The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahalias, 2021-01-16 10:59:39

BAHASA MELAYU

BM TAHUN 5

Keywords: BUKU TEKS

Rumah Iban

Kaum Iban tinggal di rumah panjang yang dihuni hampir
20 buah keluarga. Ketua rumah panjang dipanggil
Tuai Rumah. Rumah panjang kaum Iban dibina mengikut
adat tradisi mereka tanpa dipengaruhi oleh unsur luar.
Rumah Iban tradisional dibina menggunakan sumber
alam yang terdapat di kawasan sekitar.

Tanju – serambi Tangga – kayu
terbuka untuk bulat yang ditakik
menjemur dengan beliung.
tanaman.

Bumbung – daun Tiang – kayu keras
rumbia. yang tidak mudah
reput – kayu belian.

Bahagian dalam rumah
1. Ruai – ruang untuk berkumpul.
2. Bilik – ruang untuk setiap

keluarga asas.
3. Sadau atau peran – bahagian
Ruai Bilik atas tempat penyimpanan bijian

atau dijadikan tempat tidur bagi
anak gadis.

Sadau atau peran

Aktiviti

• Tulis karangan berbentuk imaginatif dan deskriptif berdasarkan maklumat

yang terdapat dalam teks.

Murid membaca dan memahami teks dan gambar.

3.7.2 Murid menulis karangan berbentuk imaginatif tentang maklumat yang terdapat dalam teks. Contohnya, 93

“Aku Sebuah Rumah”.

Murid bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Seni Bina

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembang idea

Melagukan dan Memahami Syair

Satu Rasa Pelbagai Budaya

Negara Malaysia diberi nama,
Berbilang bangsa hidup bersama,
Perpaduan rakyat amat utama,
Agar keamanan berkekalan lama.

Pelbagai bangsa pelbagai amalan,
Adat yang baik perlu berkekalan,
Pegangan agama jadi bekalan,
Agar hidup tiada sesalan.

Rumah terbuka tamu diundang,
Aneka juadah sedia terhidang,
Tose, kuih bulan dan juga rendang,
Rakyat seronok untuk bertandang.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Dirai bersama setiap raya,
Hidup beradat saling percaya,
Rakyat bersatu negara berjaya.

Aktiviti

• Melagukan syair dan menyatakan maksud.

Murid melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

94 4.4.1 Murid menyatakan maksud syair.
Murid memindahkan maklumat kepada bentuk prosa dengan betul.

PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Sains Kemasyarakatan

Strategi P & P: KB – Menaakul KP – Verbal-linguistik

Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak dan
Penjodoh Bilangan

Darwin, rakan Danial, telah pergi ke Pesta Tamu Besar di Kota Belud pada
cuti sekolah yang lalu. Dia menceritakan pengalaman ini di dalam blognya.

http://darwin.blogspot.com

Penunggang Kuda Kaum Bajau

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah berpeluang untuk
berkunjung ke Pesta Tamu di Kota Belud, Sabah. Kelihatan beberapa rombongan
pelancong turut berada di situ. Pelbagai acara kebudayaan telah dipertontonkan
kepada pengunjung. Saya dapat menyaksikan keunikan budaya Sabah yang
sememangnya menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara.
Persembahan yang paling memikat hati saya ialah persembahan daripada
sekumpulan penunggang kuda kaum Bajau. Kehebatan mereka menunggang kuda
menjadi tarikan pengunjung. Tidak hairanlah jika mereka digelar sebagai “Koboi Timur”
atau “Koboi Sabah”. Mereka masih mengamalkan semangat dan tradisi berkuda yang
diwarisi sejak turun-temurun.

Kalau di negara Barat, seorang koboi akan memakai sebuah topi dan membawa
sepucuk pistol yang disisipkan di pinggangnya. Koboi di sini pula memakai sigar
yang diperbuat daripada sehelai kain yang dililitkan di kepala sambil membawa
sebilah keris. Masing-masing menunggang seekor kuda yang dihias dengan hiasan
yang menarik dan berwarna-warni. Inilah keunikan masyarakat Bajau yang tiada
di tempat lain.
Selain itu, terdapat juga beberapa deretan gerai yang menjual peralatan
pertukangan besi seperti keris, parang dan pedang. Seni pertukangan besi dari
Kota Belud merupakan satu lagi tarikan kepada pelancong
yang berkunjung ke Pesta Tamu ini kerana dihasilkan secara
tradisional dan amat berkualiti. Pelancong yang datang
ke sini pastinya tidak melepaskan peluang memiliki
beberapa bilah senjata ini.
Sekiranya rakan-rakan ingin merancang percutian
pada penghujung November nanti, saya syorkan
datanglah ke Pesta Tamu, Kota Belud ini.

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata nama am tidak hidup bukan institusi

abstrak dan penjodoh bilangan berdasarkan teks dan gambar.

Membaca dan mengenal pasti kata nama am tak hidup bukan institusi dan penjodoh bilangan.

5.1.1 Membina ayat menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan. 95

Murid menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sejarah

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan luncuran

14UNIT Citra Seni Tema 5:
Warisan Bangsa

Mendengar dan Bertutur

Kesenian Makyung

Makyung merupakan drama tari tradisional Melayu
yang menggabungkan unsur-unsur lakonan dan tarian,
muzik, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan
bersahaja. Persembahan Makyung sering dipersembahkan
di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Keindahan seni drama tari Makyung dapat dilihat dari
segi penyampaian cerita yang menggabungkan tarian,
muzik dan nyanyian. Setiap cerita yang hendak disampaikan akan dimulakan dengan
upacara menghadap rebab.
Semasa upacara ini, watak utama akan bernyanyi secara solo diiringi muzik
rebab. Pelakon-pelakon akan membuat gerak bahu, badan, jari dan mata dengan
gerakan yang lemah gemalai. Kemudian, mereka akan bangun secara perlahan-
lahan dan berdiri tegak sebaik sahaja nyanyian solo selesai.
Setelah itu, mereka akan memulakan cerita dengan memperkenalkan diri melalui
watak dengan pakaian khusus masing-masing.

Farhana, tolong beritahu rakan-rakan kamu Baiklah, Cikgu. Bolehkah
bahawa petang ini kita akan mengadakan cikgu terangkan sedikit
latihan persembahan Makyung. tentang persembahan
Makyung?
Baiklah, Farhana. Makyung ialah
Terima kasih, cikgu.
Harap kamu dengar muzik
Makyung dengan teliti.

Sila ikut gerakan yang saya
akan lakukan. Mula-mula
kamu perlu

Aktiviti

• Memberikan respons terhadap arahan berdasarkan ayat perintah

dengan betul.

Murid membaca dan memahami teks.
Murid memberikan respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan yang diberikan.

96 1.3.1 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek

dan predikat.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Seni Teater
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental Kontekstual – Menghubungkaitkan

Membaca

Danial membaca brosur dan rencana yang diberikan oleh abangnya
tentang seni pertukangan logam.

Seni Kraf Logam

Seni kraf logam satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal.
Kemahiran pertukangan logam seperti emas, perak dan tembaga dipercayai telah
wujud sejak zaman-berzaman.
Orang Melayu menghasilkan banyak alat yang diperbuat daripada logam. Seni
ukiran pada alat logam yang dihasilkan oleh tukang Melayu dapat dilihat pada 
senjata tradisional, peralatan rumah  dan perhiasan diri.
Peralatan yang diperbuat daripada logam yang berukir masih digunakan
sehingga kini. Dahulu, kegunaan peralatan yang diperbuat daripada perak, emas
dan tembaga hanya terhad kepada golongan istana. Kini peralatan tersebut dapat
dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan.

(Diubah suai daripada majalah Dewan Budaya, Januari 2012)

Dulang tembaga Pending ialah pengancing Kerongsang merupakan
merupakan hasil seni tali pinggang. Pending perhiasan yang
kraf logam yang amat diraja diperbuat daripada diperbuat daripada
digemari dalam kalangan emas bertatahkan emas atau perak yang
orang Melayu. Dulang permata delima dan disematkan pada
tembaga berfungsi di bahagian tengahnya pakaian. Kerongsang
sebagai bekas serba terdapat lambang yang dihasilkan
guna. Kebanyakan Kerajaan Persekutuan. biasanya mempunyai
bahagian tepi dulang motif bunga-bungaan.
dihiasi dengan corak
motif daun.

Aktiviti

• Ramalkan perkembangan seni kraf logam pada masa akan datang.
• Nyatakan idea utama dan idea sampingan yang terdapat dalam petikan.

Murid membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

2.4.1 Murid membuat ramalan berdasarkan maklumat yang dibaca. 97

Murid menulis untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk syarahan.

PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Seni Pertukangan

Strategi P & P: KB – Inferens KMD – Meramal

Mengedit

Kesenian Kain Samping

Kain samping merupakan pelengkap kepada pakaian Melayu. Kain
samping ialah kain sarong yang dipakai selepas memakai baju
melayu. Kain tesebut dinamakan “samping” kerana kain tersebut
merupakan pakaian sampingan yang diikat dibahagian pinggan.
Pemakaian kain samping membuatkan penampilan kaum lelaki
kelihatan lebih begaya.
Tahukah kamu fungsi pemakaian kain samping pada zaman
dahulu. pemakaian kain samping dapat menunjukan perbezaan
derajat dan kedudukan seseorang. perbezaan ini dapat di lihat melalui
pemilihan motif warna dan jenis ikatan samping.
Pada asalnya ikatan pancung merupakan ikatan samping
bagi golongan raja sultan dan kerabat. ikatan kembong pula
digunakan oleh pembesar manakala ikatan lingkup pula digunakan
oleh orang kebanyakkan
Terdapat dua cara mengikatkan kain samping bagi baju Melayu
Cekak Musang. Kain samping diikat diluar baju bagi baju melayu
teluk belanga. Kain samping yang diikat didalam baju pula dikenali
sebagai ikatan dagang.

Ikatan Dagang Ikatan Lingkup Ikatan Pancung Ikatan Kembung

Aktiviti Diubah suai daripada www.hmetro.com.my

• Mengedit dan memurnikan teks berdasarkan ejaan dan tanda baca.

Murid mengenal pasti kesalahan ejaan dan tanda baca dengan bimbingan guru.

98 Murid mengedit dan memurnikan teks.

3.8.2 Murid membaca secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

PK: Nilai Murni – Menghargai warisan Peraturan Sosiobudaya

Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB: Bacaan imbasan

Bina Syair Warisan Seni
Jadi hiasan cantik terperi
Ukiran flora memikat diri

Indah dipandang terasa tenteram Buluh diraut aneka ragam

Anugerah adat lambang berjasa Dijadikan orang tempat semayam

Keris senjata pusaka bangsa Seni tempa lahirnya rasa

Tetap kekal sehingga kini

Diukir dibentuk mahirnya tangan, Tikar mengkuang molek dianyam,

Dianyam ditempa molek pandangan,

Warisan bangsa dilupa jangan,

Jadi kebanggaan semua golongan.

Awan larat ukiran berseni, Logam besi bercampur suasa,
Motif pilihan sentiasa diingini,
Jadi bualan di sana sini,


Tembikar tradisional nama diberi,
Tanah liat asal dicari,

Aktiviti

• Membina syair secara terkawal.

Murid membaca frasa yang diberikan.

Murid memahami dan membina syair.

4.4.2 Murid melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 99

Murid menulis syair yang telah dibina.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Kesenian dan Kebudayaan

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik

Kata Nama Khas Hidup Manusia dengan Nama Panggilan
atau Gelaran

Malam Kesenian Atur Cara Majlis
Gamelan 8.00 malam: Para tetamu mengambil tempat

8.10 malam: Ketibaan tetamu kehormat
Taman Seri Kejora 8.15 malam: Majlis dimulakan
2015 • Bacaan Doa oleh

Tarikh: al- Fadil Ustaz Taufik bin Hashim
14 Jun 2015 (Ahad)
8.00 malam • Ucapan Alu-aluan oleh

Tuan Haji Shafie bin Kasim
Pengerusi Kelab
• Ucapan Perasmian oleh
Tempat:

Dewan Orang Ramai Yang Berbahagia Dato’ Yusuf bin Ahmad

Taman Seri Kejora Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan

Perasmian oleh: Negeri Perak
Yang Berbahagia
Dato’ Yusuf bin Ahmad 8.45 malam: Persembahan Kebudayaan
Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan Negeri Perak • Persembahan Gamelan SK Seri Angsana

pimpinan Datin Rosminah binti Ismail

• Persembahan Gamelan SK Seri Purnama

pimpinan Puan Aminah binti Ali
• Persembahan Gamelan SK Taman Seri Kejora
Objektif:

- Memperkenalkan pimpinan Encik Ismadi bin Othman

dan memartabatkan 10.30 malam: Majlis bersurai

kesenian Gamelan

Gamelan
Gamelan berasal daripada perkataan Jawa ‘gamel’ yang bererti memukul. Gamelan
merupakan kesatuan bunyi yang dihasilkan daripada beberapa alat muzik yang
dimainkan. Kesenian gamelan dapat dilihat pada bunyi yang dihasilkan daripada
pukulan alat gamelan. Bunyi tersebut menghasilkan alunan muzik yang indah.

bonang kenung gambang saron gendang gong

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata panggilan atau gelaran.

Murid membaca dan memahami teks.

110000 5.1.2 Murid menggunakan kata ganti nama khas hidup manusia dengan panggilan atau gelaran yang betul.

Murid bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

PK: Nilai Murni – Menghargai warisan Ilmu – Seni Persembahan

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Mengaplikasikan

Kata Ganti Nama Diri Tanya

Pementasan Wayang Kulit

Danial dan Azam bertanyakan Pak Kamil, bapa saudara Azam, tentang
pementasan wayang kulit. Pak Kamil memang berpengalaman tentang
wayang kulit.

Pak Kamil, Wayang kulit ialah satu seni hiburan yang terkenal
wayang kulit pada masa dahulu. Seninya wayang kulit ini ialah
itu apa? cara persembahannya menggunakan prinsip
cahaya dan bayang. Cahaya dan bayang ini
Oh, begitu! Dalam terhasil daripada patung-patung yang diperbuat
pementasan daripada kulit.
wayang kulit, yang
terlibat siapa, Tok Dalang bersama-sama
pak cik? dengan sekumpulan pemuzik
akan terlibat dalam setiap
pementasan wayang kulit.

Tok Dalang itu Pencerita yang memainkan watak-watak
yang mana? yang terdiri daripada patung-patung
tertentu dalam cerita yang disampaikan
itulah Tok Dalang.

Apabila Puteri Gerak Petera pulang,
didapati gondangnya kosong. Baginda
pun memarahi Wak Pakil Jenang.
Anak Raja Gondang menceritakan hal
yang sebenar. Maka berdamailah semula
Puteri Gerak Petera dengan
Wak Pakil Jenang. Adapun demikian,
Anak Raja Gondang memohon izin
bondanya untuk berangkat
ke Padang Luas Saujana …

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata ganti nama diri tanya.

Murid membaca dan memahami perbualan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.

5.1.3 Murid membina ayat menggunakan kata ganti nama diri tanya. 110011

PK: Nilai Murni – Bertatasusila Ilmu – Seni Persembahan

Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Mengaplikasikan

15UNIT Keindahan Seni Tema 5:
Warisan Bangsa

Mendengar dan Bertutur

Pulut Kuning Warisan Berzaman

Farhana memperhatikan neneknya menghias pulut kuning untuk dijadikan
sebagai hantaran pertunangan ibu saudaranya. Farhana bertanya kepada
neneknya tentang pulut kuning tersebut.

Wah, cantiknya hiasan pada Pulut kuning itu dihias
pulut kuning ini! Apakah tujuan untuk dijadikan hantaran.
dan peranannya, nenek? Peranannya

Mengapakah pulut ini Pulut ini diwarnakan
perlu diwarnakan dengan kuning kerana
warna kuning?

Di manakah pulut kuning ini sering dihidangkan?
Apakah keistimewaan pulut kuning dalam
masyarakat Melayu?

Pulut kuning merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu yang
istimewa. Pulut kuning sering dihidangkan dalam majlis berkhatam al-Quran,
majlis perkahwinan dan majlis kenduri. Selain menjadi hidangan istimewa, pulut
kuning juga dijadikan bunga pahar dalam majlis perkahwinan pada masa kini.
Pulut kuning berperanan sebagai lambang kesyukuran bagi sesuatu kejayaan
yang dicapai. Pulut kuning juga menjadi tanda penghargaan dan penghormatan
daripada tuan rumah kepada para tetamu yang hadir dalam majlis yang diadakan.
Pulut kuning diwarnakan dengan warna kuning kerana warna kuning
merupakan warna diraja dan simbol penghormatan yang tertinggi. Menurut cerita

orang tua-tua, pulut kuning menjadi sesuatu yang istimewa
dalam kalangan masyarakat Melayu. Hidangan pulut kuning
merupakan hidangan istimewa golongan bangsawan
pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Oleh itu, tidak hairanlah jika pulut kuning kini mengambil tempat
menggantikan kek dalam majlis tertentu yang diadakan.

Aktiviti

• Memberikan respons secara lisan terhadap ayat tanya yang mengandungi

kata tanya dengan betul.

Murid bersoal jawab dan memberikan respons terhadap ayat tanya.

102 1.3.2 Murid membina dan menulis jawapan berdasarkan ayat tanya dengan betul.

PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Peraturan Sosiobudaya

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal

Membaca Tempat Warisan

Farhana dan Jayanti ditugaskan memilih tempat yang sesuai untuk dilawati

oleh Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Seri Kejora berdasarkan

maklumat yang diperoleh. Mereka berbincang tentang keistimewaan

Lembah Lenggong dan Lembah Bujang.

Lembah Bujang

Lembah Lenggong Lembah Bujang yang terletak di negeri
Kedah mempunyai 41 buah tapak
- terletak di bahagian utara negeri Perak, arkeologi. Setiap tapak arkeologi
kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh mengandungi tinggalan sejarah,
seperti struktur atau jumpaan artifak.
- diisytiharkan sebagai tapak warisan Antara artifak yang dijumpai
dunia UNESCO pada 2012 termasuklah yang berkaitan dengan
perdagangan, keagamaan dan struktur
- terdapat khazanah peradaban bangunan candi.
manusia tertua Artifak yang ditemukan oleh
ahli arkeologi membuktikan bahawa
- tempat tinggalan kebudayaan arkeologi Lembah Bujang merupakan pusat
dari Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik perkembangan agama Hindu Buddha
dan Zaman Logam di Asia Tenggara pada kurun ke-3
hingga ke-12 Masihi. Lembah Bujang
- Perak Man (kerangka manusia purba juga menjadi pelabuhan antarabangsa
paling lengkap) berusia 11 000 dan pusat perdagangan laut antara
tahun ditemukan negara di timur dengan di barat sejak
kurun ke-5.
- pelbagai artifak zaman purba ditemukan Artifak ini disimpan di Muzium
dan disimpan di Galeri Arkeologi Arkeologi Lembah Bujang yang terletak
Lembah Lenggong di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah.





http://www.heritage.gov.my

Aktiviti http://www.jmm.gov.my/en/museum/lembah-bujang-
archaeological-museum

• Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks untuk

membuat keputusan.

Murid membaca dan memahami teks.

2.4.2 Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara. 103

AT: Murid menggunakan peta pemikiran untuk membanding beza.

PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sejarah

Strategi P & P: KB – Membuat keputusan Konstruktivisme – Menilai

Menulis

Asal Nama Kuala Kangsar

Farhana telah membaca cerita tentang asal usul beberapa nama
tempat di Perak. Dia amat tertarik akan cerita tentang bagaimana
Kuala Kangsar mendapat nama.

Pada zaman dahulu negeri Perak dipenuhi hutan tebal. Sungai merupakan
jalan perhubungan utama yang digunakan oleh penduduk.

Tersebutlah kisah Sultan Muzaffar Shah Tiba di muara – rombongan
yang merupakan Raja Perak yang berhenti rehat – tempat tidak sesuai
pertama. Baginda telah menyusuri pantai – memudiki Sungai Perak untuk
Selat Melaka bersama pengikutnya mencari tempat baharu –
hingga sampai di muara Sungai Perak
untuk dijadikan tempat bersemayam.

– teruskan perjalanan – jumpa anak – tidak putus asa – meneruskan pelayaran
sungai – anak sungai yang ke-78 – air – hari hampir senja – pengikut kepenatan
jernih – berhenti rehat – tempat tidak – hendak berehat – ternampak kuala
sesuai untuk dijadikan negeri sungai – air sungainya mengalir perlahan
ke Sungai Perak – berlabuh di situ

104

Anak sungai yang – melawat kawasan
ke berapakah ini? sekitar – nampak bukit
di tebing sungai untuk
Kalau begitu kita dijadikan kubu – tempat
namakan tempat ini cantik – kawasan rata –
Kuala Kurang Sa. sesuai untuk bercucuk
tanam

Anak sungai yang
ke-99 Tuanku.

– baginda berpuas
hati – jadikan tempat
bersemayam –
menamakan tempat
tersebut Kuala Kurang
Sa yang bermaksud
kurang satu kuala untuk
mencukupkan 100

Kawasan kuala sungai itu dibangunkan. Istana Sultan Muzaffar Shah dibina
di atas bukit. Kuala Kurang Sa semakin maju. Kebanyakan penduduk sukar
untuk menyebut Kuala Kurang Sa. Akhirnya, Kuala Kurang Sa menjadi
Kuala Kangsar.

Aktiviti

• Menulis ulasan tentang asal usul Kuala Kangsar berdasarkan jalur komik

menggunakan ayat yang gramatis.

Murid membaca dan memahami cerita.

3.9.1 Murid menulis ulasan tentang cerita yang dibaca dengan jelas dan menggunakan ayat yang gramatis. 105

AT: Nyatakan ciri-ciri tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sejarah

Strategi P & P: KB – Mengitlak BCB – Menulis perenggan

Bernyanyi dan Berlakon

Gendang dan Rebana

Marilah kita mari mainkan gendang
Alatan muzik zaman-berzaman 2 kali
Kita palukan kompang rebana
Sambil bernyanyi gelak ketawa 2 kali

Melenggang, hai melenggang, hai tari lenggang 2 kali gambus
Muzik tradisi, harus kita kekalkan

Gambus dan sape nama alatnya 2 kali

Bunyi dihasil dari talinya

Serunai seruling dan nafiri 2 kali sape
Perlu ditiup hasilkan bunyi

Melenggang, hai melenggang, hai tari lenggang 2 kali

Muzik tradisi, harus kita kekalkan

Gong dan gendang dipalu sama 2 kali
Mengiringi istiadat istana 2 kali
Istimewa untuk pertabalan raja
Hari keraian dimainkan juga

Melenggang, hai melenggang, hai tari lenggang gong
Muzik tradisi, harus kita kekalkan
2 kali

(Irama Lagu “Joget Pahang”)

Aktiviti rebana ubi

• Menyanyi sambil melakukan gerakan mengikut irama lagu.

Murid menyatakan maksud seni kata lagu.

4.1.1 Murid menyanyikan lagu sambil berlakon.

106 Murid bersoal jawab tentang seni kata lagu.

AT: Murid melayari http://youtube.comwatch?v=SRBCm_sZrfE.

PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Muzik

Strategi P & P: KB – Menganalisis Kecerdasan Pelbagai – Kinestetik

Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Pasif

Nobat Warisan Istana

Farhana dan kumpulannya telah diberikan tugasan tentang projek
seni muzik tradisional, iaitu nobat. Mereka mendapatkan maklumat tentang
nobat daripada majalah.

Perak merupakan sebuah negeri yang masih
mengekalkan muzik nobat selain Kedah dan
Terengganu. Nobat merupakan kumpulan pemain
diraja sejak zaman-berzaman. Nobat dimainkan
semasa berlangsungnya istiadat pertabalan dan
perkahwinan diraja.
Nobat berasal daripada perkataan Parsi “naubat”
yang bermaksud sembilan jenis alat muzik. Antara
alat muzik yang digunakan dalam Nobat Diraja ialah sebuah gendang saku yang
dikenali sebagai nohara, dua buah gendang nobat, sebatang serunai dan sebatang
nafiri. Nafiri yang digunakan diperbuat daripada perak, manakala serunai diperbuat
daripada gading yang bahagian hujungnya diperbuat daripada perak.
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh pemain nobat.
Antaranya, pemain nobat mestilah mengikut keturunan dan diperturunkan kepada
anak lelaki. Selain itu, pemain nobat perlu memakai pakaian rasmi berwarna
hitam semasa persembahan.
Lagu-lagu yang terdapat dalam nobat terdiri daripada tiga belas buah
lagu. Antara lagu yang sering dimainkan termasuklah “Iskandar Shah”,
“Ibrahim Khalil” dan “Seri Istana”.


nafiri serunai

nohara gendang

(Diubah suai daripada majalah Dewan Budaya, Julai 2012)

Aktiviti

• Membaca dan membina ayat menggunakan kata kerja

aktif transitif dan kata kerja pasif.

5.1.4 Murid menyenaraikan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif. 107
Murid membina ayat dengan perkataan yang disenaraikan.
Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.
PK: Nilai Murni – Menghargai warisan Ilmu – Kesenian
Strategi P & P KB: Mengenal pasti BCB – Bacaan intensif

Kata Adjektif dan Kata Bantu

Tarian Kuda Kepang

Pernahkah kamu menyaksikan tarian kuda kepang?
Tarian kuda kepang merupakan seni persembahan
tradisional yang masih mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Tarian ini amat masyhur
di negeri Johor. Tarian ini dikatakan telah diperkenalkan
oleh pendakwah Islam di Tanah Jawa pada masa
dahulu. Ciri-ciri kebudayaan Jawa dapat dilihat dengan
jelas daripada pakaian yang dipakai oleh penarinya.
Kuda tanpa kaki yang digunakan dalam persembahan kuda kepang
diperbuat daripada anyaman buluh atau kulit binatang. Anyaman ini sungguh unik
dan menarik.
Persembahan kuda kepang akan dimainkan dengan iringan alatan seperti
angklung, gong dan gendang. Biasanya, tarian ini dimainkan di tempat yang luas
dan terbuka.
Semasa membuat persembahan, pemain-pemain kuda kepang mesti dipimpin
oleh seorang Danyang. Danyang akan bertindak sebagai pengarah yang akan
mengarahkan para pemain menari mengikut rentak dengan menggunakan tali tas.
Gerak tari dalam tarian kuda kepang amat istimewa. Penari akan menari dengan
memacu kuda tanpa kaki mengikut gaya yang ditentukan oleh rentak yang dimainkan.
Semakin rancak rentak muzik, semakin tangkas pergerakan penarinya.


Kumpulan pemuzik sedang memainkan Penari-penari itu baru selesai menarikan
alat muzik kuda kepang yang unik. tarian kuda kepang. Persembahan
mereka sungguh hebat sekali.
Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata adjektif dan kata bantu berdasarkan

teks dan gambar.

Murid membaca dan menyenaraikan kata adjektif dan kata bantu dalam teks.

108 5.1.5 Murid membina ayat dengan perkataan yang disenaraikan.

Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.

PK: Nilai murni – Menghargai warisan Ilmu – Seni Tari

Strategi P & P: KB – Mengenal pasti BCB – Bacaan intensif

Penilaian 5
A. Baca dan berikan alasan.

Tarian Dabus Tarian Inang

Tarian Dabus merupakan satu kesenian Tarian Inang wujud sejak zaman
rakyat negeri Perak. Dabus merupakan Kesultanan Melayu Melaka. Tarian Inang
tarian Melayu yang dipengaruhi oleh dikenali juga sebagai tarian Mak Inang
tingkah laku budaya orang-orang Melayu. dan Tari Kembang Cina. Tarian ini
Tarian ini dipersembahkan bagi sering dipersembahkan dalam majlis
menunjukkan keberanian pahlawan Perak keramaian dan perkahwinan.
kepada tetamu di istana dan menjadi Tarian Inang perlu ditarikan
tarian warisan keluarga yang masih secara berpasangan oleh penari lelaki
diamalkan sehingga kini. dan perempuan. Penari perempuan
Dalam kumpulan ini terdapat memakai sepasang baju kebaya,
seorang ketua dipanggil khalifah. Khalifah berselendang dan bercucuk sanggul.
inilah orang yang bertanggungjawab Penari lelaki pula memakai sepasang
memelihara keselamatan pemain baju Melayu lengkap bersongkok
daripada sebarang gangguan yang boleh dan bersamping.
mencacatkan persembahan. “Inang Selendang”, “Ayam Didik”dan
Tarian Dabus ditarikan dengan “Tari Payung” merupakan lenggok tari
menggunakan gabungan beberapa yang sering ditarikan. Semasa menari,
bunyi-bunyian seperti gendang dabus dan para penari biasanya melambaikan
gong. Selain itu, alunan zikir dan goyangan sapu tangan yang berwarna-warni.
anak dabus yang bergemerencing turut
dilakukan.

Aktiviti http://budaya.jkkn.gov.my

• Kamu diminta membuat persembahan pentas. Antara Tarian Dabus

dengan Tarian Inang, apakah tarian yang akan kamu persembahkan?

Berikan alasan kamu.

• Kenal pasti kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat

dalam teks.

109

B. Teliti cerita di bawah.

Bendahara, Tuanku, Tuanku, apakah
mengapakah kamu yang tuanku mahu
kelihatan cemas? patik lakukan?

Kerahkan

– hendak diserang – membina tembok
– kerajaan Beruas – menggunakan kulit kerang

– kota kulit kerang siap dibina – kumpulkan kulit kerang
– kerajaan Beruas menyerang – membina kota
– gagal

Aktiviti

• Memberikan respons terhadap ayat tanya yang mengandungi

kata tanya.

• Menulis pengajaran yang terdapat dalam cerita yang dibaca

dengan betul.

110

TEMA 6 Pertanian dan
Penternakan
di Malaysia

PERTA NIAN PENTER NAKAN
BIOTEKNOLOGI

Murid meneliti dan berbincang tentang gambar.

111

16UNIT Kejayaan Tanaman Tema 6:
Kita Pertanian dan
Penternakan
di Malaysia

Mendengar dan Bertutur

Getah Penjana Ekonomi

Hanis, sudahkah Baiklah, Cikgu. Sudah, cikgu. Berdasarkan
anggota kumpulan maklumat yang diperoleh, pokok
kamu mendapat getah, atau nama saintifiknya
maklumat tentang Hevea brasiliensis, hidup subur
tanaman pokok getah? di kawasan Khatulistiwa. Pokok ini
berasal dari negara Brazil. Selain
Baiklah, Hanis. itu, tanaman getah merupakan
Selepas ini, beritahu tanaman kedua terbesar yang
anggota kumpulan turut menjana ekonomi Malaysia.
kamu untuk membuat Yang menariknya, mesin
buku skrap tentang Torehan Getah Automatik
tanaman getah. yang pertama di dunia dicipta
di Malaysia. Alat ini dapat
memudahkan dan menjimatkan
masa untuk menoreh getah.

Kawan-kawan, Cikgu Razali meminta kita menghasilkan sebuah
buku skrap tentang tanaman getah. Menurut cikgu,

297 mm A4

210 mm PENANAMAN
GETAH

saiz buku mencari maklumat isi kandungan menjilid

Aktiviti

• Menyampaikan pelbagai pesanan mengikut urutan berdasarkan gambar.

Murid mendengar dan memahami perbualan.

112 1.3.3 Murid menyampaikan pesanan mengikut urutan.

Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan.

PK: Nilai Murni – Berdikari Ilmu – Ekonomi

Strategi P & P: KB – Membuat urutan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

Membaca

Hanis penggemar minuman koko. Dia telah membaca risalah dan rencana
tentang penanaman koko di Malaysia.

Penanaman Koko di Malaysia

Koko merupakan tanaman keluaran ladang yang ketiga terbesar

di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Malaysia ialah negara

pengisar koko kelima terbesar di dunia. Sarawak pula merupakan negeri

yang mempunyai keluasan tanaman koko yang terbesar di Malaysia.

Kini, koko mendapat permintaan yang tinggi kerana harga koko

di pasaran cukup tinggi, iaitu RM2.50 sekilo. Di Malaysia, koko buah koko
diusahakan di ladang dan juga di kebun-kebun kecil. Pokok-pokok

koko memerlukan penjagaan yang sistematik untuk memastikan

hasil yang baik. Antaranya, pengurusan pokok pelindung,

pembajaan, kawalan penyakit dan perosak, kawalan rampai,

pemangkasan dan penuaian.

Hasil produk koko seperti lemak koko dapat menghasilkan

pelbagai produk makanan dan bukan makanan. Antara produk isi koko
makanan termasuklah coklat, kek, biskut dan juga minuman.

Produk bukan makanan pula ialah pelbagai barangan kosmetik

seperti gincu, pelembap muka dan juga bedak.

Koko mempunyai pelbagai khasiat. Lemak koko dapat

merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Serbuk

koko pula mengandungi lemak protein, karbohidrat dan

vitamin A, B, D dan E.

produk koko

Aktiviti

• Nyatakan maklumat tersirat daripada maklumat tersurat dan membuat

ulasan berdasarkan teks di atas.

Maklumat tersurat Maklumat tersirat Ulasan
pertanian utama
Tanaman koko merupakan menyumbang
tanaman ketiga terbesar kepada ekonomi
di Malaysia. negara

Murid membaca dan memahami maklumat.

2.43.32 Murid berbincang untuk mengenal pasti maklumat tersurat. 113

Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Geografi

Strategi P & P: KB – Mensintesis BCB – Bacaan intensif

Menulis

Cikgu Razali telah mengadakan pertandingan mencipta pantun untuk
murid Kelas 5 Teratai. Tema pantun yang diberikan berkaitan dengan
penanaman padi. Dalam pertandingan tersebut, Hanis telah mencipta
beberapa rangkap pantun.

Padi Segenggam Jadi Sepikul Sawah padi ada orang
tabur benih padi
Dari Kemaman ke Kota Bharu,
Duduk meninjau sehingga petang; Menabur benih
Dengan penanaman cara baharu,
Luas menghijau sawah terbentang. Padi menguning

Burung bersarang di pokok gaharu, Menuai padi
Batangnya lurus kayunya tahan;
Dikenal orang teknik baharu,
Tanaman terus jadi pilihan.

Sungai jernih mengikut arus,
Tampak nelayan duduk berakit;
Kaedah benih ditabur terus,
Hasil lumayan umpama bukit.

Orang Kedah pergi ke Daik,
Membawa logam di dalam bakul;
Kalau sudah benih yang baik,
Padi segenggam jadi sepikul.

Aktiviti

• Menulis rangkap pantun dengan betul dan kemas.

Murid menulis pantun dengan kemas secara mekanis.

114 Murid melafazkan dan memahami pantun.

3.2.6 Murid berbicara tentang maklumat yang terdapat dalam pantun.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pertanian

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Naturalis

Mengubah Suai Seni Kata Lagu

Ladang Nanasku

Memang sungguh luas ladang yang kuada
Ditanam pula dengan pelbagai jenis nanas
Rasa memang manis memang tiada tanding
Dan sudah terbilang

Nanas yang kutanam dibaja dan dijaga
Rajin-rajin usaha nanas tumbuh subur
Berkat kerja gigih ladang maju jaya
Tambah pendapatan

(Korus)
Marilah berbudi di bumi yang bertuah
Nanas yang bermutu banyak yang meminta
Teruslah berbakti tanpa rasa jemu
Demi kejayaan

Memangnya nanasku banyak kegunaan
Pelbagai jenis produk boleh dihasilkan
Usaha berterusan
Takkan kumengalah untuk terus jaya

Nanas memang hebat lagi berpotensi
Jangan kaulepaskan peluang yang ada
Berbakti penuh ikhlas
Usaha sungguh-sungguh ke persada dunia
(ulang Korus)

Irama lagu “Aku Anak Kampung”
Pencipta lagu: Jimmy Palikat

Aktiviti

• Mengubah suai seni kata lagu berdasarkan tanaman tebu mengikut

irama lagu.

Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.

4.1.2 Murid mengubah suai seni kata lagu 115

Murid bercerita tentang seni kata lagu.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Muzik
KP – Kinestetik
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental

Kata Hubung Pancangan Relatif

Industri Orkid

Orkid atau anggerik merupakan tanaman hiasan

yang amat popular di Malaysia. Dengan iklim yang

panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia

menjadi tempat taburan hidup orkid liar yang paling

sesuai. Terdapat lebih daripada 808 spesies orkid yang

dikenal pasti di Malaysia.

Kawasan utama untuk penanaman orkid ialah

Johor, diikuti dengan Selangor, Perak dan Pahang.

Kebanyakan orkid yang dihasilkan adalah untuk

pasaran eksport. Antara orkid yang ditanam di Malaysia Orkid

termasuklah Orkid Merpati, Orkid Noorah Aishagoff Pink, Mokara

Orkid Mokara Red, Peacock White dan Orkid Sumala. Red

Orkid yang paling mahal di pasaran ialah jenis Orkid Sumala.

Pasaran orkid tempatan atau dunia terbahagi kepada tiga kategori,

iaitu orkid yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual

dengan pokoknya sekali. Orkid yang dikacukkan menjadi pilihan utama

kerana orkid ini mempunyai warna yang menarik, saiz yang lebih besar,

bentuk serta kelopaknya yang berbeza. Bunganya pula tahan lebih lama

berbanding dengan spesies asalnya.

Bagi sesetengah negara yang tidak mempunyai

tanaman orkid, bunga tersebut dianggap sebagai

tumbuhan yang istimewa, unik dan eksotik. Setiap

hari, spesies orkid baharu ditemukan di Malaysia.

Hal ini berlaku kerana negara kita kaya dengan flora

dan faunanya.

Sekiranya industri ini mampu dibangunkan secara

komersial, Malaysia akan menjadi pengeksport orkid

Orkid Dendrobium yang terbesar dunia pada suatu masa nanti.

Aktiviti (Diubah suai daripada http://animhosnan.blogspot.com/2012/10/
tanaman.orkid html)

• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif tentang

penanaman orkid.

116 5.1.6 Murid membaca dan memahami ayat.
Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif.
Murid bertutur tentang penanaman pokok orkid.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Mengaplikasikan

Kata Hubung Pancangan Komplemen

Kelapa MATAG

Hanis dan rakan-rakannya telah melawat ke ladang kelapa Malaya
Tagnanan Tinggi (MATAG) di Muar, Johor. Mereka diberikan penerangan
tentang kelapa jenis ini. Penerangan itu diberikan oleh Encik Faiz, pegawai
pertanian yang bertugas di situ.

Encik Faiz, apakah Kelapa ini merupakan kacukan
perbezaan kelapa ini antara kelapa rendah Malaya
dengan kelapa biasa? dengan Tagnanan Tinggi yang
berasal dari Filipina. Ada kajian
menyatakan bahawa kelapa
ini boleh menghasilkan 25 000
hingga 30 000 biji sehektar
setahun berbanding dengan
baka tempatan yang hanya
menghasilkan 2500 biji setahun.

Kelapa ini bersaiz lebih besar daripada
kelapa biasa. Kelapa ini ada yang
berwarna hijau dan ada yang berwarna
kuning. Dapatlah dikatakan bahawa
kuantiti air kelapa ini lebih banyak, isinya
lebih tebal dan rasanya pula lebih enak.

Untuk penyediaan benih kelapa MATAG tidaklah sukar.
Pegawai pertanian menyatakan bahawa debunga jantan
perlu disemburkan kepada debunga betina setiap hari. Untuk
proses pendebungaan ini memerlukan pekerja yang mahir.
Seterusnya, pekerja-pekerja akan membalut mayang kelapa
dengan plastik lut cahaya.

Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI)

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan komplemen

berdasarkan maklumat.

Murid meneliti dan memahami maklumat.

5.1.6 Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan komplemen. 117

Murid bertutur tentang kegunaan pokok kelapa.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pertanian

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Mengaplikasikan

17UNIT Hasil Ternakan Tema 6:
Kita Pertanian dan
Penternakan
di Malaysia

Mendengar dan Bertutur

Zarul dan ayahnya, Encik Yahaya, mempunyai minat yang sama. Mereka
suka memancing pada waktu lapang. Selain itu, mereka berdua suka
menonton dokumentari dan membaca majalah perikanan.

Ikan kelah ialah ikan kap dalam keluarga Panduan Penternakan
Cyprinidae bersisik besar. Kelah sangat Ikan Kelah
disukai oleh para pemancing. Ikan ini
lasak, lincah berenang, dan suka hidup • Sediakan persekitaran
di celah-celah batu. kolam seperti
Ikan kelah ialah haiwan omnivor yang habitatnya
memakan alga, serangga, katak dan juga
buah-buahan. Terdapat lebih daripada 19 - berbatu-batu dan
spesies ikan kelah di dunia. Di Malaysia, aliran air yang laju
terdapat tiga jenis spesies ikan kelah sahaja,
iaitu ikan kelah merah, ikan empurau dan - air kolam yang
ikan semah. Ikan kelah merah terdapat bersih dan jernih
di Semenanjung Malaysia, manakala ikan
empurau dan ikan semah pula terdapat • Masukkan rumpai,
di Sarawak. daun dan lumut
Ikan ini amat bernilai kerana rasanya
yang sedap, rupanya cantik dan hebat - pokok keladi bunting
bertarung ketika dipancing. Oleh yang - pasir sungai
demikian, ikan ini digelar “Raja Sungai”.
• Berikan makanan
yang sesuai

- udang halus, ulat
dan pelet

Selamat pagi, Encik Kamal. ikan kelah merah
Saya Hanis. Saya ingin bertanya ikan empurau
kepada encik tentang ikan kelah
dan cara menternaknya.

Aktiviti ikan semah

• Bertutur tentang ternakan ikan menggunakan ayat yang gramatis secara

bertatasusila berdasarkan teks dan gambar.

Murid bertutur menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila berdasarkan

1.4.1 teks dan gambar.

118 Murid meneliti teks dan gambar untuk mendapatkan maklumat.

Murid berlakon berdasarkan dialog.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Pertanian

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal

Membaca

Aku Pengusaha Puyuh Aku
pengusaha
Akan kuusahakan engkau puyuh
Bersungguh-sungguh kerja berpeluh puyuh
Kerana rezeki tiada mengeluh

Akan kubela engkau puyuh
Jika ingin produktiviti terbaik
Tempatmu reban yang selesa
Nun jauh dari hiruk-pikuk

Akan kujaga engkau puyuh
Makanan terbaik kuberikan
Agar tumbesaranmu memuaskan
Daging dan telur yang berkhasiat

Akan kuternak engkau puyuh
Khasiatmu tidak ternilai
Darah dilancarkan, tulang dikuatkan
Hidup sihat keluarga sejahtera

Akan kuniagakan engkau puyuh
Usaha dikayuh jangan rapuh
Pendapatan diraih
Keringatku berbalas sudah
Ekonomi keluargaku terus terserlah

Aktiviti

• Murid menyatakan maksud setiap rangkap

sajak menggunakan peta bulatan.

Murid mendeklamasikan sajak.

2.5.1 Murid menyatakan maksud setiap rangkap sajak. 119

Murid menjawab soalan kefahaman yang disediakan oleh guru.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Ekonomi

Strategi P & P: KB – Menaakul Konstruktivisme – Menerangkan

Menulis

Ayam Kampung Organik

Zarul dan kawan-kawannya baru pulang bercuti dari kampung datuk
Zarul. Datuknya memelihara banyak ayam kampung secara organik.
Yu Jin, rakan Zarul amat berminat untuk mengetahui maklumat tentang
ayam kampung ini.

Aktiviti

• Menulis ayat dalam perenggan dalam bentuk tulisan berangkai.

Murid membaca teks dan meneliti bentuk tulisan berangkai.

120 3.2.7 Murid menulis ayat dengan betul dan kemas.

Murid membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

PK: Nilai Murni – Berdikari Ilmu – Sains Pertanian

Strategi P & P: KB – Menganalisis KP – Visual-ruang

Mengujarkan Cerita

PERTANDINGAN CERITA Cerita Penternak Arnab
PERINGKAT ZON UTARA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
29 OGOS 2015 Hai, senangnya dalam hati!
Punya ladang yang luas
Pelbagai jenis arnab
Kuternak di sini

Hai, kawan-kawan!
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
“Penternak Arnab yang Berjaya”.

Di pinggir bandar Besut, Terengganu, tinggal sepasang
suami isteri, iaitu Encik Rahmat dan Puan Salbiah. Mereka
mengusahakan sebuah ladang ternakan arnab. Mereka
menternak arnab tempatan dan juga arnab yang
diimport dari luar negara.

– kawasan penternakan yang luas

– memiliki 30 000 ekor arnab pedaging daripada

baka tempatan

– arnab hiasan daripada baka luar negara, iaitu

New Zealand, Amerika Syarikat, Sepanyol

– arnab hiasan comel kerana mempunyai pelbagai

warna, saiz dan bulu

– memberi arnab makan dengan penuh kasih sayang
– mengusap badan dan memeluk
– memberikan pelet

– sebagai pembekal daging segar
– menghasilkan pelbagai jenis produk baharu
– sosej, sate, burger dan daging salai
– eksport ke Asia Tenggara
– destinasi utama pelancong

Aktiviti Kawan-kawan, pengajaran yang kita peroleh daripada
cerita di atas ialah…

• Mengujarkan cerita berdasarkan frasa dengan bahasa badan

yang kreatif.

Murid meneliti dan memahami frasa.

Murid bercerita berdasarkan frasa. 121

4.2.2 Menulis karangan naratif yang bertajuk “Penternak Arnab yang Berjaya”.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Keusahawanan

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik

Kata Nafi dan Kata Pembenar

Ternakan Kupang kupang

Aiman : Betulkah ayah kamu sedang mengusahakan penternakan kerang, Zarul?
Zarul : Ayah saya ____ mengusahakan penternakan kerang tetapi mengusahakan

penternakan kupang.
Lina : Rasanya sudah hampir dua tahun ayah kamu mengusahakan penternakan

ini, Zarul.
Zarul : ____, Lina. Ayah saya telah mengusahakan penternakan ini hampir

dua tahun.
Lina : Saya dapati kawasan penternakan kupang ayah kamu agak luas juga. Tentu
ayah kamu mempunyai ramai pekerja yang dapat membantunya.
Aiman : Memang ____, Lina. Ayah Zarul mempunyai 20 orang pekerja tempatan

yang mahir.
Lina : Bagaimanakah proses menghasilkan kupang ini, Zarul?
Zarul : Begini, Lina. Ayah saya hanya meletakkan benih kupang ke dalam air.

Kemudian, kupang itu dibiarkan membesar dengan sendiri. Apabila sudah
matang, kupang-kupang itu akan dikutip.
Lina : Saya melihat ayah kamu meletakkan tali ke dalam air. Mengapakah
begitu Zarul?
Zarul : ____, Lina. Ayah saya menggunakan sistem rawai untuk menternak kupang.
Aiman : ____kah kupang biasanya diternak secara sistem rakit?
Zarul : Menurut kata ayah saya, menternak kupang dengan cara sistem rawai lebih
murah kosnya daripada sistem rakit.
Aiman : Tentu ayah kamu memperoleh pendapatan yang lumayan kerana harga
kupang di pasaran agak tinggi.
Zarul : ____ juga, Aiman. Kadang-kadang, kami juga mengalami kerugian kerana
kupang-kupang ini sering gugur dari rawai sebelum cukup matang. Selain
itu, pukulan ombak yang kuat juga akan merosakkan ternakan ini.
Lina : Janganlah kamu sekeluarga berputus asa. Teruskan usaha untuk
menghasilkan kupang yang berkualiti.
Zarul : Baiklah, Lina, Aiman. Terima kasih atas sokongan kamu berdua.

Aktiviti

• Menggunakan kata nafi dan kata pembenar

untuk melengkapkan perbualan.

122 5.1.7 Murid meneliti dan memahami perbualan.
Murid melengkapkan perbualan.

Murid membaca perbualan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik

Kata Bilangan dan Kata Arah

Pada hari Sabtu yang lalu, Zarul sekeluarga telah menonton teater
bertajuk “Muzikal Gamat” di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Di sekolah, dia
menceritakan teater muzikal yang ditonton kepada rakan-rakannya.

Kawan-kawan, teater “Muzikal Gamat” yang saya tonton mengisahkan suka duka
kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh beberapa hidupan laut. Antara watak yang
terdapat dalam teater ini ialah ibu gamat yang diberi nama Ibu Mat dan anak gamat
yang dipanggil Mat.

Pada suatu hari, Mat, Si Ketam Bunga dan Si Tapak Sulaiman berhasrat bermain
di Taman Laut Plankton. Sebelum keluar rumah, Ibu Mat telah berpesan kepada Mat.

“Sentiasa berwaspada kerana di luar sana sangat berbahaya,” kata Ibu Mat.
Apabila sampai di taman itu, ketiga-tiga sahabat itu leka bermain dan
berenang ke arah utara sehingga mereka telah tersesat berhampiran dengan
kawasan Karang Cenang.
Di Karang Cenang, kelihatan sepertiga penghuninya sedang menderita kesakitan
kerana penyakit kulit akibat pencemaran alam sekitar. Ketua mereka, Si Kurita,
mengarahkan semua pengikutnya yang diketuai oleh Si Obor-obor mencari ibu gamat,
iaitu Ibu Mat untuk mendapatkan lendirnya bagi mengubati penyakit mereka. Mereka
telah mengepung Mat yang berada berdekatan dengan Karang Cenang itu.
Malangnya, Si Obor-obor telah tersalah tangkap. Dia telah menangkap Mat yang
disangkanya ibu gamat, Ibu Mat. Mat berasa kasihan melihat penghuni taman itu
menderita kesakitan. Dia pun membantu mereka dengan menggunakan lendirnya
untuk mengubati penyakit penghuni di taman itu.
Ibu Mat risau apabila menyedari kehilangan anak tunggalnya itu. Dia pun mencari
anaknya ke sana dan ke sini. Dia menuju ke Karang Cenang. Akhirnya, dia berjaya
menemui Mat di situ. Penghuni di situ mengucapkan terima kasih kepada Mat dan
ibunya kerana membantu mereka.

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan kata bilangan dan kata arah

berdasarkan gambar.

Murid mengenal pasti kata bilangan dan kata arah berdasarkan cerita.

5.1.7 Murid membina ayat menggunakan kata bilangan dan kata arah. 123

Murid menceritakan cerita yang telah dibaca.

PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Menghubungkaitkan

18UNIT Era Biodiversiti dan Tema 6:
Pertanian dan
Bioteknologi
Penternakan

Mendengar dan Bertutur

Mengapakah Pak Lang Pak Lang berasa risau
kelihatan risau? kerana pokok cempedak
Pak Lang tidak menghasilkan
Pak Lang, Cikgu Fauzi ada buah yang baik pada
menerangkan bahawa tahun ini.
keseimbangan alam perlulah
dikekalkan agar manusia, Betul tu, Pak Lang.
haiwan dan tumbuhan dapat Terdapat banyak faktor
hidup dengan baik. yang menyebabkan
pokok cempedak rosak,
Yang Mulia Raja Azlina binti Raja Ahmad, antaranya
pegawai kawalan alam sekitar, telah
menerangkan cara mengekalkan Yang Berbahagia
keseimbangan alam semasa diwawancara. Datuk Dr. Abdul
Wartawan: Apakah langkah-langkah yang Razak bin Razali telah
membuat kajian
boleh diambil untuk mengekalkan tentang hasil tanaman
keseimbangan alam? yang tidak menjadi
Raja Azlina: Langkah-langkah yang boleh atau mati. Antara puncanya
diambil, antaranya mengawal termasuklah masalah jerebu
pencemaran udara dan yang melanda negara.
menanam pokok-pokok yang Fenomena ini telah menghalang
sesuai semula. berlakunya proses fotosintesis.
Tumbuh-tumbuhan tidak dapat
Facebook membuat makanannya sendiri.

Abang Johari Aktiviti
Marilah kita sama-sama menjaga
hutan yang mempunyai pelbagai • Berbual menggunakan
khazanah bumi agar udara
sentiasa bersih dan sihat. Keadaan kata gelaran secara
ini sangat berharga buat manusia, bertatasusila berdasarkan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. maklumat.

Murid membaca dan mengenal pasti kata gelaran.

124 1.4.2 Murid berbual berdasarkan maklumat dengan kata gelaran yang sesuai.

Murid mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal

Membaca

Zarul dan rakan-rakannya sedang menonton dokumentari tentang
terumbu karang. Dokumentari itu dimulakan dengan persembahan pantun.

Terumbu Karang

Atas para si kacang parang,
Tumbuh rendah sulur berpaut;
Minta pelihara terumbu karang,
Agar indah alam laut.

Kacang sepat lebat bercadung,
Memanjat lukah menjalar tanah;
Karang tempat habitat berlindung,
Usah diserakah jangan dimusnah.

Pacak taut pikat si tapah,
Umpan bersaksi si burung bayan;
Di karang laut rezeki melimpah,
Baik dikongsi bersama nelayan.

Ikan parang si ikan bawal,
Selar papan disambar helang;
Cemar karang tidak dikawal,
Kelak hidupan tinggal menghilang.

Ke sana ke sini bergerak perlahan,
Tampak alga cantik terkesan;
Terumbu ini anugerah Tuhan,
Baik dijaga sebagai warisan.

Aktiviti

• Senaraikan kelebihan terumbu karang.
• Terumbu karang di perairan negara semakin pupus. Nyatakan

cara-cara melindungi terumbu karang tersebut.

Murid melafazkan dan memahami pantun.

Murid menyatakan kelebihan terumbu karang. 125

2.5.2 Murid berbicara tentang maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan pantun.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sains

Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Menghubungkaitkan

Menulis

Lembu Brakmas

Pada hujung minggu lalu, Zarul dan rakan-rakannya telah dibawa
oleh Cikgu Zainal ke sebuah ladang penternakan. Setiap murid telah
diberi tugasan. Zarul ditugaskan untuk menemu ramah pegawai
di ladang tersebut.

Zarul : Selamat sejahtera, Encik Aman. Apa khabar?

Encik Aman : Selamat sejahtera. Khabar baik.

Zarul : Banyak sungguh lembu di sini, encik. Apakah jenis baka lembu ini?

Encik Aman : Lembu-lembu ini ialah lembu pedaging baka Brakmas.

Zarul : Bolehkah encik terangkan lembu pedaging Brakmas ini?

Encik Aiman : Lembu pedaging baka Brakmas ialah lembu yang terhasil daripada

pengacukan benih lembu jantan baka Brahman dari Australia dengan

benih lembu betina tempatan. Kami telah menggunakan kaedah

bioteknologi untuk menghasilkan baka baharu lembu pedaging.

Zarul : Oh, begitu! Apakah kelebihan lembu yang dikacukkan dengan

menggunakan kaedah bioteknologi?

Encik Aman : Lembu pedaging baka Brakmas ini mempunyai daya tahan daripada

pelbagai jenis penyakit serta boleh menyesuaikan diri dengan iklim

di Malaysia.

Zarul : Saya lihat semua lembu ini bersaiz besar, Encik Aman.

Encik Aman : Ya, Zarul. Lembu-lembu ini mempunyai 50 peratus lebih daging

daripada lembu tempatan. Selain itu, lembu ini

cepat membiak dan membesar.

Zarul : Oh, begitu! Barulah saya faham. Terima kasih

kerana sudi memberikan penerangan.

Encik Aman : Sama-sama.

http://www.mardi.gov.my/the-brakmas-beef-breed

Aktiviti

• Jawab soalan di bawah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan lembu pedaging baka Brakmas?
2. Nyatakan kelebihan lembu pedaging baka Brakmas.
3. Huraikan perbezaan antara lembu pedaging baka Brakmas dengan

lembu tempatan dengan menggunakan peta buih berganda.
4. Bincangkan maksud bioteknologi dengan merujuk Internet.
5. Berikan pendapat tentang masa depan penternakan lembu

pedaging baka Brakmas.

Murid membaca dan memahami teks.

126 3.3.3 Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan dialog.

Murid berbual tentang teks secara bertatasusila.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Penternakan

Strategi P & P: KB – Membandingkan dan membezakan BCB – Bacaan intensif

Menulis

Stevia Pemanis Semula Jadi

Pendahuluan

Pada minggu lepas, Zarul telah membawa kawan-kawannya ke ladang stevia
bapa saudara Zarul. Pelbagai maklumat telah diperoleh oleh mereka.

Isi 1 Apakah pokok stevia?
• tumbuhan herba daripada keluarga matahari
• nama saintifik – Stevia rebaudiana
• berbatang lembut, menghasilkan bunga kecil

berwarna putih

Isi 2- Cara membuat gula ekstrak

memetik mengering mengisar membancuh menikmati

Isi 3 Khasiat Daun Stevia
• daun berkhasiat sebagai pemanis
• tidak mengandungi kalori dan tidak bertoksik
• membantu untuk mengawal penyakit kronik – obesiti, kencing
manis dan darah tinggi

Penutup

Aktiviti sihat dan ceria

• Membina kerangka karangan berdasarkan gambar dan maklumat.

Murid meneliti maklumat dan gambar.

Murid membina kerangka berdasarkan gambar. 127

3.3.4 Murid menulis karangan yang bertajuk “Stevia Pemanis Semula jadi”.

PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pendidikan Kesihatan

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Memindahkan maklumat

Imbuhan Apitan Kata Kerja MempeR- dan Sisipan

Tanaman Organik

Zarul membantu datuk memperkebuni tanah di belakang rumah dengan
menanam pokok herba.

Situasi: Kebun Herba

Wah, segarnya pokok herba Ya, Zarul. Pokok-pokok ini segar
yang datuk tanam! kerana tanah-tanih di sini subur.

Bukankah dahulu tempat ini datuk tanam Betul, Zarul. Sekarang sampah
daun-daun kering dan sampah sarap? sarap itu telah menjadi baja organik.
Datuk juga menggunakan baja
Sekarang datuk hendak tanam pokok semula jadi yang datuk peroleh
apa? Biar Zarul tolong datuk. daripada tinja ayam.

Datuk hendak tanam pokok cekur.
Tolong datuk keluarkan anak pokok
cekur dari beg poli dan letakkannya
di atas telapak tangan kamu.
Berhati-hati dengan akarnya.

Selepas ini, Zarul akan menolong Eloklah begitu, Zarul. Sebelum itu,
datuk menebas rumput yang panjang tolong datuk buangkan daun-daun
ini kerana ada banyak kemuncup. yang sudah kering itu.

Sebahagian pagar yang Yalah, cu. Selain itu, datuk bercadang untuk
bergerigi ini juga patut dibaiki mempertingkatkan kualiti herba datuk. Datuk
agar pokok-pokok datuk tidak bercadang untuk menggunakan penggalak
dimakan oleh haiwan. akar tumbuhan yang tiada bahan kimia.

128

Situasi: Ladang Herba

Tanaman Herba

Datuk telah mengajak Zarul ke Ladang Rempah-ratus dan Herba Nasuha
di Muar, Johor. Datuk hendak melihat ladang tanaman herba di sana bagi
mempertingkatkan tanaman herbanya.

- dipertemukan dengan pegawai ladang
- mendengar taklimat
- ladang herba ketiga terbesar di Asia Tenggara
- keluasan 3 200 ekar – menanam lebih 108 spesies
- diselenggara – bersistem menggunakan teknologi terkini
- diusahakan secara organik

- melawat ladang – diperingatkan – tidak memetik daun pokok buah pala
dan mencabut pokok

- kelihatan cerucuk – menyokong anak-anak pokok
- pokok herba yang ditanam – pokok mengkudu, pecah

beling, kulit kayu manis, kembang semangkuk, gora,
dan asam gelugur
- pelbagai khasiat – pegaga – mempertingkatkan
daya ingatan

buah asam
gelugur

- sebelum pulang dari kilang rempah-ratus
- diberi makan tengah hari – Nasi Beriani Herba
- bangga dan teruja – ladang diusahakan

dengan cemerlang
- produk herba yang bermutu

Aktiviti

• Membina ayat dalam perenggan menggunakan imbuhan apitan

kata kerja dan imbuhan sisipan.

Murid membaca dan mengenal pasti imbuhan apitan kata kerja dan sisipan.

5.2.1 Murid membina ayat dengan imbuhan apitan kata kerja dan sisipan. 129

Murid menulis karangan yang bertajuk “Lawatan ke Ladang Herba Organik”.

PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pertanian

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Mengaplikasikan

Bacaan Luas

Pameran Pertanian

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA)
merupakan satu usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian
di Malaysia. MAHA merupakan pameran pertanian yang dianjurkan
oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pameran ini
berlangsung di lokasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Selangor
Darul Ehsan, Malaysia.
Pameran MAHA yang pertama berlangsung pada bulan Julai
1999 yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada masa itu. Pameran tersebut telah diadakan
di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pada MAHA 2002, satu
keputusan telah dicapai agar MAHA dijadikan program dwitahunan.
MAHA menyediakan pusat setempat khusus untuk aktiviti promosi
dan jualan produk keluaran usahawan perindustrian kecil dan sederhana
(PKS) tempatan dalam sektor pertanian. Oleh itu, MAHA merupakan satu
platform untuk mereka memasarkan dan mengembangkan perniagaan
dalam sektor pertanian dengan para pengeluar serta pedagang dari
dalam dan luar negara.
Pameran MAHA terbahagi kepada beberapa sektor, iaitu sektor
perikanan, pertanian, hortikultur dan ternakan. Terdapat beberapa
laman yang turut menarik perhatian pengunjung, iaitu Laman Sayur,
Laman Ternakan, Laman Perikanan dan Laman Florikultur. Antara tarikan
semasa MAHA ialah labu paling besar, ikan hiasan arowana yang
termahal, lelongan haiwan ternakan dan sayur-sayuran segar serta
pelbagai jenis orkid yang cantik.
Sejak penganjuran pameran bertaraf antarabangsa, MAHA berjaya
menarik lebih tiga juta pengunjung dari dalam dan luar negara untuk
berkunjung ke pameran ini.

(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani )

130

Penilaian 6
A. Teliti dan fahami poster.

1 Gunakan baja yang sesuai 2 Amalkan menanam
untuk daun, bunga dan buah. tanaman anda
menghala ke arah
matahari naik untuk
mengelakkan kesan
lindungan cahaya
matahari pada
tanaman.

3 Sekiranya ingin PANDUAN 4 Kebanyakan tanah
memindahkan anak pokok, TANAMAN di Malaysia tergolong
lakukannya pada awal dalam kumpulan tanah
pagi atau lewat petang masam (berasid).
untuk mengelakkan Oleh itu, pengapuran
kehilangan air yang akan amat diperlukan bagi
merencatkan pertumbuhan memulihkan tanah
anak pokok tersebut. tersebut untuk tujuan
pertanian.

5 Kawalan Perosak Tanaman melalui kaedah Pertanian Organik.
Kawalan Hamama dan Afid
i. 10 – 12 biji cili api
ii. Kisar dan tapis
iii. Campur 1 liter air
iv. Sembur pada bawah daun pada waktu tengah hari.

Aktiviti

• Berbual tentang poster dengan ayat yang gramatis.
• Nyatakan kepentingan panduan tanaman seperti yang dinyatakan

dalam poster.

• Bina lima ayat dengan kata hubung pancangan komplemen dan kata

hubung pancangan relatif berdasarkan poster.

131

B. Teliti dan fahami gambar.

Lawatan ke Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Sebelum

Semasa TAKLIMAT

taklimat galeri

kedai buku kilang proses tapak semaian

Selepas

Aktiviti

• Bina kerangka karangan menggunakan peta pokok.

Lawatan ke MARDI

132

TEMA 7 Patriotisme dan

Kewarganegaraan

Negara Kita

Negara kita Malaysia
Yang indah nan permai
Rakyat hidup aman damai
Berkat jasa pemimpin.

Sayangi negara kita
Rela korban apa sahaja
Biar terkenal di seluruh dunia
Majulah, oh Malaysia.

Marilah, mari, oh rakyat Malaysia
Berganding bahu berpadu tenaga
Makmurkan Malaysia
Tanah air kita
Marilah kita semaikan
Bakti untuk pertiwi.

Irama lagu “Inilah Barisan Kita”

(http://www.youtube.com/watch?
V=OrgifQptcs)

Murid menyanyikan dan memahami seni kata lagu. 133

19UNIT Tema 7:

Tokoh Sanjungan Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Mendengar dan Bertutur

Bapa Perpaduan Malaysia

Situasi 1

Mari kita bergambar WN J 3417 “Toleransi beragama, semangat muhibah dan hidup
di hadapan poster itu, ayah. bermasyarakat dengan harmoni sentiasa wujud
dalam kalangan rakyat dan penduduk berbilang
Wah, nampaknya kaum dan berbilang agama di Malaysia. Ini rahsia
Tun Hussein Onn sungguh
mementingkan kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara kita”
semangat muhibah! Tun Hussien Onn, 14 Januari 1980
http://www.arkib.gov.my

Sebelum itu, cuba
baca mutiara kata
Tun Hussein Onn.

Ya, Zarul. Sebab itulah, beliau
diberi gelaran Bapa Perpaduan.

Situasi 2

Di manakah boleh

kami dapatkan
buku , puan?

Encik boleh dapatkannya di kedai

cenderamata yang terletak
di situ. Buku sangat menarik.
Kata-kata Tun Hussein Onn dalam

Ayah, marilah beli buku perenggan , “Saya bukanlah
Biografi Tun Hussein Onn ini. orang penting dalam negara, tetapi
yang penting ialah apa yang saya
ingin mengetahui lebih buat untuk negara” menunjukkan
lanjut tentang beliau. betapa mementingkan negara
dalam apa-apa jua tindakan yang
Aktiviti diambil

• Berbual dengan menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti

nama tunjuk.

Murid berbual tentang teks dengan menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan betul.

134 1.4.3 Murid meneliti dan memahami perbualan.

Murid membaca pelbagai ragam ayat dalam teks secara mekanis.

PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Sejarah

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal

Membaca

Zarul amat kagum akan tokoh pendidikan dan pejuang bahasa,
Allahyarham Profesor Tan Sri Dr. Awang Had bin Salleh. Bersempena
dengan program Semarak Bahasa di sekolahnya, dia telah
mendeklamasikan sajak tentang tokoh sanjungannya itu.

Tokoh Sepanjang Zaman

Sejarah merakam jasamu
Kerana dikau tokoh terbilang
Khidmatmu sepanjang zaman
Untuk anak watan

Dunia pendidikan kaupacu
Ke persada dunia
Jadilah kita murid gemilang
Minda kita kelas pertama

Dikau pejuang bahasa
Bahasa Melayu wadah pembelajaran
Menapak dari tadika
Meniti ke menara gading

Tinta emas melakar
Dikau penulis tersohor
Novel, cerpen dan puisi
Cintamu pada dunia persuratan Melayu
Takkan terpadam

Namamu terukir indah
Awang Had bin Salleh

Contoh dalam Bentuk Prosa:
Awang Had bin Salleh merupakan tokoh pendidikan yang terkenal.
Jasa khidmatnya terhadap anak bangsa tercatat dalam sejarah.

Aktiviti

• Membaca, memahami dan menaakul puisi untuk memindahkan

maklumat kepada bentuk prosa.

Murid membaca, memahami dan menyatakan makna perkataan yang dicetak berwarna.

Murid menaakul dan memindahkan maklumat dalam setiap rangkap puisi kepada bentuk prosa. 135

2.5.3 Murid menulis ulasan tentang teks puisi dengan menggunakan ayat yang gramatis.

PK: Nilai Murni – Menghargai jasa Ilmu – Kesusasteraan

Strategi P & P: KB – Menaakul Kontekstual – Memindahkan

Menulis Tokoh Ilmuwan Bahasa

Daripada: [email protected]

Kepada: [email protected]

Perkara: Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah binti Haji Omar

Arial 10

Sahabatku,
Apa khabar? Saya baru menyiapkan folio tentang tokoh sanjungan
saya, iaitu Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah binti Haji Omar. Di sini,
saya ingin berkongsi maklumat tentang tokoh sanjungan saya ini.
Kepakaran Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah binti Haji
Omar dalam bidang tatabahasa serta perancangan bahasa
Melayu memang tidak dapat disangkal oleh siapa-siapa pun.
Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik, beliau telah terlibat dalam
berbagai-bagai usaha untuk mengangkat martabat bahasa Melayu di dalam dan
di luar negara.
Beliau telah menghasilkan beratus-ratus karya termasuk ensiklopedia, buku,
artikel, karya terjemahan dan kertas kerja. Beliau turut terlibat dalam kerja-kerja
penyelidikan bahasa, misalnya bahasa-bahasa peribumi seperti bahasa Iban
di Sarawak, bahasa Kentakbong di Kedah dan bahasa Mah Meri di Selangor. Selain
itu, beliau juga mengetuai pasukan penyelidikan untuk program “Jejak Bahasa”
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan TV3 dan Semarak Bahasa
di Australia (2002), Thailand (2013) dan Kemboja (2013) untuk terbitan RTM1.
Sumbangan beliau amat besar kepada negara. Beliau telah dianugerahi
Anugerah Cemerlang Sepanjang Zaman Kategori Semenanjung Malaysia
pada perhimpunan 55 Tahun Merdeka oleh Perdana Menteri Malaysia,
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Pada tahun 2011, beliau dianugerahi Tokoh Akademik Negara oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Selain itu, beliau juga dianugerahi Tokoh Ilmuwan Bahasa
Kebangsaan bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.
Dalam sesi temu bual selepas majlis gilang-gemilang itu, tokoh bahasa ini telah
menekankan kepentingan bahasa kebangsaan dalam usaha mengangkat martabat
bahasa Melayu ke persada dunia.
Demikianlah, semangat jati diri yang dimiliki oleh seorang wanita yang
lemah lembut tetapi berjiwa kental ini. Semangat juang tokoh ilmuwan bahasa ini harus
diberikan pujian dan perlu menjadi contoh kepada muda-mudi hari ini.

Aktiviti

• Mengambil imlak pelbagai jenis kata ganda.

Murid membaca dan memahami teks.

136 3.4.1 Murid mengambil imlak pelbagai jenis kata ganda dengan ejaan yang tepat mengikut bacaan guru.

Murid menyenaraikan kata ganda berentak dan kemudian membina ayat dengan kata tersebut.

PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Bahasa

Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan imbasan

Mengujarkan Ayat

Aku Budak Kampung

Datuk Mohd Nor bin Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, Kulit buku
merupakan kartunis yang tersohor di negara kita. Beliau dilahirkan “Kampung Boy”
pada 5 Mac 1951 di Kota Baru, Perak. Beliau memulakan kerjaya
sebagai wartawan akhbar. Namun, disebabkan minat yang semangat
mendalam terhadap bidang lukisan, beliau bertukar kerjaya perpaduan
menjadi kartunis bermula tahun 1974.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 jilid kartun
sepanjang kerjayanya. Kebanyakan karya Lat menggambarkan
kehidupan sosial masyarakat Malaysia. Karyanya yang paling
terkenal ialah “Kampung Boy” yang diterbitkan pada tahun 1979.
Karya ini mengisahkan pengalaman hidup Lat pada zaman
kanak-kanaknya dengan kepelbagaian ragam rakan, jiran dan
orang kampung di sekelilingnya. Karya ini telah dialihbahasakan
dalam banyak bahasa dan diterbitkan di beberapa negara di
dunia. “Kampung Boy” kemudiannya diadaptasi untuk dijadikan
siri televisyen sebanyak 26 siri pada tahun 1997. Baru-baru ini,
karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun untuk
dijadikan bahan membantu mengajar untuk pelajar pengajian
Asia Tenggara di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS).
Pada tahun 1994, Lat dikurniai gelaran Datuk oleh Sultan Perak
sebagai menghargai jasa beliau dalam usaha memupuk semangat
keharmonian sosial melalui karya yang dihasilkan. Beliau juga
telah menerima anugerah daripada
pihak luar, antaranya termasuklah
“Hadiah Budaya Asia Fukuoka” dan
Anugerah Kewartawanan Petronas
(Anugerah Khas Juri) pada tahun 2002.
Sememangnya, jati diri sebagai budak
kampung jelas terpancar dalam hasil
karya tokoh ini.

jati diri bangsa permainan
tradisional

Aktiviti

• Mengujarkan ayat berpandukan gambar dengan sebutan yang jelas

dan intonasi yang betul.

Murid membaca dan memahami teks.

4.2.1 Murid mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta laras bahasa yang

sesuai dengan bercerita berdasarkan gambar. 137

Murid menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan betul.

PK: Nilai Murni – Menghargai jasa Ilmu – Pendidikan Seni Visual

Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Verbal-linguistik

Kata Ganda Berentak

Di Mana Ada Kemahuan, di Situ Ada Jalan

Perbualan dalam Talian

Facebook Perlumbaan di Velodrom

Masih aku ingat keadaan di velodrom

ketika itu. Semasa masing-masing

sedang asyik kejar-mengejar, keadaan

di situ tiba-tiba menjadi hingar-bingar.

Zarul Pada pusingan terakhir telah berlaku
Saya mendengar desas-desus kemalangan yang tidak diduga. Aku
bahawa abang terlibat dalam dan dua orang peserta yang lain jatuh
kemalangan ketika acara keirin tersungkur. Ketika itu, para pegawai
akhir Siri Piala Dunia Klasik kelam-kabut memasuki velodrom untuk
di Manchester. membantu kami.
Terima kasih yang tidak terhingga

Azizul Hasni Awang aku tujukan kepada pegawai-pegawai

Oh, kisah itu masih segar-bugar yang bertungkus lumus menyelamatkan

dalam ingatan. Syukurlah berkat diriku dan peserta-peserta lain. Parut

doa saudara-mara, sahabat-handai pada betis akibat tusukan serpihan kayu
dan rakyat Malaysia, abang masih sepanjang 9 sentimeter kini menjadi
berdaya meneruskan perlumbaan. tanda kenangan dan akan sentiasa
bersemadi dalam ingatanku.
Zarul Aku berasa sangat bersyukur.
Apakah sebab-musabab abang Walaupun dalam keadaan kecederaan,
bangkit meneruskan perlumbaan aku masih berjaya merangkul pingat
selepas kemalangan walaupun gangsa. Kejayaan ini menghilangkan
dalam keadaan kaki incang-incut? rasa bimbang dan gundah-gulana

Azizul Hasni Awang disebabkan kemalangan itu.

Semasa kejadian, abang langsung Aku juga berjaya membuktikan

tidak terasa akan kesakitannya. semangat “Malaysia Boleh”

Abang tidak menghiraukan suasana di hadapan jutaan penonton

kelam-kabut ketika itu. Tumpuan seluruh dunia.

abang hanya satu, iaitu mahu

meraih pingat untuk negara. Abang

tidak mahu menghampakan Aktiviti
harapan rakyat Malaysia.
• Membina ayat dengan kata

ganda berentak.

Murid membaca, memahami dan menyenaraikan kata ganda berentak dalam teks.

138 5.2.2 Murid membina ayat dengan menggunakan kata yang disenaraikan.

Murid membaca dan memahami bahan bukan sastera untuk memperkaya laras bahasa.

PK: Nilai Murni – Ketabahan Ilmu – Pendidikan Jasmani

Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan luncuran

Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan

Sinar dalam Kegelapan

Zarul perlu menyiapkan tugasan tentang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia.
Dia hendak menulis tentang Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin
Md. Salleh. Dia bercadang untuk menjalankan sesi temu bual dengan balu
kepada Allahyarham, iaitu Yang Berbahagia Datin Hasnah binti Wahab.

Temu bual dengan Waris Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh

Assalamualaikum, Datin. Saya amat berbesar hati kerana Datin sudi berkongsi
cerita tentang Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh. Saya
kagum akan kesungguhan Allahyarham untuk membela masa hadapan
golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Sudah pasti segala jasa Allahyarham
akan dikenang oleh semua lapisan masyarakat.

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi mengetengahkan sumbangan
Allahyarham kepada masyarakat. Semasa hayatnya, Allahyarham tidak
pernah berputus asa untuk mengangkat martabat orang kurang upaya
supaya masa hadapan mereka terbela. Malahan, Allahyarham pernah
mengadakan satu kongres khas bagi mencari jalan untuk mengatasi pelbagai
masalah yang dihadapi oleh golongan OKU.

Bacaan Rencana dalam Majalah

Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh merupakan insan yang luar
biasa. Meskipun cacat penglihatan, beliau berotak cair dan terang hati. Beliau bijak
mengatur langkah kehidupannya sehingga berjaya melangkah ke menara gading.
Beliau mampu menyambung pengajian sehingga peringkat Sarjana dan Doktor
Falsafah dalam bidang ekonomi.
Beliau lantang menyuarakan buah fikiran tentang kedudukan ekonomi dan
sosioekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan beliau banyak bersangkut paut
dengan golongan OKU. Bapa kepada enam orang cahaya mata ini melakar
sejarah sebagai Senator pertama daripada golongan OKU pada tahun
2007. Hasil usahanya, bilangan prasarana untuk golongan OKU semakin
meningkat, khususnya di tempat awam.

Semangat juang Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh
wajar dicontohi oleh generasi muda. Beliau telah membuktikan bahawa
kecacatan bukan alasan untuk tidak berjaya dalam kehidupan.

Aktiviti

• Membina ayat dengan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk

maksud kiasan.

Murid menyebut kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk yang mengandungi maksud kiasan.

Murid membina ayat dengan kata-kata tersebut. 139

5.2.3 Murid membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan bertumpu yang dikemukakan oleh guru.

PK: Nilai Murni – Kegigihan Ilmu – Jati diri

Strategi P & P: KB - Menganalisis BCB – Bacaan imbasan

20UNIT Negara yang Tema 7:
Kusayangi Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Mendengar dan Bertutur

Cintai Malaysia

Murid-murid, tolong senyap Harap cikgu dapat membantu
dan berikan perhatian kami membuat persembahan
terhadap tayangan video ini. bicara berirama bersempena
dengan sambutan Bulan
Baiklah, Hanis. Sila edarkan Kemerdekaan nanti.
skrip ini kepada semua yang Inilah caranya untuk kami
terlibat. Minta mereka hafal dan menunjukkan rasa sayang
hayati skrip itu. kepada negara.

Terima kasih, cikgu. cikgu
tidak jemu untuk memberikan
tunjuk ajar kepada kami.

Skrip Bicara Berirama

Sama-sama. pastikan semua Skrip Peranan
orang hafal skrip ini sebelum Mereka berkata ...
menghadiri latihan esok. tak kenal, maka tak cinta. Ramai-ramai
Wah, cinta? Solo
Aktiviti Ya, cinta. Baris 1
Cintai agama Baris 2 (kanan)
Cintai bangsa Baris 2 (kiri)
Cintai sekolah Baris 3
Oh, lagi? Solo
Cintai negara. Baris 1
Tentu sekali! Baris 3 (kiri)
Kita cinta akan negara. Baris 3 (kanan)
Kita mencintai Malaysia. Ramai-ramai

• Menyatakan permintaan secara bertatasusila.

Murid membaca dan memahami teks.

140 1.4.4 Murid menyatakan permintaan dengan menggunakan ayat yang gramatis serta bahasa badan yang

sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.

PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Kenegaraan dan Kewarganegaraan

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik

Membaca

Program Bulan Kemerdekaan

Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos,
pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Hanis dan
Adrina tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.
Hanis telah menyertai pertandingan mengarang sajak manakala
Adrina pula mengarang cerpen.

Aku Anak Merdeka

Aku Anak Malaysia dsk“BaeibarmuananbytaialomkmleehebmreZepnaneamurrtnrai.gjhaasrnaekpaplinkaarnaeTgupagaruahlkKaitweab,a”anknagytasaanPaagnk gugur
Halim
Aku anak Malaysia yang
Jiwaku merdeka
Hatiku membara Pk p ea e m k rjuHe“MarDadnalaiegmttakuaanknkyaebdanpeirayrkinhdaeyaanliahrgZaadapktiaimtpaanregik.rsaebarcaykatuaapsmikaseuneraltasindumaaaakttueimnrkkiee,etcninkusaa,ia”nd-kgsaaiaahtakukaalunn.
Ingin kuangkat martabat pj u e a n nug“hOdshae,tmudkaatnaugkkaatntid. saakypaewrluarriissia,”uktaetnataZnagmitrui d! Seenmgaanngat
Bumi pertiwi ksbkpk eeeeee mbrs nsueaejeasDdngrijadagiaaaehsriskaaaesgannrbeaeareninandldaengnaasrehaltamhguasiamlihdeurun.uamndp.d Cu,e i endrd r iragaiiatkaaZyrusaeandcmdtteauarrtjkiiruet.aklaamnMktdyaaeeaanmstukkkpmekiepentweiuyrkntaanaaijmihptzheabaananunmtnlknakayyaannaanng
dn dussa e eeana k nttgnay iu ngnaakn“ga“.BreDgmnamagBaigepaemutknuuenraiaucksrtgtaaun,l,ha”ssrgp aha aaskkey,hyaeiacrnakanlmuta.aat.ibIbnmuMZleeamlkauaarrnjhtuadam-igilldannagakrmhj,iehaimd-sm.samyeeaataebnunytrnageddyagrgaaeahanahkaa,i”akakdbaaanaaebnnnnrapaaskmkelammaammgenseeamaelsanmPenrbluduajgaaaneiak,nhkttbautta.ueHamt,rsnasaiaalgallmliayasymhaauna
Aku anak Malaysia
Takkan kutakut
Takkan kugentar
Takkan kugusar
Takkan kumengalah
Demi bangsa
Demi tanah air tercinta

Aku anak Malaysia
Kutitipkan doa
Moga negaraku
Terus terbela
Terus merdeka
Terus berjaya
Dulu, kini dan
selama-lamanya

Aktiviti

• Nyatakan persamaan idea yang terdapat dalam penulisan

kedua-dua teks.

Murid membaca dan memahami teks.

2.6.1 Murid menyatakan persamaan idea yang terdapat dalam hasil penulisan Hanis dan Adrina. 141

Murid membina dan menulis jawapan pemahaman untuk soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.

PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Sejarah

Strategi P & P: KB – Menilai BCB – Bacaan intensif

Menulis

WUQ 3989

Sirih Pulang ke Gagang

Zarul berbual-bual dengan abangnya, Zahari, di dalam bilik. Zahari baru
menamatkan pengajian di negara Jepun. Zarul tertarik akan buku catatan
yang cantik di sebelah katil abangnya. Dia pun meminta kebenaran
abangnya untuk membaca buku catatan tersebut.

Khamis, 30 Julai 2015
Amm lddrAuha iaeapkasknmutaaaadAsbnbhbm, azaya2uepahanrnrusiOmagytynbheugikugakrenoukbotnkshuhikhatdar2aoiananlkn0kankienaym1durena5baanagesntianauarday.jrktuiaauAbmtmkm.akeuAeunprjjkmajaaairukhinynaadmtadjaaueauianmkrnk.hauagpeAunkaanbkamndaauenanmresisabmbwuuakuunntaa-k,naggnkaynaggtfnuiaauyukakhpaphitce-hakbmasna,gauugenina.naragidginlnjmsiigakdabuu-nukebh.iuybe.sA.auruAknarauukgdsnuidtakgidy,int.iaaamsAkkakaibnusumaadajdbaaukianrgunarad-de-smagataidmapabararaaakatri
Ianm tWBAsere enuetkaganisnunlapaaymJ,ruaraaap1pemklmka7ulauuadrabntO.maatuGBgbtbbtpeaeokeauemnresrnmpugapi2galjudauia0ktnaMnlaaa1akghannl5eni,lmgatb-k“iabyhekeanaasuprkkintjeaaaiukgbs.nha.auauAktneran-kimakknunuidabspisapemerrdedmaaenainnnbcrntuaaabemruknuguageleanorgurnriianlaaoaiahnnnrnnaiggdabn,iditkugni-sls,anaaeehenmnprugtaOaaujaakngnrknjaoatekaskbnna,unagdsb.gteiuuhjgralaadaldaanianpnnkn,eeeygssmtaaaeenaeorwigrtladassehbeten-keMtodairatlAiaaarkinShl”ui..
kuHunartetuikakulisbmaesekielkoarnjanjackdit-ialos-nceijbtaaukkaugheumnsytbuaikrraibk.aeAtrkbeualekbtkeitrrkaoesnpaikasdduani gnibgeuguhakrobataatheartcegilnaiatha. .Pbeerrmjaoyhao.nAaknaknu

Aktiviti

• Menulis frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda

secara imlak.

Murid membaca dan mengenal pasti kata ganda yang terdapat dalam petikan.

3.4.2 Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda yang dibaca oleh

142 guru dengan ejaan dan tanda baca yang tepat.

Murid membaca bahan bukan sastera untuk meningkatkan daya fikir secara kritis.

PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Sejarah

Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Mendengar dengan cekap


Click to View FlipBook Version