The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahalias, 2021-01-16 10:59:39

BAHASA MELAYU

BM TAHUN 5

Keywords: BUKU TEKS

Menulis

Lestarikan Bandar Teknologi Hijau

Zarul dan keluarga bercuti di Bandaraya Melaka Bersejarah yang
kerajaannya menetapkan sasaran Melaka sebagai “Bandar Teknologi
Hijau” menjelang tahun 2020. Di sana, Zarul dapat melihat dan
memperoleh maklumat tentang “Bandar Hijau”.

• bandar yang terpelihara alam sekitarnya
– kualiti udara yang baik dan bersih
– tahap kesihatan meningkat
– memelihara ekosistem

• penduduk yang mesra alam
– masyarakat yang mengamalkan gaya hidup

yang sihat
– menanam pokok di kawasan yang

masih lapang

• menggunakan sumber tenaga yang
mesra alam

– sumber tenaga yang tidak mencemarkan
alam sekitar

– menggunakan tenaga suria di rumah
– menggunakan tenaga biogas daripada
sisa buangan

• pengangkutan yang mesra alam
– menjimatkan tenaga – mengurangkan

pencemaran udara
W1005H – kenderaan biodiesel dan kenderaan hibrid

Aktiviti

• Menulis karangan deskriptif yang bertajuk “Lestarikan Bandar

Teknologi Hijau”.

Murid meneliti dan memahami bahan.

3.7.2 Murid menulis karangan deskriptif. 193

Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang “Bandar Teknologi Hijau”.

PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengembangkan idea

Melagukan Syair

Insan dan Laut

Indahnya alam milik pencipta,
Untuk insan alam semesta,
Lautan terbentang khazanah kita,
Jagalah dengan sesungguh kata.

Alam laut sumber dinikmati,
Sikap manusia ikutkan hati,
Jika laut terus dikhianati,
Hidupan asal pastinya mati.

Lautan biru indah kelihatan,
Warisan bangsa khazanah watan,
Bersatu kita lindungi lautan,
Kekal tumpuan tempat lawatan.

Marilah kawan marilah saudara,
Hidupan laut jangan dicedera,
Amanah alam wajar dipelihara,
Kekal indah masyhur negara.

Pulang nelayan mudiklah sampan,
Gembira hati dengan tangkapan,
Bulatkan azam penuh harapan,
Demi generasi masa hadapan.

Aktiviti

• Huraikan maksud syair.
• Jelaskan cara memelihara laut.

Murid melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

194 4.4.1 Murid menghuraikan maksud syair.

Murid memindahkan maklumat kepada bentuk prosa dengan betul.

PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P: KB – Merumus KP – Verbal-linguistik

Kata Hubung Pancangan Relatif dan Kata Hubung
Pancangan Komplemen

Sayangi Bumi Selamatkan Generasi

Kesan rumah hijau merupakan kesan yang berkait rapat dengan
pencemaran udara. Penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara
berlebihan merupakan punca kesan rumah hijau. Pelepasan gas seperti
metana, klorofluorokarbon (CFC) dan nitrogen dioksida menyebabkan
pemanasan bumi yang tidak terkawal.
Pegawai alam sekitar menerangkan bahawa antara akibat daripada
kesan rumah hijau ini ialah kepupusan flora dan fauna. Kesan rumah
hijau ini menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang
mengakibatkan pelbagai penyakit. Selain itu, kesan rumah hijau ini seperti
menyebabkan berlakunya bencana alam seperti ribut dan kemarau.
Untuk menangani masalah ini bukanlah sesuatu yang sukar.
Semua pihak perlu bertanggungjawab dan bekerjasama dalam usaha
menangani masalah ini. Pihak berwajib, khususnya Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi
melindungi bumi.

• penebangan hutan tanpa • mengelakkan • mengatasi kesan
kawalan pencemaran rumah hijau

• pembalakan haram perlu • menggunakan petrol • mengadakan kawasan
dibanteras tanpa plumbum tadahan hujan

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan

kata hubung pancangan komplemen berdasarkan gambar.

Murid membaca dan mengenal pasti kata hubung berdasarkan teks dan gambar.

5.1.6 Murid membina ayat dengan menggunakan kata hubung. 195

Murid berbicara tentang teks dengan tepat.

PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Mengaplikasikan

Ayat Majmuk dengan Peluasan Subjek dan Predikat

Sambutan “ Masa Bumi”

facebook Hanis 19:05 Matikan suis

Yu Jin 20:00
Wah, seronoknya! Rugi saya tidak
bersama-sama dengan kamu di sana. 20:30

Hanis Aktiviti
Ya. Saya dan kakak sangat gembira di sini.
• Membina ayat majmuk
Zarul
Mengapakah diadakan program ini? dengan peluasan subjek
dan predikat.
Hanis
“Masa Bumi” Malaysia yang diadakan Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
setiap tahun adalah untuk mengajak serta Konstruktivisme – Mengaplikasikan
menghimpunkan seberapa banyak penduduk
untuk menjayakan program yang dapat
menyelamatkan bumi kita.

Zarul
Bagaimanakah program ini disambut?

Hanis
Semua penduduk Malaysia disarankan
supaya mematikan lampu dan peralatan
elektrik yang digunakan selama sejam.

Yu Jin
Saya dan keluarga yang sentiasa menyayangi
bumi akan turut serta apabila program ini
diadakan lagi.

Hanis
Syabas, saya suka akan semangat kamu!
“Masa Bumi” merupakan acara tahunan
yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia
dan disambut pada hari Sabtu terakhir dalam
bulan Mac.

Zarul
Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Murid mengenal pasti ayat majmuk.

196 5.3.1 Murid membina ayat majmuk.

Murid bertutur tentang teks dan gambar.

PK: Nilai Murni – Hemah tinggi

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan

Penilaian 9

A. Baca dan fahami grafik.

Bagaimanakah Sampah Dibuang?

tapak • kawasan yang rata dan
pengumpulan mempunyai lubang
sampah
• luas kawasan antara
50 – 60 hektar

• jauh dari kawasan
kepadatan penduduk
5 – 10 kilometer

• tempat pengumpulan
barangan kitar semula

• pusat pemprosesan
barangan kitar semula

• asingkan sampah
mengikut jenis

pusat kitar semula

loji insinerator • loji insinerator untuk
memproses sampah

• sisa pepejal akan dibakar
• boleh melupuskan

semua barangan yang
tidak boleh lupus seperti
plastik dan kaca

Aktiviti

• Pembuangan sampah menimbulkan pelbagai kesan. Bincangkan cara

kita dapat mengatasi masalah ini.

• Bina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan frasa yang berikut:

- pembuangan sampah
- pencemaran alam
- pembersihan sungai
- pengamalan kitar semula

197

B. Teliti dan fahami.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Pendahuluan Isi penting Penutup

• alam sekitar alam • perlu memelihara alam sekitar
di sekeliling kita daripada pencemaran

- memelihara - alam sekitar yang terpelihara
keseimbangan alam merupakan hadiah yang tidak
ternilai kepada generasi akan
- alam sekitar yang bersih – datang.
kehidupan kita lebih baik
- Sayangi dan selamatkan alam
sekitar

• keperluan hidup • ekonomi
- sungai sumber air - menarik kedatangan
- lautan sumber
pelancong
makanan - memajukan sektor

perniagaan

• keseimbangan alam • kesihatan
- tumbuhan memberikan oksigen - hutan – mengurangkan
- hutan – habitat pelbagai jenis
pencemaran
haiwan - menghasilkan ubat-ubatan

Aktiviti

• Tulis karangan dalam bentuk syarahan, ucapan atau pidato berdasarkan

kerangka karangan.

198

TEMA 10 Jelajah Alam Sains
dan Ciptaan

pelangi jam tangan
pintar

rangka manusia SAINS
TEKNOLOGI
Vabotik
DAN
INOVASI

mesin aiskrim goyang

e-buku

basikal lipat bantal panas

karpet berlagu

Murid meneliti dan berbicara tentang gambar. 199

2 8UNIT Alam Sains Tema 10:
Jelajah Alam
Sains dan Ciptaan

Mendengar dan Bertutur

Indahnya Pelangi

Hanis telah mendapat maklumat tentang pelangi melalui ensiklopedia. Dia
juga telah melakukan uji kaji cara membuat pelangi. Dia telah diminta oleh
Cikgu Nawawi untuk bercerita tentang pelangi.

Apakah itu pelangi?

Definisi Warna Jenis Pelangi

cahaya titisan
hujan

40º Jenis pelangi – pelangi lingkaran,
42º

spektrum
cahaya

Cahaya dibiaskan oleh merah, jingga, pelangi sekunder, pelangi merah

titisan air menghasilkan kuning, hijau, biru,

spektrum cahaya. indigo, ungu Sumber: http://www.baca-blog spot.com

Mari membuat pelangi

bahan-bahan yang diperlukan kemudian, letakkan besen arah cahaya
– masukkan air

seterusnya, masukkan akhir sekali, memegang kertas
– pelangi terbentuk
Aktiviti cermin

• Menceritakan pembentukan pelangi berdasarkan uji kaji menggunakan

laras bahasa yang sesuai.

Murid meneliti dan berbincang tentang gambar.

200 1.5.2 Murid menceritakan pembentukan pelangi.

Murid menulis draf perenggan berdasarkan gambar.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Mengaplikasikan Pembelajaran berasaskan projek – Mempersembahkan dapatan

Membaca Ramalan Cuaca

Kuala Lumpur Selasa Rabu Khamis
21 November 22 November 23 November
Hari ini
20 November

mendung hujan sementara ribut petir cuaca baik
di beberapa tempat Suhu minimum 24ºC
di beberapa tempat maksimum 34ºC

Suhu minimum 24ºC Suhu minimum 25ºC Suhu minimum 25ºC
maksimum 31ºC maksimum 32ºC maksimum 34ºC

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Para penonton yang saya hormati,
Tinjauan kaji cuaca pada sebelah pagi ini menunjukkan keadaan cuaca
cerah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung pada ketika ini,
keadaan cuaca cerah di kebanyakan kawasan, kecuali terdapat kelompok awan
di perairan Selat Melaka. Oleh yang demikian, keadaan cuaca adalah mendung
di kawasan pesisir pantai Perak dan Selangor. Sementara itu, di Sabah dan Sarawak,
keadaan cuaca cerah.
Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin
kencang dan laut bergelora di perairan Wilayah Persekutuan Labuan bermula
hari ini. Dijangkakan Angin Timur Laut akan bertiup kencang dengan kelajuan
40 hingga 50 kilometer sejam. Ombak akan bergelora sehingga 3.5 meter. Keadaan
ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Aktiviti

• Cari maksud perkataan yang berikut dengan merujuk kamus:

cuaca, cerah, mendung, meteorologi, perairan, bergelora

• Jelaskan cuaca di Kuala Lumpur sepanjang minggu ini.

Murid membaca dan memahami bahan.

2.6.2 Murid menyatakan maksud perkataan. 201

Murid berbicara tentang ramalan kaji cuaca.

AT: Cari maklumat lanjut tentang ramalan kaji cuaca daripada laman sesawang http://www.met.gov.my.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Geografi

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Membuat rujukan

Mengedit

Zarul gemar membaca buku dan majalah tentang alam sains. Dia telah
mengumpulkan fakta tersebut dalam buku koleksi sainsnya.

Tulang Manusia

Manusia dapat berdiri tegak dengan adanya tulang di dalam tubuh. Tanpa
tulang, manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak
mampu menyukung berat badan.
Semasa bayi, kita mempunyai 300 tulang. Tetapi setelah dewasa kita hanya
mempunyai 206 tulang sahaja. Apakah ini bermakna kita kehilangan 94 tulang.
Sebenarnya tidak. Ketika kita membesar beberapa tulang akan bercantom dan
membentuk satu tulang yang lebih kuat.
Tulang di dalam tubuh kita sebenarnya hidop dan dibuat dari bahan
yang kuat terdiri daripada bertan-tan sel yang membantu ia hidup dan untuk
memperbaiki diri masing-masing. Tulang bergantung pada darah untuk hidup.
Tulang melindungi beberapa organ penting seperti tulang dada melindungi
paru-paru. Tulang tengkorak pula melindungi otak manusia dengan
mengelilinginya hampir sepenuhnya.
Selain itu, tulang merupakan tempat melekatkan otot pada satu tempat
yang kukuh bagi membolehkan pergerakan. Tanpa tempat bagi otot untuk
berpegang, kita tidak mampu menggerakkan dengan mudah tangan atau
kaki. Tulang juga merupakan tempat menyimpan sum-sum yang bertugas
menghasilkan darah. Sum-sum tulang bertugas menghasilkan sel darah
yang baru bagi menggantikan sel darah yang telah dilupuskan oleh badan.
Bahan galian yang diperlukan oleh badan kita juga terdapat
dalam tulang. Oleh itu bagi mereka yang tidak mendapat galian yang
secukupnya, tubuh manusia akan menggunakan sebahagian dari tulang
untuk menggantikan galian tersebut. Keadaan ini boleh mendorong
kepada penyakit osteoporosis. Oleh itu amat penting bagai kanak-kanak
dan ibu yang menyusukan anak bagi mengambil galian tambahan seperti
kalsium agar tulang sentiasa kuat dan sihat.

Aktiviti

• Mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan, tanda baca, kosa kata

dan struktur ayat.

Murid membaca dan mengesan kesalahan.

202 3.8.2 Murid mengedit dan memurnikan teks.

Murid membaca dan memahami maklumat tentang kedua-dua teks.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan

Mengujarkan Dialog

Mesin Awal

kapak

batu batu
pengisar pemotong

Zarul : Yu Jin, cuba kamu lihat replika ini. (sambil menuding jari ke arah replika).
Yu Jin : Oh, ini replika orang zaman batu! Mereka melakukan kerja-kerja harian

hanya menggunakan tangan.
( Zarul dan Yu Jin menghampiri replika untuk melihatnya dengan lebih

dekat lagi)
Zarul : Mereka tentu tidak dapat memotong daging hanya dengan tangan. Oleh itu,

mereka menggunakan batu yang tajam.
Yu Jin : Bolehkah kita namakan batu tajam itu sebagai mesin?
Zarul : Ya, Yu Jin. Batu tajam itu merupakan mesin awal. Selain itu, mereka juga

menggunakan tombak untuk berburu dan kepingan kayu beralaskan
pengguling untuk menggerakkan objek-objek yang berat.
Yu Jin : Bagaimanakah pula mereka menggerakkan batu-batu yang besar
itu, Zarul?
Zarul : Mereka menggunakan sebatang rod panjang dengan batu kecil untuk
menggerakkan batu yang besar. Mesin ringkas ini dinamakan tuas.
Yu Jin : Oh, ya, baru saya teringat! Pada minggu lepas, Cikgu Ainul ada mengajar
kita tentang tuas. (sambil memegang kepalanya)
Zarul : Sekiranya mesin ringkas tuas ini tidak dicipta pada zaman dahulu, sudah
tentu mereka sukar untuk melakukan kerja-kerja yang berat.
Yu Jin : Baiklah, Zarul. Marilah kita ke bahagian lain pula.

Aktiviti

• Mengujarkan dialog melalui lakonan dengan bahasa badan yang kreatif.

Murid membaca dan memahami bahan.

4.3.1 Murid berlakon dengan mengujarkan dialog. 203

Murid menyenaraikan dan membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sejarah

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal

Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Pasif

Beku Tanpa Elektrik

Pasar malam di kawasan perumahan Hanis beroperasi pada setiap hari
Rabu. Hanis dan adiknya akan ke pasar malam tersebut. Hanis amat tertarik
akan cara seorang penjual aiskrim membuat aiskrim goyang.

Mengapakah abang Untuk pengetahuan adik,
meletakkan garam garam ini abang letakkan
di dalam ais dan ke dalam air supaya air
menggoyangkan cepat menjadi beku.
mesin ini? Takat beku ais akan menjadi
lebih rendah, iaitu kurang
daripada 0o C. Aiskrim yang
abang hasilkan akan
menjadi lebih halus apabila
abang goyangkan mesin.

Cara Membuat Aiskrim Goyang

123

bahan-bahan masukkan garam masukkan ais

4 5 6

susunkan acuan tuang air berperisa goyangkan ke kiri dan
ke kanan
Aktiviti

• Membina ayat tentang cara membuat aiskrim goyang menggunakan

kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif dalam satu perenggan.

Murid meneliti dan memahami bahan.

204 5.1.4 Murid membina ayat berdasarkan peta alir.

Murid bercerita tentang cara membuat aiskrim goyang.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengaplikasikan

Kata Adjektif dan Kata Bantu

Organ Deria Kita

Zarul sedang mempersembahkan hasil perbincangan beliau dengan
rakan-rakan tentang organ deria penglihatan.

Dari kerana mata Assalamualaikum dan selamat pagi, kawan-kawan.
kita dapat melihat Kumpulan saya akan membentangkan tugasan
oh, ... yang bertajuk “Organ Deria Penglihatan”. Deria
Aku bersyukur - 2X penglihatan ialah deria yang dapat mengesan
rangsangan cahaya. Mata ialah organ deria
Bahagian Mata penglihatan yang penting bagi manusia dan mesti
dijaga. Mata manusia terletak di dalam soket
tengkorak. Rajah ini menunjukkan organ mata dan
fungsinya yang patut diketahui.

anak mata mengecil anak mata membesar

Cara Menjaga Mata rabun jauh guna kanta rabun dekat guna
cekung kanta cembung

menonton televisyen pada melindungi mata lebihkan makanan yang
jarak lebih daripada 2 meter daripada pancaran mengandungi vitamin A
matahari yang terik
Aktiviti

• Bina ayat menggunakan kata adjektif dan kata bantu berdasarkan

gambar rajah.

Murid berbincang tentang gambar.

5.1.5 Murid menyenaraikan kata adjektif dan kata bantu berdasarkan gambar. 205

Murid menulis karangan yang bertajuk “Mata dan Penjagaannya”.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea

2 9UNIT Teknologi dalam Tema 10:
Kehidupan Jelajah Alam
Sains dan Ciptaan

Mendengar dan Bertutur

http://www.skseripurnama.com.my

Selaut Budi, Sejunjung Kasih

Warga sekolah dialu-alukan untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada
Tuan Haji Ramlan bin Alwi, Guru Besar kita, bersempena dengan persaraan beliau.
Penghargaan boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk semasa majlis khas
yang akan diadakan pada 8 November 2015.

Hanis, sudahkan kamu Belum, Adrina.
baca pesanan dalam blog Apakah pesanan itu?
sekolah kita?

Bolehlah kita gunakan aplikasi Kalau begitu, marilah kita membuat
Movie Maker dalam komputer. persembahan multimedia yang
Kita gabungkan gambar beliau istimewa untuk beliau. Saya
untuk membuat klip video tentang cadangkan
sejarah perkhidmatan beliau di
sekolah kita. Saya yakin Bagus cadangan kamu, Adrina.
Saya yakin bahawa klip video
Marilah kita itu amat bermakna kepada
mulakan projek ini Tuan Haji Ramlan dan warga
dengan segera. sekolah kerana

Aktiviti

• Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat.

206 1.6.1 Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat berdasarkan
maklumat dalam teks.

Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat ulasan.
AT: Murid melayari Internet untuk mencipta e-kad yang sesuai untuk individu yang berkenaan.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal

Membaca

Pencuci Kereta Automatik

Hanis mengikut ayahnya ke kedai cuci kereta. Kali ini, ayahnya singgah
di kedai cuci kereta automatik. Kesibukan di tempat kerja menyebabkan
ramai orang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan cuci kereta di situ.
Tambahan pula, perkhidmatannya cepat dan murah.
Akhirnya, tiba giliran kereta ayah Hanis untuk dicuci. Mula-mula,
badan kereta itu disembur dengan air bertekanan tinggi serta air sabun.
Kemudian, beberapa orang pekerja membersihkan badan kereta tersebut.
Selepas itu, ayah Hanis memandu keretanya ke arah mesin automatik. Dia
melepaskan gear kereta. Keretanya meluncur perlahan-lahan memasuki
mesin automatik yang berbentuk seolah-olah sebuah terowong kecil.
Dalam masa tidak sampai lima minit, kereta ayah Hanis sudah siap dicuci.

12 3

kereta disembur dengan badan kereta dicuci pergerakan kereta
air dikawal secara automatik
ketika di dalam mesin
45
6

kereta dicuci oleh kereta siap dicuci kereta dilap kering oleh
berus automatik di kiri – bergerak melepasi pekerja
dan di kanan mesin penghadang

Aktiviti

• Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk

membuat ulasan tentang perkhidmatan cuci kereta secara automatik.

2.4.3 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat yang terdapat dalam teks. 207
Murid membuat ulasan tentang perkhidmatan cuci kereta secara automatik.
Murid menulis ulasan tentang bahan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca dengan jelas dan

menggunakan ayat yang gramatis.
PK: Nilai Murni – Kebersihan Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Mengitlak Konstruktivisme – Menilai

Menulis

Vakum Robotik untuk Ibu

Hari ulang tahun kelahiran ibu Hanis semakin hampir. Ayah Hanis ingin
menghadiahi ibu Hanis sebuah vakum robotik. Dia meminta Hanis
membantunya mencari maklumat tentang vakum robotik yang sesuai.
Hanis memperoleh maklumat yang berikut daripada Internet.

http://www.robotvacuumcleaner.cn/product-41-41html

Anda Mencari Vakum Robotik yang Sesuai?

Vabotik ialah jawapan kepada masalah kerja rumah anda. Dengan
Vabotik, anda dapat membereskan banyak tugasan pada satu masa.

Keistimewaan Vabotik

• Dilengkapi alat kawalan jauh • Dapat kembali ke tapak pengecas

• Dapat mengesan kawasan bateri apabila selesai kerja
berdebu secara automatik dan pembersihan atau ketika bateri
membersihkannya sehingga memerlukan pengecasan semula

benar-benar bersih • Mempunyai bentuk yang nipis
• Dilengkapi dengan alat penapis udara dan ringan untuk memudahkan
kerja pembersihan di kawasan
untuk mengenyahkan bakteria

• Mempunyai pelarasan automatik dari yang sukar contohnya, di bawah
permaidani ke permukaan keras katil atau di bawah perabot
• Mempunyai sentuhan penampan
• Jadual pembersihan boleh ditetapkan

secara berselang hari atau pada hari yang lembut untuk melindungi
yang ditetapkan perabot dan dinding

Kunjungilah bilik pameran kami yang terdekat
dengan kadar segera.

Aktiviti

• Jawab soalan-soalan berikut:

1. Jelaskan tiga keistimewaan Vabotik.
2. Mengapakah Vabotik dapat meningkatkan tahap kesihatan pengguna?
3. “Vabotik ialah jawapan kepada masalah kerja rumah anda”. Huraikan

maksud penyataan ini.
4. Jelaskan perbezaan antara Vabotik dengan vakum biasa.

Murid membaca dan memahami teks.

208 3.3.3 Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan teks.

Murid membaca dan memahami maklumat dalam teks, kemudian membuat keputusan tentang pembelian

vakum robotik.

PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi P & P: KB – Mensintesis BCB – Bacaan intensif

Mengujarkan Dialog

Jam Tangan Pintar

Hanis mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya.
Sebagai ganjaran, ibu dan ayahnya telah menghadiahkan sebuah jam
tangan pintar untuknya.

Hanis : Terima kasih, ayah dan ibu. (sambil mencium tangan ayah dan ibu).
Saya bersyukur kerana mendapat jam tangan ini. Saya akan menjaganya
dengan cermat.

Ayah : Sama-sama. Hanis perlu rajin mengatur jadual untuk belajar dengan
menggunakan jam tangan ini. (tersenyum memandang Hanis).

Hanis : (mengangguk-anggukkan kepala). Baiklah, ayah. Saya akan
Ibu : Hanis juga boleh manfaatkan jam

itu untuk mendapatkan pelbagai
maklumat yang berguna.
Hanis : Ya, ibu. Saya

mengatur jadual menepati masa maklumat sahabatku

melayari Internet 10:00
menguji minda
mencari lokasi
menenangkan fikiran

menghantar pesanan

Aktiviti menghubungi orang tersayang

• Mengujarkan dialog untuk menyampaikan nilai murni berdasarkan

gambar dan frasa.

Murid meneliti dan memahami gambar.

4.3.2 Murid mengujarkan dialog berdasarkan gambar untuk menyampaikan nilai murni dengan menggunakan 209

bahasa yang indah dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan.

Murid bercerita tentang pengalaman mereka mendapat hadiah.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal

Kata Nafi, Kata Pembenar, Kata Arah dan Kata Bilangan

Papan Pintar

Hanis dan beberapa orang rakannya ke belakang dewan. Mereka
mendapati satu kumpulan guru dan murid sedang berkumpul di situ. Ketika
menghampiri kumpulan itu, mereka mendapati bahawa para guru dan
murid sedang melihat demonstrasi penggunaan papan pintar.

Papan pintar tidak sama dengan papan putih.
Papan ini memerlukan komponen seperti monitor,
CPU, papan putih dan projektor.

Memang benar anggapan bahawa papan pintar
ibarat satu layar komputer yang besar. Semua
kabel perlu bersambung sebelum papan ini
dapat berfungsi.

Pen khas disediakan di bawah papan. Pen ini
bukan sebarang pen biasa. Pen ini berfungsi
seperti papan kekunci.

Ya, pengguna dapat menulis atau menggerakkan
tulisan atau gambar yang dilukis di atas
papan pintar.

Memang betul, semua catatan pada papan ini
dapat disimpan seperti penyimpanan fail dokumen
dalam komputer.

Aktiviti

• Membina ayat dengan kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata

bilangan.

210 5.1.7 Murid membaca, memahami dan menyenaraikan kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata bilangan
yang terdapat dalam teks.

Murid membina ayat dengan kata-kata tersebut.
Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang penggunaan papan pintar dalam pengajaran

dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengaplikasikan

Imbuhan Apitan E-buku

Pusat Sumber Sekolah Oh, kamu rupanya, Adrina! Saya sedang
membaca rencana tentang e-buku.
Hanis, kamu sedang Marilah kita baca bersama-sama.
baca apa?

E-buku atau buku elektronik merujuk buku yang dipersembahkan dalam bentuk digital.
Pembaca boleh membaca melalui komputer atau telefon pintar. Hal ini bermakna capaian
Internet diperlukan untuk memperoleh maklumat yang terdapat dalam e-buku.
E-buku sebesar telapak tangan ini memperlihatkan banyak kelebihan jika diperbandingkan
dengan buku cetakan biasa. Sebagai contoh, e-buku mempersembahkan kandungan teks
dalam bentuk imej dan warna yang menarik. Selain itu, muzik boleh diperdengari sambil
pembaca menyelak helaian muka surat. Kelebihan ini akan mempertingkatkan minat dan
tumpuan pembaca.
Semua maklumat dalam e-buku berbentuk digital. Secara purata, maklumat untuk
100 naskhah buku dapat diperturunkan dalam satu e-buku. Kelebihan ini memudahkan
pembaca memperhalus kandungan e-buku ini di mana-mana sahaja.

Majlis Penyerahan E-buku Sekolah Kebangsaan Seri Purnama,
Kota Bharu, Kelantan

13 Oktober 2015

Majlis Penyerahan
E-Buku

Adrina, inilah e-buku yang sering Kalau begitu, nampaknya selepas
diperkatakan oleh orang ramai. Khabarnya, ini, guru-guru dan murid-murid
kerajaan akan memperkenalkan e-buku perlu mempergunakan ilmu tentang
ke semua sekolah. e-buku ini.

Sebenarnya, banyak maklumat Betul. Saya bersetuju dengan
diperkatakan dalam e-buku. Kita kata-kata kamu, Hanis.
hanya perlu menaipkan kata kunci bagi Malahan, sesuatu teks dalam
mendapat maklumat tersebut. e-buku boleh diperhalus
secara rujuk silang dengan
Aktiviti menggunakan aplikasi khas.

• Membina ayat dengan kata kerja berimbuhan apitan mempeR-...-kan,

mempeR-...-i, dipeR-...-kan dan dipeR-...-i.

Murid membaca dan memahami teks.

5.2.1 Murid menyenaraikan perkataan berimbuhan apitan dalam teks, kemudian membina ayat dengan 211

perkataan tersebut.

Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang e-buku.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi P & P: KB – Mensintesis Kontekstual – Mengaplikasikan

30UNIT Kreativiti dalam Tema 10:
Ciptaan Jelajah Alam
Sains dan Ciptaan

Mendengar dan Bertutur

Basikal Lipat

Zarul dan keluarganya
bersiar-siar di sekitar bandar
Kota Bharu, Kelantan.
Semasa mereka sedang
menikmati makanan di
sebuah restoran, tiba-tiba,
pandangan Zarul tertumpu
pada papan iklan digital
atau LED screen yang
terdapat di tepi jalan. Papan
iklan digital itu memaparkan
iklan basikal yang boleh
dilipat. Terdapat pelbagai
keistimewaan pada basikal
ini berbanding dengan
basikal yang sedia ada.

Ayah, cuba lihat iklan pada
papan iklan digital itu. Seronok
juga mencuci mata melihatnya.

Ya, ibu. Basikal itu banyak Oh, itu ialah basikal lipat, Tentu kamu sudah
keistimewaannya. Saya ada hati iaitu satu inovasi jatuh hati dengan
untuk membelinya. Kalau saya daripada basikal biasa. kelebihan basikal itu.
dapat memilikinya, tentulah bagai
bulan jatuh ke riba. Basikal ini agak mahal tetapi kualitinya
baik, alah membeli menang memakai.

Aktiviti

• Kemukakan pendapat tentang perbandingan basikal lipat dengan

basikal biasa menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.

Murid memahami gambar untuk menyampai maklumat.

212 1.6.2 Murid berbicara tentang basikal lipat.

Murid mencatat maklumat yang betul menggunakan peta buih berganda.

PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya – Peribahasa

Strategi P & P: KB – Membanding dan membezakan KP – Interpersonal

Membaca

Inovasi
Pembersih Kipas Siling

Buat pertama kalinya, kami telah diperkenalkan dengan Pembersih Kipas Siling. Alat
ini merupakan alat pembersih bilah kipas yang menjimatkan masa, mudah dan efektif.
Alat ini dicipta oleh sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Amir Afuan bin
Nordin, Chan Yew Ning, Muhammad Zaki bin Mohammad Salleh, Fetty Zuraini binti
Mohammad, Mohd Shidiq bin Dillah dan Lorenzo Fellippe Belare. Mereka pelajar dari
Politeknik Mukah, Sarawak.
Menurut ketua kumpulan ini, projek tersebut mengambil masa selama 10
minggu untuk dihasilkan. Dalam tempoh tersebut, mereka hanya melakukan kerja
inovasi selama lima jam seminggu. Kerja-kerja penambahbaikan selepas analisis dan
dapatan beberapa uji kaji juga dilakukan dalam tempoh ini.
Menyentuh kelebihan pembersih kipas siling ini, Amir Afuan menjelaskan bahawa
alat ini mempunyai lima kebaikan seperti yang berikut:
i. mampu dimiliki oleh setiap pengguna
ii. mudah dikendalikan
iii. berupaya membersihkan debu pada bilah kipas dengan mudah
iv. dapat mengawal debu yang berterbangan sewaktu pembersihan
v. menjimatkan masa, mudah dan efektif
Menurut Amir Afuan lagi, idea mencipta alat ini berdasarkan pemerhatian
terhadap perubahan sikap penduduk Malaysia yang inginkan sesuatu yang mudah
dan efektif dalam kehidupan harian.

Aktiviti

• Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi

yang betul.

2.3.2 Murid mengenal pasti dan membaca ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat. 213
Murid membaca teks dengan sebutan yang jelas.
Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan bimbingan guru.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Kreativiti dan Inovasi
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan intensif

Menulis

Karpet Berlagu

“Karpet Berlagu” ini boleh digunakan untuk mewujudkan
suasana ceria setiap masa. Di samping itu, karpet ini
mempunyai ciri audio yang dapat mengeluarkan bahasa
santun seperti ucapan selamat datang.
Karpet ini berfungsi dengan menggunakan bateri
yang perlu ditukar dua kali setahun. Lagu akan kedengaran
apabila karpet ini dipijak. Karpet ini perlu dipijak antara tiga
hingga lima saat sahaja.
“Karpet Berlagu” ini telah dicipta oleh Marina
Aqilah binti Marzuki, Lim Fong Mei dan Kresha Vasuthevan.
Mereka ialah murid-murid dari Sekolah Rendah St. Francis
Convent (M), Kota Kinabalu, Sabah.

Cara membuat dan menggunakannya

papan karpet

pita
pelekat

bateri sediakan litar balut litar dengan karpet
pembesar suara

bahan-bahan

letakkan hiasan tempatkan di hadapan Selamat datang dan
pintu selamat sejahtera
Aktiviti

• Mencatat cara membuat dan menggunakan “Karpet Berlagu” mengikut

urutan dengan betul.

Murid memahami maklumat dan gambar.

214 3.5.2 Murid mencatat cara membuat “Karpet Berlagu” mengikut urutan.

Murid bercerita tentang cara membuat “Karpet Berlagu”

PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Kemahiran Hidup

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan

Kata Hubung Pancangan Relatif dan Kata Hubung Pancangan
Komplemen

Semasa melawat ke Pameran Inovatif, ayah Hanis yang merupakan
seorang jurutera sangat tertarik akan inovasi pada papan tanda.

Papan Tanda Fleksibel

Papan Tanda Fleksibel merupakan satu alternatif bagi papan
tanda yang digunakan oleh para pekerja penyenggara
jalan raya. Papan tanda ini dapat mengelakkan berlakunya
kemalangan.
Papan tanda ini dicipta oleh Encik Mohd Fazli bin Abdul
Rahman dan Cik Izyani binti Kaliwon dari Jabatan Kejuruteraan
Awam, Politeknik Merlimau, Melaka. Ciptaan ini pernah mendapat pengiktirafan.
Mereka menjadi johan “Pertandingan Projek Terbaik” bersempena dengan Hari Inovasi
dan Keusahawanan Politeknik.
Encik Mohd Fazli menjelaskan bahawa Papan Tanda Fleksibel yang telah
dihasilkan ini mempunyai pelbagai keistimewaan. Untuk mencipta alat ini
sememangnya memerlukan kreativiti.

– boleh dilipat – disimpan – mudah dipasang – mudah diubahkan
– kenderaan kecil – menggunakan kedudukannya
ruang yang minimum

– ringan – mudah disenggarakan – menggunakan pemantul berkualiti
– pengguna dan pekerja jalan raya – berkesan pada waktu malam

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan kata

hubung pancangan komplemen berdasarkan gambar dan frasa.

Murid membaca dan memahami bahan.

5.1.6 Murid mengenal pasti kata hubung dalam teks dan frasa. 215

Murid membina ayat menggunakan kata hubung.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Kemahiran Hidup
Kontekstual – Menghubungkaitkan
Strategi P&P: KB – Menjanakan idea

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk dengan Peluasan Subjek
dan Predikat

Di Klinik

Hanis cucu sulung Puan Rogayah. Dia telah menemani neneknya mendapatkan
rawatan di sebuah klinik. Neneknya sering kali sakit pada badan.

Hanis : Selamat pagi, doktor.
Doktor : Selamat pagi. Mak cik apa khabar?
Nenek : Mak cik kurang sihat hari ini. Sejak belakangan ini, mak cik selalu berasa sakit

pada leher dan bahu.
Doktor : Adik, adakah nenek kamu ini melakukan kerja-kerja berat di rumah?
Hanis : Nenek saya sudah tua dan berumur 60 tahun. Dia tidak berdaya untuk

melakukan kerja yang berat.
Doktor : Baiklah, biar saya periksa mak cik dahulu.
Hanis: Bagaimanakah keadaan kesihatan nenek saya?
Doktor : Setelah diperiksa, saya dapati kesihatan nenek kamu tiada masalah. Saya

rasa nenek tidak perlu diberikan ubat tahan sakit. Saya suka mencadangkan
agar nenek kamu menggunakan bantal yang sesuai semasa tidur. Sekarang,
terdapat pelbagai inovasi pada bantal yang sesuai untuk mengurangkan
rasa sakit.
Hanis : Baiklah, saya akan ikut nasihat doktor.

Di Farmasi

Bantal Terapi
- bantal terapi yang baik – melindungi

tulang leher
- sangat sesuai – meningkatkan aliran

oksigen ke otak dan ke jantung
- agar dapat tidur selesa dan tenang

Bantal Panas
- sangat baik untuk kesihatan

sekeluarga
- diperbuat daripada bahan antikuman
- melegakan sakit kepala, lenguh bahu
- alat pemanas badan

Aktiviti

• Membina ayat tunggal dan ayat majmuk peluasan subjek dan predikat

berdasarkan frasa.

Murid membaca dan memahami bahan.

216 5.3.1 Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan frasa.

Murid bertutur tentang bantal inovasi menggunakan ayat yang gramatis.

PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Kesihatan

Strategi P & P: KB- Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengaplikasikan

Penilaian 0

A. Teliti gambar dan maklumat.

Murid-murid, proses penyejatan air banyak digunakan dalam aktiviti harian.
Penyejatan ialah proses perubahan cecair menjadi gas pada sebarang suhu
di bawah takat didih. Kadar penyejatan air bergantung pada pergerakan udara,
suhu di sekeliling dan luas permukaan. Cuba lihat gambar pada layar putih ini.

• udara • tenaga haba

– menjemur pakaian – membantu ibu mencari rezeki
– permukaan pakaian – membuat pisang salai untuk

terdedah dijual
– udara yang bergerak – pisang akan kering apabila

menyejatkan air didedahkan pada haba panas

• cahaya matahari • tenaga elektrik

– membeli makanan laut – membersihkan karpet
– makanan laut – proses – karpet kering dengan

penyejatan air – cepatnya apabila didedahkan
mikroorganisma tidak dapat kepada haba daripada
hidup tanpa air – tahan lama tenaga elektrik

Aktiviti

• Berbicara tentang gambar dan maklumat di atas secara bertatasusila

dengan menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.

• Nyatakan kepentingan penyejatan dalam kehidupan harian.

217

B. Teliti maklumat dan bincangkan gambar. Contoh diorama

Diorama ialah binaan tiga dimensi yang mengandungi
pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang
sebenar. Objek-objek tersebut hendaklah diletakkan
di dalam satu kotak yang ditebuk supaya dapat dilihat
dari hadapan ataupun sisi.


Alatan

gunting gam pencungkil gigi warna air

Bahan

plastisin

kotak plastik gambar-gambar haiwan,
pembalut orang dan pokok
Aktiviti buku

1. Berdasarkan bahan di atas, cipta satu diorama yang kreatif tentang
alam kita. Tulis cara menghasilkan inovasi untuk menyediakan
diorama mengikut urutan dengan menggunakan kata kerja aktif
transitif dan kata kerja pasif.

2. Ujarkan dialog berdasarkan watak atau objek yang terdapat dalam
diorama tersebut.

218


Click to View FlipBook Version