The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-08-14 05:15:50

Panduan Guru BM Thn 2 SK

Panduan Guru BM Thn 2 SK

Keywords: Panduan Guru BM Thn 2 SK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN GURU
BAHASA MALAYSIA

(SEKOLAH KEBANGSAAN)
TAHUN 2

Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2011

Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN

A. BAHAGIAN 1 3
PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU 4
5
1. Pendahuluan 5
2. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia 6
3. Matlamat 7
4. Objektif Umum 12
5. Fokus 14
6. Kandungan Standard 19
7. Struktur Modul 21
8. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
9. Pengisian Kurikulum 27
10. Tema 59
91
B. BAHAGIAN 2 120
CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 142

1. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Mendengar dan Bertutur
2. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Membaca
3. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Menulis
4. Strategi Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa
5. Strategi Standard Kandungan Aspek Tatabahasa

C. BAHAGIAN 3 177
PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN 178
179
1. Tema: Kebudayaan
2. Tema: Jati Diri 183
3. Tema: Alam Sekitar 195
197
D. BAHAGIAN 4

1. Daftar Kata
2. Simpulan Bahasa
3. Glosari



BAHAGIAN 1

PENGENALAN
BUKU PANDUAN GURU



Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

PENDAHULUAN

Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Dua ini disediakan sebagai panduan dan
bahan rujukan untuk membantu guru mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah, menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Dua juga mencadangkan
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi
peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan
menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.

Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru menterjemahkan Standard
Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia yang mengetengahkan pendekatan
modular dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modular
ini, fokus pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan
tatabahasa. Kesemua fokus pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dan perlu
dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu mereka memantapkan kemahiran
bahasa, mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malahan
menggalakkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semua
urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberi
penekanan kepada aspek pentaksiran, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Buku panduan ini mengandungi empat bahagian; Bahagian 1 merupakan pengenalan
tentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu dan Struktur Pendekatan
Modular, Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi Pengajaran dan Pembelajaran,
Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan dan Bahagian 4
mengandungi daftar kata dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Dua.

Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini hanyalah
cadangan. Guru digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti
tersebut supaya bersesuaian dengan kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan
pelbagai pihak yang telah terlibat secara langsung dalam penghasilan modul ini. Buku
Panduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang
mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak
kementerian.

3

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH RENDAH

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi;
Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang
seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat
dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan
aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek
Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni
dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan
dalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan
murid berkomunikasi.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Dua, lebih mementingkan penguasaan
kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu. Pengajaran yang berpusatkan murid
serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan
mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard
kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk
insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu
merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan.
Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid
sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 1: Standard Kurikulum
Berasaskan Enam Tunjang

4

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

MATLAMAT

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid
berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial
dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF UMUM

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia Sekolah
Rendah berkeupayaan untuk :

i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan
teliti dan betul;

ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul;

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan
pertanyaan dengan betul;

iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam
situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan tepat secara bertatasusila;

vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila;

viii. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

ix. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan untuk memberi respons dengan betul;

5

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

x. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan.

xi. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk
memupuk minat membaca;

xii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
xiii. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
xiv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
xv. menulis imlak dengan tepat.
xvi. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara

dengan menggunakan bahasa yang santun;
xvii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
xviii. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
xix. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
xx. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan

penulisan; dan
xxi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan

kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

FOKUS

Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa
kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta
berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam
pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.

6

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

StKanAdNarDdUKNuGrikAuNlumSTANDARD
KURIKULUM

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan
penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan
dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini
berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian
Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan. Standard ini
dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang
lebih kecil yang dikenali sebagai modul. Modul-modul ini mengandungi elemen
pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid. Terdapat lima
modul dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia iaitu modul Mendengar dan Bertutur,
Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.

Standard Kandungan
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam
suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
murni.

Standard Pembelajaran
Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan
pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

A. Kemahiran Bahasa

Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran bahasa,
seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras
penguasaan bahasa baku. Penerangan terhadap kandungan kurikulum dinyatakan seperti
yang berikut:

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan

murid mendengar dengan teliti dan memahami

Kemahiran Mendengar perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
dan Bertutur pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan
dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati

dan memberi respons yang betul kepada perkara

yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk

kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikan

maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada

sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan

tatabahasa yang betul.

7

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 2

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui
dan berkeupayaan:
i. mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan

betul dan tepat;
ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku

terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat ayat perintah jenis
larangan dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku
berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul;
iv. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi
kata panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti
nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
v bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan
tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelasdan intonasi yang
betul;
vi berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi
rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila; dan
vii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa.
ii. Bertutur perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.
iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam

menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.
iv. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi peluang kepada murid untuk terlibat

secara aktif bagi mempercepat penguasaan kemahiran tersebut.
v. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi tumpuan kepada aspek sebutan,

intonasi, jeda dan tatabahasa; dan
vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.

Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan
murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda
dan kelancaran yang betul dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga
diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan
sastera secara kritis.

8

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Kemahiran Membaca
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:

i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi
perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding , digraf, dan konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul;

ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut
tanda baca dan intonasi yang betul;

iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk
mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan
betul;

iv. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan
menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul; dan

v. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu
pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.

Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Membaca

i. Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca.
ii. Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami.
iii. Kebersediaan murid dari segi perasaan dan bahasa perlu diberi perhatian.
iv. Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju.
v. Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan bahan

bacaan.
vi. Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca diaplikasikan mengikut kesesuaian.
vii. Bacaan intensif dan ekstensif memperkaya kosa kata dan ilmu serta minat membaca.

Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat, serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan
yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul
dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga
digalak menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan bahan penulisan.

9

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi

perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;
ii. menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan
betul dan kemas;
iii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan
diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan
yang kemas dan cantik;
iv. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan
grafik dengan betul dan tulisan yang kemas;
v. menuliskan imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul
dan tepat;
vi. mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubung kait
maklumat daripada pelbagai sumber;
vii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk puisi menggunakan
perkataan, diksi, frasa dan ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa;
viii. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal
dengan betul; dan
ix. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda
baca.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Menulis

i. Kemahiran menulis secara mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis.
ii. Idea yang dilahirkan dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip ansur maju.
iii. Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan.
iv. Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan.
v. Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja.
vi. Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik.

10

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan

murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan

Aspek Seni Bahasa bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui
pembelajaran yang menyeronokkan menerusi

kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga

dapat menggunakan kreativiti mereka dalam

melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni

bahasa memberi penekanan kepada keindahan

bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan

menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat

yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat

dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa

Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat

membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

Objektif Aspek Seni Bahasa

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:

i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan
gerak laku secara didik hibur;

ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta
menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;

iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang
sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan
secara didik hibur; dan

iv. melafazkan dan membina pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah
dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa

i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
ii. Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
iii. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh amat diperlukan.
iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan

imaginatif.

11

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan

murid menguasai perkara asas dalam

pembentukan kata dan ayat serta menggunakan

Aspek Tatabahasa tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul

semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan,

intonasi dan semantik serta penggunaan

peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul

juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui

penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Aspek Tatabahasa

Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup
manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks;

ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera
dengan betul mengikut konteks;

iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut
konteks;

iv. memahami dan menggunakan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dengan betul
mengikut konteks;

v. memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks;
vi. Memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul

mengikut konteks; dan
vii. Memahami dan menggunakan kata ganda penuh yang betul mengikut konteks.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Aspek Tatabahasa

i. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks
petikan yang digunakan.

ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.
iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafal rumus atau hukum bahasa.
iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.
vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan

rangsangan yang menarik dan berkesan.
vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk

simulasi secara berkesan.
viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok

tatabahasa yang hendak disampaikan.
ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.
x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.
xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan

kefahaman.

12

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

STRUKTUR MODUL

Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam
pengajaran merangkumi fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran,
pengayaan dan pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubah suai mengikut kreativiti guru
dan kebolehan murid.
Kesemua aspek ini dijelmakan mengikut keutamaan berikut;

 Tema
 Tajuk
 Fokus Utama
 Fokus Sampingan
 Objektif
 Pengisian Kurikulum
 Sistem Bahasa
 Media
 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada
pencapaian objektif. Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran
yang menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategi
pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran, pengayaan dan
pemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini
dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.

Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan sesuatu objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan dalam setiap
pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang berterusan guru dapat
memastikan bentuk tindakan susulan yang boleh dilaksanakan ke atas seseorang murid,
sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.

Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran
agar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaan
bahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan yang dicadangkan untuk
aktiviti ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh
digunakan secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang
diberi perlu mengikut kemampuan dan kadar masa yang sesuai untuk murid menguasai
sesuatu kemahiran.

13

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Aspek pengayaan perlu diberikan penekanan pengajaran dan pembelajaran KSSR mengikut
kecerdasan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid
yang membuat latihan pengayaan ialah murid yang dikesan telah menguasai kemahiran
yang diajar melalui pentaksiran yang diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang
lebih mencabar minda bagi kemahiran tertentu yang dipelajari oleh mereka. Bahan-bahan
yang disediakan perlu lebih merangsang minda dan dilaksanakan secara kendiri atau
dengan bimbingan guru yang paling minima. Bahan yang sesuai seperti bahan bacaan
tambahan, kad permainan bahasa dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk
memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid berkaitan kemahiran yang diajar.

Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu
memberi penerangan cara melakukan aktiviti pengayaan kepada murid dan memberi ruang
untuk mereka membuat latihan secara kendiri. Pada masa yang sama guru perlu memberi
tumpuan untuk membimbing murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berperanan melengkapkan strategi
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dengan melibatkan pelbagai akitviti di
dalam dan di luar bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,
strategi merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati
atau memulakan proses pengajaran sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid , cara-cara fakta
disampaikan dan keaktifan pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berasaskan
pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan
kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan
berdasarkan cara bagaimana isi pelajaran disampaikan seperti pendekatan induktif,
pendekatan deduktif dan pendekatan eklektik. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada
keaktifan murid seperti pendekatan berpusatkan guru manakala pengajran yang
mementingkan murid disebut sebagai pendekatan berpusatkan murid.

14

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
mempunyai urutan yang tertentu. Buku Panduan Guru Tahun 2

beberapa langkah atau kegiatan yang

Teknik-teknik pengajaran adalah merupakan suatu cara yang digunakan untuk
menyampaikan pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan ialah
teknik bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah,
sumbang saran, perbahasan, kuiz, lakonan dan projek,

Pengalaman murid dapat dikaitkan dalam memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran,
minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Kepelbagaian media, bahan
maujud, media cetak dan media elektronik boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuk
saling melengkapi proses pengajaran supaya tindakan susulan dapat dijalankan dalam
menilai proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan penguasaan murid.
Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan melalui kemahiran generik yang
berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dikuasai oleh setiap murid.

Pendekatan Berpusatkan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai
kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan
dalam berbahasa. Contoh pendekatan berpusatkan murid seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya. Selain pendekatan berpusatkan murid terdapat juga
pendekatan-pendekatan lain seperti pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan
berpusatkan guru.

Kepelbagaian Teknik

Teknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan. Dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik mengajar.

Guru boleh memilih kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta teknologi yang dapat
merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, juga
berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.

Teknik-teknik pengajaran bahasa;

i. Teknik main peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting.

15

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

ii. Teknik permainan bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu teknik dalam mempelajari bahasa melalui

permainan.

iii. Teknik latih tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.

iv. Teknik bercerita
Teknik bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa yang mana
murid dilatih dalam kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, mimik
muka "facial expression", serta kedudukan semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Bercerita amat sesuai untuk kemahiran bahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian murid.

v. Teknik inkuiri penemuan
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal
selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.

vi. Teknik perbahasan
Teknik ini melatih murid berfikir dengan pantas di samping dapat berkomunikasi
dengan berkesan.

vii. Teknik kuiz
Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid
tentang sistem Bahasa Malaysia terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan
bahasa yang tepat melalui pertandingan.

viii. Teknik sumbang saran yang memerlukan setiap murid
Dikenali sebagai percambahan fikiran
menyumbangkan pendapat dan idea.

ix. Teknik soal jawab
Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran.

x. Teknik simulasi
Teknik ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing.

xi. Teknik drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

16

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

xii. Teknik perbincangan
Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan
pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

xiii. Teknik forum
Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi
pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan
jelas.

Kepelbagaian Sumber dan Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku
rujukan, kamus, internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu boleh digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.

Penggunaan Tatabahasa yang tepat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga menekankan penggunaan
tatabahasa mengikut kemampuan murid dengan tepat. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru
perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh
penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada
di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk
sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan
luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Malaysia dengan menggunakan bahan-
bahan ilmiah dan sastera.

Penekanan Konsep 5 P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menekankan konsep
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Ini selaras dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga
dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau
kemahiran daripada mata pelajaran lain.

17

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

b. Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

c. Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian
perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui
proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil atas
seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan
setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang
sesuai bagi murid.

d. Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang
belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

e. Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana
latar belakang murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid
hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan
aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa
yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

18

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

PENGISIAN KURIKULUM

Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan
sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen
seperti yang berikut;

Ilmu
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan
geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.
Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan
insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan
amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian
luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus
dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.

Kewarganegaraan
Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysia
mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu,
pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri,
cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.

Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi
kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.

Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam bilik darjah dan dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Kemahiran bernilai tambah yang
dimaksudkan ialah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Kemahiran Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian
Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembelajaran
Kontekstual. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti
yang berikut;

19

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau
membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa
depan.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya
mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan
perisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar dan
berkongsi maklumat serta berinteraksi sosial melalui internet untuk meluaskan penerokaan
ilmu pengetahuan dan dalam urusan kehidupan.

Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah,
dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan
masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan
kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
berbeza.

Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang
berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri
berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin,
dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila
murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati
kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.

20

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta,
menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif yang yang tulen, asli
dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepada proses
menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan
inovasi saling berkait rapat bagi melahirkan modal insan yang serba boleh dan
berketerampilan. Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk ke tahap optimum supaya
mereka berdaya cipta, berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan
menjadikan amalan serta budaya dalam kehidupan warga Malaysia pada masa hadapan.

Keusahawanan
Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan
membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam
kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen ini bukan
sahaja merupakan pendekatan membudayakan keusahawanan, malah melibatkan proses
pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti pemikiran keusahawanan,
kemahiran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai
moral dan etika keusahawanan.

TEMA

Kurikulum Standard Bahasa Malaysia menyampaikan pengetahuan serta membina
kefahaman tentang kehidupan dan alam sekekelingi murid melalui kemahiran bahasa, iaitu
Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni
Bahasa dan Aaspek Tatabahasa melalui tema-tema yang dicadangkan. Melalui tema-
tema ini akan dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman, memupuk kesedaran,
membina jati diri, menghargai warisan dan mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri
murid.

Cakupan tema-tema yang perlu diberi penekanan;

1. Kekeluargaan
Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan
keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah
rendah agar menghargai setiap ahli keluarga.

21

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

2. Kemasyarakatan

Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai

bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini

sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat

yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

3. Kesihatan dan Kebersihan
Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal,
mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar
mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, serta
amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka sehari-hari.

4. Keselamatan
Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika
berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya
dapat memberi kesedaran kepada mereka agar mengutamakan keselamatan diri
dalam pelbagai situasi dan persekitaran.

5. Perpaduan
Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang berbentuk toleransi dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha
memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

6. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang
terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan
budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini
dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri sebagai warga
Malaysia.

7. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk keupayaan murid
menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan
rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema
ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani yang setia
kepada negara, cinta akan negara dan mengutamakan kepentingan negara.

8. Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau
sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu
yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan
yang berani menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

22

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 2

9. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan
menguruskan alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta
tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai
diajarkan agar murid cinta dan prihatin akan alam sekitar dan teknologi hijau.

10. Pertanian dan Penternakan
Tema pertanian mendedahkan murid perihal pertanian seperti bercucuk tanam,
berternak dan menangkap ikan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai
diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian dalam
kehidupan.

11. Ekonomi / Keusahawanan
Tema ekonomi /keusahawanan merujuk tentang peri laku atau gaya usahawan,
bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan
mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokai. Tema ini sesuai diajar
untuk memupuk sikap keusahawanan dalam diri murid dan memahami kepentingan
bidang ekonomi dalam pembangunan negara.

23



BAHAGIAN 2

CADANGAN STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan
keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan
menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas. Manakala Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid
berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
bertatasusila. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
betul dan ungkapan yang dilafazkan secara bertatasusila. Dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang
perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Murid patut mengetahui dan boleh: bahasa, iaitu abjad, suku kata,
1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi

perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan
pesanan yang didengar dengan betul.

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan tepat secara bertatasusila.

1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila.

27

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan betul dan tepat.

1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau
gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah
jenis larangan dengan betul.

1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap
pelbagai soalan bercapah.

1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku
berdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.

1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang
betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi
keluarga bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila.

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan
betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu
perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul menggunakan ayat majmuk.

1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dengan tepat dan jelas secara bertatasusila.

1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandungi rangkai
kata yang sesuai secara bertatasusila.

1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila.
28

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

1.0 STRATEGI PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR

Semasa merancang strategi

pengajaran dan pembelajaran bagi

kemahiran mendengar dan bertutur,

guru perlu memberi pertimbangan

aktiviti yang sesuai sebelum, semasa

dan selepas kemahiran mendengar

dan bertutur yang diajar. Pengajaran

dan pembelajaran kemahiran ini boleh

dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti

secara terancang bagi mencapai

objektif yang telah ditentukan. Guru

boleh merancang strategi pengajaran

dan pembelajaran dengan pelbagai

cara seperti dalam contoh rancangan

mengajar yang disediakan ini.

29

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

TEMA KEBUDAYAAN
TAJUK Makanan Kita

FOKUS Standard 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan
UTAMA Kandungan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal
Standard secara bertatasusila.
Pembelajaran
1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan
FOKUS Standard intonasi yang betul tentang sesuatu perkara
SAMPINGAN Kandungan dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Standard 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan
Pembelajaran ayat dengan betul.

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul
dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

ii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.

PENGISIAN i. Ilmu: Keusahawanan.
KURIKULUM ii. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab

iii. KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan)

SISTEM Tatabahasa: ayat permintaan
BAHASA Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus

MEDIA Kad gambar dan petikan dialog.

30

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
Langkah 1 KURIKULUM
Lampiran 1
1. Guru memperdengarkan dialog Ilmu: Dialog yang
pelanggan dan penjual Kajian Tempatan dirakamkan/dilakonkan
berinteraksi dalam situasi jual
beli di gerai atau di kedai Nilai:
makanan. Bertanggungjawab

2. Guru bersoal jawab cara penjual KBT: Keusahawanan
dan pelanggan membuat urusan Ciri-ciri usahawan
jual beli dan meminta murid

memberi contoh dialog yang

biasa didengar oleh mereka

semasa pelanggan menyatakan

permintaan ketika membeli.

3. Guru meminta salah seorang
murid mencatat pada papan
tulis dialog pelanggan
menyatakan permintaan untuk
memesan barang.

4. Guru meminta murid membaca
dialog yang telah dicatat
pada papan tulis.

5. Guru membimbing murid cara
membuat permintaan yang betul
ketika berurusan dengan orang
lain dengan memberi contoh
pembeli berurusan dengan
penjual semasa meminta barang
yang dibeli. Penekanan diberi
pada aspek keusahawanan iaitu
cara yang betul membuat
permintaan.
- Bertatasusila
- Menggunakan intonasi
yang betul.

31

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM Lampiran 2

Langkah 2 Ilmu:
Kajian Tempatan
1. Guru memilih beberapa orang
murid untuk menjalankan aktiviti Nilai:
main peranan berjual beli di Kerajinan
kantin sekolah.
KBT: Keusahawanan
2. Guru memberi kad situasi Berjual beli secara
kepada murid yang telah dipilih: bertatasusila
Kad A – Peniaga melayan
pelanggan
Kad B – Pelanggan membuat
pesanan

3. Guru meminta murid yang dipilih
memainkan peranan seperti
yang terdapat pada kad situasi
dengan menggunakan dialog
yang sesuai dan bertatasusila.

4. Guru dan murid berbincang
tentang kesesuaian dialog yang
digunakan dalam aktiviti main
peranan dan makanan yang
biasa digemari oleh murid
sekolah.

Langkah 3

1. Guru memperdengarkan EMK: Keusahawanan Lampiran 3
beberapa dialog cara murid
membuat permintaan untuk
membeli barang daripada
penjual di kantin sekolah.

2. Guru meminta murid mengecam
dialog-dialog yang mengandungi
permintaan yang bertatasusila.

3. Murid diminta menulis dialog
yang bertatasusila dan
membetulkan dialog yang
kurang sesuai berdasarkan
latihan yang diberi pada
lampiran 3.

32

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Pentaksiran
Lampiran 4
1. Guru memaparkan gambar
pembeli dan penjual di sebuah Lampiran 5
gerai. Lampiran 6

2. Murid diminta membina dialog-
dialog yang sesuai dan
bertatasusila.

3. Guru menilai ketepatan dialog
yang dibina secara lisan.

Pemulihan

1. Guru membimbing murid
menuturkan ayat bertatasusila
yang disediakan.

Pengayaan

1. Murid membina, menuturkan
dan menulis ayat bertatasusila
berdasarkan gambar yang
diberi.

33

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 1
Dengar dengan teliti dialog ini.

Kuih Kesukaan Saya

Ali : Apa khabar, Pak Mail?
Penjual : Khabar baik.
Ali : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail?
Penjual : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng,

Ali kuih-muih pun ada.
Penjual : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini?
: Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut
Ali
panggang, buah melaka, tepung bungkus dan
Penjual banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita.
: Saya memang suka makan kuih-muih tradisional.
Ali Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis
RM 2.00.
Penjual : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak
Ali kuih-muih di sini.
Penjual : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap,
bingka dan tepung bungkus.
: Ali, ini kuih yang kamu mahukan.
: Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.
: Sama-sama, datanglah lagi.

34

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 2

Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang
sesuai dengan peranannya diberi.

Kad A

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu.
Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara
bertatasusila.

Kad B
Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu
membuat permintaan semasa memesan barang
daripada penjual di kaunter sekolah secara
bertatasusila.

35

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 3
Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah.
Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan
secara bertatasusila.

1 Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi.
2 Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua

kilogram.
3 Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus.
4 Hantar bakul ini ke kereta saya.
5 Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya.

36

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 4
Pentaksiran

Tuturkan dialog yang sesuai cara pembeli
menyatakan permintaan untuk membeli salah
satu barang yang terdapat dalam gambar.

37

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 5
Pemulihan

Baca dan tuturkan ayat di bawah secara
bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah
mengikut urutan yang betul.

Pak Mail, saya mahu membeli Tolong bungkuskan saya dua
kuih. ketul kuih karipap.

Ali, ini kuih yang kamu mahu. Terima kasih, ini duitnya, Pak
Mail.

Sama-sama, datanglah lagi.

Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja

38

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 6
Pengayaan

Tuturkan dan tulis ayat permintaan
yang bertatasusila berdasarkan
gambar.

Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja

39

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

TEMA JATI DIRI
TAJUK Hidup Harmoni

FOKUS Standard 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi
UTAMA Kandungan bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul.
Standard
Pembelajaran 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa,
ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan
FOKUS Standard tepat.
SAMPINGAN Kandungan
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan
Standard yang diberi dengan betul dan kemas.
Pembelajaran
3.2.5 Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua
atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan cara
yang betul dan tulisan yang kemas.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. menyebut dengan betul ayat tunggal dan ayat majmuk yang
didengar.

ii. menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku
kata dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

PENGISIAN i. Ilmu: Kajian Tempatan
KURIKULUM ii. Nilai : Hormat-menghormati

iii. KBT: ICT

SISTEM Kosa kata: perkataan seerti
BAHASA

MEDIA Petikan dalam komputer

40

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM

Langkah 1

1. Seorang murid membaca petikan KBT Lampiran 1
yang diberi sementara murid lain ICT – penggunaan Petikan tentang
diminta mendengar dan mengecam keluarga harmoni.
nilai-nilai yang terdapat dalam cerita papan kekunci
tersebut.
(highlight perkataan

dan klik U untuk

2. Murid menyebut semula nilai-nilai menggarisi perkataan.

yang terdapat dalam cerita yang

didengar.

3. Guru memaparkan petikan yang sama
di skrin melalui LCD dan murid
bergilir-gilir menggarisi nilai murni
menggunakan teknik yang sesuai
pada papan kekunci.

Langkah 2

1. Murid dipaparkan sekali lagi petikan Nilai –
tentang kehidupan sebuah keluarga penyayang,
harmoni. bertanggung jawab

2. Guru bersoal jawab mengenai petikan hormat menghormati

tentang cerita suasana kehidupan

sebuah keluarga. Contoh soalan:

 Apakah nilai murni yang sering

diamalkan oleh keluarga Ikhwan?

 Bagaimanakah Ikhwan dan adik –

beradiknya menolong keluarga

mereka?

3. Murid diminta membina dan menulis
ayat tentang cara Ikhwan dan adik –

beradiknya menolong keluarga

mereka.

41

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM

Langkah 3

1. Seorang murid diminta membaca nilai- KBT- ICT Lampiran 2
Senarai nilai
nilai murni yang diedarkan. Penggunaan papan murni.

kekunci untuk menaip Lampiran 3
Perkataan seerti
2. Murid lain dikehendaki mendengar perkataan.

dan menyenaraikan nilai-nilai tersebut

dan secara bergilir-gilir menaipnya

pada papan kekunci komputer yang

dipaparkan pada skrin.

3. Murid diminta memadankan perkataan
seerti dalam latihan yang diberi di
skrin komputer.

4. Murid diminta membina dan menulis
ayat berdasarkan perkataan tersebut .

Pentaksiran Lampiran 4
1. Setiap murid diminta menyebut satu Ayat untuk dibaca
oleh guru
ayat yang telah didengar . Lampiran 5
2. Guru menilai ketepatan dan Latihan isi tempat
kosong
kelancaran sebutan.
3. Murid mengisi tempat kosong dalam Lampiran 6

ayat dengan perkataan yang sesuai. Lampiran 7

Pemulihan
1. Murid menyesuaikan subjek dengan

predikat yang seuai untuk membentuk
ayat .

Pengayaan
1. Murid membina ayat berdasarkan

perkataan yang diberi.

42

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 1

Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam
petikan menggunakan papan kekunci .

Keluarga Harmoni

Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orang
adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan. Beliau
seorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagai
juruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliau seorang yang
penyayang dan bertugas sebagai guru.

Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat.
Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lidi daripada
daun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripada pokok kelapa
yang ditanam di belakang rumah mereka. Penyapu lidi itu
digunakan untuk menyapu kawasan rumah mereka. Keluarga
Ikhwan juga bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Mereka
juga suka tolong menolong antara satu sama lain semasa
melakukan tugas-tugas yang diamanahkan. Rumah mereka
sentiasa bersih.

Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama
lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa.
Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.

43

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

Lampiran 2

Sebut dan taipkan nilai-nilai murni yang
kamu dengar pada kotak di bawah.

44


Click to View FlipBook Version