Kaedah Pencarian Maklumat Azli dan rakan-rakannya telah melayari laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia. Mereka telah menemukan pautan Program Literasi Media dan Maklumat. Dalam program itu, para peserta diberi panduan tentang kaedah pencarian maklumat yang tepat dan berkesan. Mereka dilatih untuk mencari maklumat daripada sumber rujukan bercetak seperti kamus dan ensiklopedia. Selain itu, mereka diajar tentang kaedah pencarian maklumat menerusi enjin carian Google dan Sistem Katalog dalam Talian. Lihat dan pamerkan. Perpustakaan = Negara = Malaysia = 143 NOTA GURU Bimbing murid mengenal tulisan Jawi pada objek. Minta murid mempamerkan tulisan Jawi. KBAR: Mengingat – Mengecam Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Menghargai 4.4.1 4.4.2
Bina ayat. Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang Kompang X-ray Seminggu yang lalu, Arisa mengunjungi majlis perkahwinan sepupunya di Melaka. Dalam majlis itu, dia telah menyaksikan suatu persembahan kompang. Pasukan kompang itu terdiri daripada anak muda. Mereka memalu kompang yang unik. Dibuat daripada filem sinar-X kompang mereka itu. Sungguh merdu paluan Kompang X-ray itu. KompangX-ray itudiciptaolehEncik SumanAhmad.Beliaumenggunakan filem sinar-X bagi menggantikan kulit haiwan. Kreatif betul beliau. Banyak kelebihan Kompang X-ray. Kos pembuatan kompang ini murah dan bunyinya nyaring daripada kompang biasa. Walaupun basah, kompang ini masih dapat menghasilkan bunyi. Selain itu, tangan pemain kompang kurang sakit ketika memalu kompang ini. (Sumber: www.yim.my) Pasukan kompang itu terdiri daripada anak muda. subjek predikat Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang Kreatif betul beliau. predikat subjek Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang Kompang X-ray itu dicipta oleh Encik Suman Ahmad. Dicipta oleh Encik Suman Ahmad Kompang X-ray itu. Contoh: 144 NOTA GURU 5.3.4 Bimbing murid memahami dan mengenal pasti ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang yang terdapat dalam teks. Minta murid menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang dan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kreativiti dan Inovasi Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang. Ayat susunan songsang ialah ayat yang predikatnya dikedepankan mendahului subjeknya.
Baca petikan. Kemudian, cari makna perkataan. Mat Sains Junidi gemar menonton rancangan televisyen yang berunsurkan pendidikan sains. Mat Sains ialah rancangan yang paling disukainya. Rancangan ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang pintar sains. Dalam satu episod yang ditontonnya, Mat Sains telah menunjukkan cara membuat dakwat ajaib. Dia membuat dakwat itu dengan menggunakan jus lemon. Mat Sains menerangkan rahsia keajaiban itu. Jus lemon mengandungi asid yang tidak berwarna. Apabila kering, asid itu tidak akan kelihatan. Namun, asid itu akan bertukar kepada warna perang apabila diletakkan di bawah cahaya lampu yang panas. Tulis perkataan di atas kertas kosong. Letakkan kertas itu di bawah cahaya lampu yang panas. Tulisan itu akan kelihatan. Biarkan tulisan itu kering. Tulisan itu akan hilang. putik kapas jus lemon 1 3 2 4 NOTA GURU Pemulihan 145 2.1.2
Cara bermain: 1. Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan Kuning, Kumpulan Merah dan Kumpulan Biru. 2. Setiap kumpulan perlu mencari kad bergambar mengikut warna kumpulan masing-masing yang disembunyikan di taman sains sekolah. 3. Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza. • Kumpulan Kuning dikehendaki membina ayat seruan dan ayat perintah. • Kumpulan Merah dikehendaki membina ayat aktif dan ayat pasif. • Kumpulan Biru dikehendaki membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang. 4. Kumpulan yang berjaya menemukan kad dan membina ayat yang betul dalam masa terpantas ialah pemenang. Permainan Mencari Kad Tersembunyi Pengayaan Contoh Kad Bergambar: 146 NOTA GURU 5.3.2 5.3.3 5.3.4
Catat maklumat dan janakan idea. Pengukuhan Trak pelbagai guna ini dicipta oleh Encik Wagiman Dulahabedi. Encik Wagiman ialah peladang kelapa sawit di Ayer Hitam, Johor. Encik Wagiman mencipta trak ini dengan menggunakan barangan terpakai. Beliau menggunakan barang-barang seperti enjin skuter, kerusi plastik dan rim tayar lori lama serta kotak gear terpakai. Trak ini turut dilengkapi gerabak yang mampu menampung beban yang berat sehingga empat tan. Trak ini sesuai juga digunakan di atas tanah gambut. Trak ini amat berguna kepada peladang kecil dan sederhana. Trak ini digunakan untuk mengangkut muatan seperti kelapa sawit, kayu, padi dan nanas. Selain itu, trak ini boleh digunakan untuk membelah kayu, mengepam air dan berfungsi sebagai kren. (Sumber: www.yim.my) Trak Pelbagai Guna Maklumat tentang pencipta Kegunaan Keistimewaan Bagaimanakah trak ini boleh ditambah baik? Trak Pelbagai Guna 147 NOTA GURU 3.2.3
Penilaian Jawab soalan. Eh, ada roti keju! Saya ingin makan roti keju yang enak ini. Jangan makan, adik. Kakak akan membuang roti keju itu. Lihatlah roti keju ini. Roti ini mempunyai tompokan yang berwarna hitam. Roti ini sudah tidak boleh dimakan. Roti ini berkulat. Roti keju ini berkulat kerana tindakan mikroorganisma. Mikroorganisma ialah hidupan yang terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar. Jika kita dapat menghalang tindakan mikroorganisma terhadap makanan, makanan tahan lebih lama. Mengapakah roti keju itu berkulat? 1. Berikan contoh ayat seruan dan ayat perintah yang terdapat dalam dialog di atas. 2. Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif. (a) Saya ingin makan roti keju yang enak ini. (b) Kakak akan membuang roti keju itu. 3. Tukarkan ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat susunan songsang. (a) Roti ini sudah tidak boleh dimakan. (b) Roti ini mempunyai tompokan yang berwarna hitam. 4. Lengkapkan peta grafik di bawah. Punca Kesan Makanan Rosak 5. Bagaimanakah kita dapat menghalang makanan daripada cepat rosak? Berikan cadangan. Mengapakah kakak mahu membuang roti keju itu? 148 NOTA GURU 5.3.2 5.3.3 5.3.4 3.2.3
8 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagu Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 149 NOTA GURU Bimbing murid menyatakan maksud peribahasa. Minta murid bercerita berdasarkan gambar dan peribahasa.
• Bimbing murid mengecam dan mendengar ujuran. • Minta murid memngujar semula ujuran. KBAT: Mengaplikasi Strategi PdP: KP – Verbal-linguistikl EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Pak Cik Sapian bapa saudara Abong. Beliau mencari rezeki dengan memungut hasil hutan. Pada suatu hari, beliau dan rakan-rakannya masuk ke hutan untuk mencari madu lebah tualang. Mereka memulakan perjalanan pada awal pagi. membuat pemijak mengumpulkan madu – botol meredah hutan – mendaki bukit berjumpa – pokok tualang – sarang lebah wah – berapa – untung dijual – laris – khasiat – kesihatan – mencegah memanjat pokok – berwaspada Kisah Pemungut Madu 22 Majukan Ekonomi Kita Ceritakan. Audio bercerita 150 NOTA GURU Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK1 1.3.1 Mari beli madu lebah asli.
• Bimbing murid membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat. • Minta murid memberikan respons. KBAT: Menganalisis – Menilai Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama Baca dan persembahkan. Hobi Menjanakan Pendapatan Inspirasi Forum Log masuk Daftar Encik Malek dan Encik Tan jiran Li Chen. Mereka amat meminati bonsai kelapa. Mereka menjadikan aktiviti membuat bonsai kelapa sebagai hobi bagi memenuhi masa lapang. Bonsai kelapa yang dihasilkan oleh mereka sangat unik. Banyak rakan dan jiran yang berminat untuk membeli hasil kerja mereka. Apabila permintaan semakin tinggi, Encik Malek dan Encik Tan membuka perniagaan bonsai kelapa secara bersama. Perniagaan bonsai kelapa Encik Malek dan Encik Tan mendapat sambutan hangat. Mereka menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Pada mulanya, mereka menjadikan perniagaan ini sebagai hobi. Kini, perniagaan itu dijadikan sebagai mata pencarian untuk menjanakan pendapatan yang lumayan. Encik Malek dan Encik Tan terus mengorak langkah. Mereka menggunakan Internet dan media sosial untuk mempromosikan produk mereka. Mereka berazam untuk memajukan perniagaan bonsai kelapa itu. Oleh sebab itu, mereka sentiasa berbincang dan mencari jalan untuk meningkatkan kualiti produk. Mereka tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam. Bagi mereka, alang-alang mandi biar basah. 10:45/ 65:00 5,5 M 1,5 M Share Save Saksikanlah penghasilan produk kami menerusi video ini. Lihatlah keunikan bonsai kelapa yang kami hasilkan. Bonsai kelapa kami sangat cantik dan berkualiti. Bonsai ini sesuai dijadikan hiasan rumah. Harga bonsai kelapa kami dijual antara RM35.00 hingga RM300.00 sepasu. Untuk membuat tempahan, sila klik pautan yang berikut: https//bonsaimalektan.com.my Darshita: Kawan-kawan, apakah ilmu dan nilai yang kamu peroleh daripada perniagaan bonsai kelapa Encik Malek dan Encik Tan? Azli: Ilmu yang saya peroleh Li Chen: Nilai yang saya peroleh Tinggalkan komen 151 NOTA GURU Bimbing murid membaca teks bahan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Minta murid menyatakan ilmu dan nilai. KBAT: Menganalisis – Menilai Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Keusahawanan – EK2 2.3.2
Tulis karangan. Encik Narayan a/l Devan tokoh perniagaan yang berjaya. Beliau yang berusia 58 tahun memiliki Syarikat Kudapan Enak Sdn. Bhd. di Seberang Perai, Pulau Pinang. Syarikat beliau menghasilkan dan memasarkan pelbagai makanan tradisional kaum India. Produk utama syarikat beliau ialah muruku. Jutawan Muruku Keluarga • isterinya Jayanthi a/p Kunalan • tiga orang anak lelaki • anak-anak mengikut jejak langkahnya Pencapaian • mempunyai kilang makanan • menggunakan peralatan canggih • memperoleh pendapatan jutaan ringgit Rahsia Kejayaan • mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi • rajin berusaha dan tidak mudah putus asa • di mana ada kemahuan, di situ ada jalan • mengembangkan perniagaan • meluaskan pasaran • mempelbagaikan produk Perancangan Masa Depan 152
Kelab Usahawan Muda sekolah Naresh membuat perancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang Encik Narayan. Selaku setiausaha kelab, Naresh perlu memohon kebenaran daripada pihak sekolah. Dia perlu menulis surat rasmi kepada guru besar sekolahnya. Kelab Usahawan Muda, SJK (T) Taman Makmur, 41000 Klang, SELANGOR DARUL EHSAN. Guru Besar, SJK (T) Taman Makmur, 41000 Klang, SELANGOR DARUL EHSAN. 7 OKTOBER 20qq. Tuan, Memohon Kebenaran untuk Mengadakan Lawatan Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Sehubungan dengan itu, dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa Kelab Usahawan Muda, SJK (T) Taman Makmur bercadang untuk mengadakan lawatan ke kilang Syarikat Kudapan Enak Sdn. Bhd.. 3. Butiran lawatan tersebut adalah seperti yang berikut: (i) Tarikh: (ii) Masa: (iii) Tempat lawatan: (iv) Bilangan peserta: (v) Guru pengiring: 4. tujuan – pendedahan – proses pembuatan – pengetahuan – semangat keusahawanan Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Naresh (NARESH A/L SATHIYA) Setiausaha, Kelab Usahawan Muda, SJK (T) Taman Makmur. 153 153 Bimbing murid menghasilkan karangan secara koheren dan kohesi. Minta murid menulis karangan biografi dan surat kiriman rasmi. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK2 NOTA GURU 3.3.1
Rezeki dari Laut pekerja – pelantar minyak – mencari galian – petroleum dan gas asli – ekonomi negara kapal – belayar – membawa kontena – beraneka barangan – pelosok dunia penyelam – menyabung nyawa – dasar laut – mutiara berharga Hasilkan sajak dan persembahkan. Nun di sana di tengah samudera para nelayan memeras keringat mengharungi laut yang bergelora demi mencari rezeki menangkap ikan, ketam dan sotong. Audio sajak 154 NOTA GURU 4.3.1 Bimbing murid menghasilkan sajak (rangkap dua, tiga dan empat) berdasarkan frasa dan gambar dengan menggunakan bahasa yang indah dan santun. Minta murid mendeklamasikan sajak. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Naturalis EMK: Keusahawanan – EK1
Kata Berimbuhan Awalan Kata Berimbuhan Akhiran Kata Berimbuhan Apitan Kata Berimbuhan Sisipan Kakak Yi Mun membuat perancangan untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau bercadang untuk membuka sebuah butik. Namun begitu, fikirannya serabut kerana modalnya tidak mencukupi. Beliau gementar kerana bimbang akan kegagalan yang akan dihadapinya. Beliau pun meminta bantuan ayahnya untuk menyelesaikan kemelut itu. “Idea kamu itu bagus tetapi agak berisiko. Pada pandangan ayah, mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Dalami dan kuasai selok-belok perniagaan sebelum mengeluarkan modal yang besar. Sebaik-baiknya, ceburi perniagaan yang berkaitan dengan kemahiran kamu,” nasihat Encik Yap sambil memandang deretan patung mini yang berselerak di atas meja. Patung mini itu ialah hasil kerja tangan kakak Yi Mun. “Kamu mahir membuat patung mini. Patung mini kamu itu cantik dan sesuai dijadikan hiasan serta cenderamata. Ayah yakin bahawa patung mini itu akan mendapat sambutan jika dijual,” tambah Encik Yap lagi. Setelah berfikir panjang, akhirnya kakak Yi Mun membuat keputusan untuk menerima cadangan ayahnya. Beliau pun memulakan perniagaan patung mini. Perniagaan Patung Mini Bina ayat. Kata Berimbuhan 155 NOTA GURU 155 5.2.1 Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan. Minta murid menyenaraikan kata berimbuhan dan membina ayat. KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK2
Bengkel Usahawan Cilik Pupuk Minat 23 Keusahawanan Sampaikan cerita. Kawan-kawan, saya ingin menceritakan Sertailah bengkel ini. Bengkel ini mampu mengasah bakat keusahawanan kamu. 2 Oktober 20 9:30 pagi- 5:30 petang Dewan Usahawan Shah Alam Yuran Penyertaan: RM30.00 Seorang Hasilkan produk sendiri. kreativiti minat Promosikan produk yang dihasilkan. yakin laris untung Urus kewangan secara bijak. Wah, hebatnya usahawan cilik! berani Audio bercerita Bengkel Usahawan Cilik 156 Bimbing murid menceritakan bahan grafik dengan sebutan dan intonasi NOTA GURU yang betul serta gaya dan ekspresi yang sesuai. Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Keusahawanan – EK3 1.3.2
Baca dan cari makna perkataan. Perniagaan Digital Dayang amat kagum akan semangat keusahawanan ibunya. Ibu Dayang, iaitu Puan Normah, berniaga dari rumah. Beliau menjual laksa Sarawak yang enak. Perniagaan beliau dijalankan secara dalam talian. Puan Normah memanfaatkan teknologi digital dalam perniagaannya. Selain mempromosikan masakannya menerusi laman sesawang dan media sosial, beliau menggunakan khidmat penghantaran makanan mudah alih. Para pelanggannya boleh membuat tempahan dengan menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit mereka. Kemudian, makanan yang ditempah akan dihantar terus ke rumah mereka menerusi perkhidmatan tersebut. Kini, Puan Normah berjinak-jinak dalam projek penghasilan video masakan. Dalam rakaman videonya, beliau memasak laksa Sarawak sambil berceloteh. Kemudian, beliau memuat naik video masakannya melalui saluran YouTube. Video masakan Puan Normah mendapat sambutan yang hebat. Video masakannya pernah tular di media sosial. Jumlah penonton dan pelanggannya makin lama makin bertambah. Puan Normah amat gembira kerana beliau dapat menjanakan pendapatan tambahan. Pendapatannya itu bergantung pada bilangan penonton dan pelanggan yang mengikuti videonya. Kejayaan ibunya itu menyuntik inspirasi dalam diri Dayang. Keinginan untuk menjadi usahawan digital mula terdetik dalam hatinya. Namun begitu, dia sedar bahawa untuk merealisasikan impian itu bukanlah tugas yang mudah. Dia perlu berusaha sedaya upaya kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagu. 157 NOTA GURU Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik. Minta murid mencari makna perkataan yang tidak difahami serta meneliti sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Merujuk EMK: Keusahawanan – EK1 2.1.2
Tulis karangan. Bidang keusahawanan amat luas. Bidang ini tidak hanya tertumpu pada masyarakat yang tinggal di kota. Bidang ini boleh diusahakan oleh masyarakat di desa juga. Usahawan desa boleh mengusahakan pelbagai produk seperti makanan, kraf tangan, perabot dan pelancongan. Untuk menjadi usahawan desa yang berjaya, Usahawan Desa Cara-cara Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya mempunyai ilmu perniagaan yang mencukupi mengenal pasti jenis perniagaan yang sesuai memilih lokasi perniagaan yang sesuai mengamalkan sikap yang baik terhadap pelanggan menggunakan cara penjualan dan pemasaran yang berkesan 158
Arisa mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolahnya. Tajuk syarahannya ialah “Cara-cara Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya”. kata alu-aluan kata sapaan penghargaan isi penutup Salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Menjadi Usahawan Desa yang Berjaya”. Hadirin yang saya muliakan, Isi 1 • mengenal pasti jenis perniagaan yang sesuai Isi 2 • mempunyai ilmu perniagaan yang mencukupi Isi 3 • mengamalkan sikap yang baik terhadap pelanggan Isi 4 • memilih lokasi perniagaan yang sesuai Kesimpulannya, untuk menjadi usahawan desa yang berjaya, kita mestilah rajin berusaha dan mempunyai pengetahuan. Selain itu, kita perlu bijak membuat perancangan agar peniagaan yang kita usahakan tidak mengalami kegagalan. Sekian, terima kasih. 159 Bimbing murid menulis karangan fakta dan syarahan secara koheren dan kohesi. Minta murid menulis karangan fakta dan syarahan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK1 NOTA GURU 3.3.1
Bernasnya Idea makanan unik – enak – berkhasiat – menawan selera – pelanggan terpikat perniagaan kurang maju – persaingan sengit – tiada keistimewaan berusaha – penat lelah – dibantu – pekerja – berhasil perniagaan maju – membuka restoran – impian terlaksana Ibu saudara Yi Mun menghasilkan menu yang sihat. Beliau mencipta mi sayuran dan aiskrim buah-buahan. Mi sayuran dihasilkan daripada campuran bayam dan lobak. Aiskrim buah-buahan pula dihasilkan daripada buah-buahan segar seperti nanas, mangga, strawberi dan kiwi. berpusu-pusu – tidak menang tangan – jualan laris – untung berganda Kalau beginilah keadaannya, aku boleh gulung tikar. Bina cerita dan persembahkan. mendapat akal – mencipta resipi baharu Moga-moga usahaku berhasil. Siew Min, tolong saya sekejap. Harap bersabar, ya. Baik, puan. Ibu saudara Yi Mun baru memulakan perniagaannya. Perniagaan tersebut dijalankan di sebuah medan selera. Beliau menjual beraneka jenis makanan. 160 NOTA GURU 4.3.2 Bimbing murid menghasilkan cerita. Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Keusahawanan – EK4
Bina ayat. Naresh penggemar susu segar. Dia menggemari susu segar berperisa kurma. Sangat sedap susu segar itu. Susu segar itu dibeli oleh ibu Naresh di pasar raya. Naresh mengagumi pengasas produk susu segar itu. Encik Loi Tuan Ee nama beliau. Naresh menjadikan beliau sumber inspirasinya. Dia ingin mengikut jejak langkah Encik Loi Tuan Ee. Dia mahu menjadi usahawan susu segar yang berjaya. Naresh melayari laman sesawang syarikat Encik Loi Tuan Ee. Syarikat beliau mempunyai 60 ekor lembu pada mulanya. Kini, mempunyai kira-kira 6000 ekor lembu syarikat beliau. Encik Loi Tuan Ee mempunyai rakan kongsi. Encik Azmi Zainal rakan kongsi beliau. Encik Azmi membantu Encik Loi mengembangkan operasi syarikat. Beliau menarik pelabur untuk membuat pelaburan di syarikatnya. Usaha mereka membuahkan hasil. Mendapat sambutan yang hebat produk keluaran syarikat mereka. Sungguh laris jualan susu segar itu. Semakin maju dan berjaya syarikat mereka. Sumber Inspirasiku Encik Loi Tuan Ee Encik Azmi Zainal Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang 161 NOTA GURU 5.3.4 Bimbing murid memahami ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang. Minta murid membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang. KBAT: Menganalisis – Mencerakin Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Keusahawanan – EK2
Dengar, tafsirkan dan berikan respons. 24 Perkhidmatan perbankan Internet membolehkan pengguna menyemak baki, membuat pembayaran bil dan memindahkan wang. Perkhidmatan perbankan Internet dijamin selamat. Perkhidmatan perbankan Internet layak bagi pemegang kad Mesin Teler Automatik (ATM) yang berumur 18 tahun ke atas. Pengguna perbankan Internet tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada orang lain. Generasi Celik Wang Wah, bagusnya! Kita tidak perlu lagi beratur di bank. Kita boleh melakukan urusan perbankan di rumah. Perbankan Internet Azli dan abangnya melayari laman sesawang sebuah bank. Mereka menonton pautan video tentang perbankan Internet. Perbankan Internet memudahkan urusan kewangan anda. Pengguna perkhidmatan ini boleh melakukan urusan kewangan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Audio pendengaran 162 NOTA GURU Bimbing murid mentafsirkan dan memberikan respons terhadap penyataan. Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menilai – Mentafsirkan Strategi PdP: KP – Intrapersonal EMK: Kewangan – CK6 1.1.3 (Sumber: www.bsn.com.my)
Baca, buat rumusan dan ramalan. Nisha sedang menonton sebuah drama menerusi televisyen. Drama itu mengisahkan kehidupan seorang eksekutif muda yang bernama Sazali. Rajin Menyimpan, Cerah Masa Depan Sazali eksekutif muda yang bertugas di sebuah syarikat terkemuka. Beliau mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Beliau tidak berbelanja melebihi keperluannya atau mengikut hawa nafsu. Wang gaji pada setiap bulan dibelanjakannya secara berhemat. Baginya, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Kehidupan di kota memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Oleh sebab itu, Sazali sentiasa mengawal perbelanjaannya. Bagi menjimatkan perbelanjaan, beliau menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat. Beliau jarang-jarang membeli pakaian yang mahal. Beliau tidak menghabiskan wangnya di restoran yang mewah. Selain itu, beliau sentiasa menjimatkan penggunaan elektrik dan air di rumah bagi mengurangkan kos. Setiap bulan, Sazali akan menguntukkan wang gajinya untuk disimpan. Beliau menyimpan wang tersebut di bank. Beliau berbuat demikian kerana yakin bahawa wang simpanannya akan selamat. Selain itu, beliau melaburkan wangnya dengan membeli unit saham yang disyorkan oleh kerajaan. Hasil daripada pelaburan tersebut, wang simpanannya bertambah banyak. Sebagai anak, Sazali tidak pernah lupa akan tanggungjawab kepada ibu bapanya. Setiap bulan, beliau akan mengirim wang kepada ibu bapanya di kampung. Beliau mahu membalas jasa mereka. Sikap Sazali amat dikagumi oleh rakan-rakan sekerja beliau. Bagi mereka, Sazali Kira-kira sepuluh tahun kemudian, 163 NOTA GURU Bimbing murid membaca dan menaakul bahan. Minta murid membuat rumusan dan ramalan. KBAT: Menilai – Mempertimbangkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Kewangan – CK3 2.2.1
Selesaikan secara Bijak Tulis jawapan dan cadangan. Abang Yi Mun kehilangan dompetnya. Di dalam dompet itu terdapat wang tunai, kad pengenalan dan kad ATM. Beliau berasa cemas. Basikal Yi Kun tidak dapat digunakan. Brek basikal itu rosak. Yi Kun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membaiki kerosakan tersebut. Baru-baru ini, Yi Mun dihadiahi sebuah tablet pintar oleh ibunya. Namun begitu, tablet pintar itu rosak selepas beberapa hari digunakannya. Cadangkan tindakan yang wajar dilakukan oleh Yi Mun. Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh abang Yi Mun? Bagaimanakah Yi Kun dapat menyelesaikan masalahnya? Berikan cadangan. Apakah yang patut dilakukan oleh Encik Lim? Berikan cadangan. Masalah Cadangan Penyelesaian Encik Lim mahu membeli komputer riba untuk anaknya. Beliau membaca pelbagai iklan tentang promosi komputer riba. Beliau sukar membuat pilihan kerana bimbang tertipu. 164 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan jawapan. Minta murid menulis cadangan. KBAT: Mencipta – Menghasilkan Strategi PdP: Penyelesaian masalah EMK: Kewangan – CK3 3.2.2
Mari Melabur Marilah teman-teman Marilah melabur ah Laburlah duit kita Dalam Marilah teman-teman Marilah melabur ah Kita mendapat untung Kita dapat Dengarlah teman nasihat saya Janganlah kita membuang Ayuh melabur hai dengan segeranya Supaya duit Marilah teman-teman Marilah melabur ah Duit kita selamat Dijaga dengan Marilah teman-teman Marilah melabur ah Mula-mula sedikit Akhirnya jadi Nukilan: ARK2021 (Melodi lagu “Kenek-kenek Udang”) Hasilkan lagu dan persembahkan. Audio lagu 165 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu. Minta murid mempersembahkan lagu dengan gaya yang kreatif. KBAT: Mencipta – Mereka Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Kewangan – CK4 4.3.3
Bina ayat. Ayat Aktif dan Ayat Pasif Sediakan Payung sebelum Hujan Ayah Yi Mun sedar akan kepentingan perlindungan insurans. Beliau mengambil perlindungan insurans hayat, perubatan, rumah dan kenderaan. “Perlindungan insurans perlu kamu ambil. Perlindungan insurans amat penting,” kata ayah Yi Mun kepada jiran mereka, Encik Lee. Insurans Hayat Jika pemegang polisi meninggal dunia, warisnya akan mendapat sejumlah wang pampasan. Insurans Perubatan Jika pemegang polisi diserang penyakit, kos perubatannya akan ditanggung oleh syarikat insurans. Penyakit kritikal telah menyerang ayah Yi Mun. Beliau mendapatkan rawatan pakar di hospital. Syarikat insurans menanggung kos perubatan beliau. Seorang pemandu lori telah melanggar kereta Encik Lee. Kereta beliau mengalami kerosakan teruk. Beliau melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan membuat tuntutan kepada syarikat insurans. Pihak insurans menanggung kos baik pulih. Insurans Rumah Jika rumah terbakar atau dilanda banjir, syarikat insurans akan membayar pampasan. Insurans Kenderaan Jika kenderaan dicuri atau ditimpa kemalangan, syarikat insurans akan membayar pampasan atau kos baik pulih kenderaan. Contoh: 166 NOTA GURU 5.3.3 Bimbing murid mengenal pasti dan memahami ayat aktif dan ayat pasif yang terdapat dalam teks. Minta murid membina ayat aktif dan ayat pasif berdasarkan teks. KBAT: Mengaplikasikan – Membina Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Kewangan – CK6 Ayat Aktif Ayat Pasif Beliau mengambil perlindungan insurans hayat, perubatan, rumah dan kenderaan. Perlindungan insurans perlu kamu ambil. Faedah Perlindungan Insurans Polisi insurans ialah dokumen perjanjian yang mengandungi syarat perlindungan insurans.
Projek Multimedia Cara Pelaksanaan: 1. Setiap kumpulan perlu menyediakan perancangan perniagaan yang strategik. 2. Perancangan perniagaan tersebut perlulah mempunyai maklumat seperti yang berikut: (a) Nama produk (b) Keistimewaan produk (c) Cara pemasaran produk (d) Anggaran perbelanjaan 3. Gunakan kata berimbuhan dan pelbagai jenis ayat seperti ayat aktif dan ayat pasif dalam persembahan tersebut. 4. Buat persembahan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. • poster • gegantung • risalah • media sosial • dilengkapi kanta pembesar • memudahkan pelihatan ketika mengetip kuku • mengelakkan kecederaan semasa mengetip kuku • menghasilkan potongan kuku yang kemas • sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur Contoh Projek: Keistimewaan Cara Pemasaran Anggaran Perbelanjaan PROMOSI HEBAT! PROMOSI HEBAT! • modal • kos • harga seunit • harga promosi • keuntungan Pengayaan Nama Produk Pengetip Kuku Kanta • poster • gegantung • risalah • media sosial • dilengkapi kanta pembesar • memudahkan pelihatan ketika mengetip kuku • mengelakkan kecederaan semasa mengetip kuku • menghasilkan potongan kuku yang kemas • sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur Contoh Projek: Keistimewaan Cara Pemasaran Anggaran Perbelanjaan PROMOSI HEBAT! PROMOSI HEBAT! • modal • kos • harga seunit • harga promosi • keuntungan Nama Produk Ketip Kuku Kanta 167 NOTA GURU 5.2.1 5.3.3 5.3.4
Teliti maklumat. Kemudian, tulis karangan yang bertajuk Cara-cara Mengelakkan Akaun Bank Disalahgunakan oleh Pihak Lain”. Jangan serahkan kad debit atau kad ATM kepada pihak lain. Laporkan kehilangan kad ATM kepada pihak bank atau polis dengan kadar segera. Jangan dedahkan maklumat perbankan peribadi, nombor akaun, nombor pengenalan peribadi (PIN) atau kata laluan kepada pihak lain. Laporkan aktiviti pemindahan wang yang meragukan dalam akaun anda kepada pihak polis atau bank. Cara-cara Mengelakkan Akaun Bank Disalahgunakan oleh Pihak Lain Jangan mudah percaya akan tawaran wang bagi penggunaan akaun bank anda. (Sumber: Bank Negara Malaysia) Pengukuhan 168 NOTA GURU 3.3.1
Abang Junidi telah setahun menamatkan pengajiannya di universiti. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan. Beliau telah memohon pekerjaan di beberapa buah syarikat pembinaan. Namun begitu, permohonannya gagal disebabkan oleh kemelut ekonomi yang melanda negara. Sementara menunggu tawaran kerja yang sesuai, abang Junidi bekerja sendiri bagi menjanakan pendapatan. Beliau tidak terlalu memilih pekerjaan kerana tidak mahu menjadi penganggur. Beliau sanggup menjadi pemandu di sebuah syarikat e-panggilan. Abang Junidi melakukan pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguhnya. Beliau bekerja dari awal pagi hingga lewat malam. Walaupun berpendidikan tinggi, beliau tidak malu untuk melakukan pekerjaan tersebut. Baginya, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pendapatannya setiap hari tidak menentu. Pendapatannya bergantung kepada jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya. Secara kasarnya, pendapatan beliau dalam sehari adalah antara RM100.00 hingga RM200.00. Walaupun memperoleh wang yang banyak, abang Junidi tidak lupa diri. Beliau tidak boros semasa berbelanja kerana mahu menggunakan wang tersebut untuk dijadikan modal perniagaan. Beliau bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih Jawab soalan. Penilaian 1. Berikan 10 contoh kata berimbuhan dalam petikan di atas. 2. Cari makna perkataan yang berwarna merah dengan merujuk kamus. 3. Buat rumusan tentang sikap abang Junidi. 4. Cadangkan perniagaan yang dapat diusahakan oleh abang Junidi. 5. Apakah yang akan berlaku jika abang Junidi terlalu memilih pekerjaan? 169 NOTA GURU 2.1.2 2.2.1 3.2.2 5.2.1
Bacaan Luas Setiap penghasilan wang kertas baharu mempunyai beberapa kriteria. Kriteria tersebut termasuklah aspek keselamatan terkini. Oleh hal yang demikian, pemalsuan wang sukar dilakukan. Antara ciri keselamatan yang boleh dikesan pada wang kertas ialah cetakan timbul. Cetakan timbul digunakan pada bahagian potret Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, wang tersebut mudah dikenali oleh orang ramai. Wang ini juga mesra pengguna. Simbol Braille pada wang kertas dicipta untuk memudahkan orang cacat pelihatan mengenali dan menggunakan wang kertas tersebut. (Sumber: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, BNM/16/08-2021) Siri Wang Kertas Keluaran Bank Negara Malaysia Tahukah kamu bahawa wang kertas Malaysia mula dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bermula pada tahun 1967? Sebelum itu, wang kertas kita dikeluarkan oleh kerajaan British. Siri Kedua 1982 – 1996 Siri Ketiga 1996 – 2012 Siri Pertama 1967 – 1982 Siri Keempat 2012 – kini Pertama 1967 – 1982 Corak Geometri: Tema ini melambangkan amalan global pada ketika itu. Kedua 1982 – 1996 Artifak Kebudayaan: Tema ini mengetengahkan artifak kebudayaan dan kemajuan seni bina yang melambangkan identiti negara seperti bangunan Parlimen dan Tugu Negara. Ketiga 1996 – 2012 Wawasan 2020: Tema ini menjadi sumber inspirasi untuk mencapai Wawasan 2020 yang digagaskan oleh kerajaan bagi mencapai status negara maju. Keempat 2012 – kini Keunikan Malaysia: Tema ini mempromosikan keunikan flora dan fauna Malaysia. CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH Wang Kertas Malaysia 170