The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Karine, 2023-02-09 05:19:44

国文

课本

Penulis Pereka Bentuk Ilustrator Editor Abdul Rahman Kamil bin Abu Naim Mat Ariffin bin Ismail Zamri bin Mukapit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021 Fazilah binti Mohamedeni Norma binti Sanid Hasnah binti Mohamed KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2O17)


KK 499-221-0102011-49-3276-20101 ISBN 978-983-49-3276-3 Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: Mihas Grafik Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Percetakan Inderapura Sdn. Bhd., Jalan Tanjong Api, Off Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur. No. Siri Buku: 0002 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada pihak yang terlibat: • Pakar Rujuk Bahasa Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Abdul Karim • Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat (PMS), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera (NSK), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia • Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka • Jawatankuasa Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka • Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia • Kementerian Kesihatan Malaysia • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia • Jabatan Pengangkutan Jalan • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara • Perbadanan Produktiviti Malaysia • Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah • Institut Kraf Negara • Persatuan Kimaragang Malaysia • Persatuan Peminat Lukisan dan Kaligrafi Sim, Melaka • Malaysia Hindu Sangam • SJK (T) Taman Melawati, Kuala Lumpur • SJK (C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor • Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penerbitan buku teks ini.


Pendahuluan iv Kekeluargaan TEMA 1 Unit 4 Pelihara Kesihatan Diri 22 Unit 5 Kebersihan Jadikan Amalan 28 Unit 6 Minda Sihat Emosi Terjaga 33 TEMA 3 Unit 7 Jaga Diri Selalu 44 Unit 8 Keselamatan Tanggungjawab Kita 49 Unit 9 Cakna di Mana-mana 54 Unit 10 Bersatu Hati Hidup Harmoni 64 Unit 11 Masyarakat Sepakat 69 Unit 12 Seia Sekata Sehati Sejiwa 75 Kesihatan dan Kebersihan Unit 13 Aku Berintegriti 86 Unit 14 Sekolah Berintegriti Murid Cemerlang 91 Unit 15 Rakyat Berintegriti 96 Unit 16 Warisan dan Adat 106 Unit 17 Permainan Tradisional 112 Unit 18 Warna-warni Budaya, Seni dan Estetika 118 Unit 19 Sains dalam Kehidupan 128 Unit 20 Teknologi Hari Ini 134 Unit 21 Minda Inovatif 140 Unit 22 Majukan Ekonomi Kita 150 Unit 23 Pupuk Minat Keusahawanan 156 Unit 24 Generasi Celik Wang 162 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Perpaduan TEMA 6 TEMA 4 TEMA 2 Integriti TEMA 5 Sains, Teknologi dan Inovasi TEMA 7 Unit 1 Keluarga Bahagia Hidup Ceria 2 Unit 2 Keluarga Gembira Menjamin Kejayaan 7 Unit 3 Keluarga Angkat Kami Sepakat 12 Keselamatan Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan TEMA 8 iii


Buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) kegunaan mulai tahun 2022 ini menterjemahkan hasrat yang tercakup dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Bahan-bahan ini disusun atur mengikut kesesuaian daripada tahap mudah kepada tahap sukar dengan harapan agar kemahiran dan ilmu serta nilai diperoleh murid secara ansur maju. Persembahan yang menarik dan berwarna-warni dapat menarik minat murid untuk menggunakan buku teks ini sepenuhnya. Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa yang terdapat dalam DSKP telah disusun kemas secara modular. Buku ini merangkumi lapan tema dan 24 unit yang dipecahkan mengikut tiga kemahiran utama dan dua aspek. Lapan tema yang terdapat dalam buku ini, iaitu: PENDAHULUAN Kekeluargaan Integriti Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Sains, Teknologi dan Inovasi Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kesihatan dan Kebersihan Keselamatan Perpaduan Buku ini dihasilkan untuk melahirkan kemenjadian murid secara holistik yang dapat menguasai kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta yang menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Bahan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk dan persembahan termasuklah peta pemikiran. Peta pemikiran yang diterapkan dalam buku ini ialah: Peta Pemikiran PETA BULATAN Proses pemikiran: mendefinisikan sesuatu mengikut konteks PETA DAKAP Proses pemikiran: hubungan bahagian – seluruh PETA BUIH Proses pemikiran: menerangkan sesuatu dengan menggunakan adjektif PETA ALIR Proses pemikiran: menyusun idea/sesuatu secara berurutan PETA BUIH BERGANDA Proses pemikiran: membanding beza PETA PELBAGAI ALIR Proses pemikiran: sebab dan akibat PETA POKOK Proses pemikiran: membuat pengelasan PETA TITI Proses pemikiran: analogi – melihat hubungan beberapa perkara iv


Ikon-ikon yang menarik juga digunakan untuk menjelaskan bahagian-bahagian tertentu. Halaman Rangsangan Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aspek Seni Bahasa Aspek Tatabahasa Murid perlu melakukan aktiviti berdasarkan bahan yang disediakan pada halaman rangsangan. Kemahiran Membaca Kemahiran ini menguji keupayaan murid membaca, memahami dan menaakul pelbagai bahan. Kemahiran ini menguji keupayaan murid berkomunikasi dan menyampaikan maklumat serta idea yang kritis dan kreatif. Aspek ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berupaya mengungkapkan, memahami dan menghargai bahasa yang indah. Kemahiran Menulis Kemahiran ini menguji keupayaan murid menghasilkan penulisan dan menyampaikan maklumat. Aspek ini bertujuan untuk melahirkan murid yang dapat menguasai dan menggunakan tatabahasa yang betul. Pemulihan Pengayaan Pengukuhan Penilaian Bacaan Luas KOD QR Maklumat tambahan berkaitan dengan kandungan pembelajaran. Projek Cadangan aktiviti yang berbentuk projek. KBAT Murid mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Aktiviti Lisan Murid perlu memberikan respons secara lisan. Aktiviti Menulis Murid perlu memberikan jawapan secara bertulis. Cakna Bahasa Bahagian ini mengandungi maklumat berkaitan dengan tatabahasa yang boleh dirujuk. Cakna Bahasa Cakna Ilmu Bahagian ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kandungan. Cakna Ilmu AR AR ialah imbasan teknologi yang menggabungkan dunia maya dengan dunia nyata dalam bentuk 2D atau 3D bagi mendapatkan maklumat tambahan dalam bentuk video dan animasi. Nota Guru Nota guru memberikan cadangan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti yang terdapat pada halaman berkaitan. Standard Pembelajaran v


CADANGAN PENGGUNAAN BUKU TEKS • Buku teks ialah bahan rujukan utama kurikulum yang digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Bahan dalam buku teks dijadikan panduan bagi mencapai Standard Pembelajaran (SP). • Guru boleh menggunakan mana-mana bahan yang sesuai daripada buku teks mengikut aras keupayaan murid. • Guru boleh menggunakan dan mengubah suai bahan dalam buku teks mengikut aras keupayaan murid. • Guru boleh memanfaatkan maklumat yang disediakan dalam Nota Guru bagi menghasilkan rancangan pengajaran yang lebih berkesan. Beberapa halaman dalam buku mengandungi aktiviti yang menjurus kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Aktiviti tersebut bertujuan untuk melahirkan kemenjadian murid dalam pelbagai aspek, antaranya cara pelaksanaan Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) yang ditunjukkan secara tidak langsung. Aktiviti ini dimasukkan untuk mewujudkan pembelajaran bermakna dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui Pembelajaran Berasaskan Projek bagi meningkatkan penguasaan murid pada tahap tertinggi. Buku ini menekankan aspek penerapan Kompetensi Pembelajaran Bermakna (6C) juga seperti yang berikut: Dalam setiap bahan yang dihasilkan, Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sentiasa diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid. Aktiviti yang disediakan pula menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kecerdasan pelbagai supaya murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Seterusnya, aktiviti yang berunsur didik hibur turut dimuatkan bagi menimbulkan keseronokan dalam pembelajaran. Persembahan bahan seperti jalur komik, lagu kanak-kanak, cerita dan permainan bahasa dipersembahkan dalam bentuk grafik, ilustrasi serta gambar foto yang menarik. Bahan ini mampu menarik minat murid untuk mempelajari dan menguasai kemahiran berbahasa. Buku ini juga mengambil kira pelibatan ibu bapa untuk membantu murid belajar semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pemikiran Kritis KOMPETENSI PEMBELAJARAN BERMAKNA (6C) Sahsiah Komunikasi Kolaboratif Kreativiti Kewarganegaraan Akhir sekali, penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Penulis berharap agar usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat direalisasikan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Abdul Rahman Kamil bin Abu Naim Mat Ariffin bin Ismail vi


1 1 Guru Internet Buku Ibu bapa Keluarga Gembira Menjamin Kejayaan Keluarga Angkat Kami Sepakat Keluarga Bahagia Hidup Ceria Kekeluargaan Keluargaku 1 NOTA GURU Murid bercerita berdasarkan peta bulatan.


Li Chen, selepas tiga bulan, adik kamu dapat memberikan respons kepada persekitaran. Oleh itu, gunakanlah alat yang mengeluarkan bunyi semasa bermain dengan adik kamu. Ya, puan. Saya Li Chen, tahniah! Kamu mendapat adik baharu. Tunjukkan kasih sayang kamu terhadap adik kamu. Belailah dan usap kepala adik kamu agar dia selesa. Sebut semula nasihat saya ini. Li Chen, sebagai abang, kamu perlu membantu ibu menjaga adik kamu. Kamu boleh mengagah dan menunjukkan mimik muka yang lucu agar adik kamu ketawa. Sebut semula pesanan ayah ini. Baiklah, ayah. Terima kasih. Baiklah, doktor. Saya perlu Adik Baharuku Dengar dan ujarkan semula. Keluarga Bahagia Hidup Ceria Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3 Audio pendengaran HOSPITAL BUDI 2 NOTA GURU Bimbing murid mendengar dan mengecam ujaran. Minta murid membuat simulasi. KBAT: Mengaplikasikan – Melakonkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 1.1.1


Keluarga Prihatin Hidup Selesa Setelah kelas tambahan berakhir, ayah pula menjemputnya. Ketika itu, hujan lebat. Li Chen meredah hujan untuk menuju ke kereta ayahnya. “Li Chen, jika hujan, kamu tunggu ayah di dewan sekolah sahaja. Ayah akan membawa payung untuk kamu.” Namun, Li Chen terlupa akan pesanan ayahnya. Ketika di rumah, Li Chen mulai selesema dan pening kepala. Ayah terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Setelah sampai di rumah, Li Chen minum ubat. Walaupun begitu, dia masih kurang selesa. Ibunya, Puan Poon, segera menyapu ubat berbentuk krim pada dada Li Chen. Pada malam itu, ibu dan ayahnya tidur di bilik Li Chen. Mereka bergilir-gilir menjaga Li Chen supaya Li Chen cepat sembuh. Li Chen berasa selesa dan kuat semangat. Keesokan harinya, Li Chen telah sihat. Li Chen amat terharu akan keprihatinan ibu dan ayahnya. “Terima kasih, ibu. Terima kasih, ayah,” kata Li Chen sambil memeluk mereka. Baca dan tafsirkan. Tafsirkan perenggan. Abang Li Chen bertanggungjawab kerana menghantar adiknya ke kelas tambahan. prihatin – klinik penyayang – sapu ubat berbentuk krim bertindak bijak – bergilir-gilir berbudi bahasa – mengucapkan Pada hari Ahad yang lepas, Li Chen ke kelas tambahan. Dia dihantar oleh abangnya dengan menaiki kereta. 3 NOTA GURU Bimbing murid membaca bahan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Minta murid mentafsirkan perenggan yang dibaca mengikut warna. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Menjaga kesihatan 2.1.1


Tulis dan lafazkan pantun. Pokok bidara hidupnya lama, Jika dijaga tinggi menjulang; Tanda sejahtera ceria bersama, Seisi keluarga hidup cemerlang. Subur semanggi di tepi telaga, Rendang saga menjadi redup; Sayang-menyayangi dalam keluarga, Bahagia keluarga cerialah hidup. Masak pengat pisang renek, Di dalam raga disusun berselang; Sentiasa teringat datuk dan nenek, Menggamit keluarga untuk pulang. Keluarga Bahagia Keluarga Ceria Pokok senduduk di tepi tangga, Di tepi beranda tumbuh berangan; Kami duduk seisi keluarga, Bergurau senda erat hubungan. Audio pantun 4 NOTA GURU Bimbing murid menulis pantun dengan tulisan berangkai. Minta murid melafazkan pantun. KBAT: Mengaplikasikan – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Kemahiran menulis EMK: Kelestarian Global 3.1.1


Salam sejahtera, kawan-kawan. Dengarlah cerita ini. Hati saya berdegup kencang ketika membuka fail keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Wajah Cikgu Anathi yang cantik seperti bidadari dan hidung mancung bak seludang sedikit menyejukkan hati saya. Li Chen dan kawan-kawannya diminta mempersembahkan cerita di hadapan kelas. Tajuk cerita Li Chen ialah “Kecemerlanganku Menggembirakan Keluarga”. Tahniah, Li Chen! Cikgu lapang dada kerana markah PBD kamu tidak lagi jejak bara. Ceritakan dan ujarkan dialog. Borang Pemarkahan Gaya 45 Intonasi 35 Sebutan 20 Jumlah 100 Dengarlah Cerita Saya Dengarlah Cerita Saya Kecemerlanganku Menggembirakan Keluarga Seterusnya, tersebarlah khabar angin bahawa saya cemerlang dalam PBD. Namun, saya belum yakin. Tiba-tiba, saya tersentak apabila nama saya dipanggil oleh Cikgu Anathi. Setelah sampai di rumah, saya meluru ke arah datuk dan nenek. “Nenek! Datuk! Saya mendapat keputusan cemerlang, iaitu tahap penguasaan tertinggi dalam PBD.” Datuk dan nenek saya amat bangga. Tanda mata akan diberikan kepada saya. Kami akan makan angin ke Pulau Langkawi. Kawan-kawan, saya bertuah seperti bulan jatuh ke riba. Saya sangat terharu kerana nenek dan datuk amat menyayangi saya seperti menatang minyak yang penuh. Sekian, terima kasih. Audio bercerita 5 NOTA GURU Bimbing murid mempersembahkan cerita. Minta murid lain memberikan markah dalam borang pemarkahan. KBAT: Menganalisis – Menilai Strategi PdP: KP – Logik-matematik EMK: Nilai Murni – Kerajinan 4.1.1


Berlibur di Hutan Lipur Proton Persona “Li Chen, bangun! Kita perlu bertolak awal ke Hutan Lipur Jeram Toi,” kata neneknya, Puan Siew. Selepas bersiap sedia, kami memasukkan barang-barang dan sebuah beg pakaian ke dalam kereta. Saya memimpin tangan nenek manakala abang memimpin tangan datuk. Mereka memegang tongkat dan menuju ke kereta Proton X70. Saya juga membawa Si Putih, seekor kucing yang comel. Ibu saya pula mendukung adik kesayangan kami. Seterusnya, ayah saya memandu kereta menuju ke sebatang jalan, iaitu Jalan Kuala Klawang. Abang saya, Wei Hong, mengikuti kami dari arah belakang dengan memandu kereta Proton X50. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati semasa menaiki dan menuruni bukit. Dalam perjalanan, saya dapat melihat hutan rimba yang cantik. Tidak lama kemudian, kami pun sampai. Saya melihat seutas jam tangan milik ayah yang berjenama Nayan. Jam itu menunjukkan pukul 10:00 pagi. Kami berehat sebentar di bawah pokok Bucida. Saya gembira kerana dapat berlibur dengan keluarga di hutan yang indah itu. Lengkapkan cerita. Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama dan Penjodoh Bilangan Kawan-kawan, pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga … Seronoknya kita dapat ke Bukit Fraser untuk bercuti. Hibiscus rosa-sinensis 6 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama dan penjodoh bilangan. Minta murid bercerita berdasarkan gambar. KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: BCB – Menghubung kait EMK: Kelestarian Global 5.1.1 (i) (ii) (iii) (iv)


Tahniah, Keluarga Darshita! Baiklah, ayah. Kita hendaklah mengikut pelan itu supaya Landskap yang akan kita bina ini hendaklah berkonsepkan bumi hijau. Ibu, saya bersetuju kerana Darshita, kita mesti bekerjasama untuk membina landskap ini dengan jayanya. Kita haruslah mengikut pelan landskap ayah. Sama-sama, puan. Adakah undangan ini berkaitan dengan keputusan pertandingan Program Satu Landskap Satu Keluarga? Sama-sama. Dengar dan berikan respons. Keluarga kami sentiasa bekerjasama dalam . Terima kasih, puan. Situasi 1 Keluarga Gembira Menjamin Kejayaan Situasi 2 Saya mengucapkan terima kasih kepada encik dan keluarga kerana sudi hadir berjumpa dengan saya. Ya, . Encik Rajesh, saya ada melihat encik sekeluarga semasa membina landskap tempoh hari. Encik sekeluarga bekerjasama dalam suasana gembira semasa menyiapkan landskap itu. Audio pendengaran 7 NOTA GURU Bimbing murid memberikan respons tentang maklumat yang diujarkan. Minta murid membuat simulasi. KBAT: Mengaplikasikan – Membina Strategi PdP: BCB – Mendengar dengan berkesan EMK: Nilai Murni – Menghargai 1.1.2


Hebatnya, Kakak Darshita! Akhirnya, Vanesri diumumkan sebagai tokoh sahsiah sekolah. Dia dilantik sebagai duta sekolah pada peringkat negeri juga. Dia terkenal kerana sentiasa mengharumkan nama sekolah. Vanesri anak yang berakhlak mulia. Dia diasuh oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang. Dia diajar agar bersopan santun sejak kecil lagi. Dia mengamalkan adab dan cara belajar yang diajarkan oleh keluarganya. Di sekolah, Vanesri mematuhi peraturan seperti datang awal ke sekolah. Dia disukai oleh guru-guru kerana sentiasa menghormati mereka. Selain itu, dia menjadi suri teladan dalam kalangan murid. Baca dan tafsirkan. kejayaan ciri-ciri murid cemerlang T o o h S e k o a k a h s i a h S l h Jelaskan peribadi Vanesri. sikap 8 NOTA GURU Bimbing murid membaca bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Minta murid menjelaskan maklumat tentang Vanesri. KBAT: Menilai – Mentafsirkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Bahasa 2.1.1


Tulis pendapat dalam perenggan. Kem Keluarga Ceria Pada pendapat saya, Ravi berbincang dengan semua anggota keluarganya. Mereka membuat keputusan untuk menyertai Kem Keluarga Ceria. Di sana, mereka akan memperoleh panduan tentang keluarga ceria dan keluarga berjaya. Ravi dan keluarga duduk . Mereka membuat keputusan memperoleh panduan Soalan Pendapat Dengan siapakah Ravi berbincang untuk menyertai Kem Keluarga Ceria? Mengapa? Adakah keluarga Ravi gembira apabila Ravi menerima anugerah kecemerlangan itu? Mengapa? Mengapakah keluarga Ravi duduk di dalam bulatan? Apakah yang dilakukan oleh mereka? Jelaskan. menjalankan maklumat Semasa hari terakhir kem itu, Ravi meminta maaf daripada keluarganya sambil berpelukan. Mengapa? insaf berjanji Apakah perubahan sikap Ravi selepas menghadiri Kem Keluarga Ceria? rajin tekun 9 NOTA GURU Bimbing murid meneliti dan memahami maklumat. Minta murid menulis perenggan berdasarkan teks dan gambar. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Tekun 3.2.1


Darshita, nyatakan pengajaran yang kamu peroleh daripada setiap rangkap dalam seloka ini. Baiklah, ayah. Pengajarannya ialah ibu bapa mestilah mendidik anak-anak sejak kecil untuk mencari ilmu biarpun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Seterusnya, ibu bapa seharusnya Lagukan seloka. Seloka Bapa Cemerlang Bijak sungguh bapa Darshita Dia diasuh dia dididik Dengan tekun ilmu dicari Onak duri sanggup ditempuh. Harapan keluarga semua Dia perlu berusaha Belajar tanpa dipaksa Lulus cemerlang dengan jayanya. Sambung cita menjadi guru Kerja mulia cita murni Mula bekerja di kampung Bapa reda dengan senyuman. Cita dicapai berjaya sudah Menjadi pentadbir sekolah Gigih bekerja bapa terkenal Dapat Anugerah Bapa Cemerlang. Walau berjaya bapa tak bongkak Orang ramai menghormatinya Bijak sungguh bapa Darshita Bapa disayangi dan disanjungi. Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail Audio seloka 10 NOTA GURU Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka. Minta murid menyatakan pengajaran. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kebanggaan 4.2.1


Tadika Amal Kami Baca dan bina ayat. Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama dan Penjodoh Bilangan • sekeping • papan tanda • situ • sebuah Pusat Tuisyen Amal Mesra • beberapa orang penduduk • Datuk Amran • kereta • Dewan Orang Ramai Murni • beliau • seutas tali • Arisa • gunting • biji belon Kawan-kawan, saya hendak bercerita tentang sebuah tadika yang dinamakan Tadika Amal. Tadika itu diusahakan oleh keluarga saya. Sudikah kalian mendengarnya? Tahukah kalian di manakah terletaknya tadika itu? Tadika itu terletak di tepi sebatang sungai dan di sebelah SJK (C) Taman Budi. Kamu bolehlah datang pada bila-bila masa untuk mendaftarkan adik-adik kamu. Pada setiap hari minggu, keluarga kami akan berkumpul di ruang hadapan tadika itu. Ruang itu mempunyai sebidang ambal. Ruang itu dihias dengan sekeping gambar Yang di-Pertuan Agong. Baginda menjadi suri teladan keluarga kami. Di belakang tadika itu ada sebuah sangkar burung yang mempunyai beberapa kawan burung. Kami memberikan nama kepada burung-burung itu Si Putih, Si Gebu dan Si Pantas. Beberapa orang murid gemar berehat di sini selepas belajar. Kakak saya, Fang Yin, yang baru tamat belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dilantik sebagai pengurus. Beliau mengurus tadika itu sepenuhnya. Siapa-siapa dalam kalangan kami yang mempunyai waktu terluang akan ke sana untuk membantu kakak. Hubungan kami semakin hari semakin erat dan mesra. 11 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama dan penjodoh bilangan. Minta murid membina ayat berdasarkan gambar dan frasa. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan 5.1.1 (i) (ii) (iii) (iv)


3 Keluarga Angkat Kami Sepakat Dengar, tafsirkan dan berikan respons. Adik Angkat (Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara) Azli terbaca berita tentang kisah seorang bayi yang baru lahir. Bayi itu kehilangan ibu bapanya kerana terbabit dalam kemalangan. Azli meminta ibu bapanya mengambil bayi itu sebagai adik angkat. Masa depan bayi itu lebih terjamin kerana mereka akan menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Antara Syarat Pengambilan Anak Angkat Cara Menjaga Hubungan Baik dengan Adik Angkat Pemohon mestilah mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah (warganegara atau bukan warganegara). Pemohon hendaklah berumur 25 tahun ke atas. Pemohon perlulah mendapatkan surat keizinan daripada ibu bapa sebenar. Pemohon mestilah membuat pendaftaran di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. saling menghormati menasihati satu sama lain bersedia untuk membantu meluangkan masa bersama-sama Li Chen: Comellah adik kamu, Azli. Saya lihat kamu sangat sayang akan adik angkat kamu ini. Azli: Terima kasih, Li Chen. Saya dan keluarga sangat menyayanginya. Li Chen: Azli, jika ibu bapa kamu mahu mengambil anak angkat, ibu bapa kamu mesti mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Mengapa? Azli: Ya, Li Chen. Syarat ini penting kerana Li Chen: Berapakah had umur pemohon yang layak mengambil anak angkat? Azli: Li Chen: Untuk memastikan hubungan kamu dengan adik angkat sentiasa baik, apakah yang perlu kamu lakukan? Azli: Audio pendengaran 12 NOTA GURU Bimbing murid mentafsirkan penyataan. Minta murid memberikan respons. KBAT: Mengaplikasikan – Melakonkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 1.1.3


Ikhlas Berbudi Kelas Bestari AMPANG, 20 Januari – Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Budi mengambil inisiatif melaksanakan Program Ibu Bapa Angkat Kelas. Kata Guru Besarnya, Puan Chen Fong Phin, “Program ini melibatkan penyertaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru kelas dan murid. Menerusi program ini, pihak sekolah dapat membudayakan warga sekolah sebagai warga yang penyayang dan bertanggungjawab.” Setiap kelas akan mempunyai seorang ibu angkat dan seorang bapa angkat. Mereka akan dipilih dalam kalangan ibu bapa murid. Mereka akan membantu guru kelas untuk menceriakan kelas dan menyelesaikan masalah disiplin murid. Selain itu, mereka membantu guru-guru untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah. Program ini disambut oleh murid-murid di sekolah itu dengan gembiranya. Ibu bapa angkat yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan murid di kelas itu dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kerjasama yang baik antara ibu bapa angkat dengan guru memberikan motivasi kepada murid untuk belajar dengan cemerlangnya. Baca dan cari makna perkataan. Baca dan cari makna. Perkataan maksud Perkataan sebutan inisiatif seperti seperti seperti seperti daya usaha prestasi pencapaian disiplin patuh akan peraturan – inisiatif inisiatif prestasi prestasi disiplin disiplin – 13 NOTA GURU Bimbing murid membaca dan memahami petikan. Minta murid merujuk kamus untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul dan penggunaan perkataan yang tepat. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 2.1.2


Guruku Ibu Angkatku Tulis jawapan dan cadangan. Selain bertanya khabar, berikan cadangan kamu agar hubungan antara ibu angkat dengan anak angkat lebih mesra. Selain program Guruku Ibu Angkatku, cadangkan program yang dapat dilaksanakan untuk melahirkan murid yang cemerlang. Berikan cadangan untuk merapatkan hubungan antara keluarga Cikgu Chen dengan keluarga Arisa. Arisa, bagaimanakah kemajuan pelajaran kamu? GURUKU IBU ANGKATKU SJK (C) TAMAN BUDI Sekolah siapakah yang mengadakan program ibu angkat? Adakah program itu sesuai dilaksanakan di sekolah lain? Mengapa? ? 14 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan jawapan yang kritis dan kreatif. Minta murid membina dan menulis jawapan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Muafakat 3.2.2


Pembimbing Sekolahku Persembahkan. Dengarlah syair sehingga sudah, Encik Shahrul nama yang indah, Bapa angkat tak bersikap gundah, Sangat prihatin didekati mudah. Beliau diutus ke sekolah Azli, Kami dilawati berselang-seli, Ilmu diajarkan tak dijual beli, Sekolah kami berjaya sekali. Sopan santun beliau budiman, Kami disapa dengan senyuman, Wajah garang di hatinya taman, Sekolah kami menjadi aman. Sebulan sekali beliau ke mari, Berjumpa kami pada tengah hari, Kata perangsang semangat diri, Kami belajar muka berseri. Bapa angkat orang terdidik, Banyak perkara beliau selidik, Kami diajar kami dididik, Supaya kami menjadi cerdik. Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail Cemerlang Sangat Baik Baik Audio syair 15 NOTA GURU Bimbing murid bersyair dan mempersembahkan syair. Minta murid menilai persembahan rakan. KBAT: Menilai – Membuat keputusan Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Prihatin 4.2.2


Tulis cerita. Kakak dari Menara Gading Satu program keluarga angkat diadakan di Kampung Indah. Puan Norli telah berbincang dengan suami dan anaknya, Arisa untuk menerima keluarga angkat. Mereka bersepakat untuk menerima seorang anak angkat. Pada suatu hari, sebuah bas dari Universiti Malaya telah sampai di Sungai Besar. Mereka disambut oleh ketua kampung. Beliau bersalam dengan wakil pelajar universiti itu. Beberapa orang penduduk kampung memegang sebidang kain rentang untuk menyambut anak-anak angkat mereka. Selepas itu, anak angkat mereka itu menuju ke sebuah dewan yang diberikan nama Dewan Muhibah. Mereka bersalam dengan beberapa orang penduduk yang berbaris. Anak angkat berjalan di atas sebidang permaidani yang dibeli di Kuala Lumpur. Mereka menuju ke dalam dewan orang ramai. Di situ, mereka disambut oleh keluarga angkat dengan mesranya. Arisa pula menunggu kakak angkatnya sambil memegang sekaki payung. Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama dan Penjodoh Bilangan • helai • baju • batang • pen • keping • kad 16 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama dan penjodoh bilangan. Minta murid membina ayat berdasarkan gambar. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab NOTA GURU 5.1.1 (i) (ii) (iii) (iv)


Selamat pagi, encik. Kami memerlukan rekod kelahiran untuk proses pendaftaran anak encik yang baru lahir. Sila isikan nama penuh encik, isteri dan anak. Kemudian, tulis maklumat anak dalam borang itu dengan lengkapnya. Encik, sila semak maklumat dalam borang dan kembalikan borang tersebut kepada saya. Encik, inilah sijil kelahiran anak encik. Suasana Stesen Kad ayat Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Ujarkan semula ayat yang disebut oleh ketua stesen dan simulasikan. Pemulihan Ujarkan semula 17 NOTA GURU 1.1.1


Pengayaan Bina jawapan dengan memberikan cadangan. Lakukan aktiviti berikut: 1. Letakkan bola kecil yang dibuat daripada kertas pada ruangan yang disediakan. 2. Pejam mata dan jentik bola kecil tersebut mengikut arah yang kamu kehendaki. 3. Murid menjawab soalan berdasarkan tempat bola itu berhenti. 4. Jika betul, pemain akan mendapat markah. Jika salah, tiada markah diberikan. 5. Jika bola itu terkeluar dari ruangan soalan, pemain itu akan hilang giliran. 6. Murid yang mendapat markah terbanyak akan menjadi pemenang selepas tamat tempoh masa yang ditetapkan untuk bermain. Nyatakan perasaan mereka. Apakah yang dilakukan oleh mereka pada hujung minggu? Nyatakan perasaan kamu jika keluarga kamu meraikan kejayaan kamu di sekolah. Jelaskan. Berdasarkan situasi keluarga tersebut, apakah nilai yang kamu peroleh? Jelaskan. Apakah kebaikan yang diperoleh apabila penjaga hadir ke sekolah semasa majlis penyampaian hadiah? Lajur 40 markah Lajur 30 markah Perlukah ibu bapa mengunjungi anak yang tinggal di asrama? Berikan pendapat kamu. Bagaimanakah cara anggota keluarga mendorong anak-anak agar berjaya? Pada pendapat kamu, perlukah aktiviti itu diadakan? Mengapa? Bola kecil yang dibuat daripada kertas. 18 NOTA GURU 3.2.1


Ayahku Sayang Baca dan tafsirkan bahan berdasarkan petikan dan soalan. Ayah membawa aku ke pasar raya. Ayah memberikan kebebasan kepadaku untuk memilih barang-barang yang aku sukai. Beliau duduk di kerusi sambil melihat aku memilih pakaian sukan dan bola. Selepas berbincang dengan ayah, aku memilih dua pasang pakaian sukan dan sebiji bola. Aku membawa pakaian itu ke kaunter bayaran. Ayah membayar harga barang sambil melihat aku dengan senyuman yang manis. Ayah sangat baik kerana Apakah perasaan aku? Aku membelek-belek bola yang cantik. “Ayah, bola yang bersaiz empat atau bersaiz limakah yang sesuai untuk saya dan kawan-kawan bermain di padang?’’ tanya aku kepada ayah. Aku mesti bertanya kepada ayah sebelum membuat pilihan dan keputusan. Aku dan ayah menuju ke kereta. Aku berjalan di tepi ayah sambil berbual mesra dengannya. ‘‘Azli, pakai tali pinggang keledar demi keselamatan kita,” katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku anak yang kerana Mengapakah kita perlu memakai tali pinggang keledar? Pengukuhan 1 4 2 3 19 NOTA GURU 2.1.1


Jawab soalan dengan menggunakan aktiviti Tikar Permuafakatan. Penilaian Li Chen menonton video kenangan dengan bapa saudaranya sementara menunggu bapa saudaranya tiba di lapangan terbang. Li Chen tidak sabar hendak memeluk bapa saudaranya yang telah lama menetap dan bekerja di New Zealand. (a) Nyatakan perasaan Li Chen semasa menyambut bapa saudaranya. (b) Pada pendapat kamu, mengapakah hubungan kekeluargaan ini rapat? Jelaskan. (c) Bina empat ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan penjodoh bilangan. Aktiviti Tikar Permuafakatan • Guru atau murid membaca arahan dan soalan. • Murid menulis ayat pada ruangan yang disediakan. • Murid berbincang dan menulis jawapan yang terbaik pada petak tengah. • Guru meminta setiap kumpulan membaca jawapan yang terbaik. 20 NOTA GURU 2.1.1 3.2.1 5.1.1 (iv)


2 Gaya Hidup Sihat Di tepi paya petani berehat, Selepas berakit dari seberang; Amalkan gaya hidup sihat, Supaya penyakit tidak menyerang. Terbang merpati melintasi bukit, Terbang terus menuju ke kota; Agar terhenti wabak penyakit, Hindari virus di sekeliling kita. Dayung perahu hingga muara, Membawa pelita dan daun selasih; Jika mahu sihat sejahtera, Rumah kita mestilah bersih. Buah ceri dimakan burung, Buah kelapa dibawa ke Baling; Andai diri terasa murung, Segeralah jumpa guru kaunseling. Kesihatan dan Kebersihan 21 NOTA GURU Bimbing murid melafazkan pantun. Minta murid berbincang tentang pantun dan gambar. Audio pantun


Cakna Miopia Pelihara Kesihatan Diri Tuturkan, buat rumusan dan ramalan. kurang pencahayaan jarak kurang daripada dua meter jarak terlalu dekat Sebagai rumusannya, . Jika pelihatan kita menjadi kabur, Benar, kawan-kawan. Penyakit ini turut dihidapi oleh kanak-kanak. Penyakit ini terjadi jika Hai, kawan-kawan! Miopia ialah nama lain bagi rabun jauh. Penyakit ini menyebabkan penghidapnya tidak dapat melihat objek yang jauh secara jelas. Penyakit ini menyebabkan Kesan • pelihatan menjadi kabur • sakit kepala • pencapaian pelajaran merosot (Sumber: www.myhealth.gov.my) 22 NOTA GURU Bimbing murid bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan secara bertatasusila. Minta murid membuat simulasi. KBAT: Mencipta – Merumuskan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Menjaga kesihatan 1.2.1


Kita Jaga Kita Yi Mun dan Arisa telah memuat turun maklumat tentang penyakit yang mudah berjangkit seperti COVID-19. Mereka memuat turun bahan tersebut menerusi komputer tablet. Baca, buat rumusan dan ramalan. (Sumber: www.infosihat.gov.my) C VID-19 Panduan Mengekang Wabak COVID-19 di Sekolah 1 Lakukan saringan kesihatan di pintu masuk sekolah. OK 1 meter Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun. Pematuhan penjarakan fizikal di: • bilik darjah • bilik mesyuarat • dewan makan asrama • pondok menunggu bas Amalkan etika batuk dan bersin yang betul. Buka tingkap dan pintu bilik darjah bagi pengudaraan yang baik. ✖ ✔ Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan. 2 3 4 6 5 7 8 Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh. Tandas sekolah sentiasa bersih. Sabun dan cecair pencuci tangan disediakan. Awas, COVID-19! COVID-19 ialah sejenis virus SARS-CoV-2 yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan. Virus COVID-19 amat mudah berjangkit. Virus ini berjangkit daripada manusia kepada manusia melalui titisan cecair yang keluar menerusi hidung atau mulut. Jangkitan ini berlaku apabila seseorang itu batuk, bersin atau menghembuskan nafas. Virus ini berpotensi untuk menyebabkan demam, batuk, sukar bernafas dan kematian. Golongan yang berisiko tinggi adalah seperti orang tua, orang yang mempunyai masalah kesihatan dan orang yang mempunyai sistem imun yang rendah. Sebagai rumusannya, . Jika wabak COVID-19 tidak dikekang 23 NOTA GURU Bimbing murid membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia. Minta murid membuat rumusan dan ramalan. KBAT: Mencipta – Merumuskan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Prihatin 2.2.1


Gimnasium di Rumah Naresh suka melakukan aktiviti kecergasan. Dia pernah mengikut ayahnya ke Gimnasium Aktif. Namun begitu, dia tidak dapat menggunakan peralatan di gimnasium itu kerana peralatan itu besar dan berat. Pada suatu hari, Naresh telah memperoleh idea untuk menghasilkan peralatan gimnasium dengan menggunakan botol air, bakul baju, batang mop dan baldi. Peralatan senaman itu digunakan untuk menjadikan badannya sihat dan cergas. Catat maklumat dan janakan idea. Gimnasium Aktif menggunakan peralatan senaman menggunakan bakul baju – menguatkan otot tangan Pusat Gimnasium Aktif Bayaran: RM5.00 sekali masuk menggunakan batang mop dan baldi – menguatkan otot paha Gimnasium Aktif Gimnasium Naresh Gimnasium Saya Cipta peralatan senaman sendiri. Gunakan bahan-bahan yang mudah ditemukan di rumah. Pastikan peralatan itu selamat dan sesuai digunakan untuk aktiviti senaman. Projek menggunakan botol air – menguatkan lengan Gimnasium Naresh 24 NOTA GURU Bimbing murid meneliti dan memahami maklumat. Minta murid mengisikan maklumat dalam jadual dan menjanakan idea. KBAT: Menganalisis – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kreativiti dan Inovasi 3.2.3


Syair Tubuh Sihat Hasilkan syair dan lagukan. menambah kuasa gagah perkasa cergas sentiasa kelihatan sasa darah dikerah merah arah Sungguh gembira tidak terperi, Anugerah Tuhan aku syukuri, Tubuhku sihat setiap hari, Tiada penyakit mengancam diri. Buah pinggangku penapis sakti, Menapis darah tiada henti, Kujaganya dengan sepenuh hati, Supaya dapat terus berbakti. Jantungku hebat mengepam Ke seluruh badan ke serata Membawa darah berwarna Berdegup-degap apabila Otot-ototku Membuat diriku Meningkatkan daya Diriku terasa Wahai sahabat dengarlah nasihat, Cukupkan tidur dan juga Hindari segala bakteria jahat, Nukilan: ARK2021 rehat supaya diri sihat sentiasa Audio syair 25 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan syair dengan bahasa yang indah dan santun. Minta murid melagukan syair secara kreatif. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Menjaga kesihatan 4.3.1


Data 2 Kita menggunakan 900 kalori jika berlari pada kelajuan 15 kilometer sejam selama 60 minit. mengejar menyergah bertempiaran menjerit Data 1 Kita menggunakan 320 kalori jika berkebun selama 60 minit. Bina ayat. Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif Permainan Zomba Zombi Bersempena dengan Minggu Kesihatan SJK (C) Taman Budi, satu permainan untuk menguji kecergasan murid telah diadakan. Permainan itu diberikan nama Zomba Zombi. Zomba ialah kumpulan antibodi yang melawan penyakit. Zombi pula terdiri daripada virus jahat seperti COVID-19 dan influenza. Setiap peserta daripada Kumpulan Zomba perlu mengumpulkan data kesihatan. Data-data itu berada di merata-rata tempat. Setelah dikumpulkan, data-data itu perlu dihantar ke Stesen Zomba. Namun begitu, Zombi yang berkeliaran akan cuba menghalang misi tersebut. 26


Li Chen dan rakan-rakannya menyertai permainan itu. Mereka menyertai Kumpulan Zomba. Semasa bermain, mereka berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri agar tidak ditangkap oleh Zombi. Data 3 Kita menggunakan 1020 kalori jika berbasikal pada kelajuan 35 kilometer sejam selama 60 minit. Data 4 Kita menggunakan 660 kalori jika berenang pada kelajuan tiga kilometer sejam selama 60 minit. menarik menghampiri merangkak bersembunyi terperanjat Kata Kerja Tak Transitif Contoh perkataan menjaga bersenam Contoh frasa menjaga kesihatan sedang bersenam Contoh ayat Kita perlu menjaga kesihatan diri. Li Chen sedang bersenam di padang. Kata Kerja Transitif menyelamatkan Tamat Stesen Zomba (Sumber: aktif.myhealth.gov.my) 27 Bimbing murid memahami penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Minta murid membina ayat berdasarkan gambar dan perkataan. KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama NOTA GURU 5.1.2


Amalan 5S membuang barang yang tidak perlu secara sistematik menyusun dan menyimpan barang dengan kemasnya, mudah diambil dan membersihkan tempat kerja supaya disimpan semula terhindar daripada habuk dan kotoran memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mewujudkan sistem pelaksanaan Sisih – Susun – Sapu dengan berkesannya melatih pekerja supaya berdisiplin, mematuhi panduan dan peraturan serta mengamalkan budaya kualiti setiap masa 5 Kebersihan Jadikan Amalan Hal itu tidak benar, Yi Mun. Amalan ini (Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia) Berikan hujah. Sentiasa Amal Seragam Sisih Susun Sapu 5S bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Amalan ini sesuai dilaksanakan di sekolah kerana Ya, saya setuju. Amalan Sisih, Susun dan Sapu . Amalan Seragam dan Sentiasa Amal pula 28 NOTA GURU Bimbing murid bertutur untuk memberikan hujah secara kritis dan kreatif. Minta murid melakonkan dialog berdasarkan maklumat secara tersurat dan tersirat. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Rasional 1.2.2 Saya tidak setuju jika amalan ini dilaksanakan di sekolah. Amalan ini tidak sesuai untuk murid, tetapi sesuai untuk pekerja.


Pada pagi itu, Davina duduk di kerusi sambil menatap komputer tablet kesayangannya. Dia begitu asyik menonton video yang dimuat turun daripada laman sesawang kesihatan. “Aaaaachum!” Tiba-tiba bunyi itu menerjah corong telinga Davina. Bunyi itu bukan sekali tetapi berkali-kali. Rupa-rupanya, bunyi itu datangnya daripada Mina, adik bongsu Davina. Dia sedang tercegat di dalam bilik itu sambil menggosok-gosok hidungnya yang terasa gatal. “Aaaaachum!” Sekali lagi adik Davina bersin. Hidungnya kelihatan merah dan berair. “Kasihan sungguh adikku,” bisik Davina dalam hatinya. Tiba-tiba, dia teringat akan maklumat tentang penyakit rinitis alahan. Penyakit ini dihidapi oleh seseorang yang alah terhadap habuk. Gejala yang dialami oleh pesakit ini adalah seperti bersin, hidung berair dan tersumbat serta sakit kepala. Apabila melihat keadaan adiknya itu, Davina terfikir bahawa Pada petang itu, Davina terus bertindak. Dia menjalankan aktiviti pembersihan di biliknya. Dia membersihkan tingkap, bidai, meja dan rak buku bagi membuang habuk. Selain itu, dia membersihkan kipas angin yang sudah lama tidak dibersihkan. Pada malam itu, Mina muncul lagi. Kali ini, Nyahkan Habuk (Sumber: www.myhealth.gov.my) Baca, analisis dan buat ramalan. Masalah Mina 29 NOTA GURU Bimbing murid membaca dan menganalisis kandungan bahan sastera. Minta murid membuat ramalan dengan menyambungkan cerita. KBAT: Menganalisis – Meramalkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab 2.3.1


Kebersihan Sentiasa Dijaga Tulis teks yang diimlakkan. Pada bulan lalu, kampung datuk Junidi telah dilanda banjir. Datuk dan nenek Junidi serta penduduk kampung telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Pelbagai pihak telah menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir. Selain sumbangan makanan dan pakaian, mereka menyumbangkan kit kebersihan diri. Kit kebersihan diri itu mengandungi sabun mandi, pencuci pakaian dan pembasmi kuman. Selepas banjir surut, penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing. Mereka melakukan kerja pembersihan seperti mencuci pinggan mangkuk dan pakaian yang dicemari air banjir. Mereka melupuskan sampah dan bangkai haiwan dengan cara yang betul. Walaupun dilanda banjir, mereka sentiasa menjaga kebersihan. Hal ini penting bagi mengelakkan penyakit bawaan air banjir. Semasa berada di pusat tersebut, semua mangsa banjir sentiasa menjaga kebersihan. Mereka menjaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran. Mereka menitikberatkan kebersihan agar diri mereka tidak diserang penyakit. 30 NOTA GURU Bimbing murid menulis teks yang diimlakkan. Minta murid menyemak teks yang ditulis. KBAR: Mengingat – Mengecam Strategi PdP: BCB – Mendengar dengan berkesan EMK: Nilai Murni – Kerjasama 3.2.4


Bina cerita dan persembahkan. Tetamu Tidak Diundang Pada suatu malam, Nisha tekun mengulang kaji pelajaran. Apabila mengantuk, Nisha merebahkan diri di atas katil lalu tertidur. Dia terlupa untuk membuang sisa makanan dan mencuci bekas makanan di atas mejanya. Dalam kegelapan malam, tetamu tidak diundang – bilik lipas – merayap – berkeliaran – menikmati – rezeki terhidang Eeeee ... gelinya! Ibu, tolong! geli – meminta tolong – bangun tidur – terpijak Sejak hari itu, memohon maaf – menjaga kebersihan Wah, banyaknya makanan! Kawan-kawan, mari kita makan. 31 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun. Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Bahasa 4.3.2


Kata Adjektif Rajin Menjaga Kebersihan Naresh: Abang, stor kita Abang Naresh: Ya, Naresh. Stor ini dipenuhi sawang. Tompok Naresh: Bukan itu sahaja, abang. Habuk Abang Naresh: Marilah kita bersihkan stor itu supaya Naresh: Saya setuju, abang. Kita akan mengecat stor itu dengan warna Abang Naresh: Baiklah, Naresh. Bina cerita. Junidi membantu ayahnya mencuci kereta. jingga kering kecil basah licin harum Ibu Arisa mencuci lantai bilik air yang kotor dengan cecair pencuci. Beliau berhati-hati kerana lantai itu agak licin. Selepas itu, beliau mencuci mangkuk tandas agar tidak busuk. Kemudian, beliau meletakkan sebotol pewangi kecil agar bilik air itu berbau harum. Arisa pula mencuci singki putih yang dipenuhi kotoran hitam. Selepas itu, dia mengelap dinding yang basah dengan kain pengelap tebal. Kemudian, dia menjemur kain pengelap itu di luar rumah supaya kering. Seterusnya, dia menghias dinding bilik air dengan pelekat yang berwarna jingga. Dia gembira kerana bilik air rumahnya bersih. Kata adjektif sifatan/keadaan ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu. Contoh: rajin, patuh, kemas, bersih Kata adjektif ukuran ialah kata yang menerangkan ukuran sesuatu. Contoh: besar, kecil, panjang, pendek Kata adjektif warna ialah kata yang menerangkan warna sesuatu. Contoh: biru, hijau, kuning, merah Kata adjektif pancaindera ialah kata yang menerangkan sesuatu yang berkaitan dengan deria rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh: manis, cantik, merdu, harum, licin 32 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata adjektif. Minta murid melengkapkan dialog dan membina perenggan. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 5.1.3


Makanlah makanan berkhasiat. Lakukan aktiviti yang anda sukai dan bermanfaat. Kongsi perasaan dengan orang yang dipercayai. Sentiasalah berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Berikan rumusan dan keputusan. Jagalah Kesihatan Mental Lakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berjalan dan beriadah. Urus masa secara bijak. Jauhi rokok, dadah dan alkohol. Minda Sihat Emosi Terjaga Tip Penjagaan Kesihatan Mental Dayang: Kesihatan mental amat penting. Oleh itu, kesihatan mental perlu dijaga. Nisha: Mengapakah kita perlu menjaga kesihatan mental, Dayang? Dayang: Kita perlu menjaga kesihatan mental agar emosi kita stabil dan hidup kita sejahtera. Tahukah kamu cara menjaga kesihatan mental, Nisha? Nisha: Saya tahu, Dayang. . Kamu pula bagaimana? Dayang: Saya akan . Apakah rumusan kamu Nisha? Nisha: Sebagai rumusannya, . Apakah tip yang akan kamu pilih jika kamu mengalami stres? Dayang: Jika saya mengalami stres, saya akan Nisha: 33 NOTA GURU Bimbing murid bersoal jawab berdasarkan bahan. Minta murid membuat rumusan dan keputusan. KBAT: Menganalisis – Merumuskan Strategi PdP: KP – Intrapersonal EMK: Nilai Murni – Rasional 1.2.3


Promosi Minda Sihat Baca, analisis dan buat ramalan. Guru Bimbingan dan Kaunseling SJK (C) Taman Budi telah melaksanakan Program Promosi Minda Sihat. Program itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan mental. Program itu dilaksanakan sepanjang tahun dan melibatkan semua murid sekolah itu. Program 5 Minit Pemugaran Minda Sihat adalah antara aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti itu dijalankan semasa perhimpunan. Dalam aktiviti tersebut, murid-murid diberi pelbagai maklumat tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental. Selain itu, murid-murid diajar tentang Teknik Relaksasi seperti Teknik Gambaran dalam Fikiran. Teknik ini dapat mengalihkan perhatian dan pemikiran seseorang daripada sesuatu yang menyebabkan stres. dalam alam imaginasi tersebut. 9. Bebaskan kekusutan dalam fikiran kamu. 10. Nikmatilah imaginasi kamu dalam suasana yang aman dan tenteram. 11. Apabila kamu telah berasa cukup tenang, perlahan-lahan kembalikan tumpuan kamu ke alam nyata. 12. Kamu akan lebih cergas, segar dan tenang. Cara-cara Melakukan Teknik Gambaran dalam Fikiran 1. Pastikan kamu berada di tempat yang tenang. 2. Pejamkan kedua-dua mata dan dengar bunyi pernafasan kamu. 3. Lama-kelamaan, pernafasan kamu akan menjadi lebih tenang. 4. Apabila minda berasa lebih tenang, badan kamu akan hilang ketegangan. (Sumber: www.myhealth.gov.my) 5. Bayangkan suatu pemandangan yang dapat memberikan ketenangan dan relaksasi. Contohnya, bayangkan kamu berada di tepi pantai yang indah. Bayangkan suasana langit yang membiru dan air laut yang tenang. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. 6. Tumpukan perhatian kamu sepenuhnya kepada imaginasi tersebut. 7. Bawa diri kamu ke alam imaginasi tersebut. 8. Lalui dan alamilah pengalaman indah 34


Seterusnya, pelbagai pertandingan yang menarik dijalankan. Pertandingan tersebut adalah seperti Kuiz Minda Sihat, Pertandingan Melukis Emoji, Pertandingan Melukis Riak Wajah dan Pertandingan Infografik. gembira teruja bangga terharu bosan gembira sedih terkejut marah kecewa sedih marah terperanjat Dalam Pertandingan Infografik, murid-murid menghasilkan infografik cara-cara menangani stres. Mereka perlu kreatif bagi menghasilkan infografik yang menarik dan bermaklumat. Cara-cara Menangani Stres bertenang 1 2 5 6 7 8 9 beriadah berurut bersenam berfikiran positif bernafas sedalamdalamnya beribadat berehat dan mendengar muzik bercakap dengan seseorang 3 4 Program Promosi Minda Sihat amat wajar dilaksanakan di sekolah. Program ini Ramalkan keadaan kesihatan mental murid selepas mengikuti aktiviti tersebut. Tujuan Aktiviti Faedah 35 Bimbing murid membaca dan menganalisis teks. Minta murid membuat ramalan. KBAT: Menganalisis – Meramalkan Strategi PdP: KP – Kinestetik EMK: Kreativiti dan Inovasi NOTA GURU 2.3.1


36 • Bimbing murid menulis perenggan dalam bentuk tulisan berangkai. • Minta murid menulis perenggan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betulnya dan kemasnya. KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Mencatat EMK: Nilai Murni – Bermuafakat Tulis teks yang diimlakkan. Minda Cerdas dan Sihat Ikan belida berenang-renang, Ikan toman mencari mangsa; Agar minda berasa tenang, Aktiviti senaman lakukan sentiasa. Burung merpati hinggap di ranting, Berdengkang kuat si ibu katak; Tidur berkualiti amatlah penting, Bawa manfaat kepada otak. Buah berembang pisang rastali, Dibawa bonda pergi ke hulu; Makanan seimbang penting sekali, Supaya minda cerdas selalu. Sungguh indah suasana pantai, Tempat berehat si anak dara; Mari beriadah sambil bersantai, Minda sihat hidup sejahtera. Membawa raga anak petani, Bersuka ria pergi ke jeram; Hubungan keluarga perlu harmoni, Emosi ceria fikiran tenteram. Audio pantun 36 NOTA GURU Bimbing murid menulis teks yang diimlakkan. Minta murid melafazkan pantun. KBAR: Mengingat – Menyatakan Strategi PdP: BCB – Mendengar dengan berkesan EMK: Bahasa 3.2.4


• Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dengan bahasa yang santun. • Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Bahasa 4.1.1 Dikir Hidup Ceria jiwa tenang hidup ceria `bersedih ceria selalu rakanku minda terjaga hidup aktif mencengkam jiwa isi hatimu Hasilkan lagu dan persembahkan. Dengar ini kawan-kawan Ingin saya titip pesanan Kesihatan kita jaga Hidup sihat pasti ceria Dengar ini kawan-kawan Ingin saya titip pesanan Mari kita Badan cergas Dari tanjung naik perahu Hendak bertemu si anak desa Janganlah wahai Senyum pasti Puteri raja datang bertamu Seluruh pekan gegak gempita Ayuh luahkan Usah dibiar Dengar ini kawan-kawan Ingin saya titip pesanan Nukilan: ARK2021 (Melodi lagu “Wau Bulan”) Audio lagu 37 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu. Minta murid mempersembahkan lagu. KBAT: Mencipta – Menggubah Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Prihatin 4.3.3


Pada suatu hari, Li Chen keluar dari rumah pada awal pagi. Dia mahu ke sekolah dengan Junidi. Dia memakai kasut sekolah yang baharu. Junidi sangat gopoh. Dia telah terpijak kasut Li Chen semasa mahu turun dari van. Li Chen tidak suka akan sikap Junidi yang terburu-buru dan tidak cermat. Li Chen menaiki van sekolah dengan Junidi dan Azli. Tempat duduk Li Chen dekat dengan Junidi. Tempat duduk Azli pula jauh dari tempat duduk mereka. Namun, Li Chen tidak marah. Dia menegur sikap Junidi secara sopan. Suaranya lembut dan perlahan. Junidi dapat menerima teguran itu secara positif. Dia memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. Pada Arisa meletakkan Kata adjektif waktu ialah kata yang menerangkan sesuatu yang berkaitan dengan masa. Contoh: awal, lewat, lama Kata adjektif jarak ialah kata yang merujuk jarak antara dua keadaan. Contoh: jauh, dekat, hampir Kata adjektif cara ialah kata yang merujuk keadaan kelakuan atau ragam. Contoh: cepat, lambat Kata adjektif perasaan ialah kata yang menerangkan perasaan. Contoh: gembira, benci Teguran Positif awal baharu suka dekat jauh marah sopan perlahan cermat gopoh Kata Adjektif Bina cerita. 38 Bimbing murid memahami penggunaan kata adjektif. Minta murid membina ayat bagi melengkapkan cerita. KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Toleransi NOTA GURU 5.1.3


Penduduk Taman Budi bimbang kerana tempat tinggal mereka telah dilanda wabak penyakit. Banyak yang demam, selesema dan batuk. Oleh itu, mereka mengambil langkah pencegahan. Mereka tidak berludah di merata-rata tempat. Mereka perlu berada di rumah hingga sembuh. Mereka memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan. Mereka mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Mereka menggunakan sapu tangan atau tisu semasa batuk atau bersin. Tulis teks yang diimlakkan. Cegah Wabak Penyakit SABUN 36.5º Pemulihan 39 NOTA GURU 3.2.4


Permainan Roda Kecergasan 1. Permainan ini dimainkan secara berpasangan. 2. Pemain 1 perlu memusingkan roda. 3. Pemain 2 perlu meletakkan jari pada mana-mana gambar sambil memejamkan mata. 4. Seterusnya, pemain 2 perlu melakukan tugasan yang berikut: • melakukan aktiviti senaman seperti yang diarahkan. • menyatakan kata adjektif yang sesuai berdasarkan gambar, kemudian membina ayat. 5. Jika jawapan betul, pemain 2 akan mendapat 10 markah. 6. Guru akan bertindak sebagai hakim. 7. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir. Panduan Permainan: Pengayaan separa cangkung (20 saat) naik dan turun bangku (10 kali) tajam berat sedih basah segar sihat gembira putih sakit harum tekan tubi (10 kali) berlari setempat (20 saat) lompat bintang (10 kali) 40 NOTA GURU 5.1.3


Bersenam di dalam Kolam Baca petikan. Kemudian, buat analisis dan ramalan. Ibu Azli kurang menjaga pemakanannya. Oleh sebab itu, beliau mengalami masalah berat badan berlebihan. Keadaan ini menyebabkan beliau sering mengalami sakit kaki dan lutut. Doktor telah menasihatinya supaya mengurangkan berat badan. Ibu Azli telah mengikuti kelas senamrobik. Namun begitu, usahanya tidak berhasil. Beliau tidak dapat meneruskan aktiviti tersebut kerana lutut dan kakinya sakit. Pada suatu hari, beliau terbaca maklumat tentang aktiviti senaman di dalam kolam. Selepas membaca maklumat tersebut, beliau terfikir akan masalah berat badan berlebihan yang dihadapinya. Masalah itu Ibu Azli mengambil keputusan untuk menyertai kelas tersebut. Beliau diberi tunjuk ajar oleh jurulatih yang berpengalaman. Beliau melakukan aktiviti senaman tersebut pada setiap hujung minggu. Selepas tiga bulan, cara mengatasi kesan punca Masalah berat badan berlebihan ibu Azli Senaman ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, diabetes, sakit sendi dan pinggang. Menurut kajian, pergerakan di dalam air dapat mengurangkan keradangan sendi. Hal ini berlaku demikian kerana tekanan daripada air dapat bertindak seperti urutan. Semasa melakukan aktiviti ini, daya apungan air dapat menampung berat badan dan membolehkan tubuh kita terapung. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan pada kaki ketika memijak lantai. Pengukuhan 41 NOTA GURU 2.3.1


Li Chen telah dipilih oleh gurunya untuk menjadi anggota Skuad Kebersihan dan Keceriaan Sekolah. Li Chen dan rakan sepasukannya menjalankan tugas dengan gigihnya. Li Chen akan meronda dan memantau kebersihan kawasan sekolah. Jika terdapat murid yang mengotorkan kawasan tersebut, dia akan menegur dan mencatat nama mereka. Selain itu, dia akan mengawasi kebersihan kantin. Dia akan memastikan murid tidak meninggalkan bekas dan sisa makanan di atas meja. Seterusnya, Li Chen akan membuat laporan tentang tahap kebersihan setiap kelas. Laporan itu diserahkan kepada guru penasihat skuad itu untuk diambil tindakan. Murid-murid sekolah itu memberikan kerjasama yang baik kepada Li Chen. Li Chen gembira kerana sekolahnya sentiasa bersih dan ceria. Nyatakan cara untuk meningkatkan tahap kebersihan di kawasan sekolah kamu. membilas sembuh menyemburkan bertakung menjalani terlekat A. Catat maklumat dan berikan cadangan. Tugas Li Chen B. Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan. Penilaian 42 NOTA GURU 3.2.3 5.1.2


Click to View FlipBook Version