The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI TULISAN USTAZ DR MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMADY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-02-21 11:20:00

ILMU, PENDIDIKAN DAN GERAKAN ISLAM

KOLEKSI TULISAN USTAZ DR MUHAMMAD UTHMAN EL MUHAMMADY

Keywords: UTHMAN EL MUHAMMADY

Falsafah dan Akhlak

Dalam karangannya tentang Ibn Miskawaih (hlm 10 dst) (yang
ditulisnya tahun 1937) beliau mengakhiri karangan itu dengan
menyebutkan :

“Kalau ada pemuda-pemuda kita yang sedang menelaah kitab-kitab
Sigmund Freud , psychoanalist yang termasyhur di Weenen (Vienna-
Sixteen) itu, silakanlah pula menyelidiki umpamanya” Tahdhibul
Akhlak(karangan Ibn Miskawaih-p) mudah-mudahan akan
menambahkan penghargaan dari kalangan kita Muslimin kepada
pujangga kita dari zaman itu, yang sampai sekarang hanya dapat
penghargaan rupanya dari pihak “orang lain” saja.”(hlm 11-12).

“Mudah-mudahan akan menjadi sedikit ubat untuk penyembuhkan
penyakit “perasaan kecil” yang melemahkan ruhani .yang umum ada di
kalangan kita kaum Muslimin di zaman sekarang”.

Ahli Falsafah, Perubatan dan Metafisika:

Dalam tulisannya tentang “Ibn Sina” (hlm 13 dst) (yang ditulisnya pada
tahun 1937) selepas daripada berbicara dengan ringkas tentang
kedudukan ibn Sina sebagai failasuf dan ahli perubatan dalam sejarah
perkembangan pengetahuan dunia, beliau menyatakan bahawa
falsafah tidak menggoncangkan keimanan Ibn Sina.Bahkan beliau
menulis bagaimana sikap Ibn Sina bila ia berhadapan dengan kesulitan-
kesulitan dalam ilmunya, katanya:
“Malah sering, apabila ia betemu dengan suatu masalah yang sulit,
sangat susah difikirkan, ia terus pergi berwudhu’ dan pergi ke mesjid,
sembahyang dan berdo’a mudah-mudahan Allah memberinya hidayah
.Sesudah itu ia terus menelaah dan berfikir kembali, kerana ia tetap
insaf akan kelemahannya sebagai manusia , dan berkeperluan akan
pertunjuk dan hidayah dari Allah subhanahu wa ta’ala.”

Selepas menulis sedikit tentang Ibn Sina beliau menulis:”Dalam umur
57 tahun berpulanglah Ibn Sina dalam bulan Ramadan tahun 428
H.bersamaan dengan bulan Julai 1037 M.meninggalkan pusaka yang
sedang menantikan ahli-ahli waris yang lebih dekat, yakni: Pemuda-
Pemuda islam yang menaruh himmah, dan bercita-cita tinggi!” (hlm
15).

Kepakaran Dalam Fiqh, Falsafah, Akhlak, Siasah dan Muzik
Dalam menulis tentang “al-Farabi” (hlm 16 dst) (yang ditulisnya pada
tahun 1937) yang berjasa dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi
serta muzik dan akhlak, beliau membuat kenyataan:
“Abu Nasr al-Farabi hidup dengan akhlak yang tinggi, tidak amat
mementingkan kesenangan dunia, tapi amat menyintai falsafah, ilmu
dan seni,.Pernah ia berkerja di istana Amir Saifud-Daulah di Halab
(Aleppo)… Hidup bersahaja di alam maddah (materi) sebagai fakir,
tetapi memegang kendali dalam runahi sebagai raja”.

Gabungan Kematangan Rohani, Intelektuil, dan Akhlak Yang
Memuncak

Kemudian beliau menulis pula berkenaan dengan Imam Hujjatul-Islam
al-Ghazali rd. pada bulan April 1937.Di dalam tulisannya itu beliau
membicarakan imam agung ini dengan jasanya dalam pengetahuan,
falsafah, akhlak dan tasawwuf, dalam bidang terakhir ini beliau terkenal
dengan kitab Ihya’nya.

Dalam berbicara tentang ilmu, pengelaman pancaindera dan akal,
akhirnya Imam al-Ghazali berbicara tentang kelemahan semuanya

untuk mencapai hakikat terakhir; akhirnya manusia memerlukan
hidayat dari Tuhan Sendiri bagaimana tingginya ilmunya sekalipun.

Beliau berbicara bagaimana soal sebab-musabab dibicarakan beratus-
ratus tahun dahulu mendahului David Hume, juga beliau
membicarakan kritikan Imam al-Ghazali terhadap falsafah Barat dalam
“Tahafu al-falasifah”nya.

Bahagian akhirnya beliau menulis:
“Dalam tahun 505 H.(1111 M) Imam al-Ghazali mendapat husnul-
khatimah , meninggalkan pusaka yang tak dapat dilupakan oleh kaum
Muslimin dan meninggalkan juga pangkal perpecahan paham antara
mereka yang setuju dengan yang tak setuju dengan buah fikirannya
ialah suatu hal yang galib diterima oleh setiap orang yang berjalan di
muka merintis jalan baru, yang mendengarkan suara keyakinan yang
teguh yang berbisik di dalam hati, dan tidak hendak turut-turut kehilir
kemudik seperti pucuk aru dihembus angin.”(hlm 23).

Beliau menyebut bagaimana imam utama ini menyelamatkan akidah
Islam daripada serangan pemikiran falsafah Yunani Purba, antaranya
dalam”Tahafut al-Falasifah” yang terkenal itu.

Beliau menyebut pendapat Dr Zwemmer tentang kedudukan Imam al-
Ghazali sebagai seorang daripada empat orang yang paling
berpengaruh dalam dalam islam, Nabi Muhammad saw,Imam al-
Bukhari dalam hadith, Imam al-Asy’ari dalam akidah, dan kemudian
akhirnya Imam al-Ghazali.

Jiwa Saintifik Yang Dipupuk oleh Islam

Tulisan-tulisan beliau itu disusuli dengan huraian-huraian berkenaan
dengan jasa kebudayaan Islam dalam sejarah dunia, seperti misalnya
jasa Ibn Haitham berhubungan dengan persoalan dasar-dasar yang
memungkinkan kamera diciptakan, jauh sebelum kemunculan ahli ilmu
Barat seperti Leonardo da Vinci dan lainnya.Beliau menyebutkan
bagaimana kritikan Ibn Haitham (di Barat dipanggil Alhazen) terhadap
ahli-ahli pengetahuan Yunani misalnya Euclides dan Ptolemy tentang
penembusan dan perjalanan cahaya menimbulkan revolusi dalam ilmu
itu pada zamannya.Ibn Haitham menyuatakan bahawa yang
menyebabkan kita melihat objek-objek ialah kerana cahaya dari barang-
barang itu sampai ke mata kita, maka dilihat objek-objek melalui lensa
mata itu, dan bukanlah cahaya itu dikirim oleh mata kepada objek-
objek itu srebagaimana yang dikatakan oleh Euclides dan
Ptolemy.Disebutkan bagaimana pengaruh Ibn Haitham dalam

bidangnya itu mempengaruhi para ilmuan Barat seperti Leonardo da
Vinci, Johann Kepler, Roger Bacon dan lainnya.

Beliau menyebutkan bagaimana jiwa menyiasat alam ini timbul
daripada didikan Quran, antaranya dalam ayat yan g bermaksud:”Dan
janganlah engkaun turut saja apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya, kerana sesungguhynya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya tentangnya”(Q.s.Bani
Israel:36).

Beliau menyebut pendapat ilmuan Islam yang bernama Abu Musa Jabir
Ibn Hayyan yang bermaksud:
“Pendirian-pendirian yang berdasarkan ‘kata si anu’ ertinya perkataan
yang tidak disertakan bukti penyelidikan , tidak berharga dalam ilmu
kimia.Suati kaedah dalam ilmu kimia ini dengan tidak ada kecualinya,
ialah bahawa dalil yang tidak berdasarkan buktiyang nyata , harganya
tidak lebih dari satu omongan yang boleh-jadi benar dan boleh-jadi
keliru.Hanya bila seseorang membawa kan keterangan dengan bukti
yang nyata , penguatkan pendiriannya, barulah kita boleh berkata
:pendirian tuan dapatlah kami terima!” (hlm 27).

Sikap ilmiah dan suka memerhati dan menyelidika ilmuan Muslimin
beliau nyatakan seperti berikut:
“Adapun tentang pendirian, serta mencari dan menentukan ijtihad
,adalah telah jadi darah daging dalam kalangan Islam. Perhatikan
betapa teliti, hemat serta cermatnya kaum Muslimin mengumpul,
memilih, dan menyaring hadith-hadithmyang bakjal jadi dasar untuk
fatwa dan pendirian dalam Hukum Agama .Diperiksa isi perkataannya,
diteliti sanad dan musnadnya, diatur biografi yang sesungguhnya
tentang peribadi dan akhlak seorang rawi .Agama manakah, falsafah
mazhab apakah dan kebudayaan aliran manakah yang telah mendidik
pengikutnya kepada ruh intiqad yang sampai demikian tinggi
tingkatnya?” (hlm 27).

Beliau menjawab katanya:”Tak lain yang mendidik kami (Muslimin-p)
sampai demikian, adalah Agama kami yakni Agama fitrah, Agama yang
cocok dan selaras dengan fitrah kejadian manusia!”

Kemudian beliau menyebut tentang keadaan Muslimin yang sudah
kehilangan ciri-ciri budaya ilmiah sedemikian itu dengan katanya:

“…Setelah kaum Muslimin kehilangan pokok yang tak ternilai
harganya itu, harkat mereka di langit kebudayaan makin lama makin
turunlah.Keberanian yang tadinya hidup berkobar-kobar bertukarlah
dengan perasaan kecil, rasa-kurang-harga …Ruh segar dan gembira
menghadapi hidup tadinya, menjadilah ruh yang tunduk-ringkuk,
penyembah kubur dan tempat-tempat keramat, menjadilah budak
jimat dan air-jampi.Tangan yang tadinya begitu giat menyelidik,
memeriksa alam supaya memberi manfaat kepada umat manusia
lantas terkulai tak ada himmah, selain dari menghitung untaian tasbih
penebus bidadari di dalam sorga! “ (hlm 28).

Yang beliau kehendaki ialah, seperti yang dikatakannya :”Jalan untuk
membongkar ruh taklid ini satu-satunya ialah memperlihatkan dengan
tidak sembunyi-sembunyi dan terus-terang kekeliruan-kekeliruan
khurafat dan bid’ah itu.Memperlihatkannya ini berkehendak kepada
munazarah dan mujadalah yang bukan kecil, menuntut tenaga,
kecakapan , keuletan serta kebijaksanaan yang amat besar..

“Kita telah sama-sama melihat bagaimana akibatnya kebudayaan yang
terlepas dari pimpinan dan jiwa Tauhid yang suci-bersih, serta Akhlak

dan Inbadat yang sehat.Semua ini ada hubungannya antara satu
dengan yang lain, hubungan yang bergantung dan bersangkut-paut…

Akal Dan Agama

Dalam tulisannya “Hayy ibn Yaqzan” yang ditulis pada bulan Disember
1937 (hlm 30-36) beliau memberi huraian tentang roman falsafah oleh
Ibn Tufail yang diakui sebagai kitab yang paling aneh dalam abad
pertengahan (dengan mengutip kata-kata sarjana terkenal Carra de
Vaux: “sans contest l’un livres les plus curieux du moyenage”).

Ianya berkenaan dengan roman falsafah yang menakjubkan berkenaan
dengan cerita seorang anak bernama Hayy ibn Yaqzan yang terdampar
di sebuah pulau yang kemudiannya disusui oleh kambing hutan, yang
kemudiannya membesar dan menjadi dewasa dengan mempunyai ilmu
pengetahuan dan hikmat kebijaksanaan hasil daripada penggunaan
pancaindera dan akal yang tajam mengamati alam dan alam sekitar
dengan penuh ketajaman akal dan budi serta hati nurani.

Dengan akalnya yang tajam dana perasaan yang sentisitif maka Hayy
ibn Yaqzan membuat rumusan tentang adanya Tuhan Yang Wajib Ada,
tiap-tap sesuatu itu ada pembuatnya, tiap-tiap sesuatu benda itu ada
bentuknya yang ditentukan oleh pembuatnya, dan bahawa rupa
sesuatu itu sesuai dengan tuntutan kesediaan asal yang ada pada
zatnya sendiri, demikian seterusnya.Akhirnya hiduplah Hayy ibn Yaqzan
dengan cara yang benar mengikut akalnya, sehingga pada umurnya
yang ke 35 tahun baharu ia bertemu dengan Asal, ahli agama yang rasa
kecewa dengan menausia tidak hidup dengan sebenarnya mengikut
agamanya.Akhirnya ke dua orang itu bersahabat baik.Kedua-duanya
mendapati bahawa akal yang sejahtera yang berfikir sampai kepada
natijah yang diajarkan oleh agama.hanya akal sahaja belum cukup
untuk mengatur hidup manusia dengan pencipta dan makhlukNya.ia
memerlukan panduan agama dan wahyu.

Kemudian kedua orang yang mewakili agama dan akal ini berusaha
untuk menyeru manusia kepada kehidupan berdasarkan kepada
kebenaran dan kebaikan., tetapi seruan mereka tidak mendapat
penerimaan yang baik, lalu mereka memencil diri untuk ibadat kepada
Allah.

Roman falsafah ini sangat menarik tentang hubungan antara wahyu dan
akal manusia dan peranannya dalam menyelamatkan manusia.Ianya
bukan semata-mata kisah yang menarik tanpa falsafah, berlainan
daripada cerita “Robnson Crusoe” yang tidak mempunai apa-apa
falsafah yang mendalam dan menyelamatkan.

Antara nabi Muhammad saw dan Charlemagne

Tahun 1938 beliau menulis responsnya selepas membaca buku
“Mahomet et Charlemagne” oleh Henri Pirenne yang membandingkan
kesan-kesan perjuangan nabi Muhammad dengan kesan-kesan yang
ditinggalkan oleh Charlemagne.Dinyatakannya bahawa selepas
kedatangan bangsa Jermania ke Rom bangsa yang datang itu berubah
dipengaruhi oleh budaya golongan yang mereka kuasai seolah-oleh
mereka dihisap olehnya.Kata Pirenne :”Orang Jermania jadi Rumawi
setelah ia masuk ke negeri Rum sebaliknya orang Rumawi menjadi ke-
Araban setelahnya dia ditaklukkan Islam””.(hlm 38).

Beliau menegaskan:

“Dengan masuknya Agama Islam , timbullah satu dunia yang baharu di
sekitar Laut Tengah yang tadinya berpusat ke Kota Roma sebagaim
sumber peradaban dan kebudayaan.Sampai ke masa kita sekarang ini –
demikian Pirenne meneruskan keterangannya—masih tetap ada
perpecahan dengan masuknya Islam ke Eropah Selatan ini.Semenjak
itulah Laut Tengah menjadi pertemuan dari dua budaya yang berlainan
dan bertentangan …”(hlm 38).

Mengapakah bangsa Arab yang membawa agama Islam itu tidak
demikian bila mereka berhadapan dengan bangsa Rumawi itu?
Jawabnya bangsa jermania masuk dengan pedang dan kekerasan,
sedang Orang Islam masuk dengan senjata jasmani didampingi dengan
senjata ruhani.

Kata Pak Natsir lagi:”Senjata ruhani inilah yang menyebabkan kita
orang Timur , yang walaupun bagaimana hebatnya ditindas oleh bangsa
Barat, tapi tetap tidak dapat dihancur-leburkan kebudayaan dan
peradaban kita oleh orang barat itu sampai sekarang…”Ini pesanan
yang paling bermakna bagi umat Islam yang sedang berhadapan
dengan gelombang globalisasi sekarang ini.

Mencari Kekuatan Dalam Seni Sastera:

Bapak Mohamad Natsir juga memberi perhatian kepada penulisan
sastera zamannya.Dalam tahun 1940 di atas tajuk “Pemandangan
tentang Buku Roman” (hlm 41 dst ) selepas beliau menyatakan
kekesalannya dengan cerita-ceritas roman masa itu yang kurang
memuaskannya dari segi seni dan mesejnya, yang tidak begitu
mempunyai makna apa-apa, yang terpengaruh dengan Barat, beliau
membuat kenyataan seperti berikut:

“Dan lapangan pekerjaan untuk pujangga kita , amat luas sekali. Baik
dalam kalangan syair ataupun prosa.Buku-buku bacaan yang memberi
didikan amat sedikit.Pembacaan kanak-kanak hampir nihil. Kita
kekurangan kitab nyanyi yang menarik dan teratur.Dibandingkan
dengan anak-anak Eropah, dalam pembacaan dan nyanyian , anak-anak
kita amat miskin.

“Tidak heran, kerana penulis-penulis untuk bacaan kanak-kanak di
kalangan kita boleh dikatakan baru sedikit sekali, dibandingkan
dengan keperluan yang amat besar.Alangkah baiknya sekiranya

pujangga-pujangga kita meletakkan Conan Doyle dan Manfaluti barang
sebentar dan mencarim inspirasi dalam gudang lagu-lagu lama dan
cerita-cerita lama bangsa kita sendiri , yang sekarang masih banyak
yang belum dipedulikan.Banyak yang mungkin disaring , diperbagus dan
dirombak oleh Pujangga Muda Indonesia!” (hlm 47).

Kata beliau lagi dalam soal perkembangan kebudayaan ini:
“Memang tidak ada halangan mencari inspirasi keluar negeri.
Kebudayaan itu tidak monopoli satu bangsa, dan tidak mungkin dipagar
rapat supaya jangan keluar dari satu kaum.Tidak bisa dan tidak perlu
(kalau beliau menulis sekarang sudah tentu beliau faham keadaan
dunia tanpa sempadan dan memberi respon yang konstruktif-p)Barat
boleh mengambil inspirasi ke Timur, Timur boleh mengambil inspirasi
ke Barat.Akan tetapi tidak semua sumber-sumber itu mengeluarkan air
yang jernih, yang memberi manfaat kepada kita.Baik buat orang, belum
tentu baik buat kita. Jadi di sini perlu rupanya pujangga kita memakai
saringan sedikit, apalagi sebagai Pujangga Muslim.!" (hlm 47).

Selepas itu beliau menyebut tentang keperluan dibaca Perjalanan Ibn
Battutah, buku-buku sejarah Indonesia, riwayat umat islam bermula
dengan Nabi saw, buku-buku tentang kesusasteraan Islam zaman
keemasannmya, disebutnya “Diwan” oleh Goethe, dan “Divine

Comedy” oleh Dante.Walaupun beliau mengaku beliau bukan pujangga,
tetapi hasil tulisannhya tidak mengecualikan beliau dari golongan
pujangga dalam pengertiannya yang tersendiri.

Dalam hubungan dengan seni sastera dan cita-cita beliau tentangnya
boleh dilihat daripada pidatonya pada hari Iqbal 21 April, 1953 di
Jakarta (Capita Selecta, jld 2. 98 dst).

Pengamatannya tentang Iqbal sangat menarik berkenaan dengan
keindahan puisinya serta cita-cita keagamaan, budaya, dan siasahnya
yang dinyatakannya sebagai faktor yang menyebabkan lahirnya negara
islam Pakistan.Terjemahannya ke atas puisi Iqbal yang didasarkan atas
terjemahan Arabnya dari Al-Adzami sangat indah dan menawan seperti
baqhagian-bahagian dari “Syikwa” dan “jawabi-Syikwa”.Misalnya dalam
hubungan dengan harapannya kepada para pemuda, beliau
menterjemahkan puisi Iqbal demikian:

“(harapan kepada pemuda)
Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup
membangunkan zaman yang baru
memperbaru kekuatan iman

menjalankan pelita hidayat
menyebarkan ajaran khatamul-anbiya’
menancapkan (i.,e menanamkan) di tengah medan pokok ajaran

Ibrahim
Api ini akan hidup kembali dan membakar
jangan mengeluh jua , hai orang yang mengadu
Jangan putus asa , melihat lengang kebunmu
Cahaya pagi telah terhampar bersih
Dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu

……

Khilafatul-Ard akan diserahkan kembali ke tanganmu
Bersedialah dari sekarang
Tegaklah untuk menetapkan engkau ada
Denganmulah Nur Tauhid akan disempurnakan kembali
Engkaulah minyak atar itu , meskipun masih tersimpan dalam

kuntum yang akan mekar
Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu
Hembuslah panas nafasmu di atas kebun ini
Agar harum-harum narwastu meliputi segala
Dan janganlah dipilih hidup ini bagai nyanyian ombak
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu
Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk
Sinarilah zaman dengan nur imanmu
Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu
Patrikan segala dengan nama Muhammad

………

Dan kemudian beliau memberi tanggapannya berkenaan dengan Iqbal
sebagai seorang penyair, pendidik, ahli hukum, ahli kritik seni, ahli
siasah dan failasuf sekali-gus.

Dalam tulisannya ini Pak Natsir menunjukkan dirinya sebagai pencinta
Iqbal yang sangat faham tentang kesenian persajakan dan citanya yang
dituang dalam poersajakannya itu.

Dalam tahun-tahun lima puluhan penulis ini teringat bagaimana ia
tertarik dengan sajak-sajak Iqbal terjemahan Pak Natsir yang disiarkan
dalam “Majallah Pengasuh” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan
waktu itu.Dan minat beliau kekal sampai sekarang terhadap Iqbal yang
bermula dengan membaca puisi terjemahan beliau itu.

Dalam hubungan dengan pendidikan, antara lainnnya, sebagaimana
yang beliau ceramahkan pada pideatonya di depan mahasiswa P>T>I>I>
Medan 2 Disember 1953 (Capita Selecta.2. 115-116) seperti berikut:

“Saudara-saudara! Pernah di Indonesia sistem uzlah dilakukan,
terlepas dari soal jazan (zaman-p).Sistem itu dipakai oleh umat Islam di
bawah pimpinan alim ulama.Mereka mengambil sistem uzlah untuk
mempertahankan diri , mempertahankan kubu-kubu pertahanan jiwa,
berupa pesantren-pesantren , berupa mesjid-mesjid, di mana ‘uzlah itu
dapat disempurnakan.Ini yang dijalankan oleh Tuanku Imam Bonjol
umpamanya!

Ada orang pada masa itu mengatakan bahawa belajar bahasa Belanda
haram hukumnya, berdasi itu juga tidak boleh, sebab menyerupai
orang-orang kafir.Mereka mengharamkan sekolah-sekolah H.I.S. yang
didirikan oleh penjajah.<Mereka bentuk sistem sendiri. Di situlah timbul
potensi di Indonesia dan berkembanglah satu dinamik yang besar untuk
menjelaskan persoalan-persoalan yang sampai sekarang masih dirasai
lazatnya oleh kita semua, yaitu pemimpin-pemimpin yang berasal dari
pesantren-pesantren.(kemudian beliau menyebut percubaan
pendidikan di Mesir)

….

Yang ada di Barat itu terutamanya adalah tenknik dan effisiensi . Akan
tetapi hasil atau akibat dari memakai itu, disedari atau tidak ialah
intisari dari apa yang hendak dipertahankan jadi hancur.Ia
menceburkan diri dalam air untuk berenang, tetapi terbawa hanyut
dalam air itu sendiri.

Dengan itu Islam hanya tinggal hayya ‘ala ‘s-salah, hayya ‘alal- falah
sahaja lagi.Ini akibatnya menceburkan diri maksud memegang kemudi ,
akan tetapi hanyut ke hilir.Kesudahannya yang hidup di sana itu ialah
pikiran yang statis, yang tidak bergerak sedikit juga.

‘Uzlah yang dipakai oleh zaman (asal jaman) memang akhirnya dapat
memperlindungi sesuatu yang ada dalam negeri dari kerusakan alam
fikiran.

Tapi yang demikian adalah ujung dari sikap tidak berani menghadapi
ruh dan iktikad dari luar lantas menutup pintu erat-erat.Kesudahannya
yang hidup di sana itu juga adalah alam alam pikirann yang statis yang
tidak bergerak.Tidak ada dinamiknya untuk mencari dan menjelajah,
dinamik yang menjadi sifat putera-putera Islam dahulu.Tidak akan
timbul lagi Al-Farabi dan Ibn Sina ke-2 oleh sikap yang serupa itu.

…..
dan salah satu aliran pokok pikiran yang ditarik untuk mengetengahi
kedua pendirian ekstrim itu ialah pikiran dari Jamalud Din Afghani dan
Mohammad Abduh yang memberikan satu pedoman kepada umat
Islam seluruh dunia sekarang ini. Di situ ada pikiran yang berharga ,
berupa pusparagam yang didalamnya kelihatan pokok dan pangkal.
Cubalah saudara- saudara lihat dan saudara-saudara pelajari sendiri.

Kesimpulan: Muslimin membina hidup dan tamadun Islam yang berjaya
di zaman moden

Ringkasnya, sebagaimana yang dilihat di atas, Pak Natsir mahu melihat
umat Islam kembali kepada jati dirinya sebagai Muslimin dengan
aqidahnya, hidup kerohanian dan akhlaknya, dengan peraturan
Syariatnya dalam hidupnya, dengan membina tamadun dan budayanya;
kerja-kerja itu adalah dengan mengambil kira kemenafaatan-
kemenafaatan hidup sezaman yang perlu digunakan bagi menjayakan
Islam itu.Beliau mahu timbul kembali ciri-ciri agung manusia <Muslimin
mulai dari zaman nabi saw sampai ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan
kemudiannya dalam kalangan salafussalih, juga beliau inginkan
timbulnya ahli-ahli ilmu pengetahuan yang memandu Muslimin seperti
contoh-contohnya Imam al-Ghazali, Ibn Sina, al-farabi, al-Maskawaih
dan sebagainya; dan pendidikan hendaklah berjalan dalam rangka
ajaran yang mengambil kira ilmu-=ilmu keagamaan dan ilmu-ilmu
semasa yang digarap dengan jayanya.

Beliau mahu Muslimin hidup dalam dunia moden dengan menguasai
pengetahuan-pengetahuan moden dan menjayakan Islam dan
tamadunnya di tenaghj-tengfah cabaran dunia sekarang ini tanpa
mengamalkan ‘uzlah yang disebutannya itu.

Pada akhir hayatnya beliau menumpukan perhatian kepada Dewan
Da’wah Islamiah Indonesia yang bergerak cergas sampai sekarang
dalam menghadapi penghakisan Islam umat dan cabaran
Kristianisasi.Pandangan-pandangannya tentang dakwah boleh dilihat
pada bukunya “Fiqhud-Da’wah”, (1984, Pustakan al-Ameen,Kuala
Lumpur).Dan kalau beliau hidup sekarang beliau akan mengajak kita
menguatkan peribadi , keimanan, ketaqwaan dan ketrampilan bagi
menghadapi globalisasi, yang pada masa beliau belum kelihatan dengan
jelas.Wallahu a’lam.
August 10, 2002

ILMU, PENDIDIKAN, DAN PEMBINAAN KEKUATAN
MELAYU DALAM MENGALAMI GLOBALISASI DAN TMK

OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Insya’ Allah dalam nota ini penulis akan berbicara berkenaan dengan
jangkauan ilmu, pendidikan, dan permasalahan membina kekuatan
Melayu dalam erti ketamadunan—bukan hanya ethnik—dalam
menghadapi globalisasi dan TMK. Penulis ini akan menyentuk
perkembangan ilmu di Dunia Melayu, dengan penekanan kepada
persuratan Islamnya, dan pendidikan sampai ka masakini, dengan
mengambil kira perkembangan dalam bidang keislamannya dan bidang-
bidang ilmu lainnya; pembinaan kekuatan Melayu itu adalah dengan
mengambil kira pembinaan akal budinya, kekuatan budaya dan
kemasyarakatan serta ketamadunannya.Dalam perbincangan ini juga
penulis ingin mengetengahkan teori asabiah Ibn Khaldun sebagai paksi
bagi menjayakan perpaduan Dunia Melayu ini, sudah tentu dengaan
panduan agama Islamnya dalam faham ilmu dan nilainya.

Ilmu Dan Akal:

Tentang konsep ilmu pada Orang Melayu Muslim, kita boleh katakan
bahawa ianya dipandukan oleh ajaran Islam Sunni; ilmu itu
difahamkan—sebagaimana yang ada dalam teks-teks usul al-din
misalnya ialah mengetahui sesuatu dengan yakin mengikut
keadaannya yang sebenarnya, berdasarkan dalil yang muktabar. Kalau
mengetahui sesuatu itu bukan mengikut keadaan yang sebenarnya itu
bukan ilmu atau pengenalan tetapi dikatakan kejahilan. Kalaulah
tentang sesuatu itu yang diketahui itu lebih banyak yang iannya
daripada yang tidak itu dipanggil sangkaan; kalau lebih banyak yang
bukan ianya daripada sebaliknya, itu disebut sebagai waham.Ilmu yang
berkenaan dengan Tuhan disebut sebagai “pengenalan” atau
ma’rifah.(1) Maka yang dituntut dalam semua perkara ialah ilmu, apa
lagi Tuhan, yang merupakan objek ilmu yang paling tinggi dan mulia.Ini
merupakan objek kewujudan akal manusia mengikut ajaran
Islam.Nampaknya antara ulama klasik yang memberi takrifan ilmu ini
ialah al-Baqillani rh dalam “al-Tamhid”nya, iaitu takrif yang bermaksud
“Mengetahui apa yang boleh dimaklumi mengikut keadaan
sebenarnya”. (2)Bila ditanya mengapa tidak disebut “mengetahui
tentang sesuatu”, maka disebutkan oleh beliau bahawa apa yang bukan
“sesuatu” yang tidak ada juga diketahui, maka kalau disebut “sesuatu”
sahaja maka “yang bukan sesuatu yang tidak ada” tidak boleh
diketahui, walhal ianya boleh diketahui. Maka kalau dikatakan ilmu itu

tiba makna pada jiwa, maka kalau yang “datang” itu tidak benar dan
tidak berdasarkan dalil yang boleh diterima, maka tidak ilmu
namanya.Bila benar dan dengan berdalil, maka baharulah ilmu
namanya.

Dan tentang dalil yang menjadi bukti bagi ilmu itu, dalam ajaran Islam
yang diterima dalam tamadun Melayu ialah wahyu, Qur’an, Sunnah
yang mutawatir, yang sahih, atau cerita yang mutawatir riwayatnya,
yang tidak menasabah lagi ada kebohongan padanya, pancaindera
manusia seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, penciuman, dan
kecapan.(3) (Dengan itu menjadi berkembang pengesanannya dengan
alat-alat yang boleh direka dengan perkembangann tamadun manusia
dalam sejarahnya termasuklah, kalau sekarang TMK).

Ke dalam rangka fahaman yang demikian maka pemikiran akal adalah
punca ilmu manusia; dan akal ini pula ada aspek-aspek
perkembangannya yang menimbulkan huraian—misalnya dalam
“Muqaddimah Ibn Khaldun” tentang akal nazari, yang berfikir tentang
teori-teori ilmu yang bersifat spekulatif dan tinggi serta mendalam, akal
tajribi atau akal pengelaman yang membuat rumusan-rumusan
daripada pengelaman-pengelaman dan percubaan-percubaan (yang
boleh diperpanjangkan maksudnya sampai kepada percubaan-

percubaan dalam ujian-ujian yang terkawal dan tersusun seperti yang
dilakukan dalam makmal); akal tamyizi, atau akal pembeza, yang boleh
membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain samaada dealam
klasnya atau dalam klas lain daripadanya. Akal yang berkembang
dengan baik mencakupi banyak segi kemahiran dan pengetahuan dalam
agama dan kemahiran-kemahiran lainnya serta pengetrahuan lainnya
disebut sebagai akal tambahan atau al-‘aqlul-mazid.Perkembangan al-
‘aqlul mazid ini berlaku melalui pendedahan ilmu dan kemahiran serta
latihan-latihan dalam budaya menetap yang tinggi tahap
kecerdasannya yang menguatkan dan memajukan sesuatu bangsa itu,
selain daripada keimanannya dan ketaatannya kepada ajaran Tuhan
dan Nabi.(4)

Kalau Syaikh Daud al-Fatani rh pula dalam “al-Warduz-Zawahir”nya
beliau menyebut tentang akal, katanya ada ‘akal malaki yang ada
padanya “malakah” atau bakat untuk membezakan segala perkara, ada
‘akal fa’’al yang padanya ada kekuatan pendapat membolehkannya
membuat penafsiran tentang sesuatu, ada ‘akal gharizi yang
membolehkan manusia mengetahui tentang perkara-perkara yang
daruri bila akalnya tidak sejahtera, ada ‘akal kasbi hasil daripada
kemahiran yang ada pada seseorang natijah daripada usahanya, ada
‘akal nazari (yang membolehkannya berfikir dan membuat renungan

tentang ilmu dan membuat kesimpulan), ada ‘akal hayula, yaitu akal
yang ada dari asal kelahiran seseorang yang berupa persediaan baginya
untuk menerima perkara sebenar tentang sesuatu.Syaikh Daud rh juga
menyebut ‘akal syarqi, yaitu akal Nabi saw yang terlebih mulia daripada
semua akal makhluk Tuhan ( “Warduz-Zawahir”, edisi Wan
Muhammad Shaghir Abdullah).(5)

Dalam hubungan dengan ilmu pengetahuan dan pembangunan Dunia
Melayu, kita tertarik untuk menukil pendapat ulama Nusantara terkenal
di abad ke 19, iaitu Syaikh Ahmad al-Fatani rh, kata beliau dalam
“Hadiqatul-Azhar”:

“Ketahui olehmu bahawasanya ahli negeri yang besar-besar yang lain
daripada bangsa kita sangat me(ng)amat-amati mereka itu dengan
sha’an (iaitu perkara berkenaan dengan kepentingan-p) ilmu dan
bersungguh-sungguh mereka itu mengajarkan dia akan anak-anak
mereka itu hingga yang perempuan mereka itu sekalipun dan
me(ng)usaha mereka itu sehabis-habis usaha pada memudahkan
menuntuti ilmu bagi segala-gala orang yang gemar padanya dengan
sekelian jalan dan tipu hingga meringkah (iaitu mereka-reka-p) pada
mengecapkan segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu naskhah di
dalam masa yang sedikit sekira-kira jikalau disurat dengtan angan di

dalam masa itu nescaya belum sudah satu naskhah dan membina
mereka itu akan beberapa banyak madrasah yaitu rumah tempat
mengajar dan mengaji sekelian ilmu dan bagai-bagai hikmat dan
kepandaian yang bergantung dengan dunia dan akhirat mereka itu.”
Kemudian kata beliau:
“Maka kasih hamba bahawa memperikan kepada kamu akan setengah
barang yang berlaku pada negeri Istanbul dan Mesir dan lain daripada
keduanya pada me(ng)amat-amati dengan ilmu; maka adalah raja
mereka itu membinakan bagi mereka itu beberapa madrasah yang
besar-besar dan dihaskan dengan segala hiasan yang sangat indah pada
segala mata dan cenderung kepadanyua oleh segala hati lagi jadi bersih
dengan dia cerdiknya dan gemar oleh segala akal padea menuntuti
akan segala ilmunya.Demikian lagi orang yang kaya-kaya membina
,mereka itu pada tiap-tiap kampong mereka itu satu-satu madrasah
atau lebih dan dihiaskan dia dengan segala iasan yang elok dan
diwakafkan baginya beberapa daripada bumi atau rumah atau lainnya
dan diambilkan sewanya dibelanjakan dia pada maslahat segala
madrasah itu dan digaji dengan dia akan segala guru-guru yang
mengajar dengan kadar yang mencukupi akan mereka itu dan
disukakan dengan dia akan mereka itu yang menuntuti ilmu kecil dan
besarnya dan di dalam tiap-tiap Jumu’at itu satu hari dicuba padanya
akiann tiap-tiap tilmidh (murid-p) daripada mereka itu pada barang

yang ia hafazkan dia dan barang yang difahamnya danb barang yang
didapatrnya daripada segala masaalah danb kepandaian dan kebijakan
dalam perhimpunan segala taulannya.Maka jika dapat dijawabnya
dapatlah ia kepujian daripada guru-gurunya dan orang ramai-ramainya
dan suka dengan dia segala hati ibu bapanya dan deapat ia perbalasan
gaji yang lebih dan jika tiada dapat dijawabnya bersungguh-sungguh ia
hingga dapat supaya tiada jadi malu ia antara segala kawan-kawannya
dan supaya dapat gaji yang lebih seperti mereka itu maka bermegah-
megahj mereka itu setengah atas setengahnyadengan elok khat
(tulisan-p) dan banyak lagu dan pandai menulis dan cempat (iaityu
cepat-p) ber(h)itung dan elok aturan surat kiriman dan petah membuat
syair dan fasih percakapan dan pandai bertutur dengan beberapa
bahasa yang lain daripada bahasa negerinya dan banyak hafaz dan
bijaksana pada segala ilmu dan kepandaian dan dapat tiap-tiap seorang
daripada mereka itu daripada ilmu dan kepandaian pada hal ia belu
baligh umurnya barang yang tiada dapat seorang kita pada hal umurnya
sudah tuha (tua).

Dalam hubungan dengan akhlak para pelajar dan kegiatan ilmiah
mereka beliau menyatakan:
“dan adalah mereka itu di dalam tempat mengaji mereka itu zahir pada
mereka itu baik perangai waqar (hebat dan tertib perangai-p) dan

hebat dan sakinah (tenang) dan sangtat beradab antara mereka itu dan
dengan guru mereka itu.Apabila masuk seorang daripada mereka itu
memberi salam ia serta dengan hening dan lemah lembut ti(ng)kah
lakunya dan apabila datang guru-guru yang lebih-lebih daripada mereka
itu berdiri sekelian mereka itu memuliakan baginya…

Tentang budaya ilmu, berfikir dan kemahiran tinggi termasuk rekaan
alat-alat baharu yang bermenafaat dalam tamadun Syaikh Ahmad rh
menyatakan:

“Maka demikianlah me(ng)amat-amati ahli negeri orang dengan sy’an
ilmu pada negeri mereka itu hingga masyhur bangsa mereka itu
atassekelian bangsa dengan kepandaian dan bijaksana dan kepetahan
dan banyak ilmu maka dengan demikian itulah dapat mereka itu
merengkag (iaitu mereka cipta-p) buatkan beberapa alat yang
(ber)manfa’at pada segala manusia yang boleh musafir dengan dia
kepada sejauh-jauh negeri di dalam masa yang sedikit dan datang
kepada mereka itu sekelian khabar-khabar daripada sejauh-jauh jajahan
di dalam beberapa lahzah dan me(ng)indah-indah mereka itu akan
sekelian pekerjaan serta dengan lekas dan banyak dan bertambah-
tamba demikian itunengan berpanjangan masa dan dengan sebab baik
percaraan (iaitu penurusan -p) dan muwafakat antara mereka serta

besar hemah (iaitu tumpuan atas cita-cita mulia-p) dan halus tipu daya
dan jauh helah dan alam tilik (fikir dan rancangan-p) mereka itu yang
jadi sekelian itu daripada banyak pelajaran mereka itu…”
Tentang kekuatan negara dan pertahanan hasil daripada rancangan
yang baik dan keberkesanan ilmu termasuk teknologi beliau
menyatakan:
“(Dengan kepandaian dan kebijaksanaan serta banyak ilmu itu) maka
boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka itu
hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru dan jadi mudah bagi
mereka itu mengambil akan negeri orang dan meliputi mereka itu
dengan ehwal dunia laut dan darat…”

Selepas membuat pengamatan tentang perkembangan ilmu
pengetahuan, kepandaian dan pereancangan negera-negara maju itu,
beliau menyebut cita-citanya berhubungan dengan negeri-negeri
Melayu, katanya:

“Dan adalah pada hati hamba yang fakir sehabis-habis risau dan
dukacita dengan sebab ihmal (tidak mengambil berat-p) dan mensia-sia
bangsa kita ahli Tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah
angin dan segala raja-raja mereka itu yang Muslimin yang dahulu-
dahulu dan yang sekarang ini dan segala mereka yangt kaya-kaya dan

(yang ada-p) kemudahan daripada mereka itu tiada memperduli
mereka itu akan u(m)pama segala perkara yang tersebut itu hingga jadi
kemudian daripada kemuliaan kita sekurang-kurang bangsa dengan
dinisbahkan kepada segala bangsa yang lainn dan hilang segala tempat
kediaman kita dan kemegahan kita maka sekelian itu dengan sebab
taksir kita pada u(m)pama segala perkara itu dan sangka kita bahawa
sekelian demikian itu bukan daripada pekerjaan yang bergantung
dengan agama kita, maka dengan sebab itulah kita biarkan dia padahal
jikalau kita tilik halus-halus nescaya nescaya (yang dimaksudkan ilmu-
ilmu, kemahiran dan budaya berfikir yang disebut di atas tadi-p) adalah
berambing (yaitu bersangkut paut-p) dengan segala perkara itu
daripada sebesar-besar barang yang bergantung ia dengan ugama kita
kerana dengan demikian itulah dapat (kita menjadi-p) kuat atas segala
seteru dan kekerasan yang dengan dialah hasil (ter)pelihara akan
kemegahan agama kita dan yang menjadikan dia elok pada segala mata
mereka itu dan besar masyhur pada segala pendengaran mereka itu
dan hebat pada segala hati mereka itu”.

Kata beliau tentang cita-citanya supaya Dunia Melayu maju dan
ugamanya berjaya dengan umatnya menjadi mulia di kalangan bangsa-
bangsa dunia:

“Dan adalah hamba yang hakir (hina-p) tercita-cita di dalam hati sudah
beberapa lama bahawasanya Allah taala lagi akan memperdengarkan
hamba dan memperlihatkan hamba di dalam masa hidup hamba ini
bahawa adalah segala raja-raja Melayu yang besar-besar istimewa
segala raja-raja di dadal negeri Fatani dan raja-raja Kelantan dan
Trengganu dan Kedah yang amat mulia dan maha besar sekeliannya
dan raja Johor (sekeliannya sekarang dalam Malaysia-p) yang masyhur
dengan besar hemahnya dan raja Dali yang masyhur dengan murahnya
dan adilnya menaruh mereka itu akan cemburu pada segala hati
mereka itu dan membesarkan segala hemah mereka itu dan
menghadapkan inayah (pertolongan dan jagaan-p) mereka itu dan
menyungguh-nyungguhkan usaha mereka itu pada bahawa dijadikan
segala negeri mereka itu (per)bendahraan ilmu dan perladungan
kepandaian dan membukakan segala mata anak jenis mereka itu
kepada memandang cemerlang kebijakan dan (ke)handalan supaya ada
kemegahan (dan) kelebihan bangsa Melayu antara segala alam dan
tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, dan bertambah-tambah
kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama dan bertambah nyata
ugama mereka itu aqtas segala ugama serta deapat pula bagi segala
hadrat raja-raja itu jikalau diperbuat demikian itu keredaan dearipada
Allah taala dan RasulNya yang mulia pahala yangt amat besar ganda

berganda kerana pahala tiap-tiap mereka yang dapat manfa’at dengan
segala perbuatan itu dan pahala tiap-tiap mereka yang mempunyai
kekuasaan yang menirukan perbuatan itu terbahagi dengan mereka itu
selama-lamanya, dan dapat pula bagi mereka itu sebutan yan baik dan
kepujiann yang elok atas lidah segala makhluk dan tersurat di dalam
tarikh ulama dan buku raja-raja yang uzama (besar dan agung-p) yang
berkekalan daripada masa hidup hingga Hari Kiamat”(6).

Tokoh ini yang mengarang kitab tentang ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu
rasional berminat tentang sains dan teknologi (dan kalau beliau ada
sekarang beliau akan meminati dan menggesakan penggunaan dan
kemahiran dan pemenafaatan dalam TMK (ITC) dan lainnya ).Dalam
hubungan dengan perubatan beliau menulis kitab “Tayyibul Insan fi
Tibbil-Insan”, dalam pendahuluannya kata beliau:

“Dan kami harap bahawa Allah membuka akan hati seseorang akan
hemah yang tinggi , maka bersungguh-sungguh ia mencubakan
beberapa jenis kayu , tumbuh-tumbuhan dan lainnya daripada barang
yang ada pada bumi Melayu dan mempereksakan pada yang demikian
itu maka disuratkan beberapa faedahnya dan khusiatnya dan pangkat
segala tabiatnya dan kaifiat isti’malnya (penggunaannya-p) seperti
barang yang memperbuatkan demikiann itu oleh hukama Yunan pada

masa yang dahulu dengan beribu-ribu tahun kemudian mengambil
daripada mereka itu oleh hyukama Arab dengan hemah setengah
daripada raja-raja anak Harun al-Rasyid maka berkekalan menta’lif
(mengarangt-p) mereka itu beberapa banyak karangan maka
tercawang daripada demikian itu hingga sekarang ini tibb segala tabib
Fars (Orang Parsi-p) dan Hind (India-p) kemudian beratus-ratus pada
demikian itu olreh segala tabib Afranj (nama am bagi Orang Barat-p)
maka menambah dan merengkah (merekacipta-p) mereka itu beberapa
banyak rengkahan (rekaan-p) yang ajib pada hal kita jenis Melayu aula
(terlebih utama dan berhak-p) dengan demikiann itu dari kerana
banyak segtala ubat-ubat itu pada bumi kita hingga adalah kenanyakan
ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita dan kita terlebih
aula pada merentahkan diri kita daripada jenis yang lain daripada kita .

“Maka bersangatanlah sayugia bagi raja-raja (atau pemerintah-p)
Melayu bahawa memalingkan hemah mereka itu kepada mendapatkan
barang yang tersebut dengan menyungguh-nyungguh menyuruh da
menggemarkan manusia pada demikian itu dengan memudahkan jalan
bagi demikian itu dan berdiri dengan belanja bagi demikian itu maka
dapat baginya pahala yang jazil (teramat banyak-p) dan berkekalan
baginya sebutan yang jamil (sebutan nama yang amat inda-p).

Dan beliau menulis teks ini dalam 45 halaman (edisi Wan Mohd Shaghir
2000) katanya berdasarkan kepada “…beberapa kitab yang masyhur lagi
muktabar dan kami bangsakan tiap-tiap perkataan kepada mengubati
kepada barang yang kami nakalkan daripadanya dengan ih. Yang
daripada (kalimah Arab-p) “intaha” itu mukhtasar melainkan yang
sedikit daripada barang yang kami ambilkan daripada mulut setengah
daripada bohma (iaitu bomoh-p) Melayu yang kami percaya dengan
katanya; dan barang yang kami terima daripada lidah guru kami yang
kami mengaji ilmu ini atasnya dan kami terima ijazah daripadanya dan
barang yang sah bagi kami dengan isti’mal dan tajribah (penggunaan
dan percubaan-p)…”(7)
Dalam konsep ilmu yang dipandukan oleh Islam Sunni inilah maka
Dunia Melayu berkembang sampai sekarang dengan memahami ilmu-
ilmu sebagai ilmu-ilmu agama atau ilmu-ilmu syar’I, atau ilmu nakli,
dan ilmu yang bukan bersangkut secara langsung dengan agama,
dipanggil ilmu akli atau boleh disebutkan sebagai ilmu-ilmu rasional. Ini
tercermin dalam sistem pendidikan kita sekarang yang membahagikan
ilmu-ilmu kepada ilmu-ilmu Islam atau Pengajian Islam, atau Pendidikan
Islam, atau Ilmu-Ilmu Wahyu dan ilmu bukan-wahyu.

Ilmu-ilmu yang berhubung dengan agama yang diketahui umum ialah
ilmu-ilmu berhubung dengan Qur’an, Sunnah, Akidah, Fiqh atau Hukum
Islam, Aqkhlak, atau Taswwuf, Sejarah, Sirah, Bahasa Arab Nahu dan
Sasteranya, Falsafah Islam. Ilmu-ilmu yang lain yang bukan berkait
dengan agama secara langsung ialah ilmu-ilmu Sains Tulin atau Sains
Gunaan, Fisik, Kimia, Geologi, dan lainnya, termasuk ilmu-ilmu Sains
Sosial dan Undang-Undang.(8)

Dalam hubungan dengan ilmu-ilmu yang selain dari ilmu-ilmu agama
maka sekarang muncul pemikmiran dan usaha untuk menjayakan apa
yang disebut sebagai Pengislaman ilmu-ilmu atau “The Islamization of
Knowledge” yang dialu-alukan dan patut mendapat sokongan semua
pihak, walaupun ada suara-suara sumbang yang muncul berkenaan
dengan pemikiran yang sedemikian.
Berkenaan Dengan Melayu:

Tanpa berpanjang kalam tentang Melayu, sampai sekarang nampaknya
konsep Melayu dalam perlembagaan kita yang menyebut tentang orang
yang beragama Islam, yang menggunakan Bahasa Melayu dan
mengamalkan adat istiadat Melayu adalah benar dan wajar dan

disahkan oleh sejarah rantau ini dan ini perlu diteruskan dari segi
kefahaman dan penggunaannya. Konsep yang sedemikian ini terbayang
dalam karangan-karangan Pak Hamka rh bila berbicara tentang sejarah
Islam dan Umat Melayu memeluk agama Islam di rantau ini.

Pemikiran tentang Melayu dalam kalangan ulama tradisional boleh
dilihat juga dalam karangan Syaikh Ahmad al-Fatani rh.Antaranya, kata
beliau dalam “Tashilu Nailil-Amani” (dinukil oleh Wan Mohd Shaghir
dalam “Al’alamah Syeikh Ahmad al-Fthani Ahli Fikir Islam Dunia
Melayu”(9).

Maksudnya “(iaitu) kesatuan semua bangsa Melayu (jama’at al-aqwam
al-Malayuwiyyah) itu nisbah kepada Milayu dengan baris di bawah
(kasrah) huruf mim atau baris di atas (fat-hah) dan baris depan
(dhammah) huruf ya.Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar
manusia (hum jil au sanfun ‘azim mina’n-nas) ; negeri-negeri mereka
adalah sesubur-subur negeri di dunia.Ia terletak antara Negeri India dan
Cina terdiri daripada kebanyakan pulau-pulau Waq Waq (terjemahan
Wan Mohd Shaghir yang terpencar-pencar). Pakar ilmu geografi
mengibaratkan setengah negeri-negeri mereka sebahagian daripada
negeri-negeri India-Cina.Orang-Orang Hijaz (Arab) dan selainm daripada
mereka menamakan mereka (Melayu) dan bangsa-bangsa dalam

wilayah itu dengan sebutan Jawa.Itulah satu kelompok manusia di satu
pulau di sana.Mereka itu bukan Melayu.Bahasa mereka adalah bahasa
yang paling ringan (mudah) antara bahasa-bahasa penduduk wilayah
ituKerana itulah maka ramai dari kalangan Orang Hijaz (Arab)
menggunakan Bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa -bangsa
yang berlainan yang tersebut itu yang mempunyai bahasa-bahasa yang
berlainan itu.(Antara ciri-ciri mereka itu ialah-p) mereka itu kaum yang
ikhlas, bertabiat lemah lembut, berperibadi baik.Sebahagian daripada
ciri-ciri istimewa mereka ialah tidak terlihat di negeri mereka dan
lainnya peminta (sedekah-p) walaupun keaaan mereka sendiri sangat
miskin.Mereka bersikap sabar dengan cara yang baik dalam urusan
mereka (husn ta’anin fil-umur) dan mereka menguasai pertukangan
dan kemahran yang baik (yadun fi tahdhib al-hiraf) , menerima
pembaharuan dalam kemahiran dan pertukangan (termasuk teknologi-
p) (qabilah fi ibda’ as-sana’I’), dan menerima pendidikan dan ilmu
pengetahuan serta tercetus fahaman (yang baik -p) di dalamnya, dan
ada dalam kalangan mereka negeri-negeri yang besar , kemudian
bertukar tangan di kalangan mereka yang menguasai ialah kekuasaan-
kekuasaan kuffar.Semoga Al;lah memelihara negara-negara Islam
daripada mereka (yang kafir ).”Amin. (10).
Pemikiran tentang identiti “Melayu” yang baharu dan menarik boleh
didapati dalam tulisan Ismail Noor dan Muhammad Azaham, “The

Malays Par Exellence…Warts and All” (Pelanduk Publications, 2000).
Dalam tulisan tersebut dinyatakan bahawa Melayu itu ialah:
“The Malay is a practising Muslim, residing in Malaysia, whose roots go
back to his ancestors of the Old Malacca Empire and of those who were
the sons of the soil in the other parts of the Malay archipelago ,
stretching as far back in history as 3000 B.C. The Malay is endowed with
a cultural heritage that has made him known as ‘the gentleman of the
world’ The Malay lives in a sangunie environment that is free from the
vagaries of the weather and the harshness of the natural calamities.The
grace that God the Almighty has bestowed upon the Malay has
moulded him into a person who follows the path of temperance,
making him a gentle and considerate person.His attributes and
personality are clearly reflected even in the fine art of Malay cultural
dance , which is expressed in slow and graceful movements depicting
his affinity with the peaceful surroundings.The Malay is also a
wonderful and gracious host to his guests, and this has been depicted in
the writings of not a few Westerners, at times putting him at a
disadvantage position when dealing with others.But over time, he has
also learned to manage his boundaries, be they physical or
psychological, well. The modern Malay is suave, savvy, enterprising and
values-driven.The globalised world will be his next battleground”. (11).

Ada beberapa perkara penting dan menarik dalam kenyataan yang
mempunyai makna yang mencakupi di atas:

· Melayu yang mengamalkan agama Islam

· diam di Malaysia, yang akar umbi keturunannya sampai kepada
mereka di tamadun Melayu Kesultanan Melaka,

· juga pribumi dalam bahagian-bahagian lain Dunia Melayu yang
alamnya dalam sejarah menjangkau masa sampai 3000 S.M.

· mempunyai warisan budaya yang menjadikannya terkenal orang
yang mempunyai peribadi yang bermaruah tinggi dan beradab sebagai
“gentleman” di dunia

· hidupnya dalam alam sekitar tanpa gangguan-gangguan iklim yang
keras

· alam sekitar tabi’I yang bukan terganggu dengan kebencanaan-
kebencanaannya

· Dengan kurnia Tuhan ia menjadi peribadi yang mengawal keinginan,
sabar, lemah lembut, bertimbangrasa

· Ciri-cirinya terbayang sampai ke dalam seni halus tarian budayanya
yang bertertib, tidak tergesa-gesa, dan indah, menggambarkan
keserasiannya dengan alam sekitar yang aman damai.

· peribadi yang melayan tamunya dengan pemurah dan baik budi,
yang diungkapkan dalam karangan Orang Barat yang bukan sedikit,
kadang-kadang menyebabkan ia berada dalam keadaan merugikannya
dalam menghadapi orang lain.

· Dengan berlalu masa ia mendapat pelajaran bagaimana mengurus
sempadan-sempadannya samaada yang fisikal atau kejiwaan

· Melayu moden beradab, berdiplomasi, canggih, bersikap
keusahawanan, terpandu oleh nilai-nilai unggul

· Dunia globalisasi medan juangnya yang akan dihadapinya. .

Kalau kita hendak berbicara tentang pemerkasaan identiti Melayu ini
dalam erti ketamadunan dan budaya maka konsep yang paling sentral
yang boleh digunakan ialah konsep ‘asabiyyah Ibn Khaldun rh
sebagaimana yang dihuraikannya dalam “al-Muqaddimah”.

Secara ringkasnya pada Ibn Khaldun walaupun ‘asabiyyah itu asalnya
bermula dengan mereka yang ada hubungan ethnik, kemudian
maknanya diperluas untuk merangkumi mereka yang berada bersama-
sama dengan mereka yang asal itu dalam pengelaman hidup dan mati,
susah dan senang; dengan itu timbul kesetiakawanan antara mereka
yang menimbulkan kekuatan yang mendatangkan kekuasaan dan
pemerintahan serta kejayaan dalam penjayaan agama dan hidup
ketamadunan dan budaya. Beliau mempertahankan ‘asabiyah demikian
dengan merujuk kepada hadth yang bermaksud “Allah tidak
membangkit seorang nabi melainkan baginda berada dalam lindungan
kekuatan bangsanya”. Beliau juga merujuk kepada hadith berkenaan
dengan khilafah yang bermaksud:”Khalifah-khalifah itu hendaklah dari
golongan Quraisy”. Beliau menafsirkan bahawa maksud Quraisy itu
bukan hanya bermakna Quraisy kabilah Nabi saw tetapi maksudnya
ialah mana-mana bangsa yang mempunyai rasa ‘asabiyah yang kuat
sebagaimana Quraisy itu dahulunya mempunyai ;asabiyah yang kuat
yang menyebabkan pimpinan mereka berjaya.(12).Theori ‘asabiyyah

Ibn Khaldun ini perlu dimenafaatkan di Dunia Melayu bermula dengan
Malaysia demi untuk menimbulkan perpaduan yang kental dan
kerjasama yang berkesan dalam membina budaya dan tamadun, dan
bangsa-bangsa lain diajak bersama dalam kerjasama dan perpaduan
sedemkian ini.Ini boleh diambil contohnya daripada usaha Nabi saw
yang menyatupadukan Arab Muslimin awal itu di Madinah, kemudian
mengajak pihak lain yang berlainan agama dalam “satu ummat” untuk
mempertahankan Madinah bersama.

Globalisasi:
Sebagai fenomena budaya semasa ia memaksudkan keadaan yang di
dalamnya kadar interaksi manusiawi sedemikian bertambah banyaknya
sampai ke tahap kesan-kesan utama atau primarinya dan reaksi-reaksi
yang timbul daripada provokasinya, yang menimbulkan perkembangan-
perkembangan baru.(13).
Ia digerakkan oleh beberapa faktor seperti globalisasi teknologi, politik,
ekonomi. Tiga penggerak utama ini memulakan proses yang kerananya
maka jarak jauh segi geografi semakin kurang menjadi faktor dalam
mengadakan dan meneruskan laluan sempadan negara-negara,
hubungan jarak jauh dalam ekonomi, politik, dan sosio-budaya.Ini
semua disebutkan sebagai globalisasi.

Maka wujudlah suasana saling hubung menghubungi dan perlu
memerlukan antara golongan manusia dan kemudiannya secara
potensinya bersifat menjadi laluan sempadan yangn bersifat sejagat.
Secara potensi menjadikan segalanya bersifat antarabangsa dalam
hubungan dan keadaan saling memerlukan, yang menimbulkan kesan-
kesan demokratik, persekitaran, keselamatan, dan ada pula yang
menimbulkan kesan-kesan negatifnya dari segi sosial seperti perubahan
dalam sikap dan kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran.
Bagaimanapun ada pula yang positifnya dalam erti ia memasukkan
semua golongan manusia ke dalam masyarakat dunia antarabangsa dan
menimbulkan sistem-sistem baharu dalam pengurusan dan
pentadbiran dalam sistem global dan masyarakat madani global.(14).

Antara definisinya yang boleh digunakan untuk perbandingan
ialah:”Globalisasi merujuk kepada semua proses-proses yang
dengannya maka manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk
menjadi satu masyarakar dunia, masyarakat global” (Martin Albrow,
1990). Atau ia “…boleh ditakrifkan sebagai proses menjadikan
intensifnya hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan
tempat-tempat yang jauh dengan sedemikian rupa sehingga peristiwa-
peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa (lain ) yang

berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau
sebaliknya…”(Anthony Giddens, 1990).

Ciri-ciri globalisasi ini termasuklah antaranya menantarabangsakan
pengeluaran, pembahagian buruh, atau tenaga, gerak perpindahan
antarabangsa dari Selatan ke Utara, dan menimbulkan alam sekitar
baharu yang penuh bersaing.ptroses mengantarabangsakan negara,
menjadikan negara sebagai agensi-agensi dunia yang sedang
melaksanakan globalisasi (Robert Cox, 1994).

Ada seginya pula yang menyebabkan globalisasi ditakrifkan sebagai
“…apa yang kita sebutkan dalam Dunia Ketiga beberapa abad lamanya
sebagai penjajahan (colonization)” (Martin Khor, 1995).

Globalisasi juga antara mendapat respon daripada kalangan pimpinan
Malaysia yang menyebutkan bahawa apa yang diperlukan bukannya
globalisasi sepenuhnya, sebagaimana yang berlaku di Barat, tetapi
globalisasi yangt mengambil kira kepentingan negara masing-masing,
sebab kalaulah dibiarkan globalisasi berlaku sepenuhnya maka usaha-
usaha syarikat-syarikat tempatan yang memerlukan pembelaan terlebh

dahulu untuk menjadi maju akan tewas, dan kepentingannya terjejas,
dan akan berlakulah kegagalan. Dan disebutkan bahawa kalau dalam
negara diperlukan pembelaan terhaap sesuatu golongan demi untuk
mewujudkan keadilan sosial dalam negara, maka golongan lemah tidak
akan mendapat pembelaan,sebab globalisasi yang dibiarkan berlaku
sepenuhnya hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang besar-besar
dan kaya raya, dan syarikat-syarikat baharu yang hendak maju dalam
negara-negara sedang membangun akan tewas; dengan itu yanhg kaya
bertambah kaya an yang miskin bertambah miskin.(15)

Juga dimajukan pendapat bagaimana mereka yang di negara-negara
maju mahu pemindahan modal sahaja secara bebas untuk menjayakan
globalisasi, tetapi tenaga manusia tidak mahu dipindahkan
sedemikian.Dengan itu maka bila modal luar ditarik dengan mengejut
negara yang berkenaan akan menjadi bangkrup.Ini bukannya senario
yang menguntungkan.(16).

Pendapat sedemikian ini perlu diberi pertimbangan antara yang paling
serius dalam membina ekonomi yang adil dalam negara-negara
membangun dalam menghadapi globalisasi.

Ada juga kecenderungan yang timbul untuk melihat bahawa dalam
dunia globalisasi yang penuh itu maka nampaknua dunia dikontrol
hanya oleh tenaga-tenaga pasaran bebas yang menyebabkan akhirnya
dunia menjadi mangsa kerakusan manusiawi yang muncul melalui
syarikat-syarikat gergasi multinasional yang sampai seolah-olah menjadi
gergasi-gergasi yang mendominasi kerajaan-kerajaan. Dan ini
menjadikan dunia berada dalam bahaya dalam banyak segi yang asasi.

Menarik juga kenyataan-kenyataan yang perseptif oleh Chandra
Muzaffar dalam “Globalisation and Religion: Some Reflections” (17) bila
beliau menyebut beberapa aspek positif dan negatifnya dari globalisasi
itu: iaitu yang positifnya seperti:

· terbukti pelaburan asing secara langsung (“foreign direct
investment” -FDI) yang mengurangkan kemiskinan mutlak dalam
beberapa negara

· pengembangan perdagangan dan pelaburan asing yang
menambahkan mobiliti sosial dan menguatkan klas menengah dalam
masyarakat

· adanya setengah teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi
baru yang membantu dalam mendapatkan maklumat dari jarak jauh
untuk pendidikan dan membantu rawatan pakar dalam perubatan
untuk mereka yang jauh dari kota-kot besar

· menjadikan komunikasi lebih senang, cepat dan murah

· menyenangkan ahli-ahli agama dan budaya yang pelbagai saling
kenal mengenali antara satu sama lain

· membolehkan manusia menunjukkan dan membuktikan simpati
dan kasihan belas kepada mereka yang terkena malapetaka yang
disokong oleh ajaran agama

· menonjolkan ke depan isu-isu seperti pemerintahan undang-
undang, tanggungjawab awam, hak-hak manusia, dan lain-lain isu yang
menyentuh pengurusan yang baik (“good governance”).

· membantu dalam membicarakan hak-hak dan kedudukan wanita

Dan yang negatifnya beliau sebutkan, antaranya:

· kemerusutan alam sekitar dalam wilayah Asia-Pasifik kerana kerja-
kerja badan-badan korporat transnasional dan syarikat-syarikat
tempatan menebang hutan-hutan dalam pembalakan

· walaupun globalisasi mengurangkan kemiskinan mutlak, kerana
pros4es globalisasi jurang antara yang kaya dan yang miskin semakin
meluas, kerana pembangunan yang berlaku tidak seimbang

· setengah negara terpaksa meletakkan prioriti kepada keperluan-
keperluan asas seperti elektrik dan air dan pendidikan untuk semua
tidak menjadi prioriti utama; soal keuntungan syarikat-syarikat besar
diutamakan daripada maslahat kehidupan negara-negara miskin

· kemasukan modal asing dengan cepat dan menyemarakkan
ekonomi dengan cepat boleh mendatangkan malapetaka bila modal
keluar dengan cara yang cepat pula, seperti yang berlaku di Asia
Tenggara dalam tahun 1997.

· Bertambahnya proses menggunakan teknologi canggih
menyebabkan berlaku pengangguran termasuk di Utara


Click to View FlipBook Version