The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ict.ilim, 2024-04-02 04:26:47

Mutiara ILIM 2018

Mutiara ILIM 2018

Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 91 b) Tentukan jumlah pendapatan yang akan diperolehi untuk tempoh belanjawan yang hendak dibuat dengan menjumlahkan semua sumber pendapatan. Pastikan wang tersebut benarbenar akan diterima dan bukan daripada sumber yang belum pasti; dan c) Tentukan kategori perbelanjaan yang perlu dan buat anggaran peruntukan jumlah perbelanjaan bagi setiap kategori. Contoh kategori perbelanjaan ialah: i. Tetap. Contoh: bayaran ansuran kereta, rumah, cukai pendapatan, insuran, simpanan; dan ii. Berubah-ubah. Contoh: makanan, pakaian, rekreasi, hadiah hari lahir, minyak kereta. Jumlah anggaran peruntukan mestilah sesuai dengan jumlah pendapatan sebenar. Rekod perbelanjaan lepas memudahkan kita untuk membuat anggaran yang tepat untuk satu tempoh tertentu. Pada langkah permulaan ini, kita bukanlah mahu mengurangkan perbelanjaan tetapi ingin mengenal pasti tabiat berbelanja kita. Selepas merancang perbelanjaan, kita harus membuat belanjawan iaitu membuat anggaran atau peruntukan perbelanjaan bagi sesuatu keperluan untuk satu jangka masa tertentu, sama ada untuk sebulan ataupun setahun. Ia bukan bertujuan menyekat perbelanjaan tetapi menggalakkan kita membuat peruntukan untuk keperluan hidup mengikut keutamaan dan membantu kita berbelanja mengikut kemampuan. Di samping itu, belanjawan yang dibuat membentuk kemahiran dan keyakinan kita dalam aspek kewangan serta kita lebih tahu ke mana wang dibelanjakan. Dengan adanya kaedah ini, kita dapat berbelanja dengan lebih bijak, mengelakkan pembaziran dan menyedarkan kita daripada semasa ke semasa tentang pentingnya belanjawan dalam kehidupan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 91 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 92 Gambar rajah di bawah adalah satu contoh konsep dalam merancang perbelanjaan yang boleh dijadikan panduan bersama: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 92 04/12/2018 9:07 AM


Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 93 Langkah 2: Melaksana dan Mengawal Perbelanjaan a) Merekod atau mencatat semua perbelanjaan yang dilakukan; b) Memeriksa perbelanjaan yang telah dilakukan; dan c) Membuat penilaian dan rumusan perbelanjaan di akhir jangka masa perbelanjaan yang ditetapkan sama ada bulanan atau tahunan. Dalam mengawal perbelanjaan, kita haruslah berbelanja mengikut kemampuan dan menunaikan hak golongan yang berhak. Firman Allah SWT: ا ً َام و َ َ ق لِك ٰ َ َْ ذ َي َ ب َ ن َك ُُوا و ْت ق َ ْ ي م َ ل َ ُوا و ِف ُ ْس ي ْ م َ ُوا ل ق َ نف َ َا أ ِذ َ إ ِين َّ ال َ و Maksudnya: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) apabila membelanjakan hartanya, mereka tidak melampaui batas dan tidak (pula) bakhil kedekut, dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana antara keduadua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah Al-Furqan, ayat 67) Selain itu, kita hendaklah mengelakkan pembaziran dengan mengawal perbelanjaan harian. Kawalan perbelanjaan ini lebih menekankan kepada disiplin masing-masing untuk berbelanja mengikut perancangan dan mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Firman Allah SWT: ُوا ِع ب َّ ت َ َ ت َل َُّ و ُ الل ُ م َك ق َ َز َّا ر ُُ ِ وا مم ً ا ۚ ك ْش ر َ ف َ ً و ة َ َ ُول َ ِام ح ع ْ ن َْ َ ال َ ِمن و ٌ ِني ب ُّ ٌّ م ُو َد ْ ع ُ م َك ُ ل ه َّ ِن َ ِ ان ۚ إ ْط ي َّ َ ِ ات الش ُ و ُط خ Maksudnya: “Dan antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan pengangkutan dan ada yang untuk disembelih. Makanlah daripada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Surah Al-An’am, ayat 142) Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 93 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 94 ا ً ِذير ْ ب َ ْ ت ِر ّ َذ ب ُ َ ت َل ِ و ِيل َّ ب َ الس ْن َاب َ و ْ ِكني ِمس ْ َال ُ و ه َّ َق ٰ ح َ ْب ر ُ ق ْ َا ال َ ِ آت ذ و ا ً ُور ف َ ِهِ ك ّ ب َ ُ لِر َ ان ْط ي َّ َ الش َ ن َك َ ِ اط ِني ۖ و ي َّ َ الش َان و ْ ِخ ُوا إ ن َ َ ك ِين ِر ّ َذ ب ُ م ْ َّ ال ِن إ “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isra’, ayat 26 & 27) Adalah menjadi satu kesalahan jika kita merasakan setiap yang kita belanjakan adalah keperluan. Pada hakikatnya, perbelanjaan kita dapat dijimatkan apabila kita mengetahui sifat perbelanjaan yang dibuat. Perbelanjaan dikategorikan kepada perbelanjaan yang dapat dikawal, tidak dapat dikawal dan perbelanjaan mewah. i. Perbelanjaan Dapat Dikawal Antara perbelanjaan yang dapat dikawal ialah bil-bil utiliti seperti peralatan elektrik, telefon rumah, telefon bimbit, air, api dan sebagainya. Kita cuma memerlukan sedikit disiplin diri serta keluarga bagi mengawal jumlah penggunaan yang ada di rumah bagi menjimatkan kos perbelanjaan seharian. Begitu juga dengan perbelanjaan makanan. Ia boleh dikawal dengan mendidik sikap berjimat cermat dan mengamalkan makan di rumah berbanding makan di luar. ii. Perbelanjaan Tidak Dapat Dikawal Antara contoh perbelanjaan tidak dapat dikawal adalah ansuran kereta, ansuran rumah dan bayaran balik pinjaman persendirian. Perbelanjaan ini tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sikap berhati-hati dalam membuat keputusan perlu diamalkan kerana Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 94 04/12/2018 9:07 AM


Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 95 apabila persetujuan dibuat, ia akan menjadi komitmen jangka panjang. Sekiranya tiada keperluan mendesak, elakkanlah diri daripada membuat pinjaman, terutama kad kredit dan pinjaman peribadi. iii. Perbelanjaan Mewah Perbelanjaan yang boleh menambahkan secara ketara jumlah perbelanjaan bulanan adalah perbelanjaan berkaitan hiburan, minat dan mengisi masa lapang. Namun, perbelanjaan tersebut masih boleh dikawal. Contohnya, dalam aktiviti rekreasi, kita tidak semestinya perlu pergi ke tempat-tempat yang menggunakan kos yang tinggi. Sebaliknya, kita boleh mengajak keluarga berjoging di kawasan taman, berkelah di tepi pantai dan sebagainya. Gambar rajah di bawah boleh dijadikan panduan untuk kita mengagih pendapatan bulanan mengikut kemampuan masing-masing: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 95 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 96 Kepentingan Pengurusan Kewangan Dengan merancang kewangan, kita berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. Kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling seperti keluarga, kawankawan dan rakan sekerja kerana rasa gembira dengan kehidupan teratur dan tidak perlu meminjam wang bagi memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 96 04/12/2018 9:07 AM


Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 97 Selain itu, kita juga bebas daripada kebimbangan kewangan kerana telah merancang bagi masa depan dan menjangka perbelanjaan serta mampu menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan kita sepanjang hayat, bukan sahaja bagi diri kita, malah untuk mereka yang tersayang. Dengan erti kata lain, apabila kita mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, kita akan lebih arif tentang keperluan dan sumber yang sedia ada, di samping membentuk sikap bertanggungjawab dalam kehidupan masa kini dan akan datang. Celik Wang Hati Senang Setiap daripada kita berkewajipan untuk sentiasa melakukan perubahan dalam diri kea rah yang lebih baik dan tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Ramai beranggapan bahawa kemiskinan adalah pintu sengsara, tetapi harus diingat juga bahawa kekayaan tidak semestinya membawa kebahagiaan. Justeru, dalam mengurus dan memahirkan diri dalam kewangan, setiap perkara yang dilakukan hendaklah berlandaskan syariah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Islam amat menitikberatkan persoalan rezeki yang halal daripada pekerjaan yang kita dilakukan. Kita juga harus peka dan berhati-hati dalam pemakanan seharian bagi memastikan tiada elemen haram yang dijamah oleh ahli keluarga. Setiap harta dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT hendaklah digunakan dengan sebaikbaiknya seperti untuk sedekah, infaq dan zakat sebagai ibadah kita kepada-Nya. Kejayaan hidup di dunia dan akhirat akan tercapai sekiranya setiap insan mengurus dan mengatur hidup mengikut acuan yang betul berpaksikan al-Qur’an dan al-Sunnah. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 97 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 98 Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak akan terlepas dua kaki anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT kecuali setelah ditanya lima perkara kepadanya, iaitu tentang umurnya di manakah dia menghabiskannya, tentang masa mudanya dimanakah dia menggunakannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakannya dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya.” (Riwayat al-Tirmizi) Al-Qur’an mencela sifat kedekut, bakhil, membazir, boros, mementingkan diri sendiri, tidak mengeluarkan zakat, memiliki serta membelanjakan wang dengan cara yang haram. Sebaliknya, kita digesa supaya sentiasa bersifat qanaᶜah (berasa cukup) dan bersederhana demi engejar kebahagiaan jiwa, hati dan keberkatanNya. Rajah di atas adalah satu contoh aliran pengurusan kewangan peribadi terbaik sebagai panduan bersama. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 98 04/12/2018 9:07 AM


Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 99 Penutup Manusia sering kali diuji dengan pelbagai dugaan sama ada daripada segi kesempitan wang mahupun dengan kekayaan harta benda. Kebanyakan masalah kewangan individu berpunca daripada tingkah laku diri sendiri dalam mengendalikan wang. Justeru, adalah wajar untuk kita mempelajari dan seterusnya menguasai ilmu pengurusan supaya kita boleh memperbaiki dan mengubah cara hidup sebelum kita tergolong dalam kalangan orang yang menghadapi tekanan kewangan yang berat. Bak kata pepatah “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.” Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 99 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 100 Rujukan Al-Quran dan terjemahannya. Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, (2005). Cukup Wang Hati Tenang untuk Semua. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings. Persatuan Pengguna Pulau Pinang,(1998). Wang Panduan CAP Mengenai Cara Menguruskannya dan Lain-lain. Pulau Pinang: Juta Print. Shamsuddin Abdul Kadir, (2007). Makan Gaji tetapi Kaya. Pts Professional Publishing Sdn Bhd. Baijoyai Bardai,(1997). Pengurusan Kewangan Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hazeline Ayoup,(2006). Duit Banyak Bertambah Banyak. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Zaharuddin Abd Rahman, (2008). Wang, Anda & Islam. Selangor: Dolphin Press Sdn Bhd. Majalah Wakaf Malaysia Bulan Oktober 2016. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 100 04/12/2018 9:07 AM


101 Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini Zaiedah binti Abu Bakar Perunding Latihan Kanan Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid ILIM Pendahuluan Perubahan dan perkembangan tamadun turut mengubah cara dan sistem kehidupan manusia dalam semua aspek. Perubahan ini memberi kesan kepada sistem ekonomi, pendidikan, budaya, cara hidup, dan sebagainya. Corak kehidupan abad ke-18 misalnya, mempunyai perbezaan dengan corak kehidupan alaf ke-21. Pemikiran masyarakat alaf ke-18 juga sudah tentu berbeza dengan pemikiran masyarakat yang hidup pada alaf ke-21. Terdapat kajian yang membahagikan generasi kepada beberapa kategori dan mewujudkan istilah-istilah seperti generasi Baby Boomer, Generasi X, Generasi Y, generasi Alfa dan sebagainya. Karakter pada setiap generasi berbeza antara satu sama lain dari sudut pemikiran dan gaya hidup. Perubahan-perubahan dan perbezaan menuntut kita yang hidup pada alaf ini supaya bijak dan sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku dalam meneruskan kelangsungan hidup. Begitu juga dalam aktiviti dakwah bahawa perubahan yang perlu diambil kira untuk menjadi seorang daᶜi yang kompeten. Tugas sebagai daᶜi pada alaf ke-21 ini sangat mencabar dan ia perlu kepada gabungan ilmu, kemahiran dan akhlak yang mantap. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 101 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 102 Dakwah Dakwah merupakan tanggungjawab setiap individu beragama Islam. Ia adalah amanah yang wajib dipraktik dan dilaksanakan dalam kerangka ketaatan kita ajaran Allah SWT. Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Daripada segi bahasa, ia bermaksud meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan melaung. Daripada istilah pula, Dr. Yusuf al-Qaradhawi memberi definisi dakwah sebagai usaha untuk membawa orang lain kepada agama Islam dan mengikut petunjuknya agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan ketaatan kepada Allah SWT sahaja, melepaskan diri daripada kongkongan yang bukan daripada Allah SWT (tagut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak atas orang yang ditentukan haknya oleh Allah SWT, menafikan hak atas orang yang dinafikan haknya oleh Allah SWT, menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya. Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan untuk menyingkap petunjuk jalan kepada mereka. Dr. Rauf Shalabi turut menerangkan bahawa dakwah Islamiah ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada iman, daripada keadaan kegelapan kepada cahaya dan daripada keadaan sempit kepada lapang. Berdasarkan kepada beberapa definisi dakwah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dakwah merupakan satu usaha untuk membawa manusia kepada agama Allah SWT yang mesti diiringi dengan perancangan. Ia hendaklah mempunyai uslub (cara) dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi madᶜu (sasaran). Allah SWT merakamkan di dalam al-Qu’ran: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 102 04/12/2018 9:07 AM


Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 103 ِت َّ ِال ُم ب ه ْ َادِل َج ةِ ۖ و َ َ ن َس ْ َ ةِ ال ِعظ ْ َو م ْ َال َةِ و م ْ ِك ْ ِال َ ب ِك ّ ب َ ِ ر ِيل ب َ ٰ س َ ِل ُ إ ْع ُ اد م َ ل ْ ع َ َ أ و ُ َه ِيلِهِ ۖ و ب َ َن س َّ ع َ ل َن ض ِم ُ ب م َ ل ْ ع َ َ أ و ُ َ ه َّك ب َ َّ ر ِن ُ ۚ إ َ ن ْس ح َ َ أ َ ِه ِدين َ ت ْ ُه م ْ ِال ب Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah an-Nahl, ayat 125) Cabaran dalam Berdakwah Cabaran menurut kamus dewan bermaksud sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Berdasarkan definisi tersebut, menunjukkan cabaran dalam berdakwah bermaksud ujian untuk menilai kemampuan dan kekuatan daᶜi dalam menyambung dan melebarkan risalah Rasulullah SAW. Sebagai motivasi kepada hamba-hamba-Nya, Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an: َ ُون ن َ ت ْ ف ُ َ ي ْ ل م ُ َه َّا و ن َ ُوا آم ُول ق َ َن ي ُوا أ ك َْ ُت َن ي ُ أ َّاس َ انل َ ِسب ح َ أ Maksudnya: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji?” (Surah al-Ankabut, ayat 2) َّ َن م َ ل ْ َع َ َل ُوا و ق َ َ د َ ص ِين َّ َُّ ال َّ الل َن م َ ل ْ ع َ ي َ ل َ ْ ۖ ف ِم لِه ْ ب َ َ ِ من ق ِين َّ َّا ال ن َ ت َ ْ ف د َ ق َ ل َ َ و ِني ذِب َ ك ْ ال Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 103 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 104 Maksudnya: “Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berdusta.” (Surah al- Ankabut, ayat 3) Cabaran dakwah diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran, iaitu: 1. Cabaran dalaman Tiga perkara utama yang perlu dimiliki oleh seorang daᶜi secara pakej ialah ilmu, kemahiran dan akhlak. Ketiga-tiga elemen ini perlu digarap bersama bagi melahirkan daᶜi yang kompeten dalam mendepani mehnah dan tribulasi yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Dengan perkataan lain, cabaran dalaman lebih berfokus kepada individu daᶜi itu sendiri. Sebarang kekurangan dalam ini akan menjejaskan kompentesi daᶜi dalam berdakwah secara berkesan. a) Ilmu Daᶜi perlu mempunyai banyak ilmu pengetahuan kerana masyarakat hari ini merupakan masyarakat yang celik ilmu. Permasalahan dan persoalan yang ditimbulkan adalah pelbagai. Kehidupan hari ini begitu kompleks sehingga menuntut daᶜi hari ini bukan hanya mengetahui dan pakar dalam satu bidang sahaja. Sebaliknya daᶜi perlu sentiasa menggali ilmu-ilmu baru dan peka dengan situasi semasa supaya tidak ketinggalan dalam arus semasa. Daᶜi perlu menerokai pelbagai bidang ilmu seperti muamalat, perundangan, halal, pendidikan, sains dan teknologi dan menyaringnya dengan syariat Islam. Mungkin agar sukar untuk menguasai dan menjadi pakar dalam semua bidang, tetapi sekurangkurangnya daᶜi mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang bidang-bidang tersebut. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 104 04/12/2018 9:07 AM


Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 105 Pada suatu ketika dulu, kebanyakan daᶜi beranggapan bahawa mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu bukan merpakan satu keperluan. Perkembangan dunia mutakhir menyaksikan sudah ramai penduduk di benua Eropah, Amerika, Australia dan lain-lain yang dahulunya beragama Kristian atau berfahaman Atheist mula brerminat dengan Islam. Bahkan kejadian 11 September telah mula menarik minat orang bukan Islam untuk mengenali dan mengkaji ajaran Islam yang sering disalah anggap sebagai agama yang menaja keganasan. Rentetan itu, daᶜi bukan sahaja wajib menguasai bahasa Inggeris, tetapi juga bahasa-bahasa lain seperti menguasai bahasa Cina, Tamil, Jepun, Perancis, Bahasa Arab, bahasa orang asli dan sebagainya bagi memudahkan mereka mendekati madᶜu. b) Kemahiran (Skill) Kerja dakwah bukanlah semata-mata menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, tetapi ia perlu kepada perancangan rapi. Sebahagian daᶜi diberikan Allah SWT kemampuan luar biasa dan hebat dalam menyampaikan dakwah sehingga mereka dapat menarik dan mencuit hati madᶜu untuk melakukan perubahan ke jalan Allah SWT dengan mudah. Sebahagian daᶜi yang lain tidak memiliki kemahiran sedemikian. Pada hakikatnya, daᶜi perlu memenuhi prinsip-prinsip berdakwah, mengetahui uslub dan teknik berdakwah serta menjalani latihanlatihan kemahiran berkaitan. Perkara ini adalah untuk memastikan metod dakwah yang digunakan berkesan dan sesuai dengan peredaran zaman dan dalam masa yang sama, tidak tergelincir daripada kerangka yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Usaha dakwah memerlukan perancangan. Dakwah yang tidak dirancang dengan teliti berisiko gagal menarik madᶜu untuk menuju dan menerima syariat Allah SWT. Peribahasa Inggeris ada menyatakan, “If you fail to plan, you plan to fail.” Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 105 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 106 Sebagai contoh, sekiranya sasaran daᶜi terdiri daripada golongan nonMuslim, para daᶜi perlu mengetahui agama dan budaya sesuatu kaum atau bangsa yang mereka anuti dan amalkan. Melalui cara ini, secara tidak langsung akan mewujudkan pemahaman di antara kedua-dua pihak iaitu daᶜi dan madᶜu dan memudahkan usaha dakwah. Perancangan merupakan elemen penting untuk mencapai kejayaan dalam berdakwah. Sirah Rasulullah SAW menunjukkan bahawa Baginda mengambil kira faktor perancangan bagi menjayakan setiap misi dakwahnya. Peristiwa Hijrah cukup membuktikan peri pentingnya berperancangan dalam melaksanakan amal dakwah. Dunia moden hari ini berpegang kepada strategi dan perancangan sama ada dalam aspek ekonomi, politik, mahupun pendidikan. Tanpa perancangan yang baik, kita akan tidak mampu menatijahkan impak yang diharapkan kepada organisasi dan masyarakat. Daᶜi tidak boleh ketinggalan dalam bidang dakwah digital. Daᶜi perlu menguasai kemahiran teknologi terkini kerana risalah dakwah perlu selari dengan kebejatan teknologi siber. Kewujudan internet dan kemudahan rangkaian serta persembahan dalam bentuk multimedia di lamanlaman web atau perisian menjadi faktor penarik serta memudahkan penyampaian maklumat. Penggunaan media sosial yang menjadi medium utama dalam berkomunikasi pada hari ini seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya menjadi satu cabaran yang mesti didepani oleh setiap daᶜi untuk membina keberkesanan dalam misi dakwah. Daᶜi perlu kreatif dan inovatif. Budaya yang diterapkan dalam perkhidmatan awam dengan menggalakkan penjawat awam berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat amatlah baik dan perlu dipraktikkan oleh pegawai-pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam khususnya sebagai daᶜi dalam masyarakat. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 106 04/12/2018 9:07 AM


Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 107 Kemahiran juga boleh dilihat kepada cara penyampaian seseorang daᶜi. Setiap daᶜi mempunyai gaya, cara dan persembahan tersendiri dalam menyampaikan risalah Allah SWT. Ada penyampaian yang lucu, santai, tegas, meruntun hati dan sebagainya. Walau apa cara sekalipun, fokus mereka hanya satu, iaitu mahu mengajak manusia menuju jalan yang diredhai Allah SWT. Daᶜi perlu mempersiapkan diri memiliki kemahiran yang tersendiri sebagai usaha memperkasakan kemampuan diri mendepani arus perdana. c) Akhlak (Attitute) Akhlak dan adab yang baik adalah perkara asas yang perlu diketahui dan diamalkan oleh setiap daᶜi, bahkan akhlak diletakkan sebagai salah satu uslub dakwah yang sangat berkesan. Daᶜi hendaklah memiliki sifat-sifat terpuji supaya menjadi ikutan terbaik kepada madᶜunya. Sekiranya daᶜi sendiri tidak mempamerkan akhlak yang baik, mana mungkin mereka boleh menjadi “role model” kepada madᶜu. Rasulullah SAW adalah contoh teladan yang terbaik dan teragung hingga akhlak Baginda amat dikagumi oleh musuh. Dalam satu kisah yang masyhur, seorang wanita tua selalu menyakiti Rasullulah SAW. Namun, Baginda tidak bertindak balas terhadap perlakuan wanita tua tersebut. Pada suatu ketika apabila wanita itu sakit, Rasululullah SAW menziarahinya dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua berkenaan amat terharu dengan kebaikan Rasulullah SAW, lantas memeluk Islam di hadapan Baginda sendiri. Kemuliaan dan ketinggian akhlak Rasulullah SAW ini patut diteladani oleh para daᶜi pada hari ini. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 107 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 108 Setiap daᶜi mesti melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat yang berikut: i. Ikhlas Ikhlas ditakrifkan sebagai membersihkan akal, menyucikan hati dan memurnikan jiwa untuk melakukan suatu amalan dari awal hingga akhir kerana Allah SWT. Apabila berdakwah hanya diniatkan kerana Allah SWT semata-mata, maka hati akan bersih daripada sifatsifat yang merosakkan seperti riak, ujub dan sebagainya. Sifat-sifat ini boleh menggugurkan ganjaran yang akan diterima oleh daᶜi. Sifat ikhlas melahirkan daᶜi yang sanggup berjuang di jalan Allah SWT tanpa mengira ujian dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Mereka terus mara ke hadapan walaupun hasil usaha dan penat lelah yang dikorbankan tidak mendapat pengiktirafan daripada manusia. Persaingan dalam bidang kerjaya pada hari ini menjadikan pengiktirafan manusia direbut-rebut dan secara tidak sedar, sikap ini menghilangkan elemen ikhlas yang patut ada pada daᶜi. ii. Istiqamah Dalam mencapai kejayaan dalam kerja-kerja dakwah, sifat istiqamah perlu dipasakkan ke dalam lubuk hati daᶜi bagi mengekalkan momentum perjuangan. Tanpa sifat istiqamah, daᶜi akan sukar bertahan dengan pelbagai ujian yang mendatang. Mengekalkan sesuatu kecemerlangan adalah lebih sukar berbanding menciptanya. Firman Allah SWT: َ ُون ل َ م ْ ع َ َا ت ِم ُ ب ه َّ ِن ْا ۚ إ و َ ْغ ط َ َ ت َل َ و َك ع َ َ م َاب َن ت َم َ و ْت ِمر ُ َا أ م َ ْ ك ِم ق َ ت ْ َاس ف ٌ ِصري َ ب Maksudnya: “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 108 04/12/2018 9:07 AM


Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 109 kamu melampui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Hud, ayat 112) iii. Kasih sayang Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya.” Hadith ini menunjukkan dengan jelas bahawa elemen kasih sayang merupakan perkara yang amat ditekankan sesama insan. Begitu juga dalam berdakwah, para daᶜi dituntut untuk memandang madᶜunya dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali menghina atau memandang acuh tidak acuh kepada madᶜu yang mungkin jahil dari segi ilmu pengetahuan tentang Islam. Berbaik sangka perlu ada dalam setiap hati daᶜi supaya kita tidak menghukum seseorang berdasarkan zahirnya sahaja. Contohnya, seseorang yang tidak menutup aurat, mungkin kerana dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak menitikberatkan perkara tersebut. Kita dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Bersyukurlah insan yang dididik oleh keluarga yang kuat berpegang pada syariat Allah SWT. Justeru, daᶜi hendaklah berdakwah dengan penuh kasih sayang agar kesannya dapat menusuk kalbu madᶜunya. iv. Sabar Sifat sabar merupakan sebahagian daripada iman, malah dan ia adalah sifat yang sepatutnya sebati dengan orang beriman. Dalam menjalankan tugas dakwah, banyak cabaran dan halangan yang akan ditempuhi oleh para daᶜi . Oleh itu, sifat sabar perlu menjadi pegangan dan amalan sepanjang jalan dakwah. Terdapat banyak kisah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an sebagai motivasi untuk para daᶜi . Antaranya ialah kisah Nabi Nuh AS. Baginda berdakwah kepada kaumnya selama lebih kurang 950 tahun. Namun, hanya segelintir sahaja pengikut yang mahu menerima Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 109 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 110 ajaran Baginda. Tempoh masa yang begitu lama berbanding jumlah pengikut yang sangat kecil menunjukkan sifat sabar tanpa berputus asa yang tertanam dalam jiwa Nabi Nuh AS dalam menyampaikan ajaran Allah yang Maha Esa. v. Tawaduk Tawaduk didefinisikan sebagai rendah hati dan tidak sombong. Sifat ini membantu daᶜi menyuburkan kasih sayang dan perpaduan sesama umat. Para daᶜi perlu sentiasa rendah hati walau sehebat manapun ilmu yang dimiliki. Daᶜi juga hendaklah sentiasa meletakkan dalam minda bahawa ada orang lain yang lebih hebat dan lebih bijak daripadanya. Dengan cara ini, daᶜi dapat mengikis sifat takabur yang ada dalam diri. Firman Allah SWT: ُ ُم ه َ َ ب َاط َا خ ًا ِإَوذ ن ْ و َ ْ ِض ه ر َْ ََ ال َ ع ُون ْش َم َ ي ِين َّ ِ ال ٰن َ ْم َّح ُ الر َاد َ ِعب و ا ً َ م َل ُوا س َال َ ق ُون ِل َاه ْ ال Maksudnya: “Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang diredhai-Nya ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang yang berkelakuan kurang adab menghadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini.” (Surah al-Furqan, ayat 63) vi. Melaksanakan kata-kata Para daᶜi perlu terlebih dahulu mengamalkan segala ilmu dan dakwah yang disampaikan kepada masyarakat. Mana mungkin madᶜu akan terkesan sekiranya daᶜi sendiri tidak melaksanakan apa yang disampaikan bak kata pepatah, “Cakap tak serupa bikin.” Madᶜu atau masyarakat hari ini lebih bijak menilai dan mereka mahu melihat daᶜi menonjolkan contoh tauladan yang baik. Sifat “Cakap tak serupa bikin” ini memberi imej yang buruk kepada daᶜi dan menyebabkan Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 110 04/12/2018 9:07 AM


Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 111 masyarakat hilang keyakinan terhadap mereka. Allah SWT memberi peringatan kepada golongan ini sepertimana yang termaktub di dalam al-Qur’an: ۚ َ َاب ِكت ْ َ ال ُون ل ْ ت َ ْ ت م ُ نت َ أ َ ْ و ُ م َ ك ُس نف َ َ أ ْن َو َنس ت َ ِ و ّ ِب ْ ِال َ ب َّاس َ انل ُون ُر م ْ أ َ َ أت ُون ِل ق ْ ع َ َ ت َل ف َ أ Maksudnya: “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Surah al-Baqarah, ayat 44) 2. Cabaran luaran (Persekitaran) Cabaran luaran juga menjadi tembok penghalang penyebaran dakwah secara menyeluruh. Kita dapat melihat cara pihak barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan melabelkan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai faktor kemunduran dan kerana itulah, masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif. Antara cabaran luaran yang didepani oleh para daᶜi ialah: a) Cabaran Islamophobia Islamophobia ialah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah ini telah digunakan pada tahun 1980-an, tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamophobia sebagai “rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan benci kepada orang Islam.” Ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan ekonomi, social, dan kehidupan bermasyarakat. Islamophobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 111 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 112 lebih rendah daripada nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali sebagai satu agama. Media massa tempatan dan luar negara tidak berhenti-henti menyiarkan rencana, berita dan komen yang memburukkan Islam dan para penatarnya. Mereka mengguna pakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata orang lain terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara-negara kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia. Keprihatinan para daᶜi khususnya dan umat Islam amnya dalam isu ini tidak boleh dikesampingkan. Daei perlu bersedia menghadapi isuisu yang menjadi faktor penghalang penyebaran ajaran Islam yang suci ini. b) Cabaran Sekularisme Pemikiran sekularisme kini menjadi masalah global kerana hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan sistem sekularisme iaitu memisahkan hal ehwal negara daripada nilai-nilai agama. Sekularisme adalah satu konsep yang bertentangan dengan ajaran Islam, sedangkan keadilan dan kesempurnaan hukum hakam dan perundangan Allah SWT memberi manfaat yang banyak kepada negara. Islam mempunyai formula yang berkesan untuk menyatupadukan pelbagai bangsa, budaya dan bahasa. Oleh kerana itu, fahaman sekularisme perlu dibanteras daripada terus menular kerana ia akan memberi impak yang besar kepada masyarakat Islam dalam pelbagai isu akidah, akhlak, falsafah dan sebagainya. Sekularisme menghalang pelaksanaan hukum hakam perundangan Islam dengan alasan ia tidak sesuai pada zaman ini. Mereka mendakwa agama hanyalah untuk penjagaan diri masingmasing. Akibatnya, lahirlah cara hidup yang bertentangan dengan Islam seperti mendedahkan aurat, seks bebas dan pesta minum arak yang membawa kepada keruntuhan akhlak serta menghidupkan semula gaya hidup zaman jahiliyyah. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 112 04/12/2018 9:07 AM


Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 113 c) Cabaran Sikap Prejudis Non-Muslim Sikap prejudis masyarakat non Muslim terhadap umat Islam merupakan satu faktor yang menyukarkan penyebaran dakwah Islamiyyah. Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh mereka seperti Islam itu mundur, zalim, tidak sesuai dengan masa dan tamadun, Islam ganas dan sebagainya. Sikap prejudis ini menyebabkan hilang tarikan untuk orang bukan Islam mengenali Islam, malah menimbulkan kebencian mereka terhadap Islam dan penganutnya. Akibatnya usaha-usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam agak sukar untuk dilaksanakan. d) Cabaran Globalisasi Globalisasi bermaksud proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Dengan proses ini, dunia tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Globalisasi dapat menundukkan dunia dalam segenap sektor sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya atau media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis dalam berhadapan dengan Islam. Meskipun negara-negara kuasa besar dan Eropah menafikan pendekatan “pertembungan tamadun” ini, tetapi sebenarnya mereka menggunakannya untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya. Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Zionis serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak menggantikan imprialisme dan penjajahan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 113 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 114 e) Cabaran Alam Siber dakwah digital Menyoroti sejarah dakwah pada zaman Nabi dan Rasul, bagaimana dakwah Islam mampu tersebar pada zaman itu, kita akan dapati bahawa para anbiyak menggunakan pendekatan dakwah yang bersesuaian pada ketika itu. Contohnya pada zaman Nabi Musa AS di mana Baginda dianugerahkan oleh Allah SWT dengan mukjizat “tongkat sakti.” Ini disebabkan kepakaran musuh pada waktu itu adalah dalam bidang sihir, bahkan sihir merupakan kekuatan yang menjadi pelindung kepada kezaliman yang dilakukan oleh penguasa Mesir atau Firaun. Kini, ruang dakwah serta penyebaran maklumat Islam dapat diterima dengan lebih pantas kesan daripada pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi. Ia merupakan satu kekuatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu utama yang menjadi cabaran dalam melebarkan dakwah melalui media baharu ini, antaranya ialah: i. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Islam sebelum ini adalah berkesinambungan. Kaedah penyampaian ilmu dalam Islam pada asasnya telah dibuat dengan teliti. Ia disampaikan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya berdasarkan kitab-kitab muktabar yang diturunkan secara mutawatir. Isunya ialah pada hari ini, kandungan maklumat agama melalui internet dilihat terlalu terbuka luas dan bebas tanpa tapisan serta boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Keadaan ini sudah tentu mencabar konsep mutawatir dan integriti maklumat dalam Islam; ii. Maklumat agama disebarkan secara berlebihan yang membawa kepada masalah kebanjiran maklumat. Perkara ini boleh mewujudkan suasana huru hara dalam mencari maklumat yang dapat dipercayai. Masalah tersebut adalah kesan daripada ruang internet yang terbuka luas dan bebas di mana semua penjelasan mengenai agama begitu mudah didapati; Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 114 04/12/2018 9:07 AM


Kompentensi Daᶜi (Pendakwah) dalam Mendepani Cabaran Dakwah Masa Kini 115 iii. Islam ialah agama yang mementingkan adab berguru antara guru dengan murid. Pendidikan Islam memerlukan proses dan sentuhan guru bagi menjamin dan menjaga adab pembelajaran sesuai dengan kehendak syariat. Walau bagaimanapun, media baharu yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat hari ini jelas tidak menggambarkan hubungan langsung adab berguru antara murid dengan guru sebagaimana yang ditekankan dalam agama; dan iv. Latar belakang pengguna media baharu yang berbeza antara isu yang menjadi cabaran dakwah alam siber. Pengguna yang mempunyai pengetahuan asas yang mantap sudah tentu boleh membaca, membanding, membuat pertimbangan serta menganalisis maklumat tersebut berdasarkan ilmu agama yang mereka miliki. Berbeza keadaannya bagi pengguna media baharu yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang agak minimum. Golongan ini dilihat menghadapi kesukaran untuk menilai kesahihan maklumat agama yang banyak terdapat dalam alam siber. Penutup Daᶜi yang prihatin hendaklah menggunakan ruang dan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi memainkan peranan memikul tanggungjawab dakwah. Mereka perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan bersedia membuat perubahan dalam diri agar akhlak mereka boleh menjadi ikutan dan contoh tauladan oleh madᶜu sama ada dalam kalangan Muslim atau non-Muslim. Daᶜi juga mesti konsisten dan kompeten dalam mendepani cabaran dakwah abad ke-21 ini. Usaha dakwah juga memerlukan kerjasama yang padu daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta masyarakat bagi melakarkan kembali keindahan dan keagungan Islam yang sarat dengan nilai murni dan bersifat universal. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 115 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 116 Rujukan Al-Qur’an dan terjemahan. Ab. Aziz Mohd Zin, (1997). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Akmal Hj. Mhd. Zain, (2001). Bimbingan Berdakwah Pendekatan yang Berkesan di Alaf Baru. Putrajaya: Kuala Lumpur. Abdul Ghafar Don, Berhanundin Abdullah, Zulkiplie Abd. Ghani, (2007). Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia Konsep dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Khalid Mahmood Shaikh (Dr), (2006). Da’wah in Modern Times. New Delhi: Adam Publishers. Muhammad al-Ghazali, (1981). Ma’a Allah. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al ‘Arabi. Kamus Dewan, Edisi Keempat ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/22742/7214 https://ms.wikipedia.org/wiki/Islamofobia https://sitinorhanani.wordpress.com gengsp2012.blogspot.com Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 116 04/12/2018 9:07 AM


117 Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid Warda binti Misnon Perunding Latihan Kanan Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal ILIM Pendahuluan Isu berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) seringkali menjadi bahan berita dan topik hangat di dada-dada akhbar dan juga di pelbagai media massa yang lain. Gejala songsang yang dilaknat oleh Allah SWT ini dilihat semakin berleluasa di negara kita apabila golongan LGBT semakin berani menuntut hak dan pengiktirafan secara terbuka tanpa rasa segan dan silu. Penglibatan mak nyah dan pengkid tidak terkecuali dalam menyumbang kepada penularan gejala LGBT disebabkan gaya hidup mereka yang sangat sinonim dan sering dikaitkan dengan aktiviti gay dan lesbian. Walaupun sesetengah masyarakat ada yang beranggapan perkara ini belum begitu serius dan masih terkawal tetapi persoalannya, wajarkah kita membiarkan penyakit sosial ini terus merebak dan bertapak di bumi Allah SWT ini? Golongan mak nyah dan pengkid adalah antara sekelompok ummah yang tidak boleh diabaikan oleh pendakwah. Tiada siapa pun yang dapat menafikan kewujudan golongan ketiga ini dalam masyarakat. Kehadiran mereka perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana mereka sebenarnya sangat memerlukan perhatian dan bimbingan kerohanian. Setiap daripada kita adalah pendakwah dan kita semua akan ditanya oleh Allah SWT di alam sana nanti akan tanggungjawab dan peranan kita sebagai pendakwah. Seharusnya kita berusaha lebih keras lagi untuk memperbaiki keadaan masyarakat dengan Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 117 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 118 melaksanakan pencegahan gejala sosial yang lebih tersusun dan berkesan berpandukan al-Qur’an dan Hadith. Jika ini tidak berlaku, dibimbangi golongan LGBT ini akan terus rosak dan merosakkan orang lain pula. Pengertian Mak Nyah dan Pengkid 1. Pengertian Mak nyah Mak nyah merupakan istilah yang boleh dikatakan baru digunakan secara meluas yang sebelum ini penggunaannya agak terhad. Menurut Kamus Dewan, mak nyah bermaksud panggilan kepada golongan pondan. Istilah lain turut digunakan seperti ‘bapok’, ‘cik mek’, ‘cik mek cik awang’, darai, adik-adik, khunsa dan sebagainya. Namun begitu, istilah yang paling popular ialah pondan. Mak nyah boleh digambarkan sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri fizikal, tingkah laku dan emosi seksual yang merangkumi kedua-dua jantina. Daripada istilah di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa mak nyah adalah istilah kepada lelaki yang menampilkan diri sebagai perempuan. Ternyata sekali mak nyah sebenarnya seorang lelaki yang bergerak-geri sebagai perempuan, memakai pakaian perempuan, melakukan sesuatu yang disukai perempuan, minat seks terhadap lelaki dan tidak bernafsu terhadap perempuan, mempunyai payu dara yang membesar hasil daripada pemakanan pil atau suntikan hormon serta berjiwa perempuan. Mak nyah menurut istilah psikologi disebut transeksual iaitu seorang yang sama seperti manusia normal lain yang mempunyai perasaan, tetapi menghadapi kecelaruan dalam menentukan identiti jantinanya. Mereka disebut juga sebagai mukhannath yang sebenarnya lelaki yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat keperempuanan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 118 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 119 2. Pengertian Pengkid Istilah pengkid mengikut perspektif bahasa Melayu adalah perlakuan seks homoseksualiti dalam kalangan remaja wanita atau lazimnya disebut sebagai lesbian dalam bahasa Inggeris. Merungkai pengertian pengkid mengikut perspektif masyarakat Melayu membawa maksud golongan perempuan yang menjiwai watak dan perlakuan lelaki dengan menyembunyikan sifat kewanitaan. Dengan erti kata lain, pengkid adalah golongan wanita yang kehilangan identiti kewanitaan mereka. Pengkid lebih merujuk kepada perilaku seorang wanita yang menyerupai tingkah laku seorang lelaki yang normal. Golongan ini seakan-akan mempunyai bentuk tubuh badan seperti lelaki sehingga sukar untuk kita mempercayai bahawa mereka sebenarnya wanita. Kesukaran untuk membezakan antara pengkid dengan lelaki disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah golongan minoriti ini lebih selesa berpakaian dan berambut pendek seperti lelaki. Mereka sanggup menahan kesakitan semata-mata untuk kelihatan seperti seorang jejaka tampan dengan membalut payudara mereka menggunakan kain bengkung. Mereka menghisap rokok di khalayak ramai sama seperti lelaki dan bertindak di luar batasan dengan menjalinkan hubungan seksual sesama jantina sehingga ada yang sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikuti teman pengkid. Alasan mereka ialah pengkid amat prihatin serta memahami perasaan dan naluri seorang wanita. Hal ini menyebabkan mereka terkeluar dari fitrah semulajadi yang telah diciptakan oleh Allah SWT yang Maha Esa dan berlawanan dengan ciri-ciri seorang wanita sejati. 3. Perbezaan antara Mak Nyah, Gay dan Homoseksual Perlu ditekankan di sini bahawa terdapat perbezaan antara gay dengan ‘mak nyah’ atau transeksual. Gay merupakan lelaki yang berorientasikan seks dengan kaum sejenis. Perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina ini disebut homoseksual atau Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 119 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 120 liwat. Mak nyah pula adalah lelaki yang merasakan bahawa dirinya terperangkap dalam jantina yang berbeza dan mahu menukar jantinanya kepada jantina yang dirasakan lebih sesuai. 4. Perbezaan antara Pengkid, Tomboy dan Lesbian Pengkid, tomboy dan lesbian cukup sinonim di negara kita. Sekilas pandang mereka mudah dikenali dan dijejaki walaupun wujud perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga golongan ini. Pengkid, tomboy dan lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna berbeza kepada masyarakat walaupun pada hakikatnya, mereka cenderung kepada gejala yang sama iaitu homoseksual, malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma biologi, moral dan sosial kehidupan wanita. Pengkid agak berbeza daripada tomboy. Di sebalik penampilan luaran seperti lelaki, tomboy masih seperti perempuan normal daripada sudut naluri dan perasaan. Pengkid pula menyerlahkan sifat kelelakian dengan imej maco sehingga merasakan dirinya benar-benar lelaki sejati. Pengkid juga cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita lain dan tiada keinginan terhadap lelaki. Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki malah ramai yang feminin tetapi mempunyai nafsu terhadap wanita lain. Dengan perkataan lain, lesbian menerima diri sebagai seorang wanita. Hubungan luar tabi’i yang berlaku antara seorang wanita dengan wanita lain dinamakan sihaq atau musahaqah. Statistik Mak Nyah dan Pengkid di Malaysia Tidak ada satu angka yang tepat bagi menunjukkan jumlah sebenar mak nyah di Malaysia. Perkara ini adalah kerana kajian sedia ada terhad kepada kumpulan responden yang tertentu sahaja. Antaranya ialah kajian oleh Yik (1998) mendapati bahawa terdapat seramai 10,000 orang mak nyah di Malaysia, di mana 70-80% adalah kaum Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 120 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 121 Melayu dan selebihnya Cina, India dan lain-lain. Seterusnya, hasil kajian Yik (2001) mendapati secara umumnya lebih kurang 65% mak nyah bekerja sebagai pelacur, 25% penghibur kelab, pekerja salon kecantikan dan rambut serta butik, 8% bekerja dengan syarikat swasta dan 2% pula adalah peniaga warung makanan. Berdasarkan kajian terbaru oleh Lim et al. (2010), jumlah mak nyah yang melakukan kerja seks adalah dua kali ganda daripada bilangan yang dilaporkan. Ini bermakna anggaran jumlah mak nyah yang dilaporkan melakukan kerja seks adalah seramai 10,733 orang menjadikan bilangan sebenar 21,000 orang. Kajian berkenaan gejala pengkid pula amat kurang jika dibandingkan dengan gejala-gejala sosial yang lain, malah amat sukar untuk mendapatkan statistik tentang penglibatan pengkid berdasarkan kaum dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jumlah statistik berkenaan kesalahan jenayah syariah mengenai tingkah laku sosial tersebut dapat dilihat seperti di jadual 1 di bawah: Jadual 1: Kesalahan Jenayah Syariah yang dikuatkuasakan di Seluruh Malaysia Bil Jenis Kesalahan 2011 2012 2013 2014 1 2 3 4 Liwat Musahaqah Orang lelaki berlagak seperti perempuan Perhubungan jenis luar tabi’i 0 6 131 0 0 3 199 0 1 0 97 0 2 4 123 0 Jumlah 137 202 98 129 Sumber: Bahagian Penyelarasan Undang-Undang JAKIM Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 121 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 122 Hukum dan Dalil Larangan Lelaki Menyerupai Wanita dan Wanita Menyerupai Lelaki Dalam Islam, perbuatan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki adalah haram. Al-Qur’an dan hadith sudah cukup menjelaskan larangan Allah SWT terhadap perlakuan songsang ini. Firman-Nya: ٍد َ ح َ ْ أ َ ِ ا من ِه ُ م ب َك ق َ ب َ َا س َ م ة َ َ ِ احش ف ْ َ ال ُون ت ْ أ َ ت َ ِمهِ أ ْ و َ َ لِق َال ق ْ ِذ ً ا إ ُوط ل َ ْ و َل َ اءِ ۚ ب ِس ّ ُ ِون الن ِن د ّ ً م ة َ و ْ ه َ َ ش َال ِج ّ َ الر ُون ت ْ أ َ َ ْ ل ُ م َّك ِن َ إ ِمني َ َال ع ْ َ ال ِن ّ َ م ُون ِف ُّ ْس ٌ م م ْ و َ ْ ق م ُ نت َ أ Maksudnya: ”Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya, ”Patutkah kamu melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun daripada penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 80) Kisah Nabi Luth AS juga dirakamkan oleh Allah SWT di dalam surah alAnbiya’, ayat 74 dan 75. Baginda diutuskan kepada satu kaum sekitar Kota Sadum yang terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Palestin dan Jordan. Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang dengan melakukan hubungan kelamin sesama lelaki (homoseksual) dan meninggalkan perempuan. Nabi Luth AS berulang kali menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah SWT, menjauhi larangan-Nya, serta memperingatkan mereka tentang azab-Nya. Namun, dakwah Nabi Luth AS ini ditolak oleh kaumnya sehinggalah Allah SWT menurunkan azab atas keingkaran mereka itu. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 122 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 123 Hadith rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibn Abbas RA berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki di kalangan wanita.” ‘Menyerupai’ dalam konteks hadith di atas juga termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.” Mak nyah dan pengkid mempunyai jantina yang jelas sama ada lelaki atau perempuan. Hanya mereka sahaja yang berusaha menampilkan diri sebagai wanita atau sebaliknya sehingga sanggup menjalani pembedahan menukar alat kelamin. Walau bagaimanapun, hukum syarak terhadap mereka adalah mengikut jantina asal mereka. Fenomena ini telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Di dalam Kitab al-Adab, Sunan Abu Daud daripada Abu Hurairah RA bahawa seorang mukhannas yang telah menginai tangan dan kakinya dengan inai dibawa berjumpa Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda, “Apakah yang dilakukan oleh orang ini?” Sahabat menjawab, “Wahai Rasulullah, orang ini menyerupai perempuan.” Maka Baginda memerintahkan supaya orang itu direndam di dalam air. Para sahabat bertanya, “Wahai rasulullah SAW, bolehkah kami membunuhnya?” Baginda menjawab: “Aku dilarang daripada membunuh orang yang menunaikan sembahyang.” Para ulama telah sepakat bahawa perlakuan homoseksual adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan di luar fitrah kejadian manusia. Islam memandang serius akan hal yang melibatkan masalah homoseksual dan lesbian. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh juga menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita. Begitu juga sebaliknya, iaitu haram wanita menyerupai lelaki. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 123 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 124 Fatwa Pengharaman Pertukaran Jantina dan Pengkid Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Keempat yang bersidang pada April 1982 telah memutuskan bahawa “pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak”. Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun jantinanya berjaya ditukarkan pembedahan. Manakala seseorang yang dilahirkan sebagai ‘khunsa musykil’, iaitu mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan membuat pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi. Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-83 pada 22 hingga 24 Oktober 2008 pula telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Majlis Fatwa mendapati isu pengkid kini semakin ketara. Remaja perempuan kini lebih gemar dengan cara hidup lelaki dari segi pergaulan, perbuatan dan berpakaian, yang bukan saja bertentangan dengan fitrah asal manusia, tetapi cuba menafikan hak kewanitaan. Isu pengkid perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak agar masalah sosial ini tidak menjadi lebih parah, ibarat luka yang bernanah dan bercambah sehingga sukar untuk dibendung. Pendekatan Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid Dakwah kepada mak nyah dan pengkid perlu dilakukan dengan cara berhikmah, terancang dan sistematik memandangkan cara hidup mereka yang berbeza daripada manusia normal. Pendekatan bersepadu daripada semua pihak, pendidikan yang menyeluruh, penglibatan ibu bapa dan keluarga merupakan nadi utama dalam menjalankan usaha murni ini. Pelbagai pendekatan boleh diguna pakai bagi mendekati golongan ini, antaranya: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 124 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 125 1. Psikospiritual Penumpuan kepada dua elemen iaitu psikologi dan spiritual diri mampu untuk memupuk nilai murni yang berkekalan bagi menjamin perubahan sikap yang positif. Apabila membicarakan isu psikospiritual, definisi yang digunapakai ialah pemikiran dan perasaan yang terdapat dalam diri manusia yang dilandasi oleh nilainilai agama dan diterjemahkan melalui perlakuan. Gabungan dimensi psyche dan spiritual dalam membentuk satu perimbangan dalam diri manusia yang dizahirkan melalui perlakuan ini merupakan tunggak utama dalam merubah tingkah laku. Contoh nilai-nilai psikospiritual yang boleh diketengahkan dan diterapkan ialah ihsan, jujur, amanah, ikhlas dan adil. 2. Kaunseling Tindakan yang perlu diambil adalah dengan mendekati golongan ini bertujuan untuk memahami mereka dengan lebih terperinci. Janganlah kita menyisihkan mereka seolah-olah mereka bersalah buat selama-lamanya. Adalah tidak wajar bagi umat Islam, khususnya ahli keluarga pengkid itu sendiri menyisih, menghina dan mengutuk mereka apatah lagi apabila mereka sudah bersedia untuk berubah. Golongan transeksual hendaklah diyakinkan bahawa mereka sebenarnya adalah lelaki. Melalui pendekatan kaunseling, bimbingan dan nasihat diharap dapat memberi kefahaman dan kesedaran terhadap kesilapan dan ketelanjuran yang telah mereka lakukan. Walaupun mak nyah dan pengkid berhadapan dengan pelbagai konflik luaran dan dalaman tetapi dengan berkat keprihatinan semua pihak, keadaan ini akan dapat diatasi. Apa yang penting kefahaman dan penghayatan Islam perlu dipertingkatkan agar ia dapat meresap dalam diri golongan ini. Hakikatnya mereka memerlukan seseorang yang dapat membimbing dan memandu mereka ke jalan yang benar dan diredhai Allah SWT. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 125 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 126 3. Tarbiyah (Pendidikan) Pendidikan awal sejak kecil amat perlu dalam membentuk peribadi seorang Muslim sejati yang memiliki daya ketahanan mental dan spiritual. Nilai-nilai ini perlu disemai sejak di peringkat kanak-kanak dan pra sekolah lagi. Usaha ini memerlukan tiga penggerak utama iaitu pendidik, kanak-kanak dan ibu bapa, di samping bantuan serta sokongan penuh daripada pihak berwajib dan masyarakat sekitar. Islam melarang segala bentuk pendekatan yang boleh membawa kepada perlakuan silang jantina sama ada lelaki menjadi perempuan atau perempuan menjadi lelaki. Larangan ini termasuk perbuatan ibu bapa memakaikan anak lelaki dengan pakaian perempuan atau sebaliknya dan membiarkan mereka didedahkan dengan perlakuan yang berlawanan dengan tabiat jantinanya. Ini adalah kerana ia akan menjadi punca berlakunya krisis silang jantina yang kronik apabila dewasa kelak. Justeru, kaedah mencegah daripada menularnya penyakit sosial ini dari peringkat awal adalah lebih baik daripada merawat penyakit yang telah merebak dan menjadi wabak. 4. Ziarah/Turun Padang Melalui pendekatan berziarah sama ada ke rumah, hospital, pusat bantuan, pusat perlindungan, pusat komuniti dan sebagainya akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama Muslim. Program turun padang/lapangan, bantuan (outreach) dan seumpamanya secara tidak langsung dapat memberi peluang untuk beramah mesra dan menunjukkan keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh golongan ini. Sudah menjadi tanggungjawab sesama kita untuk saling tolong menolong apabila saudara Muslim ditimpa kesusahan seperti sakit, kemiskinan, kematian, kemalangan dan sebagainya. Tingkah laku baik yang ditunjukkan dapat membuka pintu hati mereka untuk bertaubat serta tidak mengulangi kesilapan lalu. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 126 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 127 5. Berpersatuan/Organisasi Penubuhan persatuan khususnya dalam kalangan mak nyah juga memberi ruang kepada golongan terpinggir ini untuk mengadakan perbincangan dengan pihak jabatan, agensi serta organisasi lain yang berkenaan dalam usaha membangun dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang tertentu, di samping mendidik mereka dari segi akhlak, agama, kemasyarakatan dan sebagainya. Mereka juga dapat menceburkan diri dalam aktiviti kebajikan dan sosial yang mendatangkan faedah. Contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Mak Nyah pada Oktober 1986. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mengembalikan mereka sebagai lelaki dengan mendisiplinkan ahli, bukan untuk menggalakkan kegiatan yang tidak bermoral. 6. Penguatkuasaan Undang-Undang Sekiranya pendekatan-pendekatan di atas masih tidak memberi kesan, maka pendekatan terakhir yang boleh diambil tindakan ialah melalui penguatkuasaan undang-undang yang terdapat di dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri. Mengikut Seksyen 28, Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah suatu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Bagi jenayah liwat (seksyen 25) iaitu persetubuhan lelaki dengan lelaki jika didapati melakukan jenayah liwat, mereka akan didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan manamana kombinasi hukuman itu. Manakala, orang perempuan yang melakukan musahaqah pula apabila disabitkan kesalahan, boleh Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 127 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 128 didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Pendekatan penguatkuasaan undang-undang diharap akan dapat memberi kesedaran, pengajaran dan keinsafan kepada mereka. Cabaran Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid Masalah mak nyah dan pengkid adalah isu besar dan rumit untuk ditangani. Pelbagai cabaran, masalah dan rintangan bakal dihadapi dalam usaha berdakwah kepada mereka ini, antaranya ialah: 1. Kekurangan Pendakwah Mahir dan Terlatih Kebanyakan pendakwah tidak berani tampil menceburkan diri berdakwah kepada golongan minoriti ini dan sesetengahnya pula bersikap prejudis. Mereka kurang yakin untuk berhadapan dengan mak nyah dan pengkid kerana tugas ini memerlukan keberanian, daya tahan, kemahiran, kepintaran dan penampilan menarik. Sebelum menghadapi sasaran, para pendakwah perlu mengkaji dan meneliti latar belakang dan cara hidup mereka supaya dapat memikat kumpulan sasaran seterusnya mengeluarkan mereka dari lembah kehinaan. 2. Kekurangan Program Anjuran Jabatan/Agensi untuk Golongan Mak Nyah dan Pengkid Agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta institusi dakwah kurang mengadakan program untuk golongan mak nyah dan pengkid. Undangan ke program-program dakwah seperti ceramah agama, kursus, seminar, simposium, bengkel dan sebagainya dibuat secara umum dengan harapan golongan mak nyah dan pengkid akan turut hadir. Dalam hal ini, langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan program Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 128 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 129 Mukhayyam (perkhemahan) bersama-sama mak nyah wajar dicontohi. Program yang bertujuan membantu kendiri mak nyah dalam mencari erti hidup yang diredhai Allah SWT ini telah memberi impak positif. Program Dai’e Mak Nyah anjuran JAKIM juga telah berjaya melahirkan sukarelawan yang mampu menjalankan tugas berdakwah kepada golongan tersebut. 3. Kurang Penyertaan dan Penglibatan Golongan Mak Nyah dan Pengkid Tidak ramai mak nyah mahupun pengkid yang berminat untuk menghadiri kelas-kelas pengajian agama, seminar, bengkel, ceramah dan majlis-majlis ilmu yang lain. Mereka lebih suka pergi berhibur ke pusat-pusat hiburan atau melepak di pusat-pusat membeli belah untuk memenuhi masa lapang. Kebanyakan mereka kurang kesedaran untuk pergi ke program-program dakwah dan bersikap acuh tak acuh sahaja. Kerjasama dengan Persatuan Mak nyah umpamanya diharap boleh membantu untuk mendapatkan penyertaan mereka agar matlamat dakwah kepada golongan sasar ini akan mencapai matlamatnya. 4. Golongan Mak Nyah dan Pengkid Tidak Suka Bergaul dengan Masyarakat Kebanyakan mak nyah dan pengkid terlalu taksub dengan naluri dan penampilan mereka. Golongan ini lebih senang bergaul dan bergerak bersama-sama kumpulan mereka dan kurang bergaul dengan masyarakat. Sesetengahnya malu untuk berhadapan dengan masyarakat kerana menganggap orang lain memandang serong terhadap mereka. Sikap ini menjadi penghalang tugas pendakwah untuk mendekati dan mengajak mereka kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 129 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 130 5. Pengaruh Media Massa/Sosial yang Sukar Dikawal Media cetak dan elektronik serta media sosial memaparkan terlalu banyak elemen negatif. Tidak dinafikan bahawa media massa serta media sosial memberi banyak manfaat kepada pengguna, tetapi dalam keghairahan mengecapi kecanggihan teknologi, terdapat segelintir manusia yang menyalahgunakan penggunaannya. Sebagai contoh, melayari laman web lucah kerana ia mudah diakses tanpa had. Sudahlah golongan ini sememangnya sukakan hiburan, ditambah lagi dengan lambakan bahan-bahan bacaan berbentuk hiburan dan pornografi yang diceduk dari Barat menyebabkan mereka terus hanyut dengan keseronokan dunia tanpa memikirkan kehidupan di akhirat. Jika tidak dibendung, perkara ini boleh menimbulkan masalah sosial yang serius dan ia menjadi halangan serta melambatkan proses penerimaan dakwah oleh golongan tersebut. Penutup Berdakwah merupakan tugas murni yang melibatkan banyak pihak. Dalam proses berdakwah kepada masyarakat, golongan mak nyah dan pengkid yang mengharapkan sokongan dan perhatian tidak wajar dipinggirkan. Golongan ini perlu dibimbing agar tidak terjerumus dan bergelumang dengan aktiviti maksiat seperti pelacuran, persundalan dan sebagainya, seterusnya menghindari daripada penyakit HIV, Aids dan seumpamanya. Justeru itu, kita perlu bersikap proaktif dalam menangani masalah ini. Selaku orang yang paling hampir iaitu ibu bapa, adik beradik, keluarga, saudara mara, juga masyarakat perlu turut sama mengambil inisiatif bagi memulihkan golongan tersebut. Setiap masalah yang timbul hendaklah dibawa untuk perbincangan dan dicari penyelesaian bersama. Tidak perlu menghina, mencemuh dan membuang mereka kerana setiap manusia melakukan kesilapan. Sebenarnya mereka kebingungan dan terpengaruh dengan budaya luar yang akhirnya membuatkan mereka mencuba pelbagai gaya kehidupan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 130 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 131 Kecenderungan mereka kepada homoseksual atau lesbian bukanlah takdir, tetapi pilihan yang dibuat oleh mereka sendiri. Mereka seharusnya bijak mengendalikan nafsu bukan menjadi hamba kepada nafsu. Jika kita terus menghukum mereka dan melabelkan mak nyah dan pengkid tidak layak untuk hidup di muka bumi, krisis pencarian identiti sebenar mereka akan bertambah runcing. Para pendakwah hendaklah mencontohi akhlak agung Rasulullah SAW serta pendekatan-pendekatan yang telah diambil oleh para ulama terdahulu, khususnya ulama nusantara dalam melaksanakan dakwah dan menyempurnakan kemuliaan akhlak. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 131 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 132 Rujukan al-Quran dan Terjemahan,(1998). Tafsir Pimpinan al-rahman Kepada Pengertian al-Quran. Terj. Abdullah BASmeih. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Adibah Abdul rahim, Mariam Adawiah Dzulkifli dan Rohaiza Rokis. t.th. Pengkid: Pengenalan, Punca dan Penyelesaian. Kuala Lumpur : UIAM. www.akademiabaru.com/index.php [22 Jun 2018] Hasnan Kasan,(2008). Kecelaruan Jantina: Penyelesaiannya Menurut Islam. Jurnal Penyelidikan. JAKIM. Hazlin Kadir,(2009). Isu-Isu Pengkid: Fakta-Fakta Yang Perlu Diketahui. Majalah Cahaya. JAKIM. Kamus Dewan,(1997). Ed. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerajaan Malaysia. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Lim Hock Ean, Ang Chooi Leng dan Yik Koon The,(2010). Size Estimation for Local Responses in Malaysia for HIV Prevention in Sex Work. Ministry of Health and Malaysians AIDS Council. Mahfuzah Mohamad,(2015). Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-Undang Syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat. www.ukm.my/juum [22 Jun 2018]. Manual Islam & Mak nyah,(2013). JAKIM. al-Nawawi. t.th. Kitab Majmuk. Jeddah: Maktabah Al-Irshad. Nik Khartina Nik Man,(2009). Khunsa, Keraguan Jantina Antara Lelaki dan Wanita. Majalah Sinar Rohani. JAKIM. Rozi Zakaria,(2003). Dakwah di Kalangan Mak nyah Muslim di Kuala Lumpur. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Tesis (Sarjana) Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 132 04/12/2018 9:07 AM


Dakwah kepada Mak Nyah dan Pengkid 133 Wan Marzuki Wan ramli,(2007). Cinta Sejenis. Majalah Cahaya. JAKIM. Yik Koon The,(1998). Understanding The Problems of Mak nyahs (Male Transsexuals) in Malaysia. South East ASia Research/ 6(2). Yik Koon The,(2001). Mak nyahs (Male Transsexuals) in Malaysia: The Influence of Culture and Religion on Their Identity. Zaliha Tak,(1998). Khuntha dan Mukhannath Menurut Perspektif Islam. JAKIM http://muis.ismaweb.net [12 Mei 2018] http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120605 [12 Mei 2018] https://ms.m.wikipedia.org [12 Mei 2018] Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 133 04/12/2018 9:07 AM


134 Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) Mohd Azubir bin Razali Perunding Latihan Kanan Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam ILIM Pendahuluan Kota Constantinople berada di bawah kerajaan Byzantine selama 1100 tahun. Selama tempoh tersebut, tidak ada kuasa besar yang pernah berjaya menaklukinya, termasuk kerajaan Islam. Tentera Islam telah beberapa kali cuba menakluki kota tersebut tetapi gagal. Antaranya ialah Khalifah ar-Rasyidin keempat, Saidina Ali bin Abi Talib RA, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, bahkan Sultan-Sultan dari Empayar Uthmaniyah sendiri pernah mencuba untuk menaklukinya pada zaman pemerintahan Sultan Murad II dan Sultan Beyazid I. Namun semuanya menemui kegagalan. Setelah perjalanan perjuangan yang begitu panjang dan percubaan demi percubaan dilakukan untuk membebaskan Kota Constantinople daripada cengkaman kerajaan Byzantine, akhirnya ia jatuh ke tangan umat Islam pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II dari Empayar Turki Uthmaniyah yang pada masa itu baru tiga tahun menaiki takhta sewaktu berusia baru 21 tahun. Sudah tentu Sultan Muhammad al-Fateh menggunakan pendekatan-pendekatan pengurusan ketenteraan yang efektif dan efisien dalam memastikan keberkesanan pengurusan ketenteraan sehingga baginda mencapai kejayaan yang begitu luar biasa. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 134 04/12/2018 9:07 AM


Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 135 Latar Belakang Sultan Muhammad al-Fateh Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Andrianapolis, Edirne iaitu sempadan Turki-Bulgaria dalam suasana yang tidak menggembirakan di mana dua orang bapa saudaranya membawa wabak penyakit. Baginda merupakan anak lelaki ketiga. Dua orang abangnya adalah berlainan ibu. Ayahnya lebih cenderung untuk memilih seorang daripada abang-abang baginda untuk menaiki takhta. Bapa baginda ayahnya tidak pernah membayangkan beliau akan menaiki takhta. Ibu Sultan Muhammad al-Fateh ialah seorang hamba wanita yang tidak dapat dipastikan agama asalnya, kemungkinan Kristian. Oleh sebab itu, baginda berbeza sedikit daripada segi karakter dan bentuk fizikal daripada bapa dan datuk baginda. Sewaktu berusia dua tahun, baginda bersama-sama abang baginda, Ali dibawa dari Andrianapolis ke Amasya di mana seorang lagi abang baginda yang berusia 14 tahun menjadi gabenor di situ. Pada masa itu, Sultan terpaksa menghantar putera-putera baginda di bawah kawalan pegawai-pegawai yang dipercayai disebabkan terdapat gerakan pemberontakan dan ada pengkhianat yang ingin membunuh mereka. Perkembangan Ketokohan dan Kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh Abang Sultan Muhammad al-Fateh yang merupakan Gabenor di Amasya meninggal dunia secara mengejut. Sultan Muhammad al-Fateh yang berusia enam tahun ketika itu terpaksa menggantikannya. Seorang lagi abangnya iaitu Ali dihantar untuk menjadi gabenor di Magnesia. Dua tahun kemudian, mereka bertukar wilayah mereka atas arahan Sultan Murad. Beberapa tahun setelah itu, Ali pula meninggal dunia. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 135 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 136 Sewaktu Sultan Muhammad al-Fateh berusia tujuh tahun, bapa baginda mengarahkan baginda kembali ke Adrianapolis setelah mendapati baginda lemah dalam pelajaran. Sultan Murad bertindak memilih guru-guru yang hebat untuk puteranya itu seperti Mullah Ahmad Kourni seorang bangsa Kurdish sebagai guru al Quran dan pelajaran agama. Setelah mendapat didikan daripada Mullah Ahmad, Sultan Muhammad al-Fateh membesar dalam suasana ilmu pengetahuan dan menerima pendidikan bersepadu dalam bidang agama dan ketenteraan. Sultan Muhammad al-Fateh menaiki takhta pada tahun 1451 pada usia 19 tahun dan membuka Kota Constantinople ketika berumur 21 tahun. Ia merupakan kelangsungan usaha berterusan moyang baginda, Sultan Yildrim Beyazid dan bapa baginda, Sultan Murad II. Di samping gelaran sebagai Penakluk, baginda juga digelar sebagai Penguasa Dua Daratan dan Dua Lautan iaitu daratan Rumelia dan Anatolia, manakala lautan pula ialah Mediterranean dan Laut Hitam. Baginda mengukuhkan kembali dan meneruskan kegemilangan khalifah-khalifah terdahulu. Baginda tidak menghancurkan Empayar Byzantine, tetapi membawa kehidupan baharu mengikut acuan Uthmaniyah. Baginda membina kembali bangunan yang runtuh dan memelihara peninggalan Empayar yang dikenali sekarang dengan nama Istanbul. Sultan Muhammad al-Fateh menyedari bahawa pengukuhan dan perluasan wilayah Byzantine yang baru dikuasai tidak hanya melalui sektor ketenteraan sahaja, malah pembaharuan harus dilakukan dalam sektor berkaitan seperti pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan sosial. Inilah kesan daripada kerajaan tentera yang berteraskan agama. Sultan Muhammad al-Fateh mangkat pada 3 Mei 1481. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 136 04/12/2018 9:07 AM


Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 137 Strategi Pengurusan Ketenteraan Pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh Konsep kekuatan yang dilaksanakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah kekuatan di bahagian depan dan bahagian belakang. Kekuatan di bahagian hadapan ialah di pesisir pantai dengan membina kubukubu di pelabuhan dan memperbesarkan pasukan laut. Antara pelabuhan tentera laut yang telah dibina ialah Pelabuhan Dardanelle. Langkah memperkuatkan bahagian belakang pula ialah dengan menempatkan pasukan sipahi atau pasukan berkuda di pedalaman. Pedalaman juga sesuai untuk pasukan ini menternak dan melatih kuda-kuda mereka. Ketika Sultan Muhammad al-Fateh menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda, baginda telah mengambil beberapa langkah pembaharuan dalam pengurusan ketenteraan. Pada masa itu, beberapa pemberontakan telah berlaku daripada pihak-pihak yang tidak menyokong baginda. Kebanyakan terdiri daripada golongan bangsawan yang khuatir akan kehilangan pengaruh dan tanah. Baginda telah mengambil beberapa pendekatan atau dasar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan sekali gus membuat pembaharuan dalam pentadbiran tentera. Antara dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh baginda ialah: 1. Pengukuhan pasukan ketenteraan secara pendekatan politik Pemberontakan Janissary (pasukan tentera pengwal istana/ pengawal peribadi Sultan) dan konflik antara pembesar memaksa Sultan Muhammad al-Fateh menyusun semula pemerintahan dan melaksanakan empat pendekatan yang sangat mustahak, iaitu: a) Melenyapkan pengaruh Chandarlil Halil Pasha; b) Menstrukturkan semula pasukan tentera Janissary untuk menghapuskan apa jua elemen perpecahan; c) Memberikan lebih kebebasan kepada Janissary; dan d) Menakluki Constantinople dengan melancarkan semula perang jihad menurut prinsip negara. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 137 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 138 Pada awal menaiki takhta, antara langkah yang telah diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh golongan berkepentingan yang telah diberikan perlindungan semasa pemerintahan ayahanda baginda, Sultan Murad II. Baginda dibantu oleh pasukan Janissary dan para ulama. Konfrontasi pernah berlaku di Bursa antara Sultan Muhammad alFateh dengan pasukan Janissary. Baginda mengusir ramai di kalangan pasukan yang memberontak. Namun pada masa yang sama, baginda menaikkan gaji di kalangan pasukan anggota Janissary yang setia. Baginda juga telah membentuk beberapa unit baru antara pengawal istana dan pasukan pelatih helang. Seterusnya baginda memberikan pengiktirafan yang tinggi terhadap pasukan Janissary dengan menjadikannya pasukan utama dalam tentera Kerajaan Uthmaniyah. Perkara tersebut belum pernah berlaku semasa pemerintahan sultan-sultan sebelumnya. Pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh, jumlah anggota Janissary mencecah seramai 10,000 orang. Sehari selepas penaklukan Kota Constantinople, Halil Pasha ditangkap dan dihukum mati. Sultan Muhammad al-Fateh seterusnya memilih semua Menteri Utama (Grand Vazir) daripada kalangan pengawal peribadi baginda. Hal ini membolehkan baginda menumpukan kuasa dalam tangan baginda sendiri tanpa gangguan daripada penyokongpenyokong Halil Pasha dalam pemerintahan baginda. Dengan pasukan yang hebat, setia dan sentiasa bersiap siaga, Sultan Muhammad al-Fateh menjadi lebih berkuasa dan lebih kuat daripada semua musuh dalaman. Dengan pendekatan Tudor, iaitu menghapuskan apa saja anasir yang cuba mengatasi kekuatan baginda, Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menjadikan diri baginda agung melebihi dua golongan iaitu pembesar yang berada di sempadan dan kerabat diraja dalam kalangan keluarga baginda. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 138 04/12/2018 9:07 AM


Pengurusan Ketenteraan pada Zaman Sultan Muhammad Al-Fateh (1451-1481) 139 2. Dasar Melancarkan Perang Jihad Setelah Sultan Muhammad al-Fateh berjaya mengukuhkan kedudukan baginda sebagai penguasa yang mutlak, baginda menggunakan kuasa dan pengaruh tersebut untuk mengerahkan tenaganya bagi merealisasikan cita-cita melancarkan perang jihad. Menurut baginda, melalui perang jihadlah penakluk dapat mengukuhkan dan memperluaskan wilayah kekuasaan. Baginda maju ke hadapan menguasai Eropah melalui Anatolia, Athens jatuh ke tangan Uthmaniyah pada tahun 1458, Serbia (1459), Morea (1460) dan Bosnia (1464). Kaum bangsawan Bosnia memeluk Islam dan bergabung dengan kerajaan Uthmaniyah menyerang Hungary. Orang Bosnia menjadi pengawal sempadan wilayah Uthmaniyah berkesudahan dengan peperangan yang panjang dengan Venice (1463-1479). Empayar Uthmaniyah menguasai dan mengawal perairan Negroponte (sekarang berada dalam wilayah Greece) dan juga laut Adriatic (lautan teluk sangat luas yang memisahkan Itali di sebelah pantai barat dengan Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro dan Juga Albania sebelah pantai timur). Dasar ini telah menghapuskan kesan peninggalan Kerajaan Byzantine dengan kehancuran kerajaan-kerakaan terdahulu yang zalim iaitu Kerajaan Morea dan Empayar Greek Trebizond (Byzantine). 3. Dasar pembaharuan Sistem Timar Apabila Sultan Muhammad al-Fateh melihat tanah milik baginda dikuasai oleh individu-individu melalui sistem wakaf yang tidak teratur, baginda mengambil semula tanah-tanah tersebut dan memerintahkan supaya ia dianugerahkan kepada tentera terpilih yang kebanyakannya daripada kalangan Sipahi sebagai tuan Timar, dan para petani dikehendaki membayar Timar kepada tuan Timar yang telah diamanahkan. Bayaran Timar tersebut disalurkan semula ke dalam dana pengurusan ketenteraan. Sistem ini meningkatkan lagi potensi pasukan ketenteraan baginda. Walau bagaimanapun, ia membangkitkan banyak penentangan daripada kalangan orang Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 139 04/12/2018 9:07 AM


Mutiara ILIM 2018 140 kaya dan keluarga-keluarga yang berpengaruh. Sebelum ini, mereka telah menukarkan harta-harta mereka kepada wakaf keluarga untuk mengekalkan kedudukan mereka. Pada kebiasaannya, pengawas atau penjaga tanah daripada kalangan persatuan keluarga menerima pendapatan yang tinggi daripada hasil tanah tersebut, padahal mereka adalah ahli keluarga yang sama dengan pemberi wakaf. 4. Dasar penyusunan semula pengurusan ketenteraan a) Penyusunan semula pasukan Tentera Elit berkuda yang disebut sebagai Sipahi. Terdapat catatan bahawa pasukan ini adalah pasukan terbesar berbanding pasukan-pasukan lain. Dalam memilih anggota pasukan ini, salah satu dasar yang sangat penting diperkenalkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah memilih anggota hanya daripada bangsa Turk yang kebanyakannya memiliki tanah yang bersempadan dengan empayar. Pada asalnya, pasukan ini adalah sama dengan pasukan Janissary yang dilatih daripada kanakkanak keluarga Kristian yang memeluk Islam atau disebut juga dengan Sipahis Timar. Mereka mendapat jaminan secara terus daripada Sultan dan mempunyai hak ke atas semua hasil tanah dan mengembalikannya kepada pasukan tentera. Petani tanah tersebut akhirnya turut menyertai pasukan tentera. Akhirnya pasukan Sipahis menjadi pasukan terbesar dalam kalangan enam divisyen Pasukan Berkuda Uthmaniyah, di samping menjadi pelengkap pasukan rakan sejawat mereka iaitu Janissary yang berperang secara jalan kaki (dalam tentera moden disebut sebagai pasukan infantry). Antara tugas Sipahis ialah mengawal atau mengiringi Sultan menunggang kuda dan merangkap sebagai pengawal peribadi. Pada waktu aman, mereka juga bertanggungjawab memungut cukai (tidak semua). Kebanyakan pemungut cukai terdiri daripada kalangan bangsawan yang disebut Timariot. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 140 04/12/2018 9:07 AM


Click to View FlipBook Version