Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 3
Padankan perkataan dengan maknanya.
bertanggungjawab gotong
menghormati royong
harmoni memuliakan
tolong menolong patuh
taat
berkewajiban
berjimat cermat
bantu
bekerjasama membantu
penyayang pengasih
hemat/tidak
boros
mesra
45
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 4
Pentaksiran 1
Dengar dan sebut ayat ini dengan betul.
Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat.
Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.
Ayah Ikhwan seorang yang bertanggungjawab.
Ibu Ikhwan seorang guru yang penyayang.
Keluarga Ikhwan bekerjasama menjaga kebersihan rumah.
Mereka suka tolong menolong antara satu sama lain.
Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama lain.
Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa.
Nota: Seorang murid perlu membaca satu baris ayat sahaja.
46
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 5
Pentaksiran 2
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
dalam ayat yang kamu dengar.
Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap ________________________.
Mereka sekeluarga hidup sihat, ______________________ dan harmoni.
Ayah Ikhwan seorang yang ______________________.
Ibunya seorang yang ______________________.
Keluarga Ikhwan juga ______________________ menjaga kebersihan
rumah.
Mereka juga suka ________________________ antara satu sama lain.
Keluarga Ikhwan saling ____________________ antara satu sama lain.
Ikhwan dan adik-beradiknya _________________ kepada ibu bapa.
47
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 6
Pemulihan
Dengar frasa yang dibaca dan padankan
frasa supaya menjadi ayat yang betul. Salin
semula di buku dan tulis dengan kemas.
Keluarga Puan Nora seorang yang
Encik Rosli bertanggungjawab.
sangat bahagia.
Puan Dayang rajin membantunya mengemas
rumah.
Anak-anak Encik taat kepada arahan ibu bapa.
Rama
Anak-anak Puan Mei menyuruh anak-anaknya
membersihkan halaman rumah.
kerja.membersihkan halaman
rumah.
Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja.
48
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 7
Pengayaan
Dengar perkataan yang dibsebut dan bina ayat
berdasarkan perkataan itu dengan betul. Tulis ayat
tersebut dengan kemas.
patuh
__________________________________________________________________________
hemat
__________________________________________________________________________
mesra
__________________________________________________________________________
gotong royong
__________________________________________________________________________
bantu membantu
__________________________________________________________________________
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja.
49
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
TEMA ALAM SEKITAR
TAJUK Taman Indah
FOKUS Standard 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara
UTAMA Kandungan semula dengan tepat menggunakan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul
Standard
Pembelajaran 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar
dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul menggunakan ayat majmuk.
FOKUS Standard 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang
2.4.3 tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
SAMPINGAN Kandungan untuk memberi respons dengan betul.
Standard Membaca dan memahami maklumat yang
Pembelajaran tersurat dengan tepat daripada bahan
multimedia yang sesuai.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Menceritakan semula dengan tepat tentang cara menjaga alam
OBJEKTIF sekitar yang didengar menggunakan ayat majmuk, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
ii. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada
bahan multimedia yang sesuai.
PENGISIAN Ilmu: Pendidikan Moral
KURIKULUM
Nilai : Berani, bertanggung jawab
KBT: Kreativiti dan inovasi dan Belajar Cara Belajar
SISTEM Tatabahasa : Ayat Majmuk
BAHASA
MEDIA Gambar, lembaran kerja
50
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1
1. Guru memaparkan sekeping gambar KBT: Lampiran 1
pada skrin untuk murid menelitinya. Kreativiti dan inovasi
2. Guru berbincang dengan murid (Persediaan)
mengenai gambar yang ditunjukkan.
Contoh perkara yang boleh
dibincangkan.
- keadaan sungai
- punca pencemaran
3. Beberapa orang murid dipilih secara
rawak untuk menyampaikan maklumat
yang terdapat pada gambar tersebut.
4. Murid diminta mencatat maklumat yang
disampaikan oleh rakan.
5. Beberapa orang murid lain dipilih untuk
menceritakan semula maklumat yang
disampaikan oleh rakan tanpa bantuan
gambar.
Langkah 2
1. Murid dalam kumpulan dikehendaki KBT: Lampiran 1
menilai keadaan sungai yang terdapat
dalam gambar dan menyatakan idea Kreativiti dan inovasi
mereka tentang punca berlakunya (Imaginasi)
pencemaran pada sungai tersebut.
Langkah 3 Lampiran 2
Petikan
1. Guru meminta seorang murid membaca
petikan daripada bahan multimedia KBT:
yang dipaparkan pada skrin secara kuat Kreativiti dan inovasi
dengan sebutan yang betul dan jelas
51
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
sementara murid lain mendengar dan (perkembangan) bahan
memahamkan kandungan petikan multimedia
tersebut.
2. Murid dalam kumpulan kecil berbincang
dan menilai sikap yang ditunjukkan oleh
penduduk kampung dalam menangani
masalah denggi dengan memberi
alasan terhadap penilaian tersebut.
Langkah 4 Lampiran 3
Peta minda
1. Seorang murid diminta membaca teks
yang diedarkan sekali lagi dan murid KBT:
lain dikehendaki mendengar seterusnya Kreativiti dan inovasi
melengkapkan peta minda berdasarkan (tindakan)
maklumat yang didengar.
Pentaksiran Lampiran 4
Lampiran 5
1. Murid mendengar petikan yang dibaca
oleh guru dan menceritakan semula
dengan tepat cerita tersebut
menggunakan ayat sendiri dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.
Pemulihan
1. Murid mendengar frasa yang dibaca
oleh rakan dan memadankan frasa
tersebut menjadi ayat yang betul.
Pengayaan Lampiran 6
1. Murid diberi gambar dan diminta untuk
berbincang punca berlakunya kejadian
di kawasan dalam gambar.
52
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 1
Lihat gambar dan ceritakan .
Catat maklumat yang diceritakan oleh kawan kamu dan kemudian ceritakan
semula.
1. ____________________________________________________________________
2. ____________________________________________________________________
3. ____________________________________________________________________
4. ____________________________________________________________________
5. ____________________________________________________________________
53
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 2
Baca petikan dan bersama kawan cuba kamu
menilai sikap dan tindakan ketua dan penduduk
kampung dalam mengatasi masalah denggi.
Hapuskan Nyamuk Aedes
Seorang penduduk di Taman Indah telah menghidap demam
denggi. Sebagai ketua penduduk di situ, Encik Hamdan berasa
bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Encik Hamdan bersepakat dengan semua anggota
jawatankuasa untuk mengadakan gotong-royong membersihkan
kawasan tersebut.
Pada hari yang ditetapkan, penduduk berkumpul di dewan.
Sebelum memulakan gotong-royong, Encik Hamdan menerangkan
tujuan gotong-royong dan pentingnya menjaga kebersihan kawasan
sekitar perumahan mereka.
Kemudian, mereka menebas semak samun dan mengumpulkan
sampah-sarap serta membakarnya. Manakala tin-tin dan botol-botol
kosong ditanam supaya nyamuk aedes tidak membiak. Mereka juga
mencuci longkang yang tersumbat supaya air dapat mengalir dengan
sempurna. Kini, kawasan sekitar menjadi bersih dan indah. Semangat
kejiranan juga dapat dipupuk di samping dapat menghapuskan
nyamuk aedes.
54
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 3
Nyatakan semula maklumat yang diperolehi
daripada teks yang dibaca oleh rakan kamu
Apakah nama haiwan?
Hapuskan Nyamuk
Aedes dengan cara…
55
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 4
Pentaksiran
Dengar petikan yang dibaca. Ceritakan
semula perkara yang kamu dengar
menggunakan perkataan sendiri.
Sarah dan Lili membantu nenek Munah yang sudah tua
membersihkan kawasan halaman rumahnya. Mereka takut nyamuk,
lipas dan tikus mudah membiak sekiranya halaman rumah nenek
Munah kotor.
Sarah menyapu daun-daun kering yang bertaburan di bawah
pokok mangga. Lili pula membersihkan longkang yang dipenuhi
sampah sarap. Sampah itu dibuang ke dalam tong sampah dan
diangkut oleh lori ke tempat pembuangan sampah. Selepas itu,
mereka mencabut rumput-rumput yang tumbuh panjang di tepi pasu-
pasu bunga.
Halaman rumah nenek Munah kelihatan bersih. Nenek Munah
sangat gembira.
56
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 5
Pemulihan
Dengar ayat yang dibaca oleh kawan dan
ceritakan maklumat dalam ayat tersebut.
A B
Alam sekitar dibuang merata-rata
Rumah bersih kesihatan terjamin
Sampah sarap sudah tercemar
Bersihkan longkang pembawa penyakit
Nyamuk, lipas dan tikus air tidak bertakung
Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja.
57
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2
Lampiran 6
Pengayaan
Teliti gambar, bincangkan dan cerita semula
punca-punca berlakunya kejadian ini. Tuliskan ke
dalam petak di bawah.
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran.
58
Kemahiran Membaca
Tahun 2
2.0 STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA
Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya
berkebolehanmembaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.
Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu
dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu,
murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh
murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran
Membaca.
Standard Kandungan Kemahiran Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:
2.2 Membaca dan memahami, perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber
dengan sebutaan yang betul.
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan untuk memberi respons dengan betul.
2.5 Membaca dan menaakul untuk memindah kan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk
minat membaca.
59
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua
atau lebih suku kata terbuka dan tertutup dalam pelbagai bahan bacaan dengan
sebutan yang betul.
2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding ,
digraf dan konsonan bergabung dalam ayat majmuk daripada pelbagai
bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
2.2.3 Membaca dan memahami ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan
sebutan yang betul.
2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas,intonasi yang
betul mengikut tanda baca.
2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul mengikut tanda baca.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea
sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat.
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk
menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul.
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan
mutimedia yang sesuai.
2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mengandungi perkataan dengan
betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik serta ayat dengan betul.
2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik
dengan betul.
2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan
meningkatkan kelancaran bacaan.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk
menambahan ilmu.
60
Kemahiran Membaca
Tahun 2
2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
MEMBACA
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran membaca, guru perlu
memberi pertimbangan aktiviti yang
sesuai sebelum, semasa dan selepas
kemahiran membaca yang diajar.
Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan
melalui pelbagai aktiviti secara
terancang bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan. Guru boleh
merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.
61
Kemahiran Membaca
Tahun 2
TEMA KEBUDAYAAN
TAJUK Kuih Oh Kuih!
Standard 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan
Kandungan sastera yang sesuai bagi memupuk minat
membaca.
FOKUS
UTAMA Standard 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai
Pembelajaran untuk menambah kosa kata dan meningkatkan
kelancaran bacaan.
FOKUS Standard 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan
SAMPINGAN Kandungan 1.4.4 tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal
Standard secara bertatasusila.
Pembelajaran
Bertutur dan menyatakan permintaan dengan
intonasi yang betul tentang sesuatu perkara
dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Membaca bahan bahan untuk menambah kosa kata dan
meningkatkan kelancaran bahasa.
ii. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara
bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.
PENGISIAN i. Ilmu: Kajian Tempatan
KURIKULUM ii. Nilai : Rajin,keyakinan diri, kerjasama
KBT: Kecerdasan Pelbagai,
Kontekstual
EMK: Kreativiti dan Inovasi
SISTEM Tatabahasa: kata nama, kerja
BAHASA Kosa kata: koci, lempeng, keria, baulu,tepung pelita, kuih lapis, apam
MEDIA kad perkataan, kad gambar
62
Kemahiran Membaca
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Media- Bahan
Langkah 1 maujud
Daun pandan
1. Guru mempamerkan sejenis daun
yang biasa dilihat oleh murid. Ilmu:Sains
2. Murid diberi peluang untuk Nilai: menghargai
memerhati, memegang dan
menghidu bau daun tersebut. EMK: Kreativiti dan
inovasi (Fasa
3. Guru bersoal jawab tentang daun Persediaan)
tersebut dan kaitannya dengan kuih
tradisional.
Contoh soalan:
Apakah nama daun ini? (daun
pandan)
Apakah guna daun ini dalam
membuat kuih koci?
(mewangi dan menghijaukan
kuih)
Bagaimana cara menggunakan
daun ini?
(ditumbuk dan diambil airnya
dan dibancuh dengan tepung)
Langkah 2
1. Guru memperdengarkan lagu ’Kuih Ilmu- Pend.Muzik Lampiran 1
Tradisional’.
Seni kata lagu dan
Nilai- rajin kad gambar kuih
2. Guru meminta murid menyebutkan
nama-nama kuih yang disebutkan
dalam seni kata lagu tersebut sambil EMK: Kreativiti dan
mempamerkan kad gambar kuih inovasi ( Fasa
tersebut. Imaginasi )
3. Guru mencatatkan nama-nama
yang telah disebutkan oleh murid
63
AKTIVITI PENGISIAN Kemahiran Membaca
KURIKULUM Tahun 2
dan membimbing murid
menyatakan cara kuih dimasak CATATAN
sama ada goreng, rebus, bakar atau
kukus . Lampiran 2
Latihan cara kuih
dimasak
Langkah 3
1. Guru membimbing murid membaca Ilmu: Pend.Muzik Lampiran 4
seni kata lagu yang dipaparkan. Latihan nama kuih.
Nilai: kerjasama
2. Murid membaca senikata lagu
secara individu dan kumpulan EMK: Kreativiti dan
dengan sebutan yang betul. Inovasi (Fasa
Perkembangan)
3. Murid dibimbing menyanyikan lagu
’Kuih Tradisional’ berpandukan seni
kata lagu yang dipaparkan.
4. Murid diminta membaca secara
bergilir-gilir nama-nama kuih yang
telah dicatat dengan sebutan yang
betul dan mengkategorikannya
dalam kumpulan kuih manis atau
pedas.
Langkah 4 Ilmu: Kajian Tempatan
1. Murid membaca semula nama- Nilai:Keyakinan diri
nama kuih dalam seni kata lagu
yang dipaparkan oleh guru. EMK: Kreativiti dan
inovasi (Fasa
2. Murid dalam kumpulan kecil Tindakan)
berbincang dan memikirkan cara
mengubah suai rasa atau bentuk
kuih mengikut kreativiti mereka.
3. Murid membentangkan hasil kerja
kumpulan mereka.
Pentaksiran Ilmu: Kajian Lampiran 4
1. Murid membaca dialog yang 64
AKTIVITI PENGISIAN Kemahiran Membaca
KURIKULUM Tahun 2
disediakan dengan sebutan dan Tempatan
intonasi yang betul. CATATAN
Nilai:Keyakinan diri
2. Murid menjawab beberapa soalan
pemahaman berdasarkan dialog KBT: BCB
yang telah dibaca. KB-menjana idea
Pemulihan Ilmu: Kajian Lampiran 5
Tempatan kad perkataan,
1. Guru membimbing murid membaca
nama-nama kuih. Nilai: Rajin gambar
KBT: BCB
Pengayaan
1. Murid membaca frasa-frasa yang Ilmu: Kajian Lampiran 6
Pengayaan
terdapat dalam lembaran kerja yang Tempatan
diberi.
Nilai: berdikari
2. Murid mengkategorikan cara-cara KBT: BCB
jenis kuih dimasak. KB-Menjana
idea
65
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 1
Baca seni kata lagu ini dan
Nyanyikan mengikut melodi.
“Kuih Oh Kuih”
Ibuku rajin buat kuih
Bermacam-macam jenis kuih
Bahulu, karipap, buah melaka
Bolehku makan sekeluarga.
Kuih, kuih, kuih, kuih, kuih, kuih 2X
Keria, lempeng, koci, lepat
Marilah kawan, mari dekat
Rasalah kuih yang beraneka
Pasti kawan semua akan suka.
Melodi : Papaku Pulang Dari Kota.
66
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 2
Kuih apakah ini? Sedapnya!
67
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 3
Namakan kuih berdasarkan senikata lagu dan
apakah rasanya. Tuliskan.
68
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 3
Tuliskan bagaimana
cara kuih ini dimasak.
Kuih karipap
Kuih koci
Kuih keria
Kuih lepat
69
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Baca dan fahami dialog di bawah. Beri Lampiran 4
maksud perkataan yang diwarnakan. Pentaksiran
Arif : Apa khabar Dini? Bagaimana keadaan awak sekarang?
Dini : Keadaan saya bertambah baik. Terima kasih kerana sudi
menelefon saya.
Arif : Saya akan mengunjungi rumah awak pada petang nanti. Ada
apa-apa kuih yang awak nak makan?
Dini : Oh, betulkah? Terima kasih, Arif. Saya sebenarnya teringin
hendak makan kuih keria. Boleh awak tolong belikan kuih
keria?
Arif : Boleh. Apa salahnya. Saya akan belikan kuih keria yang
bersira itu.
Dini : Terima kasih.
Arif : Sama-sama. Selain kuih karipap kuih apa yang awak suka?
Dini : Saya suka kuih lepat pisang dan ondeh-ondeh yang bersalut
kelapa.
Arif : Ondeh-ondeh, kuih apa itu?
Dini : Oh, ondeh-ondeh itu kuih melaka!
Arif : Oh, kuih melaka! Baiklah kita jumpa nanti.
Perkataan Maksudnya
sudi 70
mengunjungi
teringin
bersira
bersalut
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 5
Pemulihan
Baca nama nama kuih
di bawah.
kuih pau kuih tepung pelita
kuih lapis kuih koci
Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja.
71
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Senaraikan nama kuih mengikut Lampiran 6
cara kuih itu dimasak. Pengayaan
cucur badak koci lepat karipap
lapis keria apam vade
cucur udang
seri muka
Kuih yang dikukus Kuih yang digoreng
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
72
Kemahiran Membaca
Tahun 2
TEMA JATI DIRI
TAJUK Diri Umpama Mutiara
FOKUS Standard 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa,
UTAMA Kandungan dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.
Standard
Pembelajaran 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam
ayat yang mengandungi dua atau tiga suku
kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan
konsonan bergabung dengan sebutan yang
betul.
FOKUS Standard 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan
SAMPINGAN Kandungan ayat dengan betul.
Standard 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa
Pembelajaran dengan cara yang betul dan kemas.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Membaca dan memahami perkataan dalam ayat yang
mengandungi dua atau lebih suku kata terbuka dan tertutup
dengan sebutan dan intonansi yang betul.
ii. Membina dan menulis frasa dengan cara yang betul dan kemas.
PENGISIAN i. Ilmu: Pend. Moral
KURIKULUM ii. Nilai : bertatasusila, berhemah tinggi,rasional
iii. KBT/EMK: KB, ICT
SISTEM Tatabahasa: kata adjektif
BAHASA
Kosa kata: bangga, berhemah, disiplin, yakin, kerjasama, patuh, budi,
bertanggungjawab
MEDIA Kamus, lembaran kerja, lampiran aktiviti
73
Kemahiran Membaca
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1 Ilmu: Pend. Moral Lampiran 1
Nilai: berdikari Petikan teks
1. Guru memaparkan di skrin besar EMK: ICT
teks petikan kepada murid.
2. Guru memperdengarkan bacaan
dan meminta murid mendengar
dengan teliti.
3. Guru membimbing murid membaca
teks dengan sebutan dan intonasi
yang betul secara individu atau
kumpulan.
4. Murid secara kumpulan kecil dan
individu membaca teks dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
5. Guru dan murid bersoal jawab
tentang isi cerita dalam petikan.
Langkah 2
1. Murid diminta mengecam frasa yang Ilmu: Pend. Moral Lampiran 2
telah dihitamkan dan membacanya Latihan mencari
maksud frasa dengan
dengan sebutan yang betul. Nilai: berdikari
2. Guru membimbing murid EMK: ICT Aplikasi
menggunakan papan kekunci untuk
menaip maksud frasa tersebut
menggunakan teknik yang sesuai.
3. Murid menulis frasa tersebut
semula dalam buku latihan dan
menyatakan maksudnya dengan
tepat.
74
Kemahiran Membaca
Tahun 2
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Pentaksiran
1. Murid secara bergilir-gilir membaca Ilmu: Pend. Moral Lampiran 3
Pentaksiran
perkataan dalam ayat yang diberi
dengan sebutan dan intonansi yang Nilai: berhemah tinggi
betul .
KBT: KB- Menjana
2. Murid menulis jawapan dalam idea
bentuk frasa berdasarkan ayat yang
telah dibaca.
Pemulihan Lampiran 4
Pemulihan
1. Murid membaca dan memadankan Ilmu: Pend. Moral
perkataan dengan perkataan lain
yang disediakan menjadi frasa yang Nilai: rasional
bermakna.
KBT: KB- Menjana
idea
Pengayaan Ilmu: Pend. Moral Lampiran 5
Nilai: rasional Pengayaan
1. Murid membaca frasa yang diberi KBT: BCB
dan membina ayat yang sesuai
dengan frasa tersebut.
2. Murid membaca semula ayat yang
telah dibina.
75
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 1
Baca dan fahami petikan di bawah.
Fuad murid Tahun 2 Hijau di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2. Dia
seorang yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab. Rakan-rakan
dan gurunya suka akan budi bahasanya.
Fuad telah dilantik menjadi Ketua Kelas 2 Hijau. Dia selalu
membantu guru kelasnya mengawal disiplin kelas. Dia juga sentiasa
memastikan semua rakannya mematuhi Jadual Tugasan di Kelas 2
Hijau. Walaupun ada rakan sekelasnya yang tidak suka padanya,
namun dia sentiasa melayan mereka dengan baik. Fuad sentiasa
berdisiplin dan mematuhi jadual waktu bertugas. Sifatnya yang baik
itu menjadi teladan kepada semua rakan sekelasnya. Dia sentiasa
mengamalkan pesanan gurunya iaitu ‘Kepimpinan Melalui Teladan’.
Kelas 2 Hijau selalu diumumkan sebagai Kelas Terbaik Disiplin
dan Kelas Terbersih dalam pertandingan yang diadakan pada setiap
minggu di sekolahnya. Mereka bangga dan gembira dengan
kejayaan itu. Mereka memenangi pertandingan itu kerana
mempunyai seorang ketua yang baik dan sentiasa bekerjasama.
76
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 2
Cari makna perkataan dengan merujuk kamus dan
tuliskan di petak yang disediakan.
Bangga dan
gembira
berhemah tinggi
disiplin kelas
Mematuhi jadual
Budi bahasanya
Menjadi teladan
Bangga dan
gembira
Sentiasa
bekerjasama
77
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 3
Pentaksiran
Baca ayat berikut dan fahami
perkataan dalam bentuk frasa yang
dihitamkan .
1. Fuad murid Tahun 2 Hijau di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2.
2. Fuad seorang yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab.
3. Fuad telah dilantik menjadi Ketua Kelas 2 Hijau.
4. Mereka memenangi pertandingan itu kerana mempunyai seorang
ketua yang baik dan sentiasa bekerjasama.
5. Mereka bangga dan gembira kerana berjaya dalam pertandingan
keceriaan kelas.
78
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Jawab soalan berikut dalam bentuk frasa
berdasarkan ayat yang dibaca.
1. Di manakah Fuad bersekolah?
____________________________________________________________
_
2. Bagaimanakah sikap Fuad ?
_________________________________________________________
3. Apakah jawatan Fuad di sekolah?
__________________________________________________________
4. Mengapakah Kelas Tahun 2 Hijau boleh memenangi
pertandingan?
__________________________________________________________
5. Bagaimanakah perasaan murid Kelas Tahun 2 Hijau setelah
memenangi pertandingan?
__________________________________________________________
79
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 4
Pemulihan
Rujuk petikan Lampiran 1 dan
lengkapkan rangkai kata.
bangga kelas kerjasama
diri tinggi jadual
jawab
bertanggung___________
berhemah ___________ mematuhi ___________
disiplin ______________ sikap ________________
keyakinan ___________ berasa ______________
Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja
80
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 5
Pengayaan
Baca frasa dan bina ayat berdasarkan
frasa yang di beri.
mematuhi jadual berasa bangga budi bahasa
disiplin kelas keyakinan diri
1. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
4. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
5. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
81
Kemahiran Membaca
Tahun 2
TEMA ALAM SEKITAR
TAJUK Persekitaran Bersih dan Selamat
Standard 2.2 Membaca dan memahami perkataan,frasa, dan
Kandungan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.
FOKUS
UTAMA Standard
Pembelajaran
2.2.3 Membaca dan memahami frasa dalam ayat
majmuk daripada pelbagai bahan bacaan
dengan sebutan yang betul.
FOKUS Standard 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu
SAMPINGAN Kandungan perkara daripada pelbagai sumber.
Standard 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul dan
Pembelajaran membanding beza daripada pelbagai sumber.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan
OBJEKTIF sebutan yang betul.
ii. mencatat dan membezakan maklumat yang betul daripada
pelbagai sumber.
PENGISIAN i. Ilmu: Pend.Kesihatan, Pend. Moral
KURIKULUM ii. Nilai : kebersihan , kerjasama, bertatasusila, keyakinan diri,
rasional, kerajinan, berdikari
iii. KBT/EMK: Kreativiti dan Inovasi
BCB – bacaan mekanis, mengimlak
SISTEM Tatabahasa: Ayat majmuk - kata hubung
BAHASA
MEDIA Petikan, Lembaran aktiviti dan Lampiran aktiviti
82
Kemahiran Membaca
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1
1. Guru mempamerkan gambar Ilmu: Pend.Kesihatan Lampiran 1
tunggal tentang keadaaan sebuah Nilai: kebersihan Gambar tunggal
gerai makanan.
2. Guru bersoal jawab dengan murid EMK: Kreativiti dan
tentang gambar yang dilihat. inovasi ( Fasa
Contoh soalan: Persediaan)
Adakah gerai ini sesuai untuk
kita singgah makan?
Mengapakah kamu berpendapat
begitu?
Langkah 2
1. Guru mengedarkan petikan teks lmu: Pend.Moral Lampiran 2
kepada murid.
Nilai: kerjasama
2. Guru membimbing murid membaca
petikan secara kelas , kumpulan KBT: BCB- bacaan
dan individu dengan sebutan dan mekanis
intonasi yang betul.
EMK: Kreativiti dan
3. Guru berbincang dan meminta inovasi (Fasa
pendapat murid cara untuk Imaginasi)
memperbaiki keadaan gerai yang
terdapat dalam teks yang dibaca.
4. Murid dalam kumpulan berbincang
ciri-ciri yang perlu ada pada gerai
makanan yang ceria dan bersih.
Langkah 3 Lampiran 3
1. Guru meminta murid mengecam dan Ilmu: Pend.Moral
membaca ayat yang mengandungi
83
AKTIVITI PENGISIAN Kemahiran Membaca
KURIKULUM Tahun 2
frasa yang dihitamkan.
Nilai:bertatasusila CATATAN
2. Guru dan murid membincangkan
maksud frasa dalam ayat. EMK: Kreativiti dan
inovasi (Fasa
3. Murid mengecam dan menyebut Tindakan)
kata hubung dalam frasa yang
dihitamkan. Sistem bahasa:
Ayat majmuk
4. Murid diminta menyalin ayat –ayat Kata hubung
yang mengandungi frasa yang
dihitamkan sebagai maklumat
daripada petikan.
5. Murid membaca dan menjawab
soalan pemahaman berdasarkan
bahan petikan.
Pentaksiran
1. Murid membaca ayat dan Nilai:Rasional Lampiran 4
membezakan maklumat yang betul Pentaksiran
dalam ayat dengan menandai tanda KBT:KB-banding beza
( √ ) pada ayat betul.
Pemulihan
1. Murid membaca ayat dengan Nilai:kerajinan Lampiran 5
Pemulihan
sebutan yang betul dan menulis ayat
tersebut pada gambar yang sesuai.
Pengayaan Nilai:berdikari Lampiran 6
1. Murid membaca frasa yang diberi Pengayaan
dan membina ayat yang sesuai
dengan frasa tersebut. KBT:KB-menjana idea
84
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 1
Lihat dan fahami gambar di bawah.
1. Nyatakan keadaan di sekitar gerai ini ?
2. Apakah kesannya gerai seperti ini kepada alam sekitar ?
3. Nyatakan langkah yang baik menjaga keadaan persekitaran gerai ini.
4. Apakah penyakit yang berpunca daripada gerai yang kotor ini?
5. Apakah tindakan yang harus diambil oelh pengunjung gerai ini?
85
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 2
Baca dan fahami petikan di bawah dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
Persekitaran Bersih
Hana dan Azim baru pulang dari sekolah. Cuaca
pada hari itu sangat panas dan mereka berasa
sangat dahaga. Mereka singgah untuk minum di
sebuah gerai di tepi jalan . Mereka melihat gerai itu
sangat kotor. Gerai itu terletak di tepi longkang yang
airnya tersumbat dan berbau busuk.
Terdapat banyak sisa makanan dan sampah
sarap dibuang di sekitar gerai itu. Tidak jauh dari gerai
itu, kelihatan tikus berkeliaran mencari sisa makanan.
Mereka tidak mahu membeli minuman di gerai itu
kerana takut terkena keracunan makanan dan
alahan.
86
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 3
Jawab soalan di bawah berdasarkan
petikan yang dibaca.
1. Siapakah yang baru pulang dari sekolah?
________________________________________________________
2. Mengapakah mereka singgah di gerai itu?
________________________________________________________
3. Apakah yang menyebabkan tikus-tikus berkeliaran di tepi gerai
itu?
________________________________________________________
4. Mengapakah longkang berbau busuk?
________________________________________________________
5. Mengapakah mereka tidak membeli minuman di gerai itu?
________________________________________________________
87
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 4
Pentaksiran
Baca dan tandakan ( √ ) pada pernyataan
yang betul.
Tikus, lalat dan lipas boleh membiak di tempat yang
kotor.
Persekitaran yang kotor boleh menyebabkan
penyakit.
Kita patut makan dan minum di gerai yang cantik dan
bersih.
Longkang tersumbat disebabkan hujan lebat
membawa sampah sarap.
Sisa makanan hendaklah dibuang di persekitaran
tong sampah.
Menjaga kebersihan gerai adalah tanggungjawab
penjual dan pelanggan.
88
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 5
Pemulihan
Baca dan tuliskan ayat
pada gambar yang sesuai.
Dia keracunan makanan. Doktor menasihati Amran supaya
tidak makan di gerai yang kotor.
Ibu membawa Amran Amran makan di gerai yang kotor.
ke klinik.
.
Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja
89
Kemahiran Membaca
Tahun 2
Lampiran 6
Pengayaan
Baca dan bina ayat yang sesuai
menggunakan frasa diberi.
nasi lemak
tidak bersih
sakit perut
keracunan makanan
Amar ke hospital
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
90
Kemahiran Menulis
Tahun 2
3.0 STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS
Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid menulis perkataan
dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga
digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan
imaginasi untuk menghasilkan penulisan. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan
merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis.
Standard Kandungan Kemahiran Menulis
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.
3.4 Menulis imlak dengan tepat.
3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.
3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang santun.
3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul.
3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
3.9 Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang didengar,
ditonton atau dibaca.
Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis
3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih
sukakata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul
dan kemas.
91
3.2.5 Kemahiran Menulis
3.2.6 Tahun 2
3.2.7
3.3.1 Menulis ayat yang mengandungi perkataan yang dua atau lebih sukakata, diftong,
3.3.2 vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan kemas.
3.3.3
3.3.4 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.
3.4.1
3.4.2 Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai
3.5.1 dengan betul.
3.5.2 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.
3.6.1
Membina dan menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukukata,
3.6.2 diftong , vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul.
3.7.1
3.7.2 Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul
3.8.1 berdasarkan soalan dengan betul.
3.8.2
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik
dengan betul .
Menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih
sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan tepat.
Menulis imlak frasa dan ayat tunggal yang mengandungi perkataan dua atau lebih
sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan tanda
baca yang tepat.
Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber.
Mencatat maklumat penting yang betul untuk menghubung kaikan fakta daripada
pelbagai sumber.
Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan perkataan,
diksi, frasa dan ayat dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara
berpandu.
Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berbentuk puisi dengan
menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.
Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dengan betul secara separa terkawal.
Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa
terkawal dengan betul.
Mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan dan tanda baca.
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan dan tanda baca.
92
Kemahiran Menulis
Tahun 2
3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran menulis, guru perlu
memberi pertimbangan aktiviti yang
sesuai sebelum, semasa dan selepas
kemahiran menulis yang diajar.
Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan
melalui pelbagai aktiviti secara
terancang bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan. Guru boleh
merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.
93
Kemahiran Menulis
Tahun 2
TEMA KEBUDAYAAN
TAJUK Kuih-muih Melayu
Standard 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat
Kandungan dengan betul.
FOKUS Standard 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan
UTAMA
Pembelajaran cara yang betul dan kemas.
FOKUS Standard 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan
SAMPINGAN ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan
Kandungan yang betul.
Standard 2.2.3 Membaca dan memahami frasa dalam ayat
Pembelajaran majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan
sebutan yang betul.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Membina dan menulis frasa dengan cara yang betul dan kemas.
ii. Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
PENGISIAN i. Ilmu: Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pend.Moral
KURIKULUM ii. Nilai : membantu, berdikari, rasional, menghormati, menghargai,
iii. bersyukur
KBT/EMK: ICT dan konstekstual
SISTEM Tatabahasa : kata kerja, kata hubung
BAHASA
MEDIA Kad gambar, lembaran kerja
94