menguruskan program. Aku akui, terkadang malu bertanya sesat jalan. Pertama kali aku melangkah ke universiti adalah semasa tempoh PKP ketika wabak Covid-19 sedang melanda negara. Pengalaman semester pertama di universiti serba tak kena. Ini kerana aku pertama kali menginjakkan kaki ke universiti dan tiada pengalaman proses pembelajaran secara ODL. Pada ketika itu, bantuan untuk proses pendaftaran dan sebagainya sangat terhad. Walaupun ada kawanku yang masuk UITM, namun respon mereka terhadap soalan-soalan aku agak kurang memuaskan. Jawapan yang aku terima tidak banyak membantu. Sebenarnya aku seorang yang ambivert. Apabila pertama kali berada di tempat yang baru, aku menghadapi cabaran untuk bersosial kerana aku bukanlah jenis yang mudah ramah dengan orang yang tidak dikenali. Lagipun suasana universiti yang baru begitu asing, dan diri ini belum bersedia sepenuhnya menghadapi kehidupan universiti.. Namun begitu, apa yang ingin aku kongsikan ialah pengalaman masuk ke universiti ini secara perlahan-lahan telah mengajarkan aku cara untuk bersosial, berkenalan dengan orang ramai dan sebagainya. Lama kelamaan aku mula menyesuaikan diri dengan cara dan suasana di universiti. Sepanjang aku belajar secara dalam talian ini, aku kurang berinteraksi dengan orang lain. Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara dengan rakan sekelas aku. Atas dasar itu, aku perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan diri ku. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk menyertai sebuah persatuan di fakulti, iaitu Information Management Student Association (IMSA). Pada permulaannya, sejujurnya, tujuan utama aku menyertai persatuan ni bukanlah untuk mempelajari cara untuk berinteraksi dengan orang ramai.
57 Nostalgia Sebenarnya, matlamat awal aku adalah untuk mendapatkan peluang untuk tinggal di kolej. Keputusan ini dipengaruhi kebimbangan kewangan aku, mengingatkan bayaran sewa di Lembah Klang bukannya murah, terutamanya bagi seseorang seperti aku yang berasal dari keluarga tidak berada. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk hadir temu duga bagi pengambilan IMSA pada semester pertama pengajian aku. Melibatkan diri dalam persatuan ini banyak mengajar aku tentang cara bagaimana untuk membahagikan masa dengan baik dan cara bekerja di bawah tekanan. Hal ini kerana, aku perlu melibatkan diri dalam persatuan dan pada masa yang sama aku juga perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Walaupun pada mulanya mungkin terasa meletihkan dan memeningkan, namun sebenarnya pengalaman ini juga membentuk dan melatih diri kita untuk menempuhi cara hidup bekerja nanti. Pasti anda semua ingin tahu cara aku berkenalan dengan kawan-kawan di universiti. Oleh kerana aku seorang yang ambivert, kebanyakan dari kawankawan yang datang tegur aku terlebih dahulu. Ada yang mula berani tegur aku ketika masuk kelas. Ada juga yang ajak masuk dalam tugasan kumpulan. Namun, jauh dari sudut hati, aku sangat bersyukur kerana ada kawan-kawan yang baik hati macam mereka sekarang. Mereka bukan saja teman, tapi juga sahabat yang sentiasa bersama-sama ketika susah dan senang. Mereka memberi sokongan moral, sentiasa bagi tunjuk ajar, dan tak lupa juga meluangkan masa bersama-sama. Aku ingat lagi semasa kami belajar secara dalam talian dulu, kami sentiasa berhubung dan berkumpul bersama-sama dalam Google Meet, berbincang dan menyiapkan tugasan bersama-sama. Kadang-kadang kami juga suka menonton cerita secara berkumpulan dalam Google Meet. Semua pengalaman ini memberikan aku memori yang indah bersama rakan-rakan.
58 Nostalgia Sahabat kelas Dengan semua cerita yang aku kongsi ini, aku ingin menyimpulkan bahawa universiti bukan sekedar tempat untuk menimba ilmu, tetapi juga tempat dimana kita membina persahabatan, memperluas rangkaian kenalan, dan merasai pengalaman yang akan terpahat dalam kenangan kita selamanya. Seperti yang terungkap dalam tajuk penceritaan aku, iaitu ‘Nostalgia’, kita perlu menikmati setiap detik perjalanan sepanjang sebagai mahasiswa agar dapat menghayati setiap pengalaman manis dan berharga. Akhir kata dari aku, perjalanan ini pasti akan mengukir pengalaman yang amat bernilai.
Mohamad Suhaili bin Sukar Kehidupan vs Kehidupan 59 SPM merupakan satu pencapaian terbaik dalam hidup aku, sekurangkurangnya bagi diriku. Namun, kejayaan ini muncul tanpa tujuan yang jelas, sama ada untuk meneruskan pelajaran ataupun terus bekerja. Hidup berlainan dari dua sisi yang berbeza. Kehidupan bekerja ataupun kehidupan belajar. Walaupun belajar adalah tuntutan daripada ibu dan bapa, namun bekerja telah menjadi keutamaanku. Kehidupan berentang di antara dua realiti. Pada sisi pertama, berkisar tentang rakan-rakan sekampung yang telah memasuki alam pekerjaan, memiliki aset tersendiri, dan seolah-olah meraih kejayaan. Terkadang, perasaan cemburu muncul apabila melihat mereka mencapai matlamat hidup masing-masing. Jarak umur di antara kami membawa perbezaan dalam pandangan terhadap masa hadapan. Pengalaman mereka yang bekerja membuka mataku kepada kegembiraan bekerja dan kebebasan tanpa beban pembelajaran. Aku sendiri tidak pasti samada ini adalah pengaruh yang elok ataupun aku yang terikut ikut dengan rentak mereka. Kini, aku perlu
60 Kehidupan vs Kehidupan menghadapi realiti yang berlainan. Tuntutan dan perasaan untuk membanggakan mak dan abah itu sudah lama terpahat di hati. Tapi, dari sudut mana aku perlu memilih? Membanggakan dari segi kejayaan aku dengan duit yang banyak ataupun kejayaan aku ketika menggenggam segulung ijazah yang menjadi igauan setiap anak muda. Hidup aku selepas SPM agak goyah disebabkan hidup dalam dilema antara bekerja ataupun belajar. Pujukan mak yang lebih rapat dan mesra denganku, berusaha menyakinkan aku untuk mencuba mengambil peperiksaan STPM. Alasannya adalah disebabkan kos yang lebih rendah, dan ibu ingin melihat anaknya melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Ibu mungkin bercitacita untuk melihatku menjadi wakil dalam keluarga, seorang anak yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi. Setelah pertimbangan dibuat, akhirnya aku menerima tawaran daripada UiTM untuk mengikuti sebuah program. Walaupun, awalnya aku menolak tawaran tersebut kerana kurang minat. Namun, akhirnya aku mendapat tawaran yang sama, hanya berbeza lokasi. Aku ditempatkan di Selangor berbanding di negeri kelahiran aku sendiri iaitu di Johor. Aku lebih rela menerima tawaran STPM berbanding diploma, semata-mata untuk mengelakkan dari usaha belajar. Permulaan kehidupan sebagai pelajar universiti agak mudah bagiku, kerana ketika itu kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kehidupan yang santai dan hanya belajar dari rumah. Hanya menumpukan kepada tugasan dengan prinsip “asal siap”. Pada ketika itu, kawan-kawan sekelas pun masih belum ku kenal, apatah lagi tugasan yang remeh. Dalam masa yang sama, aku juga memikul tanggungjawab hakiki sebagai anak di rumah. Ayahku perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu. Aku perlu menyeimbangkan antara kuliah dan menghantar ayahku ke sesi rawatan. Kadangkala, aku perlu menghadiri kelas dalam keadaan sedang memandu kereta. Pada ketika itu, aku tidak menganggap itu sebagai
masalah kerana kelas tidak menjadi keutamaan bagiku. Sikap sambil lewa belajar, tidak ambil peduli tentang pelajaran merupakan sikap terburuk dalam hidup aku. Dalam penghujung semester dua, aku sempat ke negara seberang menaiki motosikal tanpa memikirkan kelas. Aku ponteng semata mata untuk memenuhi minat aku sendiri. Namun, sudah tertulis, rezeki tidak dijangka, aku mendapat keputusan yang cukup membanggakan pada semester dua. Aku memperolehi anugerah Dekan. Pada masa itu, aku terfikir, “Belajar main-main pun dapat dekan, kalau lebih?” *** Oktober 2022- Suri Hati “New Life New Beginning” ketika aku di semester ketiga. Kehidupan, gaya hidup, dan cara baru yang perlu aku hadapi dalam melangkah ke alam universiti. Bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar dalam konteks sebenar. Aku memulakan episod sebagai pelajar kolej di UiTM Puncak Perdana, namun, permulaan itu begitu janggal kerana aku tidak pandai bergaul. 61 Kehidupan vs Kehidupan
62 Kehidupan vs Kehidupan Kehidupan di kolej juga adalah kehidupan pertama aku berjauhan dengan keluarga. Seumur hidup, aku tidak pernah berasingan dengan mereka. Namun begitu, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, aku dapat kawan sekelas yang baik yang dapat menerima aku. Aku tidak kisah akan hal tersebut kerana perkara yang paling penting ialah dapat selalu pulang ke Johor untuk menjenguk mak dan abah. Namun, langit tak selalu cerah, hari tak selalu indah, keputusan setiap semester aku semakin merosot. Lalai, sikap acuh tak acuh, dan seronok bersama kawan kawan menyebabkan aku lupa tentang tanggungjawabaku yang sebenar iaitu belajar. Aku akhirnya menerima dan akur dengan realiti kehidupan aku yang baharu. Aku perlu belajar bersungguh-sungguh walaupun tujuan utama aku bukan untuk diri sendiri. Tetapi lebih kepada untuk memberikan sesuatu kepada mak dan abah aku. Aku berharap diberi kekuatan untuk menempuhi baki beberapa semester yang lebih mencabar. Aku sepatutnya menghargai apa yang aku ada sekarang dan belajar untuk menghargai setiap detik demi masa depan. Sisi kehidupan yang satu lagi perlu aku tangguhkan untuk sementara waktu. Sisi yang baik mungkin bakal melahirkan dan mempengaruhi kehidupan aku. Aku yakin, keputusan inilah yang terbaik. Dari segi kemewahan mungkin, belum masanya. Namun, usaha tidak akan sentiasa mengkhianati hasil. Semoga apa yang aku perjuangkan dan usahakan, bakal menghasilkan sesuatu yang selalu aku impikan. Akhir kata, terima kasih atas peluang dalam kehidupan. Semoga semuanya baik baik sahaja untuk aku, kau, sahabat, dan terutamanya keluarga. Salam kenal dan salam pisah “PEACE”.
Muhammad Adib Najmi bin Ahmad Jailani Anda Tidak Berjalan Sendirian 63 Doa seorang ibu itu adalah sesuatu yang mahal. Mengapa aku memulakan penulisan dengan perkara tersebut? Kerana tanpa doa dari seorang ibu, sudah tentu aku sudah tidak mampu untuk bangun ketika ditekan oleh keadaan sekeliling sebelum aku melangkah ke alam universiti. Aku cuma orang biasa yang membesar dalam keluarga yang sederhana. Ibu membesarkan kami empat beradik sendirian setelah abah meninggal dunia semasa aku berusia sepuluh tahun. Aku juga bukanlah pelajar yang cemerlang sepanjang aku di bangku sekolah. Namun dengan keputusan yang sederhana, SMK Seri Perak sudi menerima aku sebagai pelajar tingkatan enam. Tingkatan enam seolah-olah memberikan aku dan rakan-rakan nafas baru setelah kami kurang bernasib baik untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma. Aku dipandang rendah oleh rakan-rakan yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Pelajar tingkatan enam sering kali dianggap “budak sekolah” yang masuk ke tingkatan enam sebagai pilihan terakhir. Namun, setelah mengenali beberapa orang di situ, aku bersyukur kerana bagi mereka,
64 Anda Tidak Berjalan Sendirian tingkatan enam merupakan laluan pintas untuk ke tahap seterusnya, Ijazah Sarjana Muda. Akibat terlalu selesa di suasana “sekolah”. Keputusan ujian semester satu aku menampar aku. Demi memastikan langkah kanan aku tetap ke universiti selepas tamat STPM, aku mengagahkan diri membuat kerja sambilan untuk membayar kos peperiksaan ulangan. Dengan semangat yang membara, aku cuba buat yang terbaik di semester dua. Baru sahaja aku hendak memulakan larian, sesuatu menarik bukan sahaja aku, tetapi seluruh dunia ke belakang. *** Semasa aku dan rakan sekelasku sibuk menyiapkan kerja kursus Pengajian Am, satu dunia diserang wabak Covid-19. Disebabkan wabak ini, urusan seluruh dunia terpaksa dihentikan kerana ianya meragut nyawa. Institusi pelajaran seperti universiti, sekolah, bahkan tadika juga tidak dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hidup aku yang bosan menjadi semakin boring kerana aku bukanlah orang yang suka berehat di rumah, aku lebih suka meluangkan masa di luar rumah. Antara aktiviti yang tidak lagi dapat dilakukan ialah kerja di hujung minggu, bersukan, ke sekolah dan mengunjungi rumah kedua semua remaja ketika itu, cyber cafe. Hanya kemenangan Liverpool dapat mengubat kesunyian aku ketika itu. Seperti orang lain, aku terpaksa berkurung di dalam rumah, hanya keluar untuk ke pasaraya. Keadaan bertambah sukar apabila ahli keluarga terdekat juga dijangkiti wabak ini menyebabkan fokus dalam kelas terganggu. Kelas yang dijalankan di atas talian tidak dapat disertai sepenuhnya kerana capaian internet di rumahku tidak begitu baik. Namun untuk terus menghidupkan impian aku untuk ke universiti, aku menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran sendiri diluar waktu kelas. ***
65 Anda Tidak Berjalan Sendirian Setelah keputusan STPM diumumkan, aku sedikit lega kerana aku berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan diri sendiri. Sekarang hanya perlu menanti keputusan UPU untuk menempatkan diri aku di universiti awam. Aku meletakkan jurusan pendidikan sebagai pilihan utama aku walaupun aku tidak mempunyai bakat besar menjadi tenaga pengajar. *** Hari yang dinanti tiba, apa yang aku impikan tidak kesampaian. Apa yang lebih menyedihkan, hampir kesemua rakan seperjuangan mendapat tempat dalam jurusan pendidikan. Aku hanya diterima di pilihan ketujuh, Pengurusan Sistem Maklumat di UiTM. Setelah melihat keputusan itu, aku keluar bilik untuk menenangkan fikiran. Keluar dari bilik, aku di sapa ibu, “Ha dapat masuk universiti mana”? Setelah mendengar jawapan aku, ibu terus mengajak aku membuat persiapan untuk ke universiti seolah aku perlu ke Puncak Perdana esoknya. Hati aku yang kecewa tadi ditimpa perasaan serba salah, tidak tergamak aku untuk menolak tawaran selepas melihat reaksi ibuku. *** Akibat wabak Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya, sesi pembelajaran masih diteruskan secara dalam talian. Aku tersepit antara bersyukur kerana tidak perlu pulang ke kolej, dalam masa yang sama, aku yang seorang introvert sedar sukar untuk mencari rakan untuk bersama aku sepanjang pengajian. Kelengkapan belajar juga tidak begitu sempurna menyebabkan aku menghadapi kesulitan. Disebabkan kemahiran komunikasi yang tidak begitu baik, aku mempunyai masalah pergaulan sepanjang tempoh pengajian secara dalam talian. Namun begitu, aku berbangga dengan keputusan aku sepanjang dua semester tersebut. Semester tiga diumumkan akan dijalankan sepenuhnya secara fizikal. Ibu menolong aku melakukan persiapan, mengorbankan banyak wang ringgit untuk melihat aku berjaya. Aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu. Berat hati untuk meninggalkan ibu dan tempat
membesar, namun aku gagahi juga. Aku minta ibu mendoakan perjalanan anak kesayangannya ini dipermudahkan. *** Hari yang ditunggu tiba, aku bertolak sendirian menaiki motosikal yang uzur dari Teluk Intan ke Puncak Perdana. Sepanjang perjalanan dihujani perasaan yang pelbagai. Setibanya aku di kolej, aku disambut baik oleh rakan sebilik. Kami berkenalan, berkongsi cerita sepanjang hari. Tiga orang daripada rakan sebilik aku merupakan rakan sekelas. Kami mula selesa, mula bergurau dalam masa dua hari awal perkenalan. Segala kebimbangan aku mula lenyap. Sepanjang aku berada di sini, aku ditemani orang yang baik yang sudi menumpangkan aku ke kelas semasa kami tinggal di rumah sewa di luar kolej, dipermudahkan urusan, dan juga diiringi doa ibu. Keputusan peperiksaan setiap semester juga memuaskan hati aku, melahirkan rasa syukur terpilih dalam program pengajian ini. Akhir kata, walaupun terdapat banyak cabaran, aku kini yakin setiap langkah yang diambil, “You will never walk alone.” Rakan seperjuangan sepanjang 6 Semester. 66 Anda Tidak Berjalan Sendirian
Muhammad Mirza Syafiq bin J Mizan Takdir Yang Tertulis 67 #01 - Kehidupan Kehidupan seorang pelajar universiti itu bukanlah mudah seperti yang dibayangkan. Adakalanya manis, adakalanya pahit dan tidak semuanya yang kita gambarkan itu akan indah seperti yang kita sangka. Tetapi tetaplah ingat kenangan pahit itu adalah penawar yang akan menjadi pengajaran dan kenangan kepada kita. Banyak cabaran dan dugaan yang berlaku sepanjang aku berada di Universiti. Setiap hari adalah babak baru dalam perjalanan ke arah kedewasaan. Mental dan fizikal itu perlu utuh, jika tidak maka akan terpesong, setakat hari ni aku masih mampu untuk meneruskan perjuangan walaupun tumbang kerana kealpaan. Pernah juga aku rasa lemas hingga aku hanyut dalam buaian mimpi. Namun dengan kudrat yang ada, aku bangkit meneruskan perjuangan hingga terus ke penghujung garisan dengan berkat keredhaan Sang Pencipta. Perjuangan yang aku lalui ini begitulah penat hingga tidak mampu aku luahkan, hanya mampu aku mengadu kepada Sang Pencipta. Kelasku dari terbitnya matahari hingga terbitnya senja adalah perkara biasa yang akan dilalui sebagai seorang mahasiswa. Hidup di universiti bukan hanya tentang
68 Takdir Yang Tertulis kesusahan, tetapi juga tentang kehidupan. Aku belajar mengurus masa dengan bijak dan mengejar kecemerlangan yang aku impikan. Aku selalu bermonolog untuk mengubah hidupku agar kejayaan yang aku impikan dapat aku kecapi. Amanah dan doa keluarga adalah tunjang untuk meneruskan pengorbanan ibu dan ayahku yang membanting tulang demi melihat kejayaan anaknya memegang skrol ijazah sarjana muda. Untuk itulah, aku terus berjuang walau jalan yang aku lalui penuh onak duri, kerana ada jasa yang perlu aku balas, sebelum aku menghadap Yang Maha Esa. *** #02-Persatuan "Sibuk" mungkin menjadi kata yang sering didengar di kalangan mahasiswa, tetapi bagi aku, itu adalah satu cabaran yang aku terima dengan hati terbuka. Kenapa terlalu sibuk? sampaikan tiada masa untuk bersuka ria? Bukan aku mengelak, tetapi masa berlalu begitu pantas. Di universiti ini, aku bukan mahasiswa biasa yang ada masa untuk santai. Di sini aku memegang jawatan dalam Skreteriat Mahasiswa Fakulti. Ramai yang mempersoalkan kenapa aku memilih untuk berpersatuan. Jika itu membebankan? Tetapi tidak sekalipun aku menyesal memilih jalan ini kerana bagi aku ini sebahagian daripada perjuangan. Pengalaman ini, bagiku, adalah bekal yang berharga untuk membawa ke alam pekerjaan kelak. Menjadi pelajar universiti bukan hanya tentang kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga tentang kemahiran kepimpinan yang akan membentuk karakter seseorang. Dalam persatuan, aku tidak hanya memperoleh ilmu yang bermanfaat, tetapi juga ilmu kepimpinan yang akan menjadi aset berharga dalam kehidupan. Aku tidak gentar menghadapi cabaran, dan aku yakin bahawa setiap langkah yang aku ambil dalam perjuangan ini adalah satu langkah mendekati kejayaan. Ilmu yang aku perolehi bukanlah hanya untuk mendapatkan kelulusan, tetapi juga sebagai bekal dan pendamping dalam menempuh liku-
69 Takdir Yang Tertulis liku kehidupan yang penuh dengan cabaran. Bagi aku, ini adalah perjuangan untuk membentuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Aku berjanji untuk terus berjuang hingga garis penamat. Setiap kesusahan yang aku alami adalah satu pengajaran, dan aku akan terus melangkah dengan tekad yang kuat untuk mencapai kejayaan yang aku impikan. Ilmu yang aku perolehi dari universiti ini adalah harta yang tidak ternilai, dan aku bertekad untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin, Ilmu diraih untuk dijadikan bekal dan pendamping hingga ke liang lahad. Sebuah perjuangan untuk menghasilkan kehidupan yang senang kelak. *** #03-Kawan Sejati Aku seorang pelajar yang mempunyai impian besar untuk mencapai kejayaan. Namun, perjalanan hidupku tidak selalunya lurus dan senang. Di awal semester, aku berusaha mencari kawan-kawan yang dapat menjadi penyokong setia dalam perjuanganku ini. Mencari kawan memang mudah, tetapi aku tahu bahawa mencari kawan yang hebat dan boleh menjadi sahabat sejati itu adalah suatu cabaran yang sukar. Aku percaya bahawa kejayaan lebih bermakna apabila kita berkongsi bersama-sama. Dalam usaha mencari kawan yang sejati, aku pernah hampir tersungkur dalam pelbagai ujian kehidupan. Waktu itu, aku merasakan betapa pentingnya memiliki kawan-kawan yang boleh memberi nasihat dan sokongan ketika aku hampir putus asa. Mereka adalah lima sekawan yang ada susah dan senangku. Mereka adalah orang yang hebat, sentiasa mengingatkan aku dengan tikar sejadah. Aku percaya ini adalah rahmat-Nya yang terbesar. Mereka mengajariku bahawa kehidupan tidak hanya tentang mendaki tangga kejayaan, tetapi juga tentang bagaimana kita merangkul nilai-nilai persahabatan. Benarlah kata-kata guruku, nikmat bukan sahaja datang dari harta dan kekayaan, tetapi juga
hubungan dan ikatan antara manusia. Aku merasakan kebahagiaan dan kejayaan yang lebih bermakna apabila dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang baik. Hari ini, aku tidak hanya mendapat kejayaan dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki kawan-kawan sejati yang sentiasa bersama-sama dalam suka dan duka. Bersama mereka, aku menyedari bahawa kehidupan universiti bukan sekadar mendapatkan ijazah, tetapi lebih kepada pembentukan diri dan hubungan yang kita bina sepanjang perjalanan ini. Dengan penuh rasa syukur, aku melangkah ke hadapan dengan keyakinan bahawa perjalanan ini menjadi lebih bermakna dan indah dengan kehadiran kawan-kawan yang hebat di sekelilingku. “Sahabat adalah seorang yang menari bersamamu di bawah matahari dan berjalan bersamamu di dalam kegelapan”. 70 Takdir Yang Tertulis
Norfatin Nabiha binti Roslan Perjalanku Seorang Pelajar 71 “Perjalananku seorang pelajar”. Perkara yang akan sentiasa bermain difikiranku selagi belum menceburi bidang pekerjaan. Hidup sebagai seorang pelajar amatlah mencabar dan berat jika di kenangkan kembali daripada kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah sehingga menjadi seorang pelajar Degree di sebuah universiti tempatan iaitu UiTM. Ceritanya bermula apabila…. *** Pada tahun 2017 iaitu ketika berumur 16 tahun, aku berada di tingkatan empat di sebuah sekolah bertempat di Seri Manjung, Perak. Aku seorang pelajar ‘average’ dimana tidaklah begitu cemerlang dan tidaklah begitu corot jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain. Taraf aku mungkin hanya berada di tengah-tengah antara cemerlang dan corot. Hidupku amatlah selesa sehingga aku tidak memaksa diriku untuk sentiasa membuat perkara dengan sebaiknya. Terutamanya di dalam pelajaran mahupun peperiksaan. Aku hanya melakukan apa yang aku mampu dan jarang sekali mendorong diri sendiri ke tahap yang tertinggi. Namun, semuanya berubah apabila aku
72 Perjalanku Seorang Pelajar mengetahui bahawa ibuku teringin untuk menghadiri majlis anugerah pelajar cemerlang meskipun sekali. Pada masa itu, meskipun aku hanyalah seorang pelajar yang average di dalam sekolah, namun dikalangan adik-beradik dan rakan-rakan rapat, akulah yang paling memberangsangkan dan mungkin boleh lebih cemerlang sekiranya aku mendorong diri aku ke tahap yang maksimum. *** Masih terngiang-ngiang lagi ayat ibuku yang memberikan tamparan hebat kepadaku supaya lebih berusaha menambah baik mutu pelajaran agar membolehkan beliau menghadirkan diri ke majlis anugerah pelajar cemerlang. “Mama teringin nak pergi majlis anugerah pelajar, tak ada pun anak mama yang dapat anugerah cemerlang lagi.” Ayat yang memberi kesedaran yang telah mengubah aku untuk menjadi lebih berusaha berbanding sebelum ini. Akhirnya pada tahun 2018, aku berjaya membuktikan yang aku boleh. Aku tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang berjaya mendapat anugerah cemerlang. Aku juga telah berjaya untuk merealisasikan impian ibuku bagi menghadiri majlis tersebut dan apa yang lebih membanggakan adalah bukan aku sahaja, malah tiga lagi rakan seperjuangan aku juga turut tersenarai untuk menerima anugerah kecemerlangan pelajar. Tahun tersebut merupakan tahun yang agak baik bagiku kerana dapat mengubah diri ke arah yang baru, menjadi seorang yang lebih rajin dan bersungguh sungguh. *** Maka di sinilah bermula kehidupan sebagai seorang pelajar diploma di mana aku berjaya mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran di UiTM Sungai Petani di dalam bidang Pengurusan Maklumat. Permulaan hidup yang baru, suasana yang baru di tempat yang baru. Semuanya baru bagiku kerana ini merupakan titik perjuanganku yang pertama untuk melanjutkan di peringkat yang lebih tinggi. Ini juga merupakan kali pertama aku berjauhan dengan keluarga setelah 18 tahun hidup di bawah ‘ketiak’ ibu dan bapaku
dimana semuanya diuruskan, dikawal dan diatur oleh mereka tetapi disini aku perlu melakukannya sendiri. Hidupku sebagai seorang pelajar diploma dipermudahkan hingga satu masa di mana negara kita dihebohkan dan diperkenalkan dengan wabak Covid-19 pada awal tahun 2020. Dimana ketika itu semua perkara menjadi huru-hara, pembelajaran dihentikan buat sementara waktu dan kami sebagai pelajar yang menetap di kampus perlu pulang ke rumah masing-masing kerana penularan wabak tersebut. Pada ketika itu aku sedang berada di awal semester dua. Aku perlu meneruskan sisa baki pelajaran secara dalam talian di rumah. Perkara ini tidak mudah dan amatlah mencabar bagiku kerana jika di rumah, fokus kita akan terbatas. Kita tidak akan dapat untuk fokus terhadap pembelajaran sahaja, kita juga perlu menolong menguruskan rumah dan perkara perkara lain tambah pula pada ketika itu semua pekerjaan dihentikan seketika. Dalam kepayahan meneruskan pembelajaran secara dalam talian itu, aku akhirnya berjaya juga menghabiskan diploma aku pada awal tahun 2022 dan berjaya ‘graduate on time’ sama seperti pelajar diploma yang lain. Konvokesyen aku tertunda seketika oleh kerana wabak Covid-19 di mana semua proses konvokesyen dilambatkan. Walaupun begitu, aku telah membuktikan yang aku boleh melakukan sebaiknya. Impianku dari awal hanyalah untuk tidak berhenti menjadi kebanggaan kepada ibu bapaku. Sebagai seorang anak, banyak cara yang kita boleh gunakan untuk membanggakan mereka dan inilah cara yang aku pilih untuk membuat sedemikian. Di bawah aku sertakan juga gambar konvokesyen yang lepas sebagai bukti kejayaan aku dalam menghabiskan pelajaran diploma. 73 Perjalanku Seorang Pelajar
74 Perjalanku Seorang Pelajar *** Tamatlah kisah hidup diploma, maka aku teruskan dengan kisah menjadi seorang pelajar lepasan diploma yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda UiTM. Perjalanan aku dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ini merupakan pengalaman yang paling berat sepanjang menjadi seorang pelajar. Ianya bermula apabila aku diterima masuk ke peringkat Ijazah di dalam bidang Pengurusan Rekod (IM246) di UiTM Kampus Puncak Perdana dimana aku terpaksa menunda pelajaranku satu semester pada awal kemasukan dan ianya bermakna bahawa aku akan lewat satu semester di belakang rakan-rakan satu batch dengan aku ketika diploma. Ianya bermula apabila aku sepatutnya mendaftar masuk ke semester ketiga (memandangkan aku adalah seorang pelajar penerapan) pada April 2022 tetapi oleh kerana terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa membuat keputusan untuk mengambil ‘cuti khas’ selama satu semester daripada pihak UiTM. “Betulkah apa yang aku buat ni? Macam mana kalau prosesnya susah?” Persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku sebelum membuat keputusan tersebut. Tapi apakan daya, aku juga tiada pilihan lain selain meletakkan urusan keluarga sebagai yang utama. Ianya amatlah tidak mudah, satu demi satu perkara yang perlu diselesaikan oleh kerana banyak proses yang mesti dilakukan oleh kerana aku seorang pelajar penangguhan. Banyak ujian yang dihadapi seperti proses pendaftaran subjek yang sangat-sangat sukar berbanding pelajar lain, menjadi pelajar ‘asing’ oleh kerana kami adalah pelajar batch lama yang baru mendaftar masuk. *** Walau bagaimanapun, hidupku seperti bersinar kembali apabila pada semester awal kemasukan ke ijazah, aku dan rakan sekumpulan yang lain telah berjaya mendapat nombor satu iaitu selaku juara di dalam program IIDare di sebuah program yang melibatkan subjek teras yang wajib disertai oleh pelajar. Sebanyak 64 booths yang ada, kumpulan kami menjadi satu-satunya yang menjuarai program tersebut. Aku hanya mampu bersyukur dan
75 Perjalanku Seorang Pelajar menganggap ini mungkin hikmah yang diberikan oleh Allah SWT sepanjang pengorbanan aku selama ini. Gambar dibawah merupakan bukti kejayaan bersama kumpulan yang telah menggembleng tenaga dan masa untuk menjayakan program tersebut. *** Pada semester yang seterusnya, aku diuji lagi dengan masalah pendaftaran kursus dimana aku perlu pindah ke kelas yang baharu oleh kerana berlakunya perubahan sistem yang dilakukan oleh pihak UiTM. Ini agak membebankan bagi diriku oleh kerana terpaksa berada di kelompok yang baharu iaitu bersama-sama dengan kumpulan daripada kalangan STPM. Agak sukar diterima pada awalnya tetapi perjalan harus diteruskan, aku tidak boleh mengubah apa-apa perkara dan aku juga tiada kuasa untuk berbuat sedemikian. Kini aku juga sedang berada di semester yang kelima, berbaki dua lagi semester untuk menghabiskan ijazah ini. Segala ujian haruslah ditempuhi walau seberat manapun ianya datang kerana hidup juga harus diteruskan. Impianku kini adalah cuma ingin menghabiskan ijazah tanpa perlu mengulangi apa-apa kursus dan berharap ianya dapat dipermudahkan oleh kerana aku merupakan harapan pertama keluarga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
Nur Ain binti Azeli Shah Mengejar Mimpi 76 Acapkali mimpi yang dibuai sukar untuk dimengertikan. Mimpi lagi indah daripada realiti. Menjadi individu yang berdikari sebagai seorang anak, rakan, pelajar dan juga manusia kadangkala menjadi beban buat diri sendiri. Tidak bermaksud pertolongan orang lain diendahkan, tetapi membuat segala keputusan sendiri boleh menjadikan ianya lebih puas dengan matlamat sendiri. Nama panggilan yang diberi oleh rakan-rakannya ialah Nini. Nini ialah seorang pelajar di sebuah universiti awam yang terkenal iaitu Universiti Teknologi Mara di kampus cawangan Puncak Perdana yang sebenarnya tidaklah jauh dari tempat tinggalnya. Pagi yang indah menjadikan harinya sangat hening apabila tawaran kemasukan ke universiti telah diumumkan. Saat nama UiTM kampus Puncak Perdana terpampang di kaca skrin komputernya, dia menjerit riang kerana inilah satu-satunya kampus yang dimahukannya. Emak ialah orang pertama yang dia khabarkan berita baik ini dan sejurusnya ahli keluarganya yang lain. Manakan tidaknya, dia mendapat kampus yang betul-betul dekat dengan rumahnya. Semester pertama dan kedua dilakukan secara dalam talian dan tidak perlu menghadiri kelas secara fizikal. Apabila pelajar universiti dimaklumkan bahawa sesi yang seterusnya akan berjalan secara bersemuka, dia sudah mula gelisah. Berbagai soalan yang timbul di buah fikirannya. Adakah dia akan
1 Mengejar Mimpi 77 memohon kolej atau berulang alik dari rumah sahaja? Jarak antara rumahnya ke kampus adalah 30 km. Padanya, jarak ini tidaklah terlalu dekat dan tidaklah terlalu jauh untuk perjalanan harian. Dia juga sudah boleh memandu. Sejenak merenungkan persoalan-persoalan itu, dia mendapatkan pandangan daripada emaknya. “Kakak ulang alik dari rumah lagi bagus”, ucap emaknya. Ya, itulah satusatunya jawapan yang dia mahu dengarkan sebenarnya. Alasannya kerana dia tidak mahu berjauhan daripada rumahnya. Dia nekad dengan keputusan itu dan bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh perjalanan itu. Perasaan berdebar, teruja dan sedih hadir tatkala memikirkannya. Perjalanannya sewaktu di peringkat diploma mula menghantui fikirannya. Dia yang pada mulanya tidak berminat dengan bidang yang diambil itu mulai akur dengan tuntutan arwah ayahnya dalam jurusan komputer sains di Kolej Profesional Mara. Dia mula tertekan mengenangkan kisahnya bagaimana dia harus menyesuaikan dirinya dengan segala yang ada di sekelilingnya. Dari segi pembelajaran, kawan dan pengurusan diri. Perjalanannya untuk menghabiskan diploma itu bukan mudah bagi dirinya. Pada waktu itu, dia merasakan seolah dunianya sentiasa hujan tanpa pelangi. Dia nekad untuk mengubah pemikiran mindanya ke arah yang lebih positif terhadap jurusannya. Dia cuba mengambil langkah baru dengan memohon jurusan yang sebenarnya tidaklah lari daripada yang lama. Mungkin ini boleh membangkitkan lagi semangat dan rasa suka dia pada jurusan ini di tempat yang baru lagikan dekat dengan rumahnya. Siapa tahu. ***** "Boleh... boleh undur lagi ni", gumam Nini dalam hatinya. Pang! Kedengaran hentaman yang kuat di gegendang telinganya. "Alamak macam mana ni Ain?!", tanya Syaz, sahabatnya dalam nada gelisah. Mereka lantas bergegas keluar dari kenderaan. Sah! Dia sudah terlanggar tiang lampu pondok pengawal keselamatan di sebelah kandang. "Phew... tak apa, boleh cover ni. Dahlah lambat ni",
1 Mengejar Mimpi 78 gusarnya untuk melegakan hati yang tengah serabut itu. Kelas sudah hendak bermula tetapi diri sendiri yang buat hal. Itulah masalah bila terlalu yakin! Seusai habis kelas, Adhwa mengajak ke rumahnya untuk membantu mengesat kesan calar dari langgaran tadi. Adhwa sentiasa ada menolong jikalau keretanya bermasalah. Dia hanya tahu memandu sahaja. Mujur tiada kecelakaan serius, cuma kecelakaan hatinya dirobek kerana itu adalah kereta peninggalan arwah ayahnya. Apakan daya, nak sangat memandu berulang alik! Sudah semestinya setiap perjalanan tidak akan lengkap tanpa masalah likuliku kehidupan. Tidak cukup daripada dia melanggar lampu tiang, peti elektrik pun mahu dilanggarnya juga. Ditambah lagi dengan masalah jadual kelasnya yang sangat tidak efisien baginya. Tatkala terdetiknya ayat yang tidak disangka-sangka kan menjadi kenyataan. “Best juga kan kalau ada kelas malam”, fikirnya. Tidak keruan dibuatnya! Tidak pernah terlintas di dek buah fikirannya perlu pulang dan memandu secara berseorangan pada waktu malam. Itu sangatlah tidak biasa baginya. Bukan itu saja, jadual kelasnya juga banyak lopong dan jurang antara kelas yang besar. Dia seorang yang sangat mementingkan nilai waktu. Jurang waktu yang agak besar ini membuatkan dia tidak tahu untuk pergi ke mana. Apalah nasib degree bagi dia. Tanggapannya yang menganggap keputusan berulang alik dari rumah ke kampus adalah satu keputusan yang tidak tepat mula menguasai dirinya. “Jomlah duduk bilik I”, ujar Syaz yang selalu mempelawa menumpang biliknya. Kalau bukan Syaz, mesti Anis, Najwa atau Hani. Kadang-kala dia serba salah karena menyusahkan mereka. Ada waktu itu rakannya terus mengajak tanpa dia bertanya dahulu. Dia sangat terharu apabila rakanrakannya sangat peka dengan situasinya yang selalu runsing tidak tahu hendak ke mana itu. Dia gembira dan bersyukur diperjodohkan persahabatan ini dengan mereka.
79 Rakan seperjuangannya Lama kelamaan dia sudah boleh menerima dan menganggap ini adalah pengalaman perkuliahan yang pasti akan diingati. Perubahan ini menjadikan dia seorang yang lebih berdisiplin dan menepati masa. Dia juga sudah menjadi semakin berdikari dan tidak perlu terlalu mengharapkan orang lain. Daripada tidak mampu untuk memandu secara berseorangan, akhirnya dia harus akur belajar untuk melakukan itu. Dia harus kuat bertahan untuk menggapai citacitanya. Waktu demi waktu, dia sentiasa bersyukur dengan semua coretan kehidupan dilaluinya sepanjang pengajian ini dengan hati terbuka. Baginya, masalah adalah ujian pendewasaan yang boleh dijadikan pengajaran. Hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah itu hidup dalam kenangan. ***** Ringgggg! Kejutan daripada jam loceng itu membuatkan dia terjaga. Dia menggeliatkan badannya dan matanya dikesat. “Macam-macam lah!”, dengusnya. Dia bingkas bangun dari katilnya, tuala dicapai menuju ke tandas untuk menghadiri kuliah pada 8 pagi nanti. Rupanya dia hanya bermimpi. Dia cuma berharap dia mampu mengejar mimpi yang lebih indah buat dirinya. 1 Mengejar Mimpi
Nur Amirah Nazihah binti Mohd Nazrin takdir di Dinding Kolej 80 Rakan sekelas Mila di kolej Kolej kecil itu terletak di tengah-tengah gemerlapnya bandar Shah Alam, sebuah bandar metropolitan yang sedang berkembang maju. Bangunan tinggi melingkungi kolej kecil itu, mencipta bayang-bayang yang unik di kawasan tersebut. Dinding-dinding kolej itu menjadi saksi bisu kepada cerita-cerita yang terbentuk di dalamnya, ruang kuliah menjadi latar belakang yang berpotensi untuk menjadi plot seribu novel. Dalam bilik kuliah yang selesa, terdapat seorang pelajar bernama Mila. Mila, seorang pelajar yang rajin dan menggemari sastera, mendapati dirinya
1 Takdir di Dinding Kolej 81 terpikat dengan dunia perkataan. Dia seorang introvert, lebih selesa dengan rakan-rakan pilihannya daripada bersosial dengan orang yang tidak dikenali. Mila adalah contoh kepelbagaian seorang pelajar yang ada di kolej ini, wajahnya merefleksikan seratus kisah dan impian yang berbeza. Bagi Mila, kolej bukan hanya tempat untuk menimba ilmu, tetapi juga arena untuk membina kisah hidupnya sendiri. Namun, di tengah-tengah perjalanan kolejnya, dia mendapati dirinya tertarik dengan rakan sekelas bernama Asrap. Mila tidak sendirian. Di kelas yang sama, terdapat seorang lelaki bernama Asrap. Asrap adalah pelajar yang serius dan berdedikasi. Dia jenis orang yang mudah menarik perhatian. Senyumannya yang mudah, ditambah pula dengan gelagat yang santai, menjadikannya popular di kalangan rakan sebaya. Matanya yang tajam mencerminkan tekad untuk mencapai kecemerlangan akademik. Mila dan Asrap, dua personaliti yang berbeza, berkongsi pengalaman dalam bilik kuliah yang sama. Pertemuan mereka di dalam dinding kolej itu seolah-olah telah ditentukan oleh takdir, mula menarik benang merah kehidupan mereka. Walaupun mempunyai perbezaan personaliti, mereka, Mila mendapati dirinya terpesona dengan kebaikan Asrap. Dalam kehidupan seharian mereka, pelbagai kisah berputar di sekitar kolej kecil itu. Terdapat pelajar-pelajar yang mengejar kecemerlangan akademik, yang merungkai persoalan kemanusiaan di dalam kelas, dan yang merentasi dunia seni visual di studio seni. Kolej ini adalah tempat di mana mimpi-mimpi berkembang dan mencapai kemuncaknya. Tetapi di dalam kehidupan yang penuh dengan buku dan pensel, ada satu kisah yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Mila dan Asrap seringkali ditemui berdua di perpustakaan kolej, di mana mereka berkongsi buku-buku kegemaran dan berbincang tentang tugasan mereka. Lambat laun, perbualan mereka melampaui sempadan rakan sekelas dan menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Mila mendapati dirinya tertarik kepada keceriaan dan semangat hidup Asrap, sesuatu yang memberikan warna baru dalam kehidupannya yang serba rutin.
1 Takdir di Dinding Kolej 82 Namun, di sebalik keceriaan Asrap, Mila menyembunyikan satu perasaan yang dia tidak sanggup menghadapi. Sebenarnya, dia sudah mempunyai teman lelaki bernama Aziq sejak zaman sekolah menengah. Aziq adalah lelaki yang baran, penyayang, dan setia. Hubungan mereka mungkin tidak lagi gembira seperti bersama Asrap, tetapi Mila pernah merasa selesa dan selamat bersama Aziq suatu ketika dahulu. Kehidupan Mila menjadi semakin rumit ketika perasaannya terhadap Asrap tumbuh dengan setiap senyuman dan cerita yang mereka kongsi. Dia terpaksa menghadapi konflik batin, di mana hatinya terbelah antara kehangatan yang ditawarkan oleh Asrap dan kestabilan yang dimiliki oleh Aziq. Pertentangan ini tidak dapat lagi disembunyikan apabila Mila melihat kedua-dua lelaki itu berada di kelas yang sama. Suatu hari, dalam keadaan kebingungan, Mila memutuskan untuk berbicara dengan Aziq tentang hubungan mereka yang mulai renggang. Mereka berdua duduk di tepi tasik kecil di kampus, di bawah bayangan pokok yang tinggi. Dengan hati yang berat, Mila menceritakan perasaannya yang bercelaru dan kebingungannya. Dia meminta untuk memutuskan hubungan yang telah dibina selama enam tahun bersama Aziq. Aziq, dengan kedewasaan dan pemahaman, mendengarkan setiap kata Mila dengan tekun. Dia mengakui bahawa perubahan telah berlaku dalam hubungan mereka, tetapi dia tidak marah. Sebaliknya, dia memahami bahawa kehidupan membawa perubahan, dan perasaan tidak selalu dapat dikawal. Dalam satu adegan yang penuh kedewasaan, Aziq melepaskan Mila, memberikan kepadanya kebebasan untuk mengejar apa yang sebenarnya diinginkannya. Dengan berat hati, Mila memutuskan untuk memberitahu Asrap tentang perasaannya terhadap Asrap. Baginya, ini adalah langkah yang diperlukan untuk membersihkan hati dan menjelajahi apa yang mungkin di hadapan. Pada mulanya, Asrap terkejut, tetapi segera menyedari bahawa perasaan yang sama juga terpendam di dalam hatinya.
1 Takdir di Dinding Kolej 83 Seiring berjalannya waktu, Mila dan Asrap membangunkan hubungan yang lebih mendalam. Mereka terus berkongsi kisah-kisah hidup mereka, tetapi kali ini, dalam konteks hubungan romantis. Kedua-dua mereka menemui kebahagiaan dan kebahagiaan dalam setiap saat bersama, dan cinta mereka tumbuh lebih kukuh dengan setiap senyuman yang mereka kongsi. Sementara itu, Aziq, tanpa perasaan pahit, terus mengejar impian dan kebahagiaan nya sendiri. Dia tahu bahawa kebahagiaan seseorang tidak harus bergantung pada orang lain, dan dia memilih untuk fokus pada perkembangan dirinya sendiri. Akhirnya, Mila dan Asrap berada di tempat kegemaran mereka iaitu di tempat parkir, di bawah bayangan pokok yang tinggi. Mereka mengingati perjalanan mereka, dari persahabatan yang tumbuh di dalam kelas hingga keintiman yang berkembang di luar kampus. Mila merasa bersyukur kerana dia telah berani mengikuti hatinya, dan Asrap bersyukur kerana dia menemui seseorang yang memahami dan melengkapi dirinya. Kisah mereka, seperti ribuan kisah yang berkembang di dalam dinding kolej itu, adalah satu pengingat bahawa kehidupan tidak sentiasa lurus dan bahawa cinta dan pertemanan boleh ditemui di tempat yang paling tidak dijangkakan. Keseimbangan antara belajar dan bercinta adalah kunci keharmonian dalam kehidupan. Keseimbangan ini mendorong kesejahteraan holistik, membantu mengurus stres, dan menciptakan asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan yang baik dalam kerjaya mahupun dalam hubungan peribadi.
84 Nur Anis Aqilah binti Mohd Kasim Mengukir Hikmah di Litar Ilmu Bersama Kembarku Sejak di dalam perut mak aku lagi, aku sentiasa berteman. Aku ada seorang adik kembar. Sememangnya seronok hidup bersama dia kerana aku tidak pernah menyendiri. Aku tidak perlu risau untuk mencari kawan baharu di mana-mana tempat baharu kerana aku sentiasa berkepit dengan adik kembarku. Dia juga selalu menghulurkan bantuan berkaitan dengan akademik di sekolah. Aku sangat berterima kasih kepadanya. Akan tetapi, jauh di sudut hati ini merasakan bahawa lebih baik sekiranya dia tiada di sisiku. Bukan bermakna diri ini mempunyai niat jahat untuk mengapa-apakan dia, tidak sama sekali.
1 Mengukir Hikmah Di Litar Ilmu 85 Aku cuma sering berasa tertekan apabila orang di sekeliling aku selalu membanding-bandingkan kami. Dari paras rupa, personaliti, sehingga ke tahap kecerdikan kami, semua selalu dibincangkan oleh orang-orang di sekeliling kami. Aku masih ingat lagi, “Adiknya ni pandai sikit. Kakaknya, lembab.”, keluar dari mulut cikgu tadika ku sendiri. Sejak sekecil itu aku harus berhadapan dengan kata-kata yang cukup kasar. *** “Kau dapat kampus mana?”, tanya adik kembarku. Perasaanku pada mulanya bercampur-baur. Gembira? Mungkin, kerana ditempatkan dekat dengan rumah dan kampus adik kembarku. Sedih? Juga mungkin, kerana program yang ditawarkan bukan pilihan pertama aku. Adik kembarku pula, minat sangat dengan biologi dan alhamdulillah, dapat program pilihannya iaitu sains biomolekul. Aku pula terima sahaja program yang ditawarkan walaupun ia bukanlah apa yang aku impikan. Aku sedar, yang aku tidak sepandai adik kembarku dan keputusan peperiksaan aku yang tidak memberangsangkan yang membuatkan aku tiada kuasa untuk memilih. *** Perjalananku di universiti bermula di rumah sahaja. Dua semester pertama aku adalah sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP), jadi aku belajar secara dalam talian sahaja sepanjang satu tahun pertama itu. Disebabkan aku adalah seorang yang sangat pemalu dan kurang berkeyakinan apabila berkomunikasi dengan orang, aku tidak mempunyai seorang kawan pun sepanjang satu tahun itu. Mungkin disebabkan aku sudah terbiasa ditemani oleh kembarku, jadi aku tidak mempunyai usaha untuk mencari kawan baharu. Awal permulaannya, aku menyangkakan semua orang di situ sama seperti aku, tetapi tidak. Ramai juga rakan sekelas aku yang sudah berkenalan dan saling berhubung untuk berkongsi maklumat tentang kuliah dan tugasan. Aku pula, terkapai-kapai dan menyendiri sahaja sepanjang dua semester tersebut.
1 Mengukir Hikmah Di Litar Ilmu 86 Tekanan untuk mencapai kecemerlangan akademik pada waktu itu sentiasa membuatkan aku gelisah. Tambahan pula dengan keadaan aku yang keseorangan, sedangkan aku selama ini sentiasa berteman telah membuatkan aku lebih tertekan. Walaupun aku belajar di rumah dan berada disamping keluarga, masih sukar bagiku untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Antara perubahan yang ketara dalam hidup aku setelah menjejakkan kaki ke universiti adalah persekitaran pembelajaran yang memerlukan usaha sendiri. Sejak aku di bangku persekolahan dan di kolej matrikulasi lagi, aku sudah terbiasa untuk ‘disuap’ oleh guru-guru. Segala tugasan mahupun ujian yang diberikan pasti akan dibantu dan dibimbing oleh tenaga pengajar satu demi satu. Namun, kelainan yang aku hadapi inilah merupakan salah satu cabaran yang juga mengajar aku untuk berdikari. Setelah itu, aku telah mengambil keputusan untuk menyertai satu persatuan bagi meraih pengalaman. Keputusan itu telah mengeluarkan aku daripada zon selesa. Aku yang sangat pemalu dan tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi akhirnya dapat mengurangkan rasa takut untuk bercakap dengan orang. Sudah tentu, ianya bukan proses yang mudah. Mungkin usaha kecilku ini kelihatan mudah dan remeh di mata orang lain, tetapi cukup aku sahaja yang faham dan merasainya. *** Semester baharu tiba, dan kini masanya aku untuk memulakan kuliah secara fizikal. Aku terpaksa menetap di rumah sewa pada awalnya kerana aku telah gagal permohonan kolej. Dari situlah aku terjumpa Hani, rakan sebilik yang juga merupakan rakan sekelas aku. Aku dan Hani berkawan rapat sehingga lah kami dihalau keluar daripada rumah sewa kami. Hal ini terjadi disebabkan sebahagian daripada penyewa telah keluar daripada rumah tersebut tanpa kebenaran dan gagal mencari pengganti mereka. Aku amat terkesan dengan peristiwa itu kerana ibu bapaku telah membelanjakan wang yang banyak untuk membeli kelengkapan rumah sewa untuk aku seperti
1 Mengukir Hikmah Di Litar Ilmu 87 perabot, mesin basuh, dan sebagainya. Aku dan Hani masih berkawan selepas kejadian itu. Dia juga telah menolong aku untuk mendapatkan tempat di kolej. Alhamdulillah, pada akhirnya aku dan Hani dibenarkan untuk menetap di kolej kediaman sepanjang satu semester. Semester pertama selepas kuliah secara fizikal dijalankan merupakan semester yang mencabar bagi aku. Bilangan kursus yang kami pelajari meningkat dan terlalu banyak kerja kursus yang ditugaskan. Aku bernasib baik kerana dikelilingi rakan-rakan yang sangat baik dan membantu. Bukan sahaja menjadi penghibur hati, adakalanya mereka mengajak aku melepaskan tekanan belajar, membawa aku healing ke sana dan ke sini. Bagi semester yang berikutnya juga, rakan-rakan aku yang banyak mendorong dan menolong aku dari segi akademik. Alhamdulillah, berkat daripada doa ibu bapa, usaha, dan bantuan rakan-rakan aku, aku telah berjaya untuk mendapat Anugerah Dekan bagi semester-semester setakat ini. Aku telah menyedari bahawa ada hikmah di atas segala perkara yang aku sangkakan perkara buruk yang telah berlaku kepada aku. Bermula dari saat di mana aku sangat kecewa kerana aku gagal untuk menyambung program yang aku impikan. Aku sedar bahawa aku seharusnya bersyukur kerana telah berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Walhal, ada sahaja rakan seperjuangan ku yang tidak bernasib baik untuk menyambung pelajaran sedangkan memperoleh keputusan yang sama dengan aku. Aku sepatutnya berbangga dengan pencapaian diri sendiri dan bukannya menambah tekanan diri sendiri dengan membanding-bandingkan diri dengan orang yang di atas. Apa yang penting hanyalah usaha. Segala yang berlaku selepas itu adalah takdir dan ketentuan-Nya. Aku juga percaya apa yang aku sedang lalui ini adalah jalan terbaik yang ditentukan untuk aku. Bukan itu sahaja, aku kini mula berasa seronok dan gembira dengan apa
1 Mengukir Hikmah Di Litar Ilmu 88 yang aku pelajari. Aku juga berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi rakanrakan yang baik dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Mereka sentiasa ada di waktu susah dan senangku. Kenangan di universiti ini semestinya tidak akan bermakna tanpa mereka.
Nur Falihah Akmar binti Nor Azli Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaean 89 Pada tahun 2021, babak baru dalam perjalanan hidupku bermula apabila pengalaman pendidikan asasi ku berakhir. Pada mulanya, aku berasa kecewa kerana keputusan keseluruhan asasiku tidak memuaskan. Kekecewaan itu hampir membuat aku kehilangan semangat untuk terus melanjutkan pengajian, tetapi aku menyedari bahawa ini penting demi kejayaan masa hadapan dan keluargaku. Oleh sebab itu, aku telah memutuskan keputusan untuk memohon kursus yang berkaitan dengan Teaching English as a Second Language (TESL) melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU) untuk pertama kalinya. Secara jujurnya, aku tidak yakin sama ada aku akan berjaya mendapatkan tempat dalam kursus TESL. Aku sebenarnya tidak begitu berminat untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris. Namun, dorongan dan harapan ibu untuk menjadi seorang guru, memberi motivasi kepada diriku. Sebelum keputusan peperiksaan diumumkan, pelbagai universiti mengadakan temuduga untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi mereka.
1 Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaran 90 Memandangkan tempoh itu merupakan zaman pandemik Corona Virus Disease (COVID-19), temuduga telah dijalankan secara dalam talian. Nama aku tersenarai pendek dan dipanggil untuk menjalani temuduga di beberapa universiti terkemuka iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysa (UM). Aku berasa amat gembira kerana pada mulanya, aku tidak yakin dengan kriteria-kriteria pelajar yang diinginkan oleh universiti-universiti tersebut. Temuduga yang telah UPSI tawarkan adalah ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) di mana pelajar yang berkeinginan menjadi seorang guru diuji dengan soalan berkaitan tingkah laku seorang pendidik. Soalan-soalan tersebut adalah dalam bentuk soalan aneka pilihan. Temuduga di UM pula melibatkan ujian lisan, di mana aku perlu berhadapan dengan beberapa panel dan menjawab soalan yang mereka ajukan. Walaupun soalan yang diberikan tidaklah begitu sukar, aku gagal memberikan jawapan yang memuaskan dan kurang jujur dalam mengutarakan minat dan hobi aku. Mungkin kerana perasaan gementar untuk mengakui bahawa aku tidak mempunyai hobi tertentu. Kisah permohonan pertama aku berakhir setelah permohonan aku ditolak oleh UPU. Aku tidak berasa kesal kerana aku sudah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku. Pada masa itu, aku amat takut untuk memberitahu kedua ibu bapaku. Aku menunggu rayuan UPU dibuka kerana aku tetap berhasrat ingin melanjutkan pelajaran. Setelah permohonan rayuan dibuka, aku mengisi pilihan universiti dan kursus yang sesuai dengan Cumulative Grade Point Average (CGPA) yang aku perolehi. Kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah kursus yang asing bagi aku, dan kini aku menyedari bahawa TESL mungkin bukan lagi bidang yang patut aku ceburi. Apabila keputusan rayuan diumumkan, aku bersyukur kerana berjaya meneruskan pengajian. Kursus yang ditawarkan adalah Bachelor of Science Information, Records Management di Universiti Teknologi MARA (UiTM), merupakan sesuatu yang baru bagi aku. Keraguan menyelubungi perasaan aku, namun melalui carian maklumat di internet dan blog, aku memperoleh keyakinan untuk menyambut cabaran ini.
1 Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaran 91 *** Bagi semester yang pertama, pandemik COVID- 19 telah mewarnai pengalaman pembelajaran aku. Pada semester tersebut, setiap kelas digabungkan dengan pelajar daripada pelbagai program. Selain itu, kelas dilaksanakan secara dalam talian. Hal ini menguji ketahanan pelajar seperti aku yang sukar untuk mencari rakan yang boleh memberi kerjasama dalam tugasan. Walaupun begitu, aku cekal membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Pada semester kedua, pelajar telah ditempatkan di dalam kumpulan masing-masing dari program yang sama di mana kami akan kekal hingga semester akhir. Akhirnya, aku berjaya berjumpa dengan sekumpulan pelajar yang boleh bekerjasama dalam tugasan kerja kursus. Namun begitu, aku menghadapi masalah kerana setiap ahli dalam kumpulan itu mempunyai karakter yang berbeza. Aku terpaksa berhadapan dengan segelintir pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Pelbagai cabaran yang aku tempuhi, dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Kadangkala aku terpaksa menyelesaikan bahagian rakan kumpulan aku kerana mereka tidak memahami tugasan tersebut. Namun, bantuan yang aku berikan tidak dihargai, mereka sering bergosip tentang karakter aku yang dikatakan suka mengarah mereka. Perkara ini tersebar dan sampai ke pengetahuan aku, aku amat sedih dan hilang semangat. Sejujurnya, aku ingin memastikan semua ahli kumpulan aku berjaya dengan memberi sepenuh tenaga dalam menyiapkan tugasan. Aku suka berkongsi kejayaan bersama dengan orang lain tetapi mungkin cara aku salah. Aku masih tidak berputus asa dan tetap mencuba pelbagai kaedah dalam membantu rakan kumpulan aku untuk menyiapkan tugasan. Walaupun pandangan mereka tetap sama terhadap diriku, aku masih cekal untuk memberikan yang terbaik dalam menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah.
1 Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaran 92 Segala cacian yang diberikan oleh rakan sekelas aku tidak membuat aku berasa hilang semangat. Aku juga berjaya untuk mendapat CGPA yang tinggi untuk kedua - dua semester tersebut. Walaupun dugaan demi dugaan menimpa, aku berjaya untuk mendapat markah yang diidami. CGPA yang aku perolehi juga memberi dorongan kepada aku pada semester yang akan datang. *** Pada tahun 2022, pandemik COVID-19 telah mula reda. Pihak pengurusan UiTM memanggil pelajar untuk kembali ke kolej dan kuliah diadakan secara fizikal sepenuhnya. Aku memohon tempat untuk menginap di kolej. Namun begitu, permohonan kolej aku ditolak. Pilihan lain yang aku ada ialah mencari bilik sewa. Pengalaman mencari bilik untuk disewa merupakan satu cabaran yang aku tidak jangkakan. Harga yang ditetapkan oleh tuan rumah sangat tinggi bagi pelajar seperti aku. Bilik yang murah pula kebanyakannya terletak di lokasi yang jauh daripada fakulti. Aku pula tidak mempunyai lesen memandu serta tidak mampu membayar perkhidmatan Grab setiap hari untuk ke kuliah. Pelbagai cara aku usahakan untuk mendapatkan rumah sewa. Akhirnya, aku berhubung dengan salah seseorang rakan sekelas aku untuk bertanya jika dia masih ada bilik kosong di rumah sewanya. Melalui dia, aku diperkenalkan dengan sekumpulan pelajar yang menginap di pangsapuri Resak yang terletak bersebelahan UiTM. Rumah tersebut tidak disediakan perabot, jadi aku mengambil keputusan untuk membawa beberapa perabot dari rumah keluargaku. Aku bersama adik beradik aku tetap gigih turun naik tangga mengangkut perabot ke tingkat lima. Harga sewa tidaklah begitu mahal tetapi ianya tetap menjadi bebanan kewangan untuk kedua ibu bapa aku.
1 Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaran 93 Pada semester ketiga, kehidupan sebagai pelajar mula menjadi rumit disebabkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah bertambah berbanding semester-semester lepas. Aku juga selalu pulang ke rumah di Petaling Jaya untuk menyiapkan tugasan kerana ruang yang terhad di rumah sewa. Tambahan pula, rakan sebilik aku adalah seorang yang suka bermain permainan video pada setiap hari sehingga lewat malam. Jeritan yang rakanku ketika bermain permainan video menganggu waktu tidur aku. Aku juga telah berkali-kali menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap dia, agar dia sedar dan mempunyai sifat empati. Keadaan ini memberi kesan yang buruk kepada diriku kerana aku pernah beberapa kali terlajak tidur dan lambat ke kuliah untuk sesi pembentangan projek akhir. Pada cuti semester, aku mendapat berita daripada teman sebilik bahawa kami tidak lagi dibenarkan menyewa rumah tersebut. Aku amat terganggu dengan berita tersebut kerana aku perlu mencari rumah di saat-saat akhir semester baru akan bermula. Pencarian rumah baharu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Aku menyuarakan masalah ini kepada rakan serumah dengan harapan mereka menolong aku. Dipendekkan cerita, aku berjaya mendapat bilik sewa di bangunan yang sama dan paling menguntungkan ianya terletak di tingkat satu. Namun begitu, harga rumah agak mahal berbanding rumah sebelum ini. Maka, bermulalah proses pemindahan barangbarang dirumah lamaku ke rumah sewa baru ku. Aku bersama adik beradik aku memindahkan semula barang-barang dari tingkat lima ke tingkat satu. Aku terima ujian ini dengan hati terbuka. Mungkin berkat kesabaran dan kecekalan serta doa daripada ibu bapa, aku berjaya memperolehi anugerah pelajar terbaik untuk semester tiga bagi kursus IMR505 Planning and Design of Records and Archival Repositories.
IMR505 Planning and Design of Records and Archival Repositories Exhibition *** Semester empat pun berlalu dengan sekelip mata dan semestinya tugasan yang diberikan oleh pensyarah bertambah dan lebih sukar. Pada semester ini, aku tidak bernasib baik. Aku sedikit kecewa kerana keputusan Grade Point Average (GPA) bagi semester tersebut menurun disebabkan oleh gred B- bagi satu kursus. Walaupun begitu, aku masih berjaya untuk memperoleh anugerah pelajar terbaik bagi semester ke-empat untuk kursus IMR556 Appraisal and Disposal of Records. Semester kelima pula, banyak wang perlu digunakan kerana pelbagai program dan sesi temubual perlu dilakukan di luar Kuala Lumpur bagi memenuhi keperluan kerja kursus. Walaupun semester ini belum lagi berakhir, aku sudah menetapkan pelbagai matlamat untuk meneruskan hidup sebagai seorang pelajar. 1 Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaran 94
Penerimaan Sijil Penghargaan Subjek IMR556 Appraisal and Disposal of Records Kehidupan menjadi seorang pelajar memang tidak lari dari pelbagai pancaroba dan duri-duri kehidupan. Ini adalah perkara biasa yang perlu diterima oleh pelajar, kerana kejayaan tidak akan datang bergolek kepada seseorang. Masalah kewangan adalah perkara biasa bagi seorang pelajar pada setiap semester. Segala pengalaman hidup yang aku lalui sebagai mahasiswa ini menjadikan aku bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat membantu keluarga ku. Aku juga meletakkan harapan yang tinggi untuk menghabiskan pengajian aku dengan CGPA 4.00. Seterusnya, memperolehi pekerjaan yang setaraf dengan ijazahku. di tempat yang kondusif. *** 1 Perjalanan Hidup Dalam Dunia Pembelajaran 95
Nur Farah Ayuni binti Norizlanin Melalui DetikDetik Kehidupan 96 Semester pertama di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada bulan Oktober 2021 membawa pengalaman baru dalam hidupku sebagai pelajar program pengurusan rekod. Meskipun aku dan rakan-rakan tidak dapat bertemu secara langsung kerana pembelajaran dalam talian, namun aku berjaya menjalinkan beberapa persahabatan. Di antara mereka, seorang rakan istimewa, Adhwa, yang dikenali sebagai pendengar yang baik. Pada satu ketika, aku mengalami titik terendah dalam hidupku. Gelombang kegelisahan, keletihan, dan berfikir berlebihan menyapu diriku. Malam-malam tanpa tidur dan menangis sebelum tidur menjadi rutin harian. Adhwa terbukti menjadi peneman yang hebat. Dia mendengar setiap katakataku tanpa menghakimi, dan itulah yang membuatnya begitu istimewa. *** Masuk ke semester dua, aku berkenalan dengan seorang pelajar bernama Falihah melalui sesi pembelajaran dalam talian. Awalnya, aku merasa bahawa dia agak garang. Namun, semakin lama, aku menyedari bahawa anggapan itu salah. Falihah sebenarnya seorang yang membantu dan baik hati.
1 Melalui Detik-Detik Kehidupan 97 Walaupun jarak memisahkan kami, Falihah memberikan sokongan dan pandangan yang sangat berguna. Di sebalik imej luarannya yang tegas, aku melihat beliau sebagai individu yang peka dan peduli terhadap rakanrakannya. Dia membantu aku melalui pelbagai cabaran dan menjadi seorang sahabat yang boleh dipercayai. *** Gambar pertama bersama Falihah Pada semester ketiga, universiti dibuka dan kelas akan diadakan secara bersemuka. Pertama kali sepanjang 21 tahun hidup aku terpaksa berjauhan dengan keluarga. Terasa begitu asing di negeri yang jarang aku jejaki. Tetapi itu tidak mematahkan semangat aku di sini, aku akhirnya berpeluang bertemu Falihah secara langsung. Dalam pertemuan itu, Falihah terbukti lebih dari sekadar seorang rakan. Dia adalah seorang rakan yang senang untuk diajak berbual, dan kami menjadi semakin rapat sepanjang semester. Kami mula melakukan banyak perkara bersama- sama, dari membincangkan tugasan hingga menghabiskan masa luang bersama. Falihah tidak hanya menjadi rakan sekuliah tetapi juga seorang sahabat yang dapat diandalkan. Hubungan kami semakin erat, dan itu membawa lebih banyak keceriaan ke dalam kehidupan pengajianku. *** Namun, tidak semua perjalanan di universiti adalah ringan. Semester keempat membawa dugaan besar dalam hidupku. Aku mengalami titik lemah mental, dan tangisanku meluap setiap hari. Tidak kira seberapa keras aku
1 Melalui Detik-Detik Kehidupan 98 berusaha, kehidupan akademik dan tekanan emosi membawaku ke had yang aku tidak pernah bayangkan sebelumnya. Ibu lah yang selalu menjadi tempat aku meluah, walaupun jarak menghalang kami tapi aku tahu, ibu selalu mendoakan yang terbaik untuk aku. Ahli keluargaku terutamanya ibuku tetap menjadi tiang sokongan utamaku. Mereka berada di sana untukku sepanjang waktu, memberikan kata-kata semangat dan bahu untuk menangis. Walaupun di terpa badai, aku akhirnya berjaya melepasi semester itu. Pengorbanan dan kerja kerasku terbayar, dan aku menjadi lebih kuat. *** Kini, aku berada di semester lima, dan kehidupan di universiti tidak kurang mencabar. Beberapa hari menimbulkan tekanan yang membuatku merasa tertekan. Tetapi, aku sedar bahawa itulah hakikat kehidupan. Setiap hari membawa cabaran baru, dan kita perlu menjadi berani dan kuat untuk menghadapinya. Kini aku mempunyai ramai kawan-kawan baru. Falihah tetap bersama aku melalui liku-liku ini. Kami terus saling menyokong dan berusaha melewati hari-hari yang penuh dengan tugasan dan ujian. Walau bagaimanapun, aku sedar bahawa kekuatan sejati datang dari dalam diri. Kita perlu menjadi berani dan kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Semua pengalaman ini mengajarkanku tentang daya ketahanan dan kekuatan sejati persahabatan. Ketika aku hampir kehilangan diri sendiri, sahabat-sahabat sejatiku telah membimbing dan menyokong aku melalui setiap detik kehidupan universiti ini. Tanpa mereka, aku mungkin tidak akan berjaya melepasi masa-masa sulit ini. Pengalamanku di UiTM juga mengajarkan aku tentang pentingnya keseimbangan dalam kehidupan. Walaupun pendidikan adalah keutamaan, menjaga kesejahteraan mental dan fizikal juga penting. Kini, aku melihat
1 Melalui Detik-Detik Kehidupan 99 kembali perjalanan panjangku sebagai seorang pelajar program pengurusan rekod di UiTM. Meskipun penuh dengan cabaran dan dugaan, aku bersyukur kerana memiliki rakan-rakan yang setia dan berharga. Mereka adalah sebahagian daripada kejayaan dan bagian tak terpisahkan dari kenangan di universiti. Dalam kehidupan ini, kita mungkin menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan, tetapi jika kita memiliki keberanian dan kekuatan untuk menghadapinya, kita pasti dapat mengatasi semuanya. Seperti kata pepatah, "Ketika hidup memberi seribu alasan untuk menangis, tunjukkan padanya bahawa kamu memiliki seribu dan satu alasan untuk tersenyum." Aku yakin, dengan tekad dan semangat, kita boleh melalui semua ujian kehidupan ini dengan keberanian dan kekuatan.
Nur Insyirah binti Zulkiply Perjalanan Hidup Seorang Mahasiswa: Dari Pandemik hingga ke Kampus Universiti Sebelum aku melangkah ke alam universiti, aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Johor, sebagai pelajar tingkatan 6. Pengalaman aku di tingkatan 6 adalah tidak mudah, terutamanya ketika pandemik COVID-19. Meskipun penuh cabaran, pengalaman ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam hidup aku. Gambar 1: Aku dan Rakan-rakan seperjuangan semasa di Tingkatan 6 100