141 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 141 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. b. Pada tahun 2019, sebanyak 3,464 (47.4%) daripada 7,304 populasi pelajar memberikan maklum balas manakala pada tahun 2021 kadar maklum balas bertambah baik iaitu 67.7% (4,475 daripada 6,614 populasi pelajar). Tiga aspek utama yang dinilai dalam kaji selidik ini ialah tahap kepuasan pelajar terhadap keseluruhan pengalaman di UTP; tahap persetujuan program UTP yang menawarkan nilai faedah terbaik; serta tahap kepuasan terhadap kolej kediaman dan kos sara hidup. c. Hasil kaji selidik menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap keseluruhan pengalaman di UTP bertambah baik pada tahun 2021 iaitu 91% berbanding 87% pada tahun 2019. Peratus pelajar sangat berpuas hati bertambah sebanyak 15% daripada 10% pada tahun 2019 kepada 25% pada tahun 2021. Tahap sangat tidak berpuas hati kekal sama pada 2%. Tahap kepuasan pelajar di UTP adalah lebih baik berbanding tanda aras universiti di Malaysia pada tahun 2021. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 6. d. Hasil kaji selidik tahap persetujuan program UTP menawarkan nilai faedah terbaik menunjukkan peratus pelajar sangat setuju meningkat sedikit sebanyak 1% daripada 23% pada tahun 2019 kepada 24% pada tahun 2021. Tahap sangat tidak setuju kekal sama pada 3%. Kaji selidik tahun 2021 adalah lebih baik berbanding tahun 2019 serta melepasi tanda aras universiti di Malaysia dan Asia. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 7. CARTA 6 CARTA 7 TAHAP KEPUASAN TERHADAP KESELURUHAN PENGALAMAN DI UTP TAHAP PERSETUJUAN PROGRAM UTP MENAWARKAN NILAI FAEDAH TERBAIK Sumber: Laporan i-graduate Student Barometer Survey Sumber: Laporan i-graduate Student Barometer Survey Nota: ISBSB - Student Barometer Survey Nota: ISBSB - Student Barometer Survey 10% 25% 18% 77% 66% 71% 11% 7% 9% 2% 2% 2% 0% 20% 40% 60% 80% 100% Sangat tidak berpuas hati Tidak berpuas hati Berpuas hati Sangat berpuas hati 23% 24% 21% 18% 64% 64% 62% 63% 10% 9% 13% 15% 3% 3% 4% 4% 0% 20% 40% 60% 80% 100% Sangat setuju Setuju Tidak setuju Sangat tidak setuju 2019 UTP 2021 UTP Setuju 2021 Malaysia ISBSB 10% 2019 UTP 2021 UTP Sangat tidak berpuas hati 2021 Malaysia ISBSB Setuju 2021 Malaysia ISBSB 2021 Asia ISBSB
142 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 142 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. e. Hasil kaji selidik tahap kepuasan terhadap kolej kediaman dan kos sara hidup di UTP didapati bertambah baik pada tahun 2021 berbanding tahun 2019 serta melepasi tanda aras bagi universiti di Malaysia, Asia dan Global. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 8. CARTA 8 TAHAP KEPUASAN TERHADAP KOLEJ KEDIAMAN DAN KOS SARA HIDUP Sumber: Laporan i-graduate Student Barometer Survey Nota: ISBSB - Student Barometer Survey f. Semakan Audit terhadap pelan mitigasi jurang yang dikenal pasti daripada kaji selidik pada tahun 2019 dan 2021 mendapati ITPSB telah dan sedang melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap isu yang dibangkitkan. Semakan selanjutnya mendapati 43 isu dibangkitkan bagi lima aspek pada tahun 2019 berbanding 22 isu bagi empat aspek pada tahun 2021. Butiran lanjut adalah seperti dalam Carta 9 dan Carta 10. CARTA 9 CARTA 10 ASPEK MEMERLUKAN PERHATIAN BAGI ANALISIS JURANG TAHUN 2019 ASPEK MEMERLUKAN PERHATIAN BAGI ANALISIS JURANG TAHUN 2021 Sumber: Laporan Pelan Mitigasi Jurang UTP 2019 Sumber: Laporan Pelan Mitigasi Jurang UTP 2021 84.0% 88.6% 86.9% 88.1% 88.3% 0% 20% 40% 60% 80% 100% 5 (12%) 7 (16%) 1 (2%) 4 (9%) 26 (61%) Pendaftaran Program Induksi Keselamatan Fasiliti Pembelajaran Kolej Kediaman 4 (18%) 2 (9%) 1 (5%) 15 (68%) Pengangkutan Kelajuan dan Kestabilan Internet Keselamatan Kolej Kediaman 2019 UTP 2021 UTP graduate Student Barometer Survey 2021 Malaysia ISBSB 2021 Asia ISBSB 2021 Global ISBSB
143 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 143 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. g. Aspek yang berulang bagi kedua-dua kaji selidik ialah keselamatan dan kolej kediaman. Antara isu utama bagi aspek keselamatan ialah gangguan binatang liar di sekitar kampus dan kolej kediaman yang berdekatan dengan kawasan hutan simpan. Aspek kolej kediaman pula meliputi kemudahan di kolej kediaman; keadaan bilik (pintu/dinding/lantai/langsir/bumbung); keadaan tandas; serta tindakan pembaikan terhadap aduan kerosakan. Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 Kaji selidik seterusnya akan dilaksanakan pada hujung tahun 2023. Keputusan kaji selidik ini dijangka akan diterima oleh pihak ITPSB sekitar bulan Mac atau April 2024. ITPSB akan menganalisis keputusan analitik dan komen terbuka daripada pelajar untuk mengenal pasti jurang dan penambahbaikan yang dapat dilaksanakan. ITPSB juga akan cuba untuk meningkatkan peratusan pelajar yang memberikan maklum balas pada tahun 2023. Komen berkaitan isu keselamatan dan kolej kediaman telah menjadi agenda utama ITPSB dalam menambah baik tahap pengalaman pelajar di UTP seperti berikut: a. Isu keselamatan berkaitan gangguan binatang liar: Pihak keselamatan dan Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) akan sentiasa membuat pemantauan, menangkap dan mengalihkan binatang tersebut dari kawasan kampus. b. Isu berkaitan kolej kediaman: Kemudahan kolej kediaman sentiasa ditambah baik setiap tahun. Perancangan awal dibuat untuk memperbaiki isu yang dilaporkan bergantung kepada keadaan fasiliti dan bangunan secara keseluruhan serta maklum balas yang diterima. Usaha ini merupakan tindakan berterusan kerana kemudahan kolej kediaman akan mengalami kemerosotan dari semasa ke semasa. ITPSB juga akan terus memantau operasi sedia ada, mengenal pasti jurang yang wujud, dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan jurang tersebut.
144 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 144 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Pendapat Audit Secara keseluruhannya berdasarkan maklum balas kaji selidik barometer pelajar UTP, tahap kepuasan pelajar yang semakin meningkat dan melebihi tanda aras ditetapkan menunjukkan bahawa ITPSB cekap dalam menguruskan UTP. 5.2. Pengurusan Aktiviti Utama Universiti Teknologi PETRONAS Terdapat dua aspek yang dinilai bagi pengurusan aktiviti utama UTP iaitu pengurusan pengajaran dan pembelajaran; serta pengurusan kolej kediaman pelajar. 5.2.1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran 5.2.1.1. ITPSB hendaklah menyediakan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan meliputi program pengajian, pelajar dan tenaga pengajar. Setakat 31 Julai 2022, UTP menawarkan 56 program pengajian iaitu satu di peringkat asasi, 14 di peringkat ijazah sarjana muda, 41 di peringkat pascasiswazah. Butiran lanjut mengenai bilangan program pengajian di UTP mengikut fakulti dan jabatan adalah seperti dalam Jadual 16. JADUAL 16 BILANGAN PROGRAM PENGAJIAN DI UTP YANG DITAWARKAN SETAKAT 31 JULAI 2022 FAKULTI JABATAN BIL. PROGRAM PERINGKAT PENGAJIAN ASASI UG PG Pusat Pengajian Asasi TB 1 1 - - Kejuruteraan Kimia 7 - 1 6 Elektrik dan Elektronik 6 - 2 4 Mekanikal 7 - 2 5 Sivil dan Persekitaran 6 - 1 5 Petroleum 5 - 1 4 Teknologi Maklumat dan Sains Geosains 5 - 1 4 Sains Asas dan Gunaan 4 - 1 3 Sains Komputer dan Maklumat 8 - 4 4 Pengurusan dan Kemanusiaan 7 - 1 6 JUMLAH 56 1 14 41 Sumber: Bahagian Akademik ITPSB Nota : TB - Tidak Berkenaan UG - Ijazah Sarjana Muda PG - Pascasiswazah 5.2.1.2. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan penilaian terhadap tiga perkara iaitu akreditasi program; permohonan dan pendaftaran pelajar; serta kompetensi tenaga pengajar. Semakan Audit mendapati dua perkara iaitu akreditasi program serta permohonan dan pendaftaran pelajar telah diuruskan
145 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 145 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. dengan cekap. Bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam pengurusan kompetensi tenaga pengajar seperti berikut: a. UTP-SOP-ACA/CAdEx-008 Student’s Self-Reflection Tool diwujudkan bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pelajar untuk penambahbaikan penyampaian pengajaran oleh pensyarah. Student’s Self-Reflection Tool (SSRT) digunakan untuk menilai pensyarah dalam bentuk laporan dengan cadangan iaitu pensyarah dengan penarafan 3.0 dan ke bawah disyorkan untuk menjalani inisiatif pemerhatian rakan sebaya. b. Semakan Audit mendapati sejumlah 1,420 pensyarah telah dinilai melalui SSRT bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022. Semakan selanjutnya mendapati 1,381 (97.3%) pensyarah mendapat penarafan melebihi 3.0 manakala hanya 39 (2.7%) pensyarah mendapat penarafan SSRT 3.0 dan ke bawah bagi tempoh yang sama berdasarkan penilaian oleh 4,266 pelajar. Bilangan pensyarah yang mendapat penarafan SSRT 3.0 dan ke bawah didapati semakin berkurang dari tahun ke tahun. Ringkasan maklumat bagi pensyarah dengan penarafan 3.0 dan ke bawah mengikut laporan SSRT adalah seperti dalam Jadual 17. JADUAL 17 PENSYARAH DENGAN PENARAFAN 3.0 DAN KE BAWAH MENGIKUT LAPORAN SSRT BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 TAHUN NAMA LAPORAN JUMLAH PELAJAR PENARAFAN (Bil. Pensyarah) Sifar Melebihi sifar hingga 3.0 2019 SSRT for January and March 2019 semester 315 19 0 SSRT for May 2019 semester 329 3 1 SSRT for September 2019 semester 401 3 0 2020 SSRT for January 2020 semester 432 3 1 SSRT for May 2020 semester 415 3 0 SSRT for September 2020 semester 413 0 0 2021 SSRT for January 2021 semester 376 1 1 SSRT for May 2021 semester 410 2 0 SSRT for September 2021 semester 422 1 1 2022 SSRT for January 2022 semester 390 0 0 SSRT for May 2022 semester 363 0 0 JUMLAH BESAR 4,266 35 4 39 Sumber: Laporan SSRT Tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022 Nota: SSRT - Student’s Self-Reflection Tool
146 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 146 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. c. Semakan selanjutnya mendapati 35 (89.7%) daripada 39 pensyarah mendapat penarafan sifar bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 disebabkan tiada penilaian SSRT oleh pelajar. Analisis Audit terhadap laporan SSRT mendapati antara sebab tiada penilaian SSRT oleh pelajar ialah pensyarah telah berhenti; pensyarah terlupa mengemukakan kod penilaian kepada pelajar; bilangan pelajar sedikit (satu atau dua orang) menyebabkan penilaian SSRT tidak relevan; mengajar tutorial sahaja; pelajar telah diingatkan tetapi masih tidak mengisi penilaian SSRT; serta pensyarah dimaklumkan untuk membuat semula penilaian SSRT untuk mencapai 70% maklum balas pelajar tetapi tidak mencapai sasaran maklum balas. ITPSB memaklumkan 35 pensyarah tersebut telah dikeluarkan daripada menjalani inisiatif pemerhatian rakan sebaya kerana tiada penilaian SSRT dibuat terhadap pensyarah berkenaan. d. Baki empat (10.3%) pensyarah pula mendapat penarafan antara 2.7 hingga 3.0. ITPSB memaklumkan hanya dua pensyarah yang disyorkan untuk menjalani inisiatif pemerhatian rakan sebaya. Seorang pensyarah telah menjalani proses penilaian rakan sebaya berdasarkan keputusan SSRT. Baki seorang lagi tidak menjalani pemerhatian rakan sebaya kerana pensyarah berkenaan mendapat penarafan SSRT melebihi 3.0 bagi mata pelajaran lain yang diajar pada semester yang sama. Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 Penarafan SSRT sifar disebabkan penilaian tidak dibuat oleh pelajar dan perlu dinyatakan bahawa penilaian tersebut bukan nilai sebenar SSRT yang telah dijalankan. Keadaan ini berlaku disebabkan perkara berikut: a. pensyarah mengajar secara berkumpulan iaitu mengajar pada separuh pertama atau separuh kedua semester. Pelajar membuat penilaian SSRT kepada pensyarah yang mengajar pada separuh kedua semester sahaja; b. pensyarah merupakan koordinator untuk mata pelajaran yang berunsurkan 100% projek, contohnya Final Year Research. Oleh itu, pensyarah berkenaan tidak terlibat secara langsung dengan pelajar; c. pensyarah yang mengajar meletak jawatan pada semester semasa; dan d. terdapat kekeliruan oleh pelajar apabila pensyarah mengajar lebih daripada satu mata pelajaran.
147 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 147 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Keputusan terhadap tindakan kepada pensyarah yang mendapat penarafan 3.0 dan ke bawah bagi SSRT adalah berdasarkan budi bicara selepas penilaian oleh Centre for Excellence in Teaching and Learning (CETaL) dan koordinator bagi setiap jabatan. Keputusan untuk melaksanakan pemerhatian rakan sebaya dibuat berdasarkan nilai purata skor penarafan SSRT untuk setiap pensyarah pada semester semasa. Pemerhatian rakan sebaya pula akan dilaksanakan pada semester akan datang sekiranya pensyarah terbabit diberikan tugasan mengajar pada semester akan datang. Pihak Centre for Academic Excellence (CAdEX) akan terus memantau pencapaian setiap pensyarah dan memberikan latihan yang sepatutnya supaya semua pensyarah mempunyai kecekapan yang sewajarnya. Untuk mengukuhkan lagi kecekapan pengajaran pensyarah, pihak UTP telah menetapkan pencapaian SSRT sebagai KPI bagi setiap pensyarah. Secara umumnya, pencapaian SSRT kurang daripada 3.0 tidak mencapai KPI yang dikehendaki. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh ITPSB adalah cekap bagi aspek akreditasi program serta permohonan dan pendaftaran pelajar. Penyampaian pengajaran oleh pensyarah berdasarkan penilaian tenaga pengajar melalui SSRT adalah berkesan kerana 97.3% pensyarah mendapat penarafan SSRT melebihi 3.0 bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022. Penurunan bilangan pensyarah yang mendapat penarafan SSRT 3.0 dan ke bawah dari tahun ke tahun menunjukkan kompetensi tenaga pengajar UTP semakin meningkat. 5.2.2. Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar IPTS perlu mengurus dan menyelia kemudahan penginapan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan dan tatalaku pelajar yang tinggal di tempat penginapan atau asrama yang disediakan. 5.2.2.1. Kemudahan dan Penyenggaraan Kolej Kediaman a. Bahagian Hal Ehwal Pelajar ITPSB, Pejabat Kolej Kediaman bertanggungjawab untuk merancang, menyedia dan menguruskan penginapan pelajar termasuk
148 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 148 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. kemudahan lain yang disediakan seperti perkhidmatan katering dan penyediaan makanan, dobi serta keperluan pelajar yang lain. b. Semakan Audit mendapati setakat 31 Julai 2022, ITPSB telah menyediakan enam kolej kediaman dengan kapasiti 5,953 katil untuk kemudahan penginapan kepada pelajar program asasi dan ijazah sarjana muda. Bagi pelajar program pascasiswazah, kemudahan kolej kediaman adalah tertakluk kepada ketersediaan katil kosong, permohonan dan kelulusan daripada Pejabat Kolej Kediaman. Empat jenis bilik disediakan iaitu bilik berkongsi dua orang dengan penyaman udara, bilik berkongsi dua orang tanpa penyaman udara, bilik seorang dan bilik berkongsi dengan keperluan khas. Blok kolej kediaman pula diasingkan bagi pelajar lelaki dan perempuan mengikut lokasi yang ditetapkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 18. JADUAL 18 PROFIL KOLEJ KEDIAMAN MENGIKUT JENIS BILIK KOLEJ KEDIAMAN BILANGAN KATIL BILIK BERKONGSI DENGAN AC BILIK BERKONGSI TANPA AC BILIK SEORANG BILIK BERKONGSI KHAS JUMLAH V1 (4 Blok) - 520 72 - 592 V2 (5 Blok) - 748 55 - 803 V3 (5 Blok) 48 768 - 20 836 V4 (5 Blok) 48 792 - 20 860 V5 (10 Blok) 144 2,146 - 20 2,310 V6 (6 Blok) - 552 - - 552 JUMLAH 240 5,526 127 60 5,953 Sumber: Statistik Kolej Kediaman 2022 Nota: AC - Penyaman Udara c. Semakan selanjutnya mendapati kemudahan lain yang disediakan di kolej kediaman termasuklah kedai serbaneka, dobi layan diri, ruang makan berhawa dingin, kafeteria, pusat pelajar, penapis air, perkhidmatan percetakan, pejabat cawangan kecil Pos Malaysia serta gelanggang futsal, bola tampar dan sepak takraw. Kolej kediaman dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pengawasan dan keselamatan. ITPSB juga menyediakan akses internet tanpa wayar di seluruh kawasan kolej kediaman dan bangunan akademik termasuk akses internet berwayar di dalam setiap bilik. d. Semakan Audit juga mendapati ITPSB telah melaksanakan kerja penyenggaraan dan pembaikan secara berkala melibatkan kemudahan dan kolej kediaman pelajar bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022. Setakat 31 Julai 2022, sejumlah 597 (10%)
149 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 149 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. katil kolej kediaman telah dikhaskan bagi tujuan penyenggaraan, ubah suai dan isolasi pesakit Covid-19. Analisis Audit terhadap laporan kerosakan dan pembaikan bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 mendapati 24,021 aduan kerosakan dilaporkan dan telah diambil tindakan pembaikan sewajarnya. e. Lawatan Audit pada 14 Jun 2022 mendapati proses ubah suai dan penyenggaraan sedang dilaksanakan bagi beberapa blok kolej kediaman seperti pembaikan tandas dan ruang pantri; serta kerja mengecat dinding kolej kediaman. ITPSB juga memaklumkan proses penukaran perabot dalam bilik penginapan bagi menggantikan perabot lama yang usang telah dilaksanakan bagi memberikan keselesaan kepada para pelajar. Bagaimanapun, terdapat ruang atap terkopak bagi kolej kediaman V6 yang dijadikan tempat isolasi pesakit Covid-19 yang memerlukan pembaikan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Gambar 1 hingga Gambar 4. GAMBAR 1 GAMBAR 2 Kolej Kediaman V5, UTP, Perak - Ruang pantri yang belum diubah suai (14.06.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Kolej Kediaman V5, UTP, Perak - Ruang pantri yang telah diubah suai (14.06.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) GAMBAR 3 GAMBAR 4 Kolej Kediaman V6, UTP, Perak - Ruang atap terkopak (14.06.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) Kolej Kediaman V6, UTP, Perak - Ruang atap selepas dibaiki (08.10.2022) (Sumber: ITPSB) SEBELUM SELEPAS
150 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 150 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 Ruang atap yang terkopak bagi kolej kediaman V6 yang dijadikan tempat isolasi pesakit Covid-19 telah dibaiki pada 8 Oktober 2022. Pihak pengurusan kolej kediaman akan membuat pemeriksaan yang lebih kerap dan secara berkala untuk memastikan aset kolej kediaman berada dalam keadaan yang baik. Pendapat Audit Pengurusan kolej kediaman pelajar dan kemudahan lain yang disediakan oleh ITPSB telah disenggara secara berkala dengan cekap bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pelajar. 5.2.2.2. Kemapanan Operasi Kolej Kediaman a. Operasi kolej kediaman perlu diuruskan secara efisien dan cekap bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelajar di samping mengekalkan kemapanan kewangan UTP. Pada masa yang sama, kadar yuran yang dikenakan perlu memberi nilai faedah terbaik berpadanan dengan kemudahan dan pengalaman yang dirasai oleh pelajar. b. Semakan Audit terhadap prestasi kewangan operasi kolej kediaman bagi tempoh tahun 2019 hingga 30 Jun 2022 mendapati kerugian operasi dicatatkan bagi tahun 2019 dan 2021 masing-masing berjumlah RM3.40 juta dan RM9 juta. Pada tahun 2020, analisis prestasi kewangan bagi operasi kolej kediaman tidak dilaksanakan berikutan urusan perniagaan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Setakat 30 Jun 2022, keuntungan operasi direkodkan berjumlah RM1.20 juta berdasarkan permintaan yang tinggi selepas sesi pembelajaran di kampus bermula. ITPSB memaklumkan anggaran kerugian operasi sehingga akhir tahun 2022 ialah RM0.40 juta iaitu lebih rendah daripada anggaran kerugian asal RM2.20 juta. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 19. JADUAL 19 PRESTASI KEWANGAN OPERASI KOLEJ KEDIAMAN BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2022 BUTIRAN AMAUN (RM Juta) 2019 2021 2022* 2022 (Bajet) Yuran Kolej Kediaman 12.90 3.50 6.50 9.90 Kos Emolumen (1.70) (1.20) (0.60) (1.30) Belanja Operasi Lain (14.60) (11.30) (4.70) (9.00) Untung/(Rugi) Operasi (3.40) (9.00) 1.20 (0.40) Sumber: Laporan Prestasi Kewangan Operasi Kolej Kediaman Nota: (*) - Setakat 30 Jun 2022
151 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 151 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. c. Semakan Audit terhadap minit mesyuarat EMC mendapati belanja operasi lain yang tinggi bagi kolej kediaman Seri Iskandar Business Centre (SIBC) di luar kampus UTP merupakan penyumbang terbesar kepada kerugian operasi. Oleh itu, pihak pengurusan UTP telah menamatkan sewaan SIBC secara berfasa bermula bulan Oktober 2019 hingga blok terakhir diserahkan semula pada bulan Julai 2022. Oleh itu, semua kolej kediaman yang ditawarkan kini berada di dalam kawasan kampus UTP. d. Semakan selanjutnya mendapati EMC UTP telah meluluskan kenaikan kadar yuran kolej kediaman pada 17 Februari 2021 dan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022. Kenaikan yuran direkodkan antara 12.5% hingga 32.5% berbanding kadar yuran diluluskan pada 1 Mei 2018 bagi bilik tanpa penyaman udara. ITPSB memaklumkan kenaikan kadar yuran perlu dilaksanakan bagi menampung defisit perbelanjaan operasi serta memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada pelajar. e. Analisis terhadap kapasiti penggunaan katil kolej kediaman bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 mendapati tahap penggunaan katil setiap semester adalah antara 26.9% hingga 87.1%. Manakala penggunaan pada tahun 2019 adalah tertinggi iaitu antara 77.6% hingga 87.1%. Penggunaan yang rendah direkodkan pada tahun 2020 dan 2021 sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pandemik Covid-19 menyebabkan permintaan terhadap kolej kediaman berkurang. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 20. JADUAL 20 KAPASITI PENGGUNAAN KATIL KOLEJ KEDIAMAN BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 SEMESTER BILANGAN KATIL DIISI (Peratus Daripada Kapasiti Penuh)* 2019 2020 2021 2022** Januari 5,049 (84.8%) 2,291 (38.5%) 1,929 (32.4%) 4,305 (72.3%) Mei 4,619 (77.6%) 1,599 (26.9%) 1,921 (32.3%) 4,269 (71.7%) September 5,187 (87.1%) 2,577 (43.3%) 2,630 (44.2%) TB Sumber: Statistik Kolej Kediaman Pelajar Tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022 Nota: TB - Tidak Berkenaan (*) - Peratus daripada kapasiti penuh dikira berdasarkan bilangan katil semasa iaitu 5,953 katil (**) - Setakat 31 Julai 2022 f. Analisis terhadap senarai pelajar aktif UTP bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 mendapati peratus menduduki kolej kediaman bagi pelajar program asasi dan ijazah sarjana muda adalah antara 2.9% hingga 100%. Pelajar pascasiswazah pula merekodkan peratus menduduki kolej kediaman antara 5.7% hingga 22% bagi tempoh yang sama.
152 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 152 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. g. Semakan Audit mendapati peratus menduduki kolej kediaman pada tahun 2022 adalah tertinggi bagi pelajar asasi dan ijazah sarjana muda iaitu antara 80.3% hingga 100%. Trend menduduki kolej kediaman bagi pelajar pascasiswazah pula kekal rendah pada tahun 2019 hingga 2021 iaitu kurang daripada 23%. h. Pada tahun 2020 dan 2021, trend menduduki kolej kediaman dipengaruhi oleh pandemik Covid-19 seperti sekatan perjalanan antarabangsa dan domestik serta pengambilan pelajar terjejas akibat penangguhan keputusan SPM. Mengambil kira jumlah pelajar aktif UTP antara 6,158 hingga 7,272 bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 yang melebihi kapasiti katil kolej kediaman, masih terdapat ruang bagi menempatkan pelajar pascasiswazah untuk mengoptimumkan penggunaan katil kolej kediaman. Butiran lanjut berkaitan bilangan pelajar aktif adalah seperti dalam Carta 11 dan peratus penggunaan katil kolej kediaman mengikut program adalah seperti dalam Jadual 21. CARTA 11 BILANGAN PELAJAR AKTIF UTP BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 Sumber: Laporan Status Pelajar Aktif Tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022 Nota: (*) - Setakat 31 Julai 2022 928 929 871 808 5,003 4,555 4,100 4,150 1,341 1,342 1,187 1,221 0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000 7,000 2019 2020 2021 2022* Bilangan Asasi Ijazah Sarjana Muda Pascasiswazah 1,341 7,272 1,342 6,826 1,187 6,158 1,221 6,179
153 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 153 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. JADUAL 21 PERATUS PENGGUNAAN KATIL KOLEJ KEDIAMAN MENGIKUT PROGRAM BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 PROGRAM PENGAJIAN SEMESTER PERATUS PENGGUNAAN KATIL BERBANDING PELAJAR AKTIF (%) 2019 2020 2021 2022* Asasi Januari 13.4 14.3 4.2 80.3 Mei 64.2 52.1 2.9 100 September 99.8 94.2 23.1 TB Ijazah Sarjana Muda Januari 93.5 42.7 42.5 84.9 Mei 75.6 20.3 42.3 81.7 September 79.3 33.7 55.0 TB Pascasiswazah Januari 18.6 16.0 12.6 10.8 Mei 17.8 14.3 13.6 5.7 September 22.0 12.5 14.6 TB Sumber: Statistik Kolej Kediaman Pelajar Tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022 Nota: TB -Tidak Berkenaan (*) - Setakat 31 Julai 2022 Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 Pengurusan kolej kediaman sedang bekerjasama dengan pihak pemegang taruh yang lain dalam mengenal pasti peluang untuk meningkatkan kapasiti penggunaan katil. Antara peluang yang sedang dipertimbangkan ialah penambahan pelajar baharu dan pelajar mobiliti, yang masih perlu diselaraskan dengan sumber yang sedia ada. Pendapat Audit Kapasiti penggunaan katil kolej kediaman UTP masih belum mencapai tahap optimum menyebabkan kemapanan hasil operasi kolej kediaman tidak dapat dicapai dalam masa terdekat. 5.3. Tadbir Urus Korporat 5.3.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. 5.3.2. Secara keseluruhannya, ITPSB telah mengamalkan sepenuhnya tujuh daripada sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Setiausaha Syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif, Prosedur Operasi Standard, Pelan Strategik, Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama, Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Dua aspek amalan terbaik tadbir urus korporat lain yang tidak diamalkan sepenuhnya ialah aspek
154 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 154 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Pengerusi dan Lembaga Pengarah. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 22. JADUAL 22 PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AMALAN TADBIR URUS KORPORAT ELEMEN AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT Pengerusi MCCG 2021 amalan 1.2 dan amalan 2.1 serta Green Book perenggan 2.1.3: Tugas dan tanggungjawab Pengerusi untuk memupuk amalan tadbir urus yang baik, kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah hendaklah dinyatakan secara jelas. Tugas dan tanggungjawab Pengerusi tidak dinyatakan secara jelas. Lembaga Pengarah MCCG 2021 amalan 2.1 panduan G2.1: Lembaga Pengarah hendaklah mempunyai Piagam Lembaga Pengarah yang jelas menyatakan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga Pengarah, ahli Lembaga Pengarah secara individu dan pengurusan syarikat serta isu dan keputusan yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah. ITPSB tidak mempunyai Piagam Lembaga Pengarah namun Perlembagaan Syarikat dan Akta Syarikat 2016 digunakan sebagai rujukan kepada Lembaga Pengarah. MCCG 2021 amalan 5.2: Sekurang-kurangnya separuh daripada komposisi Lembaga Pengarah hendaklah Pengarah berstatus bebas. Kesemua lima ahli Lembaga Pengarah ITPSB berstatus bukan bebas. Sumber: Jabatan Audit Negara Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 dan 5 Januari 2023 Bagi aspek Pengerusi dan Piagam Lembaga Pengarah, secara dasarnya, Artikel 24, 35, 36, 44, 47 dan 54 dalam Perlembagaan Syarikat ITPSB ada menyatakan tentang tugas dan tanggungjawab Pengerusi. Akta Syarikat 2016 juga turut menyatakan secara terperinci tugas dan tanggungjawab Pengerusi. Bagaimanapun, ITPSB telah mempertimbangkan keperluan untuk mewujudkan Piagam Lembaga Pengarah dan memasukkan tugas dan tanggungjawab Pengerusi dalam Piagam Lembaga Pengarah sebagai langkah penambahbaikan berdasarkan MCCG 2021. Draf Piagam Lembaga Pengarah telah dirangka dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengarah ITPSB pada suku pertama tahun 2023. Bagi aspek komposisi Lembaga Pengarah, ITPSB sedia maklum bahawa kesemua lima ahli Lembaga Pengarah ITPSB berstatus bukan bebas kerana mereka merupakan wakil yang dilantik oleh pemilik tunggal ITPSB iaitu PETRONAS. Bagaimanapun, Lembaga Pengarah PETRONAS sedang menimbangkan untuk melantik Lembaga Pengarah ITPSB yang berstatus bebas pada masa akan datang. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus korporat ITPSB adalah baik.
155 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 155 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. 6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT 6.1. Secara keseluruhannya, objektif penubuhan ITPSB untuk menjalankan perniagaan universiti swasta telah tercapai. Keadaan ini disokong melalui keupayaan UTP mengekalkan penarafan dari dalam dan luar negara dan kadar kebolehpasaran graduan UTP yang baik dengan mencapai kadar 90% pada tahun 2021 berbanding 76.9% pada tahun 2020. Tahap kepuasan pelajar semakin meningkat daripada 87% pada tahun 2019 kepada 91% pada tahun 2021 dan melebihi tanda aras ditetapkan menunjukkan ITPSB cekap dalam menguruskan UTP. 6.2. Pencapaian KPI ITPSB adalah memuaskan. Bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, tiga daripada lima KPI tidak mencapai sasaran kerana faktor luar kawalan ITPSB terutamanya kesan pandemik Covid-19. Prestasi pengambilan pelajar baharu bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Julai 2022 mencapai antara 31.9% hingga 98.2% walaupun sasaran tidak berubah. Prestasi pencapaian akademik graduan UTP adalah baik kerana lebih 70% graduan berjaya memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang mengikut peringkat pengajian yang diambil. Bagaimanapun, prestasi kutipan yuran pelajar kurang memuaskan kerana RM58.35 juta hutang tertunggak telah dihapus kira mulai tahun 2019. Setakat 31 Julai 2022, hanya 5.2% hutang yang dihapus kira telah dikutip semula. 6.3. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah cekap dalam aspek akreditasi program serta permohonan dan pendaftaran pelajar manakala kompetensi tenaga pengajar adalah berkesan dalam penyampaian pengajaran. Pengurusan kolej kediaman pelajar dan kemudahan lain yang disediakan oleh ITPSB telah disenggara secara berkala dengan cekap bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pelajar. Bagaimanapun, kapasiti penggunaan katil kolej kediaman UTP masih belum mencapai tahap optimum kerana tahap penggunaan setiap semester adalah antara 26.9% hingga 87.1% bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022. 6.4. Tadbir urus korporat syarikat adalah baik dengan tujuh daripada sembilan aspek telah diamalkan sepenuhnya. Kedudukan kewangan ITPSB juga adalah stabil dengan keuntungan terkumpul berjumlah RM1.347 bilion setakat 31 Disember 2021. 7. SYOR AUDIT Bagi meningkatkan prestasi dan memantapkan tadbir urus korporat yang baik, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah ITPSB perlu mengambil langkah yang proaktif dan berkesan untuk menambah baik perkara yang dibangkitkan dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak yang berkepentingan perlu memberi pertimbangan terhadap syor berikut:
156 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 156 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. i. meningkatkan pengambilan pelajar baharu selaras dengan sasaran KPI ITPSB; ii. meningkatkan kecekapan pengurusan kutipan yuran pelajar bagi mengurangkan hutang lapuk dan hapus kira hutang tertunggak; iii. mengoptimumkan penggunaan katil kolej kediaman bagi mencapai kemapanan hasil operasi kolej kediaman; dan iv. menambah baik tadbir urus korporat dalam aspek: • mewujudkan Piagam Lembaga Pengarah supaya terma rujukan berkaitan Lembaga Pengarah adalah jelas dan teratur; serta • melantik Pengarah Bebas bagi menganggotai Lembaga Pengarah ITPSB.
KEMENTERIAN KEWANGAN • MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN) 2 – FELCRA Berhad
FELCRA BERHAD
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 161 RUMUSAN AUDIT “Objektif penubuhan FELCRA tercapai melalui pelaksanaan program Penyatuan & Pemulihan (P&P) serta perniagaan komersial & amalan tadbir urus yang memuaskan. Namun tahap kestabilan kedudukan kewangan tidak dapat dirumuskan kerana pengauditan penyata kewangan tahun 2019, 2020 dan 2021 belum dimuktamadkan” 36.7% - 68.4% Sumbangan kewangan bagi program Hal Ehwal Peserta (2019 - 2021) 62.7% - 98.1% Pengeluaran buah tandan segar (2019 - 2021) 10.5% - 178.6% Keuntungan kilang sawit (2019 - 2021) Program P&P memberi impak positif kepada peserta PENCAPAIAN OUTPUT PENGURUSAN AKTIVITI PERLADANGAN PERKILANGAN FELCRA BERHAD (Syarikat Berhad Menurut Syer) Majoriti saham dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] RM67.14 juta dividen belum agih terkumpul (setakat April 2022) RM801.05 juta Dividen diagihkan kepada peserta (2019 - 2021) PENCAPAIAN KEBERHASILAN • Pembajaan tidak mematuhi jadual perancangan • Jarak penuaian melebihi 15 hari • Kekurangan tenaga kerja ladang (30.5% - 61.1%) • 73 (32.2%) tenaga kerja asing tinggal lebih tempoh Penguncupan 7.3% Luas ladang P&P (2008 - 2021) Penurunan 3.9% Jumlah Peserta (2020 - 2021) 82.7% - 93% KPI ditetapkan MKD (2019 - 2021) Pembayaran dividen kepada Kerajaan tidak dapat ditentukan (2019 - 2021) • Penggredan buah tandan segar & penyingkiran enapcemar cekap & berkesan • Sistem rekod penyenggaraan jentera kilang tidak terancang & tidak jelas 98.1% TADBIR URUS KORPORAT 7 daripada 9 aspek tidak diamalkan sepenuhnya AGIHAN DIVIDEN KEPADA PESERTA Pengerusi Lembaga Pengarah Setiausaha Syarikat Pelan Strategik & KPI Jawatankuasa Audit & Risiko Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prosedur Operasi Standard Infografik FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 161
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 163 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 163 FELCRA Berhad RINGKASAN EKSEKUTIF FELCRA BERHAD Perkara Utama Apa yang diaudit? • FELCRA Berhad (FELCRA) merupakan syarikat subsidiari milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dengan modal berbayar berjumlah RM500 juta. Penubuhan FELCRA adalah untuk melaksanakan mandat sosial melalui program Penyatuan dan Pemulihan (P&P) serta perniagaan komersial. • Penilaian terhadap aktiviti utama FELCRA meliputi dua bidang utama iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti mandat sosial serta perniagaan komersial bagi tahun 2019 hingga bulan April 2022. • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), prestasi aktiviti mandat sosial dan prestasi aktiviti perniagaan komersial. Pencapaian keberhasilan pula dinilai berdasarkan prestasi pembayaran dividen kepada Kerajaan, prestasi pengagihan dividen kepada peserta dan kajian kepuasan peserta program P&P. • Tiga perkara yang dinilai bagi pengurusan aktiviti ialah pengurusan pengagihan dividen kepada peserta, pengurusan aktiviti perladangan dan pengurusan aktiviti perkilangan. Perkara lain yang diaudit ialah pengurusan penghutang dagangan serta pemantauan syarikat subsidiari dan usaha sama. • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik dan KPI, Prosedur Operasi Standard (SOP), Jawatankuasa Audit dan Risiko, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan bagi tahun 2019 hingga bulan April 2022. • Analisis kedudukan kewangan tidak dijalankan kerana pengauditan penyata kewangan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 belum dimuktamadkan oleh Tetuan KPMG PLT. Mengapa ia penting untuk diaudit? • Menilai tahap pencapaian objektif penubuhan FELCRA untuk menyatu, memulih dan membangunkan tanah melalui program P&P. • Menilai pelaksanaan tanggungjawab sosial FELCRA bagi memenuhi keperluan, faedah dan kebajikan kumpulan sasar dalam usaha meningkatkan kualiti hidup yang lebih sempurna selaras dengan hasrat Kerajaan dalam Perjanjian Korporat 2003.
FELCRA Berhad 164 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 164 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad • Pelaburan Kerajaan kepada FELCRA berjumlah RM500 juta. • Setakat tahun 2021, FELCRA telah memperoleh ladang seluas 203,953 hektar dan mempunyai 108,097 peserta. • FELCRA telah mengagihkan dividen berjumlah RM801.05 juta kepada peserta FELCRA bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. • Setakat bulan April 2022, FELCRA mempunyai pegangan saham antara 53% hingga 100% dalam 22 syarikat subsidiari dan sembilan syarikat usaha sama dengan pegangan saham antara 8.75% hingga 50%. Apa yang ditemui Audit? • Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan FELCRA untuk menyatu, memulih dan membangunkan tanah milik peserta telah tercapai melalui aktiviti utamanya iaitu melaksanakan mandat sosial (program P&P) dan perniagaan komersial. Dalam aspek keberhasilan, Kerajaan tidak menerima dividen daripada FELCRA bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, namun program P&P telah memberi impak positif serta dapat meningkatkan taraf hidup peserta dengan agihan dividen yang diterima. • Pengurusan aktiviti perladangan adalah tidak cekap kerana tidak mematuhi jadual perancangan pembajaan dan jadual pusingan penuaian serta tenaga kerja asing (TKA) yang telah tinggal melebihi tempoh sah laku Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). • Pengurusan aktiviti perkilangan adalah cekap dan berkesan bagi aktiviti penggredan buah tandan segar serta penyingkiran enapcemar. Namun, kecekapan dan keberkesanan pengurusan penyenggaraan jentera kilang tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan sistem rekod yang terancang dan jelas. • Setakat bulan April 2022, tiada pembayaran dividen oleh syarikat subsidiari dibuat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 disebabkan oleh pengauditan penyata kewangan bagi tempoh tersebut belum dimuktamadkan. • Amalan tadbir urus korporat FELCRA berada pada tahap memuaskan namun memerlukan tindakan penambahbaikan bagi kesemua aspek kecuali Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Apa yang disyorkan Audit? • Pihak yang berkepentingan perlu memberi pertimbangan terhadap syor berikut: - mengambil langkah untuk membantu peserta yang tidak menerima dividen bagi menyelesaikan masalah kos operasi dan projek tidak berdaya maju;
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 165 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 165 FELCRA Berhad - dividen belum agih terkumpul berjumlah RM67.14 juta hendaklah diserahkan kepada peserta dan pemegang amanah secepat mungkin; - memaksimumkan pengisian tenaga kerja ladang selaras dengan keperluan FELCRA supaya dapat meningkatkan produktiviti hasil tuaian dan pendapatan syarikat pada tahap optimum; - semakan menyeluruh terhadap tempoh sah laku PLKS TKA di semua ladang FELCRA; - mengguna pakai sistem secara digital bagi pengurusan penyenggaraan kilang sawit FELCRA seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 negara; - hutang dagangan berjumlah RM10.66 juta melebihi 360 hari hendaklah dituntut dengan segera bagi mengelakkan kerugian kepada syarikat; - pemantauan terhadap syarikat subsidiari dan syarikat usaha sama yang berterusan dari segi operasi perniagaan dan prestasi kewangan; dan - memastikan tadbir urus korporat dipertingkatkan antaranya berkaitan pematuhan terhadap terma lantikan Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; program pembelajaran Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat; penyediaan, pengemaskinian, pematuhan dan pemantauan SOP; pemantauan KPI; serta kebebasan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko.
FELCRA Berhad 166 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 167 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 167 FELCRA Berhad . KEMENTERIAN KEWANGAN MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN) 1. FELCRA Berhad FAKTA UTAMA 23.05.1997 RM500 juta 151,375 hektar Tarikh ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] Modal berbayar RM801.05 juta Dividen diagihkan kepada peserta (2019 - 2021) Luas ladang berhasil program Penyatuan dan Pemulihan setakat bulan April 2022 Objektif penubuhan Menyatu, memulih dan membangunkan tanah milik kerajaaan negeri (bergantung kepada kelulusan dan permintaan) serta tanah terbiar berdasarkan permintaan pemilik tanah; memajukan tanah di luar Malaysia yang difikirkan sesuai oleh syarikat; serta melaksana, mempromosi dan menyelaras pelaksanaan kediaman pertanian, aktiviti pembangunan industri perdagangan dan sosial yang diperlukan, bermanfaat atau sesuai dan berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya Aktiviti utama Melaksanakan mandat sosial (program Penyatuan dan Pemulihan) dan perniagaan komersial Jenis syarikat Syarikat berhad menurut syer 1. LATAR BELAKANG 1.1. FELCRA Berhad (FELCRA) dahulu dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada 23 Mei 1997 di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]. FELCRA merupakan syarikat berhad menurut syer dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500 juta. Majoriti pegangan saham FELCRA dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] dan RM1 dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. FELCRA diselia oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). 1 1.2. Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, objektif penubuhan FELCRA adalah untuk menyatu, memulih dan membangunkan tanah milik kerajaan negeri (bergantung kepada kelulusan dan permintaan) serta tanah terbiar berdasarkan permintaan pemilik tanah. Selain itu, objektif penubuhan FELCRA adalah untuk memajukan tanah di luar Malaysia yang difikirkan sesuai oleh syarikat; serta melaksana, mempromosi dan menyelaras pelaksanaan kediaman pertanian, aktiviti pembangunan industri perdagangan dan sosial yang diperlukan, bermanfaat atau sesuai dan berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya. 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar sekarang dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mulai bulan Disember 2022.
FELCRA Berhad 168 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 168 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad 1.3. Bermula pada 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan keseluruhannya dan berubah statusnya daripada sebuah Badan Berkanun Persekutuan kepada sebuah entiti syarikat milik penuh Kerajaan. Penubuhan FELCRA tertakluk di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian & Pembubaran) 1997 [Akta 570]. Perubahan status entiti korporat ini membolehkan FELCRA menceburi bidang perniagaan baharu selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. 1.4. Pada 18 April 2003, FELCRA telah menandatangani Perjanjian Pengkorporatan dengan Kerajaan. Obligasi sosial merupakan prasyarat utama perjanjian ini namun FELCRA masih lagi berfungsi sebagai peneraju pembangunan ekonomi peserta selain menggalas tanggungjawab membantu rakyat termiskin khususnya di luar bandar. 1.5. Setakat bulan April 2022, FELCRA mempunyai pegangan saham antara 53% hingga 100% dalam 22 syarikat subsidiari dan sembilan syarikat usaha sama dengan pegangan saham antara 8.75% hingga 50%. Syarikat ini terlibat dalam 17 aktiviti antaranya perladangan, pemprosesan buah sawit, perkhidmatan baja, pelaburan dan hartanah. Pelaburan FELCRA dalam 21 syarikat subsidiari di Malaysia berjumlah RM225.68 juta. FELCRA juga membuat pelaburan dalam satu syarikat subsidiari yang diperbadankan di luar negara berjumlah USD1 juta. Pelaburan FELCRA dalam sembilan syarikat usaha sama pula berjumlah RM124.11 juta. 1.6. FELCRA mempunyai lapan pejabat operasi di seluruh negara iaitu Pejabat Wilayah Utara, Perak, Tengah, Timur, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Setakat bulan April 2022, Lembaga Pengarah FELCRA terdiri daripada sembilan ahli iaitu tujuh Pengarah berstatus bebas dan dua Pengarah bukan bebas. Pengurusan FELCRA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan dibantu oleh lapan Ketua Pegawai. Setakat bulan April 2022, pengisian perjawatan ialah 2,638 (99%) daripada 2,665 jawatan. Struktur organisasi FELCRA adalah seperti dalam Carta 1.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 169 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 169 FELCRA Berhad . CARTA 1 STRUKTUR ORGANISASI FELCRA SETAKAT BULAN APRIL 2022 Sumber: FELCRA 1.7. Selaras dengan objektif penubuhan, FELCRA melaksanakan dua aktiviti utama iaitu mandat sosial melalui program Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dan perniagaan komersial. Program penyatuan tanah adalah untuk memastikan tanah yang diusahakan dengan aktiviti pertanian menjadi lebih ekonomik. Pendekatan yang dilakukan adalah dengan menyatukan tanah terbiar yang mempunyai pemilik dan memajukan secara bersepadu melalui pengurusan FELCRA. Bagi program pemulihan pula, FELCRA diberi peranan memulihkan semula tanah Kerajaan yang terbiar sama ada sebahagian atau keseluruhan yang ditinggalkan oleh peserta pada masa itu. Setelah pemulihan tanah berhasil, kegiatan pemulihan tanah tertumpu pula kepada usaha memajukan tanah terbiar yang terdapat di kawasan luar bandar. 1.8. FELCRA bertindak sebagai pengurus ladang atau projek bagi pembangunan tanah peserta. Kos pembangunan2 projek untuk tanah peserta akan dibiayai menggunakan pinjaman yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan (MOF). Kos pembangunan ini akan dibayar semula oleh peserta dalam bentuk pinjaman kepada FELCRA secara ansuran dalam tempoh 25 tahun bermula pada tahun ke lapan tempoh pembangunan. Kemudian, FELCRA akan mengagihkan dividen3 kepada peserta berdasarkan keuntungan bersih 2 Kos pembangunan ialah kos perbelanjaan awal merangkumi kerja ukur, kajian kesesuaian, bayaran pendahuluan, bayaran cukai, kaveat, premium tanah, kos penyediaan perjanjian, kos pembelian dan penyelenggaraan kenderaan dan jentera, kos bahan input pertanian, kos buruh, menebas, menebang, membersihkan kawasan, menanam semula, membina jalan masuk, pembinaan jambatan, parit, stor serta semua kerja teknikal yang berkaitan dan perbelanjaan penyelenggaraan. Kos pembangunan ini termasuk bayaran perkhidmatan/faedah keseluruhan yang dikenakan oleh Kerajaan terhadap pinjaman yang diberikan kepada FELCRA dan/atau bayaran perkhidmatan/faedah keseluruhan daripada sumber pembiayaan kewangan dalaman FELCRA. 3 Peserta akan dibayar dividen hasil daripada projek yang berhasil dan mempunyai lebihan (keuntungan). Keuntungan boleh agih ialah lebihan pendapatan bersih yang diperoleh setelah pendapatan kasar projek ditolak kos operasi. Potongan wajib lain akan ditolak daripada keuntungan kasar iaitu kos pembangunan, caj pengurusan, caj pemasaran, tabung tanam semula, skim perlindungan tanaman, skim insurans peserta dan bayaran cukai kepada kerajaan negeri.
FELCRA Berhad 170 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 170 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad projek. Model perniagaan program P&P FELCRA adalah seperti dalam Carta 2. CARTA 2 MODEL PERNIAGAAN PROGRAM PENYATUAN DAN PEMULIHAN FELCRA Sumber: FELCRA 1.9. Setakat bulan April 2022, FELCRA telah membangunkan ladang berhasil4 bagi program P&P seluas 151,375 hektar (74.2%) berbanding keseluruhan 203,953 hektar ladang yang diperoleh. Ladang berhasil berbanding ladang mengikut jenis tanaman ialah kelapa sawit (83.4%), getah (23.3%) dan padi (86.9%). 1.10. Perniagaan komersial FELCRA pula meliputi aktiviti perladangan estet kelapa sawit dan industri hiliran. FELCRA telah membangunkan ladang berhasil seluas 26,449 hektar (82%) berbanding keseluruhan 32,266 hektar estet komersial bagi tanaman kelapa sawit di empat wilayah iaitu Perak, Timur, Sabah dan Sarawak. 1.11. Perkilangan merupakan industri hiliran bagi aktiviti perladangan estet kelapa sawit. Aktiviti utama perkilangan ialah membeli dan memproses buah tandan segar (BTS) bagi menghasilkan minyak sawit mentah. Kilang sawit FELCRA memproses BTS yang dihasilkan oleh ladang P&P, estet komersial, pekebun kecil dan pembekal luar yang berhampiran dengan kilang berkenaan. Setakat bulan April 2022, FELCRA mempunyai lima kilang yang terletak di Johor, Perak dan Pahang seperti dalam Jadual 1. 4 Ladang yang mengeluarkan hasil.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 171 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 171 FELCRA Berhad . JADUAL 1 KILANG SAWIT FELCRA BIL. KILANG TAHUN MULA BEROPERASI LOKASI KAPASITI (Tan Metrik/Jam) 1. Kilang Sawit FELCRA Berhad Bukit Kepong 1983 Labis, Johor 40 2. Kilang Sawit FELCRA Berhad Nasaruddin 1983 Bota, Perak 30 3. Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran 1992 Maran, Pahang 60 4. Kilang Sawit FELCRA Berhad Seberang Perak 1992 Kampung Gajah, Perak 60 5. Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai 2005 Mersing, Johor 40 Sumber: FELCRA 1.12. Jumlah pendapatan FELCRA ialah RM3.756 bilion bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Aktiviti mandat sosial dan perniagaan komersial menyumbangkan pendapatan terbesar FELCRA berjumlah RM3.530 bilion (94%) iaitu masing-masing RM664.94 juta dan RM2.864 bilion. Pendapatan lain pula menyumbangkan RM226.07 juta (6%) kepada keseluruhan pendapatan syarikat. 1.13. Semenjak penubuhan FELCRA pada tahun 1966, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan pembangunan dalam setiap Rancangan Malaysia. FELCRA telah menerima peruntukan Kerajaan berjumlah RM248.52 juta bagi tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Kesebelas (tahun 2016 hingga 2020). FELCRA turut menerima peruntukan Kerajaan bagi Rancangan Malaysia Kedua Belas (tahun 2021 hingga 2025) berjumlah RM283.80 juta. 2. OBJEKTIF PENGAUDITAN Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan FELCRA melalui pengurusan aktiviti mandat sosial dan perniagaan komersial yang dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; amalan tadbir urus korporat yang baik; dan kedudukan kewangan syarikat yang kukuh. 3. SKOP PENGAUDITAN 3.1. Pengauditan terhadap aktiviti FELCRA meliputi dua aktiviti utamanya iaitu mandat sosial dan perniagaan komersial yang dilaksanakan bagi tahun 2019 hingga bulan April 2022. Berdasarkan penilaian risiko, dua aktiviti ini dipilih kerana merupakan penyumbang terbesar kepada keseluruhan pendapatan syarikat iaitu 94% bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Pelaksanaan aktiviti ini juga adalah selaras dengan objektif penubuhannya serta mandat yang diberikan oleh Kerajaan.
FELCRA Berhad 172 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 172 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad 3.2. Dua bidang utama Audit yang dinilai bagi pengauditan aktiviti ialah prestasi dan pengurusan aktiviti. Penilaian prestasi meliputi dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), prestasi aktiviti mandat sosial dan prestasi aktiviti perniagaan komersial. Pencapaian keberhasilan pula dinilai berdasarkan prestasi pembayaran dividen kepada Kerajaan, prestasi pengagihan dividen kepada peserta dan kajian kepuasan peserta program P&P. Tiga perkara yang dinilai bagi pengurusan aktiviti ialah pengagihan keuntungan (dividen) kepada peserta, aktiviti perladangan serta aktiviti perkilangan. Tiga aspek yang dinilai bagi aktiviti perladangan ialah pembajaan, penuaian dan tenaga kerja ladang manakala aspek yang dinilai bagi aktiviti perkilangan pula meliputi tiga perkara iaitu penggredan BTS, penyingkiran enapcemar dan penyenggaraan jentera kilang. Perkara lain yang diaudit ialah pengurusan penghutang dagangan serta pemantauan syarikat subsidiari dan usaha sama. 3.3. Pengauditan pengurusan penghutang dagangan dan pemeriksaan fizikal di ladang FELCRA (P&P dan estet komersial) serta kilang sawit FELCRA dijalankan melalui pemilihan sampel. Pemilihan sampel bagi penghutang kilang dibuat berdasarkan tiga penghutang yang mempunyai baki hutang tertinggi dan hutang tertunggak melebihi tempoh 30 hari. Berdasarkan penilaian risiko, ladang FELCRA dengan tanaman kelapa sawit dipilih sebagai sampel kerana tanaman ini menghasilkan keuntungan berbanding tanaman getah dan padi bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Pemilihan sampel ladang FELCRA yang dilawati pula dibuat berdasarkan trend pengeluaran BTS di ladang FELCRA bagi tahun 2021 berbanding 2020. Sembilan ladang FELCRA yang merangkumi tujuh projek P&P dan dua estet komersial telah dipilih untuk pemeriksaan fizikal iaitu di Perak, Kelantan dan Johor. Bagi sampel kilang sawit FELCRA pula, dua kilang sawit FELCRA di Johor dan Pahang dipilih berdasarkan trend keuntungan. Justifikasi pemilihan sampel bagi ladang FELCRA dan kilang adalah seperti dalam Jadual 2. JADUAL 2 JUSTIFIKASI PEMILIHAN SAMPEL BAGI PEMERIKSAAN FIZIKAL BIL. NEGERI LADANG/KAWASAN/KILANG JUSTIFIKASI PEMILIHAN SAMPEL LADANG (KOMERSIAL)/KAWASAN (P&P) 1. Johor FELCRA Sri Mersing, Jemaluang, Johor Trend pengeluaran BTS meningkat 2. Perak FELCRA Estet, Changkat Jong, Perak Trend pengeluaran BTS menurun 3. Kelantan FELCRA Kapasiti Harapan, Gua Musang, Kelantan 4. Johor FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor 5. FELCRA Sungai Melikai, Jemaluang, Johor 6. FELCRA Sungai Semberong, Kahang, Johor 7. FELCRA Sungai Kahang, Kluang, Johor 8. FELCRA Sungai Paloh, Kluang, Johor 9. FELCRA Simpang Renggam, Johor
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 173 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 173 FELCRA Berhad . BIL. NEGERI LADANG/KAWASAN/KILANG JUSTIFIKASI PEMILIHAN SAMPEL KILANG FELCRA BERHAD 10. Johor Sungai Melikai, Johor Trend keuntungan menurun 11. Pahang Maran, Pahang Sumber: FELCRA 3.4. Selain itu, pengauditan terhadap amalan tadbir urus korporat melibatkan sembilan aspek iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik dan KPI, Prosedur Operasi Standard, Jawatankuasa Audit dan Risiko, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. 3.5. Penilaian kedudukan kewangan yang melibatkan analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend aset dan liabiliti; serta analisis aliran tunai tidak dijalankan kerana pengauditan penyata kewangan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 belum dimuktamadkan oleh Tetuan KPMG PLT. Bagaimanapun, analisis terhadap pencapaian perspektif kewangan KPI FELCRA, penghutang dagangan dan prestasi kewangan syarikat subsidiari dijalankan berdasarkan akaun pengurusan tahun 2019, 2020 dan 2021. 3.6. Pengauditan telah dijalankan di Ibu Pejabat FELCRA yang terletak di Wisma FELCRA, Setapak Jaya, Kuala Lumpur. 4. METODOLOGI PENGAUDITAN 4.1. Pengauditan telah dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen yang dikemukakan oleh pengurusan FELCRA serta menganalisis data berkaitan. Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat juga dijalankan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Selain itu, lawatan fizikal dijalankan ke ladang FELCRA dan kilang sawit FELCRA bagi menilai keberkesanan pengurusan aktiviti yang dilaksanakan oleh FELCRA. Soal selidik turut diedarkan kepada peserta program P&P untuk menilai tahap kepuasan peserta. 4.2. Analisis bagi pencapaian perspektif kewangan KPI FELCRA, penghutang dagangan dan prestasi kewangan syarikat subsidiari telah dilaksanakan berdasarkan akaun pengurusan FELCRA.
FELCRA Berhad 174 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 174 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad 5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT Pengauditan telah dijalankan pada bulan Mei hingga September 2022. Perkara yang ditemui serta maklum balas daripada FELCRA telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup pada 25 November 2022. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan Audit adalah seperti perenggan berikut: 5.1. Prestasi Aktiviti Penilaian prestasi aktiviti meliputi dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. 5.1.1. Pencapaian Output Tiga aspek yang dinilai bagi pencapaian output ialah Petunjuk Prestasi Utama, prestasi aktiviti mandat sosial dan prestasi aktiviti perniagaan komersial. 5.1.1.1. Petunjuk Prestasi Utama a. FELCRA menetapkan 15 hingga 22 indikator bagi enam perspektif utama sebagai KPI iaitu Kewangan; Pihak Berkepentingan; Operasi; Pembelajaran dan Pembangunan; Kepuasan Staf; serta Persekitaran dan Masyarakat. MOF melalui surat bertarikh 12 Disember 2017 telah menetapkan syarikat milik MKD hendaklah memperoleh pencapaian sekurang-kurangnya 80% daripada KPI yang disasarkan. Secara keseluruhannya, bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, pencapaian KPI FELCRA melebihi tahap minimum KPI yang ditetapkan oleh MKD iaitu mencapai antara 82.7% hingga 93%. Pencapaian keseluruhan KPI FELCRA adalah seperti dalam Jadual 3 manakala analisis bagi setiap perspektif KPI adalah seperti perenggan berikutnya.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 175 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 175 FELCRA Berhad . JADUAL 3 PENCAPAIAN KPI FELCRA BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021 PERSPEKTIF KPI TAHUN 2019 TAHUN 2020 TAHUN 2021 SS (%) SB (%) P (%) SS (%) SB (%) P (%) SS (%) SB (%) P (%) KPI 1 - Kewangan 10 5 50 30 29.8 99.3 30 26.1 87 KPI 2 - Pihak Berkepentingan 20 16.8 84 20 17.8 89 20 18.7 93.5 KPI 3 - Operasi 25 22.9 91.6 25 22.5 90 30 24.2 80.7 KPI 4 - Pembelajaran dan Pembangunan 20 18 90 10 7.9 79 10 8.9 89 KPI 5 - Kepuasan Staf 20 15 75 10 10 100 5 5 100 KPI 6 - Persekitaran dan Masyarakat 5 5 100 5 5 100 5 3.8 76 Pencapaian (%) 100 82.7 100 93 100 86.7 Sumber: Laporan KPI Korporat FELCRA Tahun 2019 hingga 2021 Nota: SS - Sasaran SB - Sebenar P - Peratus Pencapaian b. Perspektif KPI 1 – Kewangan: i. Analisis Audit mendapati pencapaian KPI 1 adalah antara 50% hingga 99.3% bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Bagi tempoh tersebut, satu daripada dua indikator gagal mencapai sasaran minimum yang ditetapkan iaitu indikator bayaran dividen kepada pemegang saham (Kerajaan) pada tahun 2019. Perkara ini disebabkan oleh syarikat mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah RM75.75 juta pada tahun 2019. ii. Indikator nisbah kecairan di bawah KPI 1 mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2021. Walaupun nisbah kecairan mencapai sasaran yang ditetapkan, semakan Audit mendapati FELCRA mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020. Berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman FELCRA dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.674 bilion. Baki pinjaman ini merupakan 69% daripada keseluruhan liabiliti FELCRA yang berjumlah RM5.323 bilion. Berdasarkan maklum balas FELCRA, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam FELCRA.
FELCRA Berhad 176 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 176 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad iii. Bagaimanapun, analisis pencapaian KPI 1 FELCRA hanyalah berdasarkan akaun pengurusan syarikat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Limitasi ini memberi kesan terhadap ketepatan penilaian prestasi KPI kewangan syarikat secara keseluruhannya. Menurut FELCRA, akaun pengurusan syarikat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 masih dalam proses pengauditan oleh juruaudit luar yang dilantik. Tetuan KPMG PLT memaklumkan faktor kelewatan proses pengauditan ialah kesulitan mendapatkan dokumen akibat pandemik Covid-19. FELCRA telah mendapat kelulusan pelanjutan masa daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan serah simpan penyata kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021 masing-masing hingga 31 Disember 2020, 30 September 2022 dan 31 Disember 2022. c. Perspektif KPI 2 – Pihak Berkepentingan: Analisis Audit mendapati pencapaian KPI 2 menunjukkan trend peningkatan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 iaitu daripada 84% kepada 93.5%. Namun, sepanjang tempoh tiga tahun tersebut, indikator kewajipan sosial FELCRA tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. FELCRA hanya mencapai RM1.58 juta (36.7%) hingga RM2.94 juta (68.4%) berbanding RM4.30 juta yang disasarkan. Penemuan terperinci diterangkan dalam perenggan 5.1.1.2.. d. Perspektif KPI 3 – Operasi: Pencapaian KPI menunjukkan trend penurunan daripada 91.6% kepada 80.7% iaitu penurunan 10.9% bagi tempoh tiga tahun tersebut. Perkara ini disebabkan oleh penurunan dalam indikator produktiviti getah dan padi. Berdasarkan Laporan KPI Korporat FELCRA Tahun 2019 hingga 2021, pengeluaran getah menunjukkan trend penurunan antara 102.42 kg/hektar (9.3%) hingga 259.72 kg/hektar (26.1%) bagi tempoh tiga tahun tersebut. Pengeluaran padi pula menunjukkan trend peningkatan pada tahun 2020 berbanding tahun 2021 sebanyak 1.64 mt/hektar (20.8%) dan penurunan sebanyak 0.93 mt/hektar (9.7%) pada tahun 2021 berbanding tahun 2020. e. Perspektif KPI 4 – Pembelajaran dan Pembangunan; Perspektif KPI 5 – Kepuasan Staf; dan Perspektif KPI 6 – Persekitaran dan Masyarakat: Pencapaian KPI 4 menunjukkan trend turun naik bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. KPI 5 telah mencapai sasaran KPI yang ditetapkan pada tahun 2020 dan 2021. KPI 6 pula menunjukkan penurunan pada tahun 2021 disebabkan oleh hanya tiga daripada empat program dijalankan pada tahun 2021 berbanding 2020.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 177 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 177 FELCRA Berhad . f. Semakan Audit terhadap minit mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan April 2022 mendapati pencapaian keseluruhan KPI FELCRA bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Lembaga Pengarah secara berkala. Kesannya, tiada langkah penambahbaikan dibincang bagi perspektif KPI 1 dan KPI 5 pada tahun 2019, perspektif KPI 4 pada tahun 2020 serta perspektif KPI 6 pada tahun 2021 yang tidak mencapai sasaran minimum. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 dan 5 Disember 2022 Hanya satu daripada enam indikator perspektif KPI 1 tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran. Perkara ini disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun. Penurunan pencapaian perspektif KPI 3 disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan memberi kesan kepada kekurangan tenaga kerja ladang khususnya bagi kerja penuaian dan menoreh getah. Antara sebab penurunan produktiviti getah ialah serangan penyakit luruhan daun pestalotiopsis; projek berusia lebih 25 tahun masih belum dilaksanakan tanam semula; dan isu bicara kuasa yang melewatkan proses tanam semula. Berkaitan tanaman padi pula, estet padi telah dilanda serangan wabak ulat pengorek batang dan kesing pada tahun 2021. Berkenaan perspektif KPI 4, satu daripada empat program tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya iaitu program Jelajah Wilayah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pembayaran balik untuk kesemua pinjaman Kerajaan ditangguhkan sehingga dokumentasi kelulusan penstrukturan, penjadualan semula dan pertukaran baki pinjaman kepada ekuiti selesai. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, pencapaian KPI FELCRA telah melebihi tahap minimum KPI yang ditetapkan oleh MKD bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Bagaimanapun, pencapaian KPI tidak dibincangkan di peringkat Lembaga Pengarah menyukarkan penilaian dan pemantauan operasi syarikat selaras dengan objektif penubuhan syarikat.
FELCRA Berhad 178 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 178 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad 5.1.1.2. Prestasi Aktiviti Mandat Sosial Prestasi pelaksanaan program P&P dinilai berdasarkan trend pencapaian keluasan ladang dan bilangan peserta; pengeluaran BTS; dan sumbangan hal ehwal peserta. a. Keluasan Ladang dan Bilangan Peserta Program Penyatuan dan Pemulihan i. Selaras dengan salah satu objektif penubuhan FELCRA iaitu menyatu, memulih dan membangunkan tanah, FELCRA bertanggungjawab melaksanakan aktiviti mandat sosial melalui program P&P sejak tahun 1966. FELCRA tidak menetapkan sasaran keluasan ladang dan bilangan peserta yang ingin dicapai bagi program P&P. ii. Analisis Audit terhadap data yang diperoleh sejak tahun 20085 mendapati setakat tahun 2021, pelaksanaan program P&P oleh FELCRA telah mencapai keluasan ladang 203,953 hektar iaitu penguncupan 16,113 hektar (7.3%) berbanding 220,066 hektar pada tahun 2008. Trend keluasan ladang P&P FELCRA sejak tahun 2008 hingga 2021 adalah seperti dalam Carta 3. CARTA 3 TREND KELUASAN LADANG P&P BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2021 Sumber: FELCRA 5 Data FELCRA berdasarkan rekod secara manual (bermula 2008 hingga 2011) dan sistem data projek (bermula 2012 hingga 2021).
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 179 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 179 FELCRA Berhad . iii. Analisis Audit terhadap trend bilangan peserta bagi program P&P dalam tempoh tahun 2019 hingga 2021 menunjukkan trend peningkatan dan penurunan bagi 13 negeri. Bilangan peserta pada tahun 2020 meningkat kepada 112,479 daripada 111,557 peserta pada tahun 2019 iaitu seramai 922 orang (0.8%). Pada tahun 2021, bilangan peserta ialah 108,097 iaitu penurunan seramai 4,382 peserta (3.9%) berbanding tahun 2020. Tiga negeri mencatatkan peratus penurunan peserta yang tertinggi iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perlis. Negeri Pulau Pinang mencatatkan peratus penurunan tertinggi iaitu seramai 824 peserta (99.5%). iv. Menurut FELCRA, penurunan peserta di Selangor pada tahun 2021 disebabkan oleh penutupan projek (projek diserah semula kepada peserta) dan peserta telah menarik diri kerana projek kurang berdaya maju. Penurunan peserta di Pulau Pinang turut disebabkan oleh peserta telah menarik diri dan terdapat ladang FELCRA di Pulau Pinang digabungkan dengan Kedah. Penurunan peserta di Perlis pula disebabkan oleh projek berstatus tidak aktif. b. Pengeluaran Buah Tandan Segar i. FELCRA menetapkan pengeluaran BTS di ladang P&P sebagai salah satu KPI utama syarikat pada setiap tahun. Sasaran pengeluaran BTS yang perlu dicapai bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 ialah antara 15,320 hingga 502,193 tan metrik (tahun 2019); 16,221 hingga 517,767 tan metrik (tahun 2020); dan 13,259 hingga 578,041 tan metrik (tahun 2021). Berdasarkan laporan pengeluaran BTS, analisis Audit mendapati pencapaian pengeluaran BTS ladang P&P di lapan wilayah6 ialah antara 68.4% hingga 97.6% (tahun 2019); 65.3% hingga 92.9% (tahun 2020); dan 74.6% hingga 98.1% (tahun 2021) berbanding sasaran. ii. Berdasarkan maklum balas FELCRA, pengeluaran BTS tidak mencapai sasaran disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja dan pokok yang berumur lebih 25 tahun yang menghasilkan produktiviti sangat rendah. Keperluan sebenar tenaga kerja ladang bagi tempoh tahun 2022 hingga 2023 ialah seramai 6,399 orang. Namun, setakat bulan November 2022 6 Wilayah Utara, Perak, Tengah, Timur, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
FELCRA Berhad 180 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 180 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad FELCRA telah menerima kemasukan tenaga kerja asing (TKA) seramai 2,095 orang bagi menampung kekurangan tenaga kerja. c. Sumbangan Hal Ehwal Peserta i. Berdasarkan Klausa 5.2 Perjanjian Korporat 2003 yang telah ditandatangani pada 18 April 2003 antara Kerajaan dan FELCRA, syarikat perlu melaksanakan tanggungjawab sosialnya melalui program Hal Ehwal Peserta (HEP). Klausa 5.3 pula menghendaki FELCRA menyumbang RM4.30 juta setiap tahun kewangan bagi tujuan memenuhi Klausa 5.2 tersebut. ii. Semakan Audit mendapati FELCRA telah merancang 15 hingga 16 program HEP bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 dengan menyasarkan pemberian sumbangan RM4.30 juta setiap tahun. Namun, FELCRA hanya mencapai sumbangan antara RM1.58 juta (36.7%) hingga RM2.94 juta (68.4%) berbanding RM4.30 juta yang disasarkan. Menurut Kumpulan HEP, perkara ini disebabkan oleh kekangan kewangan syarikat dan juga faktor pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021 yang mengehadkan pelaksanaan program bersama peserta di lapangan. iii. Klausa 5.4 Perjanjian Korporat 2003 pula menetapkan FELCRA perlu mengemukakan laporan berkaitan aktiviti HEP seperti yang digariskan dalam Klausa 5.2 kepada KPLB tidak lewat daripada 31 Disember setiap tahun. Semakan selanjutnya mendapati laporan berkaitan aktiviti HEP tidak pernah dikemukakan kepada KPLB sejak Perjanjian Korporat 2003 sebaliknya FELCRA hanya mengemukakan laporan aktiviti secara keseluruhan kepada KPLB bagi tujuan Laporan Tahunan KPLB. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 dan 5 Disember 2022 i. Penguncupan keluasan bagi tanaman kelapa sawit dan getah disebabkan oleh kelulusan penyerahan semula projek kepada peserta; penarikan diri oleh peserta; penyelarasan semula pengurusan projek antara mandat sosial dan komersial; dan penyelarasan semula keluasan berdasarkan pelan ukur akhir.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 181 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 181 FELCRA Berhad . ii. Kekurangan tenaga kerja telah diatasi melalui kelulusan kuota kemasukan TKA yang telah diperoleh daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2019 dan 2022 berjumlah 7,000 orang. Kemasukan TKA akan dilaksanakan secara berterusan sehingga memenuhi kuota dan keperluan dalam tempoh yang diluluskan. Setakat bulan November 2022, luas ladang kelapa sawit bagi pokok yang berusia lebih 25 tahun ialah 29,499 hektar. iii. Kumpulan HEP akan mengemukakan laporan terperinci berkaitan aktiviti tanggungjawab sosial kepada KPLB seperti dalam Perjanjian Korporat 2003 pada masa akan datang. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, program P&P yang dilaksanakan oleh FELCRA adalah selaras dengan objektif penubuhan syarikat. Bagaimanapun, berlaku penguncupan keluasan ladang dan penurunan jumlah peserta yang akan memberi kesan kepada pengeluaran hasil seterusnya boleh menjejaskan prestasi kewangan FELCRA pada masa hadapan. Pengeluaran BTS di ladang P&P pula tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. FELCRA telah melaksanakan 15 hingga 16 program HEP yang dirancang pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Namun, syarikat hanya menyumbang antara 36.7% hingga 68.4% daripada jumlah sumbangan yang ditetapkan dalam Perjanjian Korporat 2003. 5.1.1.3. Prestasi Aktiviti Perniagaan Komersial Prestasi aktiviti perniagaan komersial dinilai berdasarkan pengeluaran BTS dan keuntungan kilang sawit. a. Pengeluaran Buah Tandan Segar i. FELCRA telah menetapkan sasaran pengeluaran BTS yang perlu dicapai oleh estet komersialnya pada setiap tahun. Sasaran pengeluaran BTS yang perlu dicapai bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 ialah antara 20,423 hingga 250,298 tan metrik (tahun 2019); 22,491 hingga 262,881 tan metrik (tahun 2020); dan 20,789 hingga 239,390 tan metrik (tahun 2021).
FELCRA Berhad 182 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 182 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad ii. Semakan Audit mendapati pengeluaran sebenar BTS estet komersial di empat wilayah7 ialah antara 76.5% hingga 83% (tahun 2019); 72.5% hingga 86.5% (tahun 2020); dan 62.7% hingga 97.1% (tahun 2021) berbanding sasaran. Semakan selanjutnya mendapati Wilayah Timur dan Sarawak menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tiga tahun tersebut. b. Keuntungan Kilang Sawit i. Kumpulan Perkilangan FELCRA pula perlu memastikan lima kilang memproses kelapa sawit mencapai sasaran keuntungan tahunan antara RM2.45 juta hingga RM12.23 juta bagi tahun 2019 hingga 2021. Semakan Audit mendapati pencapaian sebenar keuntungan di lima kilang sawit FELCRA adalah antara 10.5% hingga 178.6% berbanding sasaran bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Sasaran dan pencapaian keuntungan sebenar bagi lima kilang memproses kelapa sawit milik FELCRA adalah seperti dalam Jadual 4. JADUAL 4 SASARAN DAN PENCAPAIAN KEUNTUNGAN KILANG SAWIT FELCRA BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 KILANG TAHUN SASARAN KEUNTUNGAN (RM Juta) PENCAPAIAN KEUNTUNGAN (RM Juta) PERATUS PENCAPAIAN (%) Kilang Sawit FELCRA Berhad Bukit Kepong, Johor 2019 4.94 1.85 37.4 2020 3.63 2.03 55.9 2021 3.97 7.09 178.6 Kilang Sawit FELCRA Berhad Nasaruddin, Perak 2019 2.45 0.88 35.9 2020 4.10 2.17 52.9 2021 3.33 2.48 74.5 Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang 2019 12.23 1.38 11.3 2020 11.30 4.38 38.8 2021 9.74 3.43 35.2 Kilang Sawit FELCRA Berhad Seberang Perak, Perak 2019 8.91 0.94 10.5 2020 8.49 1.40 16.5 2021 10.65 9.68 90.9 Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai, Johor 2019 5.05 2.23 44.2 2020 5.08 3.68 72.4 2021 3.68 1.89 51.4 Sumber: Kumpulan Perkilangan FELCRA 7 Wilayah Perak, Timur, Sabah dan Sarawak.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 183 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 183 FELCRA Berhad . ii. Semakan selanjutnya mendapati sasaran keuntungan hanya tercapai bagi Kilang Sawit FELCRA Berhad Bukit Kepong, Johor pada tahun 2021 iaitu keuntungan RM7.09 juta berbanding sasaran RM3.97 juta. Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang dan Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai, Johor pula mencatatkan penurunan keuntungan RM0.95 juta (21.7%) dan RM1.79 juta (2.5%) masing-masing pada tahun 2021 berbanding tahun 2020. iii. Kadar Perahan Minyak (OER)8 didapati menjadi faktor menyumbang kepada pendapatan kilang yang memberi kesan langsung kepada keuntungan kilang. Semakan Audit terhadap Laporan KPI Korporat FELCRA mendapati sasaran OER antara 19.4% hingga 20.3% bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Bagaimanapun, pencapaian ialah antara 18.9% hingga 19.2% seperti dalam Jadual 5. JADUAL 5 SASARAN DAN PENCAPAIAN KADAR PERAHAN MINYAK BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 TAHUN SASARAN OER (%) PENCAPAIAN SEBENAR OER (%) PERATUS PENCAPAIAN (%) 2019 20.3 19.2 94.6 2020 20.3 18.9 93.1 2021 19.4 19.0 97.9 Sumber: Laporan KPI Korporat FELCRA Tahun 2019 hingga 2021 Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Keadaan pandemik Covid-19 menyumbang kepada faktor kekurangan tenaga penuai di Wilayah Timur dan Sarawak. Pencapaian sebenar keuntungan kilang sawit FELCRA berbanding sasaran bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 disebabkan oleh faktor harga sebenar minyak sawit mentah dan isirung sawit; BTS diproses di bawah sasaran yang diunjurkan; penurunan harga minyak sawit mentah; dan peruntukan hutang ragu. Pencapaian sasaran keuntungan Kilang Sawit FELCRA Berhad Maran, Pahang terjejas disebabkan banjir pada bulan Januari dan Disember 2021 manakala Kilang Sawit FELCRA Sungai Melikai, Johor disebabkan oleh penahanan operasi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor pada bulan Mac 2021. 8 OER ialah peratusan dapatan minyak sawit mentah berbanding buah kelapa sawit yang diproses di kilang buah kelapa sawit.
FELCRA Berhad 184 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 184 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad BTS yang diproses sebenar lebih tinggi berbanding unjuran di Kilang Sawit FELCRA Berhad Bukit Kepong. Keuntungan sebenar melebihi sasaran juga disebabkan oleh pencapaian positif margin pada OER, Kernel Extraction Rate dan kos memproses serta kuantiti stok minyak sawit mentah dan isirung sawit yang minimum sepanjang tahun. Kadar OER dipengaruhi oleh sumber bekalan BTS yang diproses. Selain daripada sumber ladang FELCRA, BTS juga diperoleh daripada pihak luar seperti pekebun kecil, estet mini dan peraih. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, pencapaian output aktiviti perniagaan komersial adalah kurang memuaskan. FELCRA tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan bagi pengeluaran BTS di estet komersial. FELCRA turut tidak mencapai sasaran keuntungan bagi semua lima kilang sawit FELCRA kecuali bagi Kilang Sawit FELCRA Berhad Bukit Kepong, Johor pada tahun 2021. 5.1.2. Pencapaian Keberhasilan FELCRA tidak menetapkan pencapaian keberhasilan secara khusus. Namun, selaras dengan Garis Panduan Obligasi Sosial dalam Perjanjian Korporat 2003, FELCRA bertanggungjawab memberikan nilai pembangunan ekonomi dan sosial yang tinggi kepada sektor luar bandar. Sehubungan itu, pihak Audit telah menilai pencapaian keberhasilan melalui prestasi pembayaran dividen kepada Kerajaan, prestasi pengagihan dividen kepada peserta dan kajian kepuasan peserta program P&P. 5.1.2.1. Prestasi Pembayaran Dividen kepada Kerajaan a. Subseksyen 131(1) Akta Syarikat 2016 [Akta 777] menyatakan suatu syarikat hanya boleh membuat pengagihan kepada pemegang syer daripada keuntungan yang ada bagi syarikat itu jika syarikat menjadi solven. 9 Subseksyen 132(1) akta yang sama pula menetapkan sebelum sesuatu pengagihan dibuat oleh syarikat kepada pemegang syer, pengagihan itu hendaklah dibenarkan oleh pengarah syarikat. 9 Syarikat dianggap solven jika berupaya untuk membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam 12 bulan selepas pengagihan dibuat.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 185 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 185 FELCRA Berhad . b. Semakan Audit mendapati Lembaga Pengarah telah meluluskan pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 2017 berjumlah RM1.50 juta kepada Kerajaan melalui Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Bil. 179 pada 6 Julai 2018. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 2018 kerana syarikat mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM140.30 juta. c. Berdasarkan akaun pengurusan, FELCRA masih mencatatkan kerugian sebelum cukai masing-masing berjumlah RM75.75 juta dan RM38.63 juta pada tahun 2019 dan 2020. Manakala pada tahun 2021, syarikat telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM170.32 juta. Bagaimanapun, pembayaran dividen kepada Kerajaan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 tidak dapat ditentukan kerana akaun pengurusan syarikat untuk tempoh tersebut masih dalam proses pengauditan seperti yang telah diterangkan di perenggan 5.1.1.1.b.iii.. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Draf penyata kewangan beraudit FELCRA bagi tahun 2019 telah diterima daripada juruaudit luar pada 22 Oktober 2022 dan dibentangkan serta diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 208 pada 8 November 2022. Perancangan audit bagi tahun 2020 telah dikemukakan oleh juruaudit luar dan dijangka selesai pada bulan Julai 2023. Pengauditan terhadap syarikat subsidiari bagi tahun kewangan berakhir 2020 telah bermula dan dijangka selesai awal tahun 2023. Pada 25 November 2022, SSM telah meluluskan pelanjutan masa hingga 31 Mac 2023 untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2021. Setakat bulan November 2022, FELCRA belum menerima notis daripada SSM berkaitan penalti yang akan dikenakan terhadap FELCRA. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, Kerajaan tidak memperoleh pulangan pelaburan daripada FELCRA pada tahun 2019 dan 2020 disebabkan syarikat mencatatkan kerugian sebelum cukai. Selain itu, Kerajaan masih tidak memperoleh pulangan pelaburan pada tahun 2021 walaupun FELCRA mencatatkan keuntungan selepas cukai kerana pengauditan penyata kewangan belum dimuktamadkan.
FELCRA Berhad 186 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 186 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad 5.1.2.2. Pengagihan Dividen kepada Peserta a. Klausa 13 Perjanjian Pembangunan Tanah Milik di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 menetapkan FELCRA bersetuju mengagihkan dividen kepada peserta apabila terdapat keuntungan boleh agih10 projek. KPI FELCRA menetapkan agihan dividen kepada peserta ialah sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember. b. Berdasarkan pencapaian KPI FELCRA dalam perspektif Pihak Berkepentingan, FELCRA telah mencapai sasaran tiga kali agihan dividen yang ditetapkan. Analisis Audit mendapati agihan dividen bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 menunjukkan trend peningkatan antara RM46.93 juta (34.1%) hingga RM293.91 juta (159.1%). Butiran lanjut berkaitan agihan dividen berjumlah RM801.05 juta kepada peserta bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 adalah seperti dalam Jadual 6. JADUAL 6 MAKLUMAT AGIHAN DIVIDEN KEPADA PESERTA BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 AGIHAN 2019 2020 2021 JUMLAH (RM Juta) JUMLAH PESERTA AGIHAN DIVIDEN (RM Juta) JUMLAH PESERTA AGIHAN DIVIDEN (RM Juta) JUMLAH PESERTA AGIHAN DIVIDEN (RM Juta) Interim 1 – Ogos 78,146 22.47 57,886 28.07 63,353 74.31 124.85 Interim 2 - Disember 88,146 50.54 55,494 49.57 68,390 131.54 231.65 Dividen Akhir - April 64,397 64.75 58,826 107.05 72,509 272.75 444.55 JUMLAH 137.76 184.69 478.60 801.05 Sumber: Resolusi Lembaga Pengarah dan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Tahun 2019 hingga 2021 c. Analisis selanjutnya mendapati hanya antara 49.3% hingga 79% peserta yang menerima agihan dividen berbanding keseluruhan peserta pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Bilangan peserta yang menerima agihan dividen berbanding jumlah keseluruhan peserta adalah seperti dalam Jadual 7. 10 Keuntungan boleh agih ialah lebihan pendapatan bersih yang diperoleh daripada projek setelah pendapatan kasar projek ditolak kos operasi. Potongan wajib lain akan ditolak daripada keuntungan kasar iaitu kos pembangunan, caj pengurusan, caj pemasaran, tabung tanam semula, skim perlindungan tanaman, skim insurans peserta dan bayaran cukai kepada kerajaan negeri.
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 187 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 187 FELCRA Berhad . JADUAL 7 JUMLAH PESERTA YANG MENERIMA AGIHAN DIVIDEN BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 AGIHAN 2019 2020 2021 JP JKP % JP JKP % JP JKP % Interim 1 78,146 112,786 69.3 57,886 111,856 51.8 63,353 107,194 59.1 Interim 2 88,146 111,557 79.0 55,494 112,479 49.3 68,390 108,097 63.3 Dividen Akhir 64,397 112,089 57.5 58,826 107,252 54.8 72,509 108,122 67.1 Sumber: Resolusi Lembaga Pengarah dan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Kumpulan HEP Nota: JP - Jumlah Peserta yang Menerima Agihan Dividen JKP - Jumlah Keseluruhan Peserta d. Menurut FELCRA, peserta yang tidak menerima agihan dividen disebabkan oleh projek tidak berdaya maju. 11 Setakat bulan Disember 2021, terdapat 322 (26.9%) projek P&P tidak berdaya maju berbanding keseluruhan 1,198 projek. Keuntungan kasar12 daripada projek tidak dapat menampung potongan wajib13 yang lain bagi menghasilkan keuntungan bersih projek. Berdasarkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan projek setakat 31 Disember 2021, kerugian sebelum agihan berjumlah RM33.16 juta. Kos operasi bagi projek tidak berdaya maju ini berjumlah RM113.12 juta iaitu 69.5% daripada pendapatan projek iaitu RM162.79 juta. e. Antara punca projek tidak berdaya maju ialah umur pokok yang sudah melebihi 25 tahun; bilangan pokok sehektar yang rendah iaitu kurang daripada 100 pokok/hektar; produktiviti hasil yang rendah iaitu kurang daripada 10mt/hektar; topografi ladang, isu pentadbiran tanah dan bicara kuasa tidak selesai; pencerobohan oleh peserta; dan peserta telah menarik diri. Semakan selanjutnya mendapati setakat bulan April 2022, seramai 1,507 peserta telah menarik diri. Faktor yang menyebabkan peserta menarik diri ialah ingin menguruskan sendiri tanah dan telah menjual tanah. f. Antara sebab lain peserta tidak menerima dividen ialah projek belum berhasil dan masih dalam fasa pembangunan ladang. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Agihan keuntungan adalah berpandukan kepada prestasi kewangan bagi projek yang berhasil seperti yang direkodkan dalam penyata kewangan FELCRA. Bagi 10 tahun terakhir, FELCRA telah mengagihkan antara RM126.60 juta hingga 11 Projek tidak berdaya maju merupakan projek getah atau sawit tua yang telah mencapai umur melebihi 25 tahun dan tidak lagi produktif dari segi hasil. 12 Keuntungan kasar projek diperoleh setelah pendapatan kasar projek ditolak dengan kos operasi. 13 Potongan wajib adalah seperti kos pembangunan, caj pengurusan, caj pemasaran, tabung tanam semula, skim perlindungan tanaman, skim insurans peserta dan bayaran cukai kepada kerajaan negeri.
FELCRA Berhad 188 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 188 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad RM743.78 juta dividen kepada peserta. Faktor utama yang menyumbang kepada keuntungan ialah harga pasaran komoditi dan produktiviti projek. Hanya projek yang berhasil dan mempunyai keuntungan sahaja akan diagihkan. FELCRA turut memberi peluang kepada peserta untuk bekerja di ladang dan menerima gaji bulanan. Peserta turut ditawarkan menyertai program yang meningkatkan ekonomi peserta. Projek tidak berdaya maju telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja di peringkat KPLB dan MOF (Pembentangan Kertas Cadangan Pelan Pemulihan FELCRA Berhad) pada bulan Jun 2021. Seterusnya dibincangkan dalam Jawatankuasa Pemandu bagi tujuan penyediaan memorandum Pelan Transformasi dan Hala Tuju Strategik FELCRA. Memorandum ini kemudiannya telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2021. FELCRA telah menubuhkan Jawatankuasa Taskforce Penyerahan Projek Tidak Berdaya Maju yang melibatkan bahagian transformasi, ladang, perancang, kewangan dan peserta pada 2 dan 4 Ogos 2021. Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 206 pada 5 September 2022 telah meluluskan pelupusan hutang dan penyerahan balik projek kurang berdaya maju. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, pencapaian keberhasilan dari aspek pengagihan dividen adalah baik iaitu antara 49.3% hingga 79% peserta menerima agihan dividen berbanding keseluruhan peserta pada tahun 2019, 2020 dan 2021. Projek yang tidak berdaya maju memberi kesan kepada pendapatan projek seterusnya menjejaskan prestasi pengagihan dividen kepada peserta projek berkaitan. 5.1.2.3. Kajian Kepuasan Peserta Program Penyatuan dan Pemulihan a. Pihak Audit telah membuat edaran soal selidik melalui aplikasi Google Form kepada peserta program P&P mulai 25 Ogos 2022 dengan kerjasama Kumpulan HEP bagi menjalankan kajian kepuasan peserta. Namun, setakat 30 September 2022, hanya 53 peserta yang telah memberi maklum balas terhadap soal selidik meliputi negeri Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak, Pahang, Perak dan Terengganu. b. Analisis Audit mendapati tujuan peserta menyertai program P&P disebabkan tiada keupayaan dari segi tenaga, masa dan sumber kewangan untuk mengurus sendiri (62.3%); kurang pengetahuan dalam bidang perladangan dan tanaman (49.1%); dapat mengurangkan kos mengurus ladang dan
FELCRA Berhad Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 189 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 189 FELCRA Berhad . tanaman (34%); mendapatkan pulangan dividen yang tetap (34%); memudahkan pemasaran/jualan hasil ladang (32.1%); dan lain-lain (7.5%). Tujuan penyertaan program P&P oleh peserta menurut maklum balas soal selidik diringkaskan dalam Carta 4. CARTA 4 MAKLUM BALAS SOAL SELIDIK PESERTA - TUJUAN MENYERTAI PROGRAM P&P Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara c. Hasil maklum balas turut menunjukkan program P&P telah memberikan impak positif kepada peserta. Analisis Audit mendapati seramai 79.2% peserta bersetuju bahawa program P&P dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Peserta turut berpuas hati terhadap pengurusan program P&P (90.6%); kekerapan pembayaran dividen (86.8%); dan pulangan dividen (77.4%). Peserta berpendapat bahawa program P&P wajar diteruskan (98.1%) dan peserta akan terus menyertai program P&P selepas tamat perjanjian (96.2%). Maklum balas dan tahap kepuasan peserta diringkaskan seperti dalam Carta 5. 0% 20% 40% 60% 80% 62.3% 49.1% 34% 34% 32.1% 7.5% Tiada Keupayaan (Tenaga/Masa/Sumber Kewangan) untuk Mengurus Sendiri Kurang Pengetahuan Dalam Bidang Perladangan dan Tanaman Dapat Mengurangkan Kos Mengurus Ladang dan Tanaman Mendapatkan Pulangan Dividen yang Tetap Memudahkan Pemasaran/Jualan Hasil Ladang Lain-lain
FELCRA Berhad 190 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 190 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 FELCRA Berhad CARTA 5 MAKLUM BALAS SOAL SELIDIK PESERTA PROGRAM P&P Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara d. Berdasarkan maklum balas soal selidik, peserta telah mencadangkan pengurusan ladang yang lebih efisien; pulangan hasil seiring dengan harga semasa komoditi atau tidak terlalu rendah; mempercepatkan proses bicara kuasa berkaitan tanah peserta; mengadakan perjumpaan dengan peserta supaya tidak terlepas maklumat yang berguna; serta menambah baik kaedah penyampaian maklumat terkini. Maklum balas FELCRA yang diterima pada 22 November 2022 Kumpulan HEP bertanggungjawab menguruskan program untuk peserta dan akan melaksanakan penambahbaikan dalam memperkasa keyakinan, kesejahteraan dan ekonomi peserta menerusi perluasan program dan aktiviti berteraskan urban farming. Kumpulan HEP juga akan berusaha untuk mendapatkan hak milik tanah ladang dan rumah peserta; memperkenal dan melaksanakan program baharu seperti Consolidated Profitable Business Unit dan Pusat Digital Desa; meneruskan dan memperkasakan program sedia ada; serta menambah baik sistem penyampaian kepada peserta dalam memberikan maklumat terkini FELCRA. Pendapat Audit Secara keseluruhannya, pencapaian keberhasilan dari aspek kepuasan peserta, sebahagian besar responden berpuas hati dengan program P&P dan bersetuju program ini diteruskan. 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% Program P&P Dapat Meningkatkan Taraf Hidup Peserta Peserta Berpuas Hati Dengan Pengurusan Program P&P Peserta Berpuas Hati Dengan Kekerapan Pembayaran Dividen Peserta Berpuas Hati Dengan Pulangan Dividen Program P&P Wajar Diteruskan Peserta Akan Terus Menyertai Program P&P Selepas Tamat Perjanjian 79.2% 90.6% 86.8% 77.4% 98.1% 96.2% 20.8% 9.4% 13.2% 22.6% 1.9% 3.8% Ya Tidak