The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ict.ilim, 2024-04-02 04:26:47

Mutiara ILIM 2018

Mutiara ILIM 2018

MUTIARA ILIM 2018 INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) BIL. 5 Mutiara Institut Latihan Islam Malaysia Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 1 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 ii Diterbitkan oleh: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jalan Maktab, Seksyen 12 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan © Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), 2018 Cetakan Pertama 2018 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia. Atur huruf dan rekabentuk oleh: UKM CETAK Sdn Bhd Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Dicetak oleh: UKM CETAK Sdn Bhd Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 2 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 iii Penaung Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Penasihat Dato’ Paimuzi bin Yahya Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM Ketua Editor Puan Zaiton binti Abd Rahman Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Timbalan Ketua Editor Puan Zaini Naura Aza binti Md Zain Timbalan Pengarah ILIM Penyelaras Penerbitan Puan Khairani binti Husin Ketua Perunding Latihan Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Latihan (KPPL) Editor Puan Dyg Sitiawa binti Pgn Shamsudin Perunding Latihan Kanan KPPL Pembaca Pruf Puan Siti Zuraima binti Bujang Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan JAKIM JAWATANKUASA PENERBITAN MUTIARA ILIM 2018 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 3 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 iv Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 4 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 v KANDUNGAN Jawatankuasa Penerbitan Mutiara ILIM 2018 Sekapur Sireh Ketua Pengarah JAKIM Seulas Pinang Pengarah ILIM 1. Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Quran di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 2. Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 3. Pengaruh Mazhab Syafiᶜi di Malaysia: Realiti dan Cabaran 4. Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-undang Syariah di Malaysia 5. Isu Semasa: Fatwa-fatwa Berkaitan Halal 6. Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 7. Kompetensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 8. Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 9. Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 10. Teori Pengurusan Moden dan Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan 11. Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 iii vi viii 1 19 36 51 70 86 101 117 134 151 164 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 5 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 vi SEKAPUR SIREH Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat-Nya atas segala limpahan nikmat ilmu, iman dan Islam. Negara kita yang tercinta kini berada dalam landskap baharu yang menuntut organisasi Islam turut berubah dan mempelbagaikan pendekatan yang lebih berhikmah dan berkesan agar kewujudan kita sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan akan datang. Sebagai organisasi agama peringkat persekutuan, JAKIM memainkan peranan penting dalam menggambarkan sifat Islam yang penuh hikmah dan santun, selain membawa kemajuan serta membangunkan masyarakat. Kita akan terus komited menyebarkan dakwah dan risalah Islam kepada segenap lapisan masyarakat, berusaha memastikan bahawa tiada pihak yang terkecuali dalam menerima risalah agung yang dibawa oleh Rasulullah SAW ini. Kefahaman yang menyeluruh dan penghayatan Islam yang bersungguh-sungguh akan melahirkan individu yang bukan sahaja soleh, tetapi juga Musleh. Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin akan terzahir pada perkataan, tindakan dan urusan kerja hariannya. Akhirnya Islam akan dilihat sebagai agama perdamaian, bertoleransi dan penuh kasih sayang. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 6 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 vii Medium dakwah pada zaman sekarang bukan hanya terhad melalui ceramah, kuliah dan seumpamanya. Dakwah juga boleh dilaksanakan melalui penulisan, sama ada buku, akhbar atau alam maya. Oleh itu, penerbitan bahan-bahan bacaan seperti Mutiara ILIM ini merupakan satu usaha dakwah yang wajar dibanggakan. Penyebaran dakwah oleh ILIM tidak lagi terhad kepada peserta kursus di dalam dewan kuliah, tetapi telah menjangkau kepada kumpulan sasar yang lebih luas. Semoga usaha murni ini dapat melahirkan tenaga Perunding Latihan yang lebih kompetetif, efektif dan menyumbang kepada penyebaran dakwah dan pembangunan ummah. DATUK MOHAMAD NORDIN BIN IBRAHIM Ketua Pengarah JAKIM Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 7 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 viii SEULAS PINANG Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, buku Mutiara ILIM 2018 ini berjaya berada di tangan pembaca. ILIM sentiasa menggalakkan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga kerjanya. Saranan ini bukanlah suatu yang baharu kerana daripada awal lagi, Islam amat menitikberatkan ilmu pengetahuan. Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan kita supaya menuntut, menghayati dan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Untuk tujuan tersebut, Unit Perpustakaan ILIM mengadakan sesi mingguan “Buku yang Saya Suka” pada sepanjang tahun. Di samping itu, pelbagai usaha juga dilakukan untuk membangunkan keupayaan dan kepakaran Perunding Latihan ILIM dalam bidang penulisan dan penerbitan, di mana setiap Perunding Latihan diwajibkan menulis artikel. Kursus Pengurusan Penerbitan juga telah diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka tentang pengurusan penerbitan buku. ILIM percaya program penulisan dan penerbitan wajar diperkasakan lagi sebagai medium latihan kepada para Perunding Latihan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 8 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 ix Buku Mutiara ILIM adalah koleksi artikel yang ditulis oleh pegawaipegawai yang berkhidmat di institut ini. Ia berbentuk separa ilmiah dan kandungannya merangkumi bidang-bidang teras Perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Diharap buku ini dapat menyumbang ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu, seterusnya mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis artikel, jawatankuasa penerbitan dan semua pihak yang telah memberi sumbangan hingga buku Mutiara ILIM 2018 ini berjaya diterbitkan. Institut ini juga mengalualukan sebarang teguran dan cadangan penambahbaikan daripada pembaca. Selamat membaca! PUAN ZAITON BINTI ABD RAHMAN Pengarah ILIM Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 9 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 x Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 10 04/12/2018 9:07 AM


Pendahuluan Definisi tarannum secara umumnya ialah suatu ilmu yang berkait dengan kaedah penggunaan suara dalam pelbagai bunyi, nada, rentak dan irama. Sementara tarannum bil Qur’an pula ialah penerapan kaedah tersebut dalam pembacaan al-Qur’an bertujuan untuk menambahkan keelokan pembacaan serta menyerlahkan kemukjizatannnya kepada pendengar. Dalam bahasa Arab, perkataan tarannum merupakan kata terbitan daripada lafaz fie’l “tarannama” yang kata dasarnya ialah “ranima” bererti mengalunkan suara. Tarannum juga dikenali sebagai ilmu nagham atau ilmu muzik al-Qur’an. Unsur-unsur Penting dalam Tarannum Setiap tarannum hendaklah mempunyai beberapa unsur utama, antaranya ialah: 1. Nada, iaitu tingkatan atau tekanan suara; 2. Rentak, iaitu pergerakan suara; dan 3. Irama, iaitu alunan suara. Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir Zainuddin bin Ab Rahman Ketua Perunding Latihan Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa ILIM 1 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 1 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 2 Ketiga-tiga unsur tersebut digabungkan untuk membentuk suatu persembahan bacaan yang dinamakan tarannum bil-Qur’an. Maqasid (Objektif) Tarannum Tarannum atau ilmu nagham al-Qur’an bertujuan mencapai tahap pembacaan al-Qur’an yang tertinggi iaitu menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah SWT. Perananperanannya yang lain ialah: 1. Mencapai tahap ketartilan yang tulen dalam pembacaan alQur’an; 2. Meninggikan martabat al-Qur’an. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Al-Qur’an diturunkan dengan penuh kebesaran.” (Riwayat Muslim); 3. Menambahkan kekhusyukan dan keinsafan dalam pembacaan al-Qur’an; 4. Mendapat kerahmatan dari Allah SWT; dan 5. Menonjolkan seni al-Qur’an sebagai mukjizat yang agung. Dalil Menggalakkan Tarannum 1. Allah SWT menuntut setiap hamba-Nya membaca al-Qur’an dengan tartil. Firman Allah SWT: ً تِيل ْ ر َ َ ت ْآن ر ُ ق ْ ِ ال ِل ّ ت َ َر و Maksudnya: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” (Surah al-Muzzammil, ayat 4) Ali bin Abi Talib RA mentafsirkan “tartil” sebagai memperelokkan sebutan huruf al-Qur’an dan mengetahui wakaf-wakaf yang sesuai. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 2 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 3 2. Rasulullah SAW juga menggalakkan usaha memperelokkan suara dalam pembacaan al-Qur’an sepertimana sabdanya bermaksud, “Perelokkanlah al-Qur’an dengan suara kamu.” Hadis ini merupakan dalil bagaimana Rasulullah SAW menggalakkan Muslim agar memperelokkan suara dalam pembacaan alQur’an. 3. Rasulullah SAW juga memberi pujian kepada sahabat yang bernama Abu Musa al-Asyᶜari kerana keelokan suaranya semasa membaca al-Qur’an dengan sabda Baginda bermaksud, “Sesungguhnya, engkau telah diberikan satu mizmar (seruling) daripada mizmar keluarga Nabi Daud AS. Seruling di sini bermaksud suara-suara emas kurniaan Allah SWT yang dapat menarik pendengar. 4. Pujian Rasulullah SAW kepada Salim Maula Abi Hazifah dengan kata-kata Baginda bermaksud, “Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dalam kalangan umatku seperti lelaki ini.” 5. Al-Zuhri meriwayatkan daripada Abi Salamah bahawa apabila Umar bin al-Khattab RA bertemu dengan Abu Musa al-Asyᶜari, beliau berkata kepadanya, “Peringatkanlah kami kepada Allah, wahai Abu Musa.” Lalu Abu Musa membaca al-Qur’an di sisinya. ᶜUmar RA pernah berkata, ”Sesiapa yang mampu melagukan alQur’an sepertimana Abu Musa, hendaklah dia melakukannya.” Imam Nawawi menyatakan bahawa digalakkan meminta qari yang baik suaranya untuk membaca al-Qur’an dan disarankan juga mendengar pembacaan daripadanya kerana terdapat anjuran menurut hadith yang sahih, bahkan ia merupakan sunnah yang thabit daripada Rasulullah SAW. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 3 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 4 Hubungan Gaya Tarannum dengan Ayat al-Qur’an Ayat-ayat al-Qur’an yang berjumlah 6236 (menurut pegangan ulamak Kufah) didatangkan dalam pelbagai bentuk dan gaya sesuai dengan maqasid penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW yang kekal hingga ke hari kiamat. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, ayat–ayat al-Qur’an mempunyai pelbagai bentuk, antaranya: 1. Suruhan; 2. Larangan; 3. Berita gembira; 4. Peringatan; 5. Kisah; 6. Perumpamaan; 7. Halal dan haram; 8. Doa; dan 9. Ayat-ayat nasikh dan mansukh. Penurunan ayat-ayat al-Qur’an dalam pelbagai bentuk memberi isyarat kepada kita tentang tuntutan memilih kesesuaian bacaan dalam aspek tarannum, pemilihan qitᶜah, harakat dan suara yang sesuai. Menurut Dato’ Hj Nik Jaafar Nik Ismail iaitu seorang tokoh Qari negara, hasrat untuk mencapai tahap pembacaan yang terbaik hanya dapat diperoleh apabila sesuatu bacaan mengambil kira konteks ayat seperti berikut: 1. Suruhan dan perintah seperti suruhan menyembah dan mentaati Allah SWT; 2. Larangan dan tegahan. Contohnya tegahan menyekutukan Allah SWT; 3. Nasihat dan pesanan. Contohnya nasihat Lukman al-Hakim kepada anaknya; 4. Dialog dan perbualan. Contohnya dialog antara Nabi Yusuf AS dan bapanya, Nabi Yaakub AS, dialog Maryam dan malaikat utusan Allah; Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 4 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 5 5. Penceritaan. Contohnya kisah kaum ‘Ad dan Thamud; 6. Gambaran peristiwa. Contohnya peristiwa hari kiamat; 7. Rayuan dan permohonan. Contohnya doa Nabi Zakaria AS; dan 8. Kesedihan dan ratapan. Contohnya ratapan Nabi Yaakub AS. Fungsi Harakat dalam Tarannum Al-Qur’an Setiap persembahan tarannum al-Qur’an merupakan gabungan beberapa jenis alunan tarannum. Setiap tarannum pula mengandungi harakat-harakat yang disusun secara sistematik mengikut lahjah dan zauq Arab. Susunan harakat pula disesuaikan oleh pakar-pakar tarannum mengikut fungsi dan kehendak maqasid pembacaan itu sendiri iaitu menyerlahkan kehebatan dan kemukjizatan al-Qur’an. Fungsi umum: 1. Mempelbagaikan corak dan bunyi dalam bacaan al-Qur’an; 2. Mempelbagaikan penggunaan tabaqah suara dalam bacaan alQur’an; 3. Menghidupkan persembahan sesuatu bacaan; dan 4. Menjadi penanda aras kepada alunan tarannum yang berikutnya. Fungsi Khusus: Susunan harakat Peranannya dalam Pembacaan al-Qur’an Harakat Pertama Merupakan pembukaan kepada persembahan dan menggunakan nada suara yang paling rendah bagi seseorang qari (Qarar al-qarar - suara dada). Dalam tarannum yang berikutnya harakat pertama hendaklah disesuaikan dengan harakat terakhir tarannum yang sebelumnya. Harakat Kedua Menjadi penggerak semangat kepada harakatharakat yang berikutnya. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 5 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 6 Susunan harakat Peranannya dalam Pembacaan al-Qur’an Harakat Ketiga Merupakan harakat jawab (alunan tinggi) kepada tiap-tiap tarannum. Harakat Keempat Merupakan harakat jawabul jawab (alunan tertinggi) kepada setiap lagu. Harakat Kelima Merupakan harakat persediaan untuk menurun dan menutup sesuatu tarannum. Harakat Keenam Merupakan harakat penutup dalam sesuatu tarannum. Aliran Tarannum Al-Qur’an di Malaysia Menurut Dato’ Hj. Nik Jaafar, terdapat dua jenis aliran tarannum yang menjadi ikutan dan amalan penggiat tarannum di Malaysia, iaitu: 1. Tarannum Ala Hijazi Tarannum ini dipengaruhi oleh suasana padang pasir yang berbukit bukau dan udara yang hangat. Iramanya lincah dan suara yang meninggi. Aliran tarannum ini dipopularkan oleh qari-qari dari Tanah Hijaz, iaitu kawasan sekitar Mekah dan daerah-daerah lain yang berhampiran. Ia dibawa masuk ke Tanah Melayu dan rantau Asia Tenggara oleh qari-qari awal. Antara tarannum yang menjadi asas dalam aliran ini ialah: بحمر جسد ب بنجكه Banjakah 1 ح حسيني Husaini 2 م مايه Mayah 3 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 6 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 7 ر ركبي Rakbi 4 ج جهركه Jaharkah 5 س سيكه Sikah 6 د دوكه Dukah 7 Selain daripada alunan-alunan utama, terdapat juga alunan cabang (furu’), antaranya ialah: a) Musyawraq b) Raml c) Rast d) Hirab e) Yaman Hijaz f) ᶜUsysyaq g) Yaman Sikah h) Hijaz Alunan tarannum ala Hijazi masih kekal diamalkan dalam pembacaan barzanji dan qasidah. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada tarannum aliran ini telah pupus disebabkan oleh peredaran masa dan tuntutan perkembangan ilmu kesenian itu sendiri. Berdasarkan pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli tarannum ala Hijazi, penulis dapat menyimpulkan kedudukan tarannum ala Hijazi di Malaysia seperti berikut : Rakbi Diamalkan dalam bacaan Maulid Barzanji Mayah Diamalkan dalam bacaan Maulid Barzanji Yaman Hijaz Diamalkan dalam bacaan Maulid Barzanji Husaini Diamalkan dalam azan/diserapkan dalam tarannum ala Misri Sikah Diserapkan ke dalam tarannum ala Misri Jiharkah Diserapkan ke dalam tarannum ala Misri Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 7 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 8 Rast Diserapkan ke dalam tarannum ala Misri Hijaz Diserapkan ke dalam tarannum ala Misri Musyawrak, Dukah, Hirab, Banjakah Yaman Sikah, Raml, dan lain lain Tiada pengamal lagi di Malaysia Kewujudan tarannum-tarannum ala Hijazi satu masa dulu merupakan satu khazanah kepada bidang seni tarannum di negara kita. Namun begitu pasang surut sesuatu tarannum merupakan lumrah dalam rantai perkembangan ilmu tarannum itu sendiri. Menurut pengalaman Dato’ Haji Nik Jaafar sendiri dan pengalaman datuk beliau bahawa penguasaan kedua-dua aliran tarannum pada satu masa walaupun bukan mustahil, tetapi amat sukar dan boleh mengganggu penguasaan tarannum yang lain. Perkara ini menjawab persoalan terhadap berlaku kepupusan dan peminggiran kepada tarannum ala Hijazi dalam kalangan penggiat seni tarannum di negara kita. Di negeri Kelantan senario ini lebih ketara iaitu generasi selepas merdeka tidak lagi menguasai tarannum ala Hijazi. Secara ironinya sebahagian besar alunan tarannum ala Hijazi telah luput ditelan zaman kerana tiada pewaris yang mewarisi khazanah yang sangat berharga ini suatu ketika dulu. 2. Tarannum Ala Misri Tarannum ala Misri atau berlahjah Mesir dipengaruhi oleh suasana Lembah Nil yang subur menghijau dan nyaman. Irama tarannumnya yang lembut, dan bernada sederhana merupakan versi baru dalam seni alunan tarannum al-Qur’an di Malaysia. Alunan tarannum ala Ala Misri pada asalnya dipopularkan dan diamalkan oleh qari-qari negara Mesir sebelum berkembang ke pelusuk dunia Islam termasuk Malaysia dan Indonesia. Berdasarkan catatan Hj Nik Jaafar, qariqari Mesir biasanya membaca al-Qur’an berdasarkan tarannumtarannum yang utama, iaitu Bayati, Hijazi, Iraqi dan Rast. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 8 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 9 Selain daripada itu, terdapat tarannum-tarannum yang dianggap sebagai tarannum-tarannum cabang (furu’), iaitu: a) Husaini; b) Kurdi; c) Soba; d) ᶜAjam; e) Nahawand; f) Nawa Asar (ᶜUsysyaq); g) Sikah; dan h) Jaharkah Pandangan lain mengatakan bahawa tujuh tarannum utama atau yang lebih dikenali dengan istilah “maqam” terdiri daripada himpunan tarannum yang diringkaskan dalam perkataan بسحر صنع , iaitu : 1. Soba; 2. Nahawand; 3. ᶜAjam; 4. Bayati; 5. Sikah; 6. Hijaz; dan 7. Rast Antara qari-qari terkenal yang mempopularkan aliran tarannum ala Misri ialah: a) Syeikh Muhammad Rifᶜat; b) Syeikh Mustafa Ismail; c) Syeikh Taha Fashni; d) Syeikh Abul Ainain Syuᶜaisya; e) Syeikh Abdul Fattah Sya'syaᶜie; f) Syeikh Muhammad Siddiq Mansyawi; g) Syeikh Kamil Yusuf Bahtimi; Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 9 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 10 h) Syeikh Abdul Basit Abdul Samad; i) Syeikh Mustafa Ghalwasy; dan j) Syeikh Dr. Ahmad Nuᶜaina’ Peralihan Tarannum Ala Hijazi kepada Tarannum Ala Misri Pengkaji tarannum al-Qur’an di rantau ini akan menyaksikan bahawa tarannum ala Hijazi telah bertapak sekian lama di alam Melayu. Alunan tarannumnya menjadi amalan dalam bacaan maulid barzanji, qasidah, azan dan lagu yang mengiringi hafazan bait-bait syair, di samping menjadi alunan tarannum al-Qur’an sejak dulu. Keadaan ini mula berubah pada tahun-tahun 1940-an apabila alunan tarannum ala Misri mula diperkenalkan di Malaysia oleh Hj Ahmad bin Maᶜsom Pergau yang pulang ke tanah air setelah menuntut di Mesir. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa perubahan dalam alunan tarannum al-Qur’an setelah mendapat tunjuk ajar selama 15 tahun daripada guru-guru beliau di Mesir seperti Syeikh Taha Fashni, Syeikh Mustafa Ismael dan qari-qari lain yang terkenal pada waktu itu. Sebelum merantau ke Mesir, beliau telah pun mendalami aliran tarannum ala Hijazi, namun setelah mempelajari tarannum ala Misri, beliau telah mengembangkan aliran baru ini sehingga menjadi pegangan majoriti pembaca alQur’an di tanah air. Antara pewaris keilmuan beliau yang aktif mengembangkan ilmu tarannum ala Misri di Malaysia pada hari ini ialah: Bil Nama Sumbangan dan Pencapaian 1 Tn Hj Hassan bin Musa Johan Antarabangsa 1964 2 Hajjah Faridah bt Mat Saman Johan Antarabangsa 1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 10 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 11 Bil Nama Sumbangan dan Pencapaian 3 Tn Hj Nik Jaafar Nik Ismail Hakim Antarabangsa 4 Tn Hj. Muhammad bin Yusuf Johan Antarabangsa 1991 5 Tn Hj Abdul Rahim bin Ahmad Johan Antarabangsa 1994, 1995 6 Tn Hj Mohd Hussin bin Yunus Johan Antarabangsa 1997 7 Tn Hj Che Yahya bin Daud Johan Antarabangsa 1999 8 Hjh Sapinah bt Mamat Johan Antarabangsa 1981, 1987 9 Hjh Rahmas bt Abdullah Johan Antarabangsa 1982, 1984, 1985, 1992 dan 1995 10 Tn Hj Daud bin Che Man Johan Kebangsaan 1990 Tarannum yang dianggap sebagai tarannum utama di Malaysia ialah : 1. Bayati; 2. Saba; 3. Hijaz; 4. Nahawand; 5. Rast; 6. Sikah; dan 7. Jaharkah. Ciri-ciri Persembahan Tarannum yang Baik Proses mengenali ciri-ciri tarannum yang baik adalah satu proses yang panjang dan memerlukan daya penaakulan yang tinggi, di samping gigih membuat penelitian terhadap bacaan-bacaan qari yang muktabar. Kita mungkin menemui seorang qari yang mempunyai suara dan bacaan yang baik, namun tidak mampu memberi penilaian terhadap bacaan orang lain. Berbeza pula halnya dengan sesetengah Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 11 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 12 individu yang tidak dikenali sebagai qari, tetapi mampu membuat penilaian terhadap bacaan orang lain setelah melalui proses pembelajaran dan kajian yang lama. Dato’ Hj. Nik Jaafar mengutarakan beberapa ciri tarannum yang baik, iaitu: 1. Susunan harakat yang rapi dan sistematik; 2. Susunan tarannum yang rapi dan sesuai; 3. Tarannum yang sesuai dengan ayat yang dibaca; 4. Tarannum yang memelihara hukum tajwid; 5. Penggunaan suara sesuai dengan tarannum; dan 6. Pengendalian suara dan tarannum yang kearaban. Antara ciri-ciri persembahan tarannum di negara kita ialah: 1. Mengandungi beberapa jenis tarannum tanpa pengulangan (takrir); 2. Mengandungi beberapa tabaqat suara yang disusun mengikut teknik yang sesuai; dan 3. Tarannum pembukaan dan penutup adalah sama dan sebaikbaiknya tarannum Bayati Berhubung dengan ciri-ciri pembacaan yang berkualiti dan menarik, Dato’ Hj. Nik Jaafar dan Hj. Che Yahaya bin Daud sependapat bahawa perhatian secara khusus perlu diberikan kepada aspek-aspek berikut iaitu: 1. Kemahiran memilih jenis lagu yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman, alunan sesuai dengan lagu sebelumnya dan sesuai juga dengan mafhum (maksud) ayat; 2. Berlahjah Arabiah pada lagu dan suara; 3. Ketepatan dari segi Tajwid dan Fasahah; 4. Kemahiran memilih susunan harakat, qitᶜah dan mahattah; 5. Mahir mengadun harakat asli dangan harakat campuran (wuslah); Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 12 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 13 6. Kemahiran membentuk alunan lagu bersesuaian bentuk ayat; 7. Mempunyai unsur bebas dalam bacaan; dan 8. Berani mencuba pelbagai kaedah yang sesuai/ tidak merosakkan. Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia Berdasarkan catatan Dato’ Hj Nik Jaafar, susunan tarannum di Malaysia adalah seperti berikut: Bil Tarannum 1 Tarannum 2 Tarannum 3 Tarannum 4 Tarannum 5 % 1 Bayati Saba Hijaz Nahawand Rast 50 2 Bayati Hijaz Nahawand Rast Sikah 50 3 Bayati Nahawand Rast Sikah Jiharkah 30 4 Bayati Saba Nahawand Rast Sikah 15 5 Bayati Iraqi Hijaz Sikah Rast 5 Walau bagaimanapun, susunan tarannum ini telah mengalami perubahan dan perkembangan bahawa pada masa kini terdapat variasi-variasi baru yang tidak kurang menarik berbanding susunan yang lama. Antara contoh variasi yang pernah digunakan dalam tilawah al-Qur’an di negara kita ialah: Bil Tarannum 1 Tarannum 2 Tarannum 3 Tarannum 4 Tarannum 5 1 Bayati Iraqi Sikah Nahawand Rast 2 Bayati Rast Sikah Jiharkah Saba Secara umumnya, susunan tarannum kedua, ketiga dan seterusnya adalah bebas selagi mana wujud kesinambungan suara antara satu tarannum dengan tarannum yang berikutnya. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 13 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 14 Fungsi Tarannum dalam Persembahan Bacaan al-Qur’an: Dato’ Hj. Nik Jaafar membahagikan fungsi tarannum kepada dua, iaitu: 1. Tarannum yang berfungsi secara bersendirian seperti Bayati, Husaini, Kurdi, Saba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah dan Jiharkah; dan 2. Tarannum yang kurang berfungsi secara bersendirian iaitu Iraqi, Ajami, Nawa Asar, ᶜUsysyaq dan Syuri. Berdasarkan penelitian terhadap format penghakiman yang diterima pakai dalam majlis-majlis tilawah pada hari ini, hubungan antara tarannum cabang dan tarannum utama adalah seperti berikut: Tarannum Cabang Kedudukan dalam Tarannum Utama Husaini Mengiringi Bayati Syuri Mengiringi Bayati Kurdi Mengiringi Bayati ‘Ajam Mengiringi Soba, Nahawand dan Jaharkah Iraqi Mengiringi Hijaz dan Sikah Nawa Asar Mengiringi Nahawand Tarannum di Malaysia dan Mesir: Satu Perbandingan Sejak tahun-tahun 1940-an hingga pemergian beliau ke rahmatullah, Hj. Ahmad Maᶜsom Pergau telah meneruskan usaha memartabatkan pembacaan al-Qur’an berlahjah Arab (ala Misri) ke seluruh pelusuk tanah air. Selepas beliau, usaha tersebut disambung pula oleh generasi berikutnya yang terdiri daripada anak-anak murid beliau. Kini setelah lebih setengah abad, Malaysia sudah boleh berbangga Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 14 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 15 kerana lahirnya qari-qari yang mempunyai bacaan yang hampir setanding dengan qari-qari Mesir. Aliran dan gaya pembacaan alQur’an hampir sama di kedua-dua negara. Berikut disenaraikan beberapa persamaan dan perbezaan antara amalan pembacaan al-Qur’an bertarannum di Malaysia dan Mesir: Persamaan: Bil Perkara Malaysia dan Mesir 1 Jenis tarannum utama Bayati, Saba, Hijaz, Nahawand, Rast, Sikah, Jiharkah 2 Jenis tarannum cabang Husaini, Syuri, Iraqi, Kurdi, ᶜAjam 3 Tarannum pembukaan Bayati 4 Tarannum penutup Bayati (sebaik-baiknya) 5 Susunan tarannum selepas Bayati a) Bayati →Soba→Hijaz→Nahawand →Rast b) Bayati→ Hijaz→Nahawand→Rast →Sikah c) Bayati→Nahawand→Rast→Sikah →Jaharkah d) Bayati→Soba→Nahawand→Sikah →Rast e) Bayati →Iraqi→Hijaz→Sikah→Rast Menurut Hj Nik Jaafar, qari terulung Mesir, Syeikh Mustafa Ismail gemar memilih susunan kedua, iaitu: (Bayati→ Hijaz→Nahawand→Rast→Sikah) dan susunan ketiga, iaitu: (Bayati→ Nahawand→ Rast→ Sikah→ Jaharkah) Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 15 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 16 Perbezaan : Bil Perkara Malaysia Mesir 1 Kemampuan suara Sederhana Tinggi 2 Bilangan harakat Empat hingga enam harakat secara tersusun Lebih bebas 3 Penggunaan qitᶜah Sederhana Kerap (terutama Syeikh Mustafa Ismail) 4 Susunan popular Bayati → Soba Bayati → Hijaz Bayati → Nahawand Bayati → Rast (bagi sesetengah qari) 5 Tarannum dan konteks ayat Kurang penyesuaian kerana kurang memahami bahasa Arab Disesuaikan mengikut ayat 6 Tempoh bacaan Terhad lima hingga 10 minit Tanpa had 7 Pembacaan berqiraat Terhad kepada qiraat Hafs Tidak terikat kepada qiraat tertentu 8 Kesesuaian dengan majlis tilawah Lebih sesuai Lebih sesuai untuk persembahan Penutup Secara umumnya, tarannum yang sedang berkembang di Malaysia pada hari ini adalah kelangsungan kepada perkembangan tarannum di negara Mesir. Ini menunjukkan bahawa pakar-pakar tarannum Malaysia memberi komitmen yang tinggi kepada bentuk bacaan Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 16 04/12/2018 9:07 AM


Perkembangan Tarannum dalam Pembacaan Al-Qur’an di Malaysia: Sorotan Tentang Susunan Tarannum Bil Qur’an yang Popular di Malaysia dan Mesir 17 berlahjah Arab yang dipelopori oleh qari-qari dari bumi anbiyak itu. Meskipun terdapat percubaan oleh sesetengah pihak dalam waktuwaktu mutakhir ini untuk mengembalikan bentuk-bentuk tarannum ala Hijazi dan kemelayuan dalam arena tarannum di Malaysia, namun perkara tersebut tidak mendapat sambutan yang baik daripada penggiat seni tarannum tanah air. Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa qari-qari semasa dan mereka yang sedang meningkat naik dalam bidang tarannum ini mempunyai kefahaman yang baik terhadap hala tuju dan prinsip-prinsip asas tarannum. Sesiapa yang mengikuti perkembangan tarannum di Malaysia dan era peralihan daripada tarannum ala Hijazi kepada tarannum ala Misri akan memahami dengan mudah bahawa sifat tarannum adalah sentiasa berkembang dan tidak terikat kepada satu-satu bentuk yang terlalu kaku (rigid). Oleh itu, sebarang usaha untuk mengembalikan tarannum Hijazi ala Malaysia atau ala Indonesia dalam pembacaan al-Qur’an sepertimana yang berlaku beberapa tahun mutakhir ini adalah dianggap langkah ke belakang. Jika perkara ini tidak dibendung, usaha memperluaskan penggunaan tarannum ala Misri yang sedang berkembang akan terbantut. Adalah menjadi harapan penulis bahawa bidang tarannum ala Misri di Malaysia akan sentiasa seiring dengan pencapaian dan perkembangan tarannum di negara Mesir. Meskipun qariqari Malaysia tidak setanding dengan qari-qari Mesir dari segi kemampuan suara, namun mereka mempunyai tahap kemahiran yang boleh dibanggakan. Majlis-majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat Antarabangasa menjadi pentas yang menyaksikan qari-qari Malaysia mampu memberikan persembahan yang sama hebat dengan qariqari dari dunia Arab. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 17 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 18 Rujukan al-Qur’an al-Karim. Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (1998). Qawaid at-Tarannum Cara Berlagu. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Cawangan Pembangunan Al-Qur’an, JAKIM, (2006). Kertas Kerja Tarannum Muzakarah Tahsin Bacaan al-Qur’an Peringkat Zon Tengah dan Selatan, Siri Pertama 2006. Putrajaya: JAKIM. Muzakarah Hakim Tilawah al-Qur’an Peringkat Kebangsaan. Lampiran Ilmu Maqamat dan Lagu Sayyid Al-Qabbani. Dato Hj. Hasan bin Azhari, (2003). Kertas Kerja Seminar Marhaban JAWI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (2003). Sejarah Majlis Tilawah alQur’an Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. M. Misbachul Munir, (1995). Pedoman Lagu-lagu Tilawatil Qur’an. Surabaya: Penerbit Apollo. Hj. Che Yahaya bin Daud, (2007). Ciri-Ciri Bacaan yang Berkualiti dan Menarik, Kertas Kerja Kursus STTQ. Dr Wahbah Zuhaili, (1991). At-Tafsir al-Munir Fil Aqidah Was-syariah Wal Manhaj. Dimasyq: Darul Fikr. Abdul Hamid Ihsain, (1987). Kaifa Naqra’ul Qur’an (Bagaimana Membaca al-Qur’an) Muhammad Makki Nasr, Mustafa. Nihayatul Qaulil Mufid Fi ’Ilmi atTajwid. Babul Halabi Waauladih. Larus, (1989). Mu’jam al-Arabi al-Asasi. Beirut: ALECSO. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 18 04/12/2018 9:07 AM


19 Pendahuluan Sejak dahulu lagi, umat Islam telah memberikan perhatian kepada hadith Rasulullah SAW dan mereka mencurahkan usaha yang paling besar untuknya. Dengan itu, hadith memperoleh perlindungan dan penjagaan yang tidak pernah diperoleh oleh ucapan mana-mana Rasulullah SAW dan manusia biasa. Di samping merupakan sumber kedua bagi perundangan, hadith juga merupakan pelaksanaan amali bagi al-Qur’an dalam realiti semasa dan setempat untuk Rasulullah SAW. Ia sekaligus menjadi pernyataan secara amali bagi sistem Allah SWT di muka bumi dalam bentuk yang paling luhur dan agung. Hampir seluruh umat Islam bersepakat bahawa hadith Rasulullah SAW (di samping al-Qur’an) merupakan pedoman utama bagi umat Islam dalam kehidupan sehari-hari, khususnya lagi dalam menentukan hukum. Keadaan ini menjadikan hadith sesuatu yang sangat penting dan diperhatikan oleh umat Islam pada umumnya, serta dikaji dalam pelbagai kesempatan.  Bahkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, hadith masih terus dikaji dan menjadi bahan kajian yang sentiasa dinamik.  Sumber hadith, iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri harus diperlakukan sebagai seorang Rasulullah SAW dan Rasul yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam.  Justeru, kajian-kajian terhadap hadith juga harus mengambil kira kedudukan tersebut. Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman Ketua Perunding Latihan Kluster Ilmu Teras ILIM Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 19 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 20 Penelitian Terhadap Hadith Kita kini berada pada zaman yang jauh daripada sumber hadith iaitu Rasulullah SAW. Hadith yang sampai kepada kita dikumpul dan ditulis oleh orang yang juga hidup jauh daripada masa Rasulullah SAW.  Malah, kitab induk yang sembilan (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Ibn Majah, Sunan al-Darimi, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan al-Muwatta’ Imam Malik) ditulis lebih 150 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW. Kita tidak menafikan ada sumber yang menyebut bahawa terdapat beberapa hadith yang ditulis oleh sebahagian sahabat dan para tabiᶜin. Namun, sebahagian besar daripada hadith yang sampai kepada kita secara umumnya memang diriwayatkan secara lisan, dan baru dibukukan setelah sekian lama berlalunya zaman Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, meneliti hadith dan menelusuri keasliannya sangat perlu dilakukan. Para ulama hampir bersepakat bahawa dalam metod penelitian hadith, sanad hadith yang berkaitan kelayakan para perawinya, kebersambungannya dan sistem tranformasi yang digunakan harus diteliti. Dalam persoalan ini, setiap peneliti mempunyai kewibawaan tersendiri sesuai dengan keyakinan masing-masing. Sebahagian daripada mereka digolongkan kepada mutasyaddid, sebahagian lagi mutawassit, dan sebahagian lainnya mutasahhil. Setelah penelitian terhadap sanad selesai dinilai layak dipercayai, maka langkah selanjutnya ialah dengan mengkaji matannya pula. Di sinilah kemudiannya muncul banyak perbezaan, terutama dalam menentukan kriteria matan hadith yang dapat diterima dan layak disandarkan kepada Rasulullah SAW. Para ahli hadith menetapkan banyak kriteria untuk dijadikan panduan untuk menjelaskan kedudukan hadith-hadith Nabawi. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 20 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 21 Kelayakan Perawi dalam Menerima & Meriwayatkan Hadith: Perawi yang meriwayatkan hadith harus bersifat adil dan tam al-dabith (mempunyai daya ingatan yang kuat). Sanad hadith pula harus bersambung dan terhindar dari syudzudz (kejanggalan). Sanad ataupun matannya juga tidak bertentangan dengan matan hadith lain yang lebih kuat, sebagaimana yang disampaikan oleh para ulama dalam bidang ilmu hadith. Selain daripada itu, matan hadith tersebut juga tidak mengandungi kejanggalan-kejanggalan yang berikut: 1. bertentangan dengan  nas qatᶜi, iaitu al-Qur’an dan Sunnah Mutawatirah; 2. bertentangan dengan dalil-dalil yang meyakinkan dan tidak dapat ditakwilkan, seperti kesimpulan-kesimpulan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan, sama ada perubatan, astronomi atau seumpamanya; 3. bertentangan dengan perbuatan Rasulullah SAW sendiri; 4. bertentangan dengan fakta sejarah yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW atau pada zaman sebelum dan selepasnya; 5. bertentangan dengan kesimpulan-kesimpulan yang dihasilkan oleh akal yang sihat; dan 6. mengandungi ungkapan atau istilah yang belum dikenal pada saat Rasulullah SAW. Misalnya, matan hadith tersebut cenderung memihak kepada salah satu mazhab yang ada, atau menyerupai gaya bahasa fiqh yang muncul jauh setelah kewafatan Rasulullah SAW. Pendekatan Umum dalam Memahami Hadith Dalam rangka memahami dan mengamalkan hadith secara sempurna, ulama dalam bidang ini telah memberikan isyarat yang jelas, bahkan mereka telah menyusun kaedah-kaedah untuk memandu bagaimana cara memahami hadith yang sebenar. Walau bagaimanapun, kaedahMutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 21 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 22 kaedah yang ada masih harus dirumuskan kembali supaya lebih komprehensif sehingga dapat dijadikan pedoman oleh sesiapapun yang berminat dalam memahami hadith. Banyak pendapat telah dikemukakan berhubungan dengan masalah ini dengan menggunakan berbagai bahasa yang dianggap dapat difahami dengan mudah. Ada yang menyarankan dan menetapkan bahawa dalam memahami hadith, seseorang perlu memahami makna yang jelas dengan pelbagai pendekatan meliputi bahasa, historis, sosiohistoris, sosiologis, psikologis, dan antropologis. 1. Pendekatan bahasa bermaksud orang yang hendak memahami hadith yang berbahasa Arab itu perlu menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab, seperti Balaghah, Nahu, Sorof dan lain-lain. Sekiranya dia tidak menguasai ilmu-ilmu tersebut, besar kemungkinan dia akan gagal memahami makna sebenar hadith. 2. Pendekatan historis bermaksud orang yang hendak memahami hadith perlu memperhatikan, mengkaji serta mempertimbangkan situasi dan keadaan waktu hadith itu muncul, termasuk juga latar belakang sejarah yang mendahului kemunculan hadith tersebut. Tanpa mempertimbangkan perkara ini, maksud hadith mungkin menyimpang daripada apa yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW. 3. Pendekatan sosiohistoris bermaksud orang yang hendak memahami hadith perlu mengkaji dan mempertimbangkan sejarah dan latar belakang sosial serta situasi umum masyarakat yang melingkupi kemunculan hadith tersebut. Perkara ini sangat membantu memperjelaskan makna dan maksud hadith.  Tanpa melihat aspek berkenaan, makna hadith yang dihasilkan akan sangat berbeza jauh daripada tuntutan makna yang sebenarnya. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 22 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 23 4. Pendekatan sosiologis bermaksud orang yang hendak memahami hadith perlu memperhatikan keadaan masyarakat setempat secara umum. Keadaan masyarakat pada ketika munculnya hadith sangat mempengaruhi hadith tersebut. Kaitan antara hadith dengan situasi masyarakat pada ketika itu tidak dapat dipisahkan. Oleh sebab itu, dalam memahami sesebuah hadith, keadaan masyarakat ketika itu harus dipertimbangkan agar maknanya tidak menyeleweng daripada yang sebenar. 5. Pendekatan antropologis bermaksud orang yang hendak memahami hadith harus memperhatikan tradisi dan budaya masyarakat pada ketika hadith itu muncul. Tradisi yang ada pada saat itu terkadang sangat berkait erat dengan munculnya sebuah hadith. Sekiranya tradisi tersebut tidak dipertimbangkan, maka penjelasan makna hadith mungkin menjadi tidak tepat. Selain pendekatan-pendekatan di atas, ada ulama yang menggariskan pendekatan-pendekatan lain. Antaranya ialah Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang menyenaraikan pendekatan-pendekatan seperti berikut: 1. Memahami hadith menurut al-Qur’an; 2. Memahami hadith menurut sebab, konteks dan maksudnya; 3. Memahami hadith dengan membezakan antara saranan yang berubah dengan tujuan yang tetap; 4. Memahami hadith dengan membezakan antara yang hakiki dengan yang majazi; 5. Memahami hadith dengan membezakan antara alam ghaib dengan alam nyata; dan 6. Memahami hadith dengan memastikan konotasi makna. Metod-Metod dalam Memahami Hadith Nabawi Sekiranya kita hanya berpegang kepada makna tekstual sesuatu hadith, lalu mengabaikan rohnya (tidak memahami konteksnya), maka kita tidak akan dapat memahami maksud sebenar hadith tersebut. Contohnya, sikap keras orang yang menolak keharusan Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 23 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 24 mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk wang, sebagaimana pendapat mazhab Imam Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya, juga yang menjadi pegangan ᶜUmar ibn ᶜAbd al-ᶜAziz dan fuqaha’ salaf. Alasan mereka adalah kerana Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat pada jenis makanan-makanannya tertentu, iaitu kurma, kismis dan gandum. Bagi mereka, logik akal tidak boleh menentang sunnah. Pada hakikatnya, Rasulullah SAW sangat prihatin dengan keadaan dan waktu. Baginda mewajibkan zakat fitrah dengan makanan yang dimiliki masyarakat umum ketika itu untuk memudahkan orang yang memberi dan lebih bermanfaat bagi orang yang menerima. Pada masa itu, wang sangat susah diperolehi oleh bangsa Arab, terutama bagi mereka yang tinggal di pedalaman. Walau bagaimanapun, keadaan telah berubah dan wang tersedia dengan mudah, sementara makanan sangat sulit, atau orang fakir tidak memerlukan lagi dalam bentuk makanan pada hari raya. Kini bentuk wang adalah cara yang termudah bagi orang yang memberi dan orang yang menerima. Cara seperti ini adalah pengamalan sunnah atas ruh dan tujuan dari tuntunan Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, memahami hadith melalui metod yang tepat sangat perlu. Hadith Rasulullah SAW ada kalanya boleh difahami secara tekstual (muhkam) dan sebahagian yang lain pula tidak boleh difahami kecuali secara kontekstual (mutasyabih) melalui metod-metod yang telah dirumuskan oleh para ahli hadith. Contohnya, hadith tentang syarat bermahram bagi wanita ketika musafir. Ibn Hibban menyatakan: أخربنا احلسن بن سفيان قال: حدثنا حممد بن عبد اهلل بن نمري قال: حدثنا أيب قال: حدثنا عبيد اهلل بن عمر عن نافع: عن ابن عمر أن رسول اهلل صىل اهلل عليه و سلم قال: ال تسافر المرأة إال ومعها ذو حمرم Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 24 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 25 Al-Hasan ibn Sufyan telah menceritakan kepada kami, katanya: Muhammad ibn ᶜAbd Allah ibn Namir telah menceritakan kepada kami, katanya: Bapaku telah menceritakan kepada kami katanya, ᶜUbaid Allah ibn ᶜUmar telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’daripada ibn ᶜUmar bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Seorang perempuan dilarang bermusafir kecuali bersama-sama mahramnya.” Jika hadith di atas difahami secara tekstual, ia akan membawa maksud bahawa seorang wanita tidak boleh keluar rumah sama ada untuk bekerja atau untuk keperluan-keperluan lain tanpa ada mahram bersama-sama dengannya. Perkara ini tentunya akan menyulitkan wanita pada zaman sekarang. Tetapi, apabila hadith itu difahami melalui konteksnya, maka alasan di sebalik larangan itu adalah keraguan terhadap keselamatan wanita yang musafir tanpa mahram. Ketika itu, pengangkutan utama adalah unta, keldai dan sebagainya. Mereka biasanya menempuhi perjalanan melalui padang pasir dan daerah-daerah sepi tidak berpenghuni yang sangat berisiko. Berdasarkan latar belakang keadaan ketika itu, larangan wanita keluar rumah adalah rasional. Kewujudan mahram syarat ketika keadaan tidak selamat. Sebaliknya, dalam keadaan selamat sepertimana hari ini, mahram yang dimaksud bukanlah suatu perkara yang mengikat. Walau bagaimanapun, jika di tempat tersebut tidak selamat, maka hukumnya sama dengan masa lalu. Isu wanita keluar rumah tanpa mahram dalam keadaan yang selamat tidak menjadi masalah dan tidak menyalahi hadith. Bahkan hujah ini diperkuatkan lagi oleh hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada ᶜAdiy ibn Hâtim secara marfu’. Al-Bukhari menyatakan: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 25 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 26 حدثين حممد بن احلكم, أخربنا انلرض, أخربنا إرسائيل, أخربنا سعد الطايئ أخربنا حمل بن خليفة, عن عدي بن حاتم قال: ”بينا أنا عند انليب صىل اهلل عليه و سلم إذ أتاه رجل فشاك إيله الفاقة ثم أتاه آخر فشاك قطع السبيل فقال ) يا عدي هل رأيت احلرية (. قلت: ”لم أرها وقد أنبئت عليها“. قال: ”فإن طالت بك احلياة لرتين الظعينة ترحتل من احلرية حىت تطوف بالكعبة ال ختاف أحدا إال اهلل Muhammad ibn al-Hakim telah menceritakan kepadaku, al-Nadhir telah menceritakan kepada kami, Israil telah menceritakan kepada kami, Saᶜd al-Thai telah menceritakan kepada kami, Mahl ibn Khulaifah telah menceritakan kepada kami, dari ᶜAdi ibn Hatim, dia menyatakan: Ketika saya bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang laki-laki yang mengadukan kemiskinannya. Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang rompakan di tengah jalan. Lalu Rasulullah bertanya, “Wahai ᶜAdiy, adakah kamu tahu tentang negeri Hirah (berdekatan Kufah di Iraq). Aku berkata, “Aku belum pernah melihatnya. Sekarang sudah aku jelaskan kepadamu.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya usiamu panjang, nescaya kamu akan melihat perempuan bermusafir daripada Hirah hingga bertawaf di kaabah dalam keadaan dia tidak takut kepada siapapun (dalam perjalanan) selain kepada Allah.” Dengan memperhatikan latar belakang sejarah hadith di atas, jelaslah bahawa persoalan rompakan di perjalanan memang suatu kenyataan pada zaman Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, tindakan melindungi kaum wanita adalah sangat wajar dengan mensyaratkan perlunya mahram bagi wanita ketika bermusafir. Namun kemudiannya apabila suasana selamat, wanita dapat mengerjakan haji walaupun tidak Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 26 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 27 ditemani oleh mahram. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar ibn al-Khattab, `Aisyah RA bersama-sama dengan isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain mengerjakan haji tanpa ada mahram selain ditemani oleh ᶜUthman ibn ᶜAffan dan ᶜAbd alRahman ibn ᶜAuf. Sebahagian hadith lebih tepat difahami secara tersurat (tekstual), manakala sebahagian yang lain lebih tepat difahami secara kontekstual. Begitu juga bukan semua perkara yang bersumber daripada Rasulullah SAW merupakan sunnah yang wajib diikuti. Perkara ini adalah kerana ada ketikanya sunnah tersebut adalah atas kapasiti Rasulullah SAW sebagai Rasul, dan pada masa yang lain sebagai manusia biasa, iaitu ketika Baginda tidur, makan, qada hajat dan sebagainya. Oleh sebab itu, ada sunnah yang bersifat tasyri’iyyah dan ada pula yang bersifat ᶜadiyyah. 1. Metod Ijmali (Global) Dalam mentafsirkan al-Qur’an, metod Ijmali yang digunakan oleh ulama mufassirin bermaksud mereka mentafsirkan ayat-ayat alQur’an dengan mengemukakan makna global kandung ayat-ayat tersebut. Pentafsir memberikan penjelasan secara ringkas makna ayat dan tidak mengaitkannya dengan permasalahan lain selain daripada makna yang dikehendaki daripada ayat tersebut dengan bahasa yang mudah difahami. Jika metod ini digunakan dalam memahami hadith, ia bererti menjelaskan dengan ringkas makna yang dikandung dalam sesebuah hadith secara keseluruhan dengan menggunakan bahasa yang popular dan mudah difahami. Metod ini juga bererti menjelaskan secara global sesuatu yang dimaksudkan tanpa menerangkan lebih lanjut segala aspek yang berhubungan dengan hadith tersebut baik, sama ada sanad atau matannya. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 27 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 28 Sebagai contoh hadith Rasulullah SAW: حدثنا عبيداهلل بن موىس قال : اخربنا حنظلة بن ايب سفيان عن اكرمة بن خادل عن ابن عمر ريض اهلل عنهما قال : قال رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم بين االسالم ىلع مخس : شهادة ان ال اهل اال اهلل وان حممدا رسول اهلل واقام الصالة .وايتاء اذلاكة واحلج وصوم رمضان ᶜUbaid-Allah bin Musa menceritakan kepada kami, katanya: Hanzalah bin Abi Sufian daripada ᶜIkrimah bin Khalid daripada Ibn ᶜUmar RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Islam terbina atas lima perkara, iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” Jika kita menggunakan metod Ijmali untuk memahami hadith di atas, maka makna yang kita perolehi adalah bahawa agama Islam dibangunkan atas lima rukun, iaitu syahadah kepada Allah SWT dan rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa. Tanpa penjelasan lebih lanjut lagi mengenai keadaan kualiti perawinya, erti kata dan frasa yang terkandung di dalamnya, dan aspek-aspek lain yang berhubungan dengan hadith tersebut. Dengan kata lain, dengan metod Ijmali. kita hanya mendapat gambaran ringkas secara keseluruhan daripada hadith. Sebarang bentuk metodologi adalah merupakan hasil ijtihad manusia. Oleh sebab itu, di samping memiliki kelebihan, ia juga mempunyai kekurangan dan keterbatasan. Begitu juga metod Ijmali yang digunakan dalam mentafsirkan Al-Qur’an dan memahami hadith-hadith Rasulullah SAW. Kelebihan-kelebihan metod Ijmali adalah seperti berikut: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 28 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 29 a) Ia adalah praktikal dan mudah difahami kerana ia lebih ringkas. Metod ini sesuai dengan orang awam, orang yang baru belajar memahami hadith, dan juga orang yang ingin memahami hadith dalam waktu yang singkat dan tidak menginginkan penjelasan secara terperinci; b) Dengan mengunakan metod ini, dapat membendung silap faham yang terlalu jauh daripada makna sebenar hadith dapat dibendung. Ini adalah kerana kita hanya mengambil makna yang dikandung secara ringkas dan jelas; dan c) Bahasanya lebih mudah difahami dan menarik untuk dibaca. Di samping kelebihan-kelebihan di atas, metod ini juga memiliki kekurangan, antaranya: a) Ia menjadikan petunjuk kepada sebahagian sahaja daripada kandungan sesebuah hadith. Kemungkinan hadith tersebut mempunyai penjelasan atau hubungan dengan hadith yang lain. Dengan erti kata lain, makna yang kita fahami daripada sesebuah hadith dengan menggunakan metod Ijmali belum merupakan keseluruhan makna yang sepatutnya; dan b) Pengetahuan dan penjelasan berhubungan hadith adalah terbatas. Orang yang ingin memahami hadith secara terperinci dan lebih jauh lagi tidak boleh mendapat penerangan jelas dengan menggunakan metod ini. 2. Metod Tahlily (Analisis) Metod Tahlily (Analisis) atau dinamakan juga sebagai metod Tajzi’iy oleh Baqir al-Shadr berlawanan dengan metod Ijmali. Jika metod Ijmali dikatakan sebagai cara menjelaskan sesuatu dengan ringkas dan global, sebaliknya metod Tahlily merupakan penjelasan secara terperinci dan mendalam. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 29 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 30 Memahami hadith dengan metod ini bererti menjelaskan hadith dengan memaparkan segala aspek yang berhubungan dengan hadith tersebut, sama ada pada aspek sanad (perawi), huraian makna kosa kata, makna kalimah dan ungkapan yang terkandung di dalam matan, faedahnya, sehinggalah kepada penjelasan mengenai kualiti, asbab wurud, mukharrij, bahkan pendapat ulama mengenai hadith berkenaan. Secara umumnya, langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam metod Tahlily adalah seperti berikut: a) Menetapkan hadith yang akan dibahaskan; b) Melakukan takhrij al-hadith, iaitu menunjukkan asal-usul hadith pada sumber asal yang mengeluarkan hadith tersebut dengan sanadnya dan menjelaskan darjatnya ketika diperlukan; c) Meneliti keadaan para perawi (sanad), termasuk bagaimana mereka menerima dan meriwayatkan hadith tersebut; d) Meneliti matan hadith; e) Menentukan mukharrij dan kualiti hadith; f) Menganalisis matan hadith, sama ada pada perkataan, ungkapan atau kalimah yang terdapat di dalamnya; g) Membuat kesimpulan tentang makna hadith setelah menganalisisnya dengan menggunakan berbagai teknik dan pendekatan; dan h) Menjelaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan hadith, seperti faedah dan pendapat ulama mengenainya. Sebagai contoh, kita ingin menerapkan metod Tahlily di dalam hadith Rasulullah SAW di bawah: اخرج ابلخاري بسنده عن ايب بردة بن ايب موىس االشعري ريض اهلل عنهما قال : قال رسول اهلل صىل اهلل عليه وسلم : ال نكاح اال بويل Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 30 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 31 Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abi Burdah bin Abi Musa al-Asyᶜary RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Tiada pernikahan kecuali dengan wali.” Maka, apa yang perlu kita lakukan adalah mentakhrij hadith, meneliti dan menerangkan sanadnya bermula daripada Abu Musa al-Asy’ary hingga al-Bukhari, iaitu mengenai riwayat hidup dan kapasiti mereka serta cara bagaimana mereka menerima dan meriwayatkan hadith. Selanjutnya, kita perlu menjelaskan setiap perkataan dalam matan hadith tersebut. Contohnya, apakah yang dimaksudkan dengan “نكاح “ dan “ولي ,“juga penjelasan mengenai erti harf yang digunakan seperti harf “ال “dan “إال. “ Setelah mengetahui makna perkataan di dalam matan hadith, langkah berikutnya adalah menjelaskan makna keseluruhan hadith tersebut berdasarkan pengetahuan yang kita perolehi dengan menggunakan berbagai-bagai teknik dan pendekatan yang ada. 3. Metod Muqaran (Komparatif) Metod ini menekankan kajian pada aspek perbandingan (komparatif). Jika metod ini digunakan untuk memahami hadith Rasulullah SAW, ia bermaksud menjelaskan makna hadith tersebut dengan cara membandingkannya dengan hadith-hadith yang lain atau dengan ayat-ayat al-Qur’an. Dalam melaksanakan pengaplikasiannya, metod ini dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu: a) Membandingkan ayat-ayat al-Qur’an atau hadith yang sama pada topik, tetapi berbeza daripada segi perbahasan; b) Membandingkan ayat-ayat al-Qur’an dengan hadith, atau antara satu hadith dengan hadith lain yang secara lahiriahnya kelihatan kontradiktif; dan c) Membandingkan pendapat para ulama tentang pentafsiran suatu ayat atau hadith. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 31 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 32 Kelebihan metod Muqaran ini ialah ia memberikan pengetahuan yang lebih luas berbanding metod-metod yang lain. Perkara ini adalah kerana kita didorong untuk mengkaji pelbagai jenis hadith, ayat alQur’an serta pendapat-pendapat ulama mengenai hadith tersebut. Selain daripada itu, metod ini membolehkan kita mengetahui makna sebenar hadith. Walau bagaimanapun, metod Muqaran tidak sesuai digunakan oleh mereka yang baru belajar hadith dan orang yang menginginkan makna sebuah hadith secara cepat dan ringkas. Perkara ini disebabkan pembahasan menggunakan metod Muqaran adalah sangat luas. Di samping itu, ia kurang dapat digunakan untuk menjelaskan sesuatu permasalahan kerana pada dasarnya, metod ini lebih menekankan kepada perbandingan dan bukan penyelesaian masalah. 4. Metod Maudhuᶜi (Tematik) Penafsiran al-Qur’an menggunakan metod Maudhuᶜi bermaksud mengkaji al-Qur’an dengan mengumpulkan semua atau sebahagian ayat-ayat al-Qur’an dalam tema tertentu. Kemudian ayat-ayat tersebut dikaitkan antara satu sama lain, hingga akhirnya diambil satu kesimpulan menyeluruh tentang tema tersebut menurut prespektif al-Qur’an. Dalam konteks hadith, metod Maudhuᶜi bermaksud memahami hadith dengan menghimpun hadith-hadith yang terjalin dalam tema tertentu. Kemudian hadith-hadith tersebut dibahas dan dianalisis sehingga menjadi satu kesatuan yang kuat. Misalnya, menghimpun hadith-hadith yang membincangkan tentang puasa Ramadhan, ihsan (berbuat baik) dan sebagainya. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, untuk dapat memahami al-Sunnah dengan benar, kita harus menghimpunkan semua hadith sahih yang berkaitan dengan suatu tema. Selanjutnya, mengembalikan kandungannya yang mutasyabih kepada yang muhkam, yang mutlaq Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 32 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 33 kepada yang muqayyad, dan yang am kepada yang khas. Sehingga dengan ini, tidak ada hadith yang bertentangan antara satu sama lain dan makna hadith yang lebih jelas dapat diperoleh. Secara umumnya, langkah-langkah yang laksanakan dalam metod Maudhuᶜi adalah sebagai berikut: a) Menentukan tema yang akan dibahaskan; b) Menghimpunkan hadith-hadith yang terjalin dalam tema; c) Menyusun kerangka pembahasan (out line) dan mengklasifikasikan hadith-hadith yang telah terhimpun sesuai dengan spesifik pembahasannya; d) Mengumpulkan hadith-hadith semakna yang sebab wurudnya adalah pada peristiwa, tempat dan waktu yang sama; e) Meneliti hadith-hadith daripada setiap klasifikasi. Jika salah satu daripada hadith-hadith tersebut adalah sahih, maka hadithhadith yang lain dalam klasifikasi itu tidak perlu diteliti lagi kesahihannya; f) Menganalisis hadith-hadith tersebut menggunakan berbagai teknik dan pendekatan dengan mengembalikan kandungannya yang mutasyabih kepada yang muhkam, yang mutlaq kepada yang muqayyad, dan yang am kepada yang khas; g) Metod ini tidak mengharuskan huraian tentang pengertian kosa kata. Walau bagaimanapun, kesempurnaannya dapat dicapai jika mufassir berusaha memahami kata-kata yang terkandung dalam hadith dengan menganalisis matan hadith yang mencakupi pengertian kosa kata, ungkapan, asbab wurud dan perkaraperkara lain yang biasa dilakukan dalam metod Tahlily; dan h) Menarik kesimpulan makna yang utuh dari hasil analisis terhadap hadith-hadith tersebut. Metod Maudhuᶜi dapat diandalkan untuk meleraikan permasalahan yang terdapat dalam masyarakat. Ini adalah kerana metod ini mendorong seseorang berusaha memberikan jawapan bagi permasalahan tersebut yang diambil daripada petunjuk al-Qur’an Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 33 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 34 dan hadith, di samping memperhatikan penemuan manusia. Hasilnya, banyak karya ilmiah muncul yang membahas topik tertentu menurut prespektif al-Qur’an dan Hadith. Contohnya, isu wanita dalam pandangan al-Qur’an dan hadith. Penutup Selain daripada kaedah-kaedah asas yang perlu diketahui, ulamak hadith juga telah meletakkan beberapa kaedah untuk memahami teks hadith secara mendalam. Antaranya ialah kaedah memahami teks hadith berdasarkan Ilmu Maqasid Syariah. Ia merupakan ilmu yang dirumuskan melalui pemerhatian yang mendalam terhadap keseluruhan atau sebahagian besar dalil. Metod ilmiah merupakan suatu cara sistematik yang digunakan oleh para ilmuwan untuk merungkai sesuatu permasalahan dalam memahami hadith. Penekanan terhadap metod ilmiah menjadi aspek penting dalam kajian hadith agar ia tidak mengikut metod kajian musuh-musuh Islam. Banyak dalil yang menunjukkan teks hadith mesti difahami berdasarkan Maqasid Syariyah. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 34 04/12/2018 9:07 AM


Metod Pemahaman dan Pengamalan Hadith Nabawi 35 Rujukan Al-A’zami, Muhammad Diya’ al-Rahman, (2003). Dirasat fi al-Jarh wa al-taᶜdil. Saudi Arabia: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi’. Al-Hakim, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Naisaburi. Ma’rifah ‘Ulum al-hadith. Bayrut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah. Al-Qaradhawi, Yusuf, (2000). Kaifa Nataᶜamal maᶜa al-Sunnah al-Nabawiyyah. Misr: Dar al-Shuruq. Agil Husain Al-Munawwar dan Abdul Mustaqim, (2001). Asbabul Wurud: Studi Kritis Atas Hadith Rasulullah SAW, Pendekatan Sosio, Historis, Kontekstual. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Fajrul Munawir, (t.th.). Pendekatan Kajian Tafsir, dengan Kata Pengantar oleh Prof. Dr. Abd. Muin Salim. Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, (2005). Ittijahat fi Dirasat al-Sunnah Qadimiha wa Hadithiha. UIA: Markaz al-Buhuth al’- Ilmiyyah. Subhi Saleh, (1988). ᶜUlum al-Hadith wa Mustalahuhu. Bayrut: Dar al-‘Ilm. Yusuf al-Qaradhawi, Fiqh al-Shiam, terj. Ma’ruf Abdul Jalil Th. I. Wahid Ahmadi dan Jasiman, (2009). Fiqhi Puasa. Surakarta: Era Intermedia Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 35 04/12/2018 9:07 AM


36 Pengaruh Mazhab Syafic i di Malaysia: Realiti dan Cabaran Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman Ketua Kluster Ilmu Teras ILIM Pendahuluan Majoriti ahli sejarah berpendapat bahawa Islam yang datang ke Malaysia antara abad 13M dan 14M dipengaruhi oleh mazhab tertentu. Ini adalah kerana sejak daripada abad ke 10M, setelah perkembangan ijtihad terhenti, negara-negara Islam dipengaruhi oleh mazhab empat terutamanya dalam bidang fiqh iaitu mazhab Maliki, Hanafi, Syafiᶜi dan Hanbali. Mazhab Syafiᶜi bukanlah mazhab yang pertama sampai dan tersebar di rantau ini. Sejarah Perkembangan Mazhab Syafiᶜi di Malaysia Secara tradisinya, mazhab Syafiᶜi adalah mazhab rasmi bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Pengamalan mazhab Syafiᶜi telah berakar umbi sejak awal kedatangan Islam di alam Melayu lagi. Perkembangannya yang pesat adalah disebabkan oleh faktor sejarahnya yang kukuh. Perkara ini jelas terbukti dan dapat dilihat menerusi sistem perundangan dan pendidikan sedia ada. Walau bagaimanapun, sejak seabad kebelakangan ini, keselesaan bermazhab mula tergugat dengan kehadiran aliran pembaharuan yang berusaha membebaskan keterikatan masyarakat kepada mazhab Syafiᶜi dengan menganjurkan idea fiqh tanpa sempadan atau bebas bermazhab, sama ada tidak terikat kepada sesuatu mazhab tertentu atau bebas memilih pandangan-pandangan tertentu berasaskan kepada kaedah dan prinsip yang tertentu. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 36 04/12/2018 9:07 AM


Pengaruh Mazhab Syafi’i di Malaysia: Realiti dan Cabara 37 Negeri pertama yang diketahui berpegang kepada mazhab Syafiᶜi ialah Samudra-Pasai. Mengikut pendapat tersebut, pada mulanya kerajaan Samudra-Pasai (1042-1450) lebih cenderung kepada aliran Syiah. Namun, ketika pemerintahan Merah Silu (1261-1289), seorang ulama dari Mekah bernama Syeikh Ismail al-Siddiq telah datang dan menukar pegangan Islam masyarakat di situ daripada Syiah kepada mazhab Syafiᶜi. Ketika Ibn Batuttah melawat Pasai pada tahun 1345, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Malik al-Zahir, beliau mendapati raja tersebut seorang yang alim dan berminat dengan soal keagamaan. Raja berkenaan serta rakyat baginda menganut mazhab Syafiᶜi. Di Pasai juga, Ibn Batuttah bertemu dengan dua orang ulama mazhab Syafiᶜi yang berasal dari Parsi. Mereka ialah Amir Ibn Saᶜid al-Syirazi dan Taj al-Din al-Isfahani. Pada masa itu, Pasai bukan sahaja menjadi tumpuan para pelajar daripada luar untuk mendapat ilmu, termasuk ilmu fiqh Syafiᶜi, bahkan tokoh-tokoh ulamanya juga telah pergi ke tempat-tempat lain untuk berdakwah dan mengajar. Kejatuhan kerajaan Terengganu dan kelemahan pemerintahan Kerajaan Pasai kemudiannya telah menyebabkan pusat pengajian dan perkembangan Islam berpindah ke Melaka di bawah naungan kerajaan Melaka (1400-1511). Di situlah mazhab Syafiᶜi terus berkembang dalam kalangan masyarakat Islam. Antara hasil peninggalan zaman tersebut ialah Undang-undang Melaka dan undang-undang yang lahir di bawah pengaruhnya, seperti Undangundang Pahang dan Undang-undang Johor. Dalam Undang-undang Melaka, ada hukum-hukum yang berasaskan adat Melayu dan ada pula yang berasaskan hukum Islam. Begitu juga dalam UndangUndang Pahang dan Undang-Undang Johor. Satu kenyataan paling tegas tentang pengaruh mazhab Syafiᶜi di Malaysia ialah kehadiran beberapa buku utama mazhab tersebut dalam masyarakat di negara ini. Antara buku-buku yang dimaksudkan ialah kitab Minhaj al-Talibin karangan al-Imam al-Nawawi (631-676H/ 1232 -1277). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 37 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 38 Dalam sejarah perkembangannya, mazhab Syafiᶜi melalui beberapa proses pembaharuan, tajdid, tanqih dan tahdhib. Dr Akram Yusuf ‘Umar al-Qawasimi menjelaskan bahawa proses tanqih telah berlaku sebanyak dua kali. Tanqih pertama (505-676H) diketuai oleh al-Imam al-Rafi’i (557-623H) dan Imam al-Nawawi (631-676H), manakala tanqih yang kedua (676-1004H) dipimpin oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami (m.973H) dan Imam al-Ramli (m.1004H). Tanqih al-madhhab boleh difahami sebagai menyucikan mazhab dari pendapat-pendapat yang pelik (shaz) dan marjuh, atau menerangkan qawl muktamad para fuqaha mazhab dalam semua bab fiqh. Proses tanqih disebabkan beberapa faktor terutamanya lambakan karya fiqh, takhrij fiqh yang menyalahi usul mazhab, istinbat yang marjuh, ijtihad yang shaz; taksub mazhab dan sebagainya. Antara buku utama dalam mazhab Syafiᶜi yang menjadi ikutan ramai masyarakat Islam di Malaysia ialah Fath al-Wahhab karangan Abu Zakariya al-‘Ansari (1422-1518), dan kitab Fath al-Mu‘in, karangan Zain al-Din al-Malibari (m.1564), iaitu murid kepada Ibn Hajar alHaytami (m.1566). Di samping dua tokoh besar mazhab iaitu al-Imam al-Syirazi dan al-Imam al-Nawawi, Abu Zakariya al-‘Ansari dan Zain al-Din al-Malibari adalah ulama fiqh mazhab Syafiᶜi yang terkenal di dunia Islam. Ini bererti bahawa mazhab Syafiᶜi telah menguasai sepenuhnya bidang pengajian hukum dan amalan mengenainya di Malaysia. Selain dalam bidang pengajian dan amalan, mazhab Syafiᶜi juga menjadi asas kepada pembentukan birokrasi pentadbiran agama. Semua pegawai kerajaan dalam bidang keagamaan, seperti mufti, kadi, imam dan sebagainya terdiri daripada mereka yang terdidik dalam mazhab ini. Semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan agama Islam juga berasaskan pandanganpandangan dalam mazhab ini. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 38 04/12/2018 9:07 AM


Pengaruh Mazhab Syafi’i di Malaysia: Realiti dan Cabara 39 Walau bagaimanapun, Mazhab Syafiᶜi tidak diwakili secara menyeluruh dalam mempengaruhi pengajian syariah di Malaysia. Ini adalah kerana tumpuan hanya diberikan kepada kitab-kitab yang ditulis pada zaman taqlid sahaja. Rujukan tidak dilakukan kepada Imam Syafiᶜi sendiri melalui kitab-kitab beliau seperti al-’Umm dan al-Risalah. Zaman taqlid ialah zaman sesudah mazhab berkenaan berada di kemuncak perkembangan dan tiada apa-apa yang baharu lagi untuk diterokai. Dalam keadaan seperti itu, kitab-kitab tersebut dilihat sangat berautoriti kerana dianggap sebagai kemuncak atau penghujung kepada ijtihad yang boleh dilakukan. Masyarakat Malaysia mempunyai sistem perundangan dan adat istiadatnya sendiri sebelum kedatangan Islam lagi. Maka, dalam menghadapi keadaan atau meraikan suasana tersebut, hukumhukum dalam mazhab Syafiᶜi itu kadangkala diubah suai atau diabaikan langsung. Dengan erti kata lain, meskipun secara teorinya, mazhab Syafiᶜi telah diterima sepenuhnya di Malaysia, namun secara praktiknya ia tidaklah diamalkan sepenuhnya, baik sebagai amalan masyarakat mahupun sebagai undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Mengikut teori hukum Islam, perkara seperti ini dikaitkan dengan prinsip beransur-ansur (tadarruj) yang pernah diamalkan pada zaman awal Islam. Kitab-Kitab Rujukan dalam Mazhab Syafiᶜi Kitab-kitab Imam Syafiᶜi yang digunakan sebagai kitab induk ialah kitab al-Umm, Mukhtasar, Buwaiti dan lain-lain. Imam al-Haramain mengikhtisarkan (memendekkan) kitab-kitab Imam Syafiᶜi dengan kitabnya yang bernama al-Nihayah. Imam Ghazali pula memendekkan kitab-kitab Imam Syafiᶜi dengan kitab-kitabnya berjudul al-Basith, al-Wasith dan al-Wajiz. Ulama mutaakhirin juga mengarang kitabkitab fiqh Syafiᶜi seperti kitab al-Mahalli karangan Imam Jalaluddin al-Mahalli, kitab Fathul Mu’in karangan al-Malibari, dan kitab I’anah al-Thalibin karangan Said Abu Bakar Syatha dan lain-lain. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 39 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 40 Gerakan Modernisme dan Pengaruhnya Terhadap Pengamalan Mazhab Syafiᶜi Gerakan modernism bermula pada abad ke-18 apabila Inggeris menjajah negara ini. Proses modernisasi yang dilancarkan oleh kolonialisme Barat itu mempengaruhi pemikiran sebahagian daripada umat Islam. Dalam pengajian hukum Islam, proses tersebut bermula dengan unsur rasionalisme, iaitu kecenderungan menggunakan akal dalam menganalisis hukum. Contohnya, kecenderungan menggunakan hikmah dan rasional saintifik serta tidak terikat dengan prinsip ta‘abbudi iaitu dogmatik. Sebenarnya konsep rasionalisme atau disebut juga sebagai liberalisme ini berkait rapat dengan konsep relativisme, iaitu perubahan hukum. Berasaskan kepada hakikat ini, bagi aliran modernisme, ijtihad atau rasionalisme diperlukan kerana segala sesuatu, termasuk hukum dan undang-undang bersifat relatif atau nisbi. Reformasi usaha merealisasikan syariat Islam dalam pelbagai lapangan hidup di negara ini merupakan cabaran yang sangat berat terhadap kedudukan mazhab Syafiᶜi . Bermula dengan masalah ibadat hinggalah kepada persoalan antarabangsa, mazhab Syafiᶜi sepertimana yang terdapat dalam kitab-kitab klasik yang menjadi pegangan kuat kalangan tradisionalis di negara ini dilihat tidak cukup berwibawa untuk menjawab banyak persoalan yang dihadapi. Dalam bab taharah misalnya yang melibatkan masalah batal wuduk kerana bersentuh antara lelaki dan perempuan dan masalah hadath yang berbangkit daripada darah perempuan. Begitu juga dalam bab zakat yang melibatkan masalah zakat gaji, zakat getah dan kelapa sawit, zakat rumah sewa dan sebagainya serta asnaf penerima zakat. Dalam bab muamalat pula yang berkait dengan perbankan Islam dan dalam bab kekeluargaan yang berkait dengan hak wanita dan banyak lagi. Sedikit contoh daripada persoalan yang sangat banyak ini sudah cukup untuk memahami mengapa arus tajdid atau reformisme dalam masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin berkembang. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 40 04/12/2018 9:07 AM


Click to View FlipBook Version