The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wpkuin, 2023-11-23 09:30:00

Jurnal Kajian Tindakan Kolej Prauniversiti KPM Datuk Pengiran Galpam 2023 Jilid 1

Kajian Tindakan Menerajui Kecemerlangan Pendidikan Global

Keywords: Action Research Journal

KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 1


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 2 Jurnal Pendidikan Jilid 1 (2023) - Sandakan: Kolej Prauniversiti KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan ISSN 2976-3053 Diterbitkan oleh: Kolej Prauniversiti KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan Peti Surat 200 Pejabat Pos Jalan Utara, 90307 Sandakan, Sabah. Telefon & Faks: 089-214190 Semua hak cipta terpelihara. Hak Cipta Kolej Prauniversiti KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan 2023. Semua artikel daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada penerbit. 2023 Dicetak oleh: Top Ultimate Sdn. Bhd Lorong Tropikana 2, 89500 Donggongon, Sabah


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 3 JAWATANKUASA PENERBITAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN JILID 1 KOLEJ PRAUNIVERSITI KPM DATUK PENGIRAN GALPAM SANDAKAN Penaung : Tuan Haji Noor Hamizam Shah bin Md Nordin Penasihat : Puan Anitha Vincent Ketua Editor : Encik Wai Pui Kuin Penolong Ketua Editor : Puan Kong Li Yean Editor : 1. Tuan Haji Amit bin Awang 2. Puan Hajah Farah Ain Abdullah 3. Dr. Ngan Ngui Khiong 4. Encik Mohammadia bin Wahab Pembacaan Pruf : 1. Cik Kang Lian Hun 2. Puan Sapiah @ Sopiah binti Elal 3. Puan Hwang Tchun Ye @ Diana Hwang 4. Cik Norna H. Lopez Page Making : 1. Puan Soon Shu Nee 2. Puan Chong Yee Vui Reka Muka Depan : Puan Afida binti Ahmad


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 4 KANDUNGAN BIL. TAJUK ARTIKEL PENYELIDIKAN / NAMA PENGARANG MUKA SURAT 1 SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” MENINGKATKAN KEMAHIRAN ABK DALAM KALANGAN PELAJAR SEM 3 KTEDPG SANDAKAN AMIT BIN AWANG 9 – 22 2 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN ENAM KEMANUSIAAN 8 (K8S2) MENGENALPASTI JENIS MEDIA MELALUI KAEDAH "BONDING" BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM HASINAH BINTI OTHMAN @ ASAN 23 – 29 3 KAEDAH “DIAPEN” DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR K6 SEM 1 TENTANG SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA HUSSEIN BIN ABDUL MANAF 30 – 41 4 KAEDAH “DRAFTING” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR BAGI SOALAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI (ABK) MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 2 LEONG TING TSU 42 – 54 5 KAEDAH “HYPERLINK” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN ENAM KELAS S4 SEM 2 MENGENALPASTI MEDIA ALIH BENTUK KOMUNIKASI KERTAS 2 PENGAJIAN AM (900/2) WAI PUI KUIN 55 – 73


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 5 6 PENGGUNAAN TEKNIK JADUAL DALAM PENGAJARAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF DALAM KALANGAN PELAJAR K5 SEM 1 TINGKATAN ENAM BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KANG LIAN HUN 74 – 88 7 AKTIVITI MENGHASILKAN SAJAK MENGGUNAKAN TEKNIK PP4T3K DALAM KALANGAN PELAJAR K11S3 DAMAIYANTI DANNY 89 – 103 8 THE EFFECTIVENESS OF PEER COACHING IN TEACHING QUESTION TWO MUET 800/4 (WRITING) FARAH AIN ABDULLAH 104 – 122 9 PENGGUNAAN PETA MINDA BUZAN DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR KELAS KEMANUSIAAN 4 TERHADAP ELEMEN SEBAB-AKIBAT BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN ENAM CHIA PUI FUNG MARTHA 123 – 134 10 MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM MENTAFSIR KEHENDAK SOALAN GEOGRAFI STPM DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “CELIK MODUL” CHOK KIAN LEONG & THEN PET NGO 135 – 152 11 KAEDAH “PICK AND MATCH” MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ESEI SISTEM ATMOSFERA PELAJAR K2 SEM 2 DALAM GEOGRAFI TINGKATAN ENAM KONG LI YEAN 153 – 164


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 6 12 KEBERKESANAN TEKNIK AKROSTIK DALAM MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR K6 SEM 2 MENGINGAT LAPISAN ATMOSFERA DALAM MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN ENAM RAYMOND DAHLAN 165 – 174 13 KAEDAH VIDEO INTERAKTIF DALAM MENINGKATKAN PRESTASI SEJARAH STPM BAGI PELAJAR K5S3 DAN K6S3 KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM TAHUN 2020 MOHAMMADIA BIN WAHAB & FAZILA PANGGI 175 – 189 14 PENGGUNAAN TEKNIK RAW DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA DALAM SUBJEK PENGAJIAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN PELAJAR K6S3 JIN PUI SUN 190 – 206 15 KEBERKESANAN MODUL i-THINK DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN FAKTA MATA PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN PELAJAR K10S2 DALAM SUBTOPIK UNDANG-UNDANG KONTRAK LIM TEE SIANG 207 – 215 16 IMPROVE THE INTEGRATION TECHNIQUES BY USING ALGORITHM ALPHABET TO DETERMINE THE PATTERN OF INTEGRATION IN SOLVING INTEGRATION PROBLEMS AMONG THE FORM 6 S2S2, S3S2, S4S2 2020/2021 OF KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH LYE CHUNG LAT @ ALFRED, CHONG YEE VUI, HO NYUK YI & SOON SHU NEE 216 – 233


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 7 17 THE USE OF GRAPHIC ORGANIZER FROM POPPLET LITE APPLICATION TO ENHANCE STUDENTS’ LEARNING ABOUT THE PERIODICITY OF PHYSICAL PROPERTIES OF THE CHEMICAL ELEMENTS DR. NGAN NGUI KHIONG 234 – 240 18 MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MERAMAL KESPONTANAN TINDAK BALAS REDOKS DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK “Z -CROSSING” DALAM KALANGAN PELAJAR KIMIA KELAS SAINS 1 DAN SAINS 2 CHANG OI KHYUN, KARDIANAH BINTI KALING, & YONG KUI LEN 241 – 252 19 MENINGKATKAN PENGUASAAN 13 ORANG PELAJAR K9 SEMESTER 2 TERHADAP TOPIK SISTEM RANGKA MENGIKUT KLASIFIKASI TULANG MELALUI PENDEKATAN AKTIVITI “PLAY WITH DOUGH” ANNA BINTI SAPAN 253 – 263 20 CT206 MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP SISTEM RANGKA MANUSIA DALAM KALANGAN PELAJAR K9S2 DI KTEDPG SANDAKAN TAWAKAL BIN GAPPAR 264 – 272


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 8 ARTIKEL KAJIAN TINDAKAN


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 9 SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” MENINGKATKAN KEMAHIRAN ABK DALAM KALANGAN PELAJAR SEM 3 KTEDPG SANDAKAN AMIT BIN AWANG KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH ABSTRAK SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A” merupakan satu bentuk transformasi intervensi bagi meningkatkan kemahiran Alih Bentuk Komunikasi (ABK) Sem 3 dalam kalangan pelajar Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam (KTEDPG) Sandakan. Pendekatan ini bertujuan menangani isu kegagalan pelajar menyelesaikan masalah statistik dalam ABK Sem 3 seperti melengkapkan Idea, Bukti, Peratus dan Alasan (I Boleh Pasti “A”). Seramai 33 orang pelajar dari dua kelas iaitu K3 dan K5 Sem 3 telah dijadikan responden kajian melalui ujian pra dan pos. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh masa 4 bulan. Semua pelajar diuji beberapa siri ujian ABK Sem 3 dengan mengenalpasti idea sebelum dan selepas intervensi yang menggunakan SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A”. Hasil daripada ujian yang dijalankan menunjukkan perubahan dari aspek pencapaian markah dan masa yang memberangsangkan. Seusai intervensi dilaksanakan, didapati semua pelajar mampu menjawab soalan statistik ABK Sem 3 dengan baik. Justeru, pengkaji turut menyebarluas aplikasi teknik SESIKU KULAT+ I Boleh Pasti “A” kepada beberapa kelas kemanusiaan di Kolej Tingkatan Enam Pengiran Galpam dan masih dalam proses uji lari. Kata kunci: Pola Perubahan, Pola Perbandingan, SESIKU KULAT+I Boleh Pasti “A” 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menetapkan bahawa setiap calon wajib mendapat sekurang-kurangnya lulus penuh gred C dalam mata pelajaran Pengajian Am bagi melayakkan mereka mendapat sijil STPM. Pengajian Am merupakan modular dan diajar mengikut semester. Alih Bentuk Komunikasi (ABK) merupakan bahagian B dalam kertas Pengajian Am Semester 3


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 10 yang memperuntukkan sebanyak 15 markah daripada 80 markah keseluruhan. Bagi membolehkan pelajar mendapat skor yang cemerlang dalam kertas Pengajian Am Semester 3, seharusnya bahagian B ini adalah penyumbang penting selepas bahagian C yang membawa kepada 50 markah. Pada bahagian ini, para pelajar harus menguasai cara menaakul dan menganalisis data yang terdapat dalam jadual untuk dipindahkan ke dalam bentuk teks. Sekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran dan teknik menjawab soalan ABK dengan baik maka mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat skor cemerlang. Pengkaji mendapati bahawa pelajar kurang mahir dalam menjawab soalan ABK iaitu pada bahagian analisis data berjadual. Hal ini dapat dikesan melalui latihan yang diberikan semasa sesi PdPC. Hasil latihan selalunya berakhir dengan 01 hingga 05 markah kerana pelajar gagal menaakul dan menganalisis data mengikut kehendak soalan. Hal ini amat membimbangkan kerana bahagian ini mampu membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang lebih baik bagi mata pelajaran Pengajian Am Semester 3. Berdasarkan hasil soal selidik, pemerhatian, temu bual dan semakan tugasan, pengkaji mendapati terdapat tiga (3) masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam menjawab soalan ABK. i. Kehendak soalan. Secara keseluruhan ramai calon gagal memahami kehendak soalan yang meminta corak perubahan atau perbandingan atau kedua-duanya perlu dmasukkan sebagai jawapan umum. Oleh yang demikian, calon akan sedaya upaya mencampur adukkan kedua-dua kaedah menyebabkan pencapaian calon juga agak lemah. ii. Perbezaan Pola Perubahan dengan Pola Bandingan Rata-rata calon gagal menulis kehandak jawapan yang bertepatan dengan kehendak soalan perubahan atau perbandingan. Kebanyakkan calon menulis jawapan yang bercampur aduk dan sekaligus gagal membezakan antara kehendak perubahan mahupun perbandingan secara total. iii. Analisis data Sebilangan kecil calon mampu mengenalpasti idea perubahan atau perbandingan dengan baik. Walau bagaimanapaun, tatkala menganalisa bukti, rata-rata calon cuai dalam mengemukan kesemua huraian yang merangkumi data mentah, peratus dan perbezaan data dan peratus perubahan mengakibatkan huraian lemah dan kehilangan markah yang baik.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 11 SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A” direkacipta bagi membolehkan pelajar dapat menganalisa pola perubahan atau pola perbandingan yang lebih tepat dan terbimbing. Inovasi ini terdiri dari bahan maujud yang dikenali sebagai SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A” untuk mengenalpasti kedua-dua idea pola perubahan atau pola perbandingan (Tell & Present (penerangan) secara individu. Semua tugasan maklumat akan ditulis dalam bentuk esei yang menjadi jawapan lengkap. Maklumat idea jadual akan diperincikan dalan jadual analisis sebelum jawapan lengkap disediakan. Kesukaran murid dalam menguasai polemik ini sangat ketara terutama pelajar yang tidak menyukai subjek matematik. Manakala bagi pelajar yang pintar dan cerdas pula seringkali gagal untuk menyatakan idea pola secara tepat mengikut rubrik jawapan yang dikehendaki. Justeru, SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A” ini dirangka dan dibangunkan bagi membimbing pelajar memahami secara sistematik dan tersusun bagi menyatakan idea yang manakah lebih wajar dan paling relevan ditulis dalam paparan jawapan pelajar itu nanti. Rangka jawapan yang dihasilkan nanti akan menjadi panduan yang menarik untuk pelajar menulis sebuah esei ABK Sem 3 yang baik dan cemerlang. Interaksi murid dengan bahan dan rakan pasti menjana “active learning” dan “fun learning”. SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A” yang dihasilkan dengan kerjasama kumpulan PLC dalam kalangan rakan guru telah terbukti keberkesanannya dalam meningkatkan penguasaan murid tentang topik berkaitan. SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A” juga turut diperluaskan ke peringkat Pasukan Gerak Saga Daerah Sandakan (PGSD), kerjasama rangkaian guru Pengajian negeri Sabah dan akan dibentangkan dalam Kolokium matapelajaran guru-guru Akademik Tingkatan Enam peringkat Kebangsaan. 2.0 FOKUS KAJIAN Soalan pada bahagian ABK sememangnya agak mencabar kerana bahagian ini memerlukan kemahiran mengira. Secara tidak langsung, perkara ini menjadi halangan kepada para pelajar yang lemah dalam aspek pengiraan. Tambahan pula, keputusan pelajar dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak kritikal. Malah, sebahagian besar pelajar di kelas ini terdiri daripada calon rayuan ke tingkatan enam. Oleh itu, sebagai pendidik, pengkaji berasa bertanggungjawab untuk mencari intervensi yang sesuai bagi membantu pelajar dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Pengkaji telah mencipta suatu intervensi yang dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ABK dengan baik yang diberi nama ‘SESIKU KULAT’ + I Boleh Pasti “A”.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 12 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum • Meningkatkan kemahiran ABK dalam kalangan pelajar sem 3 KTEDPG sandakan 3.2 Objektif Khusus I. Pelajar dapat mengenalpasti kehendak soalan perubahan atau perbandingan secara total II. Pelajar dapat menulis huraian yang merangkumi bukti data mentah, peratus, data selisih atau peratus perubahan menggunakan SESIKU KULAT dan I Boleh Pasti “A” III. Pelajar dapat mengurangkan kecuaian semasa menulis idea lengkap IV. Melengkapkan soalan ABK Sem 3 dalam masa 40 mins (maks) 4.0 KUMPULAN SASARAN Pelajar Kelas K3 dan K9 SEM 3 2021 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah intervensi diperkenalkan, tinjauan mendapati pelajar tidak dapat mengenal pasti kata tugas pola perubahan dan pola perbandingan mahupun pola umum. Tinjauan rawak mendapati pelajar secara individu gagal untuk menulis idea utama dengan lengkap walaupun memahami kehendak soalan dengan jelas. Justeru, guru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah “spoon feeding” bagi memenuhi tuntutan menulis ABK dengan baik. Hasilnya, pelajar tidak dapat mejana kemahiran menulis idea pola dan seterusnya gagal mendapat markah yang baik dalam penilaian formatif dan sumatif. Oleh yang demikian, intervensi teknik SESIKU KULAT+ I Boleh Pasti “A” diharap akan dapat mengatasi masalah ini. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Secara keseluruhannya, tidak ada seorang pelajar pun yang berjaya mendapat markah 08 dengan sempurna dalam tempoh masa 40 minit. Bagi pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan juga tidak mampu menyatakan semua idea dengan lengkap kerana kegagalan menyatakan huraian secara tepat di bawah idea yang lengkap. Hasilnya, 90% pelajar mendapat 01 - 05 markah dalam latihan ABK yang diberikan. Hal ini juga dikategorikan sebagai jawapan lemah dan menyeleweng dan


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 13 sekaligus mendapat gred F. Hal ini merunsingkan pengkaji lebih-lebih lagi markah wajaran bagi penulisan ABK menyokong markah yang paling banyak diperuntukan dalam setiap semester. Jadual 1: Keputusan Pentaksiran Mata Pelajaran Pengajian Am K3 dan K5 / 2021 Markah (%) Ujian Pra (Orang) Ujian Pos 1 (Orang) Ujian Pos 2 (Orang) < 05 17 9 - 06 2 3 - 07 - 5 - 08 5 2 9 09 2 2 5 10 - 1 8 11 5 3 5 12 - 1 5 13 - 6 - 14 - 1 - 15 - - - Jumlah 32 32 32 Sumber: Unit Peperiksaan KTEDPG 5.3 Tindakan Mengatasi Masalah Pengkaji menyediakan bahan edaran yang mengandungi soalan pelbagai kehendak sama ada pola perubahan sahaja, pola perbandingan sahaja atau kedua-duanya (soalan umum). Dalam aktiviti SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A”, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan (4-5 orang dalam satu kumpulan). Dalam setiap bahan edaran, kumpulan pelajar dikehendaki menganalisa kehendak soalan beberapa elemen penting iaitu I Boleh Pasti “A”. Seterusnya kumpulan pelajar ini perlu mencerakinkan kehendak jawapan satu demi satu sehingga dapat mengumpulkan semua bukti secara lengkap dan tepat. Selepas itu, kumpulan pelajar ini akan


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 14 menulis perincian jawapan satu perenggan demi satu perenggan yang mengandungi idea dan huraian lengkap. Jawapan yang lengkap dan tepat mengikut skema akan dinilai oleh pengkaji. Gambar 1: Sebelum Inovasi Gambar 2: Teknik Sesiku Kulat


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 15 I BOLEH PASTI “A” IDEA BUKTI PERATUS ALASAN Analisis I Boleh Pasti “A” Pelaksanaan SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A”: 1 Setiap kumpulan diberikan bahan edaran soalan 2 Guru memberi arahan kepada kumpulan pelajar – analisis kehendak soalan 3 Setiap kumpulan menganalisa kehendak soalan menggunapakai SESIKU KULAT 4 Setiap kumpulan mencerakinkan soalan kepada idea dan huraian yang lengkap 5 Setiap pelajar menyediakan jadual analisis I Boleh Pasti “A” 6 Pelajar mula menulis idea dan bukti yang tepat 7 Setiap pelajar menulis idea dan huraian bukti – 20 minit 8 Pelajar membuat semakan silang dengan rakan sekumpulan dan sekelas 9 Pelajar membuat semakan berdasarkan skema /Rubrik jawapan yang disediakan 10 Guru akan menilai setiap hasil kerja pelajar 11 Pelajar menulis jawapan ABK yang lengkap


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 16 5.4 Refleksi Kajian Tahap kepuasan pelajar semakin memuaskan dan bertambah baik dari aspek penilaian pentaksiran dan kaji selidik serta temu bual. Selain itu, pencapaian empirikal data membuktikan bahawa peningkatan markah dan sikap menulis dan melengkapkan ABK Sem 3 juga turut berubah. Akhirnya, pencapaian gred juga turut bertambah baik. 5.4.1. Refleksi daripada Pemerhatian Berdasarkan pengamatan awal selain daripada mencatatkan kejayaan dalam mengenalpasti idea dan huraian menulis ABK, pengkaji mendapati keinginan pelajar mengenalpasti pola perubahan dan pola perbandingan juga turut meningkat. Sikap tidak sabar pelajar untuk membuat tugasan esei dalam kelas berikutnya juga menunjukkan perkembangan yang sangat positif . Secara tidak langsung, hal ini menggambarkan pelajar tidak mudah berasa bosan dengan pedagogi ABK yang sebelumnya bersifat konvensional dan “spoon feed” semata-mata. Malahan, pembelajaran mengguna pakai SESIKU KULAT + I Boleh Pasti “A” ini juga telah dapat menerapkan elemen 4C iaitu Collobortive, Creativity, Critical Thinking dan Communication berkesan selaras dengan pembelajaran abad ke 21 (PAK21). Paling penting dalam menjalankan aktiviti sebegini, pelajar turut mengamalkan nilai-nilai murni seperti menghormati pendapat orang lain, saling menghormati tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. 5.4.2. Refleksi terhadap Perbandingan Hasil Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 2: Keputusan Pentaksiran Mata Pelajaran Pengajian Am K3 dan K5 / 2021 mengikut Individu Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos 1 (%) Ujian Pos 2 (%) Pelajar 1 3 7 8 Pelajar 2 6 8 8 Pelajar 3 4.5 7 8 Pelajar 4 8.5 13 12 Pelajar 5 10.5 13 12 Pelajar 6 8 10 11


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 17 Pelajar 7 8 9 10 Pelajar 8 1 5 8 Pelajar 9 1 3 8 Pelajar 10 11 13 11 Pelajar 11 8 11 11 Pelajar 12 4.5 8 10 Pelajar 13 8 11 10 Pelajar 14 8 11 10 Pelajar 15 4 7 8 Pelajar 16 4.5 7 8 Pelajar 17 4 7 10 Pelajar 18 4 7 11 Pelajar 19 1 5 8 Pelajar 20 4.5 7 5 Pelajar 21 6 6 8 Pelajar 22 8 12 10 Pelajar 23 3 5 9 Pelajar 24 1 4 9 Pelajar 25 1 4 9 Pelajar 26 10.5 13 12 Pelajar 27 10.5 13 12 Pelajar 28 9 13 12 Pelajar 29 3 6 9 Pelajar 30 4.5 9 10 Pelajar 31 11 14 11 Pelajar 32 4.5 6 10 JUMLAH 32 32 32


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 18 Jadual 1: Keputusan Pentaksiran Masa yang diambil Mata Pelajaran Pengajian Am K3 dan K5 / 2021 Masa (Minit) Ujian Pra (orang) Ujian Pos 1 (orang) Ujian Pos 2 (orang) < 40 - 2 5 45 - 6 10 50 - 4 5 55 4 6 6 60 5 4 4 65 6 3 - 70 17 7 - 75 - - - 80 - - - 85 - - - 90 - - - Jumlah 32 32 32 Sumber: Unit Peperiksaan KTEDG SANDAKAN 5.4.3 Refleksi terhadap Temu Bual Majoriti pelajar yang menggunakan SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” gembira dan berpuas hati dengan kaedah ini. Maklum balas daripada pelajar yang menggunakan kaedah ini menyatakan bahawa kaedah sesiku kulat dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap kaedah menganalisis data dalam soalan ABK semester 3. Hasilnya, 90% pelajar mampu menjawab soalan ABK semester 3 dengan baik. Guru berpendapat bahawa intervensi ini dapat membantu pelajar yang kurang fokus dan mempunyai analisis mengaoperasi asas kira-kira yang agak serius dalam menjawab soalan ABK. Malah guru juga melihat internvensi ini dapat membimbing pelajar untuk memberi tumpuan yang jitu pada bahagian tertentu dan seterusnya mampu menjawab soalan ABK dengan mudah. SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” ini juga telah diapungkan dan dikongsi kepada rakan-rakan guru yang mempunyai masalah pelajar yang sama. Hasil perkongsian ini telah


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 19 membawa satu dimensi PdPC yang baharu memandangkan pembelajaran pada peringkat tingkatan enam jarang atau kurang menekankan pendekatan bahan bantu mengajar. Oleh hal yang demikian, besarlah harapan pengkaji agar SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” mampu membantu pelajar yang kurang fokus dalam permasalahan ini dan seterusnya berjaya menjawab soalan ABK SEM 3 dengan baik. 5.5. Rumusan terhadap Refleksi Kajian Berdasarkan pemerhatian sepanjang kajian dijalankan, pengkaji mendapati terdapat sebilangan pelajar masih keliru dengan kaedah kurung dan bulat (SESIKU KULAT). Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan agar pendekatan mengurung dan membulatkan data itu perlu menggunakan pendekatan berdasarkan warna pen yang berbeza dan terang. Keadaan ini boleh menjelaskan kepada calon bahawa kurungan warna yang berbeza merupakan satu kumpulan yang sama dan boleh dianalisis mengikut pola perubahan atau pola perbandingan. Selain itu peranan warna amat memberikan signifikan yang positif terutama kepada sebilangan pelajar yang masih lagi keliru kepada keadaan mengurung dan membulat data dalam petikan ABK. Oleh itu, perbezaan warna sewajarnya dapat membezakan secara nyata pendekatan membanding dan membuat pola perubahan. Semua data yang diperoleh daripada pemerhatian data dalam jadual kemudiannya dipindahkan ke dalam analisis jadual I Boleh Pasti “A”. dapatan menunjukkan para pelajar dapat menganalisis Idea, Bukti yang merangkumi data mentah, selisih, dan peratus perubahan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kecuaian dan kesilapan pelajar semasa menganalsis data dalam jadual ABK Sem 3. Atas keberhasilan SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” ini, pengkaji telah membuat beberapa siri penjelajahan ke beberapa daerah dan dikongsi secara bersama. Alhamdulilah pendekatan ini serba sedikit dapat memberikan impak positif kepada pelajar terbabit dan secara tidak langsung membantu meningkatkan pencapaian keputusan semester 3.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 20 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji mencadangkan agar pada masa hadapan kajian ini dapat diteruskan dan diperbaiki segala kekurangan yang wujud. Penggunaan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang merupakan alat bantu mengajar yang mampu membantu memudahkan objektif pengajaran sampai kepada pelajar. Oleh sebab itu, pada kajian yang seterusnya, pengkaji berharap wujudnya penggunaan bahan-bahan maujud yang lebih signifikan dengan SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” agar matlamat untuk membantuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam menjawab soalan ABK semester 3 tercapai. Dalam masa yang sama, pengkaji telah berjaya mempatenkan intervensi ini dalam MyIPO. Hal ini bagi melindungi hak cipta dan harta intelek hasil inovasi pengkaji dalam dunia pendidikan. Di samping itu, pada masa hadapan dengan penambahbaikan yang dilakukan membolehkan intervensi ini digunapakai dalam peperiksaan STPM Semester 3.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 21 BIBLIOGRAFI Azizul Rahman Abd Rahman, Mohammad Saleeh Ramahad. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan. Johor : MGCM. Azizul Rahman Abdul Rahman, Mohammad Saleeh Rahamad. (2012). Inovasi Dan Kreativiti Menjana Transformasi Pendidikan. Johor: MGCM. Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill Education. Chua Yan Piaw. (2012). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill Education. Harry K. Wong, Rosemary T. Wong. (2009). The First Day At School. Kuala Lumpur : Nusamas. John W. Cresswell. (2008). Educational Research. United States : Pearson International Edition. Mastura Mohamad Amin. (2011). Pengaplikasian Teknik Latih Tubi Menggunakan Cermin Dalam Mengatasi Masalah Kekeliruan Abjad Dalam Kalangan Disleksia. Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Neuman W. Lawrence. (2011). Social Research Methods. United States : Pearson. Norhailmi Abdul Mutalib. (2017). Pembelajaran Abad 21. Perlis: Percetakan Perlis Sdn. Bhd. Nor Zanina Bt Mohamed Zaki. (2011). Meningkatkan Penguasaan Murid Bermasalah Pembelajaran Dalam Aktiviti Penambahan Melalui Kaedah membilang Menggunakan Bahan Maujud. Kajian Tindakan IPG Perempuan Melayu Melaka Othman Talib. (2014). Research And Thesis. Selangor : MPWS Publications. Ting Len Siong, Ahmad Shabry,Ting Hun yeong (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Vincent Pang. (2005). Curriculum Evaluation. Sabah : Universiti Malaysia Sabah. Laporan Peperiksaan MPM (2017). Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Laporan Peperiksaan MPM (2018). Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Laporan Peperiksaan Dalaman Sekolah (2019). KTEDPG.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 22 LAMPIRAN Carta Gantt pelaksanaan SESIKU KULAT + I BOLEH PASTI “A” Bil Aktiviti JAN FEB MAC APRIL 1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. / 2 Menulis proposal kajian. / 3 Melaksanakan tindakan 1 / 4 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 / 5 Melaksanakan tindakan 2 / 6 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 / 7 Melaksanakan tindakan 3 / 8 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 / 9 Melaksanakan tindakan 4 / 10 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 4 / 11 Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar / / / / 12 Refleksi kajian / / / 13 Menulis laporan kajian / 14 Pembentangan dapatan kajian tindakan /


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 23 MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN ENAM KEMANUSIAAN 8 (K8S2) MENGENALPASTI JENIS MEDIA MELALUI KAEDAH "BONDING" BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM HASINAH BINTI OTHMAN @ ASAN KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 6 Kemanusiaan 8 untuk mengenalpasti jenis media melalui kaedah "bonding" bagi mata pelajaran Pengajian Am. Kajian ini dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam dan seramai 15 orang pelajar Tingkatan Enam Kemanusiaan 8 (K8S2) menjadi sampel kajian. Untuk mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah “bonding”. Setelah kajian ini dilaksanakan, didapati bahawa terdapat peningkatan kemahiran pelajar Tingkatan Enam Kemanusiaan 8 (K8S2) untuk mengenalpasti media dengan tepat. Sepanjang kajian ini dilaksanakan, pengkaji turut mengesan beberapa masalah yang dihadapi pelajar untuk menjawab soalan bahagian B. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar hasil kajian dijadikan satu modul kepada guru-guru Pengajian Am untuk melatih pelajar mengenalpasti media dengan tepat. Selain itu, dicadangkan juga agar satu kajian dilaksanakan untuk mengatasi masalah pelajar untuk memahami "frasa matematik" dalam teks soalan. Kata Kunci: Bonding, frasa matematik 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kertas Pengajian Am Semester 2 ialah subjek yang mudah untuk mendapat gred yang baik jika calon dapat menguasai bahagian Alih Bentuk Komunikasi. Berdasarkan pemerhatian, para pelajar berdepan dengan masalah menentukan jenis media berdasarkan kehendak soalan. Berdasarkan pengalaman yang ada, walaupun pelajar tidak dapat mengeluarkan data dengan tepat, pelajar masih berpeluang untuk mendapat markah yang tinggi dengan syarat calon perlu melukis media yang tepat. Perkara ini perlu diberikan perhatian demi membantu para pelajar menguasai Alih Bentuk Komunikasi. Oleh itu, pengkaji telah mencipta "kaedah bonding" untuk membantu pelajar Tingkatan Enam Kemanusiaan 8, keluar dari masalah ini.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 24 2.0 FOKUS KAJIAN Sekiranya pelajar tidak mampu mengenalpasti bentuk media maka peluang untuk mereka mendapat Prinsipal dalam subjek Pengajian Am adalah tipis malah akan menyukarkan pelajar melanjutkan pelajaran ke IPTA. Subjek Pengajian Am adalah subjek yang paling penting dalam STPM dan menjadi syarat utama kemasukan ke IPTA. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan berlaku peningkatan kemahiran dan pencapaian dalam kalangan pelajar K8S2: 3.1 Objektif Umum 3.1.1 Mendapatkan gred yang baik sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Pengajian Am Semester 2 3.2 Objektif khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar K8S2 mengenalpasti jenis media yang tepat. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua pelajar K8S2 seramai 15 orang. Pelajar-pelajar K8S2 terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan ujian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan ujian pra. 5.1.1 Pemerhatian Pemerhatian dibuat terhadap pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum kajian dijalankan. Pengkaji mendapati bahawa pelajar K8S2 sudah pun mengenali semua jenis media yang perlu dikuasai oleh mereka. Pengkaji juga mendapati bahawa pelajar-pelajar K8S2 masih belum mempunyai kemahiran yang kukuh untuk memindahkan data yang terdapat dalam teks soalan ke dalam bentuk jadual.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 25 Apabila PdPC sudah mencapai tahap pengukuhan iaitu pelajar diminta untuk menyiapkan media, pelajar menghadapi masalah untuk menentukan media yang tepat walaupun pelajar berjaya menyiapkan jadual. 5.1.2 Ujian Pra Semasa ujian pra dilaksanakan, pengkaji mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 20 soalan kepada pelajar. Pelajar dikehendaki mengenalpasti media berdasarkan set soalan yang dibekalkan. Semasa ujian ini berlangsung, pelajar tidak dibenarkan untuk merujuk buku atau nota malah dilarang sama sekali berbincang dengan pelajar-pelajar lain. Kertas soalan itu dikutip semula untuk dianalisis. Masa yang diberikan untuk menjawab set soalan tersebut ialah 40 minit. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Jadual 1: SKOR UJIAN PRA Markah Bilangan Pelajar (orang) 1-5 12 6-10 2 11-15 1 16-20 0 Setelah ujian pra dilaksanakan, pengkaji telah berjaya mengumpul data seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Berdasarkan dapatan ujian Pra jelas menunjukkan bahawa seramai 12 orang pelajar mendapat 1-5 markah. Data ini menunjukkan bahawa 80% pelajar K8S2 begitu lemah untuk menentukan media yang tepat. Berdasarkan Jadual 1, hanya seorang sahaja mampu memperolehi 11-15 markah dan 2 orang memperoleh 6-10 markah. Berdasarkan data, tidak ada sesiapa pun yang memperolehi 16-20 markah. Dapat disimpulkan bahawa pelajar K8S2 amat lemah dalam menentukan jenis media yang tepat. Pengkaji telah membincangkan set soalan yang telah diuji kepada pelajar dengan memberi jawapan beserta alasan. Sepanjang perbincangan tersebut, pelajar asyik bertanya kenapa, mengapa, bagaimana malah ada yang mempertikaikan jawapan pengkaji. Hasil daripada perbincangan itu,


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 26 dapat disimpulkan bahawa pelajar K8S2 tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menentukan jenis media berdasarkan soalan. Pengkaji telah mengambil beberapa langkah untuk mendalami lagi punca sebenar masalah ini berlaku dengan menemubual pelajar, menyemak semula nota dan latihan. Pengkaji telah mendapati bahawa pelajar hanya tahu melukis media sahaja walaupun sebenarnya pengkaji mendapati bahawa media yang dilukis tidak menepati kriteria Majlis Peperiksaan Malaysia. Bukan itu sahaja, pelajar juga turut menyatakan bahawa mereka kurang mahir memindahkan data daripada teks ke dalam bentuk jadual. Perkara yang paling mengejutkan daripada pengakuan para pelajar ialah mereka kurang menguasai pengiraan asas seperti mencari nilai peratus, mencari nilai mutlak dan peratus perubahan. Hal ini menunjukkan bahawa asas matematik para pelajar K8S2 adalah tidak kuat. 5.3 Tindakan yang dijalankan Berdasarkan analisis tinjauan masalah dalam ujian pra, pengkaji telah merangka kaedah “bonding” yang bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar K8S2 untuk mengenalpasti media. Kaedah “bonding” terdiri daripada dua aktiviti iaitu: i. Uji diri sendiri ii. Kuiz Media Oh Media Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan peralatan seperti: i. Komputer ii. Lcd iii. Scanner iv. Speaker 5.4 Pelaksanaan tindakan dan penilaian. 5.4.1 Pelaksanaan aktiviti Uji Diri Sendiri 5.4.1.1 Langkah pertama: Pengkaji menerangkan semula semua jenis kegunaan dan ciri-ciri media yang perlu dikuasai oleh pelajar Tingkatan Enam Kemanusiaan 8. Penerangan ini termasuklah menunjukkan gambar media melalui bahan edaran. Pada bahan edaran yang sama, pengkaji juga menyenaraikan kata-kata kunci yang perlu dihafal oleh pelajar agar mudah untuk menentukan jenis media yang tepat berdasarkan kehendak soalan. Pelajar memberikan respon


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 27 yang baik terhadap penerangan tersebut kerana mereka semakin jelas kegunaan dan cara mengenalpasti media berdasarkan soalan. Penerangan tersebut mengambil masa selama seminggu. 5.4.1.2 Langkah kedua: Pengkaji menyediakan 20 set soalan untuk menguji kemahiran pelajar Tingkatan Enam Kemanusiaan 8 mengenalpasti media berdasarkan soalan. Soalan-soalan tersebut adalah koleksi soalan-soalan STPM sebenar dari tahun 2010 hingga tahun 2019. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam tempoh 30 minit. Aktiviti ini dilaksanakan seminggu selepas penerangan kegunaan media dan kata kunci diberikan. 5.4.1.3 Refleksi: Pengkaji mendapati bahawa pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan-soalan dalam aktiviti Uji Diri Sendiri setelah diberikan input mengenai kegunaan media dan penggunaan kata-kata kunci untuk mengenalpasti media berdasarkan soalan. Hasil daripada ujian tersebut didapati bahawa terdapat peningkatan skor markah yang diperoleh berbanding ujian pra. 5.4.2 Pelaksanaan Kuiz Media Oh Media 5.4.2.1 Langkah Pertama: Pengkaji telah membina 30 set soalan yang terpilih merangkumi semua jenis media yang perlu dikuasai oleh pelajar K8S2. Setiap soalan yang dibina perlu di"hyperlink" dengan jawapan sebenar. Jawapan itu perlu dilengkapi dengan gambar media agar pelajar lebih faham. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan scanner untuk mengimbas media agar dapat dimasukkan dalam jawapan yang telah pun di"hyperlink" 5.4.2.2 Langkah Kedua: Sebelum Kuiz Media Oh Media dilaksanakan, pengkaji telah menayangkan video jenis-jenis media sebagai langkah ulangkaji kilat. 5.4.2.3 Langkah Ketiga: Pelajar diingatkan agar mencatatkan jawapan itu sendiri walaupun tidak disoal. Pelajar diingatkan agar mengaplikasikan kata-kata kunci yang telah dihafal oleh mereka dan bersikap jujur apabila menjawab kuiz ini. 5.4.2.4 Langkah keempat: Pengkaji menayangkan soalan demi soalan untuk diteliti oleh pelajar. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali untuk berbincang atau merujuk kepada nota atau buku rujukan. Selepas itu, pengkaji memilih 3 orang pelajar untuk memberikan jawapan bagi satu soalan.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 28 Setelah 3 orang pelajar memberikan jawapan bagi satu soalan, barulah pengkaji membuka hyperlink untuk mengetahui jawapannya. Pelajar yang memberikan jawapan yang salah dikenakan denda manakala pelajar yang berjaya menjawab diberikan ganjaran berbentuk gula-gula. Pengkaji menayangkan 30 set soalan tersebut sehingga semua pelajar dalam kelas K8S2 menjawab soalan. 5.4.2.5 Langkah kelima: Pada akhir PdPC, catatan markah yang dibuat oleh pelajar dikutip untuk dianalisis. 5.4.2.6 Refleksi: Pengkaji mendapati bahawa pelajar menunjukkan minat menjawab soalan kuiz. Bukan itu sahaja, pelajar dapat mengaplikasikan penggunaan kata kunci untuk mengenal pasti media. Dapatan menunjukkan berlaku sedikit peningkatan skor. 5.5 Refleksi Kajian Jadual 2: SKOR PELAJAR K8S2 MENGIKUT JENIS UJIAN Markah UJIAN PRA (orang) UJI DIRI SENDIRI (orang) KUIZ MEDIA OH MEDIA (orang) 1-5 12 3 1 6-10 2 9 3 11-15 1 2 6 16-20 0 1 3 21-25 - - 1 26-30 - - 1 Berdasarkan Jadual 2, jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah skor bagi setiap ujian yang dijalankan. Jumlah pelajar yang memperoleh skor 1-5 markah telah menunjukkan penurunan dari 12 orang kepada seorang sahaja. Manakala jumlah pelajar yang mendapat skor 11-15 markah menunjukkan peningkatan iaitu daripada seorang kepada 6 orang. Selain itu, jumlah pelajar yang mendapat skor 21-25 dan 26-30 juga turut menunjukkan


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 29 peningkatan iaitu seorang. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kaedah bonding boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kemahiran pelajar K8S2 mengenalpasti media. Pada pendapat pengkaji, kaedah ini hanya boleh dilaksanakan setelah pelajar telah diajar semua jenis media yang perlu dikuasai oleh mereka. Kaedah ini hanya dapat membantu pelajar menentukan jenis media yang tepat sahaja. Sepanjang kajian ini dilaksanakan, pengkaji dapat mengesan beberapa masalah lain. Antara masalah tersebut: i) terdapat pelajar yang belum mahir memindahkan data dalam bentuk jadual ii) terdapat pelajar yang sukar memahami matematik berbentuk frasa. Contohnya ada yang tidak faham ayat seperti "meningkat sebanyak ", "meningkat kepada", "meningkat sebanyak 10% berbanding" dan lain-lain. Masalah ini dihadapi oleh pelajar yang mempunyai asas matematik yang lemah. iii) terdapat pelajar yang tidak dapat melukis media mengikut masa yang ditetapkan. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji bercadang terus menggunakan kaedah ini sepanjang PdPC. Pengkaji juga bercadang untuk mengkaji kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami teks soalan yang mengandungi pelbagai frasa matematik. BIBLIOGRAFI Buku Laporan Kajian Penyelidikan Sekolah, 2007. Jabatan Pelajaran Selangor. Modul Kursus Pemantapan P & P Pengajian Am, 2006. Jabatan Negeri Terengganu. Modul Kursus Kecemerlangan Akademik: Pengajian Am, 2005. Jabatan Negeri Pahang. Modul Kursus Kecemerlangan STPM 2007-2010. Jawatankuasa Kemajuan Akademik Pengajian Am Daerah Klang. Muhammad Ariffin, 2010. Lembaran Efektif STPM Pengajian Am Bahagian D & E. Kuala Lumpur,Marshall Carvendish.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 30 KAEDAH “DIAPEN” DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR K6 SEM 1 TENTANG SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA HUSSEIN BIN ABDUL MANAF KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH ABSTRAK Topik sistem pemerintahan merupakan salah satu bab yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Am semester satu bagi peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pemerhatian awal pengkaji menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menguasai topik ini dengan baik kerana terlalu banyak item yang perlu dibaca dan dihafal. Dalam bab ini, pelajar perlu mengingati institusi-institusi pemerintahan, bidang tugas dan fungsi setiap institusi pemerintahan negara di bawah Doktrin Pengasingan Kuasa. Kajian tindakan ini dilakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar K6 Sem 1 Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam tentang sistem pemerintahan negara kita yang berlandaskan ciri Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dan Doktrin Pengasingan Kuasa. Kaedah intervensi yang digunakan ialah DiaPen. Kajian tindakan ini telah mengambil masa selama satu minggu. Dengan menggunakan kaedah kajian tindakan, pengkaji telah menjalankan ujian pra, ujian pasca, temu bual dan pemerhatian ke atas 33 orang pelajar Tingkatan Enam semester 1 (Kelas K6 Sem 1) untuk menguji keberkesanan penggunaan DiaPen bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman tentang topik sistem pemerintahan negara. Kajian ini mendapati bahawa pengaplikasian kaedah DiaPen dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang topik Sistem Pemerintahan Negara. DiaPen ini dilihat dapat menyediakan alternatif kepada kaedah pedagogi para pensyarah dalam kelas di samping meningkatkan penguasaan para pelajar. Kata Kunci : Pengajian Am, Sistem Pemerintahan, Doktrin Pengasingan Kuasa, DiaPen. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menetapkan bahawa setiap calon wajib mendapat sekurang-kurangnya lulus penuh gred C dalam mata pelajaran Pengajian Am bagi melayakkan mereka mendapat sijil STPM. Pengajian Am merupakan modular dan diajar mengikut semester. Sukatan Pelajaran Pengajian Am menetapkan bahawa pelajar-pelajar Tingkatan Enam wajib mempelajari sistem tadbir urus negara semasa berada di semester satu.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 31 Sungguhpun buku teks sejarah Tingkatan 5 (Bab 3) ada menyentuh tentang Konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, namun maklumat yang disampaikan adalah tidak cukup mendalam sekaligus gagal memberikan gambaran yang komprehensif tentang sistem pemerintahan negara Malaysia kepada pelajar. Tambahan pula, kebanyakan pelajar Tingkatan 5 mempelajari subjek sejarah semata-mata mahu lulus subjek ini dan sekaligus melayakkan mereka mendapat sijil penuh SPM. Berdasarkan hasil pemerhatian, temu bual dan semakan tugasan, pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami konsep tadbir urus negara Malaysia, iaitu: 1. Pelajar tidak dapat menjelaskan ciri-ciri dalam sistem pemerintahan negara kita. 2. Pelajar tidak dapat menyebut institusi-institusi yang ada di bawah Doktrin Pengasingan Kuasa. 3. Pelajar tidak dapat menyatakan fungsi-fungsi dan bidang kuasa setiap institusi dalam sistem pemerintahan negara kita yang berlandaskan Doktrin Pengasingan Kuasa. 4. Pelajar juga tidak dapat menjelaskan perkaitan yang wujud antara satu institusi dengan institusi yang lain dalam sistem pemerintahan negara kita. Hasil temu bual pengkaji mendapati terdapat beberapa faktor telah mendorong masalah di atas berlaku. Antaranya: i. Persepsi pelajar bahawa tadbir urus negara ialah soal politik yang tiada kaitan dengan mereka sebagai pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat terhadap topik tadbir urus negara. ii. Persembahan teks (text presentation) dalam buku teks Pengajian Am kebanyakan berbentuk linear gagal menarik minat dan sekaligus memberi impak kepada pelajar. Pelajar berasa bosan ketika membaca buku Pengajian Am yang rata-ratanya menjelaskan sistem pentadbiran negara dalam bentuk teks linear secara berperenggan.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 32 2.0 OBJEKTIF 2.1 Objektif Umum • Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar K6 Sem 1 Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam Sandakan tentang sistem pemerintahan negara kita. 2.2 Objektif Khusus I. Pelajar dapat melukis diagram tentang sistem pemerintahan negara kita. II. Pelajar dapat menyebut badan-badan yang ada di bawah Doktrin Pengasingan Kuasa. III. Pelajar dapat menjelaskan perkaitan yang wujud antara satu badan dengan badan yang lain dalam sistem pentadbiran negara kita. 3.0 FOKUS KAJIAN Sistem pentadbiran negara merupakan satu topik yang agak luas kerana di bawah Doktrin Pengasingan Kuasa, Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pentadbiran (Eksekutif), dan Badan Kehakiman (Judisiari) mempunyai fungsi dan bidang tugas masing-masing. Badan-badan ini bukan sahaja mempunyai komponen-komponen tertentu dalam menjalankan peranan masingmasing, malah wujud juga perkaitan antara satu badan dengan badan yang lain dalam sistem tadbir urus negara ini. Informasi yang banyak dan komplikated ini menjadi halangan besar kepada para pelajar untuk memahaminya. Oleh itu, sebagai pendidik, pengkaji berasa bertanggungjawab untuk mencari intervensi yang sesuai bagi membantu pelajar dalam memahami sistem pentadbiran negara kita. Pengkaji telah mencipta suatu intervensi yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang sistem pentadbiran negara yang diberi nama ‘DiaPen’. DiaPen ini merupakan gabungan bagi dua perkataan, iaitu “Diagram”(Dia) dan “Pentadbiran” (Pen). Diagram dilihat sebagai kaedah yang sesuai untuk menerangkan topik sistem pemerintahan negara yang mempunyai pelbagai cabang dan komponennya. Garisan-garisan dalam diagram juga dapat menerangkan perkaitan antara satu badan dengan badan yang lain sama ada berbentuk kawalan atau tanggungjawab. Terdapat pelbagai diagram yang relevan digunakan untuk menerangkan topik


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 33 sistem pemerintahan seperti diagram venn, diagram senarai, diagram proses, diagram hierarki, diagram hubungan, diagram piramid dan sebagainya 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua pelajar kelas K6 Sem 1 yang berjumlah 33 orang pelajar. Pelajar-pelajar ini berpencapaian sederhana dan rendah. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Awal Masalah Sebelum langkah intervensi diperkenalkan, tinjauan mendapati pelajar tidak dapat menjawab soalan tentang sistem pemerintahan negara secara lisan. Majoriti pelajar membisu ketika disoal. Ada segelintir pelajar mencuba untuk memberi respon, namun jawapan yang diberikan itu kurang tepat. 5.2 Ujian Pra Ujian pra dijalankan oleh pengkaji terhadap pelajar dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik sistem pemerintahan negara Malaysia. Sebanyak 10 soalan aneka pilihan diberikan kepada setiap pelajar yang memperuntukkan 10 markah keseluruhan. Ujian pra ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana pengetahuan pelajar tentang sistem pemerintahan negara. 5.2.1 Analisis Keputusan Ujian Pra Pengkaji telah menganalisis keputusan ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengesan tahap pengetahuan mereka tentang sistem pemerintahan negara. Mereka diberi masa selama 15 minit untuk menjawab 10 soalan aneka pilihan dalam ujian pra tersebut. Hasilnya, 27 /33 orang pelajar mendapat 01/10 hingga 03/10 markah dalam ujian yang diberikan. Pencapaian ini dikategorikan sebagai keputusan lemah dan sekaligus mendapat gred F.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 34 Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Markah (%) Ujian Pra 10/10/2022 (Orang) 01 14 02 8 03 5 04 3 05 1 06 1 07 1 08 - 09 - 10 - Jumlah 33 5.3 Tindakan Mengatasi Masalah Berdasarkan tinjauan awal dan data ujian pra yang diperoleh, pengkaji telah mengambil tindakan intervensi dengan memperkenalkan kaedah DiaPen (Diagram untuk Pentadbiran) dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan. 5.4 Pelaksanaan Intervensi Jadual 2 di bawah menunjukkan langkah-langkah penggunaan kaedah DiaPen untuk menerangkan sistem pemerintahan negara. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk kaedah ini ialah 60 minit.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 35 Jadual 2: Langkah-langkah melaksanakan kaedah DiaPen Langkah 1 Sebelum memulakan PdPC kaedah DiaPen, pengkaji memperkenalkan jenis-jenis diagram yang sesuai untuk pentadbiran. Pengkaji juga menerangkan tujuan penggunaan diagram ini. Langkah 2 Pengkaji melukis diagram pentadbiran dengan membahagikan sistem pemerintahan negara kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Langkah 3 Pengkaji memasukkan isi-isi yang penting bagi setiap badan tersebut. Langkah 4 Pengkaji menerangkan setiap isi dalam diagram tersebut dengan memberi contoh yang relevan. Langkah 5 Pengkaji meminta pelajar melukis diagram pentadbiran dalam buku catatan sendiri. Langkah 6 Pengkaji membuat rumusan secara keseluruhan tentang diagram tersebut.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 36 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Dapatan Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 3: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Markah (%) Ujian Pra 10/10/2022 (Orang) Ujian Pasca 17/10/2022 (Orang) 01 14 - 02 8 - 03 5 - 04 3 6 05 1 6 06 1 10 07 1 5 08 - 2 09 - 2 10 - 2 Jumlah 33 33 Merujuk kepada jadual perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan oleh pengkaji terhadap 33 orang pelajar, pengkaji mendapati terdapat peningkatkan yang amat ketara antara kedua-dua keputusan tersebut. Dalam ujian pra, sejumlah 27/33 orang pelajar hanya berjaya mendapat 01 hingga 03 markah. Manakala dalam ujian pasca, 0/33 orang pelajar memperoleh 01 hingga 03 markah. Selepas diperkenalkan intervensi DiaPen ini, pelajar yang mendapat markah paling rendah pun berjaya menperoleh 04 markah, iaitu sebanyak 6 orang. Tiada seorang pun berjaya mendapat 08 hingga 10 markah dalam ujian pra, manakala dalam ujian pasca, masingmasing 2 orang pelajar berjaya mendapat markah 08 hingga 10 markah. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilaksanakan ini, kaedah DiaPen ini ternyata dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang sistem pemerintahan negara Malaysia. DiaPen ini dapat memberikan gambaran yang sungguh jelas kepada para pelajar tentang sistem pemerintahan


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 37 negara kita. Kaedah ini bukan sahaja memudahkan pensyarah menerangkan topik ini, malah kaedah diagram ini juga memudahkan pelajar untuk membuat ulangkaji. Tuntasnya, pengkaji dapat merumuskan bahawa dapatan yang diperoleh daripada kajian tindakan ini telah menjawab kesemua objektif kajian yang telah dikemukakan. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar amat tertarik dengan kaedah pembelajaran berasaskan diagram ini. Oleh sebab itu, untuk kajian yang seterusnya, pengkaji bercadang meneruskan kaedah yang menggunakan diagram untuk subjek Pengajian Am bagi Semester 2 dan Semester 3 seperti topik Ideologi, Wawasan dan Dasar Pembangunan Negara untuk Semester 2 dan topik Hubungan Antarabangsa untuk Semester 3. Pengkaji berharap dengan penghasilan inovasi pembelajaran secara berterusan seperti ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi bagi subjek Pengajian Am dengan lebih efektif. BIBLIOGRAFI Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Mohd Ridzuan Md Nasir. (2021). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan & Inovasi. Kelantan: Uni Press Sdn. Bhd. Perlembagaan Persekutuan. (2022) Kuala Lumpur: ILBS. Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Sukatan Pelajaran Pengajian Am. (2002). Selangor: Majlis Peperiksaan Malaysia.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 38 LAMPIRAN Gambar 1: Teknik penyoalan digunakan untuk meninjau tahap pengetahuan pelajar tentang sistem pemerintahan negara. Gambar 2: Soalan ujian pra yang dijawab oleh para pelajar


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 39 Gambar 3: Pengkaji melukis diagram pentadbiran di papan putih dengan membahagikan sistem pemerintahan negara kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Gambar 4: Pengkaji memasukkan isi-isi yang penting bagi setiap badan tersebut.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 40 Gambar 5: Pengkaji menerangkan setiap isi dalam diagram tersebut dengan memberi contoh yang relevan. Gambar 6: Pengkaji meminta pelajar melukis diagram pentadbiran dalam buku catatan sendiri.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 41 Gambar 7 : Pengkaji membuat rumusan secara keseluruhan tentang diagram tersebut. Gambar 8 : Soalan ujian pasca yang dijawab oleh para pelajar


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 42 KAEDAH “DRAFTING” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR BAGI SOALAN ALIH BENTUK KOMUNIKASI (ABK) MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 2 LEONG TING TSU KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH ABSTRAK Kaedah Drafting dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam menjawab soalan Alih Bentuk Komunikasi (ABK) mata pelajaran Pengajian Am STPM Semester 2. Kaedah ini telah diperkenalkan dengan pendekatan pembelajaran masteri iaitu memastikan pelaja r menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajran seterusnya. Kajian ini dilakukan terhadap 23 orang pelajar semester 2 Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam. Fokus utama kajian ini adalah bagi mengurangkan kecuaian pelajar terhadap aspek yang diklasifikasikan sebagai kesalahan major dalam soalan ABK iaitu lakaran media (tajuk, petunjuk, paksi-x, paksi-y, sumber, skala). Tinjauan awal mendapati pelajar kerap melakukan kecuaian sewaktu menyediakan lakaran media. Pelaksanaan kajian ini dilakukan melalui ujian pra dan pasca, dan aktiviti pembelajaran masteri berpandukan teknik pemarkahan soalan ABK. Dapatan kajian menunjukkan pelajar berjaya meminimumkan kesalahan major dalam melakar media. Kata Kunci : Alih Bentuk Komunikasi(ABK), Pembelajaran Masteri, Kecuaian 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kajian ini dijalankan selepas pengkaji dapat mengesan beberapa kelemahan dan kesalahan major setelah selesai minggu ketiga PdPC Alih Bentuk Kumunikasi (ABK) diperkenalkan kepada para pelajar. Pelajar kerap kali melakukan kesalahan yang sama dan secara berulang. Pelajar juga kerap lupa dan tertinggal tempat yang patut diisi. Bagi soalan Alih Bentuk Komunikasi (ABK), teknikal soalan dipecahkan kepada 4 komponen utama iaitu Pengkelasan Angkubah (PA), Kesesuaian Teknik (KT), Ketetapan Isi (KI) dan Kekemasan (KM). Hasil latih tubi dan soalan pengukuhan mendapati pelajar kerap melakukan kecuaian pada bahagian yang diklafikasikan sebagai kesalahan major pada persembahan media di bahagian paksi-y dan paksi-x.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 43 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam persembahan jawapan Alih Bentuk Komunikasi (ABK) dan mengurangkan kesalahan yang merisikokan pelajar untuk dikenakan panaliti besar oleh skema pemarkahan. Pelajar akan dapat mengesan kesalahan dan kecuaian mereka.Pendekatan secara holistik melalui pendedahan teknik pemarkahan bahagian Alih Bentuk Komunikasi diberikan oleh pengkaji bagi menambah keyakinan pelajar untuk memperbaiki kualiti persembahan jawapan mereka. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan pelajar dalam menjawab soalan Alih Bentuk Komunikasi. 3.2 Objektif Khusus: Meningkatkan kemahiran menguasai lakaran media (Tajuk,Paksi- x, Paksi-y, Plotkan, Skala, Nisbah, Petunjuk, Sumber) dalam tempoh masa 40 minit. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 23 orang pelajar K2 semester 2 Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam . 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Selepas Minggu ketiga, pengkaji mula sedar bahawa pelajar masih mengulangi kesalahan yang sama secara berulang . Bagi mengatasi masalah ini, berikut merupakan aktiviti pelaksanaan kajian tindakan.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 44 JADUAL 1 : Perancangan Aktiviti Kajian Tindakan Bil Aktiviti Masa 1. Mengenalpasti masalah APRIL 2. Membuat tinjauan awal /ujian pra APRIL 3. Menyediakan kajian tindakan APRIL 4. Merancang aktiviti APRIL 5. Melaksanakan tindakan /aktiviti 1 APRIL 6. Melaksanankan tindakan /aktiviti2 APRIL 7. Melaksanakan tindakan /aktiviti 3 MEI 8. Melaksanakan penilaian /ujian pos MEI 9. Mengumpul data dan membuat analisis MEI 10. Refleksi kajian MEI 11. Menulis laporan JUN 12. Sesi pembentangan JUN 5.1 Tinjauan Masalah Pengkaji telah melakukan tinjauan awal terhadap masalah yang dihadapi iaitu kesilapan major dilakukan secara berulang . Sewaktu kuliah, pengkaji telah mendedahkan secara menyeluruh mengenai aspek yang diuji dalam soalan Alih Bentuk Komunikasi pada persembahan media iaitu Pengkelasan Angkubah(PA),Kesesuaian Teknik(KT),Ketepatan Isi (KI) dan Kekemasan (KM) sebagai aspek utama ujian dilakukan kepada pelajar.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 45 JADUAL 2: Jadual perincian pemberian pemarkahan (Lakaran Media) BIL PERKARA PA KT KI KM Jumlah 1. Media Tepat 6 6 6 2 20 2. Salah media:Rujuk Jadual - - - - 01 3. Maklumat Salah Tiada Tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada 2 2 2 2 08 Tajuk/tiada tempat/tiada petunjuk/ Petunjuk pada muka surat lain 2 2 2 2 08 Tiada peritus/salah nilai atau unit pada 2 2 2 2 08 Paksi Y/jumlah besar/tiada label/ Tidak tulis label Y1 dan Y2 bagi media 2 2 2 2 08 gabungan Tidak tulis unit Y1 dan Y2 bagi media 2 2 2 2 08 gabungan Tiada Nisbah/salah nisbah jejari 5 5 4.5 3.5 18 4. Media Sumber tidak lengkap 5 5 4.5 3.5 18 Tiada sumber 5 5 4 3 17 Perbezaan sector:Keseluruhan Warna 5 5 5 5 20 Jika berlorek penuh 5 3 5 3 16 Jika bergabung warna dan lorek 5 3 5 3 16 Jika abjad atau angka 5 1 5 1 12 5.1.1 UJIAN PRA Pada minggu ketiga, pengkaji mengadakan ujian pra dengan menggunakan soalan STPM tahun 2018. Ujian pra ini digunakan sebagai alat bagi melihat pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap sesi kuliah dan modul latihan yang diberikan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan lebih jelas.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 46 5.1.2 PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian, pengkaji dapat memerhatikan bahawa pelajar cepat panik apabila berdepan dengan persembahan media. Keadaaan ini telah menyebabkan mutu jawapan tidak mengikut standard yang ditetapkan. 5.2 Analisis Dapatan Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis Keputusan Ujian Pra Setelah ujian pra dijalankan kebanyakan pelajar dikesan melakukan kesalahan yang sama berulang kali dalam persembahan media. Pelajar sering mengulangi kesalahan pada Tajuk, Paksi-Y dan Paksi-X serta beberapa kesalahan berulang seperti kedudukan media, sumber, petunjuk dan kejelasan penyampaian iaitu persembahan sektor.Kebanyakan pelajar dikenakan penalti -12 markah iaitu markah maksimum 08/20. JADUAL 4 : Analisis Dapatan Ujian Pra BIl Pelajar Ujian Pra 1. Pelajar 1 01/20 2. Pelajar 2 06/20 3. Pelajar 3 04/20 4. Pelajar 4 06/20 5. Pelajar 5 12/20 6. Pelajar 6 01/20 7. Pelajar 7 06/20 8. Pelajar 8 04/20 9. Pelajar 9 12/20 10. Pelajar 10 04/20 11. Pelajar 11 06/20 12. Pelajar 12 12/20 13. Pelajar 13 12/20 14. Pelajar 14 01/20 15. Pelajar 15 04/20 16. Pelajar 16 06/20


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 47 17. Pelajar 17 14/20 18. Pelajar 18 06/20 19. Pelajar 19 04/20 20. Pelajar 20 06/20 21. Pelajar 21 01/20 22. Pelajar 22 06/20 23. Pelajar 23 06/20 5.2.2 Analisis Dapatan Pemerhatian Berdasarkan kepada keputusan ujian pra menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pelajar masih berfokus pada lakaran media iaitu melakukan kecuaian pada bahagian tajuk paksi- y,tidak melengkapkan paksi-x dengan baik menyebabkan dikenakan penalti -12 markah. Pemerhatian pengkaji mendapati masalah ini berpunca daripada perancangan menjawab tidak dilakukan dengan baik, kecuaian dalam melengkapkan lakaran dan kesuntukan masa. 5.3 KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN Kaedah Drafting diperkenalkan setelah graf bar kompaun telah diberi ujian pra. Oleh itu, setiap kali media baharu diperkenalkan maka kaedah drafting akan digunakan untuk mengelakkan kecuaian pelajar dalam persembahan media. Langkah 1: Pelajar dipecahkan kepada 5 kumpulan iaitu 4 hingga 5 orang.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 48 Langkah 2: Pelajar diberikan edaran tugasan secara berkumpulan . Pelajar juga diberi kertas lakaran media yang perlu didraf oleh pelajar lalu mengisinya. Langkah 3: Pelajar mula melakukan analisis soalan dalam tempoh masa 5 minit dengan melihat kehendak soalan. Setelah menyediakan jadual ,pelajar mula menggunakan kaedah Drafting di atas kertas lakaran media yang diedarkan dalam kumpulan.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 49 Langkah 4 : Pelajar mula mengesan kekuatan persembahan jawapan dalam kumpulan masing-masing melalui perbincangan kumpulan. Langkah 5: Setelah 40 minit, pelajar berkongsi hasil dapatan dan perbincangan masalah yang dihadapi bersama-sama pengkaji. 5.4 REFLEKSI KAJIAN Setelah satu bulan kaedah Drafting digunakan secara berterusan dalam PdPC Alih Bentuk Komunikasi, pengkaji melakukan ujian pasca bagi menilai tahap keberkesanan proses pembelajaran persembahan media. Berikut adalah hasil perbandingan dapatan ujian pra dan ujian pasca setelah pelaksanaan kaedah ini. Jadual 6: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bil Pelajar Ujian Pra Ujian Pasca 1. Pelajar 1 01/20 18/20 2. Pelajar 2 06/20 20/20 3. Pelajar 3 04/20 20/20 4. Pelajar 4 06/20 18/20


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 50 5. Pelajar 5 12/20 17/20 6. Pelajar 6 01/20 20/20 7. Pelajar 7 06/20 20/20 8. Pelajar 8 04/20 18/20 9. Pelajar 9 12/20 20/20 10. Pelajar 10 04/20 20/20 11. Pelajar 11 06/20 20/20 12. Pelajar 12 12/20 20/20 13. Pelajar 13 12/20 17/20 14. Pelajar 14 01/20 20/20 15. Pelajar 15 04/20 20/20 16. Pelajar 16 06/20 20/20 17. Pelajar 17 14/20 18/20 18. Pelajar 18 06/20 20/20 19. Pelajar 19 04/20 20/20 20. Pelajar 20 06/20 20/20 21. Pelajar 21 01/20 20/20 22. Pelajar 22 06/20 18/20 23. Pelajar 23 06/20 20/20 Berdasarkan penilaian setelah ujian pasca dikendalikan jelas menunjukkan perubahan ketara ke arah peningkatan kualiti persembahan jawapan pelajar. Keputusan ujian pra menunjukkan pelajar mendapat markah yang rendah sebelum kaedah Drafting diperkenalkan kepada mereka. Jika dirujuk pada jadual di atas, terdapat ramai pelajar mendapat markah 20/20 dalam ujian pasca. Berdasarkan maklum balas pelajar tentang kaedah yang diperkenalkan ini, pengkaji telah menemui beberapa perkara penting: i. Pelajar tidak kelam kabut melukis media lagi. Mereka lebih yakin dan bersedia untuk mempersembahkan media tersebut. ii. Pelajar dapat mengingati tempat -tempat yang perlu dilengkapkan. Mereka tidak akan lupa dan tertinggal ruangan yang perlu diisi.


Click to View FlipBook Version