Perlahan-lahan Amy membuka matanya. Ikutkan rasa hati, Amy tidak rela mencelikkan mata
dan melihat realiti yang akan berlaku. Mahu sahaja dia pejam rapat-rapat matanya sampai
bila-bila. Namun itu tidak dapat dia lakukan selamanya. Dia harus harung segalanya, demi
dua orang budak lelaki yang sangat dia kasihi.
Amy nampak imbasan gerigi palang menegak, terus Amy bulatkan dan menggosok matanya.
Bukan sekali atau dua kali, malah berkali-kali.
Aneh.. lain benar lokasi yang dia berada.
“Eh! Ke mana pula aku sekarang ini?” hati kecil Amy kini membuahkan bicara.
Diraut mukanya berkali-kali. Cuma mencerna apa yang sudah berlaku kepada dirinya. Setahu
Amy, kali terakhir dia bersama Encik Helmi dan dua orang anggota polis di bilik Encik
Helmi.
Tetapi kini dia di mana sekarang?
Soalan yang tidak ada jawapan.
Leher berpusing 360 darjah.
Muka berkerut seribu,
Hemm.. nampak seperti berada di dalam lokap, ya di dalam lokap.
Kenapa dia di lokap?
Apa kesalahannya?
Laaa.. Pura-pura tidak tahu, bukankah awak sudah tinggal lebih masa, sudah menjadi seorang
penjenayah, awak adalah seorang pendatang tanpa izin? Sama taraf dengan orang perahu
Myanmar atau Bangladesh atau lebih mudah rakyat Indonesia yang bertebaran di tanah air
yang tidak mempunyai dokumen sah!
Lagi mahu tanya!!
Adakah dia telah dihantar ke penjara sewaktu dia pengsan?
50
Zalim sungguh, Ya kau zalim, Encik Helmi. Orang yang Amy sangat hormat dan percaya
rupanya sudah khianat kepadanya. Dia bukan hendak membantu, tetapi menganiaya!
Andainya dia tahu yang Encik Helmi memerangkapnya, lebih baik sahaja dia tidak ke
Pretoria. Baik aje dia makan hati berulam jantung di Cape Town. Hati sakit tetapi jiwa masih
boleh bertahan.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki kulit puteh berjubah dengan rambut palsu gaya seorang
hakim. Dari mana pula datangnya si lelaki tersebut?
Pandai-pandai muncul tiba-tiba menjawab soalan yang tersirat di dalam dada Amy.
Eh! Bukankah dia berada di dalam lokap sekarang ini, apa hal pula si lelaki
berambut palsu ini berada di lokap?
Bukankah sepatutnya tugasnya di mahkamah?
Kecuali dia juga telah di penjarakan sama seperti Amy, tetapi di atas kesalahan lain.
Aaahh lantaklah kesah lelaki itu, kesah dirinya yang perlu diambil perhatian.
Amy kerut muka, mengerti akan kesalahannya, dan kini baru dia tahu, dia sudah berada di
dalam penjara.
Betulkah? Lebih baik Amy bertanya untuk kepastian.
Si lelaki berambut palsu mungkin boleh membantu.
“Tuan, di mana anak-anak saya?” tanya Amy dan memusingkan badannya ke arah si tuan
hakim, tetapi si tuan hakim pula lesap dari pandangan.
Amy makin bingong.
Huh! Mulut Amy ternganga luas, boleh masuk banyak lalat jika mulut yang ternganga itu
berterusan.
“Apa ni?” jerit Amy sambil mengusutkan rambutnya.
“Eh! Mana tudung?”tanyanya lagi.
Ahhh..kenapa aku diseksa begini, aurat aku perlu jaga walau di mana aku berada, kata Amy
bersendirian.
“Tolong saya.. tolong..Can someone or anybody help me! I really need to know, what has
happen to me, please..” laung Amy dengan kedua-dua tangan menggoyang palang besi.
Krrrgg….krrrggg..krrrggg
Bergegar palang besi apabila di goyang. Bunyi seperti besi buruk berlaga. Kuat juga rupanya
kudrat Amy.
Bila terpaksa, tenaga kuat datang tiba-tiba.
51
Amy berbahasa inggeris, namun tidak ada orang yang menjawab, baik dia cuba berbahasa
melayu sahaja, manalah tahu!!
“Tolong saya.. Toloooong..” laung Amy lagi, bagaikan orang hilang akal.
“Madame.. Madame Amy..!!” Amy dengar dengan nyatanya, namanya di panggil.
Ahhh.. bila Amy berbahasa melayu, baru ada orang yang menghulurkan bantuan.
“Eh! Hujankah?” Amy membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa pipinya basah.
Amy tersintak apabila terhidang di depan mata seorang perempuan berambut perang
memegang segelas air. Amy menyapu mukanya, pasti air dari dalam gelas yang telah direnjis
oleh si perempuan berambut perang itu. Bukannya hujan.. tapi kenapa?
“Cik Amy pengsan, tu yang Marali tolong sedarkan. Tadi siap terjerit-jerit minta tolong,
buat saya gelabah!, Apa yang cik Amy mimpikan?” terpusing kepala Amy mendengar suara
lelaki yang Amy sudah tidak berapa sanjung lagi setelah apa yang telah dia lakukan terhadap
dirinya.
Sampai hati dia menyerahkannya ke pihak berkuasa.
Namun suara itu menyedarkan dirinya, kejadian tadi hanya bermimpi rupanya. Impian
sewaktu Amy tidak sedarkan diri.
Masyaallah.. Amy lega.
Kini dia sedar, dia belum lagi berada di dalam penjara, dan dia belum lagi dibicara.
Aduh! lama lagi nampaknya dia akan berpeluang pulang ke tanah air.
Berapa lama?
Persoalan muncul tiba-tiba di minda Amy.
Dia sudah tinggal secara haram tanpa dokumen yang sah lebih kurang empat tahun, adakah
selama empat tahun juga dia perlu menginap di hotel yang di panggil penjara?
Tentunya empat tahun yang sungguh seksa kerana akan terpisah dengan kedua-dua anaknya.
Jika begitu lama dia di penjara, anak-anak akan diserahkan kepada Mosa selaku ayah dan
waris yang sahah.
Ya ALLAH, janganlah ini terjadi.
Amy tidak sanggup anak-anak terlepas ke penjagaan bekas suami.
Selamatkan hambamu yang memerlukan pertolonganMu Ya ALLAH.
Bersungguh-sungguh Amy berdoa di dalam hati.
Hanya DIA yang mampu membantunya di saat ini.
52
“Cik Amy dah okey ke? Hemmm atau hendak merehat lagi! Kalau boleh saya mahu
selesaikan segera. Ni ha, Mr. Hendrik dan Mr. Krista, Polis Gauteng. Saya sudah deal dengan
mereka untuk meringankan hukuman kesalahan tinggal lebih masa di Afrika Selatan. Cik
Amy dengan ikut prosidur undang-undang negara ni. Dimulakan dengan perbicaraan dan di
situ akan ditentukan berapa lama tempoh di penjara. Saya minta kurang dari seminggu kerana
anak-anak Cik Amy masih di bawah umur. Anak-anak akan tinggal bersama saya. Lepas tu,
Cik Amy boleh pulang Malaysia bila saya prepare emergency certificate. Macammana?
Boleh kita teruskan?”kata Encik Helmi dan diperhatikan oleh dua orang Polis yang tidak
mengerti sepatah haram bahasa Malaysia. Yang mereka tahu, apa yang dibualkan oleh Encik
Helmi adalah mengenai Amy dan anak-anak, terutama jelas terdengar nama-nama mereka
disebut.
Amy ternganga. Tiba-tiba Amy mahu masuk semula di dalam mimpi yang terbantut tadi.
Mukanya sudah pucat, tidak pernah dia berada di dalam penjara. Menghampiri penjarapun
dia tidak pernah. Kini dia bakal menjadi menghuni penjara.
Mampukah dia?
Adakah apa suasana di dalam penjara sama seperti yang pernah dia tonton di kaca television?
Terbayang wajah kedua-dua anaknya. Mampukah dia berpisah selama seminggu dari mereka?
“Cik Amy!” Cik Amy!”terpaling Amy ke arah Encik Helmi.
“Bagaimana?”
“Itu sahaja yang mampu saya usahakan setakat ini, demi untuk menguruskan Cik Amy
pulang dengan sah dengan dua rakyat Afrika Selatan ini..”kata Encik Helmi.
Amy diam.
Apa lagi pilihan yang dia ada sekarang ini?
Berapa lama lagi, dia sanggup menjadi pendatang haram,
Fikir Amy.. Fikir.
Peluang sebegini hanya datang sekali. Jangan sia-siakan.
Sementara ada orang yang sudi membantu dan sementara pihak negara Afrika Selatan sedang
berlembut menerima cadangan.
Amy tunduk dan mengangguk..
Biarlah dia merengkok di penjara seketika.
Seminggu tidak lama.
53
Pengorbanannya yang seminggu ini bakal melepaskan dirinya dari masalah yang dia pikul
selama ini.
Amy tiba-tiba merasa lega dan Encik Helmi sekali lagi menjadi penyelamat dan wiranya.
“Terima kasih Encik Helmi, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya” berkata-kata
hati Amy yang tidak terluah.
Encik Helmi, tersenyum.
“Betul ni.. cik Amy setuju?’ tanyanya menunggu kepastian.
“Ya, ya saya setuju. Saya ikut apa sahaja yang Encik Helmi aturkan untuk saya anak beranak.
Baik kata Encik Helmi, baiklah bagi saya. Saya sudah tak tahu hendak buat apa lagi..” jawab
Amy, dengan nada yang terketar-ketar. Dia menyerahkan bulat-bulat kepada Encik Helmi
untuk menguruskannya, asalkan apa yang diberitahu tadi menjadi kenyataan.
“Okey, jom kita ke sana” Encik Helmi mengajak Amy ke arah ruang pejabatnya.
Perlahan Amy bangun dan menuju ke sofa yang sudah ada dua orang polis yang sedang
menunggu. Si cantik jelita berambut perang, yang entah siapa namanya yang disebut Encik
Helmi, beredar tanpa perlu disuruh.
Amypun malas hendak tahu.
Sedangkan hati libang libu..
Dia perlu ke penjara, dan juga dia perlu berjumpa dengan pak hakim.
Nampaknya satu bilik penginapan di penjara Pretoria bakal diisi oleh seorang rakyat
Malaysia.
Amy betul-betul mengharap apa yang direncanakan oleh Encik Helmi berjalan lancar seperti
yang di atur.
Mengenai anak-anak Amy tidak berapa risau, kerana dia tahu Encik Helmi dan isteri mampu
menjaga kedua-dua anaknya sepanjang dia di penjara.
Yang Amy risau adalah dirinya.
Adakah dia mampu dengan pancaroba di dalam penjara itu kelak..
Ya ALLAH.. lindungilah hambamu yang dalam kesusahan sekarang ini.
Berilah kelapangan di dalam apa jua kesempitan..
Aminnnn ya rabbal alaminnn..
54
“Bangun!” bergema suara seorang lelaki, serentak dengan bunyi gerakan semua yang ada
bangun dan memberi tunduk hormat. Semua mata tertala ke arah seorang lelaki kulit putih
yang berjubah hitam berjalan menuju ke tempat duduk hakim, diikuti di belakangnya seorang
lelaki kulit putih bersut yang membawa dokumen. Dia meletakkan semua dokumen betul-
betul di hadapan si lelaki berjubah lalu berdiri di penjuru meja.
Semua yang hadir turut duduk sebaik sahaja si lelaki berjubah duduk.
Hakim rupanya si lelaki berjubah.. tetapi mana rambut palsu yang sepatutnya di kepala
seorang hakim!
Di negara ni rupanya tidak perlu memakai rambut palsu kejung tersebut untuk melambangkan
identiti seorang hakim. Mungkin di mahkamah tinggi yang menghakimi kes berprofile tinggi
seperti kes bunuh atau rompakan bersenjata mereka berpakaian sedemikian, tetapi tidak di
mahkamah yang membicarakan kes-kes kecil seperti kes konsular atau kes-kes kecil lain.
Mata Amy melilau melihat sekeliling.
“Ini rupanya bilik perbicaraan”, bisik hati kecilnya.
Amy mengesek kedua belah tapak tangannya.
Sejuk sungguh di rasa.
Sejuk oleh penghawa dinginkah atau memang dirinya yang sudah sejuk beku?.
Tidak terfikir oleh kepala Amy yang dia menjejaki tempat itu. Rupanya takdir yang diatur
buatnya, berada di kandang saksi di negara orang. Tidak ramaipun yang hadir. Yang ada ialah
dirinya, Encik Helmi, peguam yang mewakili kedutaan dan dua orang polis yang Amy lupa
namanya dan beberapa orang yang bertugas di bilik bicara itu.
Asyik leka mengelamun, tiba-tiba terkejut Amy terdengar dengan kuat namanya di panggil
beserta dengan nombor kod kes.
Encik Helmi yang berada di sebelah Amy meminta Amy masuk ke kandang saksi.
55
Amy menurut sahaja walaupun dia tidak terasa langkah yang dihayun akhirnya dia sudah
berada tegak di dalam kendang saksi.
Dia disua senaskah buku tebal yang berbungkus kain hijau yang Amy agak ianya Al Quran
kerana ada senaskah lagi, tentunya Injil.. Amy diminta meletakkan tapak tangannya di atas
kain hijau tersebut. Amy mengikut sahaja janji dan lafaz janji berkata yang dibacakan oleh
Si lelaki yang membawa dokumen tadi.
Peguam yang mewakili Kedutaan berdiri di hadapan Amy lalu membacakan hujjah-hujjahnya.
Amy terkebil-kebil sahaja di dalam kendang saksi. Dia faham apa yang telah disampaikan. Si
peguam memperjelaskan kesalahan Amy dan memohon diringankan hukuman untuk
dipertimbangkan kerana Amy yang menyerah diri untuk dihantar pulang.
Dia bertanya kepada Amy sama ada Amy mengaku akan kesalahan yang telah dilakukannya
tinggal secara haram tanpa dokumen yang sah.
Amy angguk tanda mengaku.
Peguam sekali lagi meminta belas ihsan Hakim meringgankan hukuman memandangkan
Amy sudah mengaku.
Dengan kaki yang kebas berdiri, Amy diminta kembali duduk di kerusi semula.
Masyallah! Bagaikan berada di dalam siri Law and Order.
Cuma yang siri tersebut hanya berlakon.
“Cik Amy!, macammana?” tanya Encik Helmi.
Amy angguk.
Itu sahaja yang dia tahu lakukan di waktu ini.. Angguk.
“ Jangan risau.. terkawal”katanya lagi
Encik Helmi memenangkan Amy dengan memberitahu semuanya akan berjalan dengan baik,
insyallah.
Encik Helmi sudah mengadap berpuluh-puluh kes yang sama sejak tiga tahun bertugas di
Kedutaan. Amy bukan kes pertama bagi dirinya. Sudah beberapa orang Malaysia lain yang
pernah tertangkap tinggal lebih masa. Semua gara-gara tertarik dengan tawaran bekerja
sambil melancong, kononnya di ladang-ladang buah yang bersepah di Afrika Selatan. Tetapi
indah khabar dari rupa, mereka diberi upah mengikut apa yang mereka janjikan, tetapi
mereka tidak menyebut yang menginapan dan makanan harian tidak dimasukkan. Jadi,
separuh dari upah terpaksa digunakan untuk penginapan dan makanan harian. Akibatnya,
56
mereka terpaksa tinggal lebih masa untuk mengumpul wang membeli tiket pulang. Sewaktu
sampai ke Afrika Selatan, mereka tidak pernah terfikir hendak memaklumkan kehadiran
mereka di negara itu, tetapi apabila sudah tertangkap, baru teringat mahu meminta bantuan
Kedutaan. Kes mereka hanya tinggal lebih masa lima atau enam bulan. Hukuman di penjara
juga pendek, dua atau tiga hari. Kes Amy berbeza, kesalahan lebih masa melebihi empat
tahun dan yang lebih memburukkan keadaan ialah ianya melibatkan rakyat Afrika Selatan,
yakni kedua-dua anaknya.
Namun Encik Helmi masih mengharap yang terbaik buat Amy dan anak-anak.
Encik Helmi, betulkah apa yang sedang dia lakukan ni?
Persoalan berlegar-legar di kepala Amy.
Dia sudah lupa, semuanya sudah terlambat untuk dia mengubah fikiran!
Tidak boleh ditangguh atau berpatah balik!
Kini, sepatutnya dia hanya perlu pasrah.
Doa yang baik-baik.
Apakah yang yang muncul.
Adakah sabut ataupun batu!
Andai sabut, belayarlah dia kelak ke tanah air.
Andai batu?
Wallahualam, tenggelamlah Amy di dalam limpahan air mata.
57
Hari perbicaraan sudah menetapkan agar Amy dipenjara dua minggu sebelum di hantar
pulang ke negara asal.
Amy cukup gementar apabila dia akan berpisah dengan anak-anaknya. Dia tidak pernah
seharipun berpisah. Bukan setakat sehari, separuh haripun tidak pernah.
Budak-budak itu sentiasa berkepit dengannya.
Mahu ke mana lagi?
Namun itu hukuman yang perlu dia lalui.
Hanya dengan menjalani hukuman ini sahaja yang membolehkan dia pulang ke tanah air.
Amy, kau harus kental. Segalanya akan memberi sinar cahaya yang baharu selepas kau keluar
nanti. Itu kata-kata semangat yang Amy pasakkan ke dalam hatinya.
Apa yang berlaku ada sebabnya.
Encik Helmi sudah menyediakan bekalan yang Amy perlukan.
Encik Helmi sudah faham dan tahu apa yang diperlukan sepanjang berada di penjara.
Kes Amy agak berat tetapi nasib Amy bernasib baik kerana hanya ditahan untuk dua minggu.
“Miss Amy.. you new umiform and accomodation ..”kata polis wanita berkulit putih sambil
tersengeh menghulurkan persalinan berwarna oren.
Bilik penginapan? Pandai pula mereka berjenaka!
Mata melilau melihat bilik berpalang besi yang hanya ada katil bujang , sinki kecil dan
mangkuk tandas. Entah beratus orang agaknya yang pernah menghuni bilik berpalang besi ini.
Amy tarik nafas.
Bukan kerana lega tetapi memikirkan apa akan berlaku sepanjang dua minggu di situ.
Setiap saat dan detik.. macam-macam boleh berlaku.
Namun Amy terharu, pegawai penjara baik-baik rupanya.
Amy dilayan tidak seperti banduan lain.
58
Amy lega..
Kenapa perlu mengasari Amy? Dia bukan melakukan jenayah berat seperti membunuh atau
merompak?
Kesalahan Amy hanya perlu di extradisi.
Terkebil-kebil sahaja mata Amy di malam pertama berada di dalam lokap.
Mata tidak mahu lelap. Amy teringatkan anak-anak di bawah penjagaan Encik Helmi dan
isteri.
“Halimi jaga adik.. ya sayang? Mummy ada kerja sikit dan tak balik beberapa hari. Jangan
nakal dan dengar kata uncle Helmi dan auntie Dora tau?” Teringat Amy kesah semalam
sewaktu berpesan kepada anak-anaknya sebelum dia berangkat ke mahkamah.
Amy bangga, kedua-dua anaknya bagaikan mengerti yang si ibu ada tugasan yang perlu dia
lakukan.
Tugasan menjadi banduan.
“Miss Amy! Are you alright !”tersintak Amy apabila di tegur polis yang bertugas.
Amy hanya angguk.
“Time for dinnerrrrr…”katanya lagi dan membuka pintu penjara.
Amy diiring menuju ke dewan makan.
Tidak ramai rupanya penghuni wanita di situ.
Amy lihat beberapa wanita kulit hitam yang nampak bengis sedang duduk menekmati
hidangan makan malam.
Si polis wanita meminta Amy makan bersendirian.
Amy hanya menjamah masakan jagung yang dipanggil pap. Dia biasa memakan makanan itu.
Selain nasi, pap juga menjadi makanan ruji dirinya. Selalu berkuah, tetapi di penjara Amy
tidak yakin ianya daging halal. Baik aje, memakan pap kosong. Asalkan ada rezeki. Bukan
dia mahu kenyangpun. Amy tidak berselera. Andai kata dihidangkan makanan yang paling
lazatpun Amy akan tolak, kerana seleranya tertutup.
Polis wanita sentiasa berada di belakang Amy. Dia mahu pastikan Amy tidak diganggu oleh
mana-mana banduan lain.
Dia tidak mahu Amy tercedera. Mahu kelak dia menjawab kepada kerajaan Malaysia,
sekiranya berlaku perkara yang tidak baik terhadap rakyat negara lain.
“Tell me, if you have done..”kata si polis wanita, tegas.
59
“Done..” jawab Amy yang juga tidak mahu lama-lama di dewan makan yang mana semua
mata memandangnya. Mereka mungkin menyangka yang Amy adalah Afrikan Cape Malay.
Sekali lagi Amy diiring pulang lokap.
Tempat yang tidak pernah Amy impikan berada.. Lokap.
Penginapan dan makanan percuma selama dua minggu.
Siap ada bodyguard!
Kau ada!
“Good Luck to you Amy!” kata Mosa sambil tersengih sehingga nampak giginya.
Girang hatinya apabila mendapat berita dari teman bahawa bekas isterinya sedang di penjara.
Dia tidak mengetahui berapa lama kerana dia pasti tentu bertahun kerana Amy bermastautin
tanpa permit agak lama. Dia tahu itu adalah kesalahan namun dia tidak pernah hiraukan
perkara itu. .
Sanggup dia mentertawakan perempuan yang pernah satu ketika dahulu membahagiakan
dirinya.
Perempuan yang telah memberikan dia zuriat.
Perempuan yang sanggup susah bersama.
Perempuan yang sanggup buang keluarga demi cintakan dirinya
Tetapi tu la.. dia juga perempuan yang selalu menjadi bahan sepak terajangnya.
Hitam sungguh hati kau Mosa!!
Tetiba Mosa terhenti tersengih.
“The boys..!!”luahnya perlahan..
Dia teringatkan anak-anaknya…
“Ahhh…let it be. They will be mine soon..”katanya dengan yakin.
Nampak sungguh si bapa berhati haprak.
Sebenarnya, dia bukan sayangkan anak-anaknya, lebih kepada ingin menyeksa jiwa dan raga
Amy. Jika boleh biar Amy sengsara makan hati di dalam penjara apabila budak-budak dapat
direbutnya.
60
Mosa oh Mosa.. tidak adakah lagi, walaupun sebesar biji sawi, simpatimu kepada si
perempuan itu?
Sampai segala-galanya kau hendak rampas.
Anak?
Kau boleh mendapat zuriat yang lain dari perempuan yang kau sanjung.
Kenapa mesti masih berusaha untuk merebut budak berdua tersebut?
Mereka nyawa kepada Amy.. itu kau tahukan?
Tetapi faham-faham ajelah… Jika ada dendam, apa sahaja sanggup dilakukan, demi untuk
kepuasan hati yang hitam!!
61
Amy diberi tugasan pada hari kedua di penjara. Rupanya semua banduan perlu membuat
kerja. Siapa kata di dalam penjara hanya rehat-rehat, makan free. Tidak rupanya.
“From today, you have to assist Fatima..” kata polis wanita apabila dia membawa Amy ke
perpustakaan penjara.
Amy diminta membantu seorang bantuan wanita berkulit hitam yang sudah hampir tempoh
parole bernama Fatima.
Dari nama dia seorang Muslim.
Fatima yang sedang menyusun buku, hanya memandang Amy dengan mata yang buntang
tanpa berkata apa-apa.
Dari renungan mata si Fatima membuat Amy menelan air liur sebesar guli..
Alamak! Matilah aku dikerjakan minah hitam ni..
Apakah kesalahan dan sudah berapa lama agaknya menghuni bilik berpalang besi ini.
Ya Allah..
“Fatima! Did you hear!” bentak si polis.
Fatima! menundukkan mukanya dan angguk.
“Ok.. you may start now..”kata si polis kepada Amy yang tercegat, tidak tahu mana yang
hendak dimula.
Amy berdiri di sebelah Fatima dan cuba menyusun buku-buku yang tidak bersepahpun.
“Don’t” katanya garau.
Tersentak Amy.
Baru terdengar suaranya, ingatkan tadi bisu, kerana tidak ada satu ayatpun yang terkeluar
sewaktu berdepan polis wanita tadi?.
“Take that white trolley and arrange this.. we have to distribute this to the others..” katanya.
Amy lega dan angguk, Fatima nampak sahaja brutal tetapi hati perempuannya lembut.
Harap-harap kesalahan yang dia lakukan bukan yang ganas..
62
Phewww!! Seram.
Amypun menyusun buku dan majalah yang sudah diasing oleh Fatima ke dalam troli.
“Follow me..” katanya setelah troli penuh.
Terkuak sahaja pintu library, dua orang polis perempuan mengikut Amy dan Fatima berjalan
satu persatu lokap, mengedar buku dan majalah.
Memang Amy tahu, orang Africa Selatan memang suka membaca.
Dari pengamatan Amy, ramai yang membeli buku-buku terpakai setiap kali berkunjung ke
flea market yang ada seminggu sekali.
Cuma Amy sahaja yang kurang berminat untuk membeli kerana rakyat Malaysia tidak
didedahkan dengan habit membaca.
Sampai di pertengahan lokap, polis perempuan menghalang Amy dan Fatima dari
meneruskan edaran.
“Stop here..” katanya, tegas.
Amy tercengang-cengang. Banyak lagi lokap yang belum menerima bekalan.
Fatima seperti sudah biasa, memusingkan troli dan menarik tangan Amy yang terpinga-pinga
untuk berpatah balik ke library.
Laju sahaja Fatima menyosong troli tanpa menunggu Amy yang berlari-lari anak mengikut di
belakang.
Kedua polis perempuan masih berada di belakang mereka.
“Dummmm…” pintu library dilepaskan oleh Fatima lalu duduk tanpa berkata apa-apa.
“What is your name?” tetiba dia bersuara.
Baru ingin tahu nama Amy. Tidak mesra alam langsung
“Amy” jawab Amy sepatah.
“You know why they stop us?”tanya Fatima
Amy geleng.
“Newcomer.. must be .. ahhh..” katanya tidak dapat menghabiskan bicara.
Mungkin menyedari, Amy tidak perlu tahu.
Amy ternganga.
Di dalam library Fatima asyik dengan tugasnya bersendiri. Amy cuba menelek-nelek apa
yang menarik. Amy ke rak majalah kerana nampak gayanya majalah menjadi edaran yang
laris tadi.
63
Satu persatu Amy selak.
Patutlah …Majalah memang menarik
Ada majalah tunjuk ajar berkebun, majalah membuat kraftangan, majalah pembelajaran
teknologi, bertukang do it yourself dan macam-macam lagi.
Amy mengasingkan beberapa majalah kraftangan yang hendak dibacanya apabila kembali ke
lokap nanti.
Amy memilih cara membuat beruang dan sulaman ribbon sutera.
Nampak mudah, kerana Amy ada asas menjahit sewaktu sekolah menengah dan dia juga
memang minat kraftangan. Dia juga tahu banyak kelas-kelas seumpama itu dijalankan di
Cape Town, cuma dia tidak ada masa untuk mengikutinya. Sebok dengan suami, sebok
dengan anak-anak dan sebok dengan mertua.
Betulkah sebok Amy?
Sebok dengan suami! Ya sebok memikirkan suami yang sudah curang kepadanya…
Sebok dengan mertua! Apa kes? Betullah tu! Sebok menepis idea-idea mertua yang mahu si
suami kahwin dengan orang sebangsa.
Sebok dengan anak! Ya betul.. itu sahaja yang tinggal untuk Amy menyebokkan dirinya.
“Hey! Write here in this log before taking that out!” tengking si Fatima.
Meminta Amy menulis di dalam log senarai buku atau majalah yang dibawa keluar.
Cepat-cepat Amy menulisnya kerana waktu untuk pulang semula ke lokap sudah hampir tiba.
Baru sahaja Amy hendak memusingkan badannya, terdengar namanya di panggil.
Aduhai, si polis wanita sudah memintanya keluar untuk di bawa semula ke lokap.
“Thank you.. will see you tomorrow” kata Amy.
Seperti biasa Fatima hanya tegak berdiri tanpa berkata apa-apa.
Mungkin dia menjawab di dalam.
“Yes, insyallah I will see you tomorrow..” atau mungkin juga dia berkata di dalam hati “who
want to see you tomorrow!..I rather be alone here..”
MUNGKIN
Amy menoleh ke belakang mengharap Fatima memandangnya berjalan keluar.
Namun tidak, Amy lihat Fatima sebok meneruskan kerja-kerja.
Kering betul hati wanita itu. Berada di penjara betul-betul membuat hatinya sekeras keluli.
Tentu sudah lama bertapa di sini sehinggakan sedemikian sikapnya.
64
Bagi Amy berada dua minggu, adakah akan merobah sikap dan perangai?
Sama keras hati seperti Fatima?
Baru seharipun sudah macam-macam pengalaman yang dia lalui..
Tidak mengajarnya menjadi hati batu, tetapi mengajarnya menjadi lebih berani.
Apa pula agaknya yang akan berlaku esok.
Esok, Amy tunggu dengan debar…
65
Amy yang berbaring di katil bujang dengan kedua tangan mengalas kepala. Mata memandang
tegak ke siling. Tidak ada apa-apapun di siling tersebut kerana suasana sudah gelap, tetapi
sebelum lampu di tutup tadi Amy ada perasan tompokan air yang mungkin berlaku
disebabkan oleh tirisan air hujan yang selalu turun berserta hujan batu setiap musim panas.
Amy juga perasan sawang yang nun tinggi, tidak dapat digapai kecuali menggunakan tangga
yang tinggi. Sudah berapa lama agaknya si lelabah bermastautin di situ.
Entah!
Yang pasti tentu dianya gembira, tidak ada yang mengganggu. Biarlah berapa puluh orang
yang silih berganti menghuni bilik hotel satu katil ini. Yang penting, dia dan keluarganya
mendapat bekalan serangga yang selalu tersangkut jerat sarang.
“Apa khabar anak-anakku..” bisik hati kecilnya.
Dua hari berlalu bagaikan 2 bulan berpisah.
“Sabar sayang.. mama won’t be long here.. insyallah” jawab hati kecil Amy lagi.
Prangggg… bunyi grill pintu besi memecah sunyi bilik lokap yang sudah gelap dipadamkan
semua lampu. Tetiba terang menderang.
Bunyi tapak kaki orang berjalan, main lama makin hampir ke lokap Amy. Bunyi seperti
ramai sahaja.
Amy pura-pura tidur. Mata yang bulat tidak mahu tidur tadinya dipaksanya tertutup dengan
rapat. Amy tidak mahu tahu langsung apa yang sedang berlaku di luar.
Biarla..
Itu adalah lebih baik dari mengetahuinya kerana tidak ada berita gembirapun yang ditunggu.
Semuanya berita yang pedih pilu sahaja yang ada.
Biarlah deria telinga sahaja yang bekerja kali ini. Deria mata, kau hanya perlu pejam.
Terdengar sok sek sok sek di dalam Bahasa Afrikaans yang Amy tidak faham.
66
Sejurus kemudian terdengar bunyi roda troli, sama seperti bunyi troli buku yang Amy sorong
dua hari kebelakangan ini, tetapi rasanya bunyinya lagi kuat. Mungkin trolinya berat dan
besar.
Itu andaian Amy.
Tetapi perasaan ingin tahu Amy terlalu kuat, sehinggakan lupa arahannya untuk menutup
mata sepenuhnya. Di bukanya perlahan segaris sahaja, cukup untuk melilhat apa yang
sebenarnya berlaku.
Dari imbasan mata yang dibuka segaris, Amy dapat agak troli sudah dihuni oleh seseorang
yang mungkin sudah tidak bernyawa.
Nauzubillah..
Ya, sahih. Manusia yang disorong sudah tidak bergerak.
Amy masih bersangka baik.
Pengsan kut…
Dari lokap manalah agaknya si mangsa.
Dalam janjinya tidak mahu ambil tahu hal di luar, masih lagi hati kecil ingin tahu mengodam
fikirannya ingin tahu.
Hisy.. hisy.. hisy..
Pranggg… sekali lagi bunyi pintu grill di tutup.
Esok aje la..
Pujuk Amy lalu terlena.
Hari ketiga tugasan yang sama. Fatima nampak sudah seperti mempercayai Amy. Tidak
banyak berbual tetapi sudah dapat berbual sedikit tentang dirinya. Dia yang cerita sendiri
mengenai dirinya yang membunuh suaminya sendiri kerana cuba merogol anak gadisnya.
Katanya dia dihukum 10 tahun penjara kerana membunuh dengan niat tetapi juga untuk
mempertahankan diri. Sudah 7 tahun di situ dan diberikan pengampunan untuk keluar kerana
berkelakuan baik.
67
Ya! Amy juga dengar banyak kes rogol yang berlaku di penempatan orang kulit hitam yang
miskin. Islam hanya atas nama, mereka tidak mempraktikkan kehidupan secara islam sebenar
kerana persekitaran mempengaruhi peradaban. Bayangkan, minuman keras boleh dibeli di
kedai runcit. Kelab-kelab dewasa bersepah.
Bila begini, Amy berdoa agar anak-anaknya dapat membesar di Malaysia sahaja. Besar
harapannya agar segala urusannya pulang ke Malaysia dipermudahkan.
Apabila Amy menerangkan kehadirannya di situ, baru Amy sedar bahawa ramai wanita di
luar sana yang sedang di dera mental dan fisikal oleh sama ada suami, mertua atau orang
terdekat. Apa yang dia alami hanyalah titisan air batu di atas gunung.
Bertabahlah kau Fatima.. semoga ada sinar terang menanti di luar sana.
Dia masih ada anak-anak yang sering menjengoknya. Kerana dia tahu si ibu berkorban demi
kebahagian mereka.
68
“Mummy…” kedua-dua anak Amy menjerit keriangan, apabila melihat Amy keluar dari
kereta kedutaan setelah lima hari berlalu tanpa si ibu. Mereka tidak tahu kenapa si ibu
menghilangkan diri selama lima hari, mereka hanya diberitahu oleh uncle Helmi, si ibu ada
kerja yang perlu dia lakukan.
Mereka tidak tahu sebenarnya Amy sepatutnya berada di penjara selama dua minggu. Tetapi
setelah diamati, Amy sentiasa di dalam bahaya jika terus berada di situ. Akhirnya pihak
penjara membenarkan Amy menghabiskan hukumannya penjara di rumah sahaja.
Syukur Alhamdulillah.
Pengalaman singkat Amy di penjara akan Amy jadikan tauladan.
Pengenalan singkat bersama Fatima buat Amy tiba-tiba rindu dengan suara kasar itu.
Amy berdoa agar Fatima akan mengharung kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya,
insyallah.
Dora hanya tersenyum di depan pintu. Dia juga seronok melihat Amy sudah kembali dan
keriangan dua beradik yang gembira tidak terhingga.
Amy memeluk kedua-dua anaknya.
Kehangatan pelukan kedua-dua budak lelaki itu, mampu melupakan kedinginan yang Amy
tempuh selama lima hari di dalam penjara.
Amy baru sahaja pulang dari Kedutaan setelah dijemput pulang oleh Encik Helmi dari
penjara.
Banyak amanat yang disampaikan oleh Encik Helmi.
Encik Helmi meminta Amy berhati-hati agar tidak ditangkap atas jenayah lain.
Andai kata ada berlaku, peluang untuk urusan selanjutnya akan terbatal.
Setakat ini apa yang direncanakan olehnya, berjalan mengikut seperti yang diatur.
Alhamdulillah.
69
Di harap tidak ada apa-apa halangan yang muncul di saat-saat akhir perancangan ini.
Ini harapan Encik Helmi.
Harapan Amy lagilah..
Kecuali…
Kecuali si bekas suami buat hal!
70
Di Malaysia
“Bang, macammana agaknya kita hendak dapatkan duit beli tiket si Amy dan budak-budak
tu?” tanya Mona si ibu.
Tidak tergamak dia melihat Pak Aminuddin, yang sedang memandang jauh keluar. Silap-
silap lamunannya sudah menyeberang Lautan Hindi!
Hanya keluhan yang dia dengar. Dari bunyi keluhan Mona tahu, lamunan si suami tidak pergi
jauh, hanya berlegar-legar di rumah teres dua tingkat yang telah mereka diami hampir
separuh abad. Mona juga tahu si suami sedang pening. Pening memikirkan, dimana hendak di
cekau duit tambang kapalterbang satu hala buat Amy dan anak-anak untuk membawa mereka
pulang ke Malaysia. Bukannya sedikit, bukannya seratus dua, malah mencicah tujuh ribu!
Mahal ohhh… walaupun hanya satu hala. Jauh tu!
Pihak Kedutaan sudah memaklumkan kepada mereka bahawa, perbelanjaan pembelian tiket
pulang adalah di bawah tanggungan keluarga, pihak Kedutaan hanya menguruskan pembelian
tiket dan penghantaran pulang sahaja. Bantuan itupun sudah cukup besar bagi insan-insan
seperti Pak Aminudin. Andai kata tidak ada yang membantu, lagi parah mereka yang kurang
ilmu mengenai hal konsular ini.
Satu lagi penghargaan yang amat besar ialah pertolongan pihak Kedutaan yang dapat
memindekkan hukuman penjara si Amy dan sanggup menjaga cucu-cucu mereka sudah
cukup membuat Pak Aminuddin sekeluarga bersyukur.
“Duit simpanan pencen abang tak cukup, Mona.. pening juga memikirkan. Nantilah abang
ikhtiarkan cara lain. Hendak tanya anak-anak kita yang lain dulu, manalah tahu mereka adik
71
beradik boleh bantu untuk tampung sikit-sikit tiket pulang kakak mereka.” lemah sahaja Pak
Aminuddin, menjawab.
Merancang dan berharap apa yang dirancang akan berhasil. Sedangkan dia tahu, anak-anak
yang lain, bukannya senang, hanya cukup untuk menyara keluarga mereka masing-masing.
Tetapi manalah tahu! Harapan masih ada, walaupun harapan hanya cuma sebesar habuk..
Sejenak Aminuddin terhenti bernafas. Wajarkah dia bersusah payah memerah otak untuk
menyediakan tiket kapalterbang kepada si anak yang satu waktu dahulu pernah melukakan
hatinya?
Bukan setakat melukakan hati dirinya malah pernah juga merobek hati isterinya!
Malu, usah dicerita! Satu kampung bebau dengan berita anak perempuan si Aminuddin lari
dengan jantan Afrika ke luar negara!
Mahu tidaknya malu?
Mana hendak disorok muka ketika itu!
Sudahlah dirinya seorang yang disegani, kerana dia seorang pegawai kanan kerajaan, yang
hampir di umur bersara waktu peristiwa itu berlaku. Sehinggakan ada bunyi-bunyi sumbang
yang mahu melantik dirinya oleh orang kampung untuk menjadi penghulu!
Tetapi sayang, peristiwa yang berlaku, mengubah persipsi orang kampung. Bagaimana
hendak menjaga hal ehwal orang kampung, hendak menjaga seorang anak perempuanpun
tidak pandai!
Waktu itu Pak Aminuddin tersangat marah dengan si Amy. Mahu rasanya dibunuh sahaja si
anak seandainya berada di depan mata.
Namun mana mungkin!
Dia sudah menghilangkan diri bersama kekasih hati. Gara-gara cintanya mendapat tentangan
dari keluarga. Mana tidaknya, keluarga Amy yang tidak tahu latar belakang malah asal usul si
lelaki. Mereka perlu tahu itu semua, bukan sekadar main serkap sahaja, janji anak
perempuannya kahwin… bukan, bukan begitu untuk mencari pasangan!
Kena pula bila Amy menyuarakan yang dia akan mengikut bakal suami ke negara asal bakal
suami. Lagilah gundah hati si ibu dan bapa. Akibatnya perhubungan mereka ditentang keras
kerasan. Ditambah pula sekarang ini banyak kesah yang didengar, di mana perempuan yang
dikahwini di jual sebagai pelacur, malah ada yang dijadikan hamba abdi, ada juga yang hanya
digunakan sebagai pembawa dadah, keldai dadah… nauzubilah!!
72
Seriau Pak Aminuddin memikirkan seandainya berlaku kepada anak perempuannya.
Pak Aminuddin hairan, anak perempuannya bukannya calang-calang, belajar tinggi,
berjawatanpun pegawai. Bolehkan buta matanya oleh cinta kepada lelaki yang tidak sampai
setahun dia kenal. Itupun kenal tidak sengaja, sewaktu si jantan keparat tertinggal telefon
bimbit sewaktu mereka berurusan di bank.
Amy sanggup meninggalkan keluarga hanya dengan mengirim pesanan ringkas yang
menyatakan yang dia sedang dalam perjalanan ke lapanganterbang menuju ke Afrika Selatan
untuk bernikah dengan si jantung hati. Semua sudah diuruskan oleh si jantan keparat dengan
menggunakan wali hakim…
Wajarkah Amy berbuat demikian?
Bukankah wali yang sah masih hidup, mengapa pula menggunakan wali hakim?
Jawabnya, Amy dan pasangan boleh menggunakan wali hakim kerana Afrika Selatan
melebihi dari 2 marhalah, yakni lebih kurang 92 kilometer. Malah sudah entah beratus
marhalah jauhnya!
Akhirnya Pak Aminuddin terpaksa akur dan merestui hubungan tersebut. Tidak mahu si anak
berada didalam dosa sepanjang perkahwinan mereka. Rela didalam terpaksa melepaskan anak
perempuannya yang satu ini, walaupun banyak perkara dan persoalan yang masih terbuku di
dada.
Kini lain pula kesah si anak. Dia mahu kembali bersama anak-anak tetapi tanpa suami!
Pulak dah!
Ingatkan suami pilihan adalah satu-satu lelaki yang tertahta di hati hingga akhir hayat
sehingga Amy sanggup buang keluarga.
Apa yang Pak Aminuddin takutkan sudah menjadi kenyataan.
Bukan niatnya bergembira di atas keruntuhan mahligai rumahtangga anaknya, tetapi lebih
kepada pengajaran kepada si anak.
Amy.. Amy kenapakah kau degil sangat!!
Aminuddin mengetapkan bibirnya. Nasib baik giginya tumpul, jika tidak mahu si bibir pecah.
Aminuddin cuba mengkuis flashback kesah-kesah silam yang mampu membuat dia geram.
Memang dia boleh kuis semuanya, namun hanya bersifat sementara. Kesah lama itu tetap
datang dan berlegar di dalam kepalanya.
73
Yang paling ditakuti, kesah-kesah silam itu mampu merobah perancangan untuk membawa
Amy dan anak-anak pulang!!
Jangan begitu Pak Aminuddin!!
Perkara yang lepas sudah menjadi pengajaran dan amat terkesan kepada Amy seumur
hidupnya.
Bukan sahaja malu kepada keluarga malah menyesal sepanjang hayat.
74
Tersintak si suami apabila aroma kopi tiba-tiba terhidang betul-betul di depan mata. Apa lagi,
jika bukan kerja Mona, si isteri. Mengetahui yang fikiran si suami sudah jauh menyeberang
Lautan Hindi, baik sahaja segera ditahan sebelum fikirannya singgah ke Kutub Selatan, lagi
parah kelak untuk mencari!
“Bangggg, saya ada simpanan sikit, untuk cover tambang sorang cucu kita rasanya boleh
lepas..” kata Mona, perlahan.
Aminuddin hanya angguk. Lemah sahaja anggukannya.
“Abang pun ada sikit, cukup rasanya untuk tiket dia orang tu!” kata Aminuddin.
Mona menarik nafas lega, si suami berlembut hati rupanya. Dia juga mengharap kepulangan
anak yang pernah merobek hatinya, satu ketika dahulu. Walaupun lukanya sudah pulih, tetapi
bekas parut masih ada. Namun Aminuddin tidak pedulikan bekas parut itu, biarkanlah ia
berkesan, itu sebagai ingatan. Bukan orang nampak pun!
“Meeza dan Lokmanpun sanggup tolong mana yang mereka termampu. Mereka beritahu saya
masa saya beritahu,.kakak dah mahu pulang bersama anak-anaknya” sambung Mona lagi.
Aminuddin hanya terkebil-kebil menekmati kopi yang dihidangkan untuk minuman petang.
Deria rasa pahit kopi mampu menenangkan fikirannya yang berserabut.
“Merekapun hendak jumpa dua orang anak buah mereka, tentu sudah besar” sambung Mona
lagi.
“Agak-agak bila rasanya kita boleh ke Wisma Putra hantar duit ni bang?” tanya Mona lagi,
mengharap kali ini ada menerima jawapan dari sang suami.
75
Asyik main aci bahasa isyarat sahaja.
Itulah perempuan, jangan diberi peluang bercakap, alamat tidak ada noktah.
“Lusa kut…”jawab suami pendek.
“Kita singgah rumah Lokman jap..”sambungnya lagi.
Perancangan yang harus dipersetujui oleh Mona. Memangpun tidak ada bantahan, hendak
berjalan ke Kuala Lumpur, berjumpa anak menantu.
Terutama akan berjalan ke Putrajaya. Siapa yang tidak hendak pergi!
Perancangan diatur, Aminuddin dan isteri sudah selamat sampai di rumah Lokman. Anak
menantu menyambutnya meriah. Meeza si anak perempuanpun ada menjengok. Memang
Meeza selalu ke rumah abangnya. Bila lagi hendak makan sedap, masakan kakak ipar,
memang sedap. Hendak harapkan makan sendiri, jawabnya nasi bungkus. Baru bekerja
beberapa bulan, cop jaripun belum kering lagi. Tetapi bantuan perlu diberi walaupun sepuluh
ringgit kepada ayah untuk pembelian tiket kakak tersayang. Simpanan adalah sikit-sikit,
lebihan duit biasiswa sewaktu belajar dahulu, namun hajat perlu dilepaskan.
Kena pula ibu ada membawa lauk yang dimasaknya dari kampung.
Phuuuww.. makan masakan ibu. Selera datang dengan sendiri, apabila semua sudah
berkumpul, lagi seronok.
Selera terus tajam.
“Beg baju awak berat masa abang angkat tadi.. isi apa?”tanya Aminuddin kepada isterinya,
“Adala…” jawabnya.
“Emas ke batu?”gurau si Aminuddin lagi.
Teguran Aminuddin bergurau, memberitahu beg si isteri berat, bawa jongkong emas agaknya,
silap-silap batu dari kampung!
Biar betul si ibu membawa jongkong emas, mahu minta seketul? Usik si anak-anak.
Mempersendakan ibu bergurau. Namun hanya senyuman sahaja yang diterima.
Bukan jongkong emas, tetapi benda yang mampu menokok tambah sekiranya diperlukan.
Hanya Mona sahaja yang tahu apa sebenarnya isi kandungan beg pakaiannya.
76
Dengan menaiki kereta Lokman, mereka menuju ke Putrajaya, Kementerian Luar Negeri di
tuju. Lokman tahu selok belok Putrajaya kerana dia bekerja di Cyberjaya. Bersebelahan
sahaja. Hendak harapkan si ayah, mahu sampai ke jambatan bengkok di Johor Baru, tidak
sampai-sampai ke Putrajaya, rupanya syok memandu ke selatan sehingga terlepas simpang ke
Putrajaya, tu dia!!
Tiket nombor giliran di ambil. Terus meluru Pak Aminuddin dan keluarga, berdiri di depan
kaunter,
“Ohhh… urusan ini. Tuan duduk sebentar saya panggilkan pegawai yang akan
membantu..”kata kerani kaunter, nampak seperti berbangsa India tetapi cukup fasih
berbahasa Melayu.
“Tuan ikut saya” tetiba muncul seorang lelaki mengajak mereka sekeluarga mengikutinya.
Tanpa banyak bicara mereka mengikuti jejak lelaki itu sehingga ke satu bilik.
“Jemput duduk..” kata suara yang Pak Aminuddin sudah biasa dengar. Dialah pegawai yang
selama ini Pak Aminuddin berurusan, Encik Zamri.
“Apa khabar, kita teruskan perancangan mengikut apa yang telah diatur , ya pakcik” kata si
pegawai konsular yang bernama Zamri.
“Pakcik, harga tiket satu hala kelas ekonomi untuk mereka bertiga, semuanya RM7380”kata
Zamri lagi.
“Laaa.. yeke, pakcik dengar RM7000 je hari tu, ni ah, pakcik dah kira cukup”kata Aminuddin
sambil menghulur satu sampul di mana duit tambang itu disimpan.
“Lagi RM380, kau ada tak Lokman, ayah pinjam dulu” tanya si ayah kepada si anak.
“Tak ada sebanyak tu, seratus lebih adalah..” jawab Lokman.
Mona menung sejenak. Abang, saya ada bawa duit siling, konon hendak tukar di bank. Duit
tabungan saya. Tak tahulah cukup ke tidak?”kata Mona.
“Ada kau bawa?”tanya si suami.
Mona angguk.
“Ada ni ah..”jawabnya lagi.
Patutlah tas tangannya berat, rupanya dia mengusung ke hulu ke hilir duit siling tabungannya.
“Ya Allah Mona.. syukur alhamdulillah”sahut Pak Aminuddin dengan muka berseri-seri.
Grrgggggg…
77
Bunyi duit syiling apabila dilambakkan di atas kerusi menunggu. Bermulalah episod
pengasingan duit-duit itu dilakukan, menghitung setiap sen.
Alhamdulillah, mencukupi apabila dicampur dengan wang tunai yang Lokman ada.
“Tuan, duit syiling boleh terima tak?”tanya Lokman kepada pegawai konsular itu
“Boleh encik. Syilingpun duit juga, cuma berat sikitlah..”jawabnya, terus sahaja dia
menyambut uncang kain yang dihulur oleh Lokman.
Tersengeh Lokman mendengar jawapan si pegawai bertugas.
Hemmm.. malupun ada. Tidak cukup duit sehingga terpaksa memecah tabung gamaknya!
Ahhh.. lupakan rasa malu itu, janji kakak dan anak-anaknya dapat kembali ke tanah air.
“Nanti saya beritahu jadual penerbangan mereka. Pakcik boleh tinggalkan nombor telefon
dan emel untuk kemudahan kami”katanya lagi.
“Lokman lah..” kata Pak Aminuddin.
Mengetahui tugasan lanjutan diserahkan sahaja kepada si anak.
Lokman akur, lantas biarkan sahaja wakil Wisma Putra menguruskannya. Mereka lebih arif
mengenai hal ini. Hendak bantupun benda lain dia tidak mampu. Dia tidak faham pasal visa
dan hal-hal dokumentasi yang perlu disediakan kerana pembelian tiket satu hala.
Yang hanya dia fikirkan ialah perasaan tidak sabar menunggu kepulangan kakak dan anak-
anak yang sudah lapan tahun menghilang.
Lokman dapat bayangkan wajah seorang perempuan yang lemah lembut. Hormat orang tua,
rajin membantu ibu, disukai oleh teman-teman, malah disenangi oleh semua orang.
Itulah kakak Amynya.
Namun adakah dia masih sama seperti dulu?
Adakah kehilangan selama tujuh tahun itu sudah merubah wajahnya?
Bagaimana peribadi dan sikapnya sekarang?
Masih seperti perempuan melayu terakhir?
Tentu sekali tidak!
Tindakan yang telah dia lakukan sudah melenyapkan semua kebaikan yang ada pada dirinya.
Yang terserlah hanya keburukkan.
78
Di Pretoria
Dora bersila memerhati Amy mengemas pakaian dan membungkus sedikit barangan kraf
orang Afrika yang baru dibelinya untuk Amy sebagai kenang-kenangan. Hendak harapkan
Amy, jangan harap ada, kerana dirinya tidak mempunyai wang lebihan untuk membeli buah
tangan kenang-kenangan buat hadiah keluarga di Malaysia. Lagipun Amy tidak boleh keluar
dari kawasan rumah Encik Helmi kerana dia di bawah arahan perintah berkurung, house
arrest. Amy cukup bersyukur ada sedikit pemberian tuan rumah, daripada tidak ada langsung.
“Pulang nanti, jangan lupa hantar khabar berita, tau!” pesan Dora.
Amy hanya senyum.
Mahunya tidak tersenyum, esok petang dia dijadualkan berangkat pulang.
“Halimi, Hakimi, don’t forget untie ah! “katanya kepada kedua-dua budak lelaki yang hanya
mengangguk.
“Amy mahu buat apa nanti kat Malaysia?”tanya Dora.
“Entahlah puan.. nantilah difikirkan, bila sampai nanti..”jawab Amy
“Di Malaysia, macam-macam boleh mendatangkan rezeki. Jual goreng pisang, jual nasi
lemak.. pun boleh menjana pendapatan. Sekarang trend jaga budak macam babysitters, tapi
kena jaga betul-betul.. sekarang macam-macam cerita pasal babysitters ni.. heeee
ngeri!”sambung Dora lagi.
“Ya..”jawab Amy pendek.
Amy faham maksud Dora, dia boleh lakukan apa sahaja untuk membesarkan kedua anaknya.
Malah dia ada lulusan ijazah perakaunan. Cuma dia sangsi, masih ada peluangkah untuk dia
berkhidmat di institusi perbankan? Rekod perkhidmatannya sudah buruk. Dia meninggalkan
tugasan dan lari tanpa notis. Itu satu kesalahan yang besar. Namanya sudah disenarai hitam.
Nampaknya dia terpaksa melupakan untuk berkerjaya di mana-mana institusi kewangan.
79
Perkhidmatan kerajaan… hem.. jangan harap kerana faktor umur. Dia sudah hampir 35 tahun.
Bolehkah diterima? Satu lagi cabang perkhidmatan yang Amy terpaksa pangkah.
Jual goreng pisang, jual nasi lemak.. ahh.. takkan sampai begitu sekali terdesaknya dia.
Tak mahulah!
Perkara mencari pekerjaan Amy terpaksa tangguh dulu untuk difikirkan. Akan dia fikirkan
apabila sudah betul-betul dirinya memijak bumi Malaysia.
“Ringggg…”terdengar intercom daripada pagai berbunyi. Menandakan ada orang diluar
pagar. Di Afrika Selatan ini semua rumah mempunyai pagar automatik dan sesiapa yang
mahu masuk atau keluar perlu menekan butang di dinding interkom atau remote khas untuk
gate.
Cepat-cepat Dora berjalan meninggalkan Amy untuk menjawab deringan intercom.
Siapalah agaknya di luar pagar?
Suaminya tidak pula memberitahu mana-mana temujanji?
Yang pasti bukan tukang kebun, kerana dia baru membersihkan kebun semalam. Tugasnya
dalam seminggu hanya perlu datang setiap dua hari.
Mungkin jirannya yang baik hati, kerana dia selalu memberinya manisan buatan isterinya.
Mungkin juga orang-orang yang menjual barangan dari rumah ke rumah.
Atau mungkin juga orang-orang yang meminta pekerjaan atau makanan. Dora sudah biasa
dengan kunjungan tetamu tidak diundang ini sejak dua tahun berada di situ.
“Ringgggg…” lagi panjang bunyi deringan interkom yang memaksa Dora berjalan lebih
pantas dan jangan memikirkan siapa yang berada diluar pagar kerana dari deringan yang
panjang, rasanya orang itu betul-betul mahu berjumpa si tuan rumah.
“Yes…”jawab Dora sebaik sahaja telefon interkom diangkat.
“Hello mem..”jawab suara seorang lelaki.
“I need to see you, We are police and I believe you are habouring a legal immigrant and
kidnapper ..” sambungnya lagi.
Ah! Dora ternganga.
Kaki Dora sudah lemah..
Apa punya bencana pula ini?
Polis mencarinya kerana dikatakan melindungi pendatang tanpa izin, nauzubillah!
Tidak ada jawapan yang terlintas di kepala untuk dia jawab.
Aduhai polis!!
80
Tuduhan kedua, yang dia ada melindung seorang penculik!
Ah! Penculik!
Siapa yang pendatang haram?
Siapa pula yang di culik?
“Ohh.. Police? Can you wait sir?”jawab Dora terketar-ketar.
Interkom dimatikan dan secepat kilat dia menghubungi si suami.
Apa kes ini?
Polis sampai datang ke rumah?
Telefon ditekan dan di lekapkan ke telinga.
Percubaan pertama .. gagal, berjawab.
Dora cuba sekali lagi..
“Mana pulak dia ni..”
Percubaan kedua berhasil..
“Bang, pulang segera. Ada polis datang dan kata ada pendatang haram dan penculik..”kata
Dora dengan pantas.
Dia tidak perlu bermukadimah panjang lebar. Apa yang dia harapkan si suami pulang segera.
Polis ni .. jangan main-main!
Tetiba Dora teringatkan Amy.
Hanya Amy sahaja tetamunya.
Amy, apa dah jadi ni?
81
Di Malaysia
Terjingkit-jingkit Mona di celah-celah orang ramai yang sama niat sepertinya, menyambut
kepulangan orang yang mereka sayang. Merindui mereka apabila terpisah. Itulah rindu
menerpa apabila jauh di mata, sekiranya di depan mata, perasaan rindu tidak pula muncul.
Mereka yang berderet menunggu mungkin sudah terpisah seminggu, sebulan, setahun tetapi
sudah tentu tidak dapat menandatangi rindu si ibu yang bernama mona, yang menunggu
selama tujuh tahun. Tujuh tahun dia memendam rasa, tujuh tahun dia cuba menidakkan rasa
hati. Namun dia tidak mampu. Naluri seorang ibu mana mungkin berbuat demikian.
Tambahan lagi si anak jauh nun di seberang lautan. Lagilah…
Berbagai andaian berlegar di benak hati.
Mona menghela nafas yang panjang, melepaskan lelahnya. Dia tidak merasa penat mahupun
jemu walaupun sudah hampir satu jam berdiri di penghadang balai ketibaan. Kegelisahan
cukup terasa apabila orang yang di tunggu tidak muncul-muncul. Namun perasaan itu cuba
disorok. Dia masih mampu tersenyum apabila memandang si suami yang nampak gelisah.
Mana mungkin Mona, orang tahu kau hanya memberikan senyuman palsu, sudah nampak
nyata yang dirimu kecewa.
Mata tertumpu semula ke arah pintu keluar balai ketibaan. Setiap wajah yang muncul keluar
diamati, agar tidak seorangpun terlepas. Namun orang yang ditunggu tidak juga muncul-
muncul.
Manalah kau ni Amy?
Mana budak-budak?
Jangan buat perangai lagi!
82
Sudah jelas pegawai Wisma Putra memberikan salinan tiket yang ditempah. Sudah betul
penerbangan yang mereka tunggu.
Jadi apa lagi?
Dari ramai orang yang keluar, kini sudah tinggal beberapa orang sahaja lagi. Akhirnya pintu
ketibaan sudah tidak ada lagi manusia yang muncul keluar.
Aduh! Amy… Amy.. sampai hati kau buat emak begini, bisik hati Mona.
Hatinya hancur, bukan setakat berkecai, malah sudah lumat. Sudah tidak tinggal apa lagi.
Pak Aminuddin memeluk bahu si isteri.
“Marilah Mona, tak ada budak Amy tu..Sudahlah, mari kita pulang saje”pujuk si suami.
Longlai dan cukup kecewa.
Meeza dan Lokman hanya membisu. Baik sahaja berdiam dari menambah luka di hati si ibu.
Mona hanya menurut, dia juga sudah tidak kuasa hendak berbicara. Biarkan raut di wajahnya
sahaja yang bercerita, betapa hampa, sedih dan pilu tidak terkira.
Langkah demi selangkah di atur. Berat sahaja kakinya melangkah untuk meninggalkan dewan
ketibaan. Di dalam hati masih berharap agar dia mendengar suara si anak memanggilnya
“Emak! Amy ni.. Amy sudah pulang. Ini Amy bawa cucu-cucu emak sekali”.
Tetapi adakah itu akan terjadi?
Jangan diharap Mona. Lupakanlah igauan di siang hari.
“Mak, kita minum dulu, Meeza tahu emak tentu haus, lama tadi kita tunggu” akhirnya Meeza
bersuara, mengharap agar itu dapat mengutip sedikit hatinya yang sudah jatuh tergolek
hancur lumat dik kecewa.
Lokman dan isteri hanya mengikut cadangan si adik.
Si ayah juga menurut.
“Awak dan budak-budak duduk kat sana, saya dan Lokman sahaja yang orderkan. Hendak
minum apa?”tanya si suami.
“Apa-apa ajelah bang, saya tak kesah”jawab Mona.
83
Si suami mengerti, isterinya tidak kesah apa jua minuman yang terhidang, yang penting
semua air akan terasa sama sahaja, hambar.
“Siapa pulak yang call ni..hisy”tiba-tiba Lokman membebel kerana di kejutkan oleh deringan
telefon yang nombor tidak diketahui siapa pemanggilnya.
Kekecewaan yang dirasa membuat dia rimas, walaupun hanya sekadar mendengar deringan
telefon. Bagaikan deringan itu betul-betul mengganggu emosi mereka sekeluarga yang
kecewa.
“Ya..saya, Ya.. kami di Mc D, minum-minum..ya. Ohhh.. dah nampak ya” itu sahaja
perbualan yang boleh didengar.
Semua ternganga, mengharap agar perbualan yang hanya menyebut “Ya” itu cepat berakhir.
Sungguh menyeksakan jiwa sesiapa yang mendengar.
Cepatlah… siapa sebenarnya di talian?
Lokman tersenyum, nampaknya dia seorang sahaja yang merasa gembira.
Apa ni! Berita apa yang mampu buat dia tersenyum.
Eh! Kongsilah…
“Assalamualaikum..”
Semua kepala tertoleh!!
Tetapi suara yang memberi salam itu bukannya Amy kerana itu suara lelaki!
Siapa pula dia ni??
84
“Maaf Encik, saya tidak berkesempatan menjelaskan apa yang berlaku, itu kesilapan saya”
kata si lelaki yang memberi salam.
Semua tercengang dan hairan, tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh si lelaki.
Awak siapa?
Mahu cerita apa ni?
Ada kamera tersembunyikah yang merakamkan gelagat mereka?
Cuba tengok entah-entah tersembunyi kamera di bawah kerusi.
“Smile… you are in Candid Camera”
Silap-silap ada orang yang merakamkan entah menyorok di mana-mana.
“Ini Encik Zakaria..dari Wisma” kata Lokman memperkenalkan si lelaki misteri.
Terlerai satu tanda tanya.
Pegawai Wisma Putra rupanya.
Zakaria namanya. Hanya Lokman yang kenal kerana dia yang menjadi wakil keluarga Amy
sepanjang urusan kepulangan Amy direncanakan. Maka berceritalah Encik Zakaria situasi
Amy. Yang lain terlopong mendengar, bagaikan bunyi rioh di restaurant makanan segera itu
tiba-tiba sepi kerana yang mendengar mahu pasti setiap butir maklumat yang mahu
disampaikan dapat didengar.
Menurut Encik Zakaria, Amy ditahan polis kerana dituduh melarikan rakyat Afrika Selatan.
Yang dimaksudkan rakyat Afrika Selatan ialah anak-anaknya. Namun atas perbincangan
pihak kedutaan, polis dan imigresen, Amy hanya ditahan satu malam di penjara wanita
Pretoria.
Semua menarik nafas lega apabila Encik Zakaria menamatkan maklumat yang perlu
disampaikannya.
Yang paling lega ialah Mona.
Jika benar Amy hanya ditahan satu malam, di manakah dia sekarang?
85
Adakah dia masih di Pretoria?
Atau sudah sampai di Malaysia?
Mana dia? Mana!!
Sambil mata melilau mencari-cari seseorang yang tidak diketahui di mana berada.
“Mak..” bunyi suara yang ditunggu-tunggu Mona.
Tetapi, adakah itu hanya ingauannya?
Hah! Malaslah hendak menoleh. Cukup-cukuplah dipermainkan oleh perasan.
“Mak.. Amy sudah pulang..” bunyi suara itu lagi.
Kali ini Mona kena toleh. Lagipun semua yang ada hanya ternganga dan kaku.
Mona bingkas bangun, tegak seperti tiang bendera.
Tercegat seorang perempuan kurus di hadapan Mona, yang berdiri bagaikan tiang bendera.
Betulkah perempuan kurus itu anaknya Amirah?
Mengapa lain pula rupanya?
Perpisahan selama tujuh tahun mampu merobah fisikal si anak.
Ahh.. Mona juga perasan, dirinya juga sudah bertambah umur tujuh tahun.
Lalu Amy peluk si tiang bendera.
Berkreut bunyi kerusi berlaga lantai dibuatnya.
Peduli apa dia!
Perasan rindu yang teramat sangat membuatkan dia lupa di mana dia berada.
Terpaku seketika apabila ada dua lelaki beruniform berada di kiri dan kanan Amy.
Kenapa pula?
“Maaf Encik, saya wakil dari Polis dan ini wakil dari Imigresen yang menguruskan
kepulangan Cik Amirah sekeluarga. Tadinya Cik Amirah tidak boleh keluar melalui pintu
biasa. Saya ditugaskan membawanya keluar melalui pintu lain” manakala tangan kedua lelaki
itu dihulur kepada semua lelaki yang ada.
“Sebabnya, Cik Amirah sudah tamat tempoh berada di Afrika Selatan, visa pemastautinnya di
sana sudah luput, sepatutnya dia ditahan. Dia tidak menukar kerakyatan walaupun
bersuamikan rakyat tempatan. Cik Amirah sudah boleh diiktiraf sebagai pendatang tanpa izin
di sana. Tetapi diatas rundingan antara Foreign Affairs Afrika Selatan dan Wisma Putra, Cik
Amirah dan keluarga dibenarkan pulang, dengan syarat dia benar-benar sampai Malaysia.
86
Tidak lagi berada di mana-mana tempat di Afrika Selatan. Sayalah yang perlu
memastikannya dan membuat laporan kemudian...”kata wakil dari Imigresen.
“Manakala teman saya ini pula memastikan Cik Amirah dan keluarga sampai selamat ke
tanah air, terutama apabila ada tuduhan Cik Amirah melarikan rakyat Afrika, yakni anak-
anaknya. Namun hubungan Cik Amirah dan anak-anak tidak boleh dikategorikan culik atau
melarikan kerana mereka adalah hubungan ibu dan anak. Ini tidak boleh dikira melarikan atau
menculik.. ” sambung bicara wakil Imigresen, menjelaskan bagi pihak temannya.
Amy diam membisu..
Penjelasan yang diberi cukup melegakan semua yang mendengar, terutama Mona. Semua itu
sudah tidak penting baginya, yang penting anak perempuannya yang di tunggu-tunggu sudah
berada di depan mata. Tangannya liar meremes kepala kedua budak lelaki yang sudah pasti
cucunya. Hanya ucapan syukur yang menjela panjang tersisip di benak hati, tanpa perlu
diluah.
Kehadiran Amy dan anak-anak cukup mengembirakan semua. Hinggakan hilang terbang
kekecewaan yang tadinya tersangkut di hati.
“Welcome Home Amy” mungkin terselit ungkapan ini di hati mereka.
Ya, Welcome Home Amy and the boys…
87
Tiada bicara panjang yang terucap, tiada celoteh becok yang terdengar di sepanjang
perjalanan pulang ke rumah Lokman. Rumah persingahan mereka sebelum pulang ke
kampung. Hanya sesekali sahaja kedengaran bicara, satu soalan yang hanya mendapat satu
jawapan. Kegembiraan menyambut kepulangan Amy yang bersekali dengan tambahan dua
insan sudah cukup buat mereka lega sehingga hilang kata-kata.
Mona memegang erat pergelangan tangan Amy. Mahu rasanya dia ikat tangan dan kaki anak
perempuannya itu agar tidak dapat lari lagi.
Di dalam hati berkata.. “Jangan sesekali kau buat hal begini..tau! Jika mahu laripun larilah
dekat-dekat je dalam Malaysia. Sekurang-kurangnya emak dan abah boleh cari. Ini tidak?
Sampai ke negara orang yang terpaksa menyeberang lautan!”.
“Esok kita pulang kampung kan bang?” tanya Mona.
Lain yang di dalam fikiran, lain pula yang terluah.
Pak Aminudin hanya angguk.
Mengetahui, hari dan malam ini adalah satu hari yang panjang buat dua beranak yang baru
bertemu setelah berpisah panjang.
Sudah pasti banyak perkara yang perlu ditanya dan perlu mendapat jawapan.
Esok yang dinanti muncul jua.
Panjang sungguh waktu perjalanan pulang ke kampung. Bagaikan sama panjangnya di dalam
kapalterbang dari Afrika.
Sebaik sahaja Amy turun dari kereta dia berdiri memandang sekeliling. Laman rumah yang
sudah tujuh tahun dia tinggalkan.
88
Masyallah baru 7 tahun ditinggal, kini sudah berubah begitu rupa.
Bau haruman bunga-bunga wangi hasil tanaman emak, masih ada.
Eh! Pokok cempaka kuning, dahulu kecil sahaja pokoknya, kini sudah seperti pokok kayu
tingginya, sedang berbunga lebat, bagaikan menyambut kepulangan Amy.
Kaki melangkah perlahan-lahan menuju anak tangga rumah yang tidak berubah walaupun
sedikit. Tangan Amy memimpin kedua-dua anaknya. Bagasi sudah dijinjing oleh Lokman si
adik dan abah. Masih kuat lagi kudrat abah, tak mahu kalah dengan kudrat orang muda.
Kemudian, Amy tercegat di tubir tingkap. Angin menyapa lembut ke mukanya. Mata meliar
memandang sekeliling, satu persatu dirakamkan ke kotak otaknya, tidak mahu terlepas
walaupun seinci. Manalah tahu pemandangan seindah itu akan ditinggalkannya lagi. Jika
dahulu tujuh tahun, di masa akan datang mungkin lebih panjang lagi.
Hemmmm…
Amy kerut mukanya, hairan mendengar cicipan burung-burung layang-layang keluar dan
masuk ke lobang di bangunan batu bertingkat. Desingan bunyi burung layang-layang dari pita
rakaman yang riuh menipu burung-burung agar masuk menginap masuk melalui corong khas,
menara lama kepunyaan uncle Chin Ah.
Amy tersenyum.. lumayan agaknya hasil air liur burung yang tertipu. Lelaki cina penternak
burung walid di bangunan berhampiran. Mahu tidaknya Cik Amy oi! Rm800 setiap 100g.
sarang yang belum diproses. Yang sudah diproses mampu mencapai 3K..
Fulamak!!
“Apa yang dimenungkan tu Amy..” tegur emak.
Teguran mampu membuat Amy tertoleh, namun hanya senyuman sahaja yang mampu dibalas
sebagai jawapan.
“Jangan dilayan bunyi burung si Chin Ah, beratus kali dah emak minta dia perlahankan tape
tu, tapi sama je yang emak dengar. Sudah lali, bila ditutup rasa sunyi pula” sambung Mona.
“Budak-budak mana mak?”akhirnya Amy bersuara.
“Kat luar dengan atuknya. Bukan main lagi bila abah bercakap orang puteh. Sudah lama
orang tua tu tak speaking..”lawak Mona sambil tersenyum.
89
“Marilah kat sini, banyak cerita mak hendak tahu. Mari sini..” pinta si ibu yang menagih
cerita selama lapan tahun menghilang dari si anak. Mengharap si anak sebagai narrator akan
menceritakan cerita yang indah-indah.
Mana orang mahu tahu cerita yang sedih-sedih.
Ya emak, emak bakal akan mendengar cerita yang indah-indah sahaja, cerita sedih biar aje
Amy yang telan seorang.
Betul juga permintaan emak, meminta cerita yang indah-indah, ibarat cerita novel, jika cerita
sedih, pastinya tidak laku bukunya. Andai cerita rekaan yang di luar pemikiran otak manusia
yang ada manusia hampir seratus peratus sempurna, kaya, cantik dan pengakhiran kesah
gembira, pastinya meletop di pasaran.
Ahhh.. lupakan kesah novel. Kesah hidupnya lebih baik dari kesah di dalam novel. Tak
percaya cuba baca.
Berapa lama agaknya terpaksa Amy ambil untuk menceritakan kesah dirinya di sana?
Susah juga, masa 8 tahun mahu dipendekkan menjadi sehari!
Biar betul?
Walau seringkas manapun, tidak mungkin dapat disampaikan dalam sehari, Kemungkinan
seminggu, mungkin juga berbulan. Harap-harap tidak sampai lapan tahun!
Amy hanya mahu bercerita kepada si ibu hanya cerita yang indah-indah, pengalaman lima
hari di dalam lokap tidak sama sekali akan terkeluar dari mulutnya. Namun ketahuilah wahai
ibuku sayang, dari lapan tahun itu mungkin tidak sampai sehari ceritanya yang akan kau
dengar.
Namun Amy tetap tersengeh menampakkan gigi taringnya yang halus.
Manis sebenarnya si janda beranak dua ini apabila tersenyum.
Ahhh.. baik sahaja dia reka-reka cerita sepanjang lapan tahun itu dengan kesah-kesah yang
indah sahaja. Peduli apa, bukannya si ibu tahu kesahihannya. Itu kesah dahulu, sudah berlalu
dan sudah menjadi sejarah, yang penting dia dan anak-anak sudah berada di depan mata.
Yang utama cerita yang indah-indah itu akan muncul di masa mendatang,
Insyallah. Aminnn yarabalalamin.
90
Terkumat kamit Amy bercerita, si ibu leka mendengar. Diselit pula dengan gelak tertawa.
Apa yang melucukan, hanya dua wanita itu yang mengetahuinya. Entah apa yang
ditemberang oleh Amy.
Janji di dalam hati Amy, si ibu tidak akan mengetahui apa yang sebenar yang dihadapinya
sepanjang lapan tahun merantau.
Anggaplah sudah suratan takdir buat dirinya.
Amy, tolong jangan menyalahkan takdir kerana sebenarnya itu jalan hidup yang DIA telah
peruntukkan buatmu.
Ketahuilah, hanya DIA sahaja yang tahu, mengapa dia memilih Amy untuk melalui itu semua.
Amy bersyukur, kerana mengetahui ada insan lain yang lebih besar dugaannya dari yang dia
alami..
91
Mata Amy tersorot ke arah anak-anak yang pulas tidur. Penat sungguh gayanya, mahu
tidaknya penerbangan 10 jam tanpa henti menyeberangi Lautan Hindi. Amy juga letih tetapi
digagahnya juga untuk bersama keluarga. Tambahan Afrika Selatan masih siang, 5 jam
kebelakang. Badan masih belum dapat menerima waktu di tanah air. Perlahan-lahan, jetlag
akan hilang.
Terima kasih Meeza, bisik hati kecil Amy, mengerti si adik berkorban mengambil bilik kecil
di sebelah dapur demi dia dan anak-anak.
Amy menghela nafas. Apa yang harus dia lakukan untuk membesarkan anak-anaknya!.
Dia harus pantas memikir mencari rezeki buat anak-anak. Mana boleh mengharap ihsan
orang lain, terutama kedua ibu bapanya. Cukup-cukuplah dia sudah menyusahkan hidup
kedua orang tua itu. Bukan setakat menyusahkan mereka, malah menjeruk hati dan perasaan
Lupakah awak yang mereka bergolok bergadai menghantar awak ke menara gading.
Sudah tamat, dapat pula kerja di bank yang terkenal.
Apa lagi yang awak mahu Amirah!
Mahu memohon semula jawatan di bank?
Bolehkah lagi?
Umur sudah melepasi syarat yang di kehendaki. Jangan main-main, tujuh tahun yang kau
tinggalkan, kini pengurusan bank sudah berubah, semuanya menggunakan digital. Sekeping
kad mengandungi berbagai maklumat yang mampu digunakan berbagai cara.
Mampukah nanti kau bersaing dengan generasi lebih muda yang lebih terdedah dengan
sistem ini!
Sedang kau terhegeh-hegeh mempelajari sistem terkini, scam Nigeria sudah songlap wang
yang ada!
Lagi mampus…
92
“Ting” tetiba Amy terkenang pesanan puan Dora, isteri Encik Helmi yang masih segar di
dalam kepala. Tetiba terdengar suara puan Dora bagaikan muncul tiba-tiba.
“Buat aje apa kerja yang boleh menjana rezeki Amy? Jual nasi lemak di tepi jalanpun boleh!.
Janji dapat membesarkan budak-budak tuh!”
Poshhhh.. secepat angin lalu suara Puan Dora lenyap.
Amy terangguk-angguk bagaikan burung belatuk yang mabuk buah ketapang.
Tap! Jual nasi lemak.. kenapa tidak!
Tidak perlu belajar sistem digital baru yang memeningkan kepala.
Tidak ada politik pejabat.
Tidak akan terlibat dengan scam mencuri dana cara orang Nigeria.
Yang paling utama, tidak ada boss!
Bolehkah seorang pegawai bank yang menghilangkan diri selama ltujuh tahun kembali ke
tanah air menjaja nasi lemak?
Boleh je, janji mencari rezeki yang halal.
Tiba-tiba Amy teringat, warta berita di TV sebentar tadi. Berita trending mengenai satu berita
yang mengesahkan nasi lemak anak dara. Sedap sesangat sehinggakan beratur orang
membelinya.
Berita terkini, mengesahkan satu keluarga yang boleh menjana RM4000.00 dengan memiliki
60 orang pekerja, hanya semata-mata menjual nasi lemak ayam berempah.
tidak mahu memikirkan sampai ke tahap itu.
Dapat menjana belanja harian dan sedikit simpanan pun sudah cukup memadai.
Tapi , bagaimana jika dia juga berniaga nasi lemak sebagai permulaan?
Boleh lakukah?
Amy tahu tahap ilmu memasaknya. Tidak sehebat mana, tetapi emak pandai memasak.
Sewaktu dirinya bersekolah, emak pernah berniaga nasi lemak di depan kedai cina.
Perniagaan nasi lemak emak terkenal sehinggakan emak tidak dibenarkan bercuti, jika bercuti
pembeli akan bising.
Bagaimana jikalau Amy mengemukakan cadangan ini.
Bukan buat selamanya, hanya sementara mendapat kerja yang lebih baik. Sekurang-
kurangnya dia ada duit poket, sebagai modal dan penguat ekonominya.
Rasa-rasanya emak setuju tak?
Belum tanya belum tahu.
93
Esok cadangan itu akan dikemukakan.
Amy hendak tahu, mana yang lebih hebat, Nasi Lemak Anak Dara, nasi lemak ayam
berempah orang kaya atau Nasi Lemak Mak Janda!!
Bukan Janda Berhias, tetapi janda beranak dua.
Amy julingkan mata… terhibur sesaat dengan lawaknya sendiri.
94
Cadangan mencari duit poket, Amy letak tepi dahulu. Urusan persekolahan anak-anak harus
dilaksanakan segera. Terlalu lama bercuti mampu membuat anak-anak malas bersekolah atau
mengambil ringan urusan persekolahan.
“Mak hari ni Amy mahu uruskan kemasukan sekolah budak-budak tu. Ni ah! surat Jabatan
Pelajaran suruh Amy ke sana dan terus hantar budak-budak ni ke sekolah yang mereka sudah
pilih” ujar Amy kepada emaknya yang hanya mendiamkan diri.
Apalah yang perlu si perempuan tua itu katakan, memang bagus benar tindakan si anak.
Pelajaran itu penting, jadi baik jangan bertangguh. Memang lama rasanya mereka bercuti,
walaupun sebenarnya baru beberapa minggu.
Dari duduk tidak tentu arah di rumah. Bukan ada gadget yang boleh membuat mereka sebok.
Talian wi fi pun tidak ada! Tok Nek mereka bukan kaki internet seperti Omma (panggilan
nenek di South Africa), memang pandai sehinggakan siap ada group chatting.
“Amy ke Jabatan Pelajaran dulu, hendak tahu sekolah mana yang ada kekosongan. Amy
harap benar budak budak dapat sekolah yang depan balai polis tu, kan mak?”kata Amy lagi
dengan sedikit lantang.
Dia sudah membelakangkan si emak, tetapi masih mahu bersuara.
“Hakimi, Halimi sudah readykah?” jerit Amy memanggil anak-anak yang masih di dalam
bilik.
Bersiap bukan main lama. Budak lelaki, bukannya budak perempuan yang mahu make up dan
touch up sini sana!
Muncul kedua-dua budak lelaki itu yang merasa ganjil dengan pakaian yang baru mereka
sarung. Amy tersenyum sambil membulatkan matanya, bagaikan tidak percaya.
“Where did you get those?” tanya Amy, lupa berbahasa melayu.
95
“Auntie Meeza, mummy..”jawab Hakimi, si abang.
Berbaju melayu putih siap dengan bersamping warna hijau pucuk pisang. Uniform sekolah
pemberian Meeza rupanya.
“Hah! Memang budak-budak lelaki kena pakai baju melayu ke sekolah sekarang ni, Amy”
jawab emak dari jauh.
“Oh! Ye ke? Sekolah tadikapun sudah ada uniform? Ingatkan pakai baju biasa je..”jawab
Amy.
Dia suka dengan penampilan anak-anaknya. Mereka sungguh segak berpakaian sedemikian.
Bila saat gembira begini, tetiba Amy sebak. Di sebalik bibirnya yang senyum melebar, tetapi
sebenarnya bergenang air mata di kelopak mata, sedikit sahaja air mata yang mampu
terkeluar, yang selebihnya hanya mengalir di dalam hati.
Hatinya berkata, alangkah indahnya saat ini sekiranya si ayah juga dapat menyaksikan berapa
tampannya anak-anak mereka berbaju melayu, baju yang tidak pernah langsung tersarung ke
badan si ayah. Kini tersarung di kedua-dua anak lelakinya. Tidak pernah Amy impikan ianya
berlaku.
Eh! Amy, kenapa kau?
Sudah lupakah yang si ayah sudah tidak ada kena mengena di dalam hidup mu!
Yang kau masih teringatkan dia tu, mengapa?
Masih adakah ruang yang kau selitkan di dalam hatimu untuk di huni oleh si jantan keparat
itu?
Dia yang merobek hati mu?
Sudah kau lupa?
Sudah tu! Lupakan dia dan tutup rapat-rapat hati kau itu, jangan beri peluang langsung di
jantan itu menyelinap lagi di dalam hati mu.
Astagfirulllah…
Cepat-cepat Amy tersedar.
Masih ada peluangkah si Mosa memujuk Amy semula untuk kembali kepadanya dan pulang
ke Afrika Selatan.
Entah..
Mungkin ya, mungkin juga tidak.
Hanya Amy yang ada jawapannya.
Serta merta Amy humbankan perasaan yang cuba menggodanya.
96
Shuhhhh… pergi kau.
Lantas Amy kembali berpijak di bumi Malaysia. Afrika Selatan cuba dihumbannya jauh-jauh.
“Mari sayang, kita beransur..”katanya, sempat menyapu air mata sebelum mengalir sebaik
sahaja membelakangkan si anak-anak.
Malu pula Amy nampak terharu campur gembira sehinggakan mengalirkan air mata.
Si anak-anak hanya mengikut arahan ibu mereka, cepat betul mereka faham bahasa ibunda,
walaupun baru beberapa minggu berada di Malaysia.
Mudah sebenarnya memahami bahasa melayu sebenarnya.
Jika tidak, masakan si Mat Dan boleh bercakap melayu siap dengan dialeg Terengganu tu!
Halimi berjalan dengan tangan masih memegang samping. Dia tidak mahu percaya yang
samping itu tidak akan melurut.
Tiga beranak melangkah keluar dari rumah dengan langkah kanan, menuju ke kereta Tok
Wan yang sudah lama menunggu.
Tersenyum lebar Tok Wan melihat kedua cucu berdarah kacukan, tampan berbaju melayu
menuju ke arahnya. Sehinggakan dia lupa kehadiran Amy.
“Abah!” tegur Amy
“oh ya.. kita ke Jabatan Pelajaran, mereka sudah tentukan sekolah mana.” Tersipu-sipu si
abah.
Amy perasan yang abahnya cukup gembira, wajah sentiasa berseri-seri, semenjak kepulangan
dia tiga beranak. Lupa agaknya dia yang anak perempuan yang berada di sebelahnya kini
pernah membuat onar dan pernah melukakan hatinya satu ketika dahulu.
Sudah lupakah semua itu?
Mungkin sudah dibuangnya jauh-jauh perasaan marah dan kecewanya. Mungkin api
kemarahan sudah padam sejak munculnya dua budak lelaki itu.
Mungkin…
Nampaknya bukan kerana kepulangan anak perempuannya, tetapi kerana kehadiran dua lagi
insan yang tidak pernah dia duga dapat bersama.
Betullah kata orang-orang tuan, sayang anak tidak sama dengan sayang cucu-cucu.
Cucu mendahului anak sendiri…
Tambahan pula kepulangan anak ibarat, hilang gersang dek hujan yang setitik.
97
Mona menoleh keluar kerana dia terdengar engin kereta berhenti di halaman.
Bukannya perkara luar biasa, terdengar bunyi kereta berhenti di halaman. Tetapi hari ini lain
pula halnya. Perasaan ingin tahu mengenai persekolahan cucu amat mengembirakannya.
Terjengok-jengok bagaikan leher zirafah.
Alih-alih muncul seorang, ya seorang sahaja yang Mona nampak yang keluar dari perut
kereta.
Si suami rupanya, ah.. jika dia yang muncul tak perlu dirinya memanjangkan leher
zirafahnya.
Mana Amy?
Mana budak-budak?
Mana pula mereka sudah pergi?
Dia mengerti ketiadaan budak-budak sudah tentunya memulakan hari pertama persekolahan!
Yang si Amy pula takkan masuk sekolah sama?
Banyak soal pula si perempuan tua ini.
“Awak, bawakan saya air sejuk! Panas ni!” laung si suami dari jauh apabila terlihat si isteri
terjengah-jengah.
Kemudian dia menghenyakkan punggung di sofa. Kipas siling yang berputas lesu, dikerah
berputas ligat.
Panas, memang cuaca panas.
“Bang, sudah selesai ke? Mana Amy? Budak-budak sudah masuk sekolah ke? Dapat sekolah
mana?”tanya Mona sewaktu menghulur air kepada si suami.
Namun soalan tidak dihiraukan oleh si suami untuk memberi jawapan. Tekak yang kering
perlu diberi keutamaan. Bukan satu soalan yang perlu dia jawab, banyak tuh!
Namun dia sudah ada jawapan kepada setiap soalan. Cuma perlu bersabar sesaat ya!
98
“Hemmm sudah. Semua sudah selesai, mereka sekolah kat depan sana nun. Si Amy berhenti
beli barang, katanya hendak berniaga nasi lemak, esok Eh! Awak ni, bukankah awak dan
Amy yang merancang ini semua malam tadi?”naik bengang pula Aminuddin kepada si isteri.
Bagaimana begitu cepat sudah lupa. Faktor cuaca agaknya yang membuat dirinya hangat dan
panas sahaja sepanjang hari.
“Bukan lupa bang, tak ingat je”menjawab Mona dalam senyap.
Beranikah hendak menjawab terang-terang, jika berani cuba. Sampai besok tak habis kena
leter.
Mona tersengih. Ya tak ya juga, perasan dengan kesilapan sendiri. Malam tadi dia dan Amy
sudah berbincang dan kata sepakat hendak memulakan jualan esoknya.
Masakan dia lupa benda-benda begini!
Aduhai, tua sangatkah aku!
Tanpa banyak bicara Mona berjalan pantas menuju ke dapur. Baik sahaja dia menguruskan
apa yang patut di dapur. Periok belanga dan kuali yang besar perlu di cuci. Bawang boleh
dikupas, beras perlu dicari antah atau batu.
Lebih rela menahan hidung daripada bersin dengan kehangatan cili dan bawang dari
berhadapan dengan si suami yang sedang angin kus kus satu badan.
Amy meletakkan semua barangan yang baru dibeli ke atas meja. Tersenyum apabila melihat
segalanya sudah beratur hanya minta dimasak. Patutlah dia terhidu bau sambal, rupanya emak
sedang menjerang cili agar sambal tidak terasa pedas sangat.
“Tu ah! sedang tunggu ikan bilis aje. Bawang biar lebih, supaya tak tersedak orang makan
kalau sambal pedas”kata emak.
Amy hanya berdiam.
Dalam hati menyakat.. Yes Chef!
“Jangan lupa simpan timun dan santan ke dalam peti sejuk. Kalau basi sia-sia aje
nanti”sambung emak lagi.
99