The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wpkuin, 2023-11-23 09:30:00

Jurnal Kajian Tindakan Kolej Prauniversiti KPM Datuk Pengiran Galpam 2023 Jilid 1

Kajian Tindakan Menerajui Kecemerlangan Pendidikan Global

Keywords: Action Research Journal

KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 51 iii. Pelajar semakin seronok dan teruja untuk menjawab soalan Alih Bentuk Komunikasi. Kesemua pelajar telah bersiap sedia untuk berdepan dengan soalan pelbagai aras dalam Alih Bentuk Komunikasi. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kaedah ini merupakan pendekatan pembelajaran masteri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pengkaji Pengajian Am pada hari ini. Fokus ke arah mengurangkan kesalahan major yang dilakukan oleh pelajar bagi mengurangkan risiko mendapat markah rendah dalam bahagian B. Kaedah ini merupakan asas dalam penguasaan lakaran media dalam tempoh masa yang dicadangkan iaitu 40 minit. Kaedah ini dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pelajar bahawa soalan Alih Bentuk Komunikasi Bahagian B soalan Pengajian Am Semester 2 adalah sesuatu yang menyeronokkan dan akan membantu mereka mendapat markah yang lebih baik. Kaedah ini sebenarnya boleh diubahsuai mengikut keperluan untuk pengajaran Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi) dalam semester 3.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 52 BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Abdul Majid.(2007). Pengkaji Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Mohd Ridzuan Md Nasir (2021). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan Dan Inovasi. Kota Bahru: Uni Press Sdn. Bhd. Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Zaida Torman. (2002). Amalan Teknik Mengingat Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Johor. Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 53 LAMPIRAN Pelajar menggunakan kaedah Drafting sebelum mempersembahkan media di kertas graf. Pengkaji memberi penerangan mengenai kaedah Drafting


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 54 Pengkaji memberi penerangan ruangan yang perlu diisi Pelajar menyediakan persembahan media yang lengkap berpandukan kaedah Drafting


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 55 KAEDAH “HYPERLINK” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN ENAM KELAS S4 SEM 2 MENGENALPASTI MEDIA ALIH BENTUK KOMUNIKASI KERTAS 2 PENGAJIAN AM WAI PUI KUIN KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH. ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan kaedah Hyperlink dalam meningkatkan kemahiran murid Tingkatan 6 S4 Sem 2 mengenalpasti media grafik Bahagian B Kertas 2 Pengajian Am. Istilah Hyperlink ini dipinjam pakai dalam proses PdPC kerana ciri-cirinya ternyata sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran tentang media-media grafik dalam Bahagian B, Kertas 2 Pengajian Am. Hyperlink merupakan suatu mekanisme pembelajaran yang menuntut murid mengenalpasti media grafik berdasarkan kata kunci pada soalan di samping mengingati ciri-ciri dan kegunaan setiap media grafik. Sekiranya murid dapat mengingati kata kunci bagi setiap media grafik, nescaya ini akan membantu dan menyediakan para pelajar menghadapi peperiksaan STPM dengan penuh konfiden, khususnya semasa menjawab soalan Bahagian B, Kertas 2 Pengajian Am. Seramai 9 orang pelajar Tingkatan 6 S4 Sem 2 telah dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian ini. Tempoh masa kajian mencakupi 2 minggu sahaja iaitu dari 4 hingga 15 Julai 2022. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah Hyperlink berjaya meningkatkan kemahiran pelajar Tingkatan 6 S4 Sem 2 untuk mengenalpasti media dengan tepat. Kata Kunci: Hyperlink, media grafik, PdPC 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Dalam Semester kedua, Bahagian B (Alih Bentuk Komunikasi Teks Linear kepada Bukan Linear) merupakan bahagian yang paling penting dalam menentukan sama ada seseorang calon boleh mendapat markah yang cemerlang dalam kertas 2 atau sebaliknya. Walaupun bahagian ini cuma membawa 20%, namun kegagalan calon mengenalpasti jenis media grafik yang harus dilukis akan secara langsung mencantas peluang calon tersebut untuk mendapat gred ”A” dalam kertas 2 subjek Pengajian Am.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 56 Sepanjang semester kedua ini, murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai media grafik dan teknik-teknik penghasilannya. Mereka akan diajar tentang cara memindahkan data daripada teks linear kepada jadual dan kemudiannya kepada pelbagai bentuk media grafik. Walaupun murid sudah menguasai teknik penghasilan setiap media grafik yang bakal disoal dalam peperiksaan STPM, namun kegagalan mengenalpasti jenis media daripada soalan yang ditanya akan mendorong calon tersebut memilih media yang salah dan ini akan mengakibatkan calon tersebut hanya mendapat 1 daripada 20 markah. Sehingga bulan Jun 2022, pelajar sudah pun menguasai kesemua 16 jenis media grafik dalam Bahagian B. Semenjak buka semester dua pada bulan Mac lagi, mereka diajar tentang setiap media secara topikal dan sememangnya mereka telah menguasai teknik untuk menghasilkan media-media grafik tersebut. Namun apabila sudah sampai fasa Program Barabis Intensif (bulan Julai), pengkaji mendapati bahawa pelajar – pelajar kelas S4 Sem 2 ini terlalu sukar untuk menentukan media yang tepat berdasarkan kehendak soalan. Pengkaji memberikan soalan kepada mereka tanpa memberitahu mereka jenis media yang harus dilukis, dan pengkaji telah menetapkan masa selama 35 minit untuk mereka menyiapkan soalan tersebut. Apa yang dapat pengkaji perhatikan ialah murid-murid pengkaji tidak tahu jenis media yang diminta oleh soalan. Ada murid menanya kawan mereka, ada pula sudah lama berfikir tapi gagal melukis apa-apa, ada pula terlukis media yang kurang tepat dan ada pula meminta pengkaji memberitahu jawapannya. Situasi sebegini jelas membuktikan bahawa murid pengkaji menghadapi satu masalah yang sangat kritikal, iaitu tidak dapat mengenalpasti jenis media grafik berdasarkan soalan. Walaupun tinggal satu bulan lagi peperiksaan STPM akan menjelang, pengkaji sungguh yakin bahawa pengkaji masih sempat melakukan sesuatu untuk ‘menyelamatkan’ murid-murid pengkaji. Justeru, pengkaji terdorong oleh satu motif bahawa perlunya satu teknik khas untuk membantu mereka. 2.0 FOKUS KAJIAN Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masalah utama para pelajar kelas S4 Sem 2 dalam Bahagian B ialah mereka tidak dapat menentukan media yang tepat berdasarkan kata kunci soalan.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 57 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan, semoga pelajar-pelajar dapat mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti jenis media berdasarkan kata kunci soalan. 3.2 Objektif Khusus i. Menyatakan ciri-ciri setiap media grafik dengan tepat. ii. Melukis media grafik dengan tepat dalam masa yang ditetapkan (40 minit) 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan semua pelajar kelas S4 Sem 2 yang berjumlah 9 orang pelajar. Semua pelajar ini terdiri daripada 2 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan ujian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian Pra, ujian Pasca 1 dan Pasca 2. 5.1.1 Pemerhatian Pemerhatian dibuat terhadap pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum, semasa dan selepas kajian. Pengkajimendapati bahawa pelajar kelas S4 Sem 2 ini sudah pun mengenali semua jenis media yang perlu dikuasai oleh mereka. Pengkajijuga mendapati bahawa pelajar-pelajar ini sudah mempunyai kemahiran memindahkan data dalam teks pemahaman kepada bentuk jadual. Pelajar sememangnya menumpukan perhatian setiap kali PdPC dilaksanakan. Apabila PdPC sudah mencapai tahap pengukuhan iaitu pelajar diminta untuk menyiapkan media, pelajar menghadapi masalah untuk menentukan media yang tepat walaupun pelajar berjaya menyiapkan jadual dengan lengkap dan tepat.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 58 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca Untuk mengetahui tahap kemahiran pelajar kelas S4 Sem 2 ini menentukan media yang tepat, pengkajitelah membuat ujian Pra yang terdiri daripada 20 soalan Bahagian B Pengajian Am Kertas 2. Dalam ujian ini, hanya soalan sahaja diedarkan kepada pelajar dalam bentuk kertas edaran. Teks penuh soalan ini tidak disertakan kerana pelajar sebenarnya boleh mengenalpasti jenis media hanya berdasarkan soalan walaupun tanpa teks penuh. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali merujuk kepada sebarang buku untuk mendapatkan jawapan ataupun membuat sebarang bentuk perbincangan. Ujian Pasca 1 pula dibuat selepas 1 minggu kajian dilaksanakan. Ujian Pasca 1 sama seperti Ujian Pra dengan sedikit rombakan pada soalan. Bentuk dan format soalan masih sama dengan Ujian Pra. Manakala Ujian Pasca 2 pula ialah Peperiksaan Percubaan Semester 2. 5.2 Tindakan Mengatasi Masalah 5.2.1 Sebelum melaksanakan ujian Pra, pengkaji ada bertanya kepada pelajar kelas S4 Sem 2 ini tentang masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka dalam Bahagian B. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat menentukan jenis media yang tepat berdasarkan kehendak soalan. Sekiranya mereka sudah diberitahu tentang jenis media yang harus dilukis, maka mereka dapat membina media tersebut. 5.2.2 Selepas itu pengkaji telah melaksanakan ujian Pra untuk mengetahui tahap kemahiran pelajar S4 Sem 2 mengenalpasti media berdasarkan kehendak soalan. 5.2.3 Setelah mendapat skor ujian Pra, pengkaji telah memperkenalkan kaedah hyperlink kepada pelajar-pelajar.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 59 5.3 Pelaksanaan Intervensi Jadual 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah penggunaan kaedah hyperlink untuk meningkatkan kemahiran pelajar mengenalpasti jenis media grafik. Jadual 1: Langkah-langkah melaksanakan kaedah hyperlink Langkah 1 • Pengkaji menerangkan semula semua jenis media, kegunaan dan ciri-ciri media yang perlu dikuasai oleh pelajar. • Penerangan ini termasuklah menunjukkan gambar media melalui slaid power point. • Pengkaji menyenaraikan kata-kata kunci yang perlu dihafal oleh pelajar agar mudah untuk menentukan jenis media yang tepat berdasarkan kehendak soalan. • Penerangan tersebut mengambil masa selama 4 waktu. Langkah 2 • Pengkaji menaip semula soalan-soalan terpilih untuk melaksanakan kaedah hyperlink. • Set soalan yang pengkaji pilih adalah sebanyak 20 soalan yang merangkumi semua jenis media dalam Bahagian B. • Setiap soalan yang dibina perlu di"hyperlink" dengan jawapan sebenar. • Jawapan itu perlu dilengkapi dengan gambar media agar pelajar lebih faham. Langkah 3 • Semasa PdPC dilaksanakan, pengkaji menggunakan laptop dan LCD untuk melaksanakan kaedah hyperlink. • Pengkaji menayangkan set soalan yang telah di"hyperlink" kepada pelajar. • Pengkaji hanya menggunakan program Microsoft Power Point dan Microsoft Word untuk menayangkan semua set soalan dan jawapan yang telah di“hyperlink”. • Sebelum itu, pengkaji telah menayangkan semula set kata kunci yang telah pengkaji terangkan kepada pelajar pada PdPC yang lalu untuk mengukuhkan ingatan mereka terhadap setiap jenis media.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 60 Langkah 4 • Setelah ulangkaji seimbas lalu dibuat, pengkaji menayangkan soalan melalui slaid power point dan meminta seorang demi seorang pelajar untuk bangun dan menjawab. • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali untuk berbincang atau merujuk nota atau buku rujukan. • Soalan bunyi : “Apakah media yang sesuai untuk soalan ini?” “Apakah kata kunci yang membuat anda memilih media ini?” • Selepas pelajar memberi jawapan, pengkaji akan menayangkan slaid jawapan yang berkaitan dengan soalan yang ditanya. • Sekiranya pelajar dapat menjawab dengan tepat, pengkaji akan memberi pujian serta – merta sebagai peneguhan positif. • Jikalau jawapan pelajar kurang tepat, pengkaji akan membimbing pelajar itu mengenalpasti kata kunci soalan sehingga pelajar itu berjaya memberi jawapan yang tepat. Langkah 5 • Selepas satu minggu kaedah hyperlink dilaksanakan, pengkaji mengedarkan soalan Ujian Pasca 1 kepada pelajar. • Tujuan Ujian Pasca 1 diadakan adalah untuk melihat setakat mana penguasaan murid dalam mengenalpasti kata kunci setiap jenis media grafik. • Jumlah soalan Ujian Pasca 1 adalah sebanyak 20. Markah hanya diberikan kepada soalan yang tepat. Jumlah markah akan dipungut untuk dianalisis. Langkah 6 • Markah Peperiksaan Percubaan 2, khususnya dalam Bahagian B akan diambil untuk tujuan analisis. • Gred yang berjaya diperoleh pelajar dalam Bahagian B akan dibandingkan dengan gred mereka dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca 1.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 61 5.4 Tempoh Pelaksanaan Kajian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu (4 – 15 Julai 2022). Pengkajimemperuntukkan 2 waktu setiap kali PdPC untuk melaksanakan kaedah hyperlink. Pelajar telah menjalani ujian Pra, seminggu kemudian ujian Pasca 1, dan pada minggu yang sama ujian Pasca 2. 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan terhadap kumpulan sasaran didapati bahawa: i) pelajar berjaya mengenalpasti media dengan tepat ii) pelajar lebih yakin menjawab pelbagai bentuk soalan dalam Bahagian B iii) pelajar lebih fokus menyiapkan tugasan iv) pelajar dapat menyiapkan graf dalam masa yang ditetapkan (35 minit). 5.5.2 Dapatan Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 2 :Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Bil. Nama Ujian Pra (20 m) Gred Ujian Pasca 1 (20 m) Gred Beza markah 1. PELAJAR A 4 D+ 15 B+ +11 2. PELAJAR B 9 C+ 18 A +9 3. PELAJAR C 4 D+ 14 B+ +10 4. PELAJAR D 6 C 15 B+ +9 5. PELAJAR E 7 C 14 B+ +7 6. PELAJAR F 10 B- 16 A- +6 7. PELAJAR G 12 B 18 B +6 8. PELAJAR H 8 C+ 17 A- +9 9. PELAJAR I 6 C 10 B- +4 Nota: Jumlah soalan ialah 20 soalan. Jumlah jawapan pelajar yang betul sahaja diambil untuk dianalisis.


KPU KPM Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 62 Jadual 3 :Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian Pra dan ujian Pasca 1 Markah Bilangan Pelajar (orang) Pra Pasca 1 Perubahan (+/ -) 1-5 2 0 -2 6-10 6 1 -5 11-15 1 4 +3 16-20 0 4 +4 Jumlah 9 9 - Berdasarkan Jadual 2 dan 3 di atas, didapati SEMUA pelajar telah menunjukkan peningkatan dalam Ujian Pasca 1 berbanding Ujian Pra. Daripada 9 orang murid, seorang murid mencapai peningkatan sebanyak 4 markah, 2 orang murid meningkat sebanyak 6 markah, seorang meningkat 7 markah berbanding ujian pra, 3 orang meningkat sebanyak 9 markah, masing 1 orang meningkat 10 dan 11 markah berbanding ujian pra lalu. Ini merupakan pencapaian yang sangat memberangsangkan. Jadual 4: Keputusan Ujian Pasca 2 (Peperiksaan Percubaan 2) Bil. Nama Ujian Pasca 2 (20 m) Gred 1. PELAJAR A 19 A 2. PELAJAR B 18 A 3. PELAJAR C 18 A 4. PELAJAR D 20 A 5. PELAJAR E 16 A6. PELAJAR F 20 A 7. PELAJAR G 18 A 8. PELAJAR H 17 A9. PELAJAR I 6 C Nota: Markah penuh bahagian B ialah 20 markah dalam soalan peperiksaan.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 63 Dalam ujian pasca 2 pula (Peperiksaan Percubaan Semester 2), cuma seorang saja pelajar gagal mendapat markah yang baik, iaitu hanya 6 daripada 20 markah. Pelajar ini perlu diberi bimbingan intensif. Manakala selebihnya ada 2 orang calon mendapat markah penuh iaitu 20/20, seorang mendapat 19/20, tiga orang mendapat 18/20, dan masing-masing seorang mendapat 17/20 dan 16/20. Jadual 5: Analisis Ujian Pasca 2 (Peperiksaan Percubaan 2) Markah Gred Bilangan pelajar 18 – 20 A 6 16 – 17 A- 2 14 – 15 B+ 0 12 – 13 B 0 10 – 11 B- 0 8 – 9 C+ 0 6 – 7 C 1 5 C- 0 4 D+ 0 3 D 0 1-2 F 0 Nota: Markah penuh bahagian D ialah 15 markah dalam soalan peperiksaan


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 64 Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra, Ujian Pasca 1, dan Ujian Pasca 2 Mengikut Gred Gred Bilangan Pelajar (Orang) Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2 A 0 1 6 A- 0 2 2 B+ 0 4 0 B 1 1 0 B- 1 1 0 C+ 2 0 0 C 3 0 1 C- 0 0 0 D+ 2 0 0 D 0 0 0 F 0 0 0 Berdasarkan jadual 6 di atas, jelas kelihatan pelajar telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dari Ujian Pra sehingga Ujian Pasca 2. Bilangan pelajar yang mendapat gred A telah meningkat secara konsisten. Sementara itu, tidak ada seorang pun pelajar mendapat gred C- dan ke bawah. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Kaedah ini sebenarnya boleh diubahsuai mengikut keperluan untuk pengajaran Bahagian A, dan C bagi subjek Pengajian Am kertas 2.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 65 BIBLIOGRAFI Amran Idris. (2016). NOTA PEMBELAJARAN & LEMBARAN PRAKTIS PENGGAL 2. Kuala Lumpur: Local Publication Goay Teck Chong. (2017). SUPER SKILLS TEKS PRA-U STPM PENGAJIAN AM. Selangor: Sasbadi. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Majlis Peperiksaan Malaysia (2012), Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM , Selangor. Mohd Ridzuan Md Nasir. (2021). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan & Inovasi. Kelantan: Uni Press Sdn. Bhd. Muhd. Nasir Ariffin. (2009). Praktis Tubi A STPM Pengajian Am (Kertas 2 – Bahagian D & E). Selangor: Penerbit Ilmu Bakti. Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 66 LAMPIRAN Bahagian B (Ujian Pra) / 2022 Arahan: Baca soalan-soalan berikut dan nyatakan jenis media grafik yang sesuai. Bil Soalan Jawapan 1 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi kerjaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malayisa ketujuh. (2000) 2 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan satu graf garis tentang trend syarat perdagangan dan kadar pertukaran komoditi pertanian yang dipilih di Malaysia antara tahun 1990 dgn anggaran bagi tahun 2000. (1999) 3 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikatsyarikat yang dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur. (2000) 4 Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh tahun 1990 dan tahun 1995. (1998) 5 Dengan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pada tahun 1990 dan tahun 1995. (1996) 6 Dengan menggunakan maklumat yang disediakan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. (1995) 7 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama antara tahun 1989 hingga tahun 1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga jumlah pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi tempoh yang dinyatakan. (1994) 8 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 67 pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institut pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993) 9 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999. (2004) 10 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan kes kebakaran mengikut punca dari tahun 1996 hingga 2000. (2003) 11 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan kpada pihak polis, bilangan orang yang ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga 1989. (1991) 12 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004. (2008) 13 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005. (2008) 14 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan pengeluaran pelbagai kegiatan pertanian di Malaysia antara tahun 1989 dengan tahun 1990. (1993) 15 Berdasarkan maklumat dalam petikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pekerja dalam pertubuhan pembinaan dan jumlah upah terkumpul yang dibayar kepada pekerja di negeri-negeri terpilih pada tahuntahun yang dinyatakan.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 68 16 Dengan menggunakan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf bar untuk menunjukkan perbandingan antara tahun jumlah jenayah yang telah dilaporkan pada tahun 1985 dengan tahun 1986. Bilangan jenayah mengikut kategorinya hendaklah diterapkan ke dalam jumlah tiap-tiap tahun. 17 Berdasarkan naklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor ekonomi di Malaysia. (2001) 18 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1998 hingga 2001. (2006) 19 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti import dan nilai import barangan makanan terpilih di Malaysia dari tahun 1997 hingga 2000. (2007) 20 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institut pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993)


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 69 Bahagian B (Ujian Pasca 1) / 2022 Arahan: Baca soalan-soalan berikut dan nyatakan jenis media grafik yang sesuai. Bil Soalan Jawapan 1 Dengan menggunakan data dalam petikan di bawah, lukiskan sebuah graf yang sesuai untuk memperlihatkan turun naik perubahan nilai pelaburan asing di Malaysia dari tahun 2003 hingga anggaran tahun 2007. 2 Berdasarkan petikan yang diberi di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pengidap HIV, AIDS dan bilangan kematian yang belaku mengikut jantina dari tahun 2000 hingga 2003. 3 Berdasarkan petikan yang diberikan sediakan carta yang sesuai untuk memperlihatkan perbandingan haluan eksport dan import daripada jumlah perdagangan Negeri Sabah pada tahun 2005. 4 Berpandukan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf bar yang menunjukkan kedudukan kewangan perdagangan antarabangsa Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003. Pada graf yang sama lukiskan graf garis yang dapat menggambarkan peratusan nisbah khidmat bayar hutang negara bagi tempoh yang sama. 5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan eksport dan import barangan utama di Malaysia pada tahun 2006. 6 Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan penggunaan tanah pertanian bagi tempoh tahun 2002 hingga tahun 2008 di Malaysia. 7 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1998 hingga jangkaan tahun 2001. 8 Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh tahun 1990 dan tahun 1995. 9 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf yang sesuai untuk membandingkan bilangan penyerapan guna tenaga mengikut


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 70 sektor perindustrian dan sektor pertanian berbanding jumlah guna tenaga antara tahun 1980 hingga 2000. 10 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf garisan yang sesuai bagi menunjukkan perubahan kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi tahun 2000 hingga 2004. 11 Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam petikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan struktur penduduk Semenanjung Malaysia mengikut umur dan jantina pada tahun 2006. 12 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan indeks-indeks penting di Papan Pertama Bursa Malaysia bagi tempoh tahun 1999 hingga 2004. 13 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan pengeluaran sektor pembuatan mengikut produk utama terpilih di Malaysia pada tahun yang dinyatakan. 14 Dengan menggunakan maklumat yang disediakan dlm petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. 15 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan penduduk mengikut negeri-negeri terpilih dan kumpulan etnik di Semenanjung Malaysia pada tahun 2004. 16 Dengan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pada tahun 1990 dan tahun 1995. 17 Dengan menggunakan maklumat yang disediakan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 71 18 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yang dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur. 19 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini , sediakan graf yang sesuai untuk mcnunjukkan jumlah guna tenaga mengikut kaum dan sektor bagi tahun 2002 dan 2006. 20 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005. Gambar 1: Kaedah hyperlink bertujuan membantu murid mengenalpasti media grafik melalui kata kunci


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 72 Gambar 2:Proses PdPC dengan kaedah hyperlink. Setiap media grafik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Gambar 3: Pelajar sedang menduduki Ujian Pra


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 73 Gambar 4: Pelajar sedang menduduki Ujian Pasca 1 Gambar 5 & 6: Pelajar sedang menduduki Ujian Pasca 2. Murid dapat menyiapkan graf dalam masa yang ditetapkan (35 minit).


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 74 PENGGUNAAN TEKNIK JADUAL DALAM PENGAJARAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF DALAM KALANGAN PELAJAR K5 SEM 1 TINGKATAN ENAM BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU KANG LIAN HUN KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan teknik “Jadual” terhadap 27 orang pelajar Kelas K5 Sem 1, Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Antara instrumen kajian yang digunakan termasuklah pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Pemerhatian dijalankan sebelum dan selepas kajian dijalankan supaya perbandingan tingkah laku pelajar dapat diperhatikan. Soalan yang digunakan dalam ujian pra dan ujian pasca adalah sama. Dapatan kajian telah menunjukkan teknik ‘Jadual’ berkesan dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam topik Ayat Aktif dan Ayat Pasif. Sebelum pengajaran teknik ‘Jadual’, pelajar susah memahami topik Ayat Pasif. Pelajar tidak mahir menukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasif. Sebelum menggunakan teknik “Jadual”, 70% pelajar gagal dalam ujian. Selepas menggunakan teknik ‘Jadual’, semua pelajar lulus dalam ujian dan terdapat 4 orang pelajar memperoleh markah penuh. Kesimpulannya, teknik ‘Jadual’ berkesan sebagai salah satu alat bantu mengajar untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik Ayat Aktif dan Ayat Pasif. Kata Kunci: Jadual, Ayat Aktif, Ayat Pasif 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat STPM amat mementingkan aspek tatabahasa. Pelajar semester satu perlu menulis satu karangan di bahagian C. Panjang karangan ialah 600-650 patah perkataan. Aspek sintaksis amat dititikberatkan. Pelajar sering melakukan kesalahan ayat menyebabkan markah bahasa terjejas. Antara kesalahan yang ketara ialah penggunaan ayat pasif.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 75 Calon akan kehilangan markah jika markah tatabahasa ditolak. Bahasa Melayu semester dua pula berfokus pada tatabahasa iaitu Morfologi dan Sintaksis. Penggunaan ayat berbentuk ayat pasif merupakan topik dalam Ragam Ayat bagi sukatan BM semester 2. Oleh itu, pelajar sepatutnya mahir topik ayat pasif. Keputusan Peperiksaan STPM Mata Pelajaran Bahasa Melayu Semester 1 Tahun 2020 bagi kelas K5 Sem 1 agak memuaskan .Peratus pelajar lulus ialah 94 peratus berbanding dengan kelas K9 Sem 1 pada tahun sebelumnya iaitu 57 peratus. Hal ini berlaku kerana faktor perbezaan calon pelajar dan penguasaan tatabahasa mereka. Pelajar sering cuai dan melakukan kesalahan tatabahasa. Semasa peperiksaan, ujian atau latihan di dalam kelas, kelemahan pelajar ini telah mulai disedari. Oleh itu, pengkaji telah memberikan penekanan pada aspek tatabahasa semasa PdPC di dalam kelas. Kesannya, pengkaji mendapati kelulusan BM lebih baik jika pelajar menguasai tatabahasa. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, penguasaan tatabahasa pelajar perlu dititikberatkan dan diberikan perhatian pada peringkat awal. Proses pengukuhan perlu sentiasa dilakukan agar pelajar dapat ingat dan mempraktikkan penggunaan tatabahasa yang betul. 2.0 FOKUS KAJIAN Pembelajaran merupakan proses perubahan tingkah laku akibat daripada interaksi stimulus dan respon. Menurut Suyono dan Hariyanto (2011), teori pembelajaran Behaviorisme memiliki beberapa ciri, iaitu mengutamakan unsur-unsur atau bahagian-bahagian kecil, bersifat mekanisme, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan respon dan mementingkan latihan. Dengan cara pembelajaran yang melibatkan stimulus dan rangsangan, ingatan pelajar dapat diperkukuh. Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), ingatan umpama otot pada tubuh badan kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot kita. Dengan kata lain, daya ingatan boleh diperkuat dari semasa ke semasa jika daya ingatan dirangsangkan pada setiap masa.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 76 Pengkaji telah menggunakan teknik ‘Jadual’ untuk membantu pelajar memahami dan mengingati proses penukaran ayat aktif kepada ayat pasif. Teknik ini menyenangkan pelajar memahami dan mengingati formula menukar ayat aktif kepada ayat pasif. Teknik ini dilaksanakan pada awal sesi PdPC di kelas. Latihan ringkas kerap diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Dalam teknik ini, pelajar akan dirangsangkan untuk memberikan respons seperti yang disarankan dalam teori pembelajaran Behaviourisme. Selepas itu, latihan pengukuhan yang pelbagai bentuk akan diberikan supaya penguasaan pelajar lebih kukuh dan pengetahuan ini disimpan dalam ingatan pelajar untuk jangka masa yang panjang. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif . 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Mengenal pasti keberkesanan teknik Jadual dalam kalangan pelajar 3.2.2 Meningkatkan pemerolehan markah pelajar semester 2 dalam topik Ragam Ayat. 3.2.3 Meningkatkan minat pelajar terhadap topik ayat aktif dan ayat pasif dengan teknik Jadual. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 27 orang pelajar dalam kelas K5 Sem 1. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian pra. 5.1.1 Pemerhatian Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap respon pelajar sebelum dan selepas kajian pada masa PdPC. Melalui latihan yang dihantar oleh pelajar, mereka kerap melakukan kesilapan penulisan ayat aktif dan ayat pasif. Apabila ditanya secara rawak, pelajar tidak mahir menukar ayat


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 77 aktif kepada ayat pasif. Pelbagai jawapan dikemukakan oleh mereka. Dengan kata lain, hasil kerja pelajar mengandungi kesalahan tatabahasa yang banyak terutama dari segi ayat pasif. 5.1.2 Ujian Pra Item dalam ujian pra berbentuk soalan menukar ayat aktif kepada ayat pasif. Selain itu, terdapat juga soalan berbentuk analisis ayat. Soalan analisis ayat terdapat dalam sukatan BM Semester 2 yang memperuntukkan 9 markah. Pelajar akan diberikan ujian pra secara mengejut dalam kelas dan diberikan masa 30 minit untuk menjawab semua soalan (rujuk LAMPIRAN 1). 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Dengan itu, ujian pra telah dilaksanakan sebelum intervensi diambil. Sebanyak 11 soalan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dikemukakan iaitu berjumlah 11 markah. Seterusnya soalan analisis ayat berjumlah 9 markah. Pelajar diberikan masa 30 minit untuk menjawab soalan. Ujian pra tersebut berjumlah 20 markah. Keputusan dan rumusan pelajar adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 berikut: Jadual 1: Keputusan ujian pra BIL Nama / semester 2 2020 K5 11% 9% Jumlah 20% 1 Pelajar 1 6 2 8 2 Pelajar 2 5 2 7 3 Pelajar 3 5 2 7 4 Pelajar 4 10 2 12 5 Pelajar 5 3 0 3 6 Pelajar 6 3 1 4 7 Pelajar 7 3 1 4 8 Pelajar 8 2 2 4 9 Pelajar 9 10 3 13 10 Pelajar 10 2 2 4 11 Pelajar 11 9 3 12 12 Pelajar 12 9 4 13


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 78 13 Pelajar 13 4 2 6 14 Pelajar 14 4 1 5 15 Pelajar 15 4 3 7 16 Pelajar 16 4 1 5 17 Pelajar 17 4 2 6 18 Pelajar 18 9 4 13 19 Pelajar 19 6 2 8 20 Pelajar 20 9 4 13 21 Pelajar 21 3 2 5 22 Pelajar 22 3 2 5 23 Pelajar 23 3 2 5 24 Pelajar 24 4 2 6 25 Pelajar 25 9 4 13 26 Pelajar 26 10 4 14 27 Pelajar 27 6 2 8 Jadual 2: Bilangan Pelajar mengikut Taburan Markah Markah Bilangan Pelajar (orang) Pencapaian 0-9 19 Gagal 10-20 8 Lulus Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2, seramai 19 orang pelajar yang gagal dengan memperoleh markah kurang daripada 10 markah, Hanya 8 orang pelajar sahaja yang memperoleh keputusan yang lulus dengan markah di antara 10 markah hingga 20 markah. Daripada dapatan ujian pra terdapat 1 orang pelajar mendapat markah 0 bagi soalan analisis ayat. Kebanyakan pelajar tidak mahir soalan analisis kerana mereka tidak menguasai tatabahasa. Keseluruhannya, 70% pelajar telah gagal dalam ujian pra tersebut manakala peratus lulus hanya sebanyak 30 % sahaja. Rajah berikut menunjukkan carta pai keputusan ujian pra pelajar.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 79 Rajah 1: Keputusan Ujian Pra 5.3 Tindakan yang Dijalankan Melalui pemerhatian pengkaji sepanjang masa menjalankan PdPC di dalam kelas dan keputusan pelajar dalam ujian pra, pelajar didapati tidak mengambil berat akan pengajaran di dalam kelas. Mereka kurang berusaha untuk mengingati topik ayat pasif yang diajar. Oleh itu, pengkaji cuba menggunakan teknik Jadual bagi membantu pelajar mengingati proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Teknik Jadual ini ialah satu teknik yang direka khas untuk menyenangkan pelajar mengingati cara menukar ayat aktif kepada ayat pasif. 5.3.1 Langkah Pertama Selepas ujian pra dijalankan, pengkaji mengembalikan kertas soalan kepada pelajar dan membincangkan jawapan. Sebagai langkah pertama, pengkaji akan menggunakan dua waktu PdPC untuk menerangkan proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Selepas itu, pengkaji akan memberi 10 soalan yang ringkas ditulis pada papan putih. Pelajar diberikan masa untuk menyiapkan latihan tersebut. Seterusnya, pelajar dipilih secara rawak untuk menulis jawapan pada papan putih. Jika ada jawapan yang salah, rakan-rakan pelajar diminta untuk memberikan penerangan dan alasan kesalahan. Akhir sekali, latihan diberikan dalam bentuk latihan edaran. gagal lulus lulus =30 % Gagal =70 %


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 80 Jadual 3: Latihan Edaran Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif di bawab: Ganti nama diri GND 1 Ayat aktif Pengkaji membaca buku Pengkaji sedang membaca buku Pengkaji suka membaca buku itu Kami memulakan projek ini Kami akan memulakan projek ini Kami sedang memulakan projek ini Ayat pasif Ganti nama diri GND 2 Awak boleh menulis surat Awak boleh menulis surat ini Kamu perlu menghidangkan makanan Kalian menghidangkan makanan Kalian menghidangi ibu makanan Kamu mesti menghidangi tetamu makanan Ganti nama diri GND 3 Mereka menjual sayur Mereka sedang menjual sayur Dia selalu menjual sayur Ibu menghadiahkan baju kepada pengkaji Ibu menghadiahi pengkaji sepasang baju Ali memasang perangkap 5.3.2 Langkah Kedua Selepas dua hari, latihan edaran disemak bersama-sama di dalam kelas semasa PdPC. Dalam langkah ini, pengkaji akan memanggil dua orang nama pelajar ke depan meja pengkaji untuk membincangkan dan menyemak jawapan mereka. Rakan pelajar boleh membimbing rakan mereka jika mereka tidak faham. Alat bantu mengajar berbentuk “Jadual” juga disediakan sebagai rujukan mereka. Langkah ini dijangka mengambil masa 1 jam.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 81 5.3.3 Langkah Ketiga Sebagai langkah ketiga, pelajar akan diberikan soalan berbentuk kuiz selepas beberapa hari langkah kedua dilaksanakan. Pelajar akan diberikan masa 30 minit untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Soalan kuiz ini diambil daripada soalan ujian pra dan merupakan ujian pasca untuk menguji tahap pemahaman pelajar terhadap ayat pasif. 5.4 Pelaksanaan Kajian 5.4.1 Pemerhatian Sepanjang masa kajian dijalankan, pengkaji mendapati bahawa suasana pembelajaran kelas adalah lebih ceria dan aktif. Pelajar memahami konsep ayat pasif dan dapat membuat latihan dengan yakin. Teknik ‘Jadual” membolehkan pelajar lebih berkeyakinan dan dapat membimbing rakan yang lemah. 5.4.2 Ujian Pasca Keputusan pelajar adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 dan Jadual 5 berikut: Jadual 4: Keputusan Ujian Pasca BIL Nama / semester 2 2020 K5 11% 9% Jumlah 20% 1 Pelajar 1 10 6 16 2 Pelajar 2 9 6 15 3 Pelajar 3 9 6 15 4 Pelajar 4 11 9 20 5 Pelajar 5 8 5 13 6 Pelajar 6 9 6 15 7 Pelajar 7 9 5 14 8 Pelajar 8 9 5 14 9 Pelajar 9 11 6 17 10 Pelajar 10 9 4 13 11 Pelajar 11 10 4 14


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 82 12 Pelajar 12 11 9 20 13 Pelajar 13 9 5 14 14 Pelajar 14 9 5 14 15 Pelajar 15 9 5 14 16 Pelajar 16 9 6 14 17 Pelajar 17 10 4 14 18 Pelajar 18 11 9 20 19 Pelajar 19 10 6 16 20 Pelajar 20 10 6 16 21 Pelajar 21 9 5 14 22 Pelajar 22 9 5 14 23 Pelajar 23 9 5 14 24 Pelajar 24 9 5 14 25 Pelajar 25 10 5 15 26 Pelajar 26 11 9 20 27 Pelajar 27 9 6 15 Jadual 5: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pasca Markah Bilangan Pelajar (orang) Pencapaian 0-9 0 Gagal 10-20 27 Lulus Berdasarkan keputusan ujian pasca, semua pelajar telah memperoleh gred lulus dengan markah 10 dan ke atas. Keputusan ini adalah sangat memberangsangkan semangat pelajar dan juga semangat pengkaji. Dalam ujian pasca tersebut, terdapat 4 orang pelajar memperoleh markah penuh iaitu 20 markah. Daripada aspek analisis soalan, semua pelajar dapat markah 8% dan ke atas bagi bahagian A. Bagi soalan bahagian B, pelajar dapat markah sekurang-kurangnya 4% daripada 9%. Tiada pelajar yang mendapat 0 markah.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 83 5.4.3 Jadual Pelaksanaan Kajian Aktiviti kajian ini berjalan sepanjang 1 Julai 2020 sehingga 28 Ogos 2020 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 yang berikut. Jadual 6: Jadual Pelaksanaan Kajian Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1 Mengenal pasti masalah dan refleksi kendiri selepas keputusan Semester 1 Sesi 2019/2020 dikeluarkan 4 Mac 2020 2 Merancang tindakan 1 Jun 2020 3 Pelaksanaan praujian 28 Jun 2020 4 Penyemakan dan analisis data selepas praujian 30 Jun 2020 5 Pelaksanaan Teknik ‘Jadual’ 2 Julai 2020 6 Pelaksanaan Teknik ‘Jadual’ 6 Julai 2020 7 Pelaksanaan Teknik ‘Jadual’(Pascaujian) 10 Julai 2020 8 Penyemakan dan analisis data selepas Pascaujian 11 Julai 2020 9 Refleksi Kajian 15 Julai 2020 5.5 Refleksi Kajian Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar setelah mengaplikasikan Teknik ‘Jadual’ daripada peratus lulus 30% kepada 100%. Markah terendah telah meningkat dari 3 markah (1 orang) dalam ujian pra kepada 20 markah (4 orang) dalam ujian pasca. Jadual 7 berikut menunjukkan perbandingan antara keputusan ujian pra dan ujian pasca.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 84 Jadual 7: Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca BIL Nama / semester 2 2020 K5 Ujian pra 20% Ujian pasca 20% Peningkatan 1 Pelajar 1 8 16 +8 2 Pelajar 2 7 15 +8 3 Pelajar 3 7 15 +8 4 Pelajar 4 12 20 +8 5 Pelajar 5 3 13 +10 6 Pelajar 6 4 15 +11 7 Pelajar 7 4 14 +10 8 Pelajar 8 4 14 +10 9 Pelajar 9 13 17 +4 10 Pelajar 10 4 13 +9 11 Pelajar 11 12 14 +2 12 Pelajar 12 13 20 +7 13 Pelajar 13 6 14 +8 14 Pelajar 14 5 14 +9 15 Pelajar 15 7 14 +7 16 Pelajar 16 5 14 +9 17 Pelajar 17 6 14 +8 18 Pelajar 18 13 20 +7 19 Pelajar 19 8 16 +8 20 Pelajar 20 13 16 +3 21 Pelajar 21 5 14 +9 22 Pelajar 22 5 14 +9 23 Pelajar 23 5 14 +9 24 Pelajar 24 6 14 +8 25 Pelajar 25 13 15 +2 26 Pelajar 26 14 20 +6 27 Pelajar 27 8 15 +7


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 85 Teknik ‘Jadual’ bukan sahaja dapat meningkatkan markah pelajar dalam ujian pasca bahkan meningkatkan keyakinan pelajar semasa memberikan jawapan secara lisan apabila ditanya oleh pengkaji. Nilai-nilai yang baik seperti kerjasama dan berkeyakinan dapat diterapkan juga dalam bilik darjah. Suasana kelas yang harmoni dalam kelas boleh memberangsangkan hasil pembelajaran yang baik. Hubungan antara pelajar dengan rakan atau dengan pengkaji juga dapat dirapatkan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pelaksanaan tenkik ‘Jadual’ telah membuktikan keberkesanannya melalui ujian pra dan ujian pasca. Dalam jangka masa pendek, ingatan pelajar terhadap cara menukar ayat aktif kepada ayat pasif adalah memuaskan. Namun, teknik ini tidak akan berkesan jika pelajar tidak mengambil berat akan kesalahan ayat pasif yang dilakukan. Teknik ‘Jadual’ perlu diberikan penekanan dengan kerap supaya daya ingatan pelajar dapat dilatih untuk membinakan ayat pasif dengan betul. Dengan itu, pengkaji akan menggunakan teknik ‘Jadual’ ini pada peringkat awal iaitu semasa pelajar berada di semester 1 lagi agar mereka dapat menguasai pengetahuan tatabahasa dengan baik. BIBLIOGRAFI Abdul Talib Hashim et al. (2012). Gaya Pembelajaran Pelajar Tingkatan Enam Di Malaysia. Jurnal Bitara Vol.5. Diakses dari https://www.researchgate.net/publication/280620785_GAYA_PEMBELAJARAN_ PELAJAR_TINGKATAN_ENAM_DI_MALAYSIA Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. (2008). Psikologi Pendidikan. UTM: Penerbut UTM Press. Diakses dari https://www.academia.edu/9828699/Pendekatan_Behaviorisme_Pendekatan_Kognitif_ Pendekatan_Humanis_Pendekatan_Psikoanalisis Buku Manual Kajian Tindakan. (2008). Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Suyono dan Hariyanto. (2011). Belajar dan Pembelajaran. Bandung: PT, Remaja Rosdakarya.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 86 LAMPIRAN 1: UJIAN PRA & UJIAN PASCA KUIZ TOPIK RAGAM AYAT SEMESTER 2, 2020 KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM MASA: 30 MINIT NAMA: ____________________________ MARKAH:___________ Arahan: Jawab semua soalan (20%). Bahagian A: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif (11 m) Ayat aktif Ayat pasif 1 Pengkaji membaca buku. 2 Kami membersihkan bilik tidur. 3 Dia memasak ikan di dapur. 4 Ibu menyidai pakaian. 5 Kalian perlu membuat latihan ini. 6 Kamu tidak boleh memancing ikan di sini. 7 Orang itu menjual sayur. 8 Kita harus menyiapkan bekalan ke sekolah. 9 Cikgu memarahi pelajar itu. 10 Kakak menanak nasi di dapur. 11 Kita masih perlu menunggu abang.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 87 Bahagian B: Analisi Ayat : (9m) Kenal pasti kesalahan dalam petikan di bawah, jelaskan kesalahan dan buat pembetulannya. Buku itu telah dibaca oleh pengkaji banyak kali. Pengkaji mendapat pengetahuan tentang proses menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Pengkaji pinjam buku ini kepada kawan agar dia juga boleh membaca buku ini. Kawan pengkaji juga mengatakan bahawa banyak pengetahuan diperolehi oleh dia selepas membaca buku ini. Kesalahan Sebab salah pembetulan 1 2 3


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 88 LAMPIRAN 3: GAMBAR PELAJAR MENGGUNAKAN ‘JADUAL’


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 89 AKTIVITI MENGHASILKAN SAJAK MENGGUNAKAN TEKNIK PP4T3K DALAM KALANGAN PELAJAR K11S3 DAMAIYANTI DANNY KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menghasilkan sajak berpandukan kaedah yang digunakan sebagai aktiviti dalam kelas. Sampel kajian melibatkan seramai 11 orang pelajar di dalam kelas K11S3. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian 1 yang diberikan menunjukkan pelajar gagal menghasilkan sajak mengikut skema pemarkahan yang betul disebabkan kurang berkemahiran menghasilkan sajak yang baik. Kajian tindakan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran pelajar menghasilkan sajak mengikut skema Peperiksaan STPM . Justeru, pelajar telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara kaedah PP4T3K. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Melalui kaedah ini pelajar dapat menggabungjalinkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomoto mereka dalam menghasilkan sebuah sajak. Tuntasnya, hasil dapatan telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan menghasilkan sajak telah meningkat dan sekaligus mencapai objektif kajian yang disasarkan. Kata Kunci: Teknik PP4T3K 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pengkaji mendapati pelajar dalam kelas K11S3 begitu bersikap pasif dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif terutama apabila menghasilkan sajak. Sikap pelajar menghasilkan sajak sekadar melepaskan batuk di tangga. Paling menyedihkan apabila pelajar “berlakon” sibuk melakukan kerja lain apabila ditanya oleh pengkaji seolah-olah mengelak membuat tugasan sajak yang diberikan. Perbualan secara tidak rasmi dengan beberapa orang pelajar dalam kelas K11S3 mendapati bahawa mereka ketandusan idea untuk menghasilkan sajak. Pelajar tidak berminat untuk menghasilkan sajak kerana perlu menggunakan gaya bahasa yang menarik dan puitis.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 90 Selain itu, apabila ujian dibuat untuk menghasilkan sajak. Mereka mengulang-ulang isi sajak dan didapati markah yang diperoleh mereka sangat rendah. Oleh hal yang demikian, sekiranya pengkaji sebagai pengkaji tidak membetulkan keadaan ini, pasti pelajar tidak dapat menghasilkan sajak dengan baik dalam peperiksaan STPM nanti. Justeru, pengkaji menyedari masalah yang dihadapi pelajar dan terfikir sama ada cara yang digunakan pengkaji selama ini untuk penulisan kreatif dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar atau tidak. Apakah ada kaedah lain yang boleh digunakan pengkaji untuk menimbulkan minat pelajar belajar dalam menghasilkan sajak ini? Perlukah pengkaji memperkenalkan atau menggunakan cara baharu yang lebih baik dan menarik untuk mengajar teknik penulisan sebuah sajak? 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan sajak yang baik. Kajian ini merupakan salah satu langkah pengkaji untuk mengatasi masalah pelajar yang dapat markah yang kurang baik dalam bahagian penulisan kreatif. Maka dengan ini, satu aktiviti dibuat bagi melibatkan pelajar secara aktif untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan sajak yang baik. Malahan menerusi kajian ini juga maka akan dapat mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeronokkan. Keadaan ini disebabkan apabila keseronokan berlaku dalam diri pelajar melalui pelaksanaan aktiviti pembelajaran ini, maka ini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan sajak. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap pelajar-pelajar dapat mencapai objektif berikut : 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan sebuah sajak. 3.2 Objektif Khusus i. Meningkatkan markah pelajar pada bahagian A iaitu penulisan kreatif. ii. Meningkatkan kemahiran pelajar menghasilkan sebuah sajak.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 91 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 11 orang pelajar sahaja. Perincian pelajar mengikut jantina seperti berikut: Kelas / Jantina Lelaki Perempuan Jumlah K11S3 9 orang 6 orang 3 orang Jadual 1: Kumpulan Sasaran Kajian 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan ujian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan ujian pra. 5.1.1 Pemerhatian Pengkaji telah meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar menerusi pemerhatian secara tidak berstruktur. Selama seminggu pengkaji memerhati pelajar dalam kelas K11S3. Apabila penulisan kreatif ini diajar, mereka akan menjadi pasif kerana kurang berminat. Hal ini membuatkan pengkaji tercari-cari punca masalah pelajar. Hasil pemerhatian dan temubual secara tidak langsung dengan pelajar K11S3 telah mendapati pelajar tidak berminat menghasilkan sajak kerana ketandusan idea. Masalah ditambah lagi dengan kekurangan penguasaan bahasa yang puitis. 5.1.2 Ujian Pra Ujian pra merupakan satu set soalan yang mengandungi 1 soalan menghasilkan sebuah sajak. Ujian pra ini telah dijalankan untuk mengesan sejauh mana tahap kemahiran pelajar dalam menghasilkan sebuah sajak. Selain itu, ujian ini juga digunakan untuk mengenal pasti masalah serta mengukuhkan pandangan dan pemerhatian yang telah dibuat oleh pengkaji dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas semasa penggunaan kaedah konvensional untuk mengajar topik ini.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 92 5.2 Analisis Dapatan Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis Keputusan Ujian Pra Markah Bilangan Pelajar (orang) 1 – 5 1 6 – 10 4 11 – 15 4 16 – 20 0 21 – 25 0 Jadual 2 : SKOR UJIAN PRA PELAJAR Setelah ujian pra dilaksanakan, pengkaji telah berjaya mengumpulkan data seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2. Berdasarkan dapatan ujian pra jelas menunjukkan bahawa seramai 1 orang pelajar mendapat markah 1 hingga 10 markah. Data ini menunjukkan bahawa 11.1% pelajar tidak menguasai kemahiran menghasilkan sajak. Berdasarkan jadual juga didapati, hanya 4 orang sahaja atau 44.4% pelajar mendapat markah 4 hingga 10 markah. Kemudian, seorang pelajar atau 44.4% mendapatkan markah diantara 11 hingga 15 markah. Dapat disimpulkan markah 16 hingga 25 tidak ada sesiapa pun mendapat markah dengan jumlah tersebut. Menerusi data tersebut, dapat disimpulkan bahawa pelajar K11S3 menghadapi kesulitan dalam menghasilkan sajak yang bermutu. Dalam ujian pra tersebut didapati pelajar gagal memberikan pemikiran yang bersesuaian dengan tema yang diberikan. Terdapat juga pelajar kurang berkemahiran menggunakan bahasa yang puitis untuk menghasilkan sajak yang indah.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 93 Rajah 1: Ujian pra pelajar tidak dapat menghasilkan sajak dengan markah yang baik Pengkaji telah mengambil beberapa langkah untuk mendalami punca sebenar masalah ini berlaku dengan menemubual pelajar. Alasan yang pengkaji dapat ialah: “pengkaji tidak pandai..susah” “pengkaji tidak minat” “Pengkaji tiada idea” Ekoran hal tersebut telah menyebabkan pengkaji ingin merawat masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Keadaan ini disebabkan mata pelajaran KMK merupakan mata pelajaran yang menuntut para pelajar menghasilkan karya dalam penulisan kreatif pada semester tiga. 5.2.2 Tindakan Yang Dijalankan Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pelajar-pelajar kelas K11S3 dalam menghasilkan sajak yang baik. Bagi mengatasi masalah ini, aktiviti menghasilkan sajak menggunakan kaedah PP4T3K telah digunakan oleh pengkaji bagi melaksanakan kajian ini. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan kaedah PP4T3K :


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 94 Bil Aktiviti Catatan 1 Pelajar diberikan latihan menghasilkan sajak bertemakan pengorbanan para pahlawan. Soalan: Anda telah diminta menulis sajak yang bertemakan pengorbanan para pahlawan. Hasilkan sebuah sajak yang panjangnya antara 25 hingga 35 baris. (25M)) 2 Pelajar mencari 4 gaya bahasa yang bersesuaian dengan tema dan persoalan Gaya Bahasa: Contohnya; -metafora “panji gemilang” -simile “bagaikan lascar setia” -personafikasi “sejarah merintih” -hyperbola “menjunjung keramat piala merdeka” 3 Pelajar perlu menghasilkan 4 rangkap mengikut pemikiran/persoalan. Sajak perlu 5 perkataan ke atas dalam sebaris. Baris sajak hendaklah di antara 25 hingga 35 baris. 4 Pelajar perlu mencipta dan menulis tajuk sajak dan sajak perlu mempunyai kesinambungan idea. Tajuk hendaklah ditulis di atas rangkap pertama sajak. Jadual 3: Langkah-langkah Pelaksanaan kaedah PP4T3K 5.3 Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian 5.3.1 Pelaksanaan aktiviti menghasilkan sajak menggunakan kaedah PP4T3K. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 2 minggu iaitu dari bulan 24 Ogos hingga 7 September 2020. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif diperuntukan masa selama lapan waktu seminggu. Pengkaji memperuntukkan 2 waktu untuk melaksanakan aktiviti ini selebihnya waktu untuk mengajar sepenuhnya dan bagi membincangkan hasil kerja pelajar dalam kelas.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 95 5.3.1.1 Langkah pertama Pelajar ditayangkan beberapa contoh sajak yang baik dalam bentuk tayangan Video. Selepas itu, pengkaji memperkenalkan teknik PP4T3K dalam kelas K11S3 dengan menerangkan pelaksanaan aktiviti. Pengkaji juga menayangkan slaid manual pelaksanaan aktiviti menghasilkan sajak menggunakan kaedah PP4T3K kepada setiap pelajar agar pelajar maklum mengenai aktiviti yang dilakukan dan mengetahui pelaksanaan aktiviti ini. Rajah 2:Pelajar-pelajar ditayangkan sajak dalam bentuk multimedia. Pemerhatian: Pemilihan waktu dalam kelas merupakan waktu yang sesuai untuk pengkaji menyampaikan maklumat dan penerangan kepada pelajar berkaitan dengan aktiviti ini. Didapati pelajar mengambil perhatian sepenuhnya dengan penerangan pengkaji. Pengkaji memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan sekiranya mereka tidak faham. Para pelajar aktif bertanya soalan yang berkaitan dengan pelaksanaan kaedah ini. Melihat keadaan tersebut pengkaji mendapati pelajar menunjukkan minat terhadap aktiviti yang bakal dilakukan. Refleksi: Pengkaji dapat simpulkan bahawa memberi pengenalan kepada pelaksanaan kajian tersebut penting disebabkan memberi ruang kepada pelajar memahami pelaksanaan aktiviti tersebut. Selain itu juga, memberi peluang pelajar untuk bersiap sedia dari segi penyediaan bahan dan mental emosi mereka sepanjang pelaksanaan aktiviti ini.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 96 Rajah 3 : Pelajar-pelajar ditayangkan manual pelaksanaan aktiviti menghasilkan sajak menggunakan teknik PP4T3K 5.3.1.2 Langkah kedua Pelajar menghasilkan sajak secara individu. Perbincangan bersama-sama pengkaji di dalam kelas dilakukan bagi membincangkan aspek pemikiran,penulisan,teknik dan kreativiti untuk menghasilkan sebuah sajak menggunakan teknik PP4T3K. Rajah 4: Para pelajar didedahkan dengan penggunaan teknik PP4T3K dalam menghasilkan sajak. Pemerhatian : Apabila pelajar dipandu arah dalam mencari idea, mereka mempunyai idea yang bernas hanya perlu diterjemahkan dalam bentuk karya penulisan sesebuah sajak. Manual pelaksanaan aktiviti menghasilkan sajak menggunakan Teknik PP4T3K


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 97 Refleksi : Oleh hal yang demikian, pelajar ini akan menghasilkan sajak berpandukan pemikiran dan penulisan yang telah dibincangkan mengikut teknik dan kreativiti. 5.3.1.3 Langkah ketiga Pelajar yang berjaya menghasilkan sajak yang baik akan mendeklamasikan sajaknya di dalam kelas. Rajah 5 :Pelajar diminta mendeklamasikan sajak hasil ciptaan sendiri. Pemerhatian : Pelajar yang kurang mahir akan mendapat contoh sajak yang baik daripada rakan-rakannya. Hal ini sekaligus dapat memperbaiki mutu sajak yng dihasilkannya. Refleksi : Pendekatan ini membuatkan pelajar lebih berjaya menghasilkan sajak yang lebih baik. Apabila perbincangan dilakukan bersama pengkaji, wujud kesedaran pelajar yang lain bahawa hal ini tidaklah sesusah yang difikirkan mereka.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 98 5.3.1.4 Langkah keempat Pelajar diberikan ujian menghasilkan sebuah sajak dengan menggunakan teknik PP4T3K. Rajah 6 : Soalan Ujian Pemerhatian : Pelajar yang kurang mahir akan mendapat contoh sajak yang baik daripada rakan-rakannya. Hal ini sekaligus dapat memperbaiki mutu sajak yang dihasilkannya. Refleksi : Pendekatan ini membuatkan pelajar lebih berjaya menghasilkan sajak yang lebih baik. Apabila perbincangan dilakukan bersama pengkaji, wujud kesedaran pelajar yang lain bahawa hal ini tidaklah sesusah yang difikirkan mereka. 5.4 Penilaian MARKAH UJIAN PRA (Orang) UJIAN PASCA (Orang) 1 – 5 1 0 6 – 10 4 0 11 – 15 4 0 16 – 20 0 6 21 – 25 0 3 Jadual 4: SKOR PELAJAR K11S3


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 99 Berdasarkan Jadual 4, jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah skor bagi ujian yang dijalankan. Jumlah pelajar yang memperolehi skor 1 hingga 5 markah telah menunjukkan penurunan dari 10 orang kepada 0. Manakala jumlah pelajar yang mendapat skor 6 hingga 10 markah menurun dari 4 orang kepada 0 orang. Selain itu, markah 11 hingga 15 pula menunjukkan peningkatan daripada 1 orang kepada 3 orang. Di samping itu, bagi markah 16 hingga 20 pula data menunjukkan daripada 0 orang akhirnya meningkat kepada 6 orang. Bagi markah 21 hingga 25 pula pada mulanya tidak ada seorang pun mendapat markah dalam skala tersebut akhirnya terdapat 3 orang yang mendapat markah dalam skala tersebut. Rajah 6 : Ujian pasca membuktikan sajak yang dihasilkan oleh pelajar lebih berkualiti.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 100 5.5 Refleksi Tindakan Objektif kajian yang ditetapkan iaitu meningkatkan prestasi pelajar K11S3 dalam penulisan kreatif aktiviti menghasilkan sajak menggunakan kaedah PP4T3K telah tercapai. Pengkaji berpuas hati dengan peningkatan positif yang ditunjukkan oleh pelajar. Malahan dalam ujian pasca, pelajar dapat menjawab dengan baik dan mampu menghasilkan sajak yang berkualiti berbanding jawapan pelajar pada ujian pra. Hal ini disebabkan pelajar menguasai teknik PP4T3K. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti ini banyak membantu pelajar dalam menghasilkan sajak yang sebelum ini menjadi penghalang kepada para pelajar untuk menghasilkan sajak yang baik. Malahan hasil ujian pasca sangat memberansangkan disebabkan berlaku peningkatan prestasi pelajar menerusi markah yang diperoleh dalam ujian pasca. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, aktiviti ini boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan penguasaan penulisan kreatif pelajar K11S3 untuk menghasilkan sajak. Tidak dinafikan, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menarik minat pelajar berkarya. Seterusnya, memberi motivasi kepada diri para pelajar agar meminati mata pelajaran KMK sebagai mata pelajaran yang menyeronokkan dan mudah. Selain itu, pengkaji mendapati juga bahawa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan cepat dan berpusatkan pelajar. Pembelajaran menggunakan teknik ini menuntut gaya pembelajaran yang santai dan relax. Keadaan ini disebabkan, sajak menggunakan kata-kata puitis dan indah. Kreativiti pelajar dalam menghasilkan sajak bebas mengungkapkan kata-kata yang sarat dengan makna. Sungguhpun suasana kelas dalam keadaan ceria , sajak masih boleh dihasilkan oleh pelajar dalam gaya pembelajaran yang santai dan “relax”. Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah ini hendaklah dirancang dengan teliti supaya tidak membazirkan masa dalam kelas. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Kajian ini diharap dapat memberikan manfaat dan panduan sebagai sumber inspirasi kepada kajian-kajian yang lain. Pengkaji merasakan bahawa pelaksanaan aktiviti menggunakan kaedah PP4T3K ini wajar diperluaskan dan diteruskan bagi membantu mempelbagaikan kaedah PdPC dalam kelas serta membantu para pelajar untuk menghasikan sebuah sajak yang menepati skema pemarkahan. Walau bagaimanapun pada masa akan dating, aktiviti ini boleh diterjemahkan dalam bentuk perisian atau multimedia agar teknik ini menjadi lebih menarik.


Click to View FlipBook Version