The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul PdP Matematik KSSR (Semakan 2017) Tahun 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norkhabibah71, 2020-08-19 01:01:10

MODUP PDP MATEMATIK SEMAKAN 2017 TAHUN 1

Modul PdP Matematik KSSR (Semakan 2017) Tahun 1

Keywords: TAHUN 1

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL

PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

MATEMATIK

TAHUN 1

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Terbitan

Bahagian Pembangunan
Kurikulum



KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

PANDUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

TAHUN 1

Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2016

Cetakan Pertama Oktober 2016
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

ISI KANDUNGAN Muka surat
iii
Pendahuluan iv
1
Penjelasan dan Penggunaan Modul 8
15
Menyatakan kuantiti melalui perbandingan 22
28
Menama nombor hingga 100 33
37
Menentukan nilai nombor hingga 100
43
Menulis nombor hingga 100 dalam angka dan perkataan 48
53
Membilang nombor
61
Melengkap sebarang rangkaian nombor
65
Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang rangkaian 70
nombor 78
83
Memberi anggaran bilangan objek yang munasabah 90

Membundar nombor bulat kepada puluh terdekat 95

Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi. 98
Melengkapkan pelbagai pola nombor yang mudah.
102
Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang
relevan dalam konteks tambah dan tolak.
Memperkenalkan simbol bagi tambah, tolak dan sama dengan.
Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi
menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.

Menambah dalam lingkungan fakta asas

Menambah dua nombor hasil tambah dalam lingkungan 100

Menolak dalam lingkungan fakta asas

Menolak dua nombor dalam lingkungan 100

Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 100.
Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan
situasi harian.

Menulis ayat matematik tambah berulang dua-dua, lima-lima,
sepuluh-sepuluh dan empat-empat.

Menulis ayat matematik tolak berturut-turut dua-dua, lima-lima,
sepuluh-sepuluh dan empat-empat.

Mengenal pasti satu perdua, satu perempat, dua perempat dan
tiga perempat.

iii

Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan 109
wang kertas 113

Mewakilkan nilai wang. 132
(i) Sen hingga RM1 133
(ii) Ringgit hingga RM10
136
Mewakilkan nilai wang dengan menggunakan abakus 4:1 145
153
Menukar wang 161
(i) Sen hingga RM1 169
(ii) Ringgit hingga RM10 172
175
Mengenal pasti sumber kewangan dan simpanan 178
181
Merekod simpanan dan perbelanjaan daripada sumber kewangan 184
187
Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan 190
penolakan wang. 193
197
Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan 201
penolakan wang menggunakan abakus 205

Menyatakan waktu dalam sehari

Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari

Menamakan hari dalam seminggu

Menamakan bulan dalam setahun

Mengenal pasti dan menyatakan ‘setengah’, ‘satu perempat’ dan
‘tiga perempat’ berdasarkan muka jam.

Menyebut dan menulis waktu dalam jam, setengah dan satu
perempat jam sahaja dengan menggunakan jam analog

Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segi empat
sama, silinder dan sfera

Memperihalkan permukaan, sisi dan bucu bagi bentuk tiga
dimensi

Menamakan bentuk segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga
dan bulat

Memperihal garis lurus, sisi, bucu dan lengkung bagi bentuk dua
dimensi

Menyusun bentuk dua dimensi mengikut pola.
Menghasilkan corak berasaskan bentuk dua dimensi

Panel Penyumbang

iv

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul
selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka
untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada
Abad Ke-21.

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran asas yang
menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep,
penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah
serta menerapkan nilai-nilai murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi
setiap standard pembelajaran.

Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran ini
disediakan bagi membantu guru merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR semakan
melalui pendidikan matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR semakan
memerlukan guru menghayati kehendak dan semangat pendidikan matematik seperti
mana yang tersurat dalam dokumen KSSR semakan Matematik dan diterjemahkan
dalam modul ini. Adalah diharapkan modul ini dapat membantu guru melaksanakan
kurikulum matematik yang dihasratkan dengan menyediakan murid yang lebih
berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada
keharmonian serta kesejahteraan negara.

Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai standard
pembelajaran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh
diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai
dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan.

Dalam proses penyediaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 1,
banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang telah member

v

sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga terhasilnya modul ini, Kementerian
Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

PENJELASAN MODUL
Modul ini merupakan panduan yang boleh diguna oleh guru di peringkat sekolah. Ia
merupakan contoh yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Pengubahsuaian
boleh dilakukan berdasarkan situasi persekitaran pembelajaran murid. Modul ini
dibangunkan bagi membantu guru memberi idea awal pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di bilik darjah.
Guru boleh menjadikan cadangan aktiviti di dalam modul ini satu idea bagi
mengemabangkan proses pengajaran di dalam bilik darjah supaya lebih lebih
menarik.
Selain dari beberapa aktiviti yang dicadangkan bagi setiap standard pembelanjaran
petunjuk seperti di bawah ini menjadi rujukan bagi memudahkan guru melaksanakan
aktivitio yang dicadangkan.

Cadangan latihan atau kerja bertulis yang boleh dilakukan.

vi

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Tajuk: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk kuantiti secara intuitif.
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk menyatakan kuantiti melalui perbandingan.

Murid melakukan perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak,
lebih atau kurang berdasarkan pengamatan atau pengalaman sedia ada murid.

Aktiviti 1:

a. Minta murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan buah rambutan yang
diletakkan di atas meja.

i. Lihat kumpulan rambutan mana yang banyak?
ii. Kumpulan rambutan mana yang sedikit?

b. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membuat pemerhatian terhadap sejumlah
guli yang diberikan (guli mempunyai dua warna iaitu merah dan biru).

c. Minta murid mengasing dan menyusun guli mengikut warna seperti yang ditunjukkan

i. Kumpulan mana yang banyak?
ii. Kenapa?
Aktiviti 2: Luar bilik darjah.
a. Bawa murid keluar dari bilik darjah dan murid diminta membentuk dua bulatan, satu
bulatan kecil dan satu bulatan besar.
i. Bulatan mana yang mempunyai bilangan murid yang banyak?
ii. Kenapa?

b. Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat dengan mengumpul hasil kutipan
mengikut kumpulan masing-masing.
i. Kumpulan mana yang mendapat daun yang paling banyak?
ii. Kumpulan mana yang mendapat daun sedikit?
iii. Mana kamu tahu kumpulan daunnya banyak, dan mana daunnya sedikit? Terangkan.

1

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Aktiviti 3:
a. Edarkan kepada setiap murid kertas A4.
b. Minta murid melukis objek bagi membentuk:

i. Kumpulan banyak dan kumpulan sedikit,
ii. kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, dan
iii. kumpulan lebih dan kumpulan kurang, berdasarkan objek yang ada di sekeliling

murid.
c. Minta murid menjelaskan bagaimana pembentukan kumpulan i hingga iii dilakukan.
Aktiviti 4:
a. Paparkan kepada murid kad gambar seperti contoh di bawah:

i. Bentuk mana yang paling banyak?
ii. Bentuk mana yang paling sedikit?
iii. Bentuk mana yang sama banyak?
a. Edarkan kertas mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan murid. Minta murid
melukiskan gambar bagi menunjukkan kumpulan:
i. banyak atau sedikit.
ii. Sama banyak atau tidak sama banyak.
iii. Lebih atau kurang.
Aktiviti 5:
a. Edarkan Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3 kepada setiap murid.

2

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 1

Nama :__________________________
Kelas:__________________
A. Tanda () pada kumpulan yang lebih banyak.
1.

Kenapa (lisan):
___________________________________________________
2.

Kenapa (lisan):
___________________________________________________

3

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

3.

Kenapa (lisan):
___________________________________________________
4.

Kenapa (lisan):
___________________________________________________

4

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 2

B. Warnakan merah bagi objek yang paling banyak dan
warnakan biru bagi objek yang sama banyak.

Secara lisan:
1. Kenapa kamu katakan paling banyak?
2. Kenapa kamu katakan sama banyak?

5

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja

c. Lengkapkan gambar rajah di bawah dengan melukis
bilangan objek mengikut arahan.

Contoh:

sedikit banyak

I. sedikit
banyak

2.

Sama banyak

6

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

3.

sedikit banyak
4. sedikit

banyak
5.

Sama banyak

7

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Tajuk: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran: Murid dibimbing untuk nilai nombor.

Murid berupaya untuk menamakan nombor hingga 100:

1.1 Membilang objek dalam kumpulan.
1.2 Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai

mewakili kuantiti.
1.3 Membandingkan kuantiti dua kumpulan objek.

Aktiviti 1:
a. Minta murid membuat pemerhatian terhadap bilangan gula-gula di dalam sebuah bekas.

b. Minta murid membuat pengiraan bilangan gula-gula yang ditunjukkan.

c. Galakkan murid mengeluarkan idea dan menunjukkan cara membilang yang dilakukan.

Aktiviti 2:

a. Paparkan sebilangan bola kecil berwarna putih, biru dan merah dalam bekas yang
bilangan keseluruhanya tidak lebih daripada 10. Minta Murid menyatakan kuantiti bola
kecil yang dikira.
i. Berapa bilangan bola kecil yang ada di dalam bekas ini?
ii. Berapa bilangan kumpulan bola berwarna putih, berwarna merah dan berwarna biru
yang ditunjukkan?

b. Paparkan dua kumpulan pensel seperti contoh di bawah.
i. Minta murid membuat pemerhatian terhadap bilangan kumpulan pensel warna yang
ditunjukkan.
ii. Murid membuat perbandingan bilangan pensel warna bagi setiap kumpulan.

8

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

c. Contoh-contoh lain boleh digunakan seperti guli, biji saga, kacang tanah atau benda lain
yang sesuai. Beri penekanan perbandingan lebih 1, lebih 2 hingga lebih 9, kurang 1,
kurang 2 hingga kurang 9.

Aktiviti 3:

a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
i. Setiap kumpulan diberi sekeping kad gambar.
ii. Ketua kumpulan diminta menyatakan nilai pada kad gambar yang diterima. Nilai pada
kad nombor boleh mewakili 1 hingga 100.
iii. Boleh juga perbandingan kuantiti antara dua kumpulan. Nyatakan perbandingan
antara kumpulan, adakah nombor lebih 1, lebih 2 hingga lebih 9, kurang 1, kurang 2
hingga kurang 9.

Lihat lampiran A

i. Berapakah bilangan kereta yang terdapat pada kad gambar kamu?
ii. Kumpulan manakah yang lebih banyak?
iii. Berapakah perbezaan antara dua kumpulan ini?

b. Gunakan contoh-contoh lain yang sesuai bagi mengukuhkan kefahaman murid.
Tunjukkan beberapa keping kad gambar. Bincang dengan murid berkaitan nombor.

Aktiviti 4:

14 15

a. Paparkan kad nombor kepada murid dan minta murid wakilkan nombor yang dilihat
dengan objek yang ada di sekeliling mereka. Bincangkan hasil kerja yang dilakukan.
i. Apakah nombor ini?
ii. Wakilkan nombor ini dengan objek yang berhampiran kamu.

b. Paparkan kad imbasan seperti contoh di bawah:

Kad A Kad B
9

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

c. Minta murid mengeluarkan idea bagaimana proses membilang dilakukan pada:
i. Rakan.
ii. Kumpulan.
iii. Kelas.

d. Paparkan kad petak seratus yang tercatat nombor 1 hingga 100 di hadapan kelas.
e. Agihkan murid kepada beberapa kumpulan dan edarkan kepada setiap kumpulan blok

asas.
i. Sa (bilangan 10)
ii. Puluh (bilangan 10)
iii. Ratus ( bilangan 1)
f. Tunjukkan satu nombor pada kad petak seratus contoh 25, minta murid wakilkan nilai
dengan menggunakan blok asas. Bincangkan hasil kerja yang dilakukan oleh murid.
Aktiviti 5:
a. Edarkan Lembaran Kerja 4.
Minta murid menjawab soalan yang diberikan. Bincangkan hasil kerja murid.
b. Minta murid mengetahui bilangan barangan kepunyaan mereka seperti jumlah batang
pensel, pensel warna, buku tulis dan bahan lain serta memastikan bilangan barang
kepunyaan milik sendiri di dalam kuantiti yang sentiasa mencukupi.

10

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Lampiran A

11

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
12

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 4

A. Kira dan tuliskan nombor yang betul.

I. 2.

3. 4.

B. Lukiskan , atau dengan bilangan yang mencukupi
bagi nombor yang dinyatakan.

I. 2.
I5 20

3. 4.
I3 22

13

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

C. Bandingkan dan tulis ‘lebih daripada’ atau ‘kurang
daripada’ di dalam petak kosong.

I. kurang 2

2. lebih _______

3. kurang ______

4. lebih ________

14

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Tajuk: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran: Murid dibimbing untuk nilai nombor.

Murid berupaya untuk menentukan nilai nombor hingga 100.
2.2.1 Menunjukkan kuantiti bagi nombor yang diberi.
2.2.2 Memadankan kumpulan objek dengan nombor.
2.2.3 Membandingkan nilai dua nombor.
2.2.4 Menyusun kumpulan objek mengikut tertib menaik dan

tertib menurun.

Aktiviti 1:

a. Tunjukkan ikatan batang aiskrim yang mengandungi sepuluh batang dalam satu ikatan.
Minta murid membilang bersama-sama bilangan batang aiskrim dalam satu ikatan.
i. Tunjukkan dua ikatan batang aiskrim dan tiga batang di luar ikatan. Minta murid
membilang jumlah batang ais krim semuanya.
ii. Bimbing murid untuk menyebut jumlah batang aiskrim yang ditunjukkan iaitu dua
puluh tiga.
 Berapakah bilangan batang aiskrim dalam satu ikatan?
 Berapakah bilangan ikatan ini?
 Berapakah bilangan batang aiskrim yang tidak diikat?
iii. Ulang aktiviti dengan menggunakan bilangan jumlah ais krim yang lain sehingga
murid boleh menentukan nilai menggunakan ikatan sepuluh-sepuluh dan satu-satu.

b. Paparkan sekeping gambar seperti contoh di bawah:

i. Minta murid menyebut nilai nombor berdasarkan gambar objek yang ditunjukkan.
ii. Paparkan kad gambar lain yang menunjukkan bilangan tertentu di antara 40 hingga

100 dan minta murid menyebutkan bilangannya, juga minta murid menceritakan
bagaimana ia tahu bilangan nombor tersebut.
Penekanan hendaklah diberi kepada penguasaan bilangan satu-satu dan sepuluh-
sepuluh.

Aktiviti 2:
a. Tunjukkan garis nombor seperti di bawah bagi menentukan kedudukan nombor.

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Minta murid menyebut nombor yang dipaparkan pada garis nombor.

15

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

b. Ulang aktiviti menyebut nombor dengan kuantiti nombor yang lain contoh 20 hingga 30.
c. Guna abakus 4:1 dan bimbing murid untuk menyebut nombor menggunakan abakus.

Contohnya 20.

d. Teruskan dengan menunjukkan nilai yang diwakili di abakus bagi nilai 21 hingga 100

Aktiviti 3:

a. Edarkan Lembaran Kerja 5 hingga Lembaran Kerja 7 kepada setiap murid.
i. Edarkan lembaran kerja 5.
 Bincangkan hasil kerja murid.
 Bimbing murid membilang objek dan memadan nilainya.
ii. Edarkan Lembaran kerja 6.
 Bincangkan hasil kerja murid.
 Bimbing murid membanding nilai dua nombor dan menyatakan sama ada “lebih
daripada” atau “kurang daripada”.
iii. Edarkan Lembaran Kerja 7.
 Minta murid menyusun nombor dalam tertib menaik atau tertib menurun.
 Minta juga murid menyusun objek dalam tertib menurun.

Aktiviti 4:
a. Paparkan kad nombor seperti contoh di bawah:

45 47

b. Minta murid menyatakan nombor yang terletak di antaranya.
c. Bimbing murid menyatakan nombor di antaranya sekiranya murid tidak menguasai seperti

contoh di bawah:
Bina nombor tersebut berurutan.
4 5, _____, 47

Lihat nilai puluh, 4 puluh, sama; letak 4 puluh di antaranya
Lihat nilai sa, 5 dan 7, minta murid bilang selepas 5 ialah 6 diikuti 7, jadi 45, 46 dan
47.

16

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

d. Edarkan kad nombor kepada setiap murid, satu kad nombor seorang murid, boleh guna
nombor belas iaitu 11 hingga 19 dan minta murid lakukan aktiviti berikut:
i. Menyebut nombor berdasarkan kad tersebut.
ii. Menyusun nombor dengan nombor yang ada pada rakan secara tertib menaik,
kemudian susun pula dalam tertib menurun.
iii. Buat perbandingan antara dua nombor yang dipegang murid dan minta murid
menyatakan mana ‘lebih daripada’ dan ‘kurang daripada’.
iv. Pilih dua orang murid yang memegang nombor supaya aktiviti menyatakan nombor di
antaranya, nombor sebelumnya dan nombor selepasnya boleh dilakukan.

e. Edarkan Lembaran Kerja 8 dan minta murid membuat perbandingan dan menyatakan
nombor yang terletak di antaranya.

Terapkan sikap bekerjasama dan bantu membantu bagi memastikan tugasan yang diberi
dapat disempurnakan.
Perbetulkan kesilapan serta-merta yang dilakukan oleh murid sewaktu perbincangan.

Aktiviti 5:

a. Letakkan sebilangan kad nombor secara rawak di hadapan kelas.
Contoh:

33 37 35 38 34 39 36

i. Minta seorang murid menyebut semua nombor tersebut.
ii. Minta murid lain menyusun nombor tersebut dalam tertib menaik.
iii. Minta murid lain menyusun nombor dalam tertib menurun.

b. Ulang aktiviti a (i), (ii) dan (iii) dengan menggunakan nombor lain dalam lingkungan 100.

c. Minta murid menyusun nombor sama ada dalam tertib menaik atau tertib menurun dan
menerangkan bagaimana proses penyusunan nombor tersebut dilakukan.

Aktiviti 6:

a. Minta seorang murid menyebut satu nombor dalam lingkungan 100.

Contoh: 28

i. Minta seorang murid menyebut satu nombor lebih daripada 28.
ii. Minta seorang murid lain menyebut satu nombor kurang daripada 28.
iii. Minta seorang murid lain menyebut bermula nombor 28, tiga nombor lain supaya

terbentuk rangkaian nombor dalam tertib menaik.
iv. Minta seorang murid lain menyebut bermula nombor 28, tiga nombor lain supaya

terbentuk rangkaian nombor dalam tertib menurun.

b. Ulang aktiviti a (i), (ii), (iii), (iv) dengan nombor lain sehingga semua murid dalam kelas
terlibat dan boleh menyusun nombor dalam tertib menaik dan tertib menurun.

Pentaksiran:
Tahap Penguasaan 1 dan Tahap Penguasaan 2 boleh di nilai atau ditentukan penguasaan
murid melalui aktiviti 1 hingga aktiviti 6.

17

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 5

Nama:__________________________
Kelas:__________________
Suaikan.
I.

52

2.
I4

3.
36

18

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 6

Nama:__________________________
Kelas:__________________

Tuliskan kurang daripada atau lebih daripada.

I. 34 44

2. 54 27

3. 63 74

4. 92 29

5. 89 90

19

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 7

Nama :__________________________
Kelas:__________________
A. Susunkan nombor berikut mengikut tertib menaik.

26 28 25 27

B. Susunkan nombor berikut mengikut tertib menurun.
72 70 73 71

20

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Lembaran Kerja 8

Nama:__________________________
Kelas:__________________

Isikan tempat kosong

I. 34 36

2. 55 53

3. 67 65
4. 86 88

98 I00
5.
21

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Tajuk: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran: Murid dibimbing untuk menulis nombor

Murid berupaya untuk menulis nombor hingga 100 dalam: angka
dan perkataan

Aktiviti 1:

a. Tunjukkan kad imbasan angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 satu demi satu.

0 I 23456789

Minta murid menyebut apa yang dilihat.
b. Minta murid membentuk angka-angka yang dipaparkan di udara, pasir dan tanah liat.
c. Tunjukkan cara menulis angka dengan teknik yang betul.

Aktiviti 2:
a. Kad nombor 0 hingga 9 masih dipaparkan di hadapan kelas.

b. Agihkan murid kepada dua kumpulan, setiap kumpulan dibekalkan kertas mahjong dan
‘artline’. Minta kumpulan murid membentuk nombor yang disebut.

c. Kumpulan yang paling sempurna pembentukan nombornya diberi pujian atau hadiah.

d. Teruskan hingga semua angka 0 hingga 9 selesai dibentuk.

e. Minta murid supaya menulis nombor dalam perkataan seperti contoh di bawah:

0 hingga 10

0 - sifar 6 - enam
I - satu 7 - tujuh
2 - dua 8 - lapan
3 - tiga 9 - sembilan
4 - empat 10 - sepuluh
5 - lima
22

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

f. Minta murid menulis nombor dalam angka dan perkataan secara rawak di dalam
kumpulan bagi II hingga I00

II, I2, I3, I4……..……..20
2I, 22, 23, 24………….30
3I. 32, 33, 34………….40
4I, 42, 43, 44………….50
5I, 52, 53, 54………….60
6I, 62, 63, 64………….70
7I, 72, 73, 74………….80
8I, 82, 83, 84………….90
9I, 92, 93, 94…………100

I6 - Enam belas
24 - dua puluh empat
37 - tiga puluh tujuh
48 - empat puluh lapan
5I - lima puluh satu
63 - enam puluh tiga
72 - tujuh puluh dua
85 - lapan puluh lima
90 - sembilan puluh
I00 - satu ratus

i. Tuliskan nombor yang kamu lihat itu dalam bentuk angka.
ii. Tuliskan nombor yang kamu lihat itu dalam perkataan.
iii. Nyatakan nombor yang kamu tulis itu.

Aktiviti 3:

a. Paparkan kepada murid beberapa keping kad gambar seperti contoh di bawah:

b. Minta murid menulis nombor dalam bentuk angka dan perkataan berdasarkan gambar
yang diberi.

i. Berapa jumlah kereta yang terdapat 7 : tujuh
pada kad tersebut?

ii. Nyatakan bilangan kereta tersebut.
iii. Tuliskan bilangan kereta tersebut

dalam angka.
iv. Tuliskan bilangan kereta tersebut

dalam perkataan.

23

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

i. Berapa jumlah buah yang ________ : _______________
kamu lihat?

ii. Nyatakan bilangan buah
tersebut.

iii. Tuliskan bilangan buah
tersebut dalam angka.

iv. Tuliskan bilangan buah
tersebut dalam perkataan.

i. Berapa jumlah telur yang
kamu lihat?

ii. Nyatakan bilangan telur
tersebut.

iii. Tuliskan bilangan telur
tersebut dalam angka.

iv. Tuliskan bilangan telur
tersebut dalam perkataan.

________ : ______________

i. Berapa jumlah gula-gula
yang kamu lihat?

ii. Nyatakan bilangan gula-gula
tersebut.

iv. Tuliskan bilangan gula-gula
tersebut dalam bentuk angka.

v. Tuliskan bilangan gula-gula
tersebut dalam perkataan.

Aktiviti 4: ________ : ______________

Edarkan lembaran kerja 9 hingga Lembaran Kerja 11 kepada setiap murid. Bincangkan hasil
kerja murid.

Aktiviti 5:

Masukkan sebilangan objek ke dalam satu bekas. Minta seorang murid menyatakan
berapakah bilangan objek di dalam bekas dan bilangannya ditulis dalam angka dan
perkataan.

a. Ulang aktiviti a sekurangnya lima pusingan sehingga semua murid boleh menulis kuantiti
yang diberi dalam angka dan perkataan.

________ : _______________
24

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 9

Nama:__________________________
Kelas:__________________
C. Sambungkan garis-garis putus membentuk nombor dan

tuliskan dalam perkataan nombornya.
contoh:

Tujuh

25

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 10

Nama:__________________________
Kelas:__________________

C. Tuliskan nombor dalam perkataan.

56
89
74
55
93
62
99

26

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 11

Nama:__________________________
Kelas:__________________
B. Padankan gambar dengan nombor.

40 Tiga puluh lapan

38 empat puluh dua

42 empat puluh

I3 Tiga belas

27

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Tajuk: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk rangkaian nombor.
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk membilang nombor.

Aktiviti 1:
a. Murid membuat pemerhatian terhadap kek cawan yang diletakkan di atas meja.

Apa yang dapat kamu lihat di atas meja? Ceritakan.
b. Gerakkan kek cawan satu-satu dan bilang.

Bilang kek cawan satu persatu sampai habis. Ada berapa kek cawan kesemuanya?
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10

Bilang kek cawan dari banyak kepada sedikit.
10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1

c. Teruskan aktiviti dengan menunjukkan garis nombor seperti di bawah:

Sebutkan nombor yang terbentuk di atas garis nombor. Bincangkan dengan murid.

i. membilang satu-satu

11 11 1

||||||
01 234 5

ii. membilang dua-dua

2 22 22
|||||||||||
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

28

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

d. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membilang nombor dalam lingkungan 100
yang melibatkan membilang satu-satu, dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh.

i. membilang lima-lima

5 5 55 5

||||| |
25
0 5 10 15 20
10

ii. membilang sepuluh-sepuluh

10 10 10 10 10 10 10 10

|||||||||
0 10 20 30 40 50 60 70 80

Aktiviti 2:
a. Paparkan kad nombor dan minta murid menyebut nombor yang dipaparkan.
b. Minta murid menyusun nombor mengikut urutan menaik dan menurun.

1 2 6 4 9 8 3 5 10 7

0 3611 1

c. Bin1cangkan aktiviti dengan5murid: 4

i. 5 Bagaimana proses menyusun nombor mengikut tertib menaik dilakuk4an?
ii. 5 Bagaimana proses menyusun nombor mengikut tertib menurun dilaku7kan?

5 7
Aktivit5i 3: 7

a. Bahagikan murid kepada empat kumpulan.

b. Sediakan empat stesen yang mewakili kumpulan nombor berikut dalam bentuk pusingan
jam.

Stesen1

Stesen 4 Stesen 2

Stesen 3

Stesen 1: Kad nombor bilang satu-satu.

9 11 15 12 10 13 17 14 16

29

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Stesen 2: Kad nombor bilang dua-dua

20 24 22 28 26 30 34 36 40 32 38

Stesen 3: Kad nombor bilang lima-lima.

40 50 45 60 75 80 55 70 85 65

Stesen 4: Kad nombor bilang sepuluh-sepuluh 60 100 40 20

70 80 90 30 50 10

c. Satu kumpulan murid akan berada di satu stesen.
i. Setiap kumpulan di minta menyusun kad nombor dalam tertib menaik.
ii. Setelah siap tugasan yang dibuat oleh kumpulan, guru akan menyemak sama
ada betul atau tidak.
iii. Setelah selesai setiap kumpulan menyusun dalam tertib menaik dengan betul.
Semua kumpulan akan bergerak mengikut putaran jam hingga setiap kumpulan
selesai menjawab dengan betul, keempat-empat stesen.

d. Aktiviti boleh diteruskan dengan melakukan aktiviti menyusun nombor dalam tertib
menurun.

Aktiviti 4:
Edarkan Lembaran Kerja 12 dan Lembaran Kerja 13 kepada setiap murid. Bincangkan hasil kerja
murid.

Aktiviti 5:

a. Minta seorang murid menyatakan satu nombor. Contohnya

6

i. Minta murid lain menyatakan dua nombor selepas nombor ini dan dua nombor
sebelum nombor ini dengan membilang:
 Satu-satu.
 Dua-dua.
 Lima-lima.
 Sepuluh-sepuluh.
Bermula dari nombor yang dinyatakan.

30

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Lembaran Kerja 12

Nama:__________________________

Kelas:___________

Isi tempat kosong dengan urutan menaik.

I. I 2 4

2. I3 I5 I6
8
1. 3. 4. I6
3. 2. 2 4

2.

4. 4 8

5. 35 40
20 80 I00

6.

31

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Lembaran Kerja13

Nama:__________________________

Kelas:___________

Isi tempat kosong dengan urutan menurun.

I. I0 86

2. I9 I7 I5

5. 6. 7. I2
3. 20 I8 4

2. 8

8.
4. I6

5. 35 25 I5

6. I00 70 60

32

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Tajuk: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran: Murid dibimbing untuk rangkaian nombor.

Murid berupaya untuk melengkapkan sebarang rangkaian
nombor.

Aktiviti 1:
a. Murid membuat pemerhatian terhadap bilangan pensel yang dipegang oleh guru.

Minta murid menyatakan apa yang dilihat.

b. Minta murid membilang satu-satu selepas jumlah pensel yang ditunjukkan.
i. 5 hingga 10, seterusnya
ii. 11 hingga 20, seterusnya
iii. 21 hingga 30 dan seterusnya hingga 100.

c. Aktiviti diteruskan dengan menunjukkan garis nombor seperti di bawah:

0 2 4 6 8 10 12

Sebutkan nombor secara dua-dua yang terbentuk di atas garis nombor, sebut hingga 100.
d. Adakan perbincangan dengan murid berkaitan dengan aktiviti membilang ini.

e. Teruskan perbincangan dengan nombor 5:
i. Bilang satu-satu hingga 15.
ii. Bilang dua-dua hingga 19.
iii. Bilang lima-lima hingga 100.
iv. Bilang sepuluh-sepuluh hingga 95.
v. Bilang empat-empat hingga 21.

Aktiviti 2:
a. Paparkan rangkaian nombor secara tertib menaik dengan menggunakan garis nombor.

secara lima-lima

0 5 10 15 20

i. Ulang aktiviti a dengan menggunakan rangkaian nombor lain seperti contoh
berikut:

 30, 35, 40, 45, 50, 55, 60
 65, 70, 75, 80, 85, 90, 95, 100
 46, 51, 56, 61, 66, 71, 76

33

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

secara sepuluh-sepuluh

0 10 20 30 40

ii. Ulang aktiviti dengan menggunakan rangkaian nombor lain seperti contoh berikut:

 40, 50, 60, 70, 80, 90, 100
 23, 33, 43, 53, 63, 73, 83
 6, 16, 26, 36, 46, 56, 66, 76

b. Tunjukkan satu rangkaian nombor secara tertib menurun seperti contoh di bawah:
secara lima-lima: 45, 40, 35, 30, 25, 20, 15, 10, 5

i. Ulang aktiviti b dengan menggunakan rangkaian nombor lain seperti contoh berikut:

 70, 65, 60, 55, 50, 45, 40, 35
 95, 90, 85, 80, 75, 70, 65
 87, 82, 77, 72, 67, 62, 57

secara sepuluh-sepuluh: 90, 80, 70, 60, 50

ii. Ulang aktiviti dengan menggunakan rangkaian nombor lain seperti contoh berikut:

 100, 90, 80, 70, 60, 50
 72, 62, 52, 42, 32, 22, 12
 88, 78, 68, 58, 48, 38, 28

Aktiviti 3:

a. Letakkan di atas tanah kad rangkaian nombor seperti berikut:

12345

b. Minta murid membentuk rangkaian nombor di atas dengan menggunakan daun.

c. Ulang aktiviti a dan b dengan menggunakan rangkaian nombor:
i. Dua-dua
ii. Lima-lima
iii. Sepuluh-sepuluh.

Aktiviti 4:
a. Edarkan Lembaran Kerja 14 dan Lembaran Kerja 15 kepada setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.

Pentaksiran:
Pentaksiran Tahap Penguasaan 3 boleh dinilai pada murid bagi aktiviti 1 hingga 4.

34

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 14

Nama: __________________________

Kelas: __________________

A. Lengkapkan rangkaian nombor lingkungan 100 secara
menaik.

1. 2 45
1

2. 11
357

3.

15 20 25 35

4. 57 67
27

5.

16 18 20 22

35

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1
Lembaran Kerja 15

Nama: __________________________

Kelas: __________________

B Lengkapkan rangkaian nombor lingkungan 100
secara menurun.

1. 5 32
6

2. 8
16 14 12

3. 70
90 85 80

4. 70 60
100

5. 53
83 73

36

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Tajuk: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran: Murid dibimbing untuk nilai tempat.

Murid berupaya untuk menyatakan nilai tempat dan nilai digit
bagi sebarang nombor.

Aktiviti 1:

a. Bahagikan murid kepada dua kumpulan.
Kumpulan 1: 10 orang
Kumpulan 2: 5 orang
i. Berapa orang murid semuanya?
ii. Berapa kumpulan yang mempunyai 10 orang murid?
iii. Berapa orang dalam kumpulan yang kedua?

b. Wakilkan nilai murid dengan menggunakan dekak-dekak.

ratus puluh sa

c. Minta murid wakilkan 15 ke dalam ruangan nilai tempat yang disediakan.

puluh sa

d. Ulang aktiviti b dan c dengan nilai nombor yang lain sepeti 74, 85, 68 dan 59.

Aktiviti 2:
a. Minta murid menyebut dan mencatatkan dua nombor yang terletak di nilai puluh dan sa,

contohnya:

BFT 2211
Murid sebut sebelas dan catatkan di buku catatan 11.
b. Minta murid mecatatkan 10 nombor daripada 10 kenderaan yang melalui kawasan
persekolahan.

c. Kemudian paparkan kad nilai tempat di atas tanah. Minta seorang murid mencatatkan
nombor pertama kenderaan yang diambil dari kenderaan yang lalu di kad nilai tempat dan
teruskan aktiviti sehingga semua nombor yang dicatat tadi habis, nombor yang dicatatkan
hanya nilai puluh dan sa sahaja.

37

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

d. Bincangkan nombor yang dicatat dan minta murid menyebut nombor-nombor tersebut.

Aktiviti 3:

a. Minta murid menunjukkan nombor 24 dengan menggunakan blok asas.
Contoh:

dan minta murid menyebut 24 ialah 20 dan 4.
b. Kemudian tunjukkan nombor-nombor lain contohnya 16, 32, 48 juga dengan

menggunakan blok asas dan minta murid menyebut 10 dan 6, 30 dan 2 dan 40 dan 8.

c. Minta murid menunjukkan nombor-nombor yang dibincangkan a dan b bagi nilai tempat
dan nilai digit menggunakan dekak-dekak.

ratus puluh sa

d. Murid memindahkan maklumat nombor yang dibincang menggunakan dekak-dekak.

ratus puluh sa

e. Oleh itu tegaskan

24 nilai tempat: sa
nilai digit: 4

nilai tempat: puluh
nilai digit: 20

Aktiviti 4:
a. Minta murid mengeluarkan abakus masing-masing.
b. Tunjukkan kad imbasan nombor dan meminta murid menyatakan menggunakan abakus.

38

(Contoh) MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Contoh: 27 83 40 56

i. 27 Pu Sa

Minta murid sebut nilai tempat pada abakus.

puluh sa
2 7

Aktiviti 5:
a. Edarkan Lembaran Kerja 16 hingga Lembaran Kerja 18 kepada setiap murid.

b. Bincangkan hasil kerja murid. Buat pembetulan serta bagi setiap kesilapan yang
dilakukan oleh murid.

39

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Lembaran Kerja 16

Nama: __________________________
Kelas: __________________

Tuliskan nombor yang mewakili gambar di bawah.

1.

Nilai tempat: ___ puluh ___ sa

Nilai digit: _______ + ______

2.

Nilai tempat: ___ puluh ___ sa
Nilai digit: _______ + ______

3.

Nilai tempat: ___ puluh ___ sa
Nilai digit: _______ + ______

4. Pu Sa

Nilai tempat: ___ puluh ___ sa
Nilai digit: _______ + ______

40

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Lembaran Kerja 17

Nama: __________________________

Kelas: __________________

Nyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi nombor yang diberikan.

Nilai tempat Nilai digit

l. puluh sa 4
9
49

2. puluh sa 8
l
8l

puluh sa l
7
l73.

puluh sa 2
5
254.
6
puluh sa 0

605.

41

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 1

Lembaran Kerja 18

Nama: __________________________
Kelas: __________________

Nyatakan nilai digit dan nilai tempat bagi nombor yang digariskan.

l. 38 = ___________ 2. 49 = ____________
___________ ____________

3. 70 = ___________ 4. I0 = ____________
___________ ____________

5. 66 = ___________ 6. 92 = ____________
___________ ____________

7. 53 = ___________ 8. 89 = ____________
___________ ____________

42


Click to View FlipBook Version