91 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 91 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. JADUAL 9 KEDUDUKAN KEWANGAN GRAND BORNEO BAGI TAHUN 2018, 2019 DAN 2020 PERKARA 2018 (RM Juta ) 2019 (RM Juta) 2020 (RM Juta) Pendapatan Operasi 12.33 10.15 2.96 Lain-lain Pendapatan 0.19 0.07 0.06 Pendapatan Kewangan 0.03 0.03 0.03 JUMLAH PENDAPATAN 12.55 10.25 3.05 Kos Jualan 5.92 5.78 2.62 Perbelanjaan Pentadbiran 7.71 6.37 10.79 Perbelanjaan Operasi Lain-lain 2.85 2.55 1.33 Kos Kewangan - 0.00* 0.01 JUMLAH PERBELANJAAN 16.48 14.71 14.75 KERUGIAN SEBELUM CUKAI (3.93) (4.46) (11.70) Cukai - - - KERUGIAN SELEPAS CUKAI (3.93) (4.46) (11.70) KERUGIAN TERKUMPUL (33.72) (38.18) (49.88) JUMLAH ASET 46.19 44.17 32.60 JUMLAH LIABILITI 41.64 44.08 44.21 TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI 2.76 3.21 2.26 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2018, 2019 dan 2020 Nota: (*) - RM5,143 CARTA 4 TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2018, 2019 DAN 2020 CARTA 5 TREND KERUGIAN SEBELUM CUKAI SERTA KERUGIAN TERKUMPUL BAGI TAHUN 2018, 2019 DAN 2020 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2018, 2019 dan 2020 Maklum balas Grand Borneo yang diterima pada 8 November 2022 Hala Tuju Perniagaan Grand Borneo tahun 2021 dibentangkan semasa industri pelancongan dan perhotelan berada dalam fasa PKP dan penambahbaikan kepada perancangan tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa untuk diluluskan oleh 12.55 10.25 3.05 16.48 14.71 14.75 0 5 10 15 20 2018 2019 2020 RM Juta Pendapatan Perbelanjaan -3.93 -4.46 -11.70 -33.72 -38.18 -49.88 2018 2019 2020 -50 -40 -30 -20 -10 0 RM Juta Kerugian Sebelum Cukai Kerugian Terkumpul
92 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 92 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Lembaga Pengarah Grand Borneo. Perancangan tiga tahun dan lima tahun syarikat akan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 1/2023 namun tarikh masih belum ditetapkan. Pada tahun 2022, prestasi perniagaan dilihat semakin pulih berikutan kelonggaran terhadap industri pelancongan dan perhotelan serta dilihat lebih baik daripada tahun 2020 dan 2021. Unjuran prestasi perniagaan akan terus menunjukkan trend peningkatan pada tahun 2023. Bagi GBHKK pula, operasi perniagaan telah dihentikan pada bulan Disember 2021 dan bangunan tersebut dalam proses untuk diserahkan kepada pihak FELDA bagi tindakan selanjutnya. Penambahbaikan terhadap sasaran akan dilakukan pada rancangan perniagaan tahun 2023. Fokus utama rancangan perniagaan tersebut adalah untuk memulihkan prestasi kewangan syarikat serta memperkasakan tadbir urus syarikat. Pendapat Audit Prestasi pendapatan syarikat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 menunjukkan trend penurunan. Penurunan pendapatan serta kerugian sebelum cukai dan kerugian terkumpul yang semakin meningkat dan liabiliti melebihi aset antara sebab kedudukan kewangan Grand Borneo berada pada tahap kurang stabil. Grand Borneo menghadapi risiko usaha berterusan (going concern) sekiranya syarikat terus mencatat kerugian. 5.1.2. Pencapaian Keberhasilan Perlembagaan Syarikat Grand Borneo menetapkan objektif penubuhan syarikat adalah untuk menjalankan perniagaan perhotelan, restoran, kafeteria, motel, kem percutian dan tapak karavan. Bagaimanapun, tiada penetapan pengukuran keberhasilan secara khusus bagi menilai pencapaian objektif penubuhan syarikat. Oleh itu, pihak Audit menilai pencapaian keberhasilan syarikat berdasarkan perkongsian keuntungan dan maklum balas pelanggan. 5.1.2.1. Perkongsian Keuntungan a. Fasal 7, Perjanjian Pengurusan pada 1 Oktober 2015 menghendaki keuntungan yang diperoleh dikongsi antara FELDA dan Grand Borneo bagi pengurusan FR Sahabat pada kadar 50:50. Fasal 7.3, perjanjian yang sama juga menyatakan perkongsian keuntungan FR Sahabat hendaklah dilaksanakan setiap tahun selepas 14 hari penyata kewangan diaudit oleh juruaudit yang dilantik dan diluluskan oleh kedua-dua pihak.
93 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 93 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. b. Semakan Audit mendapati penyata kewangan FR Sahabat bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 masih belum diaudit menyebabkan perkongsian keuntungan bagi tempoh tahun tersebut tidak dapat ditentukan. Semakan Audit seterusnya mendapati kali terakhir penyata kewangan FR Sahabat diaudit ialah pada tahun 2018 dan mencatat kerugian. c. Selain itu, menurut Fasal 8, Perjanjian Pengurusan yang ditandatangani pada 29 Disember 2020 pula menghendaki perkongsian keuntungan bagi pengurusan FR Hot Springs, FR Kuala Terengganu, FR Tg. Leman, FR Tekam dan FR Trolak adalah pada kadar 70:30. Fasal 8.1, Perjanjian tersebut juga menyatakan perkongsian keuntungan lima FR hendaklah dilaksanakan selepas 14 hari dari tarikh syarikat audit yang dilantik selesai menjalankan kerja mengaudit dan menandatangani akaun berkaitan. d. Semakan Audit mendapati pengurusan lima FR oleh Grand Borneo bermula pada 1 September 2019. Namun, perjanjian rasmi antara FELDA dan Grand Borneo hanya ditandatangani pada 29 Disember 2020. Oleh itu, tiada penentuan kadar perkongsian bagi tempoh tahun 2019 dan 2020. Tambahan pula, semua transaksi kewangan bagi dua tahun tersebut melibatkan lima FR telah diakaunkan terus dalam penyata kewangan FELDA. Selain itu, perkongsian keuntungan tahun 2021 juga tidak dapat ditentukan disebabkan penyata kewangan tahun tersebut masih belum dimuktamadkan. Maklum balas Grand Borneo yang diterima 8 November 2022 dan 5 Januari 2023 Pada 14 Disember 2022, ahli Lembaga Pengarah Grand Borneo bersetuju supaya penyata kewangan disediakan semula. Penyata kewangan FR Sahabat tahun 2019 dijangka siap pada akhir bulan Januari 2023, penyata kewangan tahun 2020 pula dijangka siap pada akhir bulan Februari 2023 manakala penyata kewangan tahun 2021 akan siap pada bulan Mac 2023. Penyata kewangan Grand Borneo tahun 2021 akan disiapkan pada bulan Jun 2023. Jumlah perkongsian keuntungan akan dimaklumkan kepada pihak FELDA setelah penyata kewangan tahun 2021 selesai diaudit oleh Tetuan KHR.
94 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 94 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. 5.1.2.2. Maklum Balas Pelanggan a. Fasal 6.1 (xxvii), Perjanjian Pengurusan menyatakan Grand Borneo bertanggungjawab mengendalikan semua pertanyaan, aduan, laporan dan kesalahan berkaitan FR. Ulasan dan maklum balas daripada pelanggan hendaklah diberi perhatian oleh pengurusan syarikat. Pelanggan boleh menggunakan platform laman sesawang online travel agents seperti agoda.com, booking.com, hotel.com., Traveloka dan Trivago untuk ulasan dan komen. Pihak Audit telah menjalankan analisis terhadap ulasan dan komen pelanggan di platform tersebut. Aspek yang dinilai antaranya kebersihan, lokasi, perkhidmatan, keselesaan, kemudahan dan makanan. Penarafan ini diberi berdasarkan ulasan dan komen daripada seramai 15,292 pelanggan. Namun, kriteria penarafan adalah berbeza mengikut laman sesawang tersebut. b. Analisis Audit mendapati secara keseluruhannya daripada penarafan 10 bintang, purata penarafan yang diberikan oleh pelanggan adalah antara 5.8 hingga 8.5 bintang. Penarafan dalam laman sesawang pelancongan menunjukkan FR Hot Springs dan FR Kuala Terengganu mendapat penilaian tertinggi dalam kalangan lima FR iaitu 7.4 hingga 8.5 bintang. Penarafan terendah ialah FR Sahabat antara 5.8 hingga 6.0 bintang dan antara komen pelanggan ialah berkaitan dengan kebersihan dan kemudahan yang disediakan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 10. JADUAL 10 PENARAFAN OLEH LAMAN SESAWANG PELANCONGAN SETAKAT BULAN SEPTEMBER 2022 FELDA RESIDENCE (FR) PENARAFAN AGODA.COM BOOKING.COM HOTEL.COM TRAVELOKA.COM TRIVAGO.COM* Hot Springs 7.6 Sangat Baik - - 8.5 Mengagumkan - Kuala Terengganu 7.5 Sangat Baik 7.6 Baik 7.6 Baik 8.3 Mengagumkan 7.4 Tekam 6.9 Baik 6.5 Sederhana 7.0 Baik 8.0 Selesa 6.9 Tg. Leman 7.0 Sangat Baik 6.9 Sederhana 7.0 Baik 8.2 Selesa 7.3 Sahabat 6.0 Baik 5.8 Agak Sederhana - - - Sumber: Laman Sesawang Agoda.com, Booking.com, Hotel.com, Traveloka.com dan Trivago.com Nota: (*) - Penilaian Trivago.com hanya berdasarkan pada penarafan bintang c. Selain itu, semakan Audit juga mendapati tiada analisis terperinci terhadap maklum balas kepuasan pelanggan dijalankan oleh Grand Borneo bagi tujuan rujukan dan penambahbaikan. Grand Borneo juga tidak mempunyai SOP berkaitan pengurusan maklum balas dan aduan pelanggan. Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakseragaman
95 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 95 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. pengurusan maklum balas kepuasan pelanggan di resort Kumpulan FR. Antaranya berkaitan penggunaan borang maklum balas kepuasan pelanggan; bahagian yang bertanggungjawab; tempoh memberi maklum balas; dan tindakan aduan pelanggan. Maklum balas Grand Borneo yang diterima pada 8 November 2022 dan 5 Januari 2023 Kumpulan FR kini menggunakan data dari Google Review, Facebook Review dan dari laman sesawang rasmi Kumpulan FELDA Residence sendiri selain daripada ulasan dan maklum balas pelanggan dari platform online travel agent. Grand Borneo telah mengeluarkan Borang Maklum Balas dan telah diletakkan dalam setiap bilik untuk pengunjung imbas kod QR dan memberikan maklum balas. Maklum balas tersebut telah dikumpulkan dan dimajukan kepada setiap Pengurus FR untuk tindakan. Draf SOP maklum balas pelanggan dan aduan pelanggan telah disediakan. Dokumen ini dalam proses menunggu kelulusan Pengurus Besar dan Lembaga Pengarah. Pendapat Audit Pencapaian keberhasilan syarikat dari aspek perkongsian keuntungan tahun 2019 hingga 2021 tidak dapat ditentukan kerana penyata kewangan belum dimuktamadkan. Maklum balas baik yang diterima daripada pelanggan menunjukkan potensi resort Kumpulan FR sebagai destinasi pelancongan yang menyediakan fasiliti yang baik. Namun, ketiadaan SOP berkaitan pengurusan maklum balas pelanggan dan analisis kepuasan pelanggan boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan. 5.2. Pengurusan Aktiviti Resort Kumpulan Felda Residence Perjanjian Pengurusan bertarikh 29 Disember 2020 menetapkan tempoh Grand Borneo sebagai ejen pengurusan FR bermula 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2022. Lanjutan masa perjanjian adalah selama dua tahun iaitu dari 1 September 2022 hingga 31 Ogos 2024. Perjanjian juga menyatakan tempoh perjanjian ini boleh ditamatkan lebih awal berdasarkan kepada peruntukan yang dinyatakan. Perjanjian Pengurusan menetapkan skop kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Grand Borneo sebagai ejen pengurusan FR. Antaranya adalah menyediakan laporan bulanan, menetapkan harga promosi dan menjalankan promosi, menyewakan bilik dan dewan, mengawal dan menyelia serta melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan.
96 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 96 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. 5.2.1. Promosi dan Pemasaran a. Perjanjian Pengurusan menghendaki Grand Borneo bertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai promosi dan pemasaran secara meluas dan berkesan untuk menggalakkan pengunjung dan pelanggan ke resort Kumpulan FR menggunakan dana yang diperoleh dari operasi dan pengurusan FR. b. Pelan Perniagaan dan Strategi bagi tahun 2019, 2020 dan 2022 menyatakan strategi pemasaran secara terperinci dan telah dibentangkan serta diluluskan oleh Lembaga Pengarah Grand Borneo. Namun, fokus dalam Pelan Perniagaan tersebut adalah berbeza dengan hala tuju perniagaan syarikat tahun 2021 kerana tidak menyatakan strategi pemasaran secara khusus. Keadaan ini disebabkan pada tahun 2021, hala tuju perniagaan Grand Borneo dan Kumpulan FR menumpukan kepada usaha untuk menjana pendapatan pulangan modal (breakeven) dan melaksanakan langkah penjimatan bagi menangani kesan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP serta PKPB. c. Jabatan Jualan dan Pemasaran Grand Borneo bertanggungjawab menyediakan strategi promosi dan pemasaran, perancangan dan pelaksanaannya. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan berfungsi untuk memantau dan membantu melaksanakan promosi dan pemasaran bagi resort Kumpulan FR. Antaranya melalui aktiviti panggilan jualan (sales call) di kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk sektor Kerajaan dan swasta serta agensi pelancongan bagi mencari pelanggan baharu selain daripada meningkatkan hubungan antara pelanggan. d. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, strategi promosi dan pemasaran yang dirancang meliputi pelaksanaan secara fizikal dan secara dalam talian. Pelaksanaan promosi dan pemasaran secara fizikal merangkumi penyertaan Grand Borneo dalam promosi bergerak yang dianjurkan sama ada secara sendirian mahupun penyertaan dalam program promosi oleh pelbagai pihak seperti Travel Fair, Malaysian Association of Tour and Agents Fair; FELDA, jabatan dan agensi Kerajaan. Selain itu, semakan Audit juga mendapati setiap FR juga mempunyai pasukan jualan dan pemasaran untuk membolehkan aktiviti jualan dan pemasaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan antaranya promosi pakej (bilik dan makanan), pengedaran flyers dan penganjuran acara. Media sosial seperti Facebook, Instagram, pengiklanan dalam talian dan laman sesawang syarikat juga digunakan bagi tujuan promosi dan pemasaran.
97 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 97 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. e. Semakan Audit seterusnya mendapati aktiviti promosi dan pemasaran yang telah dirancang bagi tahun 2022 adalah melalui laman sesawang, email blast, laman sosial, platform pengiklanan, online travel agent, familiarization trip, penyertaan dalam trade show dan ekspo, promosi bilik, promosi makanan dan minuman, new sales kit folder, acara, merchandise items dan peralatan jualan serta pemasaran (sales and marketing equipment). f. Pelan Perniagaan dan Strategi Grand Borneo tahun 2022 telah menyediakan strategi promosi dan pemasaran bagi mencapai sasaran pendapatan berjumlah RM15 juta yang memfokuskan kepada lima FR selepas penutupan GBHKK pada bulan Disember 2021. Strategi ini juga adalah untuk membantu setiap resort mencapai sasaran pendapatan yang ditetapkan. Bajet bagi melaksanakan strategi promosi dan pemasaran ini berjumlah RM127,777 (0.85%) daripada sasaran pendapatan. Promosi dan pemasaran yang dilaksanakan telah memberi impak kepada pendapatan syarikat berjumlah RM0.88 juta pada tahun 2022. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11. JADUAL 11 PENDAPATAN DARIPADA PROMOSI DAN PEMASARAN YANG DIJALANKAN OLEH JABATAN JUALAN DAN PEMASARAN TAHUN 2022 BIL. PROMOSI MEDIUM/LOKASI TARIKH PELAKSANAAN JUMLAH PENDAPATAN DIPEROLEH (RM) 1. WOWSHOP Televisyen Tiada Maklumat 735,425 2. Jom Travel Pusat Membeli Belah dan Pusat Konvensyen 22.03.2022 2,243 3. MATTA Fair 22.04.2022 22.05.2022 22.06.2022 90,525 4. Cuti-cuti Malaysia Travel Fair 22.06.2022 22.07.2022 16,128 5. Promosi Laman Sesawang 22.04.2022 22.05.2022 36,185 JUMLAH 880,506 Sumber: Laporan Aktiviti Jualan dan Pemasaran g. Berdasarkan Laporan Bajet dan Perbelanjaan Program Pemasaran Grand Borneo bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022, secara keseluruhannya bajet untuk aktiviti promosi dan pemasaran berjumlah RM1.44 juta. Semakan Audit mendapati perbelanjaan sebenar promosi dan pemasaran bagi tempoh tersebut hanya berjumlah RM396,292 (27.4%) berbanding jumlah dibajetkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12.
98 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 98 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. JADUAL 12 PERBELANJAAN PROMOSI DAN PEMASARAN SEBENAR BERBANDING BAJET BAGI TAHUN 2019 HINGGA BULAN JUN 2022 TAHUN PERBELANJAAN PROMOSI DAN PEMASARAN PENCAPAIAN (%) BAJET (RM) SEBENAR (RM) 2019 161,732 43,516 26.9 2020 819,222 189,913 23.2 2021 413,602 144,775 35.0 2022* 49,387 18,088 36.6 JUMLAH 1,443,943 396,292 27.4 Sumber: Laporan Prestasi Pendapatan dan Perbelanjaan Nota: (*) - Setakat bulan Jun 2022 h. Pencapaian perbelanjaan paling rendah dicatat pada tahun 2020 iaitu hanya 23.2% berbanding jumlah dibajetkan. Tahun 2021 juga mencatat perbelanjaan yang kurang daripada bajet iaitu hanya 35%. Analisis Audit mendapati empat FR iaitu FR Trolak, FR Sahabat, FR Tekam dan FR Kuala Terengganu mencatat perbelanjaan promosi dan pemasaran tertinggi bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 iaitu antara 33.7% hingga 60.1%. FR Sahabat pula mencatat pencapaian paling rendah masing-masing pada tahun 2019 dan 2021 iaitu 11.8% dan 5.2%. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 13. JADUAL 13 PERBELANJAAN PROMOSI DAN PEMASARAN GBHKK DAN FR BAGI TAHUN 2019 HINGGA BULAN JUN 2022 TAHUN/HOTEL/FR BELANJA PROMOSI DAN PEMASARAN BAJET (RM ) SEBENAR (RM) PENCAPAIAN (%) 2019 GBHKK TM TM - Hot Springs 48,283 9,995 20.7 Tekam 17,183 4,945 28.8 Kuala Terengganu 33,782 11,376 33.7 Tg. Leman 30,119 6,460 21.4 Trolak 30,665 10,540 34.4 Sahabat 1,700 200 11.8 JUMLAH 161,732 43,516 26.9 2020 GBHKK TM TM - Hot Springs 296,900 72,767 24.5 Tekam 57,400 23,739 41.4 Kuala Terengganu 133,000 52,384 39.4 Tg. Leman 153,872 32,079 20.8 Trolak 160,850 - - Sahabat 17,200 8,944 52.0 819,222 189,913 23.2 2021 GBHKK TM TM - Hot Springs 197,504 54,444 27.6 Tekam 31,883 18,592 58.3 Kuala Terengganu 117,525 50,164 42.7 Tg. Leman 50,416 20,732 41.1 Sahabat 16,274 843 5.2 JUMLAH 413,602 144,775 35.0
99 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 99 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. TAHUN/HOTEL/FR BELANJA PROMOSI DAN PEMASARAN BAJET (RM ) SEBENAR (RM) PENCAPAIAN (%) 2022* Hot Springs 29,432 9,748 33.1 Tekam 2,939 - - Kuala Terengganu 8,643 5,196 60.1 Tg. Leman 8,373 1,848 22.1 Sahabat - 1,296 - JUMLAH 49,387 18,088 36.6 JUMLAH KESELURUHAN 1,443,943 396,292 27.4 Sumber: Laporan Perbelanjaan Jualan dan Pemasaran Tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 Nota: TM - Tiada Maklumat (*) - Setakat bulan Jun 2022 i. Semakan Audit terhadap minit mesyuarat Lembaga Pengarah mendapati perkara berkaitan promosi dan pemasaran serta hasil yang diperoleh telah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah bersekali dengan Laporan Prestasi Kewangan. Namun, pembentangan dan perbincangan serta perincian impak strategi promosi dan pemasaran dari segi pendapatan secara terperinci tidak dibincangkan. Maklum balas Grand Borneo yang diterima pada 8 November 2022 Kumpulan FR terpaksa menukar strategi pemasaran bersesuaian dengan keadaan semasa yang ketika itu berdepan dengan ancaman Covid-19 dan PKP. Pelbagai aktiviti promosi dan pemasaran telah dijalankan selepas sektor pelancongan kembali aktif untuk meningkatkan pendapatan Kumpulan FR. Pelbagai platform yang digunakan untuk meningkatkan capaian umum mengenai Kumpulan FR selepas PKP. Berdasarkan strategi pemasaran yang dijadualkan untuk tahun 2022, kebanyakan daripada rancangan telah dijalankan antaranya tempahan melalui laman sesawang rasmi Kumpulan FELDA Residence. Jabatan Jualan dan Pemasaran juga membuat aktiviti pemasaran berdasarkan kesesuaian mengikut resort dan jenis pelanggan sedia ada. Seperti FR Sahabat, kebanyakan pelanggan adalah dari Pejabat FELDA Wilayah Sahabat. Justeru, perbelanjaan promosi dan pemasaran untuk FR adalah bergantung kepada kesesuaian FR. Pendapat Audit Grand Borneo telah merancang strategi promosi dan pemasaran dengan baik melalui penyediaan bajet yang mencukupi tetapi tidak dibelanjakan sepenuhnya.
100 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 100 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. 5.2.2. Penyenggaraan dan Pembaikan Aset serta Infrastruktur a. FELDA telah menyerahkan unit, premis, bangunan, binaan, struktur dan kemudahan di setiap FR yang terlibat untuk dijaga, diperbaiki dan disenggara seperti dinyatakan dalam Perjanjian Pengurusan. Fasal 6.1. (viii), (xxiv) dan (xxv) Perjanjian Pengurusan menghendaki Grand Borneo bertanggungjawab terhadap perkara berikut: i. menjaga dengan baik, bersih dan dalam keadaan teratur FR termasuk segala aset FELDA di FR serta segala bangunan dan keadaan sekitarnya; ii. mengganti peralatan di FR seperti peralatan perabot, tilam, bantal dan sebagainya secara berkala sekiranya perlu; dan iii. menyenggara FR dari aspek cat, dinding, lantai, parit, jalan masuk ke FELDA, bumbung dan struktur/kerangka utama sistem pembekalan air termasuk paip dan hos, pendawaian elektrik, peralatan memadam kebakaran dan lain-lain peralatan serta kemudahan yang berkaitan secara berkala. b. Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 6/2021 pada 9 November 2021, pihak pengurusan telah membentangkan Kertas Cadangan Permohonan Dana Bagi Kerja Pembaikpulihan Aset dan Infrastruktur Grand Borneo Hotel dan Kumpulan FR kepada ahli Lembaga Pengarah Grand Borneo. Cadangan penyenggaraan dan pembaikan aset dibuat kerana keadaan aset dan infrastruktur hotel serta resort yang rosak, usang dan uzur yang telah dikenal pasti serta memerlukan pembaikan segera bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna. c. Berdasarkan kertas cadangan tersebut, dana yang diperlukan untuk tujuan membaik pulih aset resort Kumpulan FR sebanyak 1,723 unit adalah berjumlah RM4.09 juta. Antara item yang memerlukan penyenggaraan dan pembaikan serta penggantian ialah tilam, kamera litar tertutup (CCTV), chiller, penyaman udara, dan peralatan aset dapur. Jumlah kos penyenggaraan dan pembaikan paling tinggi bagi resort Kumpulan FR ialah FR Hot Springs iaitu sebanyak 618 unit dengan kos RM1.91 juta. Pada 9 November 2021, Lembaga Pengarah telah bersetuju dan meluluskan kertas cadangan tersebut. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 14.
101 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 101 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. JADUAL 14 KUANTITI KEROSAKAN DAN ANGGARAN KOS PEMBAIKAN RESORT KUMPULAN FELDA RESIDENCE SETAKAT BULAN NOVEMBER 2021 FELDA RESIDENCE (FR) KUANTITI KEROSAKAN (Unit) JUMLAH ANGGARAN KOS PEMBAIKAN (RM) Hot Springs 618 1,907,000 Kuala Terengganu 189 519,000 Tg. Leman 595 803,000 Tekam 155 597,000 Sahabat 166 265,000 JUMLAH 1,723 4,091,000 Sumber: Kertas Cadangan Permohonan Dana bagi Kerja Pembaikpulihan dan Infrastruktur Grand Borneo Hotel serta resort Kumpulan FR d. Analisis Audit mendapati kerosakan yang memerlukan penyenggaraan dan pembaikan tertinggi ialah bilik penginapan iaitu berjumlah RM2.23 juta (54.6%) diikuti fasiliti rekreasi, bankuet dan keselamatan seperti dalam Jadual 15. Berdasarkan minit Mesyuarat Lembaga Pengarah, pihak Audit mendapati perkara berkaitan penyenggaraan telah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Grand Borneo. JADUAL 15 ANGGARAN KOS PEMBAIKAN RESORT KUMPULAN FELDA MENGIKUT JENIS SETAKAT BULAN NOVEMBER 2021 FELDA RESIDENCE (FR) BILIK PENGINAPAN (RM) BANKUET (RM) KESELAMATAN (RM) REKREASI (RM) JUMLAH (RM) Hot Springs 989,000 226,000 120,000 572,000 1,907,000 Kuala Terengganu 337,000 - 182,000 - 519,000 Tg. Leman 542,000 - 155,000 106,000 803,000 Tekam 186,000 265,000 23,000 123,000 597,000 Sahabat 180,000 40,000 10,000 35,000 265,000 JUMLAH 2,234,000 531,000 490,000 836,000 4,091,000 Sumber: Kertas Cadangan Permohonan Dana bagi Kerja Pembaikpulihan dan Infrastruktur Grand Borneo Hotel serta resort Kumpulan FR e. Lawatan fizikal Audit telah dijalankan di tiga FR iaitu FR Hot Spring, FR Tekam dan FR Tg. Leman. Hasil pemeriksaan fizikal mendapati berlaku kerosakan fasiliti seperti lantai reput di chalet; perkakasan yang rosak seperti electric board cabinet dan inverter water pump; fasiliti tidak dapat digunakan seperti spa eksklusif dan Bangunan Cemara; serta kerosakan penyaman udara dan kerosakan peralatan aset dapur. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kekurangan peruntukan untuk penggantian, penyenggaraan dan pembaikan. Setakat bulan Julai 2022, dana yang diperlukan untuk tujuan membaik pulih resort Kumpulan FR berjumlah RM4.09 juta masih belum diperoleh lagi daripada FELDA. Bagaimanapun, Grand Borneo telah
102 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 102 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. mengambil tindakan penyenggaraan dan membaik pulih sebahagian aset mengikut keutamaan dan kemampuan kewangan syarikat. Butiran lanjut adalah seperti dalam Gambar 1 hingga Gambar 8. Selain itu, semakan Audit mendapati pelan penyenggaraan dan pembaikan aset serta infrastruktur tidak diambil kira dalam Rancangan Perniagaan dan Strategi Tahun 2022. GAMBAR 1 GAMBAR 2 FR Tekam - Lantai Chalet 53 reput (07.06.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) FR Tg. Leman - Electric board cabinet yang usang (25.07.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) GAMBAR 3 GAMBAR 4 FR Tg. Leman - Inverter water pump rosak (25.07.2022) (Sumber: Unit Penyenggaraan, FR Tg. Leman) FR Tekam - Chalet 14 dan 16 tidak digunakan sejak tahun 2018 (07.06.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara)
103 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 103 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. GAMBAR 5 GAMBAR 6 FR Hot Springs - Spa eksklusif usang dan tidak dapat digunakan (25.05.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) FR Hot Springs - Bangunan Cemara usang dan tidak dapat digunakan (25.05.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) GAMBAR 7 GAMBAR 8 FR Tekam - Penyaman udara di dapur Coffee House rosak (07.06.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) FR Hot Springs - Ketuhar mikrogelombang di Kafeteria Meranti rosak (25.05.2022) (Sumber: Jabatan Audit Negara) f. Semakan Audit juga mendapati FR Kuala Terengganu dan FR Tg. Leman telah membelanjakan sejumlah RM223,692 bagi membaik pulih kerosakan aset dan infrastruktur melibatkan 75 item. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 16.
104 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 104 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. JADUAL 16 SENARAI ASET DAN INFRASTRUKTUR FR KUALA TERENGGANU DAN FR TG. LEMAN SETAKAT BULAN JULAI 2022 BIL. JENIS KUANTITI TARIKH BAUCAR BAYARAN JUMLAH (RM) FR Kuala Terengganu 1. Chiller Aircond No. 2 1 30.12.2021 12,000 2. Lif No. 5 1 24.02.2022 75,763 3. CCTV dan Digital Video Recording 1 24.02.2022 10,849 4. Tangki Pemanas Air 5 18.04.2022 4,650 5. Cermin Dinding di Bangunan FR 1 18.04.2022 48,000 6. Saluran Air Hujan di Bumbung Kafeteria Muara 1 07.06.2022 3,750 JUMLAH 10 155,012 FR Tg. Leman 1. Televisyen 28 03.11.2021 18,200 2. Filter Pump Kolam Renang 1 31.03.2021 4,810 3. Televisyen 25 12.01.2022 16,250 4. Penyaman Udara 10 12.01.2022 24,620 5. Pagar dawai menghala ke pantai daripada Blok A dan B 1 07.07.2022 4,800 JUMLAH 65 68,680 JUMLAH KESELURUHAN 75 223,692 Sumber: Baucar Bayaran FR Kuala Terengganu dan FR Tg. Leman g. Fasal 12, Perjanjian Pengurusan menetapkan Dana Penjelas (Sinking Fund) perlu didepositkan dalam satu akaun simpanan setiap tahun pada kadar dana 10% daripada jumlah hasil tahunan operasi resort Kumpulan FR. Objektif dana ini adalah antaranya untuk pemulihan struktur bangunan dan peralatan operasi serta pembelian peralatan untuk operasi dan menggantikan aset operasi. Penggunaan dana ini hendaklah mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada FELDA. Semakan Audit mendapati setakat bulan Jun 2022, tiada dana daripada hasil tahunan operasi dimasukkan dalam Dana Penjelas. Dana yang tidak dikumpulkan menyebabkan penyenggaraan dan pembaikan fasiliti dan peralatan tidak dapat dilaksanakan. Maklum balas Grand Borneo yang diterima pada 8 November 2022 dan 5 Januari 2023 Pihak pengurusan telah berhubung dengan pihak FIC Integrated Property Management Sdn. Bhd. (FIC IPM) berkenaan kerosakan yang dinyatakan dan pihak FIC IPM telah mengeluarkan laporan berserta anggaran sebut harga. Surat berserta laporan daripada FIC IPM telah dikemukakan kepada pihak FELDA pada 3 Oktober 2022 untuk makluman dan tindakan.
105 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 105 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. a. 28 chalet di FR Tekam tidak dapat digunakan kerana tidak disenggara sejak tahun 2018 iaitu sebelum pengurusan Grand Borneo dan semasa pengambilalihan pengurusan FR oleh Grand Borneo. Selain itu, Grand Borneo tidak diberi peruntukan untuk menyenggara chalet tersebut. b. Spa eksklusif di FR Hot Springs telah diusahakan melalui jalinan kerjasama bersama pihak ketiga untuk memajukan kawasan tersebut sebagai petting zoo bermula bulan September 2022. Usaha untuk mendapatkan operator luar bagi tujuan pengoperasian Bangunan Cemara masih diteruskan. c. Pihak pengurusan akan berhubung dengan pihak FIC IPM bagi mendapatkan pengesahan laporan kerosakan dan keperluan penggantian penyaman udara di Kumpulan FR. Jangka masa yang dianggarkan untuk menghasilkan laporan tersebut adalah sehingga 31 Januari 2023. Pihak pengurusan akan memajukan laporan tersebut berserta surat permohonan kepada pihak FELDA setelah mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Syarikat iaitu selewat-lewatnya pada 28 Februari 2023. d. Peralatan aset dapur memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sebut harga telah diperoleh dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bilangan 1/2023 berkenaan kaedah pembiayaan bagi mendapatkan peralatan tersebut. Tiga peralatan aset dapur telah dibaik pulih dan digunakan. e. Jumlah Dana Penjelas akan ditentukan setelah laporan kewangan beraudit dimuktamadkan. Pihak pengurusan akan memaklumkan kepada Lembaga Pengarah syarikat dan pihak FELDA berkenaan jumlah tersebut dan membuat permohonan untuk menggunakan dana tersebut. Pendapat Audit Tindakan Grand Borneo menyenggara dan membaiki aset adalah selaras dengan Perjanjian Pengurusan. Bagaimanapun, ketiadaan dana yang mencukupi menjejaskan kecekapan Grand Borneo dalam melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan aset serta infrastruktur. 5.2.3. Pengurusan Penghutang Perniagaan a. Seksyen 246 (1) Akta Syarikat 2016 menetapkan syarikat hendaklah mempunyai satu sistem kawalan dalaman yang memberi jaminan munasabah supaya syarikat dilindungi daripada kerugian dan semua transaksi perlu direkodkan.
106 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 106 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. b. Berdasarkan SOP Bayaran bagi majlis, pra bayaran hendaklah dibuat dua minggu sebelum majlis berlangsung kecuali bayaran menerusi kad kredit atau ad-hoc kredit diluluskan. Kaedah pembayaran tersebut adalah terpakai untuk syarikat dan individu yang tiada kemudahan kredit dan majlis yang dianjurkan oleh kelab, persatuan, sekolah atau komuniti serta majlis persendirian. Bayaran perlu diselesaikan sepenuhnya sebaik sahaja majlis selesai dijalankan. Manakala mengikut SOP Bayaran bagi kumpulan dan konvensyen, kredit akan diberikan kepada syarikat yang memiliki kemudahan kredit mengikut budi bicara Pengurus Kredit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh invois. c. Berdasarkan SOP Proses Kredit dan Bil untuk front office jika tetamu tidak memiliki kad kredit, mereka hendaklah menyelesaikan bayaran sepenuhnya untuk bilik yang ditempah. d. Bagaimanapun semakan Audit terhadap Laporan Pengumuran Penghutang mendapati setakat 30 Jun 2022, sejumlah RM672,548 hutang masih belum dibayar oleh pelanggan Grand Borneo. Analisis Audit mendapati tunggakan penghutang melebihi 30 hari berjumlah RM351,800 (52.3%) manakala jumlah hutang yang melebihi 120 hari pula adalah berjumlah RM225,626 (33.5%). FR Hot Springs mencatat tunggakan hutang tertinggi iaitu berjumlah RM210,180 (31.2%) daripada jumlah keseluruhan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 17. JADUAL 17 PENGUMURAN PENGHUTANG SETAKAT 30 JUN 2022 TEMPOH PENGUMURAN PENGHUTANG FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS (RM) KUALA TERENGGANU (RM) TG. LEMAN (RM) TEKAM (RM) JUMLAH (RM) 0 – 30 hari 170,515 86,396 45,316 18,521 320,748 31 – 60 hari 5,230 18,150 2,060 6,436 31,876 61 – 90 hari 3,360 13,535 18,708 7,814 43,417 91 – 120 hari 0 12,940 15,387 22,554 50,881 > 120 hari 31,075 62,557 34,054 97,940 225,626 JUMLAH 210,180 193,578 115,525 153,265 672,548 Sumber: Laporan Pengumuran Penghutang e. Kategori penghutang terdiri daripada Kerajaan, korporat, FELDA dan syarikat Kumpulan FELDA serta online travel agent. Semakan Audit mendapati setakat 30 Jun 2022, penghutang tertinggi ialah FELDA berjumlah RM170,371 (25.3%) dan diikuti oleh kategori korporat berjumlah RM164,358 (24.4%). Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 18.
107 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 107 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. JADUAL 18 PENGUMURAN PENGHUTANG MENGIKUT KATEGORI SETAKAT 30 JUN 2022 TEMPOH PENGUMURAN PENGHUTANG KERAJAAN (RM) KORPORAT (RM) FELDA (RM) SYARIKAT KUMPULAN FELDA (RM) ONLINE TRAVEL AGENT (RM) JUMLAH (RM) 0 – 30 hari 93,296 28,990 96,767 70,494 31,201 320,748 31 – 60 hari 6,530 18,415 130 6,801 - 31,876 61 – 90 hari 13,256 320 5,902 6,496 17,443 43,417 91 – 120 hari 25,203 1,600 5,669 8,782 9,627 50,881 > 120 hari 6,155 115,033 61,903 42,235 300 225,626 JUMLAH 144,440 164,358 170,371 134,808 58,571 672,548 PENCAPAIAN (%) 21.5 24.4 25.3 20.1 8.7 100.0 Sumber: Laporan Pengumuran Penghutang f. Grand Borneo telah menyediakan SOP berkaitan prosedur surat peringatan. SOP tersebut menghendaki surat peringatan dikeluarkan bagi jumlah hutang yang melebihi 60 hari dan setiap FR bertanggungjawab untuk mengutip hutang masingmasing. Semakan Audit mendapati surat peringatan kepada penghutang ada dikeluarkan oleh Pengurus FR berkaitan bagi mengutip tunggakan hutang. Selain itu, didapati pemantauan daripada ibu pejabat juga telah dilakukan melalui e-mel kepada FR berkaitan. Namun, jumlah yang masih belum dapat dikutip dan melebihi 120 hari masih tinggi. g. Semakan Audit terhadap Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022 mendapati Laporan Akaun Penghutang ada dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Selain itu, peranan JKA dan Audit Dalam di peringkat FELDA tidak dilaksanakan berkaitan kawalan dalaman operasi syarikat dan secara tidak langsung menyebabkan berlakunya kelemahan pengurusan hutang. Maklum balas Grand Borneo yang diterima pada 8 November 2022 dan 5 Januari 2023 Setakat 30 November 2022, nilai hutang melebihi 120 hari adalah berjumlah RM331,414. Hutang melibatkan FELDA dan syarikat Kumpulan FELDA merangkumi sebanyak 67%. Pihak Grand Borneo sedang membuat penyelesaian hutang dengan syarikat di bawah FELDA bagi memastikan semua pembayaran dilakukan dan dikemas kini.
108 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 108 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Pihak pengurusan akan memperhalusi SOP berkaitan kutipan hutang dan juga cara lain bagi memastikan jumlah hutang dapat dikurangkan seperti mendapatkan bayaran penuh daripada pelanggan sebelum pelanggan menggunakan perkhidmatan di setiap FR. Pendapat Audit Pengurusan hutang perniagaan kurang cekap kerana masih belum berjaya mengutip balik hutang yang melebihi 120 hari walaupun tindakan dan pemantauan telah diambil. 5.3. Tadbir Urus Korporat 5.3.1. Tadbir urus korporat yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Sebagai syarikat subsidiari milikan FELDA, pengurusan Grand Borneo perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perlembagaan Syarikat, SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Selain itu, rujukan boleh dibuat terhadap amalan terbaik daripada Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021 dan The Green Book - Enhancing Board Effectiveness (Green Book) April 2006 dan panduan tadbir urus korporat daripada Chartered Institute of Internal Auditors. 5.3.2. Semakan Audit mendapati hanya satu daripada sembilan aspek tadbir urus korporat diamalkan sepenuhnya iaitu Pengurus Besar. Lapan aspek iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Pelan Perniagaan dan KPI, SOP, JKA, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan tidak diamalkan sepenuhnya. Penemuan berkaitan Pelan Perniagaan dan KPI dinyatakan dalam perenggan 5.1.1. dan perenggan 5.2.1.. Ringkasan penemuan Audit bagi tujuh aspek adalah seperti dalam Jadual 19.
109 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 109 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. JADUAL 19 PENEMUAN AUDIT BERKAITAN AMALAN TADBIR URUS KORPORAT ASPEK AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT Pengerusi Seksyen 212 Akta Syarikat 2016, MCCG 2021 amalan 1.2 dan 1.3 serta Green Book perenggan 1.1.3 dan 2.1.3: Pengerusi Lembaga Pengarah hendaklah dilantik di kalangan ahli Lembaga Pengarah dan tempoh jawatan perlu ditetapkan. Tiada pelantikan Pengerusi dibuat bagi mengetuai Lembaga Pengarah syarikat sejak tarikh pengambilalihan Grand Borneo pada 28 Mei 2013 hingga kini. Lembaga Pengarah MCCG 2021 amalan 2.1 panduan G2.1 menetapkan Lembaga Pengarah perlu mempunyai Piagam Lembaga Pengarah yang jelas menyatakan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga Pengarah, ahli Lembaga Pengarah secara individu dan pengurusan syarikat serta isu dan keputusan yang tertakluk kepada Lembaga Pengarah. Tiada Piagam Lembaga Pengarah disediakan. Green Book perenggan 1.4.4: Lembaga Pengarah hendaklah memastikan ahlinya mempunyai akses kepada program pembelajaran yang berterusan bagi memperkasakan diri dalam pembangunan perniagaan yang dinamik dan kompleks serta mengekalkan penyertaan yang aktif semasa mesyuarat. Tiada rekod latihan yang dihadiri oleh ahli Lembaga Pengarah diselenggarakan. Setiausaha Syarikat MCCG 2021 amalan 1.5 dan panduan G1.5: Setiausaha Syarikat berperanan menasihati Lembaga Pengarah mengenai peranan dan tanggungjawab serta memantau perkembangan tadbir urus korporat. Setiausaha Syarikat tidak melaksanakan peranan sepenuhnya dalam menasihat Lembaga Pengarah terutamanya berkaitan dengan pelantikan Pengerusi, penyediaan Piagam Lembaga Pengarah dan akses pembelajaran agar selaras dengan amalan terbaik tadbir urus korporat. Prosedur Operasi Standard Seksyen 211 dan 246(1) Akta Syarikat 2016: Lembaga Pengarah hendaklah menguruskan perniagaan dan hal ehwal syarikat. Pengarah bagi sebuah syarikat awam atau subsidiari bagi syarikat awam hendaklah mempunyai suatu sistem kawalan dalaman yang memberi jaminan yang munasabah bagi melindungi aset syarikat daripada kerugian akibat penggunaan dan pelupusan serta memastikan semua transaksi yang direkodkan adalah betul. Pihak Audit tidak dapat menentukan sama ada SOP Grand Borneo telah dibentang dalam mesyuarat Lembaga Pengarah untuk perbincangan, kelulusan dan semakan semula serta dikemas kini selaras dengan keperluan semasa. Jawatankuasa Audit dan Audit Dalam MCCG 2021, hasil yang disasarkan 9.0 dan panduan 11.1 serta Green Book perenggan 1.2.1: Lembaga Pengarah mewujudkan JKA yang bertanggungjawab menilai dan memberi syor terhadap kualiti kawalan dalaman operasi syarikat kepada Lembaga Pengarah. Peranan utama Audit Dalam adalah untuk membantu syarikat mencapai matlamatnya dalam menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman, anti-rasuah, pemberi maklumat dan proses tadbir urus. JKA dan Audit Dalam tidak diwujudkan di peringkat Grand Borneo tetapi fungsi dan peranan kedua-duanya ada diwujudkan di peringkat FELDA.
110 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 110 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. ASPEK AMALAN TERBAIK PENEMUAN AUDIT Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan MCCG 2021 amalan 4.7 dan amalan 7.2: Lembaga Pengarah menubuhkan Jawatankuasa Pencalonan yang bertanggungjawab dalam pemilihan dan penilaian Ahli Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Imbuhan diwujudkan bagi mengkaji dan mengesyorkan perkara berkaitan imbuhan kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan syarikat. • Jawatankuasa Pencalonan tidak ditubuhkan di peringkat Grand Borneo kerana urusan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah adalah tertakluk keputusan FELDA. • Jawatankuasa Imbuhan ada ditubuhkan di peringkat Grand Borneo. Namun perkara berkaitan imbuhan Lembaga Pengarah tidak dibincangkan oleh Jawatankuasa ini. Sumber: Jabatan Audit Negara Maklum balas Grand Borneo yang diterima pada 8 November 2022, 22 November 2022 dan 5 Januari 2023 a. Jawatan Pengerusi dalam Lembaga Pengarah dikenal pasti melalui lantikan Pengerusi di dalam setiap Mesyuarat Lembaga Pengarah. Pihak pengurusan telah merujuk kepada Setiausaha Syarikat dan Jabatan Undang-undang FELDA bahawa lantikan Pengerusi adalah dirujuk melalui minit mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA. Selain itu, tiada surat lantikan secara rasmi daripada pihak FELDA kepada pihak pengurusan. b. Pihak pengurusan akan merujuk kepada Setiausaha Syarikat untuk penyediaan Piagam Lembaga Pengarah dan akan dipraktikkan pada bulan Januari 2023. Grand Borneo akan merujuk kepada Jabatan Undang-Undang FELDA sekiranya boleh menyelaraskan piagam Lembaga Pengarah FELDA untuk Grand Borneo. Pada 1 September 2022, FELDA ada menganjurkan kursus berkenaan Tatacara Pentadbiran Syarikat serta Peranan Ahli Lembaga Pengarah dalam Syarikat Subsidiari. Kursus ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar Grand Borneo dan semua ahli Lembaga Pengarah. Pihak pengurusan akan merujuk dengan pihak FELDA berkenaan penjadualan kursus untuk ahli Lembaga Pengarah bagi tahun 2023 sekiranya ada perancangan. c. Pihak pengurusan telah merujuk kepada Setiausaha Syarikat berkaitan peranan dan tanggungjawab dan perkara ini juga perlu dirujuk kepada pihak FELDA. Pihak pengurusan akan memantau dan mengambil tindakan susulan dan dipraktikkan pada tahun 2023. d. Pihak pengurusan akan menyemak semula SOP bagi setiap jabatan. SOP tersebut akan dibentangkan untuk kelulusan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bilangan 1/2023 dan tarikh mesyuarat akan ditentukan kemudian.
111 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 111 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. e. Grand Borneo telah dimaklumkan oleh Jabatan Audit Dalam FELDA yang pengauditan terhadap Grand Borneo tidak akan dilaksanakan pada tahun 2022 kerana telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Perancangan pengauditan tahun berikutnya akan dimaklumkan kepada Grand Borneo. f. Pengurusan syarikat hanya mempunyai Jawatankuasa Imbuhan di peringkat Ahli Lembaga Pengarah bagi tujuan menentukan imbuhan kepada kakitangan syarikat. Jabatan Pelaburan dan Strategik FELDA meminta Grand Borneo mengemukakan permohonan kelulusan kepada pihak FELDA bagi kelulusan imbuhan Ahli Lembaga Pengarah (elaun tahunan, mesyuarat dan lain-lain berkaitan). Pendapat Audit Amalan tadbir urus korporat Grand Borneo adalah kurang memuaskan kerana lapan daripada sembilan aspek tidak diamalkan sepenuhnya. 6. RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT 6.1. Secara keseluruhannya, objektif penubuhan Grand Borneo untuk mengurus resort Kumpulan FR belum tercapai sepenuhnya, amalan tadbir urus korporat kurang memuaskan dan kedudukan kewangan kurang stabil. Grand Borneo juga masih belum berupaya menjana keuntungan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2020. Perkara ini antaranya disebabkan faktor di luar kawalan Grand Borneo berikutan kesan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020 yang telah menjejaskan pengurusan aktiviti yang dirancang. 6.2. Sasaran OCC dan pendapatan tidak dapat dicapai bagi tahun 2019 hingga 2021. Kerugian semasa dan peningkatan kerugian terkumpul serta jumlah liabiliti melebihi jumlah aset dicatatkan oleh Grand Borneo memberi gambaran kedudukan kewangan syarikat pada tahap kurang stabil dan risiko usaha berterusan (going concern) boleh berlaku sekiranya syarikat terus mencatat kerugian. Grand Borneo tidak menetapkan keberhasilan secara khusus namun keberhasilan syarikat yang diukur dari aspek kadar perkongsian keuntungan masih belum tercapai. Bagaimanapun, ulasan dan maklum balas yang positif daripada pelanggan menunjukkan sambutan terhadap resort Kumpulan FR masih baik. 6.3. Pengurusan aktiviti syarikat masih boleh ditambah baik terutamanya berkaitan aspek promosi dan pemasaran, penyenggaraan dan pembaikan aset serta pengurusan hutang perniagaan. Peruntukan bagi promosi dan pemasaran tidak dibelanjakan sepenuhnya. Terdapat kerosakan fasiliti dan peralatan yang perlu diganti, disenggara dan diperbaiki kerana boleh memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam pengurusan resort Kumpulan FR. Pengurusan hutang perniagaan adalah kurang cekap kerana tunggakan hutang yang melebihi 120 hari masih belum dapat dikutip walaupun tindakan telah dilaksanakan.
112 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 112 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. 6.4. Selain itu, amalan tadbir urus korporat syarikat adalah kurang memuaskan kerana lapan aspek tadbir urus korporat tidak diamalkan sepenuhnya. 7. SYOR AUDIT Bagi meningkatkan prestasi pengurusan resort Kumpulan FR dan memantapkan tadbir urus korporat yang baik, pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah Grand Borneo serta FELDA perlu mengambil langkah yang proaktif dan berkesan untuk menambah baik perkara yang dibangkitkan dalam laporan ini. Sehubungan itu, pihak yang berkepentingan perlu memberi pertimbangan terhadap syor berikut: i. mempertingkatkan usaha promosi dan pemasaran secara agresif dengan membelanjakan peruntukan yang telah ditetapkan dalam bajet dengan sewajarnya. Usaha menarik lebih ramai pengunjung perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira tarikan atau produk pelancongan penduduk tempatan di sekitar resort; ii. mengambil tindakan segera terhadap semua perkara yang dilaporkan berkaitan fasiliti dan peralatan dengan mendapatkan dana daripada FELDA untuk penyenggaraan secukupnya. Penyenggaraan, penggantian dan pembaikan aset yang rosak perlu dilaksanakan dengan segera supaya bilik penginapan dan fasiliti dapat digunakan secara optimum bagi meningkatkan pendapatan syarikat serta memberikan keselesaan kepada pengunjung; iii. mengkaji polisi mengenai pembayaran secara kredit dan menetapkan semua bil dibayar sebelum pelanggan meninggalkan premis serta mengambil tindakan yang lebih proaktif mengutip balik tunggakan hutang daripada pelanggan yang melebihi 120 hari supaya dapat meningkatkan aliran tunai syarikat; dan iv. mempertingkatkan amalan tadbir urus korporat antaranya berkaitan pelantikan Pengerusi, penyediaan akses pembelajaran kepada Lembaga Pengarah, peranan dan fungsi JKA serta Audit Dalam yang lebih berkesan.
113 Institut Kefahaman Islam Malaysia Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 INSTITUTE OF TECHNOLOGY PETRONAS SDN. BHD.
114 Institut Kefahaman Islam Malaysia Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2
115 Institut Kefahaman Islam Malaysia Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 STABIL RUMUSAN AUDIT BAIK “Objektif penubuhan ITPSB untuk menjalankan perniagaan universiti swasta telah tercapai, amalan tadbir urus korporat yang baik & kedudukan kewangan syarikat yang stabil” INSTITUTE OF TECHNOLOGY PETRONAS SDN. BHD. (Syarikat Berhad Menurut Syer) Syarikat subsidiari milik penuh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Pencapaian Output 3 daripada 5 KPI Tidak capai sasaran akibat pandemik Covid-19 CGPA 3.00 ke atas Lebih 70% graduan UTP cemerlang Kutipan yuran • RM58.35 juta hapus kira hutang tertunggak • Hanya 5.2% hutang dihapus kira dikutip semula setakat 31 Julai 2022 31.9% - 98.2% Prestasi pengambilan pelajar baharu berbanding sasaran Pencapaian Keberhasilan Kadar kebolehpasaran graduan UTP 2021 Tahap kepuasan pelajar terhadap keseluruhan pengalaman di UTP 2021 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Penarafan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) • Dalam negara: 6 SETARA & MYRA • Luar negara: 5 QS Star Rating, 72 QS Asia University Ranking & 414 QS World University Ranking 1. Akreditasi program 2. Permohonan & pendaftaran 3. Kompetensi tenaga pengajar CEKAP BERKESAN CEKAP BAIK 7 daripada 9 aspek Amal sepenuhnya RM1.347 bilion Keuntungan terkumpul 2021 STABIL Kedudukan Kewangan BAIK Tadbir Urus Korporat Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar 1. Disenggara secara berkala 2. Kapasiti penggunaan katil antara 26.9% - 87.1% CEKAP 87.1% BELUM OPTIMUM 90% 91% 115 Infografik Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2
116 Institut Kefahaman Islam Malaysia Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2
117 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 117 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. RINGKASAN EKSEKUTIF INSTITUTE OF TECHNOLOGY PETRONAS SDN. BHD. Perkara Utama Apa yang diaudit? • Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. (ITPSB) merupakan syarikat subsidiari milik penuh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan modal berbayar berjumlah RM20 juta. ITPSB menjadi entiti undang-undang yang memiliki dan menguruskan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) berdasarkan Perlembagaan Universiti dan had kuasa yang ditetapkan oleh ITPSB. • Penilaian terhadap aktiviti utama ITPSB bagi tahun 2019 hingga bulan Julai 2022 meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti perniagaan universiti swasta UTP. Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian output dan keberhasilan. • Pengurusan aktiviti pula melibatkan dua perkara iaitu pengajaran dan pembelajaran; serta kolej kediaman pelajar. • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik, Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Prosedur Operasi Standard, Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan bagi tahun 2019 hingga bulan Julai 2022. • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata kewangan beraudit bagi tahun 2019, 2020 dan 2021. Mengapa ia penting untuk diaudit? • Untuk menilai tahap pencapaian objektif penubuhan ITPSB melalui aktiviti utama UTP sebagai universiti swasta. • Bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, ITPSB telah menerima RM756.87 juta geran daripada Yayasan UTP yang disalurkan daripada PETRONAS. Apa yang ditemui Audit? • Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan ITPSB untuk menjalankan perniagaan universiti swasta telah tercapai. Penemuan Audit yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: - bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, tiga daripada lima KPI tidak mencapai sasaran kerana dipengaruhi oleh pandemik Covid-19;
118 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 118 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. - prestasi pengambilan pelajar baharu bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Julai 2022 mencapai antara 31.9% hingga 98.2% walaupun sasaran tidak berubah; - prestasi kutipan yuran pelajar kurang memuaskan kerana RM58.35 juta hutang tertunggak telah dihapus kira mulai tahun 2019 dan hanya 5.2% dikutip semula setakat 31 Julai 2022; serta - kapasiti penggunaan katil kolej kediaman UTP masih belum mencapai tahap optimum kerana tahap penggunaan setiap semester adalah antara 26.9% hingga 87.1% bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022. Apa yang disyorkan Audit? • Pihak yang berkepentingan perlu memberi pertimbangan terhadap syor berikut: - meningkatkan pengambilan pelajar baharu selaras dengan sasaran KPI ITPSB; - meningkatkan kecekapan pengurusan kutipan yuran pelajar bagi mengurangkan hutang lapuk dan hapus kira hutang tertunggak; - mengoptimumkan penggunaan katil kolej kediaman bagi mencapai kemapanan hasil operasi kolej kediaman; dan - menambah baik tadbir urus korporat dalam aspek: o mewujudkan Piagam Lembaga Pengarah supaya terma rujukan berkaitan Lembaga Pengarah adalah jelas dan teratur; serta o melantik Pengarah Bebas bagi menganggotai Lembaga Pengarah ITPSB.
119 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 119 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. JABATAN PERDANA MENTERI PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) 3. Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. FAKTA UTAMA 26.07.1995 RM20 juta RM1.347 bilion Tarikh ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] Modal berbayar Keuntungan terkumpul setakat 31 Disember 2021 Objektif penubuhan Menjalankan perniagaan universiti swasta Aktiviti utama Menguruskan Universiti Teknologi PETRONAS sebagai sebuah universiti swasta yang menyediakan program pengajian peringkat asasi hingga doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan, sains, teknologi dan pengurusan perniagaan Jenis syarikat Syarikat berhad menurut syer 1. LATAR BELAKANG 1.1. Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. (ITPSB) merupakan syarikat subsidiari milik penuh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan modal berbayar berjumlah RM20 juta. ITPSB telah ditubuhkan pada 26 Julai 1995 di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]. PETRONAS ialah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dikawal selia oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM). 1.2. Berdasarkan Perlembagaan Syarikat, objektif penubuhan ITPSB adalah untuk menjalankan perniagaan universiti swasta. Pada 10 Januari 1997, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah ditubuhkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] susulan daripada pelawaan kerajaan kepada PETRONAS untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). 1.3. Berdasarkan Seksyen 12 Akta 555, IPTS hendaklah dimiliki dan diuruskan oleh syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Oleh itu, Lembaga Pengarah PETRONAS telah bersetuju supaya ITPSB menjadi entiti undang-undang yang memiliki dan menguruskan UTP berdasarkan Perlembagaan Universiti dan had kuasa yang ditetapkan oleh ITPSB. Struktur tadbir urus dan perundangan antara ITPSB dan UTP adalah seperti dalam Carta 1.
120 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 120 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. CARTA 1 STRUKTUR TADBIR URUS DAN PERUNDANGAN ANTARA ITPSB DAN UTP Sumber: Jabatan Undang-Undang dan Kesetiausahaan ITPSB Nota: Seksyen 12 Akta 555 menetapkan kriteria yang perlu dipatuhi oleh syarikat yang menguruskan IPTS termasuklah modal berbayar, komposisi Lembaga Pengarah serta objektif penubuhan syarikat. 1.4. ITPSB menguruskan UTP sebagai sebuah IPTS yang menyediakan program pengajian peringkat asasi hingga doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan, sains, teknologi dan pengurusan perniagaan. Pengurusan UTP perlu mematuhi Akta 555 serta mendukung aspirasi dan polisi kerajaan serta PETRONAS selaku pemegang saham. ITPSB menerima sumbangan PETRONAS berbentuk geran melalui Yayasan UTP (YUTP)1 bagi menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan UTP. Selain itu, ITPSB juga menerima sumber kewangan antaranya melalui sumbangan alumni, geran penyelidikan, endowmen dan harta intelek. ITPSB beroperasi dalam persekitaran perniagaan universiti swasta yang mementingkan keperluan pasaran dan pelanggan untuk memberikan perkhidmatan pendidikan tinggi yang terbaik. 1.5. Tiga aktiviti utama yang berkaitan secara langsung dengan pengurusan UTP ialah pengajaran dan pembelajaran; penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan; serta hal ehwal pelajar. Dua aktiviti utama lain yang secara tidak langsung berkaitan dengan pengurusan UTP ialah pelan perniagaan dan belanjawan; serta kesihatan, keselamatan dan persekitaran (HSE). Selain itu, bagi menyokong pelaksanaan aktiviti utama, dua proses perniagaan utama terlibat ialah kewangan dan pentadbiran. 1.6. Keseluruhan input dan proses perniagaan utama menyokong visi dan misi penubuhan UTP untuk melahirkan graduan yang holistik, menghasilkan kekayaan intelek, 1 Yayasan UTP telah ditubuhkan pada tahun 2007 untuk mempromosi usaha pendidikan serta menyokong pembangunan masa depan UTP sebagai sebuah institusi akademik yang cemerlang. Yayasan UTP diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada individu terkemuka dari industri dan ahli akademik.
121 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 121 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. menjadi peneraju teknologi, model teknologi pendidikan, pusat kecemerlangan pendidikan serta memacu kreativiti dan inovasi. Model perniagaan ITPSB adalah seperti dalam Carta 2. CARTA 2 MODEL PERNIAGAAN ITPSB Sumber: Bahagian Perancangan Strategik Korporat ITPSB 1.7. Bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, jumlah pendapatan ITPSB ialah RM1.335 bilion. Geran daripada YUTP menyumbangkan pendapatan terbesar ITPSB berjumlah RM756.87 juta (56.7%) manakala pendapatan operasi menyumbangkan RM334.59 juta (25%). Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 1. JADUAL 1 PECAHAN PENDAPATAN ITPSB BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 PENDAPATAN AMAUN (RM Juta) (%) Pendapatan Operasi - Yuran Pengajian 281.96 334.59 21.1 - Yuran Kolej Kediaman 21.61 1.6 25.0 - Caj Perkhidmatan Lain 31.02 2.3 Pendapatan Lain 212.03 15.9 Geran daripada Yayasan UTP 756.87 56.7 Geran daripada The Petroleum Research Fund 31.65 2.4 JUMLAH 1,335.14 100 Sumber: Penyata Kewangan ITPSB Beraudit bagi Tahun 2019, 2020 dan 2021 1.8. Setakat 31 Julai 2022, ITPSB mempunyai lima ahli Lembaga Pengarah berstatus Pengarah Bukan Bebas. Pengurusan ITPSB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Naib Canselor UTP. ITPSB mempunyai sembilan bahagian dan satu jabatan yang diketuai oleh ketua bahagian/jabatan. Pengisian perjawatan ITPSB ialah 763 (86.7%) daripada 880 jawatan. Struktur organisasi ITPSB pada 31 Julai 2022 adalah seperti dalam Carta 3.
122 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 122 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. CARTA 3 STRUKTUR ORGANISASI ITPSB PADA 31 JULAI 2022 Sumber: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran ITPSB 2. OBJEKTIF PENGAUDITAN Pengauditan dijalankan untuk menilai pencapaian objektif penubuhan ITPSB melalui pengurusan UTP sebagai universiti swasta dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; amalan tadbir urus korporat yang baik; dan kedudukan kewangan syarikat yang kukuh. 3. SKOP PENGAUDITAN 3.1. Bagi pengauditan aktiviti, berdasarkan penilaian risiko, pengauditan dijalankan terhadap aktiviti utama universiti swasta UTP iaitu pengajaran dan pembelajaran; serta hal ehwal pelajar bagi tahun 2019 hingga bulan Julai 2022. Dua aktiviti ini dipilih untuk pengauditan kerana selaras dengan objektif penubuhan ITPSB dan merupakan aktiviti utama UTP sebagai universiti swasta yang dibiayai melalui geran daripada YUTP. 3.2. Dua bidang utama yang dinilai bagi pengauditan aktiviti ialah prestasi dan pengurusan aktiviti. Prestasi aktiviti dinilai daripada aspek pencapaian output dan keberhasilan. Pengurusan aktiviti melibatkan dua perkara iaitu pengurusan pengajaran dan pembelajaran; serta pengurusan kolej kediaman pelajar. Pengurusan kolej kediaman pelajar merupakan antara perkara dalam aktiviti hal ehwal pelajar yang berkaitan secara langsung dengan pelanggan utama syarikat iaitu pelajar UTP. Pengauditan ini juga
123 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 123 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. melibatkan sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, CEO, Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik, Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Prosedur Operasi Standard (SOP), Jawatankuasa Audit, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan bagi tahun 2019 hingga bulan Julai 2022. Aspek kedudukan kewangan pula meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021. 3.3. Pengauditan telah dijalankan di UTP, Seri Iskandar, Perak dan pejabat Setiausaha Syarikat di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur. 4. METODOLOGI PENGAUDITAN 4.1. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, kontrak, fail dan dokumen yang dikemukakan oleh pengurusan ITPSB serta menganalisis data berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kolej kediaman pelajar. Perbincangan dan temu bual dengan pegawai terlibat juga telah dijalankan bagi mendapatkan penjelasan lanjut. 4.2. Bagi kedudukan kewangan, penilaian dilaksanakan berdasarkan penyata kewangan ITPSB yang telah diaudit oleh Tetuan Ernst & Young PLT bagi tahun 2019 hingga 2021. Penilaian ini melibatkan analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi; analisis trend aset dan liabiliti; analisis nisbah kewangan; serta analisis aliran tunai. 5. PENEMUAN TERPERINCI AUDIT Pengauditan telah dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos 2022. Perkara yang ditemui serta maklum balas daripada ITPSB telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup pada 6 Oktober 2022. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan Audit adalah seperti perenggan berikut: 5.1. Prestasi Aktiviti Bagi menilai aspek prestasi aktiviti, dua aspek utama disemak iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. 5.1.1. Pencapaian Output Penilaian Audit terhadap pencapaian output dilaksanakan dengan menganalisis empat perkara utama iaitu Petunjuk Prestasi Utama (KPI), prestasi pengambilan pelajar, prestasi pencapaian akademik dan prestasi kutipan yuran pelajar.
124 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 124 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. 5.1.1.1. Petunjuk Prestasi Utama a. Berdasarkan Pelan Perniagaan tahunan ITPSB, syarikat perlu mencapai lima KPI yang ditetapkan. 2 Setiap KPI mempunyai indikator khusus untuk penetapan sasaran dan mengukur prestasi pencapaian. Analisis Audit terhadap pencapaian KPI ITPSB bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 mendapati KPI 1 dan KPI 3 mencapai sasaran yang ditetapkan bagi semua indikator. Bagi KPI 2, KPI 4 dan KPI 5 pula tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 2. JADUAL 2 SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI ITPSB BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021 KPI 2019 2020 2021 SI PI SI PI SI PI KPI 1 - Keunggulan Global 3 3 2 2 1 1 KPI 2 - Kedudukan Akademik 3 2 3 2 2 1 KPI 3 - Pengiktirafan Penyelidikan dan Inovasi 3 3 3 3 2 2 KPI 4 - Pembangunan Pelajar 3 2 3 0 6 5 KPI 5 - Kecemerlangan Operasi 5 2 5 3 4 3 JUMLAH 17 12 16 10 15 12 Sumber: Prestasi Perniagaan UTP Bagi Tahun 2019, 2020 dan 2021 Nota: SI - Bilangan Indikator Disasarkan PI - Bilangan Indikator Mencapai Sasaran b. Analisis terperinci Audit terhadap pencapaian KPI ITPSB bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 adalah seperti berikut: i. KPI 1 – Keunggulan Global: Semua indikator mencapai sasaran yang ditetapkan. Indikator tersebut ialah penarafan UTP di peringkat Asia dan antarabangsa melalui QS3 Star Rating, QS Asia University Ranking (AUR) dan QS World University Ranking (WUR). Analisis Audit terhadap penarafan UTP diterangkan dalam perenggan 5.1.2.1.. ii. KPI 2 – Kedudukan Akademik: Dua daripada tiga indikator yang mencapai sasaran pada tahun 2019 dan 2020 ialah Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dan peratus fakulti antarabangsa. Indikator yang tidak mencapai sasaran bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 ialah peratus pelajar 2 KPI 1 - Keunggulan Global; KPI 2 - Kedudukan Akademik; KPI 3 - Pengiktirafan Penyelidikan dan Inovasi; KPI 4 - Pembangunan Pelajar; KPI 5 - Kecemerlangan Operasi 3 QS - Quacquarelli Symonds ialah syarikat yang menerbitkan penarafan universiti secara tahunan di peringkat antarabangsa
125 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 125 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. antarabangsa. Analisis Audit mendapati pencapaian peratus pelajar antarabangsa adalah antara 10.2% hingga 11.1% berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 12% bagi tempoh tersebut. ITPSB memaklumkan pandemik Covid-19 telah mempengaruhi pemasaran luar negara secara fizikal dan menjejaskan kemasukan pelajar antarabangsa ke UTP. Pada tahun 2021, indikator SETARA telah dinilai secara berasingan sebagai KPI Tambahan (KPI R2). Oleh itu, indikator peratus fakulti antarabangsa telah mencapai sasaran pada tahun 2021 manakala peratus pelajar antarabangsa tidak mencapai sasaran pada tahun tersebut. iii. KPI 3 – Pengiktirafan Penyelidikan dan Inovasi: Semua indikator mencapai sasaran yang ditetapkan. Indikator tersebut ialah penerbitan artikel bagi jurnal Quartile 1 dan Quartile 2;4 penarafan Malaysia Research Assessment (MYRA); serta geran penyelidikan baharu yang diperoleh. Semakan Audit mendapati indikator penarafan MYRA telah dinilai secara berasingan sebagai KPI R2 pada tahun 2021. iv. KPI 4 – Pembangunan Pelajar: Dua indikator yang mencapai sasaran pada tahun 2019 ialah peratus kebolehpasaran graduan ijazah sarjana muda dan peratus mobiliti antarabangsa pelajar ijazah sarjana muda (outbound). Indikator bilangan pendaftaran pelajar baharu hampir mencapai sasaran bagi tempoh tiga tahun dengan pencapaian antara 96.4% hingga 99.4%. Pada tahun 2020, kesemua tiga indikator tidak mencapai sasaran. Analisis Audit mendapati indikator peratus kebolehpasaran graduan ijazah sarjana muda dan peratus outbound student masing-masing mencapai 85.4% dan 30% berbanding sasaran. ITPSB memaklumkan ketidakcapaian KPI pada tahun 2020 sebahagian besarnya disebabkan oleh pandemik Covid-19. Analisis selanjutnya mendapati tiga indikator baharu telah diwujudkan pada tahun 2021 iaitu penglibatan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan, keusahawanan serta bilangan inbound student. 5 Kesemua indikator baharu ini telah mencapai sasaran ditetapkan. Selain itu, dua indikator lain yang mencapai sasaran pada tahun 2021 ialah kebolehpasaran graduan ijazah sarjana muda dan outbound student manakala bilangan pendaftaran pelajar baharu tidak mencapai sasaran pada tahun tersebut. 4 Merupakan sistem penarafan jurnal bereputasi berdasarkan subjek atau kategori bidang jurnal berkaitan dengan jumlah Quartile ialah empat. Quartile 1 bermaksud 25% jurnal yang paling berpengaruh manakala Quartile 2 bermaksud 25% jurnal kurang berpengaruh daripada Quartile 1. 5 Program Pertukaran Pelajar iaitu pelajar universiti atau institusi lain boleh mengikuti pengajian di UTP.
126 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 126 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. v. KPI 5 – Kecemerlangan Operasi • Indikator peratus pengoptimuman perbelanjaan mengurus (OPEX) mencapai sasaran bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Indikator penjimatan projek Sustainability through Culture, Optimization Roadmaps and Empowerment (SCORE) pula mencapai sasaran bagi tahun 2019 dan 2020 tetapi tidak lagi dinilai pada tahun 2021. Indikator Lost Time Accident/Lost Time Incident (LTA/LTI) tidak mencapai sasaran sifar insiden pada tahun 2019 kerana terdapat satu insiden kecederaan seorang pengawal keselamatan wanita semasa membuat rondaan di kolej kediaman. Bagaimanapun, indikator LTA/LTI mencapai sasaran pada tahun 2020 dan 2021. Sasaran bagi indikator pendapatan pula tidak dicapai pada tahun 2019 dan 2020 dengan pencapaian 89.1% dan 91% masing-masing. Indikator peratus penggunaan perbelanjaan modal (CAPEX) tidak mencapai sasaran bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 dengan pencapaian antara 48.4% hingga 66.3%. • Semakan Audit terhadap penyata kewangan beraudit ITPSB mendapati pendapatan dan perbelanjaan menunjukkan trend penurunan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Penurunan ini disumbangkan oleh penurunan penerimaan geran daripada YUTP meliputi perbelanjaan modal akibat penangguhan projek pembinaan kolej kediaman dan pusat pelajar yang baharu. Perkara ini adalah selari dengan ketidakcapaian KPI 5 bagi indikator pendapatan dan peratus penggunaan CAPEX. ITPSB menunjukkan penurunan prestasi kewangan apabila merekodkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM20 juta pada tahun 2021 berbanding keuntungan sebelum cukai pada tahun 2020 (RM89.29 juta) dan 2019 (RM109.57 juta). Kerugian ini menurunkan keuntungan terkumpul pada tahun 2021 kepada RM1.347 bilion iaitu penurunan sejumlah RM20.02 juta (1.5%) berbanding tahun 2020. Trend pendapatan, perbelanjaan, keuntungan sebelum cukai dan keuntungan terkumpul bagi tempoh tiga tahun berkaitan adalah seperti dalam Carta 4 dan Carta 5.
127 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 127 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. CARTA 4 CARTA 5 TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 TREND KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI DAN KEUNTUNGAN TERKUMPUL BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit ITPSB Tahun 2019, 2020 dan 2021 c. KPI Tambahan (R2) i. KPI R2 ditetapkan bagi menyokong pelan strategik dan aspirasi UTP. Sejumlah lima indikator pada tahun 2019 dan 2020 serta empat indikator pada tahun 2021 telah ditetapkan. ii. Analisis Audit terhadap pencapaian KPI R2 bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 mendapati kesemua lima indikator mencapai sasaran pada tahun 2019. Pada tahun 2020, hanya dua daripada lima indikator mencapai sasaran manakala pada tahun 2021, tiga daripada empat indikator mencapai sasaran. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 3. 538.94 463.90 332.30 429.37 374.61 352.30 0 100 200 300 400 500 2019 2020 2021 RM Juta Pendapatan Perbelanjaan 109.57 89.29 (20.00) 1,277.94 1,367.20 1,347.18 1,000 1,100 1,200 1,300 1,400 -50 0 50 100 150 200 250 2019 2020 2021 RM Juta Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai Keuntungan Terkumpul 2019, 2020 DAN 2021 RM Juta
128 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 128 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. JADUAL 3 SASARAN DAN PENCAPAIAN KPI R2 ITPSB BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021 INDIKATOR 2019 2020 2021 S P % S P % S P % QS Asia University Ranking (AUR)* 90 82 100 50 70 71.4 67 72 93.1 Peratus Mobiliti Antarabangsa Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Outbound) (%/Bilangan) 42 (609) 45 (654) 100 60 (871) 18 (266) 30.0 Diganti dengan indikator SETARA dan MYRA Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kemasyarakatan (%/Bilangan) 60 (800) 60 (807) 100 70 (960) 48 (685) 68.6 Penglibatan Pelajar dalam Keusahawanan (%/Bilangan) 2 (114) 2.05 (117) 100 2.5 (143) 2.8 (160) 100 Penjimatan Projek SCORE (RM Juta)** 30 31.53 100 Dinilai bersama dengan indikator pengoptimuman kos Diganti dengan indikator kebergantungan kewangan untuk perbelanjaan mengurus daripada PETRONAS Pengoptimuman Kos berjumlah RM150 juta (kumulatif sehingga 31 Disember 2020) (RM Juta)** 95 152.43 100 150 161.90 100 Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) ITPSB telah menilai semula kesesuaian indikator yang digunakan bagi menilai pencapaian KPI R2 pada tahun 2021 supaya selari dengan aspirasi UTP iaitu Ke Arah Kemapanan Dalam Keunggulan Global. 6/6 6/6 100 Penarafan Malaysia Research Assessment (MYRA) 6 6 100 Kebergantungan Kewangan untuk Perbelanjaan Mengurus daripada PETRONAS antara RM150 juta hingga RM180 juta setahun (RM Juta)*** 150- 180 122.70 100 Sumber: Prestasi Perniagaan UTP Bagi Tahun 2019, 2020 dan 2021 Nota: (*) - Peratus pencapaian adalah 100% jika penarafan kurang daripada sasaran. Jika penarafan melebihi sasaran, peratus pencapaian dikira berdasarkan sasaran/pencapaian (**) - Dikira sebagai satu indikator yang disasarkan pada tahun 2019 (***) - Peratus pencapaian adalah 100% jika perbelanjaan mengurus kurang daripada sasaran S - Sasaran P - Pencapaian % - Peratus Pencapaian iii. Analisis terperinci Audit terhadap pencapaian KPI R2 bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 mendapati penarafan QS AUR menunjukkan peningkatan dalam penarafan bagi UTP pada tahun 2020 walaupun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu kedudukan 50 terbaik. Selain itu, ketidakcapaian indikator peratus outbound student dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan pada tahun 2020 dipengaruhi oleh pandemik Covid-19. Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 Bagi aspek KPI 2, peratus pelajar antarabangsa yang tidak mencapai sasaran bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 disebabkan oleh pandemik Covid-19. Bagi tahun 2022, beberapa aktiviti pemasaran luar negara telah dijalankan selepas sekatan dibuka namun sasaran peratus pelajar antarabangsa masih belum dicapai. Terdapat pelbagai cabaran untuk menarik pelajar antarabangsa masuk ke UTP namun usaha berterusan masih dilaksanakan. Indikator bagi peratus pelajar antarabangsa juga masih perlu dikekalkan dalam KPI walaupun tidak mencapai sasaran kerana mempunyai impak terhadap penarafan UTP.
129 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 129 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Bagi aspek KPI 4, prestasi pendaftaran pelajar baharu bagi tahun 2022 telah melebihi sasaran yang ditetapkan. Bagaimanapun, bagi tahun 2020 dan 2021, pandemik Covid-19 telah mengehadkan aktiviti pemasaran dan menyebabkan pendaftaran pelajar baharu kurang daripada sasaran. Sasaran peratus outbound student dan peratus kebolehpasaran graduan ijazah sarjana muda masih dikemaskinikan bagi suku ketiga tahun 2022. Bagi aspek KPI 5, indikator peratus penggunaan CAPEX tidak mencapai sasaran bagi tempoh tiga tahun disebabkan oleh kelewatan tahap kemajuan projek berbanding dengan sasaran bagi projek kediaman pelajar dan pusat pelajar yang baharu berikutan penangguhan dan proses tender semula. Tambahan pula, bagi perbelanjaan modal lain, proses pembelian dan penghantaran juga terjejas akibat pandemik Covid-19. Pihak syarikat akan mengkaji semula sasaran perbelanjaan modal dan KPI sewajarnya pada masa akan datang. Bagi aspek KPI R2, pihak syarikat akan melaporkan pencapaian KPI R2 bagi tahun 2022 pada bulan Februari 2023 dan akan memberikan maklum balas berdasarkan laporan tersebut. Pihak syarikat juga akan mengkaji semula sasaran bagi tahun 2023. Pendapat Audit Pencapaian KPI ITPSB berbanding sasaran sepanjang tempoh tahun 2019 hingga 2021 adalah memuaskan. Bagi tempoh yang sama, tiga daripada lima KPI tidak mencapai sasaran kerana dipengaruhi oleh pandemik Covid-19. 5.1.1.2. Prestasi Pengambilan Pelajar a. Berdasarkan Pelan Perniagaan tahunan ITPSB, syarikat hendaklah mencapai sasaran 1,800 bilangan pendaftaran pelajar baharu di UTP setiap tahun. Kapasiti pendaftaran pelajar baharu setiap tahun (kapasiti semasa) yang boleh ditampung UTP berdasarkan Profil Risiko UTP bagi program asasi dan ijazah sarjana muda ialah 1,400 dan program pascasiswazah ialah 400. Pengambilan bilangan pelajar yang seimbang dengan kapasiti universiti membolehkan kemudahan universiti digunakan secara optimum dan meningkatkan kemapanan kewangan UTP. b. Bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Julai 2022, semakan Audit mendapati pendaftaran pelajar baharu berbanding sasaran adalah antara 574 (31.9%) hingga 1,768 (98.2%) bagi keseluruhan program pengajian. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 4.
130 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 130 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. JADUAL 4 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU UTP BERBANDING SASARAN BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 TAHUN BILANGAN PELAJAR BAHARU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU BERBANDING SASARAN (%) [(b)/(a) x 100] SASARAN (a) DAFTAR (b) 2019 1,800 1,640 91.1 2020 1,800 1,691 93.9 2021 1,800 1,768 98.2 2022* 1,800 574 31.9 Sumber: Rekod Pengambilan Pelajar UTP Nota: (*) - Setakat 31 Julai 2022 c. Analisis selanjutnya mendapati trend penawaran penempatan oleh UTP tidak sepadan iaitu melebihi kapasiti semasa universiti walaupun pendaftaran sebenar pelajar baharu adalah kurang daripada kapasiti semasa universiti kecuali pada tahun 2019 (pascasiswazah) dan 2021 (asasi dan ijazah sarjana muda). Pendaftaran pelajar baharu telah melebihi kapasiti semasa universiti sebanyak 64 (464 berbanding 400) pelajar pascasiswazah pada tahun 2019 dan 32 (1,432 berbanding 1,400) pelajar asasi dan ijazah sarjana muda pada tahun 2021. Peratus pendaftaran pelajar baharu berbanding tawaran adalah antara 14.3% hingga 80.3%. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 5. JADUAL 5 PRESTASI PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 PERINGKAT PENGAJIAN (Kapasiti Semasa) TAHUN BILANGAN PERATUS PENDAFTARAN BERBANDING TAWARAN (%) [(b)/(a) x 100] MOHON TAWARAN (a) DAFTAR (b) Asasi dan Ijazah Sarjana Muda (1,400 pelajar setahun) 2019 5,801 5,238 1,176 22.5 2020 4,088 3,794 1,384 36.5 2021 7,437 6,999 1,432 20.5 2022** 3,131 2,610 372 14.3 Pascasiswazah* (400 pelajar setahun) 2019 773 578 464 80.3 2020 716 456 307 67.3 2021 693 476 336 70.6 2022** 622 449 202 45.0 JUMLAH 2019 6,574 5,816 1,640 28.2 2020 4,804 4,250 1,691 39.8 2021 8,130 7,475 1,768 23.7 2022** 3,753 3,059 574 18.8 Sumber: Rekod Pengambilan Pelajar UTP Nota: (*) - Ijazah sarjana (kerja kursus dan penyelidikan) dan doktor falsafah (**) - Setakat 31 Julai 2022
131 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 131 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. d. Pada tahun 2021, jumlah permohonan kemasukan ke UTP menunjukkan peningkatan sebanyak 3,326 daripada 4,804 pada tahun 2020 kepada 8,130. Semakan selanjutnya mendapati pendaftaran pelajar baharu ke UTP secara keseluruhannya bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 menunjukkan trend peningkatan dan menghampiri sasaran 1,800 pelajar walaupun menghadapi cabaran pandemik Covid-19. e. Semakan Audit terhadap laporan pengambilan pelajar UTP menunjukkan kadar pendaftaran yang rendah bagi program asasi dan ijazah sarjana muda dipengaruhi oleh isu kemampuan kewangan pelajar memandangkan 51% pelajar baharu membiayai sendiri pengajian manakala hanya 49% dibiayai penaja. ITPSB memaklumkan situasi ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19 mempengaruhi pendapatan isi rumah ditambah pula dengan kekurangan tawaran penajaan oleh syarikat korporat. Selain itu, pendaftaran program pascasiswazah dipengaruhi oleh sekatan perjalanan domestik dan antarabangsa semasa pandemik Covid-19. f. Semakan selanjutnya terhadap perbelanjaan pemasaran dan promosi bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 menunjukkan trend penurunan daripada RM3.84 juta pada tahun 2019 kepada RM2.96 juta pada tahun 2021. Analisis Audit terhadap jumlah perbelanjaan pemasaran dan promosi mendapati secara puratanya RM1,674 hingga RM2,339 diperlukan bagi mendapatkan seorang pelajar baharu. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 6. Kawalan terhadap perbelanjaan operasi dengan peningkatan jumlah pendaftaran pelajar baharu secara keseluruhannya menunjukkan keberkesanan pelaksanaan strategi pemasaran dan promosi oleh ITPSB. Bagaimanapun, kadar pendaftaran yang lebih rendah berbanding penawaran mempengaruhi kadar pulangan daripada perbelanjaan pemasaran dan promosi serta berisiko menjejaskan pencapaian aspirasi UTP dalam aspek kemapanan kewangan syarikat. JADUAL 6 PERBELANJAAN PEMASARAN DAN PROMOSI BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021 PERKARA 2019 2020 2021 Bilangan pendaftaran pelajar baharu 1,640 1,691 1,768 Perbelanjaan pemasaran dan promosi RM3.84 juta RM3.61 juta RM2.96 juta Kos pemasaran dan promosi bagi seorang pelajar baharu* RM2,339 RM2,133 RM1,674 Sumber: Rekod Pengambilan Pelajar UTP dan Penyata Kewangan ITPSB Beraudit Tahun 2019, 2020 dan 2021 Nota: (*) - Pengiraan Audit adalah berdasarkan bilangan pendaftaran pelajar baharu serta perbelanjaan pemasaran dan promosi tanpa mengambil kira faktor lain
132 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 132 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 Berdasarkan trend pendaftaran pelajar program asasi dan ijazah sarjana muda bagi tempoh tahun 2019 hingga 2022, hanya sekitar 11% pelajar mendaftar daripada jumlah keseluruhan penawaran penempatan oleh UTP. Kekurangan jumlah pelajar yang mendaftar bagi tiga tahun sebelum ini telah menyebabkan lebihan penempatan di kampus UTP. Bagaimanapun, pada tahun 2022 terutamanya pada suku keempat tahun 2022, UTP telah menerima lebihan jumlah pelajar yang mendaftar iaitu seramai 1,663 pelajar, melebihi jangkaan asal iaitu 1,400 pelajar. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan kapasiti penempatan di kampus UTP telah dipenuhi. Trend nisbah penawaran dan pendaftaran pelajar bagi program asasi dan ijazah sarjana muda bagi tempoh tahun 2019 hingga 2022 ialah 7:1. Jabatan Kemasukan, Rekod dan Pemasaran (ARM) telah meningkatkan usaha pemasaran melalui kerjasama strategik antara UTP dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK). Aktiviti secara fizikal dan maya melibatkan pelajar sasaran melalui MGKK dan Majlis Guru Kaunseling Negeri (MGKN) dilihat dapat memberikan akses yang lebih dinamik dan bersasar. Hasil kerjasama ini dijangka akan dapat dilihat mulai kemasukan semester September 2022. Bagi program pascasiswazah pula, trend kemasukan dijangka akan kembali meningkat pada tahun 2022 apabila tiada lagi sekatan kemasukan antarabangsa pasca pandemik Covid-19. Pada masa yang sama, pihak universiti juga telah menstruktur semula KPI kemasukan pelajar pascasiswazah daripada Pendaftar kepada Pusat Pembelajaran Pascasiswazah (CGS) bagi meningkatkan keberkesanan pemasaran. Melalui beberapa strategi baharu tersebut, pihak ITPSB yakin bahawa keadaan ketidakpadanan antara penawaran dan kapasiti semasa universiti akan dapat dikecilkan dan seterusnya mengurangkan risiko kemapanan kewangan syarikat. Pendapat Audit Prestasi pengambilan pelajar baharu bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Julai 2022 mencapai antara 31.9% hingga 98.2% walaupun sasaran tidak berubah. Ketidakpadanan penawaran yang melebihi kapasiti semasa universiti berisiko menyebabkan kapasiti semasa universiti tidak dapat menampung lebihan bilangan pelajar sekiranya semua pelajar yang ditawarkan mendaftar.
133 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 133 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. 5.1.1.3. Prestasi Pencapaian Akademik a. ITPSB perlu memastikan semua pelajar menamatkan pengajian berdasarkan program pengajian yang diikuti. Mengikut syarat graduan Student Handbook ITPSB, bagi membolehkan seseorang pelajar layak menerima ijazah, antaranya pelajar hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya gred purata kumulatif (CGPA) 2.00 bagi ijazah sarjana muda; CGPA 3.00 bagi ijazah sarjana (kerja kursus); serta memperoleh markah minimum 65% bagi ijazah sarjana dan doktor falsafah melalui penyelidikan. b. Semakan Audit terhadap data graduan mendapati UTP telah menghasilkan 22,347 graduan sejak penubuhannya. UTP telah berjaya menghasilkan 5,785 graduan bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 meliputi 4,783 graduan ijazah sarjana muda, 653 graduan ijazah sarjana dan 349 graduan doktor falsafah. Semakan selanjutnya mendapati kesemua graduan telah memenuhi semua syarat layak menerima ijazah. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 7. JADUAL 7 GRADUAN UTP MENGIKUT PERINGKAT PENGAJIAN BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 TAHUN PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH (Bilangan) IJAZAH SARJANA MUDA (Bilangan) IJAZAH SARJANA (Bilangan) PhD (Bilangan) 2019 1,453 143 115 1,711 2020 1,464 176 90 1,730 2021 1,366 161 77 1,604 2022* 500 173 67 740 JUMLAH 4,783 653 349 5,785 Sumber: Rekod Graduan UTP Tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 Nota: (*) - Setakat 31 Julai 2022 PhD - Doktor Falsafah c. Analisis Audit terhadap prestasi pencapaian akademik graduan peringkat ijazah sarjana muda bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 mendapati 639 graduan (13.4%) memperoleh pencapaian kelas pertama, 3,148 graduan (65.8%) kelas kedua atas, 939 graduan (19.6%) kelas kedua bawah dan 57 graduan (1.2%) kelas ketiga. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8. Keadaan ini menunjukkan 79.2% graduan UTP berjaya memperoleh CGPA melebihi 3.00 dan mampu berdaya saing dalam bidang pekerjaan dan pembelajaran di peringkat lebih tinggi.
134 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 134 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. JADUAL 8 PENCAPAIAN AKADEMIK GRADUAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA UTP BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 TAHUN KELAS PERTAMA KELAS KEDUA ATAS KELAS KEDUA BAWAH KELAS KETIGA JUMLAH (Bil.) Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % 2019 136 9.4 852 58.6 426 29.3 39 2.7 1,453 2020 227 15.5 965 65.9 257 17.6 15 1.0 1,464 2021 197 14.4 978 71.6 190 13.9 1 0.1 1,366 2022* 79 15.8 353 70.6 66 13.2 2 0.4 500 JUMLAH 639 13.4 3,148 65.8 939 19.6 57 1.2 4,783 Sumber: Rekod Graduan UTP Tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 Nota: Kelas Pertama (CGPA: 3.65 - 4.00); Kelas Kedua Atas (CGPA: 3.00 - 3.64); Kelas Kedua Bawah (CGPA: 2.50 - 2.99); dan Kelas Ketiga (2.00 - 2.49) (*) - Setakat 31 Julai 2022 d. Analisis selanjutnya terhadap prestasi pencapaian akademik graduan peringkat ijazah sarjana (kerja kursus) bagi tempoh yang sama mendapati 66 graduan (36.1%) memperoleh pencapaian lulus dengan kepujian, 70 graduan (38.2%) lulus dengan merit manakala 47 graduan (25.7%) memperoleh pencapaian lulus. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 9. Keadaan ini menunjukkan 74.3% graduan berjaya memperoleh CGPA melebihi 3.50 dan menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang. JADUAL 9 PENCAPAIAN AKADEMIK GRADUAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA (KERJA KURSUS) UTP BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 TAHUN LULUS DENGAN KEPUJIAN LULUS DENGAN MERIT LULUS JUMLAH (Bil.) Bil. % Bil. % Bil. % 2019 10 33.3 12 40.0 8 26.7 30 2020 7 17.5 21 52.5 12 30.0 40 2021 17 46.0 14 37.8 6 16.2 37 2022* 32 42.1 23 30.3 21 27.6 76 JUMLAH 66 36.1 70 38.2 47 25.7 183 Sumber: Rekod Graduan UTP Tahun 2019 hingga 31 Julai 2022 Nota: Lulus dengan kepujian (CGPA: 3.75 - 4.00); Lulus dengan merit (CGPA: 3.50 - 3.74); Lulus (CGPA: 3.00 - 3.49) (*) - Setakat 31 Julai 2022 Pendapat Audit Prestasi pencapaian akademik graduan UTP adalah baik kerana lebih 70% graduan berjaya memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang mengikut peringkat pengajian yang diambil.
135 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 135 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. 5.1.1.4. Prestasi Kutipan Yuran Pelajar a. Berdasarkan Student Handbook, ITPSB perlu mengutip kadar yuran pengajian keseluruhan (termasuk yuran kolej kediaman dan caj perkhidmatan lain) bagi pelajar tempatan program asasi iaitu RM19,510 manakala program ijazah sarjana muda antara RM62,946 hingga RM93,664 berdasarkan program pengajian. Kadar yuran pengajian pelajar antarabangsa pula antara RM89,970 hingga RM117,358 bagi program ijazah sarjana muda. Bagi program pascasiswazah, kadar yuran yang dikenakan berbeza bergantung kepada kaedah pengajian dan pembelajaran. b. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, sejumlah RM334.59 juta pendapatan operasi diiktiraf meliputi yuran pengajian, yuran kolej kediaman dan caj perkhidmatan lain. Antara caj perkhidmatan lain yang diiktiraf ialah pendapatan daripada yuran semester untuk kemudahan pembelajaran serta aktiviti pelajar. Trend jumlah pendapatan operasi menunjukkan penurunan setiap tahun iaitu sebanyak 12.2% pada tahun 2020 dan 0.8% pada tahun 2021. Penurunan jumlah pendapatan operasi adalah selari dengan trend penurunan bilangan pelajar aktif iaitu daripada 7,272 pada tahun 2019 kepada 6,158 pada tahun 2021. Butiran lanjut berkaitan pendapatan operasi adalah seperti dalam Jadual 10 dan bilangan pelajar aktif UTP adalah seperti dalam Carta 11 di perenggan 5.2.2.2.h.. JADUAL 10 PENDAPATAN OPERASI BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 BUTIRAN AMAUN (RM Juta) NAIK/(TURUN) (%) 2019 2020 2021 2020 2021 Yuran Pengajian 92.29 95.32 94.35 3.3 (1) Yuran Kolej Kediaman 16.36 1.75 3.50 (89.3) 100 Caj Perkhidmatan Lain 13.10 9.78 8.14 (25.3) (16.8) JUMLAH KECIL 121.75 106.85 105.99 (12.2) (0.8) JUMLAH 334.59 Sumber: Penyata Kewangan Beraudit ITPSB Tahun 2019, 2020 dan 2021 c. Analisis Audit mendapati penurunan pendapatan operasi sebahagian besarnya dipengaruhi oleh trend penurunan yuran kolej kediaman disebabkan kadar penghunian yang rendah akibat pandemik Covid-19. Selain itu, pengecualian yuran pengajian yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (EMC) serta kelewatan kemasukan pelajar bagi semester Mei ke bulan
136 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 136 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. September akibat penangguhan pengeluaran keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga mempengaruhi penurunan pendapatan. d. Semakan selanjutnya terhadap Laporan Pengumuran Penghutang Pelajar dan Penaja mendapati setakat 31 Julai 2022, jumlah penghutang ialah RM30.08 juta. Penghutang tertinggi adalah bagi pengumuran antara 31 hingga 60 hari berjumlah RM18.57 juta. Penghutang dengan pengumuran melebihi 120 hari pula menunjukkan trend penurunan ketara sebanyak 73% (RM17.59 juta) pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 11. JADUAL 11 LAPORAN PENGUMURAN PENGHUTANG PELAJAR DAN PENAJA BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2022 BUTIRAN TAHUN AMAUN (RM Juta) Semasa 31 – 60 Hari 61 – 90 Hari 91 – 120 Hari >120 Hari JUMLAH Penghutang Pelajar 2019 0.20 0.13 2.40 0.36 18.12 21.21 2020 0.03 0.24 2.96 0.47 4.14 7.84 2021 0.02 0.42 3.19 0.37 3.63 7.63 2022* 1.21 8.42 0.04 0.08 4.22 13.97 Penghutang Penaja6 2019 0.13 0.03 1.35 1.37 5.97 8.85 2020 0.11 0.06 0.42 1.98 2.36 4.93 2021 0.18 0.17 0.34 1.89 2.68 5.26 2022* 0.28 10.15 0.20 0.16 5.32 16.11 JUMLAH 2019 0.33 0.16 3.75 1.73 24.09 30.06 2020 0.14 0.30 3.38 2.45 6.50 12.77 2021 0.20 0.59 3.53 2.26 6.31 12.89 2022* 1.49 18.57 0.24 0.24 9.54 30.08 Sumber: Laporan Pengumuran Penghutang Tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022 Nota: (*) - Setakat 31 Julai 2022 e. Semakan Audit mendapati ITPSB telah mengambil tindakan hapus kira hutang tertunggak sebagai strategi pembersihan akaun dan Lembaran Imbangan ITPSB secara berfasa bermula tahun 2019. Sejumlah RM59.21 juta penghutang tertunggak telah diluluskan pihak berkuasa melulus mengikut had kuasa ITPSB untuk dihapus kira bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 dan RM58.35 juta telah dihapus kira. Baki RM0.86 juta tidak dihapus kira kerana telah berjaya dikutip. Oleh sebab itu, penghutang pada tahun 2020 menunjukkan penurunan ketara sebanyak 57.5% atau RM17.29 juta daripada 6 Merujuk kepada penaja yang belum menjelaskan yuran bagi pelajar tajaannya di UTP.
137 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 137 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. RM30.06 juta pada tahun 2019 kepada RM12.77 juta pada tahun 2020. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 12. JADUAL 12 HAPUS KIRA PENGHUTANG TERTUNGGAK BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 TAHUN FASA/BUTIRAN PENGHUTANG KELULUSAN AMAUN LULUS (RM Juta) AMAUN HAPUS KIRA (RM Juta) 2019 Fasa 1 – pelbagai penghutang Lembaga Pengarah ITPSB 36.23 36.10 2020 Fasa 2 – pelajar dan penaja Lembaga Pengarah ITPSB 18.93 18.21 Fasa 3 – pelajar CEO/VC 1.78 1.78 2021 Fasa 4 – pelbagai penghutang CEO/VC, CFO 2.27 2.26 JUMLAH 59.21 58.35 Sumber: Kertas Kerja, Memo Kelulusan Hapus Kira dan Cabutan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah ITPSB Nota: CEO/VC - Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Canselor UTP CFO - Ketua Pegawai Kewangan f. Semakan selanjutnya mendapati setakat 31 Julai 2022, ITPSB telah mengutip semula hutang tertunggak yang dihapus kira berjumlah RM3.04 juta bersamaan 5.2% daripada keseluruhan jumlah hutang yang telah dihapus kira. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 13. Kutipan semula telah dibuat kesan daripada polisi kutipan yuran yang diperketat serta lantikan ejen kutipan hutang seperti yang disarankan oleh Lembaga Pengarah ITPSB. JADUAL 13 KUTIPAN SEMULA HUTANG TERTUNGGAK YANG DIHAPUS KIRA BAGI TEMPOH TAHUN 2021 HINGGA 31 JULAI 2022 BUTIRAN PENGHUTANG AMAUN (RM Juta) 2020 2021 2022* JUMLAH Pelajar 0.33 0.22 0.08 0.63 Penaja 0.68 - 1.65 2.33 Pelbagai penghutang 0.04 0.02 0.02 0.08 JUMLAH 1.05 0.24 1.75 3.04 Sumber: Laporan Kutipan Semula Hutang Tertunggak yang Dihapus Kira UTP Tahun 2021 dan 2022 Nota: (*) - Setakat 31 Julai 2022 Maklum balas ITPSB yang diterima pada 28 Oktober 2022 Laporan Pengumuran Penghutang Pelajar dan Penaja setakat 31 Julai 2022 menunjukkan jumlah penghutang yang tinggi berikutan invois bagi semester Mei 2022 baharu sahaja dikeluarkan pada bulan Jun dan Julai 2022 ekoran daripada proses migrasi kepada sistem pengkomputeran awan (cloud migration) yang berakhir pada 14 Jun 2022. Kebiasaannya, jumlah penghutang akan berkurangan sebelum semester baharu bermula. Sepanjang bulan Ogos dan
138 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 138 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. September 2022, sebanyak RM19.57 juta telah berjaya dikutip daripada penaja (RM10.61 juta) dan pelajar (RM8.96 juta). Hutang lapuk dihapus kira yang dibuat pada tahun 2019 (Fasa 1) berjumlah RM36.10 juta adalah bagi invois dari tahun 2000 hingga 2018 untuk penghutang korporat dan penaja. Sejumlah RM19.37 juta (53.6%) daripada amaun tersebut merupakan amaun penghutang tahun 2000 hingga 2007 yang telah dibawa ke hadapan melalui beberapa migrasi sistem terawal menyebabkan kebolehkesanan hutang tersebut tidak dapat disahkan. Jumlah ini dianggap seolah-olah sebagai baki hutang tetapi sebenarnya tidak berasas dan telah dilaraskan sebagai pelarasan perakaunan melalui catatan hapus kira. Usaha mengutip semula hutang tertunggak yang dihapus kira akan diteruskan bagi memastikan pihak syarikat dapat mengutip semula hutang lapuk semaksimum mungkin. Pendapat Audit Prestasi kutipan yuran pelajar kurang memuaskan kerana RM58.35 juta hutang tertunggak telah dihapus kira mulai tahun 2019. Setakat 31 Julai 2022, hanya 5.2% hutang yang dihapus kira telah dikutip semula. 5.1.2. Pencapaian Keberhasilan 5.1.2.1. Penarafan Universiti a. Penarafan universiti penting bagi menilai sejauh mana pengiktirafan terhadap pencapaian institusi pengajian tinggi tempatan dalam aspek yang dinilai berbanding negara lain di persada antarabangsa. Penarafan dalam negara juga boleh memberi impak positif terhadap kebolehsaingan UTP berbanding IPTS dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain dalam aspek pengajian, penyelidikan dan perkhidmatan yang ditawarkan. ITPSB telah menetapkan sasaran pencapaian bagi penarafan terhadap UTP dari dalam dan luar negara. Penarafan dalam negara meliputi SETARA dan MYRA manakala penarafan luar negara pula terdiri daripada tiga penarafan Quacquarelli Symonds (QS) iaitu QS Star Rating, QS Asia University Ranking (AUR) dan QS World University Ranking (WUR). b. Semakan Audit mendapati UTP telah mencapai sasaran enam bintang bagi penarafan dalam negara iaitu SETARA dan MYRA
139 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 139 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Bagi pencapaian penarafan luar negara, UTP telah mencapai sasaran bagi kesemua tiga penarafan QS kecuali pada tahun 2021 bagi penarafan QS AUR. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 14. JADUAL 14 PENCAPAIAN PENARAFAN DALAM DAN LUAR NEGARA BAGI TEMPOH TAHUN 2019 HINGGA 2021 PENARAFAN TAHUN SASARAN PENCAPAIAN CAPAI/TIDAK CAPAI Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) 2019 6/6 6/6 2020 6/6 6/6 CAPAI 2021 6/6 6/6 Penarafan Malaysia Research Assessment (MYRA) 2019 6 6 2020 6 6 CAPAI 2021 6 6 QS Star Rating 2019 5 5 CAPAI QS Asia University Ranking (AUR) 2019 90 82 CAPAI 2020 80 70 2021 67 72 TIDAK CAPAI QS World University Ranking (WUR) 2019 511-520 482 2020 460 439 CAPAI 2021 415 414 Sumber: Laporan Penarafan UTP Nota: QS - Quacquarelli Symonds Pendapat Audit UTP telah berjaya mengekalkan penarafan dalam negara dan luar negara untuk meningkatkan keupayaan daya saing UTP serta menunjukkan ITPSB adalah cekap dalam menguruskan UTP. 5.1.2.2. Kebolehpasaran Graduan a. UTP menilai kadar kebolehpasaran graduan melalui kajian pengesanan graduan selaras dengan pendekatan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman graduan terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Kajian ini juga merekodkan status pekerjaan semasa konvokesyen bagi graduan yang baharu menamatkan pengajian. Kajian pengesanan graduan ini turut dilaksanakan bagi membekalkan maklumat kepada KPT dalam menghasilkan Laporan Kajian Pengesanan Graduan tahunan.
140 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 140 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2 Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. b. Semakan Audit mendapati kadar kebolehpasaran graduan UTP pada tahun 2020 adalah rendah iaitu 76.9% berbanding 91.7% pada tahun 2019 dan 90% pada tahun 2021. Bagaimanapun, kadar kebolehpasaran graduan UTP melebihi kadar kebolehpasaran graduan nasional pada tahun 2019 dan 2021 masing-masing sebanyak 5.5% dan 4.5% manakala pada tahun 2020 mencatatkan kadar lebih rendah sebanyak 7.5%. Penurunan kadar kebolehpasaran graduan UTP pada tahun 2020 adalah selari dengan trend penurunan kadar kebolehpasaran graduan nasional iaitu daripada 86.2% kepada 84.4%. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 15. JADUAL 15 MAKLUMAT KAJIAN PENGESANAN GRADUAN UTP BERBANDING KEBOLEHPASARAN GRADUAN NASIONAL STATUS GRADUAN 2019 2020 2021 % Bekerja 80.9 66.8 73.0 Melanjutkan Pengajian 8.8 5.9 7.0 Meningkatkan Kemahiran 1.1 2.8 9.0 Keusahawanan 0.9 1.4 1.0 KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN 91.7 76.9 90.0 PERATUS NASIONAL 86.2 84.4 85.5 Sumber: Kajian Pengesanan Graduan UTP dan Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2019, 2020 dan 2021 Pendapat Audit Kadar kebolehpasaran graduan UTP adalah baik dengan pencapaian melebihi kadar kebolehpasaran graduan nasional bagi tahun 2019 dan 2021. Penurunan kadar kebolehpasaran graduan pada tahun 2020 pula selari dengan kadar penurunan kebolehpasaran graduan nasional akibat daripada pandemik Covid-19. 5.1.2.3. Kaji Selidik Barometer Pelajar UTP a. ITPSB telah melaksanakan kaji selidik kepuasan pelajar melalui platform i-graduate Student Barometer Survey. Tujuan kaji selidik adalah untuk memberikan tanda aras kepada pencapaian universiti dalam aspek pengalaman pelajar berbanding universiti lain di Malaysia dan antarabangsa. Kaji selidik ini telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2021 dengan tempoh masa dua tahun bagi membolehkan universiti merangka strategi dan menilai semula keberkesanan pelan mitigasi bagi menutup jurang yang wujud.