The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wpkuin, 2023-11-23 09:30:00

Jurnal Kajian Tindakan Kolej Prauniversiti KPM Datuk Pengiran Galpam 2023 Jilid 1

Kajian Tindakan Menerajui Kecemerlangan Pendidikan Global

Keywords: Action Research Journal

KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 251 (LAMPIRAN 4) Gambar yang diambil semasa kajian ini dilaksanakan Pensyarah menerangkan kepada pelajar teknik “Z – Crossing” Perkongsian pensyarah semasa memperkenalkan teknik “Z – Crossing”


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 252 Pelajar memberi tumpuan semasa pensyarah menerangkan teknik “Z – Crossing” Pelajar membuat catatan semasa pensyarah memberi penerangan tentang teknik “Z-Crossing”


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 253 MENINGKATKAN PENGUASAAN 13 ORANG PELAJAR K9 SEMESTER 2 TERHADAP TOPIK SISTEM RANGKA MENGIKUT KLASIFIKASI TULANG MELALUI PENDEKATAN AKTIVITI “PLAY WITH DOUGH” ANNA BINTI SAPAN KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH ABSTRAK PLAY WITH DOUGH ialah satu inovasi yang dihasilkan bagi mengatasi isu pelajar yang sukar memahami dan menghafal klasifikasi tulang manusia serta klasifikasi tulang dalam istilah sains. Melalui pelaksanaan kajian ini, sasaran pengkaji melibatkan 13 orang pelajar dari kelas K9S2 yang mengambil mata pelajaran Sains Sukan. Pelaksanaan ujian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian pra dan ujian pasca serta membuat pemerhatian terhadap hasil tugasan pelajar sepanjang aktiviti tersebut dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan aktiviti PLAY WITH DOUGH membolehkan pelajar memahami serta mengingat nama tulang mengikut klasifikasi tulang dengan mudah. Aktiviti pembinaan model tulang mengikut klasifikasi tulang secara tidak langsung menyebabkan pelajar dapat belajar secara active learning dan fun learning yang bertepatan dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21. Kata Kunci : Play With Dough 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sepanjang pemerhatian pengkaji semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar K9S2, majoriti pelajar sukar memahami dan menghafal nama tulang serta klasifikasi tulang kerana nama tulang adalah dalam istilah sains. Untuk menangani masalah ini, pengkaji berusaha untuk membantu pelajar untuk menguasai topik tersebut dengan melaksanakan strategi pembelajaran berbentuk permainan yang dipanggil ‘play with dough’.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 254 2.0 FOKUS KAJIAN Persoalan kajian ialah adakah aplikasi permainan play with dough ini dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk sistem rangka manusia yang memerlukan pelajar menghafal nama tulang serta mengklasifikasikan setiap jenis tulang yang telah dipelajari? Hal ini demikian kerana majoriti pelajar di kelas K9S2 sukar untuk menamakan jenis tulang manusia dan klasifikasinya memandangkan istilah sains yang digunakan dalam sukatan pembelajaran agak asing bagi mereka. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan keupayaan pelajar untuk menghafal nama tulang manusia bagi setiap klasifikasi tulang manusia dalam istilah sains. 3.2 Objektif Khusus Pelajar mampu menulis setiap nama tulang manusia dan klasifikasinya. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 13 orang pelajar daripada kelas K9S2 yang mengambil mata pelajaran Sains Sukan bagi sesi 2021/2022. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Analisis Tinjauan Masalah Tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenalpasti dalam kajian tindakan ini melibatkan penggunaan ujian pra. 5.1.1 Ujian Pra Ujian pra merupakan satu set soalan yang mengandungi 2 soalan. Ujian pra telah dijalankan untuk mengesan sejauh mana tahap penguasaan pelajar terhadap pemahaman topik dalam tajuk Sistem Rangka dan klasifikasinya selepas menggunakan kaedah konvensional. Selain itu, ujian pra juga dilaksanakan untuk mengenal pasti bilangan pelajar yang tidak dapat menyenaraikan nama tulang manusia dan klasifikasinya dengan lengkap.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 255 Jadual 1: Aktiviti PdPC Menggunakan Kaedah Konvensional LANGKAH PROSEDUR PELAKSANAAN Langkah 1 Pengkaji menggunakan kaedah konvensional untuk mengajar topik berkaitan sistem rangka kepada para pelajar. Langkah 2 Pelajar menjawab soalan selepas penerangan pengkaji. (Chelsea – 3/16) (Nashrul – 0/16)


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 256 Jadual 2: Keputusan Ujian Pra Markah Bil. Murid 16 1 15 - 14 2 13 1 12 - 11 - 10 - 9 - 8 - 7 - 6 - 5 1 4 - 3 2 2 2 1 - 0 4 Jumlah 13 Berdasarkan dapatan ujian pra pada jadual 2, pengkaji mendapati 9 orang pelajar mencapai markah di bawah 10 markah. Terdapat 4 orang pelajar mencapai 0 markah. Hal ini membuktikan bahawa penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap topik Sistem Rangka Manusia masih sangat lemah. 5.1.2 Tindakan menangani masalah Tindakan telah diambil terhadap 9 daripada 13 orang pelajar yang mendapat markah yang agak rendah dalam ujian pra yang telah dilaksanakan. Pengkaji telah memperkenalkan satu aktiviti iaitu Play With Dough yang bertujuan memudahkan pelajar memahami serta mengingat nama tulang dan klasifikasi tulang dengan lebih mudah.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 257 5.1.3 Cara Pelaksanaan Teknik Play With Dough Pengkaji membuat pengagihan bahan play with dough kepada pelajar dan seterusnya memberi penerangan secara ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Jadual 3: Aktiviti pembinaan model sistem rangka mengikut klasifikasi tulang LANGKAH PROSEDUR PELAKSANAAN Langkah 1 Pelajar-pelajar diedarkan bahan play with dough Langkah 2 Pelajar dikehendaki membina model sistem rangka mengikut klasifikasi tulang dengan merujuk kepada bahan daripada sumber internet dan model sistem rangka manusia yang dipamerkan di dalam kelas.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 258 Langkah 3 Pelajar berkolaborasi bersama rakan lain semasa menghasilkan model sistem rangka dan klasifikasi sistem rangka. Langkah 4 Hasil pembinaan model sistem rangka para pelajar. Langkah 5 Beberapa orang pelajar membuat pembentangan tentang hasil masingmasing. Langkah 6 Pelajar menjawab soalan selepas aktiviti penerangan oleh guru (Chelsea- 16/16) (Nashrul – 14/16)


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 259 5.1.4 Refleksi kajian Jadual 4: Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Markah Bilangan Murid Ujian Pra Ujian Pasca 16 1 6 15 - 4 14 2 1 13 1 2 12 - - 11 - - 10 - - 9 - - 8 - - 7 - - 6 - - 5 1 - 4 - - 3 2 - 2 2 - 1 - - 0 4 - Jumlah 13 13 Sepanjang aktiviti dijalankan, para pelajar melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan. Pelajar juga dapat menyenaraikan nama jenisjenis tulang manusia mengikut klasifikasi tulang yang betul. Berdasarkan dapatan ujian pra dan ujian pasca pada jadual 4, pengkaji mendapati perubahan begitu ketara berlaku pada markah pelajar. Pada ujian pasca, pengkaji mendapati keseluruhan pelajar telah mencapai markah sekurang-kurangnya 10 markah ke atas (16 markah penuh)


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 260 berbanding dengan ujian pra yang mencatat seramai 4 orang pelajar mendapat 0 markah. Hal ini berlaku kerana semasa intervensi dijalankan, para pelajar menjawab soalan berdasarkan kefahaman mereka secara teoritikal dan pengalaman amali yang dilakukan pelajar semasa aktiviti Play With Dough ini. Kaedah ini mudah difahami dan diingat oleh pelajar terutamanya dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan sistem rangka mengikut klasifikasi tulang. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Memandangkan kajian ini mendapat hasil yang positif, maka pengkaji mencadangkan agar kajian tindakan yang akan datang perlu diteruskan dan lebih memfokuskan topik yang lain seperti aktiviti membezakan jenis sendi berdasarkan fungsi dan struktur kerana topik ini masih lagi di dalam tajuk sistem rangka manusia. BIBLIOGRAFI Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, (2002). Kursus kajian Tindakan 2002 Pengkajipengkaji Sekolah Menengah dan Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Mohd Ridzuan Md Nasir. (2021). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan & Inovasi. Kelantan: Uni Press Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2002) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 261 LAMPIRAN GAMBAR PELAKSANAAN (Ujian Pra) (Kaedah pembelajaran biasa semasa PdPC) (Skrip jawapan daripada pelajar selepas PdPC)


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 262 (Bahan utama yang digunakan semasa aktiviti play with dough ini) (Responden sedang menggunakan play with dough bagi membentuk model tulang)


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 263 (Hasil tugasan pelajar dalam aktiviti play with dough ini) (Skrip jawapan selepas aktiviti play with dough – Ujian Pasca)


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 264 CT206 MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP SISTEM RANGKA MANUSIA DALAM KALANGAN PELAJAR K9S2 DI KTEDPG SANDAKAN TAWAKAL BIN GAPPAR KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM, SANDAKAN, SABAH ([email protected]) ABSTRAK Istilah “CT” diambil sempena dengan alat pengimbas (CT-Scan) yang digunakan di dalam hospital. Manakala “206” merupakan jumlah rangka tulang yang dimiliki oleh tubuh manusia. CT206 merupakan satu inovasi yang dihasilkan bagi mengatasi isu pelajar yang sukar mengingat dan menghafal nama rangka serta klasifikasi rangka dalam istilah sains. Daripada hasil markah beberapa pelajar K9S2 berada pada tahap yang lemah meskipun telah menggunakan pendekatan konvensional semasa PdPC. Melalui pelaksanaan kajian ini, sasaran pengkaji melibatkan 6 orang pelajar dari kelas K9S2 yang mendapat markah terendah dalam lingkungan markah 0 hingga 3 markah. Kumpulan pelajar ini tidak dapat menyatakan nama rangka manusia dengan betul. Pelaksanaan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian pra dan ujian pasca serta membuat pemerhatian terhadap hasil tugasan pelajar sepanjang aktiviti tersebut dilaksanakan. Keberkesanan pendekatan ini terbukti apabila pelajar berupaya menjawab sistem rangka dengan tepat dengan menggunakan istilah akronim mengikut kemampuan pelajar mengingat dan menghafal melalui pendekatan CT206. Aktiviti membina ayat dengan menggunakan kaedah CT206 menjadikan pelajar mudah untuk mengingat dan menghafal klasifikasi rangka dan secara tidak langsung ini menyebabkan pelajar dapat belajar secara aktif (active learning) dan seronok (fun learning) yang bertepatan dengan keperluan Pembelajaran Abad ke-21. Kata Kunci: CT206, sistem rangka, akronim, klasifikasi rangka, Pembelajaran Abad ke-21 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Sasaran kajian terdiri daripada enam orang pelajar lelaki K9S2 Sains Sukan Semester 2. Mereka adalah pelajar bukan daripada kelas Sains Tulen. Setelah satu minggu


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 265 mengajar topik Sistem Rangka Manusia, kumpulan pelajar ini didapati lemah mengingat dan menghafal istilah-istilah dalam sistem rangka manusia. Kebanyakan mereka mendapat markah yang kurang memberangsangkan dalam pendekatan konvensional. Pengkaji terdorong untuk mencuba suatu kaedah untuk membantu kumpulan pelajar ini agar mereka mudah mengingat dan menghafal istilah-istilah sistem rangka manusia. Pengkaji menggunakan pendekatan akronim yang dipanggil CT206 untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mencipta apa yang disukai dan senang diingat. Mereka boleh mencipta ayat atau nama yang disukai dan sentiasa berada dalam ingatan pelajar. 2.0 FOKUS KAJIAN Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kesukaran utama 6 orang pelajar Sains Sukan Semester 2 yang mendapat markah yang terendah 0 hingga 3 markah dalam topik sistem rangka ialah kegagalan mereka mengingat dan menghafal istilah sistem rangka manusia. Pendekatan CT206 membolehkan pelajar mudah ingat dan menghafal istilah sistem rangka dengan kaedah akronim. Kaedah ini memberi pelajar peluang untuk menggunakan ayat yang kreatif secara bebas untuk mengingat dan menghafal. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini, semoga pelajar- pelajar dapat mencapai objektif berikut; 3.1 Objektif Umum Meningkatkan penguasaan pelajar dalam menghafal nama rangka manusia dan klasifikasinya. 3.2 Objektif Khusus Pelajar dapat mendapat markah yang tinggi dalam topik sistem rangka manusia.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 266 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar lelaki dari kelas K9S2 yang lemah dalam topik sistem rangka manusia. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini. tinjauan masalah dibuat berdasarkan latihan yang diberikan kepada pelajar di dalam kelas dan keputusan ujian formatif yang dijalankan pada awal tahun. 5.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca Untuk mengetahui keberkesanan kaedah CT206 ini, pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca. Pelajar ternyata lemah dalam topik sistem rangka. Pada awalnya ujian pra dijalankan untuk mengesan kelemahan dan langkah penambahbaikan yang perlu dijalankan. Dalam ujian pra, satu edaran yang mempunyai 16 soalan tentang anatomi manusia (rangka) diberikan kepada pelajar untuk menguji tahap penguasaan mereka terhadap sistem rangka manusia. Pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk menjawab. Untuk ujian kedua atau ujian pasca, soalan diberikan setelah intervensi (kaedah CT206) dilaksanakan untuk menguji keberkesanan kaedah ini. 5.3 Tempoh Pelaksanaan Program Kajian tindakan secara berterusan secara konsisten bagi tujuan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sepanjang masa. Pengkaji memperuntukkan satu waktu setiap minggu PdPC untuk melaksanakan kaedah CT206 sepanjang satu semester. 5.4 Pelaksanaan Intervensi Jadual 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah penggunaan kaedah CT206 untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam menghafal nama rangka manusia dan klasifikasinya.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 267 Jadual 1: Langkah-langkah melaksanakan kaedah CT206 Langkah 1 • Pelajar akan diberikan suatu gambarajah sistem rangka manusia yang lengkap dengan label rangka manusia. Langkah 2 • Pelajar diminta mengimbas nama-nama rangka manusia dari bahagian kepala sehingga bahagian hujung kaki seperti mesin pengimbas CT-Scan. Langkah 3 • Pelajar diminta membulatkan abjad pertama bagi setiap nama rangka tersebut. Sebagai contoh, “Cranium” → “C” , “Radius” → “R”, “ Karpal” → “K”. Langkah 4 • Daripada abjad-abjad ini, pelajar diminta mencipta ayat atau nama yang disukai mereka dan senang diingat. Sebagai contoh “Cranium” (C), “Radius” (R), “Karpal” (K) boleh diwakili dengan “Cuti” (C), “Rehat” (R), “Khas” (K) = Cuti Rehat Khas. Langkah 5 • Pelajar diminta menghafal akronim yang dicipta mereka bersamasama dengan istilah asalnya. 5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Refleksi kajian daripada pemerhatian Dapatan kajian menunjukkan pelajar melibatkan diri secara aktif dan seronok mengikut aktiviti ini sepanjang PdPC berlangsung. Hal ini kerana pelajar diberikan kebebasan untuk membina ayat akronim untuk mengingat terma dalam topik klasifikasi rangka.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 268 5.5.2 Refleksi kajian daripada ujian pra dan ujian pasca Jadual 2: Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca Markah Bilangan Pelajar (orang) Ujian Pra Ujian Pasca 0 2 1 1 2 1 3 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 12 1 13 2 14 15 1 16 2 JUMLAH PELAJAR 6 6


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 269 Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa penguasaan pelajar dalam topik sistem rangka manusia memang agak lemah. Markah maksimum yang diperoleh ialah 3/16, iaitu sebanyak 3 orang pelajar. Setelah intervensi (kaedah CT 206) dijalankan, ujian pasca diberikan untuk menguji tahap penguasaan pelajar sekali lagi. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar dapat memahami dan mengingat sistem rangka manusia dengan baik. Markah paling minimum ialah 11/16 (1 orang), manakala markah paling maksimum ialah 16/16 (2 orang). Berdasarkan perbandingan hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca, terdapat peningkatan yang sangat ketara dari segi pencapaian markah. Pelajar dapat menjawab soalan berdasarkan kefahaman secara akronim dan mendapat pengalaman semasa CT206 aktiviti Sains Sukan dilaksanakan. Tuntasnya, kaedah CT206 ini berjaya meningkatkan penguasaan pelajar terhadap topik Sistem Rangka manusia. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran pada masa hadapan kerana ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk mengajar topik sistem rangka manusia. Pengkaji mungkin akan membuat sedikit inovasi pada kaedah ini untuk mengajar topik Pemakanan Sukan dalam semester satu.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 270 BIBLIOGRAFI Ackland, T., Elliot., B dan Bloomfield, J., 2009. Applied Anatomy and Boimechanics in sport. Edisi ke-2. Champaign, IL: Human Kinetic https://ms.wikipedia.org/wiki/Akronim http://cantikbahasa.blogspot.com/2012/11/akronim.html Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Marieb, , E. N., 2009. Essentials Of Human Anatomy and Physiology. Edisi-2. San Francisco, CA: Person Benjamin Cummings Mohd Ridzuan Md Nasir. (2021). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan & Inovasi. Kelantan: Uni Press Sdn. Bhd. Van der Graaff, Kent ,M., M., 1998. Human Anatomy. Edisi ke-5. Boston : WSB McGraw-Hill.


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 271 LAMPIRAN Gambar 1: Pencapaian pelajar dalam ujian pra Gambar 2: Intervensi (Kaedah CT206) dilaksanakan. Gambar 3 : Pelajar sedang menjalankan kaedah Gambar 4: Pelajar sedang menjalankan ujian pasca CT206


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 272 Gambar 5: Pencapaian pelajar dalam ujian pasca


KTE Datuk Pengiran Galpam Sandakan | 273 Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam Sandakan Tahun 2023


Click to View FlipBook Version