291 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 291 Malaysia Convention & Exhibition Bureau CARTA 3 PRESTASI PENGGUNAAN DANA SUBVENTION DAN SOKONGAN ACARA BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA BULAN JUN 2022 Sumber: Laporan Peruntukan dan Perbelanjaan MyCEB Nota: (*) - Setakat bulan Jun 2022 iii. Analisis Audit mendapati jumlah peruntukan bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 (tahun semasa) adalah RM32.48 juta dan sejumlah RM20.62 juta (63.5%) telah dibelanjakan untuk penganjuran acara yang diluluskan bagi tempoh tersebut. Baki dana berjumlah RM32.72 juta (50.2%) akan dibelanjakan bagi penganjuran acara yang dirancang dilaksanakan pada tahun 2023 hingga 2029. Analisis Audit seterusnya mendapati prestasi penggunaan dana subvention dan sokongan acara bagi tahun 2019 berjumlah RM5.91 juta (79.8%). Dana bagi tahun tersebut telah dapat dibelanjakan kerana kebanyakan acara berlangsung seperti yang dirancang. Bagaimanapun, bagi tahun 2020 dan 2021, prestasi penggunaan dana adalah rendah iaitu masingmasing berjumlah RM0.11 juta (6%) dan RM0.34 juta (39.1%) disebabkan acara yang dirancang telah ditunda atau dibatalkan akibat pandemik Covid-19. iv. Analisis Audit selanjutnya mendapati lebihan peruntukan yang tidak dibelanjakan pada tahun semasa bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 telah dilaburkan dalam Akaun Simpanan Tetap. Setakat 1 Januari 2021, sejumlah RM105.11 juta baki geran pembangunan disimpan dalam Akaun Simpanan Tetap. Oleh itu, pada 3 Jun 2021, EPU telah mengarahkan MyCEB untuk memulangkan baki peruntukan pembangunan tersebut. Menurut EPU, peruntukan pembangunan hendaklah dibelanjakan berdasarkan kelulusan ke atas perancangan yang dibuat oleh agensi 79.8 6.0 39.1 63.8 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 2019 2020 2021 2022* PERATUS (%)
292 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 292 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau semasa mengemukakan permohonan dan harus dilaksanakan pada tempoh projek/program tersebut diluluskan untuk pelaksanaan sahaja. v. Setakat bulan Jun 2022, sejumlah RM80.50 juta (76.6%) daripada RM105.11 juta baki peruntukan pembangunan telah dipulangkan kepada EPU. Baki peruntukan berjumlah RM24.61 juta (23.4%) telah digunakan oleh MyCEB untuk menampung keperluan belanja mengurus (RM4.61 juta) dan penganjuran Acara Sukan Antarabangsa (RM20 juta). Penggunaan baki peruntukan pembangunan bagi tujuan perbelanjaan mengurus tersebut telah mendapat kelulusan MOF pada 26 Januari 2022 manakala bagi penganjuran Acara Sukan Antarabangsa pada 17 Mac 2022. Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 6 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 Peruntukan pembangunan yang mempunyai komitmen akan disimpan dalam Akaun Simpanan Tetap sehingga program/acara dilaksana dan peruntukan tersebut dibelanjakan. Simpanan tersebut penting bagi memastikan kesemua komitmen sedia ada Kerajaan melalui MyCEB bersama pihak penganjur terjamin tanpa mengganggu perancangan tahun semasa. Pendapat Audit Prestasi penggunaan dana subvention dan sokongan acara melonjak naik pada tahun 2022 setelah pembukaan semula sektor ekonomi dan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19 ditarik balik. b. Prestasi Geran Mengurus i. Manual Polisi dan Prosedur Kewangan MyCEB menghendaki buku belanjawan diselenggarakan untuk memantau perbelanjaan syarikat supaya tidak melebihi peruntukan yang diluluskan. Semakan Audit mendapati jumlah peruntukan mengurus yang dimohon bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 berjumlah RM31.79 juta. Jumlah peruntukan yang diterima daripada MOTAC bagi tempoh yang sama hanya berjumlah RM18.41 juta (57.9%). Pihak MyCEB telah membuat permohonan untuk mendapatkan peruntukan tambahan daripada MOTAC pada tahun 2019 namun tidak diluluskan. Bagaimanapun bagi tahun 2020 dan 2021, permohonan peruntukan tambahan tidak dibuat oleh MyCEB kepada MOTAC. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6.
293 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 293 Malaysia Convention & Exhibition Bureau JADUAL 6 PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS (PENTADBIRAN) MyCEB BAGI TAHUN 2019 HINGGA BULAN JUN 2022 TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN DIMOHON (RM Juta) (a) JUMLAH PERUNTUKAN DITERIMA (RM Juta) (b) PERATUS PERUNTUKAN DITERIMA (%) (c) = (b)/(a) JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS (RM Juta) (d) LEBIHAN PEBELANJAAN MENGURUS (RM Juta) (e) = (b) - (d) LEBIHAN PERBELANJAAN MENGURUS (%) (f) = (e)/(b) 2019 7.50 4.00 53.3 8.26 (4.26) 106.5 2020 7.69 5.00 65.0 8.99 (3.99) 79.8 2021 7.80 4.80 61.5 8.55 (3.75) 78.1 JUMLAH 22.99 13.80 60.3 25.80 (12.00) 2022* 8.80 4.61 52.4 3.91 TB TB JUMLAH KESELURUHAN 31.79 18.41 57.9 29.71 TB TB Sumber: Laporan Peruntukan Mengurus MyCEB Nota: TB - Tidak Berkaitan (*) - Setakat bulan Jun 2022 ii. Analisis Audit berdasarkan Laporan Peruntukan Mengurus MyCEB mendapati jumlah perbelanjaan mengurus sebenar bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 berjumlah RM25.80 juta telah melebihi jumlah peruntukan yang dimohon berjumlah RM22.99 juta. Selain itu, didapati berlaku lebihan perbelanjaan mengurus sejumlah RM12 juta berbanding jumlah peruntukan yang diterima iaitu RM13.80 juta bagi tempoh yang sama. iii. Analisis seterusnya mendapati MyCEB telah menggunakan keuntungan daripada pelaburan dalam Akaun Simpanan Tetap untuk menampung kurangan peruntukan bagi tujuan perbelanjaan mengurus. Pihak Audit mendapati sumber Simpanan Tetap yang menyumbang kepada keuntungan tersebut adalah melalui lebihan dan baki geran pembangunan. iv. Analisis Audit selanjutnya dilaksanakan terhadap penyata kewangan beraudit bagi menilai kedudukan kewangan MyCEB. Syarikat mencatatkan penurunan prestasi kewangan pada tahun 2020 dan 2021 apabila merekodkan kerugian sebelum cukai masing-masing berjumlah RM1.73 juta dan RM1.83 juta berbanding pada tahun 2019. Kerugian ini menyebabkan keuntungan terkumpul pada tahun 2021 berkurang kepada RM3.74 juta. Kurangan peruntukan mengurus yang diterima pada tahun semasa dan pemulangan baki geran pembangunan kepada EPU menyebabkan kedudukan kewangan MyCEB berada pada tahap kurang stabil.
294 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 294 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau v. Kesan daripada pengurangan peruntukan tersebut juga menyebabkan MyCEB tidak dapat beroperasi dengan lebih efektif untuk mengisi kekosongan perjawatan terutama dalam bidang pemasaran serta tidak dapat menyediakan latihan yang bersesuaian kepada kakitangan syarikat. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7, Carta 4 dan Carta 5. JADUAL 7 KEDUDUKAN KEWANGAN MyCEB BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 BUTIRAN 2019 (RM Juta) 2020 (RM Juta) 2021 (RM Juta) Pendapatan 28.12 11.18 7.09 Pendapatan Lain 3.64 2.25 1.92 JUMLAH PENDAPATAN 31.76 13.43 9.01 Perbelanjaan Operasi 23.11 6.17 2.28 Perbelanjaan Pentadbiran 8.26 8.99 8.56 JUMLAH PERBELANJAAN 31.37 15.16 10.84 KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI 0.39 (1.73) (1.83) Cukai (0.11) (0.56) (0.15) KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SELEPAS CUKAI 0.28 (2.29) (1.98) KEUNTUNGAN TERKUMPUL 8.01 5.72 3.74 JUMLAH ASET 102.61 113.59 42.60 JUMLAH LIABILITI 94.60 107.87 38.86 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2019, 2020 dan 2021 CARTA 4 TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 CARTA 5 TREND KEUNTUNGAN/KERUGIAN SEBELUM CUKAI SERTA KEUNTUNGAN TERKUMPUL BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2019, 2020 dan 2021 vi. Analisis Audit selanjutnya dijalankan terhadap aliran tunai MyCEB bagi menilai keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan pembiayaan untuk menampung keperluan perbelanjaan syarikat. Pada akhir tahun kewangan 2021, MyCEB mempunyai tunai dan 31.76 13.43 9.01 31.37 15.16 10.84 0 5 10 15 20 25 30 35 2019 2020 2021 RM Juta Pendapatan Perbelanjaan 0.39 -1.73 -1.83 8.01 5.72 3.74 2019 2020 2021 -4 -2 0 2 4 6 8 10 RM Juta Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai Keuntungan Terkumpul
295 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 295 Malaysia Convention & Exhibition Bureau kesetaraan tunai berjumlah RM37.78 juta dengan pengurangan sejumlah RM51.15 juta (57.5%) berbanding tahun 2020 kesan defisit aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi dan pembiayaan. Defisit aliran tunai bersih daripada operasi pada tahun 2021 berjumlah RM0.96 juta. Perkara ini menunjukkan MyCEB bergantung kepada sumber dalaman yang diperoleh syarikat iaitu melalui penyaluran geran daripada Kerajaan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan operasinya. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8. JADUAL 8 KEDUDUKAN ALIRAN TUNAI MyCEB BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 BUTIRAN 2019 (RM Juta) 2020 (RM Juta) 2021 (RM Juta) Aliran Tunai Bersih Daripada Aktiviti Operasi (0.51) (1.85) (0.96) Aliran Tunai Bersih Daripada Aktiviti Pelaburan 65.06 (20.90) 18.88 Aliran Tunai Bersih Daripada Aktiviti Pembiayaan 14.53 13.03 (69.07) TAMBAHAN/(KURANGAN) TUNAI BERSIH DAN KESETARAAN TUNAI 79.08 (9.72) (51.15) TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 19.57 98.65 88.93 TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 98.65 88.93 37.78 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2019, 2020 dan 2021 Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 6 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 Perbelanjaan mengurus MyCEB melebihi peruntukan yang dimohon dan diterima berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya bagi menampung bayaran emolumen dan pengurusan operasi syarikat. Kerugian akibat kemerosotan nilai hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM465,584 kerana perpindahan lokasi pejabat serta pemulangan semula yuran penyertaan pameran perdagangan berjumlah RM431,000 juga turut menyumbang kepada tambahan perbelanjaan syarikat. MyCEB telah menggunakan keuntungan daripada Akaun Simpanan Tetap bagi menampung perbelanjaan tersebut berdasarkan arahan daripada pihak MOTAC dan telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah. MyCEB berharap peruntukan mengurus diberi oleh MOTAC mengikut yang dimohon kerana MyCEB adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak berorientasikan keuntungan. MyCEB juga telah mengambil langkah-langkah penjimatan perbelanjaan antaranya pemindahan lokasi pejabat bagi mengurangkan kos sewaan; menyelaras semula kemudahan insurans perubatan kakitangan syarikat;
296 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 296 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau menggunakan sosial media dan platform digital bagi tujuan pemasaran dan komunikasi; serta menghentikan penggunaan Marketing Representatives di pasaran Eropah dan China. Bagi tahun 2022, MyCEB tidak diberikan peruntukan perbelanjaan mengurus dan telah mengemukakan permohonan untuk menggunakan lebihan peruntukan one-off MOTAC berjumlah RM4.61 juta. Permohonan ini telah diluluskan oleh MOF pada 26 Januari 2022. MyCEB juga telah mengemukakan permohonan peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus berjumlah RM4.19 juta kepada MOTAC pada 17 Ogos 2022 dan masih dalam tindakan pihak MOTAC dan MOF. Pendapat Audit Prestasi penggunaan geran mengurus adalah kurang memuaskan. Perbelanjaan mengurus syarikat yang melebihi permohonan dan peruntukan yang diterima telah menyumbang kepada ketidakstabilan kedudukan kewangan MyCEB. Syarikat juga mencatat penurunan keuntungan terkumpul dan baki tunai berikutan geran yang diterima daripada Kerajaan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan syarikat. 5.1.1.3. Prestasi Pembidaan Penganjuran Acara a. Pembidaan merupakan aktiviti bagi meyakinkan penganjur untuk memilih Malaysia berbanding negara lain sebagai destinasi pilihan untuk mesyuarat, insentif, konvensyen, pameran dan Acara Sukan Antarabangsa. Bantuan yang diberikan meliputi khidmat nasihat, penyelarasan antara penganjur dengan persatuan/agensi berkaitan dan penyediaan strategi bidaan. b. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022, MyCEB telah menyertai 141 aktiviti bidaan yang melibatkan Acara Perniagaan. Daripada jumlah tersebut, 86 (61%) acara telah berjaya dibida manakala 55 (39%) tidak berjaya dibida. Kos bagi tujuan bidaan untuk tempoh tersebut berjumlah RM1.33 juta termasuk RM237,939 yang merupakan kos bagi aktiviti bidaan yang tidak berjaya dimenangi oleh MyCEB. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 9.
297 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 297 Malaysia Convention & Exhibition Bureau JADUAL 9 PENCAPAIAN AKTIVITI BIDAAN BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 30 JUN 2022 TAHUN BIL. BIDAAN BIDAAN BERJAYA BIDAAN TIDAK BERJAYA KOS BAGI BIDAAN YANG BERJAYA (RM) KOS BAGI BIDAAN YANG TIDAK BERJAYA (RM) JUMLAH KOS BIDAAN BIL. (%) BIL. (%) (RM) 2019 64 38 59.4 26 40.6 1,062,514 100,107 1,162,621 2020 32 18 56.3 14 43.7 25,584 51,726 77,310 2021 35 25 71.4 10 28.6 8,800 83,182 91,982 2022* 10 5 50.0 5 50.0 0 2,924 2,924 JUMLAH 141 86 61.0 55 39.0 1,096,898 237,939 1,334,837 Sumber: Bahagian Konvensyen & Pameran, MyCEB Nota: (*) - Setakat bulan Jun 2022 c. Analisis Audit mendapati bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022, 86 daripada 141 bidaan telah berjaya dengan kos berjumlah RM1.09 juta. Peratus pencapaian aktiviti bidaan adalah antara 50% hingga 71.4%. Keadaan ini antaranya disebabkan faktor kemudahan lokasi acara yang tidak bersesuaian mengikut kriteria yang ditetapkan oleh penganjur, penggiliran negara yang membuat penganjuran acara dan pandemik Covid-19. d. Analisis Audit terhadap Laporan Aktiviti Pembidaan MyCEB bagi tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 mendapati anggaran impak ekonomi kepada negara daripada aktiviti bidaan yang berjaya berjumlah RM424.96 juta manakala bagi aktiviti bidaan yang tidak berjaya berjumlah RM642.71 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 10. JADUAL 10 ANGGARAN IMPAK EKONOMI NEGARA DARIPADA AKTIVITI BIDAAN TAHUN ANGGARAN IMPAK EKONOMI (RM Juta) BIDAAN BERJAYA BIDAAN TIDAK BERJAYA 2019 162.50 322.23 2020 33.50 164.80 2021 167.04 81.88 2022* 61.92 73.80 JUMLAH 424.96 642.71 Sumber: Bahagian Konvensyen & Pameran, MyCEB Nota: (*) - Setakat bulan Jun 2022 Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 6 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 Kebanyakan acara telah ditangguhkan, dibatalkan dan diadakan secara dalam talian kesan daripada pandemik Covid-19 dan secara tidak langsung turut
298 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 298 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau memberi kesan kepada proses pembidaan acara. Perkara ini juga menyebabkan jumlah acara yang boleh dibida berkurangan dan merupakan faktor di luar kawalan syarikat. Pendapat Audit Prestasi pembidaan penganjuran acara yang berjaya adalah rendah iaitu antara 50% hingga 71.4% daripada keseluruhan bilangan bidaan disebabkan kemudahan lokasi acara yang tidak bersesuaian, penggiliran negara yang membuat penganjuran acara dan kesan pandemik Covid-19. 5.1.2. Pencapaian Keberhasilan Prestasi pencapaian keberhasilan dinilai daripada aspek sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Strategik MyCEB iaitu “Malaysia’s Business Events Roadmaps – Charting Malaysia’s Journey to 2020 and Beyond” dan “Malaysia Business Events Strategic Marketing Plan 2021-2030”. Selain itu, pencapaian keberhasilan dari aspek Kesan Pulangan Ekonomi Kepada Negara juga dinilai. 5.1.2.1. Pelaksanaan dan Pencapaian Pelan Strategik MyCEB a. Pelan Strategik MyCEB iaitu “Malaysia’s Business Events Roadmaps – Charting Malaysia’s Journey to 2020 and Beyond” yang merangkumi tempoh lima tahun bermula tahun 2016 hingga tahun 2020 telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 20 September 2016. Pelan ini antara lain menetapkan sasaran yang perlu dicapai pada tahun 2020 dalam Acara Perniagaan iaitu meningkatkan pendapatan negara kasar kepada RM3.900 bilion, menerima kedatangan 2.9 juta orang delegasi antarabangsa dan menyediakan sebanyak 16,720 peluang pekerjaan. b. Pada bulan April 2021, MyCEB telah melancarkan “Malaysia Business Events Strategic Marketing Plan 2021-2030” sebagai Pelan Strategik syarikat. Pelan ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah pada 11 Mac 2021. Antara sasaran utama pelan ini adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama Acara Perniagaan dan Acara Sukan Antarabangsa pilihan dunia. Menjelang tahun 2030, pelan ini menyasarkan jumlah delegasi antarabangsa terkumpul yang hadir ke Malaysia seramai 5.9 juta orang dengan anggaran kesan pulangan ekonomi berjumlah RM42.120 bilion. c. MCCG 2021 amalan 1.1, panduan G1.1 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah memantau pelaksanaan Pelan Strategik syarikat bagi memastikan
299 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 299 Malaysia Convention & Exhibition Bureau syarikat beroperasi selaras dengan objektif penubuhannya. Semakan Audit terhadap minit mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 mendapati tiada bukti menunjukkan pelaksanaan dan pencapaian kedua-dua Pelan Strategik MyCEB dibincang, dipantau atau dinilai oleh Lembaga Pengarah terhadap sasaran yang ditetapkan. 5.1.2.2. Kesan Pulangan Ekonomi Kepada Negara a. MyCEB berperanan untuk memperkukuhkan jenama Malaysia sebagai destinasi Acara Perniagaan unggul di rantau ini dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan ketibaan pelancong asing dan memberi impak ekonomi atau daya pengganda kepada ekonomi tempatan. MyCEB tidak menetapkan sasaran kesan pulangan ekonomi kepada negara namun trend pencapaian telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan MyCEB pada setiap tahun. b. Semakan Audit terhadap Laporan Tahunan MyCEB mendapati kesan pulangan ekonomi kepada negara menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Pada tahun 2019, kesan pulangan ekonomi kepada negara ialah berjumlah RM4.390 bilion berbanding RM1.110 bilion pada tahun 2020 dan RM537.54 juta pada tahun 2021. Faktor penurunan ketara ini disebabkan kesan pandemik Covid-19. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 6. CARTA 6 TREND KESAN PULANGAN EKONOMI KEPADA NEGARA Sumber: Laporan Tahunan MyCEB 4.390 1.110 0.538 0.000 0.500 1.000 1.500 2.000 2.500 3.000 3.500 4.000 4.500 5.000 2019 2020 2021 RM Bilion
300 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 300 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 12 Disember 2022 dan 4 Januari 2023 Penilaian pencapaian Pelan Strategik “Malaysia Business Events Strategic Marketing Plan 2021-2030” akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MyCEB pada 17 Januari 2023. MyCEB juga dalam proses membangunkan Dashboard bagi memastikan tujuan pemantauan dan penilaian pencapaian Pelan Strategik Tahun 2021-2030 dapat dibuat secara tahunan dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2023. Bagi penilaian Pelan Strategik “Malaysia’s Business Events Roadmaps – Charting Malaysia’s Journey to 2020 and Beyond”, pemantauan hanya dibuat melalui pencapaian KPI secara keseluruhan. Laporan Tahunan MyCEB melaporkan penurunan yang ketara kesan pulangan ekonomi kepada negara adalah disebabkan penutupan pintu sempadan negara dan acara yang dirancang telah ditunda atau dibatalkan akibat pandemik Covid-19. Pendapat Audit Pelan Strategik MyCEB yang tidak dinilai dan dipantau oleh Lembaga Pengarah menyebabkan pencapaian keberhasilan syarikat tidak dapat ditentukan. Selain itu, penurunan ketara pulangan ekonomi kepada negara pada tahun 2020 dan 2021 adalah disebabkan kesan pandemik Covid-19. 5.2. Pengurusan Aktiviti Subvention dan Sokongan Acara Pengurusan aktiviti subvention dan sokongan acara dinilai berdasarkan aspek permohonan dan kelulusan dana; bayaran dana kepada penganjur; bantuan kewangan Program Realiti TV - The Challenger 2022; dan pemantauan penganjuran acara. 5.2.1. Permohonan dan Kelulusan Dana a. Berdasarkan SOP Subvention SA028–REV 5, MyCEB hendaklah menjalankan tapisan awal terlebih dahulu terhadap penganjur yang layak sebelum penganjur dibenarkan membuat permohonan. Semakan Audit mendapati rekod berkaitan tapisan awal sebelum penganjur dibenarkan membuat permohonan subvention dan sokongan acara tidak diselenggarakan oleh MyCEB. Rekod berkaitan hanya diselenggarakan untuk penganjur yang layak dan melepasi tapisan awal sahaja sebelum ditawarkan permohonan. Oleh itu, bilangan sebenar penganjur yang memohon bantuan subvention dan sokongan acara daripada MyCEB tidak dapat ditentukan.
301 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 301 Malaysia Convention & Exhibition Bureau b. Analisis Audit mendapati bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022, MyCEB telah meluluskan sejumlah RM65.20 juta bantuan subvention dan sokongan acara bagi 358 acara. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11. JADUAL 11 JUMLAH DANA SUBVENTION DAN SOKONGAN ACARA YANG TELAH DILULUSKAN BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA BULAN JUN 2022 TAHUN 2019 2020 2021 2022* JUMLAH KESELURUHAN Bilangan Acara yang Diluluskan 225 33 53 47 358 Jumlah Dana yang Diluluskan (RM Juta) 23.98 6.66 8.16 26.40 65.20 Sumber: Laporan Kelulusan Dana Subvention dan Sokongan Acara MyCEB Nota: (*) - Setakat bulan Jun 2022 c. Berdasarkan SOP Subvention SA028–REV 5, Perjanjian Subvention hendaklah ditandatangani dalam tempoh 30 hari selepas Surat Pengesahan Sokongan Subvention ditandatangani oleh penganjur. MyCEB dan penganjur akan menandatangani Perjanjian Subvention bagi acara yang mendapat bantuan subvention dan Letter of Agreement bagi sokongan acara. d. Semakan telah dijalankan terhadap 40 daripada 80 sampel fail acara yang mendapat bantuan subvention daripada MyCEB. Semakan mendapati 20 (50%) daripada 40 sampel Perjanjian Subvention telah lewat ditandatangani. Tempoh yang diambil untuk menandatangani perjanjian adalah antara 10 hingga 296 hari daripada Surat Pengesahan Sokongan Subvention ditandatangani oleh penganjur. Perkara ini berlaku disebabkan dokumen perjanjian lewat dikemukakan oleh penganjur kepada pihak MyCEB. Perjanjian Subvention yang lewat ditandatangani boleh menyebabkan syarat dan terma perjanjian tidak dapat dikuatkuasakan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran oleh pihak penganjur. Selain itu, tempoh pemprosesan bagi 16 sampel perjanjian pula tidak dapat ditentukan kerana tiada tarikh tandatangan pada Surat Pengesahan Sokongan Subvention dan perjanjian tersebut tidak dilengkapkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12. JADUAL 12 TEMPOH KELEWATAN MENANDATANGANI PERJANJIAN SUBVENTION TEMPOH KELEWATAN MENANDATANGANI PERJANJIAN (Hari) BIL. FAIL PERJANJIAN 10 - 100 7 101 - 200 8 201 - 300 5 JUMLAH 20 Sumber: Surat Pengesahan Sokongan Subvention Terima dan Perjanjian Subvention
302 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 302 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 6 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 Berdasarkan SOP yang digunakan, hanya permohonan yang menepati kriteria akan diproses dan dimasukkan ke dalam Sistem CRM. Semua permohonan yang tidak layak dalam tapisan awal tidak akan dimasukkan ke dalam sistem. MyCEB telah mengambil tindakan dengan mengemas kini maklumat semua permohonan yang dibuat ke dalam Sistem CRM pada 6 Disember 2022. Secara umumnya, kelewatan penganjur menandatangani Perjanjian Subvention disebabkan beberapa faktor antaranya penganjur memerlukan masa yang lama kerana pegawai hanya bertugas secara sukarela, penganjur mempunyai unit perundangan yang tersendiri serta memerlukan banyak masa bagi tujuan semakan perjanjian terutama yang melibatkan undang-undang antarabangsa. Bagi tujuan penambahbaikan, MyCEB akan memastikan setiap Surat Pengesahan Sokongan Subvention ditandatangani dengan lengkap oleh penganjur. Amaran peringatan juga akan dikeluarkan melalui Sistem CRM bagi membolehkan pegawai MyCEB membuat susulan terhadap perjanjian yang perlu ditandatangani oleh penganjur. Pendapat Audit Pengurusan aktiviti subvention dan sokongan acara bagi aspek permohonan kelulusan dana dan pengurusan perjanjian penganjuran adalah kurang cekap. Ketiadaan rekod permohonan yang lengkap menyebabkan bilangan penganjur yang memohon bantuan subvention dan sokongan acara tidak dapat ditentukan bagi menilai tahap kecekapan syarikat berkaitan perkara ini. 5.2.2. Bayaran Dana Kepada Penganjur 5.2.2.1. Bayaran Penganjuran Acara a. Berdasarkan klausa 3.1 Perjanjian Subvention, pihak penganjur hendaklah menuntut perbelanjaan yang telah dibuat sehingga 50% bantuan subvention sebelum acara berlangsung. Perkara yang boleh dituntut adalah bayaran bagi tujuan pemasaran, promosi dan deposit sewaan lokasi. b. Semakan Audit mendapati pihak penganjur telah menuntut perbelanjaan pemasaran dan promosi bagi enam acara berjumlah RM459,469 daripada MyCEB sebelum acara dilaksanakan. MyCEB telah menjelaskan tuntutan pihak penganjur tersebut selaras dengan ketetapan dalam perjanjian. Semakan
303 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 303 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Audit selanjutnya mendapati berdasarkan permohonan penganjuran acara, kesemua acara tersebut akan diadakan secara fizikal. Bagaimanapun, didapati enam acara tersebut yang berlangsung pada tahun 2020 dan 2021 telah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya disebabkan pandemik Covid-19. Penganjur telah memohon kepada MyCEB untuk tidak memulangkan bayaran yang telah diterima kerana perbelanjaan pemasaran dan promosi telah dibuat sebelum acara berlangsung. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 13. JADUAL 13 BAYARAN YANG DIBUAT BAGI ACARA YANG BERLANGSUNG SECARA DALAM TALIAN SEPENUHNYA BIL. NAMA ACARA TARIKH ACARA JUMLAH SUBVENTION DILULUSKAN (RM) BAYARAN YANG TELAH DIBUAT TARIKH JUMLAH (RM) 1. World Tunnel Congress 2020 & 46th ITA-AITES General Assembly 2020 11.09.2020 hingga 17.09.2020 500,000 24.07.2019 52,461 19.03.2019 110,744 08.08.2018 510 JUMLAH 163,715 2. Congress of Toxicology in Developing Countries (CTDCXI) 2021 13.06.2021 hingga 16.06.2021 120,000 12.09.2019 14,170 12.09.2019 13,726 21.08.2018 2,742 21.08.2018 2,934 07.08.2018 120 JUMLAH 33,692 3. Asian Oceanian Congress of Radiology – AOCR 2021 01.07.2021 hingga 04.07.2021 550,000 29.11.2019 1,123 27.11.2019 9,559 10.07.2018 25,328 24.08.2017 550 JUMLAH 36,560 4. 57th IFLA World Congress and IFLA 2020 World Landscape Architects Summit 18.08.2021 hingga 22.08.2021 300,000 17.07.2020 10,515 13.09.2020 41,718 JUMLAH 52,233 5. Asia Pacific Digestive Week 2021 19.08.2021 hingga 22.08.2021 750,000 09.01.2020 9,381 16.08.2019 96,206 23.07.2019 10,157 02.04.2019 6,775 15.03.2018 750 JUMLAH 123,269 6. 30th Pan Pacific Congress of Real Estate Appraisers, Values and Counsellors 04.10.2021 hingga 05.10.2021 100,000 11.12.2019 5,752 01.07.2019 4,045 25.02.2019 5,470 22.01.2019 30,926 06.03.2018 3,807 JUMLAH 50,000 JUMLAH KESELURUHAN 2,320,000 459,469 Sumber: Baucar Bayaran dan Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MyCEB
304 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 304 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau c. Semakan Audit selanjutnya mendapati MyCEB telah membuat permohonan kepada EPU pada 6 September 2021 bagi membolehkan penganjuran acara dibuat secara dalam talian sepenuhnya. Namun, permohonan ini dibuat hanya selepas lima daripada enam acara tersebut telah dilaksanakan secara dalam talian. EPU melalui surat bertarikh 14 September 2021 tidak meluluskan permohonan tersebut. Menurut EPU, pelaksanaan acara secara dalam talian adalah tidak selaras dengan objektif asal program iaitu untuk memperkukuhkan jenama Malaysia sebagai destinasi Acara Perniagaan dan secara tidak langsung menyumbang kepada ketibaan pelancong asing ke Malaysia. d. Permohonan penganjur untuk tidak memulangkan bayaran yang diterima telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MyCEB pada 13 Disember 2021. Lembaga Pengarah telah meluluskan kesemua permohonan bagi enam acara yang telah dilaksanakan. Semakan Audit selanjutnya mendapati SOP berkaitan tuntutan bagi penganjuran acara yang berlangsung secara dalam talian tidak disediakan. Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 6 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 Bayaran pendahuluan bagi enam acara tersebut telah dibuat kepada pihak penganjur berdasarkan perjanjian dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum pandemik berlaku. MyCEB telah membentangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 50 pada 13 Disember 2021 bagi mendapatkan pandangan Lembaga Pengarah tentang bayaran yang telah dibuat. Keputusan EPU supaya MyCEB tidak menyokong acara secara dalam talian juga turut dimaklumkan pada mesyuarat tersebut. Lembaga Pengarah telah membuat keputusan supaya MyCEB tidak menuntut semula bayaran yang telah dibuat kepada penganjur kerana aktiviti tersebut telah dilaksanakan sebelum pandemik. MyCEB akan memaklumkan perkara ini kepada pihak EPU. Klausa tidak membenarkan penganjuran acara secara dalam talian juga telah dimasukkan ke dalam SOP MyCEB. Pendapat Audit MyCEB telah menguruskan bayaran penganjuran acara dengan cekap. Namun, terdapat enam acara yang dilaksanakan oleh penganjur secara dalam talian sepenuhnya kerana sekatan kawalan pergerakan telah menerima bayaran.
305 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 305 Malaysia Convention & Exhibition Bureau 5.2.2.2. Bayaran Akhir Tuntutan a. Berdasarkan klausa 4 Perjanjian Subvention, bayaran akhir tuntutan hendaklah dibuat kepada penganjur dalam tempoh 90 hari selepas acara berlangsung iaitu tarikh akhir perjanjian berkuat kuasa. Berdasarkan SOP Reimbursement for Subvention & Event Support ES004 perenggan 3, sekiranya penganjur ingin melanjutkan tempoh tuntutan akhir bayaran balik, rayuan secara rasmi hendaklah dibuat kepada pihak pengurusan MyCEB. Pengurusan MyCEB boleh melanjutkan tempoh tuntutan tersebut sehingga sembilan bulan selepas tarikh asal perjanjian tamat. b. Semakan Audit terhadap sampel 80 fail subvention dan sokongan acara mendapati bayaran bagi enam acara berjumlah RM1.43 juta telah dibuat selepas tempoh perjanjian tamat. Tempoh pembayaran dibuat antara 32 hingga 168 hari selepas tarikh tamat perjanjian. Semakan juga mendapati tiada sebarang surat rayuan lanjutan masa dibuat oleh penganjur bagi melanjutkan tempoh tuntutan. Bayaran yang dibuat selepas tempoh perjanjian tamat boleh menyebabkan terma perjanjian tidak dapat dikuatkuasakan sekiranya terdapat pelanggaran oleh penganjur. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 14. JADUAL 14 BAYARAN SUBVENTION YANG DIBUAT SELEPAS TEMPOH PERJANJIAN TAMAT BIL. NAMA ACARA/ TARIKH TEMPOH PERJANJIAN TARIKH TAMAT PERJANJIAN JUMLAH SUBVENTION DILULUSKAN (RM Juta) BAYARAN SUBVENTION TERAKHIR TEMPOH BAYARAN SELEPAS PERJANJIAN TAMAT (Hari) TARIKH JUMLAH (RM Juta) 1. 10th Global Freight Forwarders Conferences 2019/ 24.04.2019 hingga 26.04.2019 21.02.2019 - 26.07.2019 26.07.2019 0.15 24.09.2019 0.08 60 2. Powergen Asia 2019/ 03.09.2019 hingga 05.09.2019 13.05.2019 - 05.12.2019 05.12.2019 0.80 02.03.2020 0.58 88 3. GSMA Wholesale Agreement and Solutions Group Conference 2019/ 08.04.2019 hingga 11.04.2019 25.03.2019 - 11.07.2019 11.07.2019 0.25 15.07.2019 0.24 76 4. GOIFEX 2019/ 08.11.2019 hingga 10.11.2019 01.11.2019 - 10.02.2020 10.02.2020 0.10 04.05.2020 0.09 84 5. 29th International Congress for Conservation Biology 2019/ 22.04.2019 hingga 26.04.2019 07.06.2017 - 26.10.2019 26.10.2019 0.50 27.11.2019 0.27 32
306 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 306 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau BIL. NAMA ACARA/ TARIKH TEMPOH PERJANJIAN TARIKH TAMAT PERJANJIAN JUMLAH SUBVENTION DILULUSKAN (RM Juta) BAYARAN SUBVENTION TERAKHIR TEMPOH BAYARAN SELEPAS PERJANJIAN TAMAT (Hari) TARIKH JUMLAH (RM Juta) 6. Asia Pacific Association for International Education (APAIE) Conference and Exhibition 2019/ 25.03.2019 hingga 28.03.2019 16.01.2018 - 28.06.2019 28.06.2019 0.40 13.12.2019 0.17 168 JUMLAH 1.43 Sumber: Baucar Bayaran & Perjanjian Subvention MyCEB c. Pihak Audit dimaklumkan oleh pegawai Unit Sokongan Acara MyCEB bahawa dokumen tuntutan bayaran telah diterima dalam tempoh perjanjian berkuat kuasa. Bagaimanapun, dokumen yang dikemukakan tidak lengkap dan memerlukan dokumen sokongan tambahan menyebabkan bayaran dibuat setelah tempoh perjanjian tamat. Namun, pihak Audit tidak dikemukakan sebarang bukti mengenai dokumen sokongan yang tidak lengkap tersebut dan MyCEB juga tidak merekodkan tarikh dokumen tuntutan diterima daripada pihak penganjur. Semakan Audit terhadap minit Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 mendapati perkara ini tidak dilaporkan untuk makluman atau perbincangan Lembaga Pengarah MyCEB. Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 12 Disember 2022 dan 4 Januari 2023 Sebagai langkah penambahbaikan, MyCEB telah menyediakan borang untuk penganjur yang ingin memohon pelanjutan tempoh bagi membuat tuntutan bayaran balik (reimbursement). Kelulusan permohonan akan dipertimbangkan dengan menggunakan borang yang sama bagi melancarkan urusan bayaran balik. Penambahbaikan ini telah mula berkuat kuasa pada 30 September 2022 dan telah dimasukkan dalam SOP MyCEB. Borang lanjutan masa ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 17 Januari 2023. MyCEB juga telah menggunakan cop tarikh terima bagi setiap dokumen yang diterima bermula pada 20 Ogos 2022 dan tarikh terimaan dokumen juga telah direkodkan mulai 6 Disember 2022.
307 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 307 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Pendapat Audit MyCEB kurang cekap dalam menguruskan bayaran akhir tuntutan kepada penganjur kerana bayaran enam acara telah dibuat selepas perjanjian tamat. 5.2.3. Bantuan Kewangan Program Realiti TV – The Challenger 2022 a. Program Realiti TV – The Challenger 2022 merupakan Acara Sukan Antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan A dan mendapat bantuan subvention berjumlah RM15 juta daripada MyCEB. Bantuan subvention bagi penganjuran acara tersebut menggunakan baki peruntukan pembangunan MyCEB di bawah RMKe-11. Kelulusan penggunaan peruntukan telah diperoleh daripada MOF pada 17 Mac 2022 setelah mendapat sokongan daripada EPU pada 15 Februari 2022. Jawatankuasa Subvention telah meluluskan bantuan subvention bagi program tersebut pada 25 Mac 2022. Berdasarkan Perjanjian Subvention antara MyCEB dan penganjur, proses penggambaran program akan bermula pada bulan Jun 2022 dan akan ditayangkan di AXN, Prime Time pada bulan Oktober 2022. b. Berdasarkan klausa 4.1(ii)(q) Perjanjian Subvention, semua dokumen sokongan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada MyCEB bagi tujuan tuntutan bayaran balik sebelum tarikh luput perjanjian. Antara dokumen yang perlu disertakan adalah invois berkaitan perkhidmatan, bukti promosi dan pemasaran acara serta resit bagi pembayaran yang telah dibuat oleh penganjur kepada pihak yang berkenaan. Perenggan 2, Garis Panduan Bayaran MyCEB juga menyatakan penganjur perlu mengemukakan bukti pengiklanan dan promosi acara yang telah dibuat, invois pembelian tiket kapal terbang peserta dan gambar program promosi yang telah diadakan. c. Semakan Audit mendapati tuntutan bayaran dibuat oleh Persatuan A selaku penganjur acara. Persatuan A seterusnya akan membuat bayaran kepada pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan berdasarkan tuntutan yang dibuat. Setakat 30 Jun 2022, sejumlah RM11.93 juta telah dibayar kepada Persatuan A. Semakan terhadap dua baucar bayaran acara Program Realiti TV - The Challenger 2022 berjumlah RM11.93 juta mendapati pembayaran yang dibuat tidak disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap. Resit pembayaran commitment fee kepada Persatuan Antarabangsa B berjumlah RM4.81 juta tidak disertakan bersama tuntutan yang dibuat pada 31 Mac 2022 oleh Persatuan A kepada MyCEB sebagai bukti bayaran tetapi hanya dikemukakan pada 4 November 2022. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 15.
308 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 308 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau JADUAL 15 BAYARAN BAGI PROGRAM REALITI TV – THE CHALLENGER 2022 YANG TIDAK DISOKONG DENGAN DOKUMEN SOKONGAN YANG LENGKAP PERIHAL BAYARAN JUMLAH (RM Juta) TARIKH BAYARAN PENERIMA DOKUMEN SOKONGAN TIDAK LENGKAP Bayaran Tajaan International Federation Commitment Fee bagi Program The Challenger TV Series dan Grand Finale 4.81 31.03.2022 Persatuan A Resit bayaran commitment fee kepada Persatuan Antarabangsa B. Bayaran Tajaan untuk Program The Challenger 2022 7.12 05.05.2022 Resit bayaran sewaan lokasi acara, bukti pembelian tiket kapal terbang, bayaran penginapan serta perjanjian antara Persatuan A dan syarikat produksi. JUMLAH 11.93 Sumber: Baucar Bayaran MyCEB d. Semakan Audit mendapati Persatuan A telah membuat pembayaran kepada syarikat produksi penggambaran berjumlah RM7.12 juta pada 5 Mei 2022 bagi kerja dan sewaan lokasi penggambaran, bayaran tiket kapal terbang dan penginapan krew produksi hanya berdasarkan invois tuntutan. Semakan Audit seterusnya mendapati dokumen sokongan lain seperti resit bayaran sewaan lokasi, bukti pembelian tiket kapal terbang, bayaran penginapan serta perjanjian antara Persatuan A dan syarikat produksi tidak disertakan bersama tuntutan yang dibuat. Dokumen tersebut hanya dikemukakan kepada MyCEB pada 9 Disember 2022. Perkara ini berlaku kerana ketiadaan SOP berkaitan Acara Sukan Antarabangsa menyebabkan proses pengurusan dan pemantauan acara tidak dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang betul dan teratur. e. Berdasarkan Minit Mesyuarat Kumpulan Kerja antara MyCEB dan Persatuan A pada 8 Jun 2022, MyCEB telah memohon Persatuan A mengemukakan dokumen sokongan terperinci bagi tuntutan yang telah dibuat serta laporan terkini status program dan kerja penggambaran yang berlangsung. Persatuan A memaklumkan proses penggambaran program seperti penyediaan lokasi serta pemilihan rakaman telah bermula pada bulan Jun dan Julai 2022 di Pulau Langkawi, Kedah. Sehingga 15 September 2022, dokumen dan laporan status kemajuan program masih belum dikemukakan oleh Persatuan A kepada MyCEB. f. Pihak Audit telah menjalankan lawatan fizikal bagi mengesahkan acara yang berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 2022 di Pulau Langkawi, Kedah. Pemeriksaan Audit di lokasi penginapan, latihan peserta dan penggambaran Program Realiti TV - The Challenger 2022 mendapati program penggambaran
309 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 309 Malaysia Convention & Exhibition Bureau yang melibatkan 12 peserta antarabangsa masih berjalan di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Program penggambaran yang melibatkan lapan episod juga telah bermula pada 8 Oktober 2022 dan selesai pada 11 November 2022. Butiran lanjut adalah seperti dalam Gambar 1 hingga Gambar 4. GAMBAR 1 GAMBAR 2 Loft Villa Reality, Pulau Langkawi, Kedah - Lokasi latihan peserta Program The Challenger 2022 (12.10.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Loft Villa Reality, Pulau Langkawi, Kedah - Peserta Program The Challenger 2022 sedang mengadakan latihan sebelum sesi pertarungan (12.10.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) GAMBAR 3 GAMBAR 4 Stadium Futsal, Kompleks Sukan Pulau Langkawi, Kedah - Proses persediaan penggambaran pertarungan Program The Challenger 2022 (12.10.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Stadium Futsal, Kompleks Sukan Pulau Langkawi, Kedah - Pentas pertarungan Program The Challenger 2022 (12.10.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) g. Berdasarkan kontrak perjanjian, Program Realiti TV - The Challenger 2022 akan ditayangkan di AXN, Prime Time pada bulan Oktober 2022. Semakan Audit mendapati sehingga 13 Oktober 2022, proses penggambaran masih berlangsung dan tiada sebarang surat makluman atau penangguhan tayangan program diterima oleh MyCEB daripada Persatuan A.
310 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 310 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 12 Disember 2022 dan 4 Januari 2023 Resit pembayaran commitment fee bertarikh 10 April 2022 telah diterima pada 4 November 2022 oleh MyCEB. Dokumen sokongan lain seperti resit bayaran sewaan lokasi, bukti pembelian tiket kapal terbang, bayaran penginapan serta perjanjian antara Persatuan A dan syarikat produksi telah diterima pada 9 Disember 2022. Dokumen berkaitan Jadual Penggambaran telah diterima pada 14 September 2022 manakala Laporan Status Kemajuan Program Penggambaran sedang disediakan oleh Persatuan A. Kelewatan penyediaan laporan tersebut disebabkan perubahan jadual penggambaran, faktor cuaca yang tidak menentu dan bilangan kakitangan Persatuan A yang terhad. MyCEB juga telah mengambil tindakan bagi mendapatkan dokumen berkaitan antaranya mengadakan sesi perbincangan dengan Persatuan A pada 14 September, 10 November dan 21 November 2022 serta lawatan kerja oleh pegawai MyCEB bersama pegawai JAN ke lokasi penggambaran di Pulau Langkawi, Kedah. Berdasarkan surat Persatuan A bertarikh 20 November 2022, perubahan jadual penggambaran disebabkan oleh kelewatan Persatuan A menandatangani kontrak perjanjian dengan pihak Kerajaan. Kelewatan tersebut juga menyebabkan jadual prapenggambaran tidak dapat dimuktamadkan antara pihak Persatuan A, Persatuan Antarabangsa B dan syarikat produksi. MyCEB telah meminta Persatuan A untuk mengemukakan surat pemakluman atau penangguhan tayangan program dan perjanjian tambahan secara rasmi pada 8 November 2022. Surat susulan kepada Persatuan A supaya mengemukakan permohonan penangguhan dengan segera juga telah dikeluarkan pada 6 Disember 2022. Perjanjian tambahan ditandatangani oleh kedua pihak pada 13 Disember 2022. Mengikut perjanjian, program tersebut akan ditayangkan di rangkaian Discovery, Discovery+ dan HBO Go mulai bulan Mei hingga Julai 2023. SOP Acara Sukan Antarabangsa termasuk aktiviti pemantauan acara yang disokong sedang dikemas kini oleh MyCEB. Sesi libat urus dengan pihak terlibat juga akan diadakan sebelum SOP tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan pada 17 Januari 2023. Pendapat Audit Proses bayaran bantuan kewangan bagi Program Realiti TV - The Challenger 2022 adalah kurang cekap. Dokumen sokongan yang tidak disertakan semasa bayaran dibuat adalah satu amalan yang tidak wajar dan menunjukkan kelemahan kawalan dalaman pengurusan bayaran.
311 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 311 Malaysia Convention & Exhibition Bureau 5.2.4. Pemantauan Penganjuran Acara a. Pemantauan bagi acara yang berlangsung dan bayaran dana dilakukan oleh Unit Sokongan Acara, Bahagian Acara dan Pengalaman MyCEB. Lawatan pemantauan bagi acara yang berlangsung akan dibuat oleh MyCEB untuk mengesahkan penganjuran acara serta aktiviti yang dilaksanakan oleh penganjur. Laporan Penganjuran Acara serta Senarai Delegasi Antarabangsa yang menghadiri acara juga perlu dihantar kepada MyCEB bagi tujuan pembayaran. Pihak MyCEB juga menggunakan laporan yang disediakan oleh juruaudit yang dilantik oleh penganjur bagi tujuan pengiraan dan pengesahan kehadiran jumlah delegasi termasuk delegasi antarabangsa bagi acara Pameran Perdagangan. b. Semakan Audit terhadap 80 fail subvention dan sokongan acara mendapati pemantauan telah dibuat oleh pegawai MyCEB dengan mengadakan lawatan fizikal terhadap acara yang berlangsung. Pihak penganjur telah menyediakan laporan penganjuran acara dan menghantar senarai delegasi antarabangsa yang hadir ke acara semasa tuntutan bayaran balik dibuat. Semakan Audit selanjutnya mendapati SOP berkaitan pemantauan terhadap acara yang berlangsung masih belum disediakan oleh MyCEB. c. Pihak Audit juga telah melakukan lawatan fizikal terhadap enam acara yang berlangsung semasa tempoh pengauditan dijalankan bagi mengesahkan penganjuran acara, jumlah kehadiran delegasi/penonton serta lokasi acara yang dianjurkan. Lawatan telah dijalankan terhadap tiga acara yang berlangsung di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu acara di Selangor, Sabah dan Kedah. Butiran lanjut adalah seperti dalam Gambar 5 hingga Gambar 8. GAMBAR 5 GAMBAR 6 Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur - Acara International Geoscience and Remote Sensing Symposium 2022 (21.07.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Sabah International Convention Centre, Sabah - Acara Sabah Livestock, Aquaculture & Agriculture Expo 2022 (05.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
312 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 312 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau GAMBAR 7 GAMBAR 8 Sunway Lagoon, Selangor - Perasmian Muaythai Youth World Championship 2022 (10.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur - Acara International Beauty Expo 2022 (11.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 6 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 Pemantauan sentiasa dijalankan oleh MyCEB terhadap acara-acara yang disokong dan satu senarai semak juga turut disediakan bagi memudahkan urusan tersebut. MyCEB sedang mengemas kini SOP berkaitan aktiviti pemantauan bagi Acara Perniagaan dan Acara Sukan Antarabangsa. Sesi libat urus dengan pihak terlibat juga akan diadakan sebelum SOP tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, pemantauan terhadap penganjuran acara yang mendapat bantuan dana subvention dan sokongan acara telah dilaksanakan dengan cekap. Namun, aspek penyediaan SOP berkaitan pemantauan perlu ditambah baik bagi memastikan penganjuran acara mencapai objektif yang ditetapkan. 5.3. Tadbir Urus Korporat 5.3.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. 5.3.2. Secara keseluruhannya, MyCEB telah mengamalkan sepenuhnya dua daripada sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi dan KPE. Lima daripada tujuh aspek yang tidak diamalkan sepenuhnya ialah Lembaga Pengarah; Setiausaha Syarikat; JKA; Audit Dalam; serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan adalah seperti dalam Jadual 16. Kelemahan pengurusan aktiviti berkaitan Pelan Strategik dan KPI telah diterangkan dalam perenggan 5.1.2.1.c. dan
313 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 313 Malaysia Convention & Exhibition Bureau perenggan 5.1.1.1.d. manakala SOP pula dalam perenggan 5.2.2.1.d., perenggan 5.2.3.d. dan perenggan 5.2.4.b.. JADUAL 16 PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AMALAN TADBIR URUS KORPORAT ELEMEN AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT Lembaga Pengarah Green Book, perenggan 1.1.4: Lembaga Pengarah hendaklah memastikan ahlinya mempunyai akses kepada program pembelajaran yang berterusan. Kesemua ahli Lembaga Pengarah MyCEB tidak menghadiri program pembelajaran bagi tahun 2019 hingga bulan Jun 2022. Setiausaha Syarikat MCCG 2021, amalan 1.5: Setiausaha Syarikat hendaklah berperanan menasihati Lembaga Pengarah mengenai peranan dan tanggungjawab mereka. Setiausaha Syarikat kurang memainkan peranannya dalam menasihati Lembaga Pengarah berkaitan tadbir urus korporat yang baik antaranya keperluan ahli Lembaga Pengarah untuk menghadiri program pembelajaran dan kekerapan mengadakan Mesyuarat JKA. Jawatankuasa Audit Minit Mesyuarat JKA MyCEB Bil. 1, perenggan 3(ii) Mesyurat JKA perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Mesyuarat JKA MyCEB hanya diadakan sekali pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Audit Dalam MCCG 2021, amalan G11.1: Audit Dalam hendaklah melaksanakan pengauditan bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus serta menyarankan penambahbaikan yang dapat membantu nilai tambah aktiviti syarikat. • Fungsi Audit Dalam telah dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam MOTAC. • Bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022, hanya satu pengauditan dijalankan iaitu Pengurusan Acara di MyCEB pada tahun 2019. Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan MCCG 2021, amalan G5.8: Jawatankuasa Pencalonan hendaklah diwujudkan bagi mengesyorkan pelantikan ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi dan KPE. MCCG 2021, amalan 7.2: Jawatankuasa Imbuhan hendaklah diwujudkan bagi mengkaji dan mengesyorkan perkara berkaitan imbuhan Lembaga Pengarah dan pengurusan syarikat. Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan tidak ditubuhkan di MyCEB. Sumber: Jabatan Audit Negara Pendapat Audit Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat MyCEB adalah memuaskan. Bagaimanapun, tindakan yang diambil untuk menambah baik aspek Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, JKA, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dapat meningkatkan amalan tadbir urus korporat syarikat. Maklum balas MyCEB yang diterima pada 23 November 2022, 6 Disember 2022 dan 4 Januari 2023 MyCEB mengambil maklum mengenai keperluan latihan Lembaga Pengarah dan akan mendaftar latihan yang bersesuaian untuk ahli Lembaga Pengarah MyCEB terutamanya dengan sistem e-Comtrac (Pusat Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) mulai tahun 2023. Kontrak lantikan Setiausaha Syarikat juga akan dikemas kini serta ditambah baik peranannya dan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan. MyCEB akan memastikan kekerapan Mesyuarat JKA mengikut terma yang ditetapkan pada masa hadapan.
314 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 314 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Cadangan tarikh mesyuarat akan diselaras dan dibentangkan untuk kelulusan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah MyCEB pada 17 Januari 2023. Pengauditan oleh Unit Audit Dalam MOTAC pada tahun 2020 dan 2021 tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik Covid-19. Bagi tahun 2023, pengauditan terhadap MyCEB dirancang akan diadakan pada suku tahun kedua tahun 2023. Perkara berkaitan penubuhan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan telah dibincangkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah MyCEB Bil. 53 pada 2 November 2022. Pihak pengurusan MyCEB diminta untuk mengkaji cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut dan hasil kajian akan dibentangkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah akan datang pada 17 Januari 2023. 6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT 6.1. Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan MyCEB dalam menggalakkan dan meletakkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pilihan penganjuran acara antarabangsa telah tercapai. Namun, aspek prestasi dan pengurusan aktiviti sokongan dan insentif serta tadbir urus korporat perlu ditingkatkan. Bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 MyCEB telah mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. Namun, kaedah pengiraan pencapaian KPI tahun 2019 tidak menggambarkan pencapaian KPI sebenar MyCEB kerana mengambil kira acara yang belum berlangsung. Prestasi perbelanjaan dana subvention dan sokongan acara adalah antara 6% hingga 79.8% disebabkan acara yang dirancang telah ditunda atau dibatalkan akibat pandemik Covid-19. Perbelanjaan mengurus MyCEB bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 telah melebihi jumlah peruntukan yang dimohon dan diterima serta kerugian sebelum cukai menyebabkan kedudukan kewangan syarikat menjadi kurang stabil. 6.2. Pencapaian keberhasilan dari aspek pencapaian Pelan Strategik MyCEB tidak dibincang, dipantau dan dinilai oleh Lembaga Pengarah. Kesan pulangan ekonomi kepada negara daripada penganjuran acara menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Pengurusan aktiviti subvention dan sokongan acara adalah kurang cekap kerana rekod berkaitan tapisan awal sebelum penganjur dibenarkan membuat permohonan subvention dan sokongan acara tidak diselenggarakan; Perjanjian Subvention ditandatangani tidak mengikut tempoh yang ditetapkan dalam SOP; bayaran akhir tuntutan berjumlah RM1.43 juta dibuat selepas tamat tempoh perjanjian; serta tiada dokumen sokongan lengkap untuk bayaran kepada penganjur berjumlah RM11.93 juta. Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat syarikat adalah memuaskan.
315 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 315 Malaysia Convention & Exhibition Bureau 7. SYOR AUDIT Bagi meningkatkan prestasi dan memantapkan amalan tadbir urus korporat yang baik, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah MyCEB perlu mengambil langkah yang proaktif dan berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat memberi pertimbangan terhadap perkara berikut: i. menetapkan kaedah pengiraan pencapaian KPI syarikat berdasarkan pencapaian sebenar pada tahun semasa. Selain itu, maklumat dalam Sistem CRM juga perlu dikemas kini bagi memastikan laporan KPI yang dibuat adalah tepat; ii. meningkatkan prestasi penggunaan dana subvention dan sokongan acara bagi mencapai objektif syarikat. Selain itu, permohonan peruntukan mengurus juga mestilah selaras dengan unjuran perbelanjaan tahunan MyCEB; iii. memastikan pelaksanaan dan pencapaian Pelan Strategik dibentang serta dipantau oleh Lembaga Pengarah; iv. memastikan rekod berkaitan tapisan awal sebelum penganjur dibenarkan membuat permohonan subvention dan sokongan acara diselenggarakan dengan lengkap; Perjanjian Subvention ditandatangani mengikut tempoh yang ditetapkan dalam SOP syarikat; dan klausa yang dinyatakan dalam perjanjian dipatuhi. Bayaran dana juga perlu dibuat dengan dokumen sokongan yang lengkap mengikut syarat SOP dan perjanjian bagi menjamin kepentingan MyCEB; dan v. menambah baik amalan tadbir urus korporat berkaitan program pembelajaran untuk Lembaga Pengarah; peranan Setiausaha Syarikat; penyediaan SOP berkaitan aktiviti utama syarikat; kekerapan mengadakan Mesyuarat JKA; dan penubuhan Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.
316 Malaysia Convention & Exhibition Bureau Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2
STATUS TINDAKAN BAGI ISU YANG DILAPORKAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN - KEDUDUKAN SETAKAT 31 DISEMBER 2022
Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 319319 Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan STATUS TINDAKAN BAGI ISU YANG DILAPORKAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN - KEDUDUKAN SETAKAT 31 DISEMBER 2022 1.1. Jabatan Audit Negara (JAN) komited membantu kementerian/jabatan/agensi/ syarikat Kerajaan dengan memantau kelemahan yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Sistem Auditor General’s Dashboard (AGD) telah dibangunkan bagi memaparkan isu dan status tindakan terkini terhadap isu yang dilaporkan. Kaedah ini berjaya membantu syarikat Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan maklumat dengan cepat dan pantas mengenai tindakan yang sedang/telah diambil dengan mengemas kini maklum balas secara dalam talian. Hal ini membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan dalam menjelaskan kedudukan terkini isu LKAN serta tindakan yang diambil untuk makluman semua pemegang taruh yang berkaitan dan pihak awam secara keseluruhannya. 1.2. Sejak tahun 2012, status tindakan bagi isu LKAN dipaparkan melalui sistem AGD. Paparan secara dalam talian ini menjadi pencetus bagi mempercepatkan penyelesaian isu Audit yang dibangkitkan dalam LKAN mengenai syarikat Kerajaan Persekutuan. Ia sekaligus dapat memperbaiki prestasi tadbir urus penyampaian sektor awam secara keseluruhannya. 1.3. Portal AGD juga boleh diakses oleh semua pihak termasuk orang awam untuk mengetahui status tindakan bagi isu LKAN secara masa nyata (real time). Setiap isu dikategorikan mengikut tiga warna ikon lampu isyarat lalu lintas (traffic light icons) iaitu Merah (tiada maklum balas atau maklum balas tidak menjawab isu yang dibangkitkan), Kuning (dalam tindakan) dan Hijau (tindakan telah selesai diambil). Maklumat mengenai status tindakan terhadap isu yang dipaparkan juga boleh digunakan sebagai panduan kepada syarikat Kerajaan Persekutuan untuk mengelakkan kelemahan yang sama berulang. 1.4. Susulan Audit secara dalam talian melalui sistem AGD tersebut membantu bagi memastikan isu Audit serta syor berkaitan dengan isu yang dilaporkan disusul dan tindakan penambahbaikan telah diambil oleh syarikat Kerajaan Persekutuan. Susulan yang dilaksanakan adalah berdasarkan piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Perenggan 42, International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 300 menyatakan “Auditors should follow up previous audit findings and recommendations wherever appropriate. Follow-up should be reported appropriately in order to provide
Status Tindakan Bagi Isu yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan 320 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 320 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan feedback to the legislature together, if possible, with the conclusions and impacts of all relevant corrective actions.” 1.5. Tindakan susulan melalui sistem AGD dan diikuti dengan pelaporan mengenai status susulan tersebut dalam laporan mulai LKAN Tahun 2021 Siri 1 adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 9(8), Akta Audit 1957 [Akta 62]. Status tindakan bagi isu mengenai syarikat Kerajaan Persekutuan telah dilaporkan mulai LKAN 2021 Siri 1 yang dibentangkan di Parlimen pada 3 Ogos 2022. Pelaporan meliputi liputan susulan Audit dan status isu masih dalam tindakan mengenai syarikat Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian pengawal yang berkenaan. 1.6. Sehingga 31 Disember 2022, susulan Audit telah dilaksanakan terhadap 128 syarikat Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian pengawal yang berkenaan. Liputan susulan terhadap isu Audit syarikat Kerajaan Persekutuan yang dilaporkan mengikut kementerian pengawal dalam LKAN Tahun 2011 hingga 2021 Siri 1 adalah seperti dalam Jadual 1. JADUAL 1 LIPUTAN SUSULAN AUDIT TERHADAP SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGIKUT KEMENTERIAN PENGAWAL BIL. KEMENTERIAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN (Bilangan Diaudit) SUSULAN AUDIT (Bilangan Isu Disusul) 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) 12 122 2. Kementerian Kewangan (MOF) 39 247 3. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) (*Kementerian Perladangan dan Komoditi) 1 16 4. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) (*Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) 9 91 5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) (*Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) 23 186 6. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) (*Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) 1 7 7. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 1 1 8. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) 2 21 9. Kementerian Kerja Raya (KKR) 2 26 10. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 9 59 11. Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) 4 57 12. Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) (*Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri) 2 16 13. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) (*Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) 1 19
Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 321321 Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan BIL. KEMENTERIAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN (Bilangan Diaudit) SUSULAN AUDIT (Bilangan Isu Disusul) 14. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2 20 15. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2 28 16. Kementerian Sumber Manusia (KSM) 3 27 17. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) (*Kementerian Komunikasi dan Digital) 2 9 18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2 13 19. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (*Kementerian Pendidikan Tinggi) 11 127 JUMLAH 128 1,092 Sumber: Data dijana daripada Sistem AGD pada 31 Disember 2022 Nota: (*) - Nama baharu Kementerian selepas perubahan Kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 1.7. Liputan susulan Audit terhadap isu yang dilaporkan dalam LKAN syarikat Kerajaan Persekutuan secara relatifnya tertinggi di peringkat Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Perkara ini berikutan syarikat berkaitan dengan kerajaan mengikut bilangan adalah tertinggi di bawah kawal selia kementerian/jabatan yang berkenaan. 1.8. Sehingga 31 Disember 2022, terdapat 1,092 isu telah dibangkitkan dalam LKAN Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Tahun 2011 hingga Tahun 2021 Siri 1. Sebanyak 1,039 isu (95%) daripada keseluruhan isu tersebut telah selesai manakala 53 isu (5%) masih dalam tindakan. Isu yang masih dalam tindakan adalah melibatkan LKAN Tahun 2016 hingga 2021 dan bilangan isu tertinggi adalah bagi LKAN Tahun 2019 iaitu sebanyak 21 isu. Selain itu, satu isu dalam tindakan bagi LKAN Tahun 2016 yang dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2017 adalah melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi. Ringkasan adalah seperti dalam Carta 1 dan Carta 2. CARTA 1 STATUS TINDAKAN ISU LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2011 HINGGA 2021 SIRI 1 SETAKAT 31 DISEMBER 2022 Sumber: Data dijana daripada Sistem AGD pada 31 Disember 2022 SELESAI 1,039 ISU (95%) DALAM TINDAKAN 53 ISU (5%)
Status Tindakan Bagi Isu yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan 322 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 322 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan CARTA 2 STATUS TINDAKAN TERHADAP ISU YANG DIBANGKITKAN MENGIKUT KEMENTERIAN SETAKAT 31 DISEMBER 2022 Sumber: Data dijana daripada Sistem AGD pada 31 Disember 2022 Nota: Statistik yang dipaparkan adalah berdasarkan syarikat Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian pengawal berkenaan pada tahun diaudit 1.9. Butiran terperinci dan kedudukan terkini isu yang berstatus dalam tindakan bagi LKAN 2016 hingga 2021 boleh diakses melalui sistem AGD. Imbasan QR Code di bawah akan memaparkan kedudukan terkini status isu secara ‘real time’. 53 1 5 6 2 7 31 1 1,039 126 13 9 27 28 20 19 16 57 54 26 21 1 1 184 84 16 216 121 JUMLAH KPT KPM K-KOMM KSM KBS KKM KETTHA KWP MOTAC MOSTI KKR MEDAC MITI KETSA KPLB MAFI MPIC MOF JPM KEMENTERIAN DALAM TINDAKAN SELESAI
Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 323323 Status Tindakan Bagi Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Nota: Maklumat yang dipaparkan semasa imbasan melalui QR Code adalah yang terkini. 1.10. Syarikat Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian pengawal yang berkenaan adalah disyorkan untuk terus komited dalam melaksanakan tindakan penambahbaikan. JAN berperanan untuk menyusul isu yang belum selesai sehingga tindakan korektif dan penambahbaikan yang bersesuaian diambil. Status bagi tindakan tersebut dipaparkan melalui portal AGD.
PENUTUP
Penutup Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 327 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 327 Penutup PENUTUP 1. Berdasarkan pengauditan yang telah dijalankan, terdapat keperluan penambahbaikan berterusan oleh syarikat Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan syarikat. Kelestarian perniagaan syarikat Kerajaan hendaklah dilengkapi dengan amalan tadbir urus yang baik bagi memastikan wujudnya keyakinan pihak awam. Ketua Pegawai Eksekutif serta pengurusan syarikat perlu memantapkan kawalan dalaman secara menyeluruh memandangkan pengauditan dilaksanakan berdasarkan skop dan pensampelan. Justeru itu, tindakan penambahbaikan selepas teguran Audit perlu diambil secara berterusan. Langkah ini penting bagi memastikan syarikat mendapat nilai faedah terbaik. 2. Lembaga Pengarah syarikat perlu lebih proaktif memantau pencapaian syarikat dan pelaksanaan tadbir urus korporat yang baik dalam pengurusan syarikat. Jawatankuasa Audit dan Unit Audit Dalam syarikat pula perlu meningkatkan peranan dalam memastikan semak dan imbang dilaksanakan secara menyeluruh. 3. Selain itu, kementerian/agensi yang merupakan pemegang saham kepada syarikat obligasi awam yang ditetapkan hendaklah memantau aktiviti syarikat secara berkala. Hal ini bagi memastikan kelestarian jangka panjang syarikat dan Kerajaan mendapat pulangan daripada pelaburan yang dibuat. Pemantauan yang berkesan dapat membantu syarikat lebih berdaya saing, mencapai sasaran dan mematuhi prinsip tanpa kebergantungan kepada Kerajaan. 4. Selain memenuhi kehendak perundangan, diharap laporan ini dapat dijadikan rujukan untuk memantapkan integriti dan akauntabiliti untuk mengawal implikasi daripada tindakan pemborosan, pembaziran, pembayaran tidak teratur dan kehilangan/kerugian wang awam (3P1K). Ketua Audit Negara Malaysia Putrajaya 6 Januari 2023
AKRONIM
Akronim Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 331 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 331 Akronim AKRONIM A.M.B.S Al Muktafi Billah Shah ANM Arkib Negara Malaysia APAD Agensi Pengangkutan Awam Darat ARM Jabatan Kemasukan, Rekod dan Pemasaran/ Admission, Records and Marketing Department AUR Asia University Ranking BTS Buah Tandan Segar CAdEX Centre for Academic Excellence CAPEX Perbelanjaan Modal/ Capital Expenditure CCTV Kamera Litar Tertutup/ Closed-Circuit Television CEO Ketua Pegawai Eksekutif/ Chief Executive Officer CETaL Centre for Excellence in Teaching and Learning CFO Ketua Pegawai Kewangan/ Chief Financial Officer CGPA Gred Purata Kumulatif/ Cumulative Grade Points Average CGS Pusat Pembelajaran Pascasiswazah/ Centre for Graduate Studies CRM Customer Relationship Management EBITD Perolehan Sebelum Faedah, Cukai dan Susut Nilai Earnings Before Interest, Tax and Depreciation EE Emerging Economies EMAS Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan EMC Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif/ Executive Management Committee EPP Entry Points Project EPU Unit Perancang Ekonomi/ Economic Planning Unit ETP Program Transformasi Ekonomi/ Economic Transformation Programme F&B Makanan dan Minuman/ Food and Beverage FELCRA FELCRA Berhad FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FIC IPM FIC Integrated Property Management Sdn. Bhd. FR Felda Residence GBHKK Grand Borneo Hotel Kota Kinabalu GLC Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government-Linked Companies GPS Sistem Kedudukan Sejagat/ Global Positioning System Grand Borneo Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Green Book The Green Book - Enhancing Board Effectiveness, GLC Transformation Programme 2006 HEP Hal Ehwal Peserta HSE Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran/ Health, Safety and Environment IAC Majlis Penasihat Antarabangsa/ International Advisory Council
Akronim 332 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 332 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Akronim IconCiDi International Conference on Civilizational Dialogue IDAM IKIM Digital Asset Management IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTS Institusi Pendidikan Tinggi Swasta ISBSB Student Barometer Survey ISBSF Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti/ Interim Stage Bus Support Fund ITPSB Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. JAN Jabatan Audit Negara JAS Jabatan Alam Sekitar JIM Jabatan Imigresen Malaysia JKA Jawatankuasa Audit JPM Jabatan Perdana Menteri KBM Kenderaan Bas MARA KBS Kementerian Belia dan Sukan KeTSA Kementerian Tenaga dan Sumber Asli KHR Tetuan Khairuddin Hasyudeen & Razi KIAS Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar KKM Kementerian Kesihatan Malaysia K-KOMM Kementerian Komunikasi dan Multimedia KKR Kementerian Kerja Raya KP Ketua Pengarah KPE Ketua Pegawai Eksekutif KPI Petunjuk Prestasi Utama/ Key Perfomance Indicator KPI R2 KPI Tambahan KPLB Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPM Kementerian Pendidikan Malaysia KPT Kementerian Pengajian Tinggi KSM Kementerian Sumber Manusia KTI Koleksi Tamadun Islam KWP Kementerian Wilayah Persekutuan LP Lembaga Pengarah LPA Lembaga Pemegang Amanah LTA/LTI Lost Time Accident/Lost Time Incident MAFI Kementerian Pertanian dan Industri Makanan/ Ministry of Agriculture and Food Industries MARA Majlis Amanah Rakyat MARA Corporation MARA Corporation Sdn. Bhd. MARA Liner MARA Liner Sdn. Bhd. MCCG Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia/ Malaysian Code on Corporate Governance MEDAC Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi/ Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives MGKK Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan MGKN Majlis Guru Kaunseling Negeri MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri/ Ministry of International Trade and Industry
Akronim Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 333 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 333 Akronim MKD Menteri Kewangan (Diperbadankan) MKD Handbook Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan) MoA Memorandum Perjanjian Memorandum of Agreement MOF Kementerian Kewangan/ Ministry of Finance MOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi/ Ministry of Science, Technology and Innovation MOT Kementerian Pengangkutan Malaysia/ Ministry of Transportation MOTAC Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya/ Ministry of Tourism, Arts and Culture MPIC Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi/ Ministry of Plantation Industries and Commodities MPOB Malaysian Palm Oil Board MRO Kejuruteraan Kenderaan dan Alat Ganti/ Maintenance, Repair and Overhaul MyCEB Malaysia Convention & Exhibition Bureau MYRA Malaysia Research Assessment NGO Badan Bukan Kerajaan Non-Governmental Organisation NKEA Bidang Ekonomi Utama Negara/ National Key Economic Areas OCC Kadar Pengisian Bilik/ Occupancy Rate OER Kadar Perahan Minyak Oil Extraction Rate OPEX Perbelanjaan Mengurus/ Operating Expenditure P&P Penyatuan dan Pemulihan PERHEBAT Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera PETRONAS Petroliam Nasional Berhad PhD Doktor Falsafah/ Doctor of Philosophy PKP Perintah Kawalan Pergerakan PKPB Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PLKS Pas Lawatan Kerja Sementara PMS Jadual Penyelenggaraan Pencegahan Preventative Maintenance Schedule PSI Pelan Strategik IKIM PWC Tetuan PriceWaterhouseCoopers PLT QS Quacquarelli Symonds RAM Radio Audience Measurement RMKe-10 Rancangan Malaysia Kesepuluh RMKe-11 Rancangan Malaysia Kesebelas SBMJ Syarikat Berhad Menurut Jaminan SBST Program Transformasi Bas Berhenti-henti/ Stage Bus Service Transformation SCORE Sustainability through Culture, Optimization Roadmaps and Empowerment SETARA Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia SIBC Seri Iskandar Business Centre SKT Sasaran Kerja Tahunan SOP Prosedur Operasi Standard/ Standard Operating Procedures SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Akronim 334 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 334 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Akronim SPM Sijil Pelajaran Malaysia SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSRT Student’s Self-Reflection Tool SYARAK Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik TKA Tenaga Kerja Asing UKM Universiti Kebangsaan Malaysia UM Universiti Malaya USM Universiti Sains Malaysia UTP Universiti Teknologi PETRONAS VC Naib Canselor/ Vice Chancellor WUR World University Ranking YUTP Yayasan UTP
www.audit.gov.my JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA ARAS 1-9, BLOK F2 & F3, KOMPLEKS F LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62000 PUTRAJAYA