The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi cerita ini menggambarkan siri perjuangan yang dialami oleh pelajar, menonjolkan aspek kepahitan dan kesedihan yang sering diabaikan tetapi mendalam. Walaupun penuh dengan cabaran, kisah-kisah ini juga menyampaikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang memberi inspirasi dalam menghadapi masa sukar dalam dunia universiti.

Bukan itu sahaja, himpunan cerita ini turut menyingkap perjalanan dalam mencari jati diri dan erti kehidupan. Pelajar kini mendapati diri mereka terperangkap dalam persoalan-persoalan yang mengelirukan tentang siapa mereka sebenarnya dan ke mana mereka mahu pergi selepas tamat pengajian. Selain itu, potret kehidupan sosial yang kompleks dan kadangkala mengelirukan juga terpancar di dalamnya—persahabatan yang teruji, cinta yang tidak berbalas, dan pertempuran dengan kesunyian yang kadangkala menyelubungi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by melodimahasiswa, 2024-02-04 08:22:05

MELODI MAHASISWA

Koleksi cerita ini menggambarkan siri perjuangan yang dialami oleh pelajar, menonjolkan aspek kepahitan dan kesedihan yang sering diabaikan tetapi mendalam. Walaupun penuh dengan cabaran, kisah-kisah ini juga menyampaikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang memberi inspirasi dalam menghadapi masa sukar dalam dunia universiti.

Bukan itu sahaja, himpunan cerita ini turut menyingkap perjalanan dalam mencari jati diri dan erti kehidupan. Pelajar kini mendapati diri mereka terperangkap dalam persoalan-persoalan yang mengelirukan tentang siapa mereka sebenarnya dan ke mana mereka mahu pergi selepas tamat pengajian. Selain itu, potret kehidupan sosial yang kompleks dan kadangkala mengelirukan juga terpancar di dalamnya—persahabatan yang teruji, cinta yang tidak berbalas, dan pertempuran dengan kesunyian yang kadangkala menyelubungi.

pendidikan. Malangnya, aku tidak melepasi pencapaian yang tertakluk pada permohonan tersebut. Jadi, aku pun membuat permohonan ke universiti yang sesuai dengan keputusan aku. Selepas membuat keputusan, aku menghantar permohonan ke universiti dalam bidang yang aku yakin akan membawa kepada kerjaya yang menjanjikan masa depan. Kini, tiba masanya keputusan diumumkan, aku merujuk sistem permohonan dan gembira aku diterima untuk menyambung pengajian dalam bidang pengurusan rekod (IM246) di UiTM Puncak Perdana. Rasa syukur meluap-luap kerana kini aku rasmi menjadi seorang mahasiswa di universiti tersebut. Aku juga berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan di peringkat ijazah. Setelah mendaftar kursus pada semester satu, aku mula mengenali rakanrakan yang baru di dalam kelas yang sama secara dalam talian. Aku juga mula mengenali Diana, rakan sekelas ku. Semenjak itu kami mula bekerjasama dalam satu kumpulan bagi menyiapkan kerja kursus. Pada semester kedua, kuliah masih dilaksanakan secara dalam talian. Pada masa yang sama, aku menghadapi situasi di mana salah seorang ahli kumpulan sering lewat menghantar tugasan yang diagihkan kepadanya. Aku mengambil tindakan dengan menghantar mesej kepada beliau untuk bertanya mengenai status tugasan tersebut. Aku menasihatinya untuk menghantar kepadaku pada malam itu juga. Akhirnya, selesai sudah tugasku dalam menyiapkan kerja kursus tersebut. Keputusan peperiksaan semester ini juga, Alhamdulillah, aku berjaya mendapat anugerah dekan. Aku bersyukur kepadaNya kerana berjaya mengekalkan keputusan yang baik. Pada semester ketiga pula, kaedah pembelajaran berbeza dengan semester sebelum ini. Kini, aku perlu menghadiri kuliah secara bersemuka. Semester ini turut membawa cabaran baru, terutamanya ketika aku tidak mendapat tempat di kolej untuk pertama kalinya sejak memulakan pengajian di UiTM Puncak 1 Secebis Kisah Kehidupanku di Universiti 151


Perdana. Barang-barang keperluan rumah perlu dibeli memandangkan aku terpaksa duduk di rumah sewa berdekatan dengan universiti iaitu di pangsapuri Resak. Sepanjang semester tiga, aku banyak belajar tentang kehidupan sebenar di universiti. Semenjak aku memulakan kuliah secara fizikal, aku lebih banyak berdikari dalam menguruskan masa dan kewangan. Banyak cabaran yang telah aku lalui di semester ini. Pada semester keempat, aku memulakan kehidupan yang baru di rumah sewa yang baru dengan rakan serumah yang juga baru. Hubungan aku dan rakan serumah, Rini, semakin rapat sejak kami memutuskan untuk tidak pulang ke rumah pada setiap hujung minggu. Aktiviti memasak bersama, beriadah dan bertukar pendapat menjadi rutin kami. Jika terdapat sebarang masalah pasti dia akan memberitahu aku dan menegur kesilapan aku. Aku tidak kisah jika ada yang menegur kesilapanku, kerana aku boleh belajar daripada kesilapan yang dilakukan dan tidak mengulanginya lagi. Rini juga sering mengingatkan aku tentang solat walaupun kami berbeza agama. Pernah terjadi pada suatu hari, setelah tamat waktu kelas aku terlupa untuk menunaikan solat. Rini pun menegur aku “Bella, kau dah solat ke belum?”. Ketika itu aku melihat jam sudah hampir waktu asar. Jadi, aku bergegas ke bilik air untuk mengambil air wudhu dan solat. Di universiti, tidak ada siapapun yang akan menegur anda tentang solat, puasa, mengaji al-Quran, dan lain-lain. Semua orang sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak mengambil peduli tentang apa yang kita lakukan. Sepanjang aku di universiti, belum pernah aku berjumpa seseorang yang mengambil berat tentang diri aku. Aku bersyukur kerana memilikiseorang sahabat seperti dia. Baginda Rasulullah S.A.W ada berpesan, “Seseorang mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) 1 Secebis Kisah Kehidupanku di Universiti 152


sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memperhatikan dengan siapakah dia bersahabat.” HR al-Tirmizi dan Abu Daud. 1 Secebis Kisah Kehidupanku di Universiti Gambar kelas ketika di Semester Empat 153


Nurul Syuhada binti Mokhtar Memori Di meja ada durian belanda, Sudah habis dimakan Mamat, Perkenalkan nama Nurul Syuhada, Siswi UiTM Pengurusan Maklumat. Permulaan yang Penuh Cabaran Keunikan dan ketegangan permulaan hidup di universiti mendedahkan aku kepada perasaan antara gembira dan takut. Jauh dari keselesaan keluarga, kampus yang luas dan tidak dikenali menjadi bukti bahawa dunia baru bakal ditempuhi. Wajah-wajah yang asing dan tanggungjawab yang bakal dipikul dengan perasaan yang sukar digambarkan. Diterima masuk Universiti Teknologi Mara atau dikenali sebagai UiTM membawa maksud memasuki fasa baru dalam pengajian peringkat tinggi selepas menamatkan pengajian di Tingkatan Enam. Ianya bukan satu cabaran mudah untuk melangkah keluar dari zon selesa dan meneruskan babak baru dalam kehidupan. Tambahan pula, bidang yang dipelajari sekarang ini bukanlah bidang yang sama aku pelajari semasa berada di tingkatan enam dan bukan juga bidang yang aku minati. Bidang yang dipelajari semasa di tingkatan enam di Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek (STHAM) Melaka merupakan bidang sains sosial. Bidang tersebut merangkumi mata pelajaran pengajian am, pengajian perniagaan, Bahasa melayu dan Sejarah. 154


Pada pengambilan UPU yang pertama, aku telah gagal diserap masuk oleh universiti awam dan berasa kecewa serta sedih apabila mendapati rakan-rakan yang lain telah mendapat tawaran pengajian untuk melanjutkan pelajaran. Ibu dan adik beradik merupakan tulang belakang dan memberikan sokongan untuk meredakan perasaan sedih dan kecewa aku. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat aku untuk memohon rayuan pengambilan kali kedua. Setelah beberapa minggu, akhirnya permohonan rayuan kedua aku berjaya dan aku diterima masuk universiti awam iaitu di UiTM, Kampus Puncak Perdana. Ibu dan adik-beradik begitu gembira sekali apabila keputusan pengambilan kedua diumumkan. Rasa syukur ini semakin mendalam apabila diterima masuk di UiTM. Kegembiraan ini turut dikongsi bersama-sama dengan rakan tingkatan enam yang juga mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian di universiti yang sama. Saat itu, terasa seperti seorang pelayar yang mengembara di lautan tak terduga, mencari arah dan makna dalam setiap langkahnya. Tugas yang asing buatku, rakan sekelas yang baru, dan beban tanggungjawab yang bakal dipikul mewarnai perasaan. Namun, di tengah-tengah kekacauan, aku menyedari bahawa kehidupan adalah perjalanan yang memerlukan ketabahan dan tekad yang kuat. Cabaran itu seperti sayap yang membantu aku menerbangkan impian yang tersembunyi. Dalam kecemasan itu, aku menemui keberanian untuk meneroka halaman baru dan menghadapi ketidakpastian dengan senyuman di wajah. Seperti matahari yang terbit setiap pagi, aku yakin bahawa setiap hari adalah peluang untuk belajar, walaupun dalam keadaan yang penuh cabaran. *** Pencarian Identiti dan Belajar Secara Maya Semasa PKP Aku diterima masuk ke UiTM sebagai pelajar rayuan pengambilan kedua yang diserap masuk lewat sedikit berbanding pelajar yang lain. Pengajian ijazah sarjana muda bermula secara maya akibat wabak covid 19 yang melanda negara. Dalam era yang penuh cabaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kehidupan universiti menjadi semakin mencabar dan unik. Proses pendaftaran, mengisi borang, berorientasi dan sebagainya dilakukan secara maya menjadi cabaran pertama yang harus ditempuhi. Pencarian identiti yang telah dimulakan di kampus berlanjutan, tetapi kini, ia dihadapkan dengan Memori 155


realiti belajar secara maya yang memerlukan penyesuaian diri dengan persekitaran pembelajaran yang berbeza. Sejak PKP berlaku, kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas telah bertukar kepada pembelajaran secara maya. Komputer dan internet menjadi jambatan ke universiti, sementara bilik tidur menjadi bilik kuliah. Dalam suasana yang sepi, sesi pembelajaran secara maya, memerlukan disiplin diri yang tinggi. Dalam tempoh PKP tersebut, agak sukar bagi seseorang seperti aku yang tidak pandai bergaul dan malu untuk bertanya kepada orang baru yang tidak dikenali. Perkara tersebut menyebabkan diri sendiri untuk bangkit dari perasaan malu dan segan untuk bertanya dan berkenalan dengan orang baharu secara maya. Sebagai pelajar universiti yang belajar secara dalam talian, aku terpaksa mencari peluang untuk mengeksplorasi dan melibatkan diri dalam dunia maya yang baru. Diskusi dalam talian, webinar, dan bahan pembelajaran digital menjadi teman setia. Meskipun kurang berinteraksi secara fizikal, setiap peluang pembelajaran yang disediakan oleh platform maya harus dinilai dari setiap sudut. Pada satu ketika,seorang teman sekelas menegur untuk berkenalan, dan dari situlah bermulanya perkenalan baru di antara kami. Teknologi telah menjadi saluran untuk menyuarakan pandangan dan berkongsi cerita di antara kami. Fatin memperkenalkan dirinya dan beliau tinggal di Selangor. Sejak itu, kami berkawan baik sehingga ke hari ini. Aku terus mencari identiti, meskipun dalam keadaan maya. Aku menyedari bahawa identiti tidak terbatas kepada ruang fizikal, tetapi juga mampu berkembang dalam alam maya yang semakin mendominasi kehidupan harian. Pembelajaran secara maya memaksa aku untuk menjadi lebih proaktif, kreatif, dan fleksibel dalam mengejar impian dan cita-cita. Dalam tempoh PKP tersebut, aku melalui pengalaman baru dalam semua aspek, termasuk cara pembelajaran, cara berkawad secara online dan sebagainya. Aku turut mengalami pengalaman tersebut di bulan puasa yang kadang-kadang membuatkan diriku lesu dan kurang bermaya untuk belajar secara secara dalam talian. Walaupun terpisah dari rakan sekelas dan suasana kampus, aku melihat ini 1 Memori 156


sebagai ujian untuk membuktikan kebolehan beradaptasi dan berkembang dalam situasi yang tidak terduga. Di musim PKP ini jugalah telah membuka mata aku di mana rakan yang baik, rakan yang hanya boleh berteman secara maya sahaja, teman bermain, teman membuat assignment dan sebagainya. Perkara ini telah membuat aku menyedari agar terus kuat untuk menghadapi cabaran tersebut. *** Berkenalan secara fizikal di universiti Selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), universiti memulakan pembelajaran secara bersemuka bagi semester yang terpilih. Kebetulan, kumpulan kami antara yang terpilih dipanggil balik ke kampus. Awalnya, rasa malas belajar secara fizikal kerana telah berada di zon selesa. Namun, beberapa orang rakan sekelas sudah bersedia bertemu dan belajar secara bersemuka. Hal ini membuatkan aku merasa terus dan ada juga perasaan takut timbul untuk menghadapi dunia luar yang selama ini tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Sepanjang PKP, aku yang menjalani kehidupan universiti secara maya, akhirnya berpeluang untuk bertemu dengan rakan-rakan secara fizikal. Pagi itu, semasa hari pertama pendaftaran, suasana kampus yang sibuk menyambut kedatangan pelajar baharu, termasuklah aku. Wajah ceria pelajarpelajar yang berkumpul di pelbagai sudut kampus menandakan kegembiraan dalam berjumpa dengan rakan-rakan setelah sekian lama berinteraksi melalui skrin komputer. Setelah selesai pendaftaran diri dan urusan bilik, aku sangat teruja untuk mengemas bilik dah berkenalan dengan rakan sebilik. Nasib baik, semua rakan serumah aku baik, termasuklah rakan serumah dari Sabah yang merupakan rakan sekelas bernama Rachel. Meskipun, terdapat seorang senior yang tidak mesra, kehadiran Rachel sebagai rakan sebilik memberikan kegembiraan. Saat mengetahui bahawa Rachel merupakan rakan sebilik, rasa teruja kerana dapat berkongsi sebilik dengan orang yang ku kenal. Pelbagai emosi yang dirasai ketika aku berjalan ke kampus. Ketika melangkah masuk ke kawasan kampus, aku dapat merasai getaran kehidupan universiti yang sebenar dengan aktiviti pelajar, gelak tawa di sepanjang lorong, dan wajahMemori 157


wajah yang penuh semangat memberikan atmosfera yang baru. Suasana ini memberikan daya tarikan baru kepada pengalaman pembelajaran di universiti. Di dalam bilik kuliah, aku memasuki kelas dengan perasaan yang sangat berbeza berbanding ketika belajar secara maya. Peluang untuk bersemuka dengan rakan-rakan sekelas secara langsung memberikan kepuasan dan rasa keakraban yang tidak dapat dirasai melalui skrin komputer. Setelah lamanya PKP, interaksi bersama rakan-rakan sebenar dapat kurasakan. Di luar bilik kuliah, aku telah bertemu dengan rakan-rakan di kafeteria. Perkongsian cerita dan pengalaman semasa PKP menjadi bahan perbualan kami. Kami saling berkongsi kisah-kisah lucu dan mencuit hati untuk memperkuatkan lagi ikatan persahabatan yang baru terbina. Selepas kelas, aku dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk menjelajahi kampus bersama-sama. Kami meluangkan masa di perpustakaan, kantin, dan tempattempat menarik lain di sekitar universiti. Rasa semangat dan keinginan untuk mengeksplorasi dunia universiti membuat setiap langkah menjadi lebih bermakna. Bagi aku, hari tersebut bukan hanya menjadi permulaan untuk pembelajaran akademik, tetapi juga pengalaman berharga dan baru dalam membina hubungan sosial. Aku menyedari bahawa universiti bukan hanya tempat untuk mendapatkan ilmu, tetapi juga tempat untuk membina kenangan, persahabatan, dan pengalaman hidup yang tidak dilupakan. Berkenalan dengan rakan-rakan baharu di universiti adalah langkah pertama yang membuka pintu dunia yang penuh warna dan cabaran. Sepanjang tempoh pengalaman belajar di universiti, hidup aku disusun oleh pengalaman-pengalaman yang mencipta landasan kuat bagi motivasi diri. Dalam perjalanan ini, beberapa kunci utama telah menjadi pendorong dalam menentukan arah dan tekad dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswi. Pertama, fokus terhadap pembelajaran akademik memberikan aku pemahaman mendalam tentang kursus-kursus yang dipelajari. Melalui kerja kursus pula, aku dapat mengenal pasti bidang ini secara mendalam sehingga membangkitkan semangat aku. Setiap tugasan dianggap sebagai peluang untuk mengeksplorasi pengetahuan dan mengasah kemahiran dengan mencari atau meneroka sesuatu yang baharu. Selain itu, hubungan interpersonal dan sokongan sosial dari rakan sekelas telah memberikan semangat tambahan. Bersama-sama menghadapi cabaran Memori 158


akademik, kami membentuk kumpulan belajar dan menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Mereka ini menjadi teman yang memberikan semangat dan sokongan jika aku dalam kesusahan. Melalui kerja kursus, aku belajar untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar. Adakalanya aku dilantik sebagai ketua projek. Ini telah memberi keyakinan dan keberanian dalam membuat sesuatu tugasan yang telah diberikan. Selain itu, ketekunan dan daya ketahanan mental aku telah diuji melalui pelbagai cabaran akademik dalam kehidupan universiti ini. Kegagalan dan rintangan tidak hanya dianggap sebagai penghalang, tetapi sebagai peluang untuk belajar dan berkembang maju. Setiap kegagalan adalah satu langkah lebih dekat ke arah kejayaan sejati. Hal ini kerana terdapat suatu tempoh dimana aku kehilangan adik kesayangan yang bagaikan kembar bagi aku. Kehilangan tersebut memang membuat aku jatuh dan berasa tidak semangat. Dan untuk menghadapi masa-masa akan datang agak sukar bagi aku untuk bangkit kembali. Rakan-rakan, ahli keluarga dan guru-guru tingkatan enam lah yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan untuk terus bangkit dan bersemangat untuk teruskan belajar. Dan kata-kata paling tidak aku lupa daripada guru tingkatan enam ialah; “Jangan begini Syuhada, kamu kena kuat, kalau kamu lemah, ibu kamu lagi lemah” Kata-kata itulah yang aku ingati sehingga ke hari ini. Memori Rakan sekelas 159


Siti Nurul Najwa binti Mohd Johar Terbang ke Lautan Syukur “Ahh! Stress!” jertak aku dalam hati. Papan kekunci komputer riba aku tekan dengan kuat. Sudah hampir satu jam aku menghadap komputer riba, coding yang aku buat masih tidak lagi berjaya. Mata aku melilau melihat kawankawan aku yang lain. Sepertinya ada juga yang punya masalah sama macam aku. Hati aku menjadi sakit apabila terlihat ada kawan-kawan aku yang tersenyum-senyum menandakan kejayaan mereka membuat kerja itu. Makin stress aku dibuatnya. Aku mengeluh perlahan. Dada aku tiba-tiba berdebar. Tanpa aku sedar aku sedang pusingpusingkan jari jemari aku sampai mahu patah rasanya. Susah betul jadi orang macam aku ni. Susah nak kawal rasa stress tu. Pantang kalau tak berjaya buat kerja, mesti nak marah dan menangis. Balik sahaja dari kelas, aku hempaskan badan aku ke tilam. Bantal kecil aku tekup ke muka. Cuba untuk kawal diri aku yang susah nak bertenang. Aku cuba tetapi sedikit demi sedikit air mata aku mengalir ke pipi. Sebenarnya aku bukan hanya stress sebab kerja di kelas tapi juga kerana 160


kerja-kerja assignment yang semakin bertambah dan perlu dihantar dalam waktu yang terdekat. Maklumlah ada sepuluh kursus perlu dibawa semasa semester tiga ini. Jujur aku sangat penat jadi pelajar universiti. Menangis aku menyalahkan diri hanya kerana tidak dapat buat kerja di kelas tadi. Aku salahkan kawan-kawan sebab tak bantu aku buat kerja. Aku cuba salahkan pensyarah sebab bagi banyak sangat kerja. Masalah yang kecil dibesar-besarkan. Boleh dikatakan hampir seminggu juga aku mengurungkan diri di rumah sewa. Aku tidur sahaja. Tidak mahu bangun. Tidur atau menangis. Dua kerja itu sahaja aku buat. Aku rasa kalau aku buat kerja lain, stress aku akan bertambah-tambah. *** Aku memandang siling bilik. Hati aku terjentik untuk berdoa. “Ya Allah, aku stress Ya Allah. Bantu aku. Aku tidak tahu kenapa dengan diri aku ni”, perlahan aku cuba sampaikan apa yang terbuku dalam hati aku. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Ada panggilan daripada kawan baik aku, Dayah. Sudah lama kami tidak berbual di telefon apa lagi berjumpa. Aku menyeka air mata dan cuba untuk kedengaran seperti baik-baik sahaja. “Assalamualaikum, Najwa. Awak sihat ke? Awak okay?”, itu ucapan pertama yang keluar dari kawan baik aku dan soalannya membuat aku terkedu. Aku cuba menahan air jernih yang ingin melimpah keluar dari kelopak mata aku tetapi gagal. Laju air mata aku turun. Tiada tanda untuk berhenti. “Menangislah Najwa. Dayah tunggu”, kata Dayah lembut. Sabar Dayah menunggu jawapan aku, mungkin faham situasi aku sebagai pelajar. Jujur aku cakap, aku menangis bukan hanya kerana ayat yang diucapkan oleh kawan aku tetapi juga kerana teringatkan doa yang baru sahaja aku minta kepada-Nya. 1 Terbang ke Lautan Syukur 161


Doa yang mungkin Dia menanti-nantikan dari aku, hamba-Nya. Meminta pertolongan. Aku rasa sangat berdosa. Lambat aku minta pertolongan dariNya. Selesai aku menangis, aku ceritakan semua perkara, beban dan keluhan aku kepada Dayah. Tekun Dayah mendengar masalah aku. “Najwa tak faham kenapa belajar ni susah sangat. Rasa macam buang masa. Boleh tak kalau nak berhenti belajar?”, tanya aku kepada Dayah. Lambat Dayah membalas soalan aku. Aku boleh dengar ketawa kecilnya disebalik telefon aku. Mungkin cuba untuk memikirkan ayat yang sesuai untuk menasihati aku. “Najwa, awak ada peluang untuk belajar. Jangan disia-siakan peluang yang awak ada ni. Dayah takda peluang tu. Tak semua orang ada peluang sambung belajar, Najwa”, balas Dayah. Tersentak aku sekejap. Aku sungguh terlupa bahawa kawan baik aku tidak menyambung pelajarannya di peringkat degree. Bukan kerana dia tidak pandai, tetapi masalah kewangan keluarga yang tidak mengizinkannya untuk sambung belajar. Terasa bodohnya aku ketika itu. Aku rasa sangat bersalah. Kata-kata Dayah membuat aku berfikir yang aku sebenarnya sudah terlupa untuk bersyukur. Aku sering terbuai dalam keinginan dan tekanan untuk meraih hal-hal yang aku lihat dimiliki oleh orang lain. Aku terlalu terfokus pada mereka yang tampaknya lebih unggul dari aku tanpa menyadari bahawa ada orang-orang di sekitar aku yang menghadapi situasi yang jauh lebih sulit daripada apa yang aku rasakan. Aku lupa yang aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik. Aku ada pensyarah yang terbaik. Aku ada keluarga yang bukan sahaja punya agama malah masih mampu untuk menanggung aku sambung belajar. Tidak bersyukurnya aku. 1 Terbang ke Lautan Syukur 162


*** 1 Terbang ke Lautan Syukur Bersama sahabatku Aisyah dan Dayah Alhamdulillah sekarang aku sudah berada di semester lima. Sikit sahaja lagi untuk aku menghabiskan pelajaran. Aku sentiasa terapkan rasa bersyukur atas peluang yang aku miliki. Aku sedar bahwa setiap orang memiliki perjuangan sendiri yang mungkin tidak terlihat. Bukan itu sahaja, bersangka baik, berfikiran positif dan tidak terlalu keras pada diri sendiri juga membantu aku saat menghadapi kegagalan. Betul-betul membantu mengurangkan rasa stress tu. Paling penting adalah, jangan lupakan kepada sang Pencipta. Hanya Dia yang boleh mempermudah segalanya. Percayalah… *** 163


Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Tuan Nur Amirah Safiah binti Tuan Almadi Selangkah ke UiTM September 2019 Tahun itu adalah tahun keramat bagi aku, kerana pada tahun itulah bermula segalanya di mana aku melangkah ke alam dewasa, tinggal di kolej di mana tidak pernah seumur hidup aku berjauhan dengan ibu bapaku, tidak seperti abang-abang dan adikku yang pernah menetap di asrama penuh. Aku diterima masuk dalam Program Diploma Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara, UiTM Kampus Cawangan Machang, Kelantan. Aku bangun awal untuk pendaftaran kolej dan bersiap sedia untuk hari aku. Pada pukul 7.30 pagi aku telah tiba di Universiti Teknologi Mara, UiTM Kampus Cawangan Kelantan yang berada tidak jauh dari rumahku. Tibanya di kolej kediaman yang akan menjadi rumahku untuk enam bulan seterusnya, perasaanku berubah menjadi hiba dan pilu kerana di sinilah aku akan berpisah dengan ibuku, ayahku, abangku dan adikku, rumahku yang telah lama aku huni. Semua ahli keluarga aku mengikut aku semasa hari pendaftaran untuk 164


menghantar aku menuntut ilmu. Apabila tiba di kawasan kolej, ahli keluarga aku telah sama-sama membantu mengangkat barang-barangku sehingga ke bilik baruku. Aku mengemas barang barangku ke dalam almari sambil ibuku mengemas katil dan meja belajarku. Dalam masa yang sama, rakan sebilik ku telah sampai. Kami bersalam-salaman dan berkenal-kenalan dengan mereka. Aku juga menegur rakan sebilik dan berkenalan dengannya. Dan pada masa itu, aku telah mengetahui bahawa pelajar baharu seperti kami ini telah dibahagikan bilik secara rawak dan tidak mengikut program yang kami dapat seperti aku, Diploma Pengurusan Maklumat dan rakan sebilik mengambil program Diploma Pengajian Am dan seorang lagi Diploma Perniagaan. Pada pukul 5 petang, aku dan keluarga telah selesai mengemas dan ayahku mengajak kami sekeluarga untuk makan bersama sebelum mereka semua pulang ke rumah meninggalkan aku sendiri di sini. Kami makan di sebuah restoran yang berdekatan dengan kawasan universiti supaya dapat menghantar aku pada masa yang ditetapkan (curfew). Semasa di restoran, ayahku telah memberi beberapa nasihat kepadaku supaya jaga diri aku dengan baik, jangan boros dalam membeli, hormatilah pensyarah, buat kerja on time, dan paling penting pilihlah rakan sebaya yang baik yang dapat membawa aku ke jalan yang betul dan tidak melalaikan dalam dunia hiburan ini. Selepas selesai makan, ayah telah mengantarku ke kolej. Aku bersalamsalaman dengan ahli keluargaku dan sewaktu aku memeluk ibuku, aku menangis tidak mahu melepaskannya. Ibuku memujuk aku supaya janganlah bersikap begini dan sudah tiba masanya untuk aku cuba berdikari dan buktikan kepada mereka yang aku boleh. Aku terpujuk dengan kata-kata semangat dan dorongan ibuku dan memegang kata-kata itu sebagai penaik semangat aku. Di situ, aku telah berazam dan telah menetapkan matlamat untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan membanggakan ibu bapaku dengan membawa segulung ijazah dan memakai selempang pink di dadaku. *** Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa 165


Pada keesokan harinya, bermulalah program untuk pelajar baharu iaitu “Minggu Destini Siswa” atau lebih dikenali dengan nama singkatannya MDS. Sepanjang seminggu kami berada di sini, hari-hari kami dipenuhi dengan taklimat-taklimat dan selok-belok kehidupan di kampus. Seminggu berlalu, MDS juga telah tamat. Kami pelajar baharu dibenarkan pulang ke rumah kerana sesi semester belum bermula. *** 1 Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa mbar pertama kami semua (IM1101B) Gambar 2: Kelas bersama Madam Huda Pada Oktober 2019, aku telah kembali ke kolej kerana sesi kuliah aku akan bermula. Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah aku hadapi sepanjang bermulanya sesi kuliah. 166


Aku telah bertemu ramai orang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dari selatan, utara, timur dan barat dan telah disatukan di dalam sebuah kampus. Aku bersyukur kerana telah menerima tawaran ini kerana di sinilah bermulanya perjalanan kehidupan seseorang itu dan bagi aku di peringkat inilah paling dirindui oleh semua orang kerana tidak perlu stress memikirkan apa-apa mengenai kehidupan dan memegang prinsip “Just enjoy the moments with your friends”. Aku juga bersyukur kerana telah mendapat rakan sekelas yang sangat baik yang selalu mengingatkan tentang jadual kelas dan tarikhtarikh penting yang perlu diambil kira. Sesungguhnya, kehidupan kampus jauh berbeza dengan alam persekolahan, dan pelajar dihadapkan dengan cabaran yang memerlukan penyesuaian. Cabaran-cabaran ini termasuk pengurusan masa, tekanan akademik, kekangan kewangan, dan kejutan budaya. Kehidupan manusia semestinya berbeza termasuk lah aku sendiri. Cabaran yang paling sukar yang aku pernah hadapi sepanjang aku menuntut ilmu di universiti ini adalah menguruskan masa dengan bijak. Pada mulanya aku tidak dapat menguruskan masa aku dengan baik sehingga kadang-kadang aku membuat assignment last minute. Hal ini sangatlah tidak elok kerana assignment aku itu semestinya tidak bagus dan kurang memuaskan kerana aku tidak membuatnya dengan betul demi mengejar deadline. 1 Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Gambar 3: Aku dan rakanku keluar ke bandar Machang. 167


Pada ketika itu juga, aku tersepit di antara tugasan hakiki aku sebagai seorang mahasiswa dengan sebagai seorang rakan di mana rakan-rakanku sering mengajak aku outing, melepak sehingga aku lupa akan tugasan aku sendiri kerana lebih memilih hati dan perasaan rakanku sehingga mengabaikan perasaanku demi membahagiakan mereka. Sesungguhnya, ini adalah salah satu sifat yang aku tidak suka di mana aku tidak mengambil kira perasaan aku dan akan cuba membantu rakanku dengan mengatakan boleh setiap masa. Pengajaran aku untuk semua adalah sayangilah diri anda sendiri kerana jika kamu tidak menyayangi diri kamu, siapakah yang akan menyayangi diri kamu? Jadi, di sini aku mahu menasihati mahasiswa dan semua orang di luar sana bahawa “Love yourself first before you love someone else” dan paling penting “Always put yourself first.” *** Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Gambar 4: Aku dan rakanku selepas menjawab peperiksaan di Dewan Pro, UiTM Machang. Gambar 5: Aku bersama ahli-ahli Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Sewaktu aku belajar di sana, aku telah berjumpa dan berkenalan dengan seribu satu jenis perangai manusia. Ada yang baik dan semestinya ada yang buruk. Aku percaya yang buruk itu adalah pengajaran untuk aku supaya aku tidak mudah leka dengan duniawi ini. Aku juga telah mencabar diri aku yang low confidence dan introvert ini dengan menyertai dua buah persatuan 168


dan kelab yang ada di UiTM Machang iaitu Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Association of Information Scientists (AIS) di bawah bimbingan pensyarah aku sendiri, Dr. Mohamad Rahimi Mohamad Rosman. Aku mahu pembaca tahu yang apabila kita berpersatuan, kita tidak akan rugi apa-apa dan ianya bukanlah satu perkara yang membuang masa, malah ianya adalah sebaliknya dimana kita didedahkan dengan soft skills yang tidak diajar semasa waktu pembelajaran. Antara soft skills yang aku dapat sepanjang menyertai kelab adalah melatih diri supaya lebih berdisiplin, menepati masa, leadership, semangat kerjasama, decision-making dan sebagainya. Pada Februari 2022, aku dan rakan-rakan seperjuanganku telah menerima keputusan akhir untuk semester akhir kami dan pada masa itu aku takut untuk menyemak keputusan aku di mana aku mahu percaya yang aku mendapat GPA 3.5 ke atas untuk mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC), dan Alhamdulillah, setelah beberapa kali dipujuk ibuku untuk menyemak keputusanku, aku berjaya mendapat CGPA 3.65. Walaupun tidak setinggi yang aku harapkan, aku tetap bersyukur kerana aku telah buktikan walaupun aku tidak datang dari sekolah berasrama penuh, aku juga boleh lakukan seperti kedua abangku dan adikku. Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Gambar 5: Aku bersama ahli-ahli Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Sesungguhnya, aku juga merindukan pahit manis, saat di mana aku hanya menikmati kehidupan sebagai seorang mahasiswa, tanpa perlu risau akan masa depanku. Aku tidak menyesal apa-apa tindakan dan perkara yang aku lakukan sepanjang aku menimba ilmu di UiTM Machang kerana ianya 169


merupakan satu pengajaran dan memori terindah bagiku yang aku akan ingati sepanjang hidupku. Terima kasih untuk memori terindah ini. Pulang dengan Segulung Ijazah 1 Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Gambar 8: Aku bersama ibu dan ayahku semasa Istiadat Konvokesyen untuk Diplomaku. Mac 2022 Aku diterima masuk untuk meneruskan pengajianku di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat (IM246) di Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana. Di sini, aku telah bertemu kembali rakan aku dari zaman diploma, kami telah berjanji untuk bersama-sama melanjutkan pelajaran dalam program ini. Alhamdulillah, kami semua telah berjaya mendapat tempat dan masih diberi peluang untuk menyambung pelajaran. Mereka perlu bijak mentadbir masa dalam kehidupan dan akademik. *** 170


Aku masuk terus pada semester 3 kerana aku merupakan pelajar penerapan yang diserap dari Diploma Pengurusan Maklumat. Selesai sesi pendaftaran, aku dan rakan-rakan wajib menyertai satu program khusus yang dibuat untuk pelajar baharu semester 01 dan pelajar penerapan 03 iaitu Program “Meet and Greet Information Management” (MAGIM). Di sini, aku telah berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang baharu yang akan menjadi rakan seperjuanganku untuk dua tahun setengah ini. Bermulalah kisah hidup aku sebagai seorang mahasiswa di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Di sini, aku menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kerana perkara ini aku telah belajar sejak dari zaman diploma. Aku juga telah merancang awal tentang kursus apa yang aku akan ambil dan aku mendekati senior untuk mendapatkan nasihat daripada mereka. *** 1 Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Gambar 9: Aku dan rakan kelas baharuku bergambar dengan Sir Jafalizan. Gambar 10: Aku dan rakan kumpulanku bergambar selepas sesi formal meeting. 171


Aku juga telah menyertai satu persatuan di bawah bimbingan Dr. Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi iaitu Persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMFIM) dan berjumpa ramai kenalan di dalam persatuan ini. Dr. Ezza telah mengajar satu perkara yang sangat bermakna buat pelajar seperti aku apabila berpersatuan iaitu ikatan (bonding). Kami semua telah didedahkan dengan ikatan di mana junior dan senior perlulah saling menjaga antara satu sama lain dan tidak sombong dalam mengadakan satu program. Hal ini demikian kerana sesebuah program itu akan berjaya apabila ahli-ahlinya mempunyai ikatan yang baik dan sikap ambil peduli antara satu sama lain tidak kiralah kamu berjawatan tinggi sekalipun. Sesungguhnya, banyak nasihat dan teguran yang diberikan kepada kami dan sehingga hari ini, aku memegang kata-kata beliau kerana dengan nasihat itulah, aku menjadi seorang manusia dan pelajar yang berguna. Satu nasihat yang aku ingat adalah “Senantiasalah berbuat baik kepada semua orang, berilah salam kepada pensyarah kamu apabila bertemu bahkan cleaner juga kerana mereka juga manusia dan kita semua sama sahaja”. *** Kini, aku telah memasuki tahun terakhir sebelum aku menjalani latihan industri pada semester hadapan. Terdapat banyak cabaran dan dugaan yang telah aku lalui sepanjang aku bergelar pelajar di sini dan cabaran ini jauh lebih mencabar daripada sebelum ini. Antaranya ialah mendapat rakan setugasan yang tidak memberi kerjasama yang baik. Aku telah berjumpa dengan pensyarah yang mengajar kursus tersebut dan mendapatkan nasihat daripada beliau mengenai permasalahan tersebut. Beliau menyuruh aku duduk berbincang secara baik dengan rakan tugasan aku itu kerana kita tidak tahu apa yang seseorang itu lalui sebelum bertindak melulu menuduh rakan itu. Setelah diselidiki, rakan setugasan aku itu mempunyai masalah stress dan tekanan yang melampau kerana kerisauan dia terhadap sesuatu perkara yang tidak pasti. Aku telah menasihati dan menyuruh rakan aku untuk berjumpa dengan kaunseling kerana dengan meluahkan isi hatinya kepada seseorang, dia akan berasa lebih tenang dan positif dan tidak hanya memendam di dalam hati. Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa Gambar 11: Booth Sekretariat Mahasiswa Fakulti IM (SMFIM). 172


*** Sesungguhnya, cabaran-cabaran dan dugaan yang aku hadapi sepanjang aku menimba ilmu di UiTM Puncak Perdana ini telah menguatkan minda dan mental aku untuk bersiap sedia melangkah ke alam seterusnya dengan baik dan positif iaitu alam pekerjaan. Makalah Kehidupan Seorang Mahasiswa 173


Wahidatul Aqilah binti Nasrin Rentang Pendidikan: Melewati Dugaan dan Membentuk Diri Kuliah Dunia Maya Aku, Aqilah, seorang pelajar di sebuah universiti yang terletak di Shah Alam Selangor. Hidup sebagai seorang mahasiswa penuh dengan pengalaman yang menarik dan mencabar. Pengalaman inilah yang membentuk perjalanan pendidikan aku. Wabak COVID-19 telah merubah landskap pendidikan sama ada di sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi. Fasa pembelajaran di rumah telah menjadi kenormalan baru yang tidak pernah aku jangkakan. Pada awalnya, aku kurang bersemangat tetapi seiring berjalannya waktu, aku menikmati pengalaman kuliah maya tersebut. Semasa cuti penggal tersebut aku menerima berita bahawa universiti akan kembali mengadakan sesi pembelajaran secara fizikal pada semester berikutnya. Aku yang mendapat perkhabaran tersebut merasa sedih kerana bakal meninggalkan rumah. Disebabkan permohonan penempatan kolej tidak diterima, sepanjang cuti semester tersebut aku aktif mencari rumah sewa menerusi pelbagai platform media sosial. Mencari rumah sewa yang selesa 174


dengan bajet yang terhad adalah sangat mencabar. Meskipun banyak ejen dan tuan rumah yang sudah aku hubungi memberikan jawapan yang negatif, aku tetap optimis. *** Dugaan Seorang rakan sekelas aku mengiklankan rumah sewa dengan harga RM 540 per bilik. Rumah itu dikatakan lengkap dengan perabot seperti katil, kipas, peti sejuk, dan mesin basuh, dengan jarak hanya 5 minit berjalan kaki ke fakulti. Aku dan seorang lagi kawan sekelas, Anisyah, berminat dan menghubungi tuan rumah. Setelah berbincang dengan tuan rumah dan memberitahunya bahawa kakak aku akan melawat selepas membuat persetujuan untuk menyewa. Namun, ketika aku tiba di rumah sewa setelah beberapa bulan, terkejutnya aku mendapati hanya diberikan tikar sebagai alas tidur. Katil, kipas dan almari yang dijanjikan oleh tuan rumah hanyalah harapan palsu. Dia memberikan alasan bahawa katil habis, diberikan kepada penyewa yang sampai lebih awal. Selama lima bulan tinggal di rumah sewa itu, aku merasa sangat tertekan disebabkan oleh keadaan rumah yang mengecewakan. Rumah penuh dengan barang lama, pokok liar yang tidak ditebang, dan haiwan seperti kucing liar dan tikus. Bilik kami terletak di luar rumah, dengan bumbung yang tidak sepenuhnya tertutup, memudahkan haiwan masuk. Meskipun merasa tertipu, kami terpaksa akur dengan situasi tersebut selama lima bulan tinggal di sana. Namun begitu, sepanjang tempoh itu, kami mencipta banyak kenangan bersama, walau dalam keadaan yang kurang memuaskan. *** Semester Pertama Kuliah Fizikal 1 Rentang Pendidikan: Melewati Dugaan dan Membentuk Diri 175


Hari pertama masuk universiti penuh dengan perasaan yang bercampur aduk iaitu seronok, gementar, dan rasa ingin tahu yang tak terkira. Semenjak kurang bergaul dengan orang sekeliling disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda negara, telah menjadikan diri aku seorang yang kurang berkeyakinan. Perkara ini membuatkan aku kurang berminat untuk mengikuti program-program dan bersosial. Banyak masa yang aku telah habiskan di rumah berbanding mengikuti program-program yang dijalankan oleh pihak universiti. Pada masa ini, aku telah berkenalan dengan seorang pelajar yang luarannya nampak seperti seorang yang sukar didekati, tetapi sebaliknya. Pelajar tersebut bernama Adhwa dan dia seorang yang baik hati dan prihatin. Dia selalu membawa aku dan Anisyah pergi ke pasaraya untuk membeli keperluan. Selain itu, dia jugalah yang selalu menghantar aku ke klinik untuk temujanji ortodontik. Bagi aku, semester ketiga ini hanyalah sesi penyesuaian diri dengan kehidupan universiti. *** Permulaan Penambahbaikan dalam Diri Memasuki semester keempat, aku mula bergaul dengan orang di sekeliling. Pada masa ini aku sudah mempunyai ramai kenalan. Terdapat satu kursus pada semester ini memerlukan pelajar untuk membuat program bersama pihak luar. Aku tidak menyangka akan dilantik menjadi ketua biro perhubungan untuk satu program yang agak besar. Pada awalnya, aku tidak mempunyai keyakinan untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Namun, dorongan dari pensyarah kursus itu membantu aku mengatasi ketidakpastian. Itulah titik permulaan aku mengasah kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Rentang Pendidikan: Melewati Dugaan dan Membentuk Diri Program Literature Insight: Stories & Session di SMK Setia Alam 176


Pada semester ini banyak yang telah aku pelajari, antaranya ialah cara menuliskan emel rasmi kepada orang atasan, menghubungi dan membuat surat jemputan kepada tetamu kehormat, dan berurusan dengan pihak sekolah dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Tambahan pula, aku juga mula mengaktifkan diri mengikuti program-program yang dianjurkan oleh kelab yang aku sertai iaitu kelab Communication for Behavioural Impact (COMBI). Aku yang pada mulanya seorang pelajar yang kurang produktif dan pasif telah mengambil langkah mengubah diri aku sendiri kepada pelajar yang aktif. *** Tahun terakhir di Universiti: Program Sukarelawan dan Pameran 1 Rentang Pendidikan: Melewati Dugaan dan Membentuk Diri Program XPROSIS di UiTM Puncak Alam Memasuki tahun terakhir di universiti, semangat aku kian membara. Aku merasakan kepuasan melihat bagaimana pengalaman dan pembelajaran sepanjang perjalanan universiti telah membentuk pemikiran dan kemahiran aku. Terlibat dalam pelbagai aktiviti dan program sukarelawan telah memperluaskan pandangan aku dan memperkaya nilai-nilai kehidupan. 177


Sesi Penerangan Inovasi ‘SpongeBob’ kepada Tetamu Kehormat semasa Program Hari Bertemu Pelanggan UCS di UiTM Puncak Alam 1 Rentang Pendidikan: Melewati Dugaan dan Membentuk Diri Pameran yang dihadiri oleh mahasiswa, pensyarah, tetamu kehormat, dan orang awam membuka peluang untuk berkongsi pengetahuan dan inovasi kelab COMBI. Di pameran, aku bertanggungjawab untuk memberikan penerangan mengenai nyamuk Aedes, kepentingan memusnahkannya, dan inovasi yang telah diperkenalkan oleh kelab COMBI untuk mengurangkan kes wabak denggi kepada sifar. Aku berinteraksi dengan pelbagai golongan, termasuk tetamu kehormat yang menunjukkan minat terhadap inovasi tersebut setelah mendengar penerangan aku. *** Harapan Sejauh perjalanan ini, aku telah mengharungi pelbagai cabaran dan pengalaman yang membentuk perjalanan pendidikan aku di universiti. Dari kuliah maya hingga kekecewaan dengan rumah sewa, serta penyesuaian diri semasa kuliah fizikal, aku menyedari bahawa setiap detik merupakan pembelajaran yang berharga. Tahun terakhir di universiti penuh dengan semangat, diwarnai dengan pelbagai program sukarelawan dan pameran yang menambah keyakinan diri aku. Selain daripada fokus dalam program sukarelawan dan penglibatan dalam pameran, aku mendapati pengalaman ini memberikan dimensi baru kepada pengalaman universiti aku. Aku berharap tahun terakhir ini membawa peluang untuk lebih mendalami bidang pengajian aku dan memberikan impak positif kepada komuniti. 178


Wardati Najihah binti Noruzi Perjalanan yang Telah Tertulis Nama aku Wardati Najihah. Ya, aku tahu nama aku ini jika bertanya kepada orang jarang-jarang sekali mereka pernah dengar. Bahkan mungkin inilah pertama kali mereka mendengarnya. Pernah juga sewaktu aku di bangku sekolah rendah, guru kelas aku pernah bertanya kepada aku “Wardati??... Awak ni dari Indonesia ke?”. Malunya aku pada masa itu, tapi tidak mengapa aku tidaklah menyimpan dendam terhadap guru kelas aku itu. Aku merupakan anak sulung dari tiga orang adik beradik. Aku dilahirkan di Shah Alam, Selangor dan selama 22 tahun aku masih menetap disini. Belum pernah lagi berhijrah ke luar kawasan Selangor. Dan mungkin disebabkan faktor ini jugalah ia telah memberi kesan sedikit sebanyak kepada diri aku kerana tiada abang atau kakak untuk bertanya dan jadikan contoh. *** Perjalanan aku di universiti bermula selepas aku menerima tawaran menyambung pengajian ijazah di Fakulti Pengurusan Maklumat dalam pengurusan rekod. Walaupun sedikit kecewa di permulaan, tetapi Allah 179


sebaik-baik perancang. Sejujurnya aku tidak tahu dan pada hari mengisi borang UPU adalah pertama kali aku mendengar nama bidang ini. Berdasarkan carian di internet, bidang ini merupakan antara bidang sampah tetapi setelah mengambil pandang sudut yang positif, aku mula berfikir mungkin inilah jalan yang Allah telah tetapkan untuk diri aku dan aku haruslah bersyukur walaupun masih sedih bidang yang diimpikan tidak dapat dicapai. *** Maka pada tahun 2021, bermulalah babak kehidupan aku sebagai pelajar universiti. Pada tahun pertama di peringkat ijazah, tiada apa yang menarik kerana ketika itu covid sedang melanda dunia. Sepanjang semester satu, minggu destini siswa (MDS), kelas, tugasan semuanya perlu dilakukan secara atas talian. Ianya telah memberi kesan kepada diri aku, pergerakan aku terbatas dan proses untuk mengenali dunia di universiti sedikit sukar bagi aku. Walau bagaimanapun, perjalanan tetap perlu diteruskan. Dalam pada itu, aku mula mengenali dan selesa dengan beberapa orang rakan sekelas aku untuk bertanyakan soalan dan membuat tugasan bersama-sama. Tetapi malangnya, setelah tamat semester satu dan ingin melangkah ke semester dua, kami perlu berpisah kelas kerana diantara kami bukanlah dari kursus yang sama. *** Pada semester dua, situasinya juga lebih kurang sama. Masih lagi pembelajaran secara atas talian. Di semester inilah bermulanya titik perkenalan aku bersama rakan-rakan sekelas aku yang akan kekal menjadi rakan sekelas sehinggalah ke semester enam. Pada semester ini, aku cuba untuk berkawan dan berbuat baik dengan semua orang. Walaupun setiap tugasan berkumpulan, ahlinya kerap kali berubah-ubah kerana ingin menyesuaikan diri dan mengenali setiap orang dengan lebih rapat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya menyelesaikan semester dua aku dengan jayanya walaupun dengan kekangan yang dihadapi. 1 Perjalanan yang Telah Tertulis 180


*** Masuk semester tiga, bermulalah detik sukar di mana permohonan aku untuk duduk di kolej yang disediakan gagal dan sehingga ke hari ini aku belum berpeluang untuk merasai pengalaman duduk di kolej UITM. Alhamdulillah dengan bantuan rakan sekelas aku, ada juga rumah sewa yang kosong bersebelahan dengan fakulti walaupun di tingkat lima dan keadaan rumah yang kosong tanpa kelengkapan asas rumah langsung. Pembelajaran aku di semester tiga tiada masalah, cuma aku pernah ada pengalaman berpasangan untuk tugasan berkumpulan dengan orang yang jenis buat kerja lambat, sambil lewa, dan ‘free rider’. Aku yang selalu mengingatkan dia untuk menyiapkan tugasan dan menolong menyiapkan bahagiannya di dalam tugasan itu. Lumrah dalam menjadi pelajar perlu berhadapan dengan manusia yang jenis tidak memikirkan orang lain dan tekanan dalam pelajaran tidak dapat dielakkan. *** Kisah aku di semester empat dan lima telah memberi aku pengajaran untuk berkawan dengan semua orang tetapi jangan terlalu mengharapkan sesuatu daripada seseorang. Aku tidak tahu dimana silap aku dalam berbicara atau tindakan aku, aku pernah diabaikan oleh seseorang yang aku telah anggapnya sebagai rakan yang boleh aku bergantung harap padanya. Dia telah membiarkan aku seorang diri tanpa memberitahuku terlebih dahulu untuk membuat kumpulan yang lain tanpa aku. Aku terkontang-kanting sendirian tanpa kumpulan. Sejak dari itu aku mula berpikiran secara dewasa dan hidup sebagai pelajar universiti ini tidak boleh terlalu bergantung kepada orang. Ada kalanya kita perlu belajar berdikari dan tidak boleh menyusahkan orang lain. Di samping masalah terhadap pelajaran, aku juga menghadapi masalah di rumah sewa. Masalah tersebut berpunca dari salah faham dan tiada komunikasi yang berkesan antara penyewa yang lain. Berkaitan dengan masalah itu juga, pada hari aku dipanggil oleh unit kesihatan UiTM Puncak Perdana untuk menjalankan ujian kesihatan. Melalui ujian ini, tekanan darah agak tinggi mungkin kesan daripada tekanan yang dihadapi. Tetapi ia Perjalanan yang Telah Tertulis 181


tidaklah berada di tahap yang kritikal. *** Aku dan rakan-rakanku di Majlis Apresiasi Siswa. Kesimpulannya, berusahalah dan belajarlah untuk mencapai cita-cita yang diimpikan dan diminati. Jika ianya tidak tercapai janganlah bersedih. Belajar untuk bersyukur dengan haluan hidup yang telah ditetapkan oleh Nya kerana percaturan yang Allah telah tetapkan adalah lebih indah berbanding dengan haluan apa yang kita impikan. Di sebalik ujian yang datang sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan oleh Nya adalah selaras dengan kemampuan hambanya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. 182 Perjalanan yang Telah Tertulis


Koleksi cerita ini menggambarkan siri perjuangan yang dialami oleh pelajar, menonjolkan aspek kepahitan dan kesedihan yang sering diabaikan tetapi mendalam. Walaupun penuh dengan cabaran, kisahkisah ini juga menyampaikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang memberi inspirasi dalam menghadapi masa sukar dalam dunia universiti. Bukan itu sahaja, himpunan cerita ini turut menyingkap perjalanan dalam mencari jati diri dan erti kehidupan. Pelajar kini mendapati diri mereka terperangkap dalam persoalan-persoalan yang mengelirukan tentang siapa mereka sebenarnya dan ke mana mereka mahu pergi selepas tamat pengajian. Selain itu, potret kehidupan sosial yang kompleks dan kadangkala mengelirukan juga terpancar di dalamnya—persahabatan yang teruji, cinta yang tidak berbalas, dan pertempuran dengan kesunyian yang kadangkala menyelubungi.


Click to View FlipBook Version