“Telur basuh dulu dan tos, esok sahaja kita rebus” eh! Tidak habis lagi rupanya arahan emak.
Namun Amy akur kerana apa yang diberitahu adalah benar belaka.
Bagi Amy, keenakan sambal yang menentukan keenakan nasi lemak itu. Amy yakin, sambal
cik puan Mona pasti tidak akan mengecewakan.
Esok yang dinantinya dengan debar. Dia berharap agar dia dapat tidur lena malam ini kerana
dia akan bangun sebelum subuh untuk menanak nasi.
“Wahai mata, jangan kau mengada-ngada malam ini. Jangan pula menjadi burung jampok.
Jika ini berlaku, alamatnya yang muncul esok adalah nasi lemak, timun dan telur. Jangan
ditanya mana sambalnya. Amy hanya ada jawapan yang tidak sempat memasaknya kerana
mengantuk, dan hari ini dia menjual Nasi Lemak Orang Mengantuk!!
“Assalamualaikum…” terdengar suara orang memberi salam.
Mona menjengah.. ada tetamu, emak saudara Amy, kakak kepada emak.
“Kakk…, naiklah.,,” mempersilakan si kakak naik namun dibenak hati tertanya-tanya kenapa
pula kakaknya muncul malam begini.
Bagaikan tidak ada hari siang!
Namun status tetamu jangan diabai,
“Amboi.. bau sedap ni! Sambal kau ke? Lama aku tak makan..” katanya
“Ahah..kak..”jawab Mona.
“Amy, bungkus sikit sambal untuk maklong !” jerit mona mempercayai Amy boleh dengar.
Memang betul, Amy segera menurut apa yang di arahkan.
Cepat sahaja bungkusan plastik sudah dihulur kepada maklong dan segera tangan bersalam.
“Eh! Dah balik..bila balik?”tanya maklong acuh tak acuh..
“Kau ke yang masak? ..”tanyanya lagi.
“Tak, maklong. Mak..” jawab Amy.
Maklong hanya mencapai bungkusan itu apabila Amy memberitahu itu adalah air tangan
emaknya, bukan dirinya.
Kenapa ya! Masakan Amy tidaklah seteruk mana?
Memang Amy ketahui maklong memang suka membandingkan dirinya dengan anak-anak
perempuannya yang lebih cantik, lebih berjaya dan yang penting dengar cakap orang tua.
Bukan seperti Amy yang menconteng arang di muka keluarga.
100
“Aku datang ni nak beritahu esok lepas isyak nak baca doa selamat sikit.. jemput semua. Ala
kaupun tahu, Intan sudah selesai sarjana …”kata maklong sambil mata menjeling kepada
Amy
“Bila balik?”ulangnya.
“Semalam..”jawab Amy
“Sama anak-anak Amy” sambung Amy.
“Laki kau?”tanya maklong lagi
Amy tidak menjawab.. biarkanlah. Bukannya pentingpun jika ada jawapan.
Yang nyata reaksi maklong yang mencebik mukanya, Amy sudah tahu apa yang tersirat
dibenak hatinya.
Di dalam hatinya tentu berkata..”Tengok anak-anak aku, bukan macam kau, sudahlah kena
buang kerja, lepas tu lari dengan jantan sampai sanggup tinggalkan keluarga.. buat malu
orang je. Tup-tup muncul dengan anak tetapi tanpa suami…” agaknya itu yang difikirkan
oleh maklong.
Amy dapat rasa memang maklong memikirkan yang buruk-buruk sahaja mengenai dirinya.
“Memang betul, maklong. Amy pernah buat kesilapan. Kesilapan yang besar,
membelakangkan keluarga dan mengikut rasa cinta. Namun Amy sudah dihukum. Berat
hukumannya yang Amy terima. Malahan, tindakan salah masa silam sentiasa mengekori Amy
sepanjang hidup Amy. Takdir yang telah membawa Amy ke sana, dan takdir juga telah
membawa Amy dan anak-anak pulang. Cukup-cukuplah .. tolong jangan tambah hukuman
yang sedia ada. Amy takut tidak tertanggung..” bisik hati Amy.
Kecewa.
“Ini baru seorang yang Amy jumpa, adakah ramai lagi diluar sana?” bisik hati kecilnya lagi.
Air mata sudah bertakung di kelopak mata. Rendah betul rasa dirinya diperlakukan demikian.
Bagaikan dirinya tidak bernilai satu sen pun!
Namun dibiarkan air mata itu kering sendiri. Mata terkebil-kebil melihat maklong tidak
langsung memandang ke arahnya..
Kasihan kau Amy.
Tabah!
101
Kesilapan masa lalu adalah pengajaran. Apa yang Amy perlu ada ialah kegigihan untuk terus
meninggalkan kesilapan masa silam agar tidak berulang!!
Ingat DIA..tempat sepatutnya kau mengadu.
102
Di Cape Town
Mosa melepaskan satu hentakan yang kuat ke atas meja. Marahnya menjadi-jadi sejak
mengetahui Amy sudah membawa lari kedua-dua anaknya. Bukan setakat lari dari daerah
Cape Town, malah sudah menyeberang lautan! Sudah parah ni! Cerdik juga rupanya bekas
isteri. Jika Amy boleh meminta pertolongan pihak Kedutaan untuk dia membawa kedua-dua
rakyat Afrika Selatan itu keluar dari negaranya, kenapa tidak dia pula menggunakan taktik
yang sama?
Seandainya dia tidak berjaya, dia akan menggunakan kuasa perundangan.
Yang penting kedua-dua budak lelaki itu harus kembali ke tanah air mereka. Hanya anak-
anaknya, tidak si ibu. Si ibu hendak jadi apa, jadilah!
Menggigil bibirnya yang diketap kuat. Merah menyala telinganya, sama warna dengan si
bibir yang terjerat dek giginya.
“Bitch! I will teach you a lesson, jangan ingat kau akan terlepas”katanya siap dengan
menjegilkan matanya.
Marah betul dia kepada si perempuan yang dipanggilnya “bitch”.
Sampai hati dia berdendam sedemikian rupa. Cepat betul dia lupa si perempuan yang
bernama Amy yang digelarnya “Bitch” itu pernah tidur sebantal dengannya. Perempuan itu
juga sanggup dibuang keluarga untuk bersamanya. Malah perempuan itu juga yang telah
memberikan dia zuriat sebagai penyambung warisnya. Bukan satu, malah dua. Mengapakah
hendak diseksa lagi hati perempuan itu dengan merampas nyawanya.
“Mosa, lets the boys be with the mother” tegur Nurina si ibu.
“I know, the boys is better with the mother, don’t you think?” berbunyi lagi suara Nurina.
103
Geram Mosa bertambah apabila si ibu menyebelahi si perempuan “Bitch” itu. Sudah
termakan apa? Bukankah dulu tidak suka kepada si “Bitch”, sekarang menyokongnya pula?
Apa ni!!
Mosa yang terkumat kamit, entah apa lagi yang dia tidak puas hati, hanya endah tidak endah
mendengar suara ibunya. Mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri, silap-silap dia
tidak dengarpun apa yang dikatakan oleh si ibu. Anggap sahaja yang berbunyi itu seekor
kumbang yang sedang mengorek lobang. Berbunyi bising, tetapi tak tahupun apa yang
bisingnya.
“Ahhh… mummy!” bentak Mosa
“I cant accept this, mummy!, they are my sons, your grandsons! They suppose be here with
me, not her?” bentaknya, bersuara dengan lantang sambil membeliakkan matanya di hadapan
ibunya.
Si ibu hanya memandang, diam.
Di dalam hatinya berkata, “Ya, kedua budak-budak tu seharusnya berada disamping si bapa
dan jangan lupa juga disamping si ibu”.
Tidak terluah, si anak sedang naik angin, baik sahaja dibiarkan.
Yang hairannya, kenapa sekarang dia mencari si anak?
Kenapa tidak dari dulu?
Kini sudah lebih dari sebulan Amy dan anak-anaknya meninggalkan Cape Town.
Kemanakah si bapa berada?
Tidakkah dia sedar kehilangan mereka?
Confirm, dia tidak pernah menjenguk anak-anaknya berbulan-bulan lamanya.
Hissy.. kejam kau Mosa..Kejam
Mahu sahaja Nurina membangkitkan soalan itu.
Tetapi mampukah dia?
Di saat-saat gajah yang sedang naik minyak!
Silap-silap ada yang tercedera angkara si baran.
Tidak pula disangka Amy yang selama ini mendiam diri, rupanya pandai merencanakan
perancangan sebegitu licin sehinggakan tidak diketahui oleh keluarga atau saudara maranya.
Yang sebenarnya, ada beberapa orang kaum keluarga yang mengetahui penghijrahan mereka,
104
Cuma mereka malas memberitahu Mosa, kerana mereka simpati kepada Amy dan anak-
anaknya.
Lagipun, mereka tidak mahu Mosa menyeksa lagi jiwa si Amy, cukup-cukuplah dengan apa
yang sudah berlaku.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Di dalam pejabat Kementerian Luar Afrika Selatan, kelihatan dua lelaki yang rancak
berbincang sesuatu. Salah seorang yang sebok berbicara ialah Mosa. Dia bersama lelaki yang
pernah menjadi teman sekolahnya.
Aduh! Mosa punya ramai teman yang mampu membantu untuk menyelesaikan masalah yang
diatasinya. Nampaknya, masalah akan tidak menjadi masalah lagi. Sesekali terdengar deraian
ketawa kedua lelaki itu, apalah yang melucukan, hanya mereka berdua yang mengetahuinya.
Mosa licik orangnya, andai tujuh tahun yang lalu dia berjaya memujuk seorang gadis
menikahinya malah terus berhijrah bersamanya. Seorang gadis warga negara asing, inikan
pula membawa pulang dua rakyat yang memang pemegang passport Afrika Selatan. Sudah
pasti, perkara ini sangat mudah.
Semudah makan kacang…
Semua maklumat sudah diserahkan kepada si teman. Cuma satu perkara yang menjadi
masalah Mosa, alamat sebenar di mana mereka berada.
Hisy… bingong jadinya dia. Andai tadinya berasa cukup gembira, kita tiba-tiba mulut yang
senyum menjadi masam.
Dia menemui Amy di Kuala Lumpur. Pernikahannya juga dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Keluarga Amy seorangpun tidak hadir. Pernikahannya berwalikan hakim, dengan alasan si
wali tidak dapat hadir di atas urusan yang tertentu. Dua hari selepas itu mereka berangkat
pulang ke Afrika Selatan.
105
Ahhh… susah juga hendak mencari mereka, Malaysia agak besar. Nasib baik hanya perlu
mencari mereka di seluruh Semenanjung, tidak termasuk Sabah atau Sarawak.
Tersenyum semula si Mosa.
Kemudian berkerut semula.
Eh! Jangan dikecualikan Sabah atau Sarawak, kerana ia tetap sebahagian dari negara
Malaysia. Manalah tahu, entah-entah Amy sudah membawa lari kedua anaknya ke salah satu
negeri itu?
Hisy…susah juga ek?
Kemudian Mosa tersengeh. Alaaa mudah sahaja masalah ini, mari cuba jejak melalui
facebook. Bukankah ada makluman di mana Amy berada.
Tanpa Mosa sedari, Amy tidak sebodoh itu.
Ya atau tidak Amy?
Atau memang kau mahu cari nahas dengan mengaktifkan lokasi di mana kau berada?
Amy wake up!
Jangan jadi bodoh!
Pastikan kau tidak cuai tentang perkara remeh seperti ini!
Kau tahu atau tidak yang si musang sedang memburu ayam.
Mosa adalah musang dan kaulah ayamnya.
106
Di Malaysia
Tangan Mona ligat membungkus nasi lemak yang sudah dipesan oleh pelanggan. Amboi,
skill kemahirannya masih utuh. Cantik dan kemas lipatannya, walaupun nasi sudah ditambah
dengan sebiji telur dan satu keratan rendang ayam. Amy tersenyum melihat emak yang gigih
memastikan bungkusan daun pisang tidak pecah.
Hendak harapkan Amy membungkus!
Hampeh!!
Sebungkuspun dia mengambil masa hampir dua minit!
Mana boleh? Setiap saat penting, untuk menjaga hati pelanggan. Tambah-tambah hari
pertama berniaga. Jika asyik terbelek-belek, memikirkan cara membungkus yang baik, buat
pembeli tertunggu-tunggu, mahu mereka cabut weh!
Alamatnya, esok gerai nasi lemak tidak dibuka, kerana pelanggan lari.
Itulah pasal, yang gatal mahu nasi berdaun pisang bagai!
Bukankah senang guna bekas plastik bertutup. Bau daun pisang masih ada, malah lebih cepat.
Ceduk nasi, taruh sambal dan yang lain-lain, akhir sekali tutup. Mudahkan!
Tetapi pelanggan tidak mahu, mengada-ngada, mereka masih mahu mengekalkan tradisi, nasi
lemak bungkus daun pisang.
Teringat Amy konsep kitar semula bekas yang ditontonnya di Majalah 3 baru-baru ini.
Maksudnya, bukan yang menggunakan bekas-bekas terpakai digunakan semula. Maksudnya,
pembeli sendiri yang membawa bekas mereka sendiri dan penjual hanya perlu mengisi nasi
dan lauk mengikut kemahuan pelanggan. Kelebihannya, pelanggan boleh terus makan di
gerai atau membawa pulang makanan lebihan jika tidak habis.
Bukankah ini lebih praktikal?
107
Malah lebih jimat dan tidak membazir, betul tak?
Biasalah, perkara yang baik memang susah hendak dijadikan ikutan. Jika mahu menjadi
ikutan, kena diviralkan dulu… Itulah kuasa alam maya.
Viral ah!
Cik Amirah, cuba simpan dulu apa sahaja cadangan awak tu!
Sekarang ini perlu pantas membungkus nasi lemak dengan daun pisang. Jangan pandai-
pandai pula hendak menggunakan bekas pakai buang. Bekas itu yang melambak di tempat
pembuangan sampah, malah lambat lupus. Tidak seperti daun pisang yang lupus dalam masa
yang singkat.
Nampak tu! Itulah kelebihan menggunakan pembungkusan cara traditional.
Tetapi penggunaan bekas yang dibawa oleh pembeli sendiri itu memang patut digalakkan.
Bilalah agaknya pelanggan akan mulakannya?
“Kak, tak cukup lagi sebungkus?” kata seorang remaja yang menunggu di hadapan Amy
“Ye ke dik? Ada berapa kat dalam beg plastik tu” tanya Amy lantas cepat-cepat membungkus
satu lagi.
“Ya kak, saya pesan lapan bungkus. Yang ada tujuh je ni” katanya.
Berkerut-kerut mukanya, kerana soalan Amy meragukan dirinya sendiri.
Sekali lagi dikiranya.
Akhirnya dia puas hati, memang kurang satu bungkus lagi.
“Maaf dik, akak salah kira”kata Amy.
Terus Amy menghulurkan satu bungkus lagi mencukupkan bilangan yang kurang.
Itulah pasal! Asyik leka berangan. Nasib baik tidak berangan mendapat untung yang banyak
setiap hari agar menjadi jutawan nasi lemak.
Supaya boleh duduk sebaris dengan Dato’ Vida, Putih Qu Putih, Barulah Putih!!
Berangan seperti itu masih boleh dilayan lagi, jangan berangan seteruk Mat Jenin. Itu sudah
parah.
108
Boleh tahan juga hasil penjualan hari pertamanya.
Amy sebok mengira hasil jualan. Dia mengasingkan wang note kertas dengan duit syiling.
Plap, plup bunyi duit kertas yang dikira berkali-kali, hanya untuk memastikan setiap
longgokan bernilai rm10, Begitu juga duit syiling, sudah disusunnya bagaikan Menara Buj
Khalifa, setiap longgok juga bernilai RM10.
“Mak, RM340.00 hasil jualan kita hari ini. Syukur. Ini belum tolak modal. Semalam Amy
beli barang RM72, tidak termasuk beras” kata Amy kepada Mona yang duduk dihadapannya.
“Cukupkan RM100 untuk modal, termasuk gas masak” jawab Mona.
“Amy ambil RM100 modal dan RM100 lagi untuk modal esok. Tinggal RM140, mak RM70
dan Amy RM70”kata Amy lagi.
“Bolehlah, syukur alhamdulillah.., “jawab Mona sambil tangan mencapai wang yang dihulur
oleh anaknya, lalu diciumnya.
Rezeki ALLAH sudah aturkan bagi dirinya, rezeki kepulangan anak dan cucu-cucunya.
“Amy beli barang sebelum ambil budak-budak dari sekolah nanti. Emak rehatlah, penat tadi
Amy nampak emak. Sudahlah bangun awal pagi..”kata Amy, tiba-tiba rasa simpati kepada
emaknya.
“Tak pe Amy! Mak sudah biasa. Jika tidak berniagapun Mak sudah bangun. Sekurang-
kurangnya sekarang ni ada hasil sikit”jawab Mona
“Emak tengok budak-budak tu pandai makan pedas. Bukan main lagi mereka makan nasi
lemak pagi tadi”tanya Mona
“Dia orang sudah biasa mak. Di sanapun masakan orang Melayu Cape sama saje dengan
masakan kita. Cuma resipinya lebih kepada cara orang Indonesia. Tapi tulah, kalau sudah
rantau nusantara, kemana-mana sama sahaja. Bahannya rempah, cili, santan!”jawab Amy
“Sesekali Amy masaklah masakan Cape, Teringin pula mak”kata Mona, mahu juga dia
mengetahui rasa makanan selain dari makanan melayu yang biasa.
Amy senyum
“Boleh, insyallah” jawab Amy
Pandaikah si Amy memasak masakan Melayu Cape.Tujuh tahun di sana, tentu sudah pakar,
jangan berdolak dalik kata tidak tahu pula.
Sungguh, Amy banyak belajar memasak masakan di sana, semata-mata untuk memenuhi
selera dan menambat hati suami. Memikat hati suami melalui perutnya.
109
Kononnya.
Tetapi apabila jodoh tidak panjang, pikatlah bagaimana carapun, tetap akan terlerai kasih jua.
Yang pastinya, Amy sudah mendapat ilmu tambahan dengan mengetahui masakan orang
Melayu Cape. Ilmu yang berguna seumur hidupnya. Akan dipraktikkan sesekali agar dapat
mengingatkan anak-anaknya bahawa salasilah keturunan mereka masih tertinggal di Afrika
Selatan.
Itu janji Amy kepada dirinya, dia tidak sama sekali akan mengikis keseluruhan tradisi asal
usul anak-anaknya. Separuh darah yang mengalir di badan mereka, masih mengalir darah
lelaki dari negara bekas apartheid itu.
Tengok tu! Di dalam hatinya masih tertinggal cebisan Afrika Selatan yang Amy tidak kikis.
Amy! Lurutkanlah perasaan itu dan buang jauh-jauh. Sudah tidak ada keperluannya lagi
untuk dikenang.
Betulkan begitu?
Sedangkan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat derita…
110
Satu pagi lagi yang membuat Amy terkial-kial membantu menjual nasi lemak. Bilalah
agaknya dia akan pandai dan cekap. Berilah dia peluang, tersemat ketat semangat yang
membara dan juga kecekalan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan kecil-kecilan ini
cukup kukuh untuk dia memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.
Berniaga kecil-kecilan mampu memberi pendapatan bagi membiayai anak-anak, malah dapat
membantu keluarga. Dia tidak sanggup menyusahkan kedua ibu bapanya. Apa yang telah
berlaku sudah cukup menyeksa mereka. Cukup-cukuplah mereka menanggung beban itu.
Seandainya dia masih bekerja di bank dahulu, tentunya dia sudah seorang pegawai dan tidak
perlu berpeluh-peluh di dapur. Tentunya berada di dalam bilik berhawa dingin dan hanya
perlu menekan kekunci komputer, bukannya mengupas ikan bilis atau menghiris bawang
sampaikan keluar air mata!
Ahhh.. namun itu hanya tinggal kenangan, tidak guna diingatkan. Anggaplah ianya hanya
secebis kenangan dan pengalaman hidup. Amy tidak tersalah pilih untuk memulakan kerjaya
sebagai pengusaha kecil-kecilan. Manalah tahu, ia bakal menjana pendapatan yang lebih baik
dari dia duduk di bilik berhawa dingin.
Ya! Manalah tahu..
Semalam Amy perasan sebuah kereta yang berulang kali berjalan perlahan melintas di
hadapannya. Namun tidak Amy hiraukan, mungkin si pemandu masih sangsi atau tidak
percaya yang kini sudah ada orang menjual sarapan untuk mereka.
Tetapi pagi ini kereta tersebut berhenti di seberang jalan.
Amy senyum …
Ada pembeli baru dan itu adalah rezeki.
Dari jauh, Amy perasan seorang lelaki yang berlari-lari anak melintas jalan.
111
Lenggok jalan seperti Amy pernah kenal?
Siapa ya?
Sehinggalah lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.
Amy tercengang! Terus terhenti membungkus.
Wajah lelaki itu tidak berubah langsung, walaupun kali terakhir Amy melihat wajah itu tujuh
tahun yang lalu. Malah nampak lebih matang dan lebih bergaya. Segan pula rasanya Amy
apabila berdepan dengan si lelaki.
Mahu rasanya Amy menghilangkan diri, halimunan. Di manakah agaknya Fairy Godmother,
seandainya dia boleh meminjamkan tongkat hikmatnya. Amy mahu “Poooffff” hilang. Dia
akan kembali membungkus setelah di lelaki itu beredar.
Terdesak sungguh Amy untuk dia menghilangkan dirinya, sehinggakan otaknya menjadi
kecil sebesar biji kacang hijau.. buntu hendak memikir.
Si lelaki tidak berkata apa-apa kepada Amy, hanya memandang sekilas dan beredar kepada
Mona.
“Makcik, sudah berniaga semula ke?” kata si lelaki.
Tanpa menunggu jawapan si lelaki mara ke arah Amy.
Amy hanya tuntuk apabila terdengar suara si lelaki, bagikan berat kepalanya untuk diangkat.
Entah mengapa suara itu membuatkan dirinya kerdil, amat kerdil sehinggakan menjadi
sebesar awang kenit!
“Ah ah.. Suffian, makcik sudah dua hari dah kat sini? Nak pergi kerja ke?” tanya Mona.
Amy masih menunduk.
“Hisy, harap dia tidak perasan aku” berpuluh-puluh kali Amy berharap si polan yang
emaknya memanggil dengan nama Suffian agar tidak menegurnya.
“Amirah?”tegurnya dengan suara yang lantang.
“Kenapa balik? Apa tak tunggu sampai mati je kat sana?” sambungnya.
Kebommmm, kata-kata itu bagaikan meletopnya bom atom di Hiroshima ke kepala Amy
Kasar betul bunyinya suara yang menembus ke telinga Amy apabila si lelaki yang bernama
Suffian itu memanggil nama penuhnya, malah soalan yang keluar mampu membuat Amy rasa
terhina. Malah tidak sanggup Amy perjelaskan jawapan “Kenapa dia pulang ke Malaysia dan
kini berada di hadapannya sekarang ini? Perlukah diberi jawapan?” Amy masih tunduk
Tangan terketar-ketar. Bungkusan nasi jadi tidak tentu hala..
112
Amy mengucap panjang.
Cepat-cepat Mona memeluk Amy, dia tahu Amy memerlukan pelukan itu.
Pandangan beberapa pembeli yang juga terpinga-pinga sudah tidak menjadi soalan.
Lantaklah mereka.
“Emak..” Amy bersuara.. air mata jernih melilih melintas pipinya, tidak dihiraukannya.
Terus Mona mengeratkan lagi pelukan.
“Sabar Amy.. sabar. Dia adalah orang yang sangat sayang pada Amy satu ketika dahulu. Dia
amat terluka.. bila Amy..ahhh.. lupakan, kesah yang sudah menjadi sejarah..”kata Mona,
rasanya tidak perlu dia menyingkap kesah yang sudah lama ditinggalkan.
Sekarang bukan waktunya. Tunggu sahaja waktu yang sesuai. Amy perlu juga tahu apa yang
telah berlaku semenjak dia pergi meninggalkan tanah air.
“Amy rehat dulu dan tenang.. biar mak sahaja habiskan pesanan orang yang ada” ujar si emak
yang tenang.
Amy hanya mampu menghela nafasnya panjang.
Dari jauh Amy masih mampu melihat si lelaki beredar dengan pantas.. tidak puas hati kerana
tidak meraih jawapan agaknya.
Air liur Amy rasanya pekat, rasanya bergumpal, namun Amy terpaksa telan.
Hendak jawab apa lagi?
Sampai hati kau berbicara begitu kasar sekali.
Amy faham. Amy pernah melukakan hatinya.
Suffian adalah suami tidak jadi Amy. Bertunang dengan Suffian tetapi Amy lari
meninggalkannya untuk mengejar cinta Mosa.
Adakah Suffian masih menyimpan dendam?
Mungkin dia merasa dia tidak layak untuk menjadi suami Amy, lantas Amy meninggalkan
dirinya kepada lelaki lain.
Mungkin!
Tidak Suffian, bukan begitu.
Salah jawapan yang kau simpan di kepalamu, bisik hati Amy.
Amy menyika air mata yang mengalir dengan belakang tangan.
Hati yang sedih, tetapi mata pula yang berair.
Kau seorang lelaki yang hampir sempurna di mata Amy satu ketika dahulu.
Amy yang tidak sepatutnya menjadi isterinya.
113
Sanggup meninggalkan lelaki yang setia menunggu, semata-mata mengejar cinta lelaki yang
baru Amy kenal.
Amy hanya memerhatikan kereta Suffian di seberang jalan yang bergerak perlahan.
Ada perempuan bertudung di sebelahnya.
Pasti si isteri.
Kau bertuah wahai perempuan. Jagalah suamimu dengan baik, bisik hati Amy.
Baru kini Amy nampak tersenarai kebaikan si bekas tunang.
Panjang pula senarai kebaikan si lelaki itu?
Tetapi mengapa kau tinggalkan dia satu ketika dahulu?
Kerana sudah terjatuh cinta dengan orang dari negara luar?
Hebat sangatkah dirasa apabila mempunyai pasangan hidup dari negara lain?
Atau sudah kekurangankah lelaki di negara sendiri?
Amy, jangan diungkit perkara yang sudah berlaku.
Bukankah itu adalah takdir dan jodoh.
Tidak ada mana-mana insanpun yang mempunyai kuasa menolaknya.
Pertemuan, Takdir Jodoh.
Wahai cik Amirah, pertemuan pagi ini juga tidak terkecuali.
Kau sudah tahu jodoh kamu bersama si Mosa, cuma jodohnya tidak panjang.
Jodoh Suffian?
La.. yang duduk di sebelah dalam kereta tadilah!
Tarikan cinta Mosa bagaikan magnet yang sangat kuat, sehinggakan Amy mampu melupakan
jejaka satu kampung ini.
Kini dia tentunya sudah berkeluarga dan bergembira disamping insan yang dia sayangi.
Amy?
Amy juga kini gembira disamping insan-insan yang dia sayang.
Cuma..
Cuma keluarga kecilnya tidak sempurna, keluarganya kekurangan seorang insan yang
dipanggil daddy oleh anak-anaknya.
“Siapa sanggup jadi Daddy baru bagi anak-anak saya”
Andainya mencari pasangan semudah membeli nasi lemak di tepi jalan.. apa agaknya akan
terjadi?
114
Hari kedua berniaga umpama hari yang paling malang buat Amy.
Bertemu dengan lelaki yang Amy sudah lupa keujudannya.
Namun mana mungkin Amy lupa lelaki tersebut?
Dia memang bermastautin di kampung sejak dari dulu lagi. Amy yang baru muncul selepas
lama menghilang!
Tragedi pagi ini membuat Amy terus tawar hati untuk berniaga lagi esoknya.
“Mak.. kita berhenti berniaga la mak? Risau Amy berjumpa Suffian lagi.. Terutama sekali,
Amy tak mahu emosi tak stabil dia akan merosakkan rumahtangga dia je nanti. Cukuplah
Amy je yang menderita. Janganlah ganggu gugat kehidupan Sufian dengan kepulangan Amy.
Amy tahu, Amy memang banyak buat salah padanya..” kata Amy sambil menunduk.
“Sabar je Amy.. kenapa pulak tak mahu terus berniaga? Hal Suffian tu tak akan berlaku hari-
hari.. dah lupakan kesah pagi ini” sambil Mona menepuk bahu Amy.
“Tapi mak?” kata Amy tergantung.
“Tak ada tapi-tapi.. esok kita berniaga macam biasa”jawab si ibu.
Baru sekali terima dugaan sudah putus asa.
“Oh ya! Apa yang Amy fikir Suffian tu sudah berumahtanga? Bila masa pulak dia bernikah?
Setahu emak, dia masih solo..”sambung Mona
“Yang kau nampak dalam kereta tu si Sofiah, adik dia. Ingat tak Sofiah? Emak rasa dia muda
tiga tahun dari Amy!”jawab Mona
“Mereka bekerja satu tempat.. Suffian yang masukkan adik dia” jawab Mona lagi.
“Apa yang dia hendak marahkan Amy lagi? Benda sudah lama berlalu?” kata Mona lagi
Amy angguk.. Sofiah rupanya yang dalam kereta tu, ingatkan isterinya.
“Mari kita siapkan jualan untuk esok..lagipun mak nak cerita sikit apa yang berlaku
sepanjang Amy tak ada”cerita si ibu.
115
Monapun memulakan kesah si Suffian.
Kedua-duanya pun memulakan persiapan berniaga sambil tangan ligat bekerja, mulut si
ibupun mula bercerita.
“Baik! mak cerita je apa yang berlaku selepas Amy pergi”
“Sebenarnya, selain abah, Suffian juga risau bila hari Amy tak muncul-muncul balik kerja.
Abah dan Suffian sudah bersedia menunggu 24 jam untuk melaporkan kehilangan Amy.
Macam-macam andaian yang terkeluar. Ada yang memikirkan Amy kemalangan, Ada yang
memikirkan mungkin Amy ada kerja luar tak sempat beritahu keluarga. Ada yang
memikirkan Amy diculik. Tidak terlintaspun memikirkan yang Amy bukan di culik tetapi
rela hati mengikut lelaki lain. Emak dan Abah tak pernah terfikir pun Amy akan membuat
tindakan sedemikian. Sebab kami tengok Amy dan Suffian malah dengan kami tidak ada apa-
apa yang mencurigakan. Bertunggu bertangga dia kat rumah ni. Mahu tidaknya runsing, bila
tunangnya hilang. Sampailah hari esoknya Amy beritahu yang Amy sudah pergi jauh dengan
jantan lain. Mengamuk dia, terus tak datang-datang sini. Lama jugak. Mahu bertahun.
Dengarnya, selepas setahun dia bertunang selepas itu..tapi tak jadi kahwin. Entah kenapa?
Malas pulak emak hendak bertanya sebabnya ” cerita Mona
“Si Ummi pernah datang marah-marah mak dan abah, katanya Suffian putus tunang sebabkan
Amy. Dia masih tak boleh move on. Amy masih dalam hatinya..”
Mengalir lagi air mata Amy apabila mengetahui, jujurnya cinta seorang lelaki bernama
Suffian yang telah dia kecewakan. Patutlah dia marah sangat apabila berjumpa Amy pagi tadi.
“Sampai sekarang Ummi, mak mertua tak jadi kau tu tak pernah menjijak rumah kita.. dia
pun marahkan kau. Sekali marahkan emak dan abah, katanya tak pandai jaga anak, sampai
lari dengan jantan lain..” sambung Mona
Sebenarnya, Amy pernah minta putuskan pertunangan tanpa pengetahuan orang tua. Tetapi
Suffian ingatkan Amy hanya mahu menduganya dan dia tidak percaya.Yang kahwin lari juga
satu hal. Jika emak mahu ungkitkan kesah-kesah lama, agaknya sambal nasi lemak tak masak,
gara-gara sesal tak sudah, dari itu telan sahajalah apa jua soalan yang mahu ditanya kerana
setiap soalan akan mendapat jawapan yang pahit untuk Amy telan.
Pahit tau Amy!
116
Lebih pahit dari hempedu.
Amy sedar itu semua..
“Eh! Mak nak solat jap..” kata Mona apabila menyedari, dia tidak perlu lama-lama bersama
Amy.
Lagi lama, lagi banyak cerita tersingkap.
Simpan sedikit untuk esok..
Cukup rasanya jawapan yang patut Amy tahu untuk hari ini.
Kesah tujuh tahun mana mampu diceritakan dalam beberapa jam.
Umpama menulis cerpen, cerita pendek lebih susah dari mereka cereta panjang.
Amy juga beredar ke biliknya.
Dia tidak mampu untuk mengingat si lelaki bernama Suffian kerana dia bukan lagi Amirah
yang dahulu.
Amirah yang kini sudah menjanda dan ada 2 anak.
Sedangkan Suffian masih lagi bujang trang tang tang.
“Maafkan saya Suffian, saya tidak ketahui awak menderita selama ini di sini. Awak tahu tak,
sayapun tidaklah segembira yang awak fikirkan sepanjang saya di sana.. itu adalah balasan
yang saya dapat, mengecewakan awak. Maafkan saya..” berulang-ulang Amy meminta maaf,
tanpa suffian di hadapannya.
Dia sedar, dia banyak memporak perandakan kehidupan insan-insan yang dia sayang.
Apakan daya Cinta membutakan matanya, Cinta juga mentulikan telinganya. Yang lebih
parah Cinta telah membuatkan hatinya menjadi keras, keras seperti batu di gigian ombak,
bertahunpun tidak terhakis oleh hempasan ombak yang ganas. Namun hembasan ombak tetap
berjaya, merobah batu yang keras itu walaupun mengambil masa bertahun-tahun.
Itulah Cinta. Cuma cinta yang Amy kejar hanya cantik sementara, ibarat pelangi. Hanya
muncul apabila adanya percikan air dari langit. Hilang percikan, hilanglah keindahan si
pelangi.
117
Esok yang tidak mahu Amy lalui, muncul juga.
Mahu tidak mahu, dia perlu menebalkan muka.
Mengharap Suffian tidak akan muncul lagi pagi ini seperti semalam.
Sakit jiwanya. Mahu tidak, orang yang satu ketika dahulu pengarang jantungnya, kini
sanggup mendoakan agar dia mati sahaja!
Ganas betul!
Mata Amy melilau, mencari kelibat kereta yang pemandunya bernama Suffian. Sudah 2 jam
berlalu. Hasil jualan juga sudah hampir penghujungnya. Waktu orang masuk ke pejabat juga
sudah lama berakhir.
“Alhamdulillah..” bisik hati Amy. Hilang rasa lelahnya.
Terima kasih Emak.. menasihatkan dirinya semalam. Andai kata dia sendirian, memang
taklah jawabnya dia berniaga hari ini.
Sebok sahaja berdua beranak berkemas apa yang patut untuk di bawa pulang. Sekejap lagi
Pak Aminuddin akan mengankut barang-barang yang sudah dilonggok ketepi.
“Pap!!” tetiba Amy yang sedang terbongkok-bongkok mengemas, tiba-tiba rasa tangannya di
tarik rakus.
Amy ternganga.
Suffian.
“Hey!! Kenapa kau balik semula ke sini. Kenapa kau tak puas-puas menduga aku. Bukan
senang aku nak lupakan kau, tahu tak? Bila aku sudah lupakan kau, kau muncul semula!
Kenapa? Kenapa kau tak terus aje kat sana? Kau betul-betul suka menyusahkan hidup aku,
tahu tak? Lagi aku cuba lupakan kau, lagi aku rasa sakitnya dada ni.. sakitnya hati ini..” kata
Suffian sambil tangannya mencengkam dadanya sendiri, menunjukkan betapa sakit hatinya.
Amy yang terkesima tidak dapat berkata apa-apa?
Apa yang boleh dia bersuara. Rasanya apa yang Suffian katanya ada betulnya!
Kerana yang merasa ialah Suffian, yang sakit hati juga adalah Suffian.
“Suffian.. kenapa kau nak?” jerit Mona.
Terkejut juga dia apabila dia melihat Suffian merentap tangan Amy lalu mengegar Amy
bagaikan pokok yang tidak berdaun.
“Sudahlah tu, Suffian.. bertenang” sambung Mona lagi.
118
“Makcik.. makcik tahu kan apa yang berlaku sepanjang Amy meninggalkan saya?”jawab
Suffian.
Mona hanya angguk.
Sejurus kemudian Pak Aminuddin sampai terus menarik Suffian untuk duduk bertentang
dengannya.
Pak Aminuddin penyelamat keadaan.
“Suffian.. mari duduk. Apa sebenarnya ni, Pakcik mahu tahu..” tanya Pak Aminuddin lembut.
Mengucap panjang si Suffian, apabila dia menyedari dia sudah mengasari Amy?
Dia sedar dia bukan lelaki yang kasar begitu.
Apa yang sebenarnya jadi pada dirinya, dia sendiripun tidak mengetahui.
Sambil mengaru-garu leher yang tidak gatal.
Terus menggelengkan kepalanya.
“Tak tahu.. saya jadi tidak keruan sejak saya tahu Amy sudah pulang..” jawabnya.
“Tiba-tiba hati saya sakit dan marah saya membara. Tetapi sebenarnya saya masih sayangkan
dia..”jawab Suffian terketar-ketar.
“Saya sendiri tidak tahu, sama ada saya masih mengharap Amy atau marahkan dia. Sekejap
saya rasa saya ditipu, sekejap saya rasa saya dan Amy tidak ada jodoh. Tetapi kadang-kadang
saya tidak mahu kehilangan dia lagi. Bingong saya dibuatnya. Rasa marah, dendam, benci,
sayang dan macam-macam perasaan bercampur-campur” kata Suffian lagi sambil menunduk.
“Ya.. pakcik faham. Sebab pakcik pun pernah mengalami perasaan seperti yang Suffian rasa
sekarang, sewaktu Amy tinggalkan kita dulu. Tapi itu dulu, kini pakcik sudah buang jauh-
jauh perasaan tu. Pakcik terima semula Amy seadanya. Dia pun tak sangka takdir yang
membawa dia pulang semula ke sini. Jika dahulu, pakcik rasa mahu dia terus hilang dari
hidup pakcik. Sama seperti yang Suffian mahukan. Namun bila pihak, kedutaan
memberitahu yang Amy mahu pulang, perlahan-lahan perasaan marah itu hilang. Terus
hilang bila pakcik bertentang mata buat pertama kalinya selepas kehilangannya..”tetiba Pak
Aminuddin merasa sebak.
Imbasan pertemuan pertama selepas berpisah di KLIA masih bermain di matanya.
Hilang lenyap segala kemarahanya, lebih-lebih lagi apabila melihat kedua-dua cucu yang
masih takut-takut mendekatinya.
Suffian tersenyap.
Tunduk, mata tajam menala ke tanah.
119
Dia juga memikirkan kenapa dia menjadi agresif sejak akhir-akhir ini.
Kenapa dia tidak dapat mengawal perasaan yang bercelaru.
Ada benarnya apa yang Pak Aminuddin cuba sampaikan, kerana dia adalah bapa Amy. Orang
yang paling hampir dengan Amy. Orang yang membesarkan Amy.
Bertahun-tahun Amy membesar di hadapan matanya.
Sedangkan Suffian hanya bekas tunang. Lelaki yang baru beberapa tahun baru belajar
mengenali hati budi Amy
Apa yang dia boleh buat?
Mahu bunuh Amykah?
Adakah itu yang dia mahu?
Perasaannya akan puas apabila Amy sudah mati? Gitu!
Betulkah?
Ketahuilah Amy tidak bersalah. Dia juga mengharap agar dia bahagia dan hidup tua hingga
akhir hayat bersama Mosa.
Mosa pernah menjanjikan bulan dan bintang buat dirinya satu ketika dahulu.
Tetapi kini mana bulan, mana bintangnya?
Yang Amy terima adalah sepak terajang yang membuat kepala Amy pening berbintang-
bintang.
Perlukah Suffian tahu hal ini?
Tersandar Suffian apabila sedar tindakan dia mengasari Amy adalah salah.
Tindakan yang dilakukan mengikut perasaan marah dan perasaan yang bercampur baur.
Mata Suffian tertancap ke arah Amy yang sedang menangis di pujuk Mona.
Suffian rasa kasihan.
Luluh hati seorang jantan sepertinya, dek air mata seorang perempuan.
Lantas dia bangun dan terus berkata “Maafkan abang.. ”
Terkejut Amy dan memandang ke arahnya yang laju meninggalkan Amy.
Tujuh tahun Amy tidak mendengar suara itu memanggil dirinya “Abang”.
“Ya! Abang Suffian.. Amy juga minta maaf. Hidup ini penuh dengan pemilihan. Takdir telah
menjuruskan Amy memilih jodoh yang salah sebelum Amy bertemu jodoh yang betul. Tidak
semua yang dipilih adalah pilihan yang tepat ” bisik hati Amy
Apakah petanda tragedi kali kedua ini?
Adakah ini laluan jalan yang baik buat Amy dan Suffian?
Atau adakah ini pengakhirannya, memandangkan Suffian kini sedar, apa yang berlaku bukan
120
pilihan Amy, tetapi adalah percaturan takdir.
Setiap hari manusia hidup dengan pemilihan. Semoga pilihan Amy yang mendatang
menemukannya dengan pilihan yang tepat.
Bukankah orang yang sudah bercerai boleh rujuk semula, inikan pula hanya putus tunang!
121
Di Cape Town
“Maaf.. meeting habis lambat”kata Helmi sebelum mengambil tempat bertentang dengan
Azmi.
“Biasalah tu..”jawab Azmi sambil tersenyum.
Gembira nampaknya dia apabila dapat bertemu dengan rakan yang selalu membantunya
untuk membantu rakyat Malaysia yang bermastautin di Afrika Selatan.
Azmi seorang ketua wakil persatuan yang aktif dan banyak perkara berhubung dengan rakyat
Malaysia dapat di selesaikan dengan baik.
Borak dengan borak tetiba Helmi buat muka serious.
“Mi.. apa khabar agaknya si Amy yang kau tolong dulu ah?”kata Helmi
“Kenapa?”tanya Azmi, ingin tahu.
Azmi buat muka, persoalan dari si teman bagaikan dia ada perkara yang penting dan Azmi
perlu tahu.
“Kerajaan SA (shortform South Africa) sudah hantar Notis (surat dari kerajaan SA), mereka
mahu Amy pulangkan dua rakyat mereka. Anak-anak Amy. Rasanya si bapa yang memohon
bantuan.” Jawab Helmi
“Ah!” terkejut Azmi
Tetiba Azmi terbayang Amy, seorang perempuan yang kurus kering, tidak bergaya dan dua
orang budak lelaki yang comel.
Dari susuk badan dan raut wajah, Amy sebenarnya seorang perempuan yang jelita. Wajah
keayuan wanita Asia masih terpapar walaupun sewaktu Azmi bertemu dengannya, wajahnya
kusam. Sudah tentunya dia menderita dengan masalah rumahtangga dan masalah jiwa yang
tidak tenteram.
122
“Habis tu macammana?”tanya Azmi
“Ingatkan tugas aku membantu si Amy tu sudah selesai, rupanya tidak..”kata Azmi lagi.
“Dalam hal ni susah aku nak cakaplah kawan..”jawab Helmi
“Ini hal dua negara. Budak-budak tu di bawah jagaan si bapa kerana Amy tidak layak kerana
dia tidak ada sumber pendapatan. Tetapi si bapa beri hak penjagaan kepada Amy kerana
budak-budak itu bawah umur bersyarat Amy ada di sini. Kerakyatan seseorang kanak-kanak
mengikut kerakyatan di bapa sekiranya di bawah 21 tahun, tetapi boleh ditukar kepada
kerakyatan si ibu sekiranya si ibu membuat permohonan kerakyataan dan juga pembubaran
kerakyatan sedia ada” jawab Helmi.
Berbelit-belit, buat Azmi antara faham dengan tidak..
Bercelaru, namun dia tetap angguk, bagaikan dia faham seratus peratus.
Simpan sikit yang dia tidak faham, nanti tanyakan kemudian untuk penjelasan, jika perlu.
“Aku kasihankan si Amy tu. Apa punya bapak.. dulu tak kesahkan yang dia ada anak. Bila
sudah tak ada mahu pulak. Sengaja mahu menjeruk hati si Amy tu je. Dia tahu Amy tak boleh
berpisah dari budak-budak tu” kata Azmi
Helmi angguk.
“Apa nama bapak..hemm., Mosa.. ya Mosa. Kata Amy, dia sudah ada pengganti, orang SA,
apa lagi.. boleh ada anak baru. Yang ada pada Amy jugak yang hendak dia rebut..” kata Azmi
sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Kau ada suggestion ke Helmi?”tanya Azmi
Azmi menjuehkan bibirnya, kepala tergeleng-geleng.
“Ada.. tapi tak tahulah boleh berjaya atau tidak..”jawab Azmi
“Macammana tuh!” bersungguh-sungguh Azmi ingin tahu.
“Amy boleh apply citizenship Malaysia untuk anak-anaknya dengan alasan akan
bermastautin dengannya di Malaysia. Dia boleh buat di man-mana pejabat Imigresen. Selepas
itu dia kena membubarkan kerakyaan SA anak-anaknya. Dia kena pergi Kedutaan Afrika
Selatan untuk prosedur pembubaran, kena bawa salinan permohonan baru dan dia kena isi
borang pembubaran. Kerja leceh sikit tetapi berbaloi untuk budak-budak tu. Terutama bila
mahu apply mykid dan IC nanti.” Kata Helmi
Yang ini Azmi faham.
123
“Eh.. kopi dah sejuk tu, kita minum. Asyik bercerita je”kata Azmi terus dia menghirup kopi
yang masih panas.
Sengaja mahu memberhentikan perbualan dari asyik bercerita masalah orang. Sedangkan dia
tidak ada kena mengenakan dengan mereka. Pandai-pandailah dia hendak mengelak. Sudah
berjaya selamat sampai ke Malaysiapun sudah seribu rahmat.
Itu omel Azmi di dalam hatinya.
Betulkah yang dia tidak mahu ambil campur lagi urusan Amy?
Hemmm…
Sudah satu hari pertemuan Azmi dan Helmi berlalu. Namun entah mengapa, Azmi rasakan
tugasnya membantu Amy masih belum selesai.
Dia tidak dapat melelapkan mata.
Siang tadi bukan main lagi memberitahu sudah tidak mahu ada kena mengena dengan urusan
ini, tapi kini lain pula!
Kenapa?
Dia bukan saudara mara Amy.
Bukan juga sahabat.
Bukan sekampung.
Tidak ada pertalian darahpun, melainkan insan sesama islam dan berkongsi tempat kelahiran
yakni di Malaysia.
Terkilan rasanya Azmi sekiranya dia tidak dapat membantu Amy. Andai kata tidak dapat
membantu menukar kerakyatan kedua budak lelaki itu, sekurang-kurangnya dia perlu
membantu dengan memberitahu prosedur seperti yang diterangkan oleh Helmi siang tadi.
Tetapi bagaimana?
Azmi tidak ada alamat mahupun kontak telefon.
Facebook mahupun e-mel.
Aduh..
124
Yang tinggal hanya cara dia mencarinya sendiri di Malaysia berpandukan alamat dan bantuan
Wisma Putra dan Helmi semestinya.
Masalahnya?
Dia kena pulang ke Malaysia!
Sedangkan Azmi tidak berminat untuk pulang ke Malaysia..
Habis bagaimana?
125
Di Malaysia
Amy mengulis kedua belah tangannya. Rasa pijar selepas selesai memotong cili. Tadi, ada
juga rasa tersedak dek habuk cili. Hari ini memang asyik mengalir air mata sahaja. Bukan
kerana menangis tetapi kerana bau hirisan bawang dan debu cili.
Apa hendak dikata. Demi mencari rezeki yang halal untuk dirinya dan juga kedua anak-
anaknya. Harap-harap budak-budak tidak terasa hangat pijar cili kerana Amy baru sahaja
mengusap kepala mereka yang sedang nyenyak tidur.
Amy juga berharap agar Suffian tidak singgah di gerainya, hari ini.
Amy tidak rela menjadi pemegang watak utama lagi untuk drama yang diarah oleh Suffian.
Cukup, cukuplah!
Tetapi dia perlu hadap segalanya demi untuk menampung keperluan dia dan anak-anak.
Tetiba dia teringat kata-kata semangat yang diberi oleh Dora..
“Di Malaysia, macam-macam boleh mendatangkan rezeki. Jual goreng pisang, jual nasi
lemak.. pun boleh menjana pendapatan. Yang penting usaha”
Ahhh! Kata-kata itu tiba-tiba berulang-ulang berlegar di gegendang telinga Amy.
“Terima kasih, puan..” bisik Amy lalu tersenyum.
“Ya puan.. saya sudah menjadi menjual nasi lemak sekarang…” jawab Amy di dalam hati.
Tetapi!
Sampai bila?
Amy tunduk.. tiba-tiba dia terfikir, dia perlu berusaha lebih lagi. Bukan setakat hanya
berniaga kecil-kecilan begitu untuk menyara dia dan anak-anak. Mungkin sekarang rasa
126
mencukupi kerana ada bantuan dari emak dan abah, malah anak-anak masih kecil dan
bersekolah rendah.
Apa akan jadi jika sudah sekolah menengah?
Pengajian Tinggi?
Eh! Boleh je dengan berniaga.
Sekarang dimulakan dengan gerai pacak. Bila ada modal, boleh beli gerai beroda yang
macam gerai burger. Bila modal bertambah boleh cari kedai yang berhampiran.
Jauh betul fikiran Amy memikirkan masa depan anak-anaknya.
“Tak tidur lagi?..” terkejut Amy apabila ditegur oleh emaknya.
“Kejap lagi..” jawab Amy sambil berpaling ke arah Mona yang dilihatnya meninggalkan
dirinya tanpa menoleh .
Di dalam hati berbisik.
“Apalah mak ni.. Kita baru hendak berangan menjadi jutawan nasi lemak. Tiba-tiba hilang
terus kedai dan stall burger yang Amy bayangkan..”
Sambil tersenyum, Amy juga menuju ke biliknya.
Bayangkan, dia sepatutnya berada di dalam bilik berhawa dingin. Hanya perlu mengira wang..
wang.. wang. Bukan wang kepunyaannya, tetapi wang orang yang menyimpan di
perbankannya. Maklumlah dia adalah seorang pegawai bank.
Semua urusan menggunakan komputer. Ribu riban jumlahnya.
Tetapi kini, tak perlu guna komputer. Cukup sekadar mengira dengan jari sahaja.
Itu hanya sementara.. tengoklah nanti pabila sudah jadi taukeh nasi lemak viral!
Amy tersenyum memikirkan angannya.
Esok menunggunya.
Esok, Amy dan nasi lemak
127
Terkocoh-kocoh Amy yang sebok melayan pembeli digerai pacaknya. Ada pembeli yang
selalu singgah, Amy sudah kenal. Ada yang tidak dia kenal, ya mungkin baru pertama kali
singgah.
“Amy,,!” dengar suara seorang lelaki menyapa namanya.
Suara itu mampu membuat Amy terkesima!
Terpana bola mata Amy ke arah suara.
Persoalan “Betulkah apa yang dia nampak?”
Adakah dia yang betul-betul di hadapannya kini adalah nyata atau hanya ilusi?
Jantung berdegup kencang. Bagaikan melonjak jantungnya keluar apabila melihat lelaki yang
berdiri segak di hadapannya.
Entah kenapa, perasaan gembira Amy bertemu si lelaki lain macam pula rasanya.
“Abang?,, Eh! Macammana tahu Amy kat sini?” soal Amy lalu menanggalkan apron dan
terus mengajak si lelaki duduk di salah satu kerusi yang hanya ada dua buah.
Si lelaki hanya geleng. Dia merasa lebih selesa berdiri di hadapan perempuan yang sudah
jenuh dia cari.
“Abang locate address Amy dari Wisma Putra.., nasib baik kerani kat situ mahu tolong dan
bekerjasama dengan abang..” jawab Abang Azmi.
“Amy.. budak-budak sihat?” tanyanya lagi.
“Sihat bang..” jawab Amy kendur.
“Abang tunggu Amy habis niaga, nanti jemput ke rumah je bang..” pelawa Amy
“Hemm.. okey! Tadipun abang dah sesat.. entah ke mana? Nasib baik ada yang kenal Amy
dan tunjukkan abang kat sini..”jawab Azmi.
“Abang duduk dulu la.. ujar Amy lagi
Tidak betah Amy membiarkan tetamu jauh hanya berdiri. Akhirnya Azmi setuju.
“Amy?” jerit Mona.
128
Aduhai… emak tidak cukup tangan melayan pembeli sendirian.
Amy tidak mampu berbual lama.
Panggilan dari emak membuat dia membuat keputusan, perbualan jejak kasih Abang Azmi
boleh disambung lagi.
Pelanggan perlu dilayan agar tidak lari.
“Bang.. tunggu kejap ya. Lepas ni kita sambung..” kata Amy tanpa menunggu jawapan dari
Azmi yang hanya mampu memandang Amy melayan pembeli yang asyik memandang
dengan kerlingan mata ke arahnya.
Di dalam kepala bertanya-tanya, bolehkah pelawa orang ke rumah. Sedangkan itu rumah
emak. Dirinya dan anak-anak pun menumpang. Harap emak dan abah tidak keberatan.
Biar mereka berkenalan dengan lelaki yang selalu bermain di bibir Amy. Lelaki inilah yang
banyak membantu di waktu susah dan getir di negara orang dulu.
Lelaki ini juga yang berjaya membantu Amy dan anak-anak keluar dari negara Nelson
Mandela itu.
Sampai mati, Amy tidak akan terbalas jasa lelaki ini.
Namun nun di seberang jalan, ada sepasang masa yang hanya memandang gelagat Amy dan
seorang lelaki yang tidak dia kenal dari jauh.
Di dalam hati Suffian tertanya-tanya, siapakah geragan si tetamu? Yang pasti itu bukan bekas
suami Amy kerana lelaki itu adalah lelaki melayu. Bukan lelaki melayu Cape sepertimana
yang dia tahu.
Yang paling membuat Suffian bertambah hairan ialah apabila Amy asyik menoleh ke arah si
lelaki setiap saat..
Siapakah agaknya si lelaki itu ah!
Satu soalan yang mampu membuat Suffian bingong..
Adakah dia akan kehilangan perempuan itu sekali lagi..
Muncul kekesalan pada dirinya yang terlalu bertindak kasar tempoh hari.
Aduhai!!!
129
Azmi yang duduk bersetentang dengan Pak Aminuddin hanya mampu tersenyum tanpa
membuka kata. Dia hilang punca untuk berbicara.
Tajuk perbualan apakah yang sepatutnya dia buka?
“Pakcik mahu ucap terima kasih nak… banyak bantu anak pakcik dan budak-budak masa di
Cape Town dulu..” akhirnya Pak Aminuddin yang membuka bicara.
“Tak ada apa-apa pun pakcik, sudah tugas saya selaku pengerusi persatuan rakyat Malaysia di
sana” jawab Azmi ringkas.
“Uncle!!!”Serentak bunyi suara membuat Azmi tertoleh.
Tetiba menerpa Halimi dan Hakimi yang baru sahaja turun dari bas sekolah, memeluk si
lelaki yang mereka panggil uncle.
“Hey! How are you doing… both of you.!!.” tanya Azmi
“Baik .. uncle..” jawab kedua-dua budak lelaki itu.
Soalan bahasa inggeris yang dijawab dengan bahasa melayu membuat Azmi angkat kening,
tersenyum ke arah Amy, dia bangga. Baru beberapa bulan pulang ke Malaysia, mereka sudah
mampu menguasai bahasa ibunda mereka.
“Syabas!”
“Hakimi.. Halimi.. masuk tukar baju dan lepas tu pergi makan dulu..” arahan dari Amirah
yang berdiri tegak menatang dulang.
Kedua-dua beradik itu berlari ke bilik mereka. Arahan dari mummy perlu dipatuhi segera.
“Abang makan sini tau?”kata Amy lagi, kali ini ditujukan kepada tetamu.
Amy yang memaksa, membuat Azmi tidak mampu menolak.
Persetujuan sudah dibuat oleh Amy.
“Ya..Azmi, kita makan apa je yang ada, makcik kau masak..” sambung Pak Aminuddin.
Nampaknya Azmi betul-betul tidak berdaya menolak rezeki, apabila ketua keluarga yang
bersuara.
Lantas Azmi angguk.
Perlakuan itu buat hati Pak Aminuddin gembira.
Apalah sangat pelawaan makan yang satu hari berbanding dengan huluran pertolongan yang
tidak terhingga kepada Amy dan anak-anaknya di perantauan oleh lelaki itu.
130
Banyak boraknya mereka di meja makan. Hanya gelak tertawa yang di bawa, tanpa kesah
sedih. Biarkanlah kesah-kesah duka itu ditiup angin banjaran titiwangsa. Peristiwa itu
sudahpun menjadi sejarah, buat apa dikenang!
“Terima kasih Abang bawa keoksister tadi.. sedap. Amy baru nak buat untuk emak rasa..ni ah!
Abang bawa original dari Afrika Selatan..” kata Amy setelah menghulurkan piring berisi
keoksister sebagai juadah manisan selepas makan.
“Sedap rupanya benda alah tu!, Macam donat disira gula kueh keria..”sampuk emak.
“Ya.. makcik, memangpun donat bersira gula..”jawab Azmi sambil mata menjeling kepada
Amy.
Lagak bagaikan kenalan mesra antara Amy dan Azmi.
Hakikatnya Amy hanya bertemu Azmi di Cape Town sekiranya dia memerlukan pertolongan.
Keadaan di waktu Cape Town berbeza.
Di sana status Amy adalah seorang isteri.
Kini di Malaysia bukan lagi isteri sesiapa, Mosa sudah menjatuhkan talak kepadanya, malah
sudahpun tamat edah.
Kini dia adalah seorang ibu tunggal dengan package dua budak lelaki.
Tak salah sekiranya mereka menyimpan perasaan diantara satu sama lain.
Betul tak?
Tepuk dada tanya selera.
Hanya tuan punya diri yang mampu menjawabnya.
“Saya hendak minta diri, pakcik. Pagi-pagi esok saya mahu meneruskan perjalanan saya
pulang ke kampung. Bayangkan, kampung sendiripun belum sampai lagi ni!” kata Azmi
sambil tersengeh.
“Tapi saya ada perkara yang perlu saya sampaikan kepada Amy. Penting!”sambung Azmi
lagi.
131
Raut dan mimik muka menunjukkan betapa pentingnya perkara yang perlu dia sampaikan.
“Pakcik, saya mahu bercakap dengan Amy, sebentar”kata Azmi lagi.
Segera Pak Aminuddin memanggil Amy.
Boleh di lihat Amy yang tergera-gesa menghampiri bapanya.
“Azmi ada perkara nak beritahu, katanya” ulang Pak Aminuddin.
Mengulangi apa yang dia dengar sebentar tadi.
“Ya, bang..?”tanya Amy dengan muka yang hairan.
“Macam ni..”Azmi meneruskan hajatnya untuk menyampaikan apa yang dia tahu.
Pak Aminuddin yang berhampiran tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang hendak
disampaikan kepada Amy. Apa yang di sebut oleh Azmi adalah beberapa butir perkataan
yang di faham. Yang lain, entah! Dia tidak mengerti. Perkataan yang dia dengar “anak,
imigresen, Mosa..
Yang dia lihat, Amy mendengar dengan tekun sekali.
Mungkin Amy faham apa yang hendak diberitahu oleh Azmi.
“Boleh ingat tak, apa yang patut Amy buat?” tetiba Azmi menguatkan suaranya.
Part ini memang Pak Aminuddin dengar dengan jelas.
Amy hanya angguk.
“Pak cik.. saya mahu bergerak sekarang. Terima kasih kepada Pakcik dan makcik yang sudi
menjemput saya makan tengahari hari ini. Sedap..”kata Azmi sambil bersalaman.
Esok dia perlu berangkat ke Melaka.
Menyedari diri mendahului kampung orang lain dari kampung sendiri.. kenapa eh!
“Ah! belum sampai kampung lagi?” terkejut juga Pak Aminudin apabila diberitahu.
Hanya senyuman nipis yang dapat Azmi berikan.
“Kampung mana?” tanya Pak Aminudin lagi.
“Melaka” jawab Azmi sepatah.
Entahlah.. betulkan kampungnya Melaka?
Bukankah di Cape town?
Sebenarnya hanya tempat lahirnya sahaja di Melaka, yang lain!
Dia tidak punya apa-apa lagi di Melaka. Azmi bagaikan berpatah arang berkerat rotan dengan
waris-waris di Melaka. Setelah berpuluh tahun di perantauan, baru sekarang dia nampak jalan
pulang ke Melaka?
132
Dia sudah tidak ada sekelumit hatipun di sana. Sedangkan dia tahu dia masih ada adik
beradik dan saudara mara. Namun Azmi bagaikan halimunan, menghilangkan diri dari radar
supaya tidak di jejaki oleh mereka-mereka itu.
Tentu ada sejarah yang membuat dia bertindak demikian?
Apakah agaknya!
Berat sebenarnya hati Azmi untuk pulang ke tempat tumpah darahnya. Namun dia perlu
gagahi kerana titik tolak ini adalah permulaan bagi dirinya untuk berada lebih dekat dengan
seseorang perempuan yang sudah lama dia cuba dekati.
Siapa lagi kalau bukan si Amirah…
Kau tahu tak Amirah?
Ada seorang lelaki yang merendahkan ego lelakinya demi kamu?
Hemmm.. Azmi tersenyum sendirian.
Kepulangannya kali ini memberi harapan untuk dia akan pulang lagi dan lagi dan lagi..
133
Azmi termenung di jendela hotel. Sunyi betul dirasa apabila bersendirian.
Sungguh pesat bandar Melaka membangun. Jauh dua ratus peratus pembangunan dari waktu
dia meninggalkan tempat itu.
Andai dulu dia tidak sesat ke pekan. Kini dia boleh sesat.
Bayangkan.. di negara orang dia hafal jalan, di negara sendiri bolehkan dia tidak jumpa jalan
pulang ke hotel penginapannya.
Nasib baik dia menyusur sungai, main hentam ingat-ingat lupa.
Itulah.. tadi di pelawa oleh Pak Aminudin untuk dia bermalam sahaja di rumahnya, tetapi
Azmi tolak. Segan pula.. Dia bukan ada apa-apa ikatanpun selain dari ikatan persaudaraan
seislam dan sahabat. Di tambah pula, ada perempuan yang sudah kehilangan suami ada
menghuni di rumah itu. Janda beranak dua.
Tidak manis dia bermalam di situ.
Dari itu.. terpaksalah keseorangan.
Bosan pula dia di hadapan TV yang disogok dengan siri yang bukan-bukan, asyik
pertandingan nyanyian. Berapa ramai agaknya perlu penyanyi di sesebuah negara?
Sudah terlalu ramai sehinggakan tidak kenal nama penyanyi-penyanyi.
Juara musim lalupun sudah tenggelam dan kini juara baru juga akan mengikut jejak juara-
juara yang terdahulu.
Walaupun sudah ramai, peraduan dan game show nyanyian tetap diteruskan..
Andai kata Azmi seorang yang tidak menggemari rancangan nyanyian, ada beribu-ribu lagi
penonton yang menyukainya.
Ada mereka kesah?
Jika suka, silalah tonton, jika tidak, tutup sahaja.
134
Pilihan di hujung jari sahaja.
Azmi memilih menutupnya…
Mata tersorot ke aliran sungai yang sebok dengan boat yang membawa penumpang mudik di
sepanjang sungai. Boat yang terang benderang dengan cahaya lampu.. nampak gah.
Walaupun tidak sehebat boat di eropah, atau Afrika Selatan namun masih boleh di kagumi.
Boat pengendalian warga tempatan. Operasi yang masih baru, dan masih ada ruang untuk
diperbaiki.
Azmi melihat panorama sekeliling Kota Bersejarah Melaka..
Wah! Terang benderang dengan cahaya dari bangunan tinggi dan hotel-hotel yang entah
berapa bintang.
Berbintang-bintang gamaknya.
Pembangunan yang memberi peluang anak bangsa mencari rezeki, Alhamdulillah.
Baru sehari pulang ke tanah tumpah darahnya, Azmi sudah mula kagum.
Jangan sampai lupa pula misi esok, mencari jejak kasih. Kampung halaman.
Bagaimanalah agaknya rupa perubahannya.
Jangan sesat lagi sudahlah..
Harapan Azmi bertemu sesiapa sahaja yang masih mengenalinya di kampung kelak..
Haliza, adik perempuan bungsu..
Azman, abangnya..
Emak saudara dan bapa saudara.. adakah mereka masih menantinya pulang?
Dua dekat menyepi.. masyallah!
Itu satu jangka masa yang cukup panjang?
Apa kan daya.. Azmi bagaikan sudah lupa, anjakan masa dari setahun ke setahun tidak
dirasakannya.
Dua dekat berlalu tanpa dia sedar..
Tahu tahu dia sudah menambah 20 tahun umur sehingga nyaris melenyapkan asal usulnya.
20 tahun yang mampu merubah paras wajah dari usia muda ke usia matang.. Harapan
wajahnya tidak berubah terlalu banyak sehingga orang tidak mengenalinya lagi..
Wallahualam.
Itu yang dia mahu.. itulah yang dia dapat.
135
Tetapi dek seorang perempuan yang sedikit demi sedikit menguak pintu hatinya untuk
mencari jalan ke pangkal jalan.
Ahh.. inilah dia.
Dia sudah berada di pangkal jalan. Hanya perlu satu langkah sahaja lagi untuk dia
menamatkan misi pulang ke pangkal jalan.
Insyallah Azmi..
Esok akan ada jawapannya.
136
Check out dari hotel sudah dilaksanakan. Hanya sedang menunggu pemandu teksi yang
diatur oleh pihak hotel. Katanya akan tiba sedikit masa lagi.
Azmi hanya duduk di Lobi memandang keluar.
Apa lagi yang dia mampu buat, selain dari memikirkan keberangkalian pencarian.
Jumpakah dia atau tidak?
Jika berjumpa, apa akan jadi?
Jika tidak, apa pula yang akan terjadi?
Azmi memang mengharap bertemu Liza, si adik.
Azman, si abang? Entahlah!
Gara-gara tindakannya yang membuat Azmi merajuk membawa diri..
Tetapi itu dulu, kini Azmi sudah matang. Tidak akan bertindak membuta tuli seperti yang dia
telah lakukan 20 tahun lalu, maklumlah darah muda tatkala itu.
“Teksi Encik sudah sampai” terdengar suara seorang lelaki, mematikan imbasan kesah
silamnya. Azmi tahu suara itu ditujukan kepadanya kerana tidak ada orang lain yang duduk
di sofa lobi kecuali dirinya.
“Ya.. ya..” jawab Azmi.
Cepat-cepat dia bangun dan mengheret bagasi menuju ke pintu teksi yang sudah ternganga,
tersedia terbuka buat dirinya.
Terus Azmi menghenyakkan punggung di tempat duduk belakang, Si pemandu mengheret
bagasi ke bonet belakang. Terima kasih sahaja yang dapat diucapkan kepada si lelaki yang
sudah biasa dengan tugas-tugas itu.
“Mahu ke Pengkalan Balak ya Encik?” tanya si pemandu teksi
“Ya .. bang..Pengkalan Balak”jawab Azmi.
137
Dia tahu dari raut wajah si pemandu tidaklah tua sangat dan mungkin berbezaan umur yang
tidak jauh darinya.
Azmi perhatikan, si pemandu asyik memerhatikan dirinya di belakang melalui cermin
pandang belakang.
“Abang pun orang Pengkalan Balak.. Kat mana tu di Pengkalan Balak?”tanyanya lagi
Azmi mengangkat kepala, mana agaknya harus dia beritahu?
Tidak ada satu landmarkpun yang dia tahu, pasti ada perubahan sepanjang 20 tahun
ditinggalkan!
“Berhampiran Masjid ..”jawab Azmi
“Masjid Warisan atau Masjid Wawasan?” tanyanya lagi
Aduh! Buat Azmi bingong. Sudah ada 2 masjid pula di situ.
Yang pasti dia tidak tahu menahu masjid sudah diberi nama.
Malah kedua-duanya memang tidak dia ketahui.
Si pemandu mencuri-curi pandang wajah Azmi dari cermin belakang.
“Masjid yang berhampiran tanah perkuburan tu bang..”jawab Azmi.
Mengharap tanah perkuburan tidak berpindah
“Ohhh… tahu.. tahu..”jawab si pemandu membuat Azmi lega.
“Abang pun tinggal dekat-dekat situ..”katanya
Pulak dah!!!
“Kau ni anak siapa?” sambungnya
“Saya Azmi bang.. anak Zainuddin” jawab Azmi
“La.. Azmi ke? Anak Din tauke ayam ke ni!!” sambil dia tertoleh-toleh ingin melihat Azmi
dengan tepat.
Buat Azmi risau si pemandu tidak menumpukan sepenuhnya perhatian ke jalan raya.
Bahaya !!…
“Ya..” jawab Azmi pendek
“Mie.. ini aku lah.. abang Jenal..Jenal.. ingat tak?” katanya lagi
“Kita sama-sama naik bas ke sekolah. Cuma kau di sekolah Tinggi, aku di sekolah
Saujana..”boraknya lagi.
Terlopong Azmi jumpa teman sewaktu sekolah dulu.
Tetiba flash-back adengan-adengan ke sekolah menaiki bas bermain di mata..
“Jenal..Jenal makcik Maimon ke?” tanya Azmi
138
“Ye la.. aku lah tu..Ohhh lama sungguh tak jumpa kau. Kau keluar negeri dan tak balik-balik.
Aku hantar kau terus kat rumah adik kau je lah.. Si Liza ada, nanti senang kita borak-borak
lagi. Kau balik sorang je ke? “tanya si pemandu lagi.
Azmi memandang sekeliling..
Ada orang lainkah selain dari dirinya?
Dia bersendirian, tentulah dia seorang!
Apa punya soalan abang Jenal ni?
Lantas, Azmi hanya angguk.
Dan seterusnya Azmi hanya mendengar celoteh teman lama yang baru dia jumpa di
sepanjang setengah jam perjalanan.
“Dah dekat dah kita ni..”sambungnya lagi
Azmi hanya menoleh kira dan kanan, memang banyak yang berubah.
“Rumah atap biru tu rumah Liza. Aku kena drop kau kat sini je. Tak boleh masuk jauh lagi.
Pintu pagar bertutup pulak..” kata si pemandu.
“Berapa bang Jenal?” tanya Azmi
“Kau beri aku duit minyak sudahlah.. aku seronok jumpa kawan lama aku
ni..RM80.”jawabnya
Azmi menghulurkan dua keping note RM50. Dan pulangan RM20 dihulur.
“Eh! Tak pe bang..jumpa lagi nanti..”kata Azmi
Ala.. RM20 upah air liur dia yang berceloteh sepanjang berjalanan. Banyak info yang Azmi
dapat. Tidak perlu pun dia bersusah payah mencari info, dia sudah dapat banyak maklumat
yang perlu dia tahu.
“Terima kasih je ..”jawab si pemandu
Azmi mengheret bagasi dan dekat ke pintu pagar dan memberi salam
Berkali-kali salam diberi, namun tak ada seorang umatpun yang menjawab. Menjegok keluar
apa tah lagi?
Sunyi.. sepi
Rumah tidak ada penghuni gamaknya.
Azmi toleh ke arah lokasi masjid, tidak kira apa namanya Warisan atau Wawasan. Baik
sahaja dia tuju ke sana. Boleh juga dia solat dhuha sementara menunggu Zohor.
Rancangannya selepas Zohor dia akan ke rumah atap biru itu sekali lagi.
139
Jika dia ada rezeki, pasti akan dia bertemu dengan adiknya Liza. Andai kata memang dia
telah tersurat tidak akan bertemu dengan mereka-mereka yang sepatutnya, dia pasrah untuk
pulang sahaja ke Cape Town.
“Grrrrr…” bunyi bagasi yang diheret oleh Azmi. Kuat pulak tu bunyinya. Debu penerbangan
disepanjang leretan bagasi itu, namun Azmi tidak perduli. Dia tahu pasti roda bagasinya akan
rosak jika berterusan diheret di atas kerikil yang berdebu.
Namun apa pilihan yang dia ada?
Azmi menyandarkan bagasi ke dinding di pintu masuk utama masjid sebaik sahaja melepasi
anak tangga terakhir masjid. Terus dia mengambil uduk dan menunaikan apa yang telah
dirancang.
Masjid sudah cantik dan banyak benda baru. Sudah tidak ada kolah, semua sudah dipasang
paip. Karpet juga nampak seperti baru.. Alhamdulillah.
Nampaknya dia seorang sahaja yang berada di situ. Belum waktu Zohor, baik sahaja dia
bersandar ke dinding seiring dengan bagasinya. Mahu lelapkan mata, tidur-tidur ayampun
boleh.
Sudah takdir dia tidak berjumpa adiknya. Liza.
Sudah takdir juga dia tidak berjumpa sesiapapun warisnya.
Yang dia jumpa hanya teman sekolah dan teman sekampung.
Betullah.. Jodoh Pertemuan Maut aturan ALLAH.
Pencarian kali ini tidak menjanjikan pertemuan setelah berpisah lebih dari dua dekat.
Mungkin pertemuan akan berlaku apabila dia pulang ke tanah air sekali lagi..
Entah bila!
Yang dia pasti, dia akan bertemu sekali lagi dengan Amy untuk mengucapkan selamat jalan
dan memberitahu pencariannya gagal kali ini.
Azmi hanya ada Amy, insan yang dia kenal di bumi tanah tumpah darahnya.
Azmi memasang niat untuk kembali lagi ke sini, tetapi bila?
Lagi sebulan, lagi setahun atau mungkin lagi beberapa tahun..
Harap-harap bukan lagi sepuluh tahun
Wallahualam..
140
Di Perak Amy sudah berbincang dengan kedua orang tuanya. Bagaimana dia boleh lupa
tentang perkara itu.
Amy perlu segera ke Jabatan Pendaftaran untuk urusan pertukaran status kewarganegaraan
anak-anaknya. Amy perlu meminta kebenaran sekolah untuk membawa kedua-dua anaknya
ke pejabat Pendaftaran untuk urusan selanjutnya.
Dari apa yang Amy baca, permohonan mengambil masa agak lama, mungkin setahun,
mungkin juga dua tahun.
Aduh!! Lama tu? Sedangkan bekas suami sedang berusaha untuk mengambil anak-anaknya.
Ini tidak boleh jadi.
Amy harus berhijrah ke tempat yang tidak dapat dikesan oleh Mosa. Amy juga harus bersedia
agar dia tidak dapat di jejaki oleh mosa, bekas suami. Kali ini bukan berhijrah ke luar negara,
kekhilafan yang lalu cukup mengajarnya tentang hidup. Kini, dia hanya mahu berhijrah di
dalam Malaysia sahaja, jauh dari rumah keluarganya buat sementara waktu.
Perkara pertama yang perlu dia buat, adalah mencari kerja. Kerja yang boleh menyara dia dan
anak-anak.
Ruang Jobstreet diteliti.
Penat dia membaca semua iklan yang tertera. Pekerjaan yang memerlukan pemegang ijazah
atau saujana dan tidak ketinggalan berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua tahun.
Aduh! susah pula mencari pekerjaan sekarang ini.
Tetiba dia tertarik dengan satu iklan yang memerlukan seorang pembantu jururawat, tetapi
lokasinya nun jauh di tengah Pahang. Hati Amy bagaikan memberitahu, pekerjaan itu adalah
kepunyaannya, dan meminta Amy segera menghubungi pihak itu.
Cepat-cepat Amy menyalin nombor dan e-mel untuk menghubunginya.
141
Dengan bacaan bismillah… dan juga harapan yang tinggi, Amy mulakan permohonan dengan
mengisi borang yang disertakan.
Selang beberapa minit selepas borang dihantar, Amy sudah menerima jawapan berkomputer
yang memaklumkan borang sudah diterima dan sedang disemak.
Alhamdulillah..
Sementara menunggu jawapan, Amy akan meneruskan jualan nasi lemak. Sekurang-
kurangnya dia ada duit poket untuk berbelanja.
Andai kata permohonan tidak berjaya, Amy akan mencari kerja yang lain.
Sabar..
Amy akan terima sahaja kerja yang telah ditentukan oleh ALLAH buat dirinya, walaupun dia
perlu ke Sabah atau Sarawak.
Demi anak-anaknya, dia sanggup menjadi pelarian, sehingga permohonan kewarganegaraan
anak-anaknya mendapat kelulusan.
Tapi..
Ke mana?
Dengan keadaannya yang tidak mempunyai wang yang cukup.
Tidak mempunyai kenderaan.
Lagipun dia baru beberapa minggu pulang ke tanah air.. banyak benda yang dia tidak tahu
mengenai perubahan negaranya sendiri.
Amy berharap tidak banyak yang berubah, terutama mengenai undang-undang jalanraya.
Dua hari berlalu. Berita mengenai permohonan kerja, masih senyap.
Amy tidak harus berdiam diri, waktu sudah berganjak dari sehari ke sehari .
Ini memberi peluang Mosa menjejakinya.
Pening!.. Amy pening memikirkannya.
“Mak.. Amy runsing..”katanya kepada si ibu sewaktu memasak di dapur.
142
“Itu la.. mak pun risau jugak..”jawab emak dengan kerut di muka.
“Amy pergilah ke mana-mana yang Amy rasa selamat, abah doakan semua selamat…” tetiba
abah bersuara, tidak tahu bila kala dia muncul di dapur.
“Tapi bah! Amy belum bersedia, ekonomi Amy masih ketat” kata Amy memberi alasan.
“Rezeki ada di mana-mana, yang penting usaha” kata abah, sayu sahaja bunyinya.
Dia sedar, dia akan terpisah sekali lagi dengan anak perempuannya, dan juga cucu-cucu yang
baru dia kenal.
“Abah ada sikit simpanan..”kata abah lagi
“Gunalah…”sambungnya lagi.
“Emakpun ada sikit..”emak pula menyambung.
“Emak.. Abah.. nampaknya kepulangan Amy asyik menyusahkan aje..Amy malu”jawab Amy
yang terkedu dengan pengorbanan yang diberikan oleh kedua orang tuanya.
“Amy dan budak-budak bukan pergi selamanya.. cuti-cuti balik lah ke sini”jawab abah sayu.
“Esok abah hantar ke sekolah, Amy uruskan dokumen-dokumen budak-budak tu, senang
nanti nak masuk sekolah lain..”kata abah lagi.
Amy hanya angguk…
Amy memeluk ibunya ketat, air mata berjurai turun tanpa sedu.
Kemudian abah pula memeluk emak dan Amy.
Tetiba mereka terasa ada dua pasang tangan lagi memeluk mereka bertiga.
Halimi dan Hakimi bagaikan faham apa yang sedang berlaku.
Semua menitiskan air mata tanpa sedu.. biarkan air mata mengalir, jangan ditahan-tahan.
Semua terasa sedih dengan apa yang sedang direncana.
Esok, dia dan anak-anak akan melangkah meninggalkan kampung halaman sekali lagi.
Tujuh tahun yang lalu dia pergi meninggalkan mereka dengan hati yang lapang kerana si
kekasih ada di sisi.
Tetapi kali ini lain macam pula perasaannya.
Amy rasa berat dan sedih untuk meninggalkan kampung baru beberapa hari dia jejak.
Amy juga belum berfikir ke mana agaknya yang dia harus tuju!
Utarakah?
Selatankah?
Timurkah?
Baratkah?
143
Entah!
Biar sahaja gerak hati Amy yang menentukannya esok.
Gerak hati selalunya menghantar signal yang betul kepada otak.
Ya! Amy akan tunggu apa kata hatinya esok…
144
Pak Aminudin mengheret beg leret Amy. Halimi dan Hakimi hanya membawa beg galas.
Hanya abah sahaja tanpa emak. Emak tidak mahu mengikut, dikuatiri dia akan sedih apabila
melihat Amy dan cucu-cucunya melambai selamat tinggal kepadanya.
Mereka sudah setengah jam di stesen bas, Amy belum lagi memilih ke mana hendak dia tuju.
Dia sudah dua kali melintas di kaunter tiket, namun belum boleh membuat keputusan.
“Akak mahu pergi mana?”tetiba Amy ditegur oleh seorang remaja perempuan.
“Sudah dua kali saya perasan akak ulang alik…” sambungnya.
“Akak.. hem.. akak mahu ke Fraser Hill. Pertama kali naik bas… confuse counter yang
mana?”Amy secara spontan memilih Fraser Hill. Entah kenapa Fraser Hill yang terkeluar dari
mulutnya.
Kenapa tidak sebut Kuala Lumpur, atau Pulau Pinang, atau setidak-tidaknya Cameron
Highlands.
“Ohhh.. saya baru beli tiket tadi, banyak lagi seat. Orang jarang ke sana. Bas sampai Kuala
Kubu Baru dan lepas itu naik teksi ke atas. Patutlah akak tak jumpa counter tiket, sebab
memang tak jumpala.. kerana sampai KKB je..” katanya dengan sengeh.
Amypun sengeh.. nampak sangat kebodohannya.
“Di situ kak” mesra betul adik yang Amy tidak kenalpun siapa namanya.
Terus Amy membeli satu tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak. Murah sangat, tak sampai
RM20 pun untuk dia tiga beranak.
“Abah, Amy pilih Fraser Hill.. Sekejap lagi bas nak bergerak. Elok Amy naik je dulu” kata
Amy lalu mengambil beg leretnya dari tangan abah.
Tangan orang tua itu di cukup dan cuba menahan air mata yang hanya sempat bertakung di
kelopak mata.
145
Budak-budak juga pun sama.
“Abah jangan lupa contact Amy. Apa-apa Amy beritahu ya bah? Amy pergi dulu..” lalu Amy
dan budak-budak cepat-cepat meninggalkan Pak Aminudin, sebelum berlaku drama kesah
sedih.
“Jaga diri baik-baik..” jerit Pak Aminuddin lalu berjalan tanpa menoleh.
Dia juga sebak. Dia tahu Amy akan selamat di Fraser Hill, itu doa seorang ayah.
Amy menyika air mata yang tidak sempat tumpah.
Di dalam bas hanya ada beberapa orang sahaja, termasuk Amy dan anak-anaknya serta budak
perempuan yang baik hati.
Si budak perempuan duduk seat yang paling belakang. Halimi dan Hakimi duduk sederet
dengan seat Amy. Seat sebelah Amy tidak ada penghuni.
“Kak, boleh saya duduk.. lama tau naik bas ni. Kalau naik kereta baru 2 jam perjalanan. Tapi
naik bas hampir empat jam lebih.. he..he..he. Ada orang borak-borak, tak lah bosan
sangat”katanya.
“Eh! Boleh..marilah” kata Amy sambil tangannya menepuk seat yang kosong disebelahnya.
Terus sahaja si budak perempuan menghenyakkan punggung setelah meletakkan beg galas di
kaki.
Bukan main lagi bercerita si budak perempuan yang minta di panggil Ain. Amy tak tahu
nama penuhnya. Mungkin Nur Ain, mungkin Nurul Ain.. silap-silap nama lain, Ain hanya
nama panggilan manja.
Dari cerita si Ain, dia masih menuntut dan sekarang cuti semester. Dia ke Ipoh bertemu
kawan. Dia memang sering ke sana. Ibunya, seorang ibu tunggal dan ada membuka
restaurant di Fraser Hill. Ain juga anak tunggal.
Amy tidak bercerita tujuan dia ke sana. Tidak perlu Ain tahu. Tambahan Ain tidak bertanya,
baik sahaja diam.
Masa berlalu bagaikan angin lalu. Andai dulu sewaktu Amy menaiki bas dari Cape Town ke
Pretoria, Amy merasakan terlalu lama, kerana hatinya gusar sewaktu itu. Kini kerana ada
teman berbual, empat jam bagaikan satu jam sahaja dirasa.
146
“Kak, kita sudah hendak sampai di KKB ni..” kata Ain
“Ye ke?” tanya Amy.
Yela.. seperti tidak percaya, empat jam terbang dibawa angin lalu.
“Lepas ni kita naik satu teksi.. murah sikit..”kata Ain lagi.
“Yela dik.. akak ikut je, akak bukannya biasa ke sana..” kata Amy mendatar.
Ain sengeh…
Semua diam sahaja di dalam teksi. Ain pun tidak bercakap sangat, hanya sepatah dua, itupun
jika perlu. Mahunya tidak, jalan seperti ular kena palu, teksipun berganjak perlahan. Amy
bagai mahu berada di depan stering!
Tetapi? Ada beranikah?
Baik sahaja duduk diam di belakang sambil menekmati pemandangan hutan dan jeram yang
terhidang. Biarkan sahaja si pemandu membawa mereka ke destinasi. Dia lagi faham di mana
selekoh dan di mana bukit. Mungkin sudah beribu kali dia berulang alik turun dan naik.
Itulah, perjalanan hampir setengah jam, tetapi naik pening dibuatnya. Bukannya jauh
sangatpun, tetapi disebabkan structure jalan yang bengkang bengkok dan juga jeram yang
curam, memaksa si pemandu 200% berhati-hati.
Setelah tergeleng-geleng di dalam kenderaan, bukan kerana tidak bersetuju atau tidak faham
tetapi tergeleng Amy turut rasa seriau dan cuba menambah sepasang lagi mata, selain mata
pemandu. Akhirnya mereka sampai di pekan Fraser Hills.
“Wah.. cantik dan udara yang cukup nyaman…” bisik Amy sambil menghela nafas panjang,
tanda lega dan juga tanda gembira.
“Mummy..!”Halimi memanggil Amy yang entah kenapa bagaikan bingong sahaja.
“Cantik kan tempat ini.. Mummy!” kata Halimi lagi.
“Ya.. sayang..Cantik” jawab Amy, mengiyakan apapun pandangan si anak.
“See that clock tower.. Wah!!” kata Hakimi pula.
147
“Hemm…”jawab Amy si ibu.
Apa lagi yang perlu dia jawab.. cukup sahaja jawapan yang diberi bagaikan bunyi kumbang
dalam lubang.
“Kak?” tetiba Amy tertoleh ke arah suara.
Amy kerutkan muka.
Ada lagi pesan dan maklumat yang perlu Ain beritahukah?
“Apa akak lambat sangat, mari ikut saya” suara si Ain nyaring.
“Ke mana?” soal Amy. Kerana dia tidak buat apa-apa perancangan lain selain dari
menumpang naik sama ke Fraser Hill, kini dia sudah sampai. Tetapi kenapa Ain bagaikan ada
perkara yang belum selesai!
“Jumpa emak saya. Saya mahu perkenalkan akak kepada emak saya..”jawapan Ain buat
Amy serba salah.
Pertolongan Ain sudah banyak, nanti terhutang budi dari emaknya pula.
Amy tidak mampu berhutang budi banyak sangat dari insan yang baru dia kenal.
Tidak terbalas rasanya.
Ain muncul bagaikan satu rahmat yang menyelesaikan satu persatu perkara yang Amy
runsingkan.
Perlukah Amy mengikutnya kali ini?
Tidak risaukah dia membawa tetamu yang baru beberapa jam dia kenal?
Amypun sangsi.. entah siapa sebenarnya si Ain?
Amy memimpin Halimi dan Hakimi di kiri dan kanannya..
Beg leretnya sudah disambar oleh Ain dan berjalan laju ke hadapan..
Ahhh…. Mahu tidak mahu, kaki Amy terus melangkah mengikut si gadis genit yang sudah
tegak berdiri menunggunya.
Amy main redah.. lagipun memang dia tidak tahu kemana hendak dituju?
Setiap langkah hati Amy berbisik..
Ya ALLAH lindungilah kami hambamu yang kerdil yang sedang bermusafir ini Ya ALLAH
148
“Assalamuaaikummmm.. mak! Kita ada tetamu ni..” jerit Ain dari jauh.
Ain membawa Amy ke restaurant milik ibunya.
“Eh! Duduk..duduk.. Ain minta untie Murni buatkan air, tentu kau orang dahaga. Dari mana?
Dari Ipoh ke sama Ain?”tanya emak Ain.
Dia bertanya, dia juga sendiri yang memberi jawapan.
“Ya.. kak, dari Ipoh..”jawab Amy
Air yang dihidangkan oleh Ain diteguk.
“Ain..Ain.. malulah akak, Ain ni..”kata Amy setelah menahan Ain dari beredar.
“Kenapa hendak malu pulak Kak? Mak Ain.. dia okey” jawab Ain lalu terus meninggalkan
Amy dan muncul beberapa minit kemudian dengan popia goreng.
Halimi dan Hakimi terkulat-kulat melihat popia yang sedang panas, alangkah sedapnya
dimakan di waktu perut perlu diisi dan ditambah dengan cuaca yang dingin yang membuat
perut bertambah keroncong.
“Dik.. makan.. makan..” kata Ain.
“Nanti kita lunch ya? Ainpun dah lapar ni.. tadi breakfast sikit je sebab nak tunggu masakan
emak Ain. Sedap.. kat sini orang memang kenal dengan emak Ain yang pandai masak. Orang
gelar emak dengan nama Kak Mai Hailam..Maeyza Hailam hem” kata Ain dengan
bangganya.
Secara tidak langsung, Amy tahu yang nama ibunya adalah Maeyza.
Terima kasih Ain..
“Maaf ya.. akak sebok sikit kat dapur. Orang baru lepas lunch break, tadinya tak kering
tangan dibuatnya, ramai pulak yang datang sini, sejak-sejak ni..” tetiba muncul Maeyza dan
duduk berhadapan Amy.
149