The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi cerita ini menggambarkan siri perjuangan yang dialami oleh pelajar, menonjolkan aspek kepahitan dan kesedihan yang sering diabaikan tetapi mendalam. Walaupun penuh dengan cabaran, kisah-kisah ini juga menyampaikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang memberi inspirasi dalam menghadapi masa sukar dalam dunia universiti.

Bukan itu sahaja, himpunan cerita ini turut menyingkap perjalanan dalam mencari jati diri dan erti kehidupan. Pelajar kini mendapati diri mereka terperangkap dalam persoalan-persoalan yang mengelirukan tentang siapa mereka sebenarnya dan ke mana mereka mahu pergi selepas tamat pengajian. Selain itu, potret kehidupan sosial yang kompleks dan kadangkala mengelirukan juga terpancar di dalamnya—persahabatan yang teruji, cinta yang tidak berbalas, dan pertempuran dengan kesunyian yang kadangkala menyelubungi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by melodimahasiswa, 2024-02-04 08:22:05

MELODI MAHASISWA

Koleksi cerita ini menggambarkan siri perjuangan yang dialami oleh pelajar, menonjolkan aspek kepahitan dan kesedihan yang sering diabaikan tetapi mendalam. Walaupun penuh dengan cabaran, kisah-kisah ini juga menyampaikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang memberi inspirasi dalam menghadapi masa sukar dalam dunia universiti.

Bukan itu sahaja, himpunan cerita ini turut menyingkap perjalanan dalam mencari jati diri dan erti kehidupan. Pelajar kini mendapati diri mereka terperangkap dalam persoalan-persoalan yang mengelirukan tentang siapa mereka sebenarnya dan ke mana mereka mahu pergi selepas tamat pengajian. Selain itu, potret kehidupan sosial yang kompleks dan kadangkala mengelirukan juga terpancar di dalamnya—persahabatan yang teruji, cinta yang tidak berbalas, dan pertempuran dengan kesunyian yang kadangkala menyelubungi.

1 Perjalanan Seorang Mahasiswa: Dari Pandemik Hingga ke Kampus Universiti 101 Setelah mengharungi segala rintangan, tiba saatnya keputusan STPM diumumkan. Rasa takut dan berdebar menyelubungi diri aku, terutama dengan situasi pandemik yang teruk. Dalam suasana yang penuh ketegangan, menyemak keputusan secara dalam talian membawa kelegaan yang mendalam, disertai dengan rasa syukur yang tak terhingga. Kejayaan ini bukan hanya milik aku, tetapi juga merupakan hadiah yang berharga untuk keluargaku. Sebelum keputusan STPM diumumkan, aku telah merancang perjalanan hidupku dengan teliti. Namun semuanya telah tertulis dengan sebaiknya dan aku dapat memenuhi keinginan ibu dan ayah untuk melihat puterinya menjejakkan kaki ke alam universiti. Ini juga telah mendorong aku untuk memohon ke IPTA melalui UPU. Namun, proses pengisian UPU adalah tidak semudah yang dibayangkan, aku perlu memilih kursus yang sesuai dengan keupayaan dan minat ku. Tetapi dengan tekad dan bimbingan guru, aku berjaya melengkapkan kesemua pilihan yang ditawarkan oleh UPU. Kini, tiba masanya keputusan UPU diumumkan. Alhamdulillah, aku berjaya ditawarkan megikuti pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat. Walaupun bukan pilihan pertama, aku menerima tawaran ini dengan hati yang penuh syukur. Keputusan ini membuka pintu untuk aku memulakan perjalanan baru sebagai mahasiswa UiTM. *** Pada permulaan pengajian di universiti, aku mengikuti kuliah dalam talian akibat wabak COVID-19. Perkara ini berlalu selama dua semester. Pandemik COVID-19 mewarnai setiap aspek kehidupan aku, dari pendaftaran secara dalam talian sehingga sesi kuliah. Meskipun mencabar, aku memanfaatkan platform digital untuk mengikuti kuliah dengan penuh semangat. Aktiviti kokurikulum seperti Kesatria Negara turut dijalankan


1 Perjalanan Seorang Mahasiswa: Dari Pandemik Hingga ke Kampus Universiti 102 secara dalam talian, ini memberi ruang kepada mahasiswa untuk menyertai aktiviti kuliah dan ko kurikulum tanpa perlu hadir fizikal. Pada semester ketiga, aku mula memasuki fasa kehidupan kampus dengan kehadiran fizikal. Pengalaman ini tidak hanya mencakup pembelajaran bersemuka tetapi juga menghadapi cabaran dalam perselisihan faham dengan rakan sebilik. Pengalaman ini mengajar aku erti toleransi dan kesabaran, membawa kelegaan apabila perselisihan itu dapat diselesaikan. Bersama Rakan Sekelas, IM245ST1 Selain itu, aku juga menyertai kelab COMBI serta terlibat dalam usaha menghapuskan pembiakan denggi di sekitar kampus. Aktiviti ini memberi ruang kepada aku untuk merasai pengalaman menimba ilmu di luar bilik kuliah dan dapat menjalinkan hubungan yang rapat dengan mahasiswa dari fakulti lain. Program COMBI di Tanjung Karang, Selangor.


1 Perjalanan Seorang Mahasiswa: Dari Pandemik Hingga ke Kampus Universiti 103 Melangkah ke semester empat dan lima, aku mula menyedari bahawa kehidupan di universiti bukanlah perkara yang mudah. Dengan pelbagai cabaran akademik, kesibukan, masalah peribadi dan sebagainya, setiap langkah membawa pengajaran yang mendalam. Sesungguhnya, setiap pengorbanan dan usaha membawa aku ke arah kejayaan. Aku memandang ke hadapan dengan keyakinan dan harapan, menanti saat konvokesyen sebagai penutup untuk baru yang bermula. Segala pengalaman ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang mengukir nilai-nilai kecekalan, ketekunan, dan kejayaan. Ketika aku mengimbas kembali perjalanan hidupku sebagai mahasiswi di UiTM, terasa bagai mimpi yang kini menjadi kenyataan. Melalui segala cabaran dan kemeriahan, aku menyedari bahawa kehidupan universiti adalah bukanlah semata-mata pencapaian akademik. Ia adalah sebuah kisah pembentukan diri, perjuangan dalam mengatasi rintangan, dan mencipta kebahagiaan dari setiap pencapaian. Pengalaman hidup dalam pandemik pula mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan. Aku belajar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan menyemai semangat kegigihan. Kebahagiaan bukan hanya datang dari kejayaan akademik, tetapi juga dari hubungan yang terjalin, pengalaman kokurikulum, dan pembangunan diri. Melangkah ke alam pekerjaan bukan satu titik akhir, tetapi permulaan kepada bab baru dalam setiap kehidupan. Pengalaman ini mengajar aku bahawa setiap keputusan dan usaha yang kita lakukan membentuk takdir kita sendiri. Dengan keyakinan dan tekad, aku melangkah ke hadapan, membawa bersama ilmu yang berharga dari setiap detik perjalanan ini. Kini, dengan senyuman di wajah dan hati penuh rasa syukur, aku memandang ke hadapan masa depanku yang penuh cabaran. Aku percaya bahawa setiap pengorbanan dan perjuangan akan membawa kejayaan yang


1 Perjalanan Seorang Mahasiswa: Dari Pandemik Hingga ke Kampus Universiti 104 besar. Hidup ini adalah satu perjalanan yang penuh warna, dan aku bersedia menyambut setiap bab dengan hati yang terbuka. Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian dan kemenangan, aku menyedari bahawa kebahagiaan sejati datang dari dalam diri kita. Aku berharap, melalui kisah hidup ini, ianya dapat memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang membaca. Kita mampu mengatasi segala cabaran, asalkan kita mempunyai tekad dan kepercayaan pada diri sendiri. Sebagai penutup cerita ini, aku ingin berkongsi motto kehidupan yang telah membimbing langkahku: "Hidup adalah perjalanan yang singkat, nikmatilah setiap detiknya, belajarlah dari setiap pengalaman, dan selalu bersyukur atas segala kebahagiaan yang kita peroleh di sepanjang perjalanan ini.” Gambar 4: Gambar bersama rakan sekelas ketika semester 5.


Nur Izatul Shahirah binti Mohd Fauzi Aku Graduan PKP Selepas penantian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang agak lama, akhirnya, aku berjaya diterima masuk ke UiTM Cawangan Merbok. Ia merupakan satu-satunya kampus yang berada di Kedah dan ini akan menjadi destinasi aku untuk menimba ilmu. Gembira? Ya, Alhamdulillah kerana impian untuk melanjutkan pengajian di menara gading tercapai. Ada jugalah rasa sedikit sedih kerana inilah kali pertama berjauhan dengan keluarga. “Mana taknya, duduk asrama pun tak pernah. Asyik duduk celah ketiak ibu je” Bising ibuku. “Alah, tak jauh mana pun. Jangan nak berdrama sangat”. sambungnya lagi. Jarak perjalanan dari rumah aku ke UiTM Merbok hanyalah selama 30 minit. Tapi masih tidak lagi sebumbung dengan keluarga. Tapi nak buat macam mana, suka atau tidak, aku mesti teruskan juga. 105


106 Pertama kali menjejakkan kaki ke kampus UiTM Merbok ini, aku amat terkejut kerana walaupun kampusnya di kawasan luar bandar, tapi sangat besar dan luas. “Jenuh lah nak jalan kaki pi kelas lepas ni” bisikku dalam hati. Waktu itu, aku benar-benar buntu fikirkan bagaimana nak mencari kawan baru, siapa yang akan menjadi rakan sekelas, dan siapa roomate aku. Sebagai pelajar UiTM memang diwajibkan bagi pelajar baharu untuk menetap di kolej. “Awok course gapo?” sapa rakan sebilikku memecah kesunyian. “IM” jawabku ringkas. “Lah, samo harap buleh jadi classmate pulok lah” ujarnya dengan dialek Kelantan. IM? Apa itu IM? Ok, IM adalah singkatan bagi kursus Information Management atau Pengurusan Maklumat. Semasa mendapat surat tawaran UiTM dalam kursus Pengurusan Maklumat ini, aku mula terfikir apa maklumat yang perlu diuruskan ni. Sebenarnya, 80% daripada kursus ini banyak melibatkan perpustakaan, arkib, muzium dan pusat rekod. Sebenarnya, kursus ini amat sesuai bagi orang yang tidak suka kepada mata pelajaran matematik. 1 Aku Graduan PKP Aku bersama “roommate”


Semasa di semester satu, awalnya aku agak kekok untuk masuk ke kelas sebab rakan sekelas aku dari pelbagai negeri dan ini menyukarkan aku untuk memahami dialek mereka, tambahan pula aku seorang pemalu. Setiap kali kelas pertama bagi setiap kursus, aku boleh merasakan sedikit tekanan dan tanggungjawab akademik yang besar perlu aku hadapi. Namun, aku berjaya menyesuaikan diri dengan jadual kuliah yang agak padat. Akhirnya, Alhamdulillah aku survived untuk semester yang pertama. 107 1 Aku Graduan PKP Rakan-rakan seperjuangan ku sepanjang semester Apabila masuk semester kedua, cabaran semakin hebat. Pada awal tahun 2020, negara dilanda wabak Covid 19. Aku yang pada ketika itu berada di semester kedua terpaksa mengharungi sesi kuliah secara dalam talian. Pandemik ini telah mengubah corak pembelajaran di semua universiti dengan memberikan cabaran yang tidak pernah terfikir oleh para pelajar mahupun pensyarah dan aku. Pelajar telah diarahkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Pada mulanya aku menganggap perkara ini remeh kerana ianya hanya dijalankan selama empat belas hari atau dua minggu. Namun begitu, ianya berlanjutan sehingga akhir pengajian diplomaku. Bermula daripada itu, kami terpaksa menghadiri kelas secara maya dan setiap universiti di Malaysia ketika itu menjadi kosong dan tidak berpenghuni selama dua tahun lebih. Kampusku yang dulunya riuh dan meriah dengan kehadiran pelajar, tiba-tiba menjadi sunyi seiring dengan penyebaran wabak yang semakin meluas.


108 Dewan kuliah yang dulunya penuh dengan diskusi kini menjadi hening. Kami diarahkan untuk pulang ke kampung masing-masing secepat mungkin kerana aktiviti pembelajaran yang dulunya di bilik kuliah telah beralih ke dunia maya, yang memaksa aku, sebagai pelajar untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian. Di sinilah, permulaan pengalaman yang melibatkan skrin komputer dan pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran dalam talian telah menjadi norma baharu. Aku dan rakan-rakan terpaksa akur bahawa kami tidak lagi boleh bersamasama menghadiri kuliah di dewan yang serba lengkap. Kini, kami perlu menghadiri kelas secara berseorangan di lokasi masing-masing sehingga akhir pengajian. Siapa sangka “kelas online” ini boleh menjadi sangat melelahkan. Melalui cabaran ini, aku harus mencari keseimbangan antara kehidupan akademik dan rutin harian di rumah. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan pensyarah dari pagi hingga ke lewat malam menjadi perkara yang harus aku lalui sepanjang tempoh pembelajaran secara maya ini. Hal ini juga lama-kelamaan menjadi perkara biasa buat aku. Keletihan mata, keterbatasan interaksi sosial, dan kehilangan suasana fizikal di kampus membuatkan aku amat merindui pengalaman pembelajaran bersemuka kembali. Perkara-perkara teknikal seperti masalah rangkaian Internet dan komputer menjadi hal yang perlu dihadapi setiap hari. Perkara yang lebih sukar untuk aku terima ialah hilangnya interaksi secara langsung bersama pensyarah dan rakan-rakan menyebabkan aku menjadi kurang motivasi. Namun begitu, sokongan dari pensyarah aku yang berusaha memberikan pengajaran yang menyeluruh ketika itu membuatkan aku tetap berusaha untuk mengejar keunggulan akademik. 1 Aku Graduan PKP


109 1 Aku Graduan PKP Kelas “online” bersama salah seorang pensyarah UiTM Merbok Antara cabaran yang aku hadapi juga ialah masalah sosial dan emosi yang semakin terjejas. Rakan sekelasku ketika di semester satu, yang selalu bersama-sama dengan aku kini menjadi semakin jauh. Minggu-minggu diskusi, perjumpaan di perpustakaan bersama, bersantai sambil menikmati makanan selepas tamat sesi kuliah berganti dengan pertemuan maya dan emoji pada skrin telefon pintar dan komputer. Ruang persekitaran kampus yang dulu sentiasa hidup dengan aktiviti kokurikulum kini menjadi sunyi. Pertandingan sukan, persembahan seni dan majlis-majlis yang dianjurkan pihak universiti juga terpaksa dibatalkan. Kehilangan inilah paling aku rasai dan memberi kesan kepada mental dan kehidupan yang tidak dapat dilihat di dalam silibus pengajian. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, pengalaman ini juga telah banyak memberi pengajaran kepada aku. Pembelajaran atas talian ini telah membantu aku menjadi lebih berdikari dan melatih aku dalam menguruskan masa. Aku perlu belajar sendiri mencari maklumat dan perlu tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bantuan orang lain. Interaksi dalam talian juga membuka peluang untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas dari seluruh dunia, dan memberikan perspektif global kepada pembelajaran aku. Ia juga telah membuka mata aku untuk menghargai setiap detik dan menjadikan masa bersama keluarga sebagai satu keutamaan.


Tidak hanya itu, keadaan ini juga telah memberi peluang kepadaku untuk berinovasi dan kreatif dalam menjalankan projek-projek penyelidikan secara berkumpulan. Kami berjaya merancang dan melaksanakan produk inovatif yang diluar kotak. Keadaan ini telah membuktikan bahawa ketahanan dan kreativiti timbul ketika kita berada dalam kesukaran. Selain itu, pengalaman ini juga telah mengajar aku tentang keadilan dan keprihatinan sosial. Aku, sebagai pelajar universiti, menyedari betapa pentingnya memberi sokongan moral kepada masyarakat dalam menghadapi kesan ekonomi dan kesihatan. Aku dan beberapa orang pelajar terlibat di dalam aktiviti kebajikan masyarakat bagi membantu golongan yang terjejas. Projek sukarelawan dan amal yang dianjurkan oleh pihak UiTM Merbok ketika itu menjadi sebahagian daripada usaha untuk membantu rakan-rakan lain serta masyarakat di sekitar sekitar Merbok. Sejujurnya, pengalaman ketika pandemik ini, telah mengajar aku beberapa perkara yang mungkin dapat memberikan motivasi kepada pembaca yang lain. Antaranya, aku belajar untuk menerima hakikat bahawa kehidupan mungkin tidak dapat kembali seperti sediakala. Namun, sebagai pelajar universiti aku mengambil ini sebagai pengajaran dengan ketahanan, kebolehan untuk beradaptasi dengan benda baharu. Hal ini perlu dilakukan oleh setiap pelajar supaya lebih bersedia menghadapi cabaran ketika di alam pekerjaan kelak. Pengalaman ini juga telah mengajar aku nilai kesyukuran. Aku belajar untuk menghargai setiap peluang yang diberikan dan pengukuran kejayaan bukan hanya dari segi akademik, tetapi juga keupayaan seseorang untuk beradaptasi dalam suasana yang mencabar. Pandemik ini telah membawa aku satu pengalaman yang baharu yang mungkin pelajar sebelum atau selepas tidak merasainya. Ianya telah mengajar aku untuk lebih kuat walaupun berada dalam keadaan yang sukar. 110 1 Aku Graduan PKP


111 1 Aku Graduan PKP Seiring berjalannya waktu, proses vaksinasi telah memberikan sinar harapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Beberapa universiti juga telah dibuka kepada para pelajar untuk menggunakan khidmat mereka seperti perpustakaan dan sebagainya. UiTM juga menawarkan kepada pelajar yang mempunyai masalah rangkaian Internet dan ingin menetap di kolej kediaman untuk membuat permohonan bersyarat iaitu pelajar perlulah melengkapkan dua dos vaksinasi. Dengan inisiatif ini, aku dan beberapa rakan telah membuat keputusan untuk menetap di kolej sewaktu semester terakhir kami. Walaupun masih lagi menggunakan kaedah pembelajaran secara maya, namun ia sedikit sebanyak telah membantu kami dalam menjalani proses pembelajaran seperti mengulang kaji bersama dan sebagainya. Di Kolej Murni semasa semester akhir Aku bersyukur setelah menempuh cabaran dan dugaan belajar secara maya selama dua tahun, akhirnya aku dan rakan-rakan telah berjaya menggenggam segulung diploma pada Istiadat Konvokesyen ke-97 pada Ogos 2023 yang lalu. Aku sendiri tidak menyangka dapat mengharungi cabaran ini. Jika tidak kerana sahabat-sahabat seperjuangan ku, mungkin aku tidak dapat menghabiskan pengajian aku ini. Alhamdulillah aku dikurniakan sahabatsahabat yang sering membantu dan mendorong ku untuk terus bersabar dan berusaha untuk menghabiskan diploma.


112 1 Aku Graduan PKP Terima kasih kepada sahabatsahabatku kerana menjadi tulang belakang sepanjang Diploma


Nur Syazleena Hasni binti Zilani Ritma Ilmu 113 Semenjak aku di tingkatan lima lagi, minat aku dalam bidang dietetik amat mendalam. Semua bermula semasa aku menurunkan berat badan demi kebaikan kesihatan badanku. Dari situ, aku mula berjinak- jinak dalam bidang ini. Dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak seberapa, aku membuat keputusan untuk menyambung di peringkat matrikulasi. Selepas setahun setengah di Kolej Matrikulasi Selangor, aku tergamam melihat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Aku tidak dapat meneruskan impianku. Kakak ku berpesan untuk tunggu kemasukan Universiti Teknologi MARA (UITM) yang akan datang, namun aku takut akan pandangan orang sekeliling ku apabila mereka semua telah meneruskan perjalanan mereka ke menara gading, dan aku seorang sahaja yang masih mengejar sesuatu yang pada masa itu mustahil untuk aku capai. Setelah membuat kajian, aku menyedari banyak kelebihan yang dapat aku peroleh dengan memilih bidang Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem. Dengan itu aku membuat keputusan untuk mengakhiri impian lama dan bersedia untuk membuka buku yang baru.


114 1 Ritma Ilmu *** Aku sejak dulu lagi tidak berminat dengan apa-apa yang berkaitan dengan sains komputer. Sebelum masuk belajar, aku melalui minggu orientasi. Aku dapat merasakan kegembiraan dalam diriku bertambah setelah berinteraksi dengan pensyarah-pensyarah yang baik dan mesra. Sebelum tamat minggu orientasi, aku perasan semua pelajar telah ditentukan kelas masing-masing, kecuali aku. Aku mengambil keputusan untuk bertanya tentang masalah ini dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Penasihat Akademik (PA) dan staf pusat pengajian. Ketika pertama kali masuk ke UITM, aku terkejut banyak laman web yang perlu dicari satu persatu di internet. Keadaan ini jauh berbeza ketika aku di matrikulasi dulu, semuanya disediakan oleh pihak matrikulasi. Selepas seminggu berlalu, seorang pensyarah menyuruh kami berkenalan. Kami pun membuat satu Discord untuk kelas, dan pada masa itu ada seseorang tegur. Ain! Kini, Ain masih menjadi kawan baikku. Ain pertama kali memberanikan diri untuk berkenalan dengan aku kerana gambar profil aku ialah gambar penyanyi Kim Namjoo dari APINK. Persahabatan kami pun bermula daripada minat kami terhadap K-Pop. Semasa semester satu, jadual belajar aku teratur, walaupun aku terjada dari tidur 10 minit sebelum kelas, aku tetap bersiap sedia untuk ke kelas. Namun, kerana kelas secara maya sahaja, semakin lama berlalu, aku mula bosan selepas beberapa sesi kuliah. Jadi, pada masa itu,aku mencari cara untuk menaikkan semangat, iaitu dengan mencari wajah yang menarik buat tatapan. Semangat aku sentiasa meningkat jika ada wajah-wajah ini di dalam kelas.


115 1 Ritma Ilmu Pada akhir semester, aku mendapat keputusan yang agak mengecewakan.. Aku berasa sedih dengan keputusan yang aku terima ini. Untuk mengalihkan perhatian, aku pun mula bekerja separuh masa di kawasan rumah. *** Masuk semester kedua, aku mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja, dengan harapan aku boleh mengurus diri aku dengan lebih baik. Namun, disebabkan ini, aku berada dalam posisi yang sangat tidak baik. Aku bangun dari tidur hanya untuk kelas dan ke kerja. Kerja kursus memang aku siapkan dua hari sebelum tarikh akhir. Jadi aku membuat keputusan untuk berhenti bekerja. Salah satu kelas membanggakan diriku ialah kelas pengekodan. Walaupun laman web aku hasilkan tidak berfungsi, aku tetap mendapat gred memuaskan dalam kursus tersebut. Ketikakeputusan diumumkan, aku disahkan positif COVID-19, dan untuk meraikan nya, aku menonton cerita ’10 Things I Hate About You’ buat kali kedua semasa kuarantin. *** Semester ketiga merupakan semester pertama aku belajar secara fizikal di kolej. Aku tidak mendapat tempat di kolej, jadi aku memutuskan untuk menyewa bersama kenalan dari semester lepas. Di rumah sewa, aku terasa sunyi walaupun aku rapat dengan kawan serumah aku, ini menjadi penyebab aku selalu balik ke rumah setiap hujung minggu. Lokasi rumah sewa aku ni tidak begitu strategik, meskipun dikatakan ada bas, namun , tidak satu pun bas yang kelihatan melalui kawasan tersebut. Aku terpaksa menumpang kawan serumahku untuk ke kelas. Setelah beberapa minggu, aku menjadi penumpang setia Ain. Mulai saat itu, ke mana-mana, aku sentiasa bersama Ain, jika Ain ada, pasti aku ada. Semasa semester ketiga, aku mulai membina hubungan rapat dengan kawan-kawan baru.


Mereka semua baik dan bijak, kami saling membantu untuk meringankan beban masing-masing. Aku juga melalui satu pengalaman singkat yang sangat mencabar kewarasanku. Namun, terima kasih kepada Ain, Adhwa, Najwa, Anis, dan Hani kerana sentiasa bersama ku hingga aku dapat mengharungi saat itu dengan suka Setelah menerimakeputusan akhir semester ketigayang kurang memuaskan, kini aku berfikir dua tiga kali sebelum membuat keputusan.. Menjadi rutin bagi aku, turunnya semangatku seiring dengan keputusan akhir. *** Pada semester 4, ketegasan pensyarah membuatkan aku lebih penat. Aku juga mula menghadapi masalah menyiapkan kerja kursus . Setiap kali memulakan tugas, aku ragu-ragu sama ada dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Minggu pentaksiran dan penilaian telah berakhir, selepas menamatkan ujian akhir, aku pulang ke rumah sewa dan bersiap-siap untuk membawa semua barang aku pulang. Hari itu merupakan hari terakhir aku di rumah sewa, aku bersyukur aku dapat melalui banyak kenangan indah di sana. 116 1 Ritma Ilmu Gambar 1: Aku dan rakan-rakan meluangkan masa lapang bersama setelah tamat kelas


Dengan izin Allah aku dapat menamatkan semester keempat dengan jayanya. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, aku bersyukur atas ketegasan pensyarah-pensyarahku. Tanpa dorongan mereka, aku tidak yakin bahawa aku akan mendapat peluang untuk melakukan kerja dengan kualiti yang baik. *** Kini, aku disemester lima, aku hanya mendoakan yang terbaik untuk diri aku, semoga aku mendapat CGPA yang cemerlang dan lulus kelas pertama. Bukan hanya kerana gelaran, namun dengan ijazah ini aku berharap dapat melakukan ijazah kedua iaitu Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang aku impikan dulu. 117 1 Ritma Ilmu


Nurfatin Nabila binti Husaini Rencana Takdir Jiwa Seni 118 Diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod di Fakulti Pengurusan Maklumat, walaupun aspirasi sebenar adalah dalam bidang seni bina dan pereka dalaman. Kecewa menyelubungi hati kerana impian itu terpaksa ditinggalkan, dipengaruhi oleh kenyataan kos yang tinggi. Aku, seorang yang perlu menanggung diri sendiri, bergantung kepada duit pinjaman pelajar dan pendapatan dari kerja sambilan selepas SPM dan cuti semester untuk menampung hidup dan pendidikan diri sendiri. “Kalau nak sambung degree, tanggung diri sendiri!” ujar ibuku. Aku berasal dari keluarga jiwa berniaga. Setiap adik-beradik aku mempunyai perniagaan mereka masing-masing kerana mereka berasa lebih selesa untuk mencari pendapatan tanpa orang atasan. Malah, abang sanggup berhenti menggunakan ijazahnya untuk memulakan perniagaan dengan membuka kafe. Ibuku tidak terlalu setuju dengan keputusan ku untuk menyambung pengajian ke menara gading. Dia beranggapan bahawa ijazah itu tidak menjamin masa hadapan aku. Tetapi aku berkeras.


119 1 Rencana Takdir Jiwa Seni Aku berhak melakukan apa yang aku inginkan dalam hidup ini. Aku ingin buktikan kepada keluargaku bahawa aku mampu menjadi seorang wanita yang bekerjaya dan hebat. Banyak ilmu yang ingin aku pelajari untuk memahami dunia ini dan bergaul bersama orang-orang yang hebat. Aku juga berminat untuk mempunyai perniagaan sendiri, tetapi itu bukanlah matlamat utama aku. Selepas tamat persekolahan, aku mula membina hubungan dengan banyak kenalan. Aku bersyukur dikelilingi orang cerdik pandai dan mempunyai kawan rapat yang juga merupakan tokoh pelajar cemerlang dengan keputusan straight A’s dalam SPM, yang mampu membimbing aku ke arah kejayaan. Tak lupa juga kepada ibu bapa rakan-rakanku yang telah menganggap aku seperti anak angkat, sentiasa memberikan kata-kata semangat dan membuka mataku kepada dunia. *** Meskipun perjalanan ke kampus hanya mengambil masa dua puluh minit, kuliah dijalankan secara dalam talian pada dua semester pertama akibat wabak COVID-19 yang melanda. Belajar di rumah bukanlah perkara mudah, tetapi ia membuka mataku terhadap disiplin diri dan pengurusan masa yang lebih baik. Semester ketiga membawa diriku ke kampus, dan mula menginap di kolej buat kali pertama. Pengalaman ini tidak hanya melibatkan pembelajaran, tetapi juga kemesraan dengan rakan-rakan satu kampus. Di malam hari merupakan waktu untuk keluar bersama rakan-rakan untuk makan malam, berkongsi cerita dan tawa. Ini adalah waktu yang sangat bermakna, terutamanya dengan rakan serumahku yang turut mengikuti program yang sama. Meskipun tinggal di kolej, aku masih pulang setiap minggu ke rumah yang terletak berdekatan. Kerinduan kepada kucing kesayangan yang bernama Luna dan masakan ibu tidak dapat diabaikan.


120 1 Rencana Takdir Jiwa Seni Semester ketiga membawa cabaran yang sebenar. Dalam kumpulan projek, rakan-rakan tidak serius menjalankan tanggungjawab mereka, membuatkan aku menghabiskan lebih banyak masa di perpustakaan hingga lewat malam dan menghadapi tekanan yang tiada tandingan. Pertama kali air mataku mengalir di depan pintu pejabat pelajar disaksikan rakan-rakan. Sungguh memalukan! Aku berasa seolah-olah telah mencapai tahap kesabaran tertinggi, tetapi pada hakikatnya, beban emosional itu melepasi batas yang aku tidak sangka. Walaupun sukar, keputusan peperiksaan aku semakin meningkat dan aku layak menerima anugerah dekan sebagai penghargaan kepada usaha keras. Gambar 1 : Situasi menyiapkan pelan sebelum ke consultation Aku amat bersyukur kepada Tuhan, meskipun sedang diuji. Kehadiran ujian ini menguatkan imanku dan membuat aku lebih menghargai setiap nikmat yang diberikan-Nya. *** Semester keempat adalah pengalaman yang cukup unik bagi aku. Sejak awal, aku gembira dapat menghabiskan masa sendiri di bilik. Rakan sebilikyang selalu pulang ke rumahnya di Datuk Keramat setiap hujung minggu, memberi aku peluang untuk menikmati privasi tanpa gangguan. Keadaan ini memberi keselesaan tersendiri.


121 1 Rencana Takdir Jiwa Seni Keselesaan itu juga datang dari beban kerja yang agak ringan berbanding semester sebelumnya. Aku berfikir, "Perhaps final exam nanti kena score lebih". Namun, apa yang aku tidak jangka, pointer aku merosot secara drastik. Keputusan ini benar- benar mengejutkan aku. Di saat ini juga, ujian tak terduga datang melalui kehadiran orang baru dalam hidupku. Seseorang yang mungkin tepat, muncul pada waktu yang tidak terduga. Aku mengalami tekanan emosi berbulan-bulan. Ini menjadi tamparan besar untukku. Ternyata, kursus yang kelihatan mudah untuk skor, malah dengan cara pemarkahan yang berbeza, boleh menjadi duri dalam daging. Meskipun kekecewaan itu terasa, aku bersumpah untuk belajar dari kesilapan ini. Semester seterusnya, aku akan kembali bersungguh-sungguh, tidak kira seberapa ringan beban kerjanya. Kejayaan tidak datang dengan mudah, dan aku yakin bahawa kegigihan aku akan membawa hasil yang lebih baik. Tidak kira seberapa besar tamparan yang aku terima, aku harus terus maju dan belajar dengan tekad yang lebih kuat. Aku berjanji untuk menebusnya di semester berikutnya. *** Semester kelima membawa peluang baru. Aku dapat menyertai persatuan Information Management Students Association (IMSA), di mana aku berhasrat untuk menjadi ahli sejak semester tiga lagi. Ini memberi peluang kepada diriku sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti pelajar dan memperoleh pengalaman yang berguna untuk masa hadapan. Semester ini bukan sahaja mencabar dari segi akademik, tetapi juga dari segi kewangan. Aku tidak mendapat tempat di kolej dan terpaksa menyewa, menambahkan beban kewangan yang sudah tinggi. Keperluan untuk keluar dan menyiapkan kerja kursus juga menuntut pengeluaran duit tambahan. Meskipun ramai rakan yang memilih untuk melaksanakan tugasan di luar negeri Selangor, aku memilih untuk membuatnya di dalam Selangor sahaja untuk menjimatkan kos.


1 Beruntung, aku mendapat ahli kumpulan yang sama-sama komited untuk menyelesaikan tugas dengan cemerlang. Aku bersyukur kerana mereka menjadi penyokong utama dalam perjalanan akademik ini. *** Aku masih mencari minat yang mendalam dalam bidang ini. Setiap kali melakukan kerja kursus, aku merindui untuk menggunakan jiwa seni ini. Dalam hati, sentiasa berkata, “Rindunya nak melukis dan desain rumah”. Aku sedar, jurusan yang diambil ini hanya untuk menimba ilmu dan mendapatkan segulung ijazah. Jiwa seni dan reka masih mengalir dalam diriku. Walaupun begitu, aku redha dan percaya dengan takdir yang telah ditetapkan untukku. Kini, melangkah ke tahun akhir dengan semangat yang baru. Harapan dan tekad untuk berjaya menerangi setiap langkah yang aku ambil. Meskipun cabaran terus datang, aku yakin dengan keupayaan untuk mengatasinya. Setiap kisah perlu memiliki pengajaran, dan aku percaya bahawa kekecewaan yang dihadapi sepanjang menjadi mahasiswi ini adalah titik permulaan bagi kejayaan yang lebih besar. 122 Rencana Takdir Jiwa Seni Gambar 2 : Menghadiri Career Fair anjuran Graduan 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) Semoga aku mampu untuk menyambung cita-cita aku sebagai wanita berkerjaya di syarikat korporat idaman kelak.


Nursyazlin binti Muhmad Hapizi Lelah yang Dirindui 21 0ktober 2023 “Para graduan diminta untuk pusing ke belakang menghadap ke arah ibu bapa anda bagi sesi tunduk hormat, dipersilakan berdiri” Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang mencari kelibat ibuku. Walaupun jauh jarak antara kami namun dapat aku lihat air mata kegembiraan di wajah ibu. Aku melihat scroll di tangan, jubah yang ku sarung di tubuh, mortar board yang terletak di kepalaku. “Ya Allah, aku rindu Abah. Abah, seandainya abah ada di sini bersama kami, pasti lengkap hari bahagia kakak abah. Kakak rindu abah.” Bisik hati kecil aku. Ibu melambai ke arah aku. Ibu tersenyum manis ke arah aku. Dari raut wajahnya, aku tahu aku telah buat ibu bangga pada aku. “Ini semua untuk abah dan mak”. Bisik hati kecil ku lagi *** 123


124 Kisah hidup aku tidaklah sehebat mana. Tapi apa yang mampu aku katakan, aku percaya apabila Allah ambil sesuatu daripada hambanya, pasti kerana Dia ingin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Kerana langit tak selalu cerah. Awan pula tak selalu mendung. Selepas malam, pasti datangnya siang. Selepas ujian, pastinya adanya nikmat menanti. Tiada yang menarik dalam hidup aku, buat masa sekarang aku masih lagi mencari-cari kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa insan yang paling aku sayangi. Sejak belahan jiwa aku tinggalkan kami sekeluarga, hidup aku gelap. Aku tidak tahu apa perlu aku lakukan, kemana harus aku pergi, dimana aku perlu bergantung. Pemergian Abah memberi impak kepada aku dan keluarga. Hilangnya seorang lelaki pertama yang menyambut aku ke dunia ini dengan iqamah suci dan hilangnya insan yang menjadi tonggak kepada kami sekeluarga menjadikan aku patah, lemah dan rapuh. Aku masih mempunyai ibu untuk dijaga dan adik untuk ditanggung. Ya, sebagai anak sulung perempuan yang masih lagi bertatih meneroka dunia, sangat tidak mudah bagi aku. Apa jua alasan, aku perlu bangkit. Ada mulut yang perlu ku suap untuk kelangsungan hidup. Untuk aku budak biasa yang baru sahaja menamatkan pengajian tanpa apa-apa pengalaman kerja, sangat mencabar untuk aku harungi. Tapi apakan daya, ini lah takdir yang harus aku telan. Pada awalnya aku hidup normal seperti anak seusiaku yang lain. Hidup bersederhana bersama keluarga tersayang. Kami tidaklah kaya tetapi kami gembira dengan cara kami. Keluarga aku tidaklah besar hanya emak, abah, adik lelaki dan juga aku. Apa yang boleh aku ungkapkan, ujian yang Allah beri pada aku ini, tidak tertanggung rasanya tetapi berbalik juga pada katakata Allah yang dirakamkan dalam Surah Al Baqarah, ayat 286 iaitu “Allah tidak akan menguji seseorang, melebihi kemampuan hambanya”. Segalanya bermula ketika aku baru melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 2020. Awalnya aku menjalani hari aku sebagai pelajar biasa yang hanya menuntut ilmu. Akan tetapi, di sini lah juga bermula detikdetik kepayahan, kesukaran dan saat-saat getir yang akan aku lalui. Segalanya bakal berubah 360 darjah. Tetapi aku perlu “survive”. 1 Lelah Yang Dirindui


125 Pada Disember 2020 yang merupakan tahun pertama aku sebagai seorang mahasiswa. Abah disahkan sakit buah pinggang tahap kelima. Abah juga telah disahkan doktor yang dia mempunyai beberapa komplikasi penyakit. Semenjak abah sakit akulah yang dipertanggungjawabkan untuk uruskan segala temu janji abah pada setiap minggu. Akan tetapi, pada masa yang sama, aku masih mempunyai tuntutan-tuntutan lain yang perlu aku selesaikan sebagai seorang mahasiswa. Jadi dengan segala kudrat yang diberikan oleh Tuhan aku harus membahagikan masa dan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan seorang mahasiswa. Namun aku tak pernah merasakan yang ini adalah suatu halangan dan beban sebaliknya ia adalah sebuah peluang yang diberikan oleh Allah untuk menjadikan aku hambanya yang kuat. *** Flashback “Takpe Sofea, kita orang cover kau. Takpe.” “Dah lah Sofea, abah kau lagi penting. Pasal Dr. Azlan nanti biar kami settle. Kau pergi balik. Mana kami boleh tolong, kami tolong.” “Haihh”. Keluh kesah hatiku yang dihimpit rasa bersalah. “Terima kasih banyak-banyak weh, aku gerak dulu. Anything call aku. Thanks again korang!”. Mesej aku kepada mereka di dalam telefon pintar. Aku bergegas untuk berkemas-kemas. Aku perlu tiba di Melaka secepat mungkin kerana abah perlu hadiri temu janji pada hari ini. Aku bersyukur kerana ditakdirkan dengan rakan-rakan yang amat memahami liku-liku yang sedang aku lalui. Terlalu banyak perkara yang telah aku bebankan mereka. Tetapi tidak pernah sekali pun mereka berkira sebaliknya dengan situasi aku dan abah. *** 1 Lelah Yang Dirindui


126 “Kakak belajar macam mana? okey? Kakak kata hari ini kakak ada presentation kan?” Tersentak aku daripada lamunan lalu berpaling memandang abah. Aku tersenyum. “Alhamdulillah abah semua baik-baik saja. Presentation kakak lecturer tunda pula minggu depan. Alhamdulillah lah kan lecturer tunda, boleh lah kakak teman abah ni”. Bohong aku. Bukan niat aku untuk berbohong. Sudah cukuplah sakit abah hadapi, aku tidak mahu membebani hatinya dengan mengatakan aku terpaksa balik semata mata menguruskan urusan dirinya. Aku tidak mahu abah menganggap dirirnya beban padaku. Walau hakikatnya, aku penat. “Baguslah kalau macam tu. Maafkan abah ya nak, kamu terpaksa ulang alik dari universiti kamu ke Melaka semata-mata nak uruskan hal abah ni”. Kata abah lembut sambil mengusap lembut kekura tangan aku. “Apa cakap macam tu bah, siapa lagi yang abah boleh harapkan selain anak abah ni? Kakak sanggup buat apa je, kakak nak tengok abah sihat macam dulu”. Tangisan yang mula menitik di hujung mata pantas ku kesat. Jam telah menunjukkan 4 pagi. Esok kuliah bermula jam 8 pagi. Jadual aku agak padat pada tahun kedua ini. Penat sungguh rasanya. Selesai sahaja urusan temujanji abah, aku langsung menghantar abah ke rumah dan minta pamit untuk pulang ke kampus malam itu juga atas sebab banyak kerja tertangguh yang perlu diselesaikan segera. Sekilas aku memandang ke arah rakan serumahku yang sudah ralit diulit mimpi sedangkan aku masih berjuang berjaga sepanjang malam. Ikutkan rasa hati, mahu saja aku menghenyakkan badan ke katil, tapi apakan daya. Banyak lagi amanah dan tanggungjawab ‘tertunggak’ yang perlu aku selesaikan. Kertas kecil berwarna kuning yang ku lekat di dinding meja belajar ku tenung lama. “Report Dr Irni”, “article review Madam Aliah”, “reflective essay”, research study dan “slide presentation”. 1 Lelah Yang Dirindui


127 “Allahu Akbar banyak lagi ni” Mengeluh aku perlahan. Tetapi tak mengapa asalkan abah dah bertambah sihat seperti apa yang disampaikan doktor pagi tadi. Itu sahaja telah membuatkan aku seperti wanita terbahagia di dunia. Namun, disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Abah tidak sengaja terketip kuku kaki kirinya sehingga berlaku pendarahan yang tidak berhenti dan melarat sehingga 2 hari. Setelah tamat kelas pada pagi Khamis aku bergegas pulang ke rumah dan menghantar abah ke zon kecemasan hospital. Alangkah luluhnya hati dan jiwa ragu aku di ruangan menunggu hospital apabila doktor sahkan yang abah bakal kehilangan sebelah kakinya. Abah juga dikhabarkan bakal melakukan dialisis selama 3 kali seminggu kerana keadaan buah pinggangnya yang tidak menunjukkan tanda-tanda positif. Keputusan ini diambil kerana keadaan abah yang semakin lemah dan berkemungkinan akan bertambah melarat. Sekali lagi aku dan emak berlapang dada untuk ujian Allah pada kali ini. Selain itu, abah ditahan wad dan aku bersama emak pulang ke rumah. Seusai pulang aku terus melakukan solat Isyak dan bermunajat kepada Allah Jalla Jalaluhu. “Ya Allah, aku bukan hamba kau yang alim, aku banyak dosa tapi tiada tempat lain untuk aku mengadu. Aku tiada tempat meluah ya Allah, Kau bantu aku ya Rabb, apa jua akan berlaku kau percepatkanlah prosesnya ya Allah. Kau sembuhkanlah abah, kau kembalikan nikmat kesihatan yang kau beri dulu.. Ya Allah aku sedang berjihad. Jihad untuk tetap terus mencari ilmu. Kau permudahkanlah segalanya untukku. Semoga kesabaran aku berjihad menuntut ilmu dan keberkatan aku berbuat baik pada orang tua ku menjadi asbab kau memakbulkan doaku”. Bersama tangisan aku terlena dengan sendiri. *** “Aku rasa aku nak berhenti belajar lah Nad” kata aku kepada Nad 1 Lelah Yang Dirindui


128 “Berhenti merepek la Sofea. Weh kita ni dah hujung-hujung dah. We're almost grade. Kau tak sayang ke dengan usaha, penat lelah kau before ni tak tidur malam berjaga buat assignment, buat research, study untuk exam, untuk test. Kau ingat mak abah kau akan setuju kalau tahu kau buat keputusan macam ni ? fikir masak-masak weh”. Naik seoktaf nada Nadia yang bengang dengan kata kataku sebentar tadi. “Habis kau nak suruh aku buat apa nad? Abah aku sakit, tiap-tiap minggu kena checkup, tiap-tiap bulan kena hantar dialisis. Mak aku, adik aku kat rumah siapa nak bagi mereka makan nad? Kau pun tahu kan kat rumah dah takda siapa yang bekerja, kami cuma mengharapkan duit bantuan dan simpanan. Simpanan pun makin lama makin kurang. Aku perlu kerja nad untuk tanggung keluarga aku.” Luah aku kepada Nad. Siti Nadiah adalah sahabat sekelas dan serumah aku. Kami telah bersama mengharungi liku-liku sebagai pelajar universiti Malaya sejak di semester satu. Jadi, segalanya aku kongsi bersama Nad termasuk apa yang terjadi kepada aku dan keluarga. “Aku faham weh, selagi mana aku boleh tolong kau aku tolong. Tapi janji dengan aku kita habiskan degree ni sama-sama. Aku nak kau ada dengan aku waktu hari konvokesyen kita nanti. Sabar sikit je lagi”. Pujukan Nad serba sedikit meluluhkan hatiku yang rapuh dek masalah tak berhenti kunjung tiba. Aku hanya mampu mengangguk dan melepaskan tangis sepuasnya di bahu Nad. *** Setelah tiga bulan berlalu maka tamatlah cuti penggal bagi semester keempat. Maka bermulalah perjalanan aku sebagai mahasiswa tahun terakhir di Universiti Malaya. Walaupun cuti semester aku dipenuhi dengan temu janji abah di hospital namun aku sangat gembira kerana dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluargaku. *** 1 Lelah Yang Dirindui


129 Selepas selesai kelas ketiga aku dalam jadual pada hari ini, aku mendapat satu panggilan daripada emak. “Assalamualaikum kakak. Kakak dah habis kelas ke nak?” Kata emak kepadaku separa panik suaranya. “Dah mak. Kenapa ni mak? Ada apa-apa yang terjadi ke di rumah?” Kata aku kepada emak. “Kakak mak nak bagitahu ni abah telah dimasukkan ke hospital oleh pusat dialisis pagi tadi atas sebab abah pengsan dan darah abah tak keluar cantik dekat mesin dialisis.” Kata emak kepadaku. “Ye ke mak. Okey mak, akak balik sekarang juga jom kita pergi tengok abah”, kata aku kepada emak. Sampai sahaja kami di hospital, alangkah terkejutnya aku apabila doktordoktor pakar telah mengerumuni abah. Setelah selesai perbincangan mereka, aku pergi menghampiri mereka untuk mendapatkan penjelasan. “Cik anak kepada Khairul bin Hasim ke?”, kata doktor kepada aku. “Ya saya anak dia. Kenapa ya doktor?”, jawab aku kepada doktor “Saya ingin maklumkan ni yang tiub saluran dialisis yang direct pam darah ke jantung ini telah dijangkiti kuman. Kuman itu juga telah merebak ke dalam darah”, kata doktor itu. “Disebabkan keadaan bapa kamu yang lemah dan mempunyai beberapa komplikasi penyakit, kami bakal meletakkan dia di unit rawatan rapi dan memberikan antibiotik yang paling kuat untuk melemahkan kuman tersebut. Kami juga akan cuba yang terbaik ye Cik”, jawab doktor untuk menenangkan aku. 1 Lelah Yang Dirindui


130 “Baiklah doktor. Terima kasih untuk penerangan itu.” Selesai penerangan daripada doktor, aku pantas pergi untuk mendapatkan abah. Ketika itu abah sangat lemah dan menjawab semua pertanyaan aku dengan amat perlahan. “Abah. Abah okey ke? Abah boleh dengar suara kakak?”, kata aku kepada abah sambil menatap wajah pucat abah. “Abah sakit kak. Abah tak tahu la macam mana masa depan ni nanti. Mak mana?”, jawab abah lemah. “Mak ada dekat luar abah. Nanti akak panggil mak masuk”, kata aku kepada“Abah rehatlah dulu”, jawab aku. “Kakak jaga mak ya. Jaga mak dengan adik baik-baik. Abah tak tahu lama mana abah dapat bertahan”, pesan abah. “Jangan cakap macam tu abah”, kata aku kepada abah. Aku berlari keluar kerana tidak sanggup melihat keadaan abah yang lemah. Mak masuk untuk mendapatkan abah. Selesai sahaja perbualan mereka, kondisi abah dengan tiba-tibanya jatuh mendadak. Nafas abah tercungap cungap dan menjadi pendek. Mak berteriak memanggil doktor dan jururawat. Aku terkejut dan berlari masuk untuk melihat keadaan abah. Doktor tiba dengan pantas lalu melakukan bantuan pernafasan untuk abah. Namun begitu, dengan takdir Tuhan, dengan ketetapan qada’ dan qadar dan ketentuan ajal yang telah tertulis di Luh Mahfuz, abah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku dan emak terduduk dan kaku dengan situasi itu. Aku meraung dan meratapi hiba tubuh abah yang tidak lagi bernyawa. “Abah! Abah! Jangan tinggalkan kakak abah! Bangunlah !”, jerit aku kepada sekujur tubuh abah. 1 Lelah Yang Dirindui


131 Emak dan doktor menarik aku dan cuba untuk menenangkan aku. “Kakak ingat Allah nak. Lepaslah abah ye nak. Kita kena kuat, semuanya dah tertulis”, kata emak cuba untuk menenangkan aku. Pada tanggal 26 April 2023, aku telah hilang satu susuk tubuh yang paling aku cintai di dunia ini. Lelaki yang mengajarkan aku erti kuat dan sabar tidak lagi bersamsama aku di dunia ini lagi. Semua temu janji abah kini terpahat sebagai satu bentuk memori yang aku simpan rapi antara aku dengan abah. *** 1 Lelah Yang Dirindui “Adik bersedia ya untuk giliran awak”, kata seorang ahli jawatankuasa majlis graduasi kepada aku lantas menyentak aku daripada lamunan yang sangat panjang. “Dipersilakan graduan yang seterusnya daripada jabatan pengajian Melayu, Sofea Laila binti Khairul”, ucap pengacara majlis graduasi. Aku menuju ke tengah pentas dan mengambil skrol itu dengan penuh takzim dan syukur. Namun, ia masih berbeza tanpa Abah disisi tetapi aku yakin dia dan emak adalah insan yang paling bangga dengan aku pada hari ini. Semua kepayahan yang aku lalui bersama-sama abah akhirnya menjadi satu bentuk dan lambang memori yang akan aku rindui hingga ke akhir hayatku. Lelah yang dirindui. Hari Graduasi


Nurul Ain binti Mohd Shukri Nilai Sebuah Maaf 132 #01 - Selamat Tinggal Rumah Masih segar dalam ingatanku pada hari itu. Tidak seperti rakan-rakan lain yang begitu teruja untuk melapor diri sebagai pelajar baru di universiti, aku hanya ditemani rasa kosong semenjak keputusan UPU dikeluarkan. Aku menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di sebuah universiti awam di utara tanah air pada tahun 2019. “Kan bagus kalau tak dapat course tu,” suara kecil tiba-tiba terbit dalam kepalaku. Aku berhasrat untuk menerima tawaran dari universiti lain dengan kursus yang aku minat, namun setelah dipujuk ibuku untuk menyambung pengajian dekat dengan keluarga, maka aku turutkan sahaja. Mungkin inilah yang terbaik untuk diriku walaupun masih belum ikhlas sepenuhnya. ***


133 1 Nilai Sebuah Maaf Jarum jam dinding menunjukkan tepat jam 7.40 pagi. Ayahku telah selesai menyusun semua barangan yang akan dibawa ke kampus. Pagi itu hanya kami bertiga tanpa adik-beradik yang lain. Kereta pun meluncur ke destinasi yang ingin dituju. Di pertengahan jalan, ambil memandang kosong ke luar tingkap, air mata mula memenuhi segenap ruang mataku. Beberapa minit lagi kami akan tiba namun aku masih berasa berat hati untuk memulakan perjalanan hidup baruku di tempat asing. Beberapa ketika, kami sudah hampir dengan pagar utama kampus dan kelihatan banyak kenderaan dari pelbagai arah mula beratur untuk masuk. *** Enjin kereta pun dimatikan dan kami turun untuk bergerak ke kaunter pendaftaran pelajar baru. Disana, aku berjumpa kembali dengan rakan-rakan sekolahku yang lain dan kami telah lama merancang untuk mendaftar bersama untuk menjadi rakan sebilik. Alangkah hampanya perasaan apabila gagal untuk tinggal bersama mereka kerana ada yang memotong barisan hadapan menjadikan rancangan kami gagal. Aku mendapat bilik kedua bersebelahan rakan-rakan yang lain, memisahkan aku dengan mereka. Disinilah perjalanan pahit manis diplomaku bermula


134 1 Nilai Sebuah Maaf Aku mendapatkan mama dan ayahku yang sedang menunggu di kafe kolej mula mengangkat segala barangan yang dibawa dan menuju ke tingkat tiga kolej itu. Hanya aku sahaja yang sampai lebih awal berbanding tiga orang lagi bakal teman sebilik aku. Kami anak-beranak mula mengemas bilik tersebut dan aku telah pun memilih katil dan meja belajar yang disediakan. Oleh sebab aku yang tiba awal maka konsep ‘first come, first serve’ digunakan dengan sebaiknya. #02 - Entah Siapa Yang Salah Setelah selesai menyusun barang dan membersihkan bilik, tiba masanya untuk kami keluar makan tengahari di luar. Masih tiada kelibat rakan sebilik aku yang lain. Satu jam setengah telah berlalu dan kami pulang semula ke bilik sebelum mama dan ayahku berangkat pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati cadar tilam ku telah dicabut dan bantalku diletakkan di katil atas serta terdapat barangan bukan kepunyaan ku di atas tilam tersebut. “Eh siapa pula yang pandai-pandai ubah barang orang ni!?” Aku seperti mahu naik angin melihat keadaan begini. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita bersama anaknya yang mungkin rakan sebilikku. Aku melihat dia meletakkan barangannya dengan selamba di meja dan di tengah ruang bilik. Aku kemudian memberitahu mama dan ayahku tentang perkara tadi. Tanpa berlengah ayah ku terus bertanya kepada ibunya, “Ini barang anak Puan ke? Minta maaf, kami datang dulu...dah siap kemas semua. Anak saya dah pilih katil ni.” “Oh ya? Tapi anak saya tak boleh duduk katil atas, dia tak biasa.” Balasnya dengan selamba. Melihatkan situasi agak kekok ketika itu, mama turut membuka mulut untuk menyokong ayah. “Tapi kami yang pertama datang, jadi first come first serve lah kiranya.”


135 1 Nilai Sebuah Maaf Aku hanya berdiri di sisi pintu dan cuba untuk menghadam situasi janggal ini. Setelah itu, tibalah masa untuk mama dan ayah pulang setelah separuh hari menemani anak mereka di sini. Aku bersalam dengan kedua mereka dan memeluk mamaku. “Jangan lupa makan, duduk dengan kawan baik-baik, jangan tinggal solat ya”, pesan mama. Aku hanya mengangguk faham. #03 - Perlukah Mengalah? Aku cuba mengawal emosi yang agak terganggu semenjak pagi, tambahan pula dengan drama yang terjadi antara kami dengan ibu rakan sebilik aku yang seorang itu. Sempat aku berkenalan dengan kesemua mereka yang akan tinggal bersamaku selama satu semester. Aku kemudian berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku pada awal hari ini dan menyapa Dhiya dengan mesra. “Dia ni nampak macam okey, baik je.., mungkin ibu dia yang melebih-lebih.” Bisik hatiku. *** Selang dua hari selepas hari pendaftaran, ibu Dhiya datang ke kolej untuk berjumpa anaknya. Aku pula sibuk mengemas almari pakaian dan makanan. Tiba-tiba ibunya menegur, “Sihat ke? Dah makan?” Aku memberi senyuman dan menjawab “Alhamdulillah sihat, dah makan tadi.” Tiba-tiba dia bersuara lagi. “Aa...boleh ke kalau Dhiya nak duduk katil bawah? Dia susah nak panjat naik katil ni sebenarnya, mak cik risau terseliuh,” pintanya secara tiba-tiba. Aku berasa agak terkilan kerana sepertinya isu ini telah selesai tempoh hari. Tanpa berlengah aku terus bersetuju untuk bertukar tempat dan mengalah kerana aku memang tidak gemar diganggu oleh masalah remeh sebegini.


136 1 Nilai Sebuah Maaf “Oh boleh je, nanti saya kemas katil tu,” balas ku ringkas sambil masih cuba bersopan. Seketika itu aku pun berlalu keluar ke bilik sebelah untuk bertenang dan mengelak dari ibu si Dhiya itu. *** Pada malamnya, setelah ibu Dhiya pulang, aku pun mencabut cadar katil dan berpindah ke katil. Dhiya pula kelihatan tenang mengambil barangnya yang telah awal siap tersedia untuk bertukar tempat. Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaliknya cuba untuk lebih positif. Aku sempat menelefon Mama dan berkongsi cerita. Mama hanya memberi nasihat agar aku ikhlas menerimanya dan menjadikan itu sebagai pengalaman baru apabila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. #04 - Bukan Lagi Sangkaan Hampir setiap hujung minggu Dhiya pulang ke rumah atau akan keluar outing bersama ibu dan ayahnya di sekitar pekan. Aku pula sememangnya hanya akan berada di bilik sendiri pada hari Jumaat dan Sabtu. Sedang aku melipat pakaian, Amirah mengajakku berbual. “Awak okey ke dengan Dhiya?”, tanyanya sambil mendekatkan diri dengan ku. “Okey je, tapi itulah...”, aku berhenti disitu. “Hmm sebab hari pertama daftar masuk dulu ke?” Amirah menanti jawapan kepada soalan ini. “Betul. Saya tak tahulah saya ni yang terlalu sensitif atau mudah trigerred tapi sejak hari itu saya dengan Dhiya dan ibu dia macam tak okey. Nampak ketara sangat tak?,” tanyaku mendapatkan kepastian. Aku tidaklah suka berkongsi tentang hal sebegini dengan orang lain tetapi ternyata Amirah dapat menghidu ketegangan antara kami.


137 1 Nilai Sebuah Maaf “Tak apalah, awak janganlah ambil hati pula,” jawab Amirah. Dia kemudian menambah “Tapi saya dengan Nasreen okey je, kami tak masuk mana-mana pihak tau.” #05 - Sebuah Kemaafan dan Hikmah Darinya Berbaki beberapa minggu sebelum ujian akhir berlangsung dan menghitung hari cuti semester bakal tiba. Aku seperti biasa, banyak menghabiskan masa bersama rakan sekelasku untuk menyiapkan assignment dan presentation. Amirah, Nasreen dan Dhiya pula selalu berbual dan ke hulu hilir bersama. Aku juga pernah dipelawa Nasreen untuk pergi ke pekan bersama mereka. Katanya mahu food hunting. Aku terpaksa menolak ajakan itu atas sebabsebab tertentu. Pada hari kejadian, Amirah sempat bertanya semula buat kali terakhir jika aku mahu ikut. “Tak apalah, saya perlu siapkan draft assignment dan menghantar hardcopy di bangunan akademik petang nanti. Have fun ya semua”, ucapku dengan senyuman lebar. *** Sedang aku berehat setelah seharian menghadap tugasan yang perlu disiapkan, aku mula terfikir untuk berbual dari hati ke hati dengan Dhiya secara berhadapan. Nasreen pernah bercerita padaku bahawa Dhiya ada menelefon ibunya untuk mengadu tentang kelakuanku yang seperti mengelak daripadanya. Dan kerana itulah ibunya pernah memanggilku untuk bertanya keadaan beberapa bulan yang lalu. Jauh di sudut hati, aku memang marah dan kecewa untuk melalui situasi ini, lebih-lebih lagi apabila aku telah banyak mengalah dek kerana sikap mereka dua beranak yang pentingkan diri dan hanya mahu kesenangan. Sejujurnya aku merasa terganggu dengan sikap Dhiya yang seperti menjalankan perang dingin denganku.


138 1 Nilai Sebuah Maaf Aku pula jenis manusia yang tidak pandai menyembunyikan perasaan. Tetapi mahu tidak mahu aku perlu mengalah dan berlapang dada. Jika dipanjangkan perkara ini mungkin akan menjejaskan mentalku yang makin tertekan dengan keadaan sekeliling lain termasuklah hal akademik.Tetapi aku tetap mencuba untuk berdepan dengan Dhiya buat kali terakhir sebelum tamat semester ini. Dengan doa dan kekuatan, ku gagahkan jua menaip panjang meminta maaf serta menjelaskan diriku dan menghantar teks tersebut di WhatsApp Dhiya. Lama juga dia ambil untuk membalas namun harapanku untuk berbaik tidak kesampaian kerana dia hanya membalas ringkas, “Dhiya okey je, no worry.” Kata-kata itu langsung tidak selari dengan body language nya dan dia juga tidak membuat eye contact tatkala bercakap dengan ku. “Ya Allah, besar sangatkah kesalahanku? Kenapalah Dhiya masih begitu walaupun aku cuba berbaik dengannya berkali-kali,” perasaan kecewa diluah. Walaupun bukan aku yang memulakan segala kekusutan ini, mama berpesan bahawa meminta maaf dan memaafkan itu perkara yang mulia dan bukan semua manusia dapat melakukannya. Maka aku berserah sepenuhnya sahaja kepada Allah. Segala yang berlaku ini menjadi pengajaran buat ku tentang sifat dan sikap manusia. Aku hanyalah insan biasa yang khilaf, namun tetap aku berlapang dada memohon maaf dan memaafkan. Hikmah kisah antara aku dan Dhiya ini telah memberiku peluang membaiki diri dan melakukan ‘pembebasan diri’. Maka benarlah dengan melepaskan kebencian dan kemarahan, seseorang dapat membebaskan dirinya dari belenggu emosi yang menjadi batas kepada kebahagiaan dan perkembangan peribadi. Bagi insan lain, move on dan cuba melupakan segala pengalaman kurang enak mungkin mudah dan akan terhapus dari hati dan ingatan. Namun bagiku, masih terkesan di sudut hati yang paling dalam. Semoga aku lebih kuat untuk menghadapi pelbagai lagi ragam dan kerenah manusia di luar sana.


Nurul Amira binti Amadam Luahan Anak Sulung 139 Peralihan dari sekolah menengah ke kolej boleh menjadi satu pengalaman yang sangat menakjubkan bagi aku. Sebelum ini aku akan dipantau seperti seorang kanak-kanak kecil oleh guru-guru disiplin ketika di sekolah, ketika di universiti pula aku mempunyai kebebasan yang baru ditemui dan aku sepatutnya tahu bagaimana untuk merancang perjalanan hidup aku dan bukan menanti sesuatu pekara itu berlaku didalam hidup untuk belajar mengenai kehidupan di alam dewasa. Memasuki alam universiti ini, dunia kelihatan seolah-olah menjadi jauh lebih besar bagi perspektif seorang yang bergelar mahasiswa. Mungkin juga boleh menjadi sedikit menakutkan bagi aku. Aku mungkin akan menghadapi sukarnya kehidupan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan persekitaran secara tiba-tiba. Aku juga mungkin akan mengalami sedikit kejutan budaya, dan terpaksa meninggalkan zon selesa, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada prestasi yang baik dalam pelajaran dan mendapat pendidikan tinggi mengikut perancangan.


140 1 Luahan Anak Sulung Pada tahun 2021 keputusan STPM telah diumumkan dan aku salah seorang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada mulanya aku sangat takut untuk mengetahui keputusan tersebut, akan tetapi walau apa pun ketentuan-Nya kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah keputusan yang aku perolehi tidaklah seteruk yang aku sangkakan tetapi sekadar cukup makan. Aku tetap bersyukur dengan apa yang diperolehi walaupun tidak secemerlang rakan-rakan yang lain, cukuplah aku tidak mengecewakan hati kedua orang tua ku. Setelah beberapa minggu selepas keputusan STPM diumumkan, keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) pula menyusul. Debaran untuk menyemak keputusan UPU semakin terasa kerana risau permohonan aku tidak lulus. Namun begitu, aku memberanikan diri untuk membuat semakan dan aku diterima untuk meneruskan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana seperti yang diinginkan. Bila sahaja disebut UiTM, terlukislah di dalam kepala sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di setiap negeri. Di sinilah, perjuanganku bermula sebagai seorang mahasiswi. Aku berharap aku juga dapat menjadi seperti graduan-graduan yang telah berjaya mendapatkan segulung ijazah dengan cemerlang dan dapat bertahan dengan dugaan yang mendatang. Selayak pengembara, aku akan melangkah tanpa silu, menyusur tanpa ragu, menimba ilmu berbekal keyakinan padu! Sebagai anak sulung daripada adikberadik yang lain aku perlu menunjukkan contoh yang baik untuk adik-adik. Aku jugalah yang harus belajar bersungguh-sungguh untuk membanggakan kedua ibu bapaku. *** RINDU Di bumi UiTM ini jugalah aku menemui sebuah persahabatan yang cukup bermakna. Bersama putaran waktu tersemai benih kasih antara aku, Balqis, Fai, Ain, Wawa, dan Pipah. Kehadiran teman-teman sekuliah yang lain juga turut menambah aroma wangi musim persahabatan kami di UiTM.


141 1 Luahan Anak Sulung Sama-sama mengatur langkah seiring memburu sebuah kejayaan. Sepanjang kehidupan di Universiti, banyak kisah pahit dan manis yang telah aku lalui. Setiap kali bangun daripada katil melihat di luar jendela bilikku, aku dapat lihat gerimis petang berguguran membuat aku leka melayan menungan panjang sambil menghadap ke luar jendela. Selama tiga tahun aku akan berada di sini untuk menuntut ilmu. Jauh dari kampung halaman dan keluarga tercinta. Saat-saat begini pastinya menggamit rindu pada keluarga tersayang. Teringat wajah mama dan papa yang tidak jemu memberi amanat. Dan amanat itu aku pahat kukuh di hati. Namun, kadang-kadang hati sering diburu cemas berpanjangan kerana bimbang diri kan terleka hingga terabai segala cita-cita. Aku tidak perlu tunjuk belang di negeri orang. Hidup berpegang atas dasar merantau. Dan yang paling utama aku datang dari jauh untuk menuntut ilmu. Inilah yang dinamakan dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu. Aku jadi pasrah dan setiap kali aku menghadap tikar sembahyang, aku tidak putus-putus panjatkan doa kepada Allah agar diriku dipelihara dari sebarang anasir negatif dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Ada masanya aku leka bersama rakan-rakan keluar berjalan. Namun, dengan peluang yang ada inilah kita boleh mencipta kenangan yang indah bersama rakan rakan seperjuangan pada zaman belajar untuk merantau ke negeri orang. Sepanjang berada di sini sudah banyak tempat yang telah kami pergi seperti Johor, Melaka, Port Dickson, Genting Highlands dan lain lain. Alhamdulillah sepanjang aku merantau di sini, rakan-rakan yang aku kenal semuanya baik-baik. Selain itu juga, mereka selalu ringan tulang untuk membantu aku walaupun dalam keadaan susah. ***


142 1 Luahan Anak Sulung PULANG Apabila duduk berjauhan dari keluarga, aku rasa seperti dunia ini aku yang punya. Aku rasa bebas pergi ke mana saja.Awal permulaannya, aku gembira dengan kebebasan yang aku kecapi, namun sejak beberapa bulan yang lalu, aku lah paling tak sabar-sabar nak balik rumah, nak lepas rindu katanya.Aku pasti perasaan yang sama juga akan dirasai oleh semua orang bila berjauhan dari keluarga. Sesekali balik-lah ke rumah. Kalau boleh balik, ambiklah peluang menjenguk ibu ayah di kampung. Kalau yang tinggal di Sabah dan Sarawak, memang kena tunggu cuti panjang baru boleh pulang ke kampung. Percayalah cakap aku, apabila kita belajar jauh daripada keluarga mereka sangat rindukan kita. Jika sudah lama tidak balik, sekurang-kurangnya telefon ibu bapamu. Beritahu yang kita di sini sihat dan okay sahaja. Bercerita tentang balik ke kampung, aku akan selalu rasa sunyi bila tibanya hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad. Nak tahu kenapa? Nak diceritakan aku dengan rakan serumah berempat tinggal di rumah sewa, seorang asal Putrajaya, seorang asal Shah Alam, dan lagi seorang berasal dari Penang. Rakan sebilik aku yang berasal dari Putrajaya setiap kali hujung minggu, pasti dia balik ke rumah keluarganya. Kesimpulannya, aku akan keseorangan dalam bilik dan mula rasa sunyi rindu akan keluarga di Kelantan. Maklumlah, duduk berjauhan daripada keluarga, pasti tiba-tiba akan rasa sebak dan teringat mak dan ayah sampai berkaca mata. Tapi aku perlu kuat untuk teruskan pelajaran dan banggakan mama dan papa. Merantau di negeri orang ni seronok walaupun kadang-kadang rindu makanan di negeri sendiri yang jauh lebih murah dari tempat kita belajar. Di sini, aku berdikari, apabila cuti panjang aku memandu bersendirian pulang ke kampung. Pada awal pagi, aku sudah bangun untuk bertolak dari Kelantan ke Shah Alam kerana bimbang sampai ketika hari sudah gelap. Pagi-pagi lagi mama siapkan bekalan untuk aku sepanjang perjalanan jauh nanti dan mama selalu pesan “drive elok-elok, jangan laju-laju bahaya nanti”.


143 1 Luahan Anak Sulung Dari situ jugalah aku belajar kuat untuk hadapi pelbagai dugaan selepas ini. Semakin dewasa aku, semakin banyak benda yang perlu aku lalui sendirian. Kadang-kadang aku bangga dengan diri aku sendiri sebab boleh memandu jauh setiap kali balik cuti panjang. Dan dari situ jugalah aku belajar erti bersyukur dengan kelebihan yang aku miliki. Contohnya, aku mempunyai sebuah kereta yang diberikan oleh mama untuk ulang-alik balik ke kampung semasa cuti panjang dan pergi ke kelas setiap hari. Orang lain hanya mampu menaiki bas setiap kali mahu pulang ke kampung halaman. Terima kasih mama kerana memberi aku kesenangan ini. “Insyaallah selepas habis belajar nanti kakak akan hadiahkan mama dan papa segulung ijazah”. “Keluarga Tercinta”


Nurul Izzaati binti Ayazi Gagal Bukan Akhir, Tetapi Mula 144 Apa itu makna kejayaan di dalam kehidupan sebagai seorang pelajar? Kejayaan dalam hidup menurut aku bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi melainkan kita berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Nak disebutkan aku sebagai seorang pelajar yang cemerlang pun tidak kerana aku bukanlah salah seorang pelajar yang bijak pandai pada zaman persekolahan. Namun aku mampu untuk bangkit sebagai seorang pelajar yang gagal sewaktu persekolahan sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah Universiti ternama di Malaysia. *** Kisah ini dimulakan dengan aku seorang pelajar di sebuah sekolah menengah kluster kecemerlangan di Perlis. Aku bukanlah seorang pelajar yang bijak pandai tetapi keputusan peperiksaan UPSR aku melayakkan aku ditempatkan di sekolah tersebut. Namun begitu, aku mendapat banyak tekanan pembelajaran disebabkan aku bukan pelajar yang “fast learner” dan nama aku selalu disebut-sebut dalam kalangan guru-guru di sekolah akibat mata pelajaran Matematik yang lemah. Jujur, aku ingin mengatakannya aku tidak gemar mata pelajaran matematik di sekolah.


145 1 Gagal Bukan Akhir, Tetapi Mula Seringkali, aku mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam ujian peperiksaan sekolah. Pernah aku alami sewaktu peperiksaan percubaan SPM aku mendapat empat mata pelajaran gagal…. “Ya aku gagal EMPAT mata pelajaran!!!!”. Hal ini membuatkan aku mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk disebabkan ia mencacatkan keputusan percubaan SPM aku dan memberikan kesan yang sangat buruk kepada diri aku sendiri. Aku sangat malu dengan ibu dan ayah yang sangat menginginkan kejayaan daripada anak sulung mereka. Apa yang membuatkan aku bangkit selepas gagal ialah aku mendapat satu nasihat daripada salah seorang guru yang memberikan tamparan yang sangat hebat buat aku. Terima kasih aku ucapkan kepada guru tersebut kerana telah menyedarkan aku banyak perkara dalam kehidupan. Kata-kata nasihat tersebut membuat aku melihat betapa ayah aku bekerja keras untuk menyara keluarga kami. Kami bukanlah keluarga yang dilahirkan dalam kemewahan. Ibu pula tidak bekerja dan menjadi suri rumah membuatkan aku rasa gagal buat diriku sekiranya gagal memberikan keputusan yang baik kepada mereka. Sebagai anak sulung daripada empat adik-beradik, aku menyedari peranan penting sebagai kakak dalam memberikan contoh yang baik kepada adikadikku. Perasaan ini membuak-buak ketika aku bertekad untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga. *** Pada bulan September 2018, aku masih ingat bahawa aku berjanji kepada diri aku sendiri akan mengubah nasib keluarga dan memberikan keputusan yang boleh membanggakan ibu dan ayah serta keluargaku. Aku berusaha bersungguh-sungguh dengan mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan SPM bermula. Menurutku “kejayaan tidak akan datang bergolek dengan begitu sahaja melainkan kita berusaha untuk mendapatkannya”. Hal ini dibuktikan dengan segala penat lelah yang aku alami membuahkan hasil yang sangat tidak disangka-sangka.


146 1 Gagal Bukan Akhir, Tetapi Mula Aku memperoleh keputusan yang boleh dikatakan memuaskan dan jauh lebih baik daripada keputusan peperiksaan percubaan SPM aku yang memperoleh empat mata pelajaran GAGAL Dengan keputusan peperiksaan SPM tersebut aku melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Sungai Petani Kedah. Aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga semenjak kecil lagi dan menyambung pelajaran ke universiti merupakan pengalaman pertama aku berjauhan dengan keluargaku Walaupun jarak dari Perlis ke Sungai Petani, Kedah tidak jauh tetapi aku seorang yang mudah homesick dengan suasana yang baharu. Menurutku, suasana semasa sekolah dan universiti sangatlah berbeza kerana aku lebih banyak bersosial dengan memberanikan diri untuk mencari kawan. Aku berada di kampus UiTM Sungai Petani, Kedah, selama hampir satu setengah semester sebelum wabak Covid-19 melanda dan memaksa aku mengikuti pembelajaran secara dalam talian atau ODL (Online Distance Learning) sehingga aku menamatkan pengajian Diploma. Pembelajaran secara ODL memberikan tekanan yang sangat kuat dimana aku perlu menjaga adikadik disebabkan ibu yang kurang sihat. Jujur sampai satu tahap dimana aku ingin berhenti untuk belajar tetapi apa yang menguatkan aku adalah doa ibu yang tidak henti-henti mendoakan kejayaan aku serta pengorbanan ayah yang bekerja keras mencari rezeki bagi kami sekeluarga untuk hidup mewah. Sebagai anak sulung, melihat pengorbanan ayah sebagai seorang pemandu lori bekerja keras demi anak-anaknya dan ibu yang menguruskan rumah membuatkan aku sangat sedih dan terkesan. . Jujur aku sangat sebak bila sebut tentang ayah dan ibu. Aku merasa sangat takut apabila melanjutkan pelajaran akan menyusahkan ayahku, yang merupakan satu-satunya sumber pendapatan bagi keluarga kami. Terkadang, aku terpaksa mengikat perut dan terpaksa berbohong tentang wang saku kerana merasa sangat bersalah sebagai anak sulung. ***


1 Setelah dua setengah tahun melanjutkan pelajaran dalam diploma, Alhamdulillah aku berjaya menamatkan dengan Anugerah Dekan. Aku berjaya menghabiskan pengajian diploma dengan jayanya dan berhasrat ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Apa yang aku peroleh sepanjang pengajian Diploma ialah erti sabar dan jangan cepat putus asa. Selain itu,, salah satu perkara yang terindah ialah dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang baharu serta memperoleh kenangan manis yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit walaupun kenangan yang dibina adalah terhad sebelum Covid-19 melanda. Masa yang diluangkan dengan rakan-rakan semasadiploma sangat terhad kerana kami lebih banyak meluangkan masa dirumah berbanding di kampus, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku semasa Covid-19 melanda satu dunia. *** Detik demi detik, konvokesyen pada 26 Ogos 2023 merupakan sebuah pengalaman yang terindah seumur hidup. Aku tidak pernah membayangkan diri aku yang melangkahkan kaki dengan gagah berdiri diatas pentas untuk menerima skrol. Aku menitiskan air mata saat lagu UiTM Dihatiku berkumandang. “Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua….” liriknya yang sangat menusuk kalbu membuatkan aku sebak. “Aku nak berjaya nak banggakan abah dan mama”. Itulah kata-kata yang aku sematkan di hati selepas menyanyikan lagu UiTM Dihatiku. Gagal Bukan Akhir, Tetapi Mula 147


1 Setelah menamatkan pengajian dalam diploma, aku menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jujur aku sangat tidak percaya dengan diri aku sendiri yang dulunya seorang pelajar yang dianggap tidak mempunyai masa depan yang cerah oleh guru-guru yang kononnya aku hanyalah pelajar yang “GAGAL”. Tetapi Alhamdulillah perancangan Allah SWT itu sungguh baik dan cantik. “Terima kasih Ya Allah diatas segala nikmat serta rezeki yang dilimpahkan kepadaku”. Aku dapat menempatkan diriku di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Selangor. Setelah setahun lebih belajar secara dalam talian, akhirnya aku kembali ke kampus yang baharu dengan suasana belajar yang baharu. Jujur aku sangat seronok tetapi disudut hati aku sangat sedih kerana kali ini jarak dari rumah ke kampus jauh berbanding kampus aku ketika diploma tetapi aku percaya dengan kata-kata “jauh perjalanan, luas pemandangan”. Perbezaan ketara yang aku perolehi sepanjang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda ialah persekitaran yang jauh berbeza daripada diploma dahulu. Ketika itu, aku masih bersifat “keanakan”, tetapi sekarang, aku sudah dewasa, perlu melakukan banyak perkara bersendirian tanpa bantuan orang lain. Sekarang aku sudah pun berada di tahun terakhir dalam Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Sains Maklumat (Pengurusan Rekod). Sepanjang tempoh pengajian peringkat Ijazah ini, aku mempelajari banyak perkara dalam kehidupan. Aku menjadi seorang yang lebih berdikari dan aku belajar melakukan banyak perkara seorang diri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Aku semacam tidak percaya bahawa aku boleh melakukan semua perkara tanpa bantuan orang lain. Bila dipikirkan semula, aku tidak percaya aku boleh mengubah nasib diri aku sendiri yang mana dulunya seorang pelajar yang gagal ketika sekolah dan sekarang mampu aku buktikan kepada semua yang aku boleh menyambung pelajaran. Hal ini tidak dapat dikecapi sekiranya aku malas dan tidak ingin berusaha untuk mengubah nasib diri sendiri. Gagal Bukan Akhir, Tetapi Mula 148


1 Aku percaya yang “Kegagalan dalam sesuatu perkara itu bukanlah menunjukkan kita gagal dalam semua perkara, namun ia menjadi satu batu loncatan untuk berjaya” dan aku telah membuktikan perkara ini bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya kita berusaha untuk berjaya dan jangan malas! Aku berazam selepas tamat daripada pengajian Ijazah Sarjana Muda, aku ingin melanjutkan lagi pengajian ke peringkat Master InshaAllah. Pengalaman menyambung pelajaran dan merupakan pengalaman manis dalam hidup yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Aku berjanji pada diri yang semua ini adalah untuk membalas jasa ibu dan ayahku serta keluargaku. Terima kasih ibu dan ayah…… 149 Gagal Bukan Akhir, Tetapi Mula


Nurul Nabilah binti Mohamad Radzi Secebis Kisah Kehidupanku di Universiti Tidak dapat dinafikan sebagai seorang pelajar, salah satu impian yang mahu dicapai adalah untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Di universiti, kita akan mendapat lebih ramai kenalan baru dari seluruh negeri dan kita juga akan berjumpa dengan rakan dari luar negara. Setiap mahasiswa pasti akan melalui semua pengalaman ini. Penulisan ini adalah khas buat adikadik yang masih bersekolah di luar sana untuk dijadikan inspirasi dan dorongan. *** KISAHKU BERMULA DISINI Setelah tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), aku mula mengisi permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) secara atas talian dan aku juga mencari maklumat berkaitan bidang yang akan aku mohon untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Pada mulanya, aku merancang dengan rakanku untuk memohon universiti yang menawarkan bidang 150


Click to View FlipBook Version