The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-30 09:51:17

Uthmaniyah Melaka

Uthmaniyah Melaka

Melaka. Catatan-catatan Portugis yang dipetik dari buku Portuguese
Documents On Malacca (1509-1511) dianggap sebagai satu sumber
yang kukuh tentang Kesultanan Melayu Melaka. Di samping itu,
sumber ini disokong oleh catatan-catatan Portugis yang lain seperti
Suma Oriental dan The Book of Duarte Barbosa. Selain dari fungsi
Melaka yang menjadi sebagai tempat perkumpulan dan perdagangan
hasil-hasil rempah dari seluruh Nusantara, kebijaksanaan pemimpin
Melaka dalam melaksanakan polisi-polisi terhadap pedagang asing
menyebabkan Melaka menjadi tempat tumpuan para pedagang dunia
pada ketika itu.

Dengan status Melaka sebagai salah sebuah pelabuhan yang terkaya
dan terpenting di dunia, maka sangat mustahil nama Melaka tidak
dikenali oleh Daulah Uthmaniyah. Dengan status Melaka sebagai pusat
perdagangan rempah dunia dan tumpuan pedagang-pedagang Islam
dari seluruh dunia, maka adalah sangat munasabah bahawa wujudnya
hubungan dua hala antara Daulah Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu
Melaka. Tambahan pula kedua-dua buah kerajaan ini adalah kerajaan
Islam.

42

KEPENTINGAN

UMETLHAKMAAPANDIAYAH

Sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia dan
pelabuhan utama perdagangan rempah, Melaka sangat
penting bagi seluruh dunia Islam. Kerajaan-kerajaan Islam
pada ketika ini menerima manfaat keuntungan dari perdagangan
rempah yang didagangkan dari Melaka. Oleh itu, Melaka boleh
dianggap sebagai kunci kekayaan ekonomi bagi kerajaan-kerajaan
Islam di dunia pada ketika itu.

43

Melaka mampu menjadi pelabuhan terkaya di dunia disebabkan semua
hasil mahsul perdagangan yang boleh didapati di gugusan kepulauan
Nusantara (Alam Melayu) dikumpulkan di pelabuhan Kota Melaka.
Hasil mahsul ini termasuklah rempah ratus yang merupakan komoditi
paling berharga di dunia pada ketika itu. Tome Pires menukilkan
dalam Suma Oriental seperti berikut:-

Di samping pulau-pulau yang berjumlah sangat banyak, (ada
juga) wilayah-wilayah lain yang menyediakan hamba dan
menghasilkan beras. Tempat-tempat tersebut tidak melakukan
banyak perdagangan dan oleh kerana itu namanya tidak
disebutkan. Hanya orang-orang dari tempat-tempat tersebut
di atas yang datang ke Melaka dengan menaiki jong, penjajap
dan kapal-kapal. Sebaliknya, orang-orang pun belayar dari
Melaka ke tempat-tempat tersebut. Hal ini akan dibahas lebih
lanjut dalam pembahasan tiap-tiap wilayah. Pada akhirnya, di
Melaka lah kita menemui penggunaan lapan puluh empat bahasa.
Masing-masing bahasa tersebut memiliki ciri khasnya, sebagaimana
yang disaksikan oleh penduduk Melaka.1

Pelabuhan Melaka yang menjadi tempat pengumpulan hasil mahsul
dari seluruh Nusantara menyebabkan pedagang-pedagang dari dunia
luar tertarik dengan Melaka. Keadaan ini turut menyebabkan Melaka
berfungsi sebagai penyalur utama kekayaan kepada kerajaan-kerajaan
Islam di seluruh dunia. Dengan sebab itu, Tome Pires telah menukilkan
di dalam Suma Oriental kata-kata berikut:-

1 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II), Hlm 268 -
269

44

Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang
mencekik leher (dapat menguasai) Venice.2

Kata-kata ini membuktikan bahawa manfaat perdagangan dari
Melaka menjangkau hingga ke Eropah. Maka sesiapa yang menguasai
keseluruhan perdagangan yang wujud di Melaka, maka dia akan dapat
menguasai perdagangan dunia. Ini kerana sumber kekayaan dunia pada
ketika itu iaitu perdagangan rempah bermula dari Melaka. Peranan
Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa juga diakui oleh Tun
Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Tun Seri Lanang menukilkan
seperti berikut :-

Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya
datang ke Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman
itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni
perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis
dagang ada di sana; tambahan segala Orang Besar-besarnya pun
sangat saksama.3

Kepentingan Melaka pada kerajaan-kerajaan Islam boleh dibuktikan
melalui ucapan Alfonso de Albuquerque. Setelah enam belas hari
sejak serangan terakhir ke atas Kota Melaka, Alfonso de Albuquerque
telah memanggil semua kapten-kapten Portugis untuk menghadiri
satu mesyuarat. Dalam majlis tersebut, beliau telah berucap seperti
berikut:-

2 Ibid, Hlm 287
3 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 80

45

Illustrasi kedatangan pedagang-pedagang Turki Uthmaniyah di pelabuhan
Melaka.

Kota ini adalah sumber yang paling besar bagi rempah-rempah, ubat-
ubatan dan kekayaan di seluruh dunia. Kota ini dihuni oleh peniaga-
peniaga yang paling kaya, dan ianya wujud di atas manfaat-manfaat
perdagangan. Kebanyakan pedagang adalah orang Islam, yang
tinggal di setiap negeri yang dikenali di India dan juga di tempat-
tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu untuk berdagang di
pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak boleh membekalkan
rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti
yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice. Kota
ini adalah sumber perdagangan yang mengalir ke Calicut sebelum
kita menakluki India.

46

Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api
umat Islam akan dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan
tersebar lebih jauh lagi dengan sendirinya. Ini juga boleh menjadi
punca umat Islam meninggalkan India. Kita telah mengambil dari
mereka mata air mereka di India, dan jika kita mengambil yang satu
ini (Melaka) juga, mereka (umat Islam) tidak akan mempunyai
negara untuk menyara mereka.

Di semua tempat (yang kami singgah) tidak ada petunjuk pada mana-
mana kota lain di mana rempah boleh didapatkan. Ini adalah komoditi
utama yang mana dengannya umat Islam menjalankan perniagaan,
dan jika kita mengambil perdagangan itu daripada mereka, maka
tidak perlu untuk menggunakan apa-apa cara lain untuk menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan armada kita yang telah dibawa ke sini.
Walau bagaimanapun, ianya sangat penting untuk kita memiliki
armada di laut secara berterusan bagi menghalang orang-orang
Islam dari membawa kekayaan-kekayaan ke Mekah sebagaimana
mereka membawanya ke sini.

Kamu semua akan menyedari bahawa lapan buah kapal orang
Islam (Melaka) yang telah kita tawan boleh menampung kargo
lebih daripada dua puluh buah kapal-kapal (galleon) kita. Berapa
banyak lagi yang boleh di bawa ke dalam semua kapal-kapal
Melaka yang mana setiap hari meninggalkan pelabuhan ini,
di samping kapal-kapal yang dimiliki oleh pedagang asing! Dari sini
lada-lada lebih banyak di ambil ke Timur Tengah berbanding dari
Calicut. Dengan hanya setengah pusingan kunci laluan ini akan
ditutup, maka Raja, penguasa kita, akan menjadi penguasa bagi
seluruh perdagangan ini.

47

Melaka adalah sebuah kota yang besar, dan ianya kelihatan sukar
untuk ditawan. Ini akan menjadi begitu jika Sultan mempunyai
sebuah lagi kota yang lain yang dia boleh mengukuhkannya;
tetapi dia tidak memilikinya. Jika dia kehilangan Melaka, dia akan
mengalami kerugian yang mutlak.

Maka boleh dikatakan bahawa jika kita mengambil kota ini dengan
kekerasan, pedagang asing bukan Islam akan lari daripada
kota ini, dan tidak ada bekalan lagi yang boleh didapati, kerana
bekalan-bekalan datang dari luar negara untuk orang-orang
ini. Aku beritahu pada kamu semua, kita hanya memerlukan
Ninachatu untuk kekal, bersama-sama dengan saudara-mara
dan kawan-kawannya. Dengan sebab itu, aku akan memberikan
keselamatan kepadanya dan meletakkan kepercayaanku padanya
Dia dan pengikutnya akan kekal di sini dan akan memujuk orang-
orang lain untuk turut kekal di sini. Mereka sudah biasa hidup di
bawah kuasa dan kezaliman orang-orang Melayu, yang bersikap
tidak munasabah, bangga diri dan tanpa kebenaran dan keadilan.
Mereka sudah tentu akan lebih suka cara kita memberikan
keadilan, kehalusan dan kelembutan cara Raja kita, kedaulatan
kita, mahukan kita melayan orang-orang yang ingin menjadi
pengikutnya di wilayah-wilayah ini.

Aku tidak mengatakan bahawa orang-orang yang melarikan diri
pasti akan kembali semula untuk menghuni Melaka, tetapi dari
India mereka yang lain akan datang untuk tinggal di dalamnya
dan mereka akan mendirikan tembok-temboknya dengan emas.
Aku nyatakan semua ini di hadapan kamu supaya aku berharap
kamu semua memberitahuku semula sama ada kamu setuju untuk
membina sebuah kubu di kota ini.

48

Ini adalah keinginanku, semasa aku mentadbir India, di mana aku
sama sekali tidak akan mendarat bersama orang-orangku, atau
berperang, sekiranya tempat ini tidak dilindungi dengan sebuah
kubu. Padaku, ianya seolah-olah hanya semata-mata menawan
satu tempat dengan kehilangan nyawa-nyawa sebahagian tentera
dan meninggalkannya tanpa sebarang manfaat buat Raja,
penguasa kita, yang tidak akan memberi risiko kematian ke atas
seorang lelaki pun, jika boleh, bagi mendapatkan semua kekayaan
yang boleh diperolehi.4

Fernao Lopes De Castanheda turut menyatakan bahawa
penaklukan ke atas Melaka menyebabkan aktiviti perdagangan
Islam di Laut Merah dapat dihentikan. Laut Merah merupakan
penghubung di antara orang-orang Islam di Asia dengan kerajaan
Turki Uthmaniyah. Fernao Lopes De Castanheda menyatakan
dalam History of The Exploration & Conquest of The Indies By
The Portuguese seperti berikut:-

Faktanya bahawa apabila dia telah menawan Melaka membawa
makna bahawa hampir semua perdagangan rempah-rempah
yang dikendalikan oleh orang-orang Islam ke Laut Merah telah
dihentikan, kerana, selain daripada Calicut, Melaka merupakan
sumber utama rempah-rempah. Semua yang ditinggalkan kepada
orang-orang Islam adalah perdagangan dari Calicut, yang mana
ianya sedikit berbanding dari Melaka, dan sedikit yang telah
dihalang oleh tentera-tentera Portugis yang mengawal pantai
Malabar.

4 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 341

49

Melaka adalah penaklukan yang agung, dan ia memerlukan
seorang gabenor yang lain dengan tenaga kerja dan satu armada
tentera miliknya sebagaimana gabenor di India; disebabkan
dalam kawasan Melaka terdapat lebih ramai umat Islam, lebih
banyak kekayaan dan lebih ramai pedagang yang kaya berbanding
di India.5

Daulah Uthmaniyah turut menerima manfaat ekonomi dan perdagangan
dari kekayaan Melaka. Melalui Melaka, Daulah Uthmaniyah dapat
menguasai perdagangan rempah di Eropah. Rempah sangat berharga
pada ketika itu. Selain daripada fungsinya sebagai penyedap dan
pengawet makanan, rempah juga sangat berguna bagi tujuan perubatan.
Hospital-hospital yang didirikan dalam Daulah Uthmaniyah sangat
memerlukan rempah bagi tujuan merawat pesakit.

Di samping itu, fungsi rempah sebagai pengawet makanan dan
perubatan menjadikannya sangat penting dalam bidang ketenteraan.
Pada zaman itu, tentera-tentera memerlukan rempah untuk mengawet
makanan supaya bekalan makanan ketika berperang dapat bertahan
lama. Selain itu, tentera-tentera yang sakit juga dapat diubat dengan
bahan-bahan dari rempah ratus. Ini bermakna, angkatan tentera yang
memiliki bekalan rempah ratus paling banyak, maka angkatan tentera
tersebut memiliki kelebihan ke atas musuh-musuhnya.

5 Ibid. Hlm 365

50

Sejak mula menawan Konstantinople pada tahun 1453, Daulah
Uthmaniyah telah menyedari tentang betapa pentingnya penguasaan
ke atas perdagangan rempah di Eropah. Oleh itu, langkah yang diambil
oleh Sultan Muhammad al-Fatih ialah dengan mewujudkan hubungan
diplomatik bersama kerajaan-kerajaan Islam yang menguasai
perdagangan rempah seperti Kesultanan Bijapur, Bahmani, Gujerat,
Bengal dan tidak terkecuali Melaka. Pius Malakandathil menyatakan
di dalam Maritime India : Trade, Religion and Polity in the Indian
Ocean seperti berikut:-

“Keinginan Uthmaniyah untuk mengawal laluan-laluan perdagangan
di antara Eropah dan dunia timur begitu juga dengan pusat-
pusat perdagangan yang strategik yang berada dalam laluan
perdagangan ini mula menyala dengan penaklukan Konstantinople
pada tahun 1453 oleh Muhammad II. Kemajuan berikutan
peristiwa genting itu menunjukkan bahawa minat Uthmaniyah
tidak hanya terbatas kepada pengawalan laluan perdagangan
di timur semata-mata, tetapi melanjutkan kepada kemungkinan
yang paling jauh iaitu memperolehi kekayaan dari setiap sumber
perdagangan di India dan mewujudkan lingkungan pengaruh pada
tahap-tahap yang berbeza. Kita menemui ramai pengembara-
pengembara dan pedagang-pedagang berhijrah ke India dari
Konstantinople pada waktu itu selepas penaklukan kota tersebut oleh
Uthmaniyah.6

6 Pius Malakandathil, 2010. Maritime India : Trade, Religion and Polity in the
Indian Ocean. Hlm 110

51

Istanbul

Hormuz
Aden

Laluan pedagangan rempah dari Kota
Melaka ke Istanbul.

52

Calicut
Kota Melaka

53

Penulis di hospital Uthmaniyah yang dipanggil 'Darus Syifa' yang dibina
oleh Sultan Bayezid II. Hospital yang terletak di Erdine ini dibina pada
tahun 1484 Masihi.

54

55

Ubat-ubatan utama yang digunakan di Hospital Sultan Bayezid II ini
terdiri dari rempah ratus yang mana Kota Melaka merupakan pusat
perdagangan rempah ratus yang utama di dunia pada ketika itu.

56

Illustrasi Darus Syifa (hospital) di Kota
Melaka pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

HKEOSSUPLITTAALNAKNOTMAEMLEALYAUKMAEZLAAMKAAN

Tome Pires mencatatkan bahawa kemudahan hospital telah pun
wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Catatan ini tidaklah
menghairankan memandangkan kemudahan hospital atau klinik
sememangnya sudah lama wujud dalam negara-negara Islam. Sebagai
contoh, Hospital Ibnu Tulun di Kaherah yang dibina pada tahun 872
di Kaherah dan Hospital Qayrawan di Tunisia yang ditubuhkan pada
abad ke-12. Apatah lagi pada abad ke-15, Melaka diiktiraf sebagai
salah satu sumber ubat-ubatan di dunia sebagai mana catatan Portugis.

Rujukan: Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires
An Account of East, From The Sea to China and The Book of Francisco
Rodrigues (Volume II), Hlm 274

57

Penguasaan Uthmaniyah ke atas komoditi rempah di Eropah
menjadikannya lebih berkuasa. Kerajaan-kerajaan lain di Eropah
terpaksa bergantung pada Uthmaniyah bagi mendapatkan bekalan
rempah yang mana Daulah Uthmaniyah mendapatkannya dari Melaka.
Maka tidak hairanlah jika seorang penulis dari Turki yang bernama
Zafer Ozcan menyatakan bahawa hubungan perdagangan terjalin di
antara Daulah Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu pada tahun 1471
iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih dan
Sultan Mansur Syah.7

Hubungan perdagangan di antara Melaka dan Turki Uthmaniyah
juga telah dijelaskan oleh Nayef R. F. al-Rodhan di dalam buku yang
bertajuk “The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of the West”.
Beliau menulis seperti berikut :-

“Kemudian setelah itu, Melaka telah menggantikan Jawa sebagai
pusat utama perdagangan di Nusantara. Melaka meluaskan
jaringan-jaringan perdagangannya ke Gujerat, Dhabol, Bengal dan
Coromandel di India, ke China dan Ryukyu, ke Parsi dan empayar
Uthmaniyah, begitu juga ke Laut Mediterranean.” 8

Kedatangan pedagang-pedagang Turki Uthmaniyah ke pelabuhan
Kota Melaka seperti mana yang dicatatkan oleh Tome Pires juga
membuktikan bahawa wujudnya hubungan perdagangan di antara
kedua-dua pihak. Sebagai sebuah kerajaan yang ulung, Daulah
Uthmaniyah pasti tidak ketinggalan dalam mengambil manfaat
perdagangan rempah dari Melaka. Bukan sahaja perdagangan rempah

7 Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Hlm 57- 58
8 Nayef R. F. al-Rodhan. 2012. The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of
the West. Hlm. 107

58

yang boleh didapati, malah barang-barang bernilai yang lain turut
boleh didapati di pelabuhan Melaka. Dalam Suma Oriental dinyatakan
seperti berikut:-

Orang-orang Islam datang dari Kaherah, Mekah, Aden, dan
Habsyah, orang-orang dari Kilwa, Malindi, Hormuz, Parsi, Rum
(Turki Uthmaniyah), Turki, Turkmen, orang Kristian Armenia, orang
Gujerat, Chaul, Dabhol, Goa, Kerajaan Dekkan, Malabar, Kalinga,
para pedagang dari Orissa, Sri Lanka, Bengal, Arakan, Pegu, Siam,
Kedah, Melayu Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochincina,
China, Lequeos (Taiwan), Brunei, Lucoes (Luzon, Filipina),
Tanjungpura, Laue, Bangka, Lingga, Maluku, Banda, Bima, Timor,
Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Inderagiri,
Kappata, Minangkabau, Siak, Arkat, Aru, Batak, Negeri Tamiang,
Pasai, Pedir dan Maladewa (Maldives).9

Kapal dari Kaherah, Mekah dan Aden tidak akan dapat sampai
di Melaka dalam satu musim hujan. Begitu juga dengan kapal
yang berasal dari Parsi, Hormuz, Turki Uthmaniyah, Turki, Armenia
dan lain-lain.10

Komoditi utama yang dibawa pulang dalam pelayaran adalah
cengkih, bunga pala, biji pala, kayu cendana, biji mutiara, porselin,
sedikit wangian kasturi, tanaman perubatan lidah buaya dalam
jumlah yang sangat besar, kemenyan dan beberapa barang lain dalam
jumlah yang mencukupi. Selain itu, mereka juga membawa emas, kain

9 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II),
Hlm 268
10 Ibid. Hlm 269

59

sutera, timah, kain dewangga putih yang mereka perolehi dengan
susah payah, sutera berwarna-warni, burung-burung asal Banda
yang bulunya akan dipakai sebagai perhiasan oleh orang-orang Turki
Uthmaniyah, Turki dan Arab.11

Prof Azyumardi Azra menyatakan bahawa terdapat satu laporan
yang dicatatkan oleh seorang Laksamana Uthmaniyah yang bernama
Salman Reis pada tahun 1525 seperti berikut:

“Mereka (Portugis) juga menguasai pelabuhan (Pasai) di sebuah
pulau besar yang dipanggil Shamatirah (Sumatera) ... terletak
melepasi ke hadapan pulau Ceylon yang dimaklumi. Dikatakan
mereka (Portugis) memiliki dua ratus orang tentera kafir. Dengan dua
ratus orang tentera kafir itu, mereka juga menawan pelabuhan Melaka
yang terletak bertentangan dengan Sumatera .... Kesemua rempah
datang dari pulau-pulau ini. Sekarang rempah-rempah ini jatuh ke
tangan Portugal. Dahulu, sebelum Portugis menawan pelabuhan ini
(Melaka), sejumlah besar hasil diperolehi (oleh Uthmaniyah) dari
rempah di Mesir dan sejumlah besar barang dagangan yang boleh
didapati. Dikatakan bahawa Portugis yang terlaknat dapat menawan
pelabuhan yang dinyatakan di atas dengan dua ribu orang tentera
sahaja. Oleh itu, apabila kapal-kapal kita sudah bersedia, dan Insya
Allah, bergerak melawan mereka, kemusnahan mereka akan dapat
dielakkan, untuk satu benteng tidak akan dapat menyokong benteng
yang lain dan mereka tidak mampu untuk membentuk satu pakatan
musuh yang bersatu.” 12

11 Ibid., Hlm 270
12 Azyumardi Azra. 2008. 1530 – 1670 : A Race Between Islam Christianity?. Dlm
Jan Sihar Aritonang & Karel Adriaan Steenbrink (pnyt.) A History of Christianity
in Indonesia. Hlm 15

60

Catatan-catatan di atas jelas membuktikan bahawa betapa pentingnya
pelabuhan Melaka kepada Daulah Uthmaniyah. Sepertimana kata-
kata Afonso de Albuquerque bahawa Melaka telah membekalkan
rempah ratus, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti yang
sangat besar ke Kaherah, Iskandariah dan Venice. Maka sudah tentu
Melaka juga menjadi pembekal utama barang-barang tersebut bagi
Daulah Uthmaniyah. Maka tidak hairanlah jika ramai pedagang-
pedagang dari Turki Uthmaniyah telah singgah di pelabuhan Melaka
sepertimana yang dicatatkan oleh Tome Pires.

Namun begitu, setelah Portugis menguasai Melaka, Aceh
mengambil peranan Melaka sebagai pusat perdagangan bagi
pedagang-pedagang Islam. Dengan sebab itu, pedagang-pedagang
dari Turki Uthmaniyah mula berpindah ke Aceh. Dr. Ahmad
Dahlan menukilkan seperti berikut:-

“Sejak Portugis menguasai Pelabuhan Melaka, saudagar-saudagar
Islam dari Gujerat, Turki, Parsi dan Jazirah Arab enggan berlabuh di
Melaka dan memilih Aceh sebagai tujuan.” 13

13 Ahmad Dahlan. 2014. Sejarah Melayu. Hlm. 165

61

KPAEDPAENZTAIMNGAANNDRAEHMULPUAH RATUS

1) UBAT-UBATAN

Salah satu kegunaan rempah ratus yang menyebabkan ianya sangat
bernilai ialah penggunaannya dalam bidang perubatan. Hospital-
hospital terutamanya dalam wilayah-wilayah Islam menjadikan
rempah ratus dari timur sebagai ubat-ubatan bagi banyak penyakit-
penyakit klinikal seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya.
Hospital-hospital dalam Daulah Uthmaniyah turut menggunakan
rempah ratus dari Alam Melayu sebagai ubat-ubatan ketika merawat
pesakit.

2) PENGAWET MAKANAN

Rempah ratus adalah satu-satunya bahan yang mampu mengawet
makanan pada zaman dahulu. Maka ianya sangat berguna bagi
angkatan tentera dalam peperangan dan pedagang-pedagang dalam
pelayaran di mana rempah ratus dapat memanjangkan tempoh luput
bekalan-bekalan makanan mereka.

62

3) PEMANAS BADAN

Bagi negara-negara sejuk seperti wilayah Daulah Turki
Uthmaniyah yang terletak di Eropah, rempah ratus merupakan satu
agen yang baik bagi memanaskan badan. Kebiasaannya bangsa-
bangsa Eropah yang bukan beragama Islam akan menggunakan
arak sebagai bahan pemanas badan. Maka rempah ratus menjadi
alternatif yang sangat baik untuk memanaskan badan bagi umat
Islam yang tinggal di wilayah-wilayah yang sejuk

4) PENYEDAP MAKANAN

Rempah ratus menjadi rebutan para pedagang suatu ketika dahulu
kerana ianya mampu menjadi bahan penyedap makanan. Rempah
ratus juga menjadi bahan pelembut daging yang utama.

5) BAHAN PERTUKARAN KOMODITI

Disebabkan nilainya yang begitu tinggi, rempah ratus menjadi
bahan pertukaran komoditi yang utama di samping emas dan
perak di kalangan pedagang-pedagang dunia pada ketika itu.
Ini bermakna rempah ratus boleh berfungsi sebagai matawang.
Semua komoditi perdagangan seperti permaidani, kain, lampu
kaca, minyak wangi, senjata, haiwan tunggangan dan lain-lain
boleh ditukar dengan rempah ratus.

63

MRUTEEAMLMAPAKAAHBASRGEABITUPASEGRADDIIAPDGEULANANIBAGUAHNAN
IMPORT

JAWA

SUMATERA MALUKU

KALIMANTAN MELAKA SULAWESI

AMBON PULAU
BANDA

BIMA

64

EKSPORT

CHINA

TURKI INDIA
UTHMANIYAH

MESIR MELAKA RYUKU
(JEPUN)

PARSI SIAM

AFRIKA

65

Kata-kata Alfonso de Albuquerque:-

“Kota Melaka adalah sumber yang paling besar bagi rempah-rempah,
ubat-ubatan dan kekayaan di seluruh dunia. Dari sini lada-lada lebih
banyak diambil ke Timur Tengah berbanding dari Calicut. Dengan
menakluki Melaka, umat Islam tidak akan mempunyai negara untuk
menyara mereka.”

Rujukan : M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From
1509-1511. Hlm 341

Kata-kata Tome Pires :-

“Terdapat ramai pedagang-pedagang Turki Uthmaniyah yang kami
memanggilnya sebagai ‘orang Rum’ yang berdagang di Kota Melaka.
Komoditi utama yang dibawa pulang oleh pedagang-pedagang Turki
Uthmaniyah dalam pelayaran dari Melaka adalah cengkih, bunga
pala, biji pala, kayu cendana, biji mutiara, porselin, sedikit wangian
kasturi, tanaman perubatan lidah buaya dalam jumlah yang sangat
besar, kemenyan, emas, kain sutera, timah, kain dewangga putih,
sutera berwarna-warni, bulu-bulu burung yang berasal dari Pulau
Banda yang akan dipakai sebagai perhiasan oleh
orang-orang Turki Uthmaniyah serta beberapa
barang lain dalam jumlah yang mencukupi.”

Rujukan : Armando Cortesao (1944), The Suma
Oriental of Tome Pires An Account of East, From
The Sea to China and The Book of Francisco
Rodrigues (Volume II), Hlm 268-270

66

MELAKA

KETIKA PEMBUKAAN

KONSTANTINOPLE

Konstantinople adalah kota yang terpenting di dunia pada ketika
itu. Kota ini dibina pada tahun 330 Masihi oleh Maharaja
Rom yang bernama Constantine I. Kota ini menjadi pusat
pemerintahan Kerajaan Rom sejak zaman berzaman. Malah ketika
Rasulullah ‫ ﷺ‬ingin memerangi Rom dalam perang Tabuk, pusat
pemerintahan Rom masih di Konstantinople dan ianya berlanjutan

1 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2015. Muhammad al-Fatih Sang Penakluk.
Muhammad Isa Anshory (terj.). al-Wafi. Solo. Hlm 170

67

sehingga ke zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.1
Pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad II atau
Muhammad al-Fatih berlaku pada 29 Mei 1453. Sultan Muhammad
al-Fatih yang merupakan Sultan Uthmaniyah yang ketujuh telah
mencipta sebuah sejarah yang besar di dunia pada ketika itu. Sejak
Konstantinople ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih, kerajaan
Rom musnah sama sekali.

Sultan Muhammad al-Fatih yang dilahirkan pada 30 Mac 1432

menjadi insan pilihan Allah  dalam mencipta sejarah yang gemilang

ini. Beliau memenuhi hadith yang diutarakan oleh Nabi Muhammad
‫ ﷺ‬seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal :-

      

Kota Konstantinople akan ditakluk oleh orang Islam. Pemimpinnya
adalah sebaik-baik pemimpin. Manakala tenteranya adalah sebaik-
baik tentera.”

(Musnad Ahmad 4/335)

Persediaan menakluki Konstantinople telah dilakukan oleh Sultan
Muhammad al-Fatih sejak tahun 1452 lagi. Pada tahun itu, Sultan
Muhammad al-Fatih telah membina sebuah kubu yang besar dan
kukuh berhampiran dengan Kota Konstantinople. Kubu itu diberi
nama Rumeli Hisari dan siap dibina dengan tempoh yang begitu
singkat iaitu selama 4 bulan 16 hari sahaja. Kota Rumeli Hasari ini
siap dibina pada 31 Ogos 1452.

Sultan Muhammad al-Fatih telah memperkukuhkan angkatan

68

Penulis di hadapan tembok yang mengelilingi Kota Konstantinople.
Tembok ini dibina oleh kerajaan Byzantin Rom.

tenteranya sama ada di laut mahupun di darat. Jumlah tenteranya
mencecah hampir 250,000 orang. Selain itu, sebanyak 400 buah
kapal perang juga telah dibina dan diletakkan di laut sebagai langkah
persediaan untuk menakluki Kota Konstantinople.

Sultan Muhammad al-Fatih juga telah memperhebatkan lagi
penggunaan senjata api di kalangan tentera Uthmaniyah. Sultan
Muhammad al-Fatih telah membawa seorang pakar pembuat meriam
dari Hungary yang bernama Urban dan sepucuk meriam yang paling
besar telah berjaya dihasilkan oleh Urban.2

Setelah segala persiapan dan perancangan dilakukan, angkatan
tentera Uthmaniyah bergerak menuju ke sempadan-sempadan Kota
Konstantinople dengan membawa meriam-meriam mereka untuk

2 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 159

69

Illustrasi angkatan tentera Uthmaniyah pimpinan Sultan Muhammad
al-Fatih menggunakan meriam-meriam canggih bagi menghancurkan
tembok Kota Konstantinople.

70

71

Rantai besi yang
dipasang merintangi
laluan masuk ke Selat
Tanduk Emas oleh tentera Rom
bagi menghalang kemaraan angkatan
laut Uthmaniyah.

mengepung kota itu. Akhirnya pada 6 April 1453, angkatan tentera
Uthmaniyah yang diketuai oleh Sultan Muhammad al-Fatih telah
tiba di sempadan-sempadan Kota Konstantinople. Kota yang telah
dikepung dari segenap penjuru itu, kini siap sedia untuk ditembusi.
Seluruh meriam-meriam Uthmaniyah dihalakan ke dinding-dinding
tembok Kota Konstantinople.

Setelah seluruh meriam Uthmaniyah dihalakan ke dinding-dinding
Kota Konstantinople, mereka mula menembak meriam-meriam
tersebut untuk meruntuhkannya supaya mereka dapat memasuki Kota
Konstantinople. Maka peluru-peluru meriam Uthmaniyah berjaya
menembusi kubu-kubu yang dibina di sekeliling Kota Konstantinople.

Di laut pula, pergerakan angkatan tentera laut Uthmaniyah tersekat
di Selat Bosporus. Dari Selat Bosporus, kapal-kapal laut angkatan
tentera Uthmaniyah tidak dapat memasuki Selat Tanduk Emas kerana
angkatan tentera Rom telah memasang rantai besi merintangi laluan
masuk ke Selat Tanduk Emas. Namun begitu, Sultan Muhammad
al-Fatih telah membuktikan kebijaksanaan dan kesungguhan beliau
dalam misi penaklukan Konstantinople ini dengan melaksanakan satu
tindakan yang luar biasa. Beliau telah mengarahkan angkatan tentera
laut Uthmaniyah supaya memasuki Selat tanduk Emas melalui jalan
darat.

72

Maka pada 22 April 1453, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah
memindahkan kapal-kapal laut mereka dari laut ke darat. Kapal-
kapal itu diletakkan di atas batang-batang pokok yang ditebang dan
ianya disapukan dengan minyak agar kapal-kapal itu mudah ditarik.
Kemudian mereka menggunakan lembu-lembu untuk menarik kapal-

kapal mereka di bahagian daratan berhampiran dengan Galata dan
terus menuju ke Selat Tanduk Emas. Akhirnya, kapal-kapal
Uthmaniyah ini berjaya ditarik ke laut dan
berlabuh di Selat Tanduk Emas. Tindakan
angkatan tentera Uthmaniyah yang diluar
jangkaan ini benar-benar mengejutkan
pasukan tentera Rom. Setelah berlabuh
di laut, meriam-meriam yang berada di
atas kapal perang tentera Uthmaniyah siap

sedia untuk menembak dinding-dinding kubu Konstantinople.3

Serangan demi serangan telah dilakukan secara berterusan dengan
dengan penuh semangat. Dalam beberapa keadaan, Kerajaan Rom
berjaya menangkis serangan tentera Uthmaniyah. Ramai di kalangan
tentera Uthmaniyah yang terkorban. Keadaan ini menyebabkan
sebahagian pembesar menasihati Sultan Muhammad al-Fatih agar
beliau menghentikan misi menakluki Kota Konstantinople. Namun,
Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah berputus asa. Serangan demi
serangan terus dipertingkatkan.

3 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan
Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 127

73

Akhirnya pada 29 Mei 1453, angkatan tentera Uthmaniyah
di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menakluki
Kota Konstantinople dan merampasnya dari empayar
Rom. Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa
yang terbesar dalam sejarah dunia. Empayar Rom
yang telah berkuasa selama lebih seribu tahun itu
ranap sama sekali. Pusat pemerintahan mereka
kini telah dikuasai oleh orang-orang Islam
Turki Uthmaniyah.
Selepas Sultan Muhammad al-Fatih
berjaya menakluki Konstantinople dan
menukarkan namanya kepada

74

Islam Bol yang bermaksud Kota
Islam. Dari sinilah bermulanya nama
Istanbul. Baginda mengutuskan
surat ke seluruh kerajaan-kerajaan
Islam yang ada di seluruh dunia
untuk memberitahu tentang peristiwa
yang menggembirakan itu. Dr. Ali
Muhammad ash-Shalabi menulis
seperti berikut :-

Penulis di hadapan Masjid Sultan Muhammad al-Fatih (Fetih Cami)
di Istanbul. Masjid ini dibina pada tahun 1463 Masihi oleh Sultan
Muhammad al-Fatih.

75

“Di timur Islam pula, kesan penaklukan yang hebat ini membawa
kegembiraan dan keseronokan yang dapat dirasai oleh umat Islam
di seluruh Asia dan Afrika. Penaklukan ini sebenarnya telah lama
menjadi impian dan cita-cita generasi bergenerasi. Saat ini telah lama
ditunggu-tunggu dan kini ia menjadi kenyataan. Sultan Muhammad
al-Fatih mengutus surat kepada semua pemerintah di wilayah Islam
iaitu Mesir, Hijaz, Parsi, India dan sebagainya memaklumkan kepada
mereka tentang kemenangan Islam yang gilang gemilang ini. Berita
kemenangan ini dilaungkan melalui mimbar-mimbar. Sembahyang
kesyukuran juga didirikan. Rumah-rumah dan kedai-kedai dihias.
Dinding dan tembok rumah digantung bendera dan kain tekat yang
berwarna-warni.” 4

4 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan
Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 156

Penulis di sisi salah sebuah meriam
yang digunakan oleh angkatan tentera
Sultan Muhammad al-Fatih ketika misi
menakluki Kota Konstantinople pada
tahun 1453 Masihi.

76

Penulis di samping makam Hasan Ulubate, antara tentera Uthmaniyah
yang berjaya memacakkan bendera Turki Uthmaniyah di atas tembok
Kota Konstantinople pada tahun 1453 Masihi. Beliau mati syahid akibat
dipanah ketika memacakkan bendera tersebut.

Sudah pasti Kesultanan Melayu Melaka tidak terkecuali dari
mendapat surat makluman tentang penaklukan Kota Konstantinople
ini. Apatah lagi Kesultanan Melayu Melaka sudah pun masyhur pada
ketika itu. Peristiwa penaklukan Konstantinople ini berlaku di zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah yang mana baginda telah pun
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terpenting di
bahagian timur jauh.

Prof Azyumardi Azra juga telah menukilkan tentang kesan penaklukan
Konstantinople ke atas Alam Melayu (Nusantara) di mana keagungan
politik dan budaya Turki Uthmaniyah telah terjangkau ke Alam
Melayu sejurus penaklukan Konstantinople. Dalam bukunya yang
bertajuk Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara
Abad 17 & 18, beliau mencatatkan seperti berikut:-

4 Dr. Ali Muhammad ash-Shalabi. 2011. Faktor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan
Empayar Uthmaniyah. Salehan Ayub (terj.). Hlm 156

77

Adalah benar, jauh sebelum kebangkitan Dinasti Uthmaniyah, literatur
Parsi dan Turki menggunakan istilah ‘Rum’ untuk merujuk kepada
Byzantin (Rom Timur), dan kadang-kadang juga kepada Kerajaan
Romawi (Rom Barat). Tetapi, ketika Dinasti Uthmaniyah bangkit
sebagai negara paling kuat di Timur Tengah dan wilayah Laut Tengah
pada separuh abad ke-15, yakni dengan penaklukan Konstantinople
pada tahun 857 Hijrah/1453 Masihi, istilah ‘Rum’seperti dikemukakan
oleh Gibb dan Bowen, kemudian mulai beredar untuk merujuk
kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah. Mulai masa ini, keagungan
politik dan budaya Rum (Turki Uthmaniyah) disebarkan ke pelbagai
dunia Muslim termasuk Nusantara. Jangkauan keagungan budaya
itu ke Nusantara, misalnya, tercermin dalam penyebaran sejumlah
perbendaharaan kata bahasa Turki dalam bahasa-bahasa tempatan
tertentu di Nusantara. Kerana itu, lebih masuk akal mengandaikan,
adalah setelah separuh kedua abad ke-15 kaum Muslim di Nusantara
mulai mengenal “Raja Rum” sebagai Sultan Uthmaniyah.5

Terdapat sekurang-kurangnya tiga keberangkalian besar cara berita
penaklukan Kota Konstantinople itu tersebar di bumi Melaka. Pertama,
melalui utusan surat dari Istanbul ke Melaka. Kedua, pertemuan di
antara para pedagang Turki dan pedagang Melayu di pelabuhan-
pelabuhan penting di dunia pada ketika itu termasuk di pelabuhan
Melaka sendiri. Ketiga, melalui pertemuan di antara orang-orang
Melaka dan orang-orang Turki yang menunaikan haji di Mekah.

5 Azyumardi Azra. 2013. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan
Nusantara Abad 17 dan 18. Hlm 36

78

Sejak menerima Islam, masyarakat Melaka pergi menunaikan ibadat
haji di Mekah. Tome Pires sendiri menukilkan kisah tentang Sultan
Mansur Syah yang melakukan persiapan untuk menunaikan haji di
Mekah. Bukan sahaja Sultan, rakyat kebanyakan juga turut belayar ke
Mekah bagi menunaikan ibadat haji.6

Seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico di Varthema
yang telah pergi ke Mekah di antara tahun 1503 hingga 1508 dengan
menyamar seperti orang-orang Islam turut mengakui bahawa beliau
telah menjumpai sebilangan besar jemaah haji dari Alam Melayu.
Beliau yang kemudiannya singgah di Melaka menyatakan bahawa
pakaian orang-orang Melayu di Melaka menyerupai pakaian orang-
orang Mesir.

Pada tahun 1863, George Percy Badger yang merupakan seorang
ilmuan Inggeris telah memberikan penerangan pada catatan
pengembaraan Ludovico di Varthema ini. Ketika membahaskan
tentang catatan Varthema tentang pakaian orang-orang Melaka yang
menurutnya menyerupai orang-orang Mesir, George Percy Badger
menyatakan seperti berikut:-

“Berhubung dengan pakaian (orang-orang Melayu Melaka), saya
kerap berpeluang, semasa lama menetap di Aden, melihat ramai
pedagang Melayu dalam perjalanan ke Mekah, yang biasanya
berpakaian sama seperti orang-orang di Syria dan Mesir.”7

6 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account
of East, From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II).
Hlm 250
7 George Percy Badger. 1863. The Travels of Ludovico Di Varthema in Egypt, Syria,
Arabia Deserta and Arabia Felix, in Persia, India and Ethiopia. Hlm 226

79

Maka, besar kemungkinan orang-orang Melayu di Melaka telah
mendapat tahu berita-berita dari seluruh dunia Islam melalui
pertemuan mereka dengan orang-orang Islam dari pelbagai
pelusuk dunia di Mekah. Sehubungan dengan itu, pertemuan
di antara orang-orang Turki Uthmaniyah dan orang-orang Melayu
Melaka di Mekah ketika menunaikan ibadat haji menjadi salah satu
sumber berita-berita dari Istanbul tersebar ke Melaka, begitu juga
sebaliknya.

Ketika Sultan Muhammad al-Fatih berjaya membebaskan
Konstantinople di sebelah barat dunia Islam, Kesultanan Melayu
Melaka pula sedang sibuk menghadapi ancaman musuh utamanya
iaitu Siam di sebelah timur dunia Islam. Berita tentang kejayaan
Uthmaniyah menewaskan empayar Rom sedikit sebanyak memberikan
suntikan motivasi terhadap Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan Siam tidak berpuas hati dengan Kesultanan Melayu Melaka
disebabkan Sultan Melaka enggan mengiktiraf kekuasaan Siam ke
atas Melaka. Sultan Muzaffar Syah bukan sahaja menganggap Melaka
sebagai sebuah kerajaan yang bebas dan berdaulat dari sebarang
pengaruh kuasa-kuasa lain, malah beliau menganggap Kesultanan
Melayu Melaka setara dengan Kerajaan Siam.

Dasar Melaka itu menyebabkan Siam mengambil keputusan untuk
menyerang Melaka dan seterusnya memaksa Melaka menjadi
sebahagian wilayah kekuasaannya. Maka berita tentang keinginan Siam
untuk memerangi Melaka itu sentiasa kedengaran di Melaka. Apatah
lagi ketika perang yang pertama berlaku antara Siam dan Melaka,
Siam mengalami kekalahan yang teruk. Perkara ini membuatkan

80

Illustrasi perang yang berlaku antara angkatan tentera Siam dan angkatan
tentera Kesultanan Melaka.

Sultan Muzaffar Syah sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah
berjaga-jaga tatkala menanti serangan dari Siam.

Dalam serangan pertama yang berlaku pada tahun 1446, Raja Siam
mengutuskan seorang panglimanya yang bernama Awi Cakri untuk
menyerang Melaka dan seterusnya menjadikan Melaka di bawah
jajahan takluknya. Sebuah angkatan tentera dibentuk menuju
ke Melaka untuk berperang dengan orang-orang Melaka. Pembentukan
dan pengutusan angkatan tentera perang Siam itu sampai ke
pengetahuan Sultan. Maka baginda pun mengamanahkan kepada
bendahara Tun Perak untuk menjadi ketua dan perancang utama dalam
misi menewaskan dan mengusir angkatan tentera Siam.

81

Tun Perak yang mengetuai angkatan tentera Melaka sudah menunggu
kedatangan Siam di Pahang. Maka apabila angkatan tentera Siam
tiba di Pahang, maka berlaku peperangan di antara angkatan tentera
Melaka dan angkatan tentera Siam. Peperangan secara bersemuka
pun berlangsung. Medan perang menjadi begitu berkecamuk tatkala
kedua-dua pihak saling beradu kekuatan. Namun, ramai di kalangan
tentera Siam yang mati. Mereka yang hidup pula melarikan diri dengan
segera. Maka angkatan tentera Melaka telah memenangi peperangan
itu.8

Sepuluh tahun setelah itu iaitu bersamaan tiga tahun selepas
pembukaan Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih, tercetus
perang kedua di antara Melaka dan Siam iaitu pada tahun 1456. Raja
Siam tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka di Pahang. Tidak
beberapa lama setelah itu, Raja Siam mengutuskan pula panglima
perangnya yang bernama Awi Dicu untuk menyerang Melaka buat kali
kedua. Kali ini angkatan tentera Siam yang dibentuk sangat ramai.
Jumlahnya berkali-kali ganda dari jumlah angkatan tentera Siam
dalam perang yang pertama sebelum ini. 9

Tun Perak sekali lagi diamanahkan oleh Sultan Muzaffar Syah untuk
mengetuai angkatan perang. Sultan Muzaffar Syah juga mengarahkan
Tun Ali yang bergelar Dato Seri Nara Diraja dan Tun Hamzah yang
bergelar Dato Seri Bija Diraja bersama-sama dengan hulubalang-
hulubalang Melaka untuk membantu Tun Perak. Salah seorang
hulubalang Melaka yang begitu berani iaitu Tun Umar diarahkan
oleh Tun Perak untuk menjadi pengintip bagi mendapatkan maklumat

8 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 89
9 Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Hlm 26

82

tentang angkatan tentera Siam seperti kedudukan dan kekuatan
mereka. Maka Tun Umar pun melaporkan kepada Tun Perak bahawa
angkatan tentera Siam akan tiba di Batu Pahat pada waktu malam.

Tun Perak pun menggunakan kebijaksanaannya dengan
mengarahkan agar jamong-jamong api yang banyak dipasang
di sepanjang persisir pantai. Maka angkatan tentera Melaka pun
memasang ribuan jamong api yang mana jumlahnya jauh melebihi
jumlah angkatan tentera Melaka. Pada malamnya, semua jamong-
jamong itu dipasangkan api. Di samping itu, Tun Perak juga
mengarahkan agar semua tentera-tentera Melaka memukul gendang
perang secara berterusan.

Apabila angkatan tentera Siam tiba di Batu Pahat, mereka berasa
sangat terkejut. Pertama adalah kerana angkatan tentera Melaka sudah
mengetahui tentang kedatangan mereka. Kedua, apabila mereka
melihat ribuan jamong-jamong api itu, mereka menyangka jumlah
angkatan tentera Melaka yang berada di persisir pantai Batu Pahat
sangat ramai. Malah melebihi jumlah angkatan tentera Siam berkali
ganda.

Keadaan ini menyebabkan moral angkatan tentera Siam jatuh
sama sekali. Mereka tidak menyangka bahawa Melaka mempunyai
angkatan tentera sebegitu besar. Sekumpulan angkatan tentera Melaka
yang berani yang diketuai oleh Tun Umar pula menyerang kapal-kapal
Siam. Dengan jumlah yang sedikit, mereka mampu menghancurkan
sebahagian kapal-kapal Siam.

Tindakan angkatan tentera Melaka ini menyebabkan tentera Siam
menjadi lebih takut. Maka sebahagian daripada mereka telah pun

83

lari bersama-sama dengan kapal-kapal mereka. Melihat keadaan
ini, panglima Awi Dicu tidak mempunyai pilihan lain melainkan
mengarahkan seluruh angkatan tentera Siam supaya berundur.
Sejak hari itu, Siam mula akur dengan kekuatan Kesultanan Melayu
Melaka.10

Begitulah dua peristiwa besar yang berlaku di dua belahan dunia.
Di barat, Daulah Turki Uthmaniyah berjaya menewaskan Kerajaan
Byzantin Rom. Manakala di timur, Kesultanan Melayu Melaka
pula berjaya menewaskan Kerajaan Siam. Di samping itu, zaman
pemerintahan kedua-dua Sultan iaitu Sultan Muhammad al-Fatih dan
Sultan Muzaffar Syah merupakan permulaan zaman kegemilangan
bagi kedua-dua buah kerajaan Islam tersebut pada ketika itu.

10 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 94-96
Telaga yang dipahat atas batu oleh tentera Siam
di Batu Pahat ketika berlakunya perang kedua di
antara Siam dan Melaka sekitar tahun 1456 iaitu
tiga tahun setelah Sultan Muhammad al-Fatih
berjaya menawan Kota Konstantinople.

84

MELAKA

DAN HUBUNGAN

ANTARABANGSA

Sejak dari awal penubuhan Kesultanan Melaka (mengikut
pendapat yang masyhur tahun 1400), Sultan Melaka telah
menjalinkan hubungan diplomasi dengan sebuah kuasa besar
di dunia pada ketika itu iaitu Kerajaan Ming di China. Mengikut
catatan Sejarah Dinasti Ming, hubungan paling awal terjalin
di antara dinasti Ming dan Kesultanan Melayu Melaka adalah pada
tahun 1403. Pada ketika itu, Maharaja Yong Le mengutuskan utusan
ke Melaka untuk menjalinkan hubungan diplomasi dengan Sultan
Melaka yang pertama iaitu Parameswara.1

1 Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15. Hlm 46

85

Setelah itu, Melaka dan China saling bertukar kunjungan utusan
antara satu sama lain. Laksamana Zheng He atau Cheng Ho sendiri
diutuskan ke Melaka sebanyak tujuh kali. Menurut catatan Dinasti
Ming, Laksamana Cheng Ho telah diutuskan ke Melaka pada tahun
1405, 1407, 1408, 1412, 1416, 1421 dan 1430.2 Di samping itu,
menurut catatan Sejarah Dinasti Ming, Sultan Melaka yang telah
datang berkunjung ke istana Maharaja Ming adalah seperti berikut:-3

Parameswara (Iskandar Syah) Sultan Megat Iskandar Syah
tahun 1411 tahun 1414

(ketika itu masih putera sultan)
dan 1419

Sultan Muhammad Syah Sultan Abu Syahid
tahun 1424, 1433 dan 1434 tahun 1445

2 Kong Yuanzhi. 2010. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Hlm 62.
Lihat juga Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15.
Hlm 63-76
3 Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15. Hlm 54

86

Hubungan dengan dunia barat seperti Arab, Parsi dan India juga
diyakini bermula seawal penubuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Namun tiada catatan yang ditemui tentang hubungan-hubungan
tersebut. Namun begitu, Tome Pires telah mencatatkan dalam Suma
Oriental bahawa Sultan Muzaffar Syah menjadi sangat terkenal dan
menerima banyak surat dan hadiah dari Raja Aden (Yaman), Hormuz
(Parsi), Cambay (India) dan Bengal. Tome Pires mencatatkan seperti
berikut:-

“Berkat kehormatan yang baginda perolehi dari kejayaannya
menyebarkan agama Islam kepada para raja dan wilayah taklukannya,
nama Muzaffar menjadi sangat terkenal. Baginda menerima banyak
surat dan hadiah dari Raja Aden, Hormuz, Cambay dan Bengal. Raja-
raja tersebut mengutuskan para pedagang dari wilayahnya untuk
menetap di Melaka.” 4

Hubungan diplomasi antarabangsa yang dijalinkan oleh Kesultanan
Melayu Melaka mencapai zaman kemuncaknya ketika zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.
Kedua-dua Sultan Melaka ini mengamalkan polisi yang cukup terbuka.
Mereka akan menjalinkan hubungan dua hala dengan kerajaan-kerajaan
yang besar di dunia pada ketika itu. Malah Kesultanan Melayu Melaka
turut tidak mengabaikan hubungannya dengan kerajaan-kerajaan yang
kecil.

Sultan Mansur Syah terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa
besar dan mementingkan kedamaian. Maka polisi menjalinkan

4 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East,
From The Sea to China and The Book of Francisco Rodrigues (Volume II).
Hlm 245

87

hubungan diplomasi dengan kerajaan-kerajaan yang ada pada ketika
itu menjadi keutamaan di dalam pemerintahannya. Hubungan antara
Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan di bahagian barat tidak
hanya terbatas kepada Aden, Hormuz, Cambay dan Bengal sahaja
seperti mana catatan Tome Pires. Ianya lebih luas kepada kerajaan-
kerajaan lain seperti Mamluk, Uthmaniyah, Gujerat, Calicut dan lain-
lain terutama selepas zaman Sultan Muzaffar Syah.

Sebaik sahaja dilantik menjadi Sultan Melaka, Sultan Mansur
Syah mengamalkan polisi untuk menjalinkan hubungan dengan
kerajaan-kerajaan besar di dunia pada ketika itu seperti Ryukyu
(Jepun), China, Majapahit, Calicut, Gujerat, Siam, Mesir,
Parsi, Turki Uthmaniyah dan lain-lain. Natijah dari hubungan
antarabangsa yang dijalinkan, Tome Pires menyatakan bahawa
di zaman Sultan Mahmud Syah, terdapat sebanyak lapan puluh empat
buah bangsa asing yang berdagang di Melaka termasuk bangsa Turki
Uthmaniyah.5

Catatan China juga mencatatkan bagaimana hubungan di antara
Kerajaan Ming dan Kesultanan Melaka di zaman pemerintahan Sultan
Mansur Syah berada di kemuncaknya. Seawal pelantikan Sultan
Mansur Syah sebagai Sultan Melaka bagi menggantikan ayahandanya,
Sultan Muzaffar Syah yang baru mangkat, Maharaja China telah
memberikan pengiktirafan kepada Sultan Mansur Syah.

Hubungan diplomasi antara Sultan Mansur Syah dan Maharaja China
dicatatkan dalam catatan-catatan China seperti berikut :-

5 Ibid. Hlm 269

88

Tahun 1459

Kaisar mengutus menteri Chen Jia You dan timbalannya Peng Sheng
ke Melaka untuk menghantarkan surat titah tentang pengiktirafan
Putera Mahkota Sultan Mansur Syah sebagai Raja Melaka dan
menyampaikan ucapan takziah atas mangkatnya ayahanda baginda.
Lalu kaisar pun menyuruh Cheng Jia You pergi menziarahi makam
Sultan Muzaffar Syah dan memaklumkan ke seluruh negeri. (Ying
Zhong Shi Lu, jilid 306)

Tahun 1461

Menteri Protokol Shi Mao melaporkan bahawa Chen Jia You dan Peng
Sheng yang diutus ke Melaka untuk pengiktirafan raja, kapalnya rosak
dilanda angin taufan, dan barang-barang anugerah kaisar pun keairan,
mohon diganti dengan yang baru. Kaisar mengkabulkannya. (Ying
Zhong Shi Lu, jilid 326)

Tahun 1467

Dikhabarkan bahawa Menteri Chen Jia You telah meninggal dunia.
Beliau diutus ke Melaka untuk pengiktirafan raja, kapalnya rosak
dilanda angin taufan tetapi beliau terselamat dari bahaya maut. Kaisar
mengirim orang besar untuk mengadakan upacara penziarahan.
Adapun Chen Jia You itu tampan rupanya, gagah perkasa, pandai
membawakan lagu dan hikayat, suaranya nyaring, sangat disukai oleh
kaisar Ying Zhong. (Ying Zhong Shi Lu, jilid 47)

89

Tahun 1468

Melaka mengutus Menteri Ba La Si dan jurubahasa Wu Sha datang
menghadap, mempersembahkan gajah, penyu dan lain-lain. Kaisar
menganugerahi Ba La Si dan Wu Sha dengan perhiasan kepala dan ikat
pinggang, pendamping-pendampingnya dengan pakaian, sutera dan
lain-lain menurut kadarnya. (Xian Zhong Shi Lu, jilid 59)

Tahun 1469

Raja Melaka Sultan Mansur Syah mengutus Duan Ya Ma La Di Na Cha
dan pendamping-pendampingnya seramai 12 orang datang menghadap
dan mempersembahkan barang-barang ufti. Dijamu makan dan
dianugerahi kain sutera, persalinan dan lain-lain menurut kadarnya lalu
disuruh membawa pulang sutera dewangga dan barang-barang lainnya
untuk dianugerahkan kepada raja dan gundiknya. (Xian Zhong Shi Lu,
jilid 65)

Tahun 1474

Menteri Chen Jun yang diutus ke Campa tidak jadi masuk kerana
negerinya sudah diduduki oleh Annam. Chen Jun membawa banyak
barang dagangan dan saudagar yang mengikutinya pun sangat
ramai, maka mereka membuat alasan ditimpa angin taufan. Oleh itu
pergilah mereka ke Melaka untuk berniaga. Setelah balik Chen Jun
pun melaporkan bahawa Campa sudah diduduki Annam dan Raja
Melaka telah membantu mereka dengan memberi bahan makanan serta
memperlakukan mereka dengan penuh kehormatan. Maka Kementerian
Protokol pun bersembah: “Bila utusan Melaka datang menghadap,

90

maka eloklah baginda mengeluarkan titah untuk memuji rajanya.”
Kaisar pun membenarkannya. (Xian Zhong Shi Lu, jilid 136)

Tahun 1475

Melaka mengutus Duan Ma Mi dan pendamping-pendampingnya
datang menghantar warkah daun emas dan mempersembahkan
gajah, kuda, ayam belanda, burung nuri putih, harimau bintang dan
lain-lain. Kaisar menjamu makan dan menganugerahinya dengan
pakaian kebesaran, sutera dewangga dan lain-lain, lalu menyuruh
membawa pulang sutera dewangga, satin kimkha dan lain-lain untuk
dianugerahkan kepada raja, gundik raja dan putera raja menurut
kadarnya. Dalam pada itu kaisar pun menyuruh membawakan surat
titah kaisar kepada Sultan Mansur Syah yang berbunyi:-

“Adapun baru-baru ini menteri yang diutus kerajaan dinasti
ke negeri Campa telah terdampar ke Melaka kerana angin ribut.
Dan Raja Melaka telah menyuruh orang menghadiahkan perbekalan
dan lain-lain. Keikhlasan Raja telah kita terima dengan sepenuhnya.
Kini bersempena dengan utusan Melaka yang hendak balik, maka
kita dengan khas menyediakan bingkisan yang berupa pelbagai jenis
sutera de' Vangga untuk menyatakan rasa pujian dan terima kasih,
harap diterima dengan baik.” (Xian Zhong Shi Lu, jilid 141)6

Catatan-catatan China tentang hubungan diplomasi di antara
Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Dinasti Ming di China ini
nampaknya selari dengan apa yang ternukil dalam Sulalatus Salatin. Di

6 Liang Liji. 2009. Hubungan Empayar Melaka- Dinasti Ming Abad ke-15.
Hlm 69-71

91


Click to View FlipBook Version