3 Jaga Diri Selalu Keselamatan Tanggungjawab Kita Cakna di Mana-mana Keselamatan 43 NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar dan penyataan. Minta murid bercerita tentang aspek keselamatan berdasarkan gambar.
3 1 2 4 • secara berkumpulan • latihan murid membaca peta • menggunakan kompas • cara untuk menyelamatkan diri jika tersesat • secara individu • bergayut pada kabel dari pelantar • meluncur turun melintasi tasik • aspek keselamatan diutamakan • latihan intensif • demonstrasi menyelamatkan mangsa lemas • cara untuk melakukan bantuan pernafasan Kem Jaya Diri Jaga Diri Selalu menunjukkan arah bantuan pernafasan aktiviti burung hantu • secara berpasangan • pada waktu malam • menggunakan isyarat bunyi • panduan keselamatan diberikan Azli: Salam sejahtera, kawan-kawan. Pada pagi ini, saya ingin bercerita tentang Kem Jaya Diri yang saya hadiri pada minggu lepas. Pada hari pertama, 7 luncur keluang Ceritakan. 44 Bimbing murid bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya NOTA GURU dan ekspresi yang sesuai. Minta murid mempersembahkan cerita. KBAT: Mencipta – Mengimaginasikan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Berhati-hati 1.3.1
3 1 2 4 Baca dan persembahkan. Bahaya Dawai Kokot Dawai kokot berbahaya dan menyebabkan pencemaran fizikal pada makanan. Dawai kokot dikategorikan sebagai bendasing mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Dawai kokot menjejaskan keselamatan dan kebersihan makanan. 1 2 3 Pada suatu hari, Azli dan ibunya singgah di sebuah warung untuk membeli kuih. Banyak kuih yang sedap dijual di situ. Selepas membeli beberapa jenis kuih, mereka pun pulang ke rumah. Kuih-muih itu diletakkan di atas meja. Azli mahu menikmati pulut panggang yang diminatinya. “Emak, bolehkah saya makan pulut panggang ini?” tanya Azli kepada ibunya. “Boleh, Azli,” jawab ibunya. Azli terus mengambil pulut panggang itu. Dia tidak sabar lalu mengoyakkan pembungkus pulut panggang yang dibalut dengan daun pisang. “Aduh, sakitnya jari saya!” jerit Azli. Jari Azli berdarah. Rupa-rupanya, jarinya terkena dawai kokot yang terdapat pada pembungkus pulut panggang itu. Dawai kokot ini tidak sesuai digunakan untuk menyemat pembungkus makanan. Sebaik-baiknya, pembungkus pulut panggang itu disemat dengan menggunakan bilah atau lidi. Selepas itu, ibu dan ayah Azli membawanya ke klinik. Doktor menasihati Azli supaya menggunakan gunting untuk membuka pembungkus pulut panggang itu. Setelah tiba di rumah, Azli terus berehat. “Azli, apakah ilmu dan nilai yang kamu peroleh daripada kejadian ini?” tanya ibu Azli. “ ,” jawab Azli. “Baiklah, Azli. Apakah tindakan kamu jika kamu membeli makanan yang berbungkus?” tanya ayah Azli pula. “ ,” jawab Azli. Selepas itu, Azli membuat poster tentang bahaya dawai kokot. (Sumber: Unit Promosi Kesihatan PKD Kulim) 45 NOTA GURU Bimbing murid membaca dan memahami teks cerita dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Minta murid menyatakan ilmu dan nilai yang terdapat dalam cerita. Kemudian, minta murid mencipta poster tentang bahaya dawai kokot. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Berhati-hati 2.3.2
Awas, Anda sedang Diperhatikan! Tulis teks yang diimlakkan. Naresh dan keluarganya pulang ke kampung untuk menyambut Hari Deepavali. Dalam perjalanan, mereka melihat pemandangan sambil mendengar siaran radio. Dengar pesanan ini. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya. Tujuannya untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan mengelakkan pemandu melakukan kesalahan, iaitu: • memandu kenderaan melebihi had laju yang dibenarkan • tidak berhenti semasa lampu isyarat merah • memotong kenderaan di garisan berkembar • memandu kenderaan sambil menggunakan telefon • memotong kenderaan di lorong kecemasan Pemandu yang melakukan kesalahan akan dikenakan kompaun yang maksimum. Sebelum kita berhibur, dengarlah pantun nasihat ini. Bunga ati-ati si bunga raya, Bunga salju usah diganggu; Berhati-hati di jalan raya, Pandu laju maut menunggu. Naga jumat ditumbuk lumat, Sapu sekata ubat tradisi; Pandu cermat jiwa selamat, Sampai kita ke destinasi. Pokok kulan pokok rambutan, Dahan mati kerana dedalu; Perabot jalan halang pelihatan, Sikap berhati-hati amalkan selalu. 46 NOTA GURU Bimbing murid mengecam ayat dan frasa dalam teks dan pantun. Minta murid menulis teks yang diimlakkan. KBAR: Mengingat – Mengecam Strategi PdP: BCB – Menulis secara mekanis EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 3.2.4
Ceritakan dan ujarkan dialog. Peka Sentiasa walaupun Gembira Arisa ke rumah pak ciknya di Sabah. Di dalam kapal terbang, Arisa berbual bagai murai tercabut ekor dengan keluarganya. “Arisa, sediakan payung sebelum hujan. Pakai tali pinggang keledar. Jika cuaca kurang baik, kita akan selamat,” kata ibu Arisa. Setelah sampai di Kota Kinabalu, pak cik Arisa menyambut mereka. “Arisa, marilah berehat dan tidur di rumah pak cik,” kata pak cik Arisa. Pada masa itu, Arisa penat dan mengantuk. Apabila mendengar pelawaan pak ciknya, dia seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Pada keesokan harinya, Arisa dibawa ke Pulau Kapalai untuk menyelam. “Berapakah harga sewaan peralatan untuk menyelam ini, pak cik?” tanya Arisa. Pak cik Arisa yang berpengalaman sebagai penyelia penyelam selama 20 tahun itu memberitahunya bahawa beliau hendak membelanjai anak buahnya yang otak cair itu. Arisa sangat gembira kerana memperoleh durian runtuh pada hari itu. “Dengar pesanan ini. Pertama, kamu mesti sentiasa mematuhi arahan daripada penyelia penyelam kerana malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Kedua, periksa hos dan gas pernafasan untuk memastikan peralatan itu selamat digunakan. Ketiga, pakai peralatan untuk menyelam yang lengkap dengan sempurnanya. Pak cik akan melatih kamu menyelam di kawasan cetek dahulu kerana inilah pengalaman pertama kamu,” kata pak cik Arisa. “Baiklah, pak cik. Saya pasang telinga dan faham akan semua penerangan pak cik,” kata Arisa. Cemerlang Sangat Baik Baik Audio bercerita 47 NOTA GURU Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa. Minta murid membuat penilaian terhadap kawan yang bercerita. KBAT: Mengaplikasikan – Melakonkan Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Berwaspada 4.1.1
Kit Kecemasan Kenderaan Bina ayat. Li Chen Apa khabar, Dayang? Li Chen Dayang Sama-sama, Li Chen. Li Chen Tidak tahu, Dayang. Harap dapat kamu jelaskan kegunaannya kepada saya. Li Chen Terima kasih, Dayang. Saya telah membaca maklumat itu. Saya sangat menghargainya. Wah, kamu sungguh hebat! Sekarang, barulah saya faham tentang kegunaan kit tersebut. Dayang Inilah maklumat tentang kit tersebut. Sila baca dan fahami. Dayang Khabar baik, Li Chen. Kamu tahu tentang Kit Kecemasan Kenderaan? apa wah harap telah sungguh Kata tugas termasuklah kata tanya, kata perintah, kata pemeri, kata bantu, kata penguat, kata nafi, kata hubung, kata sendi nama dan kata seru. Contoh: • Pegawai lebuh raya itu ialah abang saya. • Dia sedang membaiki kereta yang rosak. • Harap semua penunggang motosikal mematuhi peraturan jalan raya. Kata Tugas 48 Bimbing murid memahami penggunaan kata tugas yang terdapat dalam teks. Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata tugas. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) NOTA GURU 5.1.4
49 Penyenggaraan Tayar Basikal 8 Salam sejahtera, para penonton. Panduan keselamatan kita pada pagi ini ialah cara menyenggarakan tayar basikal. Demi keselamatan, tayar basikal mestilah berada dalam keadaan sempurna. “Adik tonton rancangan apa?” tanya abang. “Abang, tadi saya telah menonton rancangan panduan keselamatan tentang cara menyenggarakan tayar basikal. Menurut pengacara itu, Periksa tekanan angin • sesuai dan mencukupi • stabil Periksa pad brek • tidak haus • penunggang sukar membrek Pastikan bunga tayar dalam keadaan baik • tayar yang botak menyukarkan kawalan • basikal mudah terbabas Sampaikan cerita. Periksa tayar • pastikan tayar tidak bocor • akan mendatangkan kerosakan Keselamatan Tanggungjawab Kita 49 NOTA GURU Bimbing murid menceritakan bahan grafik. Minta murid lain membuat penilaian tentang penceritaan kawannya dengan menunjukkan isyarat jari. KBAT: Mengaplikasikan – Menunjuk cara Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 1.3.2 Cemerlang Sangat Baik Baik
Baca dan persembahkan. Berhati-hati Menggunakan Eskalator Nisha dan ibunya ke pasar raya. Dia melihat banyak pengunjung menggunakan eskalator. Beberapa orang pengunjung tidak cakna akan peraturan. Di pasar raya itu, terdapat sebuah skrin yang memaparkan poster peraturan tentang penggunaan eskalator. Nisha dan ibunya pergi ke arah skrin untuk membaca poster. Dia memperoleh maklumat daripada poster tersebut. Tuan puan, kita hendaklah sentiasa berhati-hati semasa menggunakan eskalator. • Apakah kelakuan tidak selamat kanak-kanak semasa menggunakan eskalator? • Nyatakan kesannya jika kamu asyik menggunakan telefon bimbit semasa di eskalator. • Saya akan memastikan keluarga saya mengamalkan ilmu yang saya peroleh semasa seperti • Jelaskan nilai yang perlu kita amalkan semasa menggunakan eskalator. • Sebagai pengawal keselamatan, kamu diminta menjelaskan penggunaan eskalator dengan selamatnya. 50 NOTA GURU Bimbing murid membaca dan memahami poster. Minta murid menyatakan ilmu dan nilai yang terdapat dalam poster tersebut. Kemudian, lakonkan persembahan sebagai pengawal keselamatan. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Nilai Murni – Berhati-hati 2.3.2
• membuat persiapan • memasukkan barang • membawa kit keselamatan • memeriksa kenderaan • menyediakan senarai semak 7:30 pagi Memancing Ikan di Tasik Beris, Sik, Kedah 8:30 pagi • pandu kereta dengan cermatnya • jalan sempit • kawasan berbukit dan berselekoh • berbual-bual • tiba di Tasik Beris, Sik, Kedah • mendaftarkan diri di inap desa • menuju ke jeti untuk menaiki bot • memakai jaket keselamatan 10:30 pagi 11:30 pagi • banyak tunggul kayu • tiba di tengah-tengah tasik • mengeluarkan alatan memancing • duduk dengan seimbangnya • belajar memancing • mencangkuk umpan • menanggalkan mata kail • berhati-hati kerana tajam • berwaspada 12:30 tengah hari • pulang ke inap desa • menyalakan api • berhati-hati • membakar • bermalam 3:00 petang Tulis karangan. Sabtu, 26 Mac 20 7:30 pagi Aku dan keluarga ke Tasik Beris, Sik, Kedah untuk memancing ikan. Sebelum bertolak 51 NOTA GURU Bimbing murid memahami maklumat. Minta murid menulis karangan jenis catatan harian. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Berwaspada 3.3.1
52 Seloka Beringat Sentiasa Ingatlah wahai semua Bawa anak ke mana-mana Jangan tinggal sendirian Kelak dia diculik orang. Pesan kepada anak tersayang Hati-hati apabila berjalan Usah diikut orang lain Nanti susah mahu pulang. Korus: Kalau berjalan pegang tangannya Peganglah erat jangan lepaskan Bahaya diculik di mana-mana Oleh itu beringatlah sentiasa. Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail Lagukan seloka. Murid-murid, mari kita berseloka. Baik, cikgu. Murid-murid, apakah pengajaran yang terdapat dalam seloka ini? Audio seloka 52 NOTA GURU Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai. Minta murid menyatakan pengajaran daripada seloka. KBAT: Menilai – Menghubungkaitkan Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Berhati-hati 4.2.1
Selidik sebelum Percaya Telefon yang terletak di penjuru ruang tamu itu berdering. Puan Harlina yang sedang memasak makanan di dapur bergegas ke ruang tamu lalu mengangkat telefon. sedang mengisi kepada pengurus ? : Helo, bolehkah saya bercakap dengan Puan Harlina? : Sayalah Puan Harlina. Ada apa, encik? ? : Begini, puan. Nama saya ialah Haris. Saya membuat panggilan daripada Syarikat Laba Berganda. Untuk makluman puan, puan terpilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah yang bernilai suku juta ringgit. Pihak kami memerlukan maklumat semua penerima hadiah. Maklumat tersebut termasuklah maklumat peribadi puan, iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank. Sebelum mendapat hadiah, puan perlu memasukkan wang proses sebanyak RM1000.00 kepada pihak kami di bank. Panggilan ini benar, puan. apakah yang perlu tidak mempercayai ialah pengurus tentang penipuan daripada pengurus Kata Tugas Bina ayat. 53 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata tugas dalam teks. Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata tugas yang berwarna merah. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: KP – Logik-matematik EMK: Nilai Murni – Berwaspada 5.1.4
Dengar dan ujarkan semula. 9 Cakna di Mana-mana Terima kasih, encik. Dengar arahan dan pesanan saya ini. Pertama, jangan berada di dalam kereta. Situasi ini sangat berbahaya kerana kereta encik boleh dilanggar dari belakang. Kedua, buka lampu kecemasan agar pemandu lain mudah melihat kereta encik. Ketiga, letakkan segi tiga kecemasan di belakang kenderaan supaya pemandu lain menyedari bahawa terdapat kereta sedang berhenti di bahu jalan. Keempat, encik perlu menunggu kami di belakang penghadang jalan raya agar encik tidak ditimpa kecelakaan. Pihak kami akan sampai dalam masa 30 minit untuk membantu encik. Encik, tolong ulangi pesanan saya. Li Chen, jika kenderaan kita rosak di lebuh raya, janganlah panik. Pertama, nyalakan lampu kecemasan kenderaan. Kedua, kenal pasti lokasi kita. Ketiga, telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya. Contohnya ialah PLUSRONDA – 1800 88 0000. Li Chen, nyatakan semula tindakan yang perlu kamu lakukan. Terima Kasih atas Bantuan Salam sejahtera, Encik Tan. Terima kasih saya ucapkan kerana menghubungi pihak kami. Encik, tolong beritahu kami lokasinya. Salam sejahtera, Saya Encik Tan. Kereta saya rosak di tepi lebuh raya. Situasi 1 Situasi 2 Saya berada tidak jauh dari stesen minyak di Rawang. Saya dari arah Kuala Lumpur ke Tanjong Malim. Pertama, jangan Kedua, Ketiga, Keempat, Audio pendengaran 54 Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan yang diujarkan berdasarkan NOTA GURU situasi. Minta murid menyebut ujaran yang didengar semula dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. KBAT: Mengaplikasikan – Melakonkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 1.1.1
“Li Chen! Li Chen!” Beberapa orang anggota kelab boling sekolah memanggil aku. Pada petang itu, kami berjanji mahu ke pusat latihan boling. Cikgu Lau sedang menunggu kami di sana. Sebelum keluar dari rumah, ayah menasihati aku. Beliau meminta aku mengikuti panduan keselamatan ketika di luar rumah. Ayah berpesan supaya aku memakai pakaian berwarna terang dan selesa. Seterusnya, aku diingatkan agar tidak memakai pakaian yang mencolok mata dan membawa barang berharga. Aku diminta mengingatkan pemandu van yang menghantar kami ke sekolah agar sentiasa mengunci pintu van. Sikap alpa akan memudahkan penculik untuk membuka pintu van dengan pantasnya. Selain itu, aku perlu mengikuti panduan keselamatan ketika di luar rumah juga. Catat nombor telefon anggota keluarga untuk memudahkan pihak berkuasa atau orang ramai membantu mangsa. Nombor telefon Ibu: 012-6443XXX Ayah: 012-6455XXX Bawa wisel dan tiup dengan kuatnya atau menjerit dengan sekuat-kuatnya sekiranya kamu diancam. PANDUAN KESELAMATAN ANAK KETIKA DI LUAR RUMAH Jangan panik dan berasa takut. Elakkan diri meminta bantuan daripada orang yang tidak dikenali jika berada dalam kecemasan. Panduan Keselamatan di Luar Rumah Mengapakah murid-murid perlu mengikuti panduan keselamatan ketika di luar rumah? Jelaskan. Baca dan tafsirkan. 55 NOTA GURU Bimbing murid membaca dan memahami teks cerita dan poster. Minta murid menyatakan sebab perlunya mengikuti panduan keselamatan. KBAT: Menilai – Memberikan alasan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Nilai Murni – Bertindak bijak 2.1.1
Pengalaman Pertama Menggunakan Lif Tulis karangan. • panggilan daripada ibu saudara • undangan ke rumah baharu • tingkat 12 • membaca maklumat • had muatan 17 orang • utamakan orang tua dan orang kurang upaya • sistem penggera kecemasan • telefon bantuan kecemasan • bekalan kuasa semasa kecemasan • mempunyai ciri-ciri keselamatan • pintu keselamatan dan penunjuk tingkat • butang lif • menekan butang tingkat 12 • lif bergerak lancar • selamat, selesa dan mesra pengguna Aku bangga dan teruja pada hari itu. Inilah pengalaman pertama aku menaiki lif yang tidak dapat aku lupakan. 56 NOTA GURU Bimbing murid memahami maklumat. Minta murid menulis karangan jenis keperihalan berdasarkan bahan grafik. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Peka 3.3.1
Gurindam Penunggang Bijak Kalau mula hendak menunggang, Aspek keselamatan mesti dipegang. Masa menunggang perlulah sedar, Mesti memakai topi keledar. Kalau menunggang pada waktu malam, Jaket pantulan cerahkan kelam. Kalau hujan tidak terduga, Baju hujan di dalam raga. Tayar kempis tidak terduga, Pam dibawa langkah berjaga. Penat menunggang tidak terperi, Berhenti rehat rawatlah diri. Kalau menunggang secara kumpulan, Jangan berlumba di tengah jalan. Kalau menunggang di jalan curam, Jangan seperti pelumba haram. Panduan menunggang sudah dihayati, Andalah penunggang bijak bestari. Peraturan ini di hati tersemat, Barulah kita pulang selamat. Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail Borang Pemarkahan Jumlah Sebutan 5 10 15 20 25 35 Intonasi 5 10 15 20 25 35 Penghayatan 5 10 12 14 16 30 Jumlah Keseluruhan Persembahkan. Audio gurindam 57 NOTA GURU Bimbing murid mempersembahkan gurindam dengan penuh penghayatan. Minta murid menilai persembahan rakan. KBAT: Menganalisis – Menilai Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Berhati-hati 4.2.2
Dengar dan Patuhi Arahan Selamat petang semua penghuni. Siaran ceramah ini bolehlah dikongsi dengan kawan-kawan di seluruh negara. Saya hendak memberikan penerangan tentang cara memasang jeriji tingkap dan tindakan yang betul jika berlaku kecelakaan. Anda semua diminta memasang jeriji mengikut piawaian yang betul. Pastikan kekunci pembuka jeriji itu dipasang pada bahagian dalam rumah. Selain itu, jeriji itu mestilah mudah menggelongsor ke bawah atau ke tepi. Jika terjadi kebakaran, harap bertenang. Ikuti cara bertindak yang betul. Sila dengar arahan saya ini. Buka kekunci tingkap dan keluar melaluinya. Hubungi pihak bomba dengan segeranya melalui talian 999. pastikan berbunyi diminta Encik, rumah jiran saya terbakar. hubungi arahan menghalang Kata Berimbuhan Awalan dan Kata Berimbuhan Akhiran Contoh kata berimbuhan awalan: • Penduduk rumah pangsa itu mendengar ceramah daripada pihak bomba. • Harap bersabar. Contoh kata berimbuhan akhiran: • Selepas selesai ceramah, penduduk menikmati makanan dan minuman. • Patuhi arahan daripada ketua kita. Bina ayat. (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) 58 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan awalan dan kata berimbuhan akhiran. Minta murid membina ayat berdasarkan gambar. KBAT: Menganalisis – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Patuh 5.2.1
segi tiga kecemasan pemantul cahaya dibuat daripada mempunyai ciri-ciri keselamatan Aku Segi Tiga Kecemasan Pemantul Cahaya Pemulihan dijual di . Pada suatu hari, aku dibeli oleh . Selepas membayar harga, aku disimpan di dalam Jika kereta rosak, tuan aku . diletakkan di belakang . Pengguna jalan raya akan nampak pantulan cahaya daripada . Oleh itu, kemalangan jalan raya dapat . Aku segi tiga kecemasan pemantul cahaya. Aku dibuat daripada plastik. Aku mempunyai ciri-ciri keselamatan. Ceritakan. 59 NOTA GURU 1.3.1
Pengayaan Kenal pasti kata tugas dalam teka silang kata. Kemudian, bina ayat berdasarkan gambar. Gunakan huruf pertama pada gambar sebagai panduan untuk kamu mengenal pasti kata tugas. a b l f d u e b q t i d a k c r m s g u c s e d a n g y i z j h l s w l l w j i a c a m a t a m j k i h r l b o l c u c a i x d i a o h l n t i l d w h a a s l a a s a m s e n g 60 NOTA GURU 5.1.4
Baca dan lengkapkan teks. Buli Perbuatan Keji Salam sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan ini. Hari ini, saya ingin berkongsi tentang maklumat jenayah buli. Apakah buli? Buli ialah perbuatan atau tingkah laku agresif yang berulang untuk menyakiti seseorang dari segi fizikal, mental atau emosi. Buli fizikal selalunya berlaku kerana perbezaan fizikal. Pembuli akan menggunakan kelebihan fizikal dan kekuatannya untuk mencederakan mangsa. Pembuli akan memukul dan menendang mangsa atau merosakkan harta benda mangsa. Seterusnya, buli juga berlaku dari segi emosi. Pembuli akan menimbulkan perasaan takut dalam diri mangsa. Mereka akan mengancam mangsa secara lisan. Oleh itu, mangsa tidak tenang dan tidak tenteram. Selain itu, buli sosial juga berlaku seperti perbuatan memboikot orang tertentu dan melarang orang lain bercakap dengannya. Buli dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara terus, mesej, aplikasi perbualan dan e-mel. Oleh itu, jangan biarkan perkara itu terus berlaku. Semua murid perlu bertindak jika menjadi mangsa buli. Kalian perlulah Murid-murid sekalian, sebelum saya mengakhiri ceramah ini, saya berharap agar semua murid dapat menyatakan nilai yang diperoleh tentang jenayah buli dalam bentuk peta grafik. Saya memberikan masa 10 minit kepada kamu untuk menghasilkan peta grafik tersebut. Selain itu, peta grafik mestilah mempunyai maklumat tentang langkah yang boleh diambil jika menjadi mangsa buli. Sila serahkan hasil kerja kamu kepada guru kelas. Harapan saya warga sekolah mendapat manfaat daripada ceramah ini. Sekian, terima kasih. Pengukuhan 61 NOTA GURU 1.3.1 2.3.2
Penilaian Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah. Pada hari Sabtu yang lepas, mahu memasak membuka suis dapur berbau mengambil air sabun menuang air sabun pada salur gas udara menggelembung menutup injap tong gas menanggalkan injap tong gas memastikan tiada bau gas memberitahu memeriksa tong gas mendengar bunyi desiran tidak panik menutup suis dapur membuka pintu dan tingkap menukar salur gas baharu menuang air sabun semula memastikan tiada kebocoran 62 NOTA GURU 3.3.1
4 Jika kita saling membantu, Hidup kita bertambah mutu. Kalau kita seia sekata, Kita bebas daripada sengketa. Dayang Tanggungjawab Bersama Arisa Hidup Sepakat Pantaiku Bersih Darshita Pelbagai Kaum Li Chen Kayuhan Muhibah Yi Mun Khidmat Masyarakat Kalau kita bersatu hati, Keamanan akan kita nikmati. Jika kita hidup sepakat, Kita akan mendapat berkat. Perpaduan 63 NOTA GURU Bimbing murid melagukan gurindam. Minta murid berbincang tentang gambar dan gurindam.
Eratnya Hubungan Bersatu Hati, Hidup Harmoni Bersatu Hati Bersatu Hati Dengar dan berikan respons. Audio pendengaran 64 Bimbing murid memberikan respons tentang maklumat yang diujarkan. NOTA GURU Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menganalisis – Menerangkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Prihatin 1.1.2 Pada suatu petang, kaki Naresh terseliuh. Dia telah dibawa oleh ayahnya ke klinik untuk diperiksa oleh Doktor Halimah. Setelah pulang dari klinik, Naresh menghubungi rakan-rakannya. Keesokan harinya, Li Chen dan Azli menziarahi Naresh. Buku lali saya sakit dan bengkak. Doktor telah memberikan ubat untuk mengurangkan kesakitan. Kaki kamu akan cepat sembuh jika kamu kurang bergerak. Kami akan datang lagi untuk menziarahi kamu. Kecederaan kaki kamu tidak serius. Namun begitu, kamu perlu banyak berehat supaya kaki kamu cepat sembuh. Baiklah, doktor. Saya akan mengikut nasihat doktor. Saya tidak dapat bermain futsal dengan kamu kerana kaki saya terseliuh.
Baca dan cari makna perkataan. Harmoni Bersama Penonton mula memenuhi tempat duduk di dalam auditorium itu. Sebentar lagi, Pertandingan Sketsa Rukun Negara akan berlangsung. Arisa, Yi Mun, Junidi dan Nisha duduk bersebelahan. Mereka ingin menyaksikan persembahan abang dan kakak mereka. Tidak lama kemudian, persembahan sketsa pun dimulakan. Beberapa orang pelakon muncul di atas pentas dengan memakai kostum yang berwarna-warni. Para pelakon terdiri daripada pelbagai kaum yang mewakili masyarakat majmuk di Malaysia. Abang Arisa melakonkan watak sebagai Tok Penghulu. Abang Yi Mun sebagai Tauke Wong. Kakak Nisha pula sebagai Puan Letchumi manakala abang Junidi sebagai Encik Gurmit. Mereka melakonkan adegan di sebuah kampung yang harmoni. Skrip cerita tersebut ialah nukilan mereka sendiri. Sketsa yang dipersembahkan amat menyeronokkan. Para pelakon benar-benar menjiwai watak yang dilakonkan. Ekspresi wajah dan lakonan mereka amat berkesan. Penonton sungguh teruja. Suara latar: Penduduk Kampung Harmoni sedang bermesyuarat di balai raya. Mereka berbincang tentang projek pembinaan perpustakaan mini di kampung itu. Tok Penghulu: Saya mengalu-alukan sumbangan daripada penduduk bagi membiayai kos projek ini. Tauke Wong: Tok, saya ingin menyumbangkan barang-barang pembinaan seperti simen, bata dan pasir. Puan Letchumi: Tok, saya pula mahu menyumbangkan koleksi buku cerita kanak-kanak. Buku-buku itu boleh dijadikan bahan bacaan tambahan. Encik Gurmit: Saya hanya mampu menyumbangkan tenaga, tok. Saya akan menggunakan tulang empat kerat saya ini untuk membina perpustakaan itu nanti. Tok Penghulu: Terima kasih. Sumbangan kalian amat saya hargai. 65 NOTA GURU Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik bagi perkataan yang sukar difahami. Minta murid mencari makna perkataan, meneliti ejaan dan sebutan yang betul serta memastikan penggunaan perkataan yang tepat. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Merujuk EMK: Nilai Murni – Kerjasama 2.1.2
Kami Prihatin Edit dan murnikan teks. SJK (C) Taman Budi telah mengadakan karnival kebajikan “Kami Prihatin”. Karnival itu bertujuan untuk membantu murid-murid sekolah itu yang kurang berkemampuan. Karnival itu bermula pada pukul 9:00 pagi. Yi Mun, Arisa dan Darshita turut mengambil bahagian dalam karnival itu. Mereka dibantu oleh guru-guru mereka semasa berniaga di reruai yang disediakan. Yi Mun ditugasi oleh gurunya untuk menjual buku terpakai. Buku-buku itu disumbangkan oleh murid dan guru sekolahnya. Semua buku itu masih elok dan ada sesetengahnya kelihatan baharu. Wah, murahnya! Berapakah harga novel ini? Harga novel ini RM3.00, encik. Arisa dan Darshita pula menjual pakaian berpakai. Pakaian itu disumbangi oleh warga sekolah mereka. Pakaian itu masih eluk dan cantik. Kebanyakkan pakaian itu berjenama terkenal. Ada pakaian tradisionel pelbagai kaum juga. “Wah cantiknya baju ini. Berapakah harganya,” tanya seorang gadis kepada Arisa. “Harga baju ini Rm2.00, cik.” jawab Arisa. Gadis itu membelik-belik baju berwarna unggu itu. Akhirnya beliau tertarik hati lalu membelinya. Karnival kebajikan itu berakhir pada pukul 4:00 petang. Karnival itu mendapat sambutan yang amat menggalakan. Pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa dan perinkat umur. Yi Mun dan rakan-rakannya amat gembira. Hasil jualan amal itu akan dimanafaatkan untuk tujuan kebajikan. Reruai ialah tempat untuk mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu. 66 Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks yang berwarna biru dari NOTA GURU aspek ejaan, tanda baca dan imbuhan. Minta murid menulis teks dengan menggunakan ejaan, tanda baca dan imbuhan yang betul. KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Merujuk EMK: Keusahawanan – EK3 3.3.2
Lihat dan pamerkan. selamat = datang = Pada cuti sekolah yang lalu, keluarga Li Chen, Naresh dan Azli bercuti ke negeri Perlis. Semasa dalam perjalanan, mereka ternampak pintu gerbang yang mempunyai tulisan Selamat Datang. Percutian di Perlis amat menyeronokkan. Mereka berpeluang mengunjungi banyak tempat yang menarik. Sebelum pulang, mereka membeli cenderamata sebagai kenangan. Percutian Muhibah 67 NOTA GURU Bimbing murid mengenal tulisan Jawi pada objek. Minta murid mempamerkan tulisan Jawi. KBAR: Mengingat – Mengecam Strategi PdP: Kontekstual EMK: Nilai Murni – Menghargai 4.4.1 4.4.2
Selendang Perpaduan keputusan – diumumkan – dimenangi berpelukan – kegembiraan – menjuarai Nisha dan rakan-rakannya telah menyertai Pertandingan Rekaan Kreatif. Pertandingan itu diadakan bersempena dengan Minggu Perpaduan Taman Budi. Kumpulan Nisha menghasilkan rekaan selendang yang unik. Selendang itu dihiasi slogan yang mencerminkan perpaduan kaum di Malaysia. menggayakan – pertunjukan dihadiri – memberikan Kata berimbuhan apitan Contoh: menjayakan, menjalani, dilakukan, dihadapi, permainan, kejayaan, berpegangan Kata Berimbuhan Apitan Bina cerita. 68 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan apitan. Minta murid membina cerita. KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kerjasama 5.2.1
69 Program Jiran Muda Dengar, tafsirkan dan berikan respons. Semangat perpaduan kaum perlu dipupuk dari peringkat awal. Masyarakat Sepakat • memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda • menarik minat golongan muda menyertai aktiviti kemasyarakatan Tujuan Aktiviti Riadah Santai Cakna Masyarakat Program Jiran Muda amat berfaedah. Program Jiran Muda disertai oleh golongan muda daripada pelbagai kaum. Betul. Ya, saya setuju, Darshita. Program itu dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Ekspedisi Pendakian Bukit Perpaduan amat penting jika kita mahu mewujudkan negara yang aman dan makmur. Audio pendengaran 69 NOTA GURU Bimbing murid memberikan respons secara kritis dan kreatif. Minta murid berlakon berdasarkan dialog. KBAT: Menilai – Mentafsirkan Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat 1.1.3
Persatuan Penduduk Taman Budi sering menganjurkan aktiviti riadah komuniti. Aktiviti itu disertai oleh penduduk setempat tanpa mengira kaum dan peringkat umur. Aktiviti itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan. Ketika merancang dan mengadakan aktiviti riadah, penduduk Taman Budi sentiasa bermuafakat. Mereka mengambil kira setiap pandangan dan kepentingan semua kaum. Selain mengadakan mesyuarat, mereka membuka undian secara dalam talian bagi mendapatkan kata sepakat. Pada tahun ini, penduduk Taman Budi diminta memilih satu daripada empat aktiviti riadah yang dicadangkan. Aktiviti riadah yang meraih undian tertinggi akan dipilih untuk dilaksanakan. Riadah Komuniti Telegram Sila pilih aktiviti riadah yang anda sukai. Aktiviti yang meraih undian tertinggi akan dipilih untuk dijadikan aktiviti riadah komuniti pada tahun ini. Keputusan akhir Pertandingan futsal dan bola jaring Perkhemahan di hutan lipur Percutian di pulau peranginan Pesta permainan tradisional a a b b c c d d Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua penduduk Taman Budi. Baca, buat rumusan dan ramalan. 70
SAHABAT TAMAN BUDI Azli Kawan-kawan, mari pilih aktiviti riadah yang paling kita gemari melalui undian secara dalam talian. 8:00 8:02 Azli Rumusan saya, semua aktiviti yang disenaraikan Arisa Ramalan saya, aktiviti yang akan terpilih ialah Li Chen Baik, Azli. Saya akan memilih aktiviti yang paling menyeronokkan, iaitu pesta permainan tradisional. Dalam pesta ini, permainan tradisional pelbagai kaum akan dipertandingkan. Nisha Saya pula akan memilih aktiviti percutian di pulau peranginan. Wah, seronoknya jika kita dapat bercuti di pulau itu bersama-sama! Pasti hubungan kita akan bertambah erat. Li Chen Saya menerima apa-apa keputusannya nanti. Saya yakin bahawa aktiviti yang dilakukan akan Naresh Saya sudah membuat pilihan. Saya memilih aktiviti perkhemahan di hutan lipur. Bagi saya, aktiviti ini amat bermanfaat. Kita akan dilatih untuk bekerjasama menghadapi pelbagai cabaran melalui aktiviti ini. 8:01 8:02 8:04 8:05 8:05 8:06 71 Bimbing murid membaca, memahami dan menaakul bahan multimedia. Minta murid membuat rumusan dan ramalan. KBAT: Menganalisis – Merumuskan dan meramalkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi NOTA GURU 2.2.1
Encik Kuan Chee Heng atau lebih terkenal dengan sebutan Uncle Kentang merupakan wira masyarakat. Beliau banyak menubuhkan kerja amal bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Pelbagai inisiatif beliau lakukan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh, beliau menyediakan perkhidmatan hotel, ambulans dan perpustakaan dengan hanya mengenakan caj 10 sen. Perkhidmatan itu terjadi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum dan agama. Selain itu, Community Policing (CP) turut beliau tubuhkan. Tujuan penubuhan CP bukan sekadar untuk membantu golongan susah tetapi juga meliputi lain-lain hal. Masalah seperti menyegerakan pembaikan lampu isyarat dan jalan berlubang serta masalah anjing liar turut perhatian diberikan. Menurut Encik Kuan, beliau percaya bahawa pintu rezeki akan terbuka seluas-luasnya sekiranya seseorang itu bermurah hati. Seseorang yang suka membuat kebajikan akan mendapat kebaikan berpanjangan seperti tanpa henti air yang mengalir. Edit dan murnikan teks. Wira Masyarakat Pada suatu petang, Li Chen dan Darshita berkunjung ke rumah Azli. Mereka ke sana untuk menyiapkan projek multimedia Kelab Rukun Negara sekolah. Ketika sedang mencari maklumat, mereka terbaca rencana yang menarik tentang Uncle Kentang. “Ringan tangan beramal, pintu rezeki terbuka bagai air yang mengalir” – Uncle Kentang Contoh Kesalahan Penggunaan Kata Salah sebutan Betul panggilan Contoh Kesalahan Struktur Ayat Salah beliau lakukan Betul dilakukan oleh beliau (Sumber: Kuan Chee Heng) 72 NOTA GURU Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks yang berwarna biru dari aspek penggunaan kata dan struktur ayat. Minta murid menulis perenggan dengan perkataan dan struktur ayat yang betul. KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti Strategi PdP: BCB – Merujuk EMK: Nilai Murni – Prihatin 3.3.2
4.1.1 Bersatu walaupun Berbeza Kuntum melati cantik memikat, Jadi bualan penghuni kota; Bersatu hati saling muafakat, Itulah amalan masyarakat kita. Pokok mengkudu di pinggir desa, Pokok lebat ; Bersatu padu pelbagai bangsa, Hidup harmoni di bumi bertuah. Harimau mengaum anjing melolong, Anak ungka meronta-ronta; Semua kaum , Berbaik sangka elak . Akar selirat di tepi , Bunga di taman seputih ; Hubungan erat perpaduan dijaga, Negara aman bertambah maju. Pisang kaki di dalam guni, Sirih pinang dimakan panglima; Bukit lurah Susah senang Hasilkan pantun dan persembahkan. berbuah salju kuini telaga tolong-menolong sengketa didaki dituruni Audio pantun 73 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah dan santun. Minta murid mempersembahkan pantun. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat 4.3.1
Malam Gemilang Perpaduan Kata Berimbuhan Sisipan Penduduk Taman Budi mengadakan Malam Gemilang Perpaduan. Pada malam itu, pelbagai acara hiburan dipersembahkan oleh penduduk pelbagai kaum di taman itu. Ada persembahan dikir barat, tarian kipas dan tarian kathakali. Sebelum acara berlangsung, penduduk taman itu telah bekerjasama membuat persiapan. Yi Mun, Nisha dan Dayang mengambil bahagian dalam persembahan dikir barat. Pada malam tu, Mereka membuat persembahan yang amat menghiburkan. Mereka seruling gemuruh Bina ayat. gemerlap gementar kemilau gemilang Encik Nantha mewarnakan kelopak bunga raya. Puan Chai menyusun kerusi yang berselerak dan menggulung wayar yang berselirat. Encik Fuad memotong papan dengan menggunakan gergaji yang tajam geriginya. Kata berimbuhan sisipan ialah kata yang menerima imbuhan yang disisipkan pada kata dasar. Contoh: gelegar, kemelut, seruling 74 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata berimbuhan sisipan. Minta murid membina ayat berdasarkan gambar dan perkataan. KBAT: Mencipta – Menjanakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 5.2.1
12 Tuturkan, buat rumusan dan ramalan. Ya, kawan-kawan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti . Setiap aktiviti mestilah Perkhemahan Integrasi Objektif: memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum Aktiviti: • pertandingan kawad kaki • pertandingan pandu arah Syarat: • dijalankan secara berkumpulan • peserta daripada pelbagai kaum dan sekolah Hai, kawan-kawan. SJK (C) Taman Budi dan SJK (T) Taman Makmur telah menganjurkan Perkhemahan Integrasi secara bersama. Dalam pertandingan pandu arah dan kawad kaki, para peserta Seia Sekata Sehati Sejiwa Sebagai rumusannya, perkhemahan itu . Selepas perkhemahan itu berakhir, hubungan para peserta 75 NOTA GURU Bimbing murid bertutur berdasarkan bahan secara bertatasusila. Minta murid membuat rumusan dan ramalan. KBAT: Menganalisis – Merumuskan dan meramalkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Kerjasama 1.2.1
Baca, analisis dan buat ramalan. “Ayuh, kawan-kawan! Kita pergi sekarang,” teriak Azli mengajak rakan-rakannya. Li Chen dan Nisha yang ketika itu baru hendak masuk ke kereta hanya tersengih. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka. Tiga buah kereta mula bergerak. Azli menaiki kereta dengan keluarganya manakala Li Chen dan Nisha menaiki kereta keluarga masing-masing. Mereka berkonvoi menuju ke Mersing. Mereka ke sana kerana mahu bercuti di pantai peranginan. Perjalanan menuju ke Mersing mengambil masa kira-kira empat jam. Sepanjang perjalanan, Azli teruja kerana dapat melihat panorama alam yang indah. Di kiri dan di kanan jalan, dia dapat melihat pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan oleh masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti tersebut dijalankan dalam suasana yang harmoni. Li Chen pula mengisi masanya dengan mendengar lagu dan menonton video. Ada kalanya, dia melihat peta Mersing menerusi telefon pintar. Dia melihat peta itu kerana mahu mengetahui tempat-tempat menarik di Mersing. Berkonvoi ke Mersing Banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi di Mersing. Tempat-tempat ini terkenal kerana mempunyai keindahan alam semula jadi yang cukup mempesonakan. Pantai Air Papan Pulau Rawa Pantai Penyabong Pulau Tengah Hutan Lipur Gunung Belumut Pulau Dayang 76
Setelah dua jam perjalanan, keluarga Azli, keluarga Li Chen dan keluarga Nisha berpakat untuk berhenti rehat. Mereka singgah di sebuah restoran untuk menghilangkan keletihan sambil menjamu selera. Setengah jam kemudian, mereka meneruskan perjalanan menuju ke Mersing. Ketika itu, awan hitam kelihatan sedang berarak di langit. Tidak lama kemudian, hujan mula membasahi bumi. Malang tidak berbau, tayar kereta ayah Azli tiba-tiba pancit. Ayah Azli terpaksa memberhentikan keretanya di lorong kecemasan. Apabila melihat kejadian itu, ayah Li Chen dan ayah Nisha segera memberhentikan kereta mereka. Mereka membantu ayah Azli menukar tayar kereta tanpa menghiraukan kesusahan yang dihadapi. Akhirnya, masalah itu berjaya diselesaikan. Keluarga Azli, keluarga Li Chen dan keluarga Nisha gembira kerana dapat meneruskan perjalanan. Mereka teruja untuk menikmati percutian bersama-sama. Setelah tiba di Mersing, Azli, Li Chen dan Nisha mengimbas kembali peristiwa yang dialami oleh keluarga mereka semasa dalam perjalanan tadi. Semenjak peristiwa itu, tujuan masa perjalanan masalah yang dihadapi cara mengatasi 77 Bimbing murid membaca dan menganalisis teks. Minta murid membuat ramalan. KBAT: Menganalisis – Meramalkan Strategi PdP: BCB – Bacaan intensif EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat NOTA GURU 2.3.1
78 Kerana kita bersatu hati hidup sentiasa aman harmoni tiada sengketa tiada dengki hidup muafakat sehari-hari. Kerana kita bersatu teguh perpaduan dipupuk semakin utuh hidup serumpun bagai buluh walau dibadai tetap kukuh. Kerana kita hidup bersama tua muda miskin kaya pelbagai etnik pelbagai bangsa tetap sepakat walau berbeza. Kerana kita sehati sejiwa hubungan terjalin kian mesra tolong-menolong bekerjasama sudah menjadi amalan biasa. Kerana kita anak Malaysia mari bersama makmurkan negara perpaduan kaum tunjang utama negara maju rakyat sejahtera. Nukilan: ARK2021 Kerana Kita Tulis dan deklamasikan sajak. Audio sajak 78 NOTA GURU Bimbing murid menulis sajak dalam bentuk tulisan berangkai. Minta murid mendeklamasikan sajak. KBAT: Mengaplikasikan – Menghasilkan Strategi PdP: BCB – Kemahiran menulis EMK: Nilai Murni – Patriotisme 3.1.1
Bina cerita dan persembahkan. Hujan turun mencurah-curah. Air sungai mula melimpahi tebing. Penghuni rimba semakin cemas. Mereka resah gelisah seperti cacing kepanasan. Jika banjir besar berlaku, nyawa mereka pasti akan terancam. Setelah berbincang, mereka mengambil kata putus untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. Mereka tidak mahu berlengah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sang Pelanduk menjerit meminta tolong. Jeritan Sang Pelanduk yang sayup-sayup itu didengar oleh Sang Memerang. Malang tidak berbau. Sang Pelanduk telah terperangkap. Kawasan di sekelilingnya ditenggelami air. mencari akal – menyelamatkan Sang Pelanduk – kata sepakat – bagai aur dengan tebing Hidup Muafakat Sang Gajah Sang Memerang, Sang Ikan dan Sang Kura-kura Akhirnya, Tolong! Tolong! Wahai sahabatku, marilah kita bermuafakat membantu Sang Pelanduk! Tolong Terima kasih 79 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun. Minta murid mempersembahkan cerita secara kreatif. KBAT: Mencipta – Mencipta Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni – Kerjasama 4.3.2
Sabtu, 22 Oktober 20qq 7:30 pagi – Penduduk kampung terdiri daripada pelbagai kaum berkumpul di padang. ku yang merupakan turut berada di sana. 8:00 pagi – Acara sukan momolistik dimulakan. Acara itu diadakan secara 10:30 pagi – Sukan turut diadakan bagi memeriahkan suasana. 12:30 tengah hari – Para peserta masih bertanding di bawah terik Kata majmuk bebas ialah bentuk kata yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membentuk makna yang tertentu. Kata majmuk bebas dieja terpisah. Contoh: jam dinding, temu bual, biru tua Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang telah mantap ejaan dan perkataannya ditulis secara bercantum. Contoh: beritahu, jawatankuasa, setiausaha Catatan Junidi Setahun yang lalu, Junidi telah berkunjung ke rumah bapa saudaranya di Ranau, Sabah. Bapa saudara Junidi ketua kampung di sana. Penduduk di kampung bapa saudara Junidi terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazandusun, Bajau dan Murut. Mereka hidup dalam suasana aman harmoni. Semasa tinggal di sana, Junidi telah menyaksikan permainan momolistik atau melastik. Bagi menjayakan permainan itu, penduduk kampung telah bekerjasama menyediakan peralatan melastik seperti kayu lastik dan biji getah. Penduduk melakukan aktiviti tersebut secara sukarela. Selain permainan momolistik, sukan olahraga turut diadakan. Acara sukan dan permainan berlangsung dari pagi hingga tengah hari. Walaupun terpaksa berpanas di bawah terik matahari, mereka tetap bersemangat waja. Bapa saudara Junidi mengambil bahagian dalam sukan tersebut. Pasukan beliau memakai baju sukan berwarna biru tua. Berkat kerjasama dan semangat berpasukan yang padu, pasukan beliau berjaya menjadi naib juara. Junidi telah mengabadikan kenangan itu dalam diarinya. Kata Majmuk Bebas dan Kata Majmuk Mantap Catatan Kenangan Tulis catatan. 80 NOTA GURU Bimbing murid memahami penggunaan kata majmuk. Kata majmuk bebas berwarna merah manakala kata majmuk mantap berwarna biru. Minta murid menulis catatan harian menggunakan kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap. KBAT: Mengaplikasikan – Menggunakan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat 5.2.2
SJK (C) Taman Budi telah menganjurkan Program Bakul Rezeki. Program itu bertujuan untuk membantu murid-murid miskin daripada pelbagai kaum. Menerusi program itu, murid-murid tersebut diberi makanan secara percuma. Guru-guru dan ibu bapa menyumbangkan bantuan. Sumbangan itu secara sukarela. Yi Mun dan Arisa membawa roti dan tepung. Li Chen dan Azli pula membawa gula dan susu. Semua barang itu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam bakul. Kemudian, bakul itu diagihkan kepada murid yang layak. Adakah Program Bakul Rezeki akan berjaya? Ramalkan. Baca dan analisis kandungan teks. Kemudian, buat ramalan. Program Bakul Rezeki Program Bakul Rezeki penganjur penerima penyumbang tujuan Pemulihan 81 NOTA GURU 2.3.1
Permainan Uji Memori 1. Permainan ini dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan. 2. Pemain 1 akan diberi masa 30 saat untuk melihat petak permainan. Pemain 1 perlu mengingat maklumat yang ditunjukkan. 3. Selepas itu, pemain 1 perlu menutup bukunya. 4. Pemain 2 akan menyoal pemain 1 bagi menguji daya ingatannya. Contoh soalan dan jawapan: • Apakah perkataan yang ditunjukkan dalam petak 2? – Perkataan yang ditunjukkan dalam petak 2 ialah perpaduan. (5 markah) • Bina ayat dengan menggunakan perkataan dalam petak 2. – Kita perlu memelihara perpaduan kaum. (5 markah) 5. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir. Panduan Permainan: menziarahi perpaduan disertai Pengayaan Petak 1 Petak 2 Petak 3 Markah 5 Markah 5 Markah 10 pertolongan Markah 10 Petak 4 Petak 5 Petak 6 Petak 7 Petak 8 Petak 9 meraikan keharmonian bersalaman mengeratkan kemeriahan Markah 10 Markah 5 Markah 5 Markah 10 Markah 10 82 NOTA GURU 5.2.1
Karnival Perpaduan di Hati Edit dan murnikan teks. Pertandingan e-sukan Yi Mun dan rakan-rakannya telah mendatangi program Karnival Perpaduan di Hati. Program itu diadakan di Dewan Komuniti Taman Budi. Program itu terdapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Pengunjong yang datang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur. “Pertandingan apakah yang sedang dilansungkan itu,” tanya Naresh. “Oh, itu petandingan e-sukan. Peserta pertandingan itu terbentuk daripada para remaja pelbagai kaum,” jawab Yi Mun. Pertandingan Memasak turut diadakan. Ibu Naresh dan ibu Junidi mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Beranika makanan yang enak mereka hasilkan. Adik Yi Mun pula megambil bahagian dalam Pertunjukkan Fesyen dan Persembahan Tarian Tradisional. Acara itu dimasuki oleh kanak-kanak pelbagai kaum daripada taman didikan kanak-kanak atau tadika. “Wah comelnya adik kamu Yi Mun!” puji Junidi. Dia tertarik menonton aksi adik Yi Mun ketika mengayakan fesyen pakaian tradisional. Yi Mun dan rakan-rakannya amat gembira. Pelbagai acara yang menarik mereka saksikan. Suasana program itu cukup meriyah. Keadaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman harmoni. Aspek Kesalahan Ejaan Tanda baca Imbuhan Penggunaan kata Struktur ayat Pengukuhan Pertandingan memasak Persembahan tarian tradisional Pertunjukan fesyen 83 NOTA GURU 3.3.2
Festival Bahasa dan Sastera Bacaan Luas Festival Bahasa dan Sastera merupakan program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Program ini melibatkan penyertaan murid bukan Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Menengah Persendirian Cina. Program ini diadakan untuk menanamkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid bukan Melayu. Selain itu, program ini diharap akan dapat mewujudkan suasana penggunaan bahasa Melayu yang indah dan santai dalam kalangan murid bukan Melayu. Dalam setiap acara yang dipertandingkan, para peserta disyaratkan agar menjaga sensitiviti kaum di negara kita. Peserta yang menyentuh isu sensitif tentang politik, ras dan agama akan dibatalkan penyertaannya. Hal ini amat penting bagi mengelakkan timbulnya isu yang menjejaskan perpaduan kaum di negara kita. Semasa Festival Bahasa dan Sastera 2021, pelbagai acara yang menarik telah dipertandingkan. Acara tersebut termasuklah pertandingan suara harmoni maya, deklamasi puisi, pidato dan bercerita. Murid-murid bukan Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta murid dari Sekolah Menengah Persendirian Cina amat digalakkan untuk menyertai pertandingan tersebut. Selain dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu, mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan sijil penyertaan. (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka) 84
5 Integriti • berani • amanah • hebat • kesederhanaan • rasional • patriotik • berhemah • jujur • berdikari • rajin • adil • reda • kebersihan mental dan fizikal • kerjasama • bermasyarakat • baik hati • sayang-menyayangi • hormat-menghormati Integriti 85 NOTA GURU Minta murid bercerita berdasarkan poster dan penyataan.
Laksanakan Amanah Guru Aku Berintegriti Loceng telah berbunyi. Sebelum pulang, Naresh dan kawan-kawannya menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh guru kelas mereka. Papan pintar tidak terbakar. Tindakan sebelum pulang Naresh: Kita mestilah mengamalkan integriti sebelum pulang dari sekolah. Kita hendaklah menutup suis papan pintar supaya papan pintar tidak terbakar. Nisha: Ya, saya setuju dengan hujah kamu kerana Davina: Saya tidak setuju dengan hujah kamu. Pada pendapat saya, papan pintar akan Afifi: Jika kita tidak menutup suis kipas, Nisha: Cikgu Dharma: Syabas, Berikan hujah. 86 NOTA GURU Bimbing murid bertutur untuk memberikan hujah secara kritis dan kreatif. Minta murid membuat simulasi. KBAT: Menilai – Menghujahkan Strategi PdP: KP – Interpersonal EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab 1.2.2
Baca dan tafsirkan. Jujur dan Bertanggungjawab Naresh belajar di SJK(T) TamanMakmur.Dia sangat jujur dan bertanggungjawab. Oleh sebab itu, Naresh telah dilantik sebagai pengawas perpustakaan oleh Cikgu Dharma. Naresh bertugas di perpustakaan pada setiap hari. Dia menerima buku yang dipulangkan oleh peminjam untuk direkodkan dalam sistem komputer. Murid yang lewat memulangkan buku akan didenda. Naresh tidak pilih bulu semasa menjalankan tugas walaupun kawannya sendiri. Pada waktu senggang, Naresh akan mengurus buku-buku yang rosak. Dia membalut buku-buku itu dengan kemasnya dan memastikan semua buku di situ berada dalam keadaan baik. Naresh telah mencipta poster untuk ditampal pada sudut bacaan di perpustakaan. Poster itu mengandungi nasihat kepada peminjam buku. 1. Nyatakan sebab Naresh dilantik sebagai pengawas perpustakaan. 2. Adakah poster yang dihasilkan oleh Naresh itu bermanfaat? Jelaskan. 3. Jelaskan maksud “Hargai Buku, Hargai Ilmu”. 4. Pada pendapat kamu, perlukah kita memulangkan buku tepat pada waktunya? Mengapa? Membaca Jambatan Ilmu Hargai Buku, Hargai Ilmu 87 NOTA GURU Bimbing murid memahami dan mentafsirkan bahan. Minta murid menjawab soalan dan penyataan. KBAT: Menilai − Mentafsirkan Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab 2.1.1
Sang Nuri yang Baik Hati Tulis pendapat dalam perenggan. Berdasarkan cerita Sang Nuri yang Baik Hati, kami berpendapat Pada suatu hari, ketika hujan lebat, kelihatan sekumpulan semut sedang berada di atas sebuah pongsu. Ibu semut mengumpulkan anaknya. Semua anak semut cuba naik ke badan ibunya kerana sangat takut. “Tolong! Tolong!” jerit ibu semut. Sang Nuri terlihat akan peristiwa itu. Walaupun hujan dan ribut melanda, Sang Nuri memberanikan diri terbang ke arah sekumpulan semut itu. Sang Nuri sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan semut-semut itu. Dengan sepenuh tenaga, Sang Nuri menerbangkan sebatang ranting kayu. Dia meletakkan ranting kayu itu dari pongsu ke tebing. Semua semut itu naik ke ranting dan berjaya menyelamatkan diri. “Terima kasih, Sang Nuri,” kata ibu semut. Dia bersyukur kerana dia dan anak-anaknya telah selamat. Cikgu Fatah telah memberikan tugasan kepada Davina dan Naresh. Mereka dikehendaki menghasilkan buku skrap tentang tingkah laku positif dan menulis pendapat berdasarkan bahan itu. Sayang, Berani dan Bersyukur 88 NOTA GURU Bimbing murid membina dan menulis perenggan. Minta murid menyatakan pendapat. KBAT: Mencipta – Membina Strategi PdP: KP – Intrapersonal EMK: Kelestarian Global 3.2.1
1 2 3 4 5 6 7 a b c d e f g 8 9 10 11 12 13 14 h i j k l m n 22 23 24 25 26 v w x y z Boria Integriti 15 16 17 18 19 20 21 o p q r s t u Borang Rubrik Gaya 40 Intonasi 30 Suara 20 Sebutan 10 Jumlah 100 Hasilkan lagu dan persembahkan. Salam sejahtera wahai kawan-kawan Boria 9 14 20 5 7 18 9 20 9 kami dendangkan Banyak maklumat bukan mainan untuk kita jadikan amalan (korus) Baiklah hati rakan dan taulan Bersikap 10 21 10 21 18 sesama rakan Inilah caranya adat berkawan Tunjukkanlah sikap kesederhanaan 2 5 18 4 9 11 1 18 9 lah kita sentiasa Mestilah hormat sesama kita Tua atau muda tidaklah kira 2 5 2 1 19 lah hidup aman bahagia (ulang korus) Semangat masyarakat 2 5 11 5 18 10 1 19 1 13 1 Tak kira Melayu, India dan Cina Tolong- 13 5 14 15 12 15 14 7 sesama kita Bersatu teguh bercerai tiada (ulang korus) Patriotik perlu ada dalam diri Amalkan berhemah juga 2 5 18 1 14 9 1 4 9 12 , rasional, sayang-menyayangi Inilah amalan berintegriti Nukilan: Mat Ariffin bin Ismail Audio lagu 89 NOTA GURU Bimbing murid menghasilkan seni kata boria berpandukan angka dan mempersembahkannya. Minta murid lain menilai persembahan rakan. KBAT: Menilai – Memilih Strategi PdP: KP – Muzik EMK: Nilai Murni – Berintegriti 4.3.3
Baca dan bina ayat. Akur akan Arahan Guru Kata Majmuk Kiasan Naresh, Nisha dan Afifi bertemu dengan Cikgu Harlina. Naresh dan Afifi langkah kanan kerana telah terpilih dalam kumpulan pertama untuk mengikuti Seminar Teknik Berpidato. Nisha tidak terpilih untuk menyertai kumpulan pertama ini. Dia dipilih dalam kumpulan kedua. Walaupun begitu, Nisha berlapang dada. simpulan bahasa ayat seperti seperti seperti seperti Saya cepat kaki pulang ke rumah kerana ada berita gembira. langkah kanan Nisha menerima keputusan itu dengan lapang dada. Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. Contoh: kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin dan pilih kasih Bina ayat. “Naresh dan Afifi, kamu mesti mengambil peluang ini sepenuhnya. Tambahlah ilmu daripada pengalaman ini,” pesan Nisha. “Kamu memang hati emas, Nisha. Kamu tidak terasa hati,” ujar Naresh. Nisha akur akan arahan Cikgu Harlina. Dia masih berbesar hati kerana dapat menyertainya dalam kumpulan kedua. Naresh dan Afifi dipilih terlebih dahulu oleh Cikgu Harlina kerana mereka kurang mahir berpidato. Naresh sangat gembira. Dia cepat kaki pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya. 90 Bimbing murid memahami penggunaan kata majmuk kiasan. Minta murid membina ayat dengan menggunakan kata majmuk kiasan. KBAT: Mengaplikasikan − Mengguna pakai Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik EMK: Nilai Murni − Rasional NOTA GURU 5.2.2
91 Sekolah Berintegriti Murid Cemerlang Amalan Terbaik Li Chen: Junidi, perlukah amalan terbaik ini diterapkan kepada semua murid? Mengapa? Junidi: Perlu, Li Chen. Amalan ini dapat Li Chen: Junidi, apakah ciri murid yang berkualiti? Junidi: Li Chen: Rumusannya, amalan terbaik . Pada pandangan saya, Junidi: Oleh itu, Li Chen: Berikan rumusan dan keputusan. beretika berkemahiran memimpin berkemahiran dwibahasa berpengetahuan berkemahiran berfikir beridentiti nasional Tarikh: 12.5.20qq Masa: 8:30 pagi Tempat: Dewan SJK (C) Taman Budi 91 Bimbing murid bersoal jawab berdasarkan maklumat. Minta murid membuat rumusan dan keputusan. KBAT: Menilai – Membuat keputusan Strategi PdP: BCB − Mendengar dengan berkesan EMK: Nilai Murni − Berintegriti 91 NOTA GURU 1.2.3
Cikgu Chin telah dilantik sebagai guru penyelaras Bilik Wakaf Bahasa Melayu di SJK (C) Taman Budi. Beliau telah diberi sebuah kelas untuk dijadikan bilik tersebut. Cikgu Chin meminta Yi Mun, Arisa, Dayang dan kawan-kawannya berkumpul di bilik itu. Mereka berbincang untuk menghias bilik tersebut. Aktiviti perbincangan yang dilakukan beberapa kali ini berjaya mengeratkan hubungan mereka juga. Selepas tugasan diagihkan dengan adilnya, murid lelaki membuat rak dengan merujuk Internet. Mereka menggunakan komputer Cikgu Chin dengan berhati-hatinya. Li Chen menyediakan paip poli yang berwarna perang dan keras. Azli mengerat paip poli itu untuk membuat para. Kawan Azli pula menggunakan pemutar skru untuk mengetatkan skru pada selak di pintu rak itu. Azli yang diamanahkan sebagai ketua amat arif akan selok-belok cara membuat rak itu. Yi Mun dan murid-murid perempuan membuat kad petunjuk yang bercorak pokok rendang untuk ditampal pada rak yang dibuat oleh murid lelaki. Mereka menggunakan kad lut sinar kerana mudah dibersihkan. Mereka menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan. Tugasan mereka disemak oleh Cikgu Chin. Selepas siap, alatan disusun kemas supaya bilik itu tidak semak. Beliau memuji anak muridnya yang berjaya mengamalkan integriti seperti seia sekata, bertanggungjawab, amanah dan menghargai masa semasa menyiapkan tugasan itu. Sebelum pulang, Cikgu Chin menjamukan ketupat dan rendang ayam kepada mereka. Seia Sekata Pasti Berjaya Perkataan Maksud Sebutan Contoh dalam Ayat mengeratkan merapatkan mengeratkan Program Peduli Rakan dapat mengeratkan hubungan baik sesama rakan. mengerat memotong mengerat Pemuda itu mengerat tali yang tersangkut pada leher anak kucing itu. Baca dan cari makna perkataan. Audio pendengaran 92 Bimbing murid merujuk kamus untuk mencari makna perkataan, sebutan NOTA GURU yang betul dan penggunaan perkataan yang tepat. Minta murid mencari makna dan membina ayat berdasarkan perkataan yang berwarna merah. KBAT: Menganalisis − Mengenal pasti Strategi PdP: Konstruktivisme EMK: Nilai Murni – Kerjasama 2.1.2