The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahalias, 2021-01-16 10:59:39

BAHASA MELAYU

BM TAHUN 5

Keywords: BUKU TEKS

Bercerita

Sewaktu sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolahnya, Zarul telah
mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita. Ceritanya berkisar
tentang seorang pak cik tua yang bernama Haji Bahari. Beliau
mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Pada setiap tahun Haji Bahari
tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan.

Semangat Cinta akan Negara

Bunyi kokokan ayam mengejutkan sekumpulan kanak-kanak – mengekori
Haji Bahari. Beliau bingkas menyiapkan – hairan melihat – bersemangat
diri. Haji Bahari tidak mahu ketinggalan – Orang Kurang Upaya (OKU)
menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

Aktiviti

• Mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah untuk

menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.

Murid meneliti dan memahami gambar dan maklumat.

Murid mengujarkan cerita berpandukan gambar. 143

4.2.2 Murid menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dengan kreatif berpandukan gambar.

PK: Nilai Murni – Keberanian Ilmu – Kesusasteraan

Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Verbal-linguistik

Ayat Cakap Ajuk dan Ayat Cakap Pindah

Berkhidmat demi Negara

Lawatan ke Muzium Tentera Darat

Ketibaan Hanis dan rombongan sekolahnya ke Muzium Tentera Darat,
Bandar Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan, disambut mesra oleh
Pegawai Waran Dua Abdul Mutalib bin Hussein, anggota yang bertugas
pada hari itu.
“Selamat datang ke Muzium Tentera Darat,” kata Pegawai Waran Dua
Abdul Mutalib. Hanis dan rakan-rakannya serta guru pengiring mereka
menyambut mesra sapaan itu.
Pegawai Waran Dua Abdul Mutalib memberitahu bahawa beliau
akan menjadi jurupandu kepada rombongan mereka pada hari itu. Beliau
pun mengiringi mereka melihat pameran dari satu galeri ke satu galeri
di Muzium Tentera Darat.
Ketika di Galeri Sumbangan Tentera Darat, Hanis terpegun apabila
melihat gambar-gambar kejayaan Tentera Darat Malaysia di dalam dan
di luar negara.

Adakah anggota tentera darat turut
berkhidmat di luar negara, tuan?

Ya, betul. Anggota Tentera Darat Malaysia
terlibat dengan pelbagai misi pengaman
dan pemerhati di luar negara.

Menurut PWD Abdul Mutalib, misi pengaman dan pemerhati Kontinjen
Tentera Darat Malaysia telah sampai ke beberapa buah negara seperti
di Congo, Kemboja, Somalia, Bosnia Herzegovina dan Lubnan.
“Wah, hebatnya!” Hanis dan rakan-rakannya berkata serentak sambil
bertepuk tangan.
Hanis dan rakan-rakannya diberitahu oleh PWD Abdul Mutalib
bahawa Tentera Darat Malaysia mempunyai imej yang tinggi di mata
dunia. Menurutnya lagi, pasukan mereka sering menjadi contoh,
khususnya dalam kalangan Negara-negara Dunia Ketiga.

144

Berkongsi Pengalaman

“Kami mendapat banyak maklumat tentang peranan Tentera Darat
Malaysia terhadap keselamatan dan pembangunan negara,” kata Adrina
kepada Izara yang tidak dapat mengikuti rombongan mereka ke Muzium
Tentera Darat, Bandar Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dia berkata bahawa melalui penjelasan jurupandu yang bertugas,
barulah mereka sedar bahawa peranan anggota tentera darat bukan
sekadar di medan peperangan sahaja tetapi juga dalam aktiviti
kemasyarakatan.

Jurupandu MTD di situ memberitahu kami bahawa Apakah maksud kor itu?
terdapat beberapa kor dalam Tentera Darat Malaysia.

Kor ialah pasukan-pasukan utama dalam Tentera Darat Malaysia yang berfungsi
mengikut peranan masing-masing. Antara kor itu ialah Kor Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Kor Kesihatan Diraja (KKD).

Seterusnya, Hanis menerangkan bahawa Kor Kesihatan Diraja
menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti untuk
seluruh warga angkatan tentera. Mereka juga diberitahu bahawa kor ini
turut terlibat dalam misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan bantuan
kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.
“Wah, menarik sungguh menjadi anggota angkatan tentera! Kalau
begitu, saya mahu menjadi anggota tentera darat apabila saya dewasa
nanti,” kata Izara yang tertarik akan penjelasan rakan-rakannya.
“Bolehlah saya menyumbangkan khidmat bakti kepada agama,
bangsa dan negara,” kata Izara dengan penuh semangat.

Aktiviti

• Membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah dengan betul.

5.3.2 Murid membina ayat cakap ajuk berdasarkan ayat cakap pindah yang terdapat dalam teks. 145
Murid membina ayat cakap pindah berdasarkan ayat cakap ajuk yang terdapat dalam teks.
Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dalam teks untuk membuat ulasan

tentang peranan Tentera Darat Malaysia.
PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Mengaplikasikan

21UNIT Tanggungjawab Tema 7:
Kita Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Mendengar dan Bertutur
Tahun Melawat Malaysia

Cikgu, kawan baik Baguslah, Izara.
ayah saya dari Lagipun, tahun ini
Jepun akan melawat ialah Tahun Melawat
Malaysia pada Malaysia. Tahukah
minggu hadapan. kamu bahawa kita
perlu bersama-sama
Ya, cikgu. Kita harus menjayakan Tahun
mempamerkan sikap Melawat Malaysia ini?
yang baik kepada para
pelancong. bersopan santun

layanan mesra

menjaga kebersihan

Aktiviti

• Bercerita berdasarkan gambar dan rangkai kata.

Murid membaca dan memahami teks.

1.5.1 Murid bercerita tentang peranan mereka untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia.

146 Murid membina ayat dengan kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam teks.

AT: Membuat buku skrap tentang destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia.

KP: Nilai Murni – Hemah Tinggi Ilmu – Pelancongan

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik

Mendengar dan Bertutur

Kenali Kelantan Darul Naim

Sahabat pena Hanis, Dayang Yasmin dari Brunei, ingin mengunjungi
negeri Kelantan Darul Naim. Hanis rasa bertanggungjawab untuk
memperkenalkan keindahan negeri Kelantan kepada sahabat penanya
itu. Dia pun mengirimi sahabatnya itu beberapa keping gambar tentang
keindahan negeri Kelantan.

– perusahaan batik – Pasar Besar
– melestarikan Siti Khadijah,
Kota Bharu
warisan budaya
– memasarkan hasil
tempatan

– Masjid Jubli Perak
Sultan Ismail Petra,

Rantau Panjang
– tunjang kerohanian

– Istana Jahar Muzium Adat Istiadat – Pantai Irama, Bachok
Diraja Negeri Kelantan, Kota Bharu – pasir pantai memutih
– kebersihan terpelihara
– memperkenalkan sejarah
kesultanan negeri Kelantan

Aktiviti

• Menceritakan perkara yang dialami berpandukan gambar dan frasa.

Murid meneliti dan memahami gambar dan frasa.

1.5.2 Murid menceritakan pengalaman melawat negeri Kelantan.

Murid menghasilkan penulisan kreatif berbentuk deskriptif dengan betul. 147

AT: Membuat buku skrap tentang industri pelancongan di Malaysia.

PK: Nilai Murni – Menghargai Ilmu – Geografi

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Mengalami KP – Verbal-linguistik

Membaca

Hobi Hanis mengemaskinikan blognya di Internet yang diberikan nama
“Blog Suara Hati Hanis”. Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Hanis
telah memuatnaikkan satu esei, hasil karyanya.

Selamat datang ke Blog

Suara Hati Hanis

Aku Anak Malaysia

Sabtu, 1 Ogos 2015

Negaraku, Malaysia

Beberapa hari lagi, 31 Ogos 2015 bakal menjelang, menandakan sudah 58 tahun
negaraku merdeka. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang
aman damai.
Terima kasih aku ucapkan khusus kepada para pemimpin negara yang
terdahulu kerana kesungguhan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan negara
kita. Selain itu, terima kasih juga kepada pemimpin kini. Pembangunan negara pada
hari ini berkat usaha mereka. Sebagai rakyat yang mengenang budi, kita perlulah
berpadu tenaga untuk menjayakan dasar dan program yang direncanakan oleh
para pemimpin.

Pengisian kemerdekaan negara sesungguhnya bergantung pada keharmonian,
keamanan, keselamatan dan kedaulatan tanah air. Oleh itu, sebagai rakyat yang
cinta akan negara, kita mesti bersatu padu tanpa mengira agama dan keturunan. Hal
ini berlaku kerana permuafakatan dan perpaduan menjadi landasan muhibah dan
kedamaian nasional.
Malaysia negara berdaulat merupakan lambang keutuhan semua rakyat.
Di sinilah tempat tumpah darah kita. Kata pepatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung”. Apakah yang harus kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada
negara? Tepuk dada, tanyalah selera.
Akhir kata, Malaysia ialah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kitalah yang
akan menentukan hala tuju negara kita. Oleh yang demikian, marilah kita bersatu hati
memacu negara ke arah kecemerlangan.

148

Onita, sahabat Hanis yang berada di Sandakan, Sabah sentiasa mengikuti
perkembangan blog Hanis. Setelah membaca blog Hanis, dia terus
menghubungi Hanis melalui perisian Viber dalam talian telefonnya.

< Onita 25-08-2015
dalam Talian

Tahniah! Isi blog kamu sungguh menarik.

Terima kasih. Semoga suara hati saya dapat
memberikan kesedaran kepada warga Malaysia
tentang tanggungjawab masing-masing untuk
mempertahankan kedaulatan negara.

Jika semua rakyat Malaysia berfikiran seperti
kamu, tentu negara kita akan kekal aman
dan harmoni.

Yang penting, kita sebagai masyarakat
majmuk mesti bersatu padu.

Betul tu. Banyak faedahnya jika kita bersatu
padu. Kita dapat bersama-sama membangunkan
negara demi kesejahteraan semua.

Yang penting, negara kita tidak akan dipandang
rendah oleh negara-negara maju yang lain.
Maaf ya, saya hendak ke sekolah untuk latihan
Ambang Merdeka.

Baiklah, Hanis. Selamat menjalani latihan.
Salam kemerdekaan.

Aktiviti Hantar
149
• Membaca dan menyatakan maksud teks yang dibaca.

Murid membaca dan memahami teks.

Murid mencari makna rangkai kata yang dicetak berwarna.

2.6.2 Murid membina ayat dengan kata adjektif yang terdapat dalam teks.

PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Kewarganegaraan

Strategi P & P: KB – Menaakul BCB – Bacaan intensif

Menulis

PERMOHONAN KAD PENGENALAN (MYKAD) KANAK-KANAK 12 TAHUN
WARGANEGARA

SYARAT PERMOHONAN
• Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun.
• Pemohon mestilah hadir bersama-sama dengan:
- ibu atau bapa; atau
- penjaga (penjaga ialah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa

saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun)

Izara dan ayah serta kakaknya, Edora, pergi ke Jabatan Pendaftaran
Ipoh. Ayah Izara membimbing Edora tentang tatacara membuat
kad pengenalan atau MyKad.

12 3

mengambil melengkapkan menunggu angka
angka giliran borang pendaftaran gilirannya dipanggil

4 5 6

memindahkan dan mengimbas cap jari mengambil gambar
mengesahkan maklumat

Setelah selesai semua urusan, Encik Zahid berkata kepada Edora,
“Kamu mesti menjaga MyKad kamu dengan baik. Kad itu penting
untuk pelbagai urusan kelak.”
“Ya, ayah. Saya akan ingat pesanan ayah dan menjaga MyKad
saya dengan baik,” jawab Edora dengan penuh perasaan tanggungjawab.

Aktiviti

• Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan berpandukan gambar

dan frasa.

Murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam bahan grafik.

3.5.2 Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan berdasarkan gambar dan frasa.

150 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk

membuat ulasan yang betul.

PK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Ilmu – Kewarganegaraan

Strategi P & P: KB – Membuat urutan Kontekstual – Memindahkan maklumat

Kata Nama Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak dan
Penjodoh Bilangan

Bandar Diraja Johor

Hanis dan dua orang rakannya berada di sebuah meja bulat di perpustakaan.
Di hadapan mereka terdapat sebuah komputer riba, beberapa helai kertas dan
beberapa naskhah buku rujukan. Mereka hendak mencari maklumat tentang Bandar
Diraja Johor, iaitu Muar. Maklumat itu bagi membantu mereka membuat slaid tentang
Bandar Diraja Muar.

Bandar Diraja Tempat-tempat Menarik

• Bandar Diraja Johor ialah Muar Dataran Tanjung Emas
• Asal usul nama Muar daripada • Mercu tanda bandar Muar
• Terletak di persisiran Sungai Muar
perkataan ‘Muara’, iaitu, kuala
sungai kerana petempatan Bangunan Sultan Abu Bakar
awalnya di muara Sungai Muar • Pusat pentadbiran daerah Muar
• Bandar ini dinamakan • Mempunyai reka bentuk yang
Bandar Maharani bersempena
dengan kehadiran permaisuri menarik
Sultan Abu Bakar ke upacara
perasmian bandar Muar pada Masjid Sultan Ismail II
tahun 1887. Pada ketika itu, • Seni bina Inggeris
sultan menggunakan gelaran • Kedudukannya bertentangan
Maharaja.
dengan Masjid Jamik Sultan Ibrahim
di seberang sungai

Hanis dan rakan-rakannya meneliti beberapa keping slaid menggunakan komputer.
“Hanis, kita harus memasukkan maklumat tentang raja yang menjadi lambang
perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita dalam persembahan slaid kita,”
kata Adrina.
“Ya, saya setuju, Adrina. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita mesti
menyayangi dan menghormati raja kita,” jawab Hanis.
Mereka meneruskan perbincangan. Mereka menambahkan beberapa keping
slaid dan baris ayat tentang peranan raja sebagai ketua agama serta ketua adat
istiadat negeri.

Aktiviti

• Menyenaraikan dan membina ayat dengan kata nama am tak

hidup bukan institusi abstrak serta penjodoh bilangan yang terdapat
dalam teks.

Murid membaca dan menyenaraikan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan

5.1.1 yang terdapat dalam teks.

Murid membina ayat dengan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak serta penjodoh bilangan tersebut.

Murid bercerita tentang bandar diraja dengan tepat. 151
AT: Murid menyediakan slaid tentang bandar diraja yang lain.

PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Geografi

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan luncuran

Kata Nama Khas Hidup Manusia dengan Nama Panggilan
atau Gelaran

Ilmu Tidak Mengenal Usia

Selamat sejahtera daripada saya dari Kampung Parit Baru,
Sabak Bernam, Selangor. Apa khabar, Hanis?

Selamat sejahtera, Zarul. Saya sihat-sihat sahaja. Kampung
datuk kamu sudah ada capaian Internet?

Ya. Penduduk kampung di sini amat bertuah. Menurut ketua kampung,
Tuan Haji Kamal bin Haji Hasan, orang kampung mendapat kemudahan
itu atas usaha wakil rakyat, Yang Berhormat Datuk Seri Raja Hasan bin
Raja Basir. Beliaulah yang mengetengahkan Kampung Parit Baru ini
untuk Program Kampung Tanpa Wayar.

Seingat saya, program itu untuk mewujudkan lebih ramai generasi
digital atau penduduk celik komputer.

Betul. Masyarakat celik komputer penting bagi membantu pembangunan
negara kita agar seiring dengan negara maju yang lain.

Sebab itulah kerajaan mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang
ramai mempelajari teknologi maklumat. Pak Long, Pak Ngah dan
Mak Ngah saya pun sedang giat menimba ilmu komputer di Pusat
Internet Desa. Banyak pengetahuan baharu yang diperoleh oleh
mereka daripada Cik Aida, tenaga pengajar di pusat itu.

Kita pun harus meningkatkan ilmu kita. Jangan pula kita gunakan
kemudahan Internet untuk permainan video dan hiburan semata-mata.

Saya setuju. Minggu hadapan, kita berjumpa dengan Puan Hajah Esah,
guru penasihat Kelab Komputer untuk mendaftarkan nama sebagai
anggota kelab komputer di sekolah.

Aktiviti

• Membina ayat dengan menggunakan kata nama khas hidup manusia

dengan nama panggilan atau gelaran.

Murid mengenal pasti kata nama khas hidup manusia dan nama panggilan atau gelaran yang terdapat

5.1.2 dalam teks dialog.
152
Murid membina ayat menggunakan kata nama khas hidup manusia.

Murid membaca teks yang mengandungi pelbagai ragam ayat.

PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal

Penilaian 7
A. Teliti gambar di bawah.

Tahun 2007
 
 
 
Malaysiaku Gemilang Tahun 2008 Tahun 2009 Tahun 2010
Perpaduan Teras Rakyat Didahulukan, 1 Malaysia:
Pencapaian Menjana Transformasi
Kejayaan Diutamakan


 Transformasi Berjaya
 
  Tahun 2014
Rakyat Sejahtera Tahun 2012 Malaysia...
Tahun 2013 Di Sini Lahirnya
Tahun 2011 Janji Ditepati Malaysiaku Berdaulat: Sebuah Cinta
1 Malaysia:
Transformasi Berjaya Tanah Tumpah
Rakyat Sejahtera Darahku

Aktiviti

1. Menceritakan persiapan yang dilakukan untuk menyambut
Hari Kemerdekaan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai.

2. Membina kata ganda yang sesuai berpandukan gambar.
3. Membina ayat dengan kata ganda tersebut.

153

B. Baca dan fahami.

Negara Milik Kita

Malaysia
Bumi bertuah
Tanah air tumpahnya darahku
Akan kucintai selamanya
Selagi hayat dikandung badan

Terima kasih, wahai pemimpin
Berkat jasamu
Negaraku terus maju
Di kota juga di desa
Di bawah naungan Raja berdaulat

Malaysia
Harum mengukir nama
Pelbagai bidang kitalah juara
Tentera kita bersama
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Mendamaikan negara bersengketa

Sejarah lama jadi panduan
Tatkala negara dibelenggu
Derita rakyat biarlah jadi kenangan
Ayuh, kita kuatkan tekad
Bersatu membangunkan pertiwi
Negara kita milik bersama

Aktiviti

1. Menyatakan maksud frasa yang berwarna.
2. Membincangkan maksud setiap rangkap sajak dan grafik.
3. Menulis sajak dalam bentuk prosa.

154

TEMA 8 Ekonomi Malaysia

Ekonomi
Malaysia

Perniagaan Usahawan Bijak Mengurus
di Malaysia Berjaya Wang

CONTOH

Murid meneliti dan berbincang tentang gambar dengan rakan. 155

2 2UNIT Perniagaan Tema 8:
di Malaysia Ekonomi Malaysia

Mendengar dan Bertutur

Perniagaan dalam Talian

Wah, cantiknya baju Perniagaan dalam Talian
kamu! Di manakah kamu
membelinya, Zarul? • jualan barangan melalui Internet
• pembayaran secara perbankan Internet
Apakah maksud • mudah dan menjimatkan masa
pembelian dalam • harga lebih murah
talian dan • barangan ada jaminan
kelebihannya? • barangan yang dibeli mungkin tidak

sama dengan barangan yang diiklankan

Terima kasih, Azam.
Ayah saya membeli
baju ini melalui
pembelian dalam talian.

Aktiviti

• Menceritakan maklumat dengan tepat tentang perniagaan dalam talian.

156 1.5.2 Murid meneliti dan memahami maklumat.
Murid menceritakan perniagaan dalam talian.
Murid mencatatkan maklumat yang betul mengikut urutan.
AT:Murid mencari maklumat tambahan berkaitan dengan perniagaan dalam talian menggunakan Internet.
PK: Nilai Murni – Kesederhanaan Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik

Membaca

Kecemerlangan Perniagaan

Ayah Zarul, Encik Yahaya, telah menghadiri
Bengkel Kecemerlangan Perniagaan. Beliau
memberikan majalah yang diperoleh semasa
bengkel tersebut kepada Zarul. Beliau juga
memperdengarkan rakaman ucapan semasa
bengkel tersebut kepada Zarul.

EnWEcWnaikcratiZakrtuwaZbwauirbna d:s ijnprbaSee:p Sd ekege:slmn eaB:meaemrepr l aUgprhaaymksBulehneauaeenuauiagaannniirelmnanrntbaatngtgjuanminaugiggmuliitaakikmiapgunnmtgaganeiriiegate.,mamgaguaganapadaTbmbkaannagn.aeesmaiaiaanaaalanabanlnatynanraeknkmaagbasaj,ynabnusapenneekpnsaagundeghpeagmrgaaglngsrlaaknehkikayeukipgabaplbadreananapraetnanauenmasicientadpnrtsiIpibntrhk gcunaaengalaeguiead?rkntlktrtaelakmnaaauakamrcdihnlnsntaaataaaa?ehhrnta.. Hadirin yang saya kasihi,

Ayat : Saya menggunakan kemudahan Perniagaan merupakan bidang yang
multimedia seperti Internet. saya minati sejak di prauniversiti lagi.
Semasa menjadi mahasiswa, saya
Maksud: Saya menggunakan kemudahan mula berjinak-jinak dalam bidang ini.
pelbagai media seperti Internet . Saya mengikuti pelbagai program
perniagaan yang telah dianjurkan
di kampus.
Saya bukanlah sesiapa. Demi
mengejar cita-cita untuk bergelar
jutawan, saya memberanikan diri
untuk menceburi bidang perniagaan
dalam talian ini. Ternyata pilihan
saya tidak salah.

Hadirin yang budiman,

Untuk menjadi usahawan yang
berjaya, kita tidak boleh bersikap
antikemajuan. Sikap berani mencuba
dan tidak berputus asa merupakan
prasyarat untuk berjaya.

Aktiviti

• Nyatakan maksud ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan

pinjaman.

• Jelaskan cara untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Murid membaca dan mengenal pasti ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman.

2.2.3 Murid menyatakan maksud ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman. 157

Murid menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan oleh guru.

PK: Nilai Murni – Keberanian Ilmu – Keusahawanan

Strategi P & P: KB – Menaakul BCB – Bacaan imbasan dan luncuran

Menulis

Beli Barangan Buatan Malaysia

Murid Tahun 5 Pintar telah diminta oleh Cikgu Nawawi berkongsi maklumat
tentang kepentingan membeli barangan buatan Malaysia berdasarkan slaid
yang dipaparkan.

RM 80.00 RM 40.00 Kempen Belilah Barangan Buatan
Malaysia merupakan langkah kerajaan
baju-T import baju-T tempatan bagi membangunkan ekonomi negara.
Terdapat pelbagai barangan buatan
Malaysia seperti makanan, perhiasan
dan peralatan elektrik.

Perbezaan Harga
- menjimatkan perbelanjaan
- harga lebih murah
- barangan berkualiti

Peningkatan Ekonomi
- memajukan industri tempatan
- meningkatkan pengeluaran
- memenuhi permintaan

Peningkatan Taraf Kehidupan
- mewujudkan peluang pekerjaan
- menjanakan pendapatan
- mengurangkan kadar kemiskinan

BELI BARANGAN MALAYSIA Peranan Kerajaan
BUATAN MALAYSIA - menyokong usaha kerajaan
- meningkatkan ekonomi negara
PILIHAN BIJAK - kebanggaan kita

Aktiviti

• Menulis karangan berdasarkan bahan yang diberikan untuk

menyampaikan maklumat.

Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

158 3.6.1 Murid menulis karangan untuk menyampaikan maklumat berdasarkan maklumat di atas.

Murid membaca maklumat yang ditulis.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Kemahiran Hidup

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea

Mengujarkan Dialog

Laut Penjana Ekonomi

Cikgu Nawawi meminta Zarul, Yu Jin dan Kumar untuk mengujarkan dialog
yang diberikan sewaktu pengajarannya.

Si Penyu : Wah, cantik dan bersihnya kawasan ini!

(dengan nada teruja)

Si Batu Karang : Hai, Si Penyu! Bilakah kamu sampai?

Si Penyu : Baru sebentar. Sudah lama saya tinggalkan tempat ini. Nampaknya

keadaan di sini semakin indah.

Si Batu Karang : Sejak menjadi Taman Laut Purnama, keadaan semula jadi

di sini terus terpelihara. Pelancong yang datang juga terpegun

akan keindahan tempat kita. Badan aku ini pun dibelai, dijaga dan

tidak lagi dipatah-patahkan sesuka hati.

Si Udang : Bukan itu sahaja, Si Penyu. Ada yang sanggup menyumbangkan

tukun untuk pembiakan sumber makanan kita. Kamu ajaklah

kawan-kawan kamu dari seluruh dunia datang ke sini. Tentu mereka

teruja menikmati keindahan taman laut kita ini.

Si Kuda Laut : Kehadiran pelancong juga akan bertambah kerana terdapatnya

spesies akuatik yang pelbagai.

(Si Batu Karang mengangguk-anggukkan kepalanya)

Si Batu Karang : Lagi ramai yang datang berkunjung ke tempat kita, lagi baik. Hal ini

dapat meningkatkan pendapatan taman ini. Tempat kita ini akan

dapat dimajukan dan diselenggarakan dengan baik.

Si Penyu : Aku rasa bertuah kerana masih berpeluang untuk kembali ke sini

dan merasai kemakmuran yang ada. Aku amat berharap agar

tempat kita ini semakin maju dan makmur.

Si Batu Karang : Kalau begitu, ayuhlah kita menjaga

khazanah yang ada ini, agar kekal

untuk generasi akan datang.

Aktiviti

• Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang

betul melalui lakonan.

Murid membaca dan memahami dialog.

4.3.1 Murid mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dalam lakonan. 159

PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Keusahawanan

Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Interpersonal

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Zarul berbual dengan rakannya Azam tentang brosur yang diberikan
oleh abangnya.

Agropelancongan Pengangkutan
Pakej Percutian Agro Batu Papan - bas
- kereta sewa
Gua Musang, Kelantan
Bayaran
Aktiviti 20 orang – RM60.00 seorang
- lawatan - ke kebun buah-buahan Jeli 30 orang – RM55.00 seorang
40 orang – RM45.00 seorang
- ke ladang getah
- ke Gua Madu
- pertunjukan persembahan
- dikir barat
- sukaneka dan riadah
di Sungai Batu Papan
- memancing
- berkayak
Kemudahan

- penginapan

- minuman pagi dan kudapan

- makan tengah hari

- masakan Kelantan

- peralatan untuk beriadah disediakan

Zarul, agropelancongan Seingat saya, agropelancongan itu
itu apa? ialah pelancongan yang menawarkan
pelbagai aktiviti berdasarkan
Oh, begitu! Kamu sosiobudaya dalam pertanian.
terima brosur ini
daripada siapa? Brosur ini saya terima
daripada abang saya.
Aktiviti yang paling kamu gemari,
yang mana Zarul? Aktiviti lawatan ke kebun buah-buahan
yang paling saya gemari. Kamu pula
Aktiviti pilih yang mana?

• Membina ayat dengan menggunakan kata ganti nama diri tanya

mengikut konteks yang betul.

Murid membina ayat menggunakan kata ganti nama diri tanya.

160 5.1.3 Murid membaca dan memahami dialog.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Geografi

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan intensif

Kata Kerja Aktif Transitif

Perkhidmatan Dobi Layan Diri

Zarul mengikut ayahnya pergi ke kedai dobi untuk mencuci pakaian semasa
ketiadaan ibunya. Kedai dobi tersebut beroperasi 24 jam. Kedai tersebut
baru dibuka dua bulan yang lalu.
Zarul melihat banyak mesin basuh di situ.
Mesin pengering pakaian dan mesin sabun juga
disediakan bagi pengguna yang tidak membawa
sabun pencuci. Selain itu, terdapat juga mesin
penukaran wang syiling untuk memudahkan
pengguna menggunakan perkhidmatan yang
disediakan. Perkhidmatan wi-fi percuma juga
disediakan.
Beberapa keping wang syiling yang berjumlah
RM6.00 dimasukkan oleh ayah Zarul untuk cucian
biasa bagi mesin basuh 14 kilogram. Kemudian, Zarul
membantu ayahnya memasukkan pakaian ke dalam
mesin tersebut.
“Ayah, tentu tuan punya kedai ini memperoleh
keuntungan yang lumayan. Zarul lihat banyak orang
yang menggunakan perkhidmatan ini,” kata Zarul.
“Benar, Zarul. Perkhidmatan yang disediakan
di sini sememangnya memuaskan hati pelanggan.
Tuan punya kedai ini pun seorang yang sentiasa berusaha
untuk mencari peluang bagi mengembangkan
perniagaannya. Kedai dobi ini merupakan kedai
dobi pertama di kawasan kita yang menjalankan
perkhidmatan layan diri,” kata ayah Zarul lagi.

Aktiviti

• Membaca dan membina ayat menggunakan

kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang
terdapat dalam teks.

Murid membaca dan mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.

5.1.4 Murid membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.

Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan 161

predikat secara mekanis dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Sains dan Teknologi

Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan

2 3UNIT Keusahawanan Tema 8:
Ekonomi Malaysia

Mendengar dan Bertutur

Usahawan Cemerlang

Izara memperoleh maklumat tentang Tokoh Usahawan Muda Berjaya
2011, iaitu Dato’ Wan Mohammad Sani bin Dato’ Salleh daripada majalah.
Dia berkongsi maklumat tersebut dengan Zarul.

Nama : Dato’ Wan Mohammad Sani bin Dato’ Salleh

Lahir : 24 Januari 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

Jawatan : Pengarah Urusan Kumpulan Sani United Berhad.

Pencapaian : Anugerah Usahawan Berjaya Dewan Perniagaan

Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April 2009)

dan Tokoh Usahawan Muda Berjaya 2011

oleh Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia

(Perdasama).

Kejayaan : Sikap berani mencuba dan sentiasa bersedia untuk belajar serta gigih

melakukan sesuatu membuat beliau berjaya;

– memiliki 31 buah bas dua tingkat yang eksklusif.

– memiliki wisma sendiri yang bernilai lebih tujuh juta ringgit dan

mempunyai 300 orang kakitangan.

– mempunyai perniagaan perhotelan di Kuala Lumpur.



Wah, hebatnya! Dalam usia Itulah yang dikatakan,
yang masih muda beliau “berakit-rakit ke hulu
telah dinobatkan sebagai berenang-renang ke tepian,
Usahawan Berjaya. bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian”.
Izara, apakah rahsia
kejayaan Dato’ Sani?

Aktiviti

• Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat

berdasarkan bahan yang dibaca secara bertatasusila.

162 1.6.1 Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada teks.
Murid membaca dan mencari maklumat yang terdapat dalam teks.
Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada pelbagai sumber.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Perniagaan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Perbincangan

Membaca Usahawan Gigih

http://www.mohdshahdasin.com

Usahawan Nanas Berjaya

Kata pepatah, “Berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya”. Itulah yang dilakukan oleh
Encik Mohd Shah bin Dasin, usahawan nanas yang berjaya di Johor. Beliau mengusahakan
tanaman nanas jenis Moris dan Josapine.
Pada awalnya usaha Mohd Shah menanam nanas hanyalah sekadar hobi. Beliau
mengusahakan tanah milik kedua-dua ibu bapanya yang seluas dua ekar secara
sambilan sahaja.
Beliau mendapat idea untuk mengusahakan tanaman nanas Moris dan Josapine
secara komersial apabila mendapati tiada pengusaha di kampungnya yang berbuat
demikian. Tanah milik beberapa orang penduduk kampung telah disewa untuk
merealisasikan impiannya. Hasratnya hanya satu, iaitu menjadi peladang nanas jenis
baharu yang terawal, yang berjaya di kampungnya.
Pada peringkat awal, hasrat Mohd Shah untuk mengusahakan nanas secara
besar-besaran diragui oleh banyak pihak. Berkat kegigihan dan keazaman yang tinggi,
beliau berjaya mengusahakan tanaman nanas seluas 20 hektar.
Kejayaan demi kejayaan terus dicapai oleh beliau. Kini, Mohd Shah telah
mempelbagaikan kegiatan dalam kerjayanya dengan menceburi bidang penternakan
lembu dan penanaman pokok pisang.

Penternak Jaya Wanita

Hasil kerja keras selama lima tahun kini membuahkan hasil. Puan Ruziah binti Ralimun
telah menerima anugerah Penternak Jaya Wanita dalam kategori baka lembu bersempena
dengan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perak. Kejayaannya ini
membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu menjadi penternak yang berjaya.
Dengan bermodalkan RM3 000.00, Puan Ruziah memulakan usahanya menternak
tiga ekor lembu dan tiga ekor kambing di kawasan rumahnya. Impian beliau untuk menjadi
penternak yang berjaya telah membuatkan beliau berusaha gigih untuk menambahkan
jumlah ternakan yang sedia ada.
Anak kedua daripada lapan orang adik-beradik ini telah bertekad untuk berusaha
bersungguh-sungguh tanpa mengira penat lelah untuk terus berjaya dalam kerjayanya.
Kini, beliau mempunyai lebih seratus ekor lembu dan kambing di kawasan seluas
0.4 hektar yang dimilikinya sendiri.

Aktiviti

• Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi

yang betul.

Murid membaca dan mengenal pasti pelbagai ragam ayat dalam teks.

2.3.1 Murid mendengar, menyebut dan memahami pelbagai ragam ayat. 163

AT: Murid membuat perbandingan antara penternak dan petani berjaya menggunakan peta buih berganda.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Keusahawanan

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan imbasan

Menulis

Perkhidmatan Penyajian Makanan

Puan Sarinah binti Hussin ialah ibu saudara Zarul. Beliau pengusaha
katering. Zarul dan keluarganya telah diundang ke Majlis Sambutan
Ulang Tahun Kesepuluh syarikatnya. Pada malam itu, Puan Sarinah telah
ditemu ramah oleh wartawan tentang kemajuan perniagaannya.

Katering Sarinah N10P•o6 1•e . 0 4r 23k-Mt1hS90abpa4eih1adeKjw,ll8rmniioJasla7gadtnapa6aklagtae5hnan-Brnetb5knhimnmaa,3atrh0ade2arawu9jam/hlni,1nsi-,gnpK4-,kkamapTee1unhaerl1amau,alm8japnslnip7smiaet,ua6mrlnmialtnna5uaiJe,.nnnakaj.aakayn,noandlgmoa,aarnmpin,a,uvananngnt .u, k :

Wartawan : Selamat sejahtera, puan. Sejak bilakah puan mula berkecimpung
dalam perniagaan perkhidmatan penyajian makanan ini?

Puan Sarinah : Selamat sejahtera. Saya mula melibatkan diri dalam perniagaan ini
sejak 10 tahun yang lalu. Pada mulanya memang sukar, namun bak
kata pepatah, “alah bisa tegal biasa”.

Wartawan : Puan, apakah faktor yang menyebabkan puan melibatkan diri dalam
perniagaan penyajian makanan?

Puan Sarinah : Dorongan daripada keluarga dan teman-teman yang menyebabkan
saya melibatkan diri dalam bidang ini. Pada awalnya, saya berniaga
secara sambilan di rumah dengan mengambil tempahan daripada
rakan-rakan sahaja. Namun lama-kelamaan, tempahan semakin
banyak dan memerlukan saya mengambil pekerja. Pepatah orang
tua-tua ada mengatakan, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”. Atas sebab inilah saya membuka syarikat penyajian
makanan ini.

164

Wartawan : Sepanjang 10 tahun ini, puan tentu pernah mengalami pengalaman
pahit maung sebagai seorang usahawan penyajian makanan.
Bolehkah puan berkongsi pengalaman itu bersama-sama
dengan kami?

Puan Sarinah : Pengalaman pahit maung dalam perniagaan itu sememangnya
lumrah. Oleh sebab itu, sebagai pengusaha, kita perlu sentiasa
berhati-hati.

Wartawan : Oh, begitu! Bolehkah puan kongsikan rahsia kejayaan puan dalam
bidang penyajian makanan untuk dijadikan panduan bagi bakal
usahawan yang ingin menceburi bidang ini?

Puan Sarinah : Dalam dunia perniagaan ada banyak cabarannya. Untuk menjadi
usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah bersedia dari segi
mental dan fizikal serta berani menghadapi kesusahan.

Wartawan : Selain kesediaan mental dan fizikal, apakah lagi ciri yang perlu ada
pada seorang usahawan?

Puan Sarinah : Sebagai usahawan kita tidak boleh mudah berputus asa jika ingin
berjaya. Kita juga perlulah berani bertindak dan perlu pandai mencari
peluang untuk meningkatkan perniagaan. Pengusaha juga seharusnya
mempunyai sikap bertolak ansur dan sentiasa mendahulukan
pelanggan. Kita perlu sentiasa beringat bahawa tanpa pelanggan,
perniagaan kita tidak bermakna.

Wartawan : Terima kasih, puan, kerana sudi memberikan kerjasama. Saya
berharap agar perniagaan puan akan terus berkembang.

Puan Sarinah : Sama-sama.

Ciri
Usahawan

Berjaya

Aktiviti

• Lengkapkan peta pemikiran berdasarkan bahan yang dibaca.
• Menulis karangan berbentuk syarahan, ucapan atau pidato

berdasarkan maklumat.

Murid memahami teks.

Murid menulis karangan berbentuk syarahan, ucapan atau pidato. 165

3.6.2 Murid membaca bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Keusahawanan

Strategi P & P: KB – Mensintesis Konstruktivisme – Mengembangkan idea

Kata Adjektif dan Kata Bantu

Kreativiti Menjanakan Pendapatan

Puan Rohana binti Sulaiman, ibu saudara Hanis, mengusahakan perniagaan
kedai kraf tangan. Hanis berkongsi maklumat tentang perniagaan
mak ciknya itu dengan rakan-rakannya.

Puan Rohana, yang sudah mengusahakan perniagaan
kraf tangan hampir lapan tahun, merupakan seorang
usahawan yang gigih. Selain menjual kraf tangan,
beliau aktif menjalankan perniagaan perkhidmatan
pembungkusan cenderamata. Beliau juga menggubah
hantaran perkahwinan dan pertunangan.

kreatif unik harus
Puan Rohana seorang yang dan sentiasa bermotivasi.
Beliau berpendapat bahawa pembungkusan hadiah
ditampilkan dengan keunikan seni kraf. Hasil kerja
tangannya yang amat digemari oleh pelanggannya.

- mesti tekun
- tidak pernah jemu
- dapat memikat hati
- bungkusan yang cantik

- perlu rajin
- mahu lebih maju

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata adjektif

dan kata bantu berdasarkan gambar.

Murid membaca teks dan mengenal pasti kata adjektif dan kata bantu.

166 5.1.5 Murid membina ayat menggunakan kata adjektif dan kata bantu berpandukan teks dan gambar.

Murid mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul semasa bercerita.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Kreativiti dan Inovasi

Strategi P & P: KB – Menganalisis Konstruktivisme – Menghubungkaitkan

Kata Hubung Pancangan Relatif dan Kata Hubung
Pancangan Komplemen

Pewaris Songket Melayu

Izara terpegun melihat keindahan tenunan kain songket yang terdapat
di gerai-gerai pameran sempena Hari Kraf Tangan Sedunia yang
diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan
maklumat berkaitan dengan perusahaan tersebut tidaklah sukar.

http://www.kosmo.com.my

Songket keluaran pengusaha terkenal, Puan Noriah binti Ashari,
sememangnya tidak asing bagi peminat songket tenunan
dari Terengganu.
Keistimewaan songket keluaran syarikat Puan Noriah ialah
kepelbagaian warna serta rekaan corak yang eksklusif. Songket
keluaran syarikatnya juga menjadi pilihan kerabat diraja dan
golongan atasan kerana kualitinya yang tinggi.
Beliau memberitahu bahawa songket memberikan pengaruh
yang besar dalam hidupnya. Kegigihan ibunya menghasilkan dan
memasarkan songket menjadi pendorong kepada beliau. Untuk
mengusahakan perusahaan songket secara besar-besaran
tidaklah mudah. Perusahaan tersebut dinamakan bersempena
dengan nama ibunya iaitu, Allahyarhamah Atikah binti Mohd.
Beliau juga menyatakan bahawa pada peringkat awal,
beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Selepas 10
tahun beroperasi dari rumah, perniagaannya semakin maju.
Kini, beliau telah membuka sebuah kedai di Kuala Lumpur,
manakala adik-beradiknya mengendalikan kedai masing-masing
di Terengganu.
Sebagai peniaga, beliau juga menyatakan bahawa beliau telah mempelbagaikan
fungsi songket. Selain dijadikan pakaian, tenunan songket juga dijadikan hiasan
dalaman, tas tangan, kasut wanita dan cenderamata korporat.

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan kata

hubung pancangan komplemen.

Murid membaca dan mengenal pasti kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan

5.1.6 komplemen berpandukan teks.

Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen.

Murid membina dan menjawab soalan kefahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara 167
kritis dengan betul.

PK: Nilai Murni – Berdikari Ilmu – Keusahawanan

Strategi P & P: KB – Menganalisis Konstruktivisme – Mengaplikasikan

2 4UNIT Pengurusan Tema 8:
Kewangan Ekonomi Malaysia

Mendengar dan Bertutur

Bijak Mengurus Wang

Daripada: [email protected]

Kepada: [email protected]

Perkara: Bijak Mengurus Wang

Arial 10

Salam sejahtera, adik Zarul. Ada beberapa cara untuk mengurus kewangan.

• Rancang Perbelanjaan

Perbelanjaan yang dirancang menjamin masa hadapan yang cerah seperti kata
pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”.

• Belanja dengan Bijak

Perlulah mengetahui cara-cara untuk membelanjakan wang dengan bijak. Kata
orang, “jimat cermat amalan mulia”.

• Pastikan Mempunyai Wang di Tangan Setiap Masa

Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan.

• Menyimpan Wang di Tempat Selamat

Baki wang perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat.

Baiklah, adik. Inilah buah fikiran yang dapat abang berikan. Abang rasa adik
tentu dapat mengamalkan langkah-langkah yang abang nyatakan. Ingatlah
adik, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Siapakah yang menghantar E-mel ini dihantar oleh abang
e-mel ini, Zarul? Faisal untuk memberitahu
saya tentang cara untuk
Apakah cara merancang merancang kewangan.
kewangan yang diberitahu

kepada kamu?

Menurut abang Faisal

Aktiviti

• Berbicara tentang cara mengurus kewangan berdasarkan pengalaman

dan pembacaan menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.

Murid meneliti dan memahami teks.

168 1.6.2 Murid berbicara untuk menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.

Murid membaca maklumat yang tersurat dan tersirat dan membuat ulasan dengan betul.

PK: Nilai Murni – Kesederhanaan Peraturan Sosiobudaya – Peribahasa

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik

Membaca Simpanan Masa Hadapan

Cikgu Nawawi meminta Zarul dan kumpulannya mencari maklumat

tentang simpanan untuk pendidikan. Tujuannya adalah sebagai

persediaan untuk kuiz kewangan yang akan diadakan di sekolah mereka.

Mereka mendapatkan maklumat daripada brosur dan keratan majalah.

Insurans Pendidikan Skim Simpanan Pendidikan
Nasional (SSPN)
Insurans pendidikan merupakan
satu cara tabungan pendidikan. Kos pengajian tinggi kian meningkat.
Dana pendidikan akan membiayai Kebanyakan ibu bapa menghadapi
sebahagian daripada perbelanjaan masalah kewangan apabila
pendidikan tinggi anak anda. Ibu bapa anak-anak melanjutkan pengajian
atau penjaga merupakan pemegang ke institusi pengajian tinggi. Untuk
polisi bagi insurans perlindungan anak. mengatasi masalah ini kerajaan
telah menubuhkan Skim Simpanan
Mengapakah Perlu Menabung Pendidikan Nasional (SSPN).
untuk Pendidikan Anak? SSPN ialah skim simpanan
yang dijamin oleh kerajaan. Faedah
Kos pendidikan semakin meningkat. perlindungan insurans dan khairat
Perancangan kewangan lebih kematian juga disediakan secara
awal perlu bagi menyediakan percuma kepada semua pendeposit
peruntukan secukupnya. Wang anda yang layak.
akan lebih banyak jika anda membeli Sekiranya anda melabur
insurans lebih awal. Anak-anak anda dalam SSPN, anak anda berhak untuk
akan mendapat pendidikan tinggi dan memohon pinjaman Perbadanan
membantu untuk mencapai matlamat Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
hidup mereka. Renungkan, (PTPTN). Pinjaman ini perlu bagi
apakah yang akan membiayai pengajian dengan kadar
berlaku jika tiada dana pembayaran balik 1 peratus.
pendidikan ini? Skim ini ialah dana pendidikan
termurah di Malaysia. Bertindaklah
Layarilah (http://www.uinnstuurkamncaekinlufom.caotmla.nmjuyt). dengan bijak demi pendidikan dan
masa depan anak-anak.

Aktiviti Diubah suai daripada Buletin Ringgit

• Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi

yang betul.

Murid membaca dan mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat yang

2.3.2 terdapat dalam teks. 169

Murid membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Murid menulis jawapan pemahaman yang dikemukakan oleh guru.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Kewangan

Strategi P & P: KB – Menganalisis KMD – Meramal

Menulis Agihan Bijak
Pendahuluan

Azam gembira kerana telah mendapat tempat pertama dalam
pertandingan Pidato Piala Diraja yang disertainya. Dia telah menerima
sekeping cek berjumlah RM500.00 sebagai hadiah kemenangannya. Dia
merancang untuk menggunakan wang tersebut bagi memenuhi keperluan
dan kehendaknya dengan sebaik-baik yang mungkin.

Isi

menderma memenuhi kehendak
- membantu mereka yang kurang - tidak membebankan ibu bapa
berkemampuan
untuk memenuhi kehendak

10% 20%

30% 40%

membeli alatan persekolahan simpanan
- untuk kemudahan persekolahan - untuk simpanan pendidikan
- meringankan bebanan ibu bapa - untuk kegunaan semasa kecemasan

Penutup

- menggunakan wang secara berhemat

Aktiviti

• Menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam

penulisan kreatif dengan betul berdasarkan kerangka yang diberikan.

Murid berbincang tentang gambar dan teks.

170 3.7.1 Murid menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif.

Murid menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.

PK: Nilai Murni – Berhemat Ilmu – Matematik

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan

Menulis

Majlis Jamuan Perpisahan

Zarul dan rakan-rakan hendak mengadakan jamuan perpisahan untuk
kelas mereka. Mereka berbincang tentang anggaran perbelanjaan bagi
melaksanakan program tersebut.

Majlis Jamuan Perpisahan Kelas Tahun 5 Pintar

Tempat Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Tarikh 13 November 2015
Masa 10.30 pagi

Tujuan - mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan
murid yang belajar di kelas Tahun 5 Pintar.
- menghargai guru-guru yang mengajar di kelas
Tahun 5 Pintar.

Anggaran Perbelanjaan:
1. Makanan dan minuman RM6.00 X 40 orang = RM240.00
2. Cenderamata dan hadiah RM100.00
3. Hiasan Kelas RM50.00
4 . Perbelanjaan lain RM30.00

Anggaran Pendapatan:
1. Tabungan kelas RM270.00
2. Kutipan khas RM5.00 X 30 murid = RM150.00

Harapan:
Majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mengeratkan kemesraan
yang wujud dalam kalangan murid dan juga guru-guru yang mengajar.


Aktiviti
• Menulis karangan berbentuk imaginatif dan deskriptif berdasarkan teks.

Murid berbincang tentang maklumat dalam gambar.

Murid menghasilkan karangan berbentuk imaginatif dan deskriptif berdasarkan teks. 171

3.7.2 Murid menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.

PK: Nilai Murni – Rasional, kerjasama Ilmu – Matematik

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Menghubungkaitkan

Kata Nafi, Kata Pembenar, Kata Arah dan Kata Bilangan

Kad Debit

Zarul dan ayahnya membeli barang di pasar raya yang berhampiran
dengan rumah mereka.

Di manakah kaunter Selamat petang, encik. Encik
pembayaran, Zarul? hendak membayar secara tunai?

kadnya, encik. Sila datang lagi. , saya menggunakan kad debit.

Ayah, adakah kad
debit itu pengganti
wang tunai?

, terima kasih. , Zarul.

Ayah, apakah kad debit? Kad debit ialah sejenis produk kewangan
yang dikeluarkan oleh bank sebagai
Adakah orang boleh pengganti tunai. Baki dalam akaun
memiliki kad debit? tabungan akan dikurangkan serta-merta
mengikut jumlah urus niaga yang dibuat.

Aktiviti , Zarul. Kad ini hanya
boleh dimiliki oleh yang
memenuhi syarat yang
ditetapkan oleh pihak bank.

• Menulis dialog menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah

dan kata bilangan.

• Layari www.bnm.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang

kad debit.

Murid membaca dan memahami teks.

172 5.1.7 Murid menulis dan melengkapkan dialog menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata

bilangan mengikut konteks dengan betul.

Murid mendengar dan memberikan respons terhadap ayat tanya.

PK: Nilai Murni – Berhemah tinggi Ilmu – Pendidikan Moral

Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Menghubungkaitkan

Imbuhan Apitan dan Imbuhan Sisipan CONTOH
Situasi: Ruang Tamu Rumah

Zarul dan keluarga sedang memperkatakan percutian mereka pada cuti CONTOH

sekolah nanti. Ayah Zarul mengeluarkan beberapa wang kertas dari

dompetnya. Tiba-tiba, dompet itu terjatuh. Wang yang ada di dalam

dompet itu berselerakan di lantai. CONTOH

Zarul : Ayah, ini wang apa?

Ayah : Inilah wang dari beberapa buah negara yang telah ayah jelajahi.

Zarul : Wah, banyaknya! Menggeletar tangan Zarul memegang wang sebanyak ini

Bolehkah Zarul memperdagangkan wang ini?

Ayah : Tidak boleh, Zarul. Wang ini untuk kegunaan di luar Malaysia. Yang banyak itu,

Rupiah, wang Indonesia. Nilai mata wangnya lebih rendah berbanding dengan

nilai mata wang kita. Ini pula Baht, mata wang Thailand dan yang ini Dollar, mata

wang Singapura.

Zarul : Adakah kita akan bercuti ke negara-negara tersebut?

Ayah : Tidak, Zarul. Pada cuti kali ini, kita akan ke Langkawi. Kamu akan diperuntukkan

wang sebanyak RM100.00 sahaja. Ayah berharap kamu dapat berbelanja

dengan berhemat.

Zarul : Terima kasih, ayah.

Situasi: Pekan Kuah, Langkawi

Ketika berada di Pekan Kuah, Zarul mengikut ayahnya ke sebuah bank untuk mengeluarkan
wang, Ketika menunggu giliran Zarul diperlihatkan oleh ayahnya tentang paparan nilai
pertukaran mata wang asing yang terdapat pada dinding.
Kemudian, Zarul bersama-sama dengan keluarganya pergi ke sebuah tempat
beli-belah. Lagu-lagu tradisional diperdengarkan kepada pengunjung sebaik sahaja
mereka memasuki kawasan kompleks beli-belah itu. Ayah Zarul mengingatkan
keluarganya agar berbelanja dengan bijak dan tidak tergesa-gesa ketika membuat
pembelian bagi mengelakkan pembaziran.
Keluarga Zarul mempergunakan kesempatan masa yang ada untuk
membeli-belah. Ibu Zarul telah memperuntukkan sebahagian daripada wang yang
dibawa untuk membeli set pinggan mangkuk yang bercorak kelopak bunga mawar
di situ. Abang Zarul membeli seruling yang diperbuat daripada buluh. Zarul pula membeli
sebuah topi yang diperbuat daripada kulit, manakala ayahnya membeli sebatang tongkat
daripada kayu kemuning.
Bau wangian harum semerbak sebaik sahaja Zarul dan keluarganya melangkah
masuk ke kedai minyak wangi. Ayah Zarul membeli beberapa botol minyak wangi
di kedai itu.

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja dan imbuhan

sisipan yang terdapat dalam teks.

Murid mengenal pasti imbuhan apitan kata kerja memper-...-kan, memper-...-i, diper-...-kan, diper-...-i dan

5.2.1 imbuhan sisipan.

Murid membina ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja dan imbuhan sisipan. 173

Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk.

PK: Nilai Murni – Berhemah tinggi Ilmu – Kewangan

Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan luncuran

Bacaan Luas

Buku Wang Saku

Sejak tahun 1999, Bank Negara Malaysia telah menerbitkan
“Buku Wang Saku” untuk kegunaan murid di Malaysia. Buku
tersebut diterbitkan sebagai satu usaha untuk meningkatkan
kesedaran rakyat tentang kepentingan perancangan
kewangan dan pengurusan kewangan peribadi.
“Buku Wang Saku” telah diilustrasikan oleh Yang
Berbahagia Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih
dikenali sebagai Datuk Lat. Buku tersebut diedarkan
ke sekolah-sekolah melalui bank-bank perdagangan,
Bank Simpanan Nasional, AgroBank (dahulunya Bank
Pertanian Malaysia) dan Bank Kerjasama Rakyat (M)
Berhad di bawah Program Sekolah Angkat.
Buku ini merupakan satu alat pendidikan kewangan
yang memberi pendedahan kepada murid tentang tatacara
merancang, mencatat dan mengurus wang di tangan. Buku tersebut direka
khas untuk mendidik murid supaya berhemat ketika berbelanja.
Penggunaan buku ini dapat mendidik murid agar mengawal penggunaan
wang tunai di tangan setiap hari. Murid boleh membuat keputusan sama ada
ingin memegang wang tersebut, membelanjakannya atau menyimpan
sebahagian atau kesemua daripada lebihan setelah berbelanja.
“Buku Wang Saku” mudah digunakan. Murid hanya perlu memulakan
catatan mengikut tarikh dan hari sebelum mencatatkan jumlah wang saku
yang diterima sama ada secara harian, mingguan ataupun bulanan daripada
ibu bapa dan punca-punca lain seperti pemberian saudara-mara dan hadiah.
Mereka juga perlu mencatatkan setiap perbelanjaan harian mereka dalam
buku tersebut.
Murid juga harus mencatatkan lebihan wang saku yang telah dapat
dijimatkan untuk disimpan. Catatan ini boleh dilakukan sama ada secara
harian, mingguan atau bulanan. Pada penghujung setiap bulan, murid perlu
menjumlahkan wang yang diterima, perbelanjaan yang dilakukan dan juga
wang yang dijimatkan untuk disimpan. Murid digalakkan menyimpan wang
yang telah dapat dijimatkan itu di institusi kewangan.

Sumber: http://www.duitsaku.com

174

Penilaian 8

A. Teliti poster dan jawab soalan.

Karnival Keusahawanan
Peringkat Daerah Kota Bharu

Anjuran:
Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan

Tarikh:
17 dan 18 Oktober 2015

Masa:
8.30 pagi – 10.00 malam

Tempat:
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

dirasmikan oleh:
Yang Berhormat Datuk Ahmad bin Yakob
Exco Perancangan Ekonomi dan Kewangan

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, antaranya:
- jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
- jualan buah-buahan tempatan dengan harga lelong
- pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma
- pertandingan nyanyian
- sukaneka
- cabutan bertuah

Datanglah beramai-ramai untuk membeli sambil menderma.

Aktiviti

1. Berbicara untuk mendapatkan maklumat berdasarkan poster.
2. Tulis karangan berbentuk deskriptif berdasarkan poster.

175

B. Baca dan fahami.

Bank Simpanan Nasional

Bank Simpanan Nasional (BSN) dilancarkan oleh kerajaan
pada 1 Disember 1974. Bank ini merupakan institusi
simpanan utama dalam salah satu usaha kerajaan bagi
memupuk tabiat berjimat cermat dalam kalangan rakyat.
BSN juga diwujudkan oleh kerajaan untuk mengawal inflasi
bagi mempercepat proses pembangunan negara.
Pada tahun pertama pengoperasiannya, BSN menumpukan
usaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang baik kepada
penyimpan. Agihan kuasa pusat pentadbiran dan kawalan aktiviti telah
dilakukan dengan menubuhkan pejabat perhubungan dan pemasaran
di seluruh negara, termasuk menggunakan khidmat pejabat pos.
Bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang
kepentingan melakukan penyimpanan, kempen publisiti secara intensif
telah dilakukan di seluruh negara. Pegawai promosi BSN melawat
ke sekolah-sekolah dan pusat niaga untuk menarik lebih ramai penyimpan.
Mereka mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank.
BSN juga telah memperkenalkan Skim Sijil Simpanan Premium pada
tahun 1978. BSN merupakan satu-satunya bank yang menawarkan
skim tersebut. Sijil Simpanan Premium ini merupakan sijil bernombor
yang dikeluarkan oleh BSN. Pemilik sijil tersebut berpeluang memenangi
hadiah-hadiah lumayan menerusi cabutan berkala yang diadakan oleh
bank. Pemilik sijil juga layak menerima dividen pada penghujung tahun.
Bagi mempelbagaikan perkhidmatannya, BSN telah memperkenalkan
Perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB). Orang ramai boleh membuat
transaksi perbankan asas seperti pengeluaran, deposit, pengeluaran wang
tunai, pembayaran bil, pembelian Sijil Simpanan Premium, pembayaran
tanpa tunai dan tambah nilai prabayar telefon. Perkhidmatan ini juga dapat
memberikan peluang kepada pemilik premis perniagaan untuk menjanakan
pendapatan sampingan dengan menjadi Ejen Bank Berdaftar BSN.

Aktiviti

1. Membaca teks yang mengandungi pelbagai ragam ayat dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2. Membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata
kerja pasif.

176

TEMA 9 Lestarikan Bumi Kita

Alam Sekitar dan Manusia 177

Bumi yang menghijau
Dihiasi pohon subur
Diserikan sinar mentari
Air mengalir jernih bak permata
Langit kebiru-biruan menenangkan jiwa
Udara segar menyamankan

Mengapakah manusia tiada perasaan?
Pohon-pohon menyembah bumi
Musnah sudah khazanah hutan
Udara menyesakkan nafas
Akibat pembangunan pesat

Entah ke mana sisa disalurkan
Pemandangan dan bau turut tercemar
Jika sisa dikitar semula
Nescaya hidup lebih bermakna

Sedarlah, wahai insan
Kesan negatif aktiviti manusia
Ayuh, pulihara alam ini
Amalan “Masa Bumi” penyelamat alam
Makmurkanlah bumi yang dititipkan
Untuk generasi yang mendatang

Mendeklamasikan dan memahami sajak.

2 5UNIT Aktiviti Tema 9:
Mesra Alam Lestarikan
Bumi Kita

Mendengar dan Bertutur

Gaya Hidup Mesra Alam

Keluarga Hanis sentiasa mengamalkan gaya hidup mesra alam dalam
aktiviti harian mereka. Mereka mengamalkan sikap dan cara hidup yang
bersih dan selamat untuk kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

WNR 4911

• menggunakan pancuran ketika mandi dan elakkan menggunakan air takungan
• mengumpulkan kertas dan surat khabar terpakai dan dihantar ke pusat

kitar semula
• menggunakan bekas kaca dan plastik semula untuk menyimpan barang
• menggunakan lampu cekap tenaga
• memandu kereta yang menggunakan biodiesel

178

Zarul dan rakan-rakannya berbual tentang risalah Amalan Mesra Alam
yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Amalan Mesra Alam

• Barang-barang yang diperbuat daripada kaca dan plastik tidak boleh dilupuskan.
Amalan ini akan mengurangkan jumlah sisa buangan.

• Kumpulkan kertas, surat khabar dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan
tidak digunakan ke pusat kitar semula.

• Semasa memberus gigi, gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan
biarkan air paip mengalir berterusan.

• Mandi menggunakan alat pancuran dapat mengurangkan penggunaan air.
• Kenderaan yang menggunakan biodiesel berupaya mengurangkan masalah

pencemaran udara.

Selamat pagi, Yu Jin. Selamat pagi, Zarul. Saya
Apa khabar? Apakah pendapat sihat. Saya berpendapat
kamu tentang amalan mesra bahawa amalan mesra
alam di rumah? alam ini sangat baik untuk
menjaga kesejahteraan
Betul, Yu Jin. Berdasarkan amalan bumi kita.
keluarga Hanis daripada risalah ini, saya
berpendapat jika kita menggunakan bekas
kaca dan plastik, sisa buangan akan dapat
dikurangkan. Barang-barang kaca dan
plastik tidak boleh dilupuskan.

Aktiviti

• Berbincang untuk mengemukakan pendapat secara kritis tentang

gambar dan maklumat secara bertatasusila.

Amalan Sebab Kesan

Gunakan mentol Menjimatkan elektrik menjimatkan tenaga

cekap tenaga elektrik dan wang

Murid meneliti gambar dan maklumat.

1.7.2 Murid berbincang untuk mengemukakan pendapat. 179

Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat.

PK: Nilai Murni – Berhemat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P: KB – Menilai Kontekstual – Menghubungkaitkan

Membaca Lambaian Malar Hijau

Daneng anak orang asli merupakan seorang murid yang pintar dalam pelajaran.
Tetapi dia enggan meneruskan pelajarannya. Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng
sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng.
“Tentu sekali! Hutan ini sememangnya satu anugerah. Tetapi dunia sentiasa
berubah. Manusia sentiasa mengejar kemajuan. Jika tidak, manusia itu menempah
kepupusan.” Cikgu Jo berhenti seketika dan kemudian menyambung.
“Setiap kali cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi
kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.”
Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menarik nafas panjang.
“Daneng, kamu terlalu sayang akan hutan ini, bukan?” tanya Cikgu Jo.
“Janganlah pisahkan saya dan hutan ini, cikgu,” rayu Daneng.
“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini
memerlukan kamu.” kata Cikgu Jo.
“Apa maksud cikgu?” tanya Daneng.
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan.
Sindiket yang gila akan duit menceroboh serta membunuh flora dan fauna di kawasan
hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di seluruh dunia
juga terancam.” kata Cikgu Jo.
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya dan meranti tembaga
di kawasan hutan simpan, 20 kilometer dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng

terputus-putus.
“Apakah yang dapat saya lakukan? Apabila kami tiba di sana,
mereka sudah tiada, pokok-pokok itu juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Dengan ilmu
yang kamu peroleh, mungkin hutan akan terselamat. Masa
depan pohon tualang pujaanmu juga terjamin,” hujah Cikgu Jo.

(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen
“Lambaian Malar Hijau” oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan

dalam Antologi “Anak Laut”, Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 94-96)

TAKLIMAT PERHUTANAN

Aktiviti

• Membuat ramalan dengan tepat berdasarkan bahan yang dibaca.

Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat.

180 2.4.1 Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

Murid melengkapkan cerita “Lambaian Malar Hijau”.

PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P: KB – Meramal KP – Naturalis

Mengedit

Kelab Pencinta Alam

Kelab Pencinta Alam Sekolah Kebangsaan Seri Purnama mempunyai
laman sesawang untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan
Kelab Pencinta Alam sekolah yang lain.

http://www.skseripurnama.com

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG
KELAB PENCINTA ALAM

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PURNAMA
Kami ahli Kelab Pencinta Alam mengalu-alukan kedatangan

anda ke laman sesawang kami.

Pengenalan
Kelab ini ditubuhkan ialah untuk menanam semangat cintakan alam yang
bersih, indah dan mendamaikan. Walaupun begitu, kami masih tidak menolak
pembangunan yang telah berjalan.
Kelab ini juga menyemat semangat cintakan alam di hati ahli-ahlinya
sehingga dewasa kelak. Semangat ini akan menghindarkan kita daripada
supaya melakukan sesuatu perkara yang tidak akan merosakkan yang kita
cintai keindahan alam ini.

Perancangan
Pelbagai program-program telah diatur sepanjang tahun ini. Antaranya,
termasuklah menyediakan kelab ini papan kenyataan seawal bulan Februari.
Untuk bulan Mac, kelab bercadang untuk membina Taman Sains Pelangi dan
Taman Herba Kasih.
Kini, akan dijalankan aktiviti program kitar semula sepanjang bulan Jun.
Program terakhir untuk tahun ini adalah Hari Alam Sekitar selama 1 minggu iaitu
pada bulan September.
Ribuan terima kasih diucapkan pada semua orang yang memberi sokongan
dan kerjasama di dalam membangunkan semua projek kelab ini.

Aktiviti

• Mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan, tanda baca, kosa kata

dan struktur ayat.

3.8.2 Murid membaca dan mengesan kesalahan. 181
Murid mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan, tanda baca, kosa kata dan struktur ayat.
Murid bertutur tentang aktiviti Kelab Pencinta Alam di sekolah.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan

Mengujarkan Dialog

Kempen Hari Alam Sekitar

Hanis dan keluarganya baru pulang dari menyertai Kempen Hari
Alam Sekitar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama. Semasa program
berlangsung pelbagai aktiviti telah disertai oleh mereka sekeluarga.

Ibu : Letih betul kamu hari ini, Hanis? ( sambil memegang
bahu Hanis)

Hanis : Ya, ibu. Walaupun letih, saya berasa gembira. Kita bertiga
bagaikan aur dengan tebing apabila menyertai semua
aktiviti yang disediakan. Ayah, bagaimanakah perasaan
ayah setelah menyertai program yang dianjurkan?

Ayah : Tentulah ayah berasa seronok kerana banyak ibu bapa yang
hadir. Hal ini menunjukkan bahawa ibu bapa sangat prihatin
terhadap alam sekitar. (mempamerkan riak wajah ceria)

Hanis : Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah
kerana sudi terlibat. Saya melihat ayah gembira semasa majlis
pelancaran kempen. (matanya memandang mata ayah)

Ayah :

PELANCARAN
KEMPEN HARI
ALAM SEKITAR

PAMERAN ALAM SEKITAR

TAPAK
PERKHEMAHAN

ALAM SEKITAR

Aktiviti

• Berlakon berdasarkan dialog menggunakan bahasa yang indah.

Murid meneliti dan memahami gambar.

182 4.3.2 Murid menghasilkan dialog dan melakonkan dialog tersebut.

Murid memahami maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan gambar.

PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Menghubungkaitkan

Kata Ganda Berentak

Nikmat Alam

Ekspedisi Berbasikal

Pada minggu lepas, Sekolah Kebangsaan Seri Purnama telah mengadakan
ekspedisi berbasikal. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan
Hari Alam Sekitar. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid berhempas-pulas berkayuh sepanjang
10 kilometer.
Tujuan program ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada warga
sekolah bahawa dengan berbasikal kita dapat mengurangkan pencemaran udara.
Basikal tidak mengeluarkan asap atau bau-bauan yang boleh merosakkan bumi.
Sepanjang ekspedisi, mereka melalui jalan yang bersimpang-siur dan sibuk.
Mujurlah gerak-geri mereka diawasi oleh beberapa orang anggota polis. Ekspedisi
mereka lebih mencabar apabila melalui kawasan yang agak berbukit. Apabila
tiba di situ, mereka berehat sebentar. Udara di atas bukit itu nyaman. Udara
di sini membuatkan badan mereka kembali segar-bugar. Setelah hampir dua jam,
ekspedisi pun berakhir.

Hari Keluarga

Pada hari Ahad yang lalu, ayah Hanis telah mengadakan Hari Keluarga
di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Saudara-mara dan ipar-duai sebelah
ayahnya telah hadir.
Mereka membawa kuih-muih yang lazat serta lauk-pauk yang enak. Mereka
menggunakan bekas makanan untuk mengisi makanan tersebut. Hal ini akan
mengurangkan penggunaan polistirena yang tidak dapat dilupuskan.
Setelah mandi-manda, anggota keluarga Hanis dan saudara-maranya
menikmati makanan yang dibawa. Dalam masa sejam, makanan yang dihidangkan
licin-licau. Sebelum matahari terbenam, mereka berkemas-kemas untuk pulang.
Mereka bergotong-royong mengutip sampah sarap di tepi pantai agar kebersihan
pantai terus terpelihara.

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata ganda berentak dalam pelbagai

situasi.

Murid menyenaraikan kata ganda berentak berdasarkan teks.

5.2.2 Murid membina ayat dengan kata ganda berentak.

Murid bercerita tentang amalan mesra alam keluarga mereka. 183

AT– Murid mencari maksud kata ganda berentak dengan merujuk kamus.

PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengaplikasikan

2 6UNIT Isu Alam Sekitar Tema 9:
Lestarikan
Bumi Kita

Mendengar dan Bertutur

Lindungilah Flora dan Fauna

Zarul, flora dan fauna di negara kita Ya, Hanis. Maklumat tentang
sedang mengalami kepupusan. kepupusan flora dan fauna ini
Oleh sebab itu, kita perlu memelihara telah banyak saya peroleh.
dan memulihara flora dan fauna. Kita Antaranya, dianggarkan
tidak boleh memusnahkan khazanah hanya 10 000 ekor orang utan
berharga ini. yang masih tinggal di hutan
di negeri Sabah.
Oleh yang demikian, kita dan
juga pihak berkuasa perlu
mengambil langkah-langkah
untuk mengatasinya.

– memelihara hutan – mewujudkan taman laut – melestarikan santuari

Aktiviti

• Menyebut pelbagai ragam ayat dengan betul dalam perbualan.

Murid mendengar dan menyenaraikan pelbagai ragam ayat .

184 1.2.6 Murid menggunakan pelbagai ragam ayat dalam perbualan.

Murid menulis maklumat secara kohesi dan koheren berdasarkan gambar dan teks.

PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P : KB – Mengecam KP – Interpersonal

Membaca

Kawasan tempat tinggal Zarul telah dilanda fenomena jerebu. Setiap hari
Zarul akan membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan
kualiti udara di seluruh negara.

Kualiti Udara

KUALA LUMPUR, 25 Jun-Kualiti udara di beberapa kawasan di Johor dan Melaka terus
merosot. Dua kawasan di kedua-dua negeri ini telah mencatat Indeks Pencemaran
Udara (IPU) yang melepasi tahap bahaya, iaitu 301.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, punca
kemerosotan kualiti udara dipengaruhi oleh jerebu yang merentas sempadan.
Dato’ Halimah binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata
kualiti udara di Petaling Jaya mencatat bacaan berbahaya, dipercayai akibat
pembakaran terbuka.
Pemantauan pihak JAS pagi ini mengesan lebih 83 tompokan panas
di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah digunakan sebagai petunjuk untuk
menggambarkan kualiti udara negara ini. Indeks ini mengukur tahap pencemaran
berdasarkan beberapa kandungan yang terdapat dalam udara.

Rajah 1 : Indeks Pencemaran Udara Malaysia Petunjuk

N eg e ri K a w as an 7.00 pagi Masa IPU Status
11.00 pagi 5.00 petang 0-50 Baik
51-100 Sederhana
Negeri Sembilan Port Dickson 335 295 193 101-200 Tidak sihat
201-300 Sangat tidak sihat
Selangor Petaling Jaya 296 228 319 301-500 Berbahaya
Melebihi 500 Darurat
Terengganu Kemaman 249 253 197

Sabah Sandakan 50 50 51

Kelantan Kota Bharu 108 114 114

Sumber: Jabatan Alam Sekitar

Aktiviti

• Jawab soalan berikut.

1. Bagaimanakah keadaan IPU di Petaling Jaya berdasarkan jadual?
2. Bandingkan kualiti udara di Terengganu dengan Sabah.
3. Apakah yang akan berlaku sekiranya kualiti udara berada pada

paras berbahaya?

• Berikan ulasan kualiti udara di Malaysia berdasarkan teks dan jadual.

Murid membaca dan memahami bahan.

2.4.3 Murid menjawab soalan untuk memahami maklumat yang tersurat dan tersirat. 185

Murid menjawab soalan pemahaman.

PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Geografi

Strategi P & P: KB – Menilai BCB – Bacaan imbasan

Menulis

Encik Nawawi, guru Bahasa Malaysia kelas Hanis, mendeklamasikan
sebuah sajak sebelum memulakan pengajarannya.

Sungai Kita

Sungai kita
Mengalir indah menyusuri desa
Membelai tebing, mengocak arus
Tempat bermain mergastua
Berkicau riang dan ceria
Hargailah pusaka warisan kita

Lihatlah fauna dan flora
Hidup subur di tebing sungai
Kekalkan warisan alam ini
Permaikanlah sungai usah dicemari
Kekalkanlah warisan alam ini

Sayangilah sungai kita
Tanpa pencemaran di sana sini
Tanpa sarap yang berleluasa
Engkau tetap gemilang seperti dahulu
Lindungilah sungai milik kita bersama

Ayuhlah
Hargailah nikmat warisan ini
Bersama-sama berganding bahu
Ikhlaslah di hati
Sayangilah sungai kita

Aktiviti

• Menulis ulasan tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak.

186 3.9.1 Murid menulis ulasan berdasarkan sajak.
Murid berbicara tentang maksud sajak.
Murid mendeklamasikan sajak. Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Kontekstual – Menghubungkaitkan
Strategi P & P: KB – Menilai

Menulis

Aku dan Alam

Hatiku menjadi gelisah. Aku sesat dan keseorangan di dalam hutan yang
dilitupi flora dan fauna. Aku menyesal kerana tidak mengikut nasihat
guruku agar tidak merayau-rayau di dalam hutan seorang diri semasa
mencari kayu api.
Aku tidak tahu apakah yang harus dilakukan. Keadaan hutan ini
terlalu tebal. Udaranya pula terlalu sejuk. Nyamuk dan serangga halus
bermaharajalela di sini. Badanku menggigil dan berasa gatal-gatal.
Langit pula kelihatan gelap menandakan hujan lebat akan turun pada
bila-bila masa. Sudah tentu aku akan basah kuyup kerana aku terlupa
membawa baju hujan.

123

456

Aktiviti

• Menulis karangan imaginatif dengan betul berdasarkan peta alir.

Murid membaca dan memahami bahan.

3.7.2 Murid menulis karangan imaginatif. 187

Murid bercerita tentang gambar.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
KP – Naturalis
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea

Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
telah menanam pokok di sekolah. Program ini bersempena dengan
“Kempen Hijaukan Bumi: 1Warga 1Pokok”. Program ini telah diadakan
serentak di seluruh negara.

Ucapan Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir pada hari ini.
Saya amat berbesar hati kerana ramai yang dapat hadir pada pagi ini.
Sekolah Hal ini menunjukkan bahawa anda semua begitu ambil berat tentang
Kebangsaan alam sekitar. Pada hari ini, kita akan berganding bahu untuk menanam
Seri Purnama hampir 100 batang pokok. Saya bersyukur kerana akhirnya program
ini berjaya juga diadakan.
Untuk makluman hadirin, sehingga pagi ini saya masih menerima
sumbangan. Oleh itu, saya, bagi pihak sekolah, mengucapkan terima
kasih daun keladi kepada semua pihak yang sudi menghulurkan
sumbangan, sama ada dalam bentuk anak pokok, baja organik
mahupun bantuan tenaga dengan tulang empat kerat.

Dialog

Zarul telah ditugaskan untuk menemu ramah guru besar tentang “Kempen Hijaukan

Bumi” yang telah dijalankan di sekolah. Temu ramah ini akan dimuatkan dalam

majalah sekolah.

Zarul : Selamat pagi, Encik Musa. Apakah pendapat cikgu tentang

“Kempen Hijaukan Bumi” yang dilancarkan serentak di seluruh

negara pada hari ini?

Guru besar : Kempen ini sangat bermanfaat kepada warga sekolah dan juga

seluruh penduduk di kawasan ini dalam pemuliharaan alam sekitar.

Kami dapat melaksanakan tanaman semula pelbagai jenis pokok.

Selain itu, kempen ini dapat memupuk semangat cinta akan

kehijauan tumbuh-tumbuhan dan memberikan keselesaan serta

kesejahteraan dalam kehidupan manusia.

Zarul : Bagaimanakah perjalanan kempen pada hari ini?

Guru besar : Pada hari ini, kempen berlangsung dengan lancarnya. Saya sangat

gembira kerana mereka ringan tulang dan bermandi peluh menjalankan

tugas masing-masing. Semua yang hadir juga bekerja seperti

lipas kudung untuk memastikan semua pokok dapat ditanam.

Aktiviti

• Membina ayat dengan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk

maksud kiasan.

Murid membaca teks secara mekanis.

188 5.2.3 Murid menyenaraikan dan membina ayat menggunakan kata majmuk istilah dan kata majmuk kiasan.

Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang “Kempen Hijaukan Bumi”.

PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar

Strategi P & P: KB – Mensintesis Konstruktivisme – Mengaplikasikan

Ayat Tunggal dengan Peluasan Subjek dan Predikat

Artikel Sisa Bermanfaat

Cikgu Nawawi meminta murid-muridnya membaca artikel yang bertajuk
“Sisa Bermanfaat”.

Sisa Bermanfaat

Sisa buangan dari rumah dan ladang yang tidak digunakan lagi boleh
diproses. Sisa buangan yang telah diproses ini amat bermanfaat
kepada manusia dan alam sekitar.
Sisa buangan dari rumah dapat menghasilkan baja organik.
Baja ini amat bermanfaat untuk menyuburkan tanah dan tumbuhan.
Sisa buangan dari ladang seperti kelapa sawit dan tebu dapat
menghasilkan tenaga biogas. Tenaga ini lebih murah dan lebih mesra
alam. Hal ini dapat mengurangkan pencemaran alam serta dapat
mengelakkan pemanasan global.
Sisa buangan mempunyai nilai yang tinggi jika diurus dengan
baik. Sisa bermanfaat ini juga dapat meningkatkan pendapatan serta
dapat melestarikan alam.

Dokumentari

Cikgu Nawawi membawa murid-murid ke bilik media untuk menonton
dokumentari tentang penghasilan tenaga biogas.

- sisa kelapa sawit - memakai pakaian - menutup tangki - gas yang terbentuk
dihancurkan keselamatan agar tiada udara disalurkan ke kilang
dengan pengisar semasa yang masuk
memasukkan sisa
Aktiviti

• Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan

predikat berdasarkan teks dan gambar.

Murid mengenal pasti ayat tunggal berdasarkan teks dan gambar.

5.3.1 Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar. 189

Murid bertutur tentang bahan.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sains

Startegi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengaplikasikan

2 7UNIT Selamatkan Tema 9:
Bumi Kita Lestarikan
Bumi Kita

Mendengar dan Bertutur Digalakkan

Amalan Hijau

Tidak digalakkan

menyimpan makanan dalam menyimpan makanan dalam
kuantiti yang terlalu banyak kuantiti yang sederhana

menggunakan kertas dan menggunakan media elektronik
sampul surat untuk menghantar untuk menghantar maklumat
maklumat

menyiram pokok menggunakan menyiram pokok menggunakan
air daripada pili air tadahan

Aktiviti Nota Bahasa

• Menceritakan aktiviti amalan hijau Amalan Hijau – Amalan
harian manusia yang dapat
berdasarkan gambar menggunakan menyelamatkan alam sekitar.
laras bahasa yang sesuai.

190 1.5.1 Murid meneliti dan memahami gambar.
Murid bercerita berdasarkan gambar.
Murid memberikan contoh amalan hijau.
AT: Murid bercerita tentang amalan hijau lain berdasarkan keadaan dahulu, kini dan akan datang.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kajian Masa Depan

Membaca

Sempena “Hari Bumi”, pelbagai gegantung dipamerkan di kawasan
sekolah. Zarul tertarik untuk membaca gegantung ini.

Hutanku Aktiviti

Hutanku, • Menyatakan isi penting
Terusik hati memandang
Flora yang menghiasi bumi yang terdapat dalam
Sungguh indah sajak berdasarkan soalan
Tiada tandingan 1. Apakah fungsi hutan?
Alam ciptaan-Mu 2. Nyatakan cara kita
memelihara hutan.
Hutanku, 3. Bagaimanakah
Banyak fungsimu kesannya kepada
Suhu bumi engkau kawal alam sekitar jika hutan
Menjadi habitat flora dan fauna tidak dipelihara?
Udara segar engkau salurkan 4. Pada pendapat kamu,
bagaimanakah keadaan
Hutanku, hutan di negara kita
Denganmu pada masa hadapan?
Tanah runtuh dapat dicegah
Sumber perubatan semakin terserlah
Ekopelancongan menjadi pilihan
Punca rezeki untuk kami

Hutanku,
Sebagai penjaga bumi
Sebatang pokok aku tanam
Kitar semula diamalkan
Agar engkau kekal menghijau

Wahai warga bumi,
Kekalkan kehijauan kami
Agar kami tidak menangis lagi

Murid membaca dan memahami sajak.

2.5.1 Murid menyatakan isi penting yang terdapat dalam sajak. 191

Murid mendeklamasikan sajak.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Konstruktivisme – Menerangkan
Strategi P & P: KB – Mensintesis

Menulis

Cikgu Nawawi, guru Bahasa Malaysia kelas Zarul. Beliau telah meminta
murid-muridnya mencari maklumat untuk menulis karangan yang bertajuk
“Cara-cara Mengatasi Pemanasan Global”.

Pendahuluan Definisi Pemanasan Global – peningkatan suhu purata
atmosfera bumi menyebabkan perubahan pada pola
cuaca mengakibatkan bencana seperti kemarau, banjir
dan lain-lain.

Isi

Cara-cara pendidikan • didedahkan • pembelajaran
Mengatasi tentang alam sejak bangku • kempen
Pemanasan sekitar sekolah • risalah
Global
kesedaran diri • usaha dilakukan • tanggalkan
oleh sekolah, plag wayar
masyarakat dan daripada soket
negara
• pembakaran
terbuka

• penanaman
pokok

penguatkuasaan • tindakan • denda atau
undang-undang undang-undang saman
yang tegas
• mengawal
Penutup menjaga alam sekitar dan bumi pengeluaran
– kelangsungan generasi lesen
pembalakan

Aktiviti

• Menulis karangan yang bertajuk “Cara-cara Mengatasi Pemanasan

Global” dalam bentuk syarahan, ucapan atau pidato.

192 3.6.2 Murid berbincang tentang peta minda dan gambar untuk menulis karangan.
Murid menulis karangan.
Murid bercerita tentang gambar dengan tepat, betul dan jelas.
AT: Murid mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat tentang pemanasan global.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea


Click to View FlipBook Version