Kemahiran Menulis
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1
1. Seorang murid diminta merasa kuih Ilmu: Kajian ABM: Kuih
Lampiran 1
sambil mata ditutup dan menyebut tempatan gambar
nama kuih tersebut.
Nilai: Rasional
2. Guru memaparkan beberapa keping
gambar melalui kemudahan komputer EMK: ICT
dan meminta murid mengenal pasti
aktiviti yang terdapat dalam gambar.
3. Murid secara lisan menyebut
perkataan yang ada kaitan dengan
aktiviti yang terdapat dalam gambar.
4. Guru meminta murid menulis
perkataan dan membina frasa yang
berkaitan dengan aktiviti tersebut
dalam komputer yang dipancarkan
pada skrin besar.
5. Murid membaca semula frasa yang
telah ditulis.
Langkah 2
1. Murid bergilir-gilir membaca dan Ilmu: Pend.Moral Lampiran 2
melengkapkan frasa pada latihan Latihan
melengkapkan
yang terdapat pada skrin besar yang Nilai: membantu, frasa
dipancarkan melalui komputer.
berdikari
2. Murid menulis frasa tersebut ke dalam KBT:KB-menjana
buku latihan yang disediakan. Idea
95
AKTIVITI PENGISIAN Kemahiran Menulis
KURIKULUM Tahun 2
Langkah 3
CATATAN
1. Guru memperkenalkan kata hubung
menggunakan kad perkataan dan Lampiran 3
membimbing murid menggunakan Latihan kata
kata hubung tersebut dalam konteks hubung
ayat.
2. Murd secara bergilir-gilir membuat
latihan yang disediakan dalam
komputer.
3. Murid menyalin semula latihan ke
dalam buku latihan.
Pentaksiran KBT:KB- Lampiran 4
menganalisis Pentaksiran
1. Murid melengkapkan ayat dialog
dengan menggunakan frasa yang
sesuai.
Pemulihan Ilmu: Kajian Lampiran 5
Tempatan Pemulihan
1. Guru membimbing murid
melengkapkan frasa berpandukan Nilai: menghargai
gambar dengan perkataan yang
sesuai. KBT:KB-menjana
idea
2. Murid membaca frasa yang telah
dibina.
Pengayaan Nilai : berdikari Lampiran 6
Pengayaan
1. Murid melengkapkan ayat dengan
menggunakan perkataan sendiri
menggunakan kata hubung.
96
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 1
Teka apakah aktiviti apa yang
terdapat dalam gambar.
97
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 2
Lengkapkan frasa di bawah berdasarkan gambar dan
perkataan yang diberi dengan menaip perkataan
tersebut.
menghiris menjerang
mengukus menguli
1. air. 3. bawang.
2. tepung. 4. kuih.
98
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 3
Lengkapkan ayat majmuk di bawah dengan kata
hubung yang diberi dengan menaip
menggunakan komputer.
dan
sambil
tetapi
kerana lalu
1. Salina membantu ibunya menyediakan nasi lemak
kuih-muih.
2. Salmi menolong ibunya menyusun nasi lemak
mendengar radio.
3. Ammar tidak datang ke sekolah demam.
4. Walaupun Wahidah kaya, dia tidak sombong.
5. Malika membungkus nasi lemak memasukkannya
6. ke dalam bakul.
99
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 4
Pentaksiran
Lengkapkan dialog di bawah dengan
menggunakan frasa yang diberi.
pastikan kerja saya dan adik sambil mendengar
radio
agar dapat makanan tidak
meringankan tercemar
Ibu : Dini, bolehkah tolong ibu sediakan bahan-bahan membuat nasi
lemak ?
Dini : Baiklah ibu, ______________________________ akan membantu ibu.
Ibu : Sebelum menolong ibu, pastikan kamu mencuci tangan dengan
bersih supaya ______________________________________________.
Adik : Kakak, bolehkah adik membantu ibu ____________________________?
Dini : Boleh, tetapi _______________________________________ kamu siap.
Adik : Kakak, kenapa kita mesti menolong ibu?
Dini : Kita patut menolong ibu _____________________________________
bebannya.
Adik : Oh, begitu!
100
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 5
Pemulihan
Baca dan lengkapkan frasa dengan
kata kerja berdasarkan gambar.
______________lemang _________________ lauk
____________kek _______________ kuih
___________________air ____________ minuman
Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja.
101
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 6
Pengayaan
Lengkapkan ayat dengan
menggunakan frasa yang diberi.
makdaannkuih mesnamdebnil gar radio
tiga keping kuih menggoreng lempeng pisang
rasanya manis
1. Adik tidak suka ___________________karipap.
2. Rini membeli sebungkus nasi lemak dan ___________________________.
3. Ayah makan kuih koci sambil _____________________________________.
4. Saiful suka makan kuih keria kerana _______________________________
5. Kamalina _____________________________________ untuk keluarganya.
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja.
102
Kemahiran Menulis
Tahun 2
TEMA JATI DIRI
TAJUK Sikap Bergotong - royong
FOKUS Standard 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang
UTAMA Kandungan 3.2.6 diberi dengan betul dan kemas.
Standard Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.
Pembelajaran
FOKUS Standard 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan
SAMPINGAN Kandungan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.
Standard 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
Pembelajaran mengikut tanda baca.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Menulis ayat majmuk dengan cara yang betul dan kemas.
ii. Membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
PENGISIAN i. Ilmu: Kajian Tempatan
KURIKULUM ii. Nilai : tolong-menolong, kerajinan
KBT/EMK: Kreativiti dan inovasi, konstekstual
iii.
SISTEM Tatabahasa : kata kerja, kata hubung
BAHASA
MEDIA Kad gambar, lembaran kerja
103
Kemahiran Menulis
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1
1. Murid dipertontonkan sebuah klip Ilmu: Kajian Tempatan Lampiran 1
Slaid gotong
video majlis perkahwinan. royong
Nilai: kerajinan
2. Murid bersoal jawab tentang suasana
majlis tersebut. KBT: KB- Menjana
Contoh soalan: idea
Video apakah yang kamu sedang EMK: Kreativiti dan
tonton? inovasi (Fasa
Apakah aktiviti yang mereka Persediaan)
lakukan dalam video tersebut?
3. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan gotong royong dan
menerangkan faedah amalan gotong
royong.
4. Murid mengenal pasti aktiviti yang
dipaparkan melalui tayangan slaid.
5. Murid menulis nombor yang sesuai
pada gambar yang diberikan
berdasarkan tayangan slaid.
6. Murid menulis perkataan dan frasa
yang berkaitan dengan aktiviti yang
ditunjukkan dengan tulisan yang
kemas mengikut susunan nombor
yang betul.
Langkah 2 Ilmu: Kajian Tempatan Lampiran 2
1. Murid membaca petikan dengan Nilai: kerajinan
lancar, sebutan yang jelas, dan
intonasi yang betul berdasarkan EMK: Kreativiti dan
tanda baca. 104
AKTIVITI PENGISIAN Kemahiran Menulis
KURIKULUM Tahun 2
2. Murid memahami perkataan dalam
ayat yang dihitamkan dengan inovasi (Fasa CATATAN
mencari makna perkataan tersebut. Imaginasi)
3.
Langkah 3 Ilmu: Kajian Tempatan Lampiran 3
1. Murid diberi lembaran kerja untuk EMK: Kreativiti dan
melengkapkan cerita mengikut inovasi (Fasa
kreativiti sendiri. Perkembangan)
Langkah 4
1. Murid mempersembahkan cerita yang EMK: Kreativiti dan Petikan Aktiviti 3
mereka hasilkan melalui aktiviti inovasi (Fasa Tindakan)
bercerita.
Pentaksiran KBT: KB- Menjana idea Lembaran Kerja
Pentaksiran
1. Murid memadankan frasa menjadi
ayat yang betul.
Pemulihan KBT: BCB- Membaca Lembaran Kerja
mekanis Pemulihan
1. Murid mencantum dan menulis
semula perkataan menjadi rangkai
kata yang betul.
Pengayaan KBT: BCB- Membina Lembaran Kerja
ayat Pengayaan
1. Murid membina dan menulis ayat
majmuk berdasarkan gambar yang
diberikan.
105
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lihat aktiviti dalam gambar dan tulis nombor Lampiran 1
pada frasa yang sesuai. Kemudian salin
frasa mengikut susunan nombor yang betul.
1 23
45 6
Nombor Frasa Nombor Frasa
mencabut rumput
membersihkan longkang menyapu sampah
menanam pokok
mengumpul sampah
menebas semak
Nombor Frasa Nombor Frasa
1 4
2 5
3 6
106
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 2
Baca petikan ini. Salin perkataan
yang dihitamkan dan beri maknanya.
Sang Semut tinggal di Kampung Indah. Penduduk di kampong ini
saling menghormati sesame mereka. Pada suatu hari, Kampung Indah
dilanda rebut taufan. Banyak rumah yang musnah. Sang Semut dan rakan-
rakannya berasa susah hati.
Tiba-tiba, datang seekor burung merpati menghampiri mereka.
“Mengapa kamu bersedih, wahai Sang Semut?” Tanya Sang Merpati.
“Kami kehilangan tempat tinggal kerana rebut melanda kampung kami,
wahai Sang Merpati.” Rintih Sang Semut.
Sang Merpati dengan rela hati ingin menawarkan diri untuk
membantu sang Semut dan rakan-rakannya membina semula rumah
mereka. Mereka bergotong-royong mengumpulkan tanah dan pasir.
Sang Semut dan rakan-rakannya tolong-menolong membersihkan
kawasan perkampungan mereka. Mereka juga beramah mesra dengan
Sang Merpati yang baik hati itu. Setelah siap, mereka mengucapkan terima
kasih kepada Sang Merpati.
saling menghormati
rela hati
bergotong royong
tolong menolong
beramah mesra
107
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 3
Mari menyalin petikan perenggan pertama dan
menghabiskan cerita mengikut kreativiti sendiri.
Sang Semut dan rakan-rakannya tolong-menolong
membersihkan kawasan perkampungan mereka. Mereka juga
beramah mesra dengan Sang Merpati yang baik hati itu. Setelah
siap, Sang Semut dan rakan-rakannya mengucapkan terima kasih
kepada Sang Merpati.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__________
108
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran
Pentaksiran
Padankan ayat di bawah menjadi ayat
lengkap. Kemudian salin ayat itu.
1. Saya dan adik menolong ayah
mencuci pinggan.
2. Kakak menolong ibu mencuci longkang.
3. Abang menolong mencuci kereta.
ayah
di belakang rumah.
4. Setiap petang ibu
menyiram pokok bunga.
5. Datuk menebas lalang
1. _____________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________
3. _____________________________________________________________________
4. _____________________________________________________________________
5. _____________________________________________________________________
109
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran
Pemulihan
Suaikan perkataan dan tulis semula perkataan-
perkataan yang dicantumkan menjadi rangkai
kata.
mesra menghormati
hati royong
menolong
rela
tolong
beramah
saling
bergotong
Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja
110
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Tuliskan frasa yang sesuai Lampiran
bagi gambar yang diberi. Pengayaan
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
111
Kemahiran Menulis
Tahun 2
TEMA ALAM SEKITAR
TAJUK Berkelah di Sungai
Standard 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat
Kandungan dengan betul.
FOKUS Standard 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat
UTAMA
Pembelajaran majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.
FOKUS Standard 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan
SAMPINGAN Kandungan 1.4.1 tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal
Standard secara bertatasusila.
Pembelajaran
Berbual tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan frasa yang betul dalam situasi tidak
formal secara bertatasusila.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Membina beberapa ayat majmuk dengan betul dengan merujuk
bahan bacaan yang dibaca.
ii. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa yang
betul dalam dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
PENGISIAN i. Ilmu: Kajian Tempatan
KURIKULUM ii. Nilai : kerjasama, berdikari,bersyukur,menjaga kebersihan
EMK/KBT: ICT dan Belajar Cara Belajar
iii.
Tatabahasa: Kata hubung, ayat majmuk
SISTEM
BAHASA
MEDIA Gambar tempat-tempat perkelahan, lembaran aktiviti
112
Kemahiran Menulis
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1 Ilmu: Kajian Media:
Tempatan Gambar slaid
1. Guru memaparkan slaid gambar tempat-tempat
tempat-tempat yang boleh dijadikan Nilai: Prihatin perkelahan.
tempat perkelahan dan meminta
murid menelitinya. ICT
2. Murid dan guru menceritakan
keadaan tempat dalam paparan
gambar itu.
Langkah 2
1. Guru meminta murid memilih salah Nilai: Kerjasama
satu tempat dalam paparan dan KBT: Mengkategori
menulis tempat tersebut dalam
komputer .
2. Murid diminta membaca secara kuat
nama tempat tersebut.
3. Guru berbincang dengan murid
tentang pentingnya tempat-tempat
perkelahan yang menarik dikaitkan
dengan ekonomi penduduk
setempat.
Langkah 3 Nilai: bersyukur Lampiran 1
EMK: ICT Teks
1. Murid diminta membaca dan
memahami teks yang dipaparkan 113
pada skrin dengan betul.
2. Guru dan murid bersoal jawab
tentang isi teks yang telah dibaca
dan secara bergilir-gilir menaip 5
AKTIVITI PENGISIAN Kemahiran Menulis
KURIKULUM Tahun 2
ayat mengenai isi teks tersebut
menggunakan ayat sendiri. CATATAN
Langkah 4 Nilai: bersyukur Lampiran 2
Lembaran kerja
1. Murid diberi lembaran kerja dan KBT: KB-menjana
diminta melengkapkan ayat-ayat idea
berpandukan isi teks yang telah
dibaca.
2. Secara kumpulan, murid dibimbing
untuk berbincang mengenai
beberapa kata hubung yang dipetik
daripada teks.
Pentaksiran
1. Murid diminta menulis ayat majmuk Nilai: Berdikari, Lampiran 3
Pentaksiran
yang sesuai berdasarkan frasa yang kebersihan
diberi.
KBT:BCB-menulis
ayat
Pemulihan Nilai: Berdikari Lampiran 4
KBT: menjana idea Pemulihan
1. Murid diminta melengkapkan ayat
dengan kata hubung yang betul
berdasarkan gambar yang diberi.
Pengayaan
1. Murid diminta menulis lima ayat Nilai: Berdikari Lampiran 5
Pengayaan
majmuk yang sesuai tentang aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam gambar KBT: menjana idea
tunggal yang diberi.
114
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 1
Baca dan fahamkan teks, kemudian
tulis 5 ayat untuk menceritakan
semula kandungan teks tersebut.
Berkelah di Sungai Congkak
Pada hari Ahad yang lalu, Akil dan keluarganya pergi ke Sungai
Congkak untuk berkelah. Mereka membawa pelbagai jenis
makanan dan, minuman. Mereka juga tidak lupa membawa
pakaian, tikar dan plastik sampah.
Sampai sahaja di Sungai Congkak, mereka mencari tempat
yang sesuai untuk membentang tikar dan meletakkan barang-
barang yang dibawa. Mereka telah memilih satu tempat yang
agak sesuai tetapi kawasan di sekelilingnya penuh dengan sampah-
sampah yang telah dibuang oleh pengunjung lain.
Akil dan keluarganya mengutip sampah-sampah itu lalu
memasukkan ke dalam plastik sampah. Mereka meletakkan
sampah itu di satu tempat. Daun-daun kering dan ranting-ranting
kayu dan batu-batu sungai yang berselerakan juga mereka susun
semula di tebing sungai supaya tebing tidak rebak.
Setelah selesai, Akil dan keluarganya duduk berehat sambil
makan sebelum mandi. Ayah Akil berpesan kepada ahli
keluarganya supaya sentiasa menjaga alam sekitar. Kata ayah Akil,
“Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita dan kita harus
menghargainya supaya keindahannya akan dapat dikekalkan”.
115
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 2
Lengkapkan ayat di bawah
dengan merujuk petikan diberi.
Keluarga Akil membawa pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian,
tikar _______________________________________________________________
Di Sungai Congkak, mereka mencari tempat yang sesuai ___________
____________________________________________________________________
Akil mengutip sampah-sampah itu __________________________________
____________________________________________________________________
Akil dan keluarganya menyusun semula batu-batu di tebing sungai
____________________________________________________________________
Setelah selesai, keluarga Akil duduk berehat ________________________
____________________________________________________________________
116
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Langkah 3
Pentaksiran
Tulis ayat majmuk tentang
kebersihan alam sekitar
berdasarkan frasa di bawah.
tebing sungai tidak rebak
plastik sampah
menjaga alam sekitar
sampah dibuang oleh pengunjung
117
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lengkapkan ayat di bawah Lampiran 4
dengan frasa kamu sendiri. Pemulihan
Akil dan keluarganya pergi ke Sungai
Congkak untuk ____________________________
Anum mengutip daun-daun kering dan
___________________________________________
Akil dan abangnya menyusun batu supaya
___________________________________________
Selepas makan, Akil dan keluarganya mandi
sambil _____________________________________
Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja
118
Kemahiran Menulis
Tahun 2
Lampiran 5
Pengayaan
Bina lima ayat majmuk yang sesuai
berkaitan dengan gambar di bawah.
1. _______________________________________________________________________
2. _______________________________________________________________________
3. _______________________________________________________________________
4. _______________________________________________________________________
5. _______________________________________________________________________
Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
119
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
4.0 STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK
SENI BAHASA
Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni
bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini
secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih
berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran
dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh
murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni
Bahasa yang disediakan.
Standard Kandungan Seni Bahasa
Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik
hibur
4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif
semasa bercerita secara didik hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran Seni Bahasa
4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.2 Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku
secara didik hibur.
4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul tentang sesuatu
120
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi betul dan jelas tentang sesuatu
perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui penceritaan
secara didik hibur.
4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang
sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan
secara didik hibur.
4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelastentang
sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan
secara didik hibur.
4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.
4.4.2 Membina pantun empat kerat secara terkawal dan melafazkannya dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan jelas secara dididk hibur.
121
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA
Semasa menyediakan strategi
pengajaran dan pembelajaran Seni
Bahasa, guru perlu memberi
pertimbangan aktiviti yang sesuai dan
menarik sebelum, semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa yang diajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran ini boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
secara terancang bagi mencapai
objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai
cara seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.
122
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
TEMA KEBUDAYAAN
TAJUK Kenali Saya
FOKUS Standard 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan
UTAMA Kandungan menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara didik
FOKUS Standard hibur.
SAMPINGAN Pembelajaran
4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan
Standard dan intonasi yang betul dan jelas
Kandungan tentang sesuatu perkara serta
menggunakan bahasa badan yang
Standard kreatif melalui lakonan secara didik
Pembelajaran hibur.
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan
permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dalam
situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila.
1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan ayat tunggal
dan ayat majmuk yang betul dalam
situasi tidak formal secara
bertatasusila.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
PENGISIAN i. Mengujarkan dialog tentang sesuatu perkara dengan sebutan
KURIKULUM dan intonasi yang betul dan jelas sambil melakonkannya
SISTEM BAHASA menggunakan bahasa badan yang kreatif secara didik hibur.
ii. Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan ayat tunggal
dan ayat majmuk dengan betul dan bertatasusila.
i. Ilmu : Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
ii. Nilai : Hormat-menghormati, berhemah tinggi, menghargai
warisan
iii. KBT : Kecerdasan Pelbagai - Pengisian ruang
EMK : Kreativiti dan inovasi
Kosa kata : berwarna-warni, tradisional, inti, disira, berukir.
123
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1
1. Guru merangsang murid menamakan Nilai : Menghayati Lampiran 1
kuih kegemaran mereka dengan warisan budaya
mengemukakan soalan berdasarkan tempatan
gambar beberapa jenis kuih.
Contoh soalan: KBT : Konstektual
EMK: Kreativiti dan
Apakah nama kuih dalam gambar Inovasi (Fasa
ini? Persediaan)
Adakah kuih ini kegemaran
kamu?
Sebutkan beberapa jenis kuih
tradisional yang kamu tahu.
2. Guru membimbing murid mengenali
kuih tradisional dan kuih moden serta
mengelaskan kuih mengikut kategori
tradisional atau moden.
Langkah 2
1. Guru mengedarkan teks dialog dan Nilai : bekerjasama Lampiran 2
membimbing murid membaca dan Petikan dialog
melakonkannya dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas.
2. Murid melakonkan dialog yang diberi
dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul secara bergilir-gilir.
3. Murid membuat ringkasan tentang EMK: Kreativiti dan
kuih-kuih yang terdapat dalam dialog Inovasi (Fasa
dari segi bentuk dan rasa kuih Perkembangan)
tersebut secara lisan.
Langkah 3
124
AKTIVITI PENGISIAN Aspek Seni Bahasa
KURIKULUM Tahun 2
CATATAN
1. Murid diminta melakonkan watak TKP: Kinestatik,
setiap jenis kuih yang terdapat dalam interpersonal
petikan dialog tetapi kali ini dia
bercerita tentang dirinya dalam Nilai : Bekerjasama
bentuk dialog.
EMK : Kreativiti dan
Contoh: Inovasi (Fasa
Saya kuih karipap. Badan saya Tindakan)
bercorak dan berukir di tepi. Rasa
saya boleh dipelbagaikan. Saya
boleh berasa sardin, daging dan
ayam.
2. Ulang aktiviti ini sehingga semua
murid berpeluang melakonkan watak-
watak dalam dialog.
Langkah 3
1. Beberapa orang murid melakonkan Nilai : Bekerjasama Lampiran 3
dialog pernyataan tentang bentuk
kuih. TKP : Kinestatik Kad Gambar
Interpersonal
2. Murid lain meneka jenis-jenis kuih Pernyataan teka -
yang dilakonkan itu dengan KB : Menjana idea teki
menyatakan nama kuih tersebut.
3. Murid yang melakonkan dialog tadi
akan mempamerkan gambar kuih
berdasarkan pernyataan yang
disampaikan.
Pentaksiran Lampiran 4
1. Murid melakonkan dialog tentang
pernyataan tentang kuih.
2. Guru menilai sebutan dan intonasi
serta bahasa badan semasa mereka
mengujarkan dialog lakonan tersebut.
125
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 1
Kad gambar
Wah, sedapnya kuih ini! Apa nama
kuih ini?
126
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 2
Baca dan lakonkan dialog mengikut
watak.
Kita Serupa
: Apa khabar, karipap?
: Baik, lapis. Cantiknya badan kamu?
: Terima kasih, badan saya memang begini, berlapis -lapis dan
berwarna-warni.
: Ala karipap, awak pun apa kurangnya? Bentuk badan awak
pun cantik juga, ada yang bercorak dan berukir di tepinya.
: Betul! Betul! Betul! Bukan itu sahaja, malahan inti yang
terdapat dalam badan awak juga ada pelbagai rasa, sedap
pula tu, seperti rasa sardin, ayam, daging dan banyak lagi.
: Awak pun apa kurangnya. Walaupun badan awak serupa
macam roda tetapi ramai yang suka akan awak. Tambahan
lagi badan awak pula disira pula dengan gula.
: Ala, ketayap pun apa kurangnya. Walaupun badan awak
hijau, bentuk macam kayu tetapi lembut dan enak rasanya.
Inti awak pun lemak dan manis.
: Ha..ha..ha...kita serupa. Sebenarnya kita semua memang
sedap sebab kita kuih tradisional yang disukai ramai.
127
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 3
Teka siapa saya?
Badan saya lembut berlapis-lapis,
Warna saya merah dan putih
berselang-seli.
Bentuk badan saya bulat macam roda, dibuat
daripada tepung dan ubi keledek,
Digoreng dahulu kemudian disira dengan gula.
halus.
Bentuk badan saya panjang dan
berwarna hijau,
Inti saya kelapa dan berasa manis.
Huruf D adalah rupa saya, berinti
kentang dan berempah. Terdapat
ukiran di bahagian tepi.
128
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 4
Pentaksiran
Baca dan lakonkan dialog mengikut
watak.
Selamat pagi kawan-kawan,
Saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya
diberi nama kuih ketayap. Badan saya
panjang dan bergulung. Dalam badan saya
ada inti kelapa yang manis. Kawan-kawan
cubalah rasa saya. Ramai yang memuji rasa
saya memang manis dan sedap.
Selamat pagi kawan-kawan,
Nama saya pula kuih karipap. Badan saya
berbentuk D dan bercorak di tepi. Di dalam
badan saya ada inti ubi kentang. Inti saya
ada pelbagai rasa. Kadang kala ada rasa
daging, udang, ayam dan ikan bilis. Kawan-
kawan cubalah rasa saya ya. Rasa saya
juga memang sedap.
Nota:
Guru boleh mengubah dialog dengan kuih yang lain pula.
Guru menilai lakonan murid daripada aspek sebutan dan
intonasi yang jelas dan betul.
Guru juga boleh menilai bahasa badan murid semasa
mengujarkan dialog.
129
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
TEMA JATI DIRI
TAJUK Hati Riang Hidup Ceria
FOKUS Standard 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu melalui
UTAMA Kandungan nyanyian secara didik hibur.
Standard 4.1.1 Menyebut seni kata lagu yang mengandungi
Kandungan pengajaran dengan betul dan jelas dalam
nyanyian yang dipersembahkan secara didik
hibur.
FOKUS Standard 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat
SAMPINGAN Kandungan tentang suatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila.
Standard
Kandungan 1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan
tentang suatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas.
ii. Memberi pandangan mengenai maksud perkataan yang bergaris
dalam lirik lagu dengan betul.
PENGISIAN i. Ilmu : Pend. Muzik, Pend. Sivik & Kewarganegaraan
KURIKULUM ii. Nilai : Kerjasama, berkeyakinan, menyayangi
iii. KBT : Verbal linguistik, Interpersonal, Kinestatik
iv. EMK: ICT
SISTEM Tatabahasa : Ayat Tanya
BAHASA Kosa kata : riang, duka, sayang, ceria
MEDIA Seni kata lagu, Lembaran kerja.
130
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1
1. Guru memaparkan seni kata lagu Nilai : Berkeyakinan Lampiran 1
menggunakan skrin besar melalui Lirik lagu
komputer. KBT : Verbal
linguistik Media :
2. Murid dibimbing menyanyikan lagu Rakaman lagu
’’Hati Riang Hidup Ceria” mengikut
melodi ”Geylang Sipaku Geylang”.
3. Murid menyanyikan lagu sekali lagi
tanpa bimbingan guru dengan sebutan
yang betul dan jelas.
Langkah 2
1. Murid dibimbing menyanyikan lagu KBT : KB
dengan sebutan dan intonasi yang - Menjana idea
betul sambil menggayakan aksi yang
sesuai. Nilai: Kerjasama
2. Murid menyanyikan lagu mengikut
kumpulan secara bergilir-gilir.
3. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang maksud seni kata lagu dan
mengaitkan dengan konsep kerjasama
dan saling sayang menyayangi dengan
jati diri.
Langkah 3
1. Murid di minta menyusun rangkap lagu KBT : KB ~ banding Lampiran 2
dengan menggunakan teknik klik dan beza, menjana idea
seret secara bergilir-gilir. EMK : ICT
131
AKTIVITI PENGISIAN Aspek Seni Bahasa
KURIKULUM Tahun 2
2. Murid menyanyikan semula lagu Nilai : Kerjasama CATATAN
dengan sebutan, intonasi dan gaya
yang sesuai. Media : kad situasi
Langkah 3
1. Guru menerangkan kepentingan KBT : Lampiran 3
kehidupan yang ceria dalam diri dan KB : Menjana idea
keluarga untuk menguatkan jati diri Nilai : Kasih sayang
mereka.
EMK : ICT
2. Murid diminta memadankan perkataan
yang dihitamkan pada seni kata lagu
dengan maksudnya
menggunakan kemudahan komputer
melalui teknik yang sesuai.
Pentaksiran
1. Murid menyanyikan lagu ’’Hati Riang Nilai : Kesyukuran
Hidup Ceria” secara berpasangan untuk
guru membuat penilaian.
2. Guru menilai murid daripada aspek
sebutan seni kata lagu dan gaya murid
semasa menyanyi.
132
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 1
Nyanyikan lagu di bawah mengikut
gaya dan cara yang sesuai.
HATI RIANG HIDUP CERIA
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si rama-rama;
Riang hatiku riang
Selalu hidup bekerjasama
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si kuda-kuda;
Girang hatiku girang
Janganlah selalu kita berduka
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si rusa-rusa;
Sayang keluargaku sayang
Kehidupan kami selalu ceria
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si layang-layang
Girang hatiku girang
Antara hidup saling menyayang.
( Ikut melodi Geylang Si Paku Geylang)
133
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 2
Susun rangkap-rangkap lagu mengikut
susunan lagu yang diberi menggunakan
teknik klik dan seret.
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si layang-layang;
Girang hatiku girang,
Kami hidup saling menyayang.
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si rama-rama;
Riang hatiku riang,
Selalu hidup bekerjasama,
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si rusa-rusa;
Sayang keluargaku sayang,
Hidup kami selalu ceria,
Geylang si paku geylang, geylang,
Geylang si kuda-kuda;
Girang hatiku girang,
Janganlah selalu kita berduka,
134
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 3
Padankan perkataan dengan maksud yang
diberi menggunakan teknik yang sesuai
dalam komputer.
sayang mengasihi
ceria bersedih hati
berduka gembira
saling girang hati
berbalas-balas
bekerjasama saling membantu
riang
135
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
TEMA ALAM SEKITAR
TAJUK Bencana Alam
FOKUS Standard 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi
UTAMA Kandungan yang betul menggunakan bahasa yang indah
secara didik hibur.
Standard 4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan
Pembelajaran dan intonasi yang betul secara didik hibur.
Standard 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan
Kandungan yang diberi dengan betul dan kemas.
FOKUS Standard 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang
SAMPINGAN Pembelajaran mengandungi perkataan dua atau lebih suku
kata diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan cara yang betul
dan kemas.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
ii. Menulis secara mekanis sekurang-kurangnya dua daripada tiga
rangkap pantun yang diberi dengan betul dan kemas.
PENGISIAN i. Ilmu : Kajian Tempata
KURIKULUM ii. Nilai : Menghargai Anugerah Tuhan
iii. KBT : KB – Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.
SISTEM Tatabahasa : Kata nama am, kosa kata
BAHASA Kad gambar, lembaran kerja
MEDIA
136
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN CATATAN
KURIKULUM
Langkah 1
1. Murid menonton tayangan slaid bencana Ilmu :
alam. Kajian Tempatan
Contoh gambar :
- tanah runtuh
- banjir Nilai :
- kemarau Menghargai Kurniaan
Tuhan
2. Guru bersoal jawab dengan murid
mengenai gambar.
Contoh soalan : KBT : KB
- Apakah gambar yang kamu tonton? Membuat inferens
- Adakah suasana ini yang kita
inginkan?
- Apakah kategori yang boleh
diperkatakan tentang gambar
tersebut?
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
tajuk bencana alam dan puncanya.
Langkah 2
1. Murid dipamerkan dengan beberapa Slaid Lampiran 1
rangkap pantun melalui tayangan slaid. Petikan pantun
2. Guru membimbing murid melafazkan Ilmu : Muzik
pantun dengan sebutan, gaya, dan
intonasi yang betul secara bergilir-gilir. Nilai :
3. Guru dan murid berbincang tentang Bekerjasama
maksud pantun, rangkap demi rangkap.
Langkah 3 KBT : BCB Lampiran 2
1. Murid diedarkan petikan pantun. 137
AKTIVITI PENGISIAN Aspek Seni Bahasa
KURIKULUM Tahun 2
2. Murid menyalin semula rangkap- Menyalin rangkap CATATAN
rangkap pantun dengan betul dan pantun
kemas secara mekanis. Lampiran 3
Pentaksiran
1. Murid melafazkan satu rangkap
pantun dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
138
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 1
Melafazkan dan memahami pantun
empat kerat.
Bencana Alam
Hujan tidak berhenti-henti,
Dari pagi hingga ke malam;
Jika begini setiap hari,
Berlaku banjir musnahlah alam.
Bahang terasa terik mentari,
Badan berpeluh cepat dahaga;
Jika hujan tidak menimpa bumi,
Alamat kemarau datang menjelma.
Daun merimbun dahan berduri,
Akar bertaut mencengkam tanah;
Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah mengundang padah.
139
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 2
Tuliskan semula pantun yang diberi
secara mekanis.
Bencana Alam
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_____________________________________________________-
______________________________________________________
140
Aspek Seni Bahasa
Tahun 2
Lampiran 3
Pentaksiran
Baca pantun di bawah dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
Bencana Alam
Bahang terasa terik mentari,
Badan berpeluh cepat dahaga;
Jika hujan tidak turun di bumi,
Alamat kemarau datang menjelma.
Daun merimbun dahan berduri,
Akar bertaut mencengkam tanah;
Pokok ditebang sesuka hati,
Runtuh tanah mengundang padah.
Hujan tidak berhenti-henti,
Dari pagi hingga ke malam;
Jika begini setiap hari,
Berlaku banjir musnahlah alam.
141
Aspek Tatabahasa
Tahun 2
5.0 STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK
TATABAHASA
Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan
murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu melaksanakan
pengajaran dan pengajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan
kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek
tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan
pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa in harus diajar secara
berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru
perlu menetapkan objektif yang mesti dicapai oleh murid dengan merujuk Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran aspek Tatabahasa yang disediakan.
Standard Kandungan Aspek Tatabahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai
situasi dengan betul.
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.
Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul
mengikut konteks.
5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul
mengikut konteks.
5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul mengikut
konteks.
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks.
5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut
konteks.
142
5.1.6 Aspek Tatabahasa
5.1.7 Tahun 2
5.2.1
Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks.
5.2.2
Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.
5.3.1
Memahami dan menggunakan imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan apitan
5.3.2 dengan betul dalam pelbagai konteks.
Memahami dan menggunakan kata ganda penuh dengan betul dalam pelbagai
konteks.
Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat dengan betul dalam
pelbagai konteks. (FN +FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS)
Memahami dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang
betul dalam pelbagai konteks.
143
Aspek Tatabahasa
Tahun 2
5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
TATABAHASA
Semasa merancang strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
aspek tatabahasa, guru perlu memberi
pertimbangan pada aktiviti yang sesuai
dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran dan pembelajaran
yang diajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran ini boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
secara terancang bagi mencapai
objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai
cara seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.
144