189 86.3 Amali Menjadi responsif perlu bermula dengan kemahiran mendengar dan peka kepada persekitaran. Setiap keluhan dan aduan perlu segera diberikan maklum balas atau tindak lanjut. Apabila mengamati apa yang berlaku di persekitaran, sebarang kelemahan, kepincangan dan lain-lain segera mengambil tindakan dan memberi respons untuk memperbaiki segala perkara yang menimbulkan gangguan. 86.4 Kepentingannya Sikap dan karakter responsif amat penting dalam memimpin kerana tindak balas yang cepat dan cekap memastikan setiap isu dan masalah dapat diselesaikan dan diambil tindakan dengan segera. Melalui sikap responsif orang bawahan mendapat maklum balas segera untuk tindak lanjut bagi memperbaiki keadaan dan membetulkan kesilapan. KARAKTER 87 RASIONAL 87.1 Etimologi dan Kontekstual Merujuk kepada pemikiran yang waras, berasaskan fakta dan data, pertimbangan disebabkan kepentingan tertentu serta merujuk sesuatu isu dengan menilai pelbagai perspektif. Dalam konteks kepemimpinan, isu dan masalah dihadapi hampir setiap hari dalam perjalanan kepimpinan di sekolah perlu dihadapi dengan matang dan pemikiran rasional. Tindakan tidak diambil secara melulu dan tergesa-gesa sebaliknya ditangani melalui perbincangan yang baik dan idea-idea yang bernas. 87.2 Landasan Teori Pemimpin yang melakukan perubahan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, terdedah kepada persaingan dan konflik serta mewujudkan ketidakselesaan. Oleh itu, dalam melakukan perubahan pemimpin perlu mempunyai kekuatan intelektual dan ketajaman daya analisis bagi membina wawasan dan mampu menggariskan misi, visi dan matlamat yang jelas. Pemimpin perlu melihat kepimpinan sebagai satu tanggungjawab dan amanah dan bukan satu keistimewaan yang melayakkan berada dalam kedudukan tinggi dalam hieraraki organisasi.
190 Peranan pemimpin pendidikan hari ini perlu memberikan penekanan yang lebih kepada usaha untuk membentuk sifat manusia. Pemimpin pendidikan berhadapan dengan kumpulan manusia yang besar jumlah dan pelbagai ragamnya. Orang bawahannya terdiri daripada guru, staf dan pelajar daripada latar belakang yang berbeza. Dalam suasana ini, pemimpin perlu berkebolehan memimpin orang bawahannya menuju kepada matlamat yang sama dan bertindak secara rasional. 87.3 Amali Setiap masa sebagai pemimpin kita menggunakan aras pemikiran tinggi dan strategik bagi menyelesaikan isu-isu strategik yang telah dikenal pasti. Langkah intervensi yang hendak diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah yang dikenalpasti bukanhanya dipilih secara tangkap muat tetapi menggunakan pemikiran yang rasional dan himpunan idea guru-guru. Berfikjir rasional akan menghasilkan tindakan yang rasional juga. Justeru itu, Langkah penyelesaian juga dapat diambil secara berhati-hati dan tidak gelojoh atau terburu-buru yang mungkin meninggalkan kesan yang kurang baik. 87.4 Kepentingannya Menggunakan pemikiran yang rasional dalam memimpin banyak manfaatnya terutama dalam meluaskan pengaruh dan mempengaruhi orang lain. Selalunya imej dan kewibawaan kita akan menyerlah jika kita berfikir matang dan rasional. Pihak yang berbicara dengan pemimpin yang matang dan rasional juga mendapat manfaat daripada pembiacaraan yang berlaku. KARAKTER 88 REALISTIK 88.1 Etimologi dan Kontekstual Realistik dalam ertikata berpijak di bumi nyata, maknanya berhadapan dengan kenyataan dan sedia menempuh segala liku-liku dan rintangan dalam kehidupan kerana setiap yang dihadapi menjadi guru kerana pengalaman itu adalah guru yang terbaik. Pengalaman nyata akan mematangkan seseorang dan menjadikannya lebih berkompetensi apabila berhadapan isu yang sama pada masa yang akan datang. Dalam konteks kepemimpinan, sekolah dan lingkungan pagar sekolah adalah dunia realiti yang dihadapi, justeru itu pemimpin hendaklah mempunyai pemahaman yang jelas tentang keadaan yang dihadapi
191 dari segi sebab dan akibat agar tindakan dan cara menanganinya benar-benar berpijak di bumi nyata dan realistik. 88.2 Landasan Teori Shamsudin Haron (2011)121 yang menjelaskan bahawa kepimpinan masa kini perlu menerapkan elemen soft stuff iaitu elemen penting yang melibatkan nilai-nilai bersama, gaya serta kemahiran kepimpinan yang mencakupi aspek kemanusiaan yang positif dan tidak terhad kepada konteks body mind semata-mata. Tambahan pula, beberapa kajian di Barat juga secara jelas telah menyentuh aspek dalaman (inner-self) pemimpin itu sendiri dalam usaha untuk menggerakkan perubahan dalam organisasinya. 88.3 Amali Dalam mengendalikan pengurusan dan kepimpinan sekolah, setiap pemimpin hendaklah realistik iaitu berpijak di bumi yang nyata berteraskan fakta dan data. Pemimpin yang realistik mestilah objektif dan mengambil tindakan mengikut konteks masalah agar tepat dan dapat mengatasi masalah / isu. 88.4 Kepentingannya Bhindi & Duignan (1997)122 menjelaskan bahawa ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh pemimpin yang berpijak di bumi nyata ialah: ketulenan (authenticity), daya kepekaan yang tinggi (sensibility), mempunyai maksud (intentionality) dan kekuatan dalaman yang teguh (spirituality). Sesuatu perubahan yang positif dalam organisasi dapat dilakukan menerusi perkongsian kuasa yang didasarkan kepada kualiti diri iaitu heart (hati), passion (keinginan) dan compassion (belas kasihan). Pemimpin yang realistik memiliki ciri-ciri keperibadian yang positif seperti berwawasan (optimistic), berdaya tahan (resilience), yakin diri (self-efficacy) dan bijak menghidu peluang (hope). 121 Shamsudin Haron 2011, Membangun kepimpinan holistik menjana transformasi pendidikan. Jurnal Pendidikan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Johor 122 Bhindi, N., & Duignan, P. 1997. Leadership for a new century: Authenticity, intentionality, spirituality and sensibility. Educational Management and Administration, 25 (2), 117 – 132
192 KARAKTER 89 RANGSANGAN (STIMULATE ) 89.1 Etimologi dan Kontekstual Rangsangan merujuk kepada stimulate atau pemangkin untuk membangkitkan kesedaran, motivasi dan dorongan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Untuk memimpin anak-anak buah bagi menjayakan visi dan misi, maka Langkah membangkitkan kesedaran dan membangunkan minda mereka amatlah penting. Hal selari juga dengan peranan pemimpin sebagai pencetus idea, pendorong dan pemberi inspirasi. Pembugaran minda boleh berlaku melalui Langkah merangsang pemikiran mereka dengan pelbagai idea baharu yang boleh diterapkan bagi tujuan membawa pembaharuan, islah dan perubahan. Sebagai pemimpin yang menjadi idola, bertanggungjawab untuk mencerna pemikiran baharu dan merangsang kesedaran untuk melibatkan diri dalam Langkah perubahan secara aktif. 89.2 Landasan Teori Berdasarkan Model Kepemimpinan Transformasional 4I’s, terdapat elemen yang perlu disuburkan dalam agenda membawa transformasi dalam organisasi iaitu: Rajah 28 : Model Kepimpinan Transformasional – 4I’s KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL Pengaruh Ideal Stimulus Intelektual Motivasi Inspirasi Pertimbangan Individual
193 Empat komponen dalam Model ini ialah : 1. Pengaruh Ideal 2. Rangsangan Intelektual 3. Motivasi Inspirasi 4. Pertimbangan Individual 89.3 Amali Dalam menyebar luaskan kepimpinan, pengaruh yang ideal akan menjadi teladan kepada orang bawahan . Apa yang lebih penting, bagaimana merangsang pemikiran mereka dengan idea-idea yang koinstruktif dan membina untuk memberi panduan dan menentukan hala tuju yang boleh diikuti. Peranan pemimpin juga memberikan dorongan dan memelihara kebajikan staf dengan cara manusiawi. 89.4 Kepentingannya Penting sekali bagi setiap pemimpin untuk merangsang pemikiran anak buah agar mendapat aliran pemikiran baharu yang bernas untuk membuka minda dan meneroka cara dan kaedah baharu yang boleh membawa perubahan dan transformasi.
194
195 KARAKTER 90 SYUKUR 90.1 Etimologi dan Kontekstual Syukur merupakan manifestasi daripada rasa keimanan kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan menerima apa sahaja keentuannya tanpa keluh kesah dan merasa bertuah dengan apa yang dimiliki untuk dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari. Secara bahasa, syukur juga berasal dari kata syakara yang berarti pujian atas kebaikan dan penuhnya sesuatu. Syukur juga berarti menampakkan sesuatu kepermukaan. Dalam hal ini menampakkan nikmat Allah. Sedangkan menurut istilah syara’, syukur adalah pengakuan terhadap nikmat yang dikaruniakan Allah yang disertai dengan kedudukan kepada-Nya dan mempergunakan nikmat tersebut sesuai dengan tuntunan dan kehendak Allah. Banyak kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai manusia seperti peluang untuk hidup, memiliki harta, rezeki, kebolehan, keupayaan, bakat, pengetahuan, deria, kesihatan dan sebagainya. Semuanya milik Allah dan dipinjamkan kepada kita untuk menjayakan peranan sebagai pentadbir bumi. Dalam konteks kepemimpinan, lantikan kita sebagai PGB hendaklah disyukuri. Hal ini bermakna Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan amanah dan kepercayaan kepada kita sebagai ujian untuk menilai dan melihat bagaimana kita melaksanakan tugas dan peranan kita sebaik mungkin. 90.2 Landasan Teori Rasa syukur merupakan petanda keimanan. Menjadi seorang muslim yang baik hendaklah sentiasa menyatakan rasa syukur dengan apa yang dimiliki dan apa yang menjadi kepunyaan diri kita. Dalam konteks sekolah, kepelbagaian sumber manusia dan latar belakang murid yang pelbagai, adalah kelebihan yang perlu disyukuri. Kesyukuran diperlihatkan dengan memanfaatkan sumber manusia untuk saling bekerjasama memajukan dan mencemerlangkan organisasi. Bersyukur diterjemahkan dengan rasa terima kasih kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sesama manusia dengan menghargai setiap sumbangan, pemberian, bantuan, khidmat, pertolongan dan kemajuan.
196 Gambar 36 : Melaksanakan Tanggungjawab Adalah Tanda Kesyukuran Syukur termasuk bagian dari ajaran Islam tentang terima kasih yang penting dan sangat diperhatikan di mata Allah sekaligus juga bagi manusia. Efek positif syukur dapat membuat orang miskin menjadi kaya dan orang sedih menjadi bahagia. 90.3 Amali Sebagai pemimpin yang sentiasa bersyukur dan mengamalkan kesyukuran, pemimpin perlulah menghormati anak-anak buah, tidak mengaibkan mereka, sentiasa memenuhi tuntutan dan keperluan mereka serta sentiasa berterima kasih dengan nasihat, teguran dan pandangan yang diberikan oleh orang bawahan. 90.4 Kepentingannya Amalan syukur penting dalam kehidupan kira agar kita tidak leka dengan apa yang kita punyai malahan sentiasa bahagia dan gembira dengan apa yang dipunyai. Pemimpin yang bersyukur dengan jawatan yang dipegang akan sentiasa menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka sebaik mungkin. Perkaitan karakter ini dapat dilihat melalui situasi berlaku pada Raja Iskandar kerana apabila beroleh sesuatu perkara, Raja Iskandar akan mengucapkan syukur kepada Allah. Sikap Raja Iskandar wajar dicontohi oleh para pemimpin lain kerana sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Allah sukakan hamba yang sentiasa mengucapkan syukur dengan rezeki yang dilimpahkan kepada hamba-Nya.
197 KARAKTER 91 SYUMUL 91.1 Etimologi dan Kontekstual Syumul dari segi bahasa bermaksud lengkap, sempurna dan mempunyai pakej dari segi sifat, pemikiran dan tingkahlaku. Dalam konteks kepemimpinan, keperibadian pemimpin hendaklah lengkap, setiap pentadbir kanan, pemimpin pertengahan dan barisan guruguru adalah pelengkap kepada pengurusan dan kepimpinan sekolah. Untuk menjayakan matlamat melahirkan insan terdidik, dalam konteks Islam ialah melahirkan Insan Yang Syumul iaitu yang mempunyai keperibadian yang tinggi, pemikiran yang baik dan penampilan yang bersih dan kemas. 91.2 Landasan Teori Dalam Islam, kesyumulan melibatkan pakej yang lengkap merangkumi keperibadian, pemikiran dan tingkahlaku. Ketika memimpin dan mengurus sumber manusia, bimbingan berterusan perlu dilakukan untuk membangunkan kapasiti sumber manusia agar dapat memikul tanggungjawab untuk mendidik dan membentuk kemenjadian murid. 91.3 Amali Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, telah dinyatakan bahawa insan seimbang atau syumul dapat diperolehi melalui tindakan Pendidikan yang bersifat holistik dan bersepadu. Pendidikan holistic ertinya Langkah mendidik kanak-kanak dan remaja bukan hanya berfokus kepada akademik (kognitif) semata-mata tetapi melibatkan juga domain afektif dan psikomotor. 91.4 Kepentingannya Untuk mencapai matllamat Pendidikan dan visi yang telah dinyatakan, kesabaran setiap pemimpin dan guru amat penting untuk memastikan matlamat tercapai dan hasilan yang dikehendaki Berjaya dizahirkan. Semuanya ini menuntut pemimpin sekolah sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menyediakan suasana dan budaya sekolah yang dappat merangsang minda, membentuk akhlak dan menyediakan peluang untuk setiap murid mengembangkan potensi dan memperkasakan kemahiran.
198 KARAKTER 92 SABAR 92.1 Etimologi dan Kontekstual Sabar membawa maksud idak lekas marah, tidak lekas putus asa, kuat menghadapi segala cabaran dan rintangan, tidak terburu-buru atau cepat risau hingga cepat pula melatah apabila berhadapan dengan cabaran. Sabar selalu berkaitan dengan rasa syukur terhadap segala apa yang diterima dan diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam konteks kepemimpinan, sikap sabar (tidak terburu-buru) menjadi sikap yang paling menyumbang kepada kejayaan memimpin sekolah, kerana dengan kesabaran seorang pemimpin banyak rintangan dan dugaan dapat diatasi biarpun berhadapan dengan pelbagai masalah yang kompleks. Dalam al-Quran telah dinyatakan dengan jelas tentang pentingnya sikap sabar di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyatakan : “Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal salih, yang berpesan-pesan dengan kebenaran (haq) dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah al-Asr : Ayat 1-4) 92.2 Landasan Teori Untuk mengubah tingkahlaku orang lain bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya menuntut setiap pemimpin tingkat sabar yang tinggi untuk berhadapan pelbagai kerenah dan mehnah. Setiap cabaran dan dugaan boleh diatasi, jika setiap tindakan dilakukan tidak terburu-buru, penuh kesabaran dan ikhlas. Orang yang sabar akan merasai nikmat perjuangan dan buah kesabaran dengan hasil yang menakjubkan. Hasilnya boleh mengubah manusia biarpun keras dan degil sekalipun sebagaimana air yang mengukir di atas batu, biarpun keras tetapi berjaya dilekukkan. Istilah patience bagi masyarakat barat adalah sesuatu yang asing dan jauh daripada nilai-nilai hidup mereka. Orang yang sabar dianggap lemah dan ketinggalan serta dianggap tidak produktif tetapi hal sebaliknya berlaku dalam kalangan umat Islam di Timur. Orang yang sebar menduduki darjat yang tinggi di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala malah dianggap mulia sebagaimana firmanNya: “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orangorang yang sabar” (Surah al-Baqarah : Ayat 153).
199 92.3 Amali Untuk menerapkan dalam diri sikap sabar, pemimpin perlulah sentiasa berfikir secara rasional dan melihat pelbagai perspektif untuk menentukan setiap keadaan dan masalah yang dihadapi agar boleh enang, tidak terburu-buru dan memikirkan natijah dari setiap tindakan dan keputusan yang hendak diambil. 92.4 Kepentingannya Sikap sabar menjadi kunci kecemerlangan kerana orang yang sabar tidak akan mengambil keputusan yang salah dan tindakan yang terburu-buru. Hal ini memberi manfaat dalam memimpin sekolah dan mewujudkan pertimbangan yang wajar bagi setiap isu dan masalah yang dihadapi. KARAKTER 93 SENSITIF 93.1 Etimologi dan Kontekstual Sensitif membawa maksud peka, jeli, cakna dan mudah tersentuh. Dalam erti kata lain mempunyai dan memiliki jiwa manusiawi yang tinggi. Dalam konteks kepemimpinan jadilah orang yang sentiasa bermurah hati, tidak terlalu melihat kelemahan orang lain sebaliknya mencari kekuatan untuk digembelingkan bagi mencemerlangkan organisasi. Kekuasaan, pangkat dan jawatan bukanlah no 1 dalam organisasi, yang perlu diperhitungkan dalam memegang jawatan ialah kembali kepada jati diri dan akar budaya, mengenali semua anak buah sebaiknya, agar dapat menumpahkan empati dan melayan mereka dengan penuh jiwa manusiawi. Sentiasalah sensitif dengan semua staf di sekeliling kita agar mereka merasa dihargai dan diiktiraf. 93.2 Landasan Teori Dalam Islam sendiri, telah dinyatakan dengan jelas panduan sebagai seorang manusia yang baik iaitu sayangilah orang lain sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri. Malahan dalam sebuah hadith, RasululLah salalLahu alayhi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” 93.3 Amali Setiap manusia memiliki hati dan jiwa yang mudah tersentuh. Sentuhan manusiawi akan cepat merangsang tindak balas. Jika sentuhan itu positif, maka jiwa dan naluri kemanu-
200 siaannya juga akan tersentuh, emosinya akan mencapai tarikan dan mudah memberikan tindak balas yang positif. 93.4 Kepentingannya Pemimpin yang sensitif dengan perkembangan anak-anak buah amat penting untuk membentuk pasukan kerja yang mantap, saling menyokong dan menghasilkan prestasi kerja yang lebih hebat dan tinggi. Apabila pemimpin dapat memenuhi keperluan pekerja, tentu sekali dengan mudah mereka akan dapat respons dan tindak balas yang baik.
201
202 KARAKTER 94 TABAH 94.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah tabah merujuk kepada hati yang berani dalam berhadapan dengan bahaya, tidak gentar, cekal hati, cekal hati dan sanggup mengharungi apa juga cabaran dan rintangan. Dalam konteks kepemimpinan, karakter tabah ketika berhadapan dengan cabaran dan ancaman terhadap organisasi, adalah penting. Menjadi pemimpin tidak boleh cepat melatah sebaliknya perlu sentiasa berjiwa besar, cekal dan sentiasa mengubahsuai setiap tindakan untuk berhadapan dengan cabaran tersebut. Apa yang penting bagaimana seorang pemimpin dapat membentuk pasukan perubahan yang mantap dan selalu mempunyai pemikiran yang positif dan tenang ketika berhadapan dengan isu dan segala masalah. Sikap dan karakter tabah bukannya boleh dibuat-buat, sebaliknya hasil pengalaman jangka Panjang yang telah memahami asam garam pentadbiran dan kerenah manusia. 94.2 Landasan Teori Menyorot sirah RasululLah sallalLahu alayhi wasallam ketika menjalankan dakwah di Jazirah Arabia, terlihat dengan jelas bagaimana tabahnya baginda ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Kisah bagaimana baginda dilontar batu ketika mengembangkan dakwah di Taif menjadi satu momen yang paling diingat oleh semua kaum muslimin bagaimana baginda dengan jiwa besar tidak mengambil advantage ketika Malaikat Jibril memberitahu apa permintaan baginda untuk membalas perlakuan tersebut, sebaliknya baginda bertindak memaafkan dan tahu penduduk Taif bertindak disebabkan kejahilan. 94.3 Amali Untuk mendapat ketabahan dalam menjalani kehidupan, pemimpin perlulah sentiasa terbuka, sedia menerima kritikan dan teguran serta sentiasa meningkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran. 94.3 Kepentingannya Sikap tabah dalam berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah adalah penting kerana melalui karakter ini, seseorang tidak akan cepat down sebaliknya akan bangun dan
203 bangkit dari kegagalan dan sentiasa positif dalam berhadapan dengan setiap cabaran dan isu. Sentiasa berfikiran positif akan memastikan setiap orang lebih tenang ketika masalah dan isu melanda, seseorang juga akan lebih terbuka dan tidak akan berputus asa dalam berhadapan dengan segala rencah kehidupan. KARAKTER 95 TEKUN 95.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah tekun merujuk kepada perbuatan yang khusyu’, sedia menunggu, mengambil masa yang lama tanpa jemu dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam kerja-kerja yang dilaksanakan. Dalam konteks kepemimpinan, sikap tekun adalah salah satu kunci kejayaan dan kecemerlangan. Orang yang sentiasa teruja dengan pekerjaan yang ditekuni akan sentiasa menjalankan kerja dengan penuh semangat. 95.2 Landasan Teori PGB sebagai seorang pemimpin perlu memainkan peranan dalam empat aktiviti utama dalam pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan. Pemimpin hendaklah sentiasa berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Pemimpin hendaklah menjalinkan hubungan yang mesra dengan pegawai atasan dan bawahan serta rakan sejawatnya, seorang yang tegas tetapi adil dan saksama, mengkritik dan menegur secara membina, sedia mengampuni seorang yang bersalah jika tidak berat kesalahannya, mengeksploitasikan kekuatan-kekuatan setiap pegawainya dan bukan kelemahannya, mempunyai pengetahuan yang kemaskini dengan memberi perhatian khas kepada idea-idea baru, bersikap positif dengan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Islam sendiri menekankan kepada setiap hambanya agar tekun dalam bekerja, sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk mengubah kehidupan agar mendapat kehidupan yang lebih baik. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya. Untuk berubah, seseorang mestilah tekun bekerja dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan jelas. Islam mengajak umatnya untuk berusaha dan berikhtiar dengan penuh tekun dan tanpa jemu. Setiap hasil akan dapat diperolehi daripada usaha dan ikhtiar yang dilakukan secara berterusan, sentiasa belajar dan terus konsisten.
204 95.3 Amali Menurut Fullen yang dinyatakan di dalam Ubben, G., Hughes, L dan Norris, C,. (2007)123 , tugas seorang ketua adalah untuk membantu dalam konteks perubahan dengan memperkenalkan elemen baru kepada 5 satu situasi yang dipengaruhi oleh tingkahlaku untuk suatu yang lebih baik. Hal ini menunjukkan tugas seorang pemimpin amat penting dalam memastikan perubahan dalam masyarakat. 95.4 Kepentingannya Tekun dan ketekunan penting dalam melaksanakan tanggungjawab memimpin dan meluaskan pengaruh. Dengan sikap tekun, segala kerja dilaksanakan dengan teliti dan pada masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan orang bawahan terhadap pemimpin. KARAKTER 96 TERUS TERANG 96.1 Etimologi dan Kontekstual Sikap berterus terang merujuk kepada direct speech iaitu teguran secara langsung, terbuka, tidak berselindung dan tiada sebarang agenda di sebalik tingkahlaku yang dipamerkan. Dalam konteks kepemimpinan, karakter berterus terang adalah kunci penting kejayaan seseorang pemimpin. Pemimpin sedia menerima pandangan, terbuka dalam menerima kritikan dan sentiasa mengadakan perbincangan dua hala dari hati ke hati. 96.2 Landasan Teori Pemimpin perlulah be open. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan dan dapat melaksanakan tugas sebagai pemimpin ialah terbuka dengan orang bawahan, jujur dalam memberikan pandangan teguran. Pemimpin seharusnya mempunyai public relations yang baik dan selalu open minded dalam berhadapan dengan pelbagai situasi ketika menjalankan tugas pentadbiran dan pengurusan. 123 Ubben, G., Hughes, L. & Norris, C 2007. The Principal: Creative leadership for excellence in schools. Boston: Pearson Education.
205 96.3 Amali Menjadi seorang pemimpin yang terbuka bukan sekadar dari segi hubungan dan tingkahlaku tetapi juga melibatkan cara berfikir dan memberi respons. Komunikasi tidak boleh terhalang oleh sikap prejudis sebaliknya pemimpin perlu melihat setiap anak buah itu sama dan melayan mereka secara sama rata. 96.4 Kepentingannya Kecemerlangan seorang individu itu harus selaras dengan kecemerlangan tindak tanduknya . Setiap masalah perlu diselesaikan dan dibincangkan. Tidak boleh disimpan di bawah carpet sebaliknya perlulah mencari jalan penyelesaian dan solusi untuk tujuan menyelesaikannya dengan semua orang bawahan tanpa berselindung. KARAKTER 97 TELUS (TRANSPARAN ) 97.1 Etimologi dan Kontekstual Telus konotasinya ialah tiada penipuan, transparan, tiada yang tersembunyi, mudah didekati dan dapat ditembusi atau dilihat dari luar seperti barang dalam kaca atau balang kaca. Ketelusan juga menunjukkan seseorang memiliki akauntabiliti yang tinggi. Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin perlu mempunyai minda yang terbuka. Kelebihan ini akan membolehkan beliau mempunyai pasukan yang kuat dan berani untuk memberi pendapat tanpa takut. Pemimpin pula janganlah memusuhi mereka kerana berbuat demikian. Lebih banyak pandangan maka lebih banyaklah peluang untuk membuka minda. 97.2 Landasan Teori Pemimpin yang sebenar akan dapat memastikan keberhasilan apa yang diucapkan. Oleh yang demikian, adalah lebih baik demi untuk menjamin keberkesanan yang tinggi, pemimpin hendaklah berintegriti bagi mengerjakan tugas tertentu dan mempunyai kekuatan dirinya sendiri yang kuat. Pemimpin hendaklah melakukan perubahan terhadap perkara-perkara yang telah usang dan lapuk. Dia mesti memikirkan bagaimana untuk tidak lagi mempraktikkan perkara-perkara sedemikian, dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih progresif dan bermanfaat. Pemimpin hendaklah memberikan autoriti kepada guru dengan mengikut kepakaran masing-masing agar setiap
206 keputusan yang dibuat adalah berdasarkan dan sejajar dengan visi sekolah. Ini akan mewujudkan konsep sekolah berkesan dan kemajuan sekolah 97.3 Amali Adalah menjadi ciri yang penting kepada pemimpin untuk memberi tunjuk ajar kepada orang-orang yang di dalam organisasinya supaya dapat memahami dan menerima perubahanperubahan yang hendak dilakukan itu Pemimpin perlu menyediakan landasan yang kukuh untuk membolehkan barisan pemimpin baru dapat mengambil alih tampuk kepimpinan di samping menyediakan ruang dan peluang untuk meningkatkan ilmu bagi tujuan mengambil alih jawatan dalam organisasi. 97.4 Kepentingannya Sekiranya pemimpin berjaya menaikkan emosi positif, meningkatkan kreativiti dan mempermudahkan kerja-kerja tanpa halangan dalam kalangan pengikutnya, maka sudah pasti peningkatan kejayaan dan kecemerlangan dapat dicapai di dalam organisasinya. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya kemahiran mentadbir dan memimpin organisasi dengan berkesan. Keadaan ini ditambah lagi kurang penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. KARAKTER 98 TENANG 98.1 Etimologi dan Kontekstual Membawa maksud hening, tidak bergelora, bebas dari konflik, harmoni, tenteram, lega, lapang, damai, bahagia, sejahtera dan sentiasa mesra. Dalam konteks kepemimpinan, karakter tenang dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan tidak menimbulkan konflik. Ketenangan dalam organisasi akan berlaku apabila wujudnya hubungan yang harmoni dan hubungan interpersonal yang baik dalam kalangan warga sekolah. 98.2 Landasan Teori Walumbwa et. al. (2008)124 bersetuju pentingnya memilih dan mempunyai pemimpin yang tulen, tenang serta boleh diharapkan untuk melaksanakan kerja-kerja kepimpinan. 124 Walumbwa, F.O., Avolio, B.J., Gardner W.L., Wernsing T.S., & Peterson, S.J. 2008. Authentic leadership: Development and analysis of a multidimensional theory-based measure. Journal of Management, 34, 89-126
207 "An upswing in highly publicized corporate scandals, management malfeasance, and broader societal challenges facing public and private organizations has contributed to the recent attention placed on authenticity and authentic leadership". 98.3 Amali Sikap tenang dan suasana yang tenteram adalah penting untuk menyediakan suasana bekerja yang selesa dan tidak menimbulkan tekanan. Hubungan pemimpin dengan pekerja adalah penting bagi menyemarakkan suasana bekerja yang merangsang prestasi dan mewujudkan kecemerlangan. 98.4 Kepentingannya Pemimpin yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mengambil tindakan bukan sahaja memberi kesan yang positif terhadap daya kepimpinan malahan dapat memulihkan hubungan yang baik dalam kalangan warga sekolah. PGB perlu mempunyai dan menguasai kemahiran yang baik dalam mengawal emosi. Ini bermakna, beliau perlu dapat menyerap segala tekanan dan sentiasa berada dalam keadaan tenang walaupun menghadapi pelbagai masalah sama ada kecil mahupun besar. KARAKTER 99 TELADAN 99.1 Etimologi dan Kontekstual Teladan membawa maksud memberi contoh, qudwah hasanah, menyemarakkan nilainilai yang positif dan sentiasa menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada segala warga sekolah. Hassan, Silong,& Muslim (2009)125 yang menyatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya berasaskan andaian bahawa kepimpinan merupakan penyebab kepada keberkesanan sesebuah organisasi Keteladanan pemimpin akan menjadi rangsangan yang terbaik untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pekerja bawahan untuk bersama-sama menyerap dan menyemarakkan nilai-nilai positif dalam organisasi. 125 Hassan, Z., Silong, A. D., & Muslim, N. 2009. Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. Malim, 10(2009), 39–52
208 99.2 Landasan Teori Seorang pemimpin mungkin terlalu sibuk memberi arahan dan menguruskan pasukan sehingga mereka lupa untuk mendengar pandangan dan keluhan orang bawahan. Pemimpin yang baik harus memahami bahawa mereka tidak mengetahui segala-galanya dan mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu dari pekerja bawahan. Contoh yang baik perlu ditunjukkan kepada pekerja bawahan agar dapat dicontohi kerana pemimpin perllu menyebarkan nilai-nilai yang positif dan terbaik (lead by examples). 99.3 Amali Pemimpin perlu mengotakan apa yang dikatakan. Pemimpin perlu menunjukkan contoh agar dapat diikuti. Jika mengkehendaki pekerja menepati masa, maka pemimpin sendiri perlulah datang awal dan sentiasa menepati masa. Untuk menyebarluaskan kebaikan dalam organisasi, terlebih dahulu pemimpin hendaklah menunjukkan teladan yang baik, menyerap nilai-nilai yang baik serta meluaskan daya kepimpinan kepada semua pekerja bawahan. 99.4 Kepentingannya Sebagai pemimpin, segala tingkahlaku dan tutur kata menjadi sorotan kepada semua pekerja. Segala teladan kepimpinan akan meningkatkan kewibawaan seseorang pemimpin. Nilai-nilai yang positif perlu dipamerkan untuk mempengaruhi pekerja agar dapat menjadi budaya dan amalan dalam organisasi. KARAKTER 100 TELITI 100.1 Etimologi dan Kontekstual Dari segi bahasa membawa maksud cermat dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Ketelitian merujuk sikap yang sentiasa rigid dan sentiasa memeriksa atau mengkaji sesuatu dengan teliti, memperhatikan dengan bersungguh-sungguh dan memandang dengan tepat. Dalam konteks kepemimpinan, ketelitian dalam semak imbang bagi setiap aktiviti dan pelaksanaan tugasan dan arahan adalah penting bagi memastikan kelancaran proses dan menepati standard yang telah ditetapkan. Setiap kerja mempunyai prosedur yang telah digariskan. Pemimpin perlu menyemak untuk memastikan setiap prosedur dipatuhi agar tidak memberi kesan buruk dari segi perundangan jika prosedur gagal dipatuhi.
209 100.2 Landasan Teori Ketelitian menjadi satu kelebihan kepada pemimpin dalam menguruskan rutin kerja dan pentadbiran. Hal-hal yang melibatkan urusan surat menyurat kepada pihak luar dan penulisann minit mesyuarat mestilah mematuhi format dan memenuhi standard SIRIM agar tidak berlaku kesilapan terutama yang melibatkan agensi luar. Selain daripada itu, pemimpin adalah sumber pengetahuan dan pakar rujuk yang akan membimbing dan menentukan perjalanan organisasi. Pemimpin yang teliti dapat memastikan proses semak imbang berlaku. 100.3 Amali Pemimpin yang teliti bukan bermakna untuk menyusahkan orang lain tetapi memastikan setiap sesuatu yang dilakukan memenuhi mutu dan kualiti yang dikehendaki. Dengan ketelitian, pemimpin dapat menyemak apa yang dilihat lemah dan tidak memenuhi kualiti yang ditetapkan agar dapat diperbaiki dan mengurangkan kebarangkalian membuat kesilapan. 100.4 Kepentingannya Sikap teliti merupakan elemen keperibadian yang amat penting kerana dengan ketelitian dapat menjadi satu peringatan kepada orang bawahan agar tidak melakukan kesilapan dan mengurangkan apa juga kesilapan dengan tujuan memastikan zero defect dalam pengurusan dan kelancaran perjalanan organisasi. Teliti mengelakkan berakunya kesilapan. Dengan ketelitian kita dapat menghasilkan produk dan hasil kerja yang berkualiti. KARAKTER 101 TONGGAK 101.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah tonggak merujuk makna teras, pilar, asas, tiang seri yang kukuh dan menjadi kekuatan kepada sesuatu. Dengan kekuatan inilah, bangunan menjadi kukuh dan tegak megah berdiri sepertimana pohon yang kukuh berkembang kerana akarnya yang kuat. Dalam konteks kepemimpinan, yang menjadi tonggak ialah pemimpin iaitu PGB dibantu oleh penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan sebelum menjadi perantara kepada guru-guru. Apabila tonggaknya kukuh dan memberikan hala tuju (direction) yang
210 jelas, maka proses implementasi menjadi lancar dan berlangsung dalam suasana yang baik. Pemimpin menjadi teras organisasi kerana beliau adalah sumber kuasa dan punca maklumat yang diterima dari peringkat atasan (PPD, JPN dan KPM). Dari PGBlah kemudiannya dijabarkan ke peringkat yang lebih kecil dan seterusnya dilaksanakan kepada barisan pelanggan sekolah. 101.2 Landasan Teori Dalam konteks penjawat awam, pemimpin perlulah menyerap Tonggak 12 yang menghimpun nilai-nilai yang baik dan perlu dilestarikan dalam konteks memimpin organisasi agar memberi kesan terhadap perubahan tingkahlaku guru dan murid. 101.3 Amali Sebagai tonggak kepimpinan, PGB hendaklah memastikan ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa, mengikut peraturan dan prosedur sentiasa menjadi keutamaan untuk diamakan dan diteladani. PGB sentiasa mendapat sorotan masyarakat dan warga sekolah, justeru itu, jika ada kepincangan dari segi amalan akan cepat dikesan dan di bual bicara ke tengah masyarakat. Oleh yang demikian, pemimpin sekolah hendaklah melengkapkan diri sebagai pemimpin futuristik dan tahu bagaimana mengembangkan budaya positif di sekolah, membangun kapasiti guru, membangun potensi murid dan menyediakan iklim sekolah dan bilik darjah yang bermakna, konstruktif dan menerapkan elemen kemanusiaan yang tinggi. 101.4 Kepentingannya Apabila tonggak atau teras kepimpinan berjaya menyakinkan orang bawahan dan menunjukkan suri teladan yang baik, cekap dalam mengurus dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa, maka agenda pembaharuan dan Langkah membawa perubahan akan lebih mudah dilaksanakan dan kerjasama daripada anak buah akan lebih berkesan dan mudah dicari. KARAKTER 102 TERAMPIL 102.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah terampil bererti berkemahiran, sentiasa ke hadapan, dapat memikul tugas yang diamanahkan, mempunyai extra ordinary, serba boleh (multi talented) dan dapat menonjolkan kebolehan / keupayaan dalam menggerakkan tugas kepimpinan. Dalam
211 konteks kepemimpinan, terdapat dua jenis keterampilan yang perlu diberikan perhatian iaitu keterampilan personal dan keterampilan professional. Keterampilan personal menyangkut perihal keperibadian sebagai seorang pemimpin yang menentukan seseorang pemimpin itu dapat diterima dan diiktiraf seperti menepati masa, sentiasa menjaga penampilan, berkata jujur, merendah diri dan sentiasa menjalankan peranan sebagai pemimpin dengan penuh dedikasi, komited dan memiliki roh kepimpinan. Manakala keterampilan professional berkaitan job description yang dijalankan mengikut peraturan perundangan dan prosedur berdasarkan mandat, pekeliling arahan perkhidmatan. Kedua-duanya akan menjadi ukuran bagaimana seseorang pemimpin itu dapat menjayakan peranannya secara berkesan atau sebaliknya. 102.2 Landasan Teori Keterampilan banyak dikaitkan dengan kompetensi pemimpin dalam melaksanakan peranannya untuk meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan sekolah, membangun kapasiti guru dan membentuk kemenjadian murid. Dalam erti kata lain, bagaimana pemimpin berupaya menterjemahkan setiap dasar dan polisi dengan memindahkan aplikasi dalam bentuk yang praktikal dan mudah difahami dan disebar luaskan kepada murid sebagai pelanggan sekolah. Eddy (2013) 126 mendefinisikan kompetensi sebagai ciri-ciri asas individu yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu kerja contohnya, kemahiran, pengetahuan, sikap, kepercayaan, motif, dan sifat-sifat; yang membolehkan penghasilan kerja yang cemerlang selaras dengan fungsi strategik organisasi. 102.3 Amali Untuk menjadi pemimpin yang terampil, hendaklah sentiasa belajar ketika melakukan sesuatu (learning by doing), mengamalkan perkongsian professional, mengadakan dialog yang berterusan dan menjalankan penyelidikan tindakan dalam aspek pengurusan dan kepimpinan. Selain daripada itu, bagaimana mengukuhkan kemahiran interpersonal dan memantapkan lokus kawalan dalam menahan kemarahan, mengawal nafsu dan menjalankan tugas dengan penuh jujur tanpa dipengaruhi oleh hal-hal yang bersifat peribadi. 126 Eddy, P.L. 2013. Developing leaders: The role of compe-tencies in rural community colleges. Community College Review 41(1): 20-43
212 Pemimpin juga sentiasa memperbaiki diri dan belajar dari kesilapan. Tidak malu bertanya, memahami setiap dasar yang hendak dilaksanakan serta mendalami setiap maklumat baharu sebelum dikongsikan kepada orang bawahan. 102.4 Kepentingannya Melalui keterampilan yang ditunjukkan, orang bawahan akan lebih respect dengan kepimpinan, memberikan kepercayaan dan senang bekerjasama kerana telah wujud dalam diri mereka rasa kagum dengan keterampilan yang ditonjolkan sekaligus meningkatkan imej dan karisma pemimpin di mata masyarakat. KARAKTER 103 TERAJU 103.1 Etimologi dan Kontekstual Bermakna tali yang tegang, yang dikawal dan dikuasai sepenuhnya untuk menentukan kemana hendak di bawa samada ke kiri atau ke kanan atau dilepaskan pada saat yang betul dan tepat. Gambar 37 : Pegang Layang-layang Pada Terajunya Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin umpama orang yang memegang tali layang-layang yang menentukan bila masa perlu dibimbing dan bila pula perlu dilepaskan, juga menentukan ke arah mana organisasi itu hendak di bawa dengan selamat menuju ke titik akhir bagi memastikan prestasi dapat dikekalkan dan memenuhi aspirasi yang telah ditetapkan.
213 103.2 Landasan Teori Jentera pentadbiran yang cekap merupakan nadi utama kejayaan dan kemajuan, organisasi sekolah. Oleh itu, bagi memastikan jentera pentadbiran itu berjalan dengan baik maka kaki tangan yang menjalankan tugas gandingan mantap antara pemimpin dan orang bawahan perlu wujud. Sehubungan dengan itu, pengetua bertindak sebagai peneraju utama yang akan menggerakkan tenaga setiap guru, staf dalam mendidik murid dengan menggunakan segala sumber, tenaga dan kepakaran yang sedia ada. Pemimpin sekolah adalah orang yang paling penting dalam membuat dan melaksanakan perubahan di sekolah seterusnya menjayakan program untuk kemajuan sekolah. PGB haruslah mampu menterjemahkan dasar kerajaan, menerapkan pengurusan organisasi berkesan, menjana visi dan misi sekolah, menggunakan maklumat dan pendekatan terkini, memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, melaksanakan perubahan dan menjalankan penilaian dan penambahbaikan. 103.3 Amali Pentadbiran secara telus perlu sentiasa diterapkan dalam pentadbiran. Guru dan staf diberikan 'empowerment' untuk melaksanakan tugas agar berupaya mempuat keputusan dan berani meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum serta sahsiah dalam kalangan murid. Masalah yang sering kali dihadapi oleh PGB dalam melaksanakan perubahan ialah terdapat segelintir guru yang sukar atau tidak mahu berubah sama ada dari segi status kelayakan pendidikan mereka mahupun melibatkan pengajaran dan pembelajaran. 103.4 Kepentingannya Perubahan jika diterajui dengan baik melalui proses didikan, latihan, rundingan dan bimbingan, segala kelemahan dalam organisasi akan dapat diatasi manakala kapasiti guru-guru dapat dibangunkan dengan itu, hasrat untuk mewujudkan pendidikan berkualiti, melahirkan insan terdidik yang seimbang dan inklusif tentu akan dapat dijayakan dengan berkesan.
214 KARAKTER 104 TEMPUR 104.1 Etimologi dan Kontekstual Merujuk makna juang, gempur, menjadi wira, heroik, berani berhadapan risiko dan sentiasa maju ke hadapan untuk membanteras kelemahan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Dalam sesuatu pertempuran, perlu adanya strategi-strategi tertenu untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman dan serangan, maka demikian juga dalam konteks pendidikan dan kepimpinan, bagaimana seorang pemimpin sekolah memilih strategi yang tepat untuk sedia bertempur menangkis ancaman dan menidakkan segala gangguan. Dalam konteks dunia pendidikan, yang penuh dengan perubahan dan keberagaman, banyak cabaran dan halangan perlu dihadapi dan ditempuhi. Jiwa tempur perlu ada dalam diri pemimpin agar tidak gentar menghadapi perubahan dan perkembangan yang kompleks dengan pelbagai isu dan masalah. 104.2 Landasan Teori Berani gagal adalah antara konsep yang diketengahkan untuk menggambarkan seorang pemimpin yang berjiwa kental dan kuat. Bangkit dari kegagalan dan belajar dari kesilapan adalah pengalaman yang menjadikan seseorang pemimpin lebih kuat dan teguh. Perubahan masa kini, memerllukan pemimpin memberi respons segera dan siap siaga untuk menggerakkan pasukan bagi merangka dan menyediakan pelan pembangunan negara untuk halatuju negara masa hadapan. 104.3 Amali Selaku pemimpin, mestilah di barisan hadapan untuk menerajui perubahan dan menentukan halatuju, Sebagai Jeneral di barisan hadapan, maka kesiap siagaan pemimpin untuk memikirkan sebab dan akibat dan bagaimana natijah daripada sesuatu tindakan yang diambil adalah pertimbangan yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. 104.4 Kepentingannya Sedia tempur, sedia berubah, segera mengatasi, bangun dan bangkit dari kelemahan unyuk menggempur kejumudan dan mengubah persepsi menjadi positif dan membangunkan mind growth bagi memperkasakan sumber manusia untuk sedia berubah dan terbuka kepada setiap perkembangan dan perubahan.
215
216 KARAKTER 105 UNGGUL 105.1 Etimologi dan Kontekstual Merujuk kepada kesempurnaan, kesyumulan dan kehebatan. Boleh dilihat dari segi penampilan fizikal, IQ, EQ dan sosial. Dalam konteks memimpin, pemimpin yang berpakej unggul akan menjadi andalan untuk memimpin sekolah ke puncak kejayaan. Pemimpin ini mempunyai keupayaan yang menonjol (unggul) dari segi pemikiran, keperibadian dan hubungan dengan orang lain. Dia memiliki personal touch yang tersendiri dalam mengurus dan memimpin sekolah. Seorang yang wibawa, peka, berkarisma dan menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan. Mempunyai pemikiran yang strategik, kestabilan emosi yang tinggi dan etika social yang fleksi dan matang. 105.2 Landasan Teori Menurut Rojiehah Zakaria (2009)127, nilai keunggulan penting apabila memimpin sekolah kerana kejayaan hanya dapat dicapai melalui tindakan yang unggul dan kesungguhan dalam berhadapan dengan cabaran. Pemimpin merupakan individu yang dipertanggungjawabkan dalam membimbing, menunjuk, mengepalai dan mengetuai sesebuah kumpulan atau organisasi, maka mereka hendaklah memiliki keunggulan dalam aspek IQ, EQ dan kemahiran sosial. Kepimpinan adalah penentu kepada hala tuju organisasi (Bush 2008)128 . Pemimpin berperanan sebagai pembimbing dan penggerak kepada stafnya bagi mencapai matlamat organisasi (Mohd Yatim 2006129). Untuk melaksanakan tugas tersebut dengan efektif, pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan keperibadian yang berkualiti di samping pengetahuan dalam bidangnya (Male 2006130). Hanya organisasi yang mempunyai matlamat jelas sahaja boleh merangsang dan menggerakkan stafnya untuk menyumbang ke arah pencapaian organisasi cemerlang (Robinson 2006131). Kompetensi merupakan asas utama bagi pengurusan yang efektif. 127 Rojiehah Zakaria, 2009. Ciri-ciri pemimpin yang disukai oleh guru-guru. Skudai : UTM 128 Bush, T. 2008. Leadership and Management Development in Education. London: Sage Publica-tions Ltd 129 Mohd Yatim Nawai. 2006. Implementasi pengurusan perubahan: Kajian tinjauan di pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tesis PhD. tidak terbit. Universiti Kebangsaan Malaysia 130 Male, T. 2006. Being an Effective Head Teacher. London: Paul Chapman Publishing. 131 Robinson, V.M.J. 2006. Putting education back into educational leadership. Leading & Managing 12(1): 62-75
217 Seorang pemimpin pendidikan perlu mempunyai ilmu mengenai pengajaran dan pembelajaran kerana menjadi teras utama sesebuah institusi pendidikan. Gambar 38 : Rutin Di Sekolah Kompetensi pemimpin dilihat sebagai satu pengalaman, kebijaksanaan dan keupayaan dalam melaksanakan tugas dengan efektif (Boyatzis, 2011132). Oleh itu, pemimpin memerlukan kompetensi khusus bagi melaksanakan tanggungjawab mereka. Ketiadaan panduan khusus bagi pemimpin akan membawa kepada kesukaran dan kelemahan sewaktu mereka melaksanakan tugas. Setiap peringkat kepimpinan ini memerlukan kemahiran-kemahiran yang berbeza dan bergantung kepada keperluan tugas mereka. Pemimpin atasan lebih memerlukan kemahiran konseptual, manakala pemimpin pertengahan pula memerlukan lebih banyak kemahiran kemanusiaan. 105.3 Amali Untuk menjadi unggul dan ideal hendaklah sentiasa up date dengan ilmu dan meneroka pelbagai pengetahuan baharu agar segar dengan maklumat terkini dan boleh berkongsi dengan orang bawahan. Apabila bertindak hendaklah dipandu oleh pemikiran yang matang, pertimbangan yang wajar dan tidak dipengaruhi oleh anasir luar yang boleh merosakkan keharmonian. 132 Boyatzis, R.E. 2011. Managerial and leadership competencies: A behavioral approach to emotional, social and cognitive intelligence. Vision: The Journal of Business Perspective 15(2): 91-100. SEKOLAH
218 “Berkata biar berlapik, bertindak biar beralas, tidak terburu-buru tetapi tenang dalam melerai buntu”. Umpama mengambil rambut dalam tepung, rambut dapat diambil tepung tidak berselerak. Setiap keputusan yang diambil hendaklah berhati-hati dan memikirkan pelbagai aspek agar benar-benar menghasilkan kesan yang jitu dan memuaskan hati semua pihak. Penampilan biarlah manis di mata dan segala tingkahlaku mendapat sanjungan daripada anak buah kerana keunggulan yang ditonjolkan tanpa hipokrasi atau dibuat-buat tetapi semulajadi. 105.4 Kepentingannya Umpama sebuah produk yang hendak dibeli, kita akan pergi ke beberapa kedai untuk membandingkan kualitinya dan harga sebelum mengeluarkan wang untuk mendapatkan barang tersebut. Keunggulan dan kehebatan penting untuk menonjolkan imej yang mengesankan sekaligus menjadi daya tarikan dan simbol kecemerlangan. Apabila sesuatu keunggulan dapat dibudayakan menjadi signature sekolah dan menjadi trademark dengan sendirinya sekolah akan menjadi tumpuan, mendapat kepercayaan dan melonjakkan kecemerla-ngannya. KARAKTER 106 UNIK 106.1 Etimologi dan Kontekstual Sesuatu yang berlainan, tersendiri dan mempunyai kelainan yang mudah dikenali dan dapat diperhatikan. Hal ini selalunya menjadi tarikan dan mendapat sorotan lensa kamera. Sebagai seorang pemimpin, hendaklah berbeza dari pemimpin yang lain, jangan cuba copy paste apa yang dilakukan oleh pemimpin lain di sekolah mereka. Jadilah diri sendiri dengan pendekatan dan kaedah yang tersendiri kerana setiap sekolah berbeza isu dan masalah serta cabaran yang perlu dihadapi. Gilap potensi sumber manusia yang ada di sekolah untuk diurus dan digunakan secara optimum bagi kemajuan sekolah melalui hubungan kerja yang profesional dan harmoni. Elemen akhlak dan sahsiah ini adalah sinonim dengan budaya organisasi di Malaysia. Pemimpin yang dirujuk sebagai ‘role model’ perlu memiliki akhlak dan sahsiah yang cemerlang malahan juga unik, bagi membolehkan pengikut terinspirasi dan teruja dengan perubahan dan pembaharuan yang dibawa.
219 106.2 Landasan Teori Adalah penting pemimpin yang dilantik itu mempunyai kesanggupan untuk menjadi pemimpin. Pemimpin yang sanggup menjadi pemimpin adalah pemimpin yang mempunyai keinginan untuk memimpin dan bersedia untuk menjalankan tugas pemimpin sehingga menyerlahkan bakatnya dan unik jika dibandingkan dengan pemimpin lain. Mereka ada matlamat dan mempunyai perancangan yang jelas. Dapat membudayakan nilai-nilai organisasi dan menerapkan elemen tempatan dalam pengurusan. Dalam pesan yang ditinggalkan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah kepada puteranya Mahmud Syah tatkala sampai hadnya, baginda menekankan bahawa untuk memimpin hendaklah mudah memaafkan, mempunyai belas kasihan dan simpati yang tinggi dan tidak boleh mendengar kata-kata orang tanpa mempunyai bukti dan fakta yang jelas (Shellabear, 1977)133 106.3 Amali Keunikan ditampilkan pada perubahan yang dibawa, digembelingkan melalui kerjasama yang erat dengan visi yang sama dan pelaksanaan misi yang telah digariskan hingga menjadi bitara. Setiap individu staf dalam sekolah bergerak sederap melangkah dalam nada dan bi’ah serupa dalam budaya amalan progresiif yang dipamerkan menerusi kerja keras, kesungguhan, gerak kerja sepasukan yang mantap dan etika disiplin yang menonjol hingga menimbulkan kekaguman banyak pihak dan menjadi tanda aras kepada kecemerlangan yang digarap. 106.4 Kepentingannya Pentingnya sekolah memiliki keunikan dalam tadbir urus dengan budaya korporat yang tersendiri kerana pemimpin dapat menyerlahkan potensi anak buah dalam suasana yang menyokong dan memberi inspirasi dan dalam masa yang sama mewujudkan keseronokan bekerja sebagai satu pasukan perubahan yang memberi aura dan impak positif kepada kemenjadian. Setiap individu dapat dibangunkan dan kapasiti mereka ditingkatkan dengan satu formula yang tersendiri sesuai dengan konteks sekolah berteraskan perancangan strategik yang telah diirangka dengan mengambil kira kekuatan dan peluang yang ada. 133 Shellabear, W.G, 1977. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
220 KARAKTER 107 UNIVERSAL 107.1 Etimologi dan Kontekstual Mendunia, sejagat dan merentas benua. Tiada lagi batas dan sempadan negara sebaliknya diterima oleh satu dunia secara menyeluruh seperti norma-norma yang baik diterima sebagai ukuran seseorang itu dianggap baik. Pandangan seorang pemimpin mestilah luas dan tidak hanya dalam lingkungan yang sempit sebaliknya membaca literatur dalam pelbagai kajian tentang aspek-aspek pengurusan sekolah dan bagaimana perubahan global yang berlaku di seluruh dunia diberi respons. Melalui pengetahuan yang up to date dan sentiasa dikemaskini, pemimpin akan menjadi seorang lebih terkehadapan, mempunyai asas dan sandaran ketika berbincang dan memberikan bimbingan serta dilihat berpengetahuan luas dalam aspek pengurusan pendidikan selari dengan perubahan semasa. 107.2 Landasan Teori Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun terdapat suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu merupakan proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Sekolah yang berkesan dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti. Gambar 39 : Mencapai Standard Global Keperluan terhadap adaptasi gaya kepimpinan yang selari dengan keperluan dan perubahan semasa adalah amat penting agar bersifat kompetetif dan memenuhi standard
221 antarabangsa. International Society for Technology in Education (ISTE, 2009)134 telah mengemukakan lima piawaian penting seorang pengurus sekolah, iaitu: 1. Membuat perkongsian visi secara komprehensif 2. Menekankan budaya pembelajaran digital 3. Amalan professional yang cemerlang 4. Sistem penambahbaikan yang efektif menggunakan ICT 5. Menyesuaikan peranan dengan pelanggan yang merupakan generasi digital (digital citizenship) Gambar 40 : 9 Elemen Digital Citizenship 107.3 Amali Pemimpin sekolah perlulah berfikiran terbuka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa untuk menilai perubahan yang dibawa agar relevan dengan perkembangan yang berlaku terutama dalam mengaplikasi kaedah dan teknologi terkini yang menjadi trend semasa. Jangan biarkan sekolah ketinggalan dalam arus perubahan, kerana perubahan itu satu keperluan yang berkembang sifatnya dan tidak statik. Banyak perubahan baharu yang perlu diserap dan disesuaikan dengan dasar-dasar yang diterapkan di sekolah terutama dalam konteks pengurusan dan pentadbiran. 107.4 Kepentingannya Pentingnya amalan yang memenuhi standard universal (sejagat) dan aliran semasa kerana generasi masa kini yang menjadi sasaran kemenjadian tidak boleh lagi dibangunkan dengan cara dan kaedah lama sebaliknya perlu diperkasakan dengan inputinput baharu dan elemen kemahiran IR4.0 yang menekankan kepada pengembangan corak dan cara berfikir aras tinggi dan melibatkan pelbagai disiplin ilmu bukan hanya merujuk kepada kandungan buku teks semata-mata tetapi bagaimana nilai-nilai sejagat dikembangkan agar produk yang dilahirkan kompetetif dan dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. 134 International Society for Technology in Education (ISTE), 2009. ISTE Standards for administrators. Connesting learning, Connecting standard, iste.org/standards
222
223 KARAKTER 108 WAJA 108.1 Etimologi dan Kontekstual Kuat, kukuh, teguh, mantap, hebat dan teras seperti besi tidak boleh diganjak atau dialihkan, tidak boleh dipengaruhi dan tegas dengan prinsip. Gambar 41 : Pesilat Seorang Yang Berhati Waja Seorang pemimpin mestilah cekal dan tangguh dalam , berhadapan dengan pelbagai kerenah, isu dan cabaran yang datang tanpa rasa gentar kerana telah membentuk pasukan yang mantap untuk membawa agenda perubahan. Sentiasa bersedia dengan idea dan gagasan yang unggul untuk memajukan sekolah dan menggembelingkan setiap tenaga sumber manusia yang ada. Melalui pasukan perubahan yang mantap, pemimpin akan sentiasa bersemangat, kukuh dan teguh pendirian, hebat dalam menggerakkan visi dan misi dan tidak pernah lemah apabila berhadapan dengan pelbagai isu atau masalah. . 108.2 Landasan Teori Kepimpinan sering ditakrifkan sebagai mengarah dan lebih bersifat top-down sebaliknya kepimpinan boleh menjadi baik jika terbuka dan belajar daripada pengalaman (Kolb, 1984)135. Keadaan ini perlu berubah. 135 Kolb, D. A. 1984. Experiential learning: Experience as the source of learning and Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall
224 Sebagai pemimpin yang memiliki waja diri yang tinggi, mereka perlu bijaksana dalam memanipulasi bakat dan kebolehan staf untuk bersama menghadapi cabaran dan mengatasi halangan. Pemimpin waja menjadikan subordinat mampu mengenalpasti cabaran dan menjadikan mereka berani berhadapan cabaran (Azman, 2007136). Pengetua perlu memperkasakan pengetahuan tentang aspek kepimpinan yang terbaik bagi memastikan segala urusan melibatkan pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan baik dan dengan waja diri berupaya memimpin guru-guru untuk meningkatkan kompetensi dan kualiti PdPc mereka. Bass, Avolio (1990)137 menunjukkan ”teori dua faktor” kepimpinan yang menunjukkan pemimpin dan orang yang dipimpin saling memerlukan di antara satu sama lain. Pemimpin merupakan role model, dihormati dan dikagumi oleh pengikutnya. Inilah yang akan menjadi kekuatan dan landasan waja diri kepada pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah hendaklah mampan daripada segala ujian dan cabaran dan sedia berhadapan dengan apa juga rintangan bersama-sama dengan warga sekolah. 108.3 Amali Keteguhan dan kekuatan dalam diri menjadi benteng yang kukuh dalam mempertahankan akar budaya lokal dan nilai-nilai tempatan namun dalam corak dan pendekatan yang sesuai dengan zaman. Generasi digital hidup pada era global dan revolusi maklumat yang telah membawa pengaruh baharu dan perubahan minda, justeru itu bagaimana seorang pemimpin dapat beradaptasi dengan perkembangan ini untuk mengelakkan adanya unsur luar yang merosakkan sebaliknya memanfaatkan teknologi untuk mengembangkan potensi, bakat dan kebolehan mereka. 108.4 Kepentingannya Penting ditanamkan dalam diri murid-murid untuk berbangga dengan apa yang mereka ada dan mempertahankan nilai-nilai yang telah diwarisi namun dalam masa yang sama mengambil tahu tentang perkembangan luar untuk meningkatkan keupayaan dan mengambil mana-mana yang baik dan positif dengan prinsip dan pegangan yang jelas. 136 Azman, N. A. 2007. Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Di Sekolah Menengah Daerah Mersing. Jurnal kepimpinan pendidikan. 137 Bass, B.M. & Avolio, B.J. 1990. Transformasional leadership: A response to critiques. San Diego: Academic Press, Inc.
225 KARAKTER 109 WARAK 109.1 Etimologi dan Kontekstual Sentiasa memelihara hubungan dengan Tuhan (Sang Pencipta), mentaati perintahNya, menjauhi laranganNya dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan sesama manusia dan mengelak sebarang perbuatan yang boleh menyinggung perasaan atau merosakkan hubungan dengan orang lain. Sikap merendah diri perlu ada pada seorang pemimpin ertinya jangan ada ego, sebaliknya boleh bergaul dengan semua peringkat usia dan status misalnya dapat berbual mesra dengan murid-muriid seperti seorang ayah kepada anaknya dan dapat berkongsi cerita dengan pembersih kawasan atau pengawal tanpa adanya jurang. Pemimpin yang warak sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan semua orang, menjaga tingkahlaku, menahan kemarahan, mementingkan pengembangan amalan kerohanian dan sentiasa melontarkan nasihat yang baik kepada semua warga sekolah malahan beliau juga menunjukkan teladan yang memberi inspirasi dan dorongan (motivasi) kepada orang lain. 109.2 Landasan Teori Sebagai pemimpin organisasi sekolah, kepimpinan pengetua mempengaruhi sikap guruguru terhadap sebarang usaha untuk mencapai matlamat. Justeru itu, sikap ego dan tidak cakna boleh mewujudkan jurang dan menghilangkan kerjasama dan mutual respect sehingga boleh menimbulkan masalah. Oleh yang demikian. pemimpin perlu humble dan dapat bergaul dengan semua peringkat tanpa adanya jurang status dan DG. Mewujudkan keterikatan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sering mengingatkan diri bahawa tugas kepimpinan itu adalah amanah yang perlu ditunaikan secara jujur dan benar. Sentiasa menyebarkan salam sebagaimana yang diperintahkan oleh RasululLah sallalLahu alayhi wasallam untuk mewujudkan kesejahteraan dan mempraktekkan amalan 5S dalam pengurusan untuk membentuk masyarakat sekolah yang penyayang iaitu salam, sapa, senyum, sopan dan santuni semua orang. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menganugerahkan kepada setiap manusia potensi untuk memimpin. Kepimpinan boleh berlaku secara semulajadi dan boleh pula dilatih dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk memimpin bagi memperoleh daya peribadi iaitu:
226 Gambar 42 : Daya Manusia 109.3 Amali Ketaatan kepada ajaran agama dan keterikatan rohani amat penting untuk memimpin kita agar bertindak pada landasan yang betul melalui konsep hablum minalLah dan hablum minannas. Melalui hubungan ini kita akan sentiasa sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri dan mensyukuri aoa yang ada bukan untuk dibanggakan tetapi dilestarikan untuk kebaikan semua warga sekolah. Segala kejayaan yang dicapai bukan petanda kesempurnaan tetapi petunjuk kepada ganjaran atas usaha dan kerja keras yang dilakukan sebagaimana kata pepatah Man jadda wajada – Siapa yang berusaha dialah yang mendapat.. Manusia itu diberikan kekuatan dan kelebihan dan dengan kelebihan inilah penciptaan manusia dianggap sempurna. Walau bagaimanapun, jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, maka manusia akan bergelumang dengan hawa nafsu, pemikiran mereka bercelaru, pergaulan mereka menjadi lepas dan bebas tanpa kendali, personaliti mereka akan rosak, imej kendiri mereka lemah, mereka jauh dari ruang lingkup kebenaran dan kebaikan (jauh daripada fithrah) dan tidak memanfaatkan keupayaan inderawi untuk jalan kebaikan. Apabila ini berlaku, darjat manusia lebih rendah dari haiwan. Sebab itulah manusia disebut juga sebagai al-Hayawun Natiq iaitu haiwan yang berakal. Dengan akal dan bimbingan naql manusia dapat membina tamadun sempurna Namun dengan akal dan pengaruh hawa nafsu, pelbagai aliran pemikiran songsang akan menjadi pegangan, mereka jauh daripada landasan fithrah dan mengamalkan aturan hidup seperti hokum rimba. Penyakit wahan (hubbul dunya) akan melanda.
227 109.4 Kepentingannya Hubungan dengan Allah (Tuhan) akan memberi kesan yang baik kepada bentuk dan gaya kepimpinan. Hal ini penting kerana keupayaan memimpin adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan yang perlu dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan bukan untuk kebanggaan atau menjadikan kita riya’. Setiap kejayaan dan kecemerlangan adalah ujian dan cabaran untuk menjadi catalyst agar menjadi lebih baik. Dalam konteks dunia, jangan lihat di atas kita tetapi lihatllah di bawah kita, maka kita akan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Ingatlah firmanNya tentang hakikat penciptaan manusia: “Tidak aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah kepadaKu” (Al-Dhariyat : 56) KARAKTER 110 WASPADA 110.1 Etimologi dan Kontekstual Sentiasa peka (alert), berhati-hati, awas (aware) dan mawas diri bagi melindungi diri, memelihara harta, maruah dari ancaman dan gangguan yang ada di persekitaran agar tidak menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan diri. Kewaspadaan amat penting dalam situasi yang mencabar pada masa kini. Pemimpin sentiasa mengambil tahu apa yang berlaku dalam kawasan sekolah serta ancaman luar yang boleh terjadi. Pelaksanaan pengurusann amat mementingkan pelanggan sekolah iaitu muridmurid dengan memberi perhatian kepada aspek keselamatan dan kebajikan mereka, justeru itu pelaksanaan MMI, Sekolah Penyayang dan Ziarah Cakna diberikan fokus. Tindakan segera diambil untuk membanteras segala gejala buruk seperti buli, gengsterisme dan vandalism untuk menjadikan sekolah sebagai tapak yang baik bagi pembangunan karakter dan pengembangan potensi murid. 110.2 Landasan Teori Bennet (1986)138 menyatakan: “next to the family, school are arguably the most influential in our children lives”. Setiap pemimpin sekolah perlu peka dengan kenyataan ini dan 138 Bennet, L. 1986. Effective Schiool and effective leaders. Boston : Allyn & Bacon
228 bersedia menjadikan sekolah sebagai tapak untuk kanak-kanak berkembang, menerima pengaruh dan kesan yang baik serta mewujudkan iklim pembelajaran yang membina kehidupan mereka sebagaimana yang dihasratkan. Menurut Noran & Ahmad (1990)139 tidak semua guru dan staf sekolah dapat menerima gaya kepimpinan PGB kerana dunia yang berubah pada masa kini memerlukan pemimpin mengubahsuai gaya kepimpinan mereka bukan hanya berpaksi kepada kuasa tetapi juga berdasarkan wibawa, ilmu dan kemahiran. Jika ini ditonjolkan, staf dan guruguru akan lebih yakin dengan kepimpjnan mereka. Justeru itu, setiap pemimpin perlu peka dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan baharu dan menguasai keterampilan yang diperlukan untuk memimpin subordinat. 110.3 Amali Kewaspadaan dapat diperolehi apabila pemimpin sentiasa cakna dan meronda di sekitar sekolah sebagai satu bentuk rutin tugas. Sambil meronda beliau dapat memerhati dan melihat segala kekurangan dan kelemahan yang boleh diperbaiki dan mengamati jaringan sosial dan disiplin murid-murid untuk menjadi input apabila adanya dialog dan perbincangan. Sikap waspada akan mendorong setiap pemimpin untuk tidak memandang mudah tentang sesuatu isu dan masalah, kerana bahaya tidak diketahui dan boleh berlaku secara tiba-tiba. Segala kerosakan perlu segera diperbaiki, segala konflik yang wujud perlu segera diselesaikan dan segala bentuk kelemahan perlu dibuat penambahbaikan. 110.4 Kepentingannya Melalui Tindakan pemimpin sekolah yang peka dan waspada (alert) setiap masa, malah menjadikan pentadbir kanan sebagai mata dan telinga, setiap perkara yang berlaku dapat segera dalam pengetahuan dan difikirkan bentuk tindakan. Apabila pemimpin peka dan waspada akan menutup peluang dan kemungkinan untuk berlakunya perbuatan yang menyalahi peraturan seperti buli, vandalism dan sebagainya. Sikap waspada perlu ditanamkan dalam diri guru-guru, murid dan seluruh warga sekolah agar sebarang unsur dan anasir yang mencurigakan dapat dibanteras atau disingkirkan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat, harmoni dan sejahtera. 139 Noran Fauziah Yaakob & Ahmad Mahzan Ayob, 1990. Guru dan perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
229 KARAKTER 111 WAWASAN 111.1 Etimologi dan Kontekstual Gagasan, kumpulan idea, cetusan pemikiran tinggi yang merujuk big data untuk menyediakan kerangka, konseptual dan gambaran minda tentang perubahan dan agenda pembangunan bagi manfaat diri dan pembangunan negara. Tun Dr Mahathir bin Mohamed ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 telah mengagaskan idea Wawasan 2020 yang menggariskan 9 cabaran untuk muncul sebagai sebuah negara maju. Ketika pandemik COVID19 melanda, gagasan bagi memutus mata rantai penyebaran turut diperkenalkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang dilihat cukup berkesan hingga menjadikan curve penyebaran melandai iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Malahan di Kawasan red zone Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperkenalkan. Semuanya ini muncul hasil pemimpin yang berwawasan dan mempunyai pemikiran yang tajam. Kriteria utama bagi seorang pemimpin yang cemerlang ialah menjadi pemimpin yang matang dan berwawasan. Pemimpin mestilah mempunyai kerangka pemikiran tentang arah sekolah hendak di bawa dan bagaimana perkembangannya. Pemimpin mestilah menunjukkan halatuju yang jelas dan berkongsi visi dengan semua warga sekolah serta mencari langkah intervensi untuk menyelesaikan setiap isu strategik yang telah dikenalpasti melalui tindakan kolaboratif dan penglibatan semua guru-guru bagi menjana perubahan dan merombak segala kelemahan serta menggunakan segala peluang yang ada untuk kecemerlangan organisasi. 111.2 Landasan Teori Pemimpin berwawasan merupakan seorang pemimpin yang mempunyai harapan tinggi terhadap keupayaan subordinat tetapi tetap berperanan dalam memberi sokongan dan panduan agar subordinat mampu mencapai tahap yang diinginkan. Menurut Koontz dan O’Donnel (1976)140 kepimpinan merupakan satu seni yang mempengaruhi subordinat untuk bekerjasama dan mencapai matlamat secara sukarela. Lihat secara positif segala cabaran dan tanamkan tekad untuk menjadi The Great Leader. Amati kata-kata Martin 140 Koontz H & O’Donnel, 1976.Management : System and contogency analysis of managerial functions. New York : McGraw Hill
230 Luther King: “If you can’t fly, the run, If you can’t run, then walk If you can’t walk, then crawl But whatever you do You have to keep moving forward” 111.3 Amali Kepimpinan berwawasan bermula dengan pemikiran yang terbuka dan sedia menerima pelbagai input dari pelbagai sumber. Pemimpin yang berwawasan akan sentiasa meneroka pelbagai maklumat dan mengumpul data untuk mengenalpasti masalah dan isu. Memikirkan bentuk intervensi dan langkah strategik bagi mengatasi segala bentuk kekurangan dan kelemahan bagi memastikan iklim sekolah dan bilik darjah sentiasa berkembang dalam suasana dan situasi yang positif dan nilai-nilai yang membina. Pemimpin berwawasan boleh melaksanakan tugas dengan berkesan, mempunyai kompetensi dan keperibadian berkualiti serta berilmu (Hollenback et al. 2006) 141 111.4 Kepentingannya Pentingnya kepimpinan berwawasan ialah dapat memastikan visi dan misi tercapai. Pemikiran strategik yang dijana dapat mengembangkan laangkah-langkah dan bentuk tindakan yang konkrit bagi mengatasi segera masalah agar tidak merebak dan berpanbjangan. Pemimpin yang berwawasan juga dapat mengenalpasti kekuatan sumber manusia dan memanfaatkan kekuatan itu untuk mencemerlangkan organisasi disamping memberi dorongan dan ganjaran bagi mengiktiraf setiap sumbangan. KARAKTER 112 WIBAWA 112.1 Etimologi dan Kontekstual Memiliki karisma, gezah, watak yang unggul dan mempunyai aura positif yang meninggalkan kesan kepada orang lain. Kewibawaan terserlah melalui pemikiran, pertuturan dan perbuatan. Pemimpin mestilah memiliki aura dan gaya yang hebat dan personaliti yang unggul hingga menonjolkan wibawa dan karisma yang tinggi. Karakter ini telahpun juga dibincangkan dalam gezah yang merujuk kepada seseorang yang memiliki kekuatan dan pengaruh tersendiri dalam kepimpinan kerana watak dan perwatakannya, pemikirannya, kuasa dan keilmuannya. 141 Hollenbeck, G.P., McCall, W.M. Jr. & Silzer, R.F. 2006. Leadership competency models. The Leadership Quarterly 17(4), 398-413
231 Justeru itu, pemimpin hendaklah sentiasa mempunyai idea dan berpengetahuan luas tentang aspek-aspek pengurusan sekolah, mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat dengan menerapkan elemen insaniah, dapat mengendalikan setiap masalah dan situasi dengan tenang dan tidak gegabah, jika didatangi oleh tetamu luar seperti wartawan atau pemegang taruh, pemimpin sekolah dapat berkomunikasi dengan lancar dan menonjolkan protokol dan etika yang cemerlang. Gambar 43 : Serikandi Pemimpin Pendidikan Sarawak Sentiasa mengutamakan anak buah dengan mengiktiraf setiap sumbangan, memberikan penghargaan dan meraikan mereka dalam majlis hi tea dan sebagainya. Sentiasa memberikan bimbingan dan berkongsi pengalaman serta memimpin melalui keteladanan (lead by examples). 112.2 Landasan Teori Karisma pemimpin transformasional teserlah dengan keyakinan dan kepastian yang ditunjukkan dalam setiap tindakannya. Bass (1985)142 memperjelas sifat-sifat pemimpin karismatik sebagai pemimpin yang sanggup berkorban demi kepentingan organisasi dan bersifat optimis terhadap visi dan misi yang ingin dicapai. Ungkapan popular yang sering digunakan oleh penyelidik bagi merumuskan peri pentingnya amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah kejayaan adalah: “Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan ada sekolah-sekolah yang maju telah merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti dan wibawa pemimpinnya” 142 Bass, B.M. 1985. Leadership and performance beyond expectation. New York: Free Press.
232 112.3 Amali Untuk mendapatkan kewibawaan setiap pemimpin hendaklah menjadii diri sendiri bukan hipokrit atau meniru orang lain.Jika tidak berpengetahuan tentang sesuatu perkara, tidak malu bertanya dan belajar malahan konsep learn, unlearn dan relearn perlulah diterapkan. Penampilan diri, tutur kata dan perbuatan hendaklah seimbang, menghayati norma-norma masyarakat dan mengembangkan nilai-nilai yang positif. Pemimpin yang berwibawa mempunyai regulasi kendiri yang tinggi dan dapat membentuk dan mengawal diri agar memenuhi etika sosial dan profesional. Pemimpin mengenali siapa dirinya, mengarahkan dirinya untuk memelihara tanggungjaswab kepimpinan, menyesuaikan diri dengan cabaran yang dihadapi sepanjang memimpin, dapat menyerlah diri dan potensinya sebagai seorang pemimpin dan bertindak sebagai agen perubahan. Segala tuturkata dan gerak lakunya adalah medium dakwah, dari lancar lisannya mengandungi nasihat dan mahabbah, dari halus budi dan perbuatannya mengandungi hikmah kerana teras paksinya hablum minalLah dan hablum minannas (Ahmad Rafaai, et al. 2019)143 . 112.4 Kepentingannya Kewibawaan seorang pemimpin akan juga mempengaruhi anak buah. Guru-guru akan menjadikan pemimpin sebagai idola untuk ditiru dan ditelladani. Apabila pemimpin membawa aura yang positif dan aura ini dikembangkan pula oleh guru-guru maka budaya positif akan berkembang menjadi budaya dan iklim sekolah hingga mewujudkan sekolah berwatak yang akan disegani kerana keistimewaan dan impaknya kepada kemenjadian. Tindakan kepimpinan seseorang pemimpin akan berubah berdasarkan umur, serta dipengaruhi oleh peredaran masa. Misalannya adalah perubahan teknologi yang mana pada masa kini perhubungan menjadi lebih mudah dengan kewujudan pelbagai alat perhubungan seperti telefon pintar berbanding zaman dahulu yang telah mengubah cara pemimpin berhubung, mencari maklumat dan menganalisis maklumat. Reaksi terhadap perubahan teknologi inilah akan mempengaruhi perwatakan pemimpin pada masa kini. Kewibawaan adalah aset utama pemimpin dan tidak boleh dijual beli. Wibawa akan dipandang oleh subordinat dan tidak boleh dipaksakan atau diminta. Kewibawaan pemimpin akan meningkatkan imej sekolah dan menaikkan semangat anak buah untuk bekerja kerana dipimpin oleh seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani oleh kawan mahupun pesaing. 143 Ahmad Rafaai Ayudin, Aswandi Laman, Mohd Nuri Mustafa & Sharifah Nooraida Wan Hassan, 2019. Kepimpinan dakwah. Kuching : YADIM
233
234 KARAKTER 113 YAKIN 113.1 Etimologi dan Kontekstual Tidak skeptis dan ragu-ragu, memiliki estem kendiri yang tinggi, berani ke hadapan, tampil dengan penuh wibawa, tiada rasa gundah dan risau, bersemangat dan percaya kepada diri sendiri. Menjadi seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar, kerana setiap apa yang berlaku di sekolah, keputusan yang diambil atau transaksi yang terjadi dipundak pemimpin sekolah. Justeru itu, menjadi seorang pemimpin hendaklah berjiwa besar, berppengetahuan luas dan berkemahiran tinggi agar yakin dan tidak gusar untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini serta memberikan keyakinan yang tinggi juga kepada orang yang dipimpin. 113.2 Landasan Teori Pemimpin sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang selesa dalam kalangan pengikut dengan kerap memberi galakan dan sokongan, sebarang perbezaan pendapat dihormati. Interaksi di antara pemimpin ini dengan pengikutnya membina hubungan kerja yang kondusif kerana pemimpin peka terhadap pengikutnya sebagai seorang individu. Keadaan ini akan meningkatkan rasa yakin dan mesra pengikut terhadap kepimpinannya. Pemimpin berprestasi tinggi hendaklah memiliki keyakinan diri yang tinggi untuk membawa perubahan berimpak tinggi melalui ketrampilan personal dan profesional. Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda 113.3 Amali Sikap yakin akan diperolehi apabila seseorang itu bersedia untuk memimpin dan tahu apakah kekuatan yang ada pada dirinya. Kekuatan dan keyakinan juga dapat berkembang melalui langkah memperkasakan dan memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran. Sentiasa belajar melalui pengalaman memimpin dan belajar dari kesilapan. Kadangkala mendapat input daripada rakan-rakan PGB yang cemerlang dan membina jaringan hubungan dengan mereka untuk meningkatkan kompetensi diri dalam memimpin dan mendapatkan kepercayaan sub ordinat.
235 Memimpin mestilah dengan penuh keyakinan, tidak teradak-afak atau ingin mencuba kerana ditangan pemimpin segala keputusan dibuat dan ditangan pemimpin juga teraju sekolah dikendalikan. Kesilapan dalam menjayakan agenda sekolah tidak terletrak pada pihak pelaksana tetapi kesalahan akan diarahkan kepada kepimpinan sekolah. Justeru itu, pemimpin mestilah berkeyakinan tinggi untuk memimpin dan sedia beradaptasi dengan perubahan dan berusaha menerapkan nilai-nilai dan budaya yang positif. 113.4 Kepentingannya Pemimpin yang yakin dengan kebolehannya memimpin akan sentiasa membuat keputusan yang betul dan teppat, tidak ragu-ragu dalam membuat keputusan dan memberi kesan yang positif kepada nilai dan budaya sekolah.Keyakinan yang ditonjolkan akan meningkatkan kepercayaan. Setiap idea yang dilontarkan akan menjadi azimat yang sentiasa dipegang oleh orang bawahan. Pemimpin yang yakin pada diri akan mendapatkan keyakinan daripada pengikut. Jika ada sesuatu isu dan masalah yang kurang jelas bentuk tindakan dan prosedurnya, hendaklah merujuk mandate dan membuat sesi dialig dan perbincangan dengan kumpulan sasar. Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya. Orang yang yakin terhadap dirinya, dia akan mampu membuat keputusan untuk dirinya dan kebaikan organisasi. Yakin berada dilandasan kebenaran, berani menegur dan menyuarakan pandangan untuk tujuan membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.
236
237 KARAKTER 114 ZUHUD 114.1 Etimologi dan Kontekstual Sederhana dalam hidup, tidak berlebih-lebihan atau teruja dengan kemewahan sebaliknya bersyukur dengan apa yang dimiliki, sentiasa bermuhasabah diri untuk mencari kebaikan dan meninggalkan sebarang tingkahlaku yang merosakkan. Kesederhanaan atau wasatiyah adalah perspektif zuhud dalam konteks kepimpinan iaitu tidak terlaku berlebihan atau mengada-ngada dan gila glamor dalam menonjolkan apa yang telah dilaksanakan. Seorang pemimpin yang zuhud sentiasa ikhlas dalam beramal, mengabdi untuk mencipta kecemerlangan dan memberi fokus kepada kemenjadian murid dengan memanfaatkan setiap sen yang diperturunkan. Sentiasa memelihara hubungan yang harmoni dengan semua orang dan mempunyai kemahiran mendengar (good listener) dan berasaskan data (data driven) dalam membuat keputusan dan mengambil konsensus. 114.2 Landasan Teori Hoy dan Miskel (2001)144 mengatakan bahawa pemimpin mendapat kepercayaan dan ketaatan pengikut menerusi integriti perlakuan mereka. Mereka menjadi contoh atau rolemodel kepada pengikutnya. Antara perlakuan yang boleh ditunjukkan oleh PGB ialah : 1.. Mempamerkan nilai moral/etika yang tinggi 2. Mengambil risiko bersama-sama pengikut dalam menentukan dan mencapai matlamat sekolah 3. Pertimbangkan keperluan orang lain melebihi keperluan sendiri 4. Menggunakan kuasa untuk menggerakkan kakitangan ke arah mencapai visi dan misi sekolah, bukan untuk kepentingan peribadi.. 114.3 Amali Sikap bersederhana adalah amalan yang mulia kerana melalui sikap ini, pemimpin akan sentiasa memperbaiki kelemahan dan membina kekuatan untuk memimpin. Sikap ini dapat diperolehi melalui tindakan dengan memastikan setiap individu dalam organisasi 144 Hoy, W.K. & Miskel, C.G. 2001. Education administration: Theory, research and practice. New York: Random House
238 mempunyai hak dan memiliki akses yang sama untuk peluang mendapatkan latihan dan kecemerlangan. 114.4 Kepentingannya Keutamaan pemimpin yang bersikap zuhud ialah mereka tidak berbelanja dengan boros tetapi berbelanja untuk kemaslahatan yang betul dan tepat. Mereka juga tidak pernah memperlekeh-kan anak buah sebaliknya sentiasa mendorong mereka untuk maju kerana dia sedar bahawa kemajuan sekolah adalah hasil tindakan kolaboratif. Dengan sikap dan karakter sederhana dan tidak berlebihan, pemimpin dapat menerima pengikutnya dengan seadanya berdasarkan had kemampuan dan keupayaan mereka dan mengakui setiap individu dalam organisasi ada kelebihan masing-masing yang dapat dimanfaatkan. Dengan cara demikian, setiap ahli akan sentiasa merasakan diri mereka dilayan dengan baik dan dilibatkan dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan. Kesederhanaan yang diterapkan dapat membentuk pekerja berhemah tinggi dan mengutamakan kepentingan bersama. Kesederhanaan dapat melunakkan komunikasi dalam organisasi dan dapat meluaskan hubungan interpersonal yang baik.