Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 141 Pasukan ini biasanya diletakkan di pedalaman. Mereka direkrut daripada pasukan Janissary atau daripada kalangan budak suruhan yang diberikan gaji tetap. Semasa di medan perang, mereka di tempatkan di kiri dan kanan Sultan dengan pakaian seragam yang hebat. Pasukan Sayap kanan akan membawa bendera merah untuk membezakan mereka daripada pasukan sayap kiri yang membawa bendera kuning. Pada waktu aman pula, sayap kanan akan menjaga harta dan mengawal sumber hasil negeri-negeri tertentu dalam perjalanannya ke ibu negara. b) Sultan Muhammad al-Fateh meneruskan pasukan elit Janissary. Namun, baginda melakukan beberapa perubahan daripada segi organisasi dan pentadbiran. Baginda memperbesarkan pasukan ini sehingga ada daripada kalangan mereka ditugaskan sebagai anggota unit pengawal istana, pelatih burung helang, dan selebihnya menjalankan tugas asal mereka iaitu pasukan pelatih anjing perang. Disebabkan kesibukan dan tidak ada masa untuk melatih budak Kristian yang baharu, Sultan menempatkan Janissary di kota-kota di sempadan dalam persediaan untuk mencapai cita-cita baginda menakluk kota Constantinople. Pasukan yang bertugas di kota (garrison) bertugas untuk jangka masa yang pendek dan mendapat bayaran tambahan. Ini adalah kerana mereka terpaksa membeli sendiri semua keperluan daripada peniaga. Pada waktu aman, mereka bertugas sebagai pengawal Sultan, polis dan bomba. Mereka sentiasa bersiap sedia dan tinggal di berek. Diberikan bayaran intensif sewaktu perang, pasukan Janissary ini diiringi dengan Military Band (dalam bahasa Turki disebut Mehter). Pasukan Janissary bukanlah kontinjen yang paling besar dalam angkatan bersenjata kerajaan Uthmaniyah. Namun, pengaruh mereka meresap ke dalam pentadbiran Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 141 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 142 kerajaan berbanding dengan kontinjen Sipahis. Tidak ada unit yang lebih terkenal pencapaiannya berbanding dengan pasukan ini. c) Sultan Muhammad al-Fateh memperbesarkan pasukan Janissary dengan memilih daripada kalangan kanak-kanak Kristian yang sihat dan tegap. Mereka dilatih di sekolah tentera yang mengajar latihan ketenteraan, termasuk memperkenalkan ilmu persenjataan baharu dan taktik peperangan dalam kawasan istana yang dikenali sebagai Enderun Kolej. Hal ini sangat penting untuk kesinambungan pasukan tentera masa depan, juga melibatkan kepimpinan awam. d) Baginda juga telah menubuhkan sekolah khas untuk melatih hamba-hamba menjadi tentera yang apabila mereka telah memeluk Islam, mereka diberikan keutamaan, bahkan dinaikkan pangkat kepada pengawal diraja yang dipanggil Royal Kul. Apabila mereka terpilih menganggotai pasukan Janissary, nama bapa mereka ditukar dengan nama yang tidak melambangkan mereka adalah hamba, bahkan mereka tidak lagi berstatus hamba. e) Seterusnya Sultan Muhammad al-Fateh memperkenalkan pasukan tentera kerahan yang dipanggil Azabs, iaitu pasukan yang terdiri daripada banduan dan orang miskin yang tidak mempunyai rumah. Baginda mengambil banduan-banduan daripada kalangan belia dan didaftarkan sebagai anggota Janissary. Baginda memilih pemuda-pemuda yang terbaik untuk diri baginda sendiri dan selebihnya dihantar ke Anatolia untuk mendapatkan latihan. Untuk memastikan perkara ini ditadbir dengan cekap, baginda mewujudkan pusat pengurusan sistem dan perorganisasian ketenteraan yang hebat. Antara pegawai kanan dalam kerajaan Sultan Muhammad al-Fateh ialah Ketua Hakim Tentera. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 142 04/12/2018 9:07 AM
Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 143 5. Dasar mengeksport teknologi asing Pada tahun 1453, Sultan Muhammad al-Fateh menggunakan khidmat laksamana dari Bulgaria dan mengupah pakar-pakar pembuat kapal untuk membina kapal-kapal perang. Baginda juga telah menggunakan khidmat jurutera dari Itali untuk membina jalan bagi melancarkan kapal dari darat yang menggunakan teknologi roda batang balak yang disapu dengan minyak geris dan perut kapal-kapal tersebut pula dialas dengan kepingan besi. Untuk kelengkapan persenjataan juga, baginda menggunakan khidmat pakar dari Hungary dikenali sebagai Orban untuk membina meriam. Ada pendapat yang menyatakan beliau berasal dari Jerman. 6. Dasar menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa yang bermusuhan dengan Constantinople Antara dasar atau strategi yang dilaksanakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengadakan hubungan diplomatik dan perjanjian dengan negara-negara yang bersempadan dengan Constantinople. Tindakan tersebut melancarkan lagi proses pengepungan dan penyerangan tanpa gangguan daripada kuasa-kuasa lain. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan perjanjian dengan Negaranegara yang bersempadan dengan musuh (Constantinople) seperti Hungary, Venice dan Galatia. 7. Melakukan penyelidikan mengenai kekuatan dan masalah dalaman musuh Byzantine mengamalkan Mazhab Ortodoks, manakala negara-negara Eropah yang lain mengamalkan Mazhab Katolik. Krisis dalaman timbul apabila Raja Byzantine mengambil pendekatan mengikut negara-negara Eropah yang lain dengan menukar mazhab dari Ortodoks kepada Katolik. Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pembesar dan rakyat Byzantine. Pergolakan dalaman tersebut menjadi faktor tambahan kebangkitan semangat Sultan Muhammad al-Fateh untuk menyerang Constantinople. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 143 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 144 Analisis Hubungan antara Pengurusan Ketenteraan dengan Kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh Bermula daripada beberapa pendekatan yang cekap dan cepat sewaktu mula menaiki takhta, baginda menghapuskan pemberontakan dalaman sama ada dalam kalangan orang-orang yang berkepentingan sewaktu pemerintahan ayahanda baginda, ataupun pemberontakan yang dicetuskan oleh askar Janissary sendiri. Perkara ini telah menyebabkan kedudukan baginda sebagai Sultan tidak dapat digugat. Baginda juga telah menunjukkan sikap kepimpinannya daripada awal lagi dengan mengambil perhatian dalam semua perkara, khususnya yang berkaitan dengan kestabilan politik. Contohnya askar Janissary yang memberontak telah diusir atau dihapuskan dan sebagai ganjaran kepada askar yang setia, baginda menaikkan pangkat ataupun gaji mereka. Kebolehan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai pelbagai ilmu termasuk ilmu bahasa, diplomatik dan ketenteraan membolehkan baginda mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Ini mengukuhkan lagi kedudukan baginda. Kalau dilihat dari segi usia, baginda baru sahaja berumur 19 tahun semasa menaiki takhta pada tahun 1451 dan berusia 21 tahun sewaktu menakluki Constantinople pada tahun 1453. Dengan erti kata lain, Sultan Muhammad al-Fateh baru memerintah selama tiga tahun. Namun, hal ini tidak menjadi halangan untuk baginda meneruskan misi, bahkan ia menjadi antara punca kekalahan Eropah kerana berpandangan baginda masih mentah dan tidak berpengalaman. Padahal Sultan Muhammad al-Fateh telah mendapat pengalaman dan pendidikan mengenai pentadbiran sejak daripada berusia tujuh tahun lagi sewaktu menggantikan abang baginda sebagai gabenor. Ini bererti baginda telah mendapat pendedahan secara langsung dalam selok belok kepimpinan dan pemerintahan selama 12 tahun, di samping mendapat pendidikan secara formal daripada ulama dan pegawai tentera, sama ada sewaktu ayahanda baginda masih hidup ataupun setelah kemangkatannya. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 144 04/12/2018 9:07 AM
Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 145 Dengan pengalaman dan ilmu yang ada, Sultan Muhammad al-Fateh mampu menguruskan suatu pasukan tentera yang begitu besar terdiri daripada pelbagai divisyen. Kehebatan pasukan tentera baginda menyebabkan nama baginda terkenal sehingga sekarang. Semasa penaklukan Constantinople sahaja, baginda telah mengerahkan antara 80,000 hingga 200,000 bala tentera, dan ada lagi bala tentera yang sedang berkawal di dalam negara ketika itu. Pada zaman pemerintahan Sultan Murad, beberapa negara seperti Bulgaria, Bosnia, Serbia dan sebagainya cuba mendapat perlindungan kerajaan Uthmaniyah daripada diserang oleh tentera Hungary. Namun, pada masa pemerintahan Sultan Muhammad alFateh, baginda dapat menyatukan mereka di bawah satu pasukan tentera. Sebagai contoh, meriam gergasi telah dibina oleh jurutera dari Hungary, manakala antara laksamana kapal perang yang cekap terdiri daripada bangsa Bulgaria, padahal mereka sebelum ini adalah dua bangsa yang saling bermusuhan. Dengan kebijaksanaan Sultan Muhammad al-Fateh, bangsa-bangsa yang pelbagai ini boleh bekerja dan duduk di bawah pasukan yang sama untuk mencurahkan khidmat kepada baginda. Dari sudut ekonomi, penulis berpendapat mereka telah dibayar gaji yang tinggi yang tidak mungkin dapat mereka perolehi di negara asal. Jadi, mereka boleh menerima kepelbagaian kaum dan bangsa untuk keperluan hidup masing-masing. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka telah memeluk agama Islam. Justeru, Islam telah menyatukan mereka menjadi dua bangsa yang boleh bekerjasama untuk Sultan yang menjadi Khalifah umat Islam pada masa itu. Kekuatan pasukan tentera dan kestabilan politik empayar Uthmaniyah pada waktu itu menjadi pemangkin kegemilangan pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh. Di samping kekuatan ketenteraan, kita tidak boleh memandang sepi kehebatan keperibadian Sultan sendiri di mana baginda sangat mengambil berat soal keagamaan terutamanya amalan solat dan pelaksanaan syariat sebagai undangundang negara. Perkara ini telah dikomen oleh seorang sarjana barat yang mengatakan, “Inilah kesan daripada kerajaan tentera yang berteraskan keagamaan.” Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 145 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 146 Baginda telah memberikan perhatian yang besar kepada beberapa sektor yang menjana ke arah kegemilangan pemerintahan baginda, iaitu: 1. Pengurusan ketenteraan yang cekap dengan membuat pembaharuan dalam sistem Timar, membayar gaji tetap kepada pasukan Janissary, pembayaran gaji yang segera untuk Janissary yang bertugas di kota sempadan, menebus guna tenaga banduan dan golongan miskin dan juga menggunakan senjata-senjata moden seperti meriam, musket, dan catapult (dalam bahasa Arab disebut a- Manjanik); 2. Hubungan diplomatik dengan negara-negara sempadan; 3. Kestabilan politik dan ketenteraman awam serta pengurusan konflik dalaman yang pantas dengan adanya pasukan yang bertugas sebagai polis dan bomba; dan 4. Pembangunan aspek kerohanian para tentera dengan turun padang bersama-sama mereka serta menyuntik semangat supaya jangan berputus asa dalam perjuangan. Kesemua sektor di atas ini hanya boleh dilaksanakan oleh seorang pemimpin yang cekap dan berkaliber. Secara keseluruhan, pentadbiran Sultan Muhammad al-Fateh berkonsepkan pemerintahan tentera, iaitu semua tugas pentadbiran dilaksanakan oleh pasukan tentera seperti ketua pendaftar tanah, polis, bomba, peninjau sempadan, pemungut cukai dan sebagainya. Penutup Sebagai kesimpulan, terdapat hubungan yang sangat erat antara kecekapan pengurusan ketenteraan dengan kegemilangan pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda menimba pengalaman tentang selok-belok mengenai ketenteraan dan pemerintahan sejak dari kecil lagi. Keperibadian dan sifat karisma baginda juga memainkan peranan penting dalam pengurusan negara seperti tidak memilih bulu dalam menjalankan dasar-dasar Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 146 04/12/2018 9:07 AM
Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 147 pemerintahan. Contohnya, pembaharuan sistem Timar dengan mengurus semua tanah termasuk yang telah dimiliki oleh golongan bangsawan. Kecekapan pengurusan dalam hal ehwal ketenteraan dan diplomatik menjadi satu strategi dalam pengukuhan kedudukan kerajaan Uthmaniyah pada era Sultan Muhammad al-Fateh. Sistem pengurusan yang dilaksanakan oleh baginda sangat berkesan dalam menguruskan suatu pasukan tentera yang sangat besar melebihi 250,000 anggota yang berjuang bermati-matian untuk agama dan negara. Hal ini jelas dibuktikan dalam peristiwa pembukaan kota Constantinople. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 147 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 148 Rujukan Buku: Godfrey Goodwin, (1994). The Janissaries. London: Saqi Books. Jaques Benoist Mechin, (1989). The End Of The Ottoman Empire. ZUG/ Schwarz, West Germany: Swan Production AG. Lord Kinross, (1977). The Ottoman Centuries : The Rise And Fall Of The Turkish Empire. Thirty Bedford London: Jonathan Cape. Norman Itzkowitz, (1931). Ottoman Empire and Islamic Tradition. USA: Columbia University. V.J Parry, (1976). A History Of The Ottoman Empire. London: Cambridge University Press. Jurnal: Immanuel Wallerstein, (1999). Islam, The West, And The World. Journal Of Islamic Studies. Geoffrey Lewis, (Sep 2003). Review: History Of The Ottoman State, Society And Civilization: History Of The Ottoman State, Society And Civilization. Journal Of Islamic Studies. M. Naim Turfan and Clement Dodd, (Jan 2003). Review: Rise Of The Young Turks: Politics, The Military And Ottoman Collapse: Rise Of The Young Turks: Politics, The Military And Ottoman Collapse. Journal Of Islamic Studies. Kelly Devries, (Jul. 1999). The Lack Of A Western European Military Response To The Ottoman Invasions Of Eastern Europe From Nicopolis (1396) To Mohacs (1526). The Journal Of Military History, Vol. 63, No. 3 Pp. 539-559 Published By: Society For Military History Stable. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 148 04/12/2018 9:07 AM
Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 149 Sumber Internet http://www.osmanli700.gen.tr/english/sultans/07index.html http://en.wikipedia.org/wiki/Janissary http://en.wikipedia.org /wiki/Military_of_the_Ottoman_ Empire#Kap.C4.B1kulu http://en.wikipedia.org/wiki/Fifth_Army_(Ottoman_Empire) [Excerpted from Turkey: A Country Study. Paul M. Pitman III, ed. Washington, DC: Federal Research Division of the Library of Congress, 1987] http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/trtoc.html Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 149 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 150 Lampiran Artifak Peninggalan Sejarah Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh II Rantai gergasi yang digunakan oleh tentera Constantinople untuk menghalang kapal tentera Sultan Muhammad al-Fateh merentasi Selat Bosporus ke Golden Horn. Setelah tentera Islam memenangi peperangan, rantai tersebut menjadi milik Kerajaan Uthmaniyah. Meriam gergasi yang dibina oleh jurutera Hungary bernama Orban. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 150 04/12/2018 9:07 AM
151 Pendahuluan Pengurusan adalah perkara yang penting dalam mana-mana organisasi sehingga sering dianggap sebagai “the heart of any organization”. Peter Drucker (1909-2005), seorang pemikir pengurusan terkenal pada abad ke-21 yang juga dikenali sebagai the Father of Modern Management Theory menyatakan pengurusan sebagai “a multi-purpose organ that manages business and manages managers and manages workers and work.” Dalam erti kata lain, pengurusan merupakan proses dalam menyempurnakan tanggungjawab melibatkan pihak pengurusan, aset dan pekerja. Ia merujuk kepada perancangan yang strategik, merangka matlamat yang ingin dicapai, melaksanakan pengurusan sumber, dan aset kewangan bagi mencapai matlamat dan hasil (outcome) sesebuah organisasi. Teori pengurusan pula ialah satu set teori atau peraturan yang digunakan untuk menguruskan sesebuah organisasi. Teori pengurusan membantu pengurus atau penyelia untuk menghubungkan antara organisasi dengan matlamatnya, kaedah pelaksanaan berkesan bagi mencapai objektif organisasi serta cara untuk memotivasikan pekerja bagi mencapai piawaian tertinggi mereka dalam organisasi. Teori Pengurusan Moden dan Teori Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan Rabihah binti Ibrahim Ketua Perunding Latihan Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-undang ILIM Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 151 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 152 Teori Pengurusan Moden Sistem pengurusan, pentadbiran dan organisasi telah lama berkembang sejajar dengan perkembangan sejarah tamadun manusia. Sekitar tahun 400 SM, negara Yunani telah melaksanakan sistem pentabiran yang standard berdasarkan peraturan-peraturan bertulis atau berekod. Plato (428-328 SM) melalui karyanya, The Republic dan The Law telah memperkenalkan beberapa teori pengurusan dan pentadbiran negara dengan menggunakan sistem piramid, iaitu Philosopher King adalah pemimpin Negara Ideal bertindak sebagai pengurusan tertinggi negara, diikuti oleh kumpulan Guardians terdiri daripada tentera dan polis serta golongan diwakili oleh kumpulan pekerja dan teknokrat (workers). Dalam tradisi falsafah Islam, al-Farabi (872-951M) pada abad pertengahan telah memperkenalkan teori pengurusan negara melalui karyanya AlMadinah Al-Fadilah, sebuah negara yang ingin dibinanya di muka bumi melalui pengurusan yang cekap walaupun akhirnya bersifat utopia. Pada zaman moden, teori ilmu pengurusan berkembang seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa yang memfokuskan kepada pembangunan manusia (human centric) dan kebendaan (materialisme). Ilmu pengurusan sistematik di barat bermula dengan perkembangan perindustrian yang dikenali sebagai Revolusi Perindustrian pada abad ke-19. Teori Pengurusan Saintifik Teori ini muncul sekitar tahun 1890-1940 ketika dunia barat terutama Amerika Syarikat dan Eropah dilanda oleh Revolusi Perindustrian. Badan pengurusan tidak terlepas daripada melibatkan diri dengan rutin pengeluaran produk perindustrian terutama yang melibatkan pengeluaran minyak, keluli, keretapi, dan produk perindustrian. Di Amerika Syarikat, semua aktiviti dan hasil perindustrian didasarkan kepada metod dan kajian saintifik. Hasil pengeluaran juga diukur Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 152 04/12/2018 9:07 AM
Teori Pengurusan Moden dan Teori Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan 153 secara saintifik. Terpengaruh dengan keadaan semasa, Frederick Winslow Taylor yang popular dengan karyanya Shop Management (1912) dan Principles of Scientific Management (1911) telah membina Teori Pengurusan Saintifik iaitu perkara berkaitan dengan pengurusan turut diukur secara saintifik. Semua tugas diselaraskan sebaik mungkin menggunakan pendekatan saintifik. Pekerja diberikan ganjaran dan hukuman berdasarkan kualiti kerja yang dihasilkan. Pekerja yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan daripada sistem kitaran kerja setelah mereka berada di bawah pengawalan dalam jangka masa yang ditetapkan. Taylor yang digelar sebagai ‘The Father of Scientific Management’ turut memperkenalkan sistem waktu rehat berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja. Model Pengurusan Saintifik menekankan kepada pengeluaran, proses, mesin dan peralatan, bersama-sama dengan cara bekerja dan sistem kawalan. Ia juga mengutamakan pekerja (manusia). Dalam erti kata lain, elemen kemanusiaan adalah komponen utama teori pengurusan saintifik ini. Sehubungan itu, pengurus organisasi perlu mempunyai beberapa tanggungjawab supaya keadaan saintifik atau lebih moden wujud dalam kalangan pekerja. Tanggungjawabtanggungjawab tersebut adalah berikut: 1. Membina satu sains bagi setiap unsur pekerjaan bagi membolehkan pekerja menggantikan sistem bekerja cara lama; 2. Menggunakan kaedah saintifik dalam memilih dan melatih pekerja bagi memastikan kerja dapat dilaksanakan secara saintifik; 3. Bekerjasama dengan pekerja bagi memastikan semua kerja dilaksanakan berasaskan kepada prinsip sains; dan 4. Melaksanakan pembahagian kerja dan tanggungjawab saksama antara pekerja dengan majikan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 153 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 154 Teori Pengurusan Birokratik Pengurusan birokratik yang bermula pada tahun 1930-1950 merujuk kepada pengurusan yang rumit (complicated) dengan tingkat hirarki yang banyak, bertindak berdasarkan peraturan yang tidak fleksibel, menggunakan banyak borang dan sering membuat rujukan kepada pelbagai superior dalam organisasi bagi melaksananakan tugas atau menyelesaikan masalah. Teori birokrasi diasaskan oleh Max Weber (1864-1920) pada tahun 1880-an apabila beliau mengkritik keadaan organisasi semasa diurus seperti perniagaan keluarga. Beliau yang dianggap sebagai ‘Father of the Bureaucratic Management Theory’ berbangsa Jerman dan merupakan seorang ahli sosiologi dan ekonomi politik. Beliau melihat birokrasi sebagai sesuatu yang positif, lebih bersifat rasional dan cekap berbanding dengan teori-teori sebelumnya. Dengan itu, beliau memperkenalkan sistem pengurusan birokrasi iaitu organisasi yang dipandu dari atas ke bawah atau hirarki. Ciri utama teori pengurusan yang diperkenalkannya mengandungi kepimpinan, autoriti, pembahagian kerja dan pengkhususan kerja, hirarki, peraturan, prosedur, metod dan hasil kerja. Di samping itu, Weber meletakkan tiga bentuk unsur penting birokratik, iaitu: 1. Mempunyai struktur hirarki yang formal dan jelas; 2. Mempunyai sistem pembahagian pekerja yang rasional dan sistematik; dan 3. Ditadbir oleh satu sistem peraturan yang stabil, formal dan jelas. Dalam perkataan lain, teori pengurusan birokratik Weber mesti memenuhi dua konsep, iaitu pertama, organisasi disusun dalam bentuk hirarki dan kedua, organisasi dan ahlinya ditadbir berdasarkan satu sistem prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan keputusan yang jelas (rational-legal decision-making rule). Konsep ini perlu dijadikan rutin kepada semua staf dalam organisasi. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 154 04/12/2018 9:07 AM
Teori Pengurusan Moden dan Teori Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan 155 Bagi mencapai pengurusan birokratik yang berkesan, Weber telah menetapkan beberapa syarat seperti berikut: 1. Peranan kerja yang jelas Tanggungjawab sepatutnya diberikan kepada mereka yang mempunyai kemahiran dan keupayaan melaksanakan tugas. Tiada istilah peranan berbentuk fleksibel dalam pengurusan. Pekerja harus bertanggungjawab terhadap kerja yang telah ditetapkan kepada mereka. Penekanan hirarki adalah kepada pembahagian kuasa dalam kalangan pekerja atau kakitangan. Pengurusan tertinggi mempunyai kuasa yang lebih berbanding kakitangan yang berjawatan rendah. Mereka hendaklah menghormati majikan atau pengurusan tertinggi dan tidak cuba melepasi batasan hirarki pentadbiran; 2. Rekod yang jelas Semua urusan berkaitan dengan organisasi hendaklah mempunyai rekod yang jelas sama ada daripada aspek perjawatan, struktur organisasi, kewangan atau kehadiran kakitangan. Rekod ini akan digunakan jika ada pertikaian atau sebarang isu berlaku berkaitan pekerja atau majikan. Pekerja juga perlu merekodkan perkembangan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja mereka sendiri. Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menyelidik atau menyemak bagaimana pekerja mereka menggunakan masa; 3. Pengambilan kerja berdasarkan kelayakan yang spesifik Hanya pekerja yang berkelayakan atau berkemahiran sahaja patut diambil bekerja bagi memastikan hasil kerja yang terbaik. Mereka diambil hanya berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran yang dimiliki; dan Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 155 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 156 4. Tiada hubungan peribadi Sebarang bentuk hubungan peribadi di tempat kerja hendaklah dielakkan. Sebaliknya, perhubungan dalam sesebuah organisasi hendaklah diasaskan kepada undang-undang dan peraturan. Kerja adalah kerja, sekalipun dalam bentuk perkongsian idea antara pekerja dan pengurusan. Teori Pengurusan Hubungan Kemanusiaan Teori pengurusan yang muncul pada era 1950-an ini memberi keutamaan kepada nilai dan hubungan insaniah dalam pengurusan sesebuah organisasi. Lebih perhatian diberikan kepada individu dan keupayaan unik dimiliki yang boleh disumbangkan kepada pengurusan dan organisasi. Kepercayaan utama dalam teori ini adalah “organisasi akan menjadi lebih baik jika individu lebih baik.” Menyedari kepentingan aspek insaniah ini, organisasi dan syarikat membangun bahagian sumber manusia mereka sendiri dengan membina modul dan menjalankan kursus pengurusan dari semasa ke semasa. Daripada teori ini muncul beberapa teori pengurusan lain, iaitu Teori X danTeori Y yang diasaskan oleh Profesor Douglas McGregor (1906 - 1964) serta Teori Z oleh Professor William Ouchi. McGregor merupakan professor dalam bidang pengurusan di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat dan rakan baik kepada Abraham Maslow. Penjelasan tentang teori-teori tersebut adalah seperti berikut: a) Teori X menganggap kebanyakan manusia adalah malas dan cuba seboleh mungkin mengelak daripada tugasan yang diberikan. Mereka hanya bekerja jika memperolehi insentif kewangan atau material. Dalam teori ini, pengurus perlu mengawasi pekerja setiap masa dan mengenakan peraturan yang tegas serta melakukan tindakan ke atas mereka yang mempunyai masalah disiplin. Teori X yang diasaskan oleh McGregor ini telah mempengaruhi pembinaan teori Keperluan Hirarki (Hierarchy Needs) oleh ahli psikologi Amerika Syarikat, Abraham Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 156 04/12/2018 9:07 AM
Teori Pengurusan Moden dan Teori Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan 157 Maslow (1908-1970) pada tahun 1943 yang menyatakan manusia melakukan sesuatu kerja demi memenuhi keperluan fizikal (makan, minum, tempat tinggal dan seks), keperluan keselamatan (diri dan keluarga), keperluan sosial (kawan dan interaksi sosial), keperluan untuk penghormatan diri (pangkat dan kedudukan) dan keperluan diri. b) Teori Y pula melihat pekerja dalam bentuk positif bahawa semua pekerja diandaikan mempunyai perasaan bahawa melaksanakan pekerjaan adalah sesuatu yang natural dan mencapai kepuasan dalam pekerjaan merupakan matlamat setiap insan. Teori ini percaya pekerja mempunyai idea yang bernas untuk organisasi mereka dan akan menghasilkan kerja yang lebih baik jika kawalan tahap minimum dikenakan. Maka, pekerja atau kakitangan seharusnya diberikan galakan dan kebebasan untuk berkreativiti. Kesilapan boleh dibiarkan atau dimaafkan bagi mencapai keputusan yang positif. c) Teori Z diasaskan oleh William G. Bill Ouchi, seorang profesor dalam bidang pengurusan perniagaan di Stanford University, Amerika Syarikat pada tahun 1980-an. Ouchi yang berketurunan Jepun dilahirkan dan mendapat pelajaran di Amerika Syarikat percaya mereka yang terlibat dalam pengurusan dan perniagaan di negara tersebut boleh mempelajari sesuatu daripada gaya pengurusan Jepun. Teori beliau telah diterbitkan dalam buku pertama beliau, iaitu Theory Z: How American Management Can Beat the Japanese Challenge yang menjadi 7th most widely-read business book di perpustakaan seluruh Amerika Syarikat. Buku ini amat berpengaruh dalam gaya pengurusan syarikat gergasi dunia termasuk IBM, Procter and Gamble dan Hewlett Packard. Teori Z menggabungkan amalan pengurusan Jepun (Teori J) yang mengutamakan keputusan bersama-sama antara kakitangan dengan pengurusan dan amalan pengurusan Amerika (Teori A) yang menekankan tanggungjawab individu dalam organisasi. Antara teori pengurusan Jepun yang lain ialah: pekerjaan seumur hidup, Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 157 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 158 tanggungjawab bersama, arahan yang bersahaja dan mudah difahami, laluan kerjaya tidak bersifat khusus serta mengambil berat terhadap pekerja sebagai seorang manusia. Prinsip yang paling penting dalam Teori J adalah pengurusan mesti mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pekerja bagi melahirkan kerjasama dalam pekerjaan. Pengurusan A pula menekankan kepada pekerjaan bersifat jangka pendek, keputusan bersifat keputusan individu, penilaian yang pantas, arahan yang jelas dan tepat, laluan kerjaya bersifat khusus dan kakitangan dilihat sebagai pekerja. Selepas gabungan antara teori-teori pengurusan J dan A dicipta, Teori A berjaya menghasilkan idea jaminan kerja kepada pekerja, sikap saling mempercayai, kecenderungan membuat keputusan secara bersama-sama, bekerja dalam satu pasukan, motivasi dan target dalam pekerjaan. Teori Pengurusan Kontemporari Di samping teori-teori di atas, terdapat beberapa lagi teori kontemporari dalam pengurusan masa kini. Tiga teori yang popular ialah teori pengurusan kontigensi (contigency theory), teori pengurusan sistem (system theory) dan teori pengurusan kekacauan (chaos theory). 1. Teori Pengurusan Kontigensi Teori ini dibina atas andaian bahawa: No single type of organizational structure is equally applicable to all organizations. Rather,organizational effectiveness is dependent on a fit or match between the type of technology, environmental volatility, the size of the organization, the features of the organizational structure and its information system. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 158 04/12/2018 9:07 AM
Teori Pengurusan Moden dan Teori Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan 159 Teori ini berpandangan bahawa sebarang perancangan atau keputusan hendaklah dibuat berdasarkan kehendak atau masalah semasa. Ini bermaksud bahawa pendekatan pengurusan yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan atau masalah dihadapi sama ada ia masalah dalaman atau luaran. Cara terbaik adalah menguruskan organisasi berdasarkan kepada suasana di mana ia berada ketika itu. Idea penting teori ini ialah tidak ada cara terbaik dalam pengurusan. Sebaliknya, penting pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurus masalah. Setiap keadaan adalah unik. Oleh kerana itu, pengurus perlu mempunyai keupayaan yang pelbagai berdasarkan keadaan. Teori kontigensi sesuai digunakan dalam aktiviti berbentuk motivasi, kepimpinan dan penstrukturan organisasi. Ia juga sesuai digunakan dalam latihan dan pembangunan pekerja, membuat keputusan, membina komunikasi serta membuat perancangan dalam organisasi. Teori ini memberi kelebihan kepada pemimpin untuk tidak hanya berpegang kepada satu teori sahaja. Sebaliknya, dia boleh memilih mana-mana teori bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam konteks keadaan yang berbeza. Pihak pengurusan harus sedar bahawa teknik yang sama tidak semestinya mampu menyelesaikan masalah yang sama pada masa yang berbeza. 2. Teori Pengurusan Sistem Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jabatan, bahagian, unit dan individu yang bekerja secara independent antara satu sama lain. Sistem yang dipraktikkan dalam organisasi juga tidak berlaku secara integrated. Tiga keadaan biasa berlaku, iaitu: a) sistem terbuka (open system) iaitu terdapat pertukaran tenaga kerja, bahan, sumber manusia dan informasi antara bahagian; b) sistem tertutup (closed system) iaitu tiada pertukaran atau perkongsian maklumat, yang ada hanya perkongsian tenaga semata-mata; dan c) sistem terasing (isolated system) iaitu tiada langsung pertukaran atau perkongsian. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 159 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 160 Dalam teori pengurusan sistem, semua komponen yang dinyatakan bekerja secara bersama-sama atau berlaku proses integrasi bagi mencapai common goal untuk merealisasikan visi organisasi. Fokus utama teori Pengurusan Sistem ialah mewujudkan hubungan antara bahagian-bahagian dalam sesebuah organisasi dan bagaimana menjadikannya bekerja dalam satu sistem. Ini dikenali sebagai a holistic approach to understanding phenomena. Impaknya ialah melahirkan sinergi kepada seluruh pengurusan organisasi. Dalam dalam hal ini, menggabungkan input (seperti sumber manusia, kewangan dan teknologi), proses (perancangan, motivasi dan kawalan), output (hasil atau perkhidmatan) dan outcome (peningkatan kualiti kehidupan dan produktiviti kepada pelanggan) membentuk satu sistem diberi keutamaan dalam pengurusan organisasi. 3. Teori Pengurusan Kekacauan (Chaos) Teori ini melihat bahawa unsur kekacauan (chaos) wujud secara semulajadi dalam sesebuah organisasi, tetapi unsur ini adalah unsur yang positif. Teori ini berpandangan bahawa perubahan adalah sesuatu yang pasti berlaku dalam sesebuah organisasi. Meskipun dalam sesetengah keadaan, perubahan boleh dikawal, tetapi ia tidak boleh dielak daripada terus berlaku. Perkara yang akan terjadi tidak dapat diramalkan dengan tepat, sedangkan perkara yang kecil boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap organisasi. Perubahan adalah sifat semulajadi yang berlaku sama ada ke atas diri manusia atau sistem sekeliling. Justeru, pengurus organisasi perlu meneliti beberapa perkara dalam aspek-aspek berikut: a) Sesuatu di luar jangka yang menimbulkan kekacauan kepada organisasi; b) Proses yang diperlukan untuk pembaharuan atau peningkatan kualiti pengurusan; dan c) kemungkinan-kemungkinan perubahan kecil membawa kesan yang besar dalam pengurusan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 160 04/12/2018 9:07 AM
Teori Pengurusan Moden dan Teori Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan 161 Pihak pengurusan perlu mengambil beberapa langkah, antaranya pengurusan sumber maklumat yang cekap kerana ia merupakan kuasa yang paling penting, pembinaan jaringan hubungan yang meluas, keprihatinan tentang hakikat manusia mempunyai keperluan yang pelbagai serta pembinaan sebuah organisasi yang mempunyai hala tuju yang sama. Dalam konteks pengurusan moden yang menerima teori kontigensi dalam pengurusan, seorang pengurus harus menerima hakikat bahawa unsur kekacauan (chaotic) dalaman telah menjadi amalan kepada organisasi. Dia juga tidak boleh menolak bahawa unsur kekacauan itu mengandungi struktur yang kompleks. Kuasa penstabil dan kuasa bukan penstabil yang terdapat di dalam organisasi menyebabkan pelbagai bentuk kekacauan dalam pengurusan dari semasa ke semasa. Pengurusan yang baik perlu memahami keadaan kekacauan dan mengambil manfaat daripadanya. Penutup Secara keseluruhannya, daripada perbincangan di atas, dapatlah difahami bahawa teori pengurusan Barat sama ada klasik atau kontemporari, terlalu memberi fokus kepada pengurusan organisasi dan manusia dalam konteks manusia bersifat material. Tujuan utama kedua-duanya adalah untuk memaksimunkan kebolehan pekerja dan output kepada organisasi. Teori-teori berkenaan tidak menekankan kepada unsur ketuhanan, agama dan insaniah dalam pengurusan organisasi. Oleh kerana itu, mereka lebih cenderung kepada utilitarianisme dengan menekankan ganjaran jangka pendek di dunia semata-mata. Akhirnya, kejayaan atau kegagalan pengurusan diukur kepada dimensi ekonomi semata-mata dengan pengabdian pekerja kepada organisasi dan bukan kepada Tuhan. Berbeza dalam Islam, di samping tidak mengabaikan penumpuan kepada manusia, keutamaan juga diberikan kepada nilai insaniah, akhlak dan matlamat akhir pencapaian iaitu keredhaan Allah SWT. Ganjaran tidak hanya bersifat duniawi, tetapi mengutamakan ganjaran yang kekal abadi di akhirat. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 161 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 162 Rujukan Alireza Nadrifar, Hakimeh Shahyari & Esmat Bandani, (2016). An overview of classical management theories: a review article. International Journal of Science and Research (IJSR). Volume 5 Issue 9. Aydin, Oya Tamtekin, (2012). The impact of theory X, theory Y and theory Z on research performance: an empirical study from a Turkish University. International Journal of Advances in Management and Economics Volume 1 Issue 5. Cakar, Ulas, (2011). Inherent chaos in the organizational order: an epistemological approach. International Journal of Business and Management Studies. Vol 3, No 1. Caramela, Sammi, (t.th). The mangement theory of Max waber. https://www.business.com/articles/management-theory-ofmax-weber/ Chikere, Cornell C. & Nwoka, Jude, (2015). The systems theory of management in modern day organizations - a study of Aldgate Congress Resort Limited Port Harcourt. International Journal of Scientific and Research Publications. Vol. 5, Issue 9. Dharejo, N., Baloch, M. N., Jariko, M. A., & Jhatial A.A., (2017). People management at workplace: applications of Theory X and Theory Y in public and private organizations sector in Hyderabad, Sindh, Pakistan. European Journal of Business and Social Science. Vol. 6, No. 02. Mori, Grace Thomas, (2017). Examining hindrance of bureaucracy on management innovation for organizations. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. Vol. 7, No. 4. Hakan Turan, (2015). Taylor’s Scientific management principles: contemporary issues in personnel selection period. Journal of Economics, Business and Management. Vol. 3, No. 11 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 162 04/12/2018 9:07 AM
Teori Pengurusan Moden dan Teori Pengurusan Kontemporari: Satu Pengenalan 163 Islam, Jesmi & Hu, Hui, (2012). A review of literature on contingency theory in managerial accounting. African Journal of Business Management. Vol. 6(15). Jain, Aby, (2004). Using the lens of Max Weber’s theory of bureaucracy to examine e-government research. Proceedings of the 37th Hawaii International Conference on System Sciences. Mele, C., Pels, J. & Polese, F, (2010). A brief review of systems theories and their managerial applications. Service Science 2(1/2). Zuffo, Riccardo Giorgio, (2011). Taylor is dead, hurray Taylor! the “human factor in scientific, management: between ethics, scientific psychology and common sense. Journal of Business and Management. Vol. 17. No.1. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 163 04/12/2018 9:07 AM
164 Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal ILIM Pengenalan Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal (KEHA), Institut Kursus Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Pengauditan Halal pada 10 hingga 13 Julai 2017. Kursus ini disasarkan kepada Auditor Halal daripada Skim-skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (S) dan Teknologi Makanan (C) yang berkhidmat di Bahagian Hab Halal JAKIM dan Unit Halal di Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia. Pelaksanaan kursus empat hari ini berkonsepkan kursus yang merangkumi teori dan praktikal berkaitan pengetahuan asas dan kaedah pelaksanaan pengauditan halal mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Latar Belakang Kajian Perbincangan adalah mengenai penilaian program merangkumi maksud penilaian, jenis-jenis penilaian, konsep, teori dan model penilaian program serta justifikasi pemilihan sesuatu model penilaian. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih model penilaian oleh Kirkpatrick pada tahap kedua iaitu penilaian terhadap pembelajaran yang berlaku sepanjang program. Keberkesanan pembelajaran ini diukur daripada peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta. Model Penilaian Kursus Kirkpatrick dapat dilihat dalam Rajah 1. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 164 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 165 Rajah 1: Model Penilaian Kursus oleh Kirkpatrick Menurut Gabr (2000), kaedah penilaian program perlu dilakukan dengan menilai keberkesanan program dalam mencapai objektifnya. Program kursus yang memberi tumpuan kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan seseorang individu hanya akan berfungsi dan relevan sekiranya penilaian terhadap program tersebut dilaksanakan. Dalam kajian ini, soal-selidik berbentuk pra dan pasca iaitu sebelum dan selepas berkursus telah dibina. Kirkpatrick (1975, 1994, 2000) mengatakan bahawa kemahiran boleh dipelajari. Ujian pencapaian yang dilakukan sebelum (ujian pra) dan selepas program kursus (ujian pasca) dapat menentukan sejauh manakah kemahiran yang diperolehi. Ujian sebelum (ujian pra) dan selepas program kursus (ujian pasca) diperlukan jika peserta berkemungkinan telah mempunyai sebahagian daripada kemahiran yang diajar. Jika jurulatih atau pensyarah mengajar sesuatu yang baharu, ujian selepas program kursus (ujian pasca) akan mengukur sejauh manakah kemahiran yang telah dipelajari. Kirkpatrick’s Model Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 165 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 166 Pemasalahan Kajian Kajian ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan modul Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017. Sehingga kini, keberkesanan modul kursus tersebut belum pernah dikaji. Pihak pengurusan ILIM berhasrat menjadikan institute ini sebagai pusat kursus yang berwibawa bagi kakitangan awam dalam meningkatkan kefahaman Islam dan memiliki kemahiran yang tinggi mengenainya. Ini terbukti daripada kajian yang dilakukan oleh Dr. Wan Aisyah binti Wan Yusoff (2016) berkaitan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit ILIM yang mendapati bahawa ujian pra dan pasca hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi melihat dengan jelas tentang perkembangan pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran peserta yang telah mengikuti kursus. Beliau mencadangkan penambahbaikan dilakukan terhadap modul kursus bagi memastikan kandungan kursus yang ditawarkan relevan dengan kehendak serta keperluan semasa. Kursus Pengauditan Halal telah dipilih kerana ia merupakan satu kursus yang mendapat sambutan yang baik daripada kumpulan sasar. Ia juga adalah kursus yang penting kepada penjawat awam, khususnya Pegawai Audit Halal yang baru bertugas di Bahagian Hab Halal JAKIM dan Unit Halal JAIN. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menentukan perubahan tahap yang signifikan terhadap aspek pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran peserta Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 166 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 167 Objektif Kajian Objektif-objektif kajian ini adalah untuk: 1. Menentukan perubahan tahap yang signifikan terhadap aspek pengetahuan dan kefahaman, sebelum dengan selepas mengikuti kursus bagi slot-slot: a) Auditor Unggul b) Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia c) Standard Malaysia d) Prosedur Pengauditan Halal (SOP) e) Bahan Ramuan Kritikal f) Isu-Isu berkaitan Audit 2. Menentukan perubahan tahap yang signifikan terhadap aspek kemahiran, sebelum dengan selepas mengikuti kursus bagi slot-slot: a) Auditor Unggul b) Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia c) Standard Malaysia d) Prosedur Pengauditan Halal (SOP) e) Bahan Ramuan Kritikal f) Isu-Isu berkaitan Audit Persoalan Kajian Persoalan-persoalan kajian ini adalah: 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi peserta Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 terhadap aspek pengetahuan dan kefahaman, sebelum dengan selepas mengikuti kursus bagi slot-slot: a) Auditor Unggul b) Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia c) Standard Malaysia Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 167 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 168 d) Prosedur Pengauditan Halal (SOP) e) Bahan Ramuan Kritikal f) Isu-Isu berkaitan Audit 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi peserta Kursus Pengauditan Halal terhadap aspek kemahiran, sebelum dengan selepas mengikuti kursus bagi slot-slot: a) Auditor Unggul b) Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia c) Standard Malaysia d) Prosedur Pengauditan Halal (SOP) e) Bahan Ramuan Kritikal f) Isu-Isu berkaitan Audit Kerangka Konseptual Kajian Rajah 2 di bawah menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian ini. Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 168 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 169 Metodologi Kajian Kajian ini dilaksanakan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item respons tertutup. Penggunaan soal selidik merupakan satu kaedah yang paling popular dalam kalangan pengkaji kerana ia mudah ditadbir dengan baik. Di samping itu, data juga senang diproses dan dianalisis. Soal selidik sering digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan persepsi dan pandangan, sikap dan keterangan latar belakang responden. Item-item dalam soal selidik ini merupakan item respons tertutup dengan Skala Likert lima pemeringkatan. Soal selidik ini telah dibina berdasarkan modul yang terdapat dalam Kursus Pengauditan Halal ILIM. Semua item soal selidik berkait rapat dengan topik setiap slot kursus. Item-item ini mengandungi tiga bahagian, iaitu: 1. Bahagian A: Demografi Peserta (5 item) 2. Bahagian B: Tahap Pengetahuan dan Kefahaman (20 item) 3. Bahagian C: Kemahiran (20 item) Soal-selidik ini merupakan kajian pertama yang telah dibina oleh kumpulan kajian. Kumpulan telah menyenaraikan soalan-soalan berdasarkan modul kursus tersebut. Kemudian, soalan-soalan tersebut dinilai oleh pakar, iaitu pegawai-pegawai dari Kluster Ekonomi dan Pengurusan Halal (KEHA) ILIM dan cross-check daripada kluster-kluster lain di ILIM serta pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands. Kaedah Pentadbiran Soal Selidik Kajian melibatkan edaran borang soal selidik kepada responden, sebelum dan selepas kursus berlangsung. Responden kajian yang disasarkan terdiri daripada 32 orang Juru Audit Halal daripada Skimskim Perkhidmatan S dan C dari Bahagian Hab Halal JAKIM dan Unit Halal JAIN seluruh Malaysia. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 169 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 170 Pihak urusetia kursus telah mengedarkan borang soal selidik ujian pra kepada semua peserta kursus dan menjelaskan maklumat mengenainya sebelum peserta menjalani kursus, iaitu pada hari pertama (10 Julai 2017). Peserta diminta menjawab persepsi mereka terhadap pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran terhadap modul kursus tersebut. Borang dikembalikan sebaik sahaja peserta selesai menjawabnya. Borang soal -selidik ujian pasca pula telah diedarkan pada hari terakhir kursus, iaitu pada 13 Julai 2017. Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Respons peserta yang menyempurnakan semua item sebelum dan selepas kursus kemudiannya dianalisis. Kesahan Soal Selidik Jadual 1(a) dan 1(b) menunjukkan dapatan analisis kebolehpercayaan instrumen kajian. Dapatan membuktikan bahawa item-item kajian mempunyai pekali alpha Cronbach lebih besar daripada 0.7 (Nunnally, 1978). Ini bermaksud item-item kajian tersebut telah mencapai tahap piawaian kesahan yang tinggi. Justeru, ia menunjukkan bahawa setiap item yang dibina dalam soal selidik tersebut merupakan instrumen yang amat baik. Setiap item dapat difahami oleh peserta dan ia menjelaskan maksud konstruk yang telah dibina. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 170 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 171 Jadual 1(a) Nilai Alpha Cronbach bagi Konstruk Pengetahuan dan Kefahaman Konstruk Item Nilai Alpha Pra Pasca Auditor Unggul 3 0.976 0.968 Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia 4 Standard Malaysia 3 Prosedur Pengauditan Halal (SOP) 3 Bahan Ramuan Kritikal 3 Isu- Isu Berkenaan Audit 3 Jadual 1(b) Nilai Alpha Cronbach bagi Konstruk Kemahiran Konstruk Item Nilai Alpha Pra Pasca Auditor Unggul 3 0.986 0.971 Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia 4 Standard Malaysia 3 Prosedur Pengauditan Halal (SOP) 3 Bahan Ramuan Kritikal 3 Isu- Isu Berkenaan Audit 3 (Perincian nilai Alpha Cronbach bagi setiap item disertakan di dalam Lampiran) Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 171 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 172 Tatacara Analisis Data Pengkaji telah menggunakan perisian SPSS (Paired Samples T-Test) untuk menganalisis data-data dalam kajian ini. Paired Samples T-Test digunakan apabila kita ingin menguji kumpulan yang sama pada dua waktu yang berbeza. Dalam kes ini, dua waktu yang berbeza ialah sebelum dan selepas menjalani Kursus Pengauditan Halal. Skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis setiap aspek yang dikaji. Interpretasi skor min seperti Jadual 2 di bawah telah digunakan untuk menentukan tahap reaksi peserta. Jadual 2: Skor Min dan Interpretasinya (Tahap) Skor Min Interpretasi (Tahap) 1.0 – 1.8 Sangat rendah 1.9 – 2.6 Rendah 2.7 – 3.4 Sederhana 3.5 – 4.2 Tinggi 4.3 – 5.0 Sangat Tinggi Sumber : Jamelaa (2012) Dapatan Kajian 1. Demografi Peserta Pengkaji berjaya mendapatkan respons berjumlah 32 orang peserta. Jadual 3 di bawah menunjukkan demografi peserta kursus daripada aspek jantina, umur dan tempoh perkhidmatan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 172 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 173 Jadual 3: Demografi Peserta Kursus Demografi Peserta Frekuensi Peratusan Jantina Lelaki Perempuan 17 15 53.1 46.9 Umur 20-29 tahun 30-39 tahun 40-49 tahun 12 15 5 37.5 46.9 15.6 Tempoh Perkhidmatan 0-1 tahun 2-3 tahun 4 tahun dan ke atas 11 3 18 34.4 9.4 56.3 2. Analisis Pengetahuan dan Kefahaman Serta Kemahiran Sebelum Dengan Selepas Mengikuti Kursus Analisis yang dijalankan menunjukkan perubahan tahap yang signifikan terhadap aspek pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran, sebelum dan selepas mengikuti kursus bagi slot-slot berikut: a) Auditor Unggul Pengetahuan dan Kefahaman Berdasarkan Jadual 4, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Auditor Unggul mencatatkan nilai yang signifikan (t = -6.57, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.58. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi pengetahuan dan kefahaman peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.34, S.P = 0.60) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 3.52, S.P = 0.73) tersebut. Nilai kesan ini berada pada tahap yang sangat besar berdasarkan skala oleh Cohen (1988) iaitu kesan yang melebihi 0.14 merupakan kesan yang besar. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 173 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 174 Jadual 4: Nilai Ujian-t Pengetahuan dan Kefahaman bagi Slot Auditor Unggul Mean Std. Deviation Pair 1 B AUDITOR 3.5208 .73293 POST_B_AUDITOR 4.3438 .60158 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 1 B AUDITOR POST_B_ AUDITOR -.82292 .70829 -6.572 31 .000 0.58 Kemahiran Berdasarkan Jadual 5, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Auditor Unggul mencatatkan nilai yang signifikan (t = -8.59, df = 31, p = 0.00). Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.17, S.P = 0.53) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 3.19, S.P = 0.69). Jadual 5: Nilai Ujian-t Kemahiran bagi Slot Auditor Unggul Mean Std. Deviation Pair 1 C AUDITOR 3.1979 .69230 POST_C_AUDITOR 4.1771 .53537 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 1 C AUDITOR POST_C_ AUDITOR -.97917 .64446 -8.595 31 .000 0.70 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 174 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 175 b) Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia Pengetahuan dan Kefahaman Berdasarkan Jadual 6, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia mencatatkan nilai yang signifikan (t = -8.77, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.71. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi pengetahuan dan kefahaman peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.27, S.P = 0.63) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 3.29, S.P = 0.69). Jadual 6: Nilai Ujian-t Pengetahuan dan Kefahaman bagi Slot Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia Mean Std. Deviation Pair 2 B SIJIL 3.2969 .69398 POST_B_SIJIL 4.2734 .63296 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 2 B SIJIL POST_B_SIJIL -.97656 .62977 -8.772 31 .000 0.71 Kemahiran Berdasarkan Jadual 7, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia mencatatkan nilai yang signifikan (t = -8.59, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.79. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.17, S.P = 0.53) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 3.19, S.P = 0.69). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 175 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 176 Jadual 7 : Nilai Ujian-t Kemahiran bagi Slot Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia Mean Std. Deviation Pair 8 C SIJIL 3.1016 .79276 POST_C_SIJIL 4.1719 .64269 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 8 C SIJIL POST_C_SIJIL -1.07031 .55079 -10.993 31 .000 0.79 c) Standard Malaysia Pengetahuan dan Kefahaman Berdasarkan Jadual 8, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Standard Malaysia mencatatkan nilai yang signifikan (t = -7.03, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.61. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi pengetahuan dan kefahaman peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.09, S.P = 0.46) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 3.02, S.P = 0.72). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 176 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 177 Jadual 8: Nilai Ujian-t Pengetahuan dan Kefahaman bagi Slot Standard Malaysia Mean Std. Deviation Pair 3 B STANDARD 3.0208 .72308 POST_B_STANDARD 4.0938 .46555 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 3 B STANDARD - POST_B_ STANDARD -1.07292 .86233 -7.038 31 .000 0.61 Kemahiran Berdasarkan Jadual 9, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Standard Malaysia mencatatkan nilai yang signifikan (t = -7.26, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.63. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran peserta, selepas menjalani kursus (Min = 3.90, S.P = 0.52) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 2.95, S.P = 0.69). Jadual 9: Nilai Ujian-t Kemahiran bagi Slot Standard Malaysia Mean Std. Deviation Pair 9 C STANDARD 2.9583 .69173 POST_C_STANDARD 3.9063 .52353 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 9 C STANDARD - POST_C_ STANDARD -.94792 .73864 -7.260 31 .000 0.63 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 177 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 178 d) Prosedur Pengauditan Halal (SOP) Pengetahuan dan Kefahaman Berdasarkan Jadual 10, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Prosedur Pengauditan Halal (SOP) mencatatkan nilai yang signifikan (t = -7.43, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.64. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi pengetahuan dan kefahaman peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.21, S.P = 0.62) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 3.18, S.P = 0.87). Jadual 10: Nilai Ujian-t Pengetahuan dan Kefahaman bagi Slot Prosedur Pengauditan Halal (SOP) Mean Std. Deviation Pair 4 B PROSEDUR 3.1875 .87529 POST_B_PROSEDUR 4.2109 .62897 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 4 B PROSEDUR POST_B_ PROSEDUR -1.02344 .77864 -7.435 31 .000 0.64 Kemahiran Berdasarkan Jadual 11, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Prosedur Pengauditan Halal (SOP) mencatatkan nilai yang signifikan (t = -8.56, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.70. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.14, S.P = 0.60) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 2.99, S.P = 0.88). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 178 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 179 Jadual 11: Nilai Ujian-t Kemahiran bagi Slot Prosedur Pengauditan Halal (SOP) Mean Std. Deviation Pair 10 C PROSEDUR 2.9922 .88328 POST_C_PROSEDUR 4.1484 .60194 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz P a i r 10 C PROSEDUR POST_C_ PROSEDUR -1.15625 .76398 -8.561 31 .000 0.70 e) Bahan Ramuan Kritikal Pengetahuan dan Kefahaman Berdasarkan Jadual 12, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Bahan Ramuan Kritikal mencatatkan nilai yang signifikan (t = -5.57, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.50. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi pengetahuan dan kefahaman peserta, selepas menjalani kursus (Min = 3.97, S.P = 0.64) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 2.95, S.P = 1.08). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 179 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 180 Jadual 12: Nilai Ujian-t Pengetahuan dan Kefahaman bagi Slot Bahan Ramuan Kritikal Mean Std. Deviation Pair 5 B RAMUAN KRITIKAL 2.9583 1.08012 POST_B_RAMUAN KRITIKAL 3.9792 .64999 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 5 B RAMUAN KRITIKAL - POST_B_ RAMUAN KRITIKAL -1.02083 1.03674 -5.570 31 .000 0.50 Kemahiran Berdasarkan Jadual 13, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot Bahan Ramuan Kritikal mencatatkan nilai yang signifikan (t = -6.94, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.60. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran peserta, selepas menjalani kursus (Min = 3.82, S.P = 0.74) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 2.88, S.P = 0.93). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 180 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 181 Jadual 13: Nilai Ujian-t Kemahiran bagi Slot Bahan Ramuan Kritikal Mean Std. Deviation Pair 11 C RAMUAN KRITIKAL 2.8854 .93368 POST_C_RAMUAN KRITIKAL 3.8229 .74768 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz P a i r 11 C RAMUAN KRITIKAL POST_C_ RAMUAN KRITIKAL -.93750 .76406 -6.941 31 .000 0.60 f) Isu- Isu Berkenaan Audit Pengetahuan dan Kefahaman Berdasarkan Jadual 14, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot IsuIsu Berkenaan Audit mencatatkan nilai yang signifikan (t = -6.04, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.54. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi pengetahuan dan kefahaman peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.11, S.P = 0.64) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 3.07, S.P = 0.97). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 181 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 182 Jadual 14: Nilai Ujian-t Pengetahuan dan Kefahaman bagi Slot IsuIsu Berkenaan Audit Mean Std. Deviation Pair 6 B ISU AUDIT 3.0729 .97545 POST_B_ISU 4.1146 .64818 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz Pair 6 B ISU AUDIT POST_B_ISU -1.04167 .97551 -6.041 31 .000 0.54 Kemahiran Berdasarkan Jadual 15, dapatlah dilihat bahawa kursus bagi slot IsuIsu Berkenaan Audit mencatatkan nilai yang signifikan (t = -6.94, df = 31, p = 0.00), nilai kesan saiz = 0.60. Secara keseluruhannya, slot ini menunjukkan perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran peserta, selepas menjalani kursus (Min = 4.02, S.P = 0.64) berbanding keadaan sebelum menjalani kursus (Min = 2.98, S.P = 0.91). Jadual 15: Nilai Ujian-t Kemahiran bagi Slot Isu- Isu Berkenaan Audit Mean Std. Deviation Pair 12 C ISU AUDIT POST_C_ISU AUDIT 2.9896 4.0208 .91379 .64446 Mean Std. Deviation t df Sig. (2-tailed) Kesan Saiz P a i r 12 C ISU AUDIT POST_C_ISU AUDIT -1.03125 .83969 -6.947 31 .000 0.60 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 182 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 183 3. Analisis Nilai Min Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal Berdasarkan Jadual 16, secara keseluruhannya, nilai min bagi pengetahuan dan kefahaman sebelum mengikuti kursus adalah 3.17. Nilai min ini terletak dalam tahap sederhana. Sementara itu, nilai min bagi kemahiran selepas mengikuti kursus adalah 4.16. Nilai min ini terletak dalam tahap sangat tinggi. Sehubungan dengan itu, peserta berpendapat bahawa terdapat perubahan yang signifikan dari segi kemahiran, sebelum dengan selepas mengikuti Kursus Pengauditan Halal. Tegasnya, para peserta berpendapat bahawa kemahiran mereka telah meningkat bagi aspek yang dibincangkan dalam modul kursus tersebut. Jadual 16: Jadual Ringkasan Nilai Min Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal KONSTRUK MIN Auditor JUMLAH Unggul Pengurusan & Pensijilan Halal Standard Malaysia Prosedur Pengauditan Halal (SOP) Bahan Ramuan Kritikal Isu- Isu berkaitan Audit Pengetahuan & Kefahaman 3.52 3.29 3.02 3.18 2.95 3.07 3.17 4.34 4.27 4.09 4.21 3.97 4.11 4.16 Kemahiran 3.19 3.10 2.95 2.99 2.88 2.98 3.01 4.17 4.17 3.90 4.14 3.82 4.02 4.03 Petunjuk: Sebelum Selepas Perbandingan terhadap Kesan Saiz (eta) secara keseluruhan antara aspek pengetahuan dan kefahaman ke atas kemahiran menunjukkan kesan saiz untuk kemahiran lebih tinggi iaitu 0.67 berbanding pengetahuan dan kefahaman 0.59. Walau bagaimanapun, kedua-dua kesan saiz ini merupakan kesan yang besar menunjukkan terdapat peningkatan dalam kedua-dua aspek tersebut selepas menjalani kursus. Hal ini ditunjukkan dalam jadual 17. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 183 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 184 Jadual 17: Jadual Kesan Saiz Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal KONSTRUK Kesan Saiz Auditor JUMLAH Unggul Pengurusan & Pensijilan Halal Standard Malaysia Prosedur Pengauditan Halal (SOP) Bahan Ramuan Kritikal Isu- Isu berkaitan Audit Pengetahuan & Kefahaman 0.58 0.71 0.61 0.64 0.50 0.54 0.59 Kemahiran 0.70 0.79 0.63 0.70 0.60 0.60 0.67 Dalam aspek pengetahuan dan kefahaman, kesan saiz paling rendah adalah untuk slot Bahan Ramuan Kritikal iaitu 0.50 dan kesan saiz paling tinggi adalah untuk slot Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia iaitu 0.71. Manakala dalam aspek kemahiran, kesan saiz paling rendah adalah untuk slot-slot Bahan Ramuan Kritikal dan Isu- Isu Berkaitan Audit iaitu 0.60 dan kesan saiz paling tinggi adalah untuk slot Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia iaitu 0.79. Ini menunjukkan bahawa slot Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia amat bermanfaat dalam memberi kemahiran dan berpotensi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta. Hal ini ditunjukkan dalam jadual 17. Rumusan Berdasarkan dapatan kajian ini, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perubahan yang signifikan terhadap (1) Pengetahuan dan Kefahaman bagi elemen Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia, Prosedur Pengauditan Halal (SOP), Standard Malaysia, Auditor Unggul, Isu-Isu Berkenaan Audit dan Bahan Ramuan Kritikal, serta (2) Kemahiran bagi elemen Pengurusan dan Pensijilan Halal di Malaysia, Prosedur Pengauditan Halal (SOP), Auditor Unggul, Standard Malaysia, Isu- Isu Berkenaan Audit dan Bahan Ramuan Kritikal yang diperoleh oleh peserta selepas mengikuti Kursus Pengauditan Halal Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 184 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 185 berbanding sebelum mengikutinya. Perubahan ini dapat dilihat daripada tahap tinggi sebelum kursus bagi aspek pengetahuan dan kefahaman kepada tahap amat tinggi selepas kursus. Bagi aspek kemahiran, terdapat perubahan daripada tahap sederhana kepada amat tinggi selepas menjalani kursus berbanding sebelum berkursus. Tegasnya, dapat dinyatakan bahawa Kursus Pengauditan Halal tahun 2017 telah berjaya mewujudkan peningkatan tahap pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran dalam kalangan peserta kursus. Cadangan Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mencadangkan kajian seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan. Selain itu, kajian bagi setiap ambilan perlu dilaksanakan untuk melihat dengan jelas tentang perkembangan pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran peserta yang telah mengikuti Kursus Pengauditan Halal. Perbandingan yang jelas bagi setiap ambilan dapat dibuat dan seterusnya penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan oleh ILIM. Pengkaji juga menyarankan agar ILIM dapat membuat penambahbaikan aspek modul kursus. Tindakan ini bertujuan memastikan kerelevanan kandungan kursus yang ditawarkan kepada peserta selari dengan kehendak dan cabaran semasa berkaitan pengauditan pensijilan halal di Malaysia. Hal ini adalah amat penting dalam usaha menjadikan ILIM sebagai pusat kursus yang berwibawa bagi auditor halal khasnya dalam meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam bidang halal. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 185 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 186 Lampiran Nilai Alpha Cronbach bagi Konstruk Pra & Pasca Pengetahuan dan Kefahaman Konstruk Item Alpha Cronbach Item Alpha Cronbach Auditor Unggul B1.1 .976 PASCA_B1.1 .967 B1.2 .977 PASCA_B1.2 .967 B1.3 .977 PASCA_B1.3 .967 Pengurusan & Pensijilan Halal di Malaysia B2.1 .975 PASCA_B2.1 .966 B2.2 .974 PASCA_B2.2 .966 B2.3 .974 PASCA_B2.3 .965 B2.4 .975 PASCA_B2.4 .966 Standard Malaysia B3.1 .975 PASCA_B3.1 .969 B3.2 .975 PASCA_B3.2 .968 B3.3 .975 PASCA_B3.3 .967 Prosedur Pengauditan Halal (SOP) B4.1 .974 PASCA_B4.1 .967 B4.2 .974 PASCA_B4.2 .966 B4.3 .974 PASCA_B4.3 .966 B4.4 .973 PASCA_B4.4 .966 Bahan Ramuan Kritikal B5.1 .974 PASCA_B5.1 .966 B5.2 .974 PASCA_B5.2 .966 B5.3 .974 PASCA_B5.3 .967 Isu- Isu Berkaitan Audit B6.1 .974 PASCA_B6.1 .966 B6.2 .974 PASCA_B6.2 .965 B6.3 .974 PASCA_B6.3 .965 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 186 04/12/2018 9:07 AM
Kajian Pra dan Pasca Aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran Kursus Pengauditan Halal ILIM 2017 187 Nilai Alpha Cronbach bagi Konstruk Pra dan Pasca Kemahiran Konstruk Item Alpha Cronbach Item Alpha Cronbach Auditor Unggul C1.1 .986 PASCA_C1.1 .972 C1.2 .986 PASCA_C1.2 .972 C1.3 .987 PASCA_C1.3 .971 Pengurusan & Pensijilan Halal di Malaysia C2.1 .987 PASCA_C2.1 .970 C2.2 .985 PASCA_C2.2 .969 C2.3 .985 PASCA_C2.3 .969 C2.4 .985 PASCA_C2.4 .969 Standard Malaysia C3.1 .987 PASCA_C3.1 .971 C3.2 .986 PASCA_C3.2 .970 C3.3 .986 PASCA_C3.3 .971 Prosedur Pengauditan Halal (SOP) C4.1 .985 PASCA_C4.1 .970 C4.2 .985 PASCA_C4.2 .969 C4.3 .985 PASCA_C4.3 .969 C4.4 .985 PASCA_C4.4 .969 Bahan Ramuan Kritikal C5.1 .985 PASCA_C5.1 .969 C5.2 .985 PASCA_C5.2 .970 C5.3 .985 PASCA_C5.3 .970 Isu- Isu Berkaitan Audit C6.1 .985 PASCA_C6.1 .970 C6.2 .985 PASCA_C6.2 .970 C6.3 .985 PASCA_C6.3 .969 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 187 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 188 Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 188 04/12/2018 9:07 AM