The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myj_84, 2022-05-11 21:00:20

KEJURULATIHAN SUKAN

KEJURULATIHAN SUKAN

KEJURULATIHAN SUKAN

1. Konsep dan atribut jurulatih
2. Peranan dan tanggungjawab jurulatih
3. Etika Kejurulatihan
4. Kemahiran asas kejurulatihan
5. Gaya kejurulatihan
6. Prinsip dan pertimbangan latihan
7. Kaedah latihan
8. Program latihan

Bagaimana perkataan coach
bermula?

• Jurulatih (coach) berasal dari perkataan
hungary iaitu koch (gerabak kuda) yang
bermaksud sejenis pengangkutan yang
mengalih dari satu destinasi ke destinasi
yang baru.

• Dalam konteks yang sama, kejurulatihan
merupakan satu proses di mana seseorang
jurulatih (individu yang memberikan
perkhidmatan kejurulatihan) membolehkan
pelatih (individu yang menerima
perkhidmatan kejurulatihan) beranjak dari
keadaan prestasi yang lama kepada prestasi
yang baru.

Takrif kejurulatihan

• John Whitmore (Coaching for
performance, 1992) – jurulatih ialah
pembuka kunci kepada prestasi
seseorang untuk memaksimumkan
prestasinya.

• Robert Hargrove (Masterful Coaching) –
jurulatih ialah seseorang yang melihat apa
yang individu lain tidak dapat lihat dalam
meningkatkan kualiti perhatian.

• Julio Olalla (Coach and Trainer) – Jurulatih
berperanan dalam memperluaskan kemampuan
seseorang dengan melihat konteks berbanding
membekalkan kandungan. (pelatih dapat melihat
cara baru untuk menggunakan kemahiran sedia
ada).

• Konsep kejurulatihan berkait rapat dengan
hubungan tidak formal antara dua individu
(Coach-trainner) yang mana salah seorang adalah
individu tersebut (coach) berpengalaman dalam
membimbing, bertindak sebagai mentor kepada
learner dan mencapai objektif tugasan spesifiknya
(melatih).

• Secara umumnya, jurulatih merupakan
individu yang berpengalaman dan
bertanggungjawab dalam proses
pembangunan, membantu pelatih secara
spesifik dengan memberi perkhidmatan
secara peribadi untuk meningkatkan
prestasi dengan profesional.

Jurulatih dan kejurulatihan

• Jurulatih Sukan - Merupakan individu yang
berperanan sebagai pelatih, pengajar,
pembimbing dan menjalankan tugas yang
berkaitan dengan sukan.

• Kejurulatihan Sukan - Merupakan proses
yang terancang untuk membantu seseorang
individu atau kumpulan atlet mempelajari
sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai
matlamatnya.

Peranan dan tanggungjawab
jurulatih

• Pendidik – Mendidik atlet dibawahnya
• Pembimbing cara – membimbing dan

membetulkan kemahiran atlet.
• Pendisiplin – menerapkan disiplin kepada

atlet dibawahnya
• Pekerja sosial – Berperanan dalam

memberi pengetahuan dan ilmu kepada
masyarakat.

• Pelajar – belajar sepanjang hayat
(menambah ilmu, skills).

• Pengawal perhubungan awam (Agen
Publisiti) – orang tengah kepada media
untuk mewakili atlet dibawahnya.

• Rakan – menjadi rakan rapat dengan atlet
dibawahnya.

• Saintis – sentiasa mengkaji teknik dan
kaedah-kaedah baru.

Ciri jurulatih yang berjaya

• Berpengetahuan – menguasai
sepenuhnya bidang kejurulatihan dengan
baik.

• Beretika – menerapkan etika yang baik.
• Bermatlamat – mempunyai matlamat yang

jelas.
• Berkomitmen – memberi komitmen penuh

sepanjang melatih.
• Bermotivasi – bermotivasi walaupun

menghadapi cabaran.

• Berupaya mewujudkan keseronokan
dalam latihan – membantu hubungan
yang baik antara jurulatih dan atlet.

• Proaktif - kaedah latihan yang
berkembang, aktif dan selari dengan
keadaan semasa.

• Berorientasikan kejayaan – kaedah latihan
yang membantu atlet dibawahnya
menghasilkan kejayaan.

• Membangun personaliti atlet dan jurulatih
– membentuk atlet dan rakan jurulatih lain
berpesonaliti yang baik.

• Berfalsafah kejayaan – menekankan
falsafah yang berteraskan kejayaan dalam
bidang kejurulatihan.

Tanggunggjawab jurulatih

• Menyediakan Program Latihan –
tanggungjawab utama seorang jurulatih
bagi membantu proses latihan yang lebih
sistematik.

• Pemilihan Pemain/atlet –
bertanggungjawab dalam memilih
pemain/atlet yang sesuai dengan konsep
dan falsafah kejurulatihannya

• Melatih – melatih sepenuhnya
pemain/atlet yang telah dipilih sehingga

• Merangka Strategi – memilih dan menyusun
strategi berdasarkan pegangan falsafah
taktikalnya.

• Mencari Bakat – mencari bakat-bakat baru
bagi mengembangkan perkembangan
kaedah dan latihan mengikut acuannya.

• Menguji Dan Merangka Program
Pembangunan Sukan – sentiasa terlibat
sebagai “subjek” bagi mencuba kaedah-
kaedah dan teknik-teknik baru dalam bidang
yang diceburi.

Etika kejurulatihan

• Etika kejurulatihan merujuk kepada satu
rangkaian prinsip atau nilai kemanusiaan
yang diterima sebagai perlakuan biasa
untuk sesebuah masyarakat ataupun
kelakuan yang lazim.

• Dalam bidang kejurulatihan, terdapat dua
jenis etika bagi seorang jurulatih iaitu etika
profesion dan etika kendiri.

Etika profesion

• Berkelayakan
• Berkelakuan Baik
• Berdisiplin
• Bekerjasama
• Bersikap Positif
• Mengikut Perkembangan Sukan
• Berusaha Memajukan Diri
• Berminat Dalam Sukan Yang Diceburi

Etika kendiri

• Bertanggungjawab Terhadap Tindakan
• Menggalakkan Keharmonian
• Mengeratkan Perpaduan
• Mempunyai Tabiat Kerja Yang Baik
• Mengurus Masa Dengan berkesan

Kemahiran asas kejurulatihan

KEMAHIRAN
KOMUNIKASI

Kemahiran asas kejurulatihan

KEMAHIRAN
TEKNIKAL

FIZIKAL

Kemahiran asas kejurulatihan

KEMAHIRAN
TEKNIKAL

TEKNIKAL

Kemahiran asas kejurulatihan

KEMAHIRAN
TEKNIKAL

TAKTIKAL

Kemahiran asas kejurulatihan

KEMAHIRAN
TEKNIKAL

PSIKOLOGIKAL

Kemahiran komunikasi

• Seorang jurulatih perlu mempunyai
kemahiran komunikasi yang berkesan
bagi membolehkan penyaluran maklumat
berlaku dengan sempurna dengan atlet.

• Secara umumnya, terdapat dua jenis
komunikasi yang perlu dikuasai oleh
seorang jurulatih iaitu komunikasi lisan
(verbal) dan komunikasi bukan lisan
(non-verbal).

Komunikasi lisan (verbal)

• Semua jurulatih menggunakan komunikasi
ini secara maksimum kerana
menggunakan percakapan, bahasa,
intonasi sebagai penyalur maklumat.

• Komunikasi lisan berlaku antara dua
individu atau lebih yang berlaku secara
langsung antara jurulatih dengan atlet.

Kebaikan komunikasi lisan

• Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan
cepat dan sampai kepada penerima.

• Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.
• Komunikasi lisan kebanyakkannya secara tidak

formal dan kejujuran dapat dirasakan.
• Mendapat maklum balas segera antara satu sama

lain selain mengesan maklum balas yang bersifat
dalaman melalui riak muka, respon emosi dan
perubahan tingkah laku.
• Lebih senang untuk menyampaikan mesej kerana
komunikasi lisan melibatkan bersemuka dan boleh
bersoal jawab pada masa yang sama.

Keburukan komunikasi lisan

• Jurulatih yang tidak pandai berkomunikasi
dengan baik mungkin tidak dapat
menyampaikan mesej dengan sempurna.

• Tiada rekod simpanan kekal kerana
berbentuk tidak nyata seperti bercakap.

• Boleh mewujudkan ketegangan spontan
hasil daripada perbezaan dari segi idea,
pendapat antara jurulatih dengan atlet
dan staf.

Komunikasi bukan lisan (non
verbal)

• Komunikasi bukan lisan merupakan
komunikasi yang tidak menggunakan
percakapan.

• Komunikasi bukan lisan boleh berlaku
seperti eye contact, riak muka,
pergerakan badan, tindak balas badan,
body language, simbol, visual
communication, isyarat, tulisan, tingkah
laku, gambar, bunyi, persekitaran.

Kebaikan komunikasi bukan
lisan

• Mesej boleh disesuaikan dengan bakal
penerima.

• Dalam bentuk rekod tetap dan boleh
disimpan lama.

• Tiada had penerima maklumat seperti
akhbar, majalah, media elektronik.

• Mesej dapat disampaikan dengan cepat
dan mudah kepada individu lain.

Keburukan komunikasi bukan
lisan

• Jurulatih yang tidak mempunyai kawalan
terhadap mesej yang dihantar dan tidak
boleh menentukan pembacanya.

• Maklum balas tidak diterima dengan segera.
• Kemungkinan penerima hanya memahami

sebahagian mesej yang diterima.
• Mudah untuk wujud keadaan salah faham

kepada penerima hasil tafsiran yang kurang
tepat.
• Mesej yang disampaikan tidak jelas.

• Komunikasi Lisan membabitkan bahasa yang
digunakan, perkataan yang dipilih, nada suara dan
kelajuan suara.

• Komunikasi Bukan Lisan merangkumi pandangan
mata (eye contract), ekspresi muka, gerak geri, cara
berpakaian, penampilan dan orientasi badan.

Kemahiran teknikal

• Kemahiran teknikal merujuk kepada
penguasaan yang baik terhadap kemahiran
dalam sukan yang diceburi oleh jurulatih.

• Seorang jurulatih yang baik perlu menguasai
pergerakan-pergerakan asas dalam sukan
yang diceburi selain pergerakan asas seperti
berlari, melompat, memecut, ketangkasan
selain menggunakan alatan seperti bola,
kayu, raket bagi membantu melakukan
demostrasi dan model kepada pelatih.

Kemahiran taktikal

• Kemahiran taktikal merujuk kepada strategi,
perancangan atau pelan yang merangkumi
formasi, aplikasi kemahiran teknik yang
pelbagai, manipulasi situasi bagi mendapat
kelebihan semasa bersaing.

• Seorang jurulatih perlu mempunyai
kemahiran taktikal yang tinggi bagi
membantu pelatih yang dilatihnya
mengaplikasikan pelan dan strategi bagi
mendapat keputusan yang maksimum.

Kemahiran psikologikal

• Kemahiran psikologikal merujuk kepada proses
psikologi dalam membangkitkan prestasi pelatih
sama ada sebelum, semasa dan selepas
pertandingan dengan memanipulasi dan
meransang mental pelatih untuk membangkitkan
dan mengawal kebangkitan.

• Seorang jurulatih yang baik mampu menjana
prestasi pelatih dibawah seliaannya dalam
mengawal, mengatasi tekanan, fokus, mentafsir
dan menukar ketegangan kepada kawalan
semasa bertanding.

• Keberkesanan proses psikologi memerlukan

• Keberkesanan seorang jurulatih
mengaplikasikan teori atribusi yang baik akan
menjamin peningkatan prestasi yang lebih
baik pada masa mendatang.

• Kemampuan seorang jurulatih yang boleh
meningkatkan prestasi atletnya dengan kadar
cepat melalui proses komunikasi yang
berkesan, permainan psikologikal selain
penggunaan kata-kata yang dapat
meningkatkan prestasi semasa merupakan
satu kemahiran utama dalam era sukan pada

Gaya kejurulatihan

• Gaya kejurulatihan terbahagi kepada 4
jenis iaitu:-
- Autokratik
- Demokratik
- Leissez-faire
- Behavioristik

Gaya autokratik

• Gaya autokratik menggunakan kuasa dan autoriti
yang ada untuk mengawal atlet dalam pasukannya.

• Kejayaan gaya ini bergantung pada keupayaan
jurulatih untuk memupuk perasaan percaya dan
hormat dalam kalangan atlet terhadap dirinya.

• Bagi jurulatih yang lemah atau tidak ada pengalaman,
pendekatan ini sesuai diamalkan kerana beliau hanya
perlu menurunkan arahan kepada atlet tentang jenis
tugas yang perlu dilaksanakan dan masa tugas
tersebut perlu disempurnakan.

• Jurulatih yang mengamalkan gaya ini akan membuat
keputusan yang berkaitan dengan tugas,
mengekalkan arahan dan memastikan arahan itu
dipatuhi.

Kelebihan gaya autokratik

• Keputusan dapat dibuat dengan cepat tanpa
melibatkan banyak mesyuarat dan
perbincangan.

• Penerimaan ahli pasukan terhadap sesuatu
usul membolehkan rancangan dilaksanakan
dengan cepat dan berkesan.

• Jurulatih yang kurang berpengalaman dapat
melaksanakan tugasnya dengan berkesan
kerana ahli pasukan hanya menurut arahan
yang diberikan.

• Jurulatih juga dapat mengawal pelatih
dengan mudah.

Kelemahan gaya autokratik

• Boleh mewujudkan amalan “pak turut”.
• Ahli pasukan juga tidak diberi peluang untuk

mengutarakan pandangan atau cadangan
mereka.
• Program latihan ditentukan oleh jurulatih
tanpa mengharapkan cadangan atau input
daripada ahli pasukan.
• Ahli pasukan menerima arahan daripada
jurulatih tanpa sebarang pertikaian.
• Sebarang kelemahan atau kesilapan dalam
program latihan sukar diperbaiki.

Gaya Demokratik

• Jurulatih menggunakan kuasa formal dengan
sepenuhnya apabila memimpin pasukannya, tetapi
beliau juga tidak mengabaikan kuasa tidak formal
yang ada.

• Jurulatih menggunakan pemikiran konstruktif serta
bersedia berkongsi idea dan bekerjasama dengan
para atlet semasa membuat sesuatu keputusan.

• Jurulatih membenarkan tingkah laku bebas dalam
kalangan atletnya dan akan membuat penilaian
terhadap pasukan atlet dari semasa ke semasa untuk
menilai sejauh mana sesuatu matlamat telah dicapai.

• Jurulatih demokratik mengamalkan perhubungan
awam yang baik dan komunikasi yang berkesan.

Kelebihan gaya demokratik

• Meningkatkan peranan dengan
maksimum ahli pasukan kerana mereka
diberi peluang untuk membuat keputusan
dan melaksanakan keputusan.

• Dapat memupuk semangat setiakawan
dalam kalangan ahli pasukan.

• Menggalakkan ahli pasukan untuk
menyokong antara satu sama lain bagi
mencapai tahap prestasi yang tinggi.

Kelemahan gaya demokratik

• Terpaksa mengambil masa yang lama
untuk membuat keputusan kerana
telampau banyak cadangan yang
diberikan.

• Perkara perkara kecil mungkin sengaja
dibesar-besarkan semasa sesi
perbincangan.

• Kualiti keputusan bergantung pada
keupayaan umum ahli pasukan itu sendiri.

Gaya Laissez-faire

• Gaya ini menekankan “kebebasan” dan
berkonsepkan bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas apa yang dilakukan.

• Jurulatih tidak berusaha menentukan cara
bagaimana pelatih patut belajar, banyak
mana dan apa yang patut mereka pelajari.

• Hampir keseluruhan perlakuan adalah
berdasarkan budi bicara pelatih itu sendiri
dan jurulatih hanya sebagai pemudah cara
apa yang ingin dilakukan oleh atlet.

Kelebihan gaya Laissez-faire

• Program latihan tidak perlu pemantauan
yang sepenuhnya.

• Sesuai dengan bilangan atlet atau pemain
dikendalikan dalam bilangan yang ramai.

• Gaya ini sesuai dengan atlet profesional
dan sudah mencapai tahap kemahiran
yang tinggi.

• Tidak wujud tekanan kepada pelatih atau
ahli dalam suatu pasukan.

Kelemahan gaya Laissez-faire

• Mewujudkan pelatih atau ahli pasukan yang
besar kepala, tidak berdisiplin, tiada nilai
sikap yang positif.

• Cenderung mewujudkan ketidakpercayaan
atlet terhadap kemampuan jurulatih dalam
membimbingnya ke arah prestasi yang
optimum.

• Menimbulkan unit-unit kecil atau berpuak-
puak dalam pasukan.

• Mudah untuk wujud tiada hala
tuju/terumbang ambing dikalangan pelatih.

• Di samping itu terdapat pula
kecenderungan perilaku jurulatih yang
lebih mementingkan tugas organisasi.

• Pada dasarnya, ada dua jenis individu
yang menggunakan gaya ini iaitu
berorientasi kepada pihak atasan dan
berorientasikan kepada orang bawahan.

Gaya Behavioristik

• Gaya ini adalah merujuk kepada tingkah
laku seseorang (dalam konteks gaya
kejurulatihan behaviortistik, ia melihat
kepada perilaku jurulatih itu sendiri).

• Jurulatih cenderung mementingkan
pelatihnya dan bercirikan sebagai individu
yang peramah, pembela, pendengar,
penerima usul dan sentiasa memikirkan
kesejahteraan pelatihnya.

Kelemahan gaya behavioristik

• Hanya menuruti apa sahaja arahan pihak
atasan bagi jurulatih yang menggunakan stail
behavioristik atasan sehingga perkara yang
bertentangan dengan prinsip atau caranya
terpaksa dituruti.

• Mewujudkan atlet atau ahli dalam pasukan
pengurusan yang bebas membuat apa
sahaja sambil menganggap bahawa jurulatih
akan sentiasa membela walaupun
melakukan kesalahan serius.

Kelebihan gaya behavioristik

• Atlet atau ahli dalam pasukan pengurusan
termasuk pemain dan pegawai yang diketuai
oleh jurulatih akan sentiasa yakin dan rasa
dihargai kerana menjadi kepentingan jurulatih.

• Mudah untuk memupuk semangat berpasukan
dan perpaduan dikalangan atlet atau ahli dalam
pasukan pengurusan yang diketuai oleh jurulatih.

• Moralisme yang tinggi dikalangan atlet atau ahli
dalam pasukan pengurusan.

Gaya kepimpinan

• Kematangan atlet
- Kriteria utama dalam pemilihan sebagai ketua
pasukan/pengerusi/pengurus/presiden.
- Tahap kematangan seseorang diukur dari sudut
tempoh penglibatan, pengalaman, mengawal, ciri
kepimpinan,personaliti,mendapat
kepercayaan ahli pasukan.
- Lazimnya, seseorang yang matang mempunyai
ketegasan,komunikasi yang baik,mudah
memahami arahan dan memberi arahan, mampu
membawa pasukan mengatasi ketegangan,
mempunyai tahap ketenangan yang baik.

• Keperluan organisasi sukan
- Sebuah organisasi/pasukan memerlukan
seorang pemimpin yang boleh mengawal
orang bawahannya lebih-lebih lagi organisasi
besar, organisasi bermasalah dan organisasi
yang mempunyai rekod baik.
- Lazimnya, ciri pemimpin/ketua yang menjadi
keperluan organisasi adalah seperti tegas,
berpengetahuan, kreatif, visi dan misi yang
jelas, mempunyai rekod bersih,
berpengalaman.

• Situasi semasa
- Pemimpin/ketua ini dipilih atas kapasiti
menggantikan pemimpin sebelum ini
secara tiba-tiba, spontan, pelan
kontengensi.
- Ciri pemimpin ini adalah seperti
berpengalaman, penolong kepada
pemimpin sebelum ini, mendapat
sokongan majoriti ahli pasukan, mampu
mengawal pasukan


Click to View FlipBook Version