Pasrah
Dengan
TakdirIni
"Kesabaran dan redha, kunci utama
menuju ke satu tahap yang lebih baik"
ROSE EZADORA
Mata cengkung Amy memandang keluar tingkap bas. Laju sahaja bas dua tingkat yang
dinaiki meninggalkan lepas satu pemandangan ke satu pemandangan indah anugerah tuhan,
namun keindahan alam itu tidak lagi menarik perhatian Amy. Biarlah orang lain sahaja yang
menghargainya. Bukan buat perempuan yang satu ini.
Jari-jari tangan yang kurus, perlahan-lahan mengusap lembut rambut si anak yang lena tidur
di atas pangkuan. Kemudian mata mengerling pula ke tempat duduk sebelah kanan.
Seorang lagi anaknya. Amy senyum, si abang juga pulas tidur. Mengerekut dengan kaki lekat
di dada. Amy jatuh kasian, maklumlah tempat duduk bas, besar mana sangat!
Amy memandang sayu ke arah kedua-dua anaknya, silih berganti.
Abang, adik, abang, adik.
“Maafkan mummy sayang.. mengheret kamu berdua ke kancah kehidupan yang realitinya
tidak semanis yang diharapkan..” bisik hati kecil Amy, sayu sahaja bunyinya.
Perasaan sebak tetiba menyelinap ke sanubari.
Apakan daya, itu sudah takdir buat dirinya.
Kebahagian yang diimpikan tidak muncul, yang menjelma hanyalah penderitaan demi
penderitaan.
Adakah dia tersalah pilih jodoh?
Atau dia tidak pandai menjaga suami?
Ahh.. jangan dipersalahan jodoh!
Juga jangan mempersalahkan diri sendiri yang tidak pandai menjaga suami.
Yang sebenarnya, sudah tertulis ikatan syahdu itu hanya bertahan setakat itu sahaja.
Terlerai oleh kekilafan manusia sendiri..
Amy akur.
1
Di bibir yang kering, tidak bermaya mengukir senyum sedangkan hatinya, hancur berkecai,
sudah tidak boleh dicantum lagi, walaupun menggunakan glue yang paling terbaik di dunia.
Pertemuan singkat dengan Encik Azmi, Pengerusi Persatuan Rakyat Malaysia di Cape Town
awal pagi tadi cukup meruntun jiwa. Di atas permintaan Encik Azmi, Amy perlu
memanggilnya abang Azmi sahaja agar lebih mesra. Abang Azmi memberi beberapa kata-
kata nasihat yang cukup mengusik jiwa. Ibarat seorang abang menasihati si adik. Rupa-
rupanya masih ada juga manusia yang masih prihatin dan mengambil berat tentang dirinya
dan anak-anak. Alhamdulillah. Walaupun hakikatnya mereka tidak ada pertalian
kekeluargaan, melainkan kedua-duanya bernaung di bawah satu bendera, di sebuah negara
asing.
“Jaga diri dan anak-anak. Semua abang sudah atur dan pastikan Amy dan anak-anak selamat
sampai. Terserah kepada pihak Kedutaan nak arrange macammana. Apa-apa pun abang
doakan yang terbaik dan segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH..” itu kata terakhir
abang Azmi di tangga bas sebelum Amy dan anak-anak melangkah menaiki bas.
Amy terkejut dari lamunan apabila terdengar teguran dari si abang yang disangkanya tidur,
rupanya tidak.
“What’s wrong mummy?”tanya Halimi, budak lelaki berumur 6 tahun yang tidak mengerti
apa yang berselirat di dalam minda si ibu.
Namun si kecil dapat merasa, ada yang tidak kena!
“Tak ada apa-apa, sayang. Mummy just love to watch you both sleeping..”jawapan bodoh
yang Amy beri, namun masih mampu memperdaya si anak.
Menjawab secara spontan. Mana sempat berfikir?
Apa lagi yang perlu diberitahu?
Anak sekecil itu mana mengerti yang si ibu sedang berusaha untuk membawa mereka
kembali ke tanah tumpah darah si ibu.
Amy tahu, di sana bukan tempat tumpah darah anak-anaknya, tetapi Amy nekat dan percaya,
di situlah tempat yang paling sesuai untuk anak-anaknya membesar dengan sempurna,
insyallah..
Membesar tanpa seorang lelaki yang mereka panggil Daddy.
2
“Mummy, where are we going?”tanya Hakimi si adik yang hanya selang setahun sahaja umur
dari si abang.
Dia tersedar apabila terdengar bicara si ibu dan si abang gamaknya.
“We are going to mummy’s friend in Pretoria.. Dah lama mummy tak jumpa dia”jawab Amy
bersahaja.
Pandai pula Amy berlakon, sedangkan dia tahu, itu hanya satu pembohongan semata-mata.
Mana dia ada kawan di Pretoria? Sepanjang 7 tahun tinggal di Cape Town, tidak ada tempat
yang dia pergi, hanya berlegar di kawasan perumahan sahaja.
Manakan mungkin dia keluar tidak tentu arah!
Dia tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah!
Pasportnya sudah 4 tahun tamat tempoh.
Kedua-dua anaknya, tidak ada masalah, kerana mereka adalah rakyat Afrika Selatan, kerana
mengikut kerakyatan si ayah. Cuma dirinya masih memegang pasport Malaysia.
Hisy.. tidak mahu mengikut hati, kerana jika ikut hati, mati.
Sudah ternyata bidalan itu benar dan itu yang sedang Amy hadapi sekarang ini. Andainya dia
menyerahkan kerakyataannya dahulu, pastinya dia jika dia pulang ke Malaysia, dia sudah
bukan rakyat Malaysia lagi, akibatnya menjadi pendatang tanpa izin di negeri sendiri!!
Itulah dia lalai, tidak menyambung tempoh enam bulan sebelum pasportnya tamat tempoh.
Kenapa bodoh sangat kau Amy sehinggakan boleh terlepas pandang tentang perkara-perkara
yang penting begini?
Pasport tu!
Bukannya dokumen beli perabot yang boleh disimpan di tempat yang tidak tentu arah…
Alahai Amy!!
Lalai tidak bertempat.
Bukannya dia tidak tahu arahan dan prosidur buku kecil itu, tetapi dia cuai!
Dia tahu betapa pentingnya dokumen perjalanan tersebut kerana segala maklumat tentang
dirinya ada tercatat di situ.
Hidup matinya semua memerlukan buku kecil itu.
Mahu rasanya dia menghentak kepalanya ke dinding.. tetapi wajarkah?
Yelah, mana dia tahu akan berlaku seperti ini. Dia ingat dia akan bermastautin di samping
suami sehingga akhir hayat.
Rupanya tidak!
3
“Ingatkan langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”.
Opps.. bukan, salah tu.
“Ingatkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di pagi hari”.
Ya.. ungkapan itu lebih masuk akal kerana pendek sahaja penghijrahan Amy, tidak sampai 10
tahunpun. Tidak sempat tunggu tengah hari, pagi-pagi lagi sudah hujan…
Bukan setakat hujan je.. siap petir dan kilat!
Amy menarik nafas panjang.
Nasib baik ada simpati abang Azmi yang sudi membantu. Abang Azmi dan ahli-ahli lain
berusaha membuat kutipan derma kilat bagi membolehkan Amy tiga beranak ke Kedutaan
Besar Malaysia di Pretoria.
Hendak harapkan Amy, mana dia hendak dapat duit, kerana segala perbelanjaan hanya
bergantung kepada suami. Jika suami tidak menghulur, tidak ada duit belanjalah jawabnya.
Abang Azmi sudah masak dengan masalah yang ditanggung oleh Amy. Sejak Amy mengadu
masalah yang dihadapinya, dia sangat prihatin dan simpati dengan masalah yang sedang
Amy hadapi. Dia juga tidak rela lagi melihat Amy menderita. Dia tidak berniat mahu
menjaga tepi kain orang lain, tidak juga mahu meruntuhkan satu ikatan perkahwinan yang
sepatutnya syahdu. Tidak, tidak sama sekali. Cuma kes Amy amat berbeza dari oang lain. Itu
yang abang Azmi cuba membuat Amy gembira, setelah buat sekian lamanya dia menderita.
Pastinya, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. betul tak?
Di dalam diam mereka merencanakan rancangan tersebut, tambah-tambah apabila Amy
memberi kata setuju. Abang Azmi selaku pengerusi memang selalu berurusan dengan pihak
Kedutaan, selaku wakil rakyat Malaysia di Cape Town. Dialah yang memainkan peranan
utama. Ini memudahkan rancangan dijalankan. Dialah yang mengaturnya dengan bantuan dan
nasihat pihak kedutaan. Besar harapannya agar pegawai yang menunggu di sana dapat
menguruskan kepulangan Amy anak beranak sehingga selamat sampai ke tanah air.
Berdebar juga Amy hendak bertemu pegawai di Kedutaan, maklumlah dia sedar dia sudah
banyak menyusahkan banyak pihak.
Encik Helmi, Pegawai Konsular di Kedutaan. Ya Encik Helmi, nama yang sentiasa menjadi
sebutan di bibir abang Azmi.
4
Encik Helmi, yang dikatakan kawan yang bakal dia temui, kerana menurut Abang Azmi,
pegawai yang sangat baik hati itu yang akan membantu proses selanjutnya.
Encik Helmi ya Amy! Ingat tu… HELMI.
5
Masih lagi kesah di dalam bas.
Amy menelek jam di lenggan. Satu-satunya harta yang dia bawa dari Malaysia yang masih
ada dalam simpanan. Jauh lagi perjalanan. Mahu mengambil masa lagi 4 jam. Punggungpun
sudah naik kematu kerana asyik duduk sahaja.
Sudah dua kali bas berhenti, tetapi Amy dan anak-anak tidak turun, baik sahaja duduk diam
di dalam bas. Takut pula malang nasibnya ditahan polis, belum sempat sampai Pretoria,
sudah kena tahan masuk lokap!
Habislah punah rancangan pulang ke Malaysia. Amy tidak mahu itu berlaku.
Siapa pula hendak menjaga anak-anaknya?
Amy tidak mahu memperjudikan risiko itu. Apa-apa hal, biar sampai terus ke Pretoria!
Dua kali malang pula jadinya nasib si anak-anak kelak.
Sudahlah dibuang oleh si ayah!
Ditambah pula dengan berpisah dari si ibu, sekiranya Amy di lokap.
Ssyyy.. selisih malaikat 44!!
Si ayah? Lupakanlah dia.
Orang sedang mabuk bercinta, mana dia fikir pasal anak-anak?
Kesah bekas isteri apatah lagi!
Terus dicampaknya ingatan kepada bekas suami jauh-jauh digarisan pertemuan antara dua
lautan, Cape of Good Hope agar tidak seorangpun dapat mencarinya.
Ke Lautan Hindipun tidak, ke Lautan Atlantic pun tidak.
Keluarga mertua? Lagilah jauh panggang dari api.
Sudah Amy ketahui dari awal, dirinya bukan menantu pilihan, sentiasa disisih.
Kehadirannya hanya menambah sesak di dada keluarga.
Sesak di dada Amy, lagilah tak usah cerita!
6
Takdir berjodoh aturan Ilahi, namun apa yang berlaku juga sudah tersurat, berulang ulang
Amy pasak di dada yang dia redha dan pasrah.
Namun kadang-kadang dia rasa terkilan, cuba mencari punca kekilafan. Namun tidak ketemu.
Pada awal perkahwinan, Amy mengharap segaris sinar di hujung pelangi.
Tidak perlu sinar yang terang, yang malappun jadilah!
Namun itu tidak berlaku. Bukan ada segaris cahaya, sebesar kelip-kelippun tak ada, sedihkan?
Kini mertua tentu bertepuk tangan, apabila mengetahui rumah tangga yang dipupuk dan
dijaga dengan air mata, sudah musnah. Amy cukup tabah menahan derita. Bertahan demi
anak-anak. Tetapi itu dulu, kini sudah terhakis sifat ketabahannya.
Sudah hampir habis edah untuk mendapat gelaran baru. Gelaran yang sangat ditakuti oleh
kaum perempuan.
Huruf “J” gelaran “Janda”. Malah Amirah Aminuddin akan bergelar “Janda beranak dua”,
aduh ngerinya!!
Tetapi itu sudah hakikat, Amy terpaksa menerimanya. Sudah jodoh setakat itu. Apa yang
boleh dia katakan, hanyalah ucapan “Selamat Tinggal Suamiku, Terima kasih kerana sudi
menjadikan Aku isterimu selama 7 tahun ini. Yang paling aku bersyukur, aku ada dua
permata hati yang bagaikan nyawa dan udara untuk aku meneruskan hidup ini.
Terima kasih kerana suamiku yang bakal menjadi bekas suami, tidak membantah untuk
memberikan hak penjagaan kedua-dua permata hati sepenuhnya kepada diriku.
Insyallah, akan aku jaga anak-anak ini dengan baik, amanah dan hadiah terindah darimu ini”.
Amy masih lagi mampu mengikat niat yang baik-baik, demi anak-anak.
“Mummy, what tree is that?”tanya Halimi.
Membantutkan Amy yang sedang melayan perasaannya.
“What is it baby?”tanya Amy lembut.
Bukan dia tidak mendengar.
Dia dengar dengan jelas pertanyaan si anak.
Sengaja dia ingin mempastikan soalan dari mulut comel si anak.
“That one! Thhhaattt oneee, over there”sambil jari comel menunding ke arah sepohon pokok
baobab yang megah berdiri.
Entah berapa tahun umurnya terpacak di tepi jalan itu.
7
Mungkin ratusan tahun.. mungkin juga puluhan tahun.
Agaknya, bermacam-macam cerita telah disaksikannya, perlahan-lahan imej si pokok
ditinggalkan oleh bas yang bergerak laju.
“Ohhh.. itulah pokok baobab..”jawab Amy sambil tersenyum.
Sudah 6 tahun hidup di dunia, Halimi baru bertemu pokok yang sinonem dengan negara
Afrika. Manalah dia boleh berjumpa di Cape Town! Keluar rumahpun seminggu sekali.
Itupun hanya ke shopping mall yang dia sudah hafal kedudukan semua kedai. Namun itu
cukup memadai bagi budak lelaki sekecil itu. Janji keluar dari rumah kecil mereka, itu sudah
cukup mengembirakan hatinya.
“What! Bobobab!!..”kata si adik sambil mengeliat dan bangun dari pangkuan si ibu.
Dia cuba menarik perhatian.
Cemburulah tu! Melihat Amy hanya melayan si abang. Budak-budak, begitulah perangai.
Gelagat si anak-anak buat hati Amy yang runsing menjadi riang.
Dicampaknya kepiluan hati keluar bas.
Dizahirkannya dengan senyuman segaris.
“Boabablah adik..bukannya bobobab. Kan mummy? Bobobab itu apa pulak binatangnya?”
kata Halimi.
Amy masih mampu tersenyum bila melihat dua beradik meluahkan bicara.
Atau boleh dikira masing-masing tidak mahu kalah. Ataupun sengaja cari hal untuk
bertekak…Samalah tu!
“Bobobab..bobobab.. Yeah! Yeah! Bobobab”kata si Hakimi, tidak mahu menerima hakikat
yang si abang bercakap benar.
Buat Halimi menjelirkan lidahnya, menyakat si adik yang degil tidak mahu kalah. Di dalam
hati si abang menyatakan si adik berperangai seperti budak-budak.
Tanpa menyedari, perbuatannya menjelirkan lidah juga adalah sifat keanak-anakan.
Akhirnya si abang mengaku kalah, sudahlah tidak dapat bergumpal kerana berada di dalam
bas, baik terima sahaja apa yang dikatakan si adik “Bobobab..Bobobablah dik!!”.
Sifat abang yang sentiasa mengalah.
“Are we there yet mummy?”Tanya Hakimi, sudah jemu agaknya kerana berjam-jam
berkurung di dalam bas.
Budak-budak manalah dia tahan duduk diam, tanpa aktiviti lain.
Namapun budak-budak!
8
“Not yet, sayanggg.. lama lagi, mummy will let you know when we reach there, ok?”jawab si
ibu dengan senyuman.
Mengharap si anak puas hati dengan jawapannya. Sebenarnya, dia sendiri tidak dapat
menganggar berapa lama lagi. Maklumlah, ini adalah perjalanannya yang pertama ke
sana. Dan mungkin juga perjalanan Cape Town-Pretoria yang terakhir. Dia juga tidak mahu
si anak menaruh harapan, sekiranya dia memberitahu waktu yang tepat ketibaan mereka ke
destinasi. Dibuatnya, terlajak lama, mahu si anak-anak tidak mempercayai dirinya lagi.
“Dumm!!”bunyi dentuman yang kuat, membuat bas terhujung hayang, bagai ular kena palu.
Suasana rioh, tentu semua terkejut. Bunyi dentuman seperti bunyi mercun.
Siapa pula yang membakar mercun?
Bukannya Tahun Baru Cina yang rata-rata mercun dibakar di Malaysia.
Kini bukan di Malaysia, Cik Amy!
Sekarang berada di Afrika Selatan!
Dan yang pasti yang meletop itu bukannya mercun.
Tetapi apa ya?
Perlahan-lahan bas berhenti di gigi jalan.
Cepat-cepat Amy memeluk kedua-dua anaknya dekat ke dada.
Apa hal pula ni?
Apa yang berlaku?
Masalah teknikal pada baskah?
Atau bas mereka kena hijack oleh perompak jalanan. Cerita yang sering Amy dengar sejak
bermastautin di bumi ini. Ekonomi merudum jatuh, politik tidak stabil. Akibatnya jenayah
berleluasa, rakyat membuat apa sahaja demi untuk menerus kelangsungan hidup. Apa hendak
dikata, Amypun terasa bahangnya, dengan satu penambahan iaitu masalah rumahtangga.
Amy berdoa panjang. Doanya agar firasatnya itu tidak benar-benar berlaku. Dipejamkan
matanya rapat-rapat sambil berdoa. Doanya kuat mengatakan hanya masalah teknikal atau
masalah kecil yang berlaku kepada kenderaan itu.
Ya ALLAH selamatkan hambamu ni…
9
Masih kesah di dalam bas.
Aduhai riohnya, umpama berada di pasar borong. Suara hiruk pikuk di dalam bas
sehinggakan telinga sudah disumbat dengan berbagai bunyi, sehingga tidak tahu suara mana
yang perlu tembus ke gegendang. Akhirnya, corong telinga menadah sahaja menerima segala
nika bentuk bunyi yang lalu!
Yang Amy tahu, semua jenis suara boleh didengar bercampur-campur. Namun Amy masih
bersifat tenang, tidak mahu anak-anak panik. Sebenarnya diri Amy sendiri yang panik tetapi
budak-budak hanya sebagai alasan sahaja. Yang pasti Amy tidak mengerti apatah lagi
memahami. Semua suara yang didengar, hanya bahasa asing yang dia tidak faham sepatah
haram.
Mahu tidaknya, di Afrika Selatan ini mempunyai 11 dialeg yang sangat berbeza diantara satu
sama lain. Bukannya dialeg seperti Bahasa Malaysia dengan Bahasa Indonesia, sekurang-
kurangnya tidaklah banyak bezanya!
Daileg mereka terlalu berbeza antara satu sama lain, ibarat langit dengan bumi?
Bahasa Xhosa tidak sama dengan bahasa Zulu.
Bahasa Ndebele tidak sama dengan bahasa Swazi.
Bahasa Afrikaans (Bahasa campuran dari Bahasa German dan Belanda) lagilah tidak sama
langsung dengan bahasa Inggeris.
“Madam..” menerjah suara lelaki yang rasanya menerebos tajam ke corong telinga Amy.
Sahih! Panggilan “madam” ditujukan kepada dirinya.
Tersentak!
Amy menoleh ke arah suara, pandai-pandai aje dia perasan orang memanggilnya madam.
Amy nampak seorang lelaki kulit puteh berpakaian kemas yang menyapanya.
Apa pula halnya ni!
10
“We have a problem with our bus, the engine kaputtt..”katanya.
Tersengeh sahaja dia menyampaikan berita yang sepatutnya bukan berita yang
mengembirakan.
Satu attitude yang baik, menyampaikan berita yang kurang senang dengan air muka yang
tenang dan senyum.
Amy perasan dia berbahasa Inggeris. Tidak berbahasa Afrikaans yang sepatutnya dia
bercakap.
Mungkin dia mengetahui, dia harus berbahasa inggeris untuk memberitahu si perempuan
yang bertudung bersama dua orang budak lelaki. Agaknya, dia dapat meneka si perempuan
yang sedang berdiri di hadapannya bukan penduduk asal Afrika.
“Ohhh..I see, then what should we do?”tanya Amy, ingin tahu.
Orang sudah berbahasa, apa salahnya membalas dengan bersopan.
“First, everybody have to vacant the bus, while waiting for another bus from
Cullinan”katanya.
Amy lega, ada pertolongan rupanya.
“Hello boys.. you are going to Pretoria eh!”sambungnya lagi menyapa kedua-dua anak lelaki
Amy.
Halimi yang sedang dipimpin terus memeluk lengan Amy, takut agaknya apabila ditegur oleh
seorang yang tidak dikenali. Hakimi pula hanya tersenyum, apa lagi yang boleh dia lakukan
selain tersenyum. Dia hanya mengikut ke mana sahaja arah si ibu.
“Good day mem..”katanya lagi sambil mengangkat sedikit topi ala-ala topi seorang
juruterbang.
Jadilah, pemandu bas berpakaian seperti juruterbang..
Eh! Lupa pula, apa hebatnya juruterbang?
Bukankah mereka juga bertugas seperti pemandu?
Yakni, pemandu kapalterbang di udara, dan pemandu bas di daratan, tidak ada bezanya...tetap
Pemandu!
Amy hanya tersenyum bagi pihak kedua-dua anaknya yang masih takut-takut andai bertemu
dengan orang asing yang tidak mereka kenal. Amy lega, anak-anaknya mempunyai satu sifat
yang bagus kerana tidak mesra dengan stranger yang tidak kenal. Bahaya wahai anakku.
11
“Jom sayang, did you hear what that uncle ask us to do? We have to wait for another bus
from Cullinan, cause this bus cannot move any more..bas rosak. But first we have to vacant
this bus” jelas Amy kepada anak-anaknya, menggunakan bahasa rojak.
Budak-budak itu perlu pendedahan bahasa melayu, agar mereka faham bahasa ibunda.
Perlahan-lahan di luahkan bahasa melayu,
Ala… budak-budak cepat sahaja belajar, sel-sel otak berhubung. Dalam beberapa bulan
fasihlah nanti. Itu harapan Amy.
Amy menerangkan sebaik mungkin, agar mereka mengerti, mengapa mereka berhenti.
Amy memimpin kedua-dua anaknya berjalan di celah-celah insan yang juga sebok turun
untuk mengosongkan bas. Beg Amy hanya yang ada terselipang di badan dan sebungkus beg
plastik berisi makanan ringan dan air kotak yang dibekalkan untuk anak-anak yang
dijinjingnya.
Oh ya, dia juga perlu mengeluarkan 2 beg pakaian yang disimpan di ruang bagasi.
“Abang, tolong mummy jaga adik! Mummy nak collect beg kita ya? Stay put..” pinta Amy
sambil menghulur tangan Hakimi agar dapat dipimpin oleh si abang, sebaik sahaja mereka
berada di luar bas.
“Jangan pergi mana-mana?”ulang Amy, keras arahannya.
Tanpa jawapan, Halimi terus memimpin tangan Hakimi yang juga tidak membantah.
Perbuatan si anak-anak membuat Amy sungguh tersentuh. Dia rasa bertuah dikurniakan dua
insan yang menurut kata, Syukur Alhamdulillah.
Tetiba muncul sekilas wajah di ayah budak-budak itu di fikiran Amy.
Amy mengurut dada.
“Ya ALLAH semoga kedua-dua insan ini akan tetap berada di sampingku” doa Amy di
dalam hatinya.
Cepat-cepat Amy meninggalkan anak-anaknya untuk meneruskan tugasan yang sepatut dia
lakukan yaitu mengutip beg kepunyaannya di perut bas.
12
Amy melangkah pantas ke arah perut bas yang sudah ternganga, lalu membongkokkan badan
menjengok dan mencari bagasi kepunyaannya.
Amy mengerutkan matanya. Mata melilau mencari.
Ke mana pula sudah hilangnya beg-beg kepunyaannya?
Siapa pula yang berkenan, mahukan beg buruk itu?
Atau ada yang sudah tersalah ambil?
Atau sudah dikeluarkan?
Entah-entah sudah diletak ditepi jalan?
Berbagai andaian yang berlegar di dalam kepalanya.
Jenuh dia melilau mencari-cari, namun benda yang dicari tidak ditemui.
Relax cik Amy oi!!
Bila kalut-kalut begini, memang ada yang tidak perasan tersalah ambil kepunyaan orang.
Itu lumrah manusia yang selalu panik sehingga tidak dapat berfikir waras.
Jangan hilang! Hanya itulah sahaja pakaian dan sedikit barangan kenangan yang dia ada!
“Bismillahirrahmannirrahim…” hanya terdengar desiran angin yang keluar dari gigi dan bibir
Amy sewaktu mengucapkan kalimah keramat itu.
Sekali lagi ucapan kalimah “Bismillah” keluar dari bibirnya dengan penuh harapan.
Nafas dihela.
Kali ini Amy fokus satu persatu ke arah beg-beg yang masih tinggal dalam perut bas.
Satu persatu.. tanpa tertinggal satupun.
Kali ketiga ucapan “Bismillah..” membuat Amy lega.
Ya ALLAH..
Sekali lagi menghela nafas tanda dadanya lapang.
Beg kepunyaannya sudah berada di ceruk bas, rupanya.
13
Tentunya beralih apabila masing-masing menolak beg orang lain semata-mata mencari beg
kepunyaan mereka.
Satu lagi tabiat manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.
Nun jauh di sudut bas, rupanya beg itu sudah teralih.
Bila sudah berada di ceruk, bagaimana pula hendak mengeluarkannya?
Alamak!! Macammana hendak mengambilnya, dia kena merangkak ke dalamkah?
Amy sedang memikirkan cara untuk mengambil.
“Excuse me maam, Are those yours? Which one?”Tersentak Amy apabila ditegur.
Hilang ideanya.
Amy kenal perempuan itu, dialah salah seorang pelayan yang menjual air kotak dan makanan
ringan di dalam bas tadi. Nama aje naik bas, tetapi layanan seperti di dalam kapalterbang,
kelas ekonomi.
Perempuan bermini skirt pendek hitam dan blazer warna khaki, siap scaft ikatan ribbon di
kepala.
Servis bas Grey Hound ini memang first class.
Tanpa bertanya kali kedua, si perempuan cantik terus menjalankan tugasnya.
Saiz wanita mat salleh, aduh! dia membongkokkan badannya dan menarik keluar bagasi Amy.
Kemudian mencapai pula beberapa lagi beg lain yang ada. Dia tahu, pasti ada tuan beg yang
akan mengambilnya nanti.
Mulia hatinya.. memudahkan orang lain.
Amy tidak mampu memandang apabila si jelita sewaktu membongkok tadi, dia telah
mempamirkan tiga suku dari asset berharganya. Nasib baik penonton hanyalah Amy, jika
penonton lelaki, mahu rasanya sungguh gembira, dapat menonton filem percuma!
Itu tidak penting, yang penting bagasi Amy sudah di tangan. Hanya ucapan Thank you yang
pendek, mampu Amy hulurkan, dan Amy mendapat balasan senyuman dari si jelita.
Itu sudah cukup memadai untuk dia dengar.
Kuasa ayat Thank you..
Amy mengheret kedua-dua beg, menuju ke arah anak-anak yang berdiri tegak tidak berganjak
seperti yang Amy arahkan, menunggunya.
“Kimi penat? Kalau penat duduk kat beg ini..”kata Amy.
Tetapi gelengan yang Amy terima sebagai jawapan.
14
“Halimi?”Tanya si ibu lagi.
Juga gelengan.
“Kalau lapar atau dahaga, semua makanan ada dalam ni ah!”sambung Amy sambil dia
menggoyang-goyangkan beg plastik jarang, yang menampakkan apa sahaja yang ada di
dalamnya.
Kedua-duanya mengangguk serentak. Sudah seperti kembar pula lagak mereka. Mana
tidaknya, jarak mereka hanya setahun, memang tidak dapat dibezakan, yang mana satu adik
dan yang mana satu abang. Nasib baik selang setahun, seandainya anaknya lahir seorang awal
tahun, seorang hujung tahun.. hemmm.. lahir tahun yang sama tetapi lain hari, lain bulan. Itu
dikira apa?
Yang pasti bukan kembar.
Amy tersenyum, dalam kancah rumahtanga, boleh pula dia melahirkan dua zuriat.
Memang selalu menjadi bidalan.. pasangan yang selalu bertengkar adalah pasangan yang
mempunyai ramai anak.
Macammana pula jadi sedemikian?
Yang perlu kita ingat, anak itu rezeki yang ALLAH beri.
Amy dan anak-anak duduk di gigi jalan, mengikut penumpang lain yang juga berbuat
demikian. Bukan ada teduhanpun.
Berlindung di bawah lindungan awan nun jauh di atas kepala.
Entah di mana mereka berada sekarang, merekapun kurang pasti. Yang pasti, pekan yang
paling hampir ialah Cullinan, yakni setengah jam perjalanan. Nasib baik cuaca musim luruh
tahun ini amat indah sekali, tidak panas dan tidak dingin.
Kalaulah kehidupan Amy seindah cuaca di sini, alangkah baiknya.. tetapi memangpun
kehidupannya mengikut cuaca, tetapi cuaca di padang pasir, yang setengah tahun panas
berdenting. Pecahkan telur di atas pasirpun boleh dapat telur mata lembu goreng!
Setengah tahun lagi sepatutnya nyaman, tetapi bagi Amy, kehidupannya adalah seperti cuaca
padang pasir yang tidak ada musim dingin, yakni musim panas sepanjang masa.
15
Amy menjulingkan matanya, langit biru tanpa segaris awan. Cantik pemandangannnya,
walaupun di sekeliling hanya kelihatan semak seperti pokok aloe vera, tetapi pokok aloe vera
yang ada di sini besar dan tinggi. Siap dengan bunga berwarna merah pekat yang tegak
mencanak di celah kelopak.
Aloe vera ke!!
Geng keluarga Aloe veralah tu!
Entah Amypun tak pasti, main hentam aje. Nampak seperti Aloe Vera, dikatakan Aloe vera,
entah-entah pokok lain.. keluarga sejenis aloe vera.
“Our bus will arrive shortly from Cullinan”tertoleh lagi Amy ke arah suara yang sama.
Ahhh..Dia lagi!
Hilang segala tadinya ingin menjadi botanist pakar si aloe vera.
Si pemandu bas yang sama. Rajin sangat dia memberi info kepada Amy. Mungkin itu sudah
menjadi salah satu tugasannya, atau dia ingin membantu Amy yang dia perasan adalah orang
luar.
Entahlah..mungkin juga, Wallahualam.
“Thank you..”balas Amy.
Orang sudah berbudi, apa salahnya memberikan penghargaan.
Bukan luakpun.
“Our bus from Cullinan will arrive soon..”katanya perlahan.
Kata-kata ulangan bagi memastikan Amy tahu.
Amy hanya senyum. Bagus juga dia dimaklumkan berita terkini setiap masa, orang lain ada!!
“Cullinan..Cullinan..”berulang-ulang mengucapkan nama tempat terkenal itu beberapa kali.
Ohhh.. baru dia teringat, Cullinan adalah bandar perlombongan yang terkenal bukan sahaja di
benua Afrika, malah dunia kerana tempat ini mengeluarkan intan berlian yang mahal dan
berharga.
“Agaknya kerahan pelombong sama seperti di dalam cerita “Blood Diamond” itu.
Gheee ngeri.
Bisik suara hari Amy.
Laaa.. baru Amy teringat, kesah Cullinan yang asyik berligar di kepala.
Beberapa hari yang lalu, Amy ada terlihat sekali imbas, berita di televisyen, memberitahu
berlian 100 karat yang dikeluarkan dari perut bumi Cullinan sudah dijual dengan harga 22
juta. Mak oi!!! Mahalnya..
16
Siapalah agaknya yang sanggup memakai berlian sebenar itu, mahu saiznya sebesar kotak
mancis! Atau mungkin sebesar bola ping pong.
“Miss Amy! The bus..!!” tertoleh lagi kepala Amy apabila namanya dipanggil oleh lelaki si
pemandu.
Amy bagaikan sudah terbiasa dengan suara si lelaki afrikan itu.
Eh! Nanti!
Si lelaki menyebut namanya? Ya! Amy dengar dengan jelas tadi Namanya disebut si lelaki.,
Bagaimana namanya sampai diketahui oleh si pemandu?
Ini sudah kes teruk!
Mana panggilan “Madame”?
Ahhh… gasaklah, asalkan dia membantu , sebutlah beratus kali namanya.
Yang penting dia sampai selamat ke Pretoria dan bertemu dengan Encik Helmi.
Lepas itu boleh aje mengucapkan Selamat Tinggal Afrika Selatan.
Adakah semudah itu Amy?
Belum jejak Pretoria lagi ni pun sudah macam-macam hal terjadi.
Pandangan Amy silih berganti, bas yang bergerak perlahan menuju ke arah mereka dan wajah
si pemandu yang tersengeh menayangkan giginya…
Amy kerut dahinya.
Siapa sebenarnya si pemandu ini ah?
Agen upahan bekas suamikah?
Polis?
Pegawai Imigresen?
Hati Amy tertanya-tanya.
Menyebut nama-nama orang yang sedang Amy cuba elak dari bertemu.
Siapakah agaknya yang sudi memberikan jawapannya!
17
Masih teriyang-iyang di telinga, apabila teringatkan apa yang telah disebut oleh si pemandu.
“Master Azmi told me to make sure you and the boys arrived safely in Pretoria”.
Ah! Abang Azmi?
Patutlah dia tahu nama Amy dan sebok menjadi jurucakap juga penyampai maklumat!
Abang Azmi punya kerja rupanya!
Terlopong Amy dibuatnya, membuat Amy fana mendengar nama lelaki yang baik hati itu
disebut oleh si pemandu orang puteh, African itu. Terlupa hendak mengucapkan terima kasih,
membuat si pemandu kerut muka dan berlalu pergi, sambil menolak sedikit topi pemandu,
ala-ala topi pilot, membuatkan sedikit jambul terjulur di dahinya. Terkejut dengan reaksi
Amy yang sudah terpaku bagaikan patong manuquin.
Bukannya apa, Amy bagaikan terhutang budi setinggi gunung Kalimanjaro dengan abang
Azmi.
Cukup-cukuplah bang Azmi oi!
Takut nanti tidak terbalas, susah jadinya.
Tetiba Amy mengetuk perlahan kepalanya apabila dia sedar dari kekakuan akibat terkejut,
tidak sangka rupanya semua sudah dirancang.
Angkara abang Azmi, membuatkan urat kepalanya putus fius sesaat sehingga tidak dapat
berfikir dengan baik.
Kemudian Amy tersengeh..
Kata-kata di tangga bas sebelum mereka bergerak!!
Kata-kata itu tiba-tiba rewind sendiri di kepala otak Amy..
“Jaga diri dan anak-anak. Semua saya sudah atur dan pastikan awak selamat sampai.
Terserah kepada pihak Kedutaan nak arrange macammana. Apa-apa pun saya doakan yang
terbaik dan dipermudahkan oleh ALLAH..”
18
Cool Amy, coool
Abang Azmi memang lelaki yang baik, anggap sahaja budi baik dan jasanya tidak terbalas di
dunia ini, oleh itu ganjarannya lebih baik diterima di akhirat nanti.
Itu kata ustazah Amirah Aminuddin.
Tetapi hairan pula diri Amy, lelaki sebaik itu masih hidup sebatang kara di bumi asing ini.
Dengarnya dia sudah bermastautin di bumi Mandela ini lebih dari 30 tahun.Tidak adakah
perempuan-perempuan yang berkenan di hatinya?
Atau perempuan-perempuan di Cape Town ini sudah buta, tidak dapat mengenal mana lelaki
yang baik dan yang mana lelaki inverted coma?
Eh! Mengata orang? Apa yang berlaku pada diri sendiri, sudah tidak perasan!
Bukan setakat lelaki inverted coma, malah bernoknah!
Itulah suka mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
“Whats wrong mummy”tanya Halimi si anak.
Tertangkap sekali lagi apabila terlihat reaksi si ibu mengetuk kepalanya sendiri.
“Nothing.. baby, nothing”jawab Amy selamba.
Sekali lagi si anak kena temberang.
Si anak hanya angguk.
Namun sebenarnya persoalan masih belum terjawab sepenuhnya.
Masih terbuku di kepala otak si anak.
Muka Halimi masih mencerut, apalah mummy ni, betul ke tidak!
Yang sampai ketuk kepala sendiri tu kenapa?
Kata Nothing!
Biarkanlah, hal orang dewasa agaknya, bisik hati si Halimi.
Seperti zombies, ketiga-tiga beranak perlahan-lahan menaiki tangga bas dua tingkat itu.
Bagasi sudah diuruskan terlebih dahulu dan telah dihumban ke dalam perut bas ganti yang
baru tiba.
19
Alaaa, bukan lamapun lagi perjalanan, Cullinan ke Pretoria, rasanya tak sampaipun satu jam.
18 jam sudah berlalu boleh mereka tahan punggung sampai kematu, apalah sejam dua lagi.
Setahu Amy, Cullinan dan Pretoria di dalam satu daerah yang di panggil Gauteng. Umpama
Putrajaya di dalam kawasan Wilayah Persekutuanlah tu!
Mana tidaknya, Afrika Selatan ini terlalu besar. Rasanya dari utara sempadan Zimbabwe,
pekan bernama Beitbridge ke hujung Cape of Good Hope, mahu mengambil pemanduan 24
jam tanpa henti dengan kenderaan, bayangkanlah. Memandu lebuhraya yang dipanggil Route
N1.
Mak oi! Jauh tu..
Huh! Tanpa henti?
Mana ada orang bodoh yang sanggup memandu tanpa henti?
Tidak tidur, tidak makan dan tidak ke bilik air?
Robot boleh kut!
Kebiasaannya, gedebak bedebuk.. mahu habis 2 hari satu malam!
Pemandu perlu rehat, makan dan tidur.
Eh! Apa hal pula menyebok kesah jalan di sini?
Untuk pengetahuan Cik Amy sayang, tidak ada jawatan juruukur yang kosong buat awak di
bumi Afrika ini!
Ukur jalan di Cape Townpun tidak khatam!
Boleh pula Amy tersenyum sendirian apabila memikirkan kebodohan sendiri.
Ada kalanya, perlu berlagak bodoh, sekurang-kurangnya hilang sekejap apa yang
berkecamuk di kepala.
Hilang sesaat kerisauan di hati Amy.
Amy tersenyum melihat kelatah anak-anaknya yang duduk berteleku di kerusi bas memegang
birai cermin bas. Mereka tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan keindahan bumi
Afrika Selatan.
Manalah tahu, mereka tidak akan berpeluang lagi ke sini.
Wahai anak-anakku, jangan kamu berdua risau.
Kamu berdua pasti akan ke sini lagi, kerana di sini adalah tempat tumpah darahmu sayang…
Hanya mummy sahaja yang tidak mungkin ke sini lagi.
Tempat mummy bukan di sini, mummy hanya menumpang di negara ini.
Tempat mummy nun jauh di Malaya.
20
Banyak kesah sedih yang mummy perlu tinggalkan dan mummy tak mungkin mengutipnya
semula.
Mummy cadang mahu mencampakkan kesah-kesah duka itu jauh di gaung berapi Krakatau!
Hati kecil Amy menjawab kepada soalan yang direkanya sendiri..
21
Bas meluncur laju, debar di dada juga mengikut dengan nada putaran roda bas. Tiba-tiba
Amy terdengar irama Wheel on the bus, lagu kanak-kanak yang selalu dimainkan untuk
kedua anak-anaknya satu ketika dahulu. Sewaktu mereka masih bayi. Irama yang hanya dia
sahaja yang terdengar.
The Wheels on the bus go round and round
Round and round, round and round
The Wheels on the bus go round and round
All 'round the town
The wipers on the bus go swish, swish, swish
Swish, swish, swish, swish, swish, swish
The wipers on the bus go swish, swish, swish
All 'round the town
Belum sempat Amy mengulangi irama the wheel on the bus, tiba-tiba hatinya berkata-kata.
Tiba-tiba terhenti irama yang berdendang hanya di dalam kepala.
Hisyyy, risau juga hendak bertemu dengan pegawai Kedutaan tu, Encik Helmi.
Benarkah dia baik orangnya? Itu kata abang Azmi.
“Mungkin dia baik dengan abang Azmi dia sebab wakil persatuan, tapi dengan aku? Aku
bukan sesiapa di sini, menyusahkan dia lagi ada?” fikir Amy.
Kejap, kejap, kat mana pulak hendak menginap?
Jangan pula dia sewakan hotel yang mahal?
Yang harga murahpun Amy tidak mampu.
Mampus, tak terbayar nanti. Tiket bas pun belas ihsan kutipan abang Azmi dan juga derma
kilat dari orang-orang Malaysia di Cape Town.
Inikan pula hendak bayar kos penginapan?
22
Bukan untuk sehari dua, mahu berhari-hari! Silap-silap berminggu-minggu, entah-entah
berbulan!!
Aduh!
Encik Helmi, jangan pula kau letakkan kami anak beranak di bawah jambatan?
Tolong dan kasihanilah kami Encik Helmi? Rayu Amy di dalam hati.
Belum bertemu lagi dengan orang yang ditunggu, Amy sudah terbayang apa yang bakal dia
hadap.
“Ladies and Gentleman, we will be arriving Pretoria in a few minutes time. As you can see,
the Voortrekker Monument is on your left. The landmark of Pretoria.”kata si pelayan
perempuan yang jelita.
Bukan main gembira lagi menunjukkan warisan bangsa nenek moyangnya. Muzium yang
mengesahkan asal usul orang puteh mendarat dan seterusnya menguasai Afrika Selatan.
Muzium inilah yang menjadi kebanggaan orang kulit puteh yang tanpa mereka sedar telah
merampas tanah milik orang lain, dan menghalau penghuni yang berhak dari tanah mereka
sendiri.
Ibarat Belanda dapat tanah, kata orang!
Semua mata tertoleh ke arah bangunan tinggi empat segi tepat. Jauh di tengah-tengah hutan
simpan yang terjaga rapi. Kelihatan beberapa ekor impala dan springbok berlari-lari.
Binatang seperti kijang atau rusa yang memang banyak di Afrika. Binatang-binatang ini
sudah biasa dengan kenderaan yang lalu lalang. Sudah jadi penduduk tetap bandar Pretoria,
cuba tidak ada kertas hitam putih mengesahkan status penduduk tetap tersebut. Cuba
bayangkan binatang yang sepatutnya berada di dalam hutan belantara, kini membiak dan
berkeliaran di pinggir bandaraya !
Syabas .. dapat membiakkan binatang liar dari hutan, hidup bebas di pinggir bandar tanpa
menjejaskan habitat mereka.
Andai kata binatang itu berkeliaran di Malaysia, tanah air ku tercinta, kemungkinan sudah
hilang masuk dalam perut manusia yang tidak bertanggungjawab. Sudah selamat di buat
kari…
Zoo negara?
Amy geleng kepala. Sudah lama tidak menjengok tempat ini. Tetapi dari apa yang dia tahu,
kiri kanan, depan belakang adalah hutan konkrit. Manalah sama dengan Zoo yang ada di sini.
23
Binatang liar boleh di lihat tanpa pergi ke Zoo.
Berbalik kepada kesah Voortrakker Monument, di situlah bersemadinya sejarah bermulanya
penjajahan orang kulit putih di bumi Afrika.
Amy pernah membaca kesah itu, dulu-dulu, sewaktu masa bahagia, banyak masa untuk
membelek itu dan ini.
Si jelita lupa memberitahu bahawa tadinya Amy ada perasan satu pagar tembok tinggi warna
merah yang dipagari dengan dawai berduri, Amy rasa itu penjara. Lokasi yang cukup sesuai,
di penghujung daerah bandaran. Tidak sampai satu kilometer pun dari papan tanda yang
tertulis “Welcome to Pretoria…”. Penjara.. siapalah yang mahu tahu kedudukannya. Amy
lagilah, rasa kecut perut memikirkannya.
Tidak sampai lima minit perjalanan, segala pandangan semak dan hutan hilang dan diganti
dengan bangunan rumah kediaman yang cantik-cantik, Waterkloof Height namanya, lebih
kurang seperti Damansara Height.
Satu masa dahulu kawasan residensi mewah orang-orang kulit puteh. Tetapi kini sudah ramai
yang bukan berkulit puteh yang menghuni, sudah berbagai-bagai warna kulit, kerana tempat
ini menjadi pilihan expatriate, dari serata dunia, terutamanya orang yang bertugas di
Kedutaan asing, kerana Pretoria menempatkan semua diplomat asingnya beribu pejabat di
sini. Cantik-cantik reka bentuk rumah mereka dan taman yang dijaga rapi dan yang pasti
setiap rumah memiliki kolam renang.
Selang beberapa minit, pemandangan rumah-rumah banglow hilang, apabila bas melintasi
satu kawasan padang yang lapang dan dihiasi dengan kemeriahan bunga-bunga. Kemeriahan
sebaris bunga poppy merah sedang kembang mengelilingi padang yang terliang liuk cukup
menarik dipandang
“Ladies and gentleman, another landmark of Pretoria, Magnolia Dell. Small… but a lot of
activity happen here. Every Saturday, there will be a fleemarket. First week of every month,
there will be an antique fair, second week is only for crafts, third week you can buy beautiful
painting and the fourth week will be free for you to get your picnic basket out there with your
family..”kata si jelita lagi dengan sengeh.
Bangga sungguh dia dengan Pretoria.
24
“Wahai cik puan yang jelita, kau ingat semua orang hairan ke, itu semua? Terutama aku dan
anak-anak aku. Untung nasib sahaja ni sampai di sini. Itupun jika untung, jika tidak? Entah
jambatan mana yang bakal kami huni untuk tempat berteduh!
Nauzubillah, harap-harap itu tidak akan berlaku” bisik hati kecil Amy.
25
Bas tetap meluncur laju meninggalkan Magnolia Dell jauh di belakang. Si pemandu perlu
berhati-hati kerana sudah masuk ke dalam City Centre yang sedang sebok dengan kenderaan
bertali arus, masing-masing dengan hala tuju masing-masing. Sudahlah bangunan yang
tersergam di kiri dan kanan besar-besar gedabak! Seperti tidak ada ruang lebihan jalan
langsung. Tetapi disebabkan kecekapan si pemandu, semua itu bukan masalah. Yang
masalahnya bas perlu sampai ke destinasi mengikut jadual yang sudah jauh tersasar akibat
kerosakan.
Amy juga perasan, semua bangunan cantik memasang jerigi besi keseluruhannya. Sama
seperti yang dia lihat di Cape Town. Ibarat penjara di rumah sendiri.
“Please be seated, ladies and gentleman… You can see on your left is the Parliament House.”
Tetiba si jelita bersuara. Tersentak Amy dibuatnya.
Banyak tengkok yang tertoleh ke arah yang dimaksudkan. Amy juga tidak terkecuali
memandang keluar. Ada juga penumpang yang buat tidak tahu dan meneruskan apa yang
sedang mereka lakukan. Mungkin sudah jemu dengan information tersebut, atau mungkin
juga dia tinggal berhampiran tempat berkenaan.
Nun jauh di atas bukit kelihatan bangunan batu yang gagah. Ohhh.. itu bangunan parlimen
rupanya.
“Wait a minute, the Museum of Natural History, the one with the dinasor replica and right far
is the famous Melrose House.. A wonderfully well preserved Victorian-era villa with loads
of historical interest, in particular the peace treaty ending the Anglo-Boer war was signed
here, and the very table it was signed on is still here. Now.. ladies and gentleman…here we
are.. Welcome to Pretoria. Have a pleasant evening and hope to see you soon, thank
you”sambungnya lagi panjang lebar.. senyum sampai ke telinga.
26
Dia tersenyum kerana tugasannya hampir selesai sebenarnya. Selepas ini tidak perlu
membebel lagi, entah didengar atau tidak segala maklumat yang telah dia berikan!
Silap-silap ramai yang tidur keletihan. Bagi Amy usah dikesah, memang tidak masuk satu
apapun ke dalam kepala. Maklumlah kepala penuh berkecamuk dengan perkara-perkara yang
perlu dia selesaikan sendiri. Walaubagaimanapun ucapan terima kasih harus diberikan kepada
si jelita dan juga si pemandu yang baik hati.
“Mummy! That rose house is beautiful ah!”kata Hakimi.
“Yes, dear.. that Melrose house is beautiful..”jawab Amy kepada soalan si anak.
“Tahu tak, kat situ mereka sign perjanjian hentikan perang boer. Mereka perang sebab 2
daerah tak mahu orang British memerintah.. tapi akhirnya mereka ikut juga jadi
Commonwealth” jelas Amy.
Entah faham entahkan tidak si Hakimi yang hanya angguk.
Dia perlu tahu sejarah negara tumpah darahnya.
Kesah sejarah Hang Tuah.. nanti-nantilah Amy ceritakan kelak.
Asyik bercerita pasal kesah sejarah, tak sedar bas sudah memperlahankan pergerakannya,
tambahan pula sudah kelihatan banyak bas keluar dan masuk. Sudah sampai ke terminal bas
gamaknya. Amy perhatikan seperti terminal keretapi sahaja.
Bangunan lama yang dibuah suai menjadi stesen bas.
Orang Afrika Selatan memang suka menyimpan barangan lama agar generasi muda tetap
ingat peninggalan nenek moyang mereka.
Amy dan anak-anak turut berdiri, apabila melihat penumpang lain berbuat demikian.
Sedangkan bas belum lagi betul-betul berhenti.
Amy terlupa, bagi mereka memang tidak sabar untuk turun bertemu dengan orang yang
tersayang.
Amy pula macammana?
Turut gembirakah hendak bertemu dengan Encik Helmi?
Tiba-tiba Amy digasak dengan seribu satu perasaan yang tidak dapat dia tentukan.
Ada rasa gembira, rasa hiba, rasa gelisah, rasa takut dan ada rasa yang tidak dapat dia
jelaskan.
Perasaan yang caca marba.
Namun tangan yang sudah sejuk itu tetap memimpin kedua-dua anaknya menuruni perlahan
anak-anak tangga bas.
27
Satu..
Dua..
Tiga..
Empat..
Eh! Empat sahajakah anak tangga bas ini?
Bukan ada banyak ke?
Alamak! Seriau pulak rasanya, debar di dada makin bergendang kencang.
Namun Amy melindungi itu semua.. fikir positive
Demi anak-anaknya.
Perlahan-lahan dia ke perut bas, apa lagi jika tidak urusan mengutip bagasi.
Urusan beg lagi.. Hummm
Mudah sahaja dia berjumpa beg kepunyaannya kali ini.
Semua beg sudah dikeluarkan dari perut bas. Hanya perlu kutip oleh tuan-tuan yang
berkenaan.
Beg diheret bersama-sama anak-anak yang mengekor rapat dengannya.
Tiba-tiba bibir Amy mengucapkan surah al-insyirah berulang-ulang kali tanpa putus.
Spontan, bibirnya teringatkan surah keramat itu sekira hatinya berkata-kata.
Mata melilau mencari-cari orang yang tidak dia kenal. Mana tahu ada kelibat orang melayu.
Yang pasti melayu yang tidak memakai songkok atau berbaju melayu.
Berpusing-pusing bola matanya mencari-cari, namun tidak ada seorang insanpun yang boleh
dikategorikan sebagai orang melayu.
Jangan tersilap orang melayu?
Melayu cape pun kulit sawo matang tau?
Amy sudah lupakah?
“Madame Amy, Glad that you and the boys have safely arrive in Pretoria. I hope the guys
that Azmi arrange for you to meet will come soon. I have to leave back to Cape Town
tomorrow. What ever it is, good luck!” kata si pemandu orang puteh, sambil mengangkat
perlahan topinya dan meninggalkan Amy dan anak-anak yang hanya mampu tersenyum dan
memerhati si pemandu berjalan laju menuju pintu masuk ke pejabat untuk urusan perjalanan
bas esok.
Kali ini Amy hanya tersenyum tanpa sepatah perkataan.
Perkataan “Thank you” pun tidak terucap.
28
Kerisauan di hati membuatkan dirinya beku. Termasuk otaknya..
Lagipun Amy faham si pemandu perlu bertindak segera, kerana dia akan menguruskan
perjalanannya pulang semula ke Cape Town esok harinya.
Sudah tahu dah.. itu semua Abang Azmi yang merencanakan.
Terima kasih Bang.. bisik hati kecil Amy.
“Mummy.. I’m tired, mummyyyy”rengek si kecil yang manja, Hakimi.
Amy hanya mengesek lembut kepala si anak. Dia mengerti, anaknya bukannya penat, tetapi
lebih kepada manja. Di dalam bas tadi, bukan main lagi bertenaganya dia, tetapi kenapa tiba-
tiba sampai Pretoria terus penat?
Kenapa sayang?
“Wahai anakku sayang, mummy lagi penat tahu tak anakku. Penat memikir yang bukan-
bukan, sampai otak ini sudah tidak mampu memikir yang baik-baik. Namun demi kau berdua
anak-anakku, mummy kuatkan semangat” kata Amy di dalam hati sambil cuba melayan si
anak semesra yang boleh, melindung apa yang tersirat di dalam hatinya yang berkecamuk.
“Kimi nak ice-cream, jom mummy belikan..” tanya Amy memujuk.
Kedua-duanya mengangguk.
Dari pancaran mata, Amy dapat rasakan si anak sudah bertenaga. Amy mengheret si anak
bersama-sama dengan bagasi mereka menuju ke tempat duduk di satu penjuru Frozen Deli
yang hanya ice cream dan frozen yogurt.
Hakimi dan Halimi menekmati frozen yogurt. Amy tidak turut sama, cukup-cukuplah dirinya
yang sudah sejuk tahap beku.
“Puan Amirah!” tertoleh Amy kepada suara seorang perempuan yang memanggil namanya.
“Puan!”
“Eh! Encik Helmi ni apakah gendernya? Encik atau Cik Helmi? Perempuankah dia? Aku
tersilap dengarkah masa abang Azmi beritahu?”bisik di dalam hati Amy.
Banyak betul tanda soal yang bagaikan tanda question mark yang tertampal di baju Mr,
Riddles.
Hemm.. teringat Mr. Riddles pulak Amy oi! Batman mana? Batman?
Batman tidak ada yang ada Badman..
29
Masih sempat Amy menghiburkan dirinya sendiri yang sebenarnya kemunculan suara itu
menambah satu lagi persoalan yang sudah berlimpap-limpap memenuhi ruang kepalanya
yang berserabut.
30
“Dora.. saya Dora, isteri Helmi” tegur si perempuan yang menghulur tangannya tanda
perkenalan. Bersalaman.
“Gulp!” sebuku air liur Amy telan.
Sudah terjawab satu soalan.
Bukan Mr. Helmi yang datang menjemputnya, tetapi Mrs. Helmi.
Segera huluran tangan disambut.
Lega..
Menurut Mrs. Helmi, yang bernama Dora, dia diminta membantu menjemput Amy
memandangkan mereka akan terus dibawa ke rumah. Kerana tiada budget peruntukan untuk
menyewa hotel buat penginapan Amy, Encik Helmi suami isteri dengan murah hati
menawarkan rumah mereka sebagai penginapan Amy anak beranak.
Hendak Amy yang membuat pembayaran?
Jangan harap!
Tambang baspun belas ehsan dari orang.
Amy sedar dengan perkara ini. Dari itu dia dengan besar hati, gembira Encik Helmi
memberinya menumpang di rumah beliau.
Masyallah, mulianya hati pasangan ini.
Memandangkan yang dijemput adalah seorang perempuan, elok benarlah yang perempuan
yang datang menjemput. Kerana sudah petang, Encik Helmi menyarankan untuk membawa
Amy sekeluarga terus ke rumah sahaja. Urusan dokumentasi esok sahaja boleh diuruskan.
Bukan sempatpun hendak berbuat apa-apa. Buat penat sahaja datang ke pejabat Kedutaan!
Lagipun Encik Helmi dapat merasakan bahawa Amy dan budak-budak tentu penat, al-
maklum berjam-jam di dalam bas. Itu tidak termasuk penat menunggu kerana bas rosak.
Penat memikirkan yang bukan-bukan tidak pula Encik Helmi senaraikan.
31
Memangpun penat, mahu longgar rasanya skru lutut.
Tidak sampai sepuluh minit pemanduan oleh pemandu Kedutaan, mereka sudah sampai
destinasi.
Langkah demi langkah di atur menuju masuk ke sebuah banglow.
Wah.. cantik rumah kediaman Encik Helmi, maklumlan pegawai kedutaan. Perlu jaga imej
negara, jangan pula dikatakan negara Malaysia cikai, tengok!
Rumah pegawai kedutaannya buruk! Buat malu negara..
Mana slogan “Malaysia Boleh!”
Amboi Amy, bukan main lagi bersemangat!
Teringat pula dengan rumahnya di Bo-kaap yang dihuni sepanjang 7 tahun itu. Rumah ruang
yang kecil tetapi selesa. Terkenal dengan dinding yang berwarna warni. Tetapi lebih terkenal
kerana satu ketika dahulu di era apartheid, dikumpul penduduk muslim dan yang berbeza
kulit (coloured) di sini. Melayu Cape dikira coloured kerana berwarna sawo matang, tidak
berkulit putih seperti kulit orang eropah. Entah mengapa, mereka lupa bahawa PUTIH juga
adalah salah satu warna, kenapa tidak dikategorikan coloured?.
Lupakan kesah perbedaan kulit. Zaman itu sudah berlalu, kini sudah tidak ada lagi perbedaan
warna kulit di Afrika Selatan. Namun Malay Quarters yang dipanggil Bo-Kaap masih utuh
dan menjadi tarikan pelancung. Salah satu tempat yang menjadi kemestian untuk dikunjung
sesiapa yang bercuti ke Afrika Selatan, khususnya ke Cape Town.
Bagasi sudah dihantar masuk ke dalam rumah oleh si pemandu. Amy terharu apabila
menyedari dirinya dan anak-anak dilayan bagaikan VIP, terutama oleh pembantu rumah
Encik Helmi, gadis afrika bernama Eve. Sudahlah dijemput dengan kereta yang ada pemandu
khas. Yang menjemputnya pula adalah isteri Tuan Besar.
Segan tidak terkata.
Layakkah dia dan anak-anak dilayan sebegitu rupa..
Masyallah! Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.
Sejuk hati Amy apabila dilayan sedemikian. Hilang 20% kerisauannya.
Laagi 80% dia kena tunggu!
Apakah yang menanti?
32
“Jemput makan jangan malu, buat macam rumah sendiri” kata Encik Helmi menegur Amy.
Mungkin si tuan rumah perasan, Amy asyik menguis-nguis nasi yang tidak banyak manapun
di dalam pinggannya.
Amy mengangkat muka dan hanya mampu tersenyum.
Termalu juga, tertangkap tidak menumpu perhatian menekmati rezeki di depan mata.
“Ah ah! Amy, makanlah. Tak sedapke masakan saya?”tegur Dora.
“Sedap Eh! Saya aje yang tak ada selera. Untung Encik Helmi dapat isteri yang pandai
memasak” puji Amy, membuat Dora tersipu-sipu.
Mendapat pujian dari tetamu buat Dora malu. Encik Helmi turut tersenyum. Senyuman penuh
makna, turut gembira mendapat pujian bagi pihak si isteri atau memerli si isteri?
“Ala Amy. lauk mudah-mudah aje. Itupun nasib baik Eve ada tolong prepare? Saya masak
main campak-campak aje..”jawab Dora merendahkan diri.
Sedangkan di dalam hati kembang bukan main kena puji.
Main campak-campak sahajapun sudah enak, jika yang tidak campak-campak apa pula
rasanya?
“Boys!!”tegur pula Encik Helmi kepada kedua beradik.
“Is it too spicy?”tanyanya lagi apabila kedua-dua muka menala ke arahnya.
Hanya gelengan yang diterima.
“Okey, in that case, eat until your stomach full, aunty masak sedap tu!”katanya, bagaikan
berbicara dengan dinding, tidak mendapat jawapan, hanya mendapat reaksi.
“Sorry, Encik Helmi, budak-budak tu tak pandai Bahasa sangat, tapi dia faham” kata Amy.
“Tak apa, budak-budak, malam ni tidur di bilik abang Naufal ya? Abang Naufal hanya guna
bilik tu sekejap-sekejap bila datang sini bila cuti sekolah..”kata Encik Helmi lagi.
Cuba memulakan bicara agar kedua beradik itu bersuara dan rasa selesa. Ingin benar dia
mendengar suara emas kedua beradik itu, asyik si ibu sahaja yang menjadi jurucakap.
“Eve, is the room ready for the boys?” Tanya Dora dengan suara yang agak tinggi, agar Eve
yang berada di dapur dapat mendengarnya.
“Ready Memmm” jawab Eve, membuat Dora tersenyum.
33
“Amy tidur di bilik kecil tu, hendak tidur dengan budak-budak tupun boleh tapi berhimpitlah
sikit… “kata Dora lagi.
“Saya mana-manapun boleh Puan. Inipun bersyukur ada bumbung untuk berlindung. Terima
kasih Encik Helmi sekeluarga menerima kami yang tak ada apa-apa ni..”jawab Amy jujur.
Dia sungguh lega, tangkapan yang dia dan anak-anak akan bermalam di bawah jambatan
sudah boleh dibuang jauh-jauh ke dalam tasik Mangnolia Dell yang dia lalu siang tadi.
“Sudahlah tu! Amy dan budak-budak tentu penat? Pergilah rehat. Biarkan benda-benda tu di
situ, Eve akan uruskan”kata Dora sebaik sahaja melihat Amy mengumpul pinggan yang
sudah digunakan.
Namun teguran tidak dihiraukan oleh Amy. Pinggan-pinggan itu terus dihantar ke sinki.
Bukan dia mahu membasuhnyapun, hanya sekadar meletakkan ke dalam sinki.
Sudahlah makanan disediakan, sekadar mengumpul pinggan itu hanya perkara kecil. Amy
sedar dia dan anak-anak bukan tetamu kehormat yang perlu ditatang. Dia hanya seorang
perempuan yang menumpang berteduh dan ihsan orang.
“Sudahlah tu Amy!” laung Dora mengajak Amy dan budak-budak terus berehat di bilik yang
telah disediakan buat mereka.
Cepat-cepat Amy menonong mengikut puan Dora dari belakang bersama-sama anak-anaknya.
Penat memang penat, sepanjang hari duduk di dalam bas, penat tau!
Rasa mahu kematu lutut kerana kurang pergerakan. Jangan ingatkan duduk sepanjang hari itu
tidak letih.
Sebenarnya, jika dapat bantal ni, tentu pengsan!
Tetapi watak bantal belum muncul lagi..
Kena hormat si tuan rumah.
Dia masih mahu sessi ramah mesra, suai kenal.
Amy layankan aje..
34
“Amy! Amy! Kenapa?” terdengar suara Dora dari luar bilik yang dihuni Amy.
Tangan kanannya laju mengetuk pintu bilik.
Kenapa pulak tersengar orang menangis?
Risau pula si tuan rumah, malam-malam tetamunya bersedih..
Sejurus kemudian, pintu terkuak.
Dora tercegat di depan pintu, di tangan kirinya ada satu lipatan baju.
Memang Dora bertujuan ke bilik Amy untuk memberinya sehelai kaftan untuk Amy jadikan
pakaian tidur, agar Amy lebih selesa.
Dora nampak Amy yang sedang mengelap muka yang sudah dipenuhi air mata.
Mata dan hidung sudah memerah.
Secara spontan Dora mendakap Amy. Dia simpati. Dia tahu kedukaan yang sedang Amy
alami. Tetamunya ini perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dipendam sekian lama.
Sudah parah…
“Nangislah Amy, nangis puas-puas. Ara dah tahu cerita Amy, abang dah cerita serba sedikit
kesah Amy. Amy kena kuat semangat, demi budak-budak berdua tuh!”kata isteri si tuan
rumah.
Dora dapat rasakan Amy memeluk erat tubuhnya. Agaknya isyarat yang mahu Amy beritahu,
dia rasa lega ada orang yang mengerti apa yang dia alami. Setidak-tidaknya dia tidak
memendamnya sendirian. Kini Amy ada bahu seseorang untuk dia bersandar.
Walaupun baru beberapa jam bertemu, namun Amy yakin si perempuan mampu
membantunya.
Perlahan-lahan Dora menolak tubuh Amy agar dia dapat melihat wajah Amy.
Dari leretan mata Dora, dia nampak ada kesan-kesan lebam di lengan Amy yang kini sudah
terdedah, kerana Amy hanya menyarung kemeja T tanpa lengan.
35
Banyak.
Ada kesan lama, ada juga yang masih memerah.
Nampak seperti dia menahan sesuatu benda yang keras.
Namun Dora perlu berpura-pura tidak nampak. Dia tahu Amy tentu tidak suka jika dia
memerhati kesan-kesan itu.
“Kenapa Amy menangis malam-malam ni. Cuba cerita…?”Tanya Dora, ingin tahu cerita dari
mulut empunya badan.
Takut pula cerita dari suami, mungkin sudah ditambah rencah untuk menyedapkan cerita.
“Bekas ibu mertua baru call, pujuk Amy dan budak-budak balik semula ke sana. Amy tak
mahu, lepas tu Mosa call pulak marah-marah, tuduh Amy macam-macam. Kata Amy hendak
pisahkan dia dengan anak-anaknya. Mana ada? Tuduh Amy culik anak dia dan hendak bawa
lari. Dia kata nak kurung Amy jika dia jumpa Amy. Dia betul-betul marah! Amy takut puan..
Takuttt… Dia yang sudah buang budak-budak tu! Dia yang setuju beri hak penjagaan kepada
saya. Dia dah lupa…Amy memang dia sudah lama campak jauh, itu Amy tak hairan. Yang
mahu rebut budak-budak tu, kenapa! Masa dulu tak pernah kesahpun?”kata Amy sambil
teresak-esak dan berbicarapun tersekat-sekat, namun jelas. Dora dapat memahami kesahnya.
“Puan tahu tak, budak-budak tu je yang tinggal untuk saya teruskan langkah ke hadapan.
Tapi…” kata-kata Amy terhenti dengan perkataan “tapi”.
Dora hanya diam..
“Saya tahu saya akan kehilangan budak-budak tu. Mereka orang sini, bapanya mampu buat
apa saja untuk dapatkan mereka semula bila dia tahu saya mahu pulang ke Malaysia.. Amy
apa ada? Sudahlah pendatang haram tanpa dokumen, tidak ada pendapatan tetap sara hidup,
Hendak sara diri sendiripun tak mampu. Puan tolong saya!!” sambung Amy dengan nada
merayu.
Dora jatuh belas…
Air mata Amy sudah bergenang semula, membuat Dora merapatkan semula tubuhnya untuk
Amy rasa kehangatan tubuhnya.
Dora mengurut belakang Amy berulang-ulang.
Apa salahnya, andaikata itu boleh sedikit sebanyak menenangkan fikirannya yang
berkecamuk.
“Sabar Amy. Sabar. Hidup berumahtangga ni memang macam nilah!. Bukannya kesah cinta
dalam novel, happily ever after. Bukan juga macam drama, gaduh kemudian berbaik dan
36
kesudahan happy memanjang. Ini reality Amy, reality! Cerita karton Shrek tu betul, kesah
yang ever after tu yang sebenarnya paling mencabar..” kata Dora.
Entah disampuk oleh apa pula si Dora dalam kepalanya, tiba-tiba teringatkan cerita Shrek
untuk menasihatkan orang yang dalam dilema.
Tak kesahlah Dora, Shrek pun Shreklah, janji nasihat yang hendak disampaikan itu tepat buat
si Amy. Memangpun Amy perlukan kata-kata semangat dan nasihat yang mampu
menenangkan dirinya. Setidak-tidaknya, gambaran si Shrek sedikit sebanyak dapat membuat
membuat Amy tersenyum.
Segarispun jadilah!
“Cuba Amy perhati, cerita romance cinta yang berakhir dengan perkahwinan dan kebahagian,
happily ever after konon!. Cerita selepas kahwin tidak pula diberitahu, yang sebetulnya happy
sahaja, yang ever after belum tentu lagi. Kebahagian setahun, dua tahun…lepas tu kita tak
tahu!”sambung Dora lagi, berbicara bagaikan kaunselor perkahwinan.
Berbicara bagaikan dia pula yang ada masalah rumahtangga, ye ke?
Tadi dilihat mereka mesra sahaja suami isteri.
Ahhh.. jangan kipoci puan Amy!
Jaga tepi kain sendiri.. kain koyak orang lain jangan diambil kira.
“Apa keputusan Amy?” tanya Dora lagi.
Kini hanya Dora yang bersuara. Dia tahu, buat masa ini Amy tidak mampu hendak bersuara.
Mungkin fikirannya kacau dan tidak tenang.
Apakah pujukan si ibu mertua itu benar-benar ikhlas?
Sedangkan Amy tahu, dia bukan menantu pilihan.
Malah kini sudah menjadi bekas menantu!
Mereka takut kehilangan cucu-cucu mereka gamaknya.
Baru perasan budak-budak itu ibarat penyambung generasi keluarga mereka.
Sungguh tidak patut, si ibu mereka mahu campak ke tepi, tetapi si cucu mereka mahu
kembali.
Lagi menyedihkan apabila mendapat maki hamun dari bekas suami, tak usah dikira, Amy
sudah masak dengan perangai dia. Cuma Amy rasa terkilan, adakah ini hadiah
pengorbanannya selama ini!!
Dulu sewaktu remaja selalu sahaja dia membaca kesah keberantakan rumahtanga dari coretan
akbar “Dicelah-celah kehidupan”. Ingatkan kesah yang dipaparkan hanya rekaan. Macam
37
lakunan untuk menyedapkan cerita. Kini baru Amy ketahui rupanya memang ada perkara-
perkara diluar jangka yang tidak masuk di akal bila bab-bab rumahtanga yang memang
mencari waktu untuk punah. Sudah terkena batang hidung sendiri baru sedar. Ingin rasanya
dia pula yang mencurahkan pengalaman hidupnya. Tetapi… ada lagikah ruang itu di akhbar?
Bukankah kini semua sudah dunia cyber.. semua di atas talian, sehinggakan banyak syarikat
surat khabar gulung tikar. Melayang terus ura-ura untuk berkongsi kesah hidupnya..
“Amy.. hey Amy” terkejut Amy apabila namanya dipanggil berulang-ulang.
“Amy banyakkan berzikir, zikir tu makanan jiwa. Jiwa yang perlukan ketenangan. Arapun
kalau abang Mi lain macam, Ara zikir aje..”kata Dora lagi.
Selepas menjadi kaunselor perkahwinan, beralih kepada berwatak ustazah pula.
“Satu lagi, Ara nak tanya, apa keputusan Amy? Nak balik semula ke Cape Town ke?”soal
Dora lagi.
Eh..eh.. Dora sudah melangkah ke tahap yang tidak sepatutnya wey!!
Bukankah itu peribadi? Seperti membuang undi untuk pilihanraya.
Bukankah itu rahsia?
Serupa jugalah dengan pilihan Amy?
Apa yang dipilih adalah rahsia..
Ouch.. Puan Doralia Mustafa.
“Kalau Aralah, ini kalau Aralah, Ara teruskan aje niat nak balik Malaysia. Amy…, keluarga
Amy sudah tak sabar-sabar tunggu Amy dan budak-budak kat sana, tau..? “berkata lagi si
Dora.
Si Suami menyuruh dia menenangkan si tetamu, bukannya menjadi ustazah atau kaunselor
tidak bertauliah!
Tidak juga menjadi peguambela.
Siap beri cadangan lagi!
Hisy apalah kau ni Dora.
38
“Amy..Amy..”Amy teragak-agak hendak menjawab soalan yang dia sendiri tidak ada
jawapan.
Di Cape Town, ada memori yang tidak seindah mana, namun ada secebis hati yang
ditinggalkan. Tidak semestinya ditinggalkan kepada bekas suami mahupun mertua, tetapi
saudara mara, teman-teman, suasana sekeliling dan pengalaman hidup merantau.
Atau mungkin juga kepada seseorang???
Di Malaysia, memang tidak dapat disangkal, lebih dari separuh hatinya telah melekat di sana.
Cuma ada perasan segan, malu dengan tindakan luar jangkaannya yang telah dia lakukan di
waktu muda-muda dahulu membuat dia rasa tidak sanggup memijak kembali di bumi bertuah
itu. Namun dia cuba perlahan-lahan bertatih untuk kembali ke sana kerana sudah tidak ada
tempat lain lagi yang dia boleh tuju.
“Tuk..Tuk..Tuk..” terdengar pintu biliknya diketuk orang.
Amy lega, terselamat oleh ketukan pintu. Siapakah gerangan, ucapan terima kasih ingin Amy
ucapkan. Amy tidak perlu lagi memikirkan apakah jawapan yang terbaik yang boleh
diberikan kepada isteri si tuan rumah, gangguan ketukan pintu telah merobah segalanya.
39
Sebaik sahaja pintu terkuak, Hakimi dan Halimi menerpa ke dakapan Amy.
Cepat-cepat Amy mendakap kedua-dua budak lelaki itu.
Encik Helmi hanya berdiri di luar bilik.
“Kenapa sayang” cepat-cepat Amy menyapu air mata yang masih berbekas di pipi.
Dia tidak mahu dilihat sedemikian oleh kedua anak-anaknya. Dia mahu mereka melihat dia
gembira senantiasa bukan berduka. Lantas Amy mencium kepala kedua-dua anak-anaknya
yang sudah duduk di celah ketiak, kiri dan kanan. Rindu yang teramat gamaknya.
Belumpun satu malam berakhir, mereka sudah tidak boleh berpisah. Maklumlah mereka
berada di rumah orang yang bukan keluarga, mahupun kawan. Hanya kenalan yang
dikenalkan atas kawan!
Susah hendak diklasifikasikan hubungan apa yang sepatutnya diberikan kepada pasangan
baik hati ini. Sanggup membantu orang yang tidak ada pertalian darah langsung, melainkan
saudara seislam. Malah baru bertemu sudah mesra. Amy rasa tidak janggal mencurahkan apa
yang terbuku di hati.
Begitu sekali relanya Amy.
Tersenyum sahaja Encik Helmi apabila melihat gelagat ibu dua beranak itu. Hanya si isteri
dilihatnya terkulat-kulat seperti tidak puas hati.
Mahu tidaknya, soalan yang diajukan tergantung-gantung.
Aaaahh.. lantaklah!
Bukan pentingpun untuk meraih jawapannya.
Ada jawapanpun boleh, tak ada jawapanpun boleh.
“Amy.. saya hadiahkan ini. Ada saya bawa lebih dari Malaysia untuk pameran batik tahun
lepas.. pakailah. Selesa sikit..” kata Dora apabila Amy yang mengambil pemberian itu.
40
“Doraaa!” panggil Helmi dengan atonasi yang manja ke arah si isteri yang tahu dia perlu
mengangkat punggung, meninggalkan mereka tiga beranak.
Perlahan-lahan daun pintu tertutup rapat.
Biarkanlah mereka!
Berikan mereka ruang untuk bernafas, doa Helmi agar ruang bilik yang sempit itu dapat
memberikan udara secukupnya buat mereka, terutama buat Amy.
Mengetahui esok yang bakal menjelang bakal menjadi 25 jam, bukan 24 jam lagi.
Dari luar pintu bilik hanya terdengar suara seperti orang berbisik.
Entah apa agaknya yang diceritakan, bisik hati si tuan rumah.
Hanya mereka tiga beranak yang tahu.
Amy mengetatkan rangkulan kedua-dua budak lelaki kesayangannya.
“Mummyyy… I miss you.” kata si anak bungsu, Hakimi.
Lalu ditarik rapat kepala si anak lekat ke dada.
“Mummy miss you both, too. Sayang. Love you soooo much!” kata Amy.
Keduanya menghela nafas yang lega.
Sungguh indah bunyi helaan nafas si anak.
Pengakuan yang jujur dari seorang budak lelaki, budak tidak pandai bercakap bohong.
Apa yang tersirat, itulah yang terluah!
Amy juga tidak berbohong, memang sesungguhnya merekalah udara bagi Amy bernafas.
“Let’s sleep sayang. Remember, tomorrow we have to be at uncle Helmi’s office. So, be
prepared, we have to get ready early. Earlier than him..okey, Hakimi, Halimi boleh tak?”
tanya si ibu.
Kedua-dua budak lelaki itu mendongak, menerima sahaja arahan si ibu.
Ya, mereka faham dan akan menurut seperti yang ibunya kehendaki.
Kenapa dan apa tujuan ke pejabat Kedutaan, tidak mereka ketahui. Yang penting mereka
masih bersama.
Waimahnya ke lautan apipun tidak mengapa, asalkan mereka tidak terpisah. Yang lain tidak
perlu mereka fikirkan.
41
Tangan Amy tidak jemu membelai kedua-dua anak lelakinya.
Tidak perlu lama menunggu untuk si budak lelaki terlena.
Belaian tangan Amy bagaikan ada kuasa membuat mereka terus terlena.
Esok yang ditunggunya dengan penuh debar.
Adakah semua yang dirancang akan berjalan dengan baik?
Adakah mereka akan tetap bersama?
Bagi anak-anaknya, itu tidak menjadi masalah kerana mereka adalah rakyat Afrika Selatan.
Masalah mereka kecil sahaja, yakni apabila sampai di Malaysia nanti, mereka terpaksa
membuat visa selepas 3 bulan bermastautin, kerana bagi semua rakyat negara komanwel,
kemasukan ke Malaysia selama 3 bulan tanpa visa.
Yang jadi masalah adalah dirinya.
Masalah besar!
Dia sudah menjadi pendatang tanpa izin di negara ini.
Pasport Malaysia sudah bertahun luput tarikh.
Jika diikutkan, setiap orang yang menyalahi undang-undang extradasi, perlu di penjara
sebelum dihantar pulang.
Adakah dia akan dipenjarakan sebelum dihantar pulang ke negara asal, Malaysia?
Ngeri dan kecut perut Amy memikirkan.
Mampukah dia berpisah dengan kedua-dua insan yang di dalam pelukannya ini?
Sedangkan berpisah tidak sampai satu malampun sudah cukup seksa terasa rindunya, inikan
pula berhari-hari.
Mungkin juga berbulan, silap-silap bertahun!
Segala-galanya akan diketahuinya pada keesokkan harinya.
Amy hanya mampu berserah dan pasrah.
Mengharap, nasib Sabut bukannya Batu.
Sekurang-kurangnya sabut akan timbul dan akan hanyut mengikut arus, di situlah ketentuan
nasibnya. Memang Amy tidak mengharap langsung nasib batu, yang sudah pastinya
tenggelam lalu hilang dari pandangan!
Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk
orang-orang yang zalimi”.
42
Berulang-ulang, entah yang keberapa ratus kali doa ini terucap dibibir.
Akhirnya terlentuk, tertidur dalam posisi duduk di bilik yang sempit, tetapi cukup selesa buat
Amy kerana yang orang tersayang menghangatkan malamnya…
43
Dora mengulis kedua belah tangannya, seperti ragu-ragu untuk menyampaikan apa yang
sudah dia lihat kepada suaminya. Takut pula itu hanya bekas kesan gigitan serangga yang di
garu oleh Amy, bukan bekas penderaan. Manalah tahu, banyak serangga di Cape Town.
Terutama di Bo-Kaap Malay Quarters tu..
Tapi.. tapi..Dora berat menyatakan itu adalah kesan penderaan.
Baik aje dia sampaikan.
Si suami perlu tahu..
Macammana dan ayat apa yang perlu dia mulakan?
Dora mendekatkan dirinya kepada Encik suami.
“Bang.. saya, saya hemmm…”kata Dora memulakan bicara
“Apenya Sayang..” tanya Helmi yang baru selesai bersolat isyak.
“Tadi.. Ara.. Ara nampak banyak kesan lebam di tangan dan lengan Amy..”katanya
“Siang tak nampak sebab dia pakai lengan panjang.. tadi dia pakai kemeja T je..” kata Dora
lagi.
Laju sahaja ayatnya. Agar segalanya yang tertahan terus keluar, tanpa ditangguh.
Helmi terpegun sejenak.
“Abang dah agak dah.. Azmi ada mention pada abang. Si Amy tu bertahan je apa yang di
buat oleh suami dia .. demi anak-anak katanya..”jawab Helmi
Dia sudah tahu rupanya.
Buat penat je Dora beragak-agak mahu memberitahu tadi..
Lega rasa Dora, sekurang-kurangnya si suami sudah tahu lebih dulu situasi Amy.
Kasihan betul Dora dengan nasib si tetamu.
Mentang-mentang si Amy tidak ada saudara mara dan keluarga pula jauh, ditambah dengan
Amy sendiri yang datang menyerah diri dengan rela hati mengikutnya pulang ke Cape Town,
44
betul-betul di pekasamnya jiwa dan raga. Nasib baik Amy cepat sedar, jika lama bertahan,
mahu mental. Mahu jadi sewel!
Dora geleng kepala.
“Apalah nasib kau Amy.. jika dari awal tak betul, kesudahannyapun tak betul..”bisik Dora
sampai berastagfar panjang.
“Dah apa tunggu lagi tu, sayang.. “tegur Helmi sambil bergenjak ke tengah katil untuk
memberi laluan si isteri yang masih terfikir-fikir nasib malang si tetamu.
“Abang..” bersuara lagi si Dora
“Sayang.. tidur je. Esok kita sambung ya..” jawab Helmi yang sudah melelapkan mata, belum
sempat si isteri menyambung ayat.
Terhenti Dora untuk bertanya, biarkan soalan itu untuk esok sahaja.
Dora akur…
Esok yang ditunggu muncul jua akhirnya. Pagi yang cukup indah, namun bukan buat Amy.
Rasa di dada bercampur baur. Di kepala sudah bertimpap persoalan yang menunggu jawapan,
sehingga tidak ada ruang lagi bagi persoalan lain untuk menjengah. Namun Amy berlagak
bagaikan tidak ada apa-apa yang berselirat di kepala.
Bolehkah dia berlakon demikian?
Raut wajah boleh mencerminkan apa yang berselirat di kepala.
Ya, Amy tahu tu.. tambahan dia bukan pelakon hebat.. memang nampakpun kegelisahannya.
Sengehlah sampai ke telinga, namun kedukaan masih tertulis di raut wajah.
“Eh! Dah siap dah.. mari makan sarapan. Nanti lapar. Kat sini susah nak cari makanan halal
macam di Cape Town. Ha! Isi perut kenyang-kenyang sebelum ke sana. Lagipun Sulayman
belum sampai lagi..”teguran isteri tuan rumah, membuat Amy senyum.
Apa lagi yang boleh dia lakukan, selain dari senyum.
45
Amy hanya tunduk apabila duduk semeja bersarapan dengan Dora. Dia kuatir berbangkit
kesah malam semalam. Terutama apabila Amy tahu Dora perasan bekas-bekas lebam di
lengannya.
Malas Amy mahu mengingatkan apa yang telah dilakukan oleh Mosa, seminggu sebelum dia
nekat lari selepas di ceraikan. Andai kata dia tunggu lagi, entah apa yang akan berlaku
kepada dirinya. Mahu mati dikerjakan oleh si suami.
Yang kini sudah menjadi bekas suami…
Mosa asyik naik angin setiap kali Amy mengajukan soalan minta cerai. Yang Amy dapat
sebagai jawapan adalah tamparan ke muka. Namun malam itu Amy sudah tidak mampu lagi
menerima tamparan itu lalu menghalangnya dengan tangan. Hentakan tangan seorang lelaki
yang memukulnya bertalu-talu, sakit.. namun Amy sudah lali. Kerana sakit yang di hati lagi
tenat, mengaburkan sakit yang berbekas di lengannya.
Entah apa lagi yang dia mahu, menjeruk hati Amy. Dia kini sudah memberikan sepenuh
hatinya kepada perempuan yang sebangsa malah di sukai mertua. Perempuan bekerjaya
malah dari keluarga yang berharta.
Ya.. dulu memang Amy yang memegang hatinya.. tapi kini tidak lagi.
Siapalah Amy.. hanya seorang perempuan yang sudah dibuang keluarga. Dari itu Mosa
dengan berani membuat apa sahaja yang dia suka. Kerana dia tahu Amy tidak akan ke mana-
mana.
Yang lepas biarkanlah berlalu.
Laungan suara tuan rumah membuat Amy sedar dia tidak perlu lagi mengingatkan perkara
yang sudah berlalu. Dia perlu maju ke depan, tanpa menoleh.
“Eve! Buka gate, Sulayman tu……” arah Dora kepada pembantu rumahnya apabila dia
terdengar intercom berbunyi.
“Boys dah ready? Uncle Sulayman ada di luar. Amy, good luck.. “ucapan Dora sebaik sahaja
menghantar Amy dan anak-anak ke buka pintu.
Memonong sahaja Amy dan anak-anaknya meninggalkan si Dora yang melambaikan tangan.
Maaf puan.. hati risau tidak terkira, gedebak gedebok jantung berirama di dada, bisik hati
Amy.
Ya.. Dora faham dan mengerti..
46
Perjalanan yang tidak sampai 10 minit. Dekat rupanya kediaman Encik Helmi ke pejabatnya.
Perlahan lahan Amy dan budak-budak keluar dari kereta.
Amy melangkah perlahan, menyusur jalan menuju pintu masuk ke pejabat Encik Helmi. Mata
melilau, terpegun dengan keindahan seni bina bangunan yang bakal dia berada di dalamnya.
Wahhh!! Gah dan cantik rupanya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria ini ya!
Bukan kedutaan, tetapi Suruhanjaya Tinggi kerana semua semua negara tinggalan jajahan
British dipanggil Suruhanjaya Tinggi, namun tidak salah juga dipanggil Kedutaan.
Itulah pasal! Tujuh tahun terperuk di Cape Town, sampai tak ada masa langsung hendak
menjengok tempat ini, tempat yang sepatutnya semua rakyat Malaysia yang merantau jengok
selalu. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa berita dari tanah air, boleh disalurkan.
Ini tidak?
Masing-masing buat hal sendiri. Bila sudah tersepit dan memerlukan bantuan barulah
terhegeh-hegeh meminta simpati. Rungut Amy sendirian, memarahi dirinya sendiri akan
kecuaian yang telah dia lakukan tanpa dia sedar.
Kedua-dua belah tangan masih memimpin kejap jari anak-anaknya.
“Mummy! Ini rumah siapa? Besarnya, Cantiklah!” kata Kimi.
Amy hanya tersenyum.
“Bukan rumah sayang, ini ofis uncle Helmi, tempat kerja uncle Helmi” sambung Amy agar
dapat menjawab soalan si anak, supaya tidak lagi ada soalan.
“Apalah adik ni, ofislah! Ooofiisss..” kata si abang pula, membuat si adik yang tidak puas
hati diperlekehkan ingin menerkam si abang.
“Dah.. dah.. tu..abangpun, adik tak tahu. Janganlah usik dia!” kata Amy sambil mengeleng-
gelengkan kepala.
Ala.. boys.. will always be boys..
“Mem.. Mr. Helmi’s room is that way..”tunjuk Sulayman, si pemandu yang mengambil Amy
dari rumah Encik Helmi setelah dimaklumkan oleh Dora. Pemandu yang sama juga
menjemput Amy dan anak semalam. Si pemandu kulit hitam yang berkopiah. Sudah sekian
lama memeluk Islam di bumi yang rata-rata berugama Kristian.
Amy hanya angguk, tanda mengerti.
47
“Boys, come here, you stay will uncle huh!” pujuk Sulayman.
“Go sayang, go to uncle .. mummy ada hal sikit dengan uncle Helmi!” terhenti bicara Amy
kerana tidak mengetahui nama si pemandu.
“Sulayman..” jawab si pemandu, perlahan.
“Ohh… sorry. Go to uncle Sulayman, mummy promise mummy will not be long..”janji Amy
sambil menolak perlahan kedua-dua anak-anaknya ke arah si lelaki berkulit hitam yang
sentiasa tersenyum.
Tersusun rapat giginya yang puteh, melawan dengan warna kulitnya yang hitam legam.
Amy turut setuju dengan cadangan spontan si pemandu itu. Ya tak ya jugak, biar dia dan
Encik Helmi sahaja yang berbincang di dalam bilik. Anak-anaknya biar sahaja membaca di
bilik perpustakaan Kedutaan. Manalah tahu, banyak majalah yang sesuai buat bacaan anak-
anaknya, daripada budak-budak itu bosan tidak membuat apa-apa di bilik Encik Helmi.
Anak-anak yang mendengar kata ibunya hanya berdiri tegak, membiarkan Amy meneruskan
langkahnya menuju ke bilik yang dituju.
Pintu diketuk perlahan.
Terdengar suara halus membenarkan dia masuk.
Hanya senyuman yang dapat dilontarkan kepada si tuan rumah yang baik hati.
“Eh! Budak-budak mana?”tanya si penghuni bilik.
“Ada kat luar, sama siapa tuh! Driver muslim tu..!” jawab Amy riang.
“Ohhh.. Sulayman. Diapun baru aje berumahtanga. Susah nak dapat orang macam dia tu,
Muslim yang betul-betul dapat hidayah. Dapat perform Haji percuma dari kerajaan Arab
Saudi, tahun lepas” sambung panjang lebar Encik Helmi.
Bercerita mengenai orang yang baru semalam Amy kenal.
Orang sebaik itu, memang murah rezekinya, bisik hati Amy
.
Lama juga Amy berbual, bukan berbual kosong, bagaikan disoal siasat oleh penyiasat upahan.
Semua soalan Encik Helmi tidak dapat ditepis oleh Amy. Bagaikan kerbau dicucuk hidung,
segalanya dijawabnya dengan jujur, bagaikan lelaki di hadapannya adalah seorang lelaki yang
cukup Amy percaya. Dia bagaikan seekor lembu yang hanya menyerahkan lehernya untuk
disembelih.
Sedangkan mereka baru sahaja beberapa hari bersua!
Adus! Ilmu apa agaknya yang dipakainya sehingga begitu rupa jadinya!
48
“Tuk! Tuk! Tuk!” tersentak Amy apabila mendengar ketukan pintu
Amy gabra dengan apa sahaja bunyi.
Semangat kini senipis kulit bawang..
Dengan lembut Encik Helmi memberi kebenaran untuk siapa sahaja di sebalik daun pintu
untuk memunculkan diri.
Tersuak sahaja pintu, tercegat dua orang lelaki mat saleh yang lengkap beruniform.
Ahhh… sudah!
Baju Uniform itu yang sering Amy elak untuk bertemu.
Tetapi kini, sudah berada di depan mata!
Apa hal pulak anggota polis berada di sini?
Terkelip-kelip mata Amy, hanya mampu memerhati kedua-dua lelaki orang puteh yang
berbadan sasa itu berjalan menuju ke arahnya.
Badannya sudah menggigil, rasa seram sejuk. Hendak dikatakan demam, tidak pula.
Baru sesaat tadi bukan main sihat lagi.
Yang hairannya, Encik Helmi beriak bersahaja. Bagaikan sudah mengetahui kemunculan
mereka-mereka ini.
“Apa kes sebenarnya ini Encik Helmi oi?”Tanya Amy di dalam hati yang sudah berdebar-
debar.
Muka sudah pucat lesi.
Hancur harapan Amy, yang baru seminit tadi begitu mempercayai si lelaki yang bernama
Helmi. Kini, mata Amy sudah berair. Mata tertancap pula ke arah Encik Helmi.
Kemudian berpatah semula kepada dua orang anggota polis itu.
Helmi, polis, Helmi, polis…
Kini Amy rasa nak pitam. Silap-silap rasa mahu pengsan..
Pilihan kedua Amy pilih!!
PENGSAN…
49