The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CD ENSIKLOPEDIA KARAKTER KEPIMPINAN EFEKTIF (EKKE) (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by juristina akang, 2023-02-23 22:29:49

CD ENSIKLOPEDIA KARAKTER KEPIMPINAN EFEKTIF (EKKE) (2)

CD ENSIKLOPEDIA KARAKTER KEPIMPINAN EFEKTIF (EKKE) (2)

39 Kedua-dua burung merpati ini diletakkan dalam kurungan yang ada makanan dan beberapa kotak untuk melihat bagaimana rangsangan untuk mendapatkan makanan akhirnya menimbulkan celik akal. Dalam konteks kepimpinan, pencerahan berlaku melalui sumbangsaran idea, sesi dialog dan PLC yang berterusan bagi menyelesaikan sesuatu isu atau masalah. Melalui pembugaran minda pencerahan akal atau celik akal dalam menemukan solusi terhadap sesuatu isu dan masalah akan di perolehi kadangkala melalui perancangan tetapi ada juga yang tiba-tiba muncul secara spontan. Rangsangan merupakan alat untuk membolehkan manusia berfikir dan menemukan solusi. Dorongan untuk berfikir akan berlaku apabila manusia terdesak untuk mendapatkan sesuatu. Hal inilah yang perlu difikirkan oleh seorang pemimpin untuk memberi rangsangan dan dorongan agar sub ordinat bertindak dan menemukan solusi terhadap cabaran yang dihadapi. 15.2 Landasan Teori Wolfgang Kohler merupakan ahli psikologi berketurunan German-Amerika, yang lahir di kota Reval, Estonia. Beliau menamatkan ijazah sarjanamuda di Universiti Tubingen (1905-1906), Sarjana di Universiti Bonn (1906-1907), serta PhD dari Universiti Berlin (1907-1909). Bersama Max Wertheimer dan Kurt Koffka, munculnya aliran psikologi Gestalt. Kohler telah menemukan cara Burung Merpati dan Cimpanzi memecahkan masalah untuk mendapatkan makanan melalui celik akal menggunakan kotak atau bongkah kayu yang ada dalam kandang / sangkar. Penemuan celik akal ini beliau sebut dengan istilah Aha! Erlebnis. 15.3 Amali Melalui kemampuan celik akal, pemimpin sekolah akan menjadi tempat rujukan dan penyelesai masalah yang kompeten. Untuk mendapatkan elemen celik akal ini, pemimpin hendaklah sentiasa peka dengan persekitaran, menggunakan komunikasi yang berkesan, arahan yang jelas dan mempunyai kemahiran mendengar. 15.4 Kepentingannya Celik akal amat penting kepada seorang pemimpin sekolah agar dapat bertindak dengan tenang dan rasional dalam mengambil sesuatu tindakan. Hal ini juga dapat menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin dalam berhadapan pelbagai situasi


40 yang berlaku di sekolah untuk mengambil keputusan berdasarkan pencerahan (ilham) yang timbul. Untuk merangsang celik akal, perlu ada faktor dorongan, desakan dan peneguhan (reinforcement). KARAKTER 16 CERDAS 16.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan cerdas membawa konotasi yang sama dengan bijak dan cerdik yang membawa nuansa positif bagi keterampilan personaliti seseorang. Mereka amat responsif terhadap isu dan perkara yang berlaku disekitar mereka, banyak mengkaji dan menganalisis secara rasional dan berfakta dalam mengeluarkan hujah-hujah yang bernas bagi menanggapi setiap isu dan permasalahan yang berlaku. Dalam konteks kepimpinan, pemimpin yang cerdas merupakan pemimpin yang berwawasan dan mempunyai halatuju yang jelas dalam mencorakkan kepimpinannya. Dia akan selalu berkongsi wawasan (shared vision) dan nilai (shared value) dengan sumber manusia yang dipimpinnya agar bergerak selari dan mencapai halatuju yang sama. Dengan kecerdasannya juga dia dapat mengenal pasti sumber manusia yang berpotensi untuk dilatih sebagai kader kepimpinan di sekolah bagi memimpin dan membimbing guru-guru dalam melaksana kerja buat agar lebih teratur dan sistematik. 16.2 Landasan Teori Kompetensi pemimpin merujuk pengalaman, kebijaksanaan, kecerdasan dan keupayaan dalam melaksanakan tugas dengan efektif (Gentry et al. 2013)20. Seorang pemimpin yang cerdas, mengambil tindakan yang betul pada masa yang tepat (Davies et al. 2005)21 Pemimpin yang cerdas mestilah memenuhi lima kriteria sebagaimana yang dijelmakan dalam Model Kompetensi Kepimpinan Berkualiti (2015)22 20 Gentry, W.A., Eckert, R.H., Munusamy, V.P., Stawiski, S.A. & Martin, J.L. 2013. The needs of participants in leadership development programs: a qualitative and quantitative cross-country inves-tigation. Journal of Leadership & Organizational Studies, 21(1): 83-101 21 Davies, S., Darling-Hammond, L., La Pointe, M. & Meyerson, D. 2005. School leadership study: Deve-loping successful principals. Research Review. Stanford Educational Leadership Institute, California 22 Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah, 2015. Kepimpinan berkualiti : Perspekstif tentang kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan. Jurnal Pengurusan 45, pp. 143 - 154


41 16.3 Amali Untuk menjadi pemimpin yang cerdas dengan pola fikir cemerlang dan berwawasan, tentu sekali interaksi memainkan peranan yang penting. Pemimpin juga perlu luas pembacaan tentang pelbagai disiplin ilmu agar mempunyai cakrawala fikir yang luas dan mempunyai helicopter view tentang tugas dan peranannya di sekolah. Sebarang pengalaman dari interaksi dan pengetahuan daripada pembacaan adalah input penting yang boleh digunakan untuk membuat keputusan atau menjadi asas perbincangan. 16.4 Kepentingannya Pemimpin yang cerdas akan mudah menunjuk jalan kepada sumber manusia yang dipimpinnya. Beliau juga dapat dijadikan sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah dengan tenang dan tidak menimbulkan kerumitan atau keributan. Suasana sekolah akan menjadi harmoni jika dipimpin oleh pemimpin yang cerdas kerana dia tahu apa yang hendak dilakukan dan tindakan apa yang perlu diambil jika timbul sesuatu konflik atau masalah. Kecerdasan akan berlaku apabila setiap anggota organisasi apatah lagi pemimpin sebagai peneraju kepimpinan sentiasa membuat pengamatan dengan deria, merenung dan berfikir dengan mendalam disamping mengumpul data dan maklumat untuk mengambil dan membuat keputusan yang matang dan benar-benar dapat menyelesaikan segala permasalahan. Kecerdasan wujud jika tiada bias dan apa juga kepentingan yang bersifat peribadi. KARAKTER 17 CERGAS 17.1 Etimologi dan Kontekstual Tagline yang biasa dan lumrah kita temui ialah badan yang sihat otak cergas. Cergas membawa maksud aktif dan sentiasa memproses maklumat yang dibawa saraf penerima daripada apa yang diterima oleh deria untuk dicerna, dihadam dan disimpan dalam minda bagi membentuk schemata dan memperkayakan maklumat hingga menjadi pengetahuan sedia ada (idea). Cergas juga merujuk kepada otot dan anggota fizikal yang kuat dan tahan lasak dalam menghadapi keadaan yang memerlukan banyak pergerakan seperti turun naik tangga dan sebagainya.


42 Dalam konteks kepimpinan, pemimpin yang cergas akan lebih cepat mencapai matlamat yang disasarkan.Pemimpin yang cergas pemikiran akan mudah dianggap berbincang dan sedia mendengar keluhan anak buah dan dapat mencari solusi untuk memecahkan masalah. Pemimpin yang cergas dari segi fizikal akan lebih mudah melaksanakan kerja dalam mentadbir kerana tiada halangan dari segi kesihatan dan dapat bergerak dengan tangkas tanpa sebarang halangan. 17.2 Landasan Teori Menurut Jack Welch (Jeffrey, 2005), pemimpin yang bijak hanya akan mengambil orang bijak sebagai pekerjanya, pemimpin yang hebat hendaklah menjadi seorang pemimpin yang bertenaga, bersemangat tinggi (energy), bijak mendorong pasukannya (energizes), cekal dan berani menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang sukar (edge), serta seorang pelaksana yang cekap (excutes). Menurut Jack Welch (Jeffrey, 2005)23, ciri-ciri kepimpinan 4E perlu ada dalam jiwa seorang pemimpin. Pemimpin perlu mempunyai energy, energizes, edge dan executes. Menurut Peter Drucker (2010)24, pemimpin yang cerdas dan cergas tidak ragu-ragu membuat keputusan penting dan sukar. Pemimpin yang melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan, memahami bahawa aktiviti dan produktiviti merupakan dua perkara yang berbeza. Pemimpin yang bijak, berupaya mengerah tenaga, semangat dan kegigihan pasukannya supaya bertindak sehingga berjaya mencapai matlamat organisasi tersebut merupakan pelaksana yang cemerlang. 17.3 Amali Untuk menjadi seorang pemimpin yang cergas hendaklah sentiasa merenung jauh dan berfikir. Pemimpin juga menjaga pemakanan, mengamalkan diet yang sihat, selalu bersenam dan menjaga kesihatan. Mengamalkan bangun awal pagi dan berada di sekolah awal sebelum pekerja yang lain. 17.4 Kepentingannya Kehidupan yang sihat dan cergas akan menjadi resepi yang ampuh untuk menjadi pemimpin yang disegani dan berwibawa. Bukan sahaja cergas otot tetapi juga cergas 23 Jeffrey A. Krames. 2005. Jack Welch and the 4E’s of leadership. Nor Azila(Ed).Petaling Jaya: McGraw Hill 24 Peter Drucker. 2010. Managing people and organizations. United Kingdom: Emerald Group Publishing Limited.


43 otak dapat bergerak pantas dan berfikir dengan pemikiran yang baik dan bernas. Memimpin sub ordinat tak kira ramai atau sedikit, memerlukan energi otot, minda dan emosional. Justeru itu, amalan untuk mementingkan kecergasan dan pola kehidupan sihat adalah tuntutan yang menjadi kemestian kepada pemimpin agar kekal bersemangat, dinamik, tangkas dan bertenaga.


44


45 KARAKTER 18 DISIPLIN 18.1 Etimologi dan Kontekstual Disiplin bermaksud kehidupan yang berperaturan mengikut tata susila dan norma-norma yang disepakati. Karakter disiplin diterjemahkan dalam bentuk perbuatan dan tingkahlaku yang mencerminkan nilai-nilai peradaban sesebuah masyarakat atau seseorang individu. Disiplin juga merujuk kepada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh seorang pemimpin. Kehidupan berdisiplin amat penting dalam konteks kepemimpinan kerana melalui disiplin kendiri yang diterapkan dapat memberi inspirasi kepada orang bawahan dan menjadi teladan kepada mereka. Contohnya pemimpin sentiasa datang awal, menepati waktu dan mengotakan apa yang dikata. Disiplin juga dijelmakan melalui personaliti dan penampilan. Sentiasa berpakaian mengikut tata etika sebagai penjawat awam iaitu berpakaian kemas, memakai tag nama dan rambut ditata rapi. Penampilan dapat mempengaruhi persepsi orang lain dan pemegang taruh apabila mengadakan jalinan. 18.2 Landasan Teori Umumnya, pemimpin pendidikan perlu mempunyai nilai-nilai pendidikan dan sifat-sifat keperibadian (personaliti) (Bush 2008)25 juga pengetahuan dan kemahiran (Robinson 200626; Cherif et al. 2009)27 Cherif et al. (2009) telah mengenal pasti sembilan aspek pengetahuan dan kemahiran yang perlu dimiliki seorang pemimpin pendidikan iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam : 1. Pentadbiran 2. Penyeliaan dan penilaian 3. Pengurusan Kewangan 4. Hubungan luar 5. Kemahiran Interpersonal 6. Penyelidikan dan latihan 7. Pengurusan 8. Pembangunan diri 9. Profesionalisme berterusan 25 Bush, T. 2008. Leadership and Management Development in Education. London: Sage Publica-tions Ltd 26 Robinson, V.M.J. 2006. Putting education back into educational leadership. Leading & Managing 12(1), pp. 62-75 27 Cherif, A., Overbye, D. & Stefurak, L. 2009. Developing a paradigm for academic leadership development. The Journal of Higher Education Management 24(1), pp 16-34


46 18.3 Amali Untuk menghayati nilai disiplin dalam diri seseorang, pemimpin hendaklah memiliki roh dalam bekerja, ertinya mempunyai minat dan semangat yang tinggi (instrinsic motivation) yang mendorongnya untuk bekerja dengan penuh hemah dan bijaksana (work smart). Penampilan dan kekemasan diri juga penting bagi memelihara imej terutama ketika berhadapan dengan ibu bapa dan pemegang taruh. Amalan membaca dan membuat penandaarasan menjadi vital untuk menguasai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang dan aspek pengurusan agar sentiasa up to date dengan ilmu-ilmu terkini serta menguasai pelbagai Pekeliling (SPI) dan Arahan Perbendaharaan (AP) yang berkaitan. 18.4 Kepentingannya Disiplin kendiri akan menjamin kejayaan dalam memimpin kerana hanya dengan berdisiplin sahaja seseorang akan dapat memimpin dengan penuh keyakinan dan mendapat kepercayaan orang bawahan. Apabila pemimpin menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran tentu sekali segala dasar dan polisi yang hendak diterapkan dapat diberikan briefing yang jelas kepada anak-anak buah bagaimana pengoperasiannya. Penghayatan nilai-nilai kemanusiaan dan jiwa penyayang yang ada dalam diri pemimpin menjadikan amalan disiplin ang ditonjolkan Indah khabar indah rupa iaitu mengotakan apa yang dikata dan tidak hanya retorik semata-mata. Kepimpinan sekolah hendaklah berpaksikan kepada konsep ketuhanan. Paksi ketuhanan dalam sistem pendidikan adalah wajar kerana paksi tersebut adalah amat kukuh dan boleh menjamin pembentukan pendidikan seimbang. Paksi ketuhanan dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai pegangan agama yang kuat dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji. Kepimpinan sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai.


47 KARAKTER 19 DA’I 19.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah da’i merupakan serapan daripada perkataan arab iaitu pendakwah atau juru dakwah iaitu orang yang sentiasa meluruskan sesuatu dan menegakkan kebenaran dan sentiasa menegakkan yang ma’ruf bagi menyebarkan salam (kesejahteraan) dan kebaikan kepada orang lain. Da’i merupakan kata terbitan dalam Bahasa Arab yang merujuk kepada fa’il atau pelaku iaitu orang yang menjalankan urusan dakwah atau biasa juga disebut sebagai juru dakwah. Kesilapan yang selalu berlegar dalam minda kita, apabila disebut da’i adalah golongan agamawan atau para ustaz dan ustazah, sebenarnya semua kaum muslimin yang berakal dan dapat menyampaikan kebenaran adalah golongan pendakwah apatah lagi mereka yang menjadi pemimpin. Dalam konteks kepemimpinan, nasihat dan teguran perlu disampaikan untuk menyampaikan kritikan yang membina dengan bimbingan yang berterusan untuk memperbaiki kesilapan tak kiralah samada teguran dari atasan kepada orang bawahan atau teguran orang bawahan kepada pihak atasan. • Apa yang semua kita sedar ialah setiap orang tidak sempurna. Tidak semestinya orang memegang kuasa tidak membuat kesilapan begitu juga sebaliknya. • Apa yang penting bagaimana setiap orang menjalankan peranan untuk berpesanpesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Hal ini telah ditekankan dan ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firmanNya dalam al-Qur’an (Surah al-Asr). 19.2 Landasan Teori Dalam konteks kepemimpinan, penyampaian (tabligh) amat penting untuk tujuan peningkatan kualiti dan penambahbaikan. Kekerapan memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar akan meningkatkan kebarangkalian kesilapan dapat dikurangkan dan presasi orang dibawah pimpinan dapat ditingkatkan. Hal ini penting kerana dalam SKPMg2.0 telah dinyatakan peranan pemimpin itu sendiri sebagai perancang, pendorong, peneraju dan pembimbing.


48 Dunia kepimpinan adalah dunia interaksi yang memerlukan kemahiran dalam menyampaikan maklumat dan teguran bagi tujuan memperbaiki keadaan agar menjadi lebih baik dan mencapai ke tahap ideal sebagaimana yang diharapkan. Menjadi da’i bermakna menyebarkan kebaikan dan tidak menimbulkan keresahan dan konflik. Peringatan, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan adalah sarana dakwah yang boleh dikembangkan menerusi pelbagai medium. 19.3 Amali Dalam Islam sendiri telah dinyatakan melalui sabda RasululLah sallalLahu alayhi wasallam : “Sampaikan walau satu ayat” kerana biarpun satu ayat tetapi bermakna untuk membangkitkan kesedaran dan membawa kepada pembaharuan. Rajah 11 : Medium Dakwah Berdasarkan Maqasid Syari’ah, terdapat lima perkara utama bertujuan untuk memelihara kehidupan muslim, iaitu: 1. Memelihara agama 2. Memelihara jiwa 3. Memelihara akal 4. Memelihara nasab 5. Memelihara harta (Al-Syatibi dlm Nor Nazimi et.al, 2017)28 , 28 Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Jaffary Awang & Aminudin Basir Ahmad, 2017. Teori Maslow dan kaitannya dengan kehidupan muslim, Jurnal Hadhari 9(2), pp. 275-285


49 Gambar 14 : Kemahiran Abad Ke 21 Konsep Learn, Unlearn dan Relearn perlu diterapkan dalam mewujudkan dan menghayati nilai-nilai disiplin bagi kehidupan khususnya dalam konteks kepemimpinan. Inilah tugas pemimpin sebagai seorang juru dakwah (da’i). Perkembangan zaman digital pada masa kini telah memperlihatkan dengan mudah maklumat dapat diviralkan sepantas kilat kepada ramai audiens pada satu-satu masa. Sebenarnya jika dimanfaatkan kemajuan teknologi ini untuk tujuan dakwah tentu sekali amat berkesan kerana mesej dapat disampaikan kepada ramai orang dengan platform hanya dihujung jari tanpa memerlukan sebarang kos untuk merebut ladang pahala Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam menyebarkan kebaikan dan menjadi counter kepada sebarang pengaruh dan anasir yang boleh merosakkan. Membangkitkan kesedaran orang lain dan mengarah mereka ke arah kebaikan bukanlah perkara yang mudah, namun manusia mempunyai naluri, hati dan perasaan. Jika kena cara dan gayanya dapat kita menambat hati, membangkitkan naluri dan membangunkan perasaan mereka dengan wasilah yang baik penuh santun dan berhikmah. 19.4 Kepentingannya Karakter sebagai juru dakwah bukan hanya untuk golongan agama sahaja malahan orang yang menjadi pemimpin lebih-lebih lagi perlu berfungsi sebagai juru dakwah bukan hanya pemimpin sekolah tetapi juga pemimpin kanan, pemimpin guru dan kepimpinan murid dalam usaha mendisiplinkan tingkahlaku agar berperaturan dan mengikut landasan perundangan. Perubahan tidak akan berlaku secara drastik dan akan terjadi secara beransur-ansur. Justeru itu memerlukan kesabaran, pengorbanan, cetusan pemikiran dan perancangan untuk menjadikan tugas dakwah berkesan.


50 Apa yang paling mustahak ialah diri kita sendiri, bagaimana kita mempamerkan cara hidup yang baik berlandaskan Islam dan ajaran shari’at, kerana semua mata melihat dan netizen yang membaca status kita sentiasa akan menilai berdasarkan tulisan dan gambar yang dipaparkan. Jangan lain yang diucap atau ditulis lain pula yang dipaparkan secara visual atau video. Hal ini boleh merosakkan imej dan mencemarkan bukan hanya diri kita tetapi profesion kepimpinan pendidikan itu sendiri. KARAKTER 20 DEDIKASI 20.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan dedikasi merujuk kepada kesungguhan dalam pekerjaan, rajin, kerja keras dan sentiasa memastikan sistem penyampaian yang berkesan dilaksanakan agar memberi kepuasan kepada pelanggan dan memberi impak positif kepada pekerjaan yang dilakukan. Dalam konteks kepemimpinan, istilah dedikasi memang tidak lekang dalam konteks amalannya kerana melalui karakter dedikasi, seluruh fungsi dan peranan dapat dilunas dan dituntaskan dengan baik dan memuaskan hati pengikut (followers). Karakter dedikasi seorang pemimpin dijelmakan melalui kesungguhan bekerja, sentiasa berada di sekolah (visibility), mengiktiraf semua sub ordinat dan menjayakan semua peranan dengan penuh tertib dan mengikut prosedur (SOP). 20.2 Landasan Teori Orang yang mengamalkan karakter dedikasi mudah memaafkan dan berhemah tinggi dalam memimpin sebagaimana dinukilkan dalam al-Qur’an: “Maka Dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), kamu telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah kamu bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (jika mereka melakukan kesalahan), dan mohonlah ampun bagi mereka & musyawarah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah bersepakat (sesudah bermusyawarah) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orangorang Yang bertawakal kepadaNya”. (Surah Ali ‘Imran: 159 )


51 20.3 Amali Pemimpin yang dedikasi sentiasa bersemangat dalam melaksanakan setiap tugas dan menjalankan amanah yang terpikul di bahu mereka. Mereka sentiasa berpandangan positif dan memaafkan orang lain malahan membimbing mereka agar tidak lagi melakukan kesilapan. Sentiasa mengamalkan mutual respect kepada orang bawahan dan melayani mereka dengan penuh hemah sehingga mewujudkan hubungan yang baik antara pemimpin dan orang bawahan baharulah setiap visi dan misi dapat dilaksanakan secara berkesan dan dijayakan secara bersama-sama. 20.4 Kepentingannya Sikap dedikasi amat penting dalam menjayakan peranan sebagai pemimpin kerana nilai peribadi pemimpin menjadi sorotan orang bawahan dan sumber teladan. Ketenangan pemimpin, idea-idea bernas yang dilontarkan serta pengaruh personaliti yang baik akan mempengaruhi orang bawahan dan mendorong mereka untuk bersama-sama pemimpin menjayakan aspirasi dan hasrat yang ingin dilaksanakan. Dedikasi adalah manifestasi daripada minat terhadap kerjaya yang ditekuni dan adanya roh kepimpinan dan roh seorang guru dalam hati dan jiwa pemimpin dan guru-guru ketika melaksanakan tugas. KARAKTER 21 DEMOKRASI 21.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah demokrasi membawa konotasi kepada hak kebebasan bersuara, menyuarakan pandangan, tiada kekangan dan sentiasa disediakan sistem sokongan dalam melaksanakan dan memudahkan pekerjaan. Mahmood Zuhdi (1999)29 menyatakan kepimpinan itu terjadi dalam pelbagai bentuk dan berfungsi kepada semua orang. Tidak ada orang yang menjadi pemimpin dalam semua hal dan tidak ada orang yang terlepas dari fungsi kepimpinan. Menurut Thomas & Wahju (2007)30 kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi bergantung kepada pemimpin dan jenis kepimpinan yang diamalkan. Kepemimpinan 29 Mahmood Zuhdi Hj. Ab Majid, 1999. Dinamisme Kepimpinan Islam. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepimpinan Islam Serantau, 14 & 15 Jun 1999. Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 30 Thomas, S. K. & Wahju, A. R. 2007. Kepimpinan Transfor-masional dan Pengaruhnya Terhadap Kepuasan Ke Atas Kualiti Kehidupan Kerja dan Komitmen Organisasi: Kajian Ke Atas Guru-Guru SMU di Kota Surabaya. Jurnal Manajemen Dan Kewirausahan. Vol. 98, No. 1, pp. 49 – 61


52 demokratik tidak lagi bersifat autokratik sebaliknya memberi peluang kepada orang bawahan untuk menyuarakan pandangan dan membuat teguran kepada pihak pengurusan bagi memelihara dan menjaga kualiti kepimpinan (bottom up) kerana pihak pengurusan dan pimpinan juga tidak lepas daripada membuat kesilapan, asalkan namanya manusia, maka tidak ada yang sempurna. 21.2 Landasan Teori Menurut Yusof (1990)31 terdapat tiga gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan mengarah (autokratik), penyertaan (demokratik) dan pencapaian (laissez-faire). Menurut Khalid (2002)32, kepimpinan pendidikan yang berkesan memerlukan satu usaha yang teratur, bersistem, bertatatertib serta optimum yang dapat menyepadukan serta memanfaatkan kesemua komponen pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kejayaan. Pemimpin yang demokratik akan mewujudkan perkongsian peranan dan visi dengan semua staf untuk mencemerlangkan organisasi secara bersama-sama. Amalan kepimpinan distributif merupakan salah satu elemen penting dalam menjayakan peranan sebagai pemimpin demokratik iaitu menjadi pemimpin pelbagai (Spillane et al., 2004)33 . Gaya kepimpinan distributif membenarkan pemimpin berkongsi bebanan tugas yang semakin meningkat dengan orang bawahan (Meng Tian et al., 2015)34 . 21.3 Amali Seorang pemimpin yang demokratik tidak mengutamakan pandangannya tetapi membuka luas perbezaan pandangan bagi mendapatkan kesepakatan. Pemimpin juga berkongsi peranan dan menurunkan kuasa kepada mereka yang berpotensi untuk memudahkan pelaksanaan dan mengurangkan birokrasi. Komunikasi yang berkesan amat penting agar setiap solusi yang diambil daripada perbincangan adalah jelas dan difahami oleh semua sub ordinat. Natijahnya masing-masing terlibat sebagai satu pasukan perubahan yang menggerakkan fungsi masing-masing untuk menjalankan misi dan mencapai visi yang telah ditetapkan. 31 Yusof , A.M. 1990. Kepimpinan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 32 Khalid Mohd Nor. 2002. Belajar teknik belajar di sekolah dan di universiti. Kuantan : PTS Publica-tions & Distributor Sdn.Bhd 33 Spillane, Halverson & Diamond. 2004. Towards a theory of leadership practice: a distributed pers-pective. Journal of Curriculum Studies, 36(1), pp3–34. 34 Meng Tian, Mika Risku & Kaija Collin. 2015. A meta-analysis of distributed leadership from 2002 to 2013: Theory develop-ment, empirical evidence and future research focus. Educational Management Administration & Leadership, pp1–19


53 21.4 Kepentingannya Amalan berbentuk demokratik adalah lebih popular dan menjadi trend masa kini. Pemilihan konsep kepimpinan terbuka dan berkongsi visi menjadikan kepemimpinan di sekolah lebih berdaya saing dan mencipta suasana yang harmoni antara semua personal perubahan dan semua peringkat kepimpinan di sekolah. Hal ini akan menentukan kejayaan dan menjadi resepi kecemerlangan sesebuah organisasi. KARAKTER 22 DINAMIK 22.1 Etimologi dan Kontekstual Dunia kini sentiasa mengalami perubahan demikian juga dunia pendidikan yang terus berkembang dan mengalami perubahan selari dengan perubahan dunia dan zaman. Arus globalisasi pada hari ini mendekatkan jarak perhubungan, membentuk dunia tanpa sempadan dengan penggunaan teknologi 4G telah mengubah dunia menjadi perkampungan global tentu sekali memerlukan kesediaan untuk beradaptasi dengan perubahan dan dinamik terhadap apa juga keadaan. Karakter dinamik iaitu sedia beradaptasi dengan perubahan amat penting dalam diri seorang pemimpin kerana seorang pemimpin tidak boleh jumud dan statik. Setiap perubahan yang berlaku akan mempengaruhi pola kepemimpinan dan pola operasi pendidikan. Misalnya dengan kemasukan teknologi dan pelantar digital pada hari ini, sejauhmana keupayaan pemimpin untuk mengintegrasikan teknologi dan memastikan proses instruksional memanfaatkan perubahan tersebut untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan remaja yang lahir pada abad digital hari ini. Mereka tidak lagi berminat dengan hanya sandaran kepada buku dan papan putih semata-mata. Dalam melaksanakan mesyuarat misalnya, bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan untuk berbincang tanpa bersemuka. Semuanya ini memerlukan keterbukaan dan kepimpinan yang dinamik, sedia berubah untuk melaksanakan pembaharuan. 22.2 Landasan Teori Pemimpin yang dinamik ialah pemimpin yang dapat melakukan islah iaitu pembaharuan dan sedia menyesuaikan diri (adaptable) dengan suasana perubahan yang melanda dunia pendidikan. Dalam konteks ini, para guru novis yang terlatih dan lahir pada zaman digital perlu digalakkan kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan program di sekolah


54 kerana kreativiti lazimnya merupakan respons kepada perubahan yang melanda dunia pendidikan. Asas dan teras kepada pendidikan di Malaysia ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) namun jika tidak dikembangkan akan kekal statik dan tidak dioperasikan. Gambar 15 : Pemikiran Global Justeru itu, sebagai pemimpin yang dinamik bagaimana pengembangan dan pemahaman akan FPK ini disebarluaskan kepada guru-guru melalui pelbagai siri penataran, paparan dalam bentuk infografik dan percambahan idea tentang pengoperasian konsep pendidikan holisik, bersepadu, seimbang dan harmoni agar langkah pengembangan potensi murid dalam tiga domain utama iaitu kognitif, afekif dan psikomotor dapat dijayakan secara berkesan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sendiri menegaskan tujuan pendidikan itu sendiri untuk melahirkan Insan Yang Seimbang dalam konteks Islam disebut al-Insan al-Kamil yang potensi kemanusiaannya terdidik secara menyeluruh dan bersepadu dalam empat domain utama iaitu domain jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). 22.3 Amali Menurut Miller (2000)35, ada dua perkara penting yang perlu diketahui tentang kedinamikan setiap individu, iaitu pertama, setiap individu terbentuk daripada pengalaman, perasaan, idea, impian, ketakutan dan harapan manakala yang kedua, kita hendaklah memberi tindakbalas terhadap keupayaan mereka belajar, terbuka terhadap 35 Miller, R. 2000. What Are Schools For? Holistic Education in American Culture (3rd Ed.). Brandon, VT: Holistic Education Press


55 minda ingin tahu mereka dan peka dengan perkembangan dunia yang berlaku pada masa kini agar relevan dan up to date dengan pemikiran dan keperluan murid-murid abad digital masa kini. 22.4 Kepentingannya Mahu tidak mahu (by hook or by crook) dalam dunia yang sentiasa berubah, amalan kepimpinan di semua peringkat dalam sekolah juga perlu berubah. Penerapan kegiatan untuk menambahbaik amalan seperti pelaksanaan kegiatan Lesson Study, Action Research, Peer Teaching, Student Voice, Teacher Voice, Learning Walk, Professional Learning Community, Virtual Learning, Instructional Round dan pelbagai bentuk perubahan baharu dalam amalan pedagogi perlulah ditanggapi secara profesional agar usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan mencemerlangkan organisasi dapat dijayakan. KARAKTER 23 DOMINAN 23.1 Etimologi dan Kontekstual Sikap dominan bererti menggunakan kuasa dan pengaruh untuk memanipulasi orang lain bagi mencapai sesuatu matlamat. Istilah ini boleh membawa konotasi negatif dan boleh menjadi positif tergantung bagaimana sikap dominan itu kita halakan dan gunakan. Amalan dominan pemimpin terhadap orang bawahan tidak semuanya berkonotasi negatif, kerana sebagai pemimpin, mereka mestilah in the know tentang apa yang berlaku dalam organisasi, tiada yang menjadi rahsia dan sentiasa dalam pengetahuan. Pemimpin dapat melakukan pemantauan bagi memastikan setiap pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dapat dioperasikan secara konsisten dan berkesan. Sebagai pemimpin, karakter dominan juga penting untuk mengawal sebarang tindak tanduk orang yang dipimpin agar tidak terbabas dan bercanggah dari perancangan. Pemimpin berfungsi menjadi check and balance bagi memastikan setiap prosedur dan standard dipatuhi dan dilaksanakan. Nilai baik pemimpin yang dominan akan menjadi ikutan dan dilestarikan sebagai budaya yang menjadi amalan semua warga sekolah kerana didorong oleh kesungguhan kerja, kewibawaan pemimpin dan perhatiannya terhadap setiap pelaksanaan program.


56 23.2 Landasan Teori Kebudayaan yang dominan di sesebuah negara dicerminkan oleh kepimpinan (Hostede, 2001)36. Kepimpinan berkesan mencerminkan budaya di mana amalannya dilaksanakan (Smith & Peterson, 1988)37 . Hasil kajian oleh entiti sosial Keberkesanan Kepimpinan Global dan Tingkah Laku Organisasi (Global Leadership and Organizational Behavior Effectiveness-GLOBE) daripada 61 budaya di seluruh dunia, menunjukkan segala hal yang diharapkan daripada pemimpin, yang boleh dan tidak boleh dilakukan pemimpin, serta status dan pengaruh yang diberikan oleh pemimpin adalah berbeza-beza mengikut dominan nilai dan budaya tempatan (House et al., 1999)38 23.4 Amali Karisma seorang pemimpin akan meningkat pada pandangan orang bawahan (sub ordinat) jika sikap dominan beliau dihalakan pada sisi yang positif. Dominan boleh diterapkan untuk mempertahan SOP pelaksanaan, menjalankan pemantauan dan beradaptasi dengan budaya setempat (lokal). Hubungan dengan komuniti penting dengan mengambil kira budaya lokal dan menerapkan nilai-nilai kepemimpinan yang fleksibel dan sedia berkompromi dengan nilainilai positif untuk tujuan kecemerlangan organisasi dan keharmonian dalam organisasi namun dengan prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan mengikut piawaian dan standard tertentu. 23.4 Kepentingannya Pemimpin yang dominan bukan bermakna autokratik tetapi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan saksama dan efektif melalui melalui tindak susul yang autentik dan mengambilkira nilai-nilai setempat agar kekal menjadi institusi yang menjadi agen perubahan dalam komuniti. Dominan tidak boleh dipandang dalam sudut yang negatif sebaliknya dipandang dalam sudut yang positif, iaitu mempunyai prinsip dan kekuatan dalaman yang tinggi dan dapat mendepani setiap cabaran dengan pemikiran yang tekal, bijaksana dan matang. 36 Hofstede GH, 2001. Culture’s consequences: Comparing values, behaviors, institutions, and organizations across nations, 2nd ed. Sage Publications Inc, California 37 Smith PB, Peterson MF, 1988. Leadership, organization and culture: An event management model. Sage, Beverly Hills, CA 38 House RJ et al. 1999. Cultural Influences on leadership and organization: Project Globe. Advances in Gender Research Series, 2nd Ed. Emerald Group Publishing Ltd, Bingley, UK


57 KARAKTER 24 DORONGAN 24.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan dorongan merupakan istilah yang biasa digunakan dalam perhubungan sosial. Dorongan menjadi penggerak yang menimbulkan motif bekerja. Dorongan terbahagi kepada dua iaitu dorongan dalaman (instrinsic motivation) dan dorongan luaran (extrinsic motivation). Dorongan dalaman akan menjadikan sesuatu perubahan menjadi lebih berkesan kerana berlaku atas kehendak individu itu sendiri untuk berubah, akibat kesedaran dan kehendak untuk berubah. Rajah 12 : Jenis Dorongan Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, wujud dalam diri individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar. Motivasi intrinsik berdasarkan kepada kepuasan diri sendiri, keseronokan dalam melaksanakan aktiviti dan bukannya berusaha ke arah ganjaran luaran. Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik. Pihak luar boleh jadi pemimpin, guru atau rakan-rakan namun demikian faktor dalaman akan lebih berkesan dalam mengubah tabiat dan tingkahlaku. Dalam konteks kepemimpinan, salah satu peranan penting yang perlu dimiliki oleh pemimpin ialah memberi dorongan kepada orang bawahan. Dalam erti kata lain, sentiasa memberi galakan, meningkatkan motif ke arah perubahan yang positif. Pemimpin perlu mengetahui kekuatan dalam diri mereka yang menyebabkan kepimpinan mereka diterima. Kekuatan dalam diri pekerja juga perlu dikenal pasti agar potensi mereka boleh dioptimumkan untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu, seseorang pemimpin juga


58 perlu menyesuaikan gaya mereka mengikut situasi yang berbeza. Mereka perlu mengetahui situasi yang boleh menyokong gaya kepimpinan yang diamalkan. 24.2 Landasan Teori Leithwood, Jantzi, & Steinbach (1999)39 bersetuju bahawa pemimpin sekolah yang berkesan dikatakan cenderung mengamalkan amalan kepimpinan transformasional yang melibatkan kemahiran mempengaruhi, merangsang intelektual, memberi inspirasi dan memberi perhatian terhadap setiap individu dalam organisasi. Bass & Riggio, (2006)40, menegaskan untuk mewujudkan dorongan yang berkesan terhadap kerja guru, pemimpin sekolah hendaklah memberikan perhatian untuk mewujudkan suasana tempat kerja yang baik kepada guru-guru agar kondusif dan melestarikan budaya kerja yang positif. Terdapat lebih 90 pemboleh ubah atau dimensi yang boleh digunakan untuk memahami maksud kepimpinan menurut perspektif pengkajipengkaji kepimpinan daripada pelbagai disiplin. Antara dimensi tersebut ialah keupayaan memberi sokongan, mengambil risiko, aktif, sentiasa terkehadapan, membina kebersamaan, berpengaruh, kreatif, berinovasi, berorientasikan matlamat dan kemanusiaan (Winston & Patterson, 2006)41 Berdasarkan Standard 1 SKPMg2.0, pemimpin yang efektif menjalankan tiga peranan yang utama (3P) iaitu: Peneraju, Pembimbing dan Pendorong. 24.3 Amali Sebagai pemimpin yang menjalankan peranan sebagai motivational extrinsic maka pemimpin perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek-aspek pengurusan dan instruksional agar dapat memberikan input dan sistem sokongan kepada staf (guru-guru dan pegawai pentadbiran) untuk memperbaiki kualiti dan menambah baik amalan agar memberi impak yang jelas kepada pelanggan sekolah. Dorongan boleh juga berbentuk sokongan moral, ganjaran, peneguhan dan pengiktirafan. Pemberian APC dan sokongan ke arah kenaikan pangkat juga menjadi salah satu usaha yang ketara bagaimana meningkatkan motivasi pekerja dalam kerjaya mereka. 39 Leithwood, K., Jantzi, D., & Steinbach, R. 1999. Changing Leadership for Changing Times. Bucking-ham, Philadephia, Open University Press 40Bass & Riggio, 2006. Transformational leadership (2ndEd). New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates. 41 Winston, B.E. & Patterson, K. 2006. An Integrative Definition of Leadership. International Journal of Leadership Studies, Vol. 1 Issue 2, pp. 6-66


59 24.4 Kepentingannya Sumber manusia dalam organisasi boleh digerakkan dengan saksama jika ada faktor yang menggalakkan kepada mereka, justeru itu pemimpin perlu bijak dalam menilai prestasi dan memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi kerja dengan pakej ganjaran dan sistem sokongan yang tertentu agar kualiti penyampaian dan kepuasan kerja dapat meningkat dan memberi impak bukan hanya kepada pembangunan individual (ID) tetapi juga kepada pembangunan organisasi (OD). Melalui tindakan memberi dorongan, motivasi kerja dapat ditingkatkan. Dorongan boleh dalam bentuk kata-kata, ganjaran, peneguhan dan insentif yang boleh mengembalikan semangat bekerja dan mood kecemerlangan. Tanpa sokongan pengikut Kepimpinan membawa rebah Gambar 16 : Sokongan Pengikut


60


61 KARAKTER 25 EFEKTIF 25.1 Etimologi dan Kontekstual Efektif membawa maksud berkesan yang boleh dikenal pasti berdasarkan indikator tertentu. Untuk mengukur sesuatu perbuatan itu efektif atau tidak, maka instrumen penilaian boleh digunakan bagi menentukan sejauhmana amalan seseorang itu efektif dengan merujuk kepada standard yang telah ditetapkan dan ditentukan. Berhasil atau tidaknya suatu organisasi ditentukan oleh sumber daya yang ada dalam organisasi tersebut. Apa yang diperlukan dalam kepemimpinan efektif ialah kemampuan pemimpin untuk menyesuaikan organisasi dengan perubahan. Kepemimpinan yang efektif adalah kepemimpinan yang disesuaikan dengan situasi dan kondisi dengan orang yang dipimpin. 25.2 Landasan Teori Menurut Edwin A. Locke (1991)42 terdapat empat kunci untuk memimpin secara efektif sebagaimana Model Kepemimpinan Efektif, iaitu: 1. Karakter (traits) dan dorongan (motives) 2. Ilmu, kemahiran dan keupayaan (KSA), 3. Wawasan kepimpinan (Vision) 4. Penterjemahan visi (Vision Impact) Dalam konteks sekolah, seseorang pemimpin itu perlu membuat jangkaan tentang gaya yang bakal digunakan oleh mereka supaya guru-guru di sekolah mereka dapat bekerja dengan berkesan terutamanya dalam memastikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat direalisasikan. Menurut Ainon (2005)43, gaya kepimpinan merujuk cara seseorang berfikir dan bagaimana seseorang bertingkah laku dengan tujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin terutama ketika berhadapan dengan situasi yang sering berubah. 42 Locke, Edwin A, Shelley Kirkpatrick, Jill K. Wheeler, Jodi Schneider, Kathryn Niles, Harold Goldstein, Kurt Welsh, Dong-Ok Chah, 1991. The Essence of Leadership, The Four Keys to Leading Successfully. New York : Lexington Books. 43 Ainon Mohd, 2005. Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS Professional


62 25.3 Amali Untuk menjadi pemimpin yang efektif mestilah memiliki kemahiran personal, kecekapan teknikal dan kemahiran interpersonal. Kemahiran personal melibatkan watak dan keperibadian unggul yang menjadi suri teladan (exampler) kepada anak buah, manakala kemahiran teknikal melibatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mengaplikasi dan menggunakan teknologi dan mengintegrasikan budaya Learning Organization manakala kemahiran profesional lebih menjurus kepada kemahiran mengurus orang lain melibakan kemahiran berfikir, komunikasi efektif dan hubungan interpersonal. 25.4 Kepentingannya Jelas sekali, karakter efektif amat penting untuk memastikan setiap tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat memberi impak yang tinggi kepada organisasi dan kecemerlangan setiap individu dalam organisasi. Apa yang penting ialah mencapai sasaran untuk membangunkan potensi murid dan memastikan kemenjadian mereka sebagai insan terdidik yang seimbang dan sejahtera. KARAKTER 26 ELABORATIF 26.1 Etimologi dan Kontekstual Elaboratif berasal dari perkataan Inggeris iaitu elaborative yang bermaksud mendalami, menghuraikan, mencerakinkan, memperkayakan maklumat melalui langkah menganalisis dan mencari pelbagai sumber untuk tujuan memahami sesuatu maklumat secara lebih terperinci. Pemimpin yang elaboratif dapat menerangkan setiap gagasan dan wawasan idea yang dikemukakan secara tuntas dan jelas kepada sub ordinat. Dalam erti kata lain, mereka hadam dengan setiap dasar dan polisi misalnya PPPM difahami secara mendalam dan boleh menghuraikan secara synchronize kepada pemimpin bawahan untuk dikembangkan kepada guru-guru sebagai pelaksana. Pemahaman yang jelas oleh pemimpin tentang apa yang perlu dilaksanakan akan menjadikan proses bimbingan berkesan. Misalnya, sebagai tindak lanjut daripada pencerapan, setiap kelemahan yang diamati dipecahkan satu persatu dan dikemukakan bagaimana langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan.


63 26.2 Landasan Teori Untuk menterjemahkan sesuatu terlebih dahulu langkah elaboratif amat penting di mana seorang pemimpin menguasai dan mendalami tiga domain utama dalam mengembangkan etos dan budaya sekolah iaitu Input, Proses dan Output. Input berkaitan maklumat dan data yang terkumpul daripada pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai kaedah yang menambahkan pengetahuan dan pemahaman pemimpin tentang scenario atau cabaran yang dihadapi. Proses pula melibatkan pelaksanaan dan implementasi yang dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah. Manakala output ialah hasilan atau produk. Sebagaimana yang dipaparkan dalam Model Pernaziran Sekolah oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2010)44 . Rajah 13 : Model Pernaziran Sekolah 26.3 Amali Untuk menjadi pemimpin yang dapat mencerakinkan setiap dasar dan polisi, maka setiap pemimpin hendaklah mengamalkan budaya dan amalan membaca yang mendalam hingga menjadi suatu kelaziman. Dalam bilik PGB hendaklah ada rak buku yang menyimpan pelbagai koleksi buku-buku untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pelbagai input dan idea baharu sebagai salah satu budaya yang perlu dilestarikan. Selain daripada itu, percambahan minda dan sumbangsaran idea bersama kumpulan pengurusan dan guru-guru adalah penting untuk memahami fenomena yang berlaku dan latar belakang setiap isu. 44 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2010. Model Pernaziran Sekolah. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia.


64 26.4 Kepentingannya Pentingnya seorang pemimpin menguasai ilmu dan apa yang hendak dikembangkan di sekolah supaya tidak ditertawakan dan berupaya membuat pemantauan yang rapi terhadap pelaksanaannya mengikut prinsip, konsep dan prosedur yang telah ditetapkan. Rajah 14 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan Misalnya mengikut FPK, potensi JERI murid perlu dikembangkan untuk menzahirkan Insan Yang Seimbang, jadi bagaimana konsep Insan Seimbang dan potensi JERI itu difahami serta bagaimana pelaksanaannya dapat dibuat.’ KARAKTER 27 EMPATI 27.1 Etimologi dan Kontekstual Empati merupakan sikap seseorang individu untuk memahami orang lain dari sudut pandangnya. Empati merupakan komponen kecerdasan emosi yang dapat mengenali perasaan diri kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri serta hubungannya dengan orang lain. (Djafri N, 2014)45 45 Djafri.N., 2014. Manajemen Kecerdasan Emosi untuk Kepala sekolah. Gorontalo : Ideas Publishing, P. 43


65 Gambar 17 : Empati Empati merupakan sikap yang lebih mendalam berbanding simpati. Seseorang yang berkarakter empati akan sanggup susah dan senang bersama, merasai kesusahan dan penderitaan orang lain seolah-olah kesusahan tersebut turut dialami sendiri. Empati merupakan sikap dari seorang individu untuk memahami orang lain dari sudut pandangnya. Empati adalah elemen penting dalam kecerdasan emosi iaitu kemampuan mengenali perasaan diri kita sendiri dan perasaan orang lain, kemapuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain. Dalam erti kata lain, karakter empati menjadikan seseorang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan selalu didorong sikap ambil berat, ambil peduli dan mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain secara tulus dan ikhlas. Pemimpin yang empati menunjukkan tahap keperihatinan yang tinggi kepada anak buah bagi memastikan setiap mereka selesa dengan suasana tempat kerja dan mendapat pengiktirafan terhadap segala kerja buat dan usaha yang mereka laksanakan. Empati bukan sekadar simpati tetapi mengambil tahu masalah, mendengar keluhan dan mencari jalan untuk menyelesaikannya agar prestasi kerja mereka kekal dan tidak merosot. Misalnya pemimpin menyediakan pusat asuhan di sekolah bagi anak-anak guru untuk menyelesaikan masalah menghantar anak kepada pengasuh yang jauh dengan peruntukan dana daripada NGO dan sebagainya. Hal ini menunjukkan empati pemimpin terhadap masalah yang dihadapi oleh anak buah diserlahkan dalam bentuk tindakan yang konkrit.


66 27.2 Landasan Teori Seorang pemimpin diharapkan dapat menampilkan gaya kepemimpinan situasional selari dengan keadaan yang dihadapi oleh orang bawahan dalam situasi ketika itu (in situ). Pemimpin yang tinggi nilai empati, akan sensitif dengan setiap gejala tingkahlaku yang ditunjukkan biarpun tidak diluahkan seperti kekerapan lambat datang ke sekolah, murid yang tidak turun ke kantin pada waktu rehat atau guru-guru yang menyendiri dan kelihatan murung. Hal ini selalu dalam pemantauan dan pengetahuannya dan ditanggapi dengan berkesan secara berhemah seperti sebuah keluarga. Pemimpin adalah orang yang mendapat amanah serta memiliki sifat, sikap, dan gaya yang baik untuk mengurus atau mengatur orang lain. Menurut Asri Budiningsih (2004)46 empati berasal dari kata pathos (dalam bahasa Yunani) yang bermaksud perasaan mendalam. Sedangkan menurut Carkhuff (dalam Asri Budiningsih) menyifatkan empati sebagai kemampuan untuk mengenal, mengerti dan merasakan perasaan orang lain dengan ungkapan verbal dan perbuatan, kemudian mengkomunikasikan pemahaman tersebut kepada orang lain. Brammer dalam Pangaribuan (1993)47 menyatakan empati sebagai cara seseorang untuk memahami persepsi orang lain dari kerangka internalnya, Empati merupakan cara mempersepsi perasaan dalaman dengan ikhlas dan jujur dan tidak dibuat-buat. 27.3 Amali Menjadi pemimpin yang berempati terlebih dahulu individu pemimpin itu memiliki tahap regulasi kendiri yang tinggi iaitu: 1. Mengenali siapa diri mereka 2. Memahami tentang diri mereka 3. Mengenali dan memahami orang lain 4. Menyesuaikan diri dalam lingkungan pergaulan sosial 5. Mengawal dan mengarahkan diri sendiri pada landasan hidup yang benar 6. Mewujudkan kendiri peribadi sebagai insan yang menjadi idola dan ikon dalam kalangan staf. 46 Asri Budiningsih, 2004. Belajar dan Pembelajaran. Yogyakarta: Rineka Cipta. p. 46 47 Pangaribuan, 1993. Mengembangkan Empati Anak. Jakarta: Bumi Aksara. p. 50


67 Maccoby (1976)48 telah berjaya menggunakan istilah menarik untuk menggambarkan beberapa jenis pemimpin yang memimpin organisasi mereka. Istilah popular yang telah digunakan ialah: 1. Ahli kraf (craftsman) Jenis pemimpin yang terkenal kerana orientasinya kepada tugas atau pengeluaran, menitikberatkan mutu, dan gemar membina rekod yang baik. 2. Pejuang di hutan (jungle fighter) Jenis individu yang gemar mencari dan mendapat kuasa kerana hidup dan kerja ditanggap sebagai suatu belantara. Rakan sekerja dan separa dianggap sebagai musuh. Dua jenis pejuang di hutan ialah singa yang suka menawan dan membina, manakala serigala yang memajukan diri melalui politik. Inilah tamsilnya. 3. Orang syarikat (the company man) Individu yang minatnya kepada kerjasama, dedikasi, komitment, kestabilan, dan kesejahteraan. 4. Pemburu (gamesman) Seorang yang mencari kejayaan melalui cabaran, kegiatan bersaing serta kaedah dan penemuan baharu. Matlamatnya ialah mencari kemenangan dan menjadi juara serta berminat memajukan taktik dan strategi yang diperlukan untuk menjadi juara Rajah 15 : Kategori Pemimpin Maccoby 48 Maccoby, M. 1976. The gamesman. New York: Simon and Schuster Publication Company


68 27.4 Kepentingannya Nilai empati penting untuk mengembangkan corak kepemimpinan dalam membudayakan keperihatinan terhadap nilai-nilai kemanusiaan kerana setiap manusia memerlukan perhatian, dipelihara kebajikan mereka dan diiktiraf keberadaan mereka. Pertimbangan kemanusiaan dan sikap empati yang ditunjukkan akan mewujudkan hubungan yang lebih akrab dan menjadi sebuah keluarga yang saling berpacu untuk mencapai kecemerlangan secara bersama-sama. Setiap individu dalam organisasi memerlukan perhatian dan pertimbangan kemanusiaan. Dengan menunjukkan empati, pemimpin dapat menarik hati dan menjadikan sub ordinat sebagai ahli keluarga yang menjadi tempat untuk meluahkan masalah, mendapatkan nasihat dan meredakan kerungsingan tatkala berhadapan dengan cabaran dan masalah.


69


70 KARAKTER 28 FLEKSIBEL (FLEXI) 28.1 Etimologi dan Kontekstual Fleksibel dari segi bahasa bermaksud anjal iaitu boleh diubahsuai mengikut pertimbangan selalunya atas dasar kemanusiaan. Dalam konteks kepemimpinan, Model Kepimpinan Situasional dan Transformasional menunjukkan seseorang pemimpin itu boleh bertolak ansur dan memberi pertimbangan mengikut situasi dan realiti yang berlaku. Sikap anjal / fleksi penting kerana pemimpin berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang memerlukan tindakan yang matang dan kebijaksanaan (wisdom). 28.2 Landasan Teori Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada satu gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu dilaksanakan. Rajah 16 : Model Gaya Kepemimpinan


71 Model gaya kepimpinan yang mengikut kepada situasi orang bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan (participating) dan penyerahan tugas (delegating) iaitu merujuk model Hersey & Blanchard. 49 28.3 Amali Setiap pemimpin dapat memainkan peranan mengikut situasi dengan menjalankan peranan yang pelbagai iaitu: Delegating, Supporting, Coaching & Directing. Sebagai pemimpin Transformasional, wujud peranan 4I’s (Bass, 1998)50 iaitu: 1. Individual Consideration 2. Intellectual Stimulus 3. Inspirational Motivation 4. Idealized Influence 28.4 Kepentingannya Kepentingan karakter anjal atau fleksi ini dapat memberi peluang kepada anak-anak buah menjalankan peranan mereka dengan lebih terbuka dan kreatif tanpa campur tangan secara langsung pemimpin sekolah namun perjalanan kerja tetap dalam pemantauan dan sertiap progress di bawah pengetahuan pemimpin. KARAKTER 29 FUNDAMENTAL 29.1 Etimologi dan Kontekstual Fundamental ertinya tonggak, asas atau prinsip asas yang berkaitan sesuatu yang tekal dan tidak berubah misalnya fundamental bagi seorang muslim ialah syahadah, manakala fundamental bagi seorang pemimpin ialah Kepercayaan (Trust). Perkara pokok dalam konteks kepimpinan yang perlu dipegang ialah bagaimana mempengaruhi dan bagaimana mendapatkan kepercayaan kerana kepimpinan tidak boleh diminta atau disogok sebaliknya diperolehi kerana kewibawaan, karisma, ilmu, kompetensi dan 49 Thomas D. Cairns, John Hollenback, Robert C. Preziosi, William A. Snow, 1998. Technical note: a study of Hersey and Blanchard’s situational leadership theory", Leadership & Organization Development Journal, Vol. 19 Iss: 2, pp.113 – 116 50 Bass, B. M. , 1998. Transformational leadership: Industrial, military, and educational impact. Mahwah, NJ: Erlbaum


72 kemahiran. Perkara asas yang perlu ditanamkan dalam diri seorang pemimpin ialah Leader by examples. 29.2 Landasan Teori Banyak literatur tentang ciri-ciri seorang pemimpin. Antaranya dinyatakan terdapat 14 Kemahiran Fundamental51 yang mesti dimiliki oleh setiap pemimpin yang merujuk kepada karakter tingkahlaku yang dipamerkan oleh seorang pemimpin, iaitu: 1. Dedikasi, Komitmen dan keazaman 2. Roh Kepimpinan 3. Keupayaan memimpin 4. Berani dan terkemuka 5. Kerja keras 6. Memberi peluang 7. Visi yang jelas 8. Cakap serupa bikin 9. Menjadi mentor 10. Mengambil tanggungjawab 11. Menunjukkan teladan 12. Cepat mengambil keputusan 13. Mempengaruhi 14. Adil & Tidak bias 29.3 Amali 51 14 Fundamental Leadership Qualities That A True Leader Must Possess,https://www.softwaretestinghelp.com/leadership-qualities/ When you lead by example, You make it easy for others to follow you


73 29.4 Kepentingannya Jelas sekali, asas penting dalam kepimpinan ialah senjata dalaman pemimpin itu. Jika seseorang pemimpin itu mempamerkan tindakan yang tepat sesuai dengan situasi dan mengambilkira banyak perkara tentu sekali amalan kepimpinannya akan menyerlah dan menjadi sebutan serta dihormati oleh orang bawahan. Rajah 17 : Model Rekabentuk Sistem Pujukan


74


75 KARAKTER 30 GANCANG 30.1 Etimologi dan Kontekstual Cepat (dalam tindakan, Gerakan dll), tangkas, cergas, pantas. Sama makna juga dengan agile. Tindakan boleh berupa cara berfikir, cara menilai, cara memerhati, cara mengenali potensi dan cara mengurus. Dalam konteks kepimpinan Sense of Urgency amat diperlukan kerana Ketika berhadapan dengan sesuatu situasi, isu dan cabaran, keputusan tidak dapat dilengahkan tetapi tidak pula meminggirkan SOP, jadi bagaimana seseorang pemimpin peka dan jelas bagaimana mengambil tindakan dan berbincang dengan pasukannya untuk menggerakkan perubahan sebagaimana yang dikehendaki dan telah digariskan. 30.2 Landasan Teori Rajah 18 : Karakter Gancang (Agile) Perubahan tidak berlaku secara pantas tetapi berlaku secara bertahap dan berperingkat setelah dibentuk kesedaran dan diberikan pemahaman tentang keperluan untuk berubah setelah itu bagaimana kesegeraan perubahan boleh terjadi. Dalam hal ini, setiap organisasi memerlukan perubahan untuk meningkatkan keberkesanan dan terus


76 kekal bersaing dalam cabaran arus globalisasi (Barsade & Gibson 200752; Bass & Riggio 200653). Perubahan ini berlaku kesan daripada perkembangan pesat teknologi dan sosio ekonomi dalam beberapa dekad terakhir ini, berikutan perkembangan teknologi maklumat, trend ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dan masyarakat yang berpengetahuan adalah trend baharu. Melchar dan Bosco (2010)54 dalam kajian mereka mendapati amalan kepimpinan servant dalam organisasi membantu penyesuaian terhadap pengurusan perubahan untuk menigkatkan kecemerlangan organisasi. Kepimpinan servant ditakrifkan sebagai falsafah kepimpinan yang memberi fokus untuk membangunkan pekerja dengan menggilap sepenuhnya potensi mereka ke arah melaksanakan tugas dengan lebih cekap, kepimpinan komuniti, motivasi kendiri dan kepimpinan masa depan. Greenleaf (1970)55 menggariskan sembilan ciri-ciri kepimpinan servant, iaitu: (1) kemahiran mendengar, (2) empati, (3) memulihkan, (4) kesedaran, (5) pujukan, (6) pembentukan konsep, (7) berpandangan jauh, (8) kepimpinan dan (9) komitmen untuk membangunkan orang lain dan membangunkan komuniti. 30.3 Amali Karakter gancang berlaku apabila seseorang pemimpin itu merupakan pemimpin servant yang mengutamakan organisasi melebihi kepentingan peribadi. Pemimpin akan sentiasa memperhatikan kebajikan anak buah dan bagaimana meningkatkan etika kepimpinan mereka. Jika wujud sebarang isu atau masalah, beliau segera turun ke lapangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru untuk menyiasat dan menyelesaikannya bagi memastikan setiap isu diselesaikan secara harmoni, bijaksana dan mengutamakan konsep menang-menang. Ketangkasan dan cepat bertindak adalah penting untuk memastikan kejayaan kepimpinan. Justeru itu, pemimpin perlu rasional dan terbuka. 30.4 Kepentingannya Pentingnya karakter ini selari dengan perkembangan semasa dalam pendidikan yang sentiasa dinamik dan memerlukan tindakan segera, pantas, kritis, cepat tanggap dan tahu menilai sumber manusia yang berpotensi di bawah kepimpinan mereka. Sense of Urgency perlu wujud dalam organisasi terutamanya kecekapan pemimpin mengambil tindakan 52 Barsade & Gibson. 2007. Why does affect matter in organi-zations?. Academy of Management Perspectives February: 36-59 53 Bass & Riggio. 2006. Transformational leadership. (2nd ed.). New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates 54 Melchar, D.E. & Bosco, S.M. 2010. Achieving A high organi-zation performance through servant leadership. The Journal of Business Inquiry 9(1): 74-88. 55 Greenleaf, R.K. 1970. The Servant as Leader. Indianapolis, ST: The Robert K. Greenleaf Centre


77 segera apabila adanya aduan atau kes-kes tertentu agar tidak mengganggu proses PdPc dan kemenjadian murid. KARAKTER 31 GIGIH 31.1 Etimologi dan Kontekstual Usaha yang tinggi, penuh semangat dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran. Hal ini berkait dengan ketabahan, semangat dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas dan menjayakan peranan. Dalam konteks kepimpinan, sikap gigih berusaha memang tidak boleh dipinggirkan kerana kepimpinan yang efektif dan kecemerlangan organisasi hanya dapat dicapai apabila wujudnya pemimpin yang bersemangat waja dan gigih. Pemimpin berperanan sebagai pembimbing dan penggerak kepada stafnya bagi mencapai matlamat organisasi (Mohd Yatim 2006)56 . Pemimpin yang gigih mempunyai kemahiran, pengetahuan, sikap, kepercayaan, motif, dan sifat-sifat yang membolehkan penghasilan kerja cemerlang selaras dengan fungsi strategik organisasi. Pemimpin yang gigih ialah pemimpin yang berkompetensi (Hollenback et al. 2006)57 31.2 Landasan Teori Salah satu elemen dalam Model Kompetensi Kepimpinan Berkualiti ialah kesanggupan menjadi pemimpin.Tanpa semangat yang gigih dan tabah, tentu sekali seorang pemimpin tidak akan sanggup memikul tugas untuk memimpin organisasi yang penuh dengan mehnah dan kerenah. Allah Subhanahu wa Ta’ala menegur hambaNya supaya gigih berusaha dalam membuat anjakan dan perubahan dalam hidup untuk mencapai kecemerlangan, sikap seperti ini amat dituntut. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam al-Qur;an: “Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki 56 Mohd Yatim Nawai. 2006. Implementasi pengurusan perubahan: Kajian tinjauan di pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tesis PhD. tidak terbit. Universiti Kebangsaan Malaysia 57 Hollenbeck, G.P., McCall, W.M. Jr. & Silzer, R.F. 2006. Leadership competency models. The Leadership Quarterly 17(4): 398-413


78 oleh Allah, keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripadaNya.” (Surah al-Ra’d, 11) 31.3 Amali Al-Farabi dan Al-Mawardi turut menekankan perlunya seorang pemimpin mempunyai fikiran yang baik (Mariam Md Salleh, 2007)58. Menurut Al-Farabi, pemimpin perlu mempunyai kecerdasan akal iaitu baik kefahamannya dan dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan serta mengetahui apa yang harus dibuat; supaya ia dapat mengatasi segala masalah rakyat dan mengendalikan kebajikan mereka. AlMawardi pula menyatakan, pemimpin yang mempunyai fikiran yang baik, dapat mengatasi segala masalah sumber manusia dan dapat mengendalikan kebajikan anak buah. 31.4 Kepentingannya Untuk menjamin kecemerlangan organisasi, karakter gigih amat penting dalam meneruskan legasi kepimpinan yang berkesan dan cemerlang, kerana sikap dare to fail perlu ada pada setiap pemimpin yang berwawasan, terbuka dan memiliki growth mindset dengan semangat juang yang tinggi, sedia berkorban dan dapat menyahut segala cabaran tanpa pernah menyerah kalah. KARAKTER 32 GLOKAL 32.1 Etimologi dan Kontekstual Glokal merupakan gabungan dua perkataan iaitu global dan lokal yang merupakan gagasan tentang rakyat yang berminda kelas pertama iaitu mempunyai standard berfikir global namun dalam masa yang sama menjunjung tinggi nilai-nilai lokal dan tempatan (akar budaya bangsa). Dalam konteks kepimpinan yang berada pada era ghazwul fikr dan gelombang perubahan besar pada zaman revolusi maklumat yang menyaksikan banyaknya perubahan dan perkembangan yang dinamik dalam pelbagai bidang mengkehendaki agar sikap prejudis disingkirkan sebaliknya sedia beradaptasi dengan perubahan dan pada masa yang sama menyerap nilai-nilai tempatan dan menonjolkannya. 58 Mariam Md Salleh. 2007. Kepimpinan dan pengurusan strategik di institusi pendidikan MARA. Tesis PhD tidak terbit. Universiti Kebangsaan Malaysia


79 32.2 Landasan Teori Pemimpin pendidikan perlu kreatif dan inovatif supaya dapat menyelesaikan masalah dengan mudah, melahirkan idea-idea atau inovasi baharu yang akan memberi kebaikan kepada institusi. Pemimpin glokal adalah bersifat kreatif dan boleh melihat, berfikir dan melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza (Stoll & Temperley 2009)59 . Hanya pemimpin yang sanggup menjadi pemimpin dapat menerima tugas yang diberikan sebagai satu amanah dan seronok menjalankan tugas tersebut kerana pemimpin ini akan lebih bersedia menerima tanggungjawab berbanding dengan yang tiada keinginan untuk memimpin (Rebore, 2003)60 . 32.3 Amali Dalam Modul Menjana Pemimpin Glokal oleh Universiti Malaysia Perlis, dikemukakan empat elemen penting yang perlu diberikan perhatian, iaitu: 1. Nilai patriotism 2. Eksplorasi kendiri 3. Membangun pasukan 4. Transformasi komuniti Untuk menjadi pemimpin glokal, perlulah mempunyai semangat belajar sepanjang hayat dan sentiasa belajar dari kesilapan dengan mengaplikasikan konsep learn, unlearn dan relearn. Gambar 18 : Pernyataan Alvin Toffler 59 Stoll, L. & Temperley, J. 2009. Creative leadership teams: Capacity building and succession planning. Management in Education 23(1): 12-18 60 Rebore, R.W. 2003. A Human Relations Approach to the Practice of Educational Leadership. Boston: Allyn and Bacon


80 32.4 Kepentingannya Karakter Glokal penting untuk maju ke hadapan dan beradaptasi dengan perkembangan semasa yang berlaku kerana dunia pendidikan adalah dinamik dan sentiasa mengalami perubahan, maka pemimpin tidak boleh statik sebaliknya pro aktif dengan menyerap elemen global dan dalam masa yang sama mempertahankan nilai-nilai dan budaya lokal. Dalam era perubahan yang bergerak pantas pada masa kini, beradaptasi dengan perubahan amat dituntut agar kita sentiasa menjadi pemimpin yang kotemporer. KARAKTER 33 GEZAH 33.1 Etimologi dan Kontekstual Gezah sinonim dengan istilah wibawa, memiliki karisma, matang dalam berhadapan dengan isu dan masalah, menonjolkan bakat dan kebolehan apabila diberikan tanggungjawab. Setiap pemimpin yang dilantik seharusnya memiliki karakter gezah ini bagi menandakan kesediaannya untuk menerajui perubahan dan memimpin orang lain menuju kecemerlangan dan kejayaan secara bersama.. 33.2 Landasan Teori Sejarah menunjukkan bahwa banyak kejadian diwarnai dan dipengaruhi oleh kepemimpinan seseorang tokoh yang memiliki gezah dalam memimpin dan memberi arahan kepada orang bawahan untuk mencapai hala tuju yang telah disasarkan. Pemimpin adalah orang yang mampu mempengaruhi orang lain dan memiliki kuasa pentadbiran. Pemimpin yang mempunyai gezah, sangat bijaksana dalam menyampaikan pandangan atau tujuan yang ingin dicapai sehingga mampu mempengaruhi para pengikutnya untuk melaksanakan apa-apa yang telah dirancang dan diputuskan tanpa sebarang bantahan. Aura kepimpinannya kelihatan menyerlah dan diperakui / diiktiraf oleh ramai pihak. Mereka juga menunjukkan teladan melalui tingkah laku, nilai-nilai, norma dan kepercayaan yang mereka tegakkan. Prinsip kepimpinan yang dibawa amat jelas dan difahami oleh semua anggota organisasi hingga saling mendukung dan melaksanakan tindakan kepada hala tuju yang satu dan mempunyai pandangan yang sama.


81 33.3 Amali Gezah dalam memimpin akan muncul melalui amalan professional yang dipamerkan serta pengaruh personaliti pemimpin itu sendiri yang memiliki aura iaitu sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang baik, berkongsi pengalaman dan pemikiran, merangsang dan memberi semangat kepada orang bawahan dan sentiasa berlapang dada dengan segala cabaran serta berupaya beradaptasi untuk menacri jalan penyelesaian. 33.4 Kepentingannya Pemimpin yang memiliki gezah akan meningkatkan semangat bekerja orang bawahan kerana ketokohannya serta sentiasa mendapat inspirasi daripada pemimpin. Seringkali merangsang intelektual untuk meningkatkan prestasi. Gezah atau wibawa akan menentukan sejauhmana amalan kepemimpinan menjadi berkesan dan memberi impak yang tinggi kepada anggota organisasi. Hal ini akan terserlah dengan sendiri melalui penampilan, watak dan perwatakan seorang pemimpin.


82


83 KARAKTER 34 HARMONI 34.1 Etimologi dan Kontekstual Penyesuaian tindakan, pendapat dan perasaan. Menjadikan suasana harmoni tiada kontroversi dan sensasi atau kemesraan dalam perhubungan. Dalam konteks kepimpinan, amalan PGB akan menentukan keharmonian sesebuah organisasi. Adalah penting pemimpin memelihara hubungan yang baik dengan anak buah kerana kejayaan sekolah bergantung sejauhmana anak buah memberi kepercayaan dan kerjasama untuk melaksanakan agenda perubahan dalam organisasi dan menjayakan misi yang telah dirangka. Keharmonian dalam organisasi dapat dilihat melalui semangat berpasukan dalam pelaksanaan kerja, pembelajaran berterusan dan tindakan kolektif yang digerakkan. Keharmonian juga terbentuk melalui hubungan tidak formal dan perhatian PGB terhadap kebajikan staf, sikap cakna dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh staf untuk dicari titik penyelesaian. Melalui cara ini, wujud budaya harmoni melalui hubungan yang saling menyokong dan membina. 34.2 Landasan Teori Setiap organisasi memerlukan perubahan untuk meningkatkan keberkesanan dan terus kekal bersaing dalam cabaran arus globalisasi (Barsade & Gibson 2007)61. Sehubungan itu, konflik organisasi dan isu-isu yang timbul memerlukan penyelesaian apabila organisasi berkehendak kepada perubahan. Antaranya ialah isu strategi kepada perubahan yang hendak dicapai, kekangankekangan yang perlu dihadapi, gelagat kepimpinan organisasi, perubahan dalam pengurusan dan struktur organisasi, perancangan melaksanakan perubahan dan matlamat yang hendak dicapai (Burns 2004)62 . 34.3 Amali Hubungan interpersonal antara pemimpin dengan pengikut amat penting dalam organisasi kerja. Setiap organisasi inginkan matlamatnya tercapai. Ini tidak akan berlaku jika hubungan antara pemimpin organisasi dengan pekerja sering bermasalah, 61 Barsade & Gibson. 2007. Why does affect matter in organizations?. Academy of Management Perspectives February: 36-59 62 Burns, B. 2004. Kurt lewin and complexity theories: back to the future. Journal of Change Management 4(4): 309-325


84 menyebabkan pekerja tidak dapat menerima kehadiran pemimpin dan sering bertingkah laku yang boleh merugikan organisasi. Rajah 19 : Hubungan Organisasi 34.4 Kepentingannya Justeru itu, memelihara keharmonian dalam organisasi amat penting untuk memastikan setiap agenda dapat dilaksanakan tanpa wujudnya halangan dan kekangan kerana masalah peribadi yang boleh menimbulkan ketegangan, konflik dan perbalahan seterusnya menyebabkan imej sekolah tercalar. Teguran yang membina dan nasihat yang berguna berupaya mengurangkan jurang dan konflik bagi mengekalkan keharmonian yang sedia terjalin. Dalam memelihara keharmonian, mesej yang disampaikan hendaklah jelas dan difahami agar tidak disalah erti yang boleh menyebabkan kerenggangan dan konflik. Sesebuah organisasi akan maju jika wujud kejelikitan dan suasana harmoni dalam perhubungan. Keadaan ini dapat menyokong segala kegiatan yang hendak dilaksanakan kerana setiap individu dalam organisasi saling bantu membantu dan mempunyai persefahaman yang tinggi. KARAKTER 35 HIKMAH 35.1 Etimologi dan Kontekstual Kebijaksanaan, kecerdikan dan kecerdasan pemikiran bagi menghasilkan tindakan yang matang dan rasional. Setiap pemimpin yang matang dan berjaya mengurus manusia dengan baik mempunyai daya hikmah yang tinggi dalam pemikiran, pertimbangan dan


85 perspektifnya tentang sesuatu isu. Setiap tindakan telah dibincangkan dengan pasukan akan diberi perhatian tentang pelbagai aspek bagi memastikan berimpak tinggi. Razaleigh (2010)63 menegaskan bahawa tanggungjawab memimpin dan mengurus sekumpulan individu atau sesebuah masyarakat untuk mencapai objektif atau matlamat terletak kepada hikmah memimpin. 35.2 Landasan Teori Pemimpin yang memiliki hikmah kebijaksanaan dalam memimpin bukan sahaja memiliki IQ yang tinggi tetapi juga mempunyai kestabilan emosi (EQ) yang tinggi. Menurut Fullan (2007)64, pengetua merupakan pengurus perubahan dan teras kepada tugas memimpin perubahan di sekolah. Selaku pengurus di peringkat sekolah, pengetua merupakan orang terpenting yang dapat mempengaruhi kejayaan sekolah. Rajah 20 : Hikmah (Wisdom) 35.3 Amali Hikmah kebijaksanaan memerlukan pemimpin tenang dalam berfikir, tidak tergopoh gapah dalam tindakan dan mengambil kira pelbagai aspek Ketika membuat keputusan. Pemimpin hendaklah banyak membaca dan sentiasa belajar daripada persekitaran yang dihadapinya kerana banyak perkara baharu yang ditemui ketika memimpin. Misalnya dalam isu pandemik, pemimpin perlu memahami bagaimana menerapkan normal baharu dengan amalan dan SOP mengikut garis panduan. 63 Razaleigh Muhamat@Kawangit. 2010. Kepimpinan Dan Pengurusan Islam: Sejarah, Teori dan Pelaksanaan. Selangor. Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM 64 Fullan, M. 2007. The New Meaning of Educational Change. New York: Teacher College Press


86 Pemimpin yang memiliki hikmah akan sentiasa menjana strategi untuk mengenal pasti Langkah intervensi yang berkesan dalam menyelesaikan masalah. Rajah 21 : Model DIKW Gambar 19 : Pupuk Minat Membaca 35.4 Kepentingannya Pentingnya kepimpinan berhikmah kerana manusia yang diurus menimbulkan pelbagai kerenah dan tingkahlaku, justeru itu pemimpin hendaklah matang dalam mengambil tindakan dan mengatasi cabaran yang dihadapi dengan rasional dan tenang. Dengan pandangan yang luas dan penuh hikmah, tindakan tidak akan dibuat terburu-buru tanpa asas dan bukti. Apa yang penting bagaimana melunakkan komunikasi dan persuasif dalam melebarkan pengaruh dan mendapatkan kerjasama secara sukarela tanpa sebarang paksaan dan penguatkuasaan.


87 KARAKTER 36 HOLISTIK 36.1 Etimologi Membawa maksud menyeluruh, keseluruhan dan merangkumi pelbagai aspek dan antara disiplin ilmu. Kepimpinan yang holistik akan sentiasa mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dan mengambil tindakan yang lebih menyeluruh bukan hanya melihat pada satu-satu aspek semata-mata. Misalnya dalam menangani isu murid kurang bermotivasi untuk belajar, pelbagai Langkah diambil iaitu meningkatkan kualiti pedagogi guru, menyediakan kemudahan belajar yang kondusif kepada murid, menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong, melengkapkan pusat sumber sekolah dengan pelbagai sumber dan bahan rujukan, mengadakan bilik tayangan dan memberi sarapan percuma. Hendaklah memandang dan berfikir menurut perspektif helicopter view yang dapat memikirkan apakah aspek penambahbaikan dan mengatasi sebarang kelemahan yang wujud di sekolah. Gambar 20 : Helicopter Views 36.2 Landasan Teori Model Kepimpinan Holistik merupakan hasil kajian dibawah geran LISA (Leadership Improvement Student Achievement) melihat keberkesanan kepimpinan di sekolah melibatkan pelbagai peringkat, pelbagai gaya dan pelbagai sumber sebagaimana dapatan Baruckman & Pashiardis (2011)65 65 Baruckman & Pashiardis, 2011. A validition study of the leadership theoritical framework. International Journal of Education Management, 25 (1), pp.11-35


88 Gambar 21 : Mencapai Intelektual Dalam erti kata lain, pemimpin tidak boleh vakum dengan satu peringkat kepimpinan, satu gaya kepimpinan atau sumber sahaja kerana untuk menyerlahkan wibawa kepimpinan, pemimpin perlu peka dan dapat mengubahsuai kompetensi. Dalam FPK sendiri telah menegaskan konsep pendidikan yang bersifat holistik iaitu menyeluruh melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor. 36.3 Amali Sebagai pemimpin jangan pandang hanya satu sisi sahaja, sentiasa memerhati, mengambil tahu dan mendapatkan segala data dan maklumat untuk membuat pertimbangan dan mengambil kebijaksanaan. Melihat impak keseluruhan kepada organisasi menjadi asas yang penting bukan hanya menilai dan melihat ukuran bagi satusatu situasi semata-mata. Oleh kerana itu, setiap pemimpin haruslah in the know dengan apa yang berlaku dalam organisasi, pergerakan sumber manusia dan dasar-dasar baharu yang hendak diperkenalkan. Pendidikan perlu difahami sebagai seni memupuk dimensi moral , emosi, fizikal, psikologi dan pembangunan rohani murid-murid (kanak-kanak dan remaja). Kepintaran dan keupayaan setiap orang adalah jauh lebih kompleks dan tidak boleh dimuktamadkan dengan penghakiman berdasarkan rekod keputusan peperiksaan yang diambil semata-mata. Pendidikan holistik adalah berdasarkan bagaimana seseorang itu memperolehi identiti, makna, dan tujuan hidup melalui hubungan masyarakat, alam semula jadi, nilai-nilai rohani dan manusiawi. Pendidikan holistik melibatkan keseluruhan potensi diri seseorang yang melibatkan aspek fzikal, emosi , mental, rohani dan hubungan sesama manusia.


Click to View FlipBook Version