ILMU, PENDIDIKAN DAN
GERAKAN ISLAM
MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMADY
PENYUSUN
MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS
ISI KANDUNGAN
1. BEBERAPA ASPEK DALAM PEMIKIRAN HAMKA TENTANG
PENDIDIKAN
2. ETIKA AKTIVIS ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI
3. PENGEMBALIAN SEMULA KEPADA FAHAMAN&PENGHAYATAN
FAHAM ILMU ASWJ DALAM KONTEKS ALAM GLOBALISASI
4. TRADISI KEILMUAN MELAYU
5. PENDIDIKAN ISLAM MENURUT AN NADAWI
6. MENGISLAH UMMAH AULAWIYAT GERAKAN ISLAM
7. PERANAN PEMIKIRAN MOHD NATSIR
8. ILMU, PENDIDIKAN DAN PEMBINAAN KEKUATAN MELAYU
9. ORIENTALISME DAN SEKULARISME
PENAFIAN
Tugas penulis hanya mengumpul dan menyusun himpunan tulisan yang
dijadikan nota dan bahan bacaan
BEBERAPA ASPEK DARI PEMIKIRAN HAMKA TENTANG
PENDIDIKAN
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY
Haji ‘Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) (lahir 1908) -Allahu
yarhamuh- adalah seorang daripada para ulama dan pemikir Islam
agung di Dunia Melayu Sunni ini. Pemikiran dan ajarannya yang
menyentuh pendidikan Islam antaranya boleh diperhatikan daripada
hasil karya prosanya seperti “Tasauf Moden”, “Pelajaran Agama Islam”,
“Falsafah Hidup”, apa lagi tafsirnya “Tafsir al-Azhar”, juga “Sejarah
Umat Islam” dan beberapa karangannya lagi yang penting, termasuk
“Tasauf Dari Abad ke Abad”. “Tasir al-Azhar merupakan tafsir Qur’an
terbesar dalam Bahasa Melayu yang bukan bersifat terjemahan.
Untuk kertas ini, oleh kerana keterbatasan masa, maka dimanafaatkan
antaranya “Tasauf Moden”, “Pelajaran Agama Islam” dan “Falsafah
Hidup”, juga bahagian-bahagian yang berkaitan dari “Tafsir Al-Azhar”.
Maka dalam nota ini, insya Allah, akan diberikan perhatian kepada
beberapa aspek yang menyentuh pendidikan dalam karya Buya Hamka
seperti huraian psikologi rohaniah yang merupakan perkara dasar
dalam pembentukan peribadi manusia, kebahagian manusia yang
terletak pada pengembangan aspek-aspek itu sewajarnya, panduan
ajaran Nabi selain daripada Quran dalam hal yang berkenaan, unsur-
unsur yang perlu dibentuk dalam diri manusia, kepentingan
membangun akal, darjah-darjah akal manusia, hubungan akal dengan
ilmu, kedudukan pengalaman, kedudukan iradah dan kepentingannya,
kategori-kategori nikmat Ilahi yang mesti dimenafaatkan dan disyukuri,
kedudukan pengelaman hidup dalam pendidikan, kepentingan
pendidikan rohani dan akhlak, pendidikan akidah, ciri-ciri peribadi yang
unggul, dan pendidikan kanak-kanak dan muda mudi. Juga kategori
sifat-sifat unggul manusiawi.
Aspek-aspek pendidikan dalam karya Hamka:
Dalam berbicara berkenaan dengan hasil dari matlamat pendidikan,
iaitu kebahagiaan dalam bukunya “Tasauf Moden” (terbitan Darul
Nu’man, Kuala Lumpur, 1998) (hlm 14 dst) beliau menyebut dengan
penuh persetujuan pendapat Imam al-Ghazali rd, iaitu:
Bahagia dan kelazatan sejati ialah bilamana (seseorang itu) dapat
mengingati Allah”. Seterusnya “Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu
ialah kita rasai ni’mat kesenangan dan kelazatan, dan kelazatan itu ialah
menurut tabiat kejadian masing-masing, maka kelazatan mata ialah
melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang
merdu, demikian pula dengan anggota yang lain di tubuh
manusia.Adapun kelazatan hati ialah teguh makrifat (iaitu mengenal-p)
kepada Allah, kerana hati itu dijadikan buat mengingati Tuhan. Tiap-tiap
barang yang dahulunya tiada dikenal oleh manusia, bukan buatan
gembiranya jika telah dikenalnya.Tak ubahnya dengan orang yang baru
pandai bermain catur, dia tidak berhenti-henti bermain, meskipun telah
dilarang berkali-kali, tidak sabar hatinya kalau tidak bertemu dengan
buah dan papan caturnya.Demikian pula hati yang dahulunya belum
ada makrifatnya, kepada Tuhan, kemudian mendapat nikmat
mengenalNya, sangatlah gembira dan tidak sabar dia menunggu masa
akan bertemu dengan Tuhan itu, kerana kelazatan mata memandang
yang indah tadi. Tiap bertambah besar makrifat, bertambah besar pula
kelazatan.
Seorang hamba rakyat akan sangat gembira kalau dia dapat berkenalan
dengan wazir, kegembiraan itu naik berlipat ganda kalau dia dapat
berkenalan pula dengan raja. Tentu saja berkenalan dengan Allah,
adalah puncak dari segala macam kegembiraan, lebih daripada apa
yang dapat diperkirakan oleh manusia, sebab tidak ada yang maujud ini
yang lebih dari kemuliaan Allah. Bukankah segala kemuliaan alam itu
hanya sebahagian dari anugerah Allah?Bukankah segala macam
keganjilan dalam alam itu hanya sebahagian yang sangat kecil dari
keganjilan Maha Kuasa Allah?
Oleh sebab itu tidaklah ada satu makrifat yang lebih lazat daripada
makrifatullah. Tidak ada pula swuatu pandangan yang lebih indah
daripada pandangan Allah. Sebab segala kelazatan dan kegembiraan ,
kesenangan dan sukacita yang ada di atas dunia ini , semuanya hanya
bertakluk kepada sebab pertimbangan nafsu, dan semuanya akan
berhenti perjalanannya apabila telah sampai ke batas, iaitu kematian.
Tetapi kelazatan makrifatullah bukan bertakluk dengan nafsu, dia
bertakluk dengan hati. Maka perasaan hati tidak berhenti sehingga
mati.hati nurani ini tidak rosak lantaran perpindahan hidup dari fana
kepada baka. Bahkan bila tubuh kasar ini mati, bertambah bersihlah
makrifat itu, kerana tidak ada pengganggunya lagi, sebab kekuasaan
iblis, hawa dan nafsu tidak sampai ke sana. Hati nurani ini telah keluar
dari alam yang sempit, masuk ke daerah alam yang luas, keluar dari
gelap gelita menuju terang benderang”.
Tiga Kekuatan Dalam Diri Insan
Beliau menyebutkan pula dengan penuh persetujuan pendapat Imam
al-Ghazali berkenaan dengan psikologi rohaniah bila beliau menyatakan
bahawa kesempurnaan kebahagiaan manusia itu bergantung kepada
tiga kekuatan dalam dirinya, iaitu:
a. kekuatan marah
b. kekuatan syahwat
c. kekuatan ilmu.
Maka manusia perlu menjalani hidup mengikut jalan tengah dalam
hubungan dengan kekuatan-kekuatan atau keinginan-keinginan
itu.Jangan berlebihan menurut kekiuatan marah, kalau tidak sifat itu
akan memperbudakkan orang yang berkenaanb dan membawanya
kepada kebinasaan.Jangan pula berlebihan menurut kekuatan syahwat,
yang menjadikan seseorang itu ahmak atau bebal yang membawa
kepada kerosakan.Maka jika kekuatan syahwat dan marah itu
ditimbang baik-baik dan diletakkan ditengah-tengahnya, luruslah
perjalanan hidup seseorang itu menuju Pertunjuk Tuhan.Demikian pula
dengan kekuatan mareah, kalau ianya berlebihan itu membawa kepada
berlakunya perbuatan memukul dan membunuh.Tetapi kalau kurang
daripada yang sewajarnya , hilanglah diri dari rasa cemburu dan
keghairahan yang sepatutnya, dan hilanglah rasa tanggungjawab atas
agama dan keperluan hidup di dunia.Tetapi kalau marah diletak
ditengah-tengahnya, timbullah kesabaran dan keberanian dalam
perkara yang memerlukan keberanian, dan segala pekerjaan dapat
dilakukan menurut nikmat Tuhan.
Demikian pula dengan keinginan syahwat; kalau ianya berlebihan maka
terjadilah perbuatan fasik (iaitu perbuatan melanggfar perintah Tuhan),
dan onar atau huruhara.Kalau syahwat itu terlalu berkurangan,
terjadilah kelemahan hati dan timbullah sifat malas dalam hidup.Kalau
syahwat berjalan ditengah-tengah, timbullah pada diri orang itu sifat
‘iffah ertinya memerintah diri sendiri, dan Qana’ah, ertinya sikap
merasai cukup dengan apa yang ada serta berada dalam usaha.
Beliau menukilkan lagi pendapat Imam al-Ghazali rd - yang
mempengaruhinya, iaitu kenyataan nya yang bermaksud:
Di dalam batin engkau ada terkumpul beberapa sifat yang ganjil, sifat
kebinatangan, sifat keganasan, dan sifat malaikat.Tetapi dirimu yang
sejati ialah nyawamu, rohmu.Hendaklah engkau tahu bahawa sifat-sifat
yang tersebut tadi bukan kejadian yang asli dari jiwamu, dia hanya sifat-
sifat yang mendatang kemudian. Sebab itu hendaklah engkau
perhatikan baik-baik dan ketahui pula makanan apakah yang setuju
dengan sifat-sifat tadi, untuk pencapai bahagia.
Kebahagiaan sifat binatang ialah makan, minum, tidur dan sebagainya.
Kalau dimasuki oleh kebinatangan itu lebih daripada ukuran yang mesti,
tentu engkau hanya bersungguh-sungguh memikirkan makan dan
minum sahaja.
Kesenangan dan kebahagiaan sifat ganas ialah memukul dan
merusak.Kesenangan dan kebahagiaan Syaitan ialah memperdayakan
kamu dan menjerumuskan serta menghela.Kalau sifat syaitan itu ada
pada engkau, engkau akan memperdayakan orang , menjerumuskan
orang kepada kesesatan, menghelah-helah,memutar-mutar duduk
perkara, sebab dengan demikianlah tercapai kebahagiaan dan
kesenangan syaitan.
Adapun kesenangan dan kebahagiaan sifat malaikat ialah menyaksikan
Keindahan hadrat Rububiah, keindahan Hikmat Ilahiah.Marah dan
syahwat tidak terpengaruh (atau “berpengaruh”-p) atas orang yang
bersifat begini. Kalau engkau mempunyai sifat dari jauhar malaikat ini
hendaklah engkau berswungguh-sungguh menyelidiki asal kejadianmu,
sehingga akhirnya engkau tahu, jalan manakah yang harus ditempuh
untuk mencari Hadrat Rububiah itu, sampai akhirnya engkau beroleh
bahagia yang mulia dan tinggi, iaitu syahadah, menyaksikan keindahan
dan ketinggian Maha Tuhan, terlepas dirimu dari ikatan syahwat dan
marah.Di sanalah engkau akan mengetahui bahawa syahwat dan
kemarahan itu dijadikan Allah atas dirimu, bukan supaya engkau
terperosok dan tertawan, tetapi supaya engkau dapat
menawannya.dapatlah keduanya enkau pergunakan jadi perkakas
untuk mencapai maksudmu menuju jalan makrifat tadi, yang satu
engkau jadikan kenderaan yang lain engkau jadikan senjata, sehingga
mudahlah engkau mencdapai keberuntungan, bahagia dan kesenangan.
Kalau engkau lihat salah satu anggota kerajaan hati itu melanggar
undang-undang hidup, iaitu salah satu dari syahwat dan marah,
hendaklah engkau lawan sepenuh tenaga .Jika dia kalah, sekali-kali
jangan dibunuh, kerana kerajaan hati itu tidak akan sentosa kalau
keduanya tidak ada lagi. Kalau engkau jalankan resep demikian, tentu
(engkau) akan memperoleh bahagia.Dapat engkau memegang dan
mempergunakan nikmat Allah menurut yang semestinya.Tentu pada
suatu peringatan kehormatan yang tinggi daripadaNya. Kalau engkau
langgar pertaruh itu, tentu engkau celaka, engkau dapat seksa yang
bukan seperti(nya), yang membuat engkau menyesal.” (hlm.17-18).
Kemudian beliau menyatakan persetujuannya dengan ajaran Imam
utama ini dengan mengatakan bahawa kebahagiaan itu ialah pada
kemenangan memerangi nafsu daripada keinginan-keinginannya yang
tidak baik, dan menahan kehendaknya yang berlebihan.Beliau
menyatakan itulah perang besar, lebih daripada penaklukan
negeri.Kemudian belia menyebut hadith nabi saw tentang “jihad akbar”
selepas kembali daripada “perang kecil”. Beliau menyatakan:
Maka kemenangan di dalam peperangan dengan nafsu ini ialah induk
dari segala kemenangan.Kerana orang yang berperang ke medan
perang itu sendiri, ada juga yang mencari nama dan kemegahan.Pada
lahir ternama, pada batin amalnya belum tentu diterima Tuhan.Sedang
orang yang berperang dengan nafsu itu kerapkali tidak dilihat manusia
kemenangan itu lahirnya, tetapi tertulis dengan jelas di Sisi Tuhan.
(hlm.18).
Ini disusuli dengan kutipan-kutipan para cendekiawan dahulu dan
zaman moden berkenaan dengan masalah kebahagiaan dan hakikatnya
serta jalan-jalan mencapainya.
Akhirnya selepas menyebut huraian-huraian para cendekiawan dan
hukama Barat dan Timur, beliau kembali kepada Nabi Muhammad saw
dan menukil hadith-hadith berkenaan dengan masalah itu. Ertinya
dalam masalah pendidikan peribadi manusia beliau mendapat panduan
daripada Nabi saw. Selepas daripada Quran; kemudian beliau berpandu
kepada sumber-sumber lainnya.
Kebahagiaan Dalam Hadith Nabi saw
Tentang kelebihan manusia - yang menjamin kebahagiaannya- beliau
menukil hadith nabi saw dari Aisyah rd.Suatu masa Aisyah bertanya
kepada Nabi saw:
Ya Rasulullah, dengan apakah kelebihan setengah manusia dari yang
setengahnya? Raqsulullah saw menjawab: Dengan akal! Kata Aisyah
pula: Dan di akhirat? Dengan akal juga, kata baginda. Bukankah seorang
mansia lebih dari manusia yang lain dari hal pahala lantaran amal
ibadatnya?Kata Aisyah pula. Hai Aisyah, bukanlah amal ibadat yang
mereka kerjakan itu hanya menurut kadar akalnya? Sekadar ketinggian
darjat akalnya, sebegitulah ibadat mereka dan menurut amal itu pula
pahala yang diberikan kepada mereka.
Beliau menukilkan lagi hadith nabi saw berkenaan dengan akal itu.
Iaitu:
Rasulullah bersabda: Allah telah membahagikan akal kepada tiga
bahagian, siapa yang cukup mempunyai ketiga bahagiannya,
sempurnalah akalnya, kalau kekurangan walau sebagian, tidaklah ia
terhitung orang yang berakal. Orang bertanya: Ya Rasulullah, manakah
bagian yang yang tiga macam itu? Baginda menjawab: Pertama bai
makrifatnya dengan Allah, kedua baik taatnya bagi Allah, ketiga, baik
pula sabarnya atas (dalam teks “atau”) ketentuan Allah.
Beliau membuat penerangan berikut, iaitu dari sabda Nabi itu beliau
mengatakan bahawa kita boleh mengambil kesimpulan bahawa darjah
manusia itu menurut darjah akalnya, kerana akallah yang dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk, mengagih-agihkan
segala pekerjaan, menyelidiki akikat kejadian segala sesuatu yang dituju
dalam perjalanan hidup dunia ini.Bila akal bertambah sempurna, indah
dan murni, bertambah pula darjah bahagia yang dicapai, sebab itulah
maka menurut hadith nabi bila tercapai kesempurnaan akal maka
tercapailah kesempurnaan kebahagiaan.
Akal Dan Pengetahuan
Selepas menyebut hal manusia dan tingkat mereka dalam hidup
mengikut akalnya, beliau menyebut manusia dengan akal dan
pengetahuan serta pendidikannya: Katanya:
Segala perbezaan dan perubahan tingkatan pandangan hidup maniusia
itu timbul kerana perbezaan tingkatan pendapat akal. Berlainan
pendapat kerana berlainan pengetahuan, pendidikan dan berbeza pula
bumi tempat tegak.Jika akal itu telah tinggi keranba tinggi pengetahuan
(ilmu) dipatrikan oleh ketingian pengelaman, bertambahlah tinggi
darjat orang yang mempunyainya.Kerana sesungguhnya segala sesuatu
yang ada dalam alam ini, hakikatnya sama saja, yang berubah adalah
pendapat orang yang menyelidikinya.Maka kepandaian manyusia
menyelidiki itulah yang menjadi pangkal bahagia atau celakanya.
Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah
bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup,
bertambah datanglah celaka.
Oleh agama perjalanan bahagia itu telah diberi berakhir.Puncakya yang
penghabisan ialah kenal pada Tuhan, baik makrifat kepadaNya, baik
taat kepadaNya, dan sabar atas musibahNya.Tidak ada lagi hidup di
atas itu!
Di sinilah timbul kehairanan kita melihat orang yang setiap hari
menyisir tetapi tak pernah menyisir otaknya, berusaha membusungkan
dadanya (membesarkan pangkat kemegahannya-p), tetapi tidak
membusungkan hatinya. (tidak memperkasakan sifat-sifat
kegemilangan hati manusia-p). Digosoknya sepatunya tetapi tidak
digosoknya akalnya sehingga ia tak pernah bertemu dengan bahagia,
hanya mendengar dari orang ke orang, dari mulut ke mulut. Ia duduk
dekat orang bahagia, tetapi dia jauh dari bahagia.Ada lurah yang dalam
membatas mereka, padahal mereka duduk berdekatan.
Kita hairan melihat manusia, yang takut rugi dengan hartanya, tetapi
mudah beroleh kerugian, yang lebih besar, iaitu murka Tuhannya.Ia
ubati dengan segala cara anaknya yang jatuh sakit, iaitu sakit badan:
tetapi tidak dicarikannya ubat jika anaknya mendapat sakit batin, iaitu
sakit akal.
Peribadi Manusia Dan Alam Sekitar serta Kehidupan
Tentang peribadi manusia dan hubungannya dengan alam sekitar dan
kehidupan lahiriah sahaja, tanpa dimensi lainnya,yang lebih tinggi,
sebagaimana yang kerap dibicarakan zaman globalisasi ini beliau
menyatakan:
Sebab itu tidaklah sekali-kali bernama bahagia dan nikmat jika hati dan
khayal kita hanya kita perhubungkan dengan isi alam yang lahir ini
(sahaja), yang harganya hanya menurut keinginan kita. Jangan terlalu
diperintah oleh khayal, oleh angan-angan, oleh fantasi, kerana itu
jugalah yang memalingkan kita dari bahagia yang sebenarnya tujuan
hidup, yang mulanya tangis akhirnya tertawa, dan mulanya pahit
akhirnya manis.
Dalam berbicara tentang akal dan kedudukannya yang memerlukan
bantuan iradah insan untuk menjamin kejayaannya beliau menyatakan:
Tetapi dengan semata-mata akal saja belum pula cukup (bagi seseorang
itu-p) untuk mencapai bahagia, kerana akal berhenti perjalanannya
sehingga itu. Adapun yang menjadi perantaraan antara akal dengan
bahagia ialah iradah, kemahuan! Walaupun aal sudah lanjut dan tinggi,
kalau tidak ada iradah untuk mencapai bahagia, bahagia itu tidak akan
tercapai. Iradah adalah kekuatan nafsiah kita, pada kedirian kita, yang
tidak dapat berpisah dari hajat hidup.Kalau hajat itu kuat, timbullah
irafah, sehingga dapatlah dia menaklukkan segala pengaruh yang
mendatang dari luar dan bekas-bekas asing, kalau kehidupan lemah,
iradah itupun jatuh.Kalau iradah jatuh terpengaruhlah diri oleh keadaan
sekeliling kita, dan sukarlah mencapai bahagia. (hlm.29).
Kepentingan Pembentukan Iradah Yang Kuat
Dalam hubungan dengan kepentingan iradah dalam membina
kebahagian manusia berserta dengan akalnya beliau terus membuat
kenyataan:
Ilmu kedoktoran moden telah memasukkan juga ilmu jiwa ke dalam
ilmu kedoktoran. Mereka sudah mendapat kepastian bahawa iradah
atau kemahuan itu amat besar pengaruhnya bagi jasmani dan rohani
manusia. Ramai orang yang baru demam sedikit sahaja, kerana lemah
iradahnya, demamnya bertambah larut. Segala macam penyakit
mendekat pada dirinya. Ada orang yang baru sembuh dari penyakit
yang menimpanya kerana iradahnya kuat.
Dalam berbicara tentang waham dan iradah pada diri manusia beliau
meneruskan kenyataannya:
Kalau waham itu berbekas pada akal, menjalarlah dia kepada seluruh
perjalanan fikiran, angan-angan dan kehendak. Ternyata tandanya pada
(tubuh kasar, jelas terbayang pada muka. Dia menjadi pucat, ragu-ragu,
syak wasangka, tidak percaya pada diri sendiri. kalau dia gembira lupa
akan dirinya. Pucat dan putus harapan jika kecewa. Jantungpun
demikian pula, denyutnya berkurang, perjalanan arahnya melemah ….
Maka iradah adalah lebih mahal dari emas, kerana dengan iradah orang
bercita-cita yang tinggi. Cuma sayang, kelakuan manusia ini, lebih
takluk kepada kehendak jasmani yang akan hancur dalam liang lahat
dan tidak peduli kepada kehendak rohani yang akan hidup selamanya.
Padahal kehidupan yang bererti dalam dunia ini ialah bahagia, Bahagia
yang timbul dari akal yang dapat tercapai melalui iradah kemahuan).
Selepas membuat kenyataan tentang pendapat-pendapat Phythagoras,
Socrates, dan Aristoteles berkenaan dengan kebahagiaan yang
mencakupi sifat-sifat hikmat kebijaksanaan, keberanian, pengawasan
diri dan keinginan, serta keadilan dalam pengertian akhlak yang,
kemudian pendapat Tolstoy, beliau menyebut penerangan Imam al-
Ghazali rd.
Lima Kategori Ni’mat Ilahi
Beliau menukil pendapatnya yang memberi huraian berkenaan dengan
nimat Ilahi yang boleh dikategorikan kepada lima kategori.
Pertamanya kebahagiaan akhirat yang sempurna dan tidak berakhir.
Ianya tercapai dengan jalan atau tangga yang dikurniakan oleh Tuhan.
Keduanya keutamaan akhlak. Ini terdiri daripada kesempurnaan akal,
yang ianya mencapai kesempurnaan melalui ilmu pengetahuan. Juga
ianya terdiri daripada sifat menjaga keinginan diri (‘iffah), yang
sempurna dengan kewarakan, sifat keberanian yang sempurna dengan
jihad, dan akhirnya dengan keadilan dalam akhlak. Dengan yang empat
ini sempurna akhlak dan budi, dengan itu terlaksana agama, dan ini
membawa kepada bahagian yang ketiga, iaitu keutamaan yang ada
pada badan manusia.
Keutamaan tubuh badan tercapai dengan beberapa perkara: seperti
kesihatan, kekuatan tenaga, keindahan, dan umur panjang.
Keutamaan ini pula tercapai dengan beberapa keutamaan di luar
badan, iaitu: cukup hartabenda, cukup dengan anak isteri dan sanak
saudara, dipandang mulia dan dihormati, serta keturunan yang mulia.
Yang kelimanya ialah keutamaan yang timbul dari taufik dan pimpinan
Ilahi terdiri daripada: pertunjuk dari Allah, Irsyad pada jalan hidup yang
betul, Tasdid atau sokongan Ilahi dalam kehidupan, dan Ta’yid atau
bantuan Ilahi.
Selepas itu diberikan oleh huraian tentang keperluan kelima-lima
perkara itu serta cara-cara untuk mencapainya berdasarkan Quran,
Sunnah dan pemikiran mereka yang utama dalam sejarah. Dengan itu
tersusun hurain tentang cara mencapai kebahagiaan berdasarkan
aspek-aspek yang demikian itu dengan baik.
Pengalaman Hidup Sebagai Unsur Dalam Pendidikan
Dalam berbicara tentang pengalaman hidup sebagai unsur pendidikan
beliau menyatakan dengan terang:
Meskipun kita akui adanya pengelaman, tetapi bukannya itu yang
terpenting, pengelaman adalah sebagai langkah pertama. Adapun
pelajaran hidup yang kedua ialah memperhatikan alam. Alam adalah
laksana sebuah kitab besar yang terhampar di muka kita, di dalamnya
tertulis perjuangan hayat yang telah ditempuh lebih dahulu oleh orang
lain. Di situ dapat kita tilik bagaimana orang lain telak sukses, telah
mujur dan bahagia, dan dapat pula kita melihat mereka jatuh,
tersungkur, ada yang tak bangun lagi, ada yang menyesal selama-
lamanya. Kita dengar pekik orang yang kesakitan, maka kita tanyakan
kepadanya apa sebab dia jatuh, setelah tahu kita lalu lagi di jalan yang
penuh dilaluinya. Semuanya itu kita pelajari dengan saksama dari kitab
yang terbentang itu. Itulah rahasia perkataan raja dari segala pujangga
dunia, Nabi Muhammad saw, mengambil iktibar dari kejadian orang
lain itu adalah jalan beroleh bahagia.
Di dalam hidup bermasyarakat adalah beberapa undang-undang yang
harus dijaga dan diperhatikan. Ada yanmg berhubungan dengan
kesihatan tubuh, dengan keberesan akal (dengan ilmu pengetahuan
dan cara berfikir yang wajar yang dipelajari-p) dan yang berhubung
dengan kemuliaan budi. Di samping itu pula yang tertentu untuk
menjaga kemenangan dan kebahagiaan. Semua pokok undang-undang
yang mesti dijalankan itu adalah buah perjalanan hidup manusia sejak
dunia terkembang, ditambah, diperbaru, menurut perkembangan
zaman dan waktu, dengan pimpinan dari alam ghaib. Kalau segala
peraturan itu dijaga, dipelajari dan dijalankan (dalam pendidikan secara
formal atau tidak formal-p) hiduplah manusia dalam hikmat Tuhan,
dianugerahkanNya, dan barangsiapa yang beroleh hikmat itu, bererti
dia telah mendapat perolehan yang amat banyak. (hlm.53-54).
Pendidikan Rohani dan Akhlak Yang Menjayakan Kebahagiaan
Dalam pendidikan tentang diri manusia demi mencari kebahagiaan
beliau berbicara tentang banyak masalah, mulai daripada masalah
keimanan, sampai kepada kejayaanb dalam ibadat, kejayaan dalam
pembentukan peribadi yang mulia dengan sifat-sifat utama seperti
keikhlasan, tawakkal, kesungguhan dan kebenaran dalam hidup,
kesabaran dan seterusnya serta jalan-jalan praktikal dalam mencapai
semuanya. Dia berbicara tentang keperluan manusia menjaga diri
supaya sihat, keperluan mendapat kemahiran dalam hidup untuk
membina hidup yang bermaruah; beliau berbicara berkenaan dengan
kerukunan hidyup dalam masyarakat dan rumahtangga serta ciri-ciri
bangsa yang kuat dan bermaruah.
Pendidikan yang dipaparkan adalah jelas dan relevan pada setiap masa,
termasuk masa kita sekarang yang banyak terhakis nilai-nilai iman dan
akhlak daripadanya.
Pendidikan Akidah Ahlis-Sunnah Wal-Jamaah berdasarkan Dalil Naqal
dan Akal
Dalam memaparkan pendidikan tentang akidah Islam dalam bukunya
“Pelajaran Agama Islam” (terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu,
1981) beliau berbicara secara mendetail berkenaan dengan dasar-dasar
akidah Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah terdiri daripada bab-bab berkenaan
dengan “Manusia dan Agama”, “Dari Sudut Mana Mencari Tuhan”,
“Allah”, “Percaya kepada yang ghaib”, “Percaya kepada Kitab-Kitab”,
“Percaya kepada rasul-rasul”, “Percaya kepada hari Akhirat”, “Percaya
kepada Taqdir-Qadda dan Qadar”, “Iman dan Amal Salih (Aqidah dan
Ibadat)”.
Dalam membicarakan itu semua pendiriannya adalah penditrian Ahlis-
Sunnah wal-Jamaah, yang berlainan daripada Mu’tazilah, dan yang
lainnya. Dalam pendekatan beliau memberi huraian tentang keTuhanan
beliau menggunakan nas-nas Quran dan Hadith dan juga penemuan-
penemuan dalam sains moden dan pemikiran falsafah yang sesuai
dengan zaman ini.
Sebelum berbicara tentang rukun iman beliau menyebut sedikit
sebanyak kepercayaan manusia sebelum Islam dengan pendewaan
terhadap tenaga-tenaga alam sebagaimana yang ada dalam kajian
tentang sejarah agama-agama (‘history of religions”). Kemudian beliau
memberi penerangan tentang perkembangan falsafah Yunani dalam
penerokaan tentang hal-hal kepercayaan; dia berbicara juga berkenaan
dengan batasan-batasan akal manusia. Lepas itu baharulah beliau
berbicara berkenaan dengan keimanan dan agama serta kepercayaan-
kepercayaan yang diajarkan olehnya.
Dalam berbicara tentang ajaran agama, beliau merujuk kepada wahyu,
pemikiran dan juga fitrah manusia yang dijadikan Tuhan.
Dalam berbicara tentang sifat-sifat Allah beliau mengajar tentang sifat-
sifat Wujud, dengan dalil-dalil pemikiran, kemudian dengan dalil ayat-
ayat Quran. Dalil-dalil pemikiran itu dinamakannya dalil kejadian, dalil
peraturan dan pemeliharaan, dalil gerak. Dibicarakannya Tuhan Yang
Aewal, Dia Yang Akhir, Sifat tidak ada yang menyaiNya, Sifat Maha
kayaNya (al-Ghani), KeesaanNya, (dalam bahagian ini dibicarakannya
kesyirikan, tawassul dan istighathah), Qudrat dan Iradat, dibicarakan
pula Hikmat yang merujuk kepada kebijaksanaan Ilahi yang maha tinggi,
Sifat Hayat, Ilmu, Sama’ dan Basar, juga sifat Kalam.
Dalam membicarakan akidah-akidah Islam yang lain beliau memberi
huraian-huraian dengan berdasarkan kepada pemikiran dan juga nas-
nas Quran dan Sunnah, ditambah dengan pemikiran-pemikiran falsafah
dan sains. Dengan demikian pendekatannya adalah pendekatan yang
sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan sains moden.
Dalam memberi huraian berkenaan dengan akidah Islam itu beliau
memberi penekanan kepada keperluan membentuk jiwa dan amalan
berdasarkan kepada keyakinan yang dijadikan pegangan. Dengan itu
terbentuk jiwa dan peribadi mukmin yang kental yang mampu
menghadapi kehidupan dan cabaran-cabarannya tanpa kehilangan
jatidiri Muslim dan mukmin sebenarnya.
Ciri-Ciri Unggul Dalam Pendidikan dan Pembentukan Peribadi
Manusia
Dalam menghuraikan pendidikan manusia dalam bukunya “Falsafah
Hidup” (terbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, tahun 1980) beliau
berbicara berkenaan dengan beberapa perkara yang menjadi bab-bab
buku itu seperti “Hidup” dengan pembicaraan tentang akal,
penyusunan kerja, pertimbangan akal, menghaluskan akal, tanda-tanda
orang berakal, dan faedah akal.
Beliau berbicara berkenaan dengan ilmu dan akal, tujuan akal, tingkat-
tingkat makrifat, akal dan hawa nafsu, kejahilan manusia, dan
keutamaan ilmu.
Dalam hubungan dengan budaya berfikir dan membuat renungan
tentang alam beliau memberi huraian yang baik dan jelas dalam
mempertahankan nilai ini dalam suluhan cahaya Quran sebagaimana
yang ada dalam ayat 17-20 dalam Surah al-Ghasyiah dalam “Tafsir al-
Azhar”nya, jld 10-hlm 7979 dst.
Dalam ayat-ayat itu dianjurkan dalam bentuk soalan bagaimana
manusia tidak melihat bagaimana unta dijadikan, langit ditinggikan,
gunung-gunung ditinggiukan, dan bumi dihamparkan sebagaimana
dilihat dalam pengelaman biasa semua orang. Beliau menyatakan:
Kalau semuanya sudah dipandang (dengan penuh perhatian dan iktibar-
p) dan direnngkannya, niscaya tidak lagi dia (atau seseorang itu-p)
menmgingkari kekuasaan Allah untuk membangkitkan kembali manusia
pada hari nanti, yang dinamai hari Kiamat.
Orang-orang yang baru mencapai seujung kuku ilmu, dan terlalu banyak
ditimbulkan keraguan dan kehilangan iman dalam dadanya kerana
pengaruh kaum Qrientalis dan zending dan missi Kristen (serta juga
para pemikir pascamodenisme-p) pernah mengambil ayat ini jadi bukti
bahawa al-Quran itu diturunkan hanya buat orang Arab, sebab di
dalamnya tersebut unta.dan menyangka dengan mengemukakan
demikian, mereka telah mengemukakan sesuatu (yang bersifat-p)
“ilmiah”.
Dalam menyokong budaya berfikir yang diajarkan Quran beliau
menghuraikan dalam “Tafsur al-Azhar”nya -jld2 dalam hubungan
dengan ayat 190-191 Surah ali ‘Imran yang bermaksud bahawa dalam
kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam adalah
beberapa tanda bagi orang-orang yang berakal (ulil-albab), iaitu mereka
yang mengingati Allah sewaktu berdiri, duduk dan berbaring dan
berfikir tentang kejadian langit dan bumi. Mereka berdoa bermaksud
wahai Tuhan tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia.
Selain daripada huraian-huraian lain beliau menyebut pandangan Imam
Fakhruz-Razi rh dari “at-Tafsir al-Kabir”nya bahawa: yang dimaksudkan
dalam kitab yang mulia ini ialah menjemput hati dan roh sesudah
banyak menyakan soal-soal makhluk yang dijadikan supaya manusia
mulai tenggelam dalam memperhatikan makrifat terhadap Allah,
kerana sejak tadinya sudah panjang pembicaraan tentang hukum-
hukum dan jawapan terhadap terhadap beberapa keraguan yang
dibawa oleh mereka yang tidak mahu beriman, sekarang disebut
tentang penerang hati dengan menyebut soal-soal tauhid, kebesaran
dan kemuliaan Tuhan, sebab itu maka disebutkan ayat ini.
Komen Hamka rh tentang ayat-ayat ini antaranya ialah seperti berikut:
Orang melihatnya dan mempergunakan fikiran meninjaunya, masing-
masing menurut bakat fikirannya. Entah dia seorang ahli ilmu alam,
atau ahli ilmu bintang, atau ahli ilmu tumbuh-tumbuhan, atau ahli
tentang ilmu pertambangan (berkenaan dengan galian-galian-p),
ataupun dia seorang failasuf ataupun penyaer dan seniman. Semuanya
akan dipesona oleh susunan tabir alam yang luar biasa. Terasa kecil diri
di hadapan kebesaran alam, terasa kecil alam di hadapan kebesaran
penciptanya. Akhirnya tak ada erti diri, tak ada erti alam, yang ada
hanya Dia, yaitu yang sebenarnya ada. (hlm.1033).
Dalam hubungan budaya fikir yang digandingkan dengan zikir yang
diajarkan oleh Quran dalam ayat ini, Pak Hamka menyatakan:
Di sinilah bertemulah dua hal yang tidak terpisahkan, yaitu zikir dan
fikir. Difikirlkan semua yang terjadi itu, maka lantaran difikirkan
timbullah ingatan sebagai kesimpulan dari berfikir, yaitu bahawa semua
itu tidaklah terjadi sendirinya, melainkan ada Tuhan Yang Maha
Penciptanya, itulah Allah. Oleh kerana memikirkan yang nyata,
teringatlah kepada yang lebih nyata. Semata difikirkan saja kejadian
alam ini, yang akan bertemu hanyalah ilmu pengetahuan yang gersang
dantandus. Ilmu pengetahuan yang (tidak-p) membawa kepada iman
adalah ilmu yang buntu. Dia mesti menimbulkan ingatan, terutama
ingatan atas kelemahan dan kekecilan diri di hadapan kebesaran Maha
Pencipta.Sebab itulah datang kelanjutan doa tersebab zikir dan fikir….
Dalam hubungan dengan pendidikan seni, seperti seni persajakan, Buya
Hamka menerangkan dasarnya dalam suluhan cahaya Quran dalam
menafsirkan ayat-ayat 224-227 Surah ash-Syu’ara’ (jld.7) hlm 5158 dst:
…teranglah bahawa di antara penyaer-penyaer itu , baik di zaman Rasul
atau di zaman yang selanjutnya banyak juga penyaer timbul dan
syi’irnya diisi oleh imannya.
Kita dapat mengingat bahawa Penyaer Rasulullah itu, Hassan bin
Thabit, ‘Abdullah bin Rawwahah, dan Ka’ab bin Malik adalah penyaer-
penyaer besar yang telah mempergunakan sya’ir-sya’ir mereka dalam
mempertahankan Islam.Seketika utusan-utusan dari seluruh Jazirah
Arab datrang menghadap Rasulullah s.a.w. di Madinah, sesudah Nabi
saw menang dalam diplomasi Hudaibiyah atau sesudah menaklukkan
Makkah, ada yang datang lengkap juga dengan penyaer mereka.Kalau
ada yang datang dengan gubahan sya’ir, Rasulullah s.a.w. menyuruh
menangkis syair mereka itu dengan syair pula.Yang bertindak
menangkis dengan syair itu ialah Hassan bin Thabit. Rasulullah pernah
mendoakannya:
Ya Tuhan sokonglah dia dengan Ruhul-Qudus…
Pendeknya, bila kita membaca sejarah Nabi , terutama dalam Sirah Ibn
Hisyam, kita akan membaca syair-syair yang timbul dari iman dan amal
salih, yang timbul daripada rasa ingat kepada Allah yang
mendalam.Syair “Burdah” dari al-Busiri, syairsyair Maulana Jalaluddin
Rumi, syair Sa’di, dan asy-Syirazi, demikoian juga syair Maulana
Muhammad Iqbal “Shikwa” “wa Jawabi Shikwa” Piyam Mashriq”, dan
lain-lain semuanya adalah syair iman , amal salih, dan zikir kepada
Allah.
Kalau demikian halnya dengan syair, niscaya demikian jugalah halnya
dengaqn seni yang lain, kecuali seni yang akan membawa kepada
mempersekutukan Allah dengan yang lain, seumpama seni membuat
berhala..
Pada akhir tafsiran Surah Syu’ara’ (hlm 5188) beliau membuat
kenyataan”
Sesudah peraturan hidup, di antara dorongan dan hambatan, kemajuan
ke muka dan usaha menarik ke belakang, cita-cita yang mulia
berhadapan dengan mempertahankan yang salah, di dalam jihad yang
tidak boleh berhenti, akhir kelaknya orang yang bersalah niscaya akan
sedar jua akan kesalahannya, dan akan sedar juga ke jurusan mana
perjalanan mereka yang terakhir.Yaitu bahawa Islam pasti menang
dan tegak, sebab dia adalahkebenaran, dan yang menghalanmg selama
ini , yang tegak di atas dasar kezaliman akan tahu sendiri ke mana akan
pergi mereka.yaitu ke dalam tempat keseksaan…
Beliau berbicara seterusnya dalam “Falsafah Hidup” berkenaan dengan
undang-undang alam, keutamaan, kedudukan cinta, buah keutamaan
budi, keutamaan dan kewajipan, dan perangai yang utama dalam diri
manusia.
Beliau berbicara berkenaan dengan adab kesopanan, dengan pecahan-
pecahannya seperti adab diri terhadap makhluk, contoh-cpontoh
kesopanan dalam islam, persaudaraan, kesopanan terhadap Rasulullah
saw, kesopanan kepada Tuhan, dan konsep kemenangan yang
sebenarnya dalam hidup.
Beliau berbicara berkenaan dengan hidup sederhana dengan
pengertian sebenarnya, dengan pecahan-pecahannya seperti
sederhana pada niat dan tujuan, sederhana dalam berfikir, sederhana
mengeluarkan perasaan, sederhanapada keperluan hidup, sederhsana
pada perasaan sukacita, sederhana dalam hubungan dengan harta
benda, sederhana pada mencari nama, sederhana dalam mencari
pangkat, dan juga pendidikan kesederhanaan.
Dalam hubungan dengan pendidikan akhlak dalam suluhan cahaya
Quran, dalam “tafsir Al-Azhar”nya, (jld 6, hlm 4029 dst) beliau memberi
huraian yang terang dan mendetail berkenaan dengan maksud-maksud
dalam ayat-ayat 23-39 Surah bani Isra’il) yang menyentuh: akhlak dan
adab kesopanan dengan Allah supaya jangan syirik terhadapnya, dan
supaya bersyukur kepadanya, menghormati ibu bapa, berendah diri
terhadap keduanya, menunaikan hak dan berbuat baik kepada kaum
kerabat, orang-orang miskin, orang yang terlantar dalam perjalanan,
supaya jangan melakukan pembaziran, juga jangan bersikap bakhil,
supaya jangan membunuh tanpa hak, seperti jangan membunuh anak
takutkan kemiskinan, jangan manghampiri zina, jangan memakan harta
anak yatim secara terlarang, dan supaya menunaikan semua janji. Juga
anjuran supaya menggunakan timbangan yang betul dalam perniagaan,
dan supaya jangan mengikut sesuatu tanpa ilmu, sebab manusia akan
ditanya tentang pendengaran, penglihatan dan hati. Juga dianjurkan
supaya manusia tidak berlagak sombong di bumi, dan diakhiri dengan
perintah supaya manusia jangan bersikap syirik sebab itu akan memusn
ahkan manusia dalam Neraka Jahanam.
Huraian-huraian beliau berdasarkan kefahaman yang dipandu oleh
ayat-ayat Quran, Sunnah dan juga pendapat para ulama muktabar,
serta juga maklumat-maklumat sejarah zaman dahulu dan zaman
moden.
Penonjolan nilai-nilai Quran dalam pendidikan akhlak sebagaimana
yang dilakukan oleh beliau ini mendatangkan menafaat untuk
masyarakat mendapat bimbingan dalam menghadapi kekalutan nilai-
nilai masakini, apa lagi dalam zaman globalisasi yang mengacaukan
jatidiri nilai-nilai keagamaan sebagaimana yang ada dalam Quran.
Dalam “Tafsir al-Azhar” juga (jld 7) dalam memberi penerangan tentang
ethika peribadi dan kekeluargaan dalam suluhan cahaya wahyu Quran
dalam surah Luqman, ayat 12-19) beliau menghuraikan dengan panjang
lebar pembelaan terhadap nilai-nilai yang dibentangkan, seperti
bermula nilai kehidupan dengan bersyukur kepada Allah, yang
mendatangkan kebaikan kepada manusia itu sendiri, larangan
melakukan kesyirikan-iaitu menisbahkan kuasa keTuhanan kepada
tenaga-tenaga atau makhluk bersekali dengan Allah--, diikuti dengan
nilai-nilai berbuat baik kepada ibu bapa dan bersyukur kepada Tuhan,
larangan taat kepada ibu kalau mereka mengajak kepada kesyirikan,
arahan bersahabat dengan baik dengan mereka dalam dunia, suruhan
mengikut jalan mereka yang berpaling kepada Tuhan dengan taubat
dan ketaatan, suruhan melaksanakan sembahyang, melakukan amar
makruf dan nahi munkar, anjuran bersabar dalam menghadapi
kesulitan hidup, larangan daripada bersikap tabur dan sombong, dan
suruhan supaya bersikap sederhana dalam gerak geri, serta suruhan
melembutkan suara dalam percakapan. Semua huraian-huraian beliau
mengukuhkan nilai-nilai rabbani dalam Quran supaya ianya tertegak
dalam diri, masyarakat dan keluarga manusia yang beriman.
Pendidikan Anak-Anak
Yang menarik berkenaan dengan kesederhanaan dalam pendidikan ini
ialah kata-kata beliau seperti berikut:
Oleh kerana pekerti sederhana itu adalah sebagai hasil daripada akal
orang yang bijaksana, maka perhubungannya dengan pendidikan
adalah besar sekali, pengaruhnya pun bukan sedikit. Adapun orang
yang mendidik anaknya di zaman sekarang terbahagi kepada dua
bahagian.
Pertama anak-anak dididik menurut garis yang dikehendaki oleh ayah
bundanya, menurut jalan cita-citanya.Kedua anak-anak dibiarkan
sahaja menurut bakatnya sendiri.
Di dalam keadaan yang pertama itu anak-anak tidaklah bebas bergerak
menurut kehendak gerak hatinya sendiri. Dia laksana barang,
kepunyaan dari orang tuanya.Kalau orang tuanya pendeta, dia mahu
supaya anaknya menjadi pendeta pula.Kalau orang tuanya militer, dia
mahu supaya anaknya menjadi militer. Atau, meskipun bukan diniatnya
supaya anaknya seperti dia, tetapi diminatinya bentuk anak itu menurut
bentuk yang ditentukannya. Kesudahannya, mahu bergerak, mahu
diam, mahu berjalan, mahu duduk, mahu memilih jodoh, mesti
menurut kehendak orang tua itu. Kadang-kadang si ayah bunda ini tidak
mempunyai pendirian yang tetap dalam hidupnya. Waktu itulah yang
serba susah bagi nasib anak itu.Dia akan karam di tengah-tengah, sukar
akan sampai kepada tujuan hidupnya yang telah ada persediaan
padanya tatkala ia dilahirkan.
Pendidikan anak-anak yang semacam inilah yang masih banyak
bertemu pada masyarakat kita pada masa ini, sehingga berpuluh,
bahkan beratus pemuda pemudi yang tidak tentu sebarang hidupnya.
Di kota-kota terdapat berpuluh, bahkan beratus dan meningkat ribu,
anak-anak yang diperbuat oleh orang tuanya akan menjadi kerani,
padahal bukan semua orang mesti menjadi kerani. Di Minangkabau
berpuluh, bahkan beratus, dan meningkat ribu, anak-anak muda yang
lepas dari sekolah agama maksud orang tuanya akan dijadikan ulama,
seakan-akan cuma menjadi ulama itu sahajalah pekerjaan yang paling
bagus di dalam dunia ini.
Kata mereka, begitulah pendidikan yang betul. Padahal itulah satu
penyakit yang tidak membiarkan seorang manusia maju menurut wajah
yang telah ditentukan Tuhan sejak dia dalam rahim. Mereka hendak
perbuat manusia menjadi satu corak sahaja, serupa binatang dan
tumbuh-tumbuhan.manusia bukan jenis kuda yang hanya guna
dikendarai dan pengangkut barang sahaja. Manusia bukan jenis
tumbuh-tumbuhan, yang kalau dia sayur bayam, tetap jadi sayur
sahaja. Meraut dan membentuk anak menurut kehendak orang tua
sahaja hakikatnya memberi bahaya kepada anak itu, melamakan akan
kemajuannya. Ketahuilah bahawa tabiat , hujunh hidup, tujuan dan
jalan kehidupan manusia itu berbeda satu sama lain. Hendaklah
pendidikan itu berikhtiar melahirkan ke mana tujuan hidup itu, bukan
berusaha membenamkan. Suatu pendidikan yang diasaskan kepada
paksaan itu, paling banyak menimbulkan jemu di dalam hati, dan
menghabiskan umur dengan tak berfaedah.
Pendidikan macam yang kedua, ialah anak-anak dibiarkan sahaja
menurut mahunya, tidak dibentuk dan tidak dituntun. Dengan berbuat
demikian padahal mencelakakan anak itu sendiri. Meskipun tadi
dikatakan bahawa tiap-tiap manusia itu mempunyai wajah hidup
sendiri-sendiri, kalau dia masih anak-anak, belumlah tentu ke mana
wajah itu, masih sukar ia akan naik. Anak yang demikian dinamai anak
manja, kebiasaannya anak-anak tunggal, atau anak yang tinggal seorang
kerana mati sanak saudaranya, maka tertumpulah perhatian seisi
rumah kepada dirinya seorang. Bangunnya, tidurnya, campurnya
dengan anak-anak yang lain, sentiasa dapat pujukan dari isi rumah.
Anak yang demikian akhirnya akan menjadi pemalas, kerana apa yang
dimintanya dapat sahaja, tidak mahu mencari sendiri. Anak yang
demikian akan sombong…
Pendidikan yang tidak berhujung pangkal dan sangat merosak ini
kebanyakan bertemu pada orang-orang tua yang tidak memperhatikan
zaan yang telah lalu, dan tidakmemikirkan pula zaman yang akan
datang…
Dengan ini kita lakukan keritik yang sehat kepada beberapa orang Kara
eng di Tanah Mengkasar dan beberapa orang teuku dan Hulubalang di
tanah Aceh, dan bangsawan-bangsawan Melayu dei Sumatera Timur
dan Malaya (sekarang Malaysia-p) yang memberikan pendidikan yang
begitu manja kepada anak-anaknya….Biasanya anak-anak yang begini
jika sekiranya esok tiba giliran kepada dirinya memegang negeri, maka
negeri akan kacau.Dia akan kasar kepada anak buah, dia tidak akan
berusaha merimbun merampakkan perniagaan ayahnya, tetapi
memusnahkan, untuk melepaskan napsu mudanya.
Seterusnya beliau mengutarakan pendidikan cara yang berlainan
daripada yang dua jenis di atas tadi. Kata beliau:
Bagaimana pendidikan demikian kita akan biarkan sahaja? Tidak berniat
hendak berubah? Padahal zaman yang akan datang (sekarang abad ke
21, waktu penulisan beliau tahun 6oan-p) akan mempunyai perjuangan
yang lebih hebat dan lebih sengit dari yang sekarang?…yang akan
diperampun dan diperpuang orang di zaman yang akan datang, ialah
orang-orang yang sanggup menegakkan kemuliaan tanah air dan
bangsa. Di mana kita akan dapat orang begitu, kalau tidak dari sekarang
kita didik?
…Anak-anak harus dididik dan diasuh menurut kehendak hidup dan
zamannya.maksud pendidikan hendaknya ialah membentuk anak itu
supaya menjadi anggota yang berfaedah di dalam pergaulan hidup,
penuh dirinya dengan rasa kemanusiaan, walaupun apa mata
pencariannya, cinta kepada persaudaraan dan
kemerdekaan.Pendidikan demokratis!
… Kemenangan dan kejayaan hidup yang akan ditempuh oleh seorang
anak, sejak dari kecilnya melalui besarnya sampai tuanya, semuanya
terkumpul di waktu membentuk dan melatihnya di zaman kecil. Di
waktu yang dahulu ditentukan zaman yang akan datang. Zaman yang
akan datang (“future”) ialah impian dari tiap-tiap kita, impian dari
masyarakat, impian dari suatu bangsa, dan impian alampun. Kepada
zaman yang akan datang , kepada “future” , ke sanalah bergantungnya
segala angan kita dan cita-cita kita….
Garis besar dari pendidikan yang sejati ialah, supaya anak-anak itu
disingkirkan daripada perasaan kekerasan orang yang kuat di hadapan
orang yang lemah. Pendidikan sejati ialah menanamkan rasa bahawa
diri saya ini ialah anggota masyarakat dan tak dapat melepaskan diri
daripada kungkungan masyarakat. Pendidikan yang sejati ialah
membentuk anak-anak berkhidmat kepada akalnya dan ilmunya, bukan
kepada hawa dan napsunya.
Dengan demikian tegaklah rasa kemerdekaan pada diri suatu umat,
suatu bangsa, suatu tanah air.
Dalam hubungan dengan ciri kebebesan berfikir – dalam rangka
keimanan, ketaqwaan dan akhlak yang telah dibicarakan oleh beliau ---
terdapat kenyataan:
Beri anak itu kebebasan berfikir dan tuntunlah dia di dalam kebebasan
itu.jangan diperkosa perjalanan pikirannya, baik oleh gurunya atau oleh
ayah bundanya, supaya jangan dia sebagai kayu yang layu pucuknya,
kerana tengah hari tepat disiram juga dengan air. Pendidikan yang
bersipat pimpinan, yang bersipat membukakan jalan, adalah seumpama
udara dan cahaya matahari, biarkan dia kena udara dan kena cahaya
matahari, dia akan sanggup hidup sendirinya.
Beberapa Ciri Peribadi Yang Dikehendaki
Ini diikuti dengan pembentukan jiwa merdeka dalam anak-anak dan
juga keperluan pendidikan hidup secara sederhana supaya jiwa
merdeka itu boleh diteruskan, tidak tercekik kerana hidup mewah yang
memenjarakan peribadi.
Kesederhanaan yang beliau anjurkan itu menyentuh semua bidang
hidup manusia- sederhana dalam perbelanjaan, makan minum,
kediaman dan pakaian, bahkan dalam perkataan dan dalam
melaksanakan pekerjaan.
Beliau berbicara tentang sifat berani dengan huaraian-huraian
cawangannya seperti keberanian dengan kesopanan, keberanian
dengan buah hasilnya, keberanian dan hubungannya dengan mencapai
kemerdekaan, kemuliaan, maruah, tinggi cita-cita, serta sifat percaya
kepada diri sendiri.
Beliau berbicara tentang keadilan dengan perbincangan lanjutan
berkenaan dengan agama dan negara serta hubungan keduanya,
kemerdekaan hak milik, agama dan bagaimana menghadapi kesakitan
dalam hidup, hikmah kebijaksanaan dan keadilan, keadilan dan mereka
yang berotoritas dalam pemerintahan, dan persoalan bagaimana kita
boleh terus menghayati kemerdekaan sebenarnya.
Beliau berbicara berkenaan dengan Persahabatan, dan pencerakinan
tentangnya yang menyentuh persoalan bagaimana mencari sahabat,
dan persahabatan dan hubunmgan dengan para wanita dalam
masyarakat dan kehidupan.
Akhirnya dalam buku “Falsafah Hidup” beliau berbicara berkenaan
dengan kedudukan agama Islam sebagai pembentuk hidup manusia.
Jelas sekali buku ini memberi kandungan dan erti serta nilai bagi
pembentukan peribadi manusia dalam pendidikan baik secara formal
dan juga bukan formal.
Wallahu a’lam.
Dikemaskini pada : 24-Jan-04 11:26 PM
ETIKA AKTIVIS ISLAM DALAM ERA GLOBALISASI
(Nota Ringkas ceramah)
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY
Etika yang dimaksudkan ialah dalam tradisi ilmu-ilmu Islamnya “adab-
adab” yang meliputi semua aspek.
Seperti buku karangan al-Mawardi “adabu-d-dunya wa-d-din”.
Dalam hubungan dengan Tuhan: mengenalnya, mengenal hukum-
hukumnya, nilai-nilai suruhannya, kasih kepadanya, kepada Rasulnya,
kepada apa yang membawa kepada kasihnya.
Dalam hubungan dengan makhluk Tuhan: bergaul dengan sikap “al-
nasihah”, “maslahah”, “da’wah’, “kasih-sayang”, “sangka yang baik”,
“mendatangkan manfaat”, “mengelak kemudharatan”
Dalam sikap menjayakan da’wah: dengan hikmah-kebijaksanaan,
dengan nasihat yang baik, jidal dengan cara yang paling baik;
Dengan kebijaksanaan: Qur’an, Sunnah, kata-kata yang benar dan
mulia, membawa kepada amalan-amalan, kata-kata, sikap, nilai-nilai
yang sebenar.
Dengan nasihat yang baik: dengan lemah lembut, mengajak dengan
ikhlas kepada kebajikan, kasih sayang, kerjasama, hubungan silatur-
rahim, menyelesaikan keresahan dan masalah, dengan memberi
peransang kepada kebajikan, menggerunkan daripada kejahatan,
dengan contoh tauladan yang baik, dengan doa.terelak daripada herdik,
umpat, menjatuhkan nama, maki hamun, melaknat, dan sebagainya.
Dengan mujadalah dengan cara yang paling baik: dengan kasihan
belas, kasih sayang, hendak menyelamatkan, dengan hujjah yang nyata,
bukan meniatkan untuk kemenangan, tetapi untuk sampai kepada
kebenaran, dengan jujur, bukan setakat hendak mendiamkan hujjah
lain, tidak terdorong kerana nafsu, tetapi kerana ilmu dengan
bergantung kepada Allah, punca segala ilmu.
Dalam globalisasi: mesti kenal apa itu globalisasi, apa ciri-cirinya, apa
asal-usulnya;
Apa yang positifnya: dalam hubungan dengan maklumat, pengetahuan,
komunikasi, maklumat, bahkan kebijaksanaan, perdagangan,
pengurusan serta pentadbiran, bahkan kerajaan; governan;
Yang positif dalam pendidikan, termasuk pendidikan Islam melalui
internet: maklumat tentang pendidikan Islam seperti “Islam On-line”,
“al-Islam.com”, “al-Muhaddith.com”, dll.Dengan menggunakan pencari-
pencari “Google.com”, “Alta Vista.com”, Ada halaman membantu
terjemahan seperti “alajeeb.com”, “babelfish.com”, “ecto.com” dll.
“tarjim.com” dll. Ada laman-laman web para ulama seperti: “Dr
Ramadan al-Buti”, “al-Qaradawi.net” dll. Ensiklopedia-ensiklopedia,
kamus-kamus, akhbar-akhbar, majalah-majalah dll. Ada e-mail yang
boleh dimanfaatkan.
Apa yang negatifnya: berkenaan dengan tersebarnya nilai-nilai budaya
negatif, maklumat-maklumat pornografi, maklumat-maklumat sesat,
dan menyesatkan, penyebaran ‘mono-culture” barat yang menindas
budaya pelbagai di dunia; penghakisan jati-diri timur. Penipuan dalam
internet, e-commerce, dll.
Persiapan-persiapan: antaranya: Pengetahuan tentang Islam, nilai-
nilainya, prinsip-prinsipnya, akhlaknya, adat-adat yang diterimanya
dalam tamadun kita. mempelajari prinsip-prinsip dan nilai-nilai budaya
sekitar kita; Beradab dalam dialog budaya dan dialog intelektuil.
Penekanan kepada faktor-faktor kejernihan peribadi untuk menjadi
contohnya;
Kerjasama antara badan-badan Islam atau institusi-institusinya. Adab
antara badan-badan Islam- selalu ada perhubungan, bertindak
bersama. Beramal dengan dasar “ruhama’ bainahum” sesama
mukminin, dan hormat menghormati dengan pihak lain
PENGEMBALIAN SEMULA KEPADA FAHAMAN &
PENGHAYATAN FAHAM ILMU AHLIS-SUNNAH DALAM
KONTEKS ALAM GLOBALISASI MASAKINI
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY
Pendahuluan:
Perbuatan kembali semula kepada fahaman dan penghayatan faham
ilmu Ahlis-Sunnah wal-jama’ah memaksudkan bahawa pusat rujukan
kita sebagai Muslimin adalah faham ilmu atau epistemologi Ahlis-
Sunnah wal-Jama’ah yang baku, menyeluruh dan sepadu itu sebagai
tempat sandaran terakhir dalam fahaman dan amalan serta nilai-nilai
kita. Juga maknanya bahawa rantau Melayu ini – apa lagi Malaysia -
adalah rantau yang telah menerima fahaman ilmu Ahlis-Sunnah sebagai
fahaman yang baku dan mengamalkannya dari segi hidup individu dan
kelompok dengan beberapa darjah kejayaannya dalam zaman yang
sekian lama semenjak awal kedatangan Islam sampai sekarang.
Maka semua persoalan-persoalan yang membabitkan pegangan,
fahaman, nilai dan prinsip kehidupan manusia mesti kembali kepada
rujukan yang sedemikian itu. Perbuatan tidak mempedulikan rujukan
itu - atau menggunakan rujukan lain dalam bidang yang berkenaan -
dengan implikasi-implikasinya, adalah perbuatan yang mempunnyai
implikasi yang paling berat dari segi keyakinan, kebenaran, ilmu dan
juga sifat homogen rantau ini.
Ia sekaligus perbuatan menyanggah kebenaran yang diakui dan terbukti
dan menyemai bibit-bibit penyelewengan intelektuil dan juga
kemusnahan budaya dan pembangunan umat dilihat dari segi jangka
panjangnya, apa lagi kalau dilihat dari segi kepentingan yang kekal
abadi dari segi rohani umat manusia. Allahumma sallimna wal-
Muslimin.
Maka pengembalian semula kepada faham ilmu Sunni ini dan
penghayatannya, atau penegasannya semula, adalah pengembalian
kepada jati diri kita sebenarnya sebagai Melayu yang beragama Islam
itu sudah menjadi penentu bagi harga dirinya. Sikap ini melibatkan juga
cara kita melihat isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat kita ini,
termasuklah cara kita melihat apa yang disebut sekarang sebagai “Islam
dari segi ketamadunan” atau “Islam hadhari” itu.