The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzuddin.zin, 2024-05-27 21:46:00

Laporan Audit Negara

Laporan Audit Negara

Keywords: Malaysia Audit Report

FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 191 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 191 FELCRA Berhad . 5.2. Pengurusan Aktiviti Tiga aspek yang dinilai bagi pengurusan aktiviti FELCRA ialah pengurusan pengagihan dividen kepada peserta, perladangan dan perkilangan. Selain itu, penilaian dibuat terhadap pengurusan penghutang dagangan serta pemantauan syarikat subsidiari dan usaha sama. 5.2.1. Pengurusan Pengagihan Dividen kepada Peserta 5.2.1.1. Berdasarkan Manual Agihan Keuntungan FELCRA, Jawatankuasa Agihan dan Keuntungan FELCRA bertanggungjawab untuk mengesahkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan projek yang dibentangkan oleh Bahagian Kewangan dan boleh diguna pakai bagi tujuan agihan dividen. 5.2.1.2. Namun semakan Audit mendapati secara amalannya, mesyuarat Jawatankuasa Agihan dan Keuntungan FELCRA tidak diadakan bagi mengesahkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan projek untuk tujuan agihan dividen. Semakan selanjutnya mendapati tiada pelantikan bagi Jawatankuasa Agihan dan Keuntungan FELCRA. Menurut Kumpulan HEP, bermula daripada agihan keuntungan (dividen) interim 1/2017, kelulusan dibawa ke peringkat Lembaga Pengarah syarikat. 5.2.1.3. Berdasarkan Klausa 15.4 Perjanjian Pembangunan Tanah Milik antara FELCRA dan peserta, FELCRA bertanggungjawab untuk menyerahkan dividen kepada pemegang amanah. 14 Pemegang amanah akan mengagihkan dividen kepada waris peserta yang berhak sehinggalah pemegang amanah dan/atau waris diturun milik menjadi pemilik lot tanah/atau peserta yang baharu kepada perjanjian mengikut surat kuasa mentadbir dan setelah perjanjian dengan FELCRA ditandatangani. 5.2.1.4. Semakan Audit mendapati dividen belum agih terkumpul setakat bulan April 2022 berjumlah RM67.14 juta. Jumlah dividen belum agih bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 menunjukkan trend peningkatan antara RM5.67 juta (16.4%) hingga RM15.72 juta (39%). Dividen belum diagihkan kepada peserta disebabkan oleh kematian, kes mahkamah, peserta tidak dapat dikesan, jual beli, pencerobohan atau berlaku pertikaian ke atas lot tanah berkenaan. Semakan 14 Pemegang amanah ialah individu yang dinamakan oleh peserta seperti mana dalam Klausa 15 Perjanjian Pembangunan Tanah Milik (Jadual 4). Pemegang amanah juga termasuk badan amanah dan/atau institusi amanah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


FELCRA Berhad 192 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 192 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad Audit terhadap cerakinan data jejak audit mendapati dividen belum agih ini terkumpul sejak tahun 2014 dan tidak diserahkan kepada pemegang amanah. Butiran lanjut berkaitan dividen belum agih adalah seperti dalam Jadual 8. JADUAL 8 MAKLUMAT DIVIDEN BELUM AGIH TERKUMPUL BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2022 TAHUN JUMLAH PESERTA DIVIDEN BELUM AGIH (RM Juta) 2019 13,239 34.64 2020 25,632 40.31 2021 27,947 56.03 2022* 32,188 67.14 Sumber: Kumpulan HEP Nota: (*) - Setakat bulan April 5.2.1.5. Semakan Audit selanjutnya terhadap aliran tunai syarikat mendapati FELCRA mampu untuk membayar dividen belum agih ini. Berdasarkan akaun pengurusan setakat 31 Disember 2021, FELCRA mencatatkan baki tunai berjumlah RM1.191 bilion. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Manual Agihan Keuntungan FELCRA dalam proses semakan dan pindaan semula yang dijangka akan selesai sepenuhnya dengan kelulusan Pengurusan Tertinggi FELCRA pada bulan Februari 2023. Pindaan akan dilaksanakan berdasarkan amalan terkini iaitu kertas kelulusan bayaran yang disediakan oleh Pengurus Besar Kumpulan HEP hendaklah disemak dan disahkan oleh Pengurus Besar Kumpulan Kewangan dan Penasihat Undang-undang. Faktor utama peningkatan bagi keuntungan belum agih ialah peningkatan harga kelapa sawit pada tahun 2021 berbanding tahun 2019 dan 2020 selari dengan peningkatan bilangan peserta yang terlibat dalam kategori ini. Pendapat Audit Pengurusan pengagihan dividen kepada peserta tidak cekap kerana Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan projek tidak dibentang dan disahkan bagi tujuan agihan dividen. Selain itu, jumlah dividen belum diagihkan terkumpul kepada peserta atau pemegang amanah semakin meningkat. Bagaimanapun, baki tunai syarikat menunjukkan FELCRA mampu untuk menampung jumlah dividen belum agih terkumpul.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 193 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 193 FELCRA Berhad . 5.2.2. Pengurusan Aktiviti Perladangan Tiga aspek yang dinilai bagi pengurusan aktiviti perladangan ialah pengurusan pembajaan, penuaian dan tenaga kerja ladang. 5.2.2.1. Pengurusan Pembajaan a. Pelaksanaan kerja pembajaan secara berkala hendaklah mematuhi jadual perancangan pembajaan berdasarkan Laporan Pengesyoran Pembajaan dari Unit Khidmat Nasihat Agronomi. Semakan Audit mendapati pelaksanaan pembajaan oleh tujuh15 daripada sembilan ladang FELCRA yang dilawati tidak mematuhi jadual perancangan pembajaan yang ditetapkan. Hanya ladang FELCRA Sungai Melikai telah mematuhi jadual perancangan pembajaan manakala pematuhan terhadap perancangan pembajaan di ladang FELCRA Sungai Semberong tidak dapat disahkan kerana jadual perancangan dan pelaksanaan pembajaan tidak disediakan. b. Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Stok Baja di Peringkat Kawasan, pengurusan stok baja perlu teratur, selamat dan tersusun. Semakan Audit mendapati pengurusan stok adalah teratur kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Bagaimanapun terdapat kelemahan dalam aspek keselamatan dan susunan stok baja seperti berikut: i. stor baja di ladang FELCRA Changkat Jong, Kapasiti Harapan, Sungai Ara, Sri Mersing dan Sungai Kahang tidak mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi bagi menampung stok baja dan mengakibatkan stok baja diletakkan di luar stor seperti dalam Gambar 1; ii. baja tidak disusun di atas palet di ladang FELCRA Changkat Jong, Kapasiti Harapan, Sungai Ara, Sri Mersing dan Sungai Paloh seperti dalam Gambar 2; dan iii. baja tidak disusun mengikut SOP yang ditetapkan di ladang FELCRA Sungai Ara, Sri Mersing dan Sungai Kahang. 15 Changkat Jong, Perak; Kapasiti Harapan, Gua Musang, Kelantan; Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor; Sri Mersing, Jemaluang, Johor; Sungai Kahang, Kluang, Johor; Sungai Paloh, Kluang, Johor; dan Simpang Renggam, Johor.


FELCRA Berhad 194 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 194 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad GAMBAR 1 GAMBAR 2 Ladang FELCRA Berhad Changkat Jong - Stok baja diletakkan di luar stor baja (05.07.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Ladang FELCRA Berhad Kapasiti Harapan - Baja tidak disusun di atas palet (20.07.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) c. Semakan Audit mendapati ketidakpatuhan jadual perancangan pembajaan disebabkan kelewatan penerimaan baja oleh ladang FELCRA. Semakan selanjutnya mendapati permohonan stok baja oleh ladang FELCRA telah dikemukakan kepada Ibu Pejabat FELCRA pada tahun sebelumnya. d. Menurut FELCRA, penerimaan baja secara serentak dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa menyebabkan ruang stor termasuk palet yang sedia ada tidak mencukupi dan baja yang diterima tidak dapat disusun dengan kemas mengikut SOP yang ditetapkan. e. Semakan Audit selanjutnya mendapati kelulusan bagi membaik pulih stor baja ladang FELCRA Kapasiti Harapan telah diluluskan pada 22 Julai 2022. Namun, kerja membaik pulih stor masih belum dilaksanakan setakat 30 September 2022. Pada 17 Oktober 2022, surat kelulusan tambahan harga telah dikemukakan oleh pihak Teknikal Ibu Pejabat FELCRA kepada Bahagian Teknikal Wilayah berkaitan kerja membaik pulih stor baja ladang FELCRA Kapasiti Harapan. Lawatan tapak telah dijalankan pada 10 November 2022 dan letter of award dijangka dikeluarkan pada hujung bulan November 2022. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Bahagian Input Pertanian akan mengadakan lawatan secara berkala bagi menyemak pematuhan oleh ladang FELCRA berkaitan pembajaan termasuk menyemak rekod yang berkaitan dan memberi khidmat nasihat. Field-day di setiap wilayah turut dilaksanakan bagi menyebarkan dan mempertingkatkan pengetahuan kepada pengurus ladang berkaitan penggunaan baja dan kimia. Kenaikan harga baja melebihi 100% pada tahun 2021 menyebabkan kesukaran pembekal mendapat bahan mentah dari luar negara. Aktiviti pemprosesan baja


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 195 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 195 FELCRA Berhad . adalah terhad berikutan waktu operasi hanya dibenarkan pada waktu tertentu sahaja dan jumlah tenaga kerja juga dihadkan dalam tempoh beroperasi yang disebabkan pandemik Covid-19. Penghantaran baja merentas daerah juga terhad kerana terpaksa memohon kelulusan merentas daerah dengan syarat yang amat ketat menyebabkan kelewatan bekalan baja di seluruh negara. Namun, tindakan yang akan diambil antaranya membuat tawaran kontrak kepada pembekal tiga bulan lebih awal; mengarahkan pihak pembekal menyediakan bahan mentah lebih awal serta menyediakan lebih banyak logistik bagi memastikan kelancaran penghantaran baja ke ladang; serta membuat penukaran penggunaan baja tunggal kepada baja compact. Pendapat Audit Pengurusan pembajaan adalah tidak cekap kerana pelaksanaan pembajaan yang tidak mematuhi jadual perancangan yang ditetapkan. Selain itu, aspek keselamatan penyimpanan baja yang longgar meningkatkan risiko kehilangan dan kerosakan yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi syarikat. 5.2.2.2. Pengurusan Penuaian a. Aktiviti penuaian dengan mengeluarkan BTS yang cukup masak dan berkualiti tinggi dapat memberi kesan kepada mutu minyak iaitu peratus OER dan peratus kernel yang diperoleh pada tahap optimum. Sembilan ladang FELCRA telah dilawati untuk menilai pengurusan penuaian dari aspek pematuhan pusingan penuaian dan pengeluaran hasil. b. Berdasarkan SOP Sistem Penuaian, Jadual Pusingan Penuaian BTS yang ditetapkan hendaklah dengan jarak penuaian tidak melebihi 15 hari setiap pusingan. Semakan Audit terhadap jadual pusingan penuaian bagi tempoh bulan Mei 2021 hingga April 2022 mendapati jarak penuaian yang diambil bagi setiap pusingan adalah melebihi 15 hari iaitu antara 18 hingga 80 hari bagi sembilan ladang. Jarak pusingan penuaian adalah seperti dalam Jadual 9.


FELCRA Berhad 196 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 196 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad JADUAL 9 JARAK PUSINGAN PENUAIAN BAGI TEMPOH BULAN MEI 2021 HINGGA APRIL 2022 BIL. LADANG FELCRA MINIMUM PUSINGAN PENUAIAN (Hari) MAKSIMUM PUSINGAN PENUAIAN (Hari) 1. Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor 19 80 2. Sungai Paloh, Kluang, Johor 18 75 3. Kapasiti Harapan, Gua Musang, Kelantan 18 69 4. Sungai Kahang, Kluang, Johor 27 64 5. Sri Mersing, Jemaluang, Johor 23 50 6. Sungai Melikai, Jemaluang, Johor 21 49 7. Simpang Renggam, Johor 21 43 8. Sungai Semberong, Kahang, Johor 21 33 9. Changkat Jong, Perak 15 31 Sumber: Jadual Pusingan Penuaian bagi Bulan Mei 2021 hingga Bulan April 2022 c. Menurut Pengurus Ladang, perkara ini disebabkan oleh kekurangan tenaga penuai bagi melaksanakan kerja penuaian. Semakan selanjutnya mendapati berlaku kekurangan tenaga penuai antara 16 hingga 84 orang berbanding keperluan sebenar antara 24 hingga 150 orang di sembilan ladang FELCRA yang dilawati seperti dalam Jadual 10. JADUAL 10 PENGISIAN TENAGA PENUAI SEMASA BERBANDING KEPERLUAN SEBENAR SETAKAT BULAN JULAI DAN OGOS 2022 BIL. LADANG FELCRA KEPERLUAN SEBENAR (Orang) PENGISIAN SEMASA* (Orang) KEKURANGAN TENAGA PENUAI (Orang) 1. Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor 48 2 46 2. Sungai Kahang, Kluang, Johor 24 5 19 3. Kapasiti Harapan, Gua Musang, Kelantan 63 23 40 4. Simpang Renggam, Johor 26 10 16 5. Changkat Jong, Perak 150 66 84 6. Sungai Melikai, Jemaluang, Johor 109 50 59 7. Sungai Paloh, Kluang, Johor 36 17 19 8. Sri Mersing, Jemaluang, Johor 42 20 22 9. Sungai Semberong, Kahang, Johor 35 18 17 Sumber: Laporan Tenaga Kerja Ladang FELCRA Nota: (*) - Maklumat Pengisian Semasa Adalah Berdasarkan Pengisian Tenaga Kerja Sebenar Ketika Lawatan Audit Dijalankan pada Bulan Julai dan Ogos 2022 d. Semasa pemeriksaan fizikal dilaksanakan di blok yang dituai pada bulan Julai dan Ogos 2022, terdapat tandan terlebih masak16 disebabkan oleh jarak penuaian yang tidak dipatuhi. Tandan terlebih masak akan menyebabkan kos 16 Tandan terlebih masak lazimnya tandan yang lapisan luarnya berwarna kuning-oren dan mempunyai sekurangkurangnya 10% buah masih melekat pada tandannya dan lebih 50% buah telah lerai daripada tandan.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 197 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 197 FELCRA Berhad . upah mengutip buah lerai17 turut meningkat kerana memerlukan tenaga kerja tambahan untuk mengutip buah lerai. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Gambar 3 dan Gambar 4. GAMBAR 3 GAMBAR 4 Ladang FELCRA Sungai Paloh - Tandan terlebih masak (11.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Ladang FELCRA Sungai Semberong - Buah lerai yang terkeluar dari soketnya akibat terlebih masak (10.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) e. Berdasarkan SOP Pengeluaran Hasil pula, semua buah lerai mesti dikutip dan bersih daripada sampah dan kekotoran; semua tangkai tandan yang panjang dipotong pendek supaya tidak melebihi 5 cm; dan semua tandan BTS dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam selepas dituai. Semakan Audit mendapati kesemua sembilan ladang FELCRA yang dilawati telah mematuhi SOP Pengeluaran Hasil. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Kekurangan tenaga kerja penuai disebabkan Kerajaan Malaysia dan kerajaan negara sumber menutup sempadan dan tiada kemasukan pekerja asing sepanjang PKP. 17 Buah lerai perlu dikutip kerana setiap 1% buah lerai yang tidak dipungut boleh menyebabkan kemerosotan dalam OER yang dianggarkan sebanyak 0.3%.


FELCRA Berhad 198 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 198 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad Pendapat Audit Pengurusan penuaian adalah kurang cekap kerana jarak pusingan penuaian yang tidak dipatuhi. Perkara ini menjejaskan pengeluaran hasil dan menyebabkan sasaran yang ditetapkan tidak dicapai. Selain itu, tenaga kerja tambahan bagi mengutip buah lerai meningkatkan kos operasi syarikat. 5.2.2.3. Pengurusan Tenaga Kerja Ladang a. Berdasarkan SOP Tenaga Kerja Ladang, setiap ladang hendaklah mempunyai tenaga kerja ladang yang mencukupi iaitu nisbah seorang bagi setiap 20 hektar untuk melaksanakan aktiviti perladangan. b. Semakan Audit mendapati keperluan sebenar tenaga kerja ladang ialah antara 40 hingga 252 pekerja tetapi pengisian semasa ialah antara 21 hingga 98 pekerja. Tenaga kerja ladang di sembilan ladang FELCRA yang dilawati tidak mencukupi antara 18 (30.5%) hingga 154 pekerja (61.1%) berbanding keperluan sebenar. Tenaga kerja ladang tidak mencukupi disebabkan oleh FELCRA bergantung kepada TKA. Pada 2 Ogos 2022, FELCRA telah memperoleh kelulusan daripada JIM bagi membawa masuk TKA seramai 3,500 orang. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11. JADUAL 11 PENGISIAN TENAGA KERJA LADANG DI LADANG FELCRA SETAKAT BULAN JULAI DAN OGOS 2022 BIL. LADANG FELCRA KEPERLUAN SEBENAR (Orang) PENGISIAN SEMASA* (Orang) KEKURANGAN TENAGA KERJA LADANG (Orang) (%) 1. Changkat Jong, Perak 252 98 154 61.1 2. Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor 85 36 49 57.6 3. Sungai Kahang, Kluang, Johor 40 21 19 47.5 4. Sungai Melikai, Jemaluang, Johor 150 82 68 45.3 5. Kapasiti Harapan, Gua Musang, Kelantan 147 85 62 42.2 6. Sungai Paloh, Kluang, Johor 59 35 24 40.7 7. Sungai Semberong, Kahang, Johor 69 41 28 40.6 8. Sri Mersing, Jemaluang, Johor 57 35 22 38.6 9. Simpang Renggam, Johor 59 41 18 30.5 Sumber: Laporan Tenaga Kerja Ladang FELCRA Nota: (*) - Maklumat Pengisian Semasa Adalah Berdasarkan Pengisian Tenaga Kerja Sebenar Ketika Lawatan Audit Dijalankan pada Bulan Julai dan Ogos 2022


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 199 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 199 FELCRA Berhad . c. Pengurusan tenaga kerja ladang di sembilan ladang yang dilawati dinilai terhadap tiga aspek iaitu perancangan kerja; kemudahan rumah dan kemudahan asas pekerja; serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Berdasarkan SOP Tenaga Kerja Ladang, perancangan rapi perlu dilakukan sebelum sesuatu kerja dibahagikan dan dilaksanakan mengikut susunan aktiviti kerja ladang. Berdasarkan SOP Pengurusan Tenaga Kerja (Pekerja Asing) yang dikeluarkan oleh FELCRA, syarikat dikehendaki menyediakan rumah kongsi berserta kemudahan asas. Subseksyen 6(1) Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] pula menghendaki jika pekerja dan tanggungan disediakan perumahan, menjadi kewajipan majikan bagi menyediakan air paip percuma dan mencukupi yang diambil daripada saluran bekalan awam; menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi; dan memastikan bangunan dipelihara dalam keadaan baik dan dicat supaya memuaskan. Maklumat lanjut seperti dalam Gambar 5 dan Gambar 6. GAMBAR 5 GAMBAR 6 Ladang FELCRA Paloh - Rumah pekerja yang disediakan oleh FELCRA (11.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Ladang FELCRA Sungai Melikai - Ruang tidur rumah pekerja (09.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) d. Semakan Audit mendapati pengurusan perancangan kerja adalah mematuhi SOP yang ditetapkan kecuali bagi ladang FELCRA Sungai Semberong. Pengurusan kemudahan rumah dan kemudahan asas pekerja juga telah mematuhi SOP Pengurusan Tenaga Kerja (Pekerja Asing) dan Subseksyen 6(1) Akta 446. Bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam pengurusan PLKS seperti penemuan berikut: i. Berdasarkan Tatacara Permohonan PLKS, pekerja asing hendaklah dihantar pulang ke negara asal sebaik sahaja PLKS tamat tempoh. Didapati 73 (32.2%) daripada keseluruhan 227 TKA tidak dihantar pulang ke negara asal sebaik sahaja PLKS tamat tempoh. TKA telah tinggal melebihi tempoh sah laku PLKS antara dua hingga 825 hari. Perkara ini disebabkan aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan


FELCRA Berhad 200 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 200 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad kesan daripada PKP. Perkara ini turut menyukarkan urusan penghantaran pulang; pembaharuan pasport; dan pemeriksaan kesihatan pekerja. Tindakan penghantaran pulang telah dilakukan sebaik sahaja sempadan Malaysia dan negara sumber dibuka melalui proses imigresen; dan ii. Tatacara Permohonan PLKS menghendaki lanjutan tempoh sah laku PLKS dikemukakan kepada JIM tiga bulan sebelum tarikh tamat PLKS. Bagaimanapun, 70 (95.9%) daripada 73 surat permohonan telah lewat dikemukakan oleh ladang FELCRA kepada Ibu Pejabat FELCRA bagi tindakan permohonan lanjutan sah laku PLKS. Semakan Audit mendapati 40 (54.8%) surat permohonan dikemukakan selepas tarikh tamat PLKS; 23 (31.5%) surat permohonan dikemukakan dalam tempoh tiga bulan sebelum tarikh tamat PLKS; dan tiada surat permohonan dikemukakan bagi tujuh (9.6%) TKA. Hanya surat permohonan bagi tiga (4.1%) TKA sahaja yang dikemukakan mengikut tempoh ditetapkan iaitu bagi ladang FELCRA Sri Mersing, Jemaluang, Johor. e. Semakan Audit mendapati perkara ini berlaku kerana FELCRA tidak memuktamadkan SOP berkaitan pengurusan TKA untuk rujukan pengurus ladang FELCRA. Semakan selanjutnya mendapati SOP berkaitan Tenaga Kerja masih dalam peringkat penyediaan oleh Bahagian Input Pertanian dan Guna Tenaga. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 FELCRA telah melaksanakan langkah bagi menarik minat pekerja tempatan antaranya memperkenalkan elaun kehadiran, elaun penuai, subsidi rumah, air dan elektrik; kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial di bawah Skim My Future Jobs melalui temu duga dalam talian yang telah dijalankan pada tahun 2020 hingga 2021; menggunakan jentera mekanisasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja; dan permohonan kelulusan kuota pekerja asing. Setakat bulan November 2022, seramai 1,968 TKA telah diagih ke semua ladang. Penyediaan SOP berkaitan tenaga kerja di peringkat akhir semakan dan dimuktamadkan sebelum 31 Disember 2022.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 201 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 201 FELCRA Berhad . Pendapat Audit Perancangan tenaga kerja ladang oleh FELCRA adalah cekap kecuali bagi ladang FELCRA Sungai Semberong, Kahang. Namun, pengurusan TKA oleh FELCRA adalah tidak cekap kerana kegagalan mematuhi tempoh sah laku PLKS. Perkara ini akan menjejaskan imej FELCRA kerana tidak mematuhi peraturan dan dasar Kerajaan berkaitan TKA serta boleh dikenakan kompaun. Bagaimanapun, pengurusan kemudahan rumah dan kemudahan asas pekerja adalah cekap. 5.2.3. Pengurusan Aktiviti Perkilangan Tiga aspek yang dinilai bagi pengurusan aktiviti perkilangan ialah penggredan BTS, penyingkiran enapcemar dan penyenggaraan jentera kilang. 5.2.3.1. Penggredan Buah Tandan Segar a. Kilang sawit FELCRA hendaklah menjalankan penggredan BTS mengikut prosedur penggredan dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) bagi memastikan kilang hanya menerima dan memproses buah kelapa sawit yang bermutu. b. Pemerhatian fizikal Audit mendapati kedua-dua kilang sawit yang dilawati di Maran, Pahang dan Sungai Melikai, Johor telah mematuhi prosedur penggredan yang ditetapkan oleh MPOB bagi kesemua lima aspek iaitu kelayakan penggred, keselamatan, lokasi kerja penggredan, pemilihan sampel BTS dan perekodan. Butiran lanjut adalah seperti di Gambar 7 dan Gambar 8. GAMBAR 7 GAMBAR 8 Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai - Penggredan BTS oleh penggred (10.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai - BTS telah digred (10.08.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara)


FELCRA Berhad 202 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 202 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad c. Analisis Audit dilaksanakan terhadap Laporan Ringkasan Prestasi Fizikal, Trading dan Kewangan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 bagi menentukan keberkesanan kerja penggredan BTS yang dilaksanakan di Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang dan Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai, Johor. Analisis mendapati kedua-dua kilang telah memperoleh margin (untung) antara 0.1% hingga 0.6% setelah perbandingan dibuat antara OER sebenar yang diperoleh dengan OER yang dibayar kepada pembekal seperti dalam Jadual 12. JADUAL 12 PERBANDINGAN ANTARA OER SEBENAR DENGAN OER DIBAYAR KEPADA PEMBEKAL BIL. KILANG SAWIT FELCRA BERHAD TAHUN OER SEBENAR OER DIBAYAR MARGIN (%) [a] (%) [b] (%) [a-b] 1. Maran, Pahang 2019 19.4 19.0 0.4 2020 19.4 19.0 0.4 2021 19.2 18.7 0.5 2. Sungai Melikai, Johor 2019 19.4 18.8 0.6 2020 18.9 18.8 0.1 2021 19.0 18.7 0.3 Sumber: Laporan Ringkasan Prestasi Fizikal, Trading dan Kewangan bagi Tempoh Tahun 2019 hingga 2021 Pendapat Audit Pelaksanaan kerja penggredan BTS telah dilaksanakan dengan cekap dan memberi keuntungan kepada kilang sawit FELCRA. 5.2.3.2. Penyingkiran Enapcemar a. Kerja penyingkiran enapcemar oleh kilang sawit hendaklah mengikut Garis Panduan Pelan Pelupusan Enapcemar Kolam-kolam Pengolahan Efluen di Kilang Minyak Kelapa Sawit Mentah dan Kilang Getah Asli Mentah, JAS. Semakan Audit mendapati FELCRA telah mematuhi kesemua lima kriteria dalam pengurusan kerja penyingkiran enapcemar meliputi aspek perancangan kerja, jarak tapak pelupusan, pemantauan kualiti efluen, laporan kerja dan penyimpanan rekod. b. Berdasarkan syarat lesen yang diperoleh pula, kilang sawit FELCRA perlu mematuhi perkara berikut: i. setiap kolam pengolahan efluen hendaklah dipasang papan tanda yang mempunyai maklumat nama kolam, kapasiti reka bentuk, tempoh


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 203 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 203 FELCRA Berhad . penahanan efluen, tarikh akhir penyingkiran enapcemar dan ketinggian free board; ii. melantik Juruaudit Alam Sekitar yang berdaftar dengan JAS dan menjalankan Audit Pihak Ketiga sekurang-kurangnya dua kali setahun; dan iii. kilang mengadakan Pelan Tindakan Kecemasan bagi menangani kejadian luar jangkaan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pelan tindakan ini hendaklah disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa. c. Semakan Audit mendapati kilang sawit di Sungai Melikai, Johor dan Maran, Pahang telah mematuhi kesemua syarat lesen yang ditetapkan. Pendapat Audit Pengurusan penyingkiran enapcemar adalah cekap kerana telah mematuhi garis panduan dan syarat lesen kilang yang ditetapkan. 5.2.3.3. Penyenggaraan Jentera Kilang a. Berdasarkan SOP Kerja Senggaraan, perancangan kerja hendaklah dibuat mengikut kerosakan yang dialami, alat ganti disediakan dan merekodkan kerja senggara kerosakan yang telah siap dalam Kad Hayat. b. Semakan Audit mendapati laporan kerosakan di Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang dan Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai, Johor telah direkodkan dalam Buku Laporan Kerosakan Mesin Kilang namun tiada perancangan kerja dinyatakan. Kerja senggaraan yang telah siap tidak direkodkan dalam Kad Hayat. Sebaliknya, hanya pertukaran alat ganti telah direkodkan dalam Kad Hayat. Pengesahan kerosakan yang telah disenggara direkodkan dalam Buku Laporan Kerosakan Mesin Kilang. c. SOP Kerja Senggaraan juga menetapkan senggaraan berjadual dilaksanakan dengan menyemak Sistem Preventative Maintenance Schedule (PMS); menyediakan alat ganti dan tenaga kerja; melaksanakan kerja mengikut PMS; dan merekodkan kerja yang telah siap dalam PMS. d. Semakan Audit mendapati Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang tidak mempunyai Sistem PMS sebaliknya perancangan kerja ditetapkan secara manual iaitu dalam bentuk jadual. Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai, Johor juga tidak mempunyai Sistem PMS dan tidak menetapkan jadual


FELCRA Berhad 204 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 204 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad perancangan penyenggaraan. Oleh itu, pihak Audit tidak dapat membuat pengesahan terhadap pematuhan perancangan senggaraan di kedua-dua kilang tersebut. Pengesahan tidak dapat dibuat kerana semua kerja senggaraan (harian dan bulanan) di Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang direkodkan dalam Buku Laporan Juruteknik dan ketiadaan jadual perancangan penyenggaraan oleh Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai, Johor. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Kumpulan Perkilangan FELCRA bersama Operasi Sistem Maklumat akan membentangkan kertas cadangan ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan untuk pemasangan dan aplikasi Sistem FELCRA Integrated Mills Information Systems di kilang sawit FELCRA. Tempoh pelaksanaan sistem selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan dijangka mengambil masa anggaran enam bulan secara berperingkat. Pendapat Audit Pengurusan penyenggaraan jentera kilang di Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang dan Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai, Johor tidak dapat ditentukan sama ada telah dilaksanakan secara cekap dan berkesan kerana ketiadaan sistem rekod yang terancang dan jelas. 5.2.4. Pengurusan Penghutang Dagangan 5.2.4.1. FELCRA hendaklah menguruskan penghutang dagangan dengan baik untuk meningkatkan keupayaan kewangan bagi kelancaran operasi syarikat. Semakan Audit mendapati FELCRA mencatatkan tiga jenis penghutang iaitu estet (FELCRA), projek dan kilang. Berdasarkan Laporan Pengumuran Penghutang Dagangan setakat bulan April 2022, penghutang syarikat berjumlah RM201.84 juta. Hutang yang melebihi tempoh 120 hari berjumlah RM6.25 juta (3.1%) manakala melebihi 360 hari berjumlah RM10.66 juta (5.3%) yang melibatkan penghutang estet, projek dan kilang. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 13.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 205 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 205 FELCRA Berhad . JADUAL 13 PENGUMURAN PENGHUTANG DAGANGAN SETAKAT BULAN APRIL 2022 BIL. PENGHUTANG AMAUN TUNGGAKAN (RM Juta) 0-30 Hari 31-60 Hari 61-90 Hari 91-120 Hari >120 Hari >360 Hari JUMLAH (RM Juta) 1. Estet 14.53 1.14 0.55 - - 3.25 19.47 2. Projek BTS, Sekerap dan Padi (Projek) 93.37 3.52 12.20 (12.75)* (0.02)* 7.41 103.73 3. Kilang 76.06 (3.70)* 0.02 (0.01)* 6.27 - 78.64 JUMLAH 183.96 0.96 12.77 (12.76) 6.25 10.66 201.84 Sumber: Laporan Pengumuran Penghutang Dagangan Setakat Bulan April 2022 Nota: (*) - Jumlah Pendahuluan Tunai yang Diterima Terlebih Dahulu Sebelum Penghantaran Dibuat dan Sebelum Invois Dikeluarkan 5.2.4.2. Setakat bulan April 2022, penghutang projek mencatatkan tunggakan tertinggi iaitu RM103.73 juta (51.4%) diikuti penghutang kilang, RM78.64 juta (39%) dan penghutang estet RM19.47 juta (9.6%) daripada keseluruhan penghutang dagangan. 5.2.4.3. Subseksyen 246(1) Akta Syarikat 2016 menetapkan syarikat hendaklah mempunyai suatu sistem kawalan dalaman yang memberi jaminan munasabah supaya syarikat dilindungi daripada kerugian dan semua transaksi yang perlu direkodkan. Semakan Audit terhadap senarai SOP FELCRA mendapati SOP pengurusan kredit bagi semua jenis penghutang tidak disediakan. 5.2.4.4. Menurut FELCRA, pengurusan syarikat masih dalam proses untuk menyediakan polisi kutipan hutang syarikat. Syarat, polisi belian dan kutipan hutang ada dinyatakan dalam kontrak jualan yang dikeluarkan kepada penghutang syarikat. Mengikut amalan, Unit Kawalan Kewangan akan mengemukakan notis peringatan dan notis tindakan undang-undang kepada penghutang dalam usaha untuk mengutip tunggakan hutang. Surat peringatan kepada penghutang kilang akan dikemukakan bagi penghutang yang mempunyai tunggakan melebihi 30 hari. 5.2.4.5. Pihak Audit telah memilih tiga sampel penghutang kilang yang tertinggi yang mempunyai hutang tertunggak melebihi 30 hari setakat bulan April 2022 bagi menentukan sama ada notis peringatan telah dikemukakan kepada penghutang. Semakan Audit mendapati FELCRA telah mengemukakan tiga notis peringatan dan satu tuntutan mahkamah kepada satu penghutang manakala dua penghutang lain pula, didapati tiada notis peringatan telah dikemukakan. 5.2.4.6. Semakan Audit selanjutnya terhadap minit mesyuarat Lembaga Pengarah mendapati status tunggakan hutang daripada penghutang dagangan


FELCRA Berhad 206 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 206 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad ada dibincangkan melalui pembentangan laporan kewangan FELCRA. 5.2.4.7. Semakan turut mendapati peruntukan hutang ragu FELCRA telah dibuat pada tahun 2021 bagi empat penghutang berjumlah RM6 juta. Peruntukan hutang ragu menunjukkan trend peningkatan sejumlah RM6 juta (105.6%) bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Pihak Audit mendapati FELCRA tidak menyediakan SOP peruntukan hutang ragu. Pelaporan berkaitan pengumuran penghutang didapati tidak dibentangkan secara berasingan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah untuk pemantauan. 5.2.4.8. Semakan selanjutnya mendapati kelemahan pemantauan kutipan hutang telah dibangkitkan dalam Laporan Audit Pengurusan Kawalan Kredit Bahagian Pemasaran dan Trading Minyak Sawit Mentah pada 21 Februari 2020. Laporan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko Bil. 66 FELCRA pada 25 Februari 2020. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Peruntukan hutang ragu dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penjualan Minyak Sawit Mentah yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Perladangan Komersial Bersepadu. SOP bagi peruntukan hutang ragu sedang dalam proses penyediaan dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dalam tempoh enam bulan. Pendapat Audit Pengurusan penghutang dagangan adalah kurang cekap kerana SOP kutipan hutang dan peruntukan hutang ragu tidak disediakan. Ketiadaan SOP ini akan menyebabkan kelewatan mengambil tindakan terhadap penghutang dan ketidakpastian dalam menguruskan peruntukan hutang ragu. 5.2.5. Pemantauan Syarikat Subsidiari dan Usaha Sama 5.2.5.1. Setakat bulan April 2022, FELCRA mempunyai 16 syarikat subsidiari dan sembilan usaha sama yang berstatus aktif; serta enam18 syarikat subsidiari yang berstatus tidak aktif. Setiap syarikat subsidiari mempunyai antara dua hingga 10 ahli Lembaga Pengarah. Komposisi ahli Lembaga Pengarah bagi keseluruhan syarikat subsidiari dan usaha sama terdiri daripada pegawai FELCRA (24); ahli 18 FELCRA (Cambodia) Private Limited; FELCRA Banggi Development Sdn. Bhd.; FELCRA Agro Industry Sdn. Bhd.; FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd.; FELCRA Livestock & Agri Product Sdn. Bhd.; dan FELCRA Food Industries Sdn. Bhd.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 207 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 207 FELCRA Berhad . Lembaga Pengarah FELCRA (6); dan wakil awam (142). Seorang pegawai FELCRA dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah bagi satu hingga empat syarikat. 5.2.5.2. Senarai dan status syarikat subsidiari dan usaha sama mengikut aktiviti adalah seperti dalam Jadual 14. JADUAL 14 SENARAI SYARIKAT SUBSIDIARI DAN USAHA SAMA MENGIKUT AKTIVITI DAN PEGANGAN SAHAM SETAKAT BULAN APRIL 2022 BIL. NAMA SYARIKAT PEGANGAN FELCRA (%) MODAL BERBAYAR (RM) JENIS STATUS PERLADANGAN 1. FELCRA Daya Khas Plantation Sdn. Bhd. 92 100,000 S Aktif 2. FELCRA Gedong Plantation Sdn. Bhd. 85 1,000 S 3. FELCRA Balingian Plantation Sdn. Bhd. 80 100,000 S 4. FELCRA Sundar Awat-Awat Plantation Sdn. Bhd. 70 100,000 S 5. FELCRA Ever Herald Sdn. Bhd. 70 15,000 S 6. FELCRA Pelita Jemoreng Sdn. Bhd. 60 14,031,000 S PEMPROSESAN BUAH SAWIT 7. FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd. 100 3,730,000 S Aktif 8. FELCRA Venture Sri Aman Sdn. Bhd. 40 20,000,000 JV 9. FELCRA Jayaputra Sdn. Bhd. 36 35,000,000 JV 10. FELCRA Jaya Samarahan Sdn. Bhd. 30 20,000,000 JV 11. Kilang Sawit Panji Alam Sdn. Bhd. 8.75 10,000,000 JV PERKHIDMATAN BAJA 12. FELCRA Niaga Sdn. Bhd. 100 2,000,000 S Aktif 13. Diversatech (M) Sdn. Bhd. 55 21,000,000 S PERDAGANGAN 14. FELCRA Bekalan & Perkhidmatan Sdn. Bhd. 53 1,500,000 S Aktif 15. Sinergi Perdana Sdn. Bhd. 33 37,959,000 JV PELABURAN 16. Permodalan FELCRA Sdn. Bhd. 100 130,000,000 S Aktif 17. FELCRA (Cambodia) Private Limited 100 USD1,000,000 S Tidak Aktif HARTANAH 18. FELCRA Properties Sdn. Bhd. 100 30,000,000 S Aktif 19. FELCRA Banggi Development Sdn. Bhd. 100 2 S Tidak Aktif KEJURUTERAAN DAN REKA BENTUK 20. FELCRA Bina Sdn. Bhd. 100 10,000,000 S Aktif PERKHIDMATAN BEKALAN BAHAN AGRO 21. FELCRA Agro Industry Sdn. Bhd. 100 3,000,000 S Tidak Aktif PERKHIDMATAN KURSUS DAN LATIHAN 22. FELCRA Training and Consultancy Sdn. Bhd. 100 3,000,000 S Aktif


FELCRA Berhad 208 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 208 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad BIL. NAMA SYARIKAT PEGANGAN FELCRA (%) MODAL BERBAYAR (RM) JENIS STATUS PERKHIDMATAN RUNDINGAN PERTANIAN 23. FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd. 100 2,000,000 S Aktif PENGURUSAN ESTET 24. FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd. 100 100,000 S Tidak Aktif PENDIDIKAN 25. FELCRA Education Services Sdn. Bhd. 100 3,000,002 S Aktif TERNAKAN 26. FELCRA Livestock & Agri Product Sdn. Bhd. 100 1,000,000 S Tidak Aktif PERDAGANGAN HASIL PERTANIAN DAN TERNAKAN 27. FELCRA Food Industries Sdn. Bhd. 100 1,000,000 S Tidak Aktif PENGILANGAN DAN PERLADANGAN KELAPA SAWIT 28. FELCRA Jaya Marang Sdn. Bhd. 50 2 JV Aktif 29. FELCRA Jaya Mukah Sdn. Bhd. 30 100,000 JV PUSAT PENGUMPULAN BUAH TANDAN SEGAR 30. FELCRA Jaya Telupid Sdn. Bhd. 40 50,000 JV Aktif PEMBINAAN DAN PENGENDALIAN LOJI PENJANAAN KUASA BIOGAS 31. Megagreen Energy Sdn. Bhd. 15 1,000,000 JV Aktif Sumber: Akaun Pengurusan Tahun 2021 dan e-Info Services SSM Nota: (S) - Syarikat Subsidiari (JV) - Syarikat Usaha Sama 5.2.5.3. Perenggan 3.46 MKD Handbook menetapkan Lembaga Pengarah syarikat induk perlu memastikan laporan prestasi syarikat subsidiari dibentangkan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat induk. Semakan Audit terhadap minit mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan April 2022 mendapati prestasi kewangan syarikat subsidiari dan status tunggakan hutang daripada syarikat subsidiari ada dilaporkan melalui pembentangan laporan kewangan FELCRA. 5.2.5.4. Semakan Audit selanjutnya berkaitan prestasi syarikat subsidiari dan usaha sama FELCRA adalah seperti berikut: a. Prestasi Kewangan Syarikat Subsidiari dan Usaha Sama i. Analisis terhadap kedudukan kewangan syarikat subsidiari dan usaha sama mengikut 1919 aktiviti utama dilaksanakan berdasarkan penyata kewangan beraudit/akaun pengurusan pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Analisis ini dijalankan untuk menilai prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Analisis merangkumi prestasi pendapatan; perolehan 19 17 aktiviti utama setakat bulan April 2022, kerana tiga syarikat telah dibubarkan seperti dalam perenggan 5.2.5.4.a.iii.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 209 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 209 FELCRA Berhad . sebelum faedah, cukai dan susut nilai (EBITD); serta keuntungan/kerugian sebelum cukai. ii. Namun, analisis tidak dilaksanakan ke atas lima syarikat iaitu Kilang Sawit Panji Alam Sdn. Bhd. (tahun 2019 hingga 2021); FELCRA (Cambodia) Private Limited (tahun 2019 dan 2020); FELCRA Venture Sri Aman Sdn. Bhd. (tahun 2020 dan 2021); FELCRA Asset Management Sdn. Bhd. (tahun 2020 dan 2021); dan Megagreen Energy Sdn. Bhd. (tahun 2019 hingga 2021) kerana pihak FELCRA tidak mengemukakan penyata kewangan beraudit/akaun pengurusan. iii. Bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan April 2022, terdapat tiga syarikat subsidiari yang telah dibubarkan iaitu FELCRA BK Refining Sdn. Bhd., FELCRA Legacy Sdn. Bhd. dan FELCRA Asset Management Sdn. Bhd.. iv. Bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, pendapatan bagi aktiviti pemprosesan buah sawit mencatatkan pendapatan dan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi berbanding aktiviti lain. EBITD pula mencatatkan lebihan bagi tempoh tiga tahun tersebut dan menunjukkan trend peningkatan. Pendapatan dan keuntungan sebelum cukai menunjukkan peningkatan pada tahun 2021 berbanding tahun 2020. v. Pendapatan bagi empat aktiviti iaitu perladangan, perkhidmatan baja, perkhidmatan rundingan pertanian dan pusat pengumpulan BTS menunjukkan trend peningkatan dalam pendapatan bagi tempoh tiga tahun iaitu antara RM1.94 juta (20.9%) hingga RM104.35 juta (55.7%). Walaupun pendapatan bagi empat aktiviti tersebut menunjukkan trend peningkatan namun tiga aktiviti iaitu perladangan; perkhidmatan baja dan perkhidmatan rundingan pertanian hanya mencatatkan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2021 berbanding kerugian bagi tempoh tahun 2019 hingga 2020. Aktiviti pusat pengumpulan BTS pula hanya mencatatkan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2019. vi. Bagaimanapun, pendapatan lima aktiviti iaitu perdagangan; pelaburan; perkhidmatan bekalan bahan agro; ternakan; serta perdagangan hasil pertanian dan ternakan menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tiga tahun iaitu antara RM64,156 (100%) hingga RM71.09 juta (38.8%). Semakan Audit mendapati penurunan pendapatan ini disumbangkan oleh


FELCRA Berhad 210 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 210 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad tiga20 syarikat subsidiari yang tidak aktif. Empat21 syarikat lain turut mencatatkan penurunan pendapatan bagi tempoh tersebut. Semakan lanjut mendapati kesemua aktiviti kecuali aktiviti pelaburan mencatatkan defisit EBITD dan kerugian sebelum cukai pada tahun 2021. Bagaimanapun, lebihan EBITD yang dicatatkan pada tahun 2021 bagi aktiviti pelaburan tersebut menunjukkan trend penurunan berbanding tahun 2019 dan 2020. vii. Bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, aktiviti perdagangan minyak sawit; pertanian dan perdagangan hasil bijirin; serta pengilangan dan perladangan kelapa sawit tidak mencatatkan pendapatan. EBITD bagi ketiga-tiga aktiviti turut mencatatkan defisit dan mencatatkan kerugian sebelum cukai bagi tempoh tahun tersebut. Perkara ini disebabkan terdapat tiga22 syarikat subsidiari yang telah tidak aktif dan dibubarkan. Dua23 syarikat usaha sama tidak memperoleh pendapatan bagi tempoh tersebut. viii.Hanya tujuh24 aktiviti mencatatkan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2021 iaitu antara RM0.19 juta hingga RM36.27 juta. Bagaimanapun, setakat bulan April 2022, tiada pembayaran dividen oleh syarikat subsidiari direkodkan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 disebabkan oleh pengauditan penyata kewangan bagi tempoh tersebut belum dimuktamadkan. Semakan Audit selanjutnya mendapati penyata kewangan beraudit tahun 2019 bagi 24 syarikat subsidiari FELCRA yang diperbadankan di Malaysia telah disediakan pada bulan Ogos 2022. Prestasi kewangan syarikat subsidiari dan usaha sama adalah seperti dalam Jadual 15. 20 FELCRA Agro Industry Sdn. Bhd., FELCRA Livestock & Agri Product Sdn. Bhd. dan FELCRA Food Industries Sdn. Bhd.. 21 FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan Sdn. Bhd., Sinergi Perdana Sdn. Bhd., Permodalan FELCRA Sdn. Bhd. dan FELCRA (Cambodia) Private Limited. 22 FELCRA BK Refining Sdn. Bhd., FELCRA Legacy Sdn. Bhd. dan FELCRA Asset Management Sdn. Bhd.. 23 FELCRA Jaya Marang Sdn. Bhd. dan FELCRA Jaya Mukah Sdn. Bhd.. 24 Perladangan; pemprosesan buah sawit; perkhidmatan baja; pelaburan; kejuruteraan dan reka bentuk; perkhidmatan rundingan pertanian; dan pengurusan estet.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 211 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 211 FELCRA Berhad . JADUAL 15 PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT SUBSIDIARI DAN USAHA SAMA MENGIKUT AKTIVITI UTAMA BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 AKTIVITI UTAMA BIL. SYARIKAT BUTIRAN (RM Juta) S JV 2019 2020 2021 Perladangan 6 0 Pendapatan 64.72 80.10 124.07 EBITD (101.03) 21.73 59.48 Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai (51.59) (4.72) 33.11 Pemprosesan Buah Sawit 1 4 Pendapatan 776.47 751.77 1,194.35 EBITD 18.77 19.48 30.94 Keuntungan Sebelum Cukai 29.15 24.57 36.27 Perkhidmatan Baja 2 0 Pendapatan 127.73 187.29 291.64 EBITD (31.39) 2.67 16.72 Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai (23.75) (7.16) 7.69 Perdagangan 1 1 Pendapatan 183.03 111.94 82.76 EBITD (0.40) 0.31 (6.35) Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai 2.93 (1.71) (6.54) Pelaburan 2 0 Pendapatan 18.78 16.63 13.42 EBITD 17.68 7.44 5.35 Keuntungan Sebelum Cukai 7.57 7.24 5.16 Hartanah 2 0 Pendapatan 2.14 17.59 3.42 EBITD (3.36) (2.08) (2.91) Kerugian Sebelum Cukai (3.09) (1.74) (2.52) Perdagangan Minyak Sawit 2* 0 Pendapatan - EBITD (0.01) Tidak Aktif Bubar Kerugian Sebelum Cukai (0.01) Kejuruteraan dan Reka Bentuk 1 0 Pendapatan 52.56 12.71 15.29 EBITD (5.32) 1.13 1.17 Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai (4.54) 0.39 0.47 Perkhidmatan Bekalan Bahan Agro 1 0 Pendapatan 5.20 0.73 0.19 EBITD (3.36) 0.51 (0.04) Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai (2.49) 0.34 (0.46) Perkhidmatan Kursus dan Latihan 1 0 Pendapatan 4.72 2.55 2.81 EBITD (2.32) (0.90) (0.98) Kerugian Sebelum Cukai (1.83) (1.01) (1.34) Perkhidmatan Rundingan Pertanian 1 0 Pendapatan 16.02 18.98 24.64 EBITD (15.75) (3.14) 1.83 Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai (14.32) (4.95) 0.19 Pengurusan Estet 1 0 Pendapatan 25.70 29.03 17.17 EBITD (5.99) 1.57 4.24 Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai (5.19) 0.54 2.88 Pendidikan 1 0 Pendapatan 2.05 1.42 2.75 EBITD (2.67) (1.34) (1.56) Kerugian Sebelum Cukai (2.17) (1.44) (1.64) Ternakan 1 0 Pendapatan 1.16 0.09 - EBITD (2.04) (0.79) (0.09) Kerugian Sebelum Cukai (2.00) (0.79) (0.09) Perdagangan Hasil Pertanian dan Ternakan 1 0 Pendapatan 0.06 - - EBITD (0.32) (0.01) (0.01) Kerugian Sebelum Cukai (0.31) (0.02) (0.02)


FELCRA Berhad 212 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 212 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad AKTIVITI UTAMA BIL. SYARIKAT BUTIRAN (RM Juta) S JV 2019 2020 2021 Pertanian dan Perdagangan Hasil Bijirin 1** 0 Pendapatan - EBITD (0.01) Tidak Aktif Bubar Kerugian Sebelum Cukai (0.01) Pengilangan dan Perladangan Kelapa Sawit 0 2 Pendapatan - - - EBITD (0.01) (0.01) (0.01) Kerugian Sebelum Cukai (0.01) (0.01) (0.01) Pusat Pengumpulan Buah Tandan Segar 0 1 Pendapatan 6.40 9.30 11.24 EBITD 0.14 (0.08) (0.10) Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai 0.16 (0.06) (0.09) Pembinaan dan Pengendalian Loji Penjanaan Kuasa Biogas 0 1 Pendapatan EBITD Tiada maklumat Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai JUMLAH 25 9 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit/Akaun Pengurusan Tahun 2019 hingga 2021 Nota: (*) - Syarikat Telah Dibubarkan pada 29 Januari 2021 dan 19 Februari 2021 (**) - Syarikat Telah Dibubarkan pada 29 Januari 2021 (S) - Syarikat Subsidiari (JV) - Syarikat Usaha Sama b. Prestasi Pembayaran Hutang Syarikat Subsidiari FELCRA hendaklah menguruskan hutang daripada syarikat subsidiarinya dengan baik. Berdasarkan akaun pengurusan FELCRA tahun 2021, baki hutang oleh syarikat subsidiari berjumlah RM1.119 bilion. Baki ini menunjukkan peningkatan berjumlah RM530.52 juta (90.1%) berbanding RM588.56 juta pada tahun 2019. Berdasarkan Laporan Pengumuran Penghutang Syarikat Subsidiari pula, setakat bulan April 2022, hutang oleh 1425 syarikat subsidiari berjumlah RM1.283 bilion. Semakan Audit mendapati perkara berikut: i. FELCRA Properties Sdn. Bhd. mencatatkan tunggakan yang tertinggi iaitu RM749.31 juta (58.4%) berbanding keseluruhan jumlah tertunggak setakat bulan April 2022. Bagi FELCRA Properties Sdn. Bhd., terdapat perjanjian yang ditandatangani dengan FELCRA untuk setiap pendahuluan yang disalurkan; ii. tunggakan hutang yang melebihi tempoh 120 hari berjumlah RM1.146 bilion (89.3%) daripada keseluruhan tunggakan. Tunggakan ini 25 FELCRA Ever Herald Sdn. Bhd., FELCRA Pelita Jemoreng Sdn. Bhd., FELCRA Daya Khas Plantation Sdn. Bhd., FELCRA Banggi Development Sdn. Bhd., FELCRA Education Services Sdn. Bhd., FELCRA Food Industries Sdn. Bhd., FELCRA Livestock & Agri Product Sdn. Bhd., FELCRA Properties Sdn. Bhd., Permodalan FELCRA Sdn. Bhd., FELCRA Plantation Services Sdn. Bhd., FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd., FELCRA Sundar Awat-Awat Plantation Sdn. Bhd., FELCRA Legacy Sdn. Bhd. dan FELCRA BK Refining Sdn. Bhd..


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 213 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 213 FELCRA Berhad . termasuk hutang pembangunan ladang bagi tempoh 15 tahun oleh FELCRA Ever Herald Sdn. Bhd., FELCRA Pelita Jemoreng Sdn. Bhd. dan FELCRA Daya Khas Plantation Sdn. Bhd.. Bayaran balik adalah berdasarkan jadual bayaran balik dalam perjanjian; dan iii. dua26 syarikat subsidiari yang telah dibubarkan dan dua27 syarikat tidak aktif masih mempunyai tanggungan hutang kepada FELCRA melebihi tempoh 120 hari berjumlah RM9.75 juta. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Pendapatan lima aktiviti iaitu perdagangan, pelaburan, perkhidmatan bekalan agro, ternakan serta perdagangan hasil pertanian menunjukkan trend penurunan daripada tahun 2019 sehingga tahun 2021 antaranya disebabkan oleh syarikat tidak aktif; syarikat dalam proses penutupan dan pemberhentian operasi; serta penamatan kontrak perolehan. Antara faktor syarikat tidak aktif ialah syarikat tidak lagi menerima tawaran menjalankan kerja kontrak pembekalan daripada FELCRA; kesukaran dari segi aliran tunai disebabkan faktor penerimaan duit masuk yang perlahan; penurunan pendapatan disebabkan PKP; dan kelewatan syarikat induk dan penghutang luar membuat pembayaran kepada syarikat. Bagi syarikat aktif, transaksi masih berlaku antara syarikat induk dan syarikat subsidiari, oleh itu pembayaran balik hutang adalah secara berterusan. Pada masa yang sama, perbincangan juga dibuat jika syarikat subsidiari mengalami masalah kewangan. Berdasarkan penyata kewangan beraudit tahun 2019, hutang FELCRA Livestock Sdn. Bhd. telah dirosot nilai kerana tiada keupayaan untuk membayar balik hutang disebabkan syarikat telah tidak aktif. Bagi FELCRA Food Industries Sdn. Bhd. pula, syarikat telah diaktifkan semula sejak bulan Oktober 2022. Oleh itu, kutipan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Hapus kira hutang bagi syarikat yang telah dibubarkan berjumlah RM0.02 juta telah dibuat dalam akaun pengurusan pada bulan Oktober 2022. 26 FELCRA Legacy Sdn. Bhd. dan FELCRA BK Refining Sdn. Bhd.. 27 FELCRA Food Industries Sdn. Bhd. dan FELCRA Livestock & Agri Product Sdn. Bhd..


FELCRA Berhad 214 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 214 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad Pendapat Audit Prestasi kewangan syarikat subsidiari dan usaha sama adalah kurang stabil kerana hanya tujuh (36.8%) daripada 19 aktiviti merekodkan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2021. Pengurusan pembayaran hutang syarikat subsidiari adalah kurang cekap kerana tunggakan hutang menunjukkan trend peningkatan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. 5.3. Tadbir Urus Korporat 5.3.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. 5.3.2. Semakan Audit mendapati FELCRA mengamalkan sepenuhnya hanya dua daripada sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Tujuh aspek tadbir urus korporat yang tidak diamalkan sepenuhnya ialah Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SOP, Pelan Strategik dan KPI serta Jawatankuasa Audit dan Risiko. Ringkasan penemuan Audit adalah seperti dalam Jadual 16. JADUAL 16 PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AMALAN TADBIR URUS KORPORAT ASPEK AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT Pengerusi Terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh MKD dan Perenggan 94(5) Perlembagaan Syarikat: Elaun keraian dengan jumlah maksimum RM2,000 sebulan dengan resit. Pengarah hendaklah dibayar balik oleh syarikat apa-apa perbelanjaan perjalanan, hotel dan perbelanjaan lain yang munasabah dalam menghadiri mesyuarat syarikat atau pengarah atau jawatankuasa pengarah atau yang berkaitan perniagaan syarikat. • Perbelanjaan keraian Pengerusi melebihi jumlah kelayakan elaun keraian yang telah ditetapkan berjumlah RM31,290.21 bagi bulan Oktober 2021 hingga April 2022. • Selain daripada tuntutan perbelanjaan makan minum, tuntutan keraian ini termasuk dobi, keraian ahli politik dan bayaran tiket kapal terbang. Terma dan syarat perkhidmatan bagi Pengerusi yang diluluskan oleh MKD: Pengisytiharan harta perlu dibuat semasa menerima tawaran dan pada awal bulan Januari bagi setiap tahun perkhidmatan. Pengerusi FELCRA tidak mengisytiharkan harta semasa menerima tawaran dan awal bulan Januari tahun 2022.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 215 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 215 FELCRA Berhad . ASPEK AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT Lembaga Pengarah Perenggan 2.9(d) MKD Handbook: Setiap Pengarah hendaklah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah sekurangkurangnya 50% daripada bilangan keseluruhan Mesyuarat Lembaga Pengarah dalam setahun. Seorang pegawai Kerajaan yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah untuk mewakili MKD hanya menghadiri tiga daripada lapan kali (37.5%) mesyuarat Lembaga Pengarah pada tahun 2019. Green Book perenggan 1.4.4.: Lembaga Pengarah hendaklah memastikan ahlinya mempunyai akses kepada program pembelajaran yang berterusan. • Hanya dua ahli Lembaga Pengarah telah menghadiri program pembelajaran pada tahun 2019, 2020 dan 2021. • Tiada program pembelajaran yang dihadiri oleh kesemua ahli Lembaga Pengarah yang aktif pada tahun 2022. Terma dan syarat perkhidmatan bagi Lembaga Pengarah yang diluluskan oleh MKD: Pengisytiharan harta perlu dibuat semasa menerima tawaran dan pada awal bulan Januari bagi setiap tahun perkhidmatan. Hanya seorang daripada lapan ahli Lembaga Pengarah yang mengisytiharkan harta selaras dengan terma pelantikan yang ditetapkan. Subseksyen 248(2) dan 259 (1) Akta Syarikat 2016: Penyata kewangan syarikat hendaklah diaudit sewajarnya. Syarikat hendaklah menyerah simpan penyata kewangan dan laporan kepada SSM dalam tempoh 30 hari selepas edaran kepada anggotanya. FELCRA tidak menyediakan penyata kewangan beraudit bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Setiausaha Syarikat MCCG 2021 amalan 1.5, panduan G1.5: Setiausaha syarikat hendaklah mengikuti pembangunan profesional berterusan. Ketua Kumpulan Setiausaha Syarikat hanya menghadiri kursus sebanyak empat kali sahaja bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Perenggan 20G(1)(b) Akta SSM 2001 [Akta 614]: Pembaharuan lesen setiausaha perlu dibuat tidak lewat daripada 30 hari atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, sebelum tamat tempoh lesen. Kelewatan pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha ialah 741 hari. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh MKD: Elaun keraian dengan jumlah maksimum RM3,000 sebulan dengan resit. • Perbelanjaan keraian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan melebihi jumlah kelayakan yang ditetapkan berjumlah RM7,016.36 bagi bulan Disember 2021 dan Januari 2022. • Selain daripada tuntutan perbelanjaan makan minum, tuntutan keraian ini termasuk dobi, perubatan dan perbelanjaan lain seperti bayaran cuci kereta, penghantaran dan penyalinan. Terma dan syarat perkhidmatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang diluluskan oleh MKD: Pengisytiharan harta perlu dibuat semasa menerima tawaran dan pada awal bulan Januari bagi setiap tahun perkhidmatan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan tidak membuat pengisytiharan harta semasa menerima tawaran pada tahun 2021 dan pada awal bulan Januari 2022.


FELCRA Berhad 216 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 216 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad ASPEK AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT Prosedur Operasi Standard Seksyen 211 dan subseksyen 246(1) Akta Syarikat 2016 serta Perenggan 1.9(c) MKD Handbook: • Lembaga Pengarah hendaklah menguruskan perniagaan dan hal ehwal syarikat. Pengarah bagi sebuah syarikat awam atau subsidiari bagi syarikat awam hendaklah mempunyai suatu sistem kawalan dalaman yang memberi jaminan munasabah bagi melindungi aset syarikat daripada kerugian akibat penggunaan dan pelupusan serta memastikan semua transaksi yang direkodkan adalah betul. • Lembaga Pengarah perlu memastikan pengurusan syarikat mewujudkan polisi dan SOP bagi memantapkan tadbir urus syarikat. • Dua aktiviti berkaitan kewangan masih tidak mempunyai SOP iaitu Kutipan Hutang dan Peruntukan Hutang Ragu. • SOP berkaitan Tenaga Kerja masih dalam peringkat penyediaan oleh Bahagian Input Pertanian FELCRA. • Manual Pemilihan dan Penempatan Peserta turut tidak dikemas kini selaras dengan prosedur kerja terkini. Polisi Dokumen Dalaman FELCRA: Kuasa untuk melulus dokumen sama ada peringkat Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengurusan Tertinggi, Jawatankuasa peringkat Lembaga dan Lembaga Pengarah. Manual Agihan Keuntungan, Manual Kerja Akaun Penerimaan (Hasil Komoditi) dan SOP Trading Minyak Sawit Mentah tidak pernah diluluskan oleh pengurusan FELCRA. Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama MKD Handbook perenggan 3.33 hingga 3.35: Lembaga Pengarah hendaklah memastikan syarikat menetapkan KPI berdasarkan elemen yang sesuai dengan mandat dan operasi syarikat. KPI juga hendaklah diluluskan dan dipantau oleh Lembaga Pengarah. • Tiada bukti penetapan KPI bagi tempoh tahun 2019 hingga tahun 2021 telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. • Pencapaian keseluruhan KPI FELCRA bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 tidak dipantau dan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah secara berkala. Jawatankuasa Audit dan Risiko MCCG 2021 amalan 9.1 dan Green Book perenggan 1.2.3: Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko hendaklah Pengarah Bebas dan bukan Pengerusi Lembaga Pengarah. Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko merupakan Pengarah Bukan Bebas. Sumber: Jabatan Audit Negara Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 dan 5 Disember 2022 i. Setiausaha Syarikat akan mendapatkan perakuan daripada Lembaga Pengarah terhadap perbelanjaan keraian yang melebihi kelayakan sebenar Pengerusi. Perbelanjaan tiket kapal terbang akan dicaj semula pada kod akaun berkaitan dan dijangka selesai pada bulan Disember 2022. ii. Notis jemputan mesyuarat Lembaga Pengarah telah dihantar namun ahli Lembaga Pengarah tersebut tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana mempunyai urusan lain. Kekurangan kehadiran latihan Lembaga Pengarah bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 adalah disebabkan oleh PKP. Kumpulan Setiausaha Syarikat akan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah bagi menghadiri program


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 217 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 217 FELCRA Berhad . pembelajaran sekurang-kurangnya dua kali setahun. Borang pengisytiharan harta Lembaga Pengarah telah diedarkan pada awal pelantikan dan pada awal tahun 2022. Namun demikian tiada maklum balas yang diterima meskipun telah dibuat susulan. Perkara ini dijangka selesai pada bulan Disember 2022. iii. Kekurangan kehadiran latihan Setiausaha Syarikat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 disebabkan oleh PKP. Kelewatan pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Syarikat disebabkan ketidakcukupan mata Continuing Professional Education yang diperlukan bagi pembaharuan sijil sebagaimana ditetapkan oleh pihak SSM. iv. Terdapat kesilapan merekodkan perbelanjaan perubatan, makan minum mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana, perbelanjaan penghantaran, mencuci kereta dan penyalinan yang sepatutnya dicaj pada kod perkhidmatan perubatan, keraian pejabat, dan bekalan alatan pejabat/perkhidmatan hospitaliti. Tindakan pembetulan akan dilaksanakan. Sekiranya masih terdapat lebihan berbanding jumlah kelayakan sebenar, tuntutan bagi bayaran balik akan dibuat. Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah membuat pengisytiharan harta pada 15 November 2022 melalui Portal E-Staf FELCRA setelah teguran Audit. v. Penyediaan SOP berkaitan tenaga kerja di peringkat akhir semakan dan akan dimuktamadkan sebelum 31 Disember 2022. Manual Agihan Interim dan Keuntungan Kepada Peserta FELCRA dan Manual Pemilihan Penempatan sedang dalam proses pengemaskinian dengan mengambil kira keadaan semasa dan selari dengan keperluan syarikat. Perkara ini dijangka akan selesai sepenuhnya pada bulan Februari 2023. Kumpulan Perkilangan FELCRA telah membentangkan cadangan penambahbaikan kaedah penjualan minyak sawit mentah dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan pada 20 September 2022. Kertas cadangan yang telah dibentangkan adalah cadangan penambahbaikan penjualan minyak sawit mentah dan isirung sawit. vi. Bagi tahun 2019 hingga 2021, tiada laporan bagi penetapan KPI tahunan dikemukakan kepada Lembaga Pengarah bagi tujuan kelulusan. FELCRA akan memuktamadkan KPI tahun 2023 dan akan membentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk tujuan kelulusan yang dijangka pada atau sebelum 31 Januari 2023. Pengurusan FELCRA akan membentangkan prestasi pencapaian KPI bagi tahun 2022 pada atau sebelum 31 Januari 2023. vii. Setakat bulan November 2022, Jawatankuasa Audit dan Risiko dianggotai oleh enam ahli termasuk Pengerusi. Lima ahli Jawatankuasa Audit dan Risiko termasuk


FELCRA Berhad 218 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 218 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad Pengerusi adalah Pengarah Bebas dan terdapat seorang sahaja Pengarah Bukan Bebas. Kriteria pelantikan Pengerusi dan ahli jawatankuasa adalah berdasarkan kepada kemahiran, pengalaman dan kelayakan Lembaga Pengarah. Pendapat Audit Keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat FELCRA adalah memuaskan. Bagaimanapun, tindakan yang diambil untuk menambah baik tujuh aspek yang tidak dipatuhi dapat meningkatkan kualiti amalan tadbir urus korporat syarikat. 6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT 6.1. Secara keseluruhannya, objektif penubuhan FELCRA untuk menyatu, memulih dan membangunkan tanah milik peserta telah tercapai melalui aktiviti utamanya melaksanakan mandat sosial (program P&P) dan perniagaan komersial. Sepanjang tempoh tahun 2019 hingga 2021, FELCRA telah mencapai KPI minimum yang telah ditetapkan oleh MKD. Namun, FELCRA tidak mencapai sasaran mandat sosial yang ditetapkan bagi pencapaian output sumbangan hal ehwal peserta dan pengeluaran hasil BTS program P&P bagi tempoh tiga tahun tersebut. Bagi pencapaian output perniagaan komersial, syarikat tidak dapat mencapai sasaran keuntungan kilang sawit FELCRA yang ditetapkan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut kecuali bagi Kilang Sawit FELCRA Berhad Bukit Kepong, Johor pada tahun 2021. Sasaran pengeluaran BTS di estet komersial juga tidak tercapai bagi tempoh yang sama. Dalam aspek keberhasilan, Kerajaan tidak menerima dividen daripada FELCRA bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 namun program P&P telah memberi impak positif serta dapat meningkatkan taraf hidup peserta dengan agihan dividen yang diterima. 6.2. Berkaitan pengurusan pengagihan dividen kepada peserta, FELCRA mengagihkan dividen tanpa membentangkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan projek serta tidak mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Agihan dan Keuntungan FELCRA. Pengurusan aktiviti perladangan adalah tidak cekap kerana tidak mematuhi jadual perancangan pembajaan dan jadual pusingan penuaian. Di samping itu, terdapat TKA yang telah tinggal melebihi tempoh sah laku Pas Lawatan Kerja Sementara antara dua hingga 825 hari. Pengurusan aktiviti perkilangan pula adalah cekap dan berkesan berkaitan dengan penggredan BTS kerana telah mematuhi SOP yang ditetapkan dan telah memperoleh margin antara 0.1% hingga 0.6% bagi tahun 2019, 2020 dan 2021. Pengendalian terhadap penyingkiran enapcemar juga adalah cekap. Namun, bagi penyenggaraan jentera kilang, pengurusannya tidak dapat ditentukan telah dilaksanakan secara cekap kerana sistem rekod yang tidak terancang dan tidak jelas. Selain itu, FELCRA tidak menyediakan SOP berkaitan kutipan hutang dan peruntukan hutang ragu. Pemantauan syarikat subsidiari oleh FELCRA telah dilaksanakan melalui mesyuarat Lembaga Pengarah.


FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 219 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 219 FELCRA Berhad . 6.3. Amalan tadbir urus korporat FELCRA berada pada tahap memuaskan dan memerlukan tindakan penambahbaikan bagi kesemua aspek kecuali Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Bagi aspek kedudukan kewangan, penilaian terhadap tahap kestabilan kedudukan kewangan FELCRA tidak dapat dirumuskan kerana pengauditan penyata kewangan FELCRA bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 masih belum dimuktamadkan. Seterusnya, kelewatan penyediaan penyata kewangan beraudit syarikat subsidiari memberi kesan kepada penerimaan dividen oleh FELCRA daripada syarikat subsidiarinya. 7. SYOR AUDIT Bagi meningkatkan lagi pencapaian objektif penubuhan FELCRA melalui aktiviti utamanya serta tadbir urus korporat, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah FELCRA perlu mengambil langkah proaktif dan berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak yang berkepentingan perlu memberi pertimbangan terhadap syor berikut: i. mengambil langkah untuk membantu peserta yang tidak menerima dividen bagi menyelesaikan masalah kos operasi dan projek tidak berdaya maju; ii. dividen belum agih terkumpul berjumlah RM67.14 juta hendaklah diserahkan kepada peserta dan pemegang amanah secepat mungkin; iii. memaksimumkan pengisian tenaga kerja ladang selaras dengan keperluan FELCRA supaya dapat meningkatkan produktiviti hasil tuaian dan pendapatan syarikat pada tahap optimum; iv. semakan menyeluruh terhadap tempoh sah laku PLKS TKA di semua ladang FELCRA; v. mengguna pakai sistem secara digital bagi pengurusan penyenggaraan kilang sawit FELCRA seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 negara; vi. hutang dagangan berjumlah RM10.66 juta melebihi 360 hari hendaklah dituntut dengan segera bagi mengelakkan kerugian kepada syarikat;


FELCRA Berhad 220 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 220 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad vii. pemantauan terhadap syarikat subsidiari dan usaha sama yang berterusan daripada segi operasi perniagaan dan prestasi kewangan; dan viii. memastikan tadbir urus korporat dipertingkatkan antaranya berkaitan pematuhan terhadap terma lantikan Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; program pembelajaran Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat; penyediaan, pengemaskinian, pematuhan dan pemantauan SOP; pemantauan KPI; serta kebebasan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko.


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR • MAJLIS AMANAH RAKYAT O MARA CORPORATION SDN. BHD. – MARA Liner Sdn. Bhd. 3


MARA LINER SDN. BHD.


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 225 SULIT “Objektif pengkorporatan untuk menyediakan perkhidmatan bas berhenti-henti & myBAS bagi 103 laluan sosial tercapai, amalan tadbir urus korporat memuaskan & kedudukan kewangan yang stabil” Objektif Pengkorporatan TERCAPAI Kedudukan Kewangan STABIL Tadbir Urus Korporat MEMUASKAN Pencapaian Output Pencapaian Keberhasilan Keuntungan RM19.93 juta myBAS & aktiviti lain Tahap kepuasan penumpang 94% Dividen RM164,418 dibayar kepada MARA & MARA Corporation Sdn. Bhd. Prestasi Aktiviti Pengurusan Aktiviti Operasi Perkhidmatan Bas perkhidmatan bas berhenti-henti & MARA LINER SDN. BHD. (Syarikat Berhad Menurut Syer) Syarikat subsidiari milik penuh MARA Corporation Sdn. Bhd. KPI aspek fizikal penalti parameter myBAS RM0.98 juta Kurang 10 bas berbanding ketetapan 90 bas myBAS RUMUSAN AUDIT 35 - 62 purata bulanan kerosakan bas Tidak capai sasaran 2019: 11 (84.6%) 2020: 10 (76.9%) Output Trip Perkhidmatan Bas Berhenti-henti tidak capai sasaran 80% tahun 2020 - 2022 myBAS Perlis tidak capai sasaran 98% tahun 2020 & 2021 myBAS Kuala Terengganu tidak capai sasaran 95% tahun 2021 & 2022 Kerugian RM15.92 juta bas berhenti-henti & bas ekspres Tidak dapat dinilai 12 - 31 purata bulanan jawatan pemandu belum diisi 2021: Bas Berhenti-henti Kerosakan Bas Kuala Terengganu 7 - 18 Perlis Purata bulanan kerosakan bas melebihi parameter KURANG CEKAP KURANG CEKAP Pengurusan Bayaran Perkhidmatan Bas Stor Alat Ganti Bas belum menggunakan sistem berkomputer KURANG CEKAP KURANG CEKAP Tadbir Urus Korporat Pengerusi Lembaga Pengarah Setiausaha Syarikat Audit Dalam Jawatankuasa Audit & Pemeriksaan Jawatankuasa Pencalonan & Imbuhan Rancangan Korporat/ Pelan Strategik & KPI 1 - 79 7 ASPEK TIDAK DIAMALKAN SEPENUHNYA Infografik MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 225


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 227 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 227 MARA Liner Sdn. Bhd. RINGKASAN EKSEKUTIF MARA LINER SDN. BHD. Perkara Utama Apa yang diaudit? • MARA Liner Sdn. Bhd. (MARA Liner) ialah syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah dikorporatkan pada 17 April 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar berjumlah RM15 juta. Bagaimanapun mulai 9 November 2021, saham MARA Liner telah diambil alih sepenuhnya oleh MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corporation). Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, MARA Liner menjalankan perniagaan sebagai fleet carriers. • Prestasi dan pengurusan aktiviti yang dinilai ialah perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Julai 2022. • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian output dan keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) aspek fizikal, output trip perkhidmatan bas berhenti-henti dan output trip perkhidmatan myBAS. Pencapaian keberhasilan pula dinilai berdasarkan matlamat keuntungan, matlamat khidmat sosial dan pembayaran dividen. • Pengurusan aktiviti pula meliputi enam perkara iaitu pentadbiran kontrak, operasi perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS, pengurusan bayaran perkhidmatan bas, penyenggaraan dan pembaikan bas, stor alat ganti bas serta pemantauan operasi bas berhenti-henti dan myBAS. • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif, Prosedur Operasi Standard, Rancangan Korporat/Pelan Strategik dan KPI, Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dibuat bagi tahun 2019 hingga bulan Julai 2022. • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021. Mengapa ia penting untuk diaudit? • Menilai tahap pencapaian objektif pengkorporatan MARA Liner melalui aktiviti utama sebagai fleet carriers khususnya dalam perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS. • Perkhidmatan pengangkutan awam adalah penting kepada penduduk luar bandar khususnya laluan sosial atau laluan yang kurang menguntungkan. • Aset milik MARA bernilai RM58.81 juta meliputi 359 bas, 17 lot tanah, 15 bangunan dan 198 alatan bengkel telah diserahkan kepada MARA Liner bagi melaksanakan operasi syarikat.


MARA Liner Sdn. Bhd. 228 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 228 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 MARA Liner Sdn. Bhd. • MARA Liner melaksanakan 103 laluan sosial perkhidmatan bas yang meliputi sembilan negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Kedah, Melaka, Perak, Johor, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perlis. Apa yang ditemui Audit? • Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, MARA Liner telah mencapai objektif pengkorporatannya untuk menyediakan perkhidmatan bas berhenti-henti bagi 89 laluan sosial di kawasan luar bandar dan perkhidmatan myBAS bagi 14 laluan sosial. • Bagi tahun 2019 hingga 2021, perkhidmatan myBAS dan aktiviti lain telah menjana keuntungan. Bagaimanapun, perkhidmatan bas berhenti-henti dan bas ekspres telah mengalami kerugian. Bagi tempoh tersebut, keuntungan berjumlah RM19.93 juta telah digunakan bagi menampung kerugian operasi perkhidmatan bas berhenti-henti dan bas ekspres berjumlah RM15.92 juta. • MARA Liner masih mampu mencatatkan keuntungan dan membayar dividen berjumlah RM122,481 dan RM41,937 kepada MARA dan MARA Corporation bagi tahun kewangan 2020 dan 2021, walaupun syarikat telah menanggung kerugian daripada perkhidmatan bas berhenti-henti dan bas ekspres. Perkara ini berikutan kedudukan kewangan MARA Liner yang stabil. • Bagaimanapun, pencapaian output KPI aspek fizikal adalah kurang memuaskan. Sebanyak 11 (84.6%) indikator bagi tahun 2019 dan 10 (76.9%) bagi tahun 2020 daripada 13 indikator KPI aspek fizikal tidak mencapai sasaran. Pencapaian bagi kesemua KPI tahun 2021 pula tidak dapat dinilai. KPI tahun 2019 dan 2020 tidak dapat dicapai khususnya tahun 2020 kesan daripada pandemik Covid-19. • Selain itu, didapati bagi tahun 2020 hingga bulan Julai 2022, MARA Liner tidak mencapai pelaksanaan trip bulanan perkhidmatan bas berhenti-henti iaitu hanya mencapai antara 55.8% hingga 75.8% berbanding sasaran 80%. • Bagi perkhidmatan myBAS pula, syarikat hampir mencapai tahap perkhidmatan minimum (98%) myBAS Perlis bagi tahun 2020 dan 2021 masing-masing dengan pencapaian 95.9% dan 96.8%. MARA Liner juga hampir mencapai tahap perkhidmatan minimum (95%) myBAS Kuala Terengganu pada tahun 2021 dan 2022 (setakat bulan Julai) iaitu masing-masing dengan pencapaian 94.3% dan 93%. • Pengurusan aktiviti kurang cekap dalam pentadbiran kontrak perkhidmatan bas; operasi perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS; pengurusan bayaran perkhidmatan bas; stor alat ganti bas; dan pemantauan operasi bas berhenti-henti dan myBAS. Antara penemuan Audit ialah: - Perjanjian operasi perkhidmatan bas yang berkuat kuasa 1 Jun 2013 antara MARA dan MARA Liner belum dimeterai setakat pengauditan pada bulan Julai 2022;


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 229 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 229 MARA Liner Sdn. Bhd. - Bilangan pemandu bas berhenti-henti tidak mencukupi bagi tempoh bulan Julai 2019 hingga bulan Julai 2022. Secara purata bulanan, antara 12 hingga 31 jawatan pemandu bas belum diisi. - Kerosakan bas dalam perkhidmatan myBAS yang melebihi tahap parameter telah menyebabkan pelaksanaan bilangan trip tidak tercapai dan dikenakan penalti parameter oleh APAD berjumlah RM0.98 juta. • Amalan tadbir urus korporat MARA Liner berada pada tahap memuaskan. Apa yang disyorkan Audit? • Pihak yang berkepentingan perlu memberi pertimbangan terhadap syor berikut: - memuktamadkan perjanjian perkhidmatan bas dengan MARA untuk menjaga kepentingan syarikat; - menggiatkan tindakan mengambil dan mengekalkan pemandu bas supaya operasi perkhidmatan bas tidak terganggu; - memastikan tahap perkhidmatan minimum myBAS dipatuhi untuk mengelakkan penalti yang dikenakan; - menyegerakan pembangunan sistem inventori berkomputer bagi pengurusan stor alat ganti bas yang lebih sistematik; - mempertimbangkan penggunaan sistem tiket tanpa tunai bagi mengatasi isu ketirisan kutipan tambang; dan - memantapkan amalan tadbir urus korporat dalam aspek Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Rancangan Korporat/ Pelan Strategik, Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan serta Audit Dalam.


MARA Liner Sdn. Bhd. 230 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 231 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 231 MARA Liner Sdn. Bhd. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR1 MAJLIS AMANAH RAKYAT MARA Corporation Sdn. Bhd. 1. MARA Liner Sdn. Bhd. FAKTA UTAMA 17.04.2012 RM15 juta 103 laluan sosial Tarikh pengkorporatan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] Modal berbayar 89 laluan sosial perkhidmatan bas berhenti-henti di luar bandar dan 14 RM7.42 juta laluan sosial perkhidmatan myBAS Keuntungan terkumpul setakat 31 Disember 2021 Objektif pengkorporatan Mendapatkan punca kuasa autonomi bagi melaksanakan operasi dan aktiviti Kenderaan Bas MARA Aktiviti utama Menjalankan perniagaan sebagai fleet carriers Jenis syarikat Syarikat berhad menurut syer 1. LATAR BELAKANG 1.1. MARA Liner Sdn. Bhd. (MARA Liner) dikorporatkan pada 17 April 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]. Pengkorporatan ini dibuat melalui penjenamaan semula syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu KP Nominees Sdn. Bhd. kepada MARA Liner dengan suntikan modal berjumlah RM15 juta. MARA ialah Badan Berkanun Persekutuan yang dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Kelulusan pengkorporatan adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis MARA Ke-374 (Bilangan 10 Tahun 2011) pada 23 November 2011. Bagaimanapun mulai 9 November 2021, saham MARA Liner telah diambil alih sepenuhnya oleh MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corporation) yang merupakan syarikat ditubuhkan oleh MARA pada 17 November 2014. 1.2. Objektif pengkorporatan MARA Liner adalah untuk mendapatkan punca kuasa autonomi bagi melaksanakan operasi dan aktiviti Kenderaan Bas MARA (KBM); 2 mempertingkatkan kualiti pengurusan MARA Liner dengan pelaksanaan amalan budaya korporat dalam pengurusannya; meningkatkan kecekapan pengurusan dan keberkesanan operasi KBM secara komersial; serta melaksanakan aktiviti komersial yang berkaitan dengan industri pengangkutan yang secara tidak langsung membuka peluang kepada syarikat Bumiputera. 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar sekarang dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mulai bulan Disember 2022. 2 Aktiviti KBM bermula di KBM Lurah Bilut, Pahang pada tahun 1961. Pada peringkat awal, aktiviti KBM lebih tertumpu kepada perkhidmatan sosial melalui perkhidmatan bas berhenti-henti di kawasan luar bandar.


MARA Liner Sdn. Bhd. 232 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 232 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 MARA Liner Sdn. Bhd. 1.3. Berdasarkan Perlembagaan Syarikat MARA Liner, sebanyak 29 objektif penubuhan syarikat telah ditetapkan. Antaranya adalah untuk menjalankan perniagaan sebagai fleet carriers; menjalankan perniagaan pengurusan teksi, bas, mini bas, trak dan semua jenis kenderaan untuk mengangkut penumpang, barang, komoditi, ternakan dan barang niaga; menjalankan perniagaan pelancongan, ejen pelancongan dan kontraktor; serta memberikan, memajukan, mewujudkan, menjalankan, menguruskan dan mengendalikan perkhidmatan kiriman cepat. 1.4. Setakat bulan Disember 2021, MARA Liner telah menerima aset milik MARA bernilai RM58.81 juta meliputi 359 bas, 17 lot tanah, 15 bangunan dan 198 alatan bengkel bagi melaksanakan operasi syarikat. Secara amnya, model perniagaan MARA Liner adalah seperti dalam Carta 1. CARTA 1 MODEL PERNIAGAAN MARA LINER Sumber: Jabatan Audit Negara Nota: ISBSF - Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (Interim Stage Bus Support Fund) SBST - Program Transformasi Bas Berhenti-henti (Stage Bus Service Transformation) 1.5. Setakat bulan Julai 2022, MARA Liner mempunyai tujuh ahli Lembaga Pengarah. Pengurusan MARA Liner pula diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan terdiri daripada lima unit iaitu Khidmat Korporat; Operasi Kumpulan; Kejuruteraan Kenderaan dan Alat Ganti; Perancangan Strategik; dan Penyelaras Wilayah. Pengisian perjawatan MARA Liner ialah 524 (95.4%) daripada 549 jawatan. Struktur organisasi MARA Liner adalah seperti dalam Carta 2. 100% pegangan saham 100% pegangan saham Bayaran SBST Dividen Dokumen tuntutan SBST Dokumen tuntutan ISBSF Bayaran ISBSF Peruntukan pembangunan Dividen Aset Pembayaran ISBSF Tambang bas Sewaan khas Hasil pengiklanan badan bas Hasil perkhidmatan pembaikan kenderaan Hasil lain Perkhidmatan bas (Operator) Perkhidmatan bengkel Aktiviti lain Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) MARA Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pelanggan MARA Corporation (Syarikat Induk) MARA Liner


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 233 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 233 MARA Liner Sdn. Bhd. CARTA 2 STRUKTUR ORGANISASI MARA LINER PADA BULAN JULAI 2022 Sumber: Unit Khidmat Korporat 1.6. MARA Liner telah menjalankan aktiviti perkhidmatan bas domestik (terdiri daripada perkhidmatan bas berhenti-henti3 dan myBAS4 ), bas ekspres, pelancongan, bengkel, pengangkutan, dan logistik dalam tempoh tahun kewangan 2019 hingga 2021. Jumlah pendapatan MARA Liner bagi tempoh tersebut ialah RM95.56 juta dengan perkhidmatan bas domestik menyumbang 46% daripada jumlah pendapatan seperti dalam Jadual 1. JADUAL 1 PENDAPATAN MARA LINER MENGIKUT AKTIVITI BAGI TAHUN KEWANGAN 2019 HINGGA 2021 AKTIVITI PENDAPATAN TAHUN 2019 (RM Juta) TAHUN 2020 (RM Juta) TAHUN 2021 (RM Juta) JUMLAH (RM Juta) % Perkhidmatan Bas Domestik 16.54 13.84 13.60 43.98 46 Perkhidmatan Bas Ekspres 22.64 10.39 5.39 38.42 40.2 Pelancongan 0.54 0.40 6.28 7.22 7.6 Perkhidmatan Bengkel 1.69 1.78 1.26 4.73 4.9 Perkhidmatan Pengangkutan 0.43 0.27 0.44 1.14 1.2 Perkhidmatan Logistik 0.04 0.02 0.01 0.07 0.1 JUMLAH 41.88 26.70 26.98 95.56 100 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2019, 2020 dan 2021 1.7. Bagi perkhidmatan bas berhenti-henti, MARA telah melantik MARA Liner sebagai operator bagi menjalankan aktiviti operasi perkhidmatan bas berkuat kuasa 1 Jun 2013. 3 Berdasarkan Portal APAD, bas berhenti-henti ditafsirkan sebagai bas yang berulang alik sepanjang laluan yang dibenarkan oleh APAD untuk membawa penumpang berdasarkan tambang dan jadual waktu yang ditetapkan. 4 Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) telah diperkenalkan atas jenama myBAS pada tahun 2015 yang merupakan migrasi daripada perkhidmatan bas berhenti-henti oleh pengendali bas di ibu negeri seluruh Malaysia. Perkhidmatan ini dirangka bagi memastikan penumpang memperoleh perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulunya kurang mendapat perhatian, di samping mengurangkan pertindihan laluan bas agar liputan perkhidmatan tersebut mencapai tahap optimum.


MARA Liner Sdn. Bhd. 234 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 234 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 MARA Liner Sdn. Bhd. Setakat bulan Julai 2022, MARA Liner melaksanakan perkhidmatan ini untuk 89 laluan meliputi lapan negeri5 di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan 90 bas. 1.8. Bagi perkhidmatan myBAS pula, berdasarkan perjanjian dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) (kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat iaitu APAD), MARA Liner menyediakan perkhidmatan myBAS Perlis mulai tahun 2015 dan myBAS Kuala Terengganu mulai tahun 2018. APAD membayar caj pengendali (bayaran SBST) kepada MARA Liner iaitu bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan berdasarkan kadar caj dan laluan yang ditetapkan. Setakat bulan Julai 2022, MARA Liner menyediakan perkhidmatan myBAS Perlis meliputi 10 laluan dan myBAS Kuala Terengganu untuk empat laluan. 2. OBJEKTIF PENGAUDITAN Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif pengkorporatan MARA Liner melalui aktiviti pengurusan perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; amalan tadbir urus korporat yang baik; serta kedudukan kewangan syarikat yang kukuh. 3. SKOP PENGAUDITAN 3.1. Pengauditan terhadap aktiviti MARA Liner meliputi dua aktiviti utamanya iaitu aktiviti perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Julai 2022. Pemilihan pengurusan aktiviti perkhidmatan bas berhenti-henti berdasarkan objektif pengkorporatan syarikat manakala myBAS dipilih kerana MARA Liner menerima bayaran caj pengendali daripada APAD di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST). 3.2. Pengauditan aktiviti meliputi dua bidang Audit yang utama iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti perkhidmatan bas. Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output dan keberhasilan. Penilaian pencapaian output meliputi pencapaian KPI aspek fizikal, output trip perkhidmatan bas berhenti-henti dan output trip perkhidmatan myBAS. Penilaian pencapaian keberhasilan pula meliputi pencapaian matlamat keuntungan, matlamat khidmat sosial dan pembayaran dividen. Pengurusan aktiviti pula meliputi enam perkara iaitu pentadbiran kontrak, operasi perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS, pengurusan bayaran perkhidmatan bas, penyenggaraan dan pembaikan bas, stor alat ganti bas serta pemantauan operasi bas berhenti-henti dan myBAS. 5 Lapan negeri ialah Pahang, Kedah, Melaka, Perak, Johor, Terengganu, Selangor dan Kelantan.


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 235 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 235 MARA Liner Sdn. Bhd. 3.3. Lawatan fizikal Audit dijalankan terhadap pengurusan perkhidmatan bas berhentihenti di dua negeri iaitu Kedah dan Pahang manakala perkhidmatan myBAS di negeri Terengganu. Sampel Audit bagi perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS ditentukan melalui analisis terhadap Laporan Kewangan dan Pengurusan Bulanan bagi tahun 2019 hingga 2021. Analisis dibuat berdasarkan kos langsung, hasil dan bilangan penumpang untuk setiap laluan. Sebanyak lima laluan perkhidmatan bas berhenti-henti di Kedah dan Pahang dipilih untuk pemeriksaan fizikal kerana laluan tersebut merekodkan tanggungan kos seorang penumpang yang tinggi dalam senarai 20 teratas daripada 79 laluan (setakat bulan Disember 2021). Perkhidmatan myBAS Kuala Terengganu juga dijadikan sampel Audit kerana laluan di negeri tersebut menjana purata hasil lebih rendah berbanding dengan perkhidmatan myBAS Perlis. 3.4. Pengauditan ini juga melibatkan sembilan aspek tadbir urus korporat bagi tahun 2019 hingga bulan Julai 2022. Aspek tadbir urus korporat yang dinilai ialah Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif, Prosedur Operasi Standard (SOP), Rancangan Korporat/Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, Audit Dalam, serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. 3.5. Penilaian terhadap aspek kedudukan kewangan pula meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021. Pengauditan dijalankan di Ibu Pejabat MARA Liner yang terletak di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. 4. METODOLOGI PENGAUDITAN 4.1. Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang dikemukakan oleh pihak MARA Liner, APAD, MARA dan MARA Corporation serta menganalisis data berkaitan. Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat juga dijalankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Selain itu, lawatan fizikal dijalankan di negeri Kedah, Pahang dan Terengganu bagi menilai pengurusan bas berhenti-henti dan myBAS yang dilaksanakan oleh MARA Liner. Borang soal selidik juga diedarkan kepada penumpang bas berhenti-henti di negeri Kedah dan Pahang serta myBAS Kuala Terengganu melalui MARA Liner bagi tujuan menilai kepuasan penumpang. Sebanyak 485 (90.1%) maklum balas yang lengkap telah diterima daripada 538 borang soal selidik yang diedarkan. 4.2. Penilaian kedudukan kewangan dilaksanakan berdasarkan penyata kewangan MARA Liner yang telah diaudit oleh Tetuan Wan Nadzir & Co. (tahun kewangan 2019 dan 2020) serta Tetuan Al Jafree Salihin Kuzaimi PLT (tahun kewangan 2021). Penilaian ini


MARA Liner Sdn. Bhd. 236 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 236 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 MARA Liner Sdn. Bhd. melibatkan analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend aset dan liabiliti; analisis nisbah kewangan; serta analisis aliran tunai. 5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT Pengauditan telah dijalankan pada bulan Mei hingga Ogos 2022. Perkara yang ditemui serta maklum balas daripada MARA Liner telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup pada 30 November 2022. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan Audit adalah seperti perenggan berikut: 5.1. Prestasi Aktiviti Pada tahun 2013, MARA telah memeterai Perjanjian Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) dengan Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh APAD bagi penyediaan perkhidmatan bas berhenti-henti. Seterusnya, MARA melantik MARA Liner sebagai operator bagi mengendalikan operasi perkhidmatan bas berhenti-henti tersebut. Bagi perkhidmatan myBAS pula, MARA Liner telah memeterai perjanjian dengan APAD masingmasing pada tahun 2015 dan 2018 bagi penyediaan perkhidmatan myBAS Perlis dan myBAS Kuala Terengganu. Bagi menilai prestasi aktiviti, dua aspek utama disemak iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. 5.1.1. Pencapaian Output Penilaian Audit terhadap pencapaian output meliputi tiga perkara utama iaitu KPI aspek fizikal, output trip perkhidmatan bas berhenti-henti dan output trip perkhidmatan myBAS. 5.1.1.1. Pencapaian KPI Aspek Fizikal a. MARA Liner perlu mencapai antara dua hingga empat indikator di bawah KPI aspek fizikal6 yang ditetapkan bagi setiap aktiviti iaitu perkhidmatan bas berhenti-henti, myBAS, bas ekspres dan bengkel bagi tahun 2019 hingga 2021. Secara keseluruhannya, sebanyak 13 indikator bagi KPI aspek fizikal telah ditetapkan. Selain itu, pencapaian KPI hendaklah dilaporkan/ dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. b. Analisis Audit mendapati bagi tahun 2019, hanya dua (15.4%) daripada 13 indikator tercapai iaitu jumlah perjalanan (trip) bagi perkhidmatan myBAS dan 6 KPI aspek fizikal dinilai berdasarkan indikator jumlah penumpang; jumlah perjalanan (trip); jumlah kilometer; bilangan bas operasi; jumlah sewa khas/bas carter; jumlah kenderaan berat; dan jumlah kenderaan ringan.


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 237 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 237 MARA Liner Sdn. Bhd. bilangan bas operasi bagi perkhidmatan bas ekspres. Pada tahun 2020 pula, hanya tiga (23.1%) daripada 13 indikator tercapai iaitu bilangan bas operasi bagi perkhidmatan bas berhenti-henti, serta jumlah kenderaan berat dan jumlah kenderaan ringan bagi perkhidmatan bengkel. Sebanyak 11 (84.6%) indikator bagi tahun 2019 dan 10 (76.9%) bagi tahun 2020 daripada 13 indikator KPI aspek fizikal pula tidak mencapai sasaran. Bagaimanapun, pencapaian bagi kesemua KPI tahun 2021 tidak dapat dinilai. Perkara ini kerana 10 indikator KPI tidak dibentangkan pencapaiannya manakala pencapaian tiga indikator KPI hanya dibentangkan setakat bulan Julai 2021 berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah MARA Liner Bilangan 3/2021. c. Antara faktor yang menyebabkan ketidakcapaian KPI ialah kekurangan bilangan bas yang digunakan dalam perkhidmatan, kerosakan bas dan bilangan pemandu yang tidak mencukupi seperti yang dijelaskan dalam perenggan 5.2.2.. Butiran terperinci pencapaian KPI aspek fizikal mengikut jenis aktiviti adalah seperti dalam Jadual 2. JADUAL 2 SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI ASPEK FIZIKAL BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021 AKTIVITI/INDIKATOR TAHUN 2019 TAHUN 2020 TAHUN 2021 S P S P S P* Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Jumlah Penumpang (Orang) 1,448,740 1,255,063 690,217 670,351 207,682 TM Jumlah Perjalanan (Trip) 186,557 157,038 152,444 142,481 164,809 TM Jumlah Kilometer (km) 8,943,044 7,885,366 7,284,483 6,977,520 8,150,308 TM Bilangan Bas Operasi (Unit) 86 83 83 83 86 79 Perkhidmatan myBAS Jumlah Penumpang (Orang) 522,676 512,386 389,728 265,240 217,154 TM Jumlah Perjalanan (Trip) 103,814 104,078 98,826 94,799 106,281 TM Jumlah Kilometer (km) 3,495,503 3,409,712 3,227,647 3,034,160 3,472,895 TM Perkhidmatan Bas Ekspres Jumlah Penumpang (Orang) 1,172,713 886,594 619,260 406,169 95,521 78,476 Jumlah Perjalanan (Trip) 43,578 39,269 22,589 21,466 7,786 6,307 Bilangan Bas Operasi (Unit) 66 66 43 17 13 TM Jumlah Sewa Khas/Bas Carter (Bil.) 110 79 300 45 580 TM


MARA Liner Sdn. Bhd. 238 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 238 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 MARA Liner Sdn. Bhd. AKTIVITI/INDIKATOR TAHUN 2019 TAHUN 2020 TAHUN 2021 S P S P S P* Perkhidmatan Bengkel Jumlah Kenderaan Berat (Unit) 960 778 824 1,093 846 TM Jumlah Kenderaan Ringan (Unit) 1,257 1,039 569 753 425 TM JUMLAH INDIKATOR 13 13 13 JUMLAH TERCAPAI 2 (15.4%) 3 (23.1%) TIDAK DAPAT JUMLAH TIDAK DINILAI TERCAPAI 11 (84.6%) 10 (76.9%) Sumber: Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah MARA Liner Nota: S - Sasaran P - Pencapaian TM - Tiada maklumat kerana pencapaian tidak dibentangkan (*) - Pencapaian setakat bulan Julai 2021 - Indikator KPI dicapai d. Semakan Audit mendapati walaupun KPI aspek fizikal telah ditetapkan bagi tahun 2019 hingga 2021, namun pencapaian KPI tersebut tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Maklum balas MARA Liner yang diterima pada 25 November 2022 dan 7 Disember 2022 Secara keseluruhan, KPI aspek fizikal yang tidak mencapai sasaran disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan waktu perjalanan bas beroperasi dan jumlah atau kadar kapasiti penumpang. Perkara ini memberi kesan kepada kekurangan jumlah perjalanan (trip), jumlah kilometer, bilangan bas beroperasi serta jumlah pembaikan kenderaan berat dan kenderaan ringan. MARA Liner akan memastikan laporan pencapaian KPI aspek fizikal dimasukkan dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengarah yang akan diadakan untuk perbincangan. Pendapat Audit Pencapaian output KPI aspek fizikal adalah kurang memuaskan kerana MARA Liner tidak berjaya mencapai KPI aspek fizikal pada tahun 2019 dan 2020 seperti yang ditetapkan. Keadaan ini disebabkan oleh pandemik Covid-19 pada tahun 2020 yang di luar kawalan MARA Liner. Pencapaian tahun 2021 pula tidak dibentangkan. KPI aspek fizikal yang tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Lembaga Pengarah menyebabkan tindakan


MARA Liner Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 239 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 239 MARA Liner Sdn. Bhd. penambahbaikan yang bersesuaian tidak dapat diambil terhadap KPI yang tidak mencapai sasarannya. 5.1.1.2. Pencapaian Output Trip Perkhidmatan Bas Berhenti-henti a. Klausa 4.1 Perjanjian ISBSF menghendaki MARA Liner mencapai parameter kebolehpercayaan perkhidmatan dengan pelaksanaan sekurang-kurangnya 80% daripada trip yang dijadualkan sebagai standard perkhidmatan. Semakan Audit mendapati MARA Liner berjaya mencapai pelaksanaan trip bulanan bagi tahun 2019 dengan pencapaian 84.2% berbanding standard perkhidmatan 80%. Bagi tahun 2020 hingga bulan Julai 2022 pula, MARA Liner tidak mencapai pelaksanaan trip bulanan iaitu hanya mencapai antara 55.8% hingga 75.8% berbanding sasaran 80%. Butiran terperinci adalah seperti dalam Jadual 3. JADUAL 3 PENCAPAIAN PELAKSANAAN TRIP PERKHIDMATAN BAS BERHENTI-HENTI BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA BULAN JULAI 2022 TAHUN JUMLAH TRIP DIJADUALKAN (a) SASARAN (80%) PENCAPAIAN PELAKSANAAN BILANGAN TRIP BILANGAN TRIP (b) % (c)=(b)/(a)x100 2019 188,305 150,644 158,480 84.2 2020 188,305 150,644 142,779 75.8 2021 228,702 182,962 127,571 55.8 2022* 126,941 101,553 72,993 57.5 JUMLAH 732,253 585,803 501,823 68.5 Sumber: Ringkasan Pencapaian Prestasi Bulanan Cawangan (Tahun 2019 dan 2020) dan Ringkasan Laporan kepada APAD (Tahun 2021 dan 2022) Nota: (*) - Setakat bulan Julai 2022 b. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan jumlah trip dijadualkan dan bilangan trip dilaksanakan. Perkara ini kerana terdapat perbezaan maklumat bilangan trip antara laporan dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah MARA Liner dengan Ringkasan Pencapaian Prestasi Bulanan Cawangan dan Ringkasan Laporan kepada APAD. c. Semakan selanjutnya mendapati MARA Liner tidak mencapai sasaran bilangan trip pada tahun 2020 dan 2021 antaranya disebabkan kerosakan bas dan kekurangan pemandu seperti yang dilaporkan dalam minit mesyuarat Pengurusan Operasi MARA Liner. Penjelasan terperinci mengenai kerosakan bas dan kekurangan pemandu adalah seperti dalam perenggan 5.2.2.1.. Di samping itu, situasi PKP akibat pandemik Covid-19 juga menjejaskan operasi perkhidmatan bas.


MARA Liner Sdn. Bhd. 240 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 240 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 MARA Liner Sdn. Bhd. Ketidakcapaian sasaran pada tahun 2022 pula disebabkan tiada trip bagi lima (5.6%) daripada 89 laluan meliputi Taman Pelangi - Terminal Bas Rawang; Rawang Perdana - Terminal Bas Rawang; Kuala Garing - Terminal Bas Rawang; Hab Lebuh Pudu - Terminal Bukit Sentosa; dan Terminal Bukit Sentosa - Econsave Batang Kali. Hal ini kerana trip tersebut belum beroperasi walaupun berdasarkan perjanjian, sasaran pelaksanaannya dijadualkan mulai 1 Mei 2022. Kesannya, penduduk tidak dapat menikmati perkhidmatan bas bagi laluan berkenaan. Maklum balas MARA Liner yang diterima pada 25 November 2022 dan 7 Disember 2022 Maklumat jumlah trip dijadualkan dan pelaksanaan trip adalah berbeza disebabkan pembentangan kepada ahli Lembaga Pengarah adalah berdasarkan data secara manual manakala laporan kepada APAD adalah berdasarkan Sistem Pemantauan APAD. Bagi tahun 2020 dan 2021, sasaran bilangan trip tidak tercapai kerana laluan bas dihadkan disebabkan PKP. Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan masa operasi bagi aktiviti pengangkutan seperti berikut: • Fasa pertama: 8 pagi hingga 8 malam. • Fasa kedua: 8 pagi hingga 8 malam. • Fasa ketiga: 8 pagi hingga 10 malam. • Fasa keempat: mengikut syarat permit/lesen (MARA Liner beroperasi berdasarkan Pelan Operasi Bas yang ditetapkan dalam perjanjian). Berhubung dengan lima laluan yang belum beroperasi mengikut perjanjian, laluan tersebut tidak beroperasi kerana kekurangan pemandu dan kekurangan bas. MARA Liner telah mengadakan perbincangan bersama APAD dan MARA pada 25 November 2022 untuk mengkaji semula laluan tersebut dan akan diambil kira dalam Perjanjian ISBSF tahun 2023 dan 2024. Pendapat Audit Pencapaian output trip perkhidmatan bas berhenti-henti adalah kurang memuaskan. Ketidakcapaian sasaran MARA Liner dalam pelaksanaan trip perkhidmatan bas berhentihenti mengikut syarat yang ditetapkan telah menjejaskan penyampaian matlamat khidmat sosial MARA Liner kepada masyarakat setempat.


Click to View FlipBook Version