Pengaruh Mazhab Syafi’i di Malaysia: Realiti dan Cabara 41 Di Selangor, aliran reformisme mula bertapak pada tahun 1922 apabila Madrasah al-ᶜUbudiyah ditubuhkan di Jenderam oleh Haji Jalaluddin bin Ismail dari Minangkabau. Sebelum itu, iaitu pada tahun 1920, konflik telah berlaku antara golongan ini dengan golongan tradisionalis mazhab Syafiᶜi tentang keperluan berdiri sewaktu berselawat pada perayaan Maulidul Rasul. Pada tahun 1942, kumpulan Ittiba’ al-Sunnah telah ditubuhkan di Negeri Sembilan. Kumpulan ini kemudiannya mendirikan sebuah madrasah di Kuala Pilah. Konflik sentiasa berlaku antara madrasah ini yang juga dikenali sebagai golongan kaum muda dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan yang didominasi oleh ulama mazhab Syafiᶜi, atau digelar juga sebagai Kaum Tua yang sentiasa terjadi konflik, terutama dalam hal-hal mengenai bidᶜah dan sebagainya. Gerakan seperti ini mencapai kemuncaknya di Perlis apabila UndangUndang Tubuh Negeri itu pada tahun 1959 mengakui kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada tahun 1963, ketetapan telah dibuat bahawa setiap fatwa hendaklah berdasarkan al-Qur’an dan alSunnah dan bukan ajaran mazhab. Sebenarnya gerakan al-Sunnah di negeri Perlis bermula dengan kedatangan Lebai Kecik dari Indonesia yang menyeru kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Walau bagaimanapun, orang yang memainkan peranan utama menyebarkan fahaman tersebut ialah Haji Ahmad bin Haji Muhammad, Wan Ahmad bin Wan Daud dan Syeikh Ahmad bin Mohd Hashim. Di Kelantan pula, sejarah gerakan seperti ini bermula dengan kehadiran seorang ulama dari India bernama Syed Hasan bin Nur Hasan, atau lebih dikenali sebagai Tok Khurasan (1875- 1944). Antara pengikut beliau yang terkemuka ialah Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa (1900-1935) dan Haji Abdullah Nuh (1905-1047) yang telah mendirikan Madrasah al-Balagh al-Mubin pada tahun 1939. Pendirian yang serupa juga diperjuangkan oleh ulama tradisional Kelantan, iaitu Haji Wan Musa bin Abd Samad (1874-1939) dan Haji Yaakob bin Haji Ahmad (1895-1957). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 41 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 42 Secara umum, perkembangan mazhab Syafiᶜi dalam Malaysia telah mencapai kejayaan dalam nisbah yang begitu tinggi melalui sekolahsekolah pondok yang dibangunkan di seluruh negara. Sekolahsekolah inilah yang berperanan melahirkan para pendukung mazhab Syafiᶜi yang setia di setiap peringkat. Namun selepas perang dunia kedua, sekolah-sekolah pondok ini mula pupus dan digantikan dengan sekolah-sekolah agama/Arab. Sebagai contoh di negeri Kelantan, sekolah seperti ini mula ditubuhkan pada tahun 1917 dengan terdirinya Maahad Muhammadi Lelaki. Pertembungan budaya dan tamadun dengan kemenangan sentiasa berada di tangan barat sekarang ini menjadikan umat Islam sentiasa merasa gelisah mencari penyelesaian yang semakin sukar diperoleh bukan sahaja daripada segi politik, ekonomi dan ketenteraan, tetapi juga daripada sudut kehidupan harian yang sesetengahnya pula menyangkuti persoalan tentang hukum. Dalam bidang perbankan Islam contohnya, bukan pandangan mazhab Syafiᶜi sahaja yang tidak mampu digunakan sepenuhnya untuk melayani keperluan sistem yang sedang dibangunkan, malah boleh dikatakan pandangan semua mazhab yang ada. Oleh kerana itulah, para ulama besar kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi sentiasa mencadangkan berbagaibagai corak ijtihad semasa bagi mengatasi hal-hal sedemikian. Persoalannya adakah sama ada kita berubah atau kita ditinggalkan. Dengan erti kata lain, mazhab Syafiᶜi di Malaysia, malah mazhabmazhab lain juga di mana-mana sahaja yang berkait dengan fiqh atau ilmu hukum berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Mazhab Syafiᶜi di Malaysia bernasib baik kerana ia disokong oleh undang-undang pentadbiran Islam di negeri-negeri dan para birokrat pentadbiran hal ehwal agama Islam seperti mufti dan pegawaipegawai agama yang lain. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya sokongan ini tinggal pada namanya sahaja kerana sudah banyak fatwa dan amalan pentadbiran hal ehwal agama Islam di negara ini sudah mengambil kira pelbagai mazhab yang ada, malah ada juga yang tanpa berasaskan kepada mana-mana mazhab. Dr. Fathi ‘Uthman menyebut di dalam buku beliau, Al-Fikr al-Qanuni al-Islami Baina Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 42 04/12/2018 9:07 AM
Pengaruh Mazhab Syafi’i di Malaysia: Realiti dan Cabara 43 Usul al-Syari’ah Wa Turath al-Fiqh, “Fiqh Islam sekarang berada di persimpangan jalan yang kritikal. Arah pertama membawa kepada pembekuan hukum dan terus berpegang dengan apa yang dikatakan oleh para ulama taqlid pada zaman kejatuhan. Sementara jalan kedua bertujuan untuk memahami syariah berasaskan pengertiannya yang hakiki dan semangat ketamadunannya yang asli terbina atas konsep keadilan yang tulen dan kemajuan serta pembangunan. Jalan inilah yang dilalui oleh golongan salaf terdahulu pada zaman kegemilangan dan ijtihad. Justeru, masa depan syariah Islam bergantung kepada pilihan kita sendiri iaitu antara dua jalan tersebut, tiada jalan ketiganya.” Al-Qaradhawi berkata, “Kita tidak berniat langsung untuk memperkecil-kecilkan nilai warisan kita, tidak juga keagungan fiqh kita dengan segala cabang yang ada dan alirannya yang berbagaibagai, juga segala ijtihad yang ada sama ada yang berasaskan realiti semasa atau andaian masa depan. Walau bagaimanapun, saya ingin berkata dengan jujur bahawa adalah suatu keterlaluan dan penafian terhadap kenyataan untuk menyatakan bahawa kitab-kitab lama itu mengandungi jawapan terhadap semua persoalan yang baharu. Ini adalah kerana setiap zaman ada persoalannya yang tersendiri, realitinya yang tersendiri dan keperluannya yang tersendiri dan ia sentiasa berubah-ubah. “ Tegas al-Qaradhawi lagi, “Sesuai dengan perkembangan hidup yang berlaku, banyak perkara yang tidak pernah diketahui oleh orang terdahulu, malah mereka mungkin tidak terfikir mengenainya. Ada kemungkinan mereka akan menyatakan sesuatu yang terjadi pada hari ini sebagai mustahil boleh berlaku jika dinyatakan kepada mereka pada zaman itu. Maka, bagaimanakah kita boleh berfikir bahawa mereka telah memberi hukum tentangnya sedangkan mereka sendiri tidak pernah mengetahui perkara seperti itu.” Mazhab Syafiᶜi mula berkembang di Iraq, iaitu hasil gabungan ilmu Mekah, Madinah, Baghdad dan Kufah. Keilmuan Mekah dan Madinah mewakili aliran hadith yang bersifat lebih dogmatik dan Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 43 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 44 rigid, manakala keilmuan Baghdad dan Kufah mewakili aliran fikiran yang bersifat lebih sekular dan pragmatik. Daripada segi ini, Mazhab Syafiᶜi bolehlah disifatkan sebagai rumusan semua ilmu yang ada pada waktu itu dan tegak sebagai suatu permulaan baharu untuk menyatukan kembali pemikiran yang sudah bersimpang siur selepas zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin. Malah pengasasnya sendiri, iaitu Imam Syafiᶜi secara peribadi merupakan adunan antara dua darjat. Dalam dirinya ada darah bangsawan kerana dia berketurunan Quraisy. Namun, bapanya seorang perantau miskin yang meninggal dunia di perantauan sebaik sahaja dia dilahirkan. Kota Baghdad yang merupakan tempat kelahiran Mazhab Syafiᶜi merupakan sebuah kota cosmopolitan, tempat berlakunya pertembungan antara banyak pihak; antara tamadun Islam yang masih muda dan warisan tamadun Parsi yang sangat kaya dengan pengalaman, antara kaum pendatang Arab yang berkuasa dalam bidang politik dan kaum asli Parsi yang berkuasa dalam bidang ilmu dan budaya, antara kebenaran Islam dan kebatilan berbagai-bagai agama dan kepercayaan hidup dan sebagainya. Atas sebab-sebab tertentu, Imam Syafiᶜi membuat keputusan meninggalkan kota Baghdad dan berpindah ke Kaherah sebelum mazhabnya belum cukup matang di Kota Abbasiah itu. Kaherah juga sebuah kota kosmopolitan yang banyak pertentangan berlaku. Di sini, Imam Syafiᶜi merombak kembali struktur fatwanya dalam suatu langkah tajdid yang menyeluruh, lalu lahirlah suatu aliran baru yang dikenali sebagai Qaul Jadid sebagai ganti kepada aliran lama di Baghdad yang kemudiannya dikenali sebagai Qaul Qadim. Walau bagaimanapun, beliau tidak merombak Usul atau metodologi fiqh yang terkandung di dalam kitab beliau iaitu al-Risalah. Dalam berfikir tentang prospek masa depan mazhab Syafiᶜi di negara ini kita perlu memisahkan antara Usul al-Syafiᶜiyyah dan Furu‘ alSyafiᶜiyyah. Ini adalah kerana walaupun kedua-duanya merupakan fiqh tetapi terdapat banyak perkara yang membezakan antara keduaduanya. Justeru, dalam memberi pengertian terhadap konsep fiqh itu sendiri, para ulama Usul dan para ulama Furu’ berbeza pendapat. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 44 04/12/2018 9:07 AM
Pengaruh Mazhab Syafi’i di Malaysia: Realiti dan Cabara 45 Bagi ulama usul, sekadar memahami fatwa yang sudah ada bukanlah dinamakan fiqh, kerana fiqh memerlukan usaha yang lebih jauh daripada itu, iaitu memahami hukum daripada dalil-dalilnya yang terperinci. Dengan kata lain, fiqh tidak ada di dalam kitab fiqh warisan. Perkara yang ada hanyalah warisan fiqh. Semasa Imam Syafiᶜi bergiat dalam bidang fiqh, beliau mendapati ada dua keterlaluan yang bertentangan antara satu sama lain. Pertama, penggunaan hadith tanpa analisis oleh aliran hadith di Hijaz dan kedua, penggunaan fikiran tanpa panduan hadith di Iraq. Beliau mengkritik keras kedua-dua ektremisme ini sepertimana beliau mengkritik penggunaan prinsip Istihsan oleh mazhab Hanafi. Walau bagaimanapun, akhirnya beliau sampai kepada suatu rumusan yang boleh diterima umum, iaitu menerima penggunaan hadith secara meluas seperti amalan aliran Hijaz dengan syarat hadith-hadith itu dianalisis dan bukan diamalkan begitu sahaja. Begitu juga menerima penggunaan pemikiran secara meluas sepertimana yang diamalkan oleh aliran Iraq dengan syarat kerangka pemikiran itu dibentuk berdasarkan lunas-lunas hadith. Dengan itu beliau dapat melahirkan sesuatu yang baharu, iaitu rumusan secara adil daripada semua yang ada. Maka, beliau diterima oleh kedua-dua belah pihak, malah golongan Hadith menggelar beliau sebagai Nasir al-Sunnah (Penggiat Sunnah). Pertentangan antara kedua-dua pembawaan ekstrem inilah yang juga berlaku pada hari ini, hanya coraknya agak berbeza. Pada hari ini, pertentangan berlaku antara golongan tradisionalis yang cenderung mempertahankan hasil pemikiran atau ijtihad lama dalam mazhab atas alasan ia telah mencapai tingkat keunggulan yang tinggi dan luar biasa, dengan golongan reformis yang melihat hasil pemikiran tersebut telah dikotori oleh debu zaman dan perlu dibersihkan dengan cara kembali kepada sumber yang asal. Kekurangan yang berlaku dalam kedua-dua aliran ini ialah ketiadaan petunjuk yang cukup jelas tentang caranya sama ada untuk mempertahankan yang lama atau memperkenalkan yang baharu dalam bentuk yang benarbenar praktikal. Sebagai suatu penyelesaian, persefahaman perlu Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 45 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 46 ada antara kedua-dua belah pihak tentang perlunya kepada ijtihad baharu dalam bentuk yang munasabah. Al-Qaradhawi menyatakan bahawa, menafikan ijtihad baharu seperti itu bererti menafikan realiti hidup yang sedang berlaku. Walau bagaimanapun, dalam berijtihad, metodologi mazhab Syafiᶜi perlu dikekalkan kerana tanpanya, kesinambungan dalam bidang hukum akan hilang dan tradisi amalan berasaskan syariah Islam akan berpijak pada tapak yang kukuh. Perkara yang perlu dipertahankan daripada mazhab Syafiᶜi ialah usul atau metodologinya, dan bukan warisan ijtihadnya. Bagi al-Qaradhawi, ijtihad yang boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu: 1. Melakukan ulang kaji literatur (literature review) bagi melihat kembali pandangan-pandangan yang ada untuk memastikan ketepatan sama ada dari segi nas atau aplikasinya dalam masalah berkenaan; dan 2. Melakukan ijtihad baharu terhadap permasalahan baharu bagi mencari jawapan semasa. Dalam kedua-dua bentuk di atas, pendekatan tempatan sangat penting. Ini adalah kerana sejak daripada zaman Imam Syafiᶜi lagi, hal berkenaan sentiasa diambil kira. Faktor ini jugalah yang melhirkan mazhab qadim dan mazhab jadid dalam fiqh beliau, manakala manhaj atau metod beliau hanya satu, iaitu sepertimana yang terdapat dalam kitab al-Risalah. Malah, dalam fiqh para pengikut beliau ada aliran Baghdad dan aliran Khurasan. Masing-masing diwakili oleh hasil karangan al-Nawawi dan hasil karangan al-Syirazi. Menariknya kedua-dua aliran ini diterima sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia sejak daripada awal kedatangan mazhab Syafiᶜi ke negara ini. Atas asas tersebut, usaha membangunkan Fiqh Malaysia berasaskan Manhaj al-Syafiᶜi tentulah tidak menjadi masalah. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 46 04/12/2018 9:07 AM
Pengaruh Mazhab Syafi’i di Malaysia: Realiti dan Cabara 47 Kesimpulannya, mazhab Syafiᶜi masih mempunyai masa depan yang cukup terjamin di negara ini berasaskan faktor-faktor berikut: 1. Sejarahnya yang begitu cemerlang; 2. Ia telah diterima oleh akar umbi masyarakat dan merupakan sebahagian daripada budaya mereka; 3. Sifatnya yang sederhana dan sesuai dengan kesederhanaan corak hidup masyarakat rantau ini; 4. Terdapat sokongan undang-undang; dan 5. Ada barisan pendukung yang terus menguasai birokrasi. Namun tanpa pembaharuan, kedudukan Mazhab Syafiᶜi tidak boleh bertahan lama dengan selesa. Pandangan ini berdasarkan fakta-fakta berikut: 1. Amalan adalah mewakili rumusan zaman dan budaya hidup yang berbeza daripada yang ada di sini sekarang; 2. Amalan sekarang adalah hasil ijtihad zaman lampau dan bukannya metod ijtihad atau dalam bahasa yang digunakan oleh al-Qaradhawi, ia adalah hasil tangkapan dan bukan jaring atau jalanya; 3. Perubahan keadaan yang berlaku terlalu pesat; dan 4. Fiqh berkenaan mula menampilkan dirinya dalam urusan yang jauh lebih sukar daripada yang ada pada masa lampau, misalnya sistem kewangan Islam. Maka, cara yang paling baik ialah memperbaharui fiqh ini berasaskan metod al-Syafiᶜi dengan mengambil kira realiti hidup setempat setakat yang dibenarkan. Penutup Mazhab Syafiᶜi telah terbudaya dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia melalui proses pendidikan formal dan tidak formal. Pada umumnya, sistem perundangan Islam di negara ini terbina atas mazhab Syafiᶜi hasil dari perkembangan pendidkan Islam itu sendiri. Ini adalah kerana latar belakang mazhab Syafiᶜi mempunyai persamaan dengan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 47 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 48 Perbezaan fahaman atau aliran mazhab dalam Islam adalah satu fenomena berterusan yang tidak mungkin umat Islam ketika ini mampu mewujudkan satu aliran yang boleh diikuti oleh seluruh orang. Perbezaan ini kadang-kadang menimbulkan ketegangan dan perselisihan tercela yang sememangnya tidak dibenarkan dalam syariah Islam yang mulia ini. Kewujudan aliran yang mengambil pendekatan sedikit ekstrem dan mendakwa mereka adalah yang paling benar sedikit sebanyak menggugat keharmonian dan kesatuan ummah. Umat Islam di Malaysia yang sekian lama disuburkan dengan acuan akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan bermazhab Shafie daripada segi amalan berasa sedikit “terganggu”, manakala sebahagian yang lain dipengaruhi oleh aliran reformis yang berbeza ini. Peningkatan ilmu agama berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah serta pendedahan yang meluas mengenai perbezaan aliran mazhab dilihat sebagai kaedah terbaik untuk mewujudkan keharmonian dan ketenteraman berterusan umat Islam. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 48 04/12/2018 9:07 AM
Pengaruh Mazhab Syafi’i di Malaysia: Realiti dan Cabara 49 Rujukan Abdul Rahman Haji Abdullah, (1990). Pemikiran Umat Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa V, “Menilai Realiti, Penghayatan dan Prospek Fiqh Syafiᶜi di Malaysia” anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 22-23hb Ogos 2007. Fathi ‘Uthman (t.t.). Al-Fikr al-Qanuni al-Islami Baina Usul al-Sy - riah Wa Turath al-Fiqh. Kaherah: Maktabah Wahbah. J.E. Kemple & R.O. Winstedt, (1948). A Malay Legal Digest, Journal Malayan Branch, Vol.21. Harison, Berian, (1957). South East Asia, A Short History. London Saad Shukri Hj. Muda,(1971). Detik-detik Sejarah Kelantan. Kota Bharu. Sayed Naquib al-Attas, (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur. M.M. Mackeen, (1969). Contemporary Islamic Legal Organisation in Malaya. Yale University. Mukhtar Shafie, (1980). Batu Nisan kurun ke 5H/10M di Pekan, Pahang dalam Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Richard Winstedt, (1956). The date of Malacca Codes dlm Journal Malayan Branch. Vol. 29. Syed Mohd Naquib Al-Attas, (1970). The Correct Date of the Terengganu Inscription. Kuala Lumpur: Muzium Negara; S.Q.Fatimi (1963), Islam Comes to Malaysia. Singapore: MSRI; Mohd. Salleh Awang, (1990). Sejarah Darul Iman. Kuala Lumpur; Hamdan Hassan, (1984). Batu Bersurat Terengganu: Kajian Mengenai Isi Kandungan dan Tafsiran Bacaannya dalam Abdullah Zakaria Ghazali (ed.), Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 49 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 50 Teaw & D.K.Wyatt, (1970). Hikayat Patani. The Hague: Martinus Nijhoff. Yusuf al-Qaradhawi, (1994). al-Ijtihad al-mu‘asir Bayna al-Indibat Wa al-Infirat. Kaherah: Dar al-Tauzi’ Wa al-Nasyr al-Islamiyyah. 32 Jurnal Fiqh: No. 4 (2007). Wan Mohd Shaghir Abdullah, (1985). Perkembangan Ilmu Fiqh dan Tokoh-Tokohnya di Asia Tenggara. Solo: Ramadhani, h. 14. 3 Abdul Rahman Haji Abdullah (1990). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 50 04/12/2018 9:07 AM
51 Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia Khairani binti Husin Ketua Perunding Latihan Kluster Penyelidikan dan Pembangunan Latihan ILIM Pendahuluan Semenjak dahulu lagi, Undang-Undang Jenayah Islam mempunyai ciri-ciri evolusi yang begitu menarik untuk dibahas dan dikaji dalam konteks perundangan Islam di negara ini. Sejarah dengan jelas membuktikan tentang kewujudan peruntukan undang-undang jenayah Islam semasa pemerintahan kerajaan Melayu lagi. Dalam Kanun Melaka contohnya, terdapat hukuman-hukuman yang berasaskan undang-undang jenayah Islam merangkumi bidang jenayah, kekeluargaan, perekonomian, keterangan dan kenegaraan. Kanun tersebut memperuntukkan hukuman ke atas pembunuh adalah bunuh (qisas), pencuri (potong tangan) peminum arak (rotan) dan penzina (rejam). Selepas penjajahan Inggeris, perundangan Islam di negara ini mulai berubah kerana campur tangan Inggeris dalam hal ehwal Islam di Tanah Melayu sekaligus mempengaruhi sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman pada masa itu. Selepas penjajahan, undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruang lingkup takzir sahaja. Hingga kini, tiada sebarang undang-undang meliputi hukum hudud atau qisas dilaksanakan walaupun negeri Terengganu dan Kelantan pernah mencadangkan peruntukan tersebut dalam enakmen masing-masing, tetapi ia tidak berjaya Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 51 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 52 dilaksanakan. Apatah lagi, bidang kuasa Mahkamah Syariah juga adalah amat terhad jika dibandingkan dengan Mahkamah Sivil. Sebelum enakmen jenayah syariah negeri-negeri diwujudkan, kebanyakan undang-undang berkaitan jenayah syariah diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri. Pada masa itu, penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah adalah berdasarkan peruntukan-peruntukan dalam enakmen berkenaan sehinggalah penggubalan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang berasingan daripada enakmen induk. Ini selaras dengan pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) tahun 1984 yang telah memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman maksimun iaitu denda RM5000 atau penjara selama tiga tahun atau enam kali sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri telah memperkenalkan enakmen kesalahan jenayah syariah masing-masing yang nyata berbeza antara satu sama lain dari segi peruntukan, denda serta hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Dalam konteks pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia pada masa sekarang, semua negeri telah menggubal dan menguatkuasakan sekurang-kurangnya enam undang-undang teras iaitu UndangUndang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah, Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah. Kebanyakan undang-undang jenayah syariah terkandung di dalam Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah dan Undang-Undang Keluarga Islam. Secara umumnya, undang-undang kesalahan jenayah tersebut merangkumi kesalahan berhubung dengan aspek akidah, tatasusila, seksual, institusi, matrimoni dan sebagainya. Selain itu, peruntukan mengenai kesalahan turut terdapat dalam undangundang bertulis yang lain seperti Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah, UndangUndang Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama dan Undang-Undang Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 52 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 53 Sekatan dan Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam. Isu-Isu Berkaitan Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah Ketidakselarasan dan ketidakseragaman undang-undang kesalahan jenayah syariah di negeri-negeri merupakan isu utama yang menjadi topik kepada badan perundangan, baik di peringkat negeri mahupun persekutuan. Usaha-usaha ke arah penyeragaman undang-undang jenayah syariah yang bermula semenjak tahun 1997 belum lagi membuahkan hasil sepertimana yang dihasratkan oleh badan perundangan negara ini. Jangka masa yang begitu panjang dalam proses menyelaras dan menyeragamkan undang-undang jenayah syariah ini dilihat sebagai satu cabaran rumit yang perlu ditangani dalam sistem perundangan negara ini. Dalam merealisasikan hasrat penyeragaman ini, terdapat tiga isu utama yang perlu diselesaikan, iaitu: Pertama: Perbezaan serta kekaburan dalam peruntukan enakmen negeri-negeri Ketidakselarasan dan ketidakseragaman peruntukan undangundang kesalahan jenayah syariah yang berkuat kuasa di negerinegeri, secara tidak langsung mengakibatkan ketidakselarasan dan ketidakseragaman dalam pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah antara negerinegeri. Ketidakseragaman undang-undang juga bermaksud bahawa sesetengah negeri mempunyai undang-undang khusus bagi sesuatu kes, manakala di negeri yang lain pula masih belum ada peruntukan undang-undang untuk kes tersebut. Keadaan ini menimbulkan masalah dan konflik perundangan memandangkan kerana apabila negeri tidak mempunyai peruntukan mengenai sesuatu kes, secara tidak langsung Mahkamah Sivil akan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 53 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 54 Rentetan daripada isu ini juga, hakim akan menghadapi kesukaran dalam membuat penghakiman atau menjatuhkan hukuman di Mahkamah Syariah. Walaupun ada kes-kes yang mempunyai fakta yang sama dan serupa tetapi ia tidak terpakai di negeri yang lain kerana ketiadaan peruntukan tersebut dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri berkenaan. Contohnya, di Melaka terdapat peruntukan mengenai percubaan murtad di bawah seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 1991, di Sabah pula diperuntukkan di bawah seksyen 63 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995. Manakala di Negeri Sembilan pula, ia diperuntukkan di bawah seksyen 48 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 di bawah tajuk “Mendakwa sebagai bukan Islam.” Di negeri-negeri lain pula termasuk Wilayah Persekutuan, tiada peruntukan mengenai percubaan murtad atau keluar daripada agama Islam. Peruntukan yang ada hanyalah mengenai pembubaran perkahwinan kerana pertukaran agama dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. masing-masing. Peruntukan yang tidak jelas dan kabur juga menjadikan pihakpihak yang terlibat dalam aspek penguatkuasaan, pendakwaan dan penghakiman kes memberikan tafsiran yang pelbagai mengenainya. Misalnya peruntukan mengenai menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, menghina agama Islam atau fatwa dan penerbitan agama yang berlawanan dengan hukum syarak. Ini adalah kerana ada peruntukan tersebut yang nyata dan ada pula yang hanya dapat difahami setelah komposisi sebenar kesalahan itu dinyatakan. Sebagai contoh, di bawah seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] tentang kesalahan menghina agama Islam memperuntukkan: “Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lainMutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 54 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 55 (a) Menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina; (b) Mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau (c) Mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina manamana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.” Peruntukan ini agak subjektif dan luas serta boleh dikatakan merangkumi semua kesalahan mengenai agama Islam, termasuk perbuatan semata-mata melanggar perintah agama Islam. Disebabkan peruntukannya yang terlalu luas, Mohd Zawawi (2002) pernah mencadangkan peruntukan ini dipinda supaya skopnya lebih kecil dan terperinci. Akibat kekaburan peruntukan tersebut juga, negeri Melaka (seksyen 63(2) Enakmen Jenayah Syariah (Melaka) 1991), Sabah (seksyen 55(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995) dan Perak (seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992) menyifatkan kesalahan murtad termasuk dalam kesalahan menghina agama Islam. Enakmen negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan tidak mempunyai peruntukan tersebut. Kedua: Halangan-halangan dalam peringkat persekutuan dan negeri Tidak dinafikan konsep negara berperlembagaan telah wujud pada zaman Rasulullah SAW lagi dengan tergubalnya Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Perlembagaan tersebut memperuntukkan hak dan tanggungjawab rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Ketika itu, Rasulullah SAW memperkenalkan konsep kesatuan umat Islam Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 55 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 56 berdasarkan akidah yang satu dan rakyat bukan Islam juga adalah sebahagian daripada rakyat negara Islam. Di Malaysia, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan: “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu.” Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan umumnya terbatas. Ini berasaskan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan yang menyebut agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi dalam masa yang sama membataskan kedudukan itu dengan Perkara 3(4) yang menyebut tiada apa-apa dalam perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini. Dalam konteks undang-undang jenayah syariah, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang Islam sahaja, sebagaimana yang diberi oleh undang-undang Persekutuan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984 jelas memperuntukkan bahawa dalam hal jenayah, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman sehingga maksimun tiga tahun penjara atau denda RM5000 atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman tersebut. Halangan sebenar pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang selaras dan seragam tidak harus dilihat semata-mata disebabkan peruntukan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sahaja. Persoalan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah perlu dilihat dalam konteks perlembagaaan secara keseluruhan. Ini kerana undang-undang jenayah yang ada sekarang dikandung oleh pelbagai undang-undang bertulis lain khususnya Kanun Keseksaan, Acara Jenayah, Akta Keterangan 1950 dan seumpamanya. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 56 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 57 Di samping halangan daripada sudut perlembagaan, terdapat juga halangan-halangan lain yang perlu diselesaikan bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dapat direalisasikan. Antaranya tindakan penguatkuasaan yang tidak selaras dan seragam, masalah penyelarasan dan kerjasama negeri atau pihak berkuasa lain, kepentingan hak negeri yang melibatkan sikap pemerintah dan parti-parti politik, birokrasi pentadbiran yang ketat serta pegangan kepada mazhab tertentu yang ingin dipertahankan dan lain-lain lagi. Ketiga: Cabaran dan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sebagai agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), JAKIM melaksanakan tiga fungsi utama dan salah satu daripadanya ialah penggubalan dan penyeragaman undang-undang Syarak. Di bawah fungsi utama ini, beberapa mekanisme telah dirangka, antaranya: 1. Menyelaras dan melaksanakan arahan Majlis Raja-Raja mengenai urusan agama Islam melalui MKI; 2. Menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia; 3. Menggubal akta dan undang-undang Islam bagi WilayahWilayah Persekutuan; 4. Menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang Syarak negeri; dan 5. Menyelaraskan fatwa dan pematuhan pelaksanaannya. Fungsi di atas adalah suatu tugas yang amat rumit dan memerlukan penelitian mendalam memandangkan perkara tersebut melibatkan bidang kuasa negeri-negeri. JAKIM sebagai badan penyelaras peringkat pusat perlu bijak memainkan peranan dalam menjayakan agenda tersebut. Sehingga kini, hanya undang-undang kesalahan jenayah syariah sahaja yang belum diseragamkan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 57 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 58 Berdasarkan catatan sejarah awal pewujudan mekanisme penyeragaman undang-undang Islam di negara ini termasuk undang-undang jenayah syariah, sebenarnya ia giat diusahakan oleh Allahyarham Profesor Tan Sri Datuk Dr. Ahmad bin Mohamed Ibrahim, Syekhull Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau lebih dikenali sebagai Prof. Ahmad Ibrahim. Pada waktu itu, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang ditubuhkan di peringkat pusat sepertimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke32 yang diadakan pada 12 Februari 1988. Beliau bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa lain yang pakar dalam bidang undangundang sivil dan syariah telah berusaha untuk mewujudkan dan mempelbagaikan undang-undang, peraturan-peraturan dan kaedahkaedah yang lebih lengkap, terperinci dan seragam dengan harapan supaya ia dapat diterima pakai oleh semua negeri di Malaysia tanpa apa-apa pindaan atau ubah suaian. Rentetan daripada itu, beberapa undang-undang telah dapat diselaraskan antara negeri-negeri walaupun bukan semua negeri menerima undang-undang tersebut secara serentak. Antara undangundang yang telah diterima pakai oleh negeri-negeri iaitu: 1. Undang-Undang Keluarga Islam; 2. Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah; 3. Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah; 4. Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah; dan 5. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam. Kebanyakan negeri menerima kelima-lima rang undang-undang tersebut kecuali Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah. Walau bagaimanapun, pindaan dan ubah suaian masih dibuat ke atas undang-undang berkenaan mengikut keadaan di negeri masing-masing. Sebenarnya keterbukaan negeri-negeri untuk menerima pakai undang-undang selain undang-undang jenayah syariah membuka ruang kepada pihak-pihak yang terlibat dalam Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 58 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 59 perundangan untuk mempergiatkan usaha ke arah penyeragaman undang-undang kesalahan jenayah syariah. Sehingga kini, mekanisme penyelarasan dan penyeragaman undangundang jenayah syariah dilaksanakan secara pentadbiran sahaja. Mengikut cara ini, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil menyediakan suatu model rang undang-undang. Seterusnya rang tersebut dikemas kini dengan mengambil kira pandangan negerinegeri dan kemudiannya dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk persetujuan. Bagi Wilayah Persekutuan, rang undangundang tersebut akan dibentangkan di Parlimen. Manakala bagi negeri-negeri pula akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing. Cabaran JAKIM dalam menguruskan perkara ini sangat rumit memandangkan JAKIM tidak mempunyai kuasa ekslusif untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang yang dibentang di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Ini adalah kerana ia tertakluk kepada kuasa Jabatan Peguam Negara sama ada hendak meluluskan atau sebaliknya. Sebenarnya mekanisme secara pentadbiran tidak begitu efektif kerana apabila undang-undang model itu dikemukakan kepada negeri-negeri, ia telah disemak semula oleh Jawatankuasa Penggubalan negeri masing-masing. Jawatankuasa tersebut telah melakukan pindaan ke atas undang-undang model berkenaan mengikut kesesuaian negeri masing-masing yang akhirnya menyebabkan ketidakselarasan dan ketidakseragaman kepada undang-undang tersebut. Menyedari ketidakberkesanan mekanisme tersebut, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mempercepatkan proses penyeragaman, antaranya: 1. Mewujudkan mekanisma penyelarasan di bawah perkara 76(1) (b) Perlembagaan Persekutuan di mana Perlembagaan memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara dalam Senarai Negeri bagi maksud mengadakan persamaan undang-undang bagi negeri-negeri. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 59 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 60 Walau bagaimanapun, mekanisme ini hanya akan berkesan sekiranya mendapat kerjasama dan persetujuan negeri-negeri untuk menerima pakai tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian. Setakat ini, belum ada lagi undang-undang Islam yang selaras dan seragam mengikut mekanisme ini; 2. Mekanisme melalui MKI dan Majlis Raja-Raja boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya suatu Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Islam ditubuhkan yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa tersebut akan menggubal draf rang undang-undang yang kemudiannya diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. Seterusnya draf tersebut akan diangkat kepada MKI untuk kelulusan dan akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk persetujuan. Setelah dipersetujui ia akan mengikat negeri-negeri untuk menerima pakai undang-undang tersebut. Cadangan ini telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja pada 1 Ogos 1997. Melalui arahan Majlis tersebut, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah menggubal semula keenam-enam rang undang-undang utama yang sedang berkuat kuasa di negerinegeri. Pada 22 Mac 2001 Majlis Raja-Raja bersetuju dengan lima rang undang-undang kecuali rang undang-undang kesalahan jenayah syariah yang memerlukan kajian lanjut. Walaupun mekanisme ini telah dilaksanakan, negeri-negeri tetap melakukan pindaan ke atas undang-undang tersebut yang menyebabkan wujudnya ketidakselarasan dan ketidakseragaman undang-undang Islam antara negeri-negeri. Sorotan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah Terdapat banyak kajian lepas yang menyentuh mengenai isu penyeragaman undang-undang kesalahan jenayah syariah. Antaranya ialah kajian oleh Zulkifli Hassan (2007) berkaitan isu Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 60 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 61 undang-undang jenayah Islam di Malaysia dan sejauh manakah pelaksanaannya. Zulkifli menimbulkan isu ketidakseragaman dan konflik undang-undang kesalahan jenayah syariah dan beliau juga telah membandingkan beberapa peruntukan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Contohnya bagi kesalahan ‘mendakwa bukan Islam untuk mengelakkan tindakan’ sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 5 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Peruntukan ini tiada dalam Akta 559. Peruntukan yang ada hanyalah ‘mengembangkan doktrin agama dsb’. Hamid Jusoh (2007) pula dalam kajiannya berkaitan perkembangan undang-undang jenayah Islam di Malaysia menyentuh mengenai penyeragaman undang-undang jenayah Islam dalam dua dimensi iaitu pertama, ketidakseragaman dari segi struktur, topik serta susun atur kesalahan jenayah syariah dan kedua, ketidakseragaman dalam memperuntukkan hukuman yang harus dikenakan kepada pesalah. Kajian mengenai ketidakseragaman dari segi peruntukan kesalahan-kesalahan dalam enakmen ini juga pernah dilakukan oleh Jasri Jamal (1998). Walau bagimanapun, beliau hanya menumpukan kepada kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh remaja Islam masa kini seperti perbuatan sumbang mahram, persetubuhan luar nikah, perbuatan tidak sopan di tempat awam, khalwat, pelacuran, minuman yang memabukkan dan sebagainya. Siti Zubaidah Ismail (2006) banyak menghasilkan penulisanpenulisan mengenai undang-undang jenayah syariah sama ada dari sudut pelaksananaan, prosedur, penguatkuasaan atau pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan tersebut. Dalam satu penulisannya (2006) berkaitan undang-undang jenayah Islam dan pelaksanaan jenayah syariah di Malaysia, beliau banyak menyentuh mengenai kurangnya kajian dan penulisan berkaitan undang-undang jenayah syariah substantif serta pelaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah syariah. Ini disebabkan kebanyakan buku atau artikel mengenai jenayah Islam adalah berkisar kepada konsep dan prinsip undangMutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 61 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 62 undang jenayah dalam Islam. Pendapat ini disokong oleh Sulaiman Daud (2001). Seterusnya, Bahagian Penasihat Undang-Undang JAKIM (2002) juga pernah menulis artikel berkaitan Penyeragaman Undang-Undang Syariah di Malaysia, tetapi penulisan tersebut lebih menjurus kepada perkembangan undang-undang syariah, kedudukan terkini penyeragaman enam Rang Undang-Undang serta kesan penyeragaman terhadap penyelesaian masalah masa kini. Penulisan berkenaan juga lebih banyak mengupas mengenai kes UndangUndang Keluarga Islam dari segi kesannya terhadap perundangan Islam. Begitu juga tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam memutuskan kes-kes berkenaan seorang daripada pasangan nonMuslim masuk agama Islam semasa perkahwinan. Daripada segi idea, kupasan kes Undang-Undang Keluarga Islam ini adalah sama dengan penulisan yang dihasilkan oleh Wan Mahyuddin (2011). Dalam penulisannya, Wan Mahyuddin banyak melihat daripada segi diskriminasi terhadap pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Beliau juga mengupas sejauh mana berkesannya pindaan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan terhadap keputusan kes-kes kekeluargaan yang berlaku. Abdul Aziz Bari dalam penulisan-penulisan beliau juga banyak mengupas mengenai pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dalam konteks Perlembagaan Malaysia. Salah satu penulisan beliau (2005) adalah berkaitan halangan-halangan pelaksanaan hukum jenayah Islam di dalam Perlembagaan daripada sudut undang-undang dan politik. Beliau mengatakan bahawa politik dan Perlembagaan itu sendiri tidak dapat dipisahkan kerana ia merupakan cabang undangundang yang menangani masalah kuasa dan kenegaraan. Beliau berpendapat bahawa halangan dari segi bidang kuasa persekutuan dan negeri-negeri dalam pelaksanaan undang-undang jenayah syariah bukanlah sesuatu yang dominan atau kekal selama-lamanya, bahkan ia dapat diusahakan dengan kerjasama semua pihak sama ada persekutuan atau negeri bagi memastikan undang-undang jenayah syariah adalah selari dengan Islam dan mengikut situasi dan Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 62 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 63 keadaan masyarakat negara ini. Daripada segi cetusan idea, penulisan ini sama dengan penulisan yang pernah dihasilkan oleh Md. Akhir Yaacob (1986) dan Razali Nawawi (1998). Seterusnya penulisan oleh Hashim Mehat (2001) menyokong penulisan-penulisan tersebut. Penulisan Suwaid Tapah (2004) berkaitan realiti dan cabaran pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia banyak menyentuh mengenai perkembangan perundangan Islam semasa era penjajahan Inggeris dan kaitannya dengan perundangan masa kini. Beliau juga mengupas berkaitan cabaran pelaksanaan undang-undang Islam dari aspek penyelarasan dan penyeragaman undang-undang itu sendiri yang lebih tertumpu kepada halangan-halangan di peringkat persekutuan dan negeri. Halangan-halangan bagi pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang selaras dan seragam dalam penulisan Abdul Aziz Bari dan Suwaid Tapah lebih menjurus kepada halangan dalam Perlembagaan Malaysia itu sendiri serta bidang kuasa persekutuan dan negeri yang membataskan pelaksanaannya. Penulisan tersebut boleh dikembangkan lagi dengan membuat perincian lebih mendalam berkaitan halangan daripada sudut perlembagaan, di samping mengupas halangan-halangan lain daripada pelbagai aspek seperti kekaburan peruntukan undang-undang itu sendiri terutama melibatkan kesalahan akidah, tindakan penguatkuasaan yang tidak selaras dan seragam, masalah penyelarasan dan kerjasama negeri atau pihak berkuasa lain, kepentingan hak negeri, birokrasi pentadbiran yang ketat serta pegangan kepada mazhab tertentu yang ingin dipertahankan. Tidak dinafikan, ada antara halanganhalangan ini pernah diutarakan oleh Razali Nawawi (1998), tetapi ia tidak dikembangkan dengan lebih mendalam dan terperinci dalam penulisannya. Terdapat banyak lagi kajian dan penulisan yang membahaskan ruang lingkup undang-undang jenayah syariah. Antaranya penulisan oleh Paizah Ismail (2007) tentang kedudukan mazhab Syafiᶜi dalam undang-undang jenayah Islam Malaysia, Zaini Nasohah (2008) Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 63 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 64 berkaitan beberapa aspek mengenai hukuman jenayah dalam Islam, Hashim Mehat (2004) yang menulis tentang persamaan dan perbezaan undang-undang jenayah Islam dengan undang-undang jenayah ciptaan, dan Abdul Rahman Awang (2007) berkaitan konsep jenayah dalam Islam dan isu semasa. Penutup Merealisasikan penyeragaman dan penyelarasan undang-undang jenayah syariah memerlukan komitmen yang tinggi dan mengambil masa yang panjang. Dalam konteks negara ini, ia akan menjadi suatu realiti sekiranya negeri-negeri memberi kerjasama padu dengan mengambil langkah menerima pakai undang-undang tersebut secara seragam tanpa pindaan atau ubah suaian. Suatu suntikan paradigma perlu dilaksanakan secara sepadu dan sistematik bagi memastikan semua pihak dapat menerimanya dengan hati terbuka dan menguatkuasakannya mengikut lunas undang-undang tanpa mengurangkan kuasa yang ada pada negeri-negeri seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Senarai II - Senarai negeri. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 64 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 65 Rujukan Abdul Aziz Bari, (2005). Halangan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam. Dlm. Abdul Aziz Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. Abdul Latif Ibrahim, (1998). Mekanisma Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-Undang Islam di Seluruh Malaysia. Jurnal Hukum 7(1). Abdul Monir Yaacob, (1998) . Undang-Undang dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Abdul Rahman Awang, (2007). Konsep Jenayah dalam Islam dan Isu Semasa. Dlm. Nasimah Hussin et al. Siri Perkembangan UndangUndang di Malaysia: Undang-Undang Islam Jenayah, Keterangan dan Prosedur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Ibrahim, (1997). Kedudukan Undang-Undang Islam di Malaysia. Jurnal Hukum 6(2). Ahmad Ibrahim, (1995). Undang-Undang Islam di Mahkamah Sivil. Jurnal Hukum 5(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984 [Akta A612]. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]. Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560]. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. Bahagian Penasihat Undang-Undang, (2001). Penyeragaman Undang-Undang Syariah di Malaysia. Jurnal Hukum 15(2). Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 [Enakmen 4]. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 65 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 66 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 [Enakmen 3]. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Enakmen 9]. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 1991 [Enakmen 6]. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995 [Enakmen 3]. Hamid Jusoh, (1991). The Position of Islamic Law in the Malaysian Constitution with Special Reference to the Conversion Case in Family Law. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamid Jusoh, (2007). Perkembangan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia. Dlm. Nasimah Hussin et al. Siri Perkembangan Undang-Undang di Malaysia: Undang-Undang Islam Jenayah, Keterangan dan Prosedur. Jil.13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Mehat, (2004). Persamaan dan Perbezaan Undang-Undang Jenayah Islam dengan Undang-undang Jenayah Ciptaan. Dlm. Zaini Nasohah et al. , Syariah dan Undang-Undang: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Hashim Mehat, (2001). Pelaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia: Cabaran Menjelang Abad ke-21. Dlm. Abdul Basir Mohamad & Jafril Khalil (pynt.). Isu Syariah dan Undang-Undang Siri 9. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jasri Jamal, (1998). Kanun Jenayah Syariah di Semenanjung: Satu Penilaian Umum. Tesis Sarjana, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kanun Keseksaan [Akta 574]. Mahamad Naser Disa, (2012). Analisa Terhadap Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Mengenai Perlanggaran Fatwa. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelarasaan Penguatkuasaan Fatwa di Malaysia 2012, 12 April. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 66 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 67 Mahmood Zuhdi Abd Majid, (2000). Bidangkuasa Jenayah dalam Undang-Undang Mahkamah Syariah di Malaysia: Satu Penilaian dari Aspek Pencapaian Objektif Hukum Syarak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmud Saedon A.Othman, (1988). Ke Arah Islamisasi UndangUndang di Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Md.Akhir Haji Yaacob, (1986). Kedudukan dan Pelaksanaan UndangUndang Islam di Malaysia Masa Kini. Dlm. Mohd Azam Hamzah & Md.Akhir Haji Yaacob (pnyt.). Falsafah & Prinsip Perundangan Islam, hlm. 182-196. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Zawawi Haji Salleh, (2002). Isu-Isu dalam Pelaksanaan UndangUndang Tatacara dan Kesalahan Jenayah Syariah. Kertas Kerja Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama & Pendakwa Syarie. Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 20-23 Ogos. Muhammad Ariffin. Penyelarasan Undang-Undang Keluarga Islam. Terbitan Tak Berkala. t.th. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Paizah Haji Ismail, (2007). Kedudukan Mazhab Syafie dalam UndangUndang Jenayah Islam di Malaysia. Jurnal Fiqh 4(1) Perlembagaan Persekutuan [Akta A1198]. Razali Nawawi, (1998). Penyeragaman Undangundang Islam di Malaysia: Cabaran dan Realiti. Dlm.Abdul Monir Yaacob(pnyt.). Undang-Undang dan Masyarakat, hlm.55-79 . Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Sheikh Ghazali Abdul Rahman, (2007). Masa Depan Mahkamah Syariah di Malaysia: Cabaran dan Strategi dalam Masyarakat Majmuk. Jurnal Hukum 23(2) Siti Zalikhah Md Nor, (2004). Konsep Penyeragaman dan Penyelarasan Pentadbiran Undang-Undang Islam. Dlm.Mohammad Zaini Yahaya, Abdul Basir Mohamad,Siti Zalikhah Md Nor & Mohd Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 67 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 68 Nasran Mohamad (eds.). Isu Syariah Dan Undang-Undang Siri 13. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Zubaidah Ismail, (2006). Undang-Undang Jenayah Islam dan Pelaksanaan Jenayah Syariah di Malaysia. Dlm. Ahmad Hidayat Buang, Mahkamah Syariah di Malaysia Pencapaian dan Cabaran, hlm. 93-105. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Sulaiman Daud, (2001). Kesalahan-Kesalahan Syariah di bawah Bidang Kuasa Semasa. Jurnal Hukum 14(1). Suwaid Tapah, (2004). Pelaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Realiti dan Cabaran. Kertas Kerja Seminar Hukum Islam di Malaysia. Anjuran Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan, 1 Mac. Wan Mahyuddin Wan Muhammad, (2011). Sejauh Manakah Kebenaran Wujudnya Diskriminasi Terhadap Pelaksanaan Undang-Undang Keluarga di Malaysia. Shariah Law Reports 2(1). Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, (2009). Pelan Penyelarasan Perundangan Islam di Malaysia: Cabaran dan Peranan JAKIM. Kertas Kerja Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak & Sivil kali ke-19. Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 30 November-2 Disember. Zainal Azam Abd. Rahman, (2006). Penguatkuasaan Undang-Undang di Malaysia: Satu Perspektif Perlembagaan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah. Anjuran Bersama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Institut Kefahaman Islam Malaysia, 20-21 April. Zaini Nasohah, (2004). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia Sebelum dan Menjelang Merdeka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaini Nasohah, (2008). Beberapa Aspek Mengenai Hukuman Jenayah dalam Islam. Dlm. Siti Zalikhah Md. Nor et al.,. Al-Syariah Jil. 4 : Fiqh Jenayah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 68 04/12/2018 9:07 AM
Permasalahan dan Kajian Lepas Isu Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia 69 Zulkifli Hassan, (2007). Isu Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia dan Sejauh Manakah Pelaksanaannya. Dlm. Azman Ab Rahman, Mushaddad Hasbullah &Najwa Hayati Mohd Alwi (pnyt.). Isu-Isu Semasa Global Sempena Kemerdekaan Kali ke50, hlm. 51-74. Nilai: Pusat Pengajian Umum, Universiti Sains Islam Malaysia. Administrator Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. 2012. Mekanisma Penyelarasan dan Penyeragaman. http:// www.jksnpp.gov.my/JKSNPP/index.php?option=com_ content&task=view&id=1338Itemid=76&lang=en.html [13 Oktober 2012]. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 69 04/12/2018 9:07 AM
70 Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal Siti Hamira binti Abdul Rahim Perunding Latihan Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal ILIM Pendahuluan Kehidupan umat Islam pada hari ini semakin mencabar. Mereka menerima pelbagai ancaman, bukan sahaja berkaitan masalah politik dan ekonomi, malah berdepan juga dengan cabaran sosiobudaya, termasuk barangan dan makanan untuk keperluan harian. Kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan dianggap sensitif bagi masyarakat Islam. Persoalan halal dan haram serta syubhah diberi perhatian serius. Justeru, kita tidak sunyi daripada isu-isu berkaitan sehingga boleh menimbulkan keraguan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Dalam perkara ini, kita perlu merujuk kepada orang atau pihak yang pakar dalam menetapkan sesuatu keputusan. Apabila terdapat permasalahan-permasalahan baharu yang hukumnya tidak didapati melalui sumber-sumber hukum yang ada, maka di sinilah peranan ijtihad atau fatwa bagi mengatasi masalah tersebut. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam merupakan salah satu sumber rujukan dan garis panduan dalam pengurusan Pensijilan Halal Malaysia. Setiap keputusan fatwa yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang timbul berkaitan halal hendaklah dibaca bersama-sama Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, standard dan peraturan berkaitan yang diguna pakai dalam pengurusan Pensijilan Halal Malaysia. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 70 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 71 Definisi Fatwa Daripada segi bahasa, Fatwa berasal dari bahasa Arab iaitu fata - yaftu - fatwa atau futya. Ia membawa maksud menjawab perkaraperkara yang menjadi kemusykilan, seperti seseorang berkata, “Meminta fatwa daripadanya, maka dia pun memberi fatwa.” Daripada segi istilah pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi, antaranya: 1. Memberi penerangan tentang hukum syarak berdasarkan kepada dalil bagi orang yang bertanya tentangnya; dan 2. Mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang wajib atau harus. Peruntukan Mengenai Fatwa dalam Undang-Undang Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34, iaitu: (1) Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan manamana orang yang dibuat melalui surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta suatu fatwa atau pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubungan dengan hukum syarak. (2) Tiada pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika dan sehingga pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (1). Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 71 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 72 Pengertian Fatwa di Malaysia Pengertian Fatwa dalam konteks negara kita bermaksud: “Kenyataan Mufti yang diterbitkan melalui Warta Undang-undang.” Ini bermakna sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di sesebuah negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut hukum syarak. Fatwa yang telah diwartakan merupakan sebahagian daripada undangundang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri tersebut. Oleh yang demikian, fatwa di Malaysia telah menjadi urusan rasmi pemerintah yang mengawal pengeluarannya dan menguatkuasakan peruntukannya. Pandangan yang dikeluarkan oleh Mufti tanpa diwartakan hanya pandangan hukum sahaja. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 berdasarkan kepada peruntukan Perkara 11, Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat kebangsaan atas setiap perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Mengikut pada Perkara 14, Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, tugas-tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan adalah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama-sama dengan pengesyoranpengesyoran kepada Majlis Raja-Raja. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 72 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 73 Jawatankuasa Fatwa Negeri Kefatwaan bagi negeri-negeri diperuntukkan di bawah Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Fatwa-fatwa Berkaitan dengan Isu Halal Sebelum menentukan sama ada sesuatu produk termasuk makanan, minuman dan ubat-ubatan boleh digunakan atau tidak dalam proses pensijilan halal, kajian perlu dilakukan. Hasil kajian tersebut terlebih dahulu diteliti dan dibincangkan oleh Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM sebelum dikemukakan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan. Setiap keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (MKI) diputuskan berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Sesuatu keputusan atau fatwa atau hanya diputuskan setelah Jawatankuasa Fatwa berpuas hati mengenainya. Ia dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti Seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan.Di sini disenaraikan beberapa keputusan fatwa berkaitan isu-isu semasa yang melibatkan makanan, minuman dan ubat-ubatan sebagai makluman dan panduan dalam memilih makanan halal dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhah. 1. Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan mengenai hukum alkohol sebagai penstabil minuman ringan. Muzakarah telah memutuskan bahawa kordial yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 73 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 74 a) Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak; dan b) Kuantiti alkohol dalam perisa (flavour) tersebut adalah sedikit iaitu tidak memabukkan. 2. Hukum Cuka Wain (Wine Vinegar) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006 telah membincangkan tentang hukum cuka wain (wine vinegar). Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggunakan cuka wain (wine vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahanbahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal. 3. Alkohol dalam Makanan, Minuman, Pewangi dan Ubat-Ubatan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut: a) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun, bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi daripada proses pembuatan arak, hukumnya adalah haram dan najis; b) Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak, hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuknya yang asal kerana ia adalah racun dan boleh membunuh; c) Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% adalah harus (boleh) diminum; Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 74 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 75 d) Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum; e) Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum; f) Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak. Kuantiti alkohol dalam produk akhir itu juga hendaklah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%; dan g) Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan makan atau menggunakannya sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak. 4. Hukum Minyak Ikan yang Diproses Tanpa dibuang Perut atau Najisnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 dan 11 Februari 2015 telah membincangkan mengenai hukum minyak ikan yang diproses tanpa dibuang perut atau najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: a) Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandanganpandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa hukum kandungan isi perut ikan adalah antara perkara yang tidak disebut secara jelas sama ada di dalam al-Quran ataupun Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 75 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 76 Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis. Bahkan al-Ramli berpendapat bahawa hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar; b) Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya ia memudaratkan, maka ia tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan. Begitu juga sebaliknya; dan c) Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ia bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan. 5. Hukum Penggunaan Cordyceps Sinensis dalam Pembuatan Ubat Tradisional Ulat dikategorikan sebagai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir dan para fuqahak berpandangan bahawa binatang yang tidak mempunyai darah mengalir adalah bersifat tidak menajiskan sepertimana hadith Rasulullah SAW mengenai lalat yang bermaksud: Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 76 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 77 “Apabila jatuh lalat ke dalam minuman seseorang kamu, maka tenggelamkanlah ia dahulu sebelum membuangnya. Sesungguhnya, pada satu antara sayapnya ada penyakit dan pada satu sayap lagi ada ubatnya.” Cordyceps adalah sejenis kulat dan semua jenis cordyceps adalah bersifat endoparasitoids iaitu menumpang kepada perumah lain. Antara perumah tersebut adalah serangga seperti ulat dan bahan daripada larva ulat akan diserap sebagai makanan. Ulat yang merupakan perumah tersebut akan mati akibat daripada proses ini dan bahagian yang tumbuh keluar daripada ulat ini akan digunakan. Terdapat dua jenis Cordyceps Sinensis pada masa ini, iaitu Cordyceps Sinensis asli yang mahal dan amat sukar diperolehi (hanya boleh ditemukan di tanah tinggi pergunungan Himalaya). Spesis ini merupakan Cordyceps yang paling baik. Jenis Cordyceps Sinensis yang kedua ialah yang dihasilkan melalui proses makmal. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan-pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa: a) Penggunaan Cordyceps Sinensis dalam proses pembuatan ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharuskan kerana Cordyceps Sinensis asli terhasil daripada bahan yang tidak menajiskan, manakala Cordyceps Sinensis yang terhasil melalui proses makmal juga hanya menggunakan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan sebagai medium pembiakan; dan b) Walau bagaimanapun, sekiranya penghasilan Cordyseps Sinensis secara makmal tersebut menggunakan bahan-bahan yang diharamkan sebagai medium pembiakan, maka penggunaannya dalam proses pembuatan apa jua produk sama ada ubat tradisional atau produk makanan kesihatan adalah diharamkan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 77 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 78 6. Kajian Semula Hukum Penggunaan Vaksin Meninggitis Monumune Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3 hingga 5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai kajian semula hukum penggunaan Vaksin Meninggitis Monumune. Setelah meneliti formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan Vaksin Menomune yang bebas daripada penggunaan sebarang sumber haiwan berserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menomune yang dikeluarkan oleh Sanofi Pasteur adalah diharuskan. Oleh yang demikian, status pengharaman terhadap vaksin tersebut yang telah diputuskan pada Muzakarah kali Ke-53 bertarikh 27 November 2002 adalah dibatalkan. 7. Penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) Menggunakan Mikro Organisma Terubah Suai Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3 hingga 5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) menggunakan Mikro Organisma Terubahsuai. Setelah meneliti proses pengubahsuaian genetik dan teknologi baru dalam proses penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) berserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa bakteria penderma iaitu Lactic Acid Bacteria yang digunakan adalah diperolehi daripada usus orang dewasa (Intestines of Human Adult) yang kemudiannya telah dipencilkan serta dipurifikasikan. Berdasarkan proses dan sumber bakteria yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan Mikro Organisma Terubahsuai iaitu Lactic Acid Bacteria yang diperolehi daripada usus orang dewasa (Intestines of Human Adult) dalam Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 78 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 79 teknologi baru penghasilan Monosodium Glutamat (MSG) adalah dibenarkan. Walaupun bakteria yang digunakan dikategorikan sebagai mutanajjis, ia telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang tidak menyalahi hukum Syarak. 8. Hukum Bahan Pewarna Cochineal Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan isu hukum bahan pewarna (Cochineal) dalam Islam dan telah bersetuju dan meluluskan penggunaan pewarna (Cochineal) dalam makanan jika ia memenuhi ukuran piawaian yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi dari 0.003% hingga 0.006%. Muzakarah yang bersidang pada 4 hingga 6 Julai 2012 telah membincangkan Kertas Hukum Bahan Pewarna Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian yang Ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (sebelumnya). Keputusan Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: a) Cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada Cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Daripada segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna Carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada Cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP); dan b) Jumhur Fuqahak sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna Cochineal adalah diperolehi daripada serangga Cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir. Berdasarkan ketetapan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 79 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 80 minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan. 9. Hukum Minum Kopi Luwak (Musang) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan hukum minum kopi Luwak (Musang). Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya memilih rezeki yang halal dan makan makanan yang baik, sebagaimana firman-Nya: ِ َّ ُوا ِل ر ُ ْك َاش ْ و ُ م َاك ن ْ ق َ َز َا ر َ ِ ات م ِب ّ َ ي ُُ ِ وا من ط ُوا ك ن َ َ آم ِين َّ َا ال ه ُّ ي َ َا أ َ ي ُون ُد ب ْ ع َ ُ ت َّاه ِي ْ إ م ُ نت ُ ِن ك إ Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda baik (halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar kamu beribadat kepada-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 172) Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah Fiqhiyyah menetapkan bahawa hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selama mana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Para ulamak Fiqh yang muktabar menjelaskan bahawa apa-apa bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama-sama najis haiwan tersebut, selama mana ia tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 80 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 81 Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandanganpandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa: a) Biji kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; b) Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis; dan c) Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam. 10. Hukum Menggunakan Bakteria yang Diambil daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin dalam Yogurt Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan mengenai hukum menggunakan bakteria yang Diambil daripada najis bayi sebagai agen pemangkin dalam Yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa: a) Hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat ia telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah mutanajjis; dan b) Bakteria adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas yang menyebut tentang pengharaman atau statusnya sebagai najis. Walaupun bakteria selalu digambarkan sebagai penyebab penyakit, namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia. Berdasarkan kepada prinsip “Setiap sesuatu pada asalnya adalah halal” dan “Setiap Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 81 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 82 sesuatu pada asalnya adalah harus”, maka memanipulasi bakteria baik untuk manfaat manusia adalah tidak bertentangan dengan syariat. 11. Penggunaan Air Baharu (Newater) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan mengenai penggunaan Air Baharu (Newater). Muzakarah memutuskan bahawa daripada sudut hukum syarak, air baharu (Newater) adalah bersih dan harus digunakan. 12. Hukum Makan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food) dan Bioteknologi Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 12 Julai 1999 telah membincangkan mengenai bioteknologi dalam makanan dan minuman. Muzakarah telah memutuskan bahawa: a) Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya adalah haram; b) Penggunaan bio-teknologi DNA babi dalam pemerosesan barangan, makanan dan minuman belum sampai lagi ke tahap yang boleh dikatakan darurat kerana masih ada pilihan bahan yang lain; c) Ijtihad ini adalah berpegang kepada kaedah usul fiqh berikut: درء المفاسد مقدم ىلع جلب المصالح Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 82 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 83 13. Keju Sebagai Bahan Makanan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oktober 1990 telah membincangkan mengenai isu keju sebagai bahan makanan. Muzakarah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan, kulat atau binatang yang halal dan disembelih. 14. Hukum Penggunaan Bulu Binatang yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan tentang hukum penggunaan bulu binatang yang halal dimakan sebagai ramuan makanan. Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan Vitamin D3 yang terhasil daripada bulu binatang yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak. 15. Status Kesucian Ikan yang Diberi Makanan Tidak Halal Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006 telah membincangkan mengenai status kesucian ikan yang diberi makanan tidak halal. Muzakarah memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi makan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 83 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 84 Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 21 Disember 2006 juga telah membincangkan mengenai perkara ini. Mesyuarat tersebut bersetuju menfatwakan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya yang lain adalah haram dimakan. Para penternak dilarang memberi makanan yang berasal daripada daging babi dan anggota-anggotanya kepada ikan ternakan sebagai langkah sadduz zarai’. 16. Penggunaan Pneumatic Percussive Stunning Menurut Pandangan Islam Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 13 Mac 2006 telah membincangkan mengenai penggunaan Pneumatic Percussive Stunning menurut pandangan Islam. Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan Pneumatic Percussive Stunning dalam sembelihan lembu dan binatang halal seumpamanya adalah dibenarkan dengan syarat tengkorak haiwan sembelihan yang dikenakan stunning dalam keadaan tidak retak dan matinya adalah kerana sembelihan. Penutup Dalam era media sosial masa kini, kita dapat memperoleh pelbagai maklumat secara pantas tanpa sempadan. Seiring dengan kemudahan tersebut, berbagai-bagai isu halal haram ditimbulkan sehingga kajian perlu dibuat oleh meraka yang berkeahlian. Justeru, di sinilah pentingnya fatwa dalam kehidupan umat Islam. Dalam masa yang sama, kewujudan institusi fatwa sebagai salah satu agensi kerajaan amat signifikan dalam pentadbiran agama. Mufti berperanan besar dalam menjelaskan hukum-hukum syarak dan menyebarkan ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Oleh kerana itu, institusi fatwa perlu dipertahankan dan dihormati. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 84 04/12/2018 9:07 AM
Isu Semasa: Fatwa-Fatwa Berkaitan Halal 85 Rujukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (2013). Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Putrajaya: JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Keputusan-keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Ibrahim Najaib Muhammad Iwad, (1975). Al-Qada fi Al-Islam, Kahirah: Majma’ Al-Bunuth Al-Islamiyyah. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/latar_belakang/ penubuhan http://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-37-08/fatwa http://www.muftiselangor.gov.my/perkhidmatan/fatwa-selangor http://top5anything.blogspot.com/2011/11/fatwa-apakah-maksudfatwa-malaysia.html Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 85 04/12/2018 9:07 AM
86 Pendahuluan Pernahkah anda mengeluh dan menggaru kepala pada pertengahan bulan kerana kehabisan wang? Anda bukanlah keseorangan dalam hal ini kerana kita semua pernah terperangkap dalam situasi yang sedemikian. Tetapi, adakah situasi begini sentiasa terjadi pada diri anda daripada bulan ke bulan, sehingga membentuk tabiat atau kebiasaan yang kurang sihat? Sebenarnya keluhan ini wujud disebabkan ketidakupayaan kita mengawal urusan kewangan kita. Kita tidak tahu ke manakah perginya pendapatan kita atau bagaimanakah cara untuk memastikan ia mencukupi bagi menampung perbelanjaan kita pada masa kini mahupun pada masa hadapan. Isu ini bukan sahaja menimpa golongan miskin, bahkan juga orang yang berpendapatan tinggi. Bijak pandai berkata, “Kebanyakan orang tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi gagal untuk merancang.” Ramai orang boleh buat wang tetapi sedikit sahaja yang mengetahui bagaimana teknik menguruskannya. Kita memang tidak pernah diajar di rumah atau di sekolah tentang ilmu dan kemahiran mengurus wang. Natijahnya, ramai yang telah bekerja mengalami masalah kewangan terutama berkaitan perbelanjaan dan hutang. Sikap, kefahaman dan cara kita mengurus wang akan menentukan bagaimana kita mengharungi kehidupan seharian. Artikel ini diharapkan mampu mendidik pembaca serba sedikit dalam menilai Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang Normaliza binti Sahat Perunding Latihan Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal ILIM Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 86 04/12/2018 9:07 AM
Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 87 punca-punca masalah kewangan serta teknik menguruskannya secara teratur demi mencapai kebahagiaan hidup. Apa itu Wang? Wang atau juga lebih dikenali sebagai duit adalah suatu alat untuk mendapatkan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Wang terdiri daripada syiling, kertas dan buku cek. Ia biasanya dikaitkan dengan status sosial, kuasa dan kejayaan seseorang. Wang juga dianggap sebagai petunjuk kesejahteraan hidup. Namun, tidak boleh dinafikan ia juga boleh menjadi antara punca pelbagai masalah dalam kehidupan manusia. Ada orang yang menjadi hamba duit, ada pula orang yang hidupnya huru-hara kerana duit. Kerana ketidakcukupan wang, seseorang boleh hidup dalam keadaan stres, gangguan emosi dan fizikal sehingga menjejaskan tumpuan pelajaran atau kerja seharian, malah ada yang bergaduh sesama ahli keluarga hanya kerana duit. Pada hakikatnya, duit bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya memerlukan duit. Definisi Pengurusan Kewangan Menurut Pertubuhan Pengurusan Kewangan Malaysia (FPAM), pengurusan kewangan didefinisikan sebagai proses yang menentukan cara seseorang individu ataupun sesebuah institusi keluarga dapat mencapai matlamat hidup melalui pengurusan sumber-sumber kewangan yang terhad secara tersusun dan sistematik. Ia juga merencanakan hal ehwal kewangan supaya berupaya menjadi teratur, kemas, berdaya maju sesuai dengan sasaran dan matlamat masing-masing. Tujuan utama pengurusan kewangan adalah membebaskan diri daripada cengkaman hutang demi mencapai kehidupan yang lebih baik. Daripada perspektif syariah, pengurusan kewangan menjadi suatu asas yang dituntut dalam Maqasid Syariah, iaitu menjaga Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 87 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 88 harta. Islam meletakkan harta sebagai suatu alat keperluan hidup dan menyediakan sistem urus tadbir harta yang baik bagi menjamin kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Dua teknik utama yang sangat penting dalam mengurus kewangan ialah merancang dan mengawal perbelanjaan. Sebelum kita mengetahui teknik utama dalam mengurus kewangan, kita harus mengenal pasti sama ada kita tergolong atau tidak dalam kategori mereka yang mempunyai masalah kewangan yang mungkin kita tidak sedari. Petunjuk Masalah Kewangan Berikut merupakan petunjuk-petunjuk bahawa anda sedang mengalami masalah kewangan: 1. Sering mendapat notis tunggakan bil-bil seperti bil api, air ataupun telefon; 2. Berbelanja lebih daripada 20% pendapatan untuk bayaran hutang, kredit atau ansuran; 3. Suka mengambil pinjaman baharu untuk menampung hutang lama; 4. Tidak mempunyai simpanan tunai untuk menghadapi kecemasan; 5. Memerlukan pendapatan tambahan untuk perbelanjaan hidup; 6. Sentiasa membeli secara ansuran untuk perbelanjaan kehidupan seharian; 7. Menggunakan wang simpanan untuk menampung keperluan seharian; 8. Tidak pernah tahu ke mana wang dibelanjakan; 9. Tidak pasti jumlah sebenar hutang yang ditanggung; 10. Tidak mempunyai sistem perbelanjaan tertentu; 11. Selalu menghadapi krisis peribadi atau keluarga yang besar disebabkan ketidakcukupan wang; dan 12. Gangguan emosi, perubahan fizikal atau sikap, kemurungan dan sebagainya sehingga terpaksa melibatkan diri dalam perkara yang tidak baik demi mendapatkan wang. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 88 04/12/2018 9:07 AM
Teknik Pengurusan Kewangan: Celik Wang Hati Senang 89 Punca Masalah Kewangan Antara punca masalah kewangan ialah: 1. Berbelanja mengikut gerak hati Tingkah laku ini sering kali menjadi punca utama masalah kewangan kerana apabila kita berbelanja mengikut gerak hati, kita mudah terlupa tentang kemampuan pendapatan sebenar. Gejala rambang mata tidak dapat dielakkan ketika membeli-belah. Kadang-kadang barang yang dirancang untuk dibeli tidak ditemui, lantas mendorong kita membeli barang lain mengikut gerak hati. Selain itu, dengan kemudahan internet di hujung jari, sebahagian daripada kita lebih suka berbelanja atas talian kerana merasakan ia mudah dan menjimat masa. 2. Boros Sikap boros tanpa kawalan menjadikan sebahagian daripada kita terpengaruh dengan nafsu untuk sentiasa membeli. Sering kali perkara yang dibeli itu sebenarnya tidak perlu. Suasana ini berkemungkinan wujud disebabkan sikap sentiasa tidak merasa cukup. Akibatnya, kemudahan kad kredit disalahgunakan dan tidak terkawal. 3. Kurang Bijak Ramai pengguna yang tidak membuat perbandingan harga dan kualiti terlebih dahulu sebelum membeli, apatah lagi membandingkan harga perunit sesuatu barang di beberapa tempat berlainan. Ada yang suka berbelanja bersama-sama rakan-rakan kaya atau kanak-kanak yang akan mempengaruhi corak pembelian mereka. Pengguna yang selalu menggunakan kad kredit semasa berbelanja berkemungkinan besar berbelanja secara berlebihan. Terdapat juga dalam kalangan kita tidak suka menyemak resit pembelian. Sikap tidak prihatin ini sering kali boleh menjejaskan kedudukan kewangan. Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 89 04/12/2018 9:07 AM
Mutiara ILIM 2018 90 4. Hutang Sikap mudah terpedaya dan demi memenuhi kehendak membeli rumah, kereta, ansuran peribadi dan sebagainya boleh menyebabkan seseorang terjebak dalam krisis keberhutangan yang serius. Apatah lagi, jika dia tidak mampu membayarnya. Unsur riba pada hutang melipatgandakan lagi jumlah pinjaman tersebut. 5. Sikap Ingin Cepat Kaya Masalah kewangan timbul apabila kita menjadi bertambah miskin dalam usaha untuk menjadi kaya. Segelintir masyarakat kita mudah tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya yang tanpa disedari mengundang bebanan hutang, gangguan emosi dan sebagainya. Langkah-Langkah Pengurusan Kewangan Kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu kewangan yang dapat membantu dalam menguruskan kewangan peribadi atau keluarga dengan baik dan berkesan. Antara yang perlu dilakukan ialah mengubah corak perbelanjaan harian dan merancang perbelanjaan demi masa depan yang baik. Dua langkah utama dalam pengurusan kewangan ialah: 1. Merancang perbelanjaan; dan 2. Melaksana dan mengawal perbelanjaan Langkah 1: Merancang Perbelanjaan a) Kenal pasti dan tentukan matlamat dengan jelas sama ada matlamat jangka panjang atau jangka pendek. Jika matlamat banyak, bolehlah disusun mengikut keutamaan; Mutiara ILIM 2018 TEXT Nov v4.indd 90 04/12/2018 9:07 AM