Penilaian 2
A. Teliti dan fahami gambar di bawah.
Dalam satu pertandingan memasak, para peserta telah ditemu bual oleh
wartawan tentang amalan penyediaan makanan.
Aktiviti
• Berdasarkan gambar di atas, lakonkan situasi perbualan dengan
menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai.
• Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam gambar, kemudian, bina
ayat yang betul dengan kata-kata adjektif tersebut.
• Sediakan peta pokok untuk menerangkan amalan penyediaan
makanan dengan menggunakan kata adjektif tersebut.
Amalan Penyediaan Makanan
Kebersihan diri Penyediaan makanan Memasak Penyajian makanan
43
B. Baca dan fahami. KURANGKAN Carta Piramid
Aktiviti Fizikal
ketidakgiatan fizikal
dan tabiat sedentari
2 – 3 KALI SEMINGGU
Sertai aktiviti yang membantu
meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan
ketahanan otot sebanyak 2–3 kali seminggu.
. senaman regangan
. tekan tubi
. bangkit tubi separa
. tekan kaki – angkat kaki
. senaman duduk dan mencapai
5 – 6 KALI SEMINGGU
Lakukan mana-mana aktiviti berikut sekurang-kurangnya 5-6 hari seminggu
selama lebih kurang 30 minit.
. . senaman pantas bola sepak
. . badminton berbasikal
. . senaman aerobik bola keranjang
. . mendaki bukit berenang
SETIAP HARI
Bergiat secara aktif melalui pelbagai cara.
. . menggunakan tenaga berjalan ke pejabat
. . berjalan ke kedai meletakkan kenderaan lebih jauh
. . kerja rumah kerap berjalan kaki setiap hari
. . berkebun kerap turun naik menggunakan tangga
Adakah aktiviti fizikal Borang Audit Aktiviti Fizikal Tidak
kamu selaras dengan
carta piramid aktiviti Tandakan ( ) pada petak yang berkenaan
fizikal di atas? Cuba
kamu audit pula aktiviti Ya
rakan-rakan dan
anggota keluarga kamu. 1. Saya menghabiskan banyak masa
di hadapan komputer
2. Saya melakukan aktiviti yang dapat
meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan
ketahanan otot sebanyak 2– 3 kali
seminggu.
3. Saya melakukan aktiviti fizikal
berkeadaan sederhana selama 30 minit,
sekurang-kurangnya 5– 6 kali seminggu.
4. Saya bergiat aktif dengan aktiviti harian
melalui pelbagai cara.
Aktiviti
• Berbual tentang aktiviti fizikal diri, rakan-rakan dan anggota keluarga
menggunakan kata ganti nama dan kata nama tunjuk dengan betul.
• Membuat ulasan tentang dapatan audit aktiviti fizikal.
44
TEMA 3 Keselamatan
Hidup Berhemat
Jiwa Selamat
Murid berbincang tentang situasi dalam gambar. 45
Membaca
Keselamatan Amalan Bersama
Keli limbat bercorak kain,
Berjalur di dada ikan ketuka;
Padang tempat murid bermain,
Harus waspada setiap ketika.
Berjalur di dada ikan ketuka,
Berenang-renang di laut tenang;
Harus waspada setiap ketika,
Walau di padang atau di gelanggang.
Berenang-renang di laut tenang,
Terang cahaya ombak berbisik;
Walau di padang atau di gelanggang,
Alatan bahaya jangan diusik.
Terang cahaya ombak berbisik,
Bayu tenang di tengah laut;
Alatan bahaya jangan diusik,
Tingginya tiang usah digayut.
Bayu tenang di tengah laut,
Matahari jatuh samudera surut;
Tingginya tiang usah digayut,
Arahan dipatuh aturan diturut.
Matahari jatuh samudera surut,
Tanda alamat malam menjelma;
Arahan dipatuh aturan diturut,
Murid selamat gembira bersama.
Aktiviti
• Jelaskan kepentingan menjaga keselamatan semasa bersukan
berdasarkan puisi.
Murid menyatakan kepentingan menjaga keselamatan semasa bersukan.
2.5.2 Murid melafazkan pantun berkait. 47
Murid menulis teks puisi secara mekanis dengan betul dan kemas.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menaakul Konstruktivisme – Menerangkan
Menulis
Waspada Diri
Farhana membaca catatan yang ditulisnya semasa taklimat permainan
futsal. Kemudian, Farhana telah meneliti gambarnya semasa latihan
permainan tersebut lalu menyusunnya.
pakai pad kaki untuk
keselamatan tulang kering
pakai kasut yang bertapak Taklimat minum air untuk mengelakkan
rata untuk keselamatan kaki Permainan penghidratan
elakkan memegang, Futsal lakukan aktiviti pemanasan
menolak atau menerjah untuk mengelakkan
pemain lawan kekejangan
Contoh:
Sebelum memulakan permainan, pemain mestilah
memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan
kecederaan pada kaki.
Nota Bahasa
Aktiviti Penghidratan ialah proses kehilangan
air di dalam tubuh secara berlebihan.
• Mencatat maklumat yang betul tentang taklimat mengikut urutan.
Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan berdasarkan bahan grafik.
48 3.5.2 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat ulasan.
Murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks dan gambar.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menyusun mengikut urutan Kontekstual – Menghubungkaitkan
Mengujarkan Cerita
Menangkis Serangan
Danial mendengar taklimat keselamatan daripada jurulatih pasukan hoki
dengan teliti. Dia tidak mahu ditimpa kecederaan ketika bermain. Dia sedar
bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati.
- mendengar taklimat - memakai pakaian yang - bersedia di gawang gol
dengan khusyuk sesuai - penuh bergaya - mengatur langkah
- dapat menangkis serangan - bola hoki mengenai - bersorak kegembiraan
menggunakan pad kaki
pelindung muka - bernasib baik
- tergamam sebentar
topi keselamatan pelindung
bahu
pelindung muka
pelindung dada seluar
sarung tangan berpad
pelindung pad kaki
kemola
Aktiviti
kasut
• Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk
menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.
Murid membaca dan memahami gambar.
4.2.2 Murid mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan idea dengan bahasa
yang kreatif. 49
Murid menghasilkan penulisan yang kreatif berbentuk deskriptif dengan betul.
PK: Nilai Murni – Kebebasan Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik
Kata Nafi dan Kata Pembenar
Keselamatan Kaki
Danial dan ayahnya, Encik Ahmad, pergi ke kedai sukan untuk membeli
kasut. Ketika mereka memilih kasut yang sesuai, jurujual di kedai itu telah
menjelaskan jenis dan fungsi kasut kepada mereka.
Jurujual : Selamat datang, encik. Boleh saya bantu?
Encik Ahmad : Ya, saya hendak mencari kasut untuk anak saya.
Jurujual : Di sini, kami ada pelbagai jenis kasut yang sesuai untuk aktiviti sukan.
Danial : Bukankah semua kasut sama sahaja?
Jurujual : Tidak, adik. Kasut sukan ada pelbagai jenis dan fungsi yang berbeza.
Selain menjadi pelapik kaki, kasut yang sesuai juga berfungsi untuk
menjaga kesihatan kaki kita.
Encik Ahmad : Betul. Kaki kita akan tercedera jika memakai kasut yang tidak sesuai.
Danial : Oh, barulah saya tahu! Kalau begitu, kasut pemain bola sepak tentu
sama dengan kasut pelumba lari.
Jurujual : , adik. Kasut bola sepak bertetungku, berfungsi untuk cengkaman
di kawasan berumput. Kasut pelumba lari pula berpepaku sesuai
untuk memberikan cengkaman di balapan. Kedua-dua kasut ini direka
sebegitu untuk mengelakkan pemain dan pelumba daripada tergelincir
semasa bermain. Mereka akan dapat berlari dengan baik dan selamat.
Encik Ahmad : sahaja keselamatan kaki pemain yang perlu dijaga, keselamatan
kaki orang di persekitaran juga perlu dijaga dengan baik.
Jurujual : Adik hendak kasut yang ini? (sambil memegang kasut bola sepak)
Danial : . Saya hendak membeli kasut untuk berjoging.
Jurujual : Kalau begitu, adik perlukan kasut yang bertapak rata dan mempunyai
pelapik span untuk mengelakkan kecederaan akibat hentakan yang
kuat pada tumit kaki semasa berlari. Yang ini sesuai untuk adik.
Danial : Terima kasih, encik.
Nota Bahasa
Aktiviti Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu.
Contoh: tidak, bukan
Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan
untuk menegaskan sesuatu perkara.
Contoh: ya, benar, betul
• Menggunakan kata nafi dan kata pembenar dalam perbualan.
Murid meneliti dan memahami perbualan.
50 5.1.7 Murid menggunakan kata nafi dan kata pembenar dalam perbualan.
Murid membaca teks yang mengandungi pelbagai ragam ayat secara mekanis.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB – Mengecam KP – Interpersonal
Kata Arah dan Kata Bilangan
Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah
Danial membalas e-mel rakannya, Yu Jin, yang diterimanya dua hari lalu.
Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Perkara: Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah
Arial 10
Saya memohon maaf atas kelewatan membalas e-mel saudara. Untuk pengetahuan
saudara, sekolah saya baru sahaja selesai mengadakan Kejohanan Padang dan
Balapan Kali Ke-9.
Semua guru dan murid bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan kejohanan
tersebut. Semasa kejohanan berlangsung, perkara pertama yang diberikan perhatian
oleh guru ialah aspek keselamatan murid.
Sehari sebelum kejohanan berlangsung, dua orang guru telah menyampaikan
taklimat tentang keselamatan semasa kejohanan sukan dijalankan. Semua murid diminta
untuk mematuhi arahan daripada guru rumah sukan masing-masing semasa sukan.
Murid yang menyertai acara sukan perlu berada di khemah peserta yang dipasang
di penjuru kiri padang. Mereka juga tidak dibenarkan melepasi pita keselamatan yang
dipasang di sekeliling padang.
Selain itu, semua murid tidak dibenarkan menghampiri khemah tetamu kehormat
yang diletakkan di tepi padang. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke khemah ibu
bapa yang didirikan berhampiran dengan khemah tetamu kehormat tanpa kebenaran
guru. Hanya segelintir murid yang bertugas boleh berada di kawasan tersebut.
Pemenang yang dipanggil untuk menerima hadiah perlulah mengikut arahan
para petugas yang membawa mereka. Hal ini disebabkan mereka perlu melintasi
balapan untuk ke podium yang terletak di hadapan khemah utama.
Kejohanan padang dan balapan sekolah saya telah berjalan dengan lancar.
Tiada kecederaan yang berlaku kerana semua murid mematuhi segala arahan
yang diberikan.
Nota Bahasa
Aktiviti Kata arah ialah perkataan yang menunjukkan hala atau jurusan.
Kebiasaannya, perkataan ini hadir selepas kata sendi nama dan
sebelum kata nama. Contoh: atas, bawah, timur
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk
menyatakan jumlah sesuatu. Contoh: lima, semua, jutaan
• Balas e-mel di atas menggunakan kata arah dan kata bilangan.
Murid membaca dan mengenal pasti kata bilangan dan kata arah berdasarkan teks.
5.1.7 Murid membina ayat menggunakan kata arah dan kata bilangan dengan betul. 51
Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – TMK
Strategi P & P: KB – Mengecam Konstruktivisme – Menghubungkaitkan
8UNIT Keselamatan Tema 3:
Persekitaran Keselamatan
Mendengar dan Bertutur
Keselamatan di Kawasan Rumah
mangga
dan kunci
lampu
pagar
kamera jeriji loceng
litar pagar pintu
tertutup bergerigi pagar
Aiman, cuba lihat banglo di sana. Ya, betul. Itu satu daripada
Ada sistem kamera litar tertutup yang ciri keselamatan yang
dipasang di kawasan rumahnya. penting. Terdapat juga
Banglo itu hampir sama dengan Benar, Danial. Ada alat
banglo milik pak cik saya. Banyak lagi penggera yang dipasang
ciri keselamatan yang terdapat pada di banglo itu. Selain itu,
banglo seperti itu. Antaranya
Aktiviti
• Bercerita tentang cara-cara menjaga keselamatan berdasarkan gambar.
Murid meneliti dan memahami gambar.
52 1.5.1 Murid bercerita tentang cara-cara menjaga keselamatan dan kepentingannya berdasarkan gambar.
Murid menulis untuk menyampaikan maklumat.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sains dan Teknologi
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental Kontekstual – Menghubungkaitkan
Membaca
Ketika ke Sekolah Contoh prosa:
Ketika hendak pergi
Ketika kaki ini mengorak langkah ke sekolah, aku
ke gedung ilmu mencium tangan
Tangan ayah dan ibu ayah dan ibu untuk
Kukucup pohon restu memohon restu.
Ketika menaiki bas
Berbaris aku tidak terlepas
Kuamati waspada langkah
Agar tidak sumbang tingkah
Ketika bas membelah jalan
Etika berhemah aku biasakan
Aku patuhi pesan ayah dan ibu
Usah berlari, tatapilah buku
Di tangga aku tidak berdiri
Di tingkap aku tidak jengahi
Ketika gedung ilmu kulihat
Dengan tenang
Roda bas kutunggu berhenti
Tidak kumahu mengundang tragedi
Ketika kaki ini menjejak ke gedung ilmu
Tangan kuangkat tanda kesyukuran
Aku selamat dalam perjalanan
Aktiviti
• Menjelaskan maksud setiap rangkap dalam puisi untuk memindahkan
maklumat kepada bentuk prosa.
Murid membaca dan memahami puisi.
2.5.3 Murid menulis maklumat dalam bentuk prosa. 53
Murid bercerita tentang cara-cara menjaga keselamatan semasa pergi ke sekolah.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Strategi P & P: KB – Mensintesis Kontekstual – Menghubungkaitkan
Menulis
Keselamatan di Taman Permainan
Danial dan keluarganya sering ke taman permainan yang terletak
berhampiran dengan rumah mereka untuk beriadah.
Taman permainan merupakan tempat Idea
yang amat digemari oleh kanak-kanak. utama
Mereka dapat melakukan aktiviti yang
memerlukan pergerakan seperti berlari Idea
dan melompat dengan bebas dan sampingan
selamat. Aktiviti ini dapat membina otot
dan menguatkan tulang mereka.
• memakai pakaian yang sesuai
- tidak memakai perhiasan
- memakai kasut yang sesuai
54
• kehadiran keluarga atau orang
dewasa amat penting
- memantau pergerakan
kanak-kanak ketika bermain
- memastikan keselamatan
kanak-kanak
• peralatan permainan sesuai
dengan kanak-kanak
- alatan dalam keadaan baik
- alatan tidak berbahaya
Jabatan Landskap dan Rekreasi
SILA AMBIL PERHATIAN
Bagi menjamin keindahan dan keharmonian pengguna taman ini,
Undang-undang Kecil Taman dan Rekreasi Majlis Perbandaran
Johor Bahru Tengah dikuatkuasakan.
Membawa Berjaja Berkelakuan Membuang Bercucuk Merosakkan Merosakkan Berbasikal/ • peraturan penggunaan
- membaca dan
anjing sumbang sampah tanam kemudahan tanaman Bermotosikal
mematuhi peraturan
merata-rata awam
• Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini dan apabila disabitkan
bersalah boleh dikenakan denda RM1000.00 atau enam bulan penjara
atau kedua-duanya sekali.
• Peralatan permainan di taman ini untuk kegunaan pengguna yang
berumur 5 hingga 12 tahun sahaja.
• Risiko dalam penggunaan peralatan adalah di bawah tanggungjawab
pengguna.
“Hargailah keindahan taman di samping memelihara
keselesaan pengguna”
Ingatan mesra daripada Aduan Kerosakan Hubungi:
YANG DIPERTUA Jabatan Landskap dan
Rekreasi
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan keselamatan
kanak-kanak dan peralatan permainan di taman permainan.
Aktiviti
• Mencatat maklumat tentang keselamatan di taman permainan dengan
menggunakan idea utama dan idea sampingan yang diberikan.
Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat dalam teks dan gambar.
3.6.1 Murid mencatat maklumat tentang keselamatan di taman permainan menggunakan idea utama dan
idea sampingan.
Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada idea utama dan idea sampingan 55
dalam pelbagai bahan untuk membuat ramalan.
PK: Nilai Murni – Keselamatan Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
Imbuhan Apitan
Berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat
Perjalanan ke Kota Bharu
Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan, pemandu bas telah memperdengarkan
lagu-lagu dari radio. Apabila tiba di sebuah kawasan rehat dan rawat, bas
tersebut berhenti.
Cikgu Norlia yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai lawatan tersebut
telah meminta semua peserta rombongan turun dari bas. Beliau mengingatkan
semua peserta rombongan agar berhati-hati dan tidak mempersoalkan arahan
yang diberikan.
Peserta rombongan juga diperingatkan agar berjalan secara berkumpulan dan
tidak meninggalkan kumpulan masing-masing. Mereka juga dinasihatkan agar
membawa barangan berharga bersama-sama ketika turun dari bas bagi mengelakkan
kecurian. Cikgu Norlia juga memperingatkan semua peserta supaya menaiki bas
dengan segera setelah menyelesaikan urusan mereka. Sebelum bas meneruskan
perjalanan, peserta rombongan diminta memastikan rakan-rakan berada di dalam bas.
Gerai Makanan
Cikgu Norlia mempertanggungjawabkan Azam untuk mengawasi setiap kumpulan
yang anggotanya terdiri daripada tiga orang. Sepanjang perjalanan ke restoran,
mereka memperkatakan tempat-tempat menarik yang akan dilawati di Kota Bharu.
Sebaik tiba di gerai jualan, Azam dan rakan-rakannya beratur untuk membeli
makanan. Setelah memperoleh makanan yang diingini, Azam membayar harga
makanan tersebut dengan wang yang diperuntukkan oleh ayahnya. Baki wang yang
diperolehnya segera disimpan di dalam dompetnya agar tidak tercicir.
Bagi mempermudah makanan panas dibawa, Azam menggunakan dulang
yang disediakan. Dia menatang dulang itu dengan berhati-hati agar makanan
tidak tertumpah.
Nota Bahasa
Aktiviti Kata kerja imbuhan apitan
mempeR-...-kan – mempertontonkan, mempermainkan
mempeR-...-i – memperingati, mempersenjatai
dipeR-...-kan – dipertontonkan, dipermainkan
dipeR-...-i – diperingati, dipersenjatai
• Membina ayat menggunakan imbuhan apitan pada kata kerja dalam
pelbagai situasi.
Murid membaca dan mengenal pasti perkataan yang mempunyai imbuhan apitan mempeR-...-kan,
56 5.2.1 mempeR-...-i , dipeR-...-kan, dipeR-...-i yang terdapat dalam teks.
Murid membina ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja tersebut yang terdapat dalam teks.
Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis secara bertatasusila.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Mengaplikasikan
Imbuhan Sisipan
Waspada di Pasar Malam
Pasar Malam
Aku mengemaskan buku yang berselerak di atas meja. Aku ingin mengikut ibuku
ke pasar malam. Walaupun pasar malam itu terletak tidak jauh dari rumahku, aku
tidak pernah dibiarkan pergi bersendirian.
Kulihat ibu menanggalkan barang kemas yang dipakai oleh adik
perempuanku. Ibu menasihati aku agar menjaga keselamatan wang
yang diberikan oleh ayah.
Malam itu, aku berjalan kaki bersama-sama dengan ibu dan
adikku. Kami disuluhi cahaya lampu gerai yang terang-benderang.
Semasa melintasi gelanggang yang terletak di taman permainan,
kelihatan gelembung buih sabun yang dimainkan oleh beberapa orang
kanak-kanak. Aku cuba menampan gelembung buih itu dengan
telapak tanganku.
Gerai Keropok Lekor
Aku segera menarik tangan adik apabila aku melihat adik menghampiri kuali
yang mengandungi minyak yang sedang menggelegak. Aku khuatir minyak yang
menggelegak itu terpercik pada badan adik dan menyebabkan kecederaan.
Adik meronta minta dilepaskan. Jari telunjuk adik menunjuk ke arah keropok lekor
yang sedang digoreng.
Tahulah aku bahawa adik meminta untuk dibelikan keropok lekor itu. Ibu
mengeluarkan lima ringgit dari dompet dengan berhati-hati. Ibu membeli keropok
lekor untuk adik. Adik kelihatan gembira.
Setelah membeli keropok lekor, kami menuju ke gerai seterusnya. Ibu memimpin
tangan adik sambil menggenggam jari-jemari adik dengan kemas.
Nota Bahasa
Sisipan ialah imbuhan yang hadir dalam sesuatu perkataan yang masuk secara
menyisip, iaitu di celah perkataan. Empat bentuk sisipan ialah (-el-, -er-, -em-, -in-)
Contoh: -el- tapak–telapak
-er- gigi–gerigi
-em- kuning–kemuning
-in- sambung–sinambung
Aktiviti
• Membina ayat menggunakan imbuhan sisipan dalam pelbagai situasi.
Murid membaca dan menyenaraikan perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan.
5.2.1 Murid membina ayat menggunakan perkataan berimbuhan sisipan yang terdapat dalam teks. 57
Murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan tulisan berangkai yang betul dan kemas.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Mengaplikasikan
9UNIT Patuhi Peraturan Tema 3:
Jaminan Keselamatan Keselamatan
Mendengar dan Bertutur
Kembara Selamat
Danial dan keluarganya bercuti ke Kuching, Sarawak. Bermula
dari rumah lagi, mereka menggunakan kemudahan awam yang
disediakan semasa percutian tersebut. Terdapat beberapa peraturan
yang perlu dipatuhi oleh mereka ketika menggunakan kemudahan
awam tersebut.
TEKSI
teksi - tali pinggang kereta api
ketasSleiilaplainmgguagntaaanknagn
Aktiviti feri kapal terbang
• Menceritakan peraturan keselamatan berdasarkan gambar dan frasa
dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Murid membaca dan memahami maklumat dalam gambar.
58 1.5.2 Murid menceritakan sesuatu perkara yang pernah dialami berdasarkan gambar dengan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai.
Murid mencatat maklumat tentang peraturan keselamatan.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Membaca Terbang di Awan Biru
Aku di Pesawat Sebaik sahaja kami tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Bumi Kenyalang (KLIA), ayah telah mengarahkan aku untuk
Kudatang ke persadamu mengikutnya ke kaunter pengesahan
Membawa seribu harapan penerbangan untuk daftar masuk. Ayah
Meredah awan biru memberitahu aku bahawa beg yang
Bakal kukongsikan pengalaman melebihi tujuh kilogram perlu dimasukkan
Dalam keterujaan ini ke ruang kargo.
Ada aturan perlu dipatuhi Kami menuju ke tempat pemeriksaan
Alatan elektronik kumatikan keselamatan. Di sini, semua barang
Empuk kerusi kularaskan yang kami bawa akan diperiksa melalui
Tali keledar kukancing rapat mesin pengimbas. Telefon bimbit dan
Risalah keselamatan kutatap dompet diletakkan di dalam bekas yang
Di sini, baru kutahu corong pernafasan disediakan. Selain itu, kami juga perlu
Baru kukenal jaket keselamatan melalui pemeriksaan keselamatan di pintu
Untuk persediaan andainya perlu khas sebelum menuju ke ruang menunggu.
Dalam keterujaan ini Ketika memasuki pintu kapal terbang,
Dapat kusaksikan ayah mengingatkan aku agar duduk
Ciptaan keagungan Tuhan mengikut nombor yang ditetapkan.
Kepulan awan-gemawan Bagasi yang dibawa bersama-sama perlu
Bak kapas memutih disimpan di ruangan yang disediakan,
Terasa sekali ingin kugapai bukannya diletakkan di bawah kerusi.
Apakan daya tanganku terhalang Aku berasa bertuah kerana dapat
Keindahan yang memukau duduk di tepi tingkap. Dari tingkap kapal
Hanya boleh kupandang terbang, keindahan panorama alam
semesta memukau pandanganku.
Aktiviti “Danial, bangun. Kita dah sampai,”
kata ayah sambil mengejutkan aku. Aku
pun membetulkan kedudukan kerusi.
Sebaik sahaja tayar kapal terbang
mencecah ke landasan untuk mendarat,
aku berasa tidak sabar untuk membuka
tali pinggang keselamatan. Namun ayah
segera menahanku. Aku berasa hairan dan
tertanya-tanya, mengapa?
• Menyatakan pendapat tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi
seperti yang terdapat dalam teks dan puisi.
Murid membaca dan menganalisis teks dan puisi.
2.6.1 Murid menyenaraikan dan memberikan pendapat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam teks. 59
AT: Murid menyenaraikan perkataan berwarna merah dalam puisi.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sastera
Strategi P & P: KB – Menilai BCB – Bacaan intensif
Menulis
Berhemah di Jalan Raya
Sekolah Kebangsaan Seri Kejora telah mengadakan
Kempen Keselamatan Jalan Raya. Antara aktiviti yang
diadakan termasuklah pertandingan syarahan
dan pameran.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Baharudin bin
Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora, Guru-guru Penolong Kanan,
barisan hakim yang arif, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Pada pagi yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Punca-punca Kemalangan Jalan Raya”.
Hadirin yang saya kasihi,
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita saban hari kian meningkat.
Kemalangan ini bukan sahaja mengakibatkan mangsa kerugian harta tetapi juga
kehilangan nyawa.
Punca utama yang menyumbang kepada meningkatnya kadar kemalangan jalan
raya ialah sikap pengguna yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Antara sikap
buruk pengguna ialah amalan memandu melebihi had laju dan tidak memberikan
tumpuan ketika memandu.
Keadaan jalan raya yang tidak elok juga merupakan punca berlakunya
kemalangan. Keadaan jalan raya yang tidak lurus dan berlubang boleh
mengakibatkan pemandu dan pengguna hilang kawalan terhadap kenderaan mereka.
Kini, bilangan kenderaan di jalan raya semakin banyak. Semua pengguna ingin
sampai ke tempat yang dituju dengan segera. Oleh sebab itu, jalan raya menjadi
sesak dan lalu lintas semakin sibuk. Sudah pasti keadaan ini mengundang kemalangan
jalan raya.
Hadirin yang saya hormati,
Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita haruslah bekerjasama
dengan pihak yang berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Penguatkuasaan undang-undang dan penyelenggaraan jalan oleh kerajaan amatlah
perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Hargai nyawa anda dan orang
yang tersayang. Pandu cermat jiwa selamat.
Sekian, terima kasih.
60
Penunggang Motosikal Pejalan Kaki
Amalkan: Amalkan:
• Ikat tali topi keledar dengan kemas • Berhati-hati semasa melintas jalan
• Pasang lampu sepanjang masa • Menggunakan lorong pejalan kaki,
siang dan malam lintasan pejalan kaki dan jejantas
• Berhenti ketika lampu isyarat • Berjalan menghadap arah
berwarna merah kenderaan yang datang
Elakkan: • Memakai pakaian yang berwarna
• Mencelah kenderaan di jalan raya cerah supaya mudah dilihat
• Menunggang melebihi had laju pemandu kenderaan yang lain
• Menunggang dengan jarak terlalu
Elakkan:
dekat dengan kenderaan di hadapan
• Cuai dan terburu-buru ketika
melintas jalan raya
• Berjalan terlalu hampir dengan
jalan raya
• Bermain berhampiran dengan
jalan raya
Amalan Pengguna Berhemah di Jalan Raya
Pendahuluan Isi Penutup
- kata alu-aluan - sentiasa berhati-hati
- mengelakkan - cermat, tiba selamat
kemalangan
Aktiviti
• Menulis syarahan tentang amalan-amalan yang dapat mengelakkan
kemalangan di jalan raya berdasarkan maklumat yang diberikan.
Murid menulis karangan berbentuk syarahan.
3.6.2 Murid membaca dan meneliti teks syarahan.
Murid bercerita tentang maklumat yang terdapat dalam teks dengan tepat dan sebutan yang jelas 61
dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Mengujarkan Dialog
Lima Sahabat Rimba
Pada suatu hari, Sang Kancil, Sang Gajah, Sang Monyet dan Sang Rusa
bercadang untuk pergi ke seberang sungai. Mereka hendak mendapatkan
makanan di situ.
Sang Kancil : (Nada sedih) Wahai, rakanku sekalian! Nampaknya kita terpaksa pergi
ke seberang untuk mencari makanan. Makanan yang kita simpan pun
hampir habis.
Sang Rusa : Kalau begitu, saya juga mahu ikut kamu, Kancil. (Sang Rusa menghampiri
Sang Kancil)
Sang Gajah : Bagaimanakah kalau kita berlima pergi ke sana? Tentu banyak makanan yang
boleh kita bawa. (Sang Gajah menggoyang-goyangkan belalainya)
Sang Monyet : Nak ikut! Nak ikut! (sambil melompat-lompat)
(Sang Kancil menemui Sang Buaya untuk meminta bantuan)
Sang Kancil : Kami ingin meminta bantuan kamu untuk ke seberang. Bolehkah Sang Buaya?
Sang Buaya : Baiklah. Marilah naik ke atas belakang aku. Jangan lupa jaket keselamatan
kamu, ya!
Sang Gajah : Sang Buaya, bolehkah aku ikut sama? ( Sang Gajah merayu dengan
muka sedih)
Sang Buaya : Kamu hendak naik sekali? (Sang Buaya kehairanan). Eh, tidak boleh! Kamu
berat. Badan aku tidak mampu menampung kamu. Kita akan tenggelam nanti.
Aku hanya boleh membawa Sang Monyet, Sang Kancil dan Sang Rusa.
(Sang Gajah kelihatan kecewa. Dia memandang sahabatnya yang sedang
membetulkan jaket dan kedudukan mereka di atas badan Sang Buaya)
Sang Kancil : Sang Buaya, marilah kita ikut laluan yang agak cetek sedikit. Sang Gajah tentu
boleh ikut berenang dan menyeberang bersama-sama. Sang Monyet boleh
duduk di atas Sang Gajah.
Sang Buaya : Baiklah. Kalau begitu kita ikut laluan di sebelah sana. Kawasan di sana agak
cetek tetapi banyak kayu hanyut dan ranting pokok rendang. Jadi, kamu
semua perlu tunduk dan sentiasa berwaspada.
(Sang Gajah kelihatan gembira. Sang Monyet pun melompat ke atas Sang
Gajah. Semuanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan faham)
Sang Rusa : Ayuhlah kita bergerak sekarang.
Sang Buaya : Duduk baik-baik. Sang Monyet jangan asyik melompat sahaja. Nanti terjatuh
ke dalam sungai, bahaya tu!
Sang Kancil : Hah, dengar tu, Sang Monyet! Duduk diam-diam. Kalau tidak, nyawa kita
semua yang melayang.
Sang Buaya : Baiklah, semua sudah bersedia. Kita bergerak sekarang.
Aktiviti
• Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul melalui lakonan.
Murid mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul melalui lakonan.
62 Murid membaca dan memahami maklumat untuk membuat ulasan.
4.3.1 PK: Nilai Murni – Kerjasama
Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Interpersonal
Imbuhan Sisipan
Sentiasa Beringat Hidup Selamat
Zarul mengambil buku catatannya yang lalu. Dia membelek-belek
buku tersebut.
Pengalaman Menaiki Bot
1 Januari 2015
Pengalaman pertama menaiki bot tidak mungkin dapat kulupakan. Aku gementar
dan diselubungi perasaan resah gelisah. Namun aku gagahi juga kerana ingin
merasai sendiri pengalaman menaiki bot.
Aku memakai jaket keselamatan. Apabila bot mula bergerak, semua perasaan
itu hilang. Aku begitu seronok sekali.
Aku terlupa akan arahan petugas supaya tidak meletakkan telapak tangan
di dalam air sewaktu bot bergerak. Tiba-tiba, aku merasakan ada sesuatu yang
telah menyengat jari telunjukku. Aku menjerit kesakitan. Jari telunjukku disengat
obor-obor. Tubuhku mula menggeletar. Sakitnya bukan kepalang.
Utamakan Keselamatan
15 Februari 2015
Ketika waktu rehat, aku dan beberapa orang rakanku terlihat sekumpulan pekerja
sedang memasang cerucuk untuk membina bangunan baharu di sebelah
gelanggang badminton di sekolahku. Mereka melakukan tugas dengan berhati-hati.
Mereka memakai topi dan kasut keselamatan yang berwarna kuning ketika
berada di kawasan itu. Mereka menyusun bahan binaan agar tidak berselerak.
Dawai besi digulung dengan kemas agar tidak berserabut. Besi yang tajam dan
bergerigi disusun rapi dan diletakkan di satu tempat supaya tidak membahayakan
orang lain.
Aku dan rakan-rakanku hanya memerhatikan kawasan itu dari jauh. Kami
tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.
kilau kuning gerlap gilang guruh
Aktiviti
• Membina ayat menggunakan imbuhan
sisipan berdasarkan teks dan gambar.
Murid membaca dan mengenal pasti imbuhan sisipan.
5.2.1 Murid membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan sisipan berdasarkan teks dan gambar. 63
Murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan tulisan berangkai yang betul dan kemas.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Menghubungkaitkan
Kata Ganda Berentak
Mengikuti Lawatan
Aiman dan Azam berbual tentang taklimat berkaitan dengan lawatan
ke Pusat Sains Negara yang diberikan oleh Cikgu Norlia.
Sebelum Lawatan
Azam, sudahkah kamu menyerahkan Sudah, Aiman. Saya telah
borang kebenaran untuk mengikuti menyerahkan borang itu lebih
lawatan yang diminta oleh Cikgu Norlia? awal sebaik-baik sahaja ayah
saya menandatanganinya.
Baguslah, begitu. Cikgu Norlia tidak suka jika
kita memberikan alasan yang remeh-temeh Borang kebenaran itu penting.
kerana lambat menyerahkannya. Tanpa borang tersebut, kita tidak
dibenarkan menyertai lawatan
Azam, semasa lawatan kerana melanggar peraturan
nanti, kita perlu menjaga lawatan sekolah.
tindak-tanduk kita agar
nama sekolah kita tidak Betul kata kamu. Kita perlu
tercemar. memastikan pakaian kita kemas
dan tidak serbah-serbih atau
kusut-masai. Cikgu Norlia juga
menasihati kita agar membawa
bekalan makanan seperti
kuih-muih untuk mengalas perut.
Semasa Perjalanan ke Pusat Sains Negara
“Sila berhati-hati, jangan tergopoh-gapah. Nanti kamu terjatuh,” kata Cikgu Norlia
kepada peserta lawatan ketika hendak menaiki bas. Azam ternampak seorang murid
lelaki tercungap-cangip berlari mendapatkan Cikgu Norlia. Mungkin dia terlewat, bisik
hati Azam.
Sepanjang perjalanan, semua peserta duduk di tempat masing-masing. Mereka
diperingatkan agar tidak berjalan-jalan semasa bas bergerak. Azam melemparkan
pandangan ke luar tingkap. Dia menyaksikan keindahan gunung-ganang, kenderaan
yang lalu-lalang dan jalan raya yang bersimpang-siur di sepanjang perjalanan
menuju ke destinasi.
Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang terdapat
dalam dialog dan teks.
Murid membaca dan memahami teks.
64 5.2.2 Membina ayat menggunakan kata ganda berentak.
Menulis pelbagai jenis kata ganda dengan ejaan yang tepat secara imlak.
AT: Merujuk kamus untuk mencari maksud kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan intensif
Penilaian 3
A. Lakukan aktiviti berdasarkan kad arahan dalam permainan bahasa
di bawah.
1 2 3 4 5 6
12 11 10 9 8 7
Butang 13 14 15 16 17 18
penanda 24 23 22 21 20 19
25 26 27 28 29 30
Dadu
Tamat
Peraturan permainan
• Permainan ini boleh dimainkan lebih daripada dua orang.
• Pemain memilih butang penanda.
• Pemain pertama melontar dadu dan menggerakkan butang penanda mengikut
bilangan titik pada dadu.
• Teruskan permainan mengikut giliran.
• Sekiranya butang penanda pemain berada di petak berwarna, pemain perlu
mengambil satu kad arahan yang terdapat dalam sampul.
• Maju dua petak ke hadapan jika dapat menjawab soalan pada kad arahan.
• Undur dua petak ke belakang jika gagal menjawab soalan pada kad arahan.
• Pemain yang pertama sampai ke petak Tamat merupakan pemenang.
Sampul arahan Kad arahan
• Nyatakan tiga kata ganda berentak.
• Sebutkan tiga cara mengelakkan kemalangan.
• Berikan sebab kita perlu melakukan aktiviti memanaskan
badan sebelum bersukan.
• Ceritakan tiga cara menjaga keselamatan diri.
• Bina satu ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja.
• Bina dua ayat menggunakan kata pembenar.
65
B. Baca dan fahami sajak.
Nasihat untuk Teman
Teman,
Bicara ini sekadar renungan
Buat ingatan dan juga panduan
Hargailah nyawa yang dipinjamkan
Usah biarkan diri dalam kealpaan
Teman,
Keselamatan diri paling utama
Walau di mana kita berada
Jika diabai malang menimpa
Kesal menemani sepanjang masa
Teman,
Jagailah harta usah dipunah
Gunakanlah secara berhemah
Ketahanannya pasti terserlah
Jimat belanja harta bertambah
Teman,
Patuhilah segala peraturan
Jangan berjalan sendirian
Walaupun di taman permainan
Waspada diri jadikan amalan
Aktiviti
• Nyatakan maksud setiap rangkap puisi di atas dan pindahkan
maklumat tersebut dalam bentuk prosa.
• Jika diabai malang menimpa
Kesal menemani sepanjang masa
Berdasarkan baris puisi yang diberikan, kemukakan Ciri-ciri
Sahabat
pendapat kamu.
• Senaraikan ciri-ciri sahabat yang kamu harapkan
menggunakan peta buih.
66
TEMA 4 Kemasyarakatan
Berkat Muafakat 67
Rakyat Malaysia berbilang bangsa,
Tiada sengketa bertimbang rasa,
Hubungan mesra sepanjang masa,
Hasil usaha pemimpin berjasa.
Rakyat hidup damai sentiasa,
Sejahtera di kota juga di desa,
Bekerjasama setiap masa,
Limpahan rezeki nikmat dirasa.
Amalkan sikap bantu-membantu,
Tanpa mengira tempat dan waktu,
Kerja yang sukar tidaklah buntu,
Niat yang ikhlas mendapat restu.
Ingatlah wahai para sahabat,
Walau jauh mahupun dekat,
Semua kerja perlu muafakat,
Hidup sepakat membawa berkat.
Melagukan syair dengan intonasi yang betul.
Membawa Berkat Kemasyarakatan Saya sedang membaca maklumat tentang 1C. arDiadsaelamumtsaatrtaangmseengmhuta,sislekamnutmpeakkearjnaan akan disuburkan oleh sejenis cecair yang kaya dengan enzim. menuaikan
semut. Rupa-rupanya, terdapat lebih yang lebih kecil akan memotong daun 3. pKeusmdpeuldaanusneyamnutgisniuabkurankemaetnasa dmepdalakuann
Tema 4: daripada 12 000 spesies semut. Semut yang dikumpulkan kepada kepingan Kumpulan ini akan mengunyah 5. Kumpulan terakhir yang akankulat itu untuk dijadikan makanan
hidup dalam koloni yang teratur. Yang ini kepingan daun menjadi pulpa yang kering di ruangan lain di dalam sarang. membersihkan, menjaga dan
Muafakat Mendengar dan Bertutur gambar semut spesies atta atau dikenali BAHASA MALAYSIA yang kecil. Pes tersebut akan menjadi kulat. di dalam pes daun. anggota koloni.
sebagai semut pemotong daun. 4. Kumpulan yang ini pula akan menarik
Indahnya Semangat Kerjasama BAHASA MALAYSIA 2. kepingan kulat dan menanamkannya
BAHASA MALAYSIA
UNIT 10 KIMIA SIVIK ENGLISH 1
KAMUS ISTILAH SIVIK ENGLISH BAHASA MALAYSIA 2
KAMUS ISTILAH ENGLISH BAHASA MALAYSIA 3
BAHASA MALAYSIA MATEMATIK ENGLISH BAHASA MALAYSIA
KAMUS ISTILAH ENGLISH 4
KAMUS ISTILAH SIVIK ENGLISH BAHASA MALAYSIA 5
SIVIK ENGLISH BAHASA MALAYSIA
KAMUS DEWAN ENGLISH Sumber: Harun Yahya, The Miracle in the Ant
MATEMATIK ENGLISH SEJARAH
KAMUS ISTILAH SIVIK ENGLISH SEJARAH 68
KAMUS ISTILAH MATEMATIK ENGLISH SEJARAH
BAHASA MALAYSIA SIVIK ENGLISH SEJARAH
KAMUS ISTILAH MATEMATIK SEJARAH
MATEMATIK SEJARAH
MATEMATIK SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
MATEMATIK
MATEMATIK
MATEMATIK
MATEMATIK
MATEMATIK
MATEMATIK
MATEMATIK
MATEMATIK
KAMUS SAINS
KAMUS
KKKKAAAAMMMMUUUSUSSSSSSAAAISININANSSISNS
SEJARAH
KAMUS SAINS SEJARAH
AGAMA
KAMUS SAINS
KAMUS SAINS SEJARAH
SEJARAH
AGAMA ISLAM
SEJARAH
Kamu baca apa, KAMUS KAMUS GGEE00GGRRAAFFII
Farhana? KAMUS KAMUS GGGEE00EG0GGRGRARAEAF0FIIGFIRAFI
KAMUS
KAMUS KAMUS
KAMUS
KAMUS KAMUS
KAMUS KAMUS
KAMUS
KAMUS
SEJARAH K
GE0GRAFI K
BIOLOGI
K
KAMUS
SEJARAH MALAYSIA KA
KAM
KKAAMMUS
FIZIK KAMUS GE0GRAFI
SAINS SUKAN SEJARAH
BIOLOGI KAMUS SAINS GE0GRAFI
KAMUS GE0GRAFI
FIZIK GE0GRAFI
KAJIAN TEMPATAN SEJARAH
BIOLOGI MATEMATIK GE0GRAFI
KIMIA SEJARAH SEJARAH
SAINS SUKAN MATEMATIK
SEJARAH
GE0GRAFI
SEJARAH
SAINS KESIHATAN SAINS MATEMATIK
SAINS SAINS
SAINS TAHUN 5
SAINS TAHUN 5 SAINS
SAINS TAHUN 4
Mengapakah semut atta Semut atta dikenali
juga dikenali sebagai semut semut pemotong daun
pemotong daun? kerana
Farhana, benarkah terdapat beberapa Benar, Jayanti. Setiap kumpulan
proses untuk menghasilkan makanan dalam koloni semut mempunyai
dalam kalangan semut? peranan masing-masing dalam
proses menghasilkan makanan.
Wah, nampaknya terdapat Sebagai contoh,
pembahagian tugas! Indah
sungguh semangat kerjasama Ya, betul. Tahukah kamu
dalam koloni semut. mengapa wujud keadaan
sedemikian?
Ya, saya tahu. Semut-semut ini .
Kita pun harus mengikuti contoh
semangat kerjasama semut ini.
Apakah pandangan kamu, Farhana?
Aktiviti
• Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat.
Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat secara bertatasusila.
1.6.1 Murid membaca dan memahami teks. 69
Murid mencatat maklumat tentang cara-cara semut membuat makanan mengikut urutan dengan betul.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Membuat inferens KP – Interpersonal
Membaca KELAB SUKARELAWAN MUDA
KELAB SUKARELAWAN MUDA Keanggotaan dibuka kepada semua murid yang berminat.
Keanggotaan dibuka kepada semua murid yang berminat. Daftarlah segera sekiranya kamu:
Daftarlah segera sekiranya kamu:
• Sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa • sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa
mengira masa. mengira masa;
• Ikhlas dalam menjalankan tugas.
• Sedia menghadapi cabaran. • ikhlas menjalankan tugas;
• Bersemangat waja dan kental. • sedia menghadapi cabaran;
• Berdisiplin dan menepati masa. • bersemangat waja dan kental; dan
Dapatkan borang permohonan daripada Puan Rohana • berdisiplin dan menepati masa.
binti Jamali.
Dapatkan borang permohonan daripada Puan Rohana
binti Jamali.
Catatanku
14 Mac 2015
7.00 pagi
Aku bersama-sama dengan anggota Kelab Sukarelawan Muda dan beberapa unit
beruniform berkumpul di dewan sekolah. Kami membantu guru mengemaskinikan
tugasan akhir sebelum Program Semarak Bahasa bermula.
8.00 pagi
Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Kamarul Zaman bin Razak, Pegawai
Pendidikan Daerah. Beliau amat berbesar hati melawat tapak pameran dan turut
berbual santai dengan kami dan para pengunjung.
10.30 pagi
Aku dan rakan-rakan mengedarkan minuman kepada para petugas. Aku berasa
bangga kerana dapat berganding bahu dengan para petugas yang lain untuk
sama-sama memastikan program sekolah berjalan dengan lancar.
11.30 pagi
Majlis bersurai. Keadaan di dalam dewan kelihatan berselerak. Mujurlah ada anggota
Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah membantu kami. Kami mengemas
dewan, menyusun kerusi dan meja serta membuang sampah sarap yang ada. Guru
besar dan guru-guru turut turun padang untuk membantu. Berkat kerjasama semua,
keadaan dewan sekolah kami kembali kemas.
Aktiviti
• Membaca dan menyatakan maksud frasa yang berwarna merah.
Murid membaca dan memahami teks untuk memperkaya laras bahasa.
70 2.6.2 Murid mencari makna bagi frasa yang berwarna merah.
Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Merumus BCB – Bacaan intensif
Menulis
Minggu Sukarelawan Muda
Selamat pagi. Terima kasih saudara Pengacara Majlis. Yang Berusaha Pengenalan
Tuan Haji Baharudin bin Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora, Isi
Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid yang saya
kasihi. Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), saya Penutup
menyokong sepenuhnya penubuhan kelab ini.
Tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Minggu
Kelab Sukarelawan Muda dengan jayanya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Aktiviti yang dirancang menunjukkan komitmen warga sekolah untuk
mewujudkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat. Banyak
manfaat yang boleh diperoleh jika kita seia sekata. Sebagai contoh,
Hadirin sekalian,
Begitulah manfaatnya apabila kita saling sepakat. Akhir kata, sentiasalah
bekerjasama untuk kesejahteraan hidup kita bersama-sama, bak kata
pepatah “bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.
Sekian, terima kasih.
Isi 1
• Aktiviti gotong-royong
- aktiviti penduduk
- membersihkan, mencantikkan tempat tinggal
Isi 2
• Mengurus tempat jagaan kanak-kanak
- meringankan beban jiran
- kanak-kanak tidak terbiar
Isi 3
• Mewujudkan pusat jagaan haiwan
- membela haiwan terbiar
- tanggungjawab bersama
Nota Bahasa
Ucapan ialah satu bentuk komunikasi yang bertujuan untuk
Aktiviti memindahkan idea dan perasaan secara berkesan daripada
pengucap kepada pendengar atau hadirin.
• Menulis teks ucapan berpandukan gambar.
3.6.2 Murid membaca dan memahami maklumat dalam teks dan gambar. 71
Murid menulis teks ucapan berpandukan gambar dan frasa.
Murid bertutur berdasarkan gambar dengan menggunakan ayat yang gramatis.
PK: Nilai Murni: Semangat bermasyarakat Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Menghubungkaitkan
Mengujarkan Dialog
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
Negara Tikus yang aman damai telah dicerobohi oleh Sang Kucing Gergasi.
Banyak tikus yang menjadi mangsanya. Tikus Menteri berasa bimbang
akan keselamatan rakyat jelatanya. Dia telah menghimpunkan rakyatnya
di Dataran Tikus.
Tikus Menteri : Wahai sahabat-sahabatku, negara kita sudah tidak aman! Semenjak
tiga hari yang lalu, sebilangan rakyat jelata telah menjadi mangsa
Sang Kucing Gergasi.
Tikus Mondok : Kita perlu melakukan sesuatu. Kita mesti mempertahankan negara
kita daripada ancaman Sang Kucing Gergasi itu.
Semua Tikus : Kami sokong! Kami sokong!
(Semua tikus yang hadir berteriak serentak sambil mengangkat tangan
masing-masing)
Tikus Menteri : Tetapi ... apakah yang perlu kita lakukan?
(Dengan wajah yang sugul, Tikus Menteri memandang rakyat jelatanya
satu persatu)
Tiba-tiba, seekor tikus tua, iaitu Tikus Profesor yang bercermin mata tebal berjalan
perlahan-lahan ke hadapan dataran.
Tikus Profesor : Saya ada satu cadangan. Kita perlu wujudkan satu sistem amaran
bunyi untuk mengesan kehadiran Sang Kucing Gergasi.
Tikus Menteri : Sistem amaran bunyi? Apakah maksud Tuan Profesor?
Tikus Profesor : Maksud saya, kita ikatkan loceng pada leher Sang Kucing Gergasi itu.
Apabila dia memasuki daerah kita, pasti loceng itu akan berbunyi.
Jadi, kita mempunyai masa untuk menyembunyikan diri.
Tikus Rumah : Tapi ... siapakah yang berani mengikat loceng pada leher Sang
Kucing Gergasi?
(Tikus Rumah menggigil ketakutan memikirkan nasib siapakah yang
bakal menerima tanggungjawab melakukan tugasan itu)
Tikus Profesor : Oh, yang itu akan kita lakukan bersama-sama! Ingatlah kata pepatah,
“bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Tikus Menteri : Betul kata Tuan Profesor. Kita akan mengikatkan loceng ini pada leher
Sang Kucing Gergasi ketika dia tidur.
Akhirnya, masyarakat tikus itu berjaya memasangkan sistem amaran bunyi yang
dicadangkan oleh Tikus Profesor. Negara Tikus pun kembali aman.
Aktiviti
• Melakonkan dialog.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid mengujarkan dialog berpandukan teks dan gambar dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
72 4.3.1 betul serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.
Murid menyenaraikan dan membina ayat dengan menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam teks.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Mengkonsepsikan idea KP – Kinestetik
Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan
Program Motivasi Jaya Diri
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan warga sekolah yang
telah sama-sama menjayakan Program Motivasi Jaya Diri pada hari ini.
Program hari ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama anda semua. Kejayaan
program pada hari ini membuktikan bahawa kerja yang susah akan menjadi
mudah jika kita saling bermuafakat, ibarat “aur dengan tebing”.
Saya amat berpuas hati dengan usaha sama yang ditunjukkan oleh
semua pihak. Harapan saya agar kerjasama ini akan berterusan antara
pihak sekolah dengan komuniti setempat demi kepentingan bersama.
Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Perkara: Program Motivasi Jaya Diri
Arial 10
Zarul,
Apa khabar? Bagaimanakah dengan keputusan peperiksaan kamu? Saya yakin bahawa
murid otak cair seperti kamu akan mendapat keputusan yang membanggakan.
Dengan sukacita saya maklumkan bahawa sekolah saya telah berjaya menganjurkan
Program Motivasi Jaya Diri baru-baru ini. Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) berganding bahu untuk memastikan program itu dapat meningkatkan motivasi dan jati
diri dalam kalangan murid.
Kami amat bertuah kerana para ibu bapa mempunyai pelbagai kepakaran untuk
dimanfaatkan bersama. Mereka tidak berat hati untuk menghulurkan bantuan. Sebagai contoh,
penceramah program terdiri daripada kalangan ibu bapa sendiri. Pendek kata, semua pihak
membanting tulang dengan cara masing-masing, bahkan tidak ada yang berpeluk tubuh.
Nampaknya, murid-murid yang mengambil bahagian dalam program itu bukan sahaja
dapat meningkatkan motivasi diri, malahan mereka turut belajar tentang erti kepentingan
permuafakatan semasa menjayakan sesuatu perkara. Dalam ucapan penutupan, guru besar
kami telah memuji kejayaan program itu. Beliau memberikan kata putus bahawa program itu
akan diteruskan pada masa akan datang agar prestasi akademik murid dapat ditingkatkan.
Menurut beliau lagi, kejayaan program kali ini akan menjadi penanda aras untuk program
yang akan datang.
Baiklah Zarul, saya akan memuatnaikkan gambar-gambar yang dirakam semasa
program itu sebentar lagi.
Aktiviti
• Membina ayat dengan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk
maksud kiasan.
Murid membaca dan menyenaraikan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk maksud kiasan.
5.2.3 Murid membina ayat dengan kata-kata yang disenaraikan. 73
Murid membaca dan memahami bahan bukan sastera untuk memperkaya laras bahasa.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan intensif
11UNIT Kita Memberi, Tema 4:
Orang Merasa Kemasyarakatan
Mendengar dan Bertutur
Bulat Air kerana Pembetung, Bulat Kata kerana Muafakat
B e r i tBraif: Pembaca berita Pastikan anak-anak anda dapat bermain dalam
U t a m adi televisyen... keadaan yang bersih dan selamat. Oleh itu, marilah
kita beramai-ramai bekerjasama membersihkan dan
meningkatkan keceriaan taman-taman permainan
di tempat tinggal kita. Kerja yang sukar pasti
menjadi mudah jika semua pihak saling sepakat,
bak kata pepatah, “bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat”.
Wah, taman permainan Ya, Jayanti. Keadaan ini
kita sudah bersih dan sebenarnya ialah hasil
cantik, Farhana! usaha sama Jawatankuasa
Penduduk Taman Seri Kejora
Oh, ya? Apakah yang yang menyahut seruan
disampaikan dalam dalam warta berita di televisyen
siaran berita itu? tempoh hari.
Oh, begitu! Saya kagum kerana keadaan Menurut laporan berita itu, .
taman yang tidak terurus sebelum ini dapat Semua penduduk perlu bersatu
dibersihkan dan diceriakan dalam masa hati, bagai
yang singkat. Tepat sekali kata bidalan
Itulah buktinya kerja yang
Betul kata kamu, Farhana. Kita harus susah akan menjadi mudah
berterima kasih kepada semua penduduk jika kita saling berganding
yang membanting tulang membersihkan bahu, seperti kata orang
taman ini. tua-tua,
Aktiviti
• Berbicara untuk menyampaikan maklumat secara bertatasusila.
Murid meneliti dan memahami teks dialog.
74 1.6.2 Murid berbicara untuk menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.
Murid membaca pelbagai ragam ayat secara mekanis.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal
Membaca
Program Kejiranan Mesra
PenghargaansmJuaekwraaarketpaalaenmwmkkuabaaninnsdaauaacPnnaropssguaurknraaatmureerbliKamaewhajiaarkatriaunasadtihnai sTkMaekemepsrarajaadnsaTaSapemmariaraKamnedjSeoeenrrarjmai.Kyaeawjkoaarnan,
muSsulimmibnmadenamgnabnmodtlueuashallakinmma-tnauktapednaairdtdaaaampanenapnnyudaiaunnndi.g-uSpkluuemrabanieuhnbbsgeeaeslhearjasararkeu.artinninisytoealnaktteupsaadhaaja
Terima kasih
Ip batp Pkdutebye kPapeeO irraabhtr murejpiuoHtvgneutnuaDmgiargil,tUddnduaiarBnmpu2iasjrabpsrule.katdae0meoaaeklsaBmiukarlaazenneeibMrknkaumnKjelhpauiaoheaeadsesauybndliuujeswirHiahaleirj-paibhduaatkirpgbatuepmeknPampieuyryranehaenuiapllakaigtnaaarnmtaarasnadakannbabanagMnukgalyeneatdhtdpgunadeirrpgevkksuuanasnbieiarbiaetrjkynnmgiiirnalibdatimsagatimipaainetPni.apubbwahm.AebiAe,aiaadunnalnaamnwbdrwangdhjnntuaaaaietuag,-auohywrtnbdwpgmeaklaauealaeoulneankaahnmrntkkyabuahsjntykumanieuaThpeieamk,nnaaaselsktsaaigbmeae.khryaerkshatmrnaianinaaddauvnggsgbtinanltyugsuouigeapiaarluirdkSterakkauunkipaaethkanti.aspvtartnaggeaikiiMnntlek.laianpKa,betlptgnmSairhemavnoyeea.njinbuaotaenalkgiOaternrnukd-nugaailrkfgtneaugsataikafuhendbtaantniectdetuetnguuaiadlrtaklakjiuk,kpueamdnehe,umkpupupiunjnabt,eamrnaiilatnabdetrlutdikaljuefslaa.ukiuteanakenenkmnskkburgmtpeiguaomapeaejsemaalnrnaadniakmnhtaheuaduidtskybnnnekumadoaaiayrtdnlusaasipanennuaiiknauahmgrikunll
semua pihak.
Aktiviti
• Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan pinjaman.
Murid membaca, memahami dan menjelaskan maksud ayat-ayat yang mengandungi perkataan
2.2.3 berimbuhan pinjaman. 75
Murid bersoal jawab berpandukan teks.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Mensintesis BCB – Bacaan intensif
Menulis Kata
alu-aluan
Danial telah mewakili kelasnya untuk berpidato
dalam majlis perhimpunan rasmi di sekolahnya. Pengenalan
Dia memilih tajuk tentang kejiranan.
Isi 1
Jiran Sepakat Isi 2
Isi 3
Yang saya hormati Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Penutup
Baharudin bin Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora,
Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru yang saya hormati dan
rakan-rakan yang saya kasihi.
Batu geliga batu permata,
Diikat dengan emas suasa;
Jiran tetangga saudara kita,
Perlu dilayan mesra sentiasa.
Demikianlah pantun pembuka bicara tentang kehidupan berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Kini,
semangat kejiranan semakin pudar. Kesibukan hidup menyebabkan
masyarakat masa kini bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengembalikan semangat kejiranan itu? Oleh itu, saya ingin
mengemukakan beberapa pandangan.
Marilah kita menyemarakkan semangat gotong-royong. Sebagai
contoh, kita membaik pulih dan mengecat bangunan balai raya. Manfaat
gotong-royong ini akhirnya dapat dinikmati oleh penduduk setempat.
Merekalah yang akan menggunakan balai raya untuk pelbagai aktiviti.
Hadirin yang saya hormati,
Majlis rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.
Dalam majlis sebegini, para penduduk lazimnya akan bekerjasama
menyediakan pelbagai juadah. Di samping merapatkan hubungan
sesama jiran, para penduduk juga dapat menyelami budaya kaum lain.
Sidang hadirin,
Bilakah kali terakhir kita menziarahi jiran kita? Kini, sudah tiba
masanya kita menghidupkan semangat kejiranan dengan menziarahi
jiran yang ditimpa kemalangan atau yang baru menerima cahaya mata.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghidupkan semangat
kejiranan di tempat tinggal kita. Sentiasalah kita bersedia untuk membantu
jiran, sama ada pada waktu senang, mahupun pada waktu susah.
Ingatlah, “Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa”.
Sekian pidato saya, terima kasih.
76
Masyarakat Sejahtera, Hidup Bahagia
Pengenalan:
• Kata alu-aluan
• Tajuk pidato
• Contoh aktiviti kesejahteraan masyarakat
Isi
• Kempen Derma Darah
– mengisi tabung darah
– mangsa kemalangan – pesakit
• Lawatan ke rumah kebajikan
– Orang Kurang Upaya (OKU)
– rawatan – rundingan
– kurangkan beban
• Program akademik
– kelas bimbingan – pendidikan
terbaik – keluarga berpendapatan
rendah
Penutup Nota Bahasa
• Rumusan isi
• Ucapan terima kasih Pidato ialah pengucapan yang disampaikan
secara individu kepada khalayak ramai
Aktiviti untuk menyampaikan sesuatu mesej yang
mengandungi idea, menaakul konsep dan
merumuskannya secara berkesan.
• Menulis pidato berpandukan gambar dan frasa menggunakan bahasa
yang santun.
3.6.2 Murid membaca pelbagai ragam ayat secara mekanis. 77
Murid meneliti format pidato dalam teks.
Murid menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk pidato berpandukan bahan rangsangan.
PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Ayat Tunggal dengan Peluasan Subjek
Program Sekolah Penyayang
Farhana murid Tahun 5 Elit. Farhana berwajah ceria. Farhana keluar dari
kereta ayahnya. Dia melangkah penuh semangat ke pagar sekolah.
Cikgu Zanariah menyambut kehadiran Farhana. Cikgu Zanariah guru
kelas Farhana. Farhana sungguh gembira. Guru besar turut menyambut
kedatangan rakan-rakan Farhana. Begitu juga dengan guru-guru yang lain.
Farhana berwajah ceria. Peluasan Frasa Subjek
Farhana murid Tahun 5 Elit. Farhana murid tahun 5 Elit berwajah ceria.
Cikgu Zanariah menyambut Peluasan Frasa Subjek
kehadiran Farhana.
Cikgu Zanariah guru kelas menyambut
Cikgu Zanariah guru kelas. kehadiran Farhana.
Situasi 1 Situasi 2
– Cikgu Razak – guru Sains – rajin – guru-guru – di sekolah – prihatin
– murid-murid – Tahun 5 Elit – mendengar – meraikan – hari lahir – murid
tunjuk ajar guru
Aktiviti
• Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek berpandukan gambar.
Murid membaca dan memahami teks.
78 Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek berpandukan gambar dan frasa.
5.3.1 Murid mengujarkan ayat untuk bercerita berpandukan gambar.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan imbasan
Ayat Majmuk dengan Peluasan Predikat
Danial dan Farhana yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Kejora
berasa sungguh teruja kerana hari ini ialah hari lahir mereka. Cikgu Rohana
memberitahu murid-muridnya bahawa mereka akan meraikan Danial dan
Farhana. Sambutan hari lahir murid-murid secara serentak merupakan
sebahagian daripada aktiviti Program Sekolah Penyayang di sekolahnya.
Danial dan Farhana belajar Danial dan Farhana yang belajar di Sekolah
di Sekolah Seri Kejora. Seri Kejora berasa sungguh teruja.
Danial dan Farhana berasa
sungguh teruja.
Cikgu Rohana memberitahu Cikgu Rohana memberitahu murid-muridnya
murid-muridnya bahawa bahawa mereka akan meraikan Danial
mereka akan meraikan Danial. dan Farhana.
Mereka akan meraikan Farhana.
Situasi 1 Situasi 2
Danial – rakan–rakannya – menerima Cikgu Rohana – memberitahu Farhana
hadiah – cikgu – keputusan cemerlang – rakan-rakannya – berjumpa lagi –
keesokan hari
Aktiviti
• Membina ayat majmuk dengan peluasan predikat.
Murid membaca dan memahami ayat majmuk dalam teks.
5.3.1 Murid membina ayat majmuk dengan peluasan predikat berpandukan gambar dan frasa. 79
Murid menceritakan pengalaman mereka menyambut hari lahir.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan imbasan
12UNIT Sedia Membantu Tema 4:
Kemasyarakatan
Mendengar dan Bertutur
Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu yang Memikul
Kavita, rakan sekelas Farhana, sering datang lewat ke sekolah sejak
belakangan ini. Hal ini terjadi kerana ibu bapanya terlibat dalam
kemalangan jalan raya dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi,
Hospital Besar Ipoh. Kavita sebagai anak sulung perlu mengurus
adik-adiknya di rumah sebelum pergi ke sekolah. Farhana bercadang untuk
membantu Kavita.
Suhaila, mari kita Bagus cadangan kamu,
lakukan sesuatu untuk Farhana. Saya pun turut
membantu Kavita. bersimpati dengan Kavita,
bak kata pepatah, “berat
Bagaimanakah jika kita mata memandang, berat
mewujudkan tabung lagi bahu yang memikul”.
derma khas untuk keluarga
Kavita? Kita boleh
Betul juga kata-kata Cadangan kamu itu baik, Farhana.
kamu, Suhaila. Kalau Saya pula berpendapat bahawa
begitu, keluarga Kavita bukan sahaja
memerlukan sumbangan wang.
Aktiviti Kita perlu mendapatkan bantuan
banyak pihak untuk membantunya.
Oleh itu, kita
• Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis.
Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang cara-cara membantu Kavita.
80 1.7.2 Murid membina ayat dengan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.
PK: Nilai Murni – Prihatin Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
Membaca
Rakan COP SMS MAKLUMAT
Rakan COP bermaksud Rakan Polis Diraja Malaysia. KOD NEGERI UNTUK SMS 32728
Tujuan Rakan COP adalah untuk mewujudkan KE SETIAP IPK
hubungan yang rapat antara polis dengan POLISPLS BERLAKU
masyarakat bagi mewujudkan bandar selamat. KUALA LUMPUR = KL ROMPAKAN
Pendekatan yang digunakan amat mudah. Orang SELANGOR = SEL DI KEDAI EMAS
ramai hanya perlu menggunakan telefon bimbit PERLIS = PLS MEZA KUALA
melalui sistem pesanan ringkas untuk menyalurkan KEDAH = KD PERLIS
pelbagai maklumat seperti kejadian jenayah, PULAU PINANG = PG
kemalangan jalan raya atau kesesakan lalu lintas PERAK = PK
kepada pihak polis. Tindakan akan diambil oleh NEGERI SEMBILAN = NS
pihak polis dalam masa tidak lebih daripada MELAKA = MK
12 minit setelah maklumat diterima. Cara menghantar JOHOR = JOH
maklumat adalah seperti yang berikut: TERENGGANU = TR
PAHANG = PHG
KELANTAN = KEL
SABAH = SBH
SARAWAK = SWK
Polis Kod Taipkan:
POLIS[Kod Negeri] [Maklumat Anda]
dan SMS ke 32728
Farhana : Apa khabar, kawan-kawan? Saya baru sahaja membaca artikel tentang
Rakan COP. Wah, rupa-rupanya, kita boleh menjadi mata dan telinga
pihak polis!
Akmal : Apakah maksud kamu?
Farhana : Maksudnya, orang ramai digalakkan untuk menyampaikan maklumat
berkaitan dengan jenayah kepada pihak polis.
Hawani : Jadi, pihak polis akan bertindak mengikut maklumat orang ramai?
Farhana : Ya. Sebagai contoh, sekiranya orang ramai atau anggota Rakan COP
terlihat akan kejadian ragut bermotosikal, maklumat boleh dihantar terus
kepada pihak polis melalui saluran Rakan COP.
Akmal : Kalau begitu, puluhan ribu pengguna jalan raya
dapat membantu pihak polis mengesan dan
memberikan maklumat terkini tentang
lokasi motosikal itu berdasarkan nombor
pendaftarannya.
Farhana : Ya, Akmal. Peragut itu dapat ditangkap
melalui kerjasama antara orang ramai
dengan pihak polis.
Aktiviti
• Membaca pelbagai ragam ayat.
Murid membaca dan memahami teks.
2.3.1 Murid menyatakan contoh ragam ayat yang terdapat dalam teks. 81
Murid menulis jawapan pemahaman yang dikemukakan oleh guru.
AT: Melayari http://www.rakancop.net/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Rakan COP.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Mengkonsepsikan BCB – Bacaan mekanis
Menulis
Terima Kasih, Kawan
Namaku Rosella. Aku kepunyaan Tuan Haji Rosli bin Wahid. Aku membesar
bersama-sama dengan rakanku Si Mangga dan Si Pisang serta beberapa
spesies buah yang lain di belakang rumah Tuan Haji Rosli. Rakan-rakanku
lebih kuat dan gagah berbanding dengan diriku yang lemah. Kami hidup
berkasih sayang dan saling melindungi antara satu sama lain.
Tuan aku bernama Tuan Haji Rosli bin Kami sudah besar – kami mula berbuah
Wahid. Dia menjaga aku dan – isteri Tuan Haji Rosli suka membuat
rakan-rakanku dengan baik. Kami jus roselle daripada buahku – aku gembira
disiram setiap petang dan dibajai dari dapat berbakti kepada Tuan Haji Rosli
semasa ke semasa. dan keluarganya.
Terima kasih kerana
melindungi aku.
Aktiviti
• Menulis draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan
kreatif.
Murid menaakul teks dan gambar.
3.7.1 Murid menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif berpandukan
82 gambar dan frasa.
Murid bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, menggunakan laras bahasa yang sesuai.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Mengujarkan Dialog
Program Khidmat Bantu di Rumah
Keluarga Farhana dan Akmal telah menyertai Program Kembara
Kebajikan. Program itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat
kesukarelawanan dalam kalangan anggota masyarakat. Rombongan
mereka telah menjalankan program khidmat bantu di kediaman seorang
warga emas di Kampung Sungai Dua, Pulau Pinang.
• bersatu hati • menghulurkan bantuan
• meringankan beban penderitaan • berjuraian air mata
Aktiviti
• Mengujarkan dialog yang dihasilkan berpandukan gambar untuk
menyampaikan nilai murni.
Murid menghasilkan dialog berpandukan gambar dan rangkai kata,
4.3.2 Murid mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan nilai murni dengan menggunakan
bahasa yang indah dan bahasa badan yang sesuai. 83
Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah yang disediakan oleh guru.
PK: Nilai Murni – Keberanian Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Bantu-Membantu Amalan Mulia
Kawasan Perumahan
Danial dalam perjalanan ke kedai runcit. Dia ternampak Farhana di luar
pagar rumahnya.
“Selamat pagi, Farhana,” tegur Danial.
“Selamat pagi, Danial,” jawab Farhana.
“Kamu buat apa?” tanya Danial.
Farhana pun memberitahu Danial bahawa dia dan ayahnya akan
menghantar kotak yang berisi barangan terpakai ke Pusat Jualan Amal
di bandar.
“Marilah ikut kami ke pusat jualan itu,” kata Farhana kepada Danial.
“Apakah tujuan jualan amal itu?” tanya Danial kepada Farhana.
Farhana menjelaskan bahawa jualan amal itu merupakan usaha
Persatuan Penduduk Seri Kejora untuk mengumpulkan dana bagi
membantu mangsa bencana alam. Farhana turut memberitahu
Danial bahawa kelab itu merupakan sebuah persatuan kebajikan.
Dia juga memberitahu bahawa persatuan itu sentiasa bersedia untuk
menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang ditimpa kesusahan.
“Wah, banyak sungguh jasa Persatuan Penduduk Seri Kejora!”
kata Danial.
“Saya akan meminta ibu untuk mendermakan pakaian lama yang
ada di rumah. Saya pasti ibu saya turut bersedia untuk membantu orang
ramai,” kata Danial secara spontan.
“Baguslah kalau begitu, Danial,” kata Farhana memuji Danial.
Farhana teringat akan kata-kata ayahnya. Dia terus memberitahu
Danial bahawa ayahnya pernah berpesan agar mereka harus bersedia
untuk membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan.
Nota Bahasa
Ayat Cakap Ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan
tidak mengubah maksud asalnya dan menggunakan tanda petik “...”
Ayat Cakap Pindah ialah perbualan seseorang yang ditulis semula dengan
menggunakan bahasa sendiri tanpa mengubah maksudnya.
84
Pusat Jualan Amal
Orang ramai berpusu-pusu ke pusat jualan amal di Bandar Raya Ipoh.
Mereka datang beramai-ramai untuk membeli barangan sambil berderma
kepada Tabung Persatuan Penduduk Seri Kejora.
Di suatu sudut pusat jualan, Danial menyerahkan beberapa bungkusan
pakaian lama kepada ayah Farhana.
“Barang-barang ini sumbangan daripada ibu saya, pak cik,” kata
Danial kepada Encik Zahid.
Kemudian, Danial memberitahu Encik Zahid bahawa ibunya berharap
agar projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak.
“Terima kasih, Danial,” kata Encik Zahid.
“Danial, hasil jualan setakat ini amat memuaskan,” kata Farhana
dengan penuh girang.
“Wah, baguslah!” balas Danial.
“Kita berharap agar hasil keuntungan ini dapat meringankan beban
rakyat yang berada dalam kesusahan,” kata ayah Farhana pula.
Beliau turut mengatakan bahawa semua orang bertanggungjawab
untuk membantu rakyat yang ditimpa kesusahan. Menurutnya lagi,
bantu-membantu merupakan amalan yang mulia.
A y at Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah
“Selamat pagi, Farhana,” tegur Danial. Danial menegur Farhana dengan
mengucapkan selamat pagi kepadanya.
“Apakah tujuan jualan amal itu?” tanya
Danial kepada Farhana.
Danial memberitahu Encik Zahid
bahawa ibunya berharap agar
projek jualan itu akan memperoleh
keuntungan yang banyak.
Aktiviti
• Membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.
Murid membaca dan memahami ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah dalam teks.
5.3.2 Murid membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah berpandukan contoh yang diberikan. 85
Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan Kontekstual – Mengaplikasikan
Bacaan Luas
Mercy Malaysia
MERCY Malaysia ialah nama singkatan bagi Malaysian Medical Relief Society.
Pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan ini telah ditubuhkan pada tahun 1999
oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood. Kini, MERCY Malaysia ditadbir
oleh presidennya, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Faizal bin Mohd Perdaus.
Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk memberikan bantuan perubatan
dan kemanusiaan, pembangunan mampan berkaitan dengan kesihatan dan aktiviti
pengurangan risiko untuk komuniti yang mudah terdedah dalam situasi krisis dan
bencana alam di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, MERCY Malaysia tidak
pernah terlepas daripada tanggungjawabnya untuk membantu mangsa banjir
di dalam negeri seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.
Selain menghulurkan bantuan perubatan kepada mangsa bencana di dalam
negara, MERCY Malaysia juga aktif membantu mangsa bencana alam dan mangsa
krisis di luar negara seperti di Sri Lanka, Filipina, Bangladesh, Afghanistan, Myanmar
dan lain-lain. Misalnya, MERCY Malaysia adalah antara pasukan sukarelawan yang
terawal tiba di Acheh, Indonesia ketika bandar itu dilanda tsunami pada tahun
2004. Di samping memberikan bantuan perubatan dan kit-kit kebersihan, MERCY
Malaysia juga menghulurkan sokongan psikososial kepada mangsa-mangsa
yang terlibat.
Selaras dengan matlamat penubuhan MERCY Malaysia, banyak projek
pembangunan kesihatan telah dilaksanakan baik di dalam mahupun di luar
negara. Contohnya, MERCY Malaysia berjaya menubuhkan klinik vaksinasi bergerak
di Kuala Lumpur, klinik pergigian bergerak di Perak dan klinik bergerak
di pedalaman Sabah dan Sarawak. Di luar negara pula, MERCY Malaysia terlibat
secara langsung dalam projek pembangunan semula
selepas bencana seperti pembangunan hospital
di Sri Lanka, projek penuaian semula air hujan
di Bangladesh, projek pembinaan semula sekolah
di Filipina, dan projek terapi rehidrasi oral di Kemboja.
MERCY Malaysia kini semakin mendapat tempat
di hati masyarakat di Malaysia. Penglibatannya dalam
membantu mangsa krisis dan bencana alam meliputi
lebih 19 buah negara. Prinsip kesukarelawanan yang
menghayati nilai kemanusiaan dengan menabur bakti
tanpa mengira waktu dan sempadan telah melayakkan
MERCY Malaysia menerima Anugerah Inovasi Perdana
Menteri (AIPM) 2013.
86
Penilaian 4
A. Teliti gambar di bawah.
Aktiviti
• Bina ayat yang mengandungi kata majmuk istilah khusus dan
kata majmuk maksud kiasan berpandukan gambar di atas.
• Bincang dan kemukakan pendapat tentang aktiviti lain yang boleh
dijalankan untuk mengeratkan hubungan penduduk di tempat
tinggal kamu.
• Tuliskan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup untuk
karangan yang bertajuk “Bantu-membantu Amalan Mulia”.
87
B. Baca dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Terima Kasih Sang Lebah
Di sebuah pulau, tinggal sekeluarga Sang Lebah dan sekeluarga Sang Rama-rama.
Pulau itu sentiasa menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.
Kebanyakan pengunjung tertarik akan kecantikan rama-rama itu. Mereka
menangkap rama-rama itu untuk dijadikan cenderamata. Keadaan ini berterusan
selama beberapa tahun sehinggakan jumlah rama-rama di situ semakin berkurangan.
Pada suatu pagi yang cerah, tatkala kebanyakan rama-rama sedang menghisap
madu, seekor rama-rama yang besar dan cantik kelihatan sedih hinggap pada sehelai
daun. Tidak lama kemudian, datanglah seekor lebah menyapanya.
“Hai, Sang Rama-rama! Mengapakah kamu bersedih?” tanya Sang Lebah.
“Oh, Sang Lebah, kamu tahu keadaan pulau ini sekarang? Banyak sekali
pengunjung yang sengaja mahu menangkap teman-temanku untuk dijadikan
cenderamata. Saya khuatir bilangan kami akan pupus pada suatu hari nanti,” jawab
Sang Rama-rama.
Sang Lebah sedih mendengar cerita Sang Rama-rama. Sang Lebah lalu pulang
memberitahu rakan-rakannya tentang masalah Sang Rama-rama. Mereka pun
berbincang dan mencapai kata sepakat untuk menolong keluarga Sang Rama-rama.
Apabila para pengunjung hendak menangkap rama-rama, maka lebah-lebah
akan terbang mengelilingi rama-rama. Akhirnya, para pengunjung tidak jadi
menangkap rama-rama kerana takut disengat oleh lebah.
Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam kalangan pengunjung. Mereka
mulai insaf dan sedar bahawa mereka harus menjaga alam semula jadi di pulau itu
di samping melestarikan rama-rama di situ.
Keluarga Sang Rama-rama berasa tenang dan gembira. Mereka mengucapkan
terima kasih kepada keluarga Sang Lebah kerana sanggup menolong mereka ketika
dalam kesusahan.
Aktiviti
• Senaraikan ayat aktif dan ayat pasif.
• Senaraikan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.
• Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan ayat cakap
pindah kepada ayat cakap ajuk.
88
TEMA 5 Warisan Bangsa
Adat dijunjung,
budaya disanjung
Hargailah kesenian,
peliharalah warisan
Seni dihayati,
pusaka diwarisi
Murid meneliti gambar dan berbincang tentang makna bahasa berirama.
89
13UNIT Uniknya Budaya Tema 5:
Kita Warisan Bangsa
Mendengar dan Bertutur
Sirih Junjung Adat Disanjung
Farhana dan Jayanti sedang berbual-bual tentang rencana yang dibaca
oleh Farhana dalam majalah “Warisan Melayu”.
Sirih junjung merupakan simbol adat istiadat Melayu. Dalam majlis perkahwinan dan
perarakan majlis-majlis rasmi, sirih junjung mengepalai hantaran atau sambutan
bagi menyerikan majlis.
Dalam majlis perkahwinan, sirih junjung yang dibawa oleh pihak pengantin lelaki
lebih tinggi berbanding dengan pihak perempuan. Sirih junjung ini melambangkan
peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua atau pemimpin dalam keluarga.
Daun sirih dipilih sebagai bahan utama sirih junjung kerana
daun sirih merupakan perlambangan kepada hati yang mulia
dan rendah diri. Gambir, tembakau, kapur dan pinang pula
diletakkan di celah-celah daun sirih itu. Bahan-bahan tersebut
merupakan ramuan apabila memakan sirih. Rasa kelat, manis
dan pahit daripada campuran sirih, gambir, kapur dan pinang
melambangkan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui dalam
kehidupan berumah tangga.
Farhana, siapakah yang Sirih junjung ini
menggubah sirih junjung telah digubah oleh
semasa majlis perkahwinan mak cik saya.
kakak kamu?
Mengapakah sirih junjung
diperlukan dalam majlis
perkahwinan orang Melayu?
Aktiviti
• Menyebut pelbagai ragam ayat berdasarkan teks dengan betul.
Murid menyebutkan ayat aktif dan ayat pasif yang terdapat dalam teks petikan.
90 Murid membaca dan mendengar pelbagai ragam ayat.
1.2.6 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menganalisis KP – Interpersonal
Membaca
Upacara Minum Teh
Danial tertarik untuk mengetahui kepentingan teh dalam masyarakat
Cina setelah membaca surat yang dikirim oleh sahabatnya yang berada
di Kuching, Sarawak.
14, Jalan Anggerik,
Taman Desa,
93350 Kuching,
Sarawak.
16 Mei 2015.
Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap agar saudara sihat-sihat sahaja.
Saya menulis surat ini untuk berkongsi cerita tentang upacara minum teh yang
dilakukan semasa majlis perkahwinan saudara saya. Upacara ini merupakan lambang
penerimaan pasangan pengantin, terutamanya si isteri, dalam keluarga si suami.
Upacara ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan ikatan
perkahwinan.
Menurut nenda saya, upacara minum teh dalam masyarakat Cina ini dilaksanakan
dengan cara yang tersendiri. Pasangan pengantin akan berdiri dan melutut sebanyak
tiga kali di hadapan ibu bapa pasangan secara bergilir-gilir. Pengantin perempuan akan
memberikan minuman teh kepada ahli keluarga mengikut peringkat umur.
Upacara ini menyedarkan saya betapa pentingnya sikap hormat-menghormati
dalam kalangan anggota keluarga, terutamanya golongan muda, terhadap golongan
tua. Amalan ini juga penting untuk keharmonian rumah tangga pasangan yang baru
berkahwin.
Setakat ini sahaja buat kali ini. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Foon Keong
Budaya menghidangkan teh merupakan satu acara simbolik untuk
melambangkan sifat hormat-menghormati yang cukup penting dalam
masyarakat Cina. Teh dianggap sebagai satu hadiah atau pemberian
istimewa dalam masyarakat Cina.
Kepentingan teh dalam masyarakat Cina dapat dilihat daripada
upacara minum teh. Teh dikatakan dapat memelihara kesihatan
di samping boleh menenangkan hati dan merangsang semangat.
Peralatan yang digunakan untuk menyediakan teh mestilah
mempunyai elemen persekitaran. Elemen persekitaran tersebut
seperti angin, pohon buluh, salji dan sinaran purnama. Keadaan ini
Aktiviti melambangkan kepentingan keharmonian antara manusia dengan
alam sekitar.
• Kenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
Murid membaca petikan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat
dengan lancar, sebutan jelas dan intonasi yang betul. 91
2.3.2 Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat.
PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan intensif
Menulis
Kebudayaan Kaum Iban
Danial membaca brosur tentang keistimewaan kaum Iban yang terdapat
di Sarawak.
Kaum Iban atau Peralatan muzik Tawak
Dayak Laut
merupakan tradisional Iban
kaum yang
terbesar terdiri daripada
di Sarawak.
Empat puluh tawak, bendai,
peratus daripada
jumlah penduduk gendang dan
Sarawak ialah kaum
Iban. Kaum Iban juga merupakan sape. Alatan
kaum keempat terbesar di Malaysia
selepas kaum Melayu, Cina dan India. muzik ini
Hari Gawai Dayak dimainkan ketika
merupakan
perayaan yang mengiringi tarian sape bendai
disambut oleh ngajat. Selain itu,
kaum Iban. Hari
Gawai disambut alatan tersebut juga digunakan semasa
pada awal
bulan Jun setiap upacara perkahwinan, perpindahan
tahun. Perayaan ini ke rumah panjang yang baharu dan
menandakan
berakhirnya musim menuai padi. semasa upacara menamakan anak.
Tuai rumah merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk menguruskan Pakaian
sambutan yang penting ini. tradisional
lelaki Iban
terbahagi
kepada dua,
iaitu, Kain Sirat
dan Dandong.
Bagi wanita Iban
pula, mereka memakai pakaian
yang mempunyai hiasan dada yang
diperbuat daripada manik.
92