The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-07-31 02:07:55

PASRAH DENGAN TAKDIR INI

PASRAH DENGAN TAKDIR INI

“Kejap lagi kita makan.. akak sudah minta budak akak di dapur siapkan. Ain! Mari makan
sekali.. “laung Maeyza, apabila terlihat kelibat Ain yang entah apa lagi yang dibuatnya di
dapur.
“Kita lunch nasi ayam aje kali ni.. ah?”kata Ain yang baru meletakkan sedulang nasi ayam
untuk berlima.
“Ini signature dish mak..kan mak?”kata Ain bangga.

“Ada-ada je budak ni…”kata Maeyza sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Segan pula dirasanya apabila si anak bukan main lagi bangga dengan masakannya.
“Bismillah..kita.. mari teruskan..” ucap Maeyza, cuba melindung apa yang dia rasa.
Merekapun makan sambil berbuah-bual.
Memang sedap nasi ayam si tuan rumah. Halimi dan Hakimi pun habis sepinggan, sampai
tinggal tergolek-golek tulang, timun dan tomato. Budak-budak, apa sahaja yang ada ayam,
semuanya sedap..tetapi sayur mereka tidak geng.
“Amy ada kerja ke datang ke sini?” tetiba Maeyza bertanya soalan yang Amy tidak ada
jawapannya.

“Argggh…arggh..arggh..” Amy teragak-agak hendak memberi jawapan.
Dia tidak pandai berbohong.
Hendak cari kerja sebenarnya.
Maknanya dia ke bukit ini belum ada kerja.. baru mahu mencari kerja.
“Tak pe.. tak pe..”kata Maeyza, apabila melihat Amy yang tergagap-gagap hendak menjawab.
“Ni nanti tinggal mana?”tanyanya lagi.
Satu lagi soalan yang Amy tidak ada jawapan.
Baik aje diam…dan senyum.
“Ain, pergi check homestay.. kunci tempat biasa, bawa Amy dan budak-budak rehat..”kata
Maeyza lagi.

“Kak.. berapa satu malam homestay akak? Saya nak cari rumah sewa murah-murah je. Kena
cari kerja dulu..”kata Amy terketar-ketar.
Tetiba terjawab soalan tujuan dia ke bukit ini. Dia belum ada kerja dan sedang mencari.
Maeyza tersenyum..
Amy gabra kerana dia harus berjimat cermat dengan kewangan yang dia ada.

150

“Dik.. sini tak ada rumah sewa bulanan. Semua sewaan harian. Semua mahal-mahal. Kalau
adapun rumah sewa bulanan, jauh sikit dari sini. Kena ada kenderaan sendiri. Apa kata,
Amy duduk sini dulu sampai dapat kerja, itupun kalau Amy setuju”kata Maeyza, memujuk
Amy
“Akak dan Ain baik sangat.. tak terbalas saya..”kata Amy.
Segan rasanya, di layan sedemian rupa.
“Amy.. bukan Amy je yang akak bantu, ramai dah!.. entah kenapa, akak tetiba dapat rasa
Amy dan budak-budak ni perlu dibantu..”kata Maeyza sambil menggesek kepala kedua-dua
budak lelaki itu.

“Terima kasih kak.. memang saya rasa terharu..”jawab Amy
“Kejap lagi ikut Ain..dia bawa ke homestay kecil akak..taklah hebat macam hotel. Rumah
biasa je”kata Maeyza lagi.
Sejurus muncul Ain lalu mengheret beg Amy tanpa meminta kebenaran.
“Jom .. kak”katanya.
Amy memang rasa terharu.
Baik hati betul kedua-dua beranak ini.
Memanglah Ain bagaikan penyelamat Amy dan anak-anaknya.
Sejak Amy berjumpa Ain, satu persatu perkara yang merunsingkan Amy dapat diselesaikan.
Ya Allah.. Amy bersyukur kerana ketemukan insan yang bernama Ain. Nama sebenar tidak
Amy ketahui.

Longlai dia mengikuti Ain yang sedang berjalan bersama anak-anaknya.
Di kepalanya terfikir..
Saat ini, detik ini, bermulalah penghidupan barunya sebagai seorang pelarian!

151

“Trang…” bunyi kuat dari dapur. Bunyi seperti periok jatuh.
“Ain.. cuba tengok kat dapur..Tompok tu “ terdengar suara nyaring Maeyza.
Menuduh si kucing bernamaTompok punya angkara, menyelongkar dapur.
Ain yang baru lepas bersolat subuh, berjalan dengan longlai menuju ke dapur tanpa sepatah
bicara.
Aduhai Tompok.. ada-ada sahaja pagi-pagi buta ni.
Tompok si kucing memang kurang ngam dengan Ain. Dengar suara Ain sahajapun dia sudah
seperti huru hara mencari jalan keluar.
Ain bukan seorang yang kejam, Cuma pada pandangan Ain, jika nakal kena denda,
Jadi, andai Tompok sudah melakukan kesalahan, jawabnya dia kena denda. Dendanya
bukanlah berat, Cuma kena pukul manja-manja sahaja.
“Pagi-pagi lagi Tompok dah masuk mengelongkar! Dari mana pula dia masuk pagi-pagi ni..
rasanya sudah keluarkan dia malam tadi”omel Maeyza lagi.
Dia terus bersiap untuk ke dapur, tugasannya seperti biasa, menyediakan sarapan untuk
restaurantnya.

Ain terhenti seketika apabila melihat ada seorang perempuan sedang membongkok mencari
sesuatu di kabinet.
“Kak! Cari apa?” tanya Ain
Pertanyaan Ain membuat si perempuan terkejut dan hilang perkataan untuk menjawab soalan
Ain.
Terperanjat dia.
“Aaaa.. akak cari baking powder. Tepung akak sudah jumpa” akhirnya Amy menjawab,
terketar-ketar.

152

Orang sudah buat salah.. sudah tertangkap mencuri dapur dan peralatan rumah orang,
pastinya terasa malu.
“Akak nak buat apa? Nak buat kek ke?” tanya Ain lagi.
Ain memang tahu, kek memerlukan baking powder.
“Tak. Bukan kek. Akak mahu macam donut tapi bukan donut..”jawab Amy
“Donut bukan guna yeast ke?”tanya Amy.
Amy hanya senyum.
Tangan Amy terus menghulur satu tin kecil berwarna merah ke tangan Amy yang masih
terkejut.

“Ahah.. macam donut..”jawab Amy perlahan.
“Akak mahu bahan apa lagi?”tanya Ain.
Baik sungguh tuan rumah kepada seseorang yang boleh dikatakan penceroboh dapur.
“Gula..”jawab Amy yang sudah tidak gambra lagi kerana si tuan rumah nampaknya tidak
memarahinya menyelongkar, malah turut membantu. Amy lega.
“Nah!”Ain menghulur sebalang gula castor yang biasa digunakan untuk menyalut donut.
“Tak.. gula biasa je” kata Amy.
Tetap menyambut balang yang dihulur lalu meletakkannya ke tepi.
“Kata nak buat donut? Itulah gulanya!”kata Ain lagi. Tinggi sahaja nadanya.
“Macam donut, tapi bukan donut..”jawab Amy.
“Nah..” sekali lagi Ain menghulur satu balang gula kasar.
Dan Amy meletakkannya Bersama bahan-bahan yang telah dia asingkan selonggok di atas
meja.

“Ain ingat si Tompok tadi yang menyelongkar.. rupanya hakak!” kata Ain sambil tersenyum.
Nasib kau baik Tompok.. seandainya si Tompok yang tertangkap sewaktu ini, sudah pasti
kena denda.
Hem Hemm..
“Adik-adik belum bangun lagi ke kak?”tanya Ain sambil mata memandang ke arah Amy
yang sedang mengacau butter, sebiji telur bersama sedikit susu yang di ambilnya di dalam
peti sejuk.

“Ha ah.. ada..”jawabnya.
Jawapan yang pendek namun tidak menjawab soalan Ain.

153

Tidak mengapa, tidak pentingpun. Ain anggap itu jawapan yang sepatutnya dia dengar.
“La.a.kau orang berdua buat apa ni? Lama sangat si Ain menghalau si Tompok buat akak
risau. Rupanya bukan si Tompok, patutlah,,” tegur Maeyza yang bersuara betul-betul di muka
pintu dapur.
“Maafkan saya kak… saya nak guna dapur akak kejap”Kata Amy
“Mahu masak apa? Sekejap lagi sampailah budak-budak kitchen helper tu nak prepare
breakfast”jawab Maeyza lagi.
“Gunalah.. dapur ada banyak..”sambungnya lagi.
“Kak Amy nak buat breakfast macam donut tapi bukan donut.. tu yang Ain tunggu ni
mak?”kata Ain.
“Ala kak.. saya tak pandai masak sangat.. rasa terhutang budi sangat, kenalah ringan tangan
tu sikit.”kata Amy
“Yela… bunyi macam sedap.. donut tapi bukan donut. Akakpun mahu tengok jugak
macammana rupanya”kata Maeyza lalu meninggalkan dapur menuju ke ruang restaurant.
Banyak perkara yang perlu dia buat. Kemas-kemaskan meja dan ketepikan float duit supaya
ada duit tukar sekiranya pengunjung restaurant membayar dengan note besar.
Biarkan Amy dan Ain dengan menu sarapan baru “Macam Donut tetapi bukan Donut” sambil
Maeyza mengengetkan keningnya memikirkan kueh apakah itu?

154

Ain leka melihat Amy pantas menyediakan sarapan mereka. Bancuhan tepung yang sudah
diuli diperap sebentar. Amy menjerang air bersama secawan gula, seketul kayu manis dan
sedikit perahan lemon. Nasib baik dapur restaurant ada segala bahan. Harap-harap mereka
tidak marah Amy telah menggunakan bahan-bahan tersebut. Sebaik sahaja gula menggelegak,
Amy padamkan api. Tidak mahu pula gula jadi ceramel pula nanti. Bau kulit kayu manis dan
lemon cukup membuka selera..

Wahhhh…
“Ain, mari tolong akak gentel ni..!” kata Amy apabila melihat Ain hanya duduk memerhati.
“Buat apa kak?” tanyanya cukup teruja.
Bukan dia tidak biasa dengan kerja-kerja di dapur. Kerja gentel mengentel memang dia suka,
ibaratkan bermain playdough.
“Ni ah! Ikut akak..” kata Amy
Amy mengentel tepung panjang dalam sejengkal setiap satu. Dia mengambil 3 untai dan
menjalinkannya seperti tocang rambut, lalu disusunnya ke dalam dulang.
Apa namanya kueh macam donut tapi bukan donut ni kak?” tanya Ain.
“Keoksisters” jawab Amy sepatah
“Ah!” Bunyi terkejut sahaja Ain. Susah pulak hendak menyebutnya.

“Kaksisters..?”sebut Ain
“Bukan dik.. koksisters, macam orang Kelantan panggil kakak “ jawab Amy, seraya
tersenyum simpul. Entah tetiba teringat pula dia contoh yang paling tepat menyebut nama
kueh yang sedang mereka gentel.
“kok..” ulang Ain tetapi tangan tetap menyimpul adunan bentuk tocang rambut.
Gentel punya gentel, dapat 7 set.

155

Kemudian dia menggoreng tepung tocang itu sehingga perang.
Akhir sekali, dia merendamkan satu persatu gorengan ke dalam air gula.
Lalu disusun ke dalam piring.
Berkilat-kilat nampak simpulan tocang yang terendam air gula.
Siap..

“Ain tunjukkan akak kopi .. gula akak sudah jumpa” kata Amy.
Lalu diambilnya serbok kopi yang dihulur Ain tanpa berbicara.
Cepat sahaja dia menyusun cawan ke dalam dulang bersama sepiring keoksisters.
Lalu beredar ke meja restaurant. Amy tahu Maeyza tentu sudah sedia ada di sana. Ain
terhinjut-hinjut menyusul di belakang.
“Dah siap ke kueh rupa macam donat yang bukan donat tu?” usik Maeyza, tersenyum.
”Siap..siap!!” jawab Amy dari jauh.
Suara si tuan rumah memaksa Amy berjalan laju.
Lalu diletaknya dulang yang berisi air kopi panas bersama si donat tocang.
Maeyza memegang si tocang perlahan-lahan, maklumlah masih melekit oleh air sira gula.
Memang dia teruja hendak rasa.

Lalu digigitnya dan mata memandang ke atas..
Sekali gigit, air gula meleleh keluar dari gigitan kueh tersebut. Secara spontan, tangan kirinya
menadah air gula sebelum jatuh ke lantai.
“Hemm.. sedap” katanya, tidak sempat ditelan sudah hendak berbicara.
Amy tersenyum apabila perempuan yang baik hati yang memberi dia tempat berteduh,
berpuashati dengan sarapan yang dia sediakan.
“Amy.. apa kata Amy buat kueh ni sebagai menu baru akak.. boleh? Kita mula hari ini
sebagai pengenalan”katanya dengan jelas setelah habis sekeping ditelannya.
Amy hanya tersenyum gembira.
Tidak sia-sia dia belajar beberapa resipi melayu cape sepanjang 7 tahun di sana.

Amy mulakan dengan menu sarapan.
Esok lusa mungkin lauk pauk pula.
Tidak banyak bezanyapun dari resipi nusantara, cuma ada penambahan serba sedikit
mengikut apa yang terdapat di sana.

156

Sebagai contoh ikan bakar. Mereka menyapu jem apricot untuk menghilangkan rasa hanyir,
sebagai mengganti asam jawa.
Nampak gayanya dia akan lama menumpang di rumah inap kepunyaan Maeyza.
“Terima kasih kak.. saya uruskan anak-anak dan lepas tu akan terus ke sini”kata Amy.
Maeyza angguk.
Di dalam hati Amy bukan kepalang gembiranya. Lupa akan dirinya yang sebenarnya pelarian.
Cuba menyembunyikan dirinya dari dijejaki seseorang.
Larilah Amy.. larilah selagi kau boleh lari. Asalkan masih di dalam negara yang di panggil
Malaysia.

157

Tiga bulan berlalu tanpa Amy sedar. Cepat sungguh menular kesah di restaurant Maeyza
Kitchen ada menghidang resipi baru. Untuk sarapan ada tambahan koeksisters, bermacam-
macam jenis koessisters. Ada yang bersira gula, bersira kulit kayu manis, bersira kelapa
goreng, bersira bijan dan ada yang kosong tanpa sira.
Untuk makan tengahari ada tambahan lauk yang bukan dari mana-mana negeri di Malaysia..
memang pelik masakannya tetapi sedap, malah tidak lari dari rasa nusantara. Maknanya yang
ada rempah dan santan.

Tidak terbayang bahawa rebusan labu kuning boleh dimakan bersama dengan sira gula dan
taburan kulit kayu manis. Juga kari kambing yang menggunakan yoghut sebagai ganti santan.
Masalallah… ramai sungguh pengunjung setiap hari membuat hati Maeyza senang dengan
kehadiran Amy. Ain membawa pulang seseorang yang memberi rezeki kepada dirinya,
Alhamdulillah.

Maeyza telah menyewakan salah satu rumah inapnya buat Amy dan anak-anak supaya kekal
tinggal di situ. Murah sahaja sewaannya, asalkan Amy tidak lari meninggalkan restaurantnya.
Amy adalah aset yang berharga kepada dirinya kini. Amy juga gembira, sekurang-kurangnya
dia tidak perlu lari lagi. Rasanya dia boleh kekal di atas bukit ini, anak-anakpun sudah mula
bersekolah yang hanya perlu berjalan kaki. Selagi pihak bekas suami tidak dapat menjejaknya,
selagi itulah dia akan bertahan.

“Hey! Apa yang dimenungkan tu!” terkejut Amy apabila Maeyza menegurnya yang sedang
terleka sejenak selepas selesai mengemas dapur.
“Tak ada apa-apa, puan.. saya bersyukur bertemu puan. Puan banyak bantu saya..”tukas Amy

158

Lalu Maeyza memeluk Amy, “Amy, akakpun bersyukur Allah temukan Amy pada
akak”jawabnya buat Amy terharu.
Ada orang menghargai kehadiran dirinya, itu sudah cukup buat hatinya gembira hingga
mengalirkan air mata.
“Apa lagi yang belum selesai? Sambung je esok, bolehlah Amy balik berehat. Akak rasa
Amy tentu sudah penat” kata Maeyza.

“Sikit je lagi, puan. Tinggal susun pinggan mangkuk yang sudah cuci tu je..” kata Amy.
“Okey.. nanti Amy tutup kedai ya! Akak balik dulu…” kata Maeyza, meninggalkan Amy
yang sebok menyusun pinggan mangguk yang sudah dikeringkan.
“Bye.. Halimi, bye Hakimi, see you both tomorrow..”terdengar suara Maeyza, menegur
kedua budak lelaki yang sedang menghabiskan kerja sekolah di ruang makan.
“Bye.. untie” jawapan serentak dari budak-budak itu membuat Maeyza tersenyum menuruni
anak tangga menuju ke kereta yang terpakir di hadapan restaurant.
“Boys.. pack all you belonging, mummy is ready to go now” terdengar pula suara Amy
meminta anak-anaknya bersedia sebelum Amy menutup pintu hadapan dan mereka
menggunakan pintu belakang untuk keluar, pulang ke rumah inap yang menjadi rumahnya
kini. Pintu yang membawa rezeki sejak mereka menjejak kaki ke bukit ini, Pintu Belakang.

Sudah menjadi rutin harian, awal-awal pagi dia sudah tercogok di dapur menyiapkan sarapan
yang sudah diamanatkan oleh perempuan yang baik hati, taukeh restaurant. Amy pegang
amanat itu kerana itu adalah rezeki buat dirinya dan anak-anak. Dari hanya sekilo tepung,
kini sudah menjadi tiga kilo. Jenuh juga menguli sendirian, walaupun ada bantuan mesin
penguli, namun Amy gigih melakukannya. Niatnya agar taukeh restaurant puas hati dan juga
pelanggan gembira menikmatinya. Mengembirakan hati insan lain adalah sedekah.
“Donut tocang dah ready ke kak” Amy terdengar suara dari ruang makan.
Pelanggan pertama sudah sampai rupanya. Mungkin untuk bekalan anak sekolah kerana
memang ramai yang membeli kueh mueh untuk bekalan anak-anak ke sekolah.
“Sudah ada yang ready, tapi tak banyak pilihan lagi. Mahu ke?” laung Amy dari dapur.

159

“Boleh je la kak! Nak cepat ni… ah, budak-budak tu apa jenispun mereka suka” jelas si
pembeli. Sah untuk bekalan si anak-anak.
Bergegas Amy membawa sedulang keoksisters biasa yang bersira air gula dan yang digolek
gula castor . Baru 2 jenis yang sempat Amy siapkan.
“Amy! Biar akak uruskan yang ni..” tetiba terdengar suara Maeyza bersuara.
Boss baru sampai.

Segera Amy beredar dan meninggalkan pelanggan diuruskan oleh tuan punya restaurant.
Makin lama makin riuh terdengar di ruang makan. Ain dan seorang pembantu terus
mengambil apa sahaja yang sudah siap dari dapur. Pembantu yang bernama Sheila tugasnya
menyediakan sarapan berat seperti nasi lemak, bee hoon, kuay teow dan mee goreng.
Tugasnya mudah sahaja kerana semua bahan sudah disediakan sebelum pulang. Hanya
tinggal goreng. Nasi lemak hanya perlu menanak nasi kerana sambal sudah pun tersimpan di
dalam chiller.

Bekalan Halimi dan Hakimi sudah Amy uruskan. Sebentar lagi sampailah mereka untuk
mengambilnya dan mereka pergi ke sekolah tanpa dihantar oleh sesiapa kerana Amy sebok di
dapur. Namun kedua-dua budak lelaki itu faham dan tidak mahu menyusahkan mummy.
Mereka berdikari untuk mencari ilmu. Tidak jauhpun ke sekolah berjalan kaki, mungkin 400
meter jaraknya.

“Today, nasi lemak from auntie Shila.. okey boys” kata Amy
“Hati-hati dan jaga adik tu.. Hakimi” pesan Amy kepada si abang sebaik sahaja mereka
muncul mengambil bekalan mereka.
“Say thank you to auntie Shila”
“Terima kasih auntie…” balas si budak-budak itu serentak.
“Sama-sama” jawab Shila sambil sengeh.
Kedua-duanya hanya angguk dan secara tidak langsung memberitahu yang mereka akan
bergerak ke sekolah.
Amy hanya tegak berdiri, memandang kedua anaknya berlalu meninggalkan dirinya.
Begitulah rutin mereka sejak tiga bulan ini.

160

Amy mengurut kakinya, penat sungguh dirasakan hari ini kerana lama berdiri. Ada tambahan
tempahan 100 biji koeksisters dan 50 bungkus nasi lemak dari satu agensi yang mahu
membuat hidangan bagi majlis harijadi tergempar seorang teman.
“Mummy, sakit ke.?.”tanya Hakimi yang menghampiri Amy lalu turut mengurut kaki ibunya.
“Penat sikit…” jawab Amy lalu, mengusap kelapa anaknya.
“Sekolah hari ni bagus ke?” tanya Amy
Hakimi angguk.
Menyempil pula si adik di sisi.
“Mummy.. sakit?” dia pula bertanya, walaupun dia sudah dengar jawapan dari Amy sebentar
tadi.

Amy angguk laju. Mengetahui si adikpun mahu perhatian.
Kedua-dua budak lelaki itu dipeluknya kejap.
“Kejap lagi tidur… esok sekolah” arahan Amy.
“Maafkan mummy tak dapat hantar ke sekolah.., bila ada kelapangan mummy cuba, ya!”kata
Amy.
“Tak pe, mummy. We manage..”jawab Hakimi.
Dewasa sebelum usia. Amy senyum.

“Mummy tahu, you are a big boy now. Mummy sayang both of you” luah Amy membuat
kedua-dua anaknya terharu dan memejamkan mata mereka rapat-rapat.
Lagi kejap pelukan Amy.
Pengorbanan anak-anaknya yang berdikari demi memberi ruang untuknya mencari rezeki
sangat Amy hargai.

“Maafkan mummy..” itu sahaja ucapan yang dapat diluahkannya di dalam hati.

161

“Its time for bed” kata Amy, sebaik sahaja pelukan dileraikan dan Amy mengucup dahi
kedua-dua anaknya..
Tanpa banyak soal, kedua-dua budak lelaki itu terus menuju ke bilik yang mereka kongsi
bersama.
“Good night, sayang..” jerit Amy
“Good night mummy..” jawab Hakimi dan
“Love you” jawab Halimi tanpa menoleh.
Amy tersenyum. Hilang rasa penatnya melayan kerenah dua hero kecilnya.

“Eh! Awal Amy sampai” tegur Maeyza sebaik sahaja dia nampak Amy di dapur yang sedang
sebok menyiapkan menu sarapan
“Biasa je puan. Puan yang awal!”jawab Amy
“Ye ke?” balas Maeyza sambil kerut muka.
Ya lah tu! Seronok restaurantnya sentiasa ada pengunjung sejak akhir-akhir ini.
Allah temukan dirinya dengan seorang insan yang membawa rezeki kepada dirinya.
Alhamdulillah.

“Yang sudah ready, berikan pada akak. Akak boleh susun kat depan”kata Maeyza seraya
tangan mencapai dulang yang sudah tersusun kueh-kueh yang sudah sedia. Hanya perlu
dikemaskan sahaja supaya cantik.
Laju sahaja dia ke ruang tamu.
Tetiba Amy dengar rioh seperti orang bertengkar di ruang tamu.
“Kenapa?” tanya hati Amy
“Pelanggan tidak puas hati dengan koeksister ke?” kata hati kecil Amy lagi.

Cepat-cepat dia mencuci tangan dan mengeringkannya di apron, lalu berjalan pantas ke ruang
tamu ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Kelihatan, Maeyza sedang bercakap dengan seorang lelaki yang membelakangkan Amy.

162

“Dia bertemu dengan kawan atau saudaranya kut.. orang Melaka memang macam tu rioh
sentiasa”kata Amy, lega.

Lantas dia mahu meninggalkan tempat kejadian, tidak ada apapun yang perlu dia ambil tahu.
“Amy!” tegus Maeyza, membuat langkah Amy terhenti dan menoleh.
Serentak juga Amy terkejut apabila si lelaki yang membelakangkan dirinya kini turut terkejut
memandang Amy.

Tanpa memperdulikan suara Maeyza yang berkali-kali melaungkan namanya, Amy laju
meninggalkan restaurant melalui pintu belakang, pulang ke rumah.
Di rumah, sambil berjujai air mata, Amy berkemas apa sahaja yang perlu dia bawa.
Nampak gayanya, dia akan jadi pelarian lagi.
Kenapa?
Amy ingatkan dia sudah lari jauh dari pengetahuan orang, tetapi kenapa masih boleh dijejak
oleh lelaki ini?
Apa alasan yang hendak diberikan kepada Maeyza nanti?
Apa pula alasan yang kukuh untuk menenangkan hati anak-anaknya yang mereka akan
berpindah lagi.
Amy buntu.

“Tok.. tok..tok..” bunyi pintu diketuk.
Amy menyika air matanya, dalan ketar Amy perlahan-lahan menuju ke pintu untuk
mengetahui siapakah gerangan diluar.
“Akak ni..Amy..” bunyi suara Maeyza.
Amy lega.
Maeyza rupanya, Amy harap si lelaki sudah pergi dan Maeyza tidak memberikan banyak
maklumat tentang dirinya kepada si lelaki.
Amy tegak berdiri, beku.. sebaik sahaja daun pintu terkuak.
Guest who?

163

“Akak sudah tahu semuanya.. Amy”kata Maeyza.
“Tolong dengar pula apa Azmi hendak cakap” sambungnya.
Lalu dia meninggalkan Amy dan Azmi berdua.
Maeyza hanya pandang dari jarak jauh.
Amy hairan, kenapa Maeyza meminta dia dengar apa yang abang Azmi akan perkatakan.
Mustahak ke?
Dan juga apa hubungan antara mereka berdua?

“Bersyukur abang dapat jumpa Amy tak disangka-sangka. Abang ke rumah Amy di kampung
dan keluarga Amy beritahu mereka tidak tahu di mana sebenarnya Amy berada. Abang ke
mari bukan tujuan hendak cari Amy. Abang hendak jumpa Iza dan Ain je, dia kakak ipar
abang. Dia balu abang sulong abang. Ya ALLAH, lega rasanya bila jumpa Amy. ALLAH
beri pertemuan dan kemudahan pada Abang. Abang perlu beritahu Amy. Abang nampak
Mosa satu flight dengan abang ke sini”kata Azmi

Andai kata tadinya Amy sudah kejung beku sewaktu bersua abang Azmi. Bertambah sejuk
dan beku lagi apabila mengetahui Mosa sedang mencari anak-anaknya untuk dibawa pulang.
Itu tidak akan berlaku, selagi dia hidup.
Tapi kini, apa yang perlu dia lakukan?
Jika abang Azmi boleh mencarinya, tidak mustahil Mosa juga boleh!
Kepala otak Amy juga beku.
Dia tidak ada penyelesaian.
Yang muncul hanya idea, Pindah, Lari dan Menyorok.
Tetapi ke mana?

164

Maeyza terus memeluk Amy apabila dia lihat Amy masih tidak bersuara kerana masih
terkejut. Terkejut berjumpa dengan abang Azmi dan bertambah terkejut dengan berita yang
baru dia dengar.

“Sabar, Amy… semua akan ada penyelesaian. Berdoa sahaja yang kita ada ikhiar, buat masa
ini. Akak ni terkejut juga, sebab akak tak tahu hujung pangkal. Kalau Amy mahu tahu, Azmi
meninggalkan Malaysia disebabkan akak. Merajuk kerana akak pilih Azman sebagai teman
hidup, bukan dirinya. Dia benci Azman ingatkan Azman rampas akak dari dia. Kerana dia
dan akak satu kelas dan dalam diam-diam dia sukakan akak. Sedangkan akan bercinta dengan
abangnya dia takt ahu!!” Maeyza tersenyum menceritakan kesah cintanya.
“Bila di Liza cerita yang sebenarnya, baru Azmi datang jumpa akak untuk minta maaf. Tapi
sayang tak sempat jumpa arwah... Mari.. duduk. Tenangkan diri. Dah tenang boleh cerita
dengan akak” kata Maeyza lalu mengiring Amy untuk bertenang. Itu langkah yang pertama
perlu dilakukan.

“Puan… saya..saya..”baru Amy mampu bersuara tetapi masih teragak-agak untuk
mengeluarkan kata-kata.
“Saya takut…” akhirnya dia dapat menghabiskan perkataan yang hendak disampaikan.
“Apa yang hendak ditakutkan. Perkara belum terjadi lagi. Percaturan ALLAH tu lebih baik.
Kita tunggu dan lihat apa perancangan DIA” jawab Maeyza.
“Akak dulupun takut juga bila arwah tinggalkan akak sewaktu Ain umur dua tahun.
Surirumah sepenuh masa, walaupun akak ada diploma masa tu. Akak berhenti kerja bila
berkahwin kerana hendak bersama dengan suami. Tak mahu pula akak di KL suami di
Melaka, jenuh berulang alik. Dulu tak banyak lebuhraya macam sekarang. Mahu juga kematu
bontot dalam bas…” Maeyza cuba berjenaka.

Menjadi juga lawaknya apabila dia nampak Amy bersenyum.
Terfikir juga Amy, ada insan lain yang lagi hebat dugaan hidup mereka. Dugaan yang
ALLAH beri untuk menguatkan lagi doa kepada insan yang terleka sepertinya.

165

“Kau tahu Amy.. akak tak rancangpun menetap di sini. Bercuti dua hari untuk bersantai,
akhirnya kekal berpuluh tahun di sini. Akak rasapun Amy tak rancang ke sinikan?”kata
Maeyza.
“Samalah macam cik abang.. nun kat sana..” sambil muncung Maeyza panjang menghala ke
arah Azmi.
“Tiba-tiba hilang tanpa khabar berita.. berpuluh tahun baru jumpa jalan pulang. Dia sesat
rupanya.. tersilap naik kapalterbang, turun kat Cape Town!!”sambung Maeyza lagi sambil
tergelak dengan lawaknya untuk menceriakan suasana.

Amy juga tersenyum apabila Maeyza menyebut akan hal tersilap turun bas. Bunyi seperti
bukan cerita baru kerana dia juga tersilap turun bas, kerana stesen yang sepatutnya dia turun
adalah di Ipoh, tetapi dia juga tersilap turun hingga ke Cape Town. Tetapi sesatnya hanya 7
tahun, tidak dapat dibandingkan dengan abang Azmi yang sesat berpuluh tahun.
Cuma… cerita sesat dan kembali jumpa jalan seakan sama. Yang lainnya, abang Azmi
kembali berjumpa orang-orang tersayang yang sudah lama ditinggalkan, manakala Amy
kembali menjadi seorang pelarian di tanah air sendiri.

“Uncle…. “ terdengar suara dua orang budak lelaki yang datang menerpa ke arah abang
Azmi dan memeluk lelaki itu.
Gembira sungguh mereka bertemu dengan orang yang mereka cukup kenal, uncle yang baik
hati. Sentiasa membantu sewaktu di Cape Town, kini di Malaysiapun tetap baik dan
membantu. Itu yang difikirkan oleh budak-budak berdua tersebut. Hal-hal lain, apalah mereka
mengerti.
“Baru pulang dari sekolah, ya?”tanya abang Azmi.
Hanya angguk yang diberi sebagai jawapan.
“Pergi lunch dulu… lepas tu boleh sembang-sembang lagi dengan uncle” arah Amy kepada
kedua-dua anaknya.
Cepat-cepat dia bertukar mood, agar kegundahannya tidak diketahui oleh si anak-anak.
Berdesup sahaja budak berdua masuk ke dalam rumah.
“Amy urus budak-budak tu dulu… nanti datang kat café, kita cerita panjang”kata Maeyza
lalu beredar.

“Abang tunggu…” sambung abang Azmi agar Amy muncul kelak.
Amy diam. Semuanya bagaikan arahan tentera,

166

Amy perlu akur dan ikut arahan ini untuk masa depan dirinya dan anak-anak.

Seperti yang diatur, Amy and anak-anaknya muncul selepas satu jam masa kecemasan
diperuntukan.
Halimi dan Hakimi bukan main manja lagi dengan Azmi. Kedua-duanya duduk bersebelahan
Azmi. Azmi mampu memberi aura keriangan kepada kedua budak lelaki itu.
Umpama seorang ayah lagaknya. Budak-budak berdua itu juga rindu akan kehadiran seorang
lelaki bagi menganti si ayah yang tidak ada di sisi.
Manakala Amy dan Maeyza duduk bersebelahan.
“Macammana?” tanya Azmi kepada Amy
Amy angkat kepala, dia pastikan soalan yang pendek itu ditujukan kepada dirinya kah?
“Macammana apa, bang?”Amy pula yang menyoal.

“Keadaan Amy sekarang ni.. sudah stabil ke? Sebab abang ada lagi satu kejutan yang abang
tak tahu, sama ada Amy boleh terima atau tidak?”kata Azmi seraya tersenyum.
Apa ajelah abang Azmi, yang sudah pandai menyakat!
Amy hanya senyum sumbing. Cukup-cukuplah kejutan. Kejutan kehadiran si bekas suamipun
belum lagi reda.
“Kalau Amy mahu tahu, akak dan Azmi ni satu kelas dulu..”berkata pula Maeyza.
“Sudahlah satu kelas, berjiran pulak… hem.. banyak cerita antara kami dulu. Ala kesah dulu-
dulu kan Mi?”sambung Maeyza lagi.
Azmi senyum sumbing.
“Eh! Akak hendak tengok sudah siap ke belum makanan yang budak-budak kat belakang
tu?Boys.. mari ikut auntie?”kata Maeyza, mengheret kedua budak lelaki berlalu
mengikutinya.
Maka tinggallah Amy dan Azmi sahaja berdua.

“Abang ni.. serba salah “ Azmi memulakan bicara apabila ruang telah tersedia untuk dia dan
Amy berbicara empat mata.
Amy hanya diam.
“Terkejut juga abang bila nampak si Mosa satu pesawat. Kenapa dia ke sini? Baru abang
teringat budak-budak dua orang tu!”kata Azmi.

167

“Encik Helmi pernah beritahu abang yang dia ada minta South African Embassy di sini
tolong jejak anak-anak dia di Malaysia, sebab Kedutaan ada terima Notes pasal tu” sambung
Azmi.

“Mereka mungkin sudah tahu alamat kampung Amy, tetapi mereka tidak tahu di mana Amy
berada. Abangpun tak sangka jumpa Amy kat sini”sambung Azmi lagi.
Amy bertindak berdiam diri, hanya setia mendengar.
“Yang itu bukan kejutan.. sebab abang rasa … hemmmm”kata Azmi terhenti-henti berbicara.
“Amy…abang mahu kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu lagi merantau. Abang mahu
seseorang yang abang sayang di sisi. Mahukah Amy dan budak-budak meneman abang?”
tanya Azmi.
:”Abang!!” jawab Amy
Terkejut! Ini main-main ke atau ikhlas?

“Abang memang sukakan Amy sejak dari Cape Town lagi. Tu la.. asalnya rasa simpati.
Geram aje abang bila ada orang beritahu Mosa pukul Amy. Tetapi waktu tu Amy masih
suami isteri. Abang tidak boleh buat apa-apa. Tetapi selepas Amy diceraikan dan abang cuba
sebaik mungkin mengatur kepulangan Amy ke sini. Perasaan abang simpan kerana abang
tahu Amy tentu tidak akan menerima abang sebagai penganti kerana abang menetap di Cape
Town. Pastinya Amy tidak mahu mengingatkan peristiwa hitam di sana. Lagipun pasti
sesekali bertembung dengan Mosa. Betul tak? Akhirnya abang ambil keputusan pulang terus
ke sini. Mencuba nasib…tu la. Abang mahu sama-sama membesarkan budak berdua tu agar
terus tinggal di sini. Jawapan ada pada Amy, abang tunggu” kata Azmi
Amy menarik nafas panjang.
Lega…

Kejutan yang dikatakan oleh abang Azmi, bukan kejutan yang boleh merobek hatinya. Malah
ianya adalah kejutan yang bakal mencantumkan serpihan hatinya yang sudah hancur
berkecai.Amypun dalam diam ada menyimpan perasaan kepada lelaki bernama Azmi yang
selalu membantu dirnya. Tetapi maklumlah, dia janda beranak dua, siapalah yang sudi..
“Amy fikirkan.. abang tak mahu mendesak!”berkata lagi si Azmi memandangkan Amy hanya
diam membisu.
Eh! Betulkah ni? Si bujang terlajak sedang merisik si janda beranak dua..
Si janda yang sentiasa bermasalah.

168

Jika dahulu, perempuan yang berdiam diri di andaikan SETUJU.
Itu dahulu.. sekarang jangan buat main. Nanti lain jadinya!
Bagaimana Amy?
Setuju atau Tidak?

169

“Baba… 5 slicess of lamb, 2 slices of top side beef” kata Amy kepada si tukang pemotong
daging berbangsa India muslim.
Mesin pemotong ditekan dan dia meyorong daging kambing beku untuk Amy, 5 kepingkan?
Kemudian dia menimbangnya.

Setelah dibungkus dengan kertas dia mengeluarkan pula 2 keping daging lembu dan
menimbangnya juga. Lalu di masukkan ke dalam beg plastik, bercop nama kedai.
Amy memasukkan daging-daging itu ke dalam troli yang sudah separuh penuh.
“Baba.. any snoek available?” tanya Amy lagi.

Snoek ialah ikan seakan ikan barracuda, tetapi snoek hanya terdapat di perairan diantara dua
arus bertemu, arus laut sejuk dan arut laut panas (Lautan Hindi dan Lautan Atlantic.
Amy hampa apabila si Baba memberitahu belum musim.
Bahan-bahan untuk bbq yang di panggil brai tidak lengkap tanpa ikan snoek bakar.

Sambil meyorong troli perlahan menuju ke kaunter pembayaran, mata masih mencari-cari
bahan-bahan yang mungkin menjadi keperluannya memasak. Bukan selalu dia boleh keluar
membeli barang dapur, dia keluar hanya perlu sahaja.

Tetiba ada suara perempuan menyapanya di belakang, terkejut Amy!
Siapa pulak yang kenal dia di sini?
Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
“Amy! Are you Amy?”tanya si penegur, dengan muka berkerut.
“Fatima?” Amy terus menyebut nama orang yang menyapanya.
“Hey! How are you doing..?” tanya Amy dengan nada gembira.

170

“Why are you still here? Aren’t you supposed to be in somewhere else?” Lupa agaknya
tempat Amy sepatutnya berada. Fatima seperti mencari punca kehadiran Amy yang tidak
disangka.
“It’s a very long story.. Fatma, but I will try make it short” jawab Amy tersenyum.
“Don’t tell me you ruju’ with your ex and didn’t go back to your home town…” soal Fatima
lagi.
“Let’s we pay our things and I will tell you the whole story. Let’s have a cup of coffee..” kata
Amy, dan Fatima setuju.
Bukan main lagi dua bekas banduan berbual, cukup gembira di restaurant di hujung deretan..
Amy menceritakan kesah perjalanan hidupnya selepas meninggalkan penjara. Sepanjang
setahun menghilang.
Begitu juga Fatima.
Dia sudah bekerja di sebuah ladang apple di garden route.

Anak yang tua juga sudah bekerja, tinggal dua orang sahaja lagi yang masih bersekolah.
Dari penceritaan hidup barunya, dia gembira. Terutama apabila mendapat sokongan moral
anak-anak dan keluarga. Keadaan yang memaksa dia menjadi banduan. Dia pasrah, namun
apa yang dia belajar di penjara mengajar dirinya menjadi manusia yang lebih baik, lebih
tabah dan yang lebih utama ialah mengajarnya mendekati ALLAH.
“Mummy.. “ tetiba terdengar suara seorang budak lelaki mendekati Amy. Kemudian datang
seorang lagi.

“Fatima, these are my boys..”kata Amy memperkenalkan Hakimi dan Halimi.
“Ini kawan mummy.. auntie Fatima, salam… salam..”kata Amy dan kedua-dua budak lelaki
hanya menurut arahan ibunya.
“Abah tunggu kat kereta…”kata Halimi.
“Fatima, I have to leave, my husband is waiting. Hope to see you again, insyallah. We will be
leaving back to Malaysia by end of this month..” kata Amy
“Good luck, Amy..” kata Fatima
“You too..” jawab Amy sambil beredar memimpin kedua anaknya.
Amy tahu, Fatima memerhati dirinya meninggalkan restaurant itu.
Doa Amy buat si teman, semoga dia terus bahagia, agar sinar kebahagian menutup kesah
silamya yang gelap.

171

“Pasti ke semua barang dah pack, bang?” tanya Amy kepada suami.
“Hemm.. dah. Abang rasa semua dah pack. Cuma abang nak pastikan tak ada yang tertinggal,
manalah tahu ada!” kata si suami.
Betul tu, selalunya ada sahaja yang tidak perasan, akan jumpa di saat-saat akhir.
“Bagi abang masa sikit dan explore tempat ini buat kali terakhir. Rumah ni yang paling lama
abang huni lepas pindah randah.” kata si suami.
Amy faham, Tempat Jatuh Lagikan Dikenang, Inikan Pula Tempat Melarikan Diri.
Lantas Amy membiarkan Abang Azmi dengan dunianya.
“Halimi, Hakimi.. barang-barang hadiah nenek omma dan uncle and auntie dah masuk dalam
beg, nanti tertinggal” pesan Amy kepada anak-anak

Amy teringat akan kunjungannya ke rumah bekas mertua yang lain benar sambutannya dari
dulu. Andai dulu Amy tidak dilayan apabila bertemu, namun kini disambut begitu meriah
sekali. Malangnya kini dia hanya dipembaringan dan kegembiraan hanya dapat di lihat
melalui matanya. Dia kena penyakit stroke setelah jatuh di bilik air sendirian. Rupanya Mona
si bekas suami menjejaki Amy atas permintaan siibu untuk meminta maaf dari Amy dengan
tindakannya yang lalu. Juga dia ingin bertemu dengan cucu-cucunya sebelum dia menutup
mata. Harapan Mosa juga ingin memujuk Amy kembali kepadanya kerana dia sudah
menyesal menyiksa Amy sewaktu dia alpa mabuk bercinta. Rupanya dia tertipu. Wanita yang
menjanjikan kebahagian untuknya lari apabila mengetahui Mosa tidak mampu memberikan
hidup yang selesa seperti yang dia harapkan. Apabila ini terjadi barulah wajah Amy dan
anak-anaknya terbayang di kepala. Tetapi sudah terlambat, kerana Amy sudah temui
kebahagian bersama orang lain..

“Amy..Amy, abang tanya ni? Barang-barang untuk check in dah asing ke? Abang cuma focus
barang untuk movers masuk kontena!” Terkejut Amy apabila leka dengan kesah semalam.

172

“Dah.. Amy dah asing kat sana.,,” katanya sambil menunjuk kepada selonggok beg yang
tersusun di satu sudut.
“Kejap lagi movers datang packing, kita akan stay di Holiday Inn. Dah dekat dengan airport”
kata abang Azmi.
“Boleh siap-siap masukkan dalam kereta..” arahnya.
Amy menurut dan melaksanakan apa yang patut.
Dua minggu berada di Cape Town, rasanya tidak puas. Lain betul rasanya kunjungan kali ini.
Tempat yang dia berjanji tidak mahu jejak, rupanya kini tempat yang bakal dia rindu.

Esok Amy dan keluarga akan bertolak pulang ke Malaysia dengan menaiki Singapore
Airlines. Azmi mengajaknya bersantai di pantai berhadapan bilik inap mereka. Dari kejauhan
kedengaran Halimi dan Hakimi berkejaran dua beradik. Bagi mereka ini adalah tanah tumpah
darah mereka. Kunjungan susulan ke sini pasti. Bagi Amy belum pasti.. mungkin ya dan
mungkin juga tidak. Bergantung kepada orang di sebelahnya.
Sambil tangan di pimpin, Amy yang berkaki ayam memijak pasir pantai Garden Route yang
halus. Namun setiap bekas tapak yang ditinggalkan hilang setiap kali di tutup pasir ombak
yang mendatang. Nampaknya Amy tidak meninggalkan jejaknya di sini.. Namun dia
meninggalkan hatinya.
Cape Town, pernah melukakan hatinya, tetapi entah kenapa kini menjadi tempat yang bakal
Amy rindu.

173


Click to View FlipBook Version