89 36.4 Kepentingannya Karakter kepimpinan holistik amat penting kerana cara pandang dan perspektif yang lebih luas akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada sub ordinat untuk memberi sumbangan, mendapat pengiktirafan. Pandangan dan perspektif tentang elemen kepimpinan atau pendidikan tidak boleh hanya memberi tumpuan secara partial, sebaliknya perlulah menyeluruh kerana makna kurikulum itu sendiri dalam erti kata yang sebenarnya, holistik merangkumi seluruh aspek pendidikan melibatkan kegiatan pembentukan sahsiah, pemantapan emosional, prestasi intelektual, pencapaian ko kurikulum dan pembangunan bakat. Semuanya terangkum dalam agenda pendidikan yang perlu dilestarikan secara menhyeluruh dan bersepadu agar kemenjadian murid untuk menjadi insan yang seimbang (insan kamil) dapat dicapai dan direalisasikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Pembangunan generasi di sekolah merupakan satu tanggungjawab besar dan mulia kerana melahirkan generasi yang akan memimpin bukan hanya keluarga, tetapi masyarakat dan negara pada masa hadapan. Elemen dan nilai yang diterapkan semasa berada di sekolah akan menjadi watak masa depan mereka dalam masyarakat. Kesilapan dan kepincangan yang berlaku dalam proses mendidik mereka tentunya akan memberi impak dan kesan besar kepada masyarakat pada masa yang datang kerana generasi inilah yang akan meneruskan legasi kepimpinan dan mengisi pembangunan negara kelak.
90
91 KARAKTER 37 IDEAL 37.1 Etimologi dan Kontekstual Konsep ideal merujuk kepada keunggulan idea, keadaan yang unggul dan menjadi sasaran kemenjadian. Konotasinya keadaan yang diimpikan oleh semua orang yang menjunjung tinggi nilai-nilai kehidupan yang positif, pragmatis dan progresif. Pemimpin yang ideal ialah pemimpin yang berwawasan dan mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam konteks kepimpinan di Malaysia halatuju yang telah dikembangkan ialah mewujudkan : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik dan Negara Sejahtera Untuk mendapatkan kesejahteraan (well being) dalam sesebuah negara, semuanya berpangkal dari pendidikan kerana melalui pendidikan yang baik mobiliti sosial berlaku, potensi dan bakat murid dapat digilap dan diketengahkan sehingga mereka menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia dan mendapat tempat dalam masyarakat serta dunia kerjaya. Akhirnya mereka kembali memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Putaran ini akan berlaku jika aspek kualiti Pendidikan diberikan keutamaan. 37.2 Landasan Teori Kepimpinan biasanya berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu (Carter, 2007)66 . Fiedler mencipta satu kaedah yang digelar soalan rakan sekerja yang paling tidak disukainya (LPC) untuk mengukur sama ada seseorang itu berorientasikan tugas atau hubungan. Fiedler mendapati pencapaian kumpulan akan tinggi apabila terdapat gabungan faktor-faktor seperti perhubungan pemimpin-ahli baik, struktur tugas tinggi dan terdapat kuasa jawatan dan kepimpinan berorientasikan tugas. Inilah ciri-ciri ideal yang diperlukan (Jaafar Muhamad, 1988)67 . Menurut Schein, (2010)68, Kurt Lewin telah mengemukakan tiga langkah dalam membuat perubahan kepada keadaan yang ideal iaitu Unfreeze (keadaan yang terancam dan banyak masalah) kemudian melalui proses 66 Carter. 2007. Overview of Leadership in Organizations. http://www.managementhelp.org/ldrship/ldrship.htm#anchor4623 67 Jaafar Muhammad, 1988. Asas Pengurusan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd 68 Schein EH 2010, Organizational Culture and Leadership, 4th ed. San Francisco, CA: Wiley
92 perubahan (intervensi) agar dapat mengurangkan risiko dan mencapai keadaan yang lebih baik (refreeze). 37.3 Amali Untuk menjadi seorang pemimpin yang ideal hendaklah realistik dalam menetapkan sasaran yang akan dicapai dan pemimpin sendiri hendaklah sedia berkongsi visi yang hendak dicapai serta misi yang perlu dilaksanakan secara jelas kepada pegawai di bawah kepimpinannya agar segala dasar, program dan aktiviti yang dirangka dan dirancang dapat dijayakan secara optimum berlandaskan standard yang telah ditetapkan. 37.4 Kepentingannya Untuk mencari keadaan yang ideal bukanlah mudah tetapi tidak pula mustahil selagi ada kemahuan di situ ada jalan, tinggal lagi bagaimana sistem sokongan diberikan untuk memudahcara perubahan. Keadaan ini amat penting, kerana keadaan yang ideal menunjukkan adanya langkah dan usaha penambahbaikan amalan dan pelan kontigensi untuk mengatasi sebarang konflik dalam organisasi. KARAKTER 38 IDOLA 38.1 Etimologi dan Kontekstual Kata idola berasal dari istilah idol yang bermaksud pujaan atau menjadi sumber rujukan dan inspirasi. Seseorang akan menjadi idola apabila setiap tindakan yang diambil menyenangkan dan kehadirannya memberi aura yang positif kepada orang lain malah menunjukkan teladan dan contoh yang baik. Dalam konteks kepimpinan tentu sekali pemimpin sekolah mengimpikan agar diri mereka menjadi ikutan dan idola dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Kepimpinan melalui teladan atau Lead by examples selalunya meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang bawahan dan meningkatkan imej seorang pemimpin. Setiap yang dikata dikota dan dibuktikan bukan hanya sekadar kata-kata tetapi melalui tingkahlaku dan amalan. 38.2 Landasan Teori Pemimpin yang menjadi idola tentu sekali perlu menjaga hubungannya dengan Tuhan (pencipta) agar memiliki dan membudayakan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) dan
93 mengelakkan sifat-sifat tercela (mazmumah). Apabila akhlak dan tingkahlaku kita baik maka secara otomatis anak-anak buah akan juga suka berada di sekeliling kita untuk sama-sama merasai aura kebaikan yang kita sebarkan. Pemimpin yang berupaya memainkan multi fungsi dan menunjukkan prestasi yang baik akan meningkatkan kepercayaan staf dan memenuhi persyaratan untuk dijadikan idola. 38.3 Amali Untuk menjadi idola tentu sekali bermula dengan sikap dan perwatakan pemimpin itu sendiri. Setelah itu ilmu yang ditonjolkan melalui morning talk dan pencerahan yang diberikan serta nasihat yang bernas dan jernih sehingga menimbulkan rasa tenang dan nyaman dalam kalangan guru-guru. Semuanya ini memberi kesan kepada peningkatan rasa percaya, rasa kagum dan rasa hormat orang bawahan kepada pemimpin tanpa perlu diminta atau dipaksakan. 38.4 Kepentingannya Apabila seorang pemimpin telah menjadi idola, apa yang disampaikan dan dicetuskan sebagai idea akan dihayati dan dilaksanakan oleh orang bawahan. Orang bawahan mempunyai kekaguman kepada kepimpinannya dan sedia untuk belajar dan berguru kepada pemimpin tersebut kerana tingkahlaku kepimpinannya menyerlah dan menarik perhatian. KARAKTER 39 IHSAN 39.1 Etimologi dan Kontekstual Ihsan merupakan istilah arab yang merujuk kepada perbuatan baik dan tawadduk iaitu tunduk kepada peraturan, bersikap benar dan sentiasa mengutamakan kemaslahatan orang ramai. Dalam Islam, kata ihsan dalam analogi yang mudah iaitu merasakan Allah melihat perbuatan kita umpama seekor semut hitam, di atas batu hitam di malam gelap gelita. Dalam konteks memimpin, berbuat ihsan memang dituntut kerana yang kita pimpin adalah manusia yang berakal, punya hati dan perasaan, tentulah segala tutur bicara, tindakan dan tingkahlaku kita mestilah beradab dan sentiasa mengutamakan keharmonian dalam perhubungan.
94 Seorang pemimpin juga hendaklah sentiasa memelihara diri dan mengawal nafsu agar tidak terjerumus dalam gejala rasuah sebaliknya memelihara integriti dan akauntabiliti serta imej sebagai pemimpin sekolah yang sentiasa takut jika terlanjur melakukan kesilapan. 39.2 Landasan Teori Menurut Barlow (2005)69 , pembentukan budaya kolaboratif antara pemimpin dengan guru dan seluruh komuniti sekolah (memelihara hubungan yang baik dan saling menghormati dan bekerjasama) membawa impak kepada peningkatan sahsiah dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Dalam kerangka konseptual Prinsip-prinsip Kepimpinan Islam70 telah dikemukakan lima konstruk penting ihsan dalam perlakuan memimpin iaitu: 1. Hubungan dengan Allah 2. Persaudaraan 3. Komited 4. Akauntabiliti 5. Profesional Menurut Wertsch (1985) yang mengembangkan Teori Pembangunan Sosial, pemimpin dan orang yang dipimpin adalah saling bergantung antara satu sama lain dan merupakan satu kesatuan. Oleh kerana itu, hubungan yang baik perlu dipelihara agar pelaksanaan segala program di sekolah dapat berjalan dengan lancar. 39.3 Amali Syarat untuk berbuat baik dan mengamalkan budaya yang baik, hendaklah berprasangka baik dengan orang lain, menghargai setiap potensi dan kebolehan yang ada pada sumber manusia yang dipimpin untuk dikembangkan bagi manfaat organisasi. Berbuat ihsan kepada semua orang dengan tidak memandang bulu demikian juga ketika memberi anugerah dan pengiktirafan juga tidak melibatkan apa juga kepentingan peribadi. Berbuat baik tanpa syarat kepada semua orang kerana dengan kebaikan yang diberikan akan menambahkan kejelikitan dan meningkatkan rasa kebersamaan dalam kalangan warga organisasi. 69 Barlow, D. 2005. On Common Ground: The Power of Professional Learning Communities. Education Digest, 70, 76-77 70 Ahmad Marzuki Mohamad, 2013. Amalan kepimpinan Islam pengetua dan perkaitannya dengan atribut PLC. Skudai Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
95 39.4 Kepentingannya Pelbagai kepentingan hasil perbuatan dan karakter ihsan terutamanya dalam memimpin kerana kepimpinan memerlukan kepercayaan dan Kerjasama, jika kita berbuat ihsan dengan orang bawahan akhirnya tiada sebarang konflik berlaku dalam organisasi malahan mereka yang berada dalam comfort zone akan segan dengan kebaikan kita dan sama-sama menjayakan visi dan misi sekolah serta sedia mencurahkan khidmat dan bakti dengan sukarela tanpa keterpaksaan. Sebab itulah menabur kebaikan umpama menanam benih yang nantinya akan tumbuh subur dan berkembang. Rajah 22 : Akar Ihsan KARAKTER 40 IJTIHAD 40.1 Etimologi dan Kontekstual Ijtihad merujuk kepada hasilan pemikiran tinggi yang melahirkan idea unggul daripada seorang mujtahid. Selalunya mereka mempunyai kematangan berfikir dan rasional dalam menilai pelbagai pekara sebelum membuat satu keputusan yang tepat dan matang. Berasal dari kata Ijtahada yang bermaksud menggunakan sepenuh tenaga dan bersungguh-sungguh terhadap sesuatu. Memimpin memerlukan kesediaan untuk melakukan ijtihad biarpun tidak sampai ke tahap mujtahid dalam meneroka hukum syara’ tetapi berijtihad dalam menangani isu dan permasalahan yang timbul dalam cabaran
96 mengurus dan memimpin sekolah. Iaitu melakukan renungan, pemikiran yang tajam dan mencari solusi untuk sesuatu permasalahan dengan merujuk pelbagai sumber dan fakta. Sebagai penyelesai masalah, akhirnya segala keputusan ditangan pemimpin untuk diputuskan. Keputusan yang salah boleh menyebabkan masalah akan berkembang dan jalan penyelesaian tidak dapat dicapai. Keputusan yang tepat dan benar, akan memacu perjalanan sekolah menjadi lebih tertib, teratur dan lancar serta meningkatkan wibawa pemimpin kepada orang bawahan dan pemegang taruh. 40.2 Landasan Teori Pengetua adalah pemimpin formal kepada organisasi sekolah. Namun demikian, pada hakikatnya dalam mencapai matlamat sesebuah sekolah, kepimpinan sekolah bukanlah digalas oleh pengetua sahaja tetapi turut melibatkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan sebagai sumber rujukan dan maklumat (Peretomode, 2007)71 . Gambar 21 : Al-Qur’an Sumber Ijtihad Justeru itu, perbincangan dan sumbangsaran dengan guru-guru boleh dilaksanakan dalam proses membuat keputusan dan mengambil tindakan. Berijtihad bermakna berfikir dengan bersungguh-sungguh berpandukan data dan sumber untuk mencapai objektif yang telah digariskan yang perlu memenuhi beberapa syarat, iaitu: (1) memahami dengan jelas isu, (2) mempunyai data yang lengkap tentang isu, (3) tidak ada percanggahan kepentingan, (4) merujuk pelbagai sumber maklumat yang absah dan sahih dan (5) mempunyai kesungguhan untuk menyelesaikan isu yang dihadapi. 71 Peretomode, V. S. 2007. Decisional deprivation, equilibrium and saturation as variables in teacher motivation, job satisfaction and morale in Nigeria. Academic Leadership Online Journal. 4 (1).
97 40.3 Amali Pemimpin sekolah juga melaksanakan ijtihad dalam erti kata menilai situasi, mengenal pasti masalah dan cabaran, mengemukakan langkah intervensi untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Sumber rujukan dalam berfikir ialah data-data yang diperolehi melalui pemerhatian dan dokumen yang disemak. Seseorang yang berijtihad menggunakan pemikiran secara mendalam tanpa dipengaruhi. 40.4 Kepentingannya Pentingnya keupayaan pemimpin untuk berfikir aras tinggi dan memahami setiap situasi dalam membuat keputusan agar setiap keputusan yang diambil tepat dan relevan dengan situasi dan isu yang dihadapi melalui tindakan pantas serta tindak susul yang diperlukan. Tumpuan sepenuh perhatian ketika mendengar laporan dan aduan serta membuat catatan menjadi satu keperluan penting. Jika mujtahid berijtihad bersumberkan dalil-dalil qat’ie dan fatwa sahabat tentang hukum syar’ie, maka pemimpin sekolah berijtihad (mencari jalan penyelesaian) berasaskan data (data driven) dengan fakta-fakta yang konkrit dan autentik. Justeru itu, keputusan yang dibuat ada sandarannya bukan tindakan yang semberono dan mencapai kesepakatan. Elakkan diri daripada bias dalam membuat keputusan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. KARAKTER 41 IKHLAS 41.1 Etimologi dan Kontekstual Ikhlas adalah perbuatan yang amat dituntut untuk mendapatkan ganjaran pahala. Tanpa ikhlas dalam perbuatan tidak akan menghasilkan ganjaran kebaikan. Untuk menzahirkan keikhlasan tentu sekali memerlukan penjiwaan dan kesungguhan dalam menjayakan peranan dan tugas.Ikhlas akan muncul dari hati yang suci, tidak menipu dan berpura-pura. Akar katanya daripada Bahasa Arab iaitu jernih dan bersih dari pencemaran iaitu penuh kejujuran. Ikhlas sebenarnya istilah tauhid yang merujuk kepada orang yang ikhlas tunduk mengesakan Allah, tidak menyekutukanNya (Rujuk Surah al-Ikhlas) ertinya Tiada tuhan lain yang berhak disembah, melainkan Allah. Manakala Ibn Qayyim merujuk keikhlasan dalam amalan iaitu taat, tunduk, patuh dan istiqamah. Biarlah Ketika tangan
98 kanan memberi, tangan kiri sendiri tidak tahu. Demikianlah perumpamaan atau analogi orang yang ikhlas dalam beramal. Demikian juga dalam konteks kepimpinan, dalam menjayakan peranan sebagai perancang, peneraju, pembimbing dan pendorong kepada semua staf dalam organisasi, lakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan kerana kebaikan yang dilaksanakan akan membuahkan hasil secara alamiah tanpa diduga apabila seseorang pemimpin itu ikhlas menjayakan peranannya. 41.2 Landasan Teori Daripada Abu Hurairah radiyalLahu anhu, beliau berkata; Rasulullah SallalLahu alayhi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu”. (Riwayat Muslim) Ikhlas tidak boleh diukur namun dapat diamati melalui perbuatan yang dipamerkan oleh seorang pemimpin, kerana seorang pemimpin akan dipantau dan diperhatikan oleh banyak mata, bukan hanya guru-guru, murid-murid dan pekerja swasta tetapi juga PPD dan pemegang taruh. Hati yang bersih akan menerbitkan tutur kata yang menenangkan dan tingkahlaku yang memberi aura positif. Justeru itu, setiap amalan mestilah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, bukan kerana hidden agenda yang tidak diketahui. 41.3 Amali Pemimpin yang ikhlas untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan guru akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan tidak lokek dengan ilmu. Selain daripada itu, pemimpin yang ikhlas tidak berkira dengan masa dan sentiasa sedia memberikan khidmat apabila diperlukan tanpa mengira masa dan keadaan. 41.4 Kepentingannya Ikhlas dalam beramal menunjukkan ketinggian peribadi dan kemuliaan sikap. Sikap ikhlas selalunya terpancar dalam tingkahlaku dan dipamerkan melalui tindakan yang dilaksanakan. Pemimpin yang ikhlas mempunyai motivasi instrinsik dan nilai kendiri yang tinggi.
99 Gambar 23 : Dekatkan Diri Kepada Allah KARAKTER 42 IKHTIAR 42.1 Etimologi dan Kontekstual Ikhtiar sinonim dengan amalan berusaha, berdaya usaha dan mencari jalan untuk mencapai matlamat tetapi bukan dengan jalan yang singkat atau tindakan yang semberono sebaliknya penuh pertimbangan dan melibatkan inisiatif yang menguntungkan. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa untuk mendapat hasil yang baik, terlebih dahulu perlu adanya usaha dan ikhtiar. Apatah lagi dalam usaha memanusiakan manusia dan menjayakan kemenjadian murid, tentu sekali pelbagai inisiatif dan tindakan perlu diambil untuk mencapai sasaran yang diharapkan. Selalunya akronim DUIT dijadikan panduan iaitu doa, usaha, implementasi dan tawakkal. 42.2 Landasan Teori Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed dan Abdul Ghani Abdullah (2011)72 merumuskan kepimpinan inklusif melibatkan kepimpinan guru bagi menggantikan kuasa atau membantu PGB. Guru mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa perlu bergantung kepada Pengetua atau barisan pentadbir sekolah. Kebolehan ini boleh ditingkatkan dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru dan usaha guru itu sendiri dalam meningkatkan personaliti diri yang dapat menzahirkan perasaan hormat dari kalangan pelajar. 72 Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed dan Abdul Ghani Abdullah, 2011. Guru Sebagai Pemimpin. Batu Caves: PTS Professional Publishing
100 42.3 Amali Dalam memimpin dan mengurus sekolah, banyak perkara yang perlu diusahakan agar segala perancangan dapat diimplementasikan. Ciri-ciri penting pemimpin yang berusaha ialah : 1. Mengumpul data 2. Mengenal pasti masalah 3. Menemukan intervensi dan solusi 4. Menjayakan penyelesaian 5. Membuat pemantauan 6. Membuat penambah baikan. 42.4 Kepentingannya Sikap berusaha amat penting bukan hanya kepada pemimpin sekolah tetapi seluruh barisan staf dalam organisasi. Orang yang berusaha tidak akan pernah mengalah dan sentiasa positif untuk mendepani cabaran dan mencari jalan menyelesaikannya tanpa keluh kesah. Pemimpin yang kuat berusaha akan selalu komited, memiliki kesungguhan dan tidak pernah berputus asa dan selalu mengambil tindakan kolaboratif mengatasi cabaran kompleks. KARAKTER 43 INKLUSIF 43.1 Etimologi dan Kontekstual Mengandungi makna terangkum, meliputi atau penyerapan tanpa ada unsur diskriminasi disebabkan sesuatu kekurangan atau perbezaan tertentu. Hal ini juga merujuk kepada proses penggantian dan penurunan kuasa kepimpinan. Dalam konteks kepimpinan, jangan jadikan perbezaan dan kepelbagaian sebagai satu masalah yang boleh menimbulkan konflik dan dilema sebaliknya jadikan perbezaan sebagai aset berharga dan cabaran yang perlu dihadapi dalam menunjukkan keupayaan memimpin. Justeru itu, pendekatan inklusif dalam memimpin amat penting dengan tidak ada unsur diskriminasi atau pilih kasih. Pemimpin dapat mengenali potensi dan menggilap bakat mereka dengan menyediakan suasana kerja yang memberangsangkan dan inspiratif. 43.2 Landasan Teori Kepimpinan inklusif melibatkan kepimpinan guru dengan mengupayakan guru melalui penurunan kuasa PGB. Guru mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tanggungja-
101 wabnya tanpa perlu bergantung kepada Pengetua atau barisan pentadbir sekolah. Kebolehan ini boleh ditingkatkan dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru dan usaha guru itu sendiri dalam meningkatkan personaliti diri yang dapat menzahirkan perasaan hormat dari pelajar. 43.3 Amali Pemimpin yang terbaik dapat melahirkan barisan pemimpin pelapis. Dalam konsep ini, PGB dapat menjadi model, memberi peluang dan tunjuk ajar kepada barisan guru-guru agar potensi mereka dapat dikembangkan dan bakat mereka dapat digilap. 43.4 Kepentingannya Pentingnya proses perkaderan pemimpin secara inklusif melalui proses penurunan kuasa dan peluang mengembangkan potensi untuk memberi khidmat dan sumbangan yang lebih menyerlah kepada sekolah. Rajah 23 : Peringkat Kepimpinan KARAKTER 44 INOVATIF 44.1 Etimologi dan Kontekstual Tindakan memulakan sesuatu yang baharu atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada. Pemimpin merupakan seorang peneroka yang merombak PGB Barisan Pentadbir SLT Pemimpin Guru GKMP Pemimpin Pertengahan KP Pemimpin Instruksional PGB + GAB + GPI
102 kepincangan, penyelesai masalah, pencetus idea baharu dan memberi inspirasi kepada semua warga sekolah. Oleh hal yang demikian, setiap pemimpin perlulah inovatif untuk menghasilkan perubahan yang mapan dan lestari. Selari dengan perubahan zaman yang berintegrasi dengan kemasukan teknologi dan aplikasi terkini, Langkah inovatif dalam mengurus sekolah menjadi lebih mudah dan impresif. 44.2 Landasan Teori Bass et al. (2003)73 Ketika menghuraikan secara tidak langsung tentang kepimpinan telah menyentuh elemen inovatif merujuk pemimpin yang adaptif iaitu bertindak balas terhadap perubahan. Persekitaran yang tidak stabil dan iklim inovasi yang berubah menagih kepantasan tindak balas seperti penjanaan idea dan pelaksanaan idea yang cepat dan sistematik (Jung et al., 2008)74 Pemimpin inovatif menyediakan persekitaran kerja yang kreatif (Amabile, 1998)75 , mewujudkan organisasi pembelajaran (Tsai, 2001)76 serta melestarikan budaya dan iklim organisasi yang kompetetif (Mumford dan Gustafson, 1998)77 44.3 Amali Pemimpin yang inovatif berkebolehan berfikir secara inovatif; bersikap kreatif, meneruskan komitmen, berterusan dalam meningkatkan proses, produk dan perkhidmatan. Pemimpin perlu merangsang staf supaya berfikiran inovatif dan kreatif dengan mempersoalkan andaian, menstruktur semula masalah dan menyelesaikan situasi lama menggunakan perspektif baharu. Pemimpin yang inovatif berkebolehan berfikir secara inovatif; bersikap kreatif, meneruskan komitmen, berterusan dalam meningkatkan proses, produk dan perkhidmatan. Pemimpin perlu merangsang staf supaya berfikiran inovatif dan kreatif dengan mempersoalkan andaian, menstruktur semula masalah dan menyelesaikan situasi lama menggunakan perspektif baru. 73Bass, B. dan Avolio, B. 2003. Transformational Leadership Development: Manual for the Multifactor Leadership Questionnaire. California: Consulting Psychologists Press. 74Jung, D. 2008. Transformational and Transactional Leader-ship and their Effects on Creativity in Groups. Journal of Creativity Research, 13, pp. 185-195. 75 Amabile, T.M. 1998. How to Kill Creativity. Harvard Business Review, 76(9), 77- 87 76Tsai, W. 2001. Knowledge Transfer in Intraorganizational Networks: Effects of Network Position and Absorptive Capacity on Business Unit Innovation and Performance. Academy of Management Journal, 44, 996-1004 77 Mumford, M.D. dan Gustafson, S.B 1998. Creativity Syndrome: Integration, Application & Innovation. Psychology Bulletin, 103, pp. 27-43.
103 44.4 Kepentingannya Selari dengan perubahan dunia yang dinamik, kepimpinaan inovatif amat penting untuk mengambil peluang daripada perubahan yang berlaku bagi dijadikan input dan nilai tambah dalam perjalanan organisasi serta keupayaan mengintegrasi teknologi dan perubahan baharu dalam meningkatkan transformasi organisasi untuk menjana perubahan. KARAKTER 45 INSANIAH 45.1 Etimologi dan Kontekstual Insaniah merujuk kepada kemahiran interpersonal yang perlu ada dalam menjayakan perhubungan yang harmoni sesama manusia dengan menekankan elemen kemanusiaan. Pendidikan adalah medan untuk memanusiakan manusia, justeru itu setiap pemimpin perlu kental dengan jiwa kemanusiaan, mempunyai pertimbangan, bersikap penyayang dan sedia berunding. Pemimpin juga harus memiliki kemahiran komunikasi yang mantap, nilai empati yang tinggi, berhemah tinggi dan mempunyai kemahiran deria yang baik. Untuk mendidik, tentu sekali nilai keinsanan perlu sentiasa disuburkan agar pujukan menjadi berkesan, pengaruh menjadi kian melebar. 45.2 Landasan Teori Pemimpin yang memiliki karakter insaniah bersikap kolaboratif, kerja sepasukan, memiliki kemahiran komunikasi, mempunyai inisiatif, mempunyai kemahiran kepemimpinan, pembangunan insan, kejurulatihan, regulasi kendiri, penguasaan kendiri, kemahiran perancangan serta kemahiran penyampaian (Crosbie, 2005)78. Pengetua harus menjadi pemimpin yang menyokong dan sentiasa melibatkan diri supaya penglibatan dan sokongan orang bawahan turut menjadi positif dan terangsang untuk menunjukkan motivasi kerja yang lebih baik. Menurut Mohd Shatar (2009)79, komponen-komponen dalam kepemimpinan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan 78 Crosbie, R. 2005. Learning the Soft Skills of Leadership. Industrial and Commercial Training 37(1): pp. 45-51 79 Mohd Shatar Sabran. 2009. Kemahiran Insaniah Asas Kecemerlangan. (online report). http://www.utusan.com. my. Mac 15, 2013
104 sebagainya amat relevan dikuasai oleh para pemimpin bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi. Justeru, kemahiran insaniah dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. 45.3 Amali Untuk memiliki rasa cakna yang tinggi tentang aspek-aspek kemanusiaan dan kemahiran insaniah, tentu sekali setiap pemimpin tidak menjarakkan diri dengan orang bawahan, sentiasa bergaul mesra dengan mereka, mengambil tahu kehendak dan keperluan dalam mewujudkan persekitaran budaya kerja yang merangsang dan menyeronokkan. Kemesraan, komunikasi berkesan dan hubungan interpersonal yang terjalin erat dan baik akan memastikan setiap kerja dan peranan dapat dijayakan secara berkesan melibatkan semua staf dalam organisasi sebagai sebuah keluarga. Pemimpin sekolah perlu mempunyai sikap sanggup menerima cabaran dan sentiasa berusaha mencari idea dan amalan baru dalam meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan pembelajaran murid. 45.4 Kepentingannya Karakter insaniah yang diamalkan dalam diri seorang pemimpin akan memberi kesan ketara dalam konteks pengurusan organisasi kerana dapat memastikan jurang sosial dihapuskan, terbuka untuk berlakunya teguran yang bersifat bottom up serta mewujudkan sense of belonging yang tinggi. Bottom-up leadership bukan bermakna mengabaikan visi dan strategi organisasi tetapi satu keperluan dalam dunia yang mengalami perubahan dengan cepat sehingga setiap staf dituntut untuk berfikir strategis, mendorong mereka menjadi lebih proaktif untuk mengambil peluang dan menyumbang kepada penambahbaikan organisasi. Gambar 24 : Umpama Permainan Catur
105 Bottom-up leadership juga sebetulnya masih memiliki individu yang in-charge, namun, individu ini mendorong setiap anggota untuk ikut terlibat menyuarakan idea dan mengambil keputusan dalam menyelesaikan satu-satu isu dan masalah. KARAKTER 46 INTELEKTUAL 46.1 Etimologi dan Kontekstual Intelektual merujuk perihal intelek, kecerdasan minda dan kewarasan dalam berfikir berlandaskan fakta, hujah yang membina dan idea yang konstruktif. Selalunya tidak hanya merujuk hear say tetapi mempunyai bukti kukuh dan fakta yang disandarkan. Manusia itu memiliki kekuatan akal kerana manusia merupakan al-Hayawan al-Natiq. Dengan kekuatan akal, gagasan baharu dikemukakan, pelbagai idea dicerna dan pengembangan daya nalar diteroka untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai dan keputusan yang mendatangkan kemenangan kepada semua pihak (win win situation). 46.2 Landasan Teori Daya intelektual seorang pemimpin amat penting untuk berhadapan dengan dasawarsa yang penuh liku dan cabaran apatah lagi berhadapan dengan generasi digital yang terdedah dengan maklumat dan mahir dalam aplikasi teknologi. Tentu sekali hal ini menuntut pemimpin sekolah untuk beradaptasi dengan perubahan baharu dalam meningkatkan daya intelektual bagi menguasai bahan pembelajaran secara digital, persembahan melalui pelantar digital dan kehadapan dalam pemikiran agar menjadi sumber inspirasi kepada orang bawahan. Menurut Van Brabant, (2008)80, pemimpin mestilah dapat mengawal dan menjayakan perubahan dalam operasi pengurusan dengan objektif yang optimis menggunakan langkah-langkah dan strategi yang efektif dengan pemikiran terbuka dan berwawasan. 46.3 Amali Pembentukan pemimpin yang memiliki daya intelektual yang tinggi bukan hanya melalui peningkatan dalam kelayakan pendidikan, tetapi juga kesediaan untuk belajar melalui 80 Van Brabant, T. 2008. Development of leadership capacities as a strategic factor for sustainability. Karlskrona: Blekinge Tekniska Höogskola.
106 pengalaman empirikal, perhubungan sosial, pemahaman tentang dasar-dasar dan polisi baharu serta memahami perubahan yang melanda dunia Pendidikan dengan pemikiran yang terbuka dan tidak jumud. Konsep pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesionalisme sentiasa diterapkan melalui pelbagai inisiatif untuk membudayakan persekitaran ilmu dalam organisasi kerana setiap expert bermula sebagai beginner. Rajin juga merujuk rakan-rakan PGB yang cemerlang dan berjaya melaksanakan perubahan untuk menyerap perubahan dan mendapatkan input yang berguna bagi memperbaiki amalan. 46.4 Kepentingannya Pemimpin yang berintelektual amat penting agar dapat menilai setiap perubahan dengan saksama, teliti dan rasional. Seorang pemikir yang baik tentu sekali akan mencorakkan sekolah menuju landasan yang betul dan menyemarakkan budaya organisasi yang positif. Melalui pemikiran yang tinggi dan terbuka, semua perubahan yang berlaku dan cabaran yang dihadapi dapat dihadapi secara optimis dengan menginspirasikan orang bawahan untuk mengambil tindakan yang serupa. Gambar 25 : Menemukan Pencerahan KARAKTER 47 ISLAH (REFORMIS) 47.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan Arab yang membawa maksud pembaharuan, reformasi dan rombakan nilai kepada nilai dan norma-norma yang disepakati bersama. Islah selalunya membawa kebaikan dan menutup kepincangan kepada keadaan yang lebih baik dan sempurna. Kehidupan tidak boleh jumud dan statik, kehidupan itu dinamik dan sentiasa mengalami perubahan justeru itu, pemimpin perlu peka dengan perubahan dan sedia beradaptasi dengan perubahan tersebut.
107 Dalam erti kata lain, setiap pemimpin hendaklah berjiwa besar, sedia menerima pandangan dan kritikan untuk memperbaiki kelemahan dan merombak segala amalan yang merugikan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada organisasi dengan menerapkan sistem yang lebih baik, mengintegrasikan penggunaan teknologi dan memperkenalkan polisi yang dapat mencemerlangan individu dan organisasi. 47.2 Landasan Teori Terdapat perbezaan yang ketara dalam hal pemproresan barangan siap antara era industri dengan era pengetahuan. Islah kepimpinan perlu dilakukan kerana kepimpinan pada masa kini bukan lagi bersifat top down tetapi lebih teragih dan bersifat bottom up. Strategi bottom up merupakan pendekatan di mana inovasi berasal dari bawah yang kemudian menentukan polisi dari pihak pengurusan atasan. Pada era industri proses pengeluaran dapat dilakukan oleh tenaga kolar biru yang mungkin pendidikannya rendah, sedangkan pada era pengetahuan, pemprosesan maklumat harus dilakukan oleh tenaga yang berpengetahuan dan pakar di bidangnya (SME) atau mereka yang berpendidikan tinggi (Trilling & Hood, 1999)81 . Islah tidak boleh ditolak apalagi ditentang kerana jika kita tidak bersedia untuk berubah kita akan ketinggalan. Islah juga tidak dapat dijjayakan secara berkesan tanpa kefahaman yang jitu dan mendalam. Misalnya bagaimana menerapkan amalan KBAT, Sekolah Penyayang, Sekolah Transformasi dan sebagainya. 47.4 Amali Karakter Islah iaitu pembaharu dapat dizahirkan apabila pemimpin terlebih dahulu memahami situasi, mengenali potensi dan persekitaran perubahan yang hendak dibawa. Tindakan boleh dibuat secara bertahap, tidak drastik dan memberi latihan secara berkala agar setiap staf bersedia menerima perubahan dan melaksanakannya. Contoh yang mudah peralihan penyediaan Rancangan Mengajar Harian daripada manual menggunakan Buku Rekod kepada penggunaan e-RPH. Demikian juga peralihan daripada pengajaran secara bersemuka kepada pembelajaran melalui pelantar digital menggunakan Skype for business atau Google meet dan seumpamanya. Berdasarkan Model Transformasi Sekolah, 4 komponen penting yang perlu diberi perhatian untuk melaksanakan pembaharuan dalam konteks pengurusan pembelajaran ialah: (1) Pemimpin berkesan, (2) Guru berkualiti, (3) Persekitaran pembelajaran bermakna dan (4) Sokongan ibu bapa dan komuniti. 81 Trilling, B & Hood,P. 1999. Learning, Technology, and Education Reform in the Knowledge Age. Educational Techno-logy, MayJune 1999. pp. 5-18
108 Rajah 24 : Kerangka TS25 47.4 Kepentingannya Dalam konteks dunia dan alam pendidikan yang dinamik, Islah merupakan perkara yang penting agar perjalanan organisasi selari dengan perkembangan semasa. Melalui pembaharuan dan rombakan, corak dan cara berfikir guru juga dapat dirombak untuk melihat konsep pendidikan itu secara menyeluruh bukan hanya aspek kognitif sematamata. Pentingnya pemimpin yang dapat mengkomunikasikan Islah secara matang dan terbuka bagi membangkitkan kesedaran, memberi stimulus dan menjadi pemangkin kepada langkah mencemerlangkan organisasi kerana organisasi tidak akan cemerlang tanpa berlaku perubahan dan penambahbaikan. Menjadi seorang reformis adakalanya mendapat tentang dan cabaran tetapi semua ini akan dapat diatasi jika rasional pembaharuan itu, difahami oleh warga sekolah.
109
110 KARAKTER 48 JIHAD 48.1 Etimologi dan Kontekstual Membawa makna perjuangan yang melibatkan gagasan pemikiran, melawan hawa nafsu, malawan musuh dan menentang tindakan yang salah. Perjuangan ini memerlukan kekuatan untuk mempertahankan prinsip yang dipegang tanpa goyah oleh anasir. Kepimpinan adalah medan jihad kerana setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya atau orang yang dipimpinnya. Jika orang yang dipimpinnya menunjukkan kecemerlangan dan kemenjadian, maka kepimpinannya dianggap berjaya sebaliknya jika orang yang dipimpinnya tidak mencapai KPI yang ditetapkan, seorang pemimpin itu akan dianggap gagal. Jihad yang besar bukan mendapat kuasa memimpin tetapi bagaimana membuat perubahan sewaktu memimpin dan meninggalkan legasi yang baik kepada pemimpin selepasnya. 48.2 Landasan Teori Jihad bukan hanya di medan perang tetapi juga di medan Pendidikan iaitu bagaimana pemimpin dapat menjayakan peranannya untuk membangunkan sumber manusia yang dipimpinnya. Kepimpinan sekolah perlu memberi perhatian sewajarnya kepada aspek pembangunan modal insan guru kerana dengan permentoran, peer coaching dan bimbingan yang dilakukan akan dapat menzahirkan lebih ramai guru berkualiti dan dapat melaksanakan peranan mereka secara extra mile bukan lagi bersifat rutin dan satu arah. Jihad bukan bermakna membakar diri menerangi orang lain tetapi bagaimana menggembelingkan pasukan untuk membawa perubahan dan menyelesaikan setiap masalah serta cabaran yang dihadapi dengan mengoptimumkan tenaga manusia yang ada. Sebarang pembaharuan yang hendak dibuat perlulah dibincangkan secara terperinci agar pelaksanaannya berjalan lancar dan tiada sekatan atau halangan. 48.3 Amali Karakter jihad memperlihatkan kepimpinan yang tangguh, berjiwa kental dan berani berhadapan dengan rintangan dan cabaran. Cabaran yang dihadapi tidak dipandang dari sudut dan perspektif yang negatif sebaliknya melalui pandangan dan persepsi yang positif.
111 Sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan melihat kepelbagaian sebagai aset yang boleh digembelingkan dalam mencapai visi, matlamat dan objektif organisasi. Berhijrah dari pemikiran rendah kepada pemikiran tinggi, dari kelemahan kepada kecemerlangan, dari konflik dan perbalahan kepada kemaafan dan keharmonian, dari kesilapan kepada penambahbaikan dan dari pengabaian kakitangan kepada mengoptimumkan bakat, potensi dan kebolehan mereka. 48.4 Kepentingannya Semangat jihad untuk membangunkan kepakaran, membangkitkan kesedaran, mengispirasikan perubahan dan menjagakan anak buah dari lena yang panjang adalah perjuangan suci dan mulia. Kemuliaannya dapat dikecapi apabila segala usaha dan langkah yang dirintis membuahkan hasil dan mencapai kemenjadian yang diharapkan. KARAKTER 49 JUARA 49.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah juara merujuk kepada pemenang iaitu mereka yang berada di hadapan, mendepani cabaran dan dapat memimpin orang lain. Selalunya merujuk juga mereka yang berjaya, mempunyai kelebihan dan memiliki kekuatan iman, akal dan jiwa. Dalam konteks kepimpinan, yang akan selalu mendapat sorotan atas kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi ialah pemimpin. Tidak mungkin sekolah yang berkesan dipimpin oleh pemimpin yang lemah begitulah sebaliknya sekolah yang lemah dipimpin oleh pemimpin yang berkesan. Pemimpin perlu menjuarai perubahan, melaksanakan pembaharuan dan menunjukkan teladan kepimpinan yang matang dan berwibawa. Untuk menjadi juara dalam memimpin banyak persyaratan yang perlu dipenuhi. Secara ringkasnya dua aspek utama ialah ketrampilan personal dan kemahiran profesional. 49.2 Landasan Teori Semua orang inginkan kemenangan, mana mungkin ada yang mahukan kegagalan. Pemimpin yang cemerlang mempunyai resepi dan formula yang tersendiri untuk menjadi juara bukan hanya dalam ruang lingkup sekolah tetapi menjangkau ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang dan kebitaraan. Menjadi sang juara dalam kalangan rakan sejawatan memerlukan setiap pemimpin sekolah sentiasa berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, menjalinkan hubungan yang mesra
112 dengan pegawai atasan dan bawahan serta rakan sejawatnya, seorang yang tegas tetapi adil dan saksama, mengkritik dan menegur secara membina, sedia memaafkan seorang yang bersalah jika tidak berat kesalahannya, mengeksploitasi kekuatan setiap staf dan bukan kelemahannya. Pemimpin juga mempunyai pengetahuan yang kemaskini dengan memberi perhatian khas kepada idea-idea baru, bersikap positif dengan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta berani dan sedia mengemukakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan pandangan atau pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan (Mior, 2010)82 . 49.3 Amali Untuk menjadi seorang juara, setiap pemimpin perlulah unggul dalam aspek pengurusan dan integriti keperibadian. Kebolehan dan keupayaan memimpin menjadi syarat yang utama. Pemimpin juga berjaya mendapatkan kepercayaan anak buah dengan menonjolkan kewibawaan peribadi dan keunggulan pemikiran. Pemimpin juga mempunyai kemahiran persuasif untuk meluaskan pengaruh. 49.4 Kepentingannya Menjadi juara penting agar segala pembaharuan yang dilaksanakan dapat dipamerkan untuk dikongsi dan menjadi tanda aras kepada sekolah lain. Sekolah juga dapat menonjolkan kebitaraan dan menjadi pemangkin kepada kemajuan Pendidikan serta mengangkat martabat dan imej sekolah sebagai pusat kecemerlangan dan agen perubahan dan mendukung agenda kemenjadian. Juara bermakna sekolah mencapai kecemerlangan yang gemilang dan berupaya bersaing dengan para pesaing dalam satu daerah dengan pelbagai amalan terbaik. KARAKTER 50 JUJUR 50.1 Etimologi dan Kontekstual Jujur membawa maksud bersikap lurus, lurus hati, tulus ikhlas, suci hati, berkkata benar, tidak berdusta, mencari kebenaran dan sentiasa menunaikan amanah. Dalam konteks kepemimpinan, karakter jujur memang dituntut sebagaimana yang telah diteladankan oleh 82 Mior Abdul Malik, 2010. Gaya kepimpinan pengetua dan ciri-ciri yang efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 73-84.
113 RasululLah sallalLahu alayhi wasallam melalui sikap dan karakter baginda ketika memimpin dan meluaskan dakwah di Jazirah Arab sehingga baginda digelar Al-Amin. Sikap dan karakter jujur amat penting dalam kepimpinan kerana setiap watak dan perwatakan pemimpin menjadi sorotan dan ikutan kepada orang bawahan. Orang jujur akan mewujudkan budaya progresif dan menyenarkan nilai-nilai murni selaras dengan pengamalan 12 nilai dalam tonggak 12. 50.2 Landasan Teori Kejujuran merujuk kepada nilai-nilai positif dan integriti. Hal ini merujuk kepada keupayaan mengembangkan kepercayaan dalam kalangan pengikut dan mendapatkan pengesahan berdasarkan kejujuran. Pemimpin yang berkesan selalunya akan mengikut peraturan, mengikuti nilai-nilai positif, menjunjung tinggi kebenaran dan berpegang kepada prinsip. Tidak terlintas dalam dirinya untuk menggunakan pangkat dan jawatan bagi mendapatkan keuntungan peribadi dan kelebihan kroni. Apa yang pasti beliau sentiasa memimpin ke jalan yang betul untuk mencapai visi dan hala tuju dengan amalan yang terbaik dan berkesan. Kelaziman yang selalu berlaku dalam masyarakat melihat mereka yang terjun dalam arena kepimpinan mempunyai agenda tersembunyi dan tiada kejujuran. Skeptikal seperti ini perlulah dibenamkan agar imej kepimpinan khasnya kepimpinan Pendidikan benar-benar berpaksikan kepada nilai-nilai kejujuran. 50.3 Amali Kejujuran lahir dari kesedaran yang dalam dan hati yang luhur dan tulus yang melihat jawatan bukan sebagai peluang tetapi suatu amanah yang harus dipertanggungjawabkan untuk memimpin orang bawahan menuju kecemerlangan dan kejayaan bukannya untuk mencari kelebihan atau batu loncatan mendapat keuntungan material. Pemimpin yang jujur mempunyai ikatan kerohanian yang kuat dengan ilahi untuk memenuhi tuntutan dan kepatuhan kepada ajaran agama serta memelihara hubungan yang baik dengan sesama pekerja. Tanpa kejujuran, banyak hal-hal dirahsiakan dalam kelompok tertentu hingga berlaku kecairan maklumat dan ketidak telusan dalam sistem penyampaian. Data-data yang dikumpul melalui pelbagai laporan, aduan, kajian dan pengamatan hendaklah dinilai dan dianalisis secara jujur untuk mendapatkan keadaan dan isu sebenar yang berlaku bagi membolehkan Langkah intervensi yang sesuai, tepat dan selaras dapat diambil.
114 50.4 Kepentingannya Kejujuran di tengah merebaknya kepalsuan dan sikap hipokrit tentu sekali memuliakan diri seseorang dan menjadi satu cabaran yang cukup besar untuk diupertahankan. Dalam memimpin institusi Pendidikan sebagai tempat melahirkan bakal pemimpin pada masa yang akan dating, nilai kejujuran perlu ditanamkan dan diterapkan agar mereka yang dididik dan dilatih terbiasa dan dilazimkan dengan budaya kejujuran dan menolak segala bentuk penipuan dan sikap hiopokrit. Islam sendiri membidas mereka yang tidak jujur sebagai petanda dalam hatinya ada ciri-ciri orang munafik.
115
116 KARAKTER 51 KARISMA 51.1 Etimologi dan Kontekstual Kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai: Juga merujuk kepada keunggulan, dan kewibawaan; Kebiasaannya karismatik seseorang akan muncul melalui gaya penampilan, tutur bicara, pandangan, pemikiran dan etika pergaulan. Dalam konteks kepemimpinan, karakter ini amat menentukan keberhasilan serta bagaimana pengaruh pemimpin dapat disebar luaskan kepada semua pengikut. Melalui gaya penampilan, percakapan dan pemikiran, golongan bawahan akan mendapat inspirasi, merasa aura kepemimpinan dan mendapat impak positif melalui interaksi dengan pemimpin. Karakter karisma menjadi sandaran penting yang mendapat perhatian pihak berkepentingan dan pemegang taruh. Pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, beradaptasi dengan lingkungan sosial dan mempamerkan kredibiliti ketika berada dalam sesuatu majlis. Mempunyai personaliti yang menarik, sahsiah yang terpuji, komunikasi yang berkesan dan pesona yang memberi aura. 51.2 Landasan Teori Mohd Sarkam, Mohd Kamarul Amree, Mohamed, Hasan Al-Banna & Mohamad, Mohd Hamran (2017) menjelaskan tentang “Keberkesanan kepimpinan berkarisma” Kepimpinan merupakan tunjang utama kejayaan bagi pentadbiran sesebuah organisasi. Keutuhan dalam pucuk pimpinan, pastinya dapat mewujudkan keberkesanan dalam pentadbiran yang dijalankan. Justeru proses pembentukan pemimpin yang berkarisma tinggi amat penting. Justeru nilai keseimbangan dalam diri individu yang melibatkan aspek jasmani dan rohani yang mematuhi keperluan syariah amat dituntut. URL: https://jcis.uitm.edu.my Siapakah pemimpin paling berkarisma di dunia? Kedudukannya ditempati oleh baginda RasululLah sallalLahu alayhi wasallam yang mulia dan penuh sabra menyebarkan dakwah dan memimpin umat manusia ke jalan kebenaran dengan pimpinan wahyu hingga dunia kegelapan menjadi terang benderang dengan cahaya tauhid dan
117 keimanan dan melepaskan diri dari belenggu kejahilan mengikut panduan dan teladan yang telah ditunjukkan. Seorang pemimpin karismatik, mengamalkan amalan dan budaya hidup yang cemerlang. Menurut Stephen Covey, terdapat 7 tabiat efektif83 yang dapat meningkatkan karisma seseorang, iaitu: 1. Proaktif 2. Tetapkan sasaran akhir dalam minda 3. Tentukan matlamat utama (Put first thing first) 4. Fikir menang-menang 5. Melihat memberi pengertian kemudian baru memahami 6. Bertenaga 7. Memberi sumbangan yang bermakna 51.3 Amali Karisma tidak datang dengan memintanya tetapi muncul secara semulajadi apabila seorang pemimpin memliki karakter yang menyakinkan, menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan tugas, memelihara amanah dengan penuh integriti dan akauntabiliti serta menunjukkan impak dan kesan yang baik sebagai seorang pemimpin. Teladan yang ditunjukkan oleh RasululLah sallalLahu alayhi wasallam boleh diikuti iaitu berkata benar, berkongsi maklumat, menunjukkan tingkahlaku yang baik, bersikap sederhana dan sabar, tenang dan tidak gelojoh dalam tindakan, berfikiran cerdas dan memiliki pertimbangan kemanusiaan yang tinggi. 51.4 Kepentingannya Memiliki karisma sebagai seorang pemimpin memang perlu disyukuri kerana bukannya mudah untuk mendapat aura sedemikian dan mendapat penghormatan daripada sub ordinat. Apabila seseorang pemimpin memiliki karisma yang tinggi imej organisasi dan budaya organisasi juga menjadi kian meningkat kerana pemimpin akan menerapkan budaya yang positif dan menyemarakkan persekitaran pembelajaran dalam organisasi. 83 Stephen Covey, 2000. The 7 habits of highly effective people. Franklin Covey .Co
118 KARAKTER 52 KHALIFAH 52.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah Khalifah ini mengandungi makna yang amat berat hinggakan gunung ganang tidak sanggup untuk memikul tugas ini melalinkan manusia. “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”. (Surah al-Ahzab : Ayat 72) Dalam al-Qur’an, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman tentang fungsi dan peranan manusia di muka bumi, iaitu: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah : Ayat 30) Timbul persoalan kenapakah manusia dipilih seba-gai khalifahNya di bumi?. Ini kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian dan dilengkapkan dengan persediaan untuk memikul tugas dan peranan ini kerana diberikan akal fikiran. Perkataan khalifah membawa maksud pengganti. Ertinya mengganti tadbir bumi untuk menegakkan hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala. Manusia telah dikurniakan oleh Allah akal fikiran yang dapat berkembang maju dan membina peradaban. Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin sekolah sebagai figur yang diamanahkan untuk menerajui pengurusan dan pentadbiran, maka peranan yang paling utama ialah bagaimana menyuburkan budaya kerohanian dan mengembangkan hubungan dalam membudayakan tadbir urus yang harmoni (hablum minannas dan hablum minalLah).
119 52.2 Landasan Teori Allah Subahanahu wa Ta’ala telah berfirman : “Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..” (Surah Shad : Ayat 26) Sebagai khalifah kita mempunyai beban taklif iaitu kita akan diberikan ganjaran jika berbuat baik dan akan diberi balasan azab jika berbuat kerosakan. Orang yang memegang tugas kepimpinan, hendak-lah melaksanakan tugas dengan penuh integriti, memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan dan sesama manusia, Setiap generasi juga bertukar ganti, seperti juga kepimpinan sekolah akan yang akan bertukar ganti. Apabila seorang pemimpin bertukar atau berpen-cen, maka dilantik pemimpin lain untuk mengganti bagi memperkenalkan dasar dan teladan kepemim-pinan dan mencemerlangkan organisasi dengan gaya kepimpinan dan legasi masing-masing. 52.3 Amali Dalam kaedah amalinya, untuk menjadi seorang khalifah, hendaklah bermula dengan ilmu (pengetahuan dan kemahiran), perso-naliti yang baik dan menyakinkan, komunikasi yang berkesan, bergerak dengan data dan maklu-mat (data driven), sentiasa bereserhana (tidak ekstrim), sentiasa sabar menghadapi dengan pelbagai cabaran. Pemimpin karismatik juga tidak boleh ego dan berdolak dalik, sebaliknya hendaklah merendah diri serta mengiktiraf semua sumbangan anak-anak buah. 52.4 Kepentingannya Memimpin secara karismatik meninggalkan kesan yang mendalam kepada pengikut (sub ordinat) kerana dengan penampilan yang berwibawa, komunikasi yang berkesan dan mengiktiraf setiap sumbangan anak buah, para pengikut akan sentiasa memberikan kerjasama dan bersama-sama meningkatkan keberhasilan dan kecemerla-ngan organisasi. Untuk menjalankan tugas kepimpinan ini bukanlah mudah tanpa ilmu dan kemahiran, justeru itu sebagai seorang khalifah atau pemimpin yang mengganti kepimpinan seterusnya, legasi yang ditinggalkan boleh diteruskan serta memperkenalkan amalan-amalan terbaik dalam konteks kepimpinan.
120 KARAKTER 53 KOLABORATIF 53.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah kolaboratif membawa maksud kerjasama yang terjalin untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan fungsional kepimpinan. Kolaboratif melibatkan gabungan antara pemimpin dan orang yang dipimpin dalam menjayakan matlamat dan objektif organisasi. Dalam Islam disebut taawun iaitu bekerjasama dalam kebaikan. Kepimpinan kolaboratif memang penting dalam menjayakan visi dan misi organisasi sebagaimana yang disasarkan. Kejayaan organisasi tidak akan berhasil tanpa tindakan kolaboratif. Kepemimpinan pendidikan masakini tidak lagi berkaitan individu pemimpin itu sendiri tetapi telah mula diaplikasikan dalam bentuk yang lebih kolektif dan global (Avolio, Walumbwa & Weber, 2009)84 . Organisasi sekolah memerlukan corak kepemimpinan yang lebih dinamik dan bersifat kolaboratif. Keberkesanan kepemimpinan kolaboratif dapat memacu sesebuah organisasi ke arah meningkatkan pencapaian pembelajaran murid yang lebih baik. 53.2 Landasan Teori Konsep kepimpinan kolaboratif menjadi ciri-ciri penting dalam mencemerlangkan organisasi kerana tidak mungkin pemimoin dapat menggerakkan perubahan tanpa adanya kolaboratif dengan pihak pentadbir, pemimpin kanan mata pelajaran ketua-ketua panitia, guru mata pelajaran, ibu bapa dan pemegang taruh. Hal ini selari dengan pandangan Growe (2011)85 yang menyatakan bahawa situasi sekolah masa kini memerlukan para pemimpin sekolah mewujudkan budaya perkongsian dan kerja sama dengan ibu bapa, masyarakat setempat, sekolah-sekolah berdekatan, pegawai pendidikan daerah masing-masing, pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri serta dengan pembuat dasar. Kepemimpinan kolaboratif adalah saling berkait dengan kepimpinan distributif, sebagaimana saranan Spillane (2005)86 bahawa kepemimpinan kolaboratif disebarkan atau diagihkan dalam organisasi 84 Avolio, B.J.; Walumbwa F.O.; & Weber, T.J. 2009. Lea-dership: Current Theories, Research, and Future Direc-tions. Annual Review of Psychology 60, pp. 421-449 85 Growe, Roslin 2011. Collaborative Leadership in the Era of New Normal. National Forum Of Educational Administra-tion And Supervision Journal Volume 29, Number 4. 86 Spillane, J.P. 2005. Distributed Leadership Educ Forum 69 (2). USA : The H.W. Wilson Company
121 yang meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan kendiri serta pembangunan organisasi. Menjadi seorang pemimpin sekolah di abad ke-21 merupakan masa yang sangat mencabar kerana era ini dikenali sebagai era akauntabiliti. Menurut dapatan dari ramai pengkaji, era ini menuntut kebertanggungjawaban tambahan dari pentadbir dan pengurus sekolah ke atas pencapaian akademik murid dan komitmen guru (Sergiovanni, 1984). 87 53.3 Amali Dalam amalan kolaboratif, Islam menegaskan bahawa taawun hendaklah untuk menjana kebaikan bukan sebaliknya. Hubungan interpersonal amat penting dalam meningkatkan amalan kolaboratif. Interaksi dan pengumpulan maklumat perlulah berlaku secara harmoni dan bersama-sama menuju ke arah matlamat yang sama. Setiap masalah yang wujud dalam hubungan perlu diselesaikan agar dapat membentuk tim penggerak yang utuh tanpa sebarang hangky pangky yang boleh menjejaskan perjalanan organisasi. Tindakan kolaboratif tidak dapat dielakkan. Untuk mendapatkan kerjasama orang bawahan pemimpin hendaklah mesra, tidak prejudis dan tidak mewujudkan gap. 53.4 Kepentingannya Bidang pendidikan adalah satu bidang yang sangat kompleks. Kepemimpinan pendidikan memerlukan pemimpin yang berupaya membawa warga pendidik ke arah yang lebih global. Banyak perubahan dalam dasar pendidikan telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melonjakkan prestasi pendidikan di Malaysia mencapai setaraf dengan pendidikan negara-negara maju demikian juga dengan kualiti kepemimpinan pendidikan. Bermula dengan jenis dan gaya kepemimpinan di abad ke 20, kini kepemimpinan pendidikan mengorak langkah ke arah kepemimpinan abad ke 21 iaitu kepemimpinan berasaskan inovasi, kreatif dan kolaboratif. 87 Sergiovanni, T. J. 1984. Leadership and excellence in schooling. Educational Leadership, 41(5), pp. 4-13
122 KARAKTER 54 KOMITMEN 54.1 Etimologi dan Kontekstual Sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dan sebagainya atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kepada sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yang bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai iltizam tinggi terhadap kerja; Komitmen yang tinggi amat penting kepada seorang pemimpin dalam memimpin sebuah organisasi kearah kecemerlangan. Pemimpin adalah orang yang mendapat amanah serta memiliki sifat, sikap, dan gaya yang baik untuk mengurus atau mengatur orang lain. Dengan kata lain para pemimpin tidak hanya dapat memerintah bawahan apa yang harus dilakukan, tetapi juga dapat mempengnaruhi bagaimana bawahan melaksanakan perintahnya. Tanpa komitmen yang tinggi seseorang pemimpin sukar untuk melaksanakan amanah bersama orang bawahan. Pemimpin perlu menghasilkan barisan pekerja yang bermotivasi dan mempunyai nilai yang tinggi terhadap kerja. 54.2 Landasan Teori Menurut Rosnarizah Abdul Halim dan Zulkifli Abdul Manaf (2009)88, PGB tidak lagi memikul semua tanggungjawab di sekolah sebaliknya melibatkan komitmen tanggungjawab bagi semua warga sekolah, kerana ada dalam kalangan guru-guru yang memiliki kemahiran kepimpinan terpendam dan dapat dimanfaatkan jika mereka diberikan peluang dan komitmen mereka di tingkatkan. Sesuatu kerja tidak akan menjadi tanpa adanya komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya, Tambahan pula perancangan perlulah mapan agar kualiti kerja yang didorong oleh sikap komitmen dapat menghasilkan impak yang tinggi bukan sahaja kepada organisasi tetapi yang lebih penting kepada kemenjadian murid sebagai pelanggan sekolah. 88 Rosnarizah Abdul Halim & Zulkifli Abdul Manaf. 2009. Kajian Eksplorasi Distributed Leadership di Malaysia. Kertas Penyeli-dikan Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpi-nan Pendidikan ke-16. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
123 Komitmen dan komited dua karakter yang saling berhubungan di antara satu sama lain. Orang yang memiliki komitmen yang tinggi juga akan komited dalam menjayakan amanah dan tanggungjawab yang dibebankan kepadanya. Kedua-dua karakter ini perlu ada kepada pemimpin untuk memberi teladan kepada orang yang dipimpin. 54.3 Amali Organisasi sekolah perlu meneroka lebih banyak cara untuk tidak menjadi terlalu formal dan guru-guru perlu diberi lebih banyak peluang untuk memimpin (Davis, 2009)89 Mowday, Porter dan Steers (1982)90 mendefinisikan komitmen sebagai kesungguhan seseorang individu mengidentifikasikan dirinya dengan organisasi dan penglibatannya yang tinggi dalam organisasi tersebut. Mereka juga menyatakan bahawa pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi, lazimnya mampu mengurangkan kadar tukar-ganti kerja, lewat datang kerja, tidak hadir bekerja dan mampu meningkatkan kepuasan bekerja di dalam organisasi. Faktor-faktor ini akan meningkatkan pencapaian dan prestasi kerja serta terus komited untuk kekal bersama organisasi, secara langsung atau pun tidak langsung. Mereka akan terus berusaha sedaya upaya bagi mencapai matlamat organisasi tersebut. 54.4 Kepentingannya PGB yang berkomitmen mempunyai hubungkait sangat rapat dengan pencapaian murid, keberkesanan sekolah, kepuasan guru, prestasi kerja guru, malahan juga ketidakhadiran guru ke sekolah. Tanpa komitmen dan dedikasi yang tinggi daripada pemimpin sekolah dan guru-guru, adalah sangat sukar untuk merealisasikan Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik dan Negara Sejahtera. KARAKTER 55 KOMUNIKATIF 55.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah komunikatif merujuk kepada interaksi dua hala atau lebih yang berlaku dalam menyampaikan mesej dengan jelas dan menarik agar difahami dan dapat dilaksanakan oleh mereka yang menerima mesej dan komunikasi berkenaan. Komunikatif bermakna 89 Davis, M.W. 2009. Distributed Leadership and School Performance. Tesis Kedoktoran yang tidak diterbitkan. The faculty of the Graduate School of Education and Human Development of the George Washington University 90 Mowday, Porter dan Steers, 1982. Employee Linkages: The Psychology of Commitment and Absenteeism and Turnover. New York: Academic Press
124 interaksi berlaku secara aktif antara dua pihak atau lebih baik secara individu mahupun kumpulan. Menurut Hulpia, Devos dan Rosseel (2009)91, kualiti kepimpinan dapat diukur pada sejauhmana elemen komunikatif berlaku antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Komunikasi merupakan aspek yang paling penting dalam menyampaikan perkhidmatan dan meluaskan jaringan. Perbuatan komunikasi akan membentuk budaya dan suasana komunikatif. Kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang sangat penting dalam kepimpinan, kerana tanpa budaya komunikatif dan karakter pemimpin dalam meluaskan jaringan dan jalinan komunikasi tentu sekali banyak isu dan masalah dalam organisasi tidak dapat diselesaikan.Kegagalan pemimpin untuk mengendalikan komunikasi dengan betul dalam krisis boleh mengakibatkan kegagalan organisasi secara keseluruhan. Dalam konteks kepemimpinan, peranan komunikasi yang paling kerap dilaksanakan pengetua/guru besar ialah sebagai pemberi makna (meaning-maker), penglipur lara (storyteller) dan pembimbing inovasi (innovation coach). 55.2 Landasan Teori Adalah penting bagi setiap pemimpin untuk melihat komunikasi kepimpinan sebagai kritikal. Kesilapan dalam berkomunikasi dan ketidakupayaan pemimpin untuk belajar berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan memberi kesan terhadap kompetensi professional mereka sebagai pemimpin. Kepimpinan sebenarnya tidak akan terjadi tanpa adanya karakter dan budaya komunikatif, sesuai dengan dunia Pendidikan yang melibatkan aspek sosialisasi antara manusia dengan manusia. Hubungan interpersonal dan komunikasi berkesan menjadi ciri penting dalam berkongsi visi dan menyampaikan dasar-dasar dan pelaksanaan polisi yang hendak diterapkan dalam organisasi. Kepentingan komunikasi dari perspektif Islam boleh dilihat dari sudut menyebarkan dakwah, menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah, melaksanakan tuntutan-tuntutan Syariah dan menegakkan prinsip amar ma‘rūf nahī munkar serta melaksanakan apa sahaja perintah Allah dan menjauhi diri segala laranganNya. 91 Hulpia, H., Devos, G., & Rosseel, Y. 2009. The relationship between the perception of distributed leadership in secondary schools and teacher’s and teacher leaders’ job satisfaction and organisational commitment. American Educational Research Association
125 Rajah 25 : Pemikiran Kreatif dan Kritis Sejarah Islam telah menunjukkan bagaimana kejayaan dakwah Rasulullah SAW yang telah berkomunikasi dengan cemerlang, dan hasilnya seluruh semenanjung Tanah Arab telah dapat diIslamkan dengan jayanya 55.3 Amali Komunikasi ialah proses di mana seorang penutur memindahkan rangsangan (biasanya perlambangan berbentuk katakata) untuk mengubah tingkah laku orang lain. Komunikasi yang digunakan bukan setakat untuk menyampaikan pesanan tetapi ia melibatkan satu tujuan yang lebih bermakna iaitu merubah tingkah laku orang lain dan merangsang tindakan yang positif. Komunikasi bukan lisan boleh dianggap sebagai media utama komunikasi yang paling efektif. Ini disebabkan pengaruh bukan lisan seperti pergerakan badan, perawakan muka, pergerakan mata dan sentuhan mudah bertindak balas. Selain dari itu, komunikasi tanpa lisan boleh dianggap lebih jujur dalam menerangkan sejauhmana kebenaran atau keikhlasan dalam konteks kepimpinan. 55.4 Kepentingannya Tingkatan komunikasi yang tertinggi berkait rapat dengan hubungan dengan Allah SWT (Hablum MinalLah) kemudian barulah komunikasi antara sesama manusia untuk menyelesaikan pelbagai isu dan masalah yang berhubungan dengan kerjaya dan kehidupan seharian. Peranan pemimpin untuk memberikan dorongan dan bimbingan adalah melibatkan elemen komunikasi yang efektif. Tanpa adanya komunikasi yang jelas atau mis communicate banyak perancangan tidak dapat dijayakan dengan berkesan dan boleh menjejaskan perancangan.
126 KARAKTER 56 KRITIS 56.1 Etimologi dan Kontekstual Kritis bermaksud seorang yang kritikal dan dapat mengenalpasti elemen kelemahan dan membuat teguran atau komentar secara ikhlas tentang sesuatu perkara bukan untuk tujuan untuk menjatuhkan tetapi untuk membina dan menjadikan sesuatu lebih baik. Dalam hal ini pemimpin perlu menjadi mata lebah iaitu melaihat sesuatu kebaikan dalam diri anak buah dan mengiktiraf apa yang mereka lakukan dan memberi mereka nasihat dan bimbingan untuk meningkatkan kualiti dan membuat penambahbaikan. Jangan jadi seperti mata lalat yang hanya mencari dan mengesan keburukan kerana jika kelemahan dan keburukan sentiasa digembar gemburkan, konflik akan muncul dalam organiisasi dan keharmonian akan tejejas. Jika ada dalam kalangan anggota organisasi yang berada pada zon selesa, kenalpasti apakah kelebihan dan kebaikan yang ada pada diri mereka. Kembangkan sisi kebaikan itu agar ada sumbangan yang boleh mereka berikan kepada organisasi manakala singkirkan kelemahan tersebut agar tidak menjadi fokus yang boleh merosakkan hubungan dan mencetuskan keadaan yang tidak selesa. 56.2 Landasan Teori Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin perlulah bersikap kritis dan responsif terhadap kritikan dan teguran daripada orang bawahan (orang yang dipimpin). Sikap kritis menjadikan pemimpin lebih teliti dan memastikan standard atau kualiti dipatuhi dalam setiap kerja yang dilaksanakan. Penyediaan minit mesyuarat, surat-surat rasmi, minit curia dan laporan aktiviti misalnya hendaklah menepati piawaian yang ditetapkan demikian juga dalam pelaksanaan setiap aktiviti, sikap kritis perlu untuk memantau, menyemak dan memastikan SOP dipatuhi sewajarnya agatr tidak berlaku sebarang kepincangan dan perlanggaran undang-undang yang akan menimbulkan masalah kepada pihak kepimpinan. Sikap kritis bukan bermakna pemimpin tersebut cerewet atau senagja mewujudkan birokrasi sebaliknya memastikan setiap pelaksanaan memberi impak yang baik terhadap hasilan dan memastikan kemenjadian murid dapat dicapai sebagaimana
127 yang diharapkan. Generasi guru-guru sekarang terdiri daripada pelbagai generasi termasuklah generasi ‘Y’ di mana generasi ini telah menghampiri 62% pada tahun 2009 dan generasi ‘Y’ ini juga akan menerajui hala tuju sesebuah negara pada masa hadapan. (PricewaterhouseCoopers Malaysia, 2009)92 . Namun demikian generasi ini kadangkala mempunyai pengetahuan yang rendah dan kemahiran yang tinggi atau kemahiran yang rendah dan pengetahuan yang tinggi. Justeru itu, kritikan dan teguran membina daripada pemimpin penting untuk membangunkan kapasiti dan mengembangkan kompetensi masing-masing untuk memperkasakan sumber manusia. 56.3 Amali Pemimpin perlu berfikir tenang dan menggunakan pemikiran aras tinggi untuk menilai setiap situasi yang dihadapi. Setiap cabaran dan kelemahan yang wujud dalam organisasi bukanlah petanda akhir sebuah pengurusan. Sebaliknya pemimpin perlu berfikir kritis bagaimana membenamkan kelemahan yang wujud, meningkatkan prestasi, menaikkan motivasi, membangunkan potensi, merangsang guru-guru dengan ilmu dan mendorong mereka untuk terus cemerlang. Ketika menegur dan memberi kritikan, pantang yang paling utama ialah tidak memalukan atau mengaibkan, sebaliknya hendaklah memberi teguran dengan membina, bersama bimbingan yang berterusan dengan satu niat untuk membangunkan potensi dan mencemerlangkan organisasi. 56.4 Kepentingannya Sikap kritis penting untuk membangunkan sumber manusia dalam organisasi kerana dalam menjalankan peranan memberikan bimbingan, pemimpin akan memberi teguran, memperbaiki segala kelemahan yang dikenalpasti dan membangunkan potensi dan kapasiti sumber manusia. Melalui kritikan dan idea membina yang diberikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebagai pemimpin, guru-guru boleh belajar bagaimana memimpin dan mengurus. Hal ini juga memberi inspirasi kepada golongan bawahan untuk menyerap setiap idea yang diberikan dan input yang diterima daripada pemimpin. 92 PrincewaterhouseCoopers 2009. Malaysia’s gen Y unplug-ged. Malaysia
128 KARAKTER 57 KONSTRUKTIF 57.1 Etimologi dan Kontekstual Konstruktif bererti membina, idea-idea yang bernas, menunjang dan memberi impak yang positif. Ketika memberi teguran, maka teguran yang diberikan ikhlas untuk memperbaiki keadaan dan membangunkan prestasi, demikian juga ketika mengadakan dialog atau perbincangan yang dicari ialah penyelesaian dan solusi bukan konflik dan pertentangan. Jika adanya perbezaan pandangan hal ini bukannya satu masalah sebaliknya satu kelebihan yang merangsang pelbagai idea untuk kebaikan organisasi. Dalam konteks kepimpinan. Buah fikiran serta nasihat yang konstruktif adalah sesuatu yang sangat penting untuk memberikan bimbingan, menjadi mentor kepada orang bawahan serta melaksanakan peranan dalam meluaskan perundingan dan konsultasi. Kepimpinan pendidikan ialah satu transformasi pemimpin yang mampu mencorak kepimpinannya agar bertimbang rasa dan mengamalkan kritikan yang membina. Pencapaian sekolah sering dikaitkan dengan kepimpinan guru besar.Agak sukar untuk menemui sekolah cemerlang dipimpin oleh pemimpin sekolah yang kurang berkaliber dan tidak konstruktif. Antara faktor penyumbang kepada keberkesanan kepimpinan sekolah adalah tahap kompentensi dalam kalangan pemimpin sekolah yang tinggi. Omardin (1996)93 menyenaraikan ciri-ciri pemimpin sekolah yang profesional iaitu memiliki kompetensi, kreatif dan idea-idea yang konstruktif. 57.2 Landasan Teori Islam mempunyai cara yang sempurna dalam melahirkan pemimpin yang cemerlang. Islam percaya bahawa pemimpin yang baik harus mempunyai misi yang jelas dan tujuan khusus dalam menguruskan organisasi dengan jayanya. Kepimpinan membina adalah proses perubahan ke arah yang lebih baik dan positif Justeru itu, pemimpin perlullah berfikir strategik dan mempunyai wawasan yang jauh ke hadapan. 93 Omardin Ashaari 1996. Pengurusan sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
129 Pemimpin yang konstruktif akan sentiasa mengambil berat keadaan anak-anak buah, memelihara kebajikan mereka dan melibatkan diri dalam membuat keputusan penting bagi memastikan perjalanan sekolah berjalan lancer dan bergerak secara seimbang antara pembudayaan kecemerlangan akademik, pengintegrasian nilai dan pembinaan nilai kerohanian yang membina keharmonian dalam organisasi. 57.3 Amali Dalam pelaksanaan di sekolah memberi nasihat dan kritikan yang membina akan bermakna dan sangat membantu dalam meningkatkan kapasiti sumber manusia dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang baik. Ini memberi peluang kepada staf untuk membangun potensi diri.. 57.4 Kepentingannya Impak kepimpinan konstruktif dalam organisasi akan membantu pihak pengurusan dan kepimpinan membangun kapasiti sumber dengan yang berkualiti dan ianya akan dapat meningkatkan pencapaian organisasi yang lebih baik dan cemerlang. KARAKTER 58 KOOPERATIF 58.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan kooperatif membawa maksud kerjasama atau kesepakatan. Dalam erti kata lain membawa maksud persetujuan bersama atau kesediaan untuk saling mendukung dan membantu dengan mengutamakan pencapaian matlamat dan objektif yang disasarkan. Kerjasama dalam kepimpinan merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan organisasi yang Berjaya kerana masing-masing ahli saling bantu membantu untuk meringankan beban agar tidak terpikul hanya di bahu pemimpin sebaliknya bersama bekerja dalam satu pasukan umpama seikat lidi yang tidak boleh dipatahkan, kukuh, kuat disebabkan Bersatu padu menjayakan apa yang diimpikan dan menunjukkan saling kebersamaan (sense of belonging). Karakter kooperatif bermakna setiap ahli dalam organisasi bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah dan menemukan langkah intervensi bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi. Himpunan idea bersama dan tenaga yang digembelingkan akan mewujudkan tindakan
130 konkrit yang kukuh untuk mengatasi halangan dan mendepani setiap cabaran tanpa sebarang masalah. Gambar 26 : Lidi Bila Disatukan Memberi Manfaat 58.2 Landasan Teori Menurut Slavin (1990)94, kerja sepasukan akan Berjaya digerakkan jika setiap ahli saling memikul tanggungjawab dengan penuh komited dan komitmen menggunakan setiap potensi, bakat, kebolehan dan kebijaksanaan yang ada. Pepatah Melayu sendiri ada mengatakan kerja yang berat akan menjadi ringan jika wujudnya kerjasama dan karakter kooperatif dengan penghormatan kepada pemimpin dan sedia melaksanakan segala arahan mengikut seperti mana yang telah ditetapkan. Dalam ajaran Islam sendiri menekankan keperluan taawanu ala birri wat taqwa iaitu bekerjasama untuk mencapai kebaikan kerana takutkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kebaikan dalam sesebuah masyarakat tidak akan berlaku jika salah satu anggotanya tidak mengikuti norma dan landasan fitrah sebagaimana ketetapan untuk hidup berperaturan dan berdisiplin. Ayat dua dalam surah al-Maidah jelas menceritakan mengenai konsep ta’awun. Firman Allah SWT: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. Konsep ta’awun juga mempunyai persamaan dengan konsep perkongsian. Amalan perkongsian banyak diamalkan dalam kehidupan manusia. Sudah menjadi satu kebiasaan apabila perkongsian berlaku dalam bidang kepimpinan Pendidikan kerana dalam mengurus 94 Slavin, R.E 1990. Cooperative Learning: Theory, Research and Practice. Massachussetts: Simon & Schuster Inc
131 manusia dan mengatasi cabaran, kerjasama semua warga adalah vaksin yang paling mujarab. Gambar 27 : Kooperatif Membawa Berkat 58.2 Amali Untuk mencapai kesejahteraan dan memastikan matlamat organisasi dapat dijayakan, setiap anggota dan ahli dalam organisasi hendaklah sedia menerima dan mengikut arahan, saling membantu tugas kepimpinan dan mendukung setiap cita-cita yang hendak dilaksanakan. Setiap ahli sedia bekerjasama dan tidak mempunyai pertentangan dalam setiap pelaksanaan. Pemimpin perlu menggalakkan kerjasama antara kepimpinan dan orang yang dipimpin dan sesame pekerja yang melibatkan kerjasama vertical dan kerjasama horizontal. Dalam keadaan seperti ini, barulah visi dan misi dapat diimplementasikan dengan baik, cekap dan sempurna. 58.3 Kepentingannya Karakter kooperatif penting untuk menyebarluaskan visi dan misi agar difahami secara bersama dan direalisasikan dengan semua pihak saling mendukung dan membantu untuk menjayakannya dengan membentuk kesatuan matlamat dan kejituan peribadi menuju matlamat tersebut. Tanpa kerjasama pengikut kepada pemimpin, tentulah segala perancangan tidak dapat dilaksanakan, segala aktiviti tidak dapat dijayakan dan segala inisiatif yang hendak diambil tidak akan dapat dilaksanakan. Perkongsian adalah salah satu amalan yang membawa kepada kebaikan selagi mana menepati kehendak syarak. Perkongsian yang didasari dengan keadilan dan kesamarataan amatlah dituntut bagi mencapai kesepakatan bersama.
132 KARAKTER 59 KREATIF 59.1 Etimologi dan Kontekstual Kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Pemimpin yang kreatif akan sentiasa meneroka bidang-bidang baharu untuk mencari langkah untervensi bagi sesuatu isu dan masalah yang dihadapi dalam organisasi. Dalam konteks kepimpinan, karakter kreatif adalah kebolehan pemimpin dalam mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baru dan asli bersama staf di bawah pimpinannya. pemimpin berperanan untuk mengerah seluruh orang bawahan agar berupaya untuk menghasilkan sesuatu idea yang berkualiti dalam membantu pengurusan dalam organisasi. Pemimpin yang kreatif akan mencetuskan banyak idea-idea baharu dan menghasilkan produk atau outcomes yang inovatif dalam membantu meningkatkan imej organisasi dan meningkatkan kepercayaan pengikut dan masyarakat terhadap daya dan keupayaannya memimpin. Kejayaan selalu terjadi apabila wujudnya kreativiti. Melalui kreativiti, pelbagai idea dikembangkan, pelbagai kaedah diguna pakai dan banyak strategik yang dibangunkan untuk mengembangkan kemahiran dan meningkatkan amalan professional dalam mengurus dan memimpin organisasi. Apa yang penting ialah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pembangunan modal insan adalah kerangka pembangunan begara dalam fasa Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010), yang dibentangkan pada 31 March 2006, menjelaskan pembangunan modal insan perlu memberi fokus kepada peningkatan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi, kerana ketiga elemen ini penting sebagai persediaan berhadapan dengan cabaran globalisasi (Roselina Shakir, 2009)95 . Gambar 28 : Kuasa Pemikiran 95 Roselina Shakir. 2009. Soft Skills at the Malaysian Institutes of higher learning. Asia Pacific Education Review. Education Research Institute, Seoul National University, Korea
133 59.2 Landasan Teori Amabile (1996)96, mendapati terdapat tiga faktor utama yang mendorong inovasi dan kreativiti iaitu kepakaran, pemikiran kreatif dan motivasi dalaman seseorang. Kepakaran merujuk kepada kecekapan, keupayaan, pengetahuan serta bakat istimewa yang dimiliki oleh seseorang. Memiliki perkara seperti yang disebutkan diatas akan menjadikan individu tersebut dilihat berupaya untuk melahirkan idea-idea kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada individu yang mempunyai idea inovasi. Ianya berkait rapat dengan keupayaan kognitif yang dimiliki. Individu yang berdisiplin, tidak bergantung kepada orang lain,bersedia menanggung risiko, bersikap toleransi dikatakan mereka yang mampu untuk berfikir secara kreatif. Manakala faktor ketiga ialah motivasi dalaman individu. Hal ini merujuk kepada seseorang merasakan seronok untuk terlibat,perasaan ingin tahu yang tinggi serta suka kepada cabaran. 59.3 Amali Kreativiti adalah penjanaan idea-idea yang bersifat baharu dan relevan bagi setiap bidang kehidupan, manakala inovasi pula ialah bagaimana individu dalam organisasi dapat melaksanakan idea-idea tersebut demi kepentingan individu dan organisasi. Untuk menjadi kreatif, seseorang hendaklah selalu meluaskan cakrawala fikirnya dan meneroka pelbagai bidang baharu untuk dikembangkan dalam situasi yang berbeza untuk menghasilkan buah fikir yang bernas, idea yang konstruktif dan hasilan yang memberi impak. 59.4 Kepentingannya Karakter kreatif penting dalam membangunkan organisasi agar membuka ruang baharu untuk tujuan penambahbaikan dan penerokaan lebih banyak bentuk ciptaan baharu dengan cara berfikir yang baharu bagi melonjakkan kecemerlangan organisasi dan menghasilkan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah yang lebih menonjol dan dapat dibanggakan. Dengan karakter kreatif setiap anggota organisasi, sekolah akan dapat dibangunkan dengan corak dan pendekatan yang baharu. 96 Amabile ,1996. Creativity and Innovation in Organization. Harvard Business School.
134 KARAKTER 60 KUALITI 60.1 Etimologi dan Kontekstual Ketinggian mutu, nilai dan kunggulan hasil kerja impak daripada pelaksanaan yang sempurna dan kaedah yang terbaik. Kualiti merujuk kepada hubungan sosial, penghasilan produk, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia. Gambar 29 : Kuala Lumpur Gambaran Tadbir Urus Bandaraya Berkualiti Kualiti merupakan hasil kerja yang dilakukan dengan ilmu, kemahiran. menggunakan kaedah yang tepat dan kemahiran teknikal yang tinggi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mengkehendaki pelaksanaan Pendidikan yang berkualiti untuk melentur dan membentuk insan terdidik bagi mengisi dan menyumbang kepada pembangunan negara yang sejahtera. 60.2 Landasan Teori Kepimpinan berkualiti bermula dengan matlamat dan halatuju yang jelas. Hanya organisasi yang mempunyai matlamat yang jelas sahaja yang boleh merangsang dan menggerakkan stafnya untuk menyumbang ke arah pencapaian organisasi cemerlang (Ebbers, 2011)97 . Pemimpin yang berkualiti berjaya membawa transformasi serta dapat meningkatkan produktiviti organisasi dengan melahirkan ramai pemimpin berwibawa sebagai barisan pelapis untuk meneruskan legasi kecemerlangan organisasi dalam keadaan peralihan kepimpinan. 97 Ebbers, L. 2011. If I knew then what I know now: Using the leadership competencies developed by the American Association of Community Colleges to prepare community college presidents. Community College Review 39(1): 3-25
135 Pemimpin tersebut berupaya mengubah pengikut-pengikutnya menjadi pemimpinpemimpin baharu yang kreatif. Pemimpin ini juga dapat mengenal pasti, membentuk dan menilai pemimpin yang berpotensi dalam organisasi. Kualiti merujuk kepada keupayaan pemimpin untuk merangka hala tuju strategik, pengetahuan mengenai pengurusan strategik, motivasi peribadi, komitmen dan kemahiran komunikasi. Kualiti kepimpinan boleh diperoleh dengan mendapatkan bimbingan daripada pemimpin berpengalaman dan mengikuti program penyediaan pemimpin yang memberi penekanan pada pengalaman konteks sebenar. Adalah penting seorang pemimpin pendidikan mempunyai pengetahuan, berkeperibadian positif dan mempunyai kemahiran untuk memimpin dengan baik. Pemimpin sekolah mestilah seorang yang berpengetahuan tinggi kerana dianggap mempunyai kelebihan dan peka dengan perkembangan yang berlaku di sekeliling. Umumnya, seorang pemimpin dipandang sebagai seorang yang bijak dan mempunyai pengetahuan dalam semua aspek. Oleh itu, pemimpin perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi agar tidak mudah dipergunakan dan dimanipulasi oleh orang lain. 60.3 Amali Untuk menjadi pemimpin yang berkualiti, maka keutamaan perlu diberikan kepada kualiti peribadi dengan membudayakan nilai-nilai yang positif dalam amalan kepimpinan. Pemimpin hendaklah memiliki ASK yang tinggi iaitu Attitude, Skill & Knowledge sebagai asas kualiti keperibadian. Melalui sikap yang positif, pemimpin akan sentiasa terbuka, bersedia dan menerima pembaharuan untuk mengembangkan institusi sebagai pusat ilmu dan agen perubahan. Pelbagai jenis kemahiran juga perlu dikuasai iaitu kemahiran insaniah, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menganalisis data untuk mencari formula terbaik bagi membangunkan organisasi. 60.4 Kepentingannya Kualiti merupakan elemen yang penting untuk memastikan institusi berkembang maju dan menjadi tarikan kepada ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka di sekolah yang dapat dipercayai untuk mendidik anak-anak mereka.
136 KARAKTER 61 KOMPETETIF 61.1 Etimologi dan Kontekstual Merujuk kepada persaingan, bina upaya untuk selalu bersedia dengan ilmu dan kemahiran agar dapat bersaing dan berdaya maju. Dalam konteks kepemimpinan, semangat betrjuang dan bersedia untuk bersaing secara positif adalah amat penting, justeru itu setiap pemimpin sekolah perlulah memberi galakan dan menjadi sumber inspirasi dalam budaya hidup yang positif. Penerapan nilai-nilai positif dalam organisasi amat penting untuk mewujudkan daya saing dalam kalangan warga sekolah dengan menggalakkan perkongsian ilmu, bengkel penataran kemahiran dan persediaan untuk mengisi pembangunan kurikulum dengan program yang berkualiti agar dipandang tinggi. 61.2 Landasan Teori Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan ke 5 dengan jelas menyatakan keperluan menempatkan PGB berprestasi tinggi di setiap sekolah. Hal ini jelas menunjukkan daya saing yang tinggi dan sentiasa positif dalam mewujudkan tadbir urus yang baik. Sasaran utama dalam menjana output kemenjadian murid ialah bagaimana melahirkan murid-murid yang berketrampilan, berpengetahuan, berkemahiran sehingga dapat diketengahkan sebagai wakil sekolah dalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah, negerri dan kebangsaan. Untuk memperoleh perubahan dan menerapkan daya saing dalam diri generasi, usaha dan inisiatif yang diambil oleh pemimpin sekolah dan guru-guru amat penting dengan menyediakan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan membangunkan kemahiran mereka. 61.3 Amali Untuk memperoleh daya saing, sekolah hendaklah dibentuk dengan budaya yang tersendiri (budaya korporat dalam pentadbiran dan budaya ilmu dalam kehidupan warga sekolah) agar mewujudkan kelaziman dan kebiasaan positif dalam meningkatkan ilmu dan memantapkan kemahiran. Melalui usaha dan langkah-langkah ini, daya saing dalam kalangan murid-murid akan meningkat dan dapat meningkatkan prestasi dan imej sekolah.
137 61.4 Kepentingannya Pentingnya mewujudkan peluang dan latihan kepada murid-murid untuk berdaya saing akan memberi impak dan kesan kepada organisasi. Lahirnya tokoh murid dan mereka yang berbakat yang menonjol dalam masyarakat akan meningkatkan imej sekolah dan menimbulkan kebanggaan kepada murid-murid sendiri yang berbangga dengan almamater mereka apabila tamat persekolahan. KARAKTER 62 KETERHUBUNGAN TITIK (Connecting The Dots) 62.1 Etimologi dan Kontekstual Keterhubungan titik merupakan konsep baharu yang dikembangkan dalam amalan kepimpinan pendidikan yang menunjukkan keselarian dan hubungan antara setiap peringkat pengurusan dan agensi dalam menjayakan segala inisiatif dan program dengan sasaran akhir untuk melahirkan kemenjadian murid dan memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi impak yang tinggi. Tidak dapat dinafikan, proses membentuk kemenjadian untuk memenuhi aspirasi murid melibatkan pelbagai jabatan dan merupakan rantaian tindakan yang melibatkan pelbagai program dan siklus proses yang saling berhubungan bukan terputus-putus. Hal ini bertujuan memastikan berlakunya cascading dan pemerataan maklumat agar sampai kepada kumpulan sasar sebagaimana solid datang dari atas. Ertinya tidak berlaku kecairan maklumat dan dapat disampaikan secara berperingkat dan disambut pelaksanaannya peringkat demi peringkat hingga mencapai hasil dan menghasilkan outcomes. 62.2 Landasan Teori Berdasarkan Naratif Baharu Amalan Pendidikan : Fokus dan Gerak Kerja Profesional dengan fokus utama Pembelajaran Berasaskan Perkembangan Murid menunjukkan adanya saling keterhubungan antara tiga titik, iaitu : 1. Amalan pedagogi berpusatkan murid 2. Sokongan profesional terhadap pembangunan kapasiti guru 3. Peralihan corak kepimpinan daripada top down - bottom up
138 Kejayaan dan keberhasilan dalam melahirkan insan terdiidik dan peningkatan kualiti pendidikan melibatkan keterhubungan antara pelbagai bentuk inisiatif, proses dan tindakan kerana kemenjadian yang menjadi hasilan pendidikan. 62.3 Amali Dalam mengimplementasikan proses agar berkesan dan memberikan impak yang tinggi, setiap peringkat kepimpinan dan pelbagai inisiatif yang diambil oleh sekolah adalah satu rangkaian dan pakej yang saling berhubung antara pihak kepimpinan, guru-guru dan murid-murid. Setiap dasar dan polisi yang turun dari Kementerian perlu dijabarkan kepada guru-guru melalui pelbagai bengkel penataran agar benar-benar difahami konsep dan konteks pelaksanaanya untuk dipecahkan pula dalam bentuk program dan inisiatif yang melibatkan semua pihak bukan hanya melibatkan warga sekolah tetapi juga melibatkan PPD dan JPN. 62.4 Kepentingannya Connecting the dots menjadi elemen yang penting dalam memastyikan proses pelaksanaan dan amalan kepimpinan menjadi berkesan dan berjalan dengan lancar. Kelancaran tugas tidak akan berlaku tanpa adanya keterhubungan peranan kerana setiap proses memanusiakan manusia tidak terletak hanya kepada satu-satu bahagian sahaja.