139
140 KARAKTER 63 LUWES 63.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan luwes berakar dari Bahasa Jawa yang membawa maksud tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan (dengan keadaan dan suasana yang mencabar), dapat diubahsuai, fleksibel dan anjal. Dalam konteks kepimpinan, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai pertimbangan tidak hanya terikat dengan satu pendapat atau tetap dengan satu ketetapan tanpa menilai situasi dan mengenali cabaran yang dihadapi. Perkembangan semasa dan keadaan dunia pendidikan yang dinamik, memerlukan kesediaan pemimpin untuk mengubahsuai penyelesaian dan tindakan mengikut situasi dan konteks semasa yang terjadi. Jangan samakan semua masalah di sekolah lain dengan sekolah yang diterajui, kerana setiap sekolah mempunyai masalah dan latar belakang masalah yang berbeza. 63.2 Landasan Teori Pemimpin masa kini perlu memahami keperluan murid sebagai pelanggan perkhidmatan agar dapat merancang program yang bersesuaian untuk mengembangkan potensi murid dan menyediakan Pendidikan yang memenuhi konsep holistik, seimbang dan bersepadu. Implikasi melaksanakan program yang bersesuaian dengan murid-murid ialah program tersebut dapat membantu mengubah tingkah laku seterusnya dapat memajukan mereka. Pemimpin juga perlu mempunyai pengetahuan psikologi. Dengan memahami kelakuan dan pemikiran seseorang, pemimpin dapat menguruskan sesuatu isu dengan baik. Pemimpin juga perlu menggunakan pendekatan psikologi untuk memberi dorongan kepada sub ordinat dan murid-murid. Pemimpin yang memahami staf dan murid-muridnya dapat memberi keyakinan kepada mereka. Ini selari dengan pandangan Rebore (2003)98 yang menyatakan pentingnya pemimpin sekolah mempunyai elemen kemanusiaan dalam kepimpinannya dan berkarakter anjal. Terdapat tiga pendekatan utama yang boleh digunakan untuk menjadi pemimpin pendidikan yang baik iaitu pendekatan psikodinamik, kemanusiaan dan pendekatan tingkah laku kognitif. 63.3 Amali Pemimpin mesti sentiasa memberi dorongan kepada staf. Dorongan in boleh dalam pelbagai cara sama ada dengan memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi staf, berbentuk ganjaran atau yang menyentuh hati staf. 98 Rebore, R.W. 2003. A Human Relations Approach to the Practice of Educational Leadership. Boston: Allyn and Bacon
141 Pemimpin mesti mempunyai maklumat yang lengkap sebelum mengambil sebarang tindakan agar tindakan yang dilakukan adalah adil dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat. Pemimpin boleh membina hubungan baik dengan pelbagai cara seperti meraikan staf, meluangkan masa untuk bersantai dan bersukan dengan staf, atau mengadakan pertemuan secara tidak formal. Pemimpin perlu menjaga kebajikan staf iaitu mengambil berat mengenai urusan peribadi staf. Kebajikan staf perlu diambil berat supaya pemimpin dapat memberi bantuan yang sewajarnya. Pemimpin yang menjaga kebajikan staf akan mendorong staf untuk bekerja dengan lebih baik. 63.4 Kepentingannya Karakter anjal atau luwes seorang pemimpin menjadikan dia disenangi oleh orang yang dibawah kepimpinannya, mudah mendapatkan kepercayaan dan kerjasama daripada mereka sebagai imbalan kerana sikapnya yang fleksi dan boleh bertolak ansur dalam pelbagai perkara. Hal ini menjadi rencah dan formula terbaik untuk mewujudkan hubungan yang baik dan membentuk ikatan yang kukuh sebagai pasukan perubahan di sekolah sekaligus menjadikan agenda perubahan dapat dijayakan dengan lebih berkesan. KARAKTER 64 LEMBUT 64.1 Etimologi dan Kontekstual Lembut menunjukkan budi luhur yang sopan dan santun juga membawa maksud baik hati, elok perangai atau berbudi bahasa yang menjadi akar teras budaya bangsa Melayu sejak zaman berzaman. Rajah 26 : Membina Hubungan (Rapor) Perangai lembut ini merupakan manifestasi daripada amalan budaya halus yang diekspresikan melalui pertuturan dan tingkahlaku, tidak cepat melatah, dapat berkompromi, tenang dan menimbulkan rasa mesra dengan sikap dan watak yang ditunjukkan. Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin yang lembut sangat disenangi kerana memelihara tutur kata dengan menggunakan bahasa yang sopan, teratur dan
142 tersusun, setiap perkataan yang dikeluarkan memberikan ketenangan, menjadikan orang mendengar merasa tenang dan mendapat perlindungan. Karakter lembut juga diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku ketika berhubungan dengan orang lain, menyantuni setiap orang dengan sikap yang ramah dan mesra dan meningkatkan hubungan baik dengan semua orang. Melalui kepimpinan yang bersikap lembut, orang yang berhubungan dengan pemimpin akan lebih selesa dan segala perbincangan dapat berlangsung dalam suasana yang harmoni dan tidak wujud ketegangan kerana pemimpin sedia mendengar dengan tekun apa yang dibincangkan dan tidak menyampuk. Pemimpin yang lembut hati mudah menunjukkan keperihatinan terhadap anak buah atau stafnya dan cenderung menunjukkan sikap empati dan meningkatkan ukhuwwah dengan staf dan warga sekolah. 64.2 Landasan Teori Wan Mohd Nor (2005)99 melihat kelembutan dalam sikap memimpin dapat menjadi aset penting dalam pembangunan organisasi dan melestarikan nilai-nilai ukhuwwah dan menyebarkan kebaikan. Gambar 30 : Bahasa Jiwa Bangsa Melalui tutur kata yang tersusun dan sopan serta tingkahlaku yang baik, pemimpin telah menunjukkan teladan dan contoh yang dapat diikuti oleh anak buah untuk dibudayakan sebagai nilai-nilai organisasi yang perlu dilestarikan. Untuk memikat hati manusia dan melembutkan mereka perlulah menggunakan pendekatan yang berhemah, sopan, penuh pertimbangan dan menyantuni mereka. Apabila seorang pemimpin mengamalkan karakter seperti ini, lama-kelamaan individu yang degil dan sukar berubah pun akan tunduk dan akan menunjukkan perubahan. Kekasaran tidak boleh diatasi dengan kekasaran sebaliknya dengan kelembutan. Dalam sirah RasululLah sallalLahu alayhi wasallam sendiri menunjukkan bagaimana baginda menyebarkan dakwah menggunakan pendekatan yang lembut 99 Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
143 sebagai daya penarik kepada golongan gamba sahaya yang tertindas dengan kehidupan jahiliyah dalam kehidupan tanpa peraturan telah menjadi formula terbaik untuk memeluk Islam dan menjadi seorang muslim. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri menyukai kelembutan dan menggalakkan tingkahlaku berlemah lembut dalam perhubungan dengan orang lain. 64.3 Amali Dalam kehidupan setiap hari, hendaklah setiap pemimpin membiasakan diri dengan amalan berhemah, bersikap lemah lembut dan penuh pertimbangan, kerana untuk mendidik hati dan jiwa manusia, tidak boleh hanya dengan arahan, gertakan, denda atau sanksi semata-mata tetapi perlulah disampaikan dengan bahasa yang sopan, tutur kata yang teratur dan tingkahlaku yang lembut. Berlemah lembut terhadap orang lain adalah kebaikan yang amat dituntut. Hati manusia akan cair dan mudah dilentur apabila kita menggunakan pendekatan yang lembut dan sopan sepertimana air sendiri yang boleh melekukkan batu yang keras. 64.4 Kepentingannya Dalam mengurus dan memimpin sekolah, perluasan pengaruh boleh dibuat melalui pendekatan dan kaedah yang lemah lembut. Ini merupakan satu bentuk pendekatan yang cukup ampuh dalam menarik minat dan memujuk orang bawahan untuk sedia bekerjasama dan memberikan sumbangan yang bermakna kepada organisasi. Tingkahlaku lemah lembut adalah bentuk persuasif yang boleh digunakan kerana manusia itu tidak sukakan kekerasan dan kesombongan sebaliknya manusia akan luluh dan terpikat dengan kelembutan dan sikap ramah tamah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berhati mulia. Nilai kelembutan dan kehalusan budi bahasa boleh menjadi kuasa memujuk yang kuat dan ketara dalam melenturkan mana yang keras dan melunakkan mana yang kasar. Tingkah laku lemah lembut boleh mewujudkan suasana komunikasi yang lebih tenang dan tidak menimbulkan rasa gusar dan ketegangan. Kadangkala setiap isu tidak boleh ditanggapi secara gopoh dan gelabah sebaliknya perlulah dinilai secara tenang dan dan berkembut hati.
144
145 KARAKTER 65 MANUSIAWI 65.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah manusiawi merujuk kepada jiwa kemanusiaan yang menebal dan sentiasa mementingkan kebajikan, keselesaan, kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain. Dalam erti kata yang lain, mengambil berat, mengiktiraf orang lain, menghargai mereka dan ramah mesra dengan semua orang. Dalam konteks kepemimpinan, pendekatan dan karakter manusiawi ini amat berguna dalam menyemarakkan budaya penyayang dan menjadi manifestasi kepada peranan dan fungsi sekolah itu sendiri. Sebagai institusi yang memanusiakan manusia, sewajarnyalah tokoh yang memimpin dan personal yang menerajui dan menggerakkan sekolah seorang yang memiliki pertimbangan, memelihara kebajikan, berhemah dan sentiasa mengutamakan keharmonian organisasi dan keseronokan bekerja stafnya. 65.2 Landasan Teori Konsep memanusiakan manusia dalam pendidikan bermakna mewujudkan suasana yang saling menghargai satu sama lain (mutual respect), menegur dengan cara yang berhemah, berkongsi pengalaman, saling menyokong, sentiasa ingat mengingatkan dan bersama dalam satu pasukan menjadi sebuah keluarga besar yang gembira dan bahagia. Hal ini selari dengan pandangan Ross dan Willigen (1997)100 yang mengakui punca kebahagiaan adalah timbul daripada hubungan yang erat dan baik sesama manusia, tanpa adanya hubungan yang baik rasa bahagia dan sejahtera tidak akan dimiliki kerana manusia tidak boleh hidup tanpa nilai kemanusiaan dan amalan yang bersifat manusiawi. 65.3 Amali Untuk mendidik jiwa dan membawa manusia berubah, terlebih dahulu mestilah memikat hati dan jiwa orang bawahan untuk sedia berubah, kenapa perlu berubah dan apa manfaat berubah. Inilah karakter yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin untuk menggunakan kemahiran memujiuk (persuasive) dan kemahiran perundingan (negotiation) dengan staf. 100 Ross, C.E. dan Willigen, M.V. 1997. Education and the sub-jective quality of life. Journal of Health and Social Behavior 38, pp. 275-297
146 Jiwa kemanusiaan perlu disemarakkan dalam mengurus sumber manusia kerana manusia memiliki jiwa, hati dan perasaan. Justeru itu, jiwa dan perasaan mereka perlu diberikan tarikan untuk memberi kerjasama dan menumpahkan kepercayaan kepada pihak atasan. Hati manusia akan lembut jika pendekatan yang digunakan berhemah dan penuh hikmah. 65.4 Kepentingannya Untuk merealisasikan sebuah organisasi yang harmoni dan dilingkari dengan budaya penyayang, nilai-nilai kemanusiaan perlu menjadi manhaj utama dalam pengurusan dan pentadbiran. Nilai manusiawi penting dalam konteks mengurus dan membawa perubahan manusia. Untuk membangunkan yang terlalai dan terlena serta membangkitkan motivasi bagi yang alpa tentu sekali pendekatan dan manhaj manusiawi amat penting untuk menyebarluaskan kondisi organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang berjaya dan cemerlang. KARAKTER 66 MATANG 66.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah matang merujuk kepada kedewasaan, perubahan fizikal yang kian membesar atau perubahan pemikiran menjadi orang yang lebih rasional dan terbuka. Kedewasaan atau kematangan (matured) berkembang selarii dengan pertumbuhan usia dan pengalaman yang dilalui. Dalam konteks kepemimpinan, seseorang pemimpin perlu menunjukkan kematangan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelbagai pertimbangan, nilai manusiawi dan hubungan interpersonal perlu diberikan keutamaan untuk menghasilkan keputusan yang rasional dan dapat diterima oleh semua pihak. Sikap dan karakter matang penting kerana PGB akan berhadapan dengan masalah yang kompleks sepanjang mengurus dan memimpin sekolah, justeru itu pemimpin perlu sentiasa terbuka (be open), mempunyai kemahiran mendengar (good listener) sedia menerima pandangan dan sentiasa berkongsi segala ilmu dan kemahiran dalam kepimpinan. Sebagai pemimpin futuristik, kepimpinan berkait erat dengan pengembangan potensi murid-murid iaitu bagaimana menjadikan sekolah sebagai institusi ilmu dan agen sosialisasi dengan memikirkan inisiatif yang dapat menyediakan peluang untuk
147 mengembangkan potensi dan bakat semua murid. Pemimpin yang matang memikirkan keutamaan kepada pelanggan dan mewujudkan budaya perkongsian / kolaboratif dalam meluaskan kepimpinan. 66.2 Landasan Teori Konflik organisasi dan isu-isu yang timbul memerlukan penyelesaian apabila organisasi berkehendak kepada perubahan. Bagi mencapai kejayaan dalam pengurusan perubahan, pemimpin perlu bekerja secara matang, tidak melatah dan dapat berhadapan segala situasi dengan tenang dan mengambil tindakan secara konkrit. Kematangan melibatkan tiga domain yang utama iaitu kematangan fizikal, kematangan psikologi (emosi) dan kematangan kognitif. Ketiga-tiga komponen ini memberi kesan dan pengaruh kepada kematangan dalam memimpin. 66.3 Amali Dalam menjayakan kematangan kepimpinan, setiap pemimpin perlu memperkasakan diri dengan ilmu dan maklumat, menggunakan input-input dari pengalaman serta amalan seharian yang berlaku ketika berhadapan dengan warga sekolah, ibu bapa dan pemegang taruh. Pemimpin juga boleh belajar dari kesilapan dan membuat penambahbaikan dengan memantapkan prosedur pelaksanaan. 66.4 Kepentingannya Karakter yang matang penting dalam menerajui dan menguruskan sekolah kerana dalam memimpin manusia banyak cabaran dihadapi dan perlu dilalui tambahan pula dalam usaha untuk membawa perubahan dan membuat anjakan sikap tentulah pemikiran yang matang diperlukan untuk melaksanakan tindakan agar benar-benar berkesan dan efektif. KARAKTER 67 MODERATOR 67.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah moderator bermaksud seseorang yang mengendalikan atau mengawal perbincangan supaya dapat mencapai kata sepakat atau supaya berjalan lancar dan teratur.
148 Kelancaran pengurusan dalam sesebuah organisasi ditentukan oleh seorang pemimpin yang cekap menjalankan peranan sebagai moderator. Apa yang diperlukan ialah kemampuan pemimpin untuk bertindak sebagai moderator itu sendiri iaitu mengendalikan dan mengawal sesi perbincangan (perantara)..Sebagai moderator keupayaan mengawal perbincangan hendaklah disertai juga dengan keupayaan memberi idea-idea yang bernas bagi menjawab pertanyaan dan memberi panduan yang betul untuk tindakan yang tepat. Dalam amalan kepemimpinan, komunikasi amat memainkan peranan yang penting terutama ketika perbincangan tentang sesuatu isu dan masalah yang berlaku di peringkat pengurusan. Pada ketika perbincangan berlaku, pemimpin perlu bertindak sebagai moderator yang bijak untuk mengawal perbincangan, mempunyai kemahiran mendengar dan menyelesaikan setiap masalah yang dibangkitkan secara tuntas. 67.2 Landasan Teori Komunikasi berasal dari perkataan Yunani, iaitu communicare yang bermaksud menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu mesej kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklumbalas yang bersesuaian. Pemimpin dan perantara komunikasi hendaklah tahu bila masa mereka perlu bercakap, mendengar, berhujah, membaca, menulis, berdoa, menilai diri dan sebagainya bagi memastikan madhu’ perbincangan terbuka dan mencapai sasaran dalam aktiviti komunikasi. Menurut Nor Saleha (1999)101, perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan bahasa arab. Dalam Islam, perkataan dakwah, ittisal (menyampaikan) dan wasa’il i’lam (kaedah penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi. Menerusi keupayaan pemimpin mengendalikan perbincangan dengan lancar dan penuh bijaksana bukan sahaja akan meningkatkan kewibawaan beliau tetapi juga meningkatkan keyakinan sub ordinat terhadap kualiti dan mutu perbincangan atau mesyuarat sehingga memudahkan apa juga perbincangan dilakukan disebab karakter pemimpin sebagai moderator dapat dijayakan secara berkesan sehingga memendekkan masa perbincangan menjadikan fokus perbincangan menjadi lebih tepat dan memberi makna. 101 Nor Saleha Mohd Salleh, 1999. Komunikasi pendekatan Islam. Kota Melaka : Jabatan Kemajuan Negeri Melaka
149 Dengan karakter moderator dalam mengawal dan menjadi perbincangan bermakna dapat meningkatkan komitmen sub ordinat dalam perhubungan organisasi sekaligus dapat memberi kesan kepada peningkatan efikasi kendiri guru dalam menyuraikan isu dan masalah dengan bimbingan dan pandangan pemimpin yang berkaliber 67.3 Amali Dalam mengamalkan konsep moderator dalam memimpin Langkah awal yang perlu dilakukan ialah memahami isu dan masalah atau topik perbincangan agar dapat menghalakan perbincangan kepada objektif yang hendak dicapai dan solusi yang hendak diambil. Kegagalan dalam memainkan peranan sebagai perantara perbincangan dan memahami isu yang dibentangkan boleh menyebabkan perbincangan akan meleret-leret dan tidak mencapai kesepakatan yang diharapkan dan boleh mebimbulkan kesan negatif terhadap keupayaan pemimpin dalam Langkah kepimpinannya. Terdapat pelbagai gaya kepimpinan yang boleh diterapkan oleh setiap pemimpin untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam era IR 4.0 seorang pemimpin perlu kaya dengan maklumat berasaskan data (data driven) agar dapat membuat keputusan dengan mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi sekaligus menanggapi setiap perubahan yang berlaku untuk disesuaikan dengan konteks organisasi. Kepemimpinan PGB sebagai moderator yang cekap mampu diwujudkan untuk mengawal serta mengendalikan keharmonian sesebuah organisasi. PGB perlulah belajar dan menjadi moderator yang cekap.. 67.4 Kepentingannya Kepimpinan moderator membolehkan pemimpin sekolah mengendalikan perbincangan dengan cara ilmiah yang penuh hemah dengan mempertimbangkan keharmonian organisasi dan kelestarian perhubungan setiap ahli agar tidak wujud jurang antara pemimpin dan sub ordinat. Peranan sebagai perantara dalam sesuatu perbincangan bukan untuk mengkusutkan keadaan sebaliknya mendengar setiap pandangan, meleraikan segala kekusutan, memberi idea-idea yang membina bagi mencapai kesepakatan dan konsensus.
150 KARAKTER 68 MAWADDAH 68.1 Etimologi dan Kontekstual Konsep mawaddah bermaksud kelapangan dada dan kehendak jiwa dari kehendak buruk.Ertinya mencari ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup. Kesejahteraan lahir dan batin yang dinikmati oleh suatu bangsa, atau sebaliknya, kebodohan dan keterbelakangannya, adalah cerminan dari keadaan hubungan kekeluargaan yang hidup dalam organisasi. Justeru itu menghidupkan budaya keindahan, kegembiraan, keceriaan dan keseronokan dalam kehidupan kita amat penting dan menimbulkan rasa bahagia dan cemerlang. Mengembangkan rasa bahagia amat penting dalam lingkungan perhubungan antara sesama manusia. Mawaddah (rasa bahagia) diperolehi melalui pengembangan rasa mahabbah (cinta). Dalam konteks kepemimpinan perlu diwujudkan ikatan ukhuwwah yang mantap dan kejelikitan yang erat agar bersama sebagai satu keluarga untuk berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan secara bersama-sama. Keseronokan bekerja dalam kalangan anak buah dalam sesebuah organisasi akan tercipta jika terbentuknya ikatan yang kuat dan rasa sense of belonging yang tinggi. Setiap individu mempunyai matlamat dan impian yang serupa dan bergerak atas landasan yang sama dan di muka surat yang sama. 68.2 Landasan Teori Menurut Ismatullah (2015)102 , manusia dicabar untuk mengenalpasti, memahami dan menguasai hukum alam yang sudah digariskanNya, sehingga dengan usahanya itu dapat dimanfaatkan untuk mencari dan meneroka kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat bagi mencapai tujuan-tujuan hidup yang baik. Dengan kata lain, hendaklah mampu memenuhi keperluan hidupnya dengan melestarikan alam ini. Kebaikan dalam pembinaan keperibadian berlangsung dalam pembinaan kehidupan keluarga dan organisasi,. Jika iklim dan budaya keluarga atau organisasi dilingkari dengan suasana yang harmoni dan positif maka akan terbentuk komuniti yang sentiasa mawaddah dan menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan bukan hanya diri 102 Ismatullah, 2015. Konsep Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Jurnal Pemikiran Hukum Islam. Al- Mazahib.
151 sendiri tetapi juga orang lain. Mereka akan menghidupkan budaya berkasih sayang, penuh kecintaan dengan menyemarakkan sifat tolong menolong dan saling membantu untuk mencapai apa yang dihasratkan. Apabila wujudnya budaya seperti ini dalam organisasi, tidak mustahil banyak masalah dapat diselesaikan dan konsensus dengan mudah dapat diambil. Neil H. Jacoby (1973)103 dalam bukunya telah membincangkan mengenai tanggungjawab sosial dalam lingkungan organisasi, yang menilai gaya kepimpinan sebagai teras wujudnya nilai kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kalangan orang yang dipimpin. Veenhoven (2006)104 mengaitkan kesejahteraan hidup dengan kegembiraan. Kegembiraan pula didefinisikan sebagai sejauhmana seseorang itu menyukai akan kehidupan yang dilaluinya atau darjah di mana seseorang itu menilai keseluruhan kehidupannya secara positif. Dalam Islam, istilah kesejahteraan hidup, kegembiraan, kualiti kehidupan, kepuasan hidup, kebajikan merupakan perkataan yang menerangkan konsep yang sama iaitu kehidupan yang baik atau lebih mudah sebagai petunjuk tentang kebahagiaan (mawaddah). 68.3 Amalan Frey and Stuzer (2002)105 mengatakan individu sebagai hakim yang terbaik untuk menilai kesejahteraan hidup mereka dan apa yang mereka inginkan dan bagaimana keadaan serupa perlu juga diterjemahkan kepada orang lain. Inilah asas muhasabah yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin sebagaimana mereka inginkan suasana kerja yang sejahtera demikian juga impian dan harapan orang yang mereka pimpin. 68.4 Kepentingannya Karakter mawaddah dapat merangsang kehidupan dan suasana kerja menjadi lebih menyeronokkan, meningkatkan semangat dan meluaskan pengaruh kepimpinan kepada anak-anak buah dengan lebih mudah kerana dapat menarik hati dan perasaan mereka terhadap corak dan gaya kepimpinan yang dilestarikan sekaligus menjadikan hubungan kerja lebih harmoni dan lancar tanpa sebarang konflik juga mewujudkan suasana yang lebih vibran. 103 Neil H. Jacoby 1973, Corporate Power and Social Responsibility, New York: Macmillan Publishing Co. Inc., pp. 3-275 104 Veenhoven R. 2006. How Do We Assess How Happy We are? Tenets, Implications and Tenability of Three Theories. Paper conference on ‘New Directions in the Study of Happiness: United States and International Perspectives’, University of Notre Dame, USA, October 22-24 105 Fray B.S & Stutzer A. 2002.. The Economic of Happiness. Economists’ Reluctance and a New Development. World Economic. Vol. 3, no 1
152 KARAKTER 69 MAHABBAH 69.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan mahabbah berasal dari perkataan Arab iaitu al-Hubb yang bermakna rasa cinta atau kasih sayang. Perasaan ini ada dalam diri semua orang kerana dengan rasa cinta dan kasih sayang, dunia ini berkembang dan mendapat limpahan rahmat dan keberkatan. Pangkal peradaban juga bermula dengan rasa cinta dan sayang sebagai lahirnya perkembangan generasi bapa dan ibu pertama iaitu Adam dan Hawa. Dalam konteks kepemimpinan, budaya mahabbah perlulah dibentuk dan dipupuk kerana melalui nilai cinta, kasih dan sayang inilah ukhuwwah dalam kalangan ahli dalam organisasi terjalin dan budaya mawaddah dapat dibentuk yang melimpahkan kesejahteraan dan rasa keseronokan dalam bekerja sekaligus meningkatkan motivasi dan produktiviti. 69.2 Landasan Teori Pepatah arab ada mengatakan : Hubbul watan minal iman iaitu mencintai negara itu sebahagian daripada iman. Bukti kecintaan kepada negara terpangku dengan ketara kepada bahu penjawat awam yang menerajui kepimpinan organisasi untuk membawa dan memimpinnya ke arah kecemerlangan. Melalui nilai mahabbah yang disebar luaskan, hubungan kerja dapat dijayakan dengan saksama tanpa sebarang konflik kepentingan, prejudis atau prasangka yang buruk. Masing-masing menjalankan tugas dan amanah untuk menterjemahkan setiap dasar mengikut peraturan dan prosedur yang betul untuk menyumbang kepada pencapaian objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan. Malahan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 / 1995 tentang pembudayaan amalan sekolah penyayang dengan jelas membuktikan bahawa konsep mahabbah menjadi agenda KPM untuk disuburkan dalam konteks pengurusan sekolah. Konsep dan amalan Sekolah Penyayang mempunyai perkaitan yang erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang berbudaya penyayang bagi melahirkan rakyat sebuah negara yang maju dan berdisiplin kerana melalui kasih sayang, konsep pembangunan dapat dilestarikan.
153 Rajah 27 : Hirarki Keperluan Individu Hal ini bertepatan dengan Teori Keperluan Manusia yang telah dinyatakan sebelun ini bahawa aspek kasih sayang menjadi salah satu elemen penting dalam keperluan psikologi yang menyumbang kepada pembentukan esteem kendiri dan nilai kebersamaan dalam sesebuah komuniti dan masyarakat. Tanpa kasih sayang, setiap individu tidak akan merasa tenang dan tenteram. Misalnya merebaknya kes-kes buli dan gaduh di sekolah adalah disebabkan hilangnya nilai kasih sayang yang boleh mencetuskan pelbagai masalah disiplin dalam kalangan murid-murid. 69.3 Amali Membudayakan bi’ah kasih sayang (mahabbah) perlu bermula dari diri seorang pemimpin sekolah yang kemudiannya dikembang kepada angota organisasi hingga memberi impak dan kesan yang positif kepada pelanggan sekolah iaitu murid-murid. Melalui amalan kasih sayang, setiap individu dilayan dengan baik dan diberikan peluang serta akses yang sama, tiada diskriminasi atau pilih kasih. Untuk membudayakan nilai mahabbah dalam pengurusan organisasi, pertemuan dari hati ke hati dan dialog terbuka perlu sentiasa disuburkan. Jika ada sebarang anasir yang boleh menggugat ketenteraman dan tingkahlaku devian yang boleh merosakkan, maka tindakan membasmi atau membanteras perlu segera dilaksanakan dengan cepat dan tangkas agar tidak merebak / berleluasa. Sekolah sebagai institusi Pendidikan yang menjadi medan melatih manusia untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran serta mencapai
154 kejayaan perlulah menyediakan ruang dan iklim yang mahabbah untuk menjadi tarikan kepada hati dan jiwa mereka yang hendak dididik. Guru-guru perlu memupuk dan menyemai rasa cinta dan sayang kepada muridmurid untuk memimpin mereka menuju tahap perkembangan kendiri yang positif dan rasa gembira dan Bahagia apabila berada di sekolah. Sikap prihatin, sentiasa mesra dan memberi bimbingan dengan sabar menjadi asas penting untuk menyebar luaskan karaker mahabbah ini agar benar-benar dapat dijelmakan sebagai satu budaya. 69.4 Kepentingannya Nilai mahabbah amat penting dalam pembentukan seorang manusia dan melahirkan insan terdidik sebagaimana yang diharapkan kerana tanpa sifat-sifat ini, sukar untuk pemimpin dan guru-guru mendapatkan kerjasama, meningkatkan minat dan motivasi bekerja / belajar.Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang dinyatakan oleh Saidatina A’isyah radiyalLahu anha: Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci oleh Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)”.
155
156 KARAKTER 70 NARA SUMBER 70.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah nara sumber merupakan istilah Bahasa Indonesia yang membawa maksud sumber maklumat atau sumber primer tentang kajian berkaitan aspek pengurusan dan kepimpinan. Seorang pemimpin adalah pengumpul. penganalisis dan pengguna data. Data yang dikumpul merujuk segala fenomena yang muncul dan wujud di sekolah. Hal ini bermakna pengetua atau guru besar hendaklah berpengetahuan luas tentang elemen pengurusan dan pentadbirannya atau dalam erti kata lain finger tips dengan segala urusan dan pentadbiran yang berlaku di sekolah. Nara juga bermaksud orang manakala sumber membawa makna rujukan jadi jika digabungkan bermaksud orang yang menjadi rujukan. Apabila timbul sebarang isu atau masalah, maka orang ini akan dianggap pakar dalam menyelesaikan masalah dan isu tersebut. Dalam konteks kepemimpinan, Pengetua atau Guru Besar perlu mempunyai gambaran tentang pembangunan sumber manusia, pentadbiran pejabat, pembangunan kurikulum dan ko kurikulum kerana akan selalu dipanggil untuk membentangkan perkembangan dan kemajuan sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri, justeru itu pelbagai dokumen dan maklumat perlu dapat diakses dengan mudah untuk memberikan segala maklumat yang diminta. Adakalanya pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang membuat pencerapan juga memerlukan maklumat tentang guru-guru yang dicerap atau pihak lain yang berkepentingan kerana sesuatu isu atau kecemerlangan yang diraih. PGB perlu mempunyai big data untuk tujuan tersebut agar dapat dilihat berwibawa dan berupaya menjawab setiap maklumat yang dikehendaki dengan mudah dan fleksibel. Gambar 31 : PGB Sebagai Sumber Ilmu dan Maklumat
157 70.2 Landasan Teori Elemen utama yang menyumbang terhadap kejayaan program pembangunan manusia ke arah melahirkan modal insan yang berguna ialah sekolah (Muhyiddin, 2011)106. Oleh yang demikian sebagai pemimpin maklumat tentang enrolmen murid, guru dan kakitangan perlulah sentiasa dikemaskini (update). Segala masalah yang menyangkut aspek pembangunan fizikal sekolah juga perlulah dalam pengetahuan. Untuk tujuan tersebut langkah membuat imbasan persekitaran, rondaan, learning walk dan pengumpulan data dan maklumat daripada guru-guru penolong kanan, guruguru bidang, ketua-ketua panitia dan guru-guru penasihat dapat menjadi sesi perbincangan dan pencerahan. Rajah 28 : PLC Konsep PLC perlu disebar luaskan agar pelbagai bentuk program dan aktiviti yang dirancang bagi mengarah kepada hala tuju yang telah digariskan dapat dicapai.Pengetahuan pengetua atau guru besar yang luas tentang aspek pengurusan dan pembangunan sekolah mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian dan kejayaan akademik pelajar (Bollam, R., & Cubillo, L.. 2003)107 . Menurut DeBevoise (1984)108 sebagai pemimpin pengajaran (instruksional) PGB boleh bertindak sebagai naras sumber tentang amalan pedagogi dan bagaimana memberikan bimbingan yang wajar kepada guru-guru dalam meningkatkan kualiti mereka. 106 Muhyiddin Yassin. 2011. Teks Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2011. Borneo Convention Centre, Kuching Sarawak ,16 Mei 2011 107 Bollam, R., & Cubillo, L. 2003. A systematic review of the impact of school head teacher and principal on student outcome. London: EPPI-Centre, Social Science Research Unit, Institute of Education 108 Bevoise, W. D. 1984. Synthesis of research on the principal as instructional leadership. Educational Leadership, 41(5), 14-20 Professional Learning Community
158 70.3 Amali Sebagai nara sumber yang seringkali menjadi rujukan, hendaklah berhati-hati apabila mengeluarkan arahan dan memberi sebarang maklumat. Biarlah maklumat yang disampaikan mempunyai keabsahan dan dasar yang jelas. Pemimpin juga hendaklah dapat memperincikan setiap maklumat yang dikeluarkan apabila diperlukan. Apabila berucap, jika menggunakan teks ucapan, teliti dan semak semua fakta yang diketengahkan terutama yang menyangkut perihal perundangan dan peraturan pengurusan sekolah agar tidak bercanggah. Sebagai pemimpin, segala maklumat yang disampaikan biarlah membina dan diberi perhatian oleh pekerja dan staf kerana memberi manfaat kepada mereka. Biarlah segala apa yang disampaikan bersangkutan dengan job description mereka dan bukannya bercanda atau bercakap kosong yang tidak memberi sebarang faedah dan manfaat. 70.4 Kepentingannya Sebagai sumber maklumat atau nara sumber yang dianggap berwibawa tentu sekali hal ini turut membawa imej sekolah. Pemimpin yang bergerak dengan data, fakta dan dapat mencerakinkan sesuatu maklumat dengan penuh menyakinkan tentu sekali memberi kesan yang besar kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah. Hal ini penting, kerana PGB perlu sentiasa mempunyai data untuk berhadapan dengan pihak PPD, JPN, Wartawan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Malahan jika ada sesuatu isu yang berlaku di sekolah, orang pertama yang akan menjawab dan menjelaskan isu itu adalah pemimpin sekolah.
159
160 KARAKTER 71 OPTIMUM 71.1 Etimologi dan Kontekstual Keadaan atau peringkat yg paling baik, yang terbaik atau paling menguntungkan. Sinonim dengan terbaik, paling baik, tertinggi, paling tinggi, teratas, paling atas, maksimum, unggul. Dalam konteks kepimpinan, pemimpin dituntut untuk mengoptimumkan serta menjalankan kegiatan atau melakukan sesuatu supaya dapat mendatangkan hasil yang optimum iaitu akan mencipta penghasilan dan pengeluaran yang lebih efisien dan berkualiti tinggi. Ciri-ciri kepimpinan yang bersifat amalam optimum akan berorientasikan pekerja, mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan boleh mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi. 71.2 Landasan Teori Pendidikan merupakan suatu elemen yang sangat penting bagi kemajuan sesebuah negara. Bagi memastikan kualiti pendidikan terus dipertingkatkan, maka kerajaan telah melancarkan suatu pelan pendidikan yang lebih mantap, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. Salah satu daripada 11 anjakan yang terdapat dalam pelan ini adalah yang berkait dengan kepimpinan di sekolah iaitu anjakan kelima (5) PPPM. Menerusi anjakan ini, kerajaan akan memastikan gaya kepimpinan yang bersifat optimum dalam semua gaya kepimpinan akan diperkukuhkan agar boleh memberi impak positif kepada sekolah. Oleh yang demikian, gaya kepemimpinan bersifat optimum ini akan mempengaruhi semua pekerja dalam organisasi yang diurusnya. Greatbatch, D., & Holland, J. (2016)109 menegaskan keperluan untuk memastikan langkah bimbingan yang optimum diberikan bagi meningkatkan kualiti guru dalam amalan PdPc mereka ketika melaksanakan proses instruksional. Justeru itu, pemimpin hendaklah sentiasa membuat rondaan, menjalankan learning walk dan instructional round bagi tujuan berkenaan.. 71.3 Amali Semua manusia mahukan kesempurnaan tiada orang yang hendak membiarkan kepincangan atau keburukan kerana akan menjejaskan banyak perkara dan boleh merosakkan imej, justeru itu kerja keras dan langkah kolaboratif secara bersama menjadi 109 Greatbatch, D., & Holland, J. 2016.. Teaching Quality in Higher Education : Literature Review and Qualitative Research May 2016. Open Government Licence (OGL),
161 petua yang unggul dalam menzahirkan hasil kerja yang optimum. Pekerjaan yang dibuat sambil lewa dan tanpa perancangan yang sempurna tentulah akan menyebabkan tidak sempurna dan gagal. Ketelitian adalah penting sebagai tindak balas terhadap sesuatu kerja. Demikian juga keperluan pemimpin untuk melihat dan mengesan progress tracking bagi meninjau setakat mana kemajuan telah dicapai dan pekerjaan telah disempurnakan. Melalui pemantauan yang kerap, sebarang kelamahan dapat diperbaiiki dan hasilan yang diperolehi (outcomes) tentulah lebih optimum. Pemimpin sekolah perlulah mematuhi lima standard yang telah dikemukakan dalam SKPMg2.0 untuk mewujudkan pendidikan berkualiti agar benar-benar memimpin institusi ke arah kecemerllangan dan menjadi medan untuk mengembangkan potensi unggul murid. Pemimpin yang optimum, meletakkan KPI kecemerlangan sebagai sasaran untuk dicapai. 71.4 Kepentingannya Optimum itu satu idealisme dalam pengurusan dan pentadbiran, menzahirkan karakter pemimpin yang inginkan kesempurnaan melalui perancangan yang rapi, kesepakatan yang dicapai bersama dan tindakan secara bergandingan untuk menantukan hala tuju organisasi bagi mencapai maksud dan matlamat ini. Setiap sumber manusia dalam organisasi adalah aset yang dapat dieksploitasi untuk menjayakan visi dan misi dengan syarat halatuju (visi) hendaklah jelas, difahami dan dapat diterjemahkan secara konkrit. Untuk menjadikan segala kehendak dan impian ini realiti, maka tindakan optimum dalam konteks penggunaan sumber manusia, penggunaan dana, penghasilan kerja dan pematuhan kualiti adalah penting agar cabaran yang wujud dapat diatasi. Tindakan dan tingkahlaku optimum bermakna segala langkah dan inisiatif yang diambil dilaksanakan secara telus dan berintegriti, mengikut konteks dan memberi keutamaan kepada isu-isu dan cabaran yang dihadapi. Dalam erti kata lain, kebijaksanaan pemimpin dan pasukan pengurusan dengan kerjasama kumpulan pelaksana untuk menyelaraskan tindakan dan menjajarkan setiap langkah yang diambil memenuhi return of investment (ROI). KARAKTER 72 OPTIMIS 72.1 Etimologi dan Kontekstual Optimis bermaksud sentiasa positif kontradiksi kepada pesimis. Mereka yang mempunyai karakter ini sentiasa bersikap terbuka, menaruh harapan yang tinggi dan positif dalam
162 berhadapan dengan cabaran tanpa gusar dan gundah. Terdapat pelbagai ciri unik pemimpin yang menjalankan kepemimpinan mereka dalam organisasi atau negara. Sifat itu adalah ciri peribadi yang membezakan pemimpin dari pemimpin lain, seperti kepintaran, kejujuran, keyakinan, dan penampilan. Dari sekian banyak sifat sifat pemimpin, ada sifat yang biasanya dianggap penting, iaitu optimis. Optimis sebagai pandangan yang menyeluruh, melihat dengan baik atau teliti, berfikir secara positif dan mudah memberi makna kepada diri sendiri. Individu yang optimis dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik jika dibandingkan dengan sebelumnya, tidak takut akan kegagalan, dan terus berusaha untuk tetap bertahan walaupun terpaksa menempuh pelbagai kesulitan, cabaran dan rintangan.. 72.2 Landasan Teori Seorang pemimpin perlu mempunyai sifat kepemimpinan yang optimis kerana dia memegang tanggungjawab besar untuk masa depan sesebuah organisasi yang dipimpinnya. Sifat keyakinan pemimpin juga boleh memberi manfaat kepada tugasan lengkap yang dilaksanakan untuk menghasilkan produk yang memuaskan dan mencapai objektif yang dinyatakan. Dalam meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, perubahan yang berterusan adalah perlu dan menuntut pemimpin sekolah, guru-guru supaya lebih optimis dan efektif, memelihara kebajikan murid-murid untuk melonjakkan tahap Pendidikan bagi melahirkan insan terdidik sebagaimana diharapkan. Nurul Hudani et al.,(2013)110 yang menyatakan bahawa ketidakcekapan dan ketidaksediaan dalam mengharungi arus perubahan kini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana boleh mempengaruhi peningkatan tahap prestasi kerja individu. Keadaan ini berketetapan dengan prestasi kerja guru sekarang yang memerlukan mereka menguasai kemahiran profesional yang berkaitan dengan profesion keguruan ini bagi meningkatkan prestasi kerja mereka dari semasa ke semasa di samping melakukan pelbagai pembaharuan yang boleh menyumbang ke arah pendidikan yang bermutu. Inilah karakter optimis yang dikehendaki. Pemimpin yang optimis menurut Goetsch (2005)111 dapat mencetus dan memberikan inspirasi kepada individu lain, memberi komitmen secara sukarela bagi tujuan untuk mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. 110 Nurul Hudani Md. Nawi, Marof Redzuan, & Noor Hisham Md. Nawi, 2013. Pengaruh Aspek Kecerdasan Emosi Terhadap Tingkah Laku Kepimpinan Transformasi dalam Kalangan Pemimpin Pendidik Sekolah. Akademika, 83, 3–11 111 Goetsch, David L. 2005. Effective Leadership. Ten Steps for Technical professions. Upper Saddle River, New Jersey Columbus, Ohio
163 Pemimpin ini juga menurut Yahya Don, (2009)112 bersedia mengharungi cabaran dan dugaan disamping berkeupayaan untuk mengenali emosi diri sendiri dan orang lain. 72.3 Amali Seorang pemimpin yang optimis mempunyai pemikiran yang positif, mempunyai pemikiran yang kuat, sentiasa merasa gembira dengan keadaan, merasa yakin dan percaya bahawa selalu ada harapan serta yakin bahawa matlamat yang dirancang akan tercapai. Pemimpin yang optimis sentiasa memandang ke hadapan dan mempunyai minda yang berkembang (growth mindset) untuk memikirkan jalan dan strategi tertentu dalam menangani sebarang persoalan dan cabaran yang dihadapi. 72.4 Kepentingannya Manfaat optimistik ialah sebagai seorang pemimpin, kita akan merasai ketenangan hidup, kerana kita percaya bahawa harapan dalam hidup akan sentiasa wujud. Dalam erti kata lain, pemimpin yang optimis tidak akan marah atau berasa bimbang tentang masa akan datang. Seseorang optimistik, ada yang ada: 1. Mempunyai inisiatif yang kuat untuk menyelesaikan masalah. 2. Mempunyai rasa harga diri yang tinggi. 3. Mempunyai niat dan daya saing yang tinggi untuk menyertai pertandingan. 4. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. 5. Mempunyai keberanian dan tidak takut kegagalan 6. Mempunyai pemikiran positif dan prasangka yang baik. 112 Yahya Don. 2009. Kolerasi dan Pengaruh Kompetensi Emosi Terhadap Kepimpinan Sekolah: Perbandingan Antara Sekolah Berkesan Dengan Sekolah Kurang Berkesan. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Malaya
164
165 KARAKTER 73 PATUH 73.1 Etimologi dan Kontekstual Tidak membantah sebarang suruhan atau perintah; menurut; taat iaitu akur akan perintah dan melaksanakan apa yang ditugaskan tanpa bangkangan dan tentangan.Kepatuhan lahir daripada kesediaan menerima dan mengikuti arahan dan perintah. Pemimpin yang patuh dapat menjadi teladan kepada orang di bawah pimpinannya dengan mengendalikan aktiviti organisasi dan mengurus sumber manusia dengan teliti, jujur dan patuh sejajar dengan peraturan-peraturan yang dituntut dalam sistem pendidikan kita. Dalam erti kata lain, pemimpin atau ketua sesebuah organisasi itu sebagai suri teladan kepada pemimpin bawahan untuk dikembangkan kepada guru-guru sebagai pelaksana. Segala arahan peraturan dan etika perlu dipatuhi sepenuhnya. Pemimpin yang berdisiplin akan sentiasa mematuhi perkara- perkara tersebut dan memastikan sub ordinat juga akur dan patuh.. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja boleh mendisiplinkan orang lain. Disiplin yang dimaksudkan disini bukan setakat mematuhi arahan dan peraturan tetapi mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan bersalahan dengan peraturan. 73.2 Landasan Teori Pemimpin yang beretika perlu mempunyai karakter patuh atau akur akan perintah dalam melaksanakan perkhidmatan dan dalam mengendalikan amanah. Dalam setiap surat yang dikeluarkan, telah tertera perkataan Saya Yang Menurut Perintah kerana pemimpin sekolah juga tertakluk kepada arahan dan peraturan dari pihak atasan di peringkat PPD, JPN dan KPM. Patuhnya seorang pemimpin sekolah kepada pihak Kementerian akan menjadi isyarat kepada anak-anak buah untuk patuh pula kepada kepimpinannya kerana beliau membawa aspirasi Kementerian untuk diterjemahkan oleh guru-guru diperingkat frontliners. Kejayaan sesuatu dasar adalah hasil implementasi guru-guru yang menjadi pegawai barisan hadapan kerana merekalah yang berhubung secara langsung dengan murid-murid. Dalam al-Qur;an sendiri telah tersurat dengan jelas kewajipan mematuhi pemimpin sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala :
166 “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan kepada para pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan RasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Surah al-Nisa: 59) 73.3 Amali Konsep kepimpinan dihubungkan dengan tugas menegakkan amar ma`ruf nahyul mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan oleh syarak iaitu meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekali gus mencegah yang buruk, keji dan mungkar. Kepemimpinan mempunyai hirarki, jika guru-guru patuh kepada pemimpin sekolah maka PGB patuh kepada arahan PPD, JPN dan KPM. Patuh ertinya sedia melaksanakan segala dasar dan peraturan baharu yang diturunkan oleh Kementerian. Contohnya untuk pembukaan sekolah pada 24 hb Jun, 2020 fasa PKPP ketika pandemik ini, PGB perlu patuh kepada peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malahan Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di bawah SOP Pandemik juga telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 73.4 Kepentingannya Sikap patuh kepada peraturan dan SOP amat penting dalam memastikan setiap pelaksanaan yang dibuat dalam organisasi mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan. Selain daripada kepatuhan kepada peraturan, kepatuhan anak buah kepada pihak pengurusan dan kepimpinan juga amat penting agar dapat melaksanakan setiap arahan dan polisi dengan saksama tanpa sambil lewa atau tidak ambil endah. Tanpa kepatuhan orang bawahan terhadap arahan pihak atasan, mereka dapat dianggap umpama gunting dalam lipatan atau duri dalam daging yang boleh menjadikan organisasi pincang. Kumpulan seperti ini perlu dicantas bagi membersihkan organisasi daripada anasir-anasir yang tidak sihat.
167 KARAKTER 74 PEMIKIR 74.1 Etimologi dan Kontekstual Seorang ahli falsafah adalah pemikir. Seorang pemimpin juga pemikir. Seorang pelaksana juga pemikir. Pemikir ertinya orang yang mengerahkan nalar akal dan potensi minda untuk membuahkan idea yang bernas dan kreatif bagi mengambil Langkah strategik. Dalam Islam, golongan pemikir disebut Ulil Albab yang berupaya membina masyarakat dengan buah fikiran mereka. Perintah dan seruan untuk berfikir dengan melihat kekuasaan Allah melalui alam ciptaanNya banyak terdapat dalam al-Qur;an. Orang yang berfikir akan selalu insaf dan memahani betapa luasnya ilmu yang terbentang tinggal lagi bagaimana untuk meneroka ilmu yang luas tersebut untuk dikongsikan bagi kebaikan sejagat. Jika ditinjau dalam konteks kepemimpinan, akal fikir dan potensi minda cukup berperanan penting dalam menggarap potensi organisasi dan mengoptimumkan pelaksanaan setiap aktiviti. Kerana kekuatan fikir diperlukan dallam merancang, menjana strategi, memikirkan langkah intervensi, membina gambaran minda tentang keperluan organisasi dan pathway yang dapat digunakan dalam menentukan halatuju organisasi dengan pendekatan dan kaedah yang berkesan. Oleh kerana pemimpin yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju, maka pemikirannya juga perlu jelas dan terbuka untuk menerima idea orang bawahan di bawah pimpinannya demi kebaikan organisasi. Pengurusan memerlukan kepakaran, kebolehan, kemampuan dan daya cipta pemimpin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Sebagai pemikir, pemimpin sekolah hendaklah meneroka kaedah baharu yang dapat meningkatkan kualiti PdPc guru-guru di sekolah. Inilah langkah seorang pemikir dalam membangunkan proses instruksional yang berkualiti. Contohnya mengemukakan kaedah Whole Brain Teaching iaitu kaedah pembelajaran yang dikembangkan oleh Chris Biffle, profesor Pendidikan di Crafton Hills College California. Dr. Sue Brown, principal Fairfax Elementary School San Bernardino, California dan Cindy Fife 9th & 10th Grades Los Osos High School. Keduanya mengatakan bahwa kaedah WBT atau lebih popular disebut Kaedah Power Teaching amat membantu dalam proses pembelajaran dan memberikan perubahan yang besar dalam dunia pendidikan terutama meningkatkan kualiti pembelajaran murid
168 Gambar 32 : Fairfax Elementary School San Bernardino, California. 74.2 Landasan Teori Sebagai pemimpin yang merupakan pemikir, langkah mengajak semua ahli organisasi berfikir akan melonjakkan kecemerlangan hingga mewujudkan budaya berfikir dalam kalangan warga sekolah. Dalam Islam ilmu yang ada perlu dikongsikan. Hal ini bukan sahaja mengukuhkan memori tetapi mengembangkan ilmu kepada orang lain. Kapasiti belajar meningkat jika pemikiran aras tinggi diterapkan melalui konsep learning by doing, walk to talk, giving to talk, teachers voice dan student voice. Orang yang menggunakan akal dengan baik mereka dikategorikan dalam Islam sebagai golongan Ulul Albab. Perintah untuk menggunakan akal dan berfikir ditekankan oleh Allah kepada manusia yang inginkan kejayaan dan bertaqwa kepadaNya kerana melalui proses berfikir, banyak pencerahan ditemukan dan banyak penyelesaian dapat diambil. 74.3 Amali Seorang pemikir atau ulul albab, seringkali melakukan aktiviti renungan dan penerokaan ang berhubungan dengan aaktiviti minda, perasaan, daya fikir, pencerahan, pemahaman dan kebijaksanaan (mind, heart, intellect, insight, understanding and wisdom) Pemikir tidak hanya memikirkan tentang keduniaan tetapi juga keakhiratan agar kedua-duanya seimbang. Oleh yang demikian, dalam al-Qur;an telah dinyatakan bahawa golongan Ulul Albab melakukan dua tingkahlaku serentak dan bersamaan (parallel) iaitu Fikir dan Zikir. Kedua-duanya untuk mencari kebaikan dan merupakan manifestasi dua matlamat hiduo iaitu Hablum MinalLah dan Hablum Minannas.
169 Pemimpin yang mempunyai pemikiran baik akan sentiasa menyebarkan kebaikandan menjadikan keberadaannya sebagai payung yang boleh dijadikan teduhan, pokok yang boleh dijadikan tempat berpaut dan rumah sebagai tempat untuk bernaung dan menumpang kasih. Pemimpin sebagai pemikir adalah penyelesai masalah bukan membawa masalah, dapat melerai kekusutan dengan tindakan yang bijaksana dan saksama. 74.4 Kepentingannya Manusia itu berbeza daripada haiwan kerana dikurniakan akal fikiran (mind) maka pergunakan akal untuk kepentingan kehidupan dan membangunkan orang bawahan. Dengan pemikiran yang jernih, segalanya dapat dijernihkan bak kata pepatan buang yang keruh ambil yang jernih, jangan ada dalam fikiran prasangka buruk dan prejudis hingga boleh menjadikan organisasi porak poranda. Melalui pemikiran dan renungan yang tajam, pelbagai idea baharu dapat dilontarkan dan pelbagai kaedah baharu boleh ditemukan untuk diterapkan bagi memperbaiki amalan menjadi lebih baik. Kesediaan untuk meneroka melalui pembacaan dan mengadakan perbincangan akan meluaskan cakrawala fikir dan mendapat input yang bernas untuk membuat perubahan. KARAKTER 75 PROGRESIF 75.1 Etimologi dan Kontekstual Dari segi Bahasa, istilah progresif dari perkataan Inggeris progressive membawa makna sentiasa maju ke hadapan, bergerak maju, berfikiran moden, tidak kolot atau jumud serta berupaya membangunkan peradaban secara pragmatis dan produktif. Sinonim juga dengan istilah mencapai kemajuan, berkembang, mengalami pemodenan dan melepasi standard. Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin yang berkarakter progresif tidak terkesan dengan masalah dan cabaran sebaliknya optimis mendepaninya dan menjadikan cabaran sebagai satu alternative untuk lebih maju, membangun dan kehadapan. Bersama pasukan perubahan beliau akan mencari inisiatif terbaik untuk menukar masalah menjadi input yang boleh diselesaikan dengan cara dan pendekatan baharu. Sentiasa cepat dan pantas bertindak serta meneroka pelbagai bidang baharu untuk membawa perubahan dan menjadikan sekolah sentiasa dipandang tinggi masyarakat dengan pelbagai pendekatan, promosi dan strategi.
170 Beliau juga dapat mewujudkan Sekolah Berwatak yang mendapat kepercayaan dan pengiktirafan dalam dan luar negara serta berupaya bersaing hingga ke peringkat global. Berupaya membentuk disiplin yang unggul dalam kalangan warga sekolah hingga menjadi bi’ah yang menjadi nature kepada iklim dan etos kerja setiap guru dan anggota khidmat pengurusan melalui tindakan out of the box dan menjadi tanda aras kepada sekolah lain untuk diikuti. Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin yang berkarakter progresif tidak terkesan dengan masalah dan cabaran sebaliknya optimis mendepaninya dan menjadikan cabaran sebagai satu alternatif untuk lebih maju, membangun dan kehadapan. Bersama pasukan perubahan beliau akan mencari inisiatif terbaik untuk menukar masalah menjadi input yang boleh diselesaikan dengan cara dan pendekatan baharu. Sentiasa cepat dan pantas bertindak serta meneroka pelbagai bidang baharu untuk membawa perubahan dan menjadikan sekolah sentiasa dipandang tinggi masyarakat dengan pelbagai pendekatan, promosi dan strategi. Beliau juga dapat mewujudkan Sekolah Berwatak yang mendapat kepercayaan dan pengiktirafan dalam dan luar negara serta berupaya bersaing hingga ke peringkat global. Berupaya membentuk disiplin yang unggul dalam kalangan warga sekolah hingga menjadi bi’ah yang menjadi nature kepada iklim dan etos kerja setiap guru dan anggota khidmat pengurusan melalui tindakan out of the box dan menjadi tanda aras kepada sekolah lain untuk diikuti. 75.2 Landasan Teori Bukti dalam perkembangan ketamadunan manusia menunjukkan masyarakat yang memiliki jiwa progresif akan sedia menerima perubahan dan melaksanakan perubahan. Demikian juga dalam membawa perubahan dalam organisasi, keutamaannya ialah pemimpin mestilah memiliki watak progresif dan dapat menjadi pemangkin kepada anakanak buah untuk sedia berubah. Dalam Islam, manusia dianggap pemimpin yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi. Sebagai pemimpin sekolah, bagaimana mewujudkan kemakmuran dalam iklim sekolah dan menjadikan sekolah sebagai agen perubahan dan medan mobiliti sosial yang berkesan dalam melahirkan generasi baharu dan futuristik untuk menyumbang kepada kemajuan negara. Justeru itu, konsep pemikiran progresif diterjemahkan dalam tindakan dan tingkahlaku untuk menerapkan budaya kerja yang produktif dan mementingkan kualiti bagi
171 memastikan setiap tingkahlaku dapat menjayakan visi pendidikan yang telah ditetapkan iaitu memastikan agenda pendidikan berkualiti, melahirkan insan terdidik agar memberi kesan kepada konsep Negara Sejahtera (al-Madinah al-Fadilah). 75.3 Amali Seorang pemimpin yang progresif tidak boleh mengabaikan setiap sumber manusia yang ada dalam organisasi kerana mereka merupakan aset yang perlu dimanfaatkan secara optimum untuk mencemerlangkan organisasi. Justeru itu, setiap sumber manusia yang ada perlu dibangunkan kapasiti mereka dan diberi pendedahan tentang etos kerja yang progresif dan produktif. Pengisian masa senggang boleh diisi dengan PLC, Ladap, dialog, sumbangsaran, Lesson study, Learning Walk dan sebagainya.Melalui langkah-langkah yang diambil seperti ini, motivasi untuk memperbaiki diri akan sentiasa bertambah, ilmu dan kemahiran juga dapat dikembangkan secara menyeluruh hingga menjadi satu budaya. 75.4 Kepentingannya Pemimpin yang berwatak dan berjiwa progresif dapat memberikan kesan dan pengaruh yang jelas kepada usaha untuk membina dan membangunkan disiplin anak-anak buah. Melalui langkah-langkah yang berdaya maju dan ke hadapan, banyak kelemahan diperbaiki, segala cabaran di atasi dan sebarang kaedah dan input baharu dimanfaatkan untuk menjana perubahan dan kemajuan. KARAKTER 76 PERSONALITI 76.1 Etimologi dan Kontekstual Sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakannya. Sinonim juga dengan keperibadian. Personaliti. Personaliti juga merujuk sahsiah iaitu lambing ciri-ciri keperibadian setiap individu yang menjadikan seseorang itu unik dan berbeza dengan orang lain. Personaliti adalah sifat yang ada pada setiap individu seperti cara berfikir, bereaksi, berekspresi, persepsi, sifat-sifat fizikal, emosi dan minda setiap insan. Dalam konteks kepemimpinan, sahsiah, personality atau keperibadian menjadi tunjang kejayaan bagi kepimpinan dan meningkatkan kewibawaan dalam memimpin.
172 Pemimpin mestilah memiliki personaliti dan keperibadian yang baik, sahsiah yang terpuji dan berintegrasi dengan nilai-nilai kebaikan (integriti & akauntabiliti). Personaliti merupakan gabungan daripada pelbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Pemimpin yang mempunyai konsep kendiri yang unggul akan mempamerkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Sirah RasululLah sallalLahu alayhi wasallam menonjolkan dengan jelas watak dan keperibadian seorang pemimpin iaitu seorang yang tidak pernah berdusta hingga dipanggil dengan gelaran al-Amin, sentiasa menyampaikan (Tabligh), bersikap jujur (Siddiq), mempunyai akauntabiliti (Amanah) serta memiliki kebijaksanaan (Wisdom). Pemimpin sekolah hendaklah menjalankan peranannya sebagai perancang, peneraju, pembimbing, pendorong dan pemudahcara dengan watak yang mesra, sedia berunding dan terbuka untuk menerima pandangan bagi kemajuan dan kecemerlangan organisasi. 76.2 Landasan Teori. Personaliti sesorang pemimpin amat penting untuk kejayaan dan pencapaian pelajar. Walau bagaimanapun, beberapa kajian mengenai kepimpinan pengetua/guru besar telah dijalankan. Pengetua bukan sahaja bertanggungjawab dalam pengurusan hal-hal guru dan kakitangan, tetapi juga berperanan untuk meningkatkan prestasi sekolah. Berasaskan konsep ini, tugas sebagai pengetua menjadi lebih luas; maka pengetua juga dituntut lebih bertanggungjawab dalam pengurusan kerja. Kepimpinan distribusi adalah cara yang berkesan untuk memudahkan perkongsian daripada tanggungjawab. Zainuddin (2008)113, kajiannya ke atas pengetua di beberapa Sekolah Menengah Sulawesi Selatan telah mendapati bahawa prestasi sekolah adalah rendah. Hal ini adalah disebabkan oleh pengetua tidak memiliki ciri-ciri personaliti yang baik dalam melaksanakan kepimpinan di sekolah. Oleh itu, guru dan kakitangan sekolah kadangkala berasa tidak selesa dan kurang motivasi untuk mengajar. Nazarpour (2006)114, dan Nazem (2005115) pula mendedahkan bahawa untuk mempertingkatkan prestasi sekolah, pengetua seharusnya memiliki personaliti yang baik untuk menjadi contoh teladan kepada guru-guru, kakitangan serta pelajar di sekolah. 113 Zainudddin 2008. Pengaruh Kepribadian Kepala Sekolah dan Motivasi Guru Terhdap Kinerja Guru di Sekolah menengah atas Negeri 2 Majene Sulawesi Barat. Thesis tidak diterbitkan. Universitas Negeri Makassar 114 Nazarpur, Samsami P. 2006. A Study of Relationship Between Teachers’ Personality Characteristics in Masjedsoley-man City. Thesis of M.A. Islamic Azad university of Khurasgan 115 Nazem, F. 2005. The Anticipating of Effective Leadership through Organizational Climate and Principals’ Personality Characteristics, Journal Knowledge and Research in Psycho-logy. Islamic Azad university of Khurasgan
173 Begitu juga kepada guru-guru yang bakal dilantik menjadi pengetua, mereka sewajarnya memiliki personaliti yang baik. 76.3 Amali Seseorang pemimpin sekolah yang diberi tugas dan mandat untuk memimpin sesebuah sekolah yang melaksanakan proses pembelajaran, atau tempat di mana terdapat interaksi di antara guru yang memberi pelajaran dan murid sebagai penerima pelajaran. Justeru itu, pemimpin sekolah semestinya mempunyai personaliti yang tinggi dan mampu untuk mencapai hala tuju pembangunan sekolah yang lebih cemerlang. 76.4 Kepentingannya Dalam sesebuah organisasi sumber manusia boleh mencapai kejayaan dengan menggalakkan mereka sentiasa mengutamakan personaliti yang baik dan dituntut. Justeru, pemimpin perlu bijak dalam menerajui sesebuah organisasi dan sentiasa menunjukkan personaliti yang unggul serta sentiasa memberi galakan kepada guru dan pelajar untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing KARAKTER 77 PINTAR 77.1 Etimologi dan Kontekstual Individu yang mempunyai banyak akal, cerdik, pandai, bijak dan mahir melakukan sesuatu. Pemimpin yang berkualiti amat penting dalam menentukan halatuju sesebuah organisasi yang cemerlang , oleh itu seseorang pemimpin perlu mempunyai ilmu dan pengalaman dalam menguruskan sesebuah organisasi. Pemimpin perlu pintar dalam segala hal pengurusan dan pentadbiran untuk kecemerlangan organisasinya. Demi menjana pemimpin yang berkualiti langkah-langkah cadangan jika dilakukan boleh melahirkan pemimpin organisasi yang mantap, proaktif dan kreatif, pintar dan secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang cemerlang serta sudah tentu akan mewujudkan budaya kepimpinan yang cemerlang. Kepintaran seorang pemimpin ialah dapat menarik semua orang bawahan bersatu hati untuk bekerjasama menjayakan misi perubahan dan tidak menimbulkan sebarang konflik. Membentuk sebuah kerabat kerja yang saling bahu membahu dan membantu untuk mencemerlangkan organisasi.
174 77.2 Landasan Teori Menurut pandangan seorang tokoh politik yang berwibawa, iaitu bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata adalah penting untuk seorang pemimpin mempunyai nilai kepimpinan tinggi termasuk berani berdepan cabaran. “Kalau pemimpin dapat tunjuk jalan, cara yang betul, maka gerak kumpulan lebih berjaya. Ini kita lihat dalam tentera umpamanya, tentera tak berjaya kalau tiada pemimpin yang lebih berwibawa, cekap, serta pintar daripada pengikutnya”. Menurut Baharom Mohamad (2009)116, bahawa penilaiaan terhadap pemimpin dapat dilihat melalui dua perspektif iaitu dari perspektif global dan dari perspektif Islam. Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang memiliki ciri-ciri tertentu seperti kejujuran, kepintaran, integriti, dorongan dalam kepimpinan, kreativiti, berkomunikasi dengan baik, keyakinan diri serta sifat-sifat kepimpinan yang lain. 77.3 Amali Pemimpin harus berfikiran pintar atau bijak memimpin, memandu, membimbing staf-staf ke arah penyempurnaan matlamat organisasi mereka. Pemimpin akan bertanggungjawab untuk menghubungi staf tentang rancangan dan strategi yang akan dijalankan, menyenaraikan tugas dengan jelas untuk diberitahu kepada staf, memberi kepuasan kerja, menyelesaikan masalah, memuji dan mengkritik, membimbing dan menunjuk ajar, memberi sokongan moral, menentukan kriteria dan piawai prestasi staf masing-masing. Bersedia mengubahsuaikan perancangan sekiranya berlakunya konflik, menyesuaikan rancangan dengan keadaan semasa supaya kepuasan hati staf-staf dan matlamat organisasi akan dapat dicapai. Pencapaian kualiti sesebuah organisasi dengan gaya kepimpinan pemimpinnya adalah berkait rapat. 77.4 Kepentingannya Pemimpin sesebuah organisasi moden lebih banyak menggunakan hubungan manusia daripada menggunakan kuasa mengarah. Hubungan manusia yang tinggi akan berkait rapat kepada tahap prestasi staf sebuah organisasi dan memerlukan kepintaran seseorang pemimpin iaitu PGB di sekolah. Jika PGB tidak memiliki nilai-nilai yang tinggi serta tidak pintar, tentu yang terjadi adalah kegagalan mencapai visi dan misi sekolah. Oleh kerana itu, kepemimpinan PGB yang pintar sebaiknya boleh diterapkan untuk 116 Baharom Mohamad dan Mohamad Johdi Salleh. 2009. Kepimpinan Pendidikan dalam Pembangunan modal Insan. Seminar Pembangunan Modal Insan di Kota Bharu, Kelantan
175 mengurus pengoperasian sekolah. PGB yang pintar dapat menganalisa sesuatu keadaan atau mengambil langkah-langkah untuk mengurangi masalah yang dihadapi agar kecemerlangan dapat dikecapi iaitu dapat melahirkan guru yang berprestasi tinggi dan murid yang cemerlang. Gambar 33 : Kisah Kebijaksanaan Hang Nadim Jadi Iktibar Pelajaran dari kisah kepintaran dapat dilihat dan diamati dari kisah anak Hang Tuah bernama Hang Nadim yang menyelesaikan kemelut yang melanda Singapura di era kesultanan apabila rakyat dikerahkan oleh Raja berkubukan betis untuk menghadapi serangan Ikan Todak. Hang Nadim melihat banyak Pohon Pisang di pulau Singapura dan mengusulkan agar dibuat benteng dengan batang pisang. Pemikirannya yang pintar ini telah menyelamatkan rakyat Singapura daripada menjadi mangsa tusukan todak. Oleh sebab itu, kepintaran bukan hanya datang dari pihak atasan, sebaliknya orang bawahan juga mempunyai kepintaran yang boleh dimanfaatkan kerana itulah konsep kepimpinan 360o yang menerima pandangan bawahan perlulah diambil kira (bottom up) KARAKTER 78 PRIHATIN 78.1 Etimologi dan Kontekstual Sikap mengambil berat dan perhatian terhadap sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, prihatin merupakan sikap berusaha (berikhtiar) dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang hendak dicapai. Pemimpin yang benar-benar mantap, berdedikasi dan mempunyai komitmen tinggi dalam kerja, sangat perlu untuk prihatin dan sanggup menyahut cabaran-cabaran terutama dalam dunia pendidikan kita sekarang.
176 Pada masa yang sama pentadbir dan pengurus sekolah, juga perlu untuk melengkapkan diri serta meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Kepimpinan pengetua dalam era pendidikan kini, perlu benar-benar mantap untuk memastikan sekolah dan golongan pendidik dapat menjalankan fungsi dan peranan mereka dengan berkesan. Tanpa kepimpinan PGB yang prihatin dan peka dengan kehendak dunia pendidikan sekarang, harapan membentuk sebuah sekolah berkesan ataupun sekolah cemerlang sukar untuk dicapai. 78.2 Landasan Teori Dunia pendidikan era globalisasi sekarang sentiasa berubah sejajar dengan peredaran zaman serta tuntutan keperluan negara. Oleh yang demikian, sistem pendidikan pada zaman ini amat memerlukan seorang pemimpin yang berkesan serta berkaliber dalam mencapai matlamat dan juga wawasan negara dan sentiasa prihatin akan keperluan semasa. Pemimpin yang prihatin ialah pemimpin yang jelas bagi sesuatu tujuan, pemimpin yang tahu matlamat, pemimpin sebagai penghubung terbaik, pemimpin yang bersikap kompeten, pemimpin yang bijak dan akhir sekali pemimpin yang mengambil berat (Norazizah Che Mat, 2018)117 78.3 Amali Dalam institusi pendidikan, peranan seorang pemimpin amatlah penting kerana menerusi gaya kepimpinan prihatin pemimpin dapat mencemerlangkan serta memajukan tahap perubahan di sekolah. Seorang pemimpin yang berkesan dan berperanan prihatin dan aktif akan dapat meningkatkan kecemerlangan di institusi pengajian yang dipimpin oleh pemimpin masing-masing. 78.4 Kepentingannya Kepimpinan yang kuat tidak boleh berlaku jika pengikut berpendapat pemimpin mereka tidak mengambil berat serta tidak memperdulikan kakitangan bawahan yang lain. Para pemimpin harus menunjukkan tingkah laku yang baik untuk memperbaiki organisasi. Kepimpinan prihatin nampaknya menjadi bahagian pertama dalam meningkatkan keberkesanan organisasi, kecemerlangan guru dan kemenjadian murid. 117 Norazizah Che Mat 2018. Reka Bentuk Model Kepimpinan Berkesan Institusi Pendidikan Tinggi Majlis Amanah, Fakulti Pendidikan UM Kuala Lumpur
177 KARAKTER 79 PRO AKTIF 79.1 Etimologi dan Kontekstual Bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Sifat-sifat yang semestinya dimiliki oleh seorang pemimpin yang berkesan adalah berwawasan dan mempunyai rancangan untuk kebaikan organisasi, mempunyai keazaman yang kuat serta berkarisma. Justeru, pemimpin yang proaktif boleh mengawal tindakannya dan memikirkan jalan untuk memajukan organisasinya. 79.2 Landasan Teori Pemimpin yang mempunyai kelebihan dari segi intelektual atau pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin berkesan. Menurut Wadhawan dan Pandit (2017)118, pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang mempunyai kuasa dan dapat menangani isu dan masalah dalam pelbagai aspek. Pemimpin yang berpengetahuan, dipercayai, atau berani biasanya mudah mempengaruhi pengikut. Kajian juga menunjukkan bahawa kata-kata dari seorang pemimpin yang bijaksana boleh mempengaruhi atau menggalakkan kakitangan bawahan untuk mematuhi arahan serta sekaligus menghormati serta mengikuti pemimpin tersebut. Maka, dengan ini jelas bahawa pemimpin yang proaktif adalah seorang pemimpin yang boleh membawa organisasi ke arah kejayaan. 79.3 Amali Pemimpin bertanggungjawab untuk melibatkan diri dalam kumpulan kerja yang ditubuhkan oleh pemimpin dalam membincangkan tugasan ke atas institusi pendidikan. Pemimpin yang proaktif juga perlu memastikan tidak berlaku kesilapan di dalam organisasi yang dipimpin dalam memastikan kecemerlangan institusi yang dipimpinnya. 79.4 Kepentingannya Pemimpin juga harus mengambil berat tentang perkembangan kakitangan bawahannya serta pelajar-pelajarnya. Pengetahuan serta perkembangan kakitangan bawahannya serta pelajar-pelajar akan dapat ditingkatkan dengan cara mengenal pasti keperluan 118 Wahjosumidjo, 2003. Kepemimpinan Kepala Sekolah. Jakarta: Raja Grafindo Persada
178 kakitangan bawahan untuk membantu pemimpin mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan mutu pendidikan di institusi. KARAKTER 80 PRAGMATIK 80.1 Etimologi dan Kontekstual Istilah pragmatik membawa maksud pandang ke hadapan, mempertimbangkan pelbagai hal dan bersifat praktikal bagi menyelesaikan masalah dan melepaskan kesusahan. Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin yang berkarakter pragmatik akan melihat sebab dan akibat setiap tindakan dan membuat penyiasatan yang rapi sebelum sesuatu keputusan diambil. Maknanya, pemimpin sekolah sentiasa berpegang dengan data dan maklumat daripada pelbagai sumber agar tindakan yang akan diambil benar-benar praktikal dan dapat diimplementasikan. 80.2 Landasan Teori Sikap pragmatik hendaklah dimiliki oleh seorang pemimpin kerana menjadi salah satu komponen penting untuk menjadi seorang pemimpin walk to talk dan berupaya menterjemahkan apa yang dikatakan dalam bentuk tindakan yang konkrit dan praktikal. Pemimpin yang pragmatik dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran dan mencari jalan bagaimana menyerap perubahan tersebut dan menyuntik pembaharuan dalam organisasi sesuai dengan perubahan yang berlaku. Pemimpin pragmatik juga bertindak sebagai penyelesai masalah dan mengenalpasti setiap elemen kelemahan dalam organisasi yang perlu diperbaiki dan diatasi agar tidak menganggu aspek pengurusan dan pentadbiran sehingga menjejaskan organisasi. 80.3 Amali Untuk mengaplikasikan karakter kepimpinan pragmatik, pemimpin hendaklah kaya dengan maklumat, sentiasa peka dengan perkembangan yang berlaku dalam organisasi dan pengaruh persekitaran. Setiap isu atau masalah diselesaikan dengan cepat dengan melihat kepada punca penyebab dan akibat yang akan dihadapi dalam usaha menanggulangi isu dan masalah tersebut. Apa yang pasti kepimpinan pragmatik berasaskan data dan menyelesaikan konflik dalam organisasi dengan tindakan yang dapat diterima oleh mereka yang terlibat, rasional dan praktikal. Pemimpin yang pragmatik tidak menyukai adanya banyak halangan dan
179 birokrasi. Pentadbirannya lebih mengutamakan keselesaan pelanggan dan bagaimana rangka kerja dipermudahkan agar tidak menimbulkan kerenah dan mempersulitkan. 80.4 Kepentingannya Keadaan yang praktikal dalam organisasi akan mempercepatkan sesuatu tindakan penyelesaian dan memudahkan setiap pelanggan mendapatkan perkhidmatan tanpa sebarang kerenah. Kepimpinan juga lebih terbuka dan menerima kritikan untuk tujuan memberikan perkhidmatan dan sistem penyampaian yang terbaik. KARAKTER 81 PERANCANG 81.1 Etimologi dan Kontekstual Perancang membawa maksud orang yang merangka perubahan dan berfikir strategik untuk mengenal pasti Langkah-langkah intervensi bagi mengatasi isu dan masalah dalam organisasi. Orang yang gagal merancang selalunya akan merancang untuk gagal (if you fail to plan, you plan to fail). Dalam konteks kepemimpinan, tenaga pemimpin sangat utama untuk menggerakkan perubahan. Beliau bolehlah dianggap master mind yang merangka perubahan, menyediakan hala tuju perubahan dan memberi gambaran bagaimana perubahan hendak diterjemahkan. Kegiatan merancang adalah aktiviti penting dalam mengurus manusia dan membangunkan organisasi. Perancangan yang jelas dan jitu, akan menentukan proses implementasi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berjaya. Perancangan mengambil masa dan memerlukan framework yang jelas untuk menentukan apakah kaedah dan intervensi yang hendak digunakan. 81.2 Landasan Teori Dalam menerajui kepimpinan, model PDCA dan POLC boleh digunakan. Empat komponen dalam model ini menjadi asas yang baik untuk memulakan dan menggerakkan perubahan. Kitaran PDCA ini merupakan kitaran yang berulang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, kompetensi sumber manusia dan mutu produk. PDCA dikenali juga dengan gelaran Kitaran Deming yang merupakan kaedah melonjak dan menjana perubahan dalam organisasi melibatkan empat peringkat iaitu merancang, melakukan, menyemak dan membuat tindakan
180 Rajah 29 : Kitaran PDCA Cabaran utama kepada pemimpin sekolah ialah menyelesaikan masalah secara konkrit. Untuk membantu pengurus dan pemimpin sekolah menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif dan sistematik, kerangka POLC boleh diguna pakai. 1. Planning 2. Organizing 3. Leading 4. Controlling 81.3 Amali Sebagai pengurus dan pemimpin sekolah, pelbagai kaedah dan pendekatan boleh diterapkan , justeru itu Langkah belajar dan terus belajar meneroka pelbagai cara dan kaedah adalah Langkah terbaik dalam membuat kitaran perubahan memberi impak dan kesan yang baik. Pemimpin sekolah bersama-sama dengan pentadbir kanan dan pasukan perubahan hendaklah melakukan perubahan bukan secara drastic tetapi berperingkatperingkat Langkah demi Langkah bagi memastikan keberkesanan tindakan yang diambil. 81.4 Kepentingannya Model-model yang diutarakan dalam pelbagai literatur untuk membawa perubahan dalam organisasi dapat dijadikan panduan kepada pemimpin sekolah supaya tindakan dan
181 Langkah-langkah yang diambil dilakukan secara bertahap, strategik, matang, berwibawa dan sistematik. KARAKTER 82 PENEROKA 82.1 Etimologi dan Kontekstual Merujuk kepada usaha pemula, perintis, penemu jalan dan orang yang menemukan jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau menelusuri bidang-bidang baharu yang dapat digunakan untuk kepentingan tertentu. Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai pioneer. Dalam konteks kepemimpinan, pemimpin sebagai pengurus dan pentadbir perlulah sentiasa memikirkan cara dan meneroka pelbagai bidang baharu untuk tujuan merangka dan membincangkan sebarang usaha membawa pembaharuan, inovasi dan perubahan dalam organisasi. Sebagai peneroka idea baharu, tentu sekali banyak literatur yang perlu dihadam agar anda sebagai pemimpin memahami secara mendalam apa yang hendak dilakukan dan bagaimana perubahan dapat diterjemahkan dalam Langkah demi Langkah secara sistematik dan memberi impak yang tinggi bukan hanya kepada pembangunan individu (ID) tetapi juga pembangunan organisasi (OD). 82.2 Landasan Teori Kegiatan explore minds amat penting kepada pemimpin pendidikan. Sekolah merupakan asas kepada bermulanya pendidikan formal bagi setiap individu. Bagi memastikan pendidikan dapat dilaksanakan di atas landasan yang betul, sekolah memerlukan pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan. Menurut Stein (2003)119 untuk mendalami setiap prinsip, kaedah dan asas-asas kepimpinan, kegiatan explore minds boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti melalui penataran, perkongsian, penjabaran idea, pertukaran idea dan kegiatan dialog. 82.3 Amali Sebagai pemimpin sekolah jangan berlagak tahu semua perkara, sebaliknya sentiasalah meningkatkan pengetahuan dari pelbagai sumber dan medium kerana setiap masa 119 Stein, L. 2013. Schools need leaders - Not managers: It's time for a paradigm shift. Vol. 15, Issue 2, Idea 21. Retrieved from http://www.journalofleadershiped.org/.
182 perubahan berlaku dan pengetahuan pemimpin perlu sentiasa up date agar setiap tindakan yang akan diambil tepat dan autentik. 82.4 Kepentingannya Pemimpin yang berjiwa peneroka, akan sentiasa kreatif dan mencari idea-idea baharu untuk meningkatkan imej, wibawa dan karismatiknya sebagai seorang pemimpin agar dapat meninggalkan legasi yang jelas dan terarah. Pemimpin yang hebat akan menggagas-kan sebuah wawasan masa hadapan dengan cara meningkatkan keupayaan, kapasiti dan kemahiran diri sendiri dengan meneroka cara, kaedah, pendekatan dan manhaj baharu untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa. KARAKTER 83 PERSUASIF 83.1 Etimologi dan Kontekstual Persuasif daripada istilah Bahasa Inggeris iaitu persuasive yang membawa maksud memujuk, merayu dan meluaskan pengaruh. Dalam konteks kepemimpinan, untuk mendapatkan kepercayaan dan meningkatkan kewibawaan. Oleh yang demikian, pemimpin hendaklah mempunyai keupayaan memujuk orang bawahan bagi mendapatkan kerjasama dalam mentadbir dan mengurus. Komunikasi persuasif amat berguna untuk mengubah minda dan persepsi orang bawahan bagi menyokong dan menjana perubahan. Dengan kemahiran komunikasi memujuk ini, pemimpin akan dapat membawa perubahan secara kreatif dan manhaj kepimpinan yang sesuai dengan orang bawahhan. 83.2 Landasan Teori Kemahiran membuat pujukan menjadi salah satu elemen penting apabila berkomunikasi dengan orang bawahan (staf) dalam mempengaruhi mereka untuk berubah dan membawa perubahan. Dalam Instrumen Influencing Skills Finder telah dikemukakan 6 karakter memujuk yang boleh diterapkan dalam konteks kepimpinan iaitu: 1. The Asserter – I stand up for what I want 2. The Expert - I know my subject. 3. The Politician - I am influential in the circles where decisions are made. 4. The Preparer - I research topics before forming an opinion. 5. The Presenter - I convey my ideas persuasively. 6. The Client-Centric - I meet my audience’s needs.
183 83.3 Amali Seni memujuk menjadi salah satu kunci kejayaan dan kemahiran komunikasi yang sentiasa dipelajari dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sesuai dengan apa yang berlaku dalam organisasi (in situ). Anda hendaklah mempunyai kuasa memujuk yang dapat mengetengahkan keadilan dan kebenaran serta membawa hala tuju yang jelas kepada organisasi. 83.4 Kepentingannya Untuk mendapatkan kerjasama orang bawahan, kemahiran dan seni memujuk amat penting kerana jiwa dan hati seseorang perlu di tackle terlebih dahulu. Dengan seni memujuk dan cara komunikasi yang berkesan, dapat meningkatkan kerjasama dan kepercayaan daripada orang bawahan. Akhirnya pentadbiran organisasi akan berlangsung dengan jaya dan lancar.
184
185 KARAKTER 84 RAJIN 84.1 Etimologi dan Kontekstual Rajin merupakan sifat baik yang perlu ada dalam diri setiap individu. Rajin ertinya kerja keras, kesungguhan, kesediaan untuk menjalankan tugas, penyesuaian kendiri dengan bidang tugas yang diamanahkan dan sentiasa bersedia melakukan apa sahaja (ringan tulang). Gambar 34 : Rajin Memudahkan Pekerjaan Dalam konteks kepimpinan, sikap rajin menjadi salah satu fak.tor yang dapat meningkatkan kewibawaan, menimbulkan penghargaan orang bawahan dan menjadi formula kejayaan seorang pemimpin. Setiap awal pagi sebelum semua staf sampai ke pejabat, pemimpin telah terlebih dahulu berada di sekolah manakala ketika sesi pembelajaran tamat, pemimpin masih berada di sekolah menyelesaikan pelbagai rutin pengurusan dan pentadbiran hingga ke petang. Seorang pemimpin mestilah seorang yang rajin. Rajin dalam meningkatkan amalan professional, memperbaiki kelemahan peribadi, meningkatkan hubungan dengan staf, membuat pemantauan yang kerap, memberi bimbingan dan menjadi inspirasi yang baik kepada orang lain. Sikap rajin pemimpin akan menjadi ikutan anak-anak buah dan mereka akan cenderung menjadi rajin melihat teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin. Lamakelamaan keadaan ini akan berubahan menjadi etos kerja yang positif. Setiap kejayaan yang hendak dicapai ada penyebabnya, demkian juga kejayaan sekolah. Salah satu intipatinya ialah rajinnya pemimpin dan anak-anak buah melaksanakan tanggungjawab dan tugas masing-masing.
186 84.2 Landasan Teori Berdasarkan standard kepimpinan dalam SKPMg2.0, pemimpin perlu menjalankan peranan sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong untuk memimpin staf kea rah hala tuju yang sama dan Langkah intervensi masalah yang progresif dan praktikal. Dalam Islam, sikap rajin memang disenangi oleh Allah dan RasulNya, kerana orang yang rajin sentiasa menyenangi hati dan dapat menyelesaikan tugas dengan cepat mengikut masa yang telah ditetapkan. Gambar 35 : Sikap Malas Penghalang Kejayaan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengajar hamba-Nya supaya bersikap rajin dan bersungguh-sungguh apabila melaksanakan sebarang tugasan. Apabila kita malas dan suka menangguh-nangguhkan kerja atau melakukannya secara sambil lewa, pasti akan memberikan hasil kerja yang tidak memuaskan apatah lagi jika kita diamanahkan untuk memimpin sebuah organisasi. Kepercayaan dan amanah yang diberikan itu perlu dilaksanakan dengan rajin. Dalam erti kata lain, setiap hasil kerja ditentukan daripada usaha yang dilakukan, jika usaha dibuat dengan bersungguh-sungguh (rajin) tentu sekali hasilan yang diperolehi juga akan bagus. 84.3 Amali Rajin akan terbentuk menjadi amalan apabila setiap individu memahami tanggungjawab dan peranan mereka (job description). Mereka tahu apa yang hendak dilakukan dan mempunyai minat dengan pekerjaan tersebut. Individu yang bersyukur dengan pekerjaan yang ditekuninya, akan sentiasa bersikap rajin dan tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.
187 84.4 Kepentingannya Sikap rajin amat penting dalam organisasi. Jika bermalas-malasan menjadi amalan, tentu sekali organisasi akan mengalami kepincangan. Golongan yang berada pada zon selesa perlulah dibangunkan. Mereka perlu diberikan kesedaran agar seniasa mengisi masa bekerja dengan optimum dan rajin bekerja bagi membuahkan hasil yang cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan organisasi. KARAKTER 85 RAMAH 85.1 Etimologi dan Kontekstual Ramah bermaksud mesra, petah, sambutan yang hangat, sentiasa mengambil berat dan peka. Dalam ertikata lain, orang ramah sentiasa bergaul baik dengan semua orang, cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baharu, tidak kekok dan sentiasa mengutamakan orang lain dan memelihara hubungan yang sedia terjalin. Dalam konteks kepemimpinan, sikap ramah tamah dapat meluaskan pengaruh dan meningkatkan hubungan interpersonal di peringkat dalaman dan luaran. Melalui cara ini, pemimpin senang mendapatkan kerjasama dan kepercayaan daripada orang lain tentang kepemimpinan mereka. 85.2 Landasan Teori Amalan yang baik dalam kepimpinan ialah sentiasa mengambil berat orang bawahan, membimbing mereka, bergaul mesra dan tidak pernah membezakan. Layanan diberikan sama rata manakala hubungan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam Islam, hubungan yang baik antara sesama individu amat digalakkan kerana untuk mencapai kejayaan perlu wujud hubungan yang baik antara sesame manusia. 85.3 Amali Sentiasa menyantuni setiap individu dalam organisasi dan menyebarkan salam untuk mendapatkan kesejahteraan. Hubungan yang baik melalui pertuturan dan pergaulan perlulah dipelihara dan dikembangkan dalam organisasi agar wujud rasa selesa, gembira dan seronok menjalani kerja dalam sekolah.
188 85.4 Kepentingannya Sikap ramah tamah penting bagi menyebarkan salam dan mewujudkan budaya sekolah penyayang. Jangan berlagak sombong dan ego kerana hal ini boleh merugikan kerana sekolah hanya dapat dimajukan melalui khidmat dan kerja sepasukan yang disumbangkan oleh setiap ahli dalam organisasi. KARAKTER 86 RESPONSIF 86.1 Etimologi dan Kontekstual Perkataan responsif ialah cepat tanggap, memberi respons positif, tindak balas segera dan sentiasa bersedia memberi pandangan, idea dan perspekif tentang pelbagai isu dan masalah. Dalam konteks kepemimpinan, karakter responsif menunjukkan pemimpin bersedia menjadi seorang pemimpin, secara spontan dapat memberi reaksi dan tindak balas terhadap cabaran dan isu yang dihadapi. Sebarang isu dan masalah yang dihadapi dengan segera dicari punca masalahnya dan dikaji bagaimana Langkah intervensi untuk menanganinya. Jelas sekali, bahawa tindakan responsif menunjukkan pemimpin cakna dengan persekitaran kepimpinannya dan kecekapannya dalam menanggapi setiap isu dan permasalahan. 86.2 Landasan Teori Pemimpin yang responsif mendengar dan melihat sesuatu masalah atau persoalan sebelum bertindak dan aktif dalam mencari penyelesaian. Oleh yang demikian pemimpin perlu ligat berfikir dan mempunyai idea dalam menangani setiap masalah dan cabaran yang melanda. Oleh itu, pemimpin responsif tidak memulakan sesuatu tetapi dapat menghindari konflik daripada berlaku dan tindakannya dapat diterima ramai. Menurut Stodgill (1974)120, kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Kepimpinan wujud dalam apa juga aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. 120 Stogdill, R. M. 1974. Handbook of leadership: a survey of the literature. New York: Free Press