LAPORAN AKTIVITI LATIHAN MENGAJAR
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA LAPORAN GREEN TECH GARDEN TEMPAT: KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT ANJURAN: FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UTHM DENGAN KERJASAMA: KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT, JOHOR TARIKH 4 DISEMBER 2022
PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR & PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA LAPORAN GREEN TECH GARDEN 1.0 TUJUAN Tujuan laporan ini adalah untuk makluman Yang Berusaha Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar san Alumni), Profesor Sr. Ts. Dr. Lokman Hakim Ismail dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Puan Hazrinaz Binti Husain@Hashim mengenai Laporan Green Tech Garden. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih Latihan Mengajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari kepada pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor. 2.2 Program ini juga dapat memupuk kesedaran kepada pelatih bahawa peranan mereka bukan sekadar di sekitar ruang lingkup kuliah malahan sebagai agen penggerak masyarakat dalam kerja-kerja kesukarelawanan. 2.3 Selain daripada itu, melalui program ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya.
3.0 NAMA PROGRAM DAN PENGANJUR 6.1 Nama Program Green Tech Garden 6.2 Nama Penganjur Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Dengan Kerjasama Kolej Vokasional Batu Pahat 4.0 BUTIRAN PROGRAM 4.1 Tarikh 4 Disember 2022 - 8 Disember 2022 4.2 Hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis 4.3 Lokasi Kolej Vokasional Batu Pahat 4.4 Masa 8.00 Pagi – 5.00 Petang 5.0 OBJEKTIF PROGRAM Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut: 5.1 Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada warga Kolej Vokasional Batu Pahat khususnya pelajar bagi menggalakkan mereka untuk menceburi bidang teknologi solar.
5.2 Meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dalam bentuk kemahiran mengaplikasikan teknologi solar untuk tujuan pembelajaran dan kegunaan umum. 5.3 Mewujudkan semangat bekerjasama antara pelajar dengan pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor. 5.4 Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa yang berbilang negeri melalui program yang dijalankan. 6.0 PERNYATAAN MASALAH 6.1 Penerapan teknologi hijau dalam kehidupan seharian dapat membantu mengurangkan impak manusia terhadap alam sekitar dan menjadi salah satu jalan menuju pembangunan ke arah dunia yang lebih lestari. Namun begitu, tahap pendedahan budaya teknologi hijau kepada generasi muda masa kini amat rendah terutamanya diperingkat sekolah. 6.2 Implikasi terhadap permasalahan tersebut menjadikan murid kurang berpengetahuan mengenai teknologi hijau. Justeru itu, satu aktiviti untuk meningkatkan tahap pengetahuan pelajar mengenai teknologi hijau dijalankan agar budaya ini dapat diterapkan dalam diri pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat. 6.3 Oleh yang demikian, program Green Tech Garden dicadangkan untuk memupuk budaya teknologi hijau dalam diri pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat. 6.4 Berdasarkan program ini pelatih dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran membuat perancangan, mengurus dan menjalankan aktiviti kepada komuniti yang terlibat. 6.5 Program ini antara lainya dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelatih untuk menjayakan program Green Tech Garden. 6.6 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dengan Kerjasama pelatih dapat menyumbang kemahiran bekerja berkaitan dengan elektrikal, kimpalan, pembinaan dan pengurusan program/projek untuk dikongsi kepada pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat.
7.0 SENARAI PESERTA DAN PENGIRING 7.1 Penasihat Program TN HJ SH HUSSIN BIN SH ABDULLAH (Nama Pembimbing) DR. SITI NUR KAMARIAH BINTI RUBANI (Nama Penyelia Fakulti) 7.2 Fasilitator / Penceramah DR SUHAIZAL BIN HASHIM 7.3 Kumpulan Sasaran 24 murid 2DVM 8.0 PADANAN TERAS AKTIVITI DAN KEBERSIHAN GRADUAN Sila rujuk Lampiran 1 9.0 KEBERSIHAN PROGRAM / IMPAK 9.1 Kepada Individu 9.1.1 Dapat memupuk budaya teknologi hijau dalam diri pelajar Kolej Vokasional Batu Pahat. 9.1.2 Mewujudkan pelatih yang terampil dalam menjalankan program di komuniti. 9.1.3 Semangat perpaduan antara pelatih dengan komuniti setempat. 9.2 Kepada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 9.2.1 Aktiviti kerjasama antara fakulti dengan komuniti semakin bertambah. 9.2.2 Hubungan yang era tantara fakulti dengan institusi luar. 10.0 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran 2.
11.0 JAWATANKUASA PROGRAM Sila rujuk Lampiran 3. 12.0 ANGGARAN BELANJAWAN Bil. Perkara Kuantiti RM/Unit Jumlah Sumber Peruntukan (RM) 1. Sistem Solar 1 1000.00 RM1000.00 BENGKEL ETE, BENGKEL KIMPALAN 2. Kerusi Taman 1 200.00 RM200.00 BENGKEL BBB 3. Landscape - Floral - Batu - Air Pancut Mini 4 ½ bundle 1 20 180 100 RM80.00 RM180.00 RM100.00 KVBP - Bengkel ETE - Bengkel ETN Jumlah Keseluruhan (RM) 1560.00 Luar UTHM 13.0 GAMBAR AKTIVITI
14.0 ULASAN PERJALANAN KESELURUHAN Program ini dijalankan khusus kepada pelajar diploma yang mengambil kursus elektrik di Kolej Vokasional Batu Pahat kerana ianya berkaitan dengan salah satu subjek yang akan mereka ambil iaitu. Oleh itu, melalui program ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya. Program ini telah dijalankan selama lima hari di Kolej Vokasional Batu Pahat iaitu bermula pada 4 Disember 2022 sehingga 8 Disember 2022. Program ini merupakan anjuran guru pelatih daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan pihak Kolej Vokasional Batu Pahat. Sepanjang program berlangsung, kesemua guru pelatih telah dibahagikan jawatan masingmasing yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha, Bendahari, Biro Disiplin & Kerohanian, Biro Protokol & Pengisian, Biro Risiko & Keselamatan, Biro Makanan dan Biro Tugas Khas & Teknikal. Pada hari pertama program dijalankan pada 4 Disember 2022 iaitu pada hari Ahad. Program dimulakan bermula pada pukul 8.00 pagi di mana semua pelajar berkumpul di satu tempat dan diberikan sedikit taklimat berkenaan dengan program yang akan dijalankan. Seterusnya, aktiviti penyediaan bahan dan peralatan dijalankan sebelum bermulanya aktiviti landscape taman mengikut kreativiti guru dan pelajar. Pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang, semua pelajar dilepaskan untuk berehat dan solat. Aktiviti landscape dan membuat hiasan taman disambung pula selepas pukul 2.00 petang. Tambahan lagi, untuk bahan-bahan yang perlu dipesan terlebih awal, telah dipesan oleh guru pelatih dan mengambil masa untuk sampai ke sekolah seperti solar yang menjadi barang utama dalam program ini. Seterusnya, untuk hari-hari berikutnya iaitu dari 5 Disember 2022 sehingga 8 Disember 2022 aktiviti landscape dan membuat hiasan taman diteruskan sehingga selesai. Aktiviti pembahagian kumpulan dilakukan dan setiap kumpulan telah ditentukan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan seperti membuat aktiviti mengecat, menyambung hiasan landscape taman, membina kerusi taman daripada bahan konkrit dan membuat kerja-kerja pembersihan dan hiasan taman. Masa yang diambil untuk menjalankan aktiviti ini adalah di antara pukul 8.00 pagi
sehingga 5.00 petang mengikut waktu persekolahan dan mengikut tentatif aktiviti yang telah dirancang. Kemudian, setelah selesai melaksanakan program ini, guru pelatih memberikan sedikit taklimat akhir kepada semua pelajar yang terlibat. Selain itu, cenderahati juga diberikan kepada semua pelajar yang terlibat sebagai tanda penghargaan kerana dengan rela hati telah melibatkan diri dengan program yang telah dilaksanakan oleh guru pelatih di Kolej Vokasional Batu Pahat. Semua yang telibat telah melaksanakan program ini dengan jayanya dan telah menghasilkan sebuah Green Tech Garden yang cantik serta berguna untuk pelajar dan telah mendapat pujiak daripada guru-guru yang telah melihat hasil kerja yang dihasilkan oleh mereka tersebut. Kesimpulannya, program seperti ini sangat membantu pelajar untuk mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif. Tambahan lagi, program ini juga dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia dan mempunyai keyakinan diri dan semangat kerjasama yang tinggi dalam membuat sesuatu kerja sebelum bergelar graduan dan menempuh alam pekerjaan. 15.0 RINGKASAN MAKLUMBALAS PROGRAM Sepanjang program dijalankan dan sepanjang pelajar menjalankan setiap aktiviti yangbtelah ditetapkan oleh dalam tentatif, tiada sebarang kelemahan dan program diteruskan sehingga selesai. Namun begitu, terdapat pelajar yang mempunyai alahan terhadap beberapa jenis makanan. Hal ini telah sedia maklum oleh kepada biro makanan dan penyediaan khas diberikan kepada pelajar tersebut. Pelajar juga telah diberikan sedikit teguran daripada guru pelatih untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan sepanjang menjalankan aktiviti. Hal ini kerana, untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diduga semasa semua aktiviti dijalankan. Hal ini juga sudah sedia maklum dan tiada sebarang masalah yang tidak diduga seperti pelajar sakit dan pelajar cedera untuk sepanjang aktiviti dijalankan dan pelajar juga nampak lebih bersemangat sepanjang menjalankan aktiviti. Selain itu, semasa pembahagian kumpulan, terdapat kekurangan dalam membentuk kumpulan disebabkan oleh kurang interaktif di antara mereka. Namun begitu masih Berjaya
dilaksanakan dengan bantuan guru yang berpengalaman. Sepanjang lima hari program tersebut berlangsung, kesihatan semua pelajar masih dalam keadaan baik dan peserta masih bersemangat untuk meneruskan program. Akan tetapi, ada juga beberapa pelajar kelihatan lesu dan letih sepanjang aktiviti dijalankan. Hal ini telah sedia maklum oleh guru pelatih yang bertugas dan guru pelatih telah menyediakan air untuk diminum oleh pelajar yang hendak minum semasa aktiviti dijalankan. Akhir sekali, sepanjang aktiviti dijalankan guru pelatih telah diperingatkan oleh guru disiplin untuk lebih tegas untuk sepanjang program dijalankan agar tidak berlaku perlanggaran disiplin dan pelajar tidak menimbulkan masalah. Aktiviti yang berjalan dengan lancar dan bersemangat oleh pelajar-pelajar dan guru pelatih sehingga selesai. 16.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 16.1 KESIMPULAN Secara keseluruhan program ini dapat berjalan dengan mengikut perancangan yang telah dirancang lebih awal. Selain itu, pelajar telah didedahkan dengan sistem pembelajaran di KVBP iaitu pembelajaran secara amali. Dengan ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pemilihan pembelajaran yang berteraskan kemahiran. Selain itu, keperluan sikap dan tingkah laku pelajar juga dapat dilihat oleh guru sepanjang program ini dijalankan. Di samping itu, program seperti ini dapat meningkatkan komunikasi antara satu sama lain serta keyakinan diri dalam melakukan sesuatu. Akhir sekali, pelajar dapat menyedikan fizikal, mental, rohani dan emosi yang seimbang dalam membentuk modal insan yang berguna pada masa akan datang. 16.2 CADANGAN Cadangan merupakan satu penambahbaikan supaya program atau aktiviti yang akan dijalankan untuk masa akan datang adalah lebih baik dari sebelumnya. Antara kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa perancangan, pelaksanaan dan selepas Program Green Tech Garden ini dijalankan memerlukan penambahbaikan yang sepatutnya agar kelemahan sepanjang program tersebut dijalankan dapat memberi pengajaran kepada semua semasa merancang, melaksana dan mengelola sesuatu program tersebut seperti program ini serta kesalahan tersebut tidak diulang lagi untuk masa yang akan datang. Tarikh yang dirancang untuk melaksanakan sesuatu program perlulah ditetapkan dengan lebih tepat dan terancang bagi memastikan program tersebut
berjalan dengan lancar dan sempurna. Selain itu, perjumpaan dengan ahli jawatankuasa perlu diperbanyakkan sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan atau mesyuarat untuk memastikan perjalanan program yang dirancangkan berjalan dengan baik. Seterusnya, sebarang permasalahan yang timbul sewaktu perancangan dapat diselesaikan bersama agar tidak berlaku perselisihan faham semasa program atau selepas program selesai. Disamping itu, untuk program yang akan datang, digalakkan untuk pelejar-pelajar MPP bagi membantu AJK sedia ada agar cukup tenaga kerja yang diperlukan semasa program berlangsung. Tambahan pula, keputusan untuk menentukan program yang hendak dibuat agak lewat perlu dielakkan untuk program yang akan dilaksanakan masa hadapan. Seharusnya, guru pelatih hendaklah merancang dan menentukan program yang sesuai untuk dijalankan lebih awal agar tidak menganggu proses-proses lain seperti penyediaan barang-barang yang diperlukan dalam program tersebut. Pembahagian tugas dan penerangan tentang tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan sebelum hari program perlu dilakukan lebih awal agar ahli jawatankuasa yang terlibat dengan tugas-tugas tersebut bersedia dan jelas tentang bidang tugas masing-masing. Oleh itu, masalah seperti kekeliruan tentang bidang tugas dapat dielakkan sama sekali. Akhir sekali, bagi melancarkan program yang akan datang, banyak perkara dan hal-hal berbangkit yang sedia ada harus diperbaiki agar masalah tersebut tidak diulangi pada masa akan datang. 17.0 PENUTUP Dengan segala hormatnya Penyelia Latihan Mengajar Kolej Vokasional Batu Pahat iaitu Dr. Siti Nur Kamariah Binti Rubani adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai Laporan Program Green Tech Garden di Kolej Vokasional Batu Pahat.
Disediakan Oleh : _______________________________ Mohammad Iqbal Qastalani Bin Mohd Marzuki Setiausaha Program All-Out Landscaping Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Disahkan Oleh : _______________________________ En. Tn Hj Tamyis Bin Arbak Pembimbing Latihan Mengajar Kolej Vokasional Batu Pahat Disemak Oleh : _______________________________ Dr. Normah Binti Zakaria Penyelia Latihan Mengajar Kolej Vokasional Batu Pahat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
LAMPIRAN 1 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI MANUSIAWI KPM (Sila tandakan ’1’ pada setiap padanan dalam jadual di bawah, yang mewakili pemberat paling tinggi bagi program/aktiviti yang dijalankan) Contoh: Nota 1: Kod Rujukan Bidang Teras Aktiviti 1 Media Kreatif 8 Pengantarabangsaan 2 Seni & Budaya 9 Kepimpinan & Latihan 3 Wacana Intelek 10 Sains, Teknologi & Inovasi 4 Keusahawanan 11 Penyelidikan 5 Sukan & Rekreasi 12 Kesukarelawanan (Alam Sekitar) 6 Kerohanian & Etika 13 Kesukarelawanan (Kesejahteraan Komuniti) 7 Pengucapan Awam 14 Kelestarian Kampus Nota 2: DNA Kecemerlangan UTHM KARBON Rendah Karbon – Membudayakan kampus rendah karbon AMAL Kampus Amal – Memupuk ekosistem kampus amal MASA Menepati Masa – Merealisasikan budaya menepati masa ILMU Budaya Ilmu – Menyuburkan kecintaan budaya ilmu
LAMPIRAN 2 TENTATIF PERSEDIAAN/PROGRAM NAMA PROGRAM: All-Out Landscaping TEMPAT: Kolej Vokasional Batu Pahat TARIKH: 4/12/2022 TARIKH MASA AKTIVITI 04/12/2022 8:00a.m - 8:30 a.m Berkumpul Bersama pelajar dan sedikit taklimat. Pembahagian kumpulan. 8:30 a.m - 9: 00 a.m Pembahagian kumpulan Kumpulan A: -Membuat aktiviti mengecat. Kumpulan B: -Menyambung hiasan landscape taman. Kumpulan C: -Membina kerusi taman daripada bahan konkrit. Kumpulan D: -Struktur bumbung solar. 9:00 a.m -1:00 p.m Memulakan aktiviti landskap taman 1:00 p.m - 2:00 p.m Rehat dan solat 2:00 p.m - 4:00 p.m Sambung aktiviti 4:00 p.m – 4:30 p.m Aktiviti membersihkan kawasan taman 4:30 p.m - 4: 45 p.m Sesi penutup 4:45 p.m bersurai
Gambar aktiviti LAMPIRAN 3
LAM[IRAN 4
LAPORAN PROJEK INOVASI GURU PELATIH KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT TAJUK PROJEK INOVASI: SUSUR LALUAN KESELAMATAN BENGKEL NAMA GURU PELATIH: MOHD SYAMMIL HAKIMI BIN MOHD FAUZI 981120-11-5461 9 OKTOBER 2022 – 14 FEBRUARI 2023
PENSYARAH PEMBIMBING KV PUAN ROHAINI BINTI MOHD SAAT (880208015120) 1.0 PENGENALAN Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Projek inovasi yang saya terima daripada ketua bengkel Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Kolej Vokasional Batu Pahat adalah projek mengecat dan memperbaharui laluan keselamatan di dalam bengkel dan mengecat tiang plug. 2.0 OBJEKTIF PROJEK INOVASI 1) Pelajar-pelajar yang berada di dalam bengkel dapat melihat laluan yang selamat dan mudah bagi mereka untuk ke setiap ruangan bengkel 2) Memperbaiki penampilan bengkel dan mengecat dinding atau permukaan lain dapat membuat ruangan atau bangunan terlihat lebih baru dan menarik. 3) Melindungi dari kerusakan - Mengecat dinding atau permukaan lain dapat melindungi dari kerusakan seperti air, jamur, dan serangan hama. 3.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROJEK INOVASI Kaedah pertama iaitu peringkat sebelum bermulanya projek yang akan dijalankan, saya memerhati dan menganalisa keadaan sekeliling bengkel. Pada peringkat ini saya dapati bahawa keadaan bengkel agak suram dan kurang menarik terutamanya pada bahagian lantai iaitu laluan keselamatan bengkel. Setelah proses analisis masalah selesai, hasil dari analisis ini dapat digunakan untuk merumuskan idea-idea inovatif yang sesuai dengan keperluan dan masalah yang ada, perancangan tentang mengecat bengkel diteruskan. Masa dan tarikh
bagi pelaksanaan projek ditentukan iaitu 13 Januari 2023 hingga 14 Januari 2023. Projek diharap dapat diimplementasikan dengan baik dan dapat membuat impak yang diharapkan. Peringkat semasa, alatan dan bahan yang digunakan untuk projek ini disenaraikan dan disediakan terlebih dahulu. Kiraan kos bahan dan alatan telah dilakukan dan barang-barang keperluan telah pun dibeli dan disediakan. Pada hari pelaksanaan, perkara pertama yang dilakukan mengikis dan membersihkan tape dan cat yang lama. Kemudian, pemasangan tape putih dilakukan bagi mengelakkan warna bercampur. Warna laluan keselamatan bengkel menggunakan dua warna iaitu hijau dan kuning. Kemudian, proses mengecat dilakukan pada bahagian berwarna hijau dahulu kemudian berwarna kuning. Selain itu, tiang plug juga dicat menggunakan warna dasar berwarna putih kemudian dicat berwarna oren. Selepas projek laluan keselamatan ini disiapkan, bengkel kelihatan lebih ceria dan menarik disamping keselamatan bengkel dapat diterapkan oleh kerana laluan ini tidak boleh diletakkan sebarang alatan ataupun bahan-bahan pembelajaran. Pengujian laluan keselamatan telah pun dilakukan apabila selesai sahaja pengeringan cat pada laluan keselamatan. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir kaedah pelaksanaan projek laluan keselamatan bengkel. Carta alir ini terdiri dari tiga bagian utama: fasa sebelum fasa semasa dan fasa selepas.
Rajah 3.1 Carta Alir kaedah pelaksanaan projek Laluan Keselamatan Bengkel. Kaedah pelaksanaan bagi projek Laluan Keselamatan Bengkel Fasa sebelum implementasi meliputi tahap persiapan, termasuk pengumpulan data, analisis keperluan, dan perancangan Fasa semasa implementasi meliputi tahap pelaksanaan, termasuk pemasangan, pengujian, dan pelatihan. Fasa selepas implementasi meliputi tahap evaluasi, termasuk penilaian hasil, pemantauan, dan pemeliharaan.
4.0 KEBERHASILAN PROJEK INOVASI – OUTCOME DAN IMPAK Berikut merupakan kos projek yang telah disenaraikan dan diluluskan. Bil Perihal Barang Kuantiti Harga/ Unit (RM) Anggaran Harga (RM) Tarikh Diperlukan Catatan oleh Pengetua/Guru Besar 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 CAT PUTIH (18L) CAT KUNING (7L) CAT HIJAU (7L) CAT KELABU (7L) ROLLER CAT (8”) BERUS CAT (2”) TRAY CAT (3”) STICKER HAZARD TAPE (2”) MASKING TAPE (1”) FOAM NOTICE BOARD EKSA (120 x 240 cm) JUMLAH 1 TONG 2 TONG 3 TONG 4 TONG 5 UNIT 10 UNIT 5 UNIT 5 UNIT 1 DOZEN 2 UNIT 80.00 130.00 130.00 130.00 8.00 3.00 5.00 20.00 30.00 260.00 80.00 260.00 390.00 520.00 40.00 30.00 25.00 100.00 30.00 520.00 1,995.00
4.1 PEMBUKTIAN GAMBAR SEMASA KERJA-KERJA SEDANG DILAKSANAKAN Berikut merupakan lampiran bagi kerja-kerja mengecat laluan keselamatan di Bengkel Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara
L A P O R A N A K T I V I T I
Bil Jenis Aktiviti Tugas Dan Tanggungjawab 1 Hari Anugerah Kualiti Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP 2 Majlis Sanjungan Jasa Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP 3 Kejohanan Tenpin Bowling Peskov Zon Johor Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP 4 Karnival Piala Pengarah KV Batu Pahat Peringkat Kebangsaan 2023 Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP 5 Program Bicara Akademik Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP 6 Webinar Bicara Masa Hadapan Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP 7 Kejohanan Bola Sepak Anjuran Kolej Vokasional Tanjung Piai Tugas : Pemain Bola Ulasan: Berpeluang menjadi Pemain utama dalam perlawanan menentang KV Likas,KV kemaman,KV Klawang dan KV Tanjung piai. 8 Kejohanan Tenpin Boling Peskov Zon Johor Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP 9
Majlis Maulidur Rasul Tugas : Pemain Bola Ulasan: Berpeluang menjadi Pemain utama dalam perlawanan menentang KV Likas,KV kemaman,KV Klawang dan KV Tanjung piai. Tugas: Jurugambar Ulasan: Mendokumentasikan gambar serta video untuk tujuan dimuat naik di page KV BP
Karnival Piala Pengarah Ragbi Anjuran KV Batu Pahat
LAMPIRAN 3
Program Bicara Akademik
Webinar Bicara Masa Hadapan
Kejohanan Bola Sepak Anjuran Kolej Vokasional Tanjung Piai Kejohanan Tenpin Boling Peskov Zon Johor
Majlis Maulidur Rasul
Majlis Sanjungan Jasa