JALAN PINTAS
Menemui Cinta Di Taman
Perbukuan
Penyusun
Khalil Jibril
1
“Mencatat baris-baris tulisan dan disulami
untuk difahami oleh diri”
2
Kandungan
PENGENALAN
BAB 1 ASHIK MENARI DALAM ALAM BACA
BAB 2 MENEMUI ADAB DALAM TAMAN PERBUKUAN
BAB 3 BERTEMAN SEPILIS DI TAMAN PERBUKUAN
BAB 4 BERMULANYA SEORANG SEKULARIS
BAB 5 BENTENG MENANGANI SEPILIS
BAB 6 AKU MAHU MENJADI SEKULARIS
BAB 7 PENYELEWENGAN INTELEKTUAL SEKULAR DAN ULAMAK
BAB 8 KEBUDAYAAN BARAT
BAB 9 HIKAYAT BERSIKAP
BAB 10 REHLAH BAKAL ULAMA DI TAMAN PERBUKUAN
BAB 11 ALAM MAHASISWA: PERAHU MASA DEPAN
BAB 12 MENYANTUNI ALAM POLITIK BAB 13
BAB 14 MEMEKAR CITA-CITA DALAM ALAM TULIS
3
Pengenalan
Ilmu > Keyakinan/iman > Pandangan Alam > Keputusan/Tindakan/Amalan
Tulisan ini gambaran pengalaman membaca hamba Allah yang faqir dan hina ini. Satu pengembaraan
mencari hakikat kebenaran dalam kehidupan, identiti dan jatidiri. Walaupun tiada amal yang istiqamah
dan kemantapan TAQWA serta kekurangan dalam Pandangan Alam, sekurang-kurang pembacaan ini
membentuk pendirian hamba Allah yang faqir ilmu dan amal ini.
Tulisan ini juga mengandungi nasihat, cita-cita dan harapan untuk anak-anak meneruskan
kehidupan mereka agar lebih tauhidik. Bacalah al Quran, hadam, hayati, amal dan istiqamah
mengamalkan al Quran. Al Quran itu sumber cara hidup kita sebagai muslim. Al Quran itu pandangan alam
kita sebagai manusia. Turuti al Quran dan as Sunnah. Hidup-mati dengan al Quran dan as Sunnah.
Jalan Pintas adalah kesinambungan kerisauan seorang ayah terhadap krisis taqwa-iman,
kebejatan akhlak, keherotan Pandangan Alam anak muda yang terbabas ketika mencari identiti. Jalan
Pintas memberi panduan untuk anak muda mengapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Anak muda tidak
perlu berfikir panjang untuk menapis antara kebenaran dengan kesesatan.
Khalil Jibril
14/9/19
Tanah Putih, Pekan, Pahang.
4
BAB 1
ASHIK MENARI DALAM ALAM BACA
Intelektual Rakyat
Dalam tradisi Melayu, cerdik pandai lebih dikenali sebagai Pujangga manakala dunia hari ini sebagai
sarjana atau intelek. Pujangga ialah pengarang yang agung dan tinggi mutunya dan ia juga dikenali sebagai
ahli fikir atau ahli bahasa. Pengarang pula bermaksud pengubah, pencipta dan penyusun.
Pujangga dalam tradisi Melayu adalah tradisi keilmuan dari Istana. Dalam Alam Melayu ketika itu,
pujangga dan ulama merupakan penasihat utama Sultan selain para ‘menteri’ diketuai Bendahara.
Pada hari ini, masyarakat kita dikhayalkan bahawa intelektual ialah manusia berPhD mendapat
kelulusan tertinggi di universiti, banyak baca buku dan memiliki kemahiran, pakar dan profesional dalam
bidangnya. Oleh itu, intelek menjadi kelompok eksklusif yang bertapa di universiti dan bercakap dalam
forum-forum TV dan sesetengah mereka menjadi popular sebagai selebriti TV.
Anak muda yang mahu berjinak-jinak dengan pembacaan dan diskusi pula dikatakan pseudo-
intelektual. Pada hemat saya, tiada konsep pseudo intelektual bagi seorang pencari ilmu atau pembaca
kerana setiap individu mempunyai tahap kemampuan intelektual yang tersendiri berdasarkan
latarbelakang pendidikan, pembacaan, pengalaman dan interaksi mereka. Pseudo-intelektual yang
sebenarnya dalam kalangan terpelajar terutamanya yang berPhD, elitis berbudaya-bangsawan dan
pensyarah universiti. Adakah patut kita menghina seorang pembaca muda setelah kita mempunyai
kelulusan PhD? Mereka berPhD bermula daripada mana?.
Ali Shariati menyatakan ‘pemikir reformasi celik’ merupakan individu yang mempunyai
tanggungjawab dan misi sosial dalam masyarakat. Pemikir celik bertanggungjawab memberi kesedaran
kepada masyarakat umum serta memberi kepimpinan intelektual dan sosial kepada mereka.
F. A. Hayek menyatakan Intelektual bukan semestinya orang pintar. Perkara yang dia miliki ialah:
1. keupayaan untuk bercakap/menulis tentang pelbagai subjek; dan
5
2. cara untuk mengenal gagasan-gagasan baru lebih awal daripada khalayaknya.
Menurut Syed Husein Alatas pula, intelektual ialah orang yang memusatkan diri untuk memikirkan
idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya. Dalam buku
Intelektual Masyarakat Membangun, karangan Dr Syed Husein Alatas, beliau telah menyatakan 4 ciri sifat
intelektual iaitu
1. dapat mengenal pasti dan mengajukan permasalahan yang timbul dalam masyarakat;
2. mampu mentakrifkan permasalahan dihadapi masyarakat;
3. mampu untuk menganalisis permasalahan tersebut;
4. mereka juga mampu untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat tersebut dengan
menganjurkan solusi yang relevan dan berkesan.
Pramoedya Ananta Toer menyatakan kaum intelektual adalah kaum yang menempatkan nalar
(pertimbangan akal) sebagai kemampuan pertama yang diutamakan yang melihat tujuan akhir upaya
manusia memahami kebenarannya melalui penalarannya.
Menurut Edward Said, orang intelektual adalah ‘pencipta sebuah bahasa yang benar kepada yang
berkuasa’. Menurutnya lagi, orang intelektual pada hakikatnya adalah mengenai pengetahuan dan
kebebasan. Kebebasan tanpa terikat dengan kehendak dan kepentingan pihak tertentu.
Sasterawan Negara Dato Usman Awang pula menyatakan orang intelektual boleh dicirikan kepada 4
seperti di bawah;
1. Orang yang punya ilmu pengetahuan dan otak yang sentiasa memperkembangkan ilmu
pengetahuannya sesuai dengan perkembangan ilmu zaman; Ilmunya tidak basi.
2. Sentiasa berfikir dan menyumbangkan dan mengembangkan ideanya.
3. Orang yang mempergunakan ilmu dan ketajaman fikirannya untuk mengkaji, menganalisa,
merumuskan segala perkara kehidupan manusia- untuk mencari kebenaran dan menegakkan
kebenaran.
4. Orang yang mengenal kebenaran dan berani memperjuangkan kebenaran, orang yang mengenal
kebebasan dan berani memperjuangkan kebebasan meskipun mendapat tekanan dan ancaman.
6
Jelas, peranan orang intelektual ialah pengupayaan daya fikir untuk menyediakan alternatif
menyelesaikan permasalahan rakyat.
Orang Intelektual sebenar adalah orang intelektual berada bersama masyarakat dengan melakukan
pengislahan dan kesedaran kepada mereka.
Orang Intelektual tanpa PhD dan tanpa jawatan sebagai pensyarah perlu diramaikan dalam
masyarakat untuk menyedarkan dan mengislah masyarakat.
Orang Intelektual tanpa PhD memerlukan organisasi yang boleh memobilasikan gagasan pemikiran
mereka secara praktis dalam menyedarkan dan mentransformasikan pemikiran dan sikap rakyat jelata.
Ia bukan setakat berdiskusi dalam kumpulan diskusi kecil tetapi bergerak dalam masyarakat secara
khidmat masyarakat, kebudayaan dan berkebajikan di kawasan yang bersifat mikro.
Zhuge Liang, seorang intelektual China semasa di kampung telah menabur jasa dengan akal beliau.
Beliau mencipta alat bagi memudahkan urusan orang kampung. Teringat waktu dulu, para guru di
kampung merupakan kelompok yang aktif menghidupkan UMNO, JKKK dan persatuan belia di kampung.
Inilah intelektual rakyat yang mengupayakan kampung.
Siapakah orang intelektual pada hari ini yang berada dalam masyarakat dan berjuang isu-isu
masyarakat?
Ulama Adalah Intelektual Rakyat
Tradisi Islam, sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke saat ini, para ulama Islam sering berada bersama
dalam lingkungan masyarakat. Misi Kenabian untuk peningkatan diri dan orang terdekat manakala Misi
Rasul untuk kaum lingkungannya. Misi Nabi-Rasul ini adalah sebuah gerakan rakyat yang bergerak dalam
masyarakat. Menariknya, sebelum Zaman Nabi Muhammad SAW, misi-rasul hanya lingkungan masyarakat
atau kaum sahaja berbanding Zaman Rasulullah SAW untuk umat seantero alam sehingga Hari Kiamat.1
1 Surah Ali Imran: 49.
7
Pengaruh ulama dalam masyarakat Islam sangat besar setaraf dengan pemimpin politik.
Dalam tradisi Melayu-Islam, kita akan ketemui istilah seperti Makhdum dan Maulana pada
pangkal nama seseorang ilmuwan Melayu-Islam. Ilmuwan sangat dihormati dalam kepimpinan Kerajaan
Melayu. Keilmuan dipandang tinggi dalam Kepimpinan Melayu, ‘....hendaklah raja itu berilmu. Jika tiada
ilmu hendaklah bersahabat dengan orang yang berilmu’. Maksudnya, Raja memerlukan penasihat dalam
kalangan ilmuwan jika mereka tidak memiliki ilmu pengetahuan.
Realitinya, para ulama adalah intelektual rakyat. Mereka bukan sahaja menyedarkan rakyat tetapi
memimpin perjuangan menentang penjajah seperti Tuan Guru Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut.
Ada kalangan mereka menjadi pemerintah seperti Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu.
Agamawan [baca: lulusan agama] boleh menjadi ‘intelektual rakyat’. Permasalahan utama
agamawan ialah cara berfikir dan sikap mereka.2 Paling terkesan apabila sikap mereka terhadap konsep
ilmu, sikap mereka terhadap perkara khilaf dan menjadikan agama sebagai modal atau hujah untuk
kepentingan nafsu diri mereka.
Agamawan muda perlu berusaha mencontohi para ulama terdahulu. Tambahi ilmu dengan
banyak membaca pelbagai genre pemikiran kerana zaman ini memerlukan anak muda melengkapi diri
mereka dengan ilmu dan hikmah untuk melaksanakan dakwah Islami. Keterlibatan agamawan muda
dalam Alam Khilaf yang tidak berkesudahan memperlihatkan kepada kita betapa celaru dan kelirunya
perjuangan dakwah Islam pada masa akan datang.
Oleh sebab itu, masyarakat memerlukan para ulama Ulul Albab bersifat Quranik, Ensiklopedik dan
Ijtihadik.3 Tiga sifat Ulul Albab memerlukan kuncinya iaitu konsep IQRA yang berpaksikan kepada tiga
tunjang iaitu
1. Baca dengan nama Tuhan
2 Model Intelektual ISTAC [2015- CASIS, INSIST] zaman Syed Muhammad Naquib al Attas perlu digerakkan semula dalam usaha
melahirkan ulama-sarjana Islam yang berkualiti iman dan ilmiah serta berwibawa untuk menangkis serangan pemikiran musuh
dan pembaratan.
3 Sebagaimana konsep Sekolah Menengah IMTIAZ di Terengganu.
8
2. Menulis
3. Mengajar
Konsep IQRA mendidik kita ‘membaca dengan nama tuhan’ iaitu membaca penuh kesedaran tentang
keagungan dan kehebatan Tuhan Yang Hak. Membaca bukan untuk menidakkan Tuhan tetapi membaca
untuk mendekati Tuhan. Selepas kita tahu, barulah kita tulis dan mengajar.4
Tahu belum tentu amal
Amal belum tentu istiqamah.
Dalam krisis iman dan taqwa
iman menjadi tidak menentu dan kacau
iman berbolak balik pada saat pagi dan petang
tanpa pendirian dan istiqamah.
Ulama
Pewaris Nabi
mencontohi Rasulullah
dalam semua aspek.
Pencinta Ilmu Bukannya Pencipta Ilmu
Affandi Hassan dalam Novel Pujangga Melayu mengatakan, ‘beza pencipta ilmu dengan pencinta ilmu
ialah pencinta ilmu suka menikmati taman-taman indah bukan pembina taman indah’.
Penulis bukan sekadar memiliki nama yang harum, dikenali dan popular. Penulis memerlukan
wibawa. Penulis popular namanya bersifat fenomena tetapi mudah lodoh. Penulis wibawa mencaturi
zaman dengan pengaruhnya berpanjangan sepanjang zaman. Penulis popular boleh buat duit dan
mencipta nama tetapi penulis wibawa memandaikan pembaca dan mengislah rakyat.
Wibawa hasil daripada keilmuan, pengalaman dan perjuangan seseorang penulis dalam
masyarakatnya. Penulis Wibawa sebagaimana Sasterawan Negara, Usman Awang yang menukilkan,
‘seorang penulis adalah pemikir yang tidak henti-hentinya, seorang pencari yang tidak pernah puas,
4 Surah al Alaq: 1-5.
9
seorang peneliti yang selalu ingin tahu dan seorang peneroka dan pentafsir zaman’. Penulis Wibawa
seperti yang dinyatakan oleh T. Alias Taib, ‘Aku pembeli masalah orang, menyusunnya menjadi kata-kata
dan menjualnya kepada pemikir’. Dua gambaran sifat penulis wibawa yang dinukilkan oleh dua tokoh
penulis tersohor negara Malaysia.
Menulis adalah anugerah kerana ilham bagaikan unta liar yang sukar ditambat. Buya Hamka
berkata, ‘mengarang dulu dengan ilham. Tulis apa yang kau lihat, alami dan rasakan, baru kemudian kau
lengkapi dengan bacaan’.
Buku yang baik ditulis sempurna oleh penulis yang mempunyai ilmu mendalam dan berwibawa.
Oleh sebab itu, penulis lebih selesa menjadi pencinta ilmu atau pembaca setia kerana tulisan berautoriti
sudah ada tuannya.
Mencari HIKMAH: Pendakwah Bukannya Penghukum
Seorang pemuda bertanya kepada Syeikh Muhammad al Ghazali, ‘Apakah HUKUM orang yang
meninggalkan solat?’ Syeikh Muhammad al Ghazali menjawab, ‘hukumnya, kamu ajak dan pimpin dia ke
masjid!’ [Sumber: Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM Malaysia]
Pada hemat penulis, hikmah itu pada meletak sesuatu perkara pada tempat yang betul dan pada
saat yang betul. Hikmah itu intinya adalah keadilan. Perkara yang betul dan benar tanpa hikmah, ia akan
kelihatan tidak benar dan menjerumuskan kebenaran tersebut ke dalam lubang fitnah. Menurut Syed
Muhammad Naquib al Attas, hikmah ialah mengetahui dan mengenali bagaimana cara meletakkan ilmu
apa di tempat mana. Hikmat adalah petunjuk hidayah daripada Allah.5 Hikmah barang yang hilang dalam
kalangan pendakwah Islam. Mereka suka menghukum bukannya menghulurkan kasih sayang kepada
pihak musuh.6 Selagi tiada pencerobohan fizikal atau bersenjata, layanilah musuh dengan pendekatan
berhikmah.
Pendakwah Islam, agamawan dan umat Islam perlu menjauhi ketaksuban, fitnah, kebencian,
kekasaran dan segala sifat buruk dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dengan masyarakat
5 Surah al Kahfi: 57
6 Surah Ali Imran: 159
10
bukan Islam. Kebencian masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan umat Islam jangan dibalas dengan
kebencian, namun hulurkan kasih sayang sebagaimana Rasulullah SAW melayani wanita tua Yahudi yang
seringkali cuba menyakiti baginda. Kita perlu menjadi sebagaimana buah mempelam yang dilempari batu
tetapi mengugurkan buah yang ranum.
Sempadan Akal
‘Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke
tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka
bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya’ [surah At Tin: 4-6]
Manusia adalah sifatnya yang paling baik apabila dia percayakan Allah [dengan keyakinan
sungguh-sungguh]7 dan dengan taat mematuhi suruhanNya dan paling rendah apabila manusia hilang
keyakinan kepada Allah SWT.
Manusia merupakan mahkluk Allah yang terbaik kerana diberikan maruah, ilmu dan akal.
Tugasnya menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah di bumi.8 Maknanya manusia boleh mengatur
kehidupan mereka sendiri selagi mengikuti ajaran dan peraturan yang ditentukan oleh Allah iaitu pencipta
manusia dan alam. Ajaran dan peraturan tersebut dikenali syariat.9
Affandi Hassan dalam novelnya Pujangga Melayu menukilkan, ‘menggunakan akalmu memikir
perkara-perkara yang memberi manfaat, perkara-perkara yang boleh menjadikan kamu LEBIH YAKIN dan
lebih bertaqwa. Untuk itu kamu harus mendidik dirimu mengenal sempadan akalmu’.
Jelas Affandi lagi, untuk mengenal sempadan akal10 kita perlu jelas tentang tiga perkara iaitu teori
ilmu [epistemologi] iaitu sumber ilmu, tujuan ilmu dan sempadan ilmu. Dasar epistemologi, bahawa Islam
adalah kebenaran mutlak. Sumber ilmu Islam terbahagi empat iaitu al Quran, al Sunnah, pengalaman dan
akal. Epistemologi Barat berasaskan keraguan,11 hipotesis, ramalan, jangkaan, tidak mutlak dan lain-lain.
7 “Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika tidak, yakinlah bahawa Allah pasti melihatmu” [Riwayat Muslim]
8 Surah al Baqarah: 30.
9 Surah al Jathiyah: 18
10 Surah al A’raf: 179
11 49: 12
11
Kemudian keduanya, mengetahui hakikat insan, hakikat diri kita, asal usul kita, tujuan dan ma’na
hidup.12 Ketiga, hakikat amal13 iaitu dengan menilai segala tindakan kita sama ada benar atau tidak di sisi
Allah SWT. Teliti betul-betul amalan agar tidak menjadikan amalan tersebut sia-sia dan merosakkan diri
sendiri.
Penilaian ke atas tindakan supaya tidak menjadi sia-sia dan merosakkan iman dan diri sendiri ialah
[1] perbuatan tersebut betul atau salah di sisi agama, [2] niat kerana Allah dan [3] betul mengikut syariat.
Sumber penilaian adalah al Quran dan al sunnah dijadikan sebagai hakim dalam menilai betul atau salah
tindakan kita.14
Kemudian kita akan melihat sejauh mana kita mengakuri keputusan dan penilaian agama Islam
terhadap tindakan dan amalan kita. Jika kita salah, adakah kita mengakuri kehendak agama Islam?.
Sempadan akal itu adalah batasan bagi akal agar tidak melepasinya. Ia adalah satu peraturan
berfikir atau had berfikir. Kata Imam Shafie, “Akal mempunyai batas tempatnya berhenti sama seperti
penglihatan mempunyai batas tempatnya berhenti”.
Tulis Buya Hamka, orang yang berakal merindui tiga perkara iaitu
1. menyediakan bekal untuk hari kemudian
2. mencari kelazatan buat jiwa
3. menyelidik erti kehidupan
Mengendap Kepelbagaian Genre Bacaan
Kamu boleh membaca pelbagai buku selagi kamu mempunyai pandangan sarwajagat Islam yang boleh
menapis segala kemungkaran, maksiat dan sifat anti-Tuhan dalam setiap bahan bacaan. Punbegitu,
bacaan terbaik ialah bahan bacaan yang paling bermanfaat [sudah tentu al Quran dan hadith serta
pengkajian tentangnya]15 dan boleh mengislah diri menjadi insan yang lebih baik.
12 Surah Fussilat: 53
13 Surah al Isra’: 21
14 Surah al An’am: 114
15 Mengambil iktibar daripada Surah al Ahqaf: 29-32, Surah al Jin: 1.
12
Pada hemat saya, seorang pembaca yang mahu mencari kebenaran sentiasa berdoa agar dirinya
menemui kebenaran16 boleh membaca pelbagai bahan bacaan walaupun bertentangan dengan Islam.
Penulis yakin, mereka seperti ini akan kembali kepada Islam jika mereka meluruskan niat mereka untuk
mencari kebenaran dan akur kepada kebenaran tersebut.
[1]Membaca untuk tahu, [2] membaca untuk perubahan dan [3] terperangkap dalam pemikiran
bahan bacaan. Tiga perkara yang perlu dibezakan. Membaca bahan bacaan sosialisme umpamanya belum
tentu menjadi sosialis tetapi ruang dan peluang untuk terpengaruh dengan sosialisme sangat terbuka.
Manusia dididik [1] secara sedar dan [2] secara tak sedar terperangkap dalam acuan
kemungkaran yang tersedia. Perkara [2], seseorang boleh terperangkap dalam acuan Kebudayaan Barat
melalui pembacaan, filem, muzik dan sebagainya. Kebudayaan Barat bertunjangkan Kebudayaan Kristian-
Yahudi, Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.
Membaca sebanyak mana hasil karya sarjana Barat sekalipun, akhirnya kita akan ketemui sifat asasi
kerangka pemikiran Kebudayaan Barat iaitu;
1. Penolakkan kehadiran Tuhan dan campurtangan agama dalam urusan kehidupan manusia seharian [Ekonomi, Politik
dan Sosial].
2. Pemujaan terlampau tinggi terhadap diri manusia – akal, badan, kebolehan dan psikologi.
3. Materialistik atau kebendaan.
4. Dualisme dan Dikotomi
5. Individualistik
6. Kekeliruan dalam konsep ilmu dan kehilangan keadilan
7. Kesatuan, Persamaan dan Samarata
8. Tiada kemutlakkan – ragu meragu, duga-menduga, berubah-ubah, hipotesis, sentiasa berwacana tanpa kesudahan dan
hilang ketetapan.
9. Kebebasan dan pragmatisme
10. Trajedi dan mencari kebahagiaan palsu
16 Surah al Maidah: 16. Bacaan utama merangkap wajib adalah al Quran dan kitab hadith. Hanyalah al Quran dapat menyuluh
kebenaran. Tanpa al Quran, segala bacaan dan tindakan kita bersifat khayali kerana diikat oleh kehendak akal dan emosi yang
palsu.
13
Kita perlu merenung bahan bacaan atau buku yang bertentangan dengan Islam. Renung-fikir ini
membolehkan kita mengkaji dan insaf bahawa manusia mempunyai kelemahan. Tulis Buya Hamka, ‘yang
mutlak hanyalah wahyu Allah SWT ‘.
Membaca pelbagai genre pemikiran tidak salah, tetapi yang salahnya ialah terjerumus ke lubang
kemungkaran dan syirik hasil daripada pemikiran tersebut.
Membina Pandangan Sarwajagat Bertunjangkan Tauhidik
Bergantung kepada Yang Satu,
Berpegang kepada Yang Esa
Tuah Hidup sempurna hidup
Hidup Berakal mati beriman
Malang hidup celaka hidup
Hidup tak tahu halal-haram.
Aliran pemikiran ciptaan manusia seperti Pluralisme Agama, Islam Liberal dan Sosialisme semakin
membiak pesat dalam kalangan masyarakat terpelajar jika tidak dibanteras akan menjadi anutan yang
mengherotkan pemikiran.17 Mereka merupakan kelompok modenis yang bercitrakan Islam. Mereka
mencipta alasan untuk menghalalkan pemahaman mereka terhadap aliran pemikiran tersebut. Pluralisme
Agama dikatakan Pluraliti, Liberalisme dikatakan hanya Liberalisasi Ekonomi dan Politik bukannya
Liberalisme Kepercayaan.18
Ciri-ciri kelompok modenis ialah mereka menentang dan memberontak terhadap agama dan nilai
rohani bawaan agama. Dalam konteks modenis Islam, mereka tidak berpuas hati dengan Islam yang
diterima umum oleh masyarakat setempat. Mereka mahu Islam mengikut kehendak nafsu19 dan
kepentingan diri serta kelompok mereka sahaja.
17 Pembanterasan melalui dialog, muzakarah dan ziarah. Kita boleh mengkaji, membaca atau mengambil unsur-unsur yang tidak
menyalahi al Quran dan al Sunnah daripada pemikiran ciptaan manusia tetapi tidak boleh mengambilnya sebagai ideology
panutan mengantikan agama Islam atau memcampur adukkan dengan Islam.
18 Sesungguhnya kita akan melakukan apa yang kita fahami dan yakini. Kefahaman dan keyakinan inilah yang perlu dirujuk kepada
al Quran dan al Sunnah kerana ia terhasil daripada ilmu yang membentuk pandangan sarwajagat seseorang manusia seterusnya
dipraktiskan dalam tindakan mereka. Jangan sampai kefahaman dan keyakinan ini HANYA bersumberkan akal sahaja dan
mengikuti kehendak nafsu semata-mata. Islam tiada masalah dalam pengunaan akal, cuma cara bagaimana akal itu digunakan
sehingga ada yang mengunakan akal untuk menidakkan Tuhan dan syariatNya.
19 Surah an Nisa: 135
14
Permulaan mereka untuk mengislah umat Islam akhirnya menjerumuskan mereka dalam
perangkap pemikiran Barat.
Menurut Wan Mohd Ali, modenis cuba menundukkan tradisi kepada kemodenan supaya menjadi
harmoni dengan kemodenan. Nabih Amin Faris menyatakan ‘mereka cuba mengkaji dan mentafsirkan al
Quran berdasarkan kebudayaan Barat yang mereka anuti’. Justeru, mereka mahu Islam mengikut
kehendak Barat.
Pandangan sarwajagat Islam lahir daripada pancaran konsep-konsep dasar yang terdapat dalam
wahyu. Konsep-konsep dasar perlu dikaji dan digali untuk mendapat rahsianya.
Asas utama pandangan sarwajagat Islam ialah kalimah syahadah. ‘Tiada tuhan melainkan Allah’.
Menurut Ismail al Faruqi, Allah yang bermaksud ‘Tuhan’ yang mengisi tempat utama dalam kehidupan,
tindakan serta pemikiran setiap muslim.
Dalam ungkapan Melayu, pandangan sarwajagat Islam juga dititik-beratkan, ‘Bergantung kepada
Yang Satu, Berpegang kepada Yang Esa’. Dua baris ungkapan Melayu ini mengambarkan tauhid seorang
Melayu-Islam.
‘Hidup Berakal mati beriman’. Ungkapan Melayu ini mengambarkan tujuan dan ma’na kehidupan
seseorang manusia. Kehidupan di dunia memerlukan manusia itu berakal20 dan kehidupan akhirat dan
sesudah mati mesti disudahi dalam keadaan beriman agar kebahagiaan akhirat dikecapi.
Dengan adanya pandangan sarwajagat Islam membuka ruang untuk kita kembali kepada hakikat
penciptaan manusia. Hakikat penciptaan manusia adalah pengabdian diri kepada Allah SWT.21 Pengabdian
diri ini berpandukan al Quran dan al Sunnah [Agama Islam].22
20 Dengan akal, manusia boleh memilih jalan ke syurga atau jalan ke neraka. Sesetengah pihak mempertikai kenapa Tuhan
menjadikan manusia jahat yang akan masuk neraka. Disinilah peranan akal yang boleh memilih dan membuat keputusan
berdasarkan sumber ilmu yang paling benar iaitu wahyu Allah SWT. Tiada alasan lagi manusia mengatakan bahawa Tuhan tidak
adil bagi mereka. Lihat Surah al Mulk: 10.
21 Surah al Dhariyat: 56, Surah al Mu’minun: 115-116
22 Surah Ali Imran: 83
15
‘Bacalah dengan Nama Tuhanmu’.
16
BAB 2
MENEMUI ADAB DALAM TAMAN PERBUKUAN
“Aku membaca bukan hanya untuk tahu. Aku juga ingin bahwa apa yang kubaca itu ikut membentuk sebagian dari
pandanganku.” – Ahmad Wahib
Tulisan Ahmad Wahib di atas mengamit akal-budi kita bahawa betapa pentingnya sebuah
pembacaan. Tujuan asasi membaca bukan sekadar untuk tahu tetapi medium untuk merenung-fikir agar
lebih dekat [taqarrub] dan menambah keyakinan kepada Allah SWT melalui transformasi (perubahan)
atau pengislahan (pembaikian) diri supaya pandangan sarwajagat dan amalan kita menurut Islam.
Kita menolak konsep reformasi (pembaharuan) dalam perjuangan agama. Islam adalah satu cara
hidup yang diberkati oleh Allah tidak memerlukan pembaharuan. Umat Islam perlu islah dan pemurnian
agar umat Islam kembali kepada asali bertunjang kalimah syahadah.23
Pada hemat saya, berguru biarlah ramai dan membaca biarlah pelbagai tema pemikiran.
Sebahagian orang bimbang jika terlalu banyak membaca, seseorang akan berorientasikan akal yang
akhirnya menjerumus ke lembah kesesatan.24 Jawapan saya ialah betul. Tanpa niat yang lurus mahu
mencari kebenaran dan mengakuri kebenaran,25 dan berdoa kepada Allah SWT supaya mengurniakan
hidayah, kita boleh tersesat ke jalan keiblisan[kesesatan].
Bahaya jalan keiblisan ini tidak harus menjadi alasan untuk menolak membaca pelbagai tema
pemikiran. Tema pemikiran datang daripada sumber ilmu.26 Sumber ilmu mempunyai dua bahagian iaitu
23 Surah Ali Imran: 110. ‘Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan
menegah sari yang mungkar dan beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik’.
24 Surah al Sad: 26. ‘Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah[penguasa] di muka bumi, maka berilah keputusan
[perkara] di muka bumi di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan
kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka
melupakan hari perhitungan’.
25 As Syuraa: 10. ‘Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya [terserah] kepada Allah. [Yang mempunyai sifat-
sifat demikian] itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nyalah aku kembali’.
26 Dalam Islam, Allah SWT adalah sumber sebenar ilmu dan diri manusia sebagai makhluk aktif dalam usaha mendapatkan ilmu.
17
[1] sumber mutlak [al Quran dan hadith]27 dan [2] sumber tidak mutlak. Ia juga dinamakan [1] syariat dan
[2] feqah, dan [1] prinsip dan [2] ranting. Sumber mutlak ini menjadi sempadan atau batasan akal.28 Jika
akal melampaui batasan ini, ia bermakna seseorang itu memilih jalan keiblisan.29
Akal adalah makhluk Allah yang istimewa kerana ia adalah alat meletakkan amalan30 atau tindakan
dan berkemampuan menjadi sumber ilmu pada saat tertentu dengan syarat dibatasi oleh wahyu. Akal
perlu ditambat oleh wahyu kerana ia makhluk yang cukup liar31 dan mampu menyesatkan orang melalui
jalan keiblisan.
Jalan keiblisan hendaklah diselesaikan dalam kerangka ilmu32 bukannya emosi, politik, sentimen
dan lain-lain. Ia diselesaikan melalui hujah-hujah dengan menggunakan pendekatan seperti muzakarah,
ziarah dan lain-lain. Kita tidak perlu mengharamkan atau membakar buku atau menolak kehadiran tokoh
tertentu. Kita perlu menghormati pendirian lawan dan diri lawan walaupun memusuhi tema pemikiran
lawan tadi.
Pengakhiran seseorang pembaca adalah terhasilnya pandangan sarwajagat yang dibentuk
daripada pembacaan dan pengalaman hidup mereka untuk memandu kehidupan yang seterusnya. Usia
berbaki memerlukan pandangan sarwajagat yang benar diselimuti oleh hidayah agar kematian kita dan
masa depan akhirat kita mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan.33 Pandangan sarwajagat Islam
melorongkan akal agar mengikuti jalan hidayah34 yang dijamin keselamatannya untuk sampai ke destinasi
dengan selamat.
Bermulanya Anak Muda Gelisah Jiwanya.
XXII
Kepada langit berlipat-ganda kuberseru,
Menanya : '’Ngan pelita apa Kodrat memandu
27 Surah al Hadiid: 25
28 Surah Yusuf: 21
29 Surah al Baqarah: 208
30 Alat berfikir untuk membuat pilihan dan keputusan.
31 Seperti Teori Evolusi
32 Surah al Rum: 21-24
33 Surah Yunus: 45-46
34 Surah Nahl: 89
18
Anak-anaknya yang sesat dalam kegelapan?'
Maka Langit menjawab : '’Ngan fahaman yang buntu!'
XXIII
Kenapa tiada taufan mengamuk dilautanmu?
Jiwamu terbelenggu—kemanakah imanmu?
Sia-sia kau melaung menuduh tindasan Takdir—
Kenapa tidak kau menjadi Kodrat Tuhanmu?
[Syed Muhammad Naquib al Attas, Rangkaian Ruba'iyat]
Gelisah jiwa35 berlaku apabila akal mula memberontak mencabar agama dan nilai rohaniah
agama. Kegelisahan ini adalah fitrah anak muda yang masih mencari identiti mereka sendiri. Kadangkala
mereka celaru dan keliru mencampuri dosa36 dan pahala umpama melayani gig dan pada masa yang sama
masih berqasidah di dataran merdeka.
Kita mahu membina bangunan yang gah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh. Maka,
bangunan tersebut akan mudah runtuh. Itulah umpamanya kita hanya menitik berat ilmu fardu kifayah
tetapi melupakan ilmu fardu ain. Dikala ini, ilmu mengenal Tuhan iaitu mengenal sifat 20 puluh dan
Asmaul Husna -Nama Allah semakin ditinggalkan. Ilmu mengenal Tuhan dapat menenangkan jiwa kacau
dan akal terkeliru.
Gelisah jiwa manusia merupakan satu pemberontakan jiwa terhadap sifat Iradat Allah. Iradat
bermaksud BERKEHENDAK. Kita tidak boleh menisbahkan keburukan, kejahatan dan kekejian kepada
Allah SWT. Melayani kegelisahan jiwa memerlukan pendekatan yang benar agar tidak termasuk dalam
golongan yang menyeleweng. Kefahaman terhadap konsep Sifat 20 dan Asmaul Husna perlu
dipertingkatkan dengan keyakinan yang tinggi. Keyakinan dapat dihasilkan dengan kepatuhan kepada
kehendak al Quran37 dan al Sunnah.
Gelisah jiwa manusia adalah jalan kebuntuan dan kesesatan boleh menjadi pembuka hidayah
kepada seseorang.38 Punbegitu, kita sebagai manusia yang sedar dan seorang pembaca-penuntut ilmu
35 Surah al Ma’arij: 19-21
36 Surah al Baqarah: 42
37 Surah Yunus: 57
38 Surah As Syams: 7-10
19
tidak seharusnya terperangkap dengan jalan kebuntuan dan kesesatan ini. Justeru, kita perlu mencari
hidayah bukannya menambahkan kebuntuan lagi. Cari guru yang benar dan buku yang benar [sudah tentu
al Quran dan kitab hadth] sebagai pemula mengubati jalan kebuntuan dan kesesatan.
Selain guru yang benar dan panduan yang benar, kita boleh mengubati kegelisahan jiwa dengan
perkara di bawah;
1. Menjaga solat berjemaah
2. Bergaul dengan orang-orang baik dan saleh. Peringkat awal boleh mulakan di masjid dan
mengikuti jemaah tabligh dan usrah serta halaqah. Dalam jemaah tabligh kita dapat
menghidupkan agama dalam hati, fikir dan amalan kita.
3. Baca al Quran dengan terjemahan satu halaman setiap hari.
4. Baca Kitab Hadith Bukhari dan Muslim, satu halaman setiap hari.
5. Jangan terikut perasaan- sabar dan berdoa mohon petunjuk Ilahi.
6. Melazimi pengajian ilmu tauhid, feqah dan tasawuf.
Moga kita menemui kembali jalan hidayah daripadaNya.
Manusia Yang Baik
Hubungan Baik Dengan Allah SWT
Hubungan Baik Dengan Manusia
Hubungan Baik Dengan Makhluk dan Alam
Kita hidup sebagai individu bukannya sebuah organisasi. Individu adalah asas kehidupan. Penilaian Allah
terhadap kita secara individu bukannya organisasi yang kita sertai. Islam mendahului kualiti individu
mendahului kebaikan sistem. Justeru, kita perlu menjadi individu39 yang dikenali Manusia Yang Baik.
Menurut Dr Syed Muhammad Naquib al Attas, “Manusia Baik ialah manusia yang beradab yakni
orang yang insaf sepenuhnya bertanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak; memahami dan
menyelenggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya; yang
terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan sebagai insan adabi”.
39 Surah al Nahl: 97
20
Manusia Yang Baik ialah manusia yang beradab dan berakhlak. Manusia yang berakhlak dan
beradab mengambarkan kemuliaan seseorang40. Baginda Rasulullah SAW sendiri menjadi model paling
utama tauladan insan yang menganuti agama Islam kerana antara tujuan pengutusan baginda adalah
menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia41.
Orang yang insaf sepenuhnya bertanggungjawab42 dirinya kepada Tuhan Yang Hak menyentuh
tentang tanggungjawab akhlakiah seseorang individu atau insan Islam bagi dirinya seterusnya kepada
masyarakat. Syarat utama kebertanggungjawaban ini ialah keadaan baligh seseorang. Tanggungjawab
terhadap diri dan Tuhan menjadi tugas baru bagi seseorang yang sudah baligh.
Penunaian keadilan terhadap diri dan masyarakat memerikan kehidupan adabi yang bertatasusila
yang luhur iaitu kehidupan bermasyarakat yang teratur dalam kawalan hukum dan undang-undang serta
kuatkuasa keadilan dan hikmat kewibawaan pemimpin dan ilmuwan.
Meningkat setiap aspek dalam diri ialah meningkatkan kualiti ibadah kita yakni Islam memandu
cara hidup kita termasuk budaya hidup, cara berfikir, tindakan dan suasana hidup kita ada setiap saat.
Islam mendepani pemerintahan negara, dalam keluarga, pengurusan organisasi, kerjaya, memberi
pendapat dan segala aspek kehidupan. Islam dijadikan hakim dalam menentukan tindakan dan cara
berfikir kita.
Sememangnya benar, masuk syurga itu dengan rahmat Allah bukannya pada banyaknya amalan
seseorang Manusia Yang Baik. Cuma Allah SWT telah mengambarkan syarat ahli syurga dalam al Quran
dan Rasulullah SAW telah memberi tauladan amalan ahli syurga kepada kita. Kita mesti mengikut syarat-
syarat43 dan mengikut tauladan Rasulullah SAW jika mahu masuk ke dalam syurga.
40 ‘Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia’ [Surah al Qalam: 4]
41 ‘Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan-kemuliaan akhlak’ [Riwayat al Baihaqi]
42 Surah an Anbiya, 21: 23
43 Surah Muhammad: 33-34
21
Beradab Dalam Kehidupan.
Adab dan akhlak adalah buah daripada batang pepohon taqwa. Iman pula adalah akar pepohon tersebut
dibajai oleh ilmu. Pemahaman terhadap epistemologi Islam yang benar akan menumbuhkan adab dan
akhlak yang baik. Ini sekaligus menolak tanggapan bahawa akhlak lebih utama daripada ilmu. Ilmu yang
benar menghasilkan iman yang menumbuhkan akhlak dan adab. Bak kata Imam Ibnu Taimiyyah, “Ilmu
adalah ketua bagi amal, amal menjadi pengikutnya”.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, adab merujuk kepada pengenalan dan pengakuan
yang hak akan tempat yang wajar, kedudukan dan keadaan hidup, dan kepada mendisiplinkan diri dalam
penyertaannya secara rela dan positif dalam memainkan peranannya selaras dengan pengenalan dan
pengakuan itu, maka berlakunya ia didalam diri dan masyarakat secara keseluruhannya memperlihatkan
keadaan keadilan.
Menurut Kamus Dewan, adab ialah tingkah laku serta tutur kata yang halus, budi bahasa, budi
pekerti yang halus dan kesopanan. Jika beradab, mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri dalam
masyarakat. Peradaban pula bermaksud keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan
rohani masyarakat. Ia berbeza dengan maksud tamadun iaitu keadaan masyarakat yang dicirikan oleh
atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi.
Kehilangan adab menunjukkan kehilangan keadilan seterusnya pula mengakibatkan kekeliruan
dalam ilmu. Keadilan intisari kepada hikmah. Hikmah ialah kepandaian dan kebijaksanaan. Kata Imam
Malik, erti hikmah ialah ‘mengetahui agama, memahami dan menuruti ajaran-ajarannya’.
Kehilangan adab berlaku apabila adanya kekeliruan dalam ilmu disebabkan kehilangan keadilan.
Umpamanya sebatang pokok, keadilan [adalah tindakan dan sifat] manusia dengan meletakkan baja
[ilmu] pada waktu yang betul dan tempat yang betul [keadilan]. Jika bajanya salah atau diberi secara salah,
pepohon tersebut akan mati [kehilangan adab].
Dilema yang dihadapi sekarang boleh disebabkan oleh
1. Kekeliruan dan kesilapan dalam ilmu, mewujudkan keadaan bagi;
2. Kehilangan adab dalam lingkungan komuniti. Keadaan yang timbul daripada [1] dan [2] ialah;
22
3. Munculnya pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai kelayakan untuk mengisi kepimpinan
yang sah bagi komuniti Muslim, yang tidak mempunyai akhlak yang mulia, tidak mempunyai
tahap intelektual dan rohaniah yang diperlukan untuk mengisi kepimpinan Islam, yang
mengekalkan keadaan dalam [1] di atas itu dan menjamin kekuasaan yang berterusan ke atas
hal ehwal komuniti oleh pemimpin-pemimpin seperti mereka yang menguasai dalam semua
bidang.
Ilmu bukan sekadar sebagai pengetahuan atau untuk tahu sahaja. Menurut Syed Muhammad
Naquib al Attas, ilmu adalah “merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia [ilmu] adalah ketibaan
makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah
ketibaan makna diri seseorang kepada makna tentang sesuatu”.
Ilmu itu untuk perubahan iman dan akhlak seseorang agar lebih beriman dan lebih bertaqwa. Ilmu
yang melahirkan kefahaman yang kemudiannya meningkatkan keyakinan bertuhan dalam diri.44 Peringkat
tertinggi keilmuan seseorang ialah tahap kesempurnaan iman iaitu TAQWA45 dimana keyakinan kepada
Allah SWT berada dalam keadaan tertinggi [hidup mati kerana Allah dan senafas dengan zikir-fikir kepada
Allah SWT]. Daripada keyakinan tersebut, amalan dan pandangan sarwajagat Islam dibina dengan ilmu
yang benar.
Meraikan Pendapat Bukan Tanda Bersetuju
Membaca buku pelbagai aliran pemikiran boleh menajamkan perenungan kita terhadap Allah. Ia juga
boleh menjerumuskan kita ke lembah kebuntuan dan kesesatan. Justeru, pembacaan kita hendaklah
dimulakan dengan kalimah, ‘bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan’46. Membaca perlu
dengan memohon doa agar petunjuk dan hidayah Allah sentiasa diperolehi. Membaca bukan sekadar
untuk tahu tetapi mendekatkan diri kepadaNya.
Membaca buku beraneka pemikiran seperti sosialisme, sekularisme, liberalisme dan komunisme,
bukan bermakna kita bersetuju dengan buku yang dibaca dan penulis buku tersebut. Kita perlu bersedia
44 Surah al Jumu’ah: 5
45 Surah Luqman: 21, Surah At Taubah: 30. Kedua-duanya ayat ini mengambarkan satu cipta ciri perbandingan dan kritikan
dalam kajian ilmu perbandingan.
46 Surah al Alaq[96]: 1.
23
dengan sikap ‘Bersetuju menghormati dengan perkara yang tidak dipersetujui’ bahkan kita perlu
mengkritik segala kemungkaran dalam proses pengilmuan yang anti Tuhan dan dusta.
Penulis sangat bersetuju, membaca buku untuk mendapat manfaat kepada diri seseorang,
mengkaji dan mendapat pengetahuan baru. Hasil pembacaan kita terletak pada sejauhmana perubahan
yang berlaku dalam amalan dan pandangan sarwajagat kita?.
Membaca pelbagai aliran pemikiran memberi peluang untuk kita merenung kekuasaan Allah
melalui perbezaan yang diciptanya. Wahyu Allah disediakan oleh Allah untuk menilai kebenaran atau
kepalsuan setiap bahan yang dibaca.47
Manusia adalah Pentafsir Agama
“Dan biarkanlah tiap orang memahamkan Qur’an dan Sunnah itu menurut dirinya sendiri.” – Ahmad Wahib.
Setiap manusia berhak mentafsir agamanya sendiri tanpa bergantung harap dengan kaum agamawan
dengan syarat mereka berusaha memiliki ilmu-ilmu yang membolehkan mereka tafsir agama mereka
sendiri.48 Pentafsir agama juga memerlukan niat yang lurus bukannya mengikut akal dan nafsu49 semata-
mata. Mereka mesti merujuk kepada wahyu. Mereka juga mesti menguasai ilmu ‘alat’ yang membantu
seseorang memahami agama Islam seperti Bahasa Arab, Usul Fiqh dan sebagainya.
Penulis bersetuju dengan saranan Syed Muhammad Naquib al Attas dimana al Quran ditafsir
dengan al Quran dan al Sunnah bukannya ikut suka hati. Pendekatan ini perlu digunakan dalam bidang
keilmuan yang lain.
Dalam kes pencarian tuhan, akal akan berusaha dengan keras menanyakan, siapakah mencipta
Tuhan? atau Siapakah adanya sebelum Tuhan?. Islam agama yang hebat memberi jawapan yang
muktamad dan tidak boleh dipersoalkan lagi50 kecuali penyoal itu sememangnya tidak beragama [ateis]
47 Surah al Israa’, 17: 81
48 Faham kebenaran Islam bertunjangkan al Quran dan al Sunnah. Syarat utama pentafsiran sumber Islam ialah ada ilmu dan
niat yang ikhlas.
49 Surah an Nisa’: 135 dan Surah Sad: 26
50 Surah al Anbiyaa’: 92
24
atau orang gila. Al Quran memuktamadkan persoalan berkenaan dalam surah al Ikhlas, ‘Katakanlah! Dia
Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat memohon perlindungan. Tiada Dia beranak. Tiada Dia
diPERANAKkan. Dan tidak Ada bagiNya imbangan sesuatu jua pun’ [Surah al Ikhlas: 1-4].
Akal seringkali dipengaruhi oleh latar belakang kehidupan dan pengalaman pentafsirnya. Kita
boleh melihat, para pentafsir agama mentafsirkan perkara yang sama dengan pentafsiran berbeza. Islam
menerima perbezaan ini selagi tidak melanggar syariat Islam dan sumber rujukan Islam [al Quran dan al
Sunnah], menghormati perbezaan berhujah dan melihat konteks setempat. Sahabat IIIT umpamanya,
cuba mempromosikan model mereka untuk melaksanakan Islam mengikut cara IIIT tanpa memahami
konteks tempat tersebut dimana idea IIIT mahu dilaksanakan. Penghayatan dan pembudayaan Islam di
negara Barat tidak boleh disamakan dengan negara Islam.
Islam tidak boleh dipengaruhi oleh pengalaman peribadi, pengetahuan dan ilham kita, dan
kehendak-kehendak pihak tertentu melalui arahan secara langsung, pembacaan dan diasuh secara
langsung. Islam perlu dilaksanakan sebagaimana arahan wahyu dan tauladan Rasulullah SAW. Kesilapan
besar Barat ialah mahu Islam mengikut kehendak Barat.51
Jika seseorang muslim sudah memahami proses istinbat hukum syarak, mereka tidak perlu lagi
berharap kepada para ulama tetapi terus merujuk kepada sumber Islam iaitu al Quran dan al Sunnah.
Seperti mana hujah Imam Hassan al Banna dalam Prinsip ketujuh Rukun Faham, ‘setiap orang Islam yang
masih belum mencapai tahap ahli nadzar iaitu dapat mengkaji dalil-dalil hukum dalam masalah furu’
hendaklah mengikut salah satu imam dalam agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain
mengikut dia berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga perlu menerima
segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah dipastikan orang yang menunjuk ajar itu adalah
orang yang berkebolehan dan berkelayakan. Jika dia memang adalah ahli ilmu dia hendaklah mengatasi
kelemahannya dalam bidang ilmu supaya dia mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji’.
Punbegitu, sebaik-baiknya pandangan orang awam ialah mengikut pandangan penguasa melalui mufti
kerajaan.
51 Menurut Darek Hopwood, kemodenan adalah sesuatu yang menuju ke arah kemajuan dan bersifat Eropah [Pembaratan].
Berdasarkan kepercayaan ini, lebih baik Orang Timur tradisional mengikut jejak mereka dengan mengikut budaya Barat. Pada
hemat saya, perkara ini akan mewujudkan pertembungan antara Islam sebagai Cara Hidup dengan Budaya Barat.
25
Pada akhir zaman, kita berada dalam dunia yang dipenuhi krisis akhlak, krisis taqwa dan krisis
iman. Iman berbolak-balik berpendirian berlainan sebelah pagi dan petang. Sifat manusia pada hari ini
sangat pragmatis. Manusia yang mentafsir agama dikenali ulama (ustaz atau agamawan) atau sarjana
Islam, ada juga yang terbabas dari segi akhlak dan amal. Mereka hanyalah manusia biasa yang tidak dapat
lari daripada dosa. Sesetengah ucapan mereka untuk kepentingan diri [perniagaan] dan bersifat peribadi
serta tiada hikmah [kasar, ego dengan ilmu]. Imam al Ghazali membahagikan ulama kepada dua iaitu
ulama akhirat dan ulama dunia.
Mengutip Bunga Di Taman Larangan
Muslim tergenggam belenggu kafir,
Akhirat luput, dunia tercicir,
Budaya Jahil luas membanjir,
Banyak yang karam tiada tertaksir.
[Syed Muhammad Naquib al Attas, Risalah]
Keterujaan terhadap Barat dan termakan budi dengan Barat menyebabkan umat Islam
terutamanya pemimpin dan sarjana Islam terperangkap dalam agenda Barat. Mereka mahu kebaikan
untuk Islam dan umatnya tetapi mengunakan cara yang salah iaitu cara orang yang tidak mahu
mentauhidkan Allah SWT dan menyalahi syariat Islam. Ia sebagaimana dilakukan oleh pencipta hadith
palsu. Sesetengah mereka mahu orang Islam melakukan kebaikan seperti banyak solat sunat dengan
mencipta hadith palsu tentang kebaikan banyak solat tetapi caranya tetap haram dan salah.
Islam bukannya hanya pada kulit tetapi merangkumi isi. Tanpa isi, buah tidak akan berguna
walaupun mempunyai kulit yang cantik. Di Barat, kita belajar metodelogi Islam dan pengetahuan bertaraf
kulit sahaja kerana guru, silibus dan tempat belajar itu bukan bertujuan menerapkan keimanan dan
ketaqwaan kepada pelajarnya. Ia hanya pengkajian Islam tanpa iman dan tidak mahu melahirkan taqwa.
Belajar Islam di Barat tanpa iman yang kuat dan tiada niat yang lurus dan benar, kita akan
terperangkap dengan agenda Barat. Pembaharuan Islam yang dicanang menjadi bahan komestik yang
cantik tetapi mempunyai ‘merkuri’ dan ‘silikon’ yang tinggi bakal merosakkan Islam dan umat Islam dalam
26
jangka masa yang panjang. Hero-hero Islam yang dihasilkan oleh Kebudayaan Barat banyak merosakkan
Umat Islam dengan gagasan pembaharuan Islam yang khayali.
Nurcholish Majid atau Cak Nur seorang yang berjasa kepada perkembangan Islam. Cuma dalam
usaha pembaharuan Islam yang dilakukan olehnya, banyak teras Islam yang cuba diherotkannya. Cak Nur
adalah pimpinan gerakan mahasiswa Islam iaitu Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), mempunyai jaringan
persahabatan dengan para ulama dan NGO Islam antarabangsa, berwatak genius-intelektual dan
pengasas Universiti Paramadina.
Di Malaysia, terdapat beberapa tokoh atau hero Islam yang pemikiran mereka diherotkan oleh
gagasan yang menuruti kehendak Barat. Antaranya Anwar Ibrahim.
Islam bersifat menyeluruh dan saling berkaitan antara satu sama lain. Mengikut sifir Islam,
perkara aqidah melibatkan sifir 2-1 = 0 bukannya logik kebiasaan manusia 2-1=1. Justeru, kita hendaklah
masuk Islam secara holistik.
“Nah, diam-diam kita menganut sekularisme, walaupun dengan lantang kita menentang
sekularisme!”, tulis Ahmad Wahib. Humanisme, sekularisme, liberalisme, sosialisme hatta komunisme
hasil pemikiran manusia. Suka atau tidak, manusia akan terkait dengan pemikiran sedemikian. Kenapa?
Kerana ia sebahagian daripada fitrah kemanusiaan. Manusia hendaklah kembali kepada Islam iaitu fitrah
kemanusiaan yang berhidayah mengikut kehendak Allah SWT bersumberkan al Quran dan praktis
Rasulullah SAW. Tugas kita sekarang ialah berusaha melakukan Islamisasi.
Model Ulama Alam Melayu
Kearifan tempatan berdasarkan rupa bangsa, kebudayaan, bahasa, geografi dan agama banyak
mempengaruhi pandangan sarwajagat kita. Kita mencari model ulama Melayu bukannya ‘Ulama Arab’.52
Bukannya rasis tetapi ulama perlu berusaha memahami hati nurani dan pemikiran setempat. Antara yang
boleh dijadikan model ialah Buya Hamka, Syeikh Daud al Fatani dan Abdus Samad al Palembangi.
52 Ulama yang tidak menetap di kawasan ini tidak memahami pemikiran, kebudayaan dan hati nurani rakyat setempat.
27
Kedatangan Islam ke rantau ini melalui pendekatan dakwah bukannya peperangan. Para
pedagang Islam menyebar Islam melalui lisan dan tindakan mereka. Kebanyakan mereka menetap di Alam
Melayu [Nusantara] dan menyebarkan Islam berdasarkan Islamisasi kebudayaan tempatan. Para
pendakwah Islam meluruskan pandangan sarwajagat Manusia Melayu, Islamisasi Kebudayaan dan
menolak-menapis perkara yang syirik dan melanggar syariat Islam.
Akhir Kalam
Kemuliaan disisi manusia terletak pada akhlak-adab. Kemuliaan disisi Allah, sudah tentu akhlak-adab yang
ditunjangi iman.53 Semua orang makan, makan dengan membaca bismillah lain nilainya dengan makan
tanpa bismillah.
Kehebatan manusia pada akalnya yang memberi pengetahuan memandu manusia untuk memilih
keputusan dalam kehidupan. Akal perlu diikat dengan wahyu,54 barulah manusia boleh diselimuti oleh
kebenaran.55
“Aku Mahu mentauladani Muhammad bukannya Ahmad Wahib!”
53 Surah al Baqarah, 2: 34
54 Surah az Zumar, 39: 41
55 Surah al Kahfi, 18: 29
28
Bab 3
Berteman SEPILIS di Taman Perbukuan.
Era ledakan maklumat melalui gajet dan internet mewujudkan tsunami yang menganasi iman dan adab-
akhlak manusia. Gajet dan internet telah menjadi agen pembudayaan yang cukup berpengaruh dalam
mengubah corak berfikir, kehidupan masyarakat, peradaban dan kebudayaan masyarakat dunia.
Antara impak era ledakan maklumat ini ialah pengukuhan pengaruh Sekularisme, Pluralisme dan
Liberalisme atau SEPILIS di negara-negara Islam. Malaysia tidak terkecuali dalam perencanaan Barat
menakluki dunia dengan kebudayaan, ekonomi, politik dan pemikiran.
Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)
SEPILIS antara buah pemikiran dan ideologi ciptaan akal-nafsu manusia yang mendominasi masyarakat
dunia pada hari ini. Antara ciri buah pemikiran dan ideologi ciptaan mengikut kehendak akal-nafsu
manusia ialah
1. Menolak kehadiran Tuhan dalam pemikiran dan pendekatan.
2. Bersifat dualisme dan menolak kebenaran mutlak serta menerima kebenaran relatif.
3. Memenuhi keseronokan akal-nafsu
4. Membezakan urusan peribadi dengan masyarakat
5. Bersikap menyisih atau menolak peranan agama
6. Mencampur aduk al Quran dengan pemikiran ciptaan manusia yang jelas menyeleweng daripada
ajaran al Quran sendiri.
Dibawah adalah pandangan Dr Muhammad Uthman el Muhammady:
Faham Huraian Ringkas
Sekularisme Pandangan Muhammad Uthman el Muhammady
1. secara mudahnya bermaksud dunia ini.
2. tidak kaitan dengan agama
29
Pluralisme 3. tidak memperdulikan pertimbangan yang timbul daripada kepercayaan kepada
Liberalisme tuhan, alam abadi dan alam ghaib
1. Semua tradisi agama adalah sama merujuk kepada hakikat tertinggi yang satu
2. Semua agama adalah sama menawar jalan kepada keselamatan
3. Kebenaran itu adalah relatif
1. Cenderung kepada kebebasan56
2. Pemerintahan demokratik
3. Individualistik
4. Rasional Akal dan Pragmatis
La Ilaha Illa’Llah: Pandangan Hidup Seorang Muslim
Dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam sosial, ekonomi dan politik, kelurusan aqidah-tauhid
menjadi perkara paling utama. Kelurusan aqidah-tauhid secara mudahnya kita meletakkan Allah SWT
mendahului semua perkara walaupun kita dilihat rugi disisi manusia dan pandangan kita ditolak.
‘Dari Allah, Cara Ditentukan oleh Allah, Untuk Allah’
Slogan di atas mengambarkan setiap sesuatu yang kita lakukan MESTI yang diperintahkan oleh
Allah, dilakukan dengan cara yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya dan bertujuan untuk keredhaan
Allah. Kita hamba Allah hanya layak melakukan segala yang diperintah oleh Allah sebagai tanda aras
pengabdian kita kepada-Nya.
Dalam melayari kehidupan ini, kita perlu beransur-ansur meninggalkan sifat kejahilan yang ada
pada diri kita dengan mengapai bahtera yang ditentukan oleh Allah SWT iaitu Islam. Semakin berusia,
semakin mendekati Allah dengan jalan yang ditentukan oleh Allah bukannya mengikut logik akal kita dan
kehendak nafsu kita. Ketundukan kita kepada Allah, itulah Islam. Lawan kejahilan ialah FAHAM. Belajar
Islam dan pakar berkaitan Islam belum tentu kita Faham. Faham adalah adunan daripada hidayah Allah,
mendekati diri dengan Allah, istiqamah dalam amalan, akhlak terpuji, warak, melakukan kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran dan dosa kecil. Kita tahu tetapi masih melakukan perkara berdosa dikira
masih tidak faham.
56 Kebebasan ialah ketiadaan halangan untuk merealisasikan keinginan (Bertrand Russell)
30
Jika kita seorang sekularis, pluralis, ateis, liberalis, punker, rocker dan sebagainya, seharusnya kita
meninggalkan ‘dunia-dunia ini’ untuk berada dalam ‘dunia’ Islam. Manusia makhluk yang lemah, lalai dan
banyak melakukan kesilapan mesti insaf dan sedar bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kita tidak
tahu bila kita meninggal dunia dan bagaimana kita mati. Justeru, sangat wajar peningkatan usia perlu
dijadikan tanda aras untuk kita insaf dan sedar bahawa mati itu dekat dan Islam hanya satu-satunya
jalan yang dapat mendekatkan kita kepada Allah, Tuhan Yang Hak.
Para ulama terdahulu khususnya ulama nusantara seringkali menyatakan kepentingan ilmu tauhid
kerana ilmu ini menentukan darjat keimanan seseorang kepada Allah SWT.
Sebagai seorang muslim, kita perlu memperkasakan akhlak dan memartabatkan aqidah-tauhid
kita. Dalam Manhalush Shafi, Syeikh Daud al Fathani menyatakan tentang martabat tauhid yang terbahagi
empat martabat iaitu:
Pertama, Tauhid Uluhiyah iaitu menafikan ketuhanan daripada segala yang lain daripada Allah
SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Kedua, Tauhid Af’al iaitu menafikan fi’il yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT
dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Ketiga, Tauhid Shifat iaitu menafikan segala sifat yang hakiki daripada segala yang lain daripada
Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Keempat, Tauhid Zat atau Tauhid Wujud Haqiqi iaitu menafikan wujud yang hakiki daripada segala
yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Tauhid yang empat ini terkandung dalam kalimah La Ilaha Illa’Llah. Kefahaman terhadap martabat
tauhid ini meningkatkan darjat keyakinan-keimanan kita.
31
Setelah kita beriman kepada Allah, jangan sesekali merosakkan iman. Jika ia rosak, tanggungjawab
besar kita mengembali iman ke dalam diri kita. Jaga iman kita daripada rosak yakni kufur.57
Dalam Islam, jenayah paling besar adalah riddah iaitu keluar dari Islam. Jika tidak bertaubat,
seseorang itu boleh dihukum bunuh.58
Muhammadur Rasulullah: Nabi Muhammad Insan Sempurna
1. Nabi Muhammad Adalah Manusia Biasa
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa.59 Baginda bukan manusia luar biasa yang ada magis atau
malaikat. Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad tercedera. Baginda makan, minum, beribadah dan
berkahwin. “Sesungguhnya Nabi Muhammad ialah seorang hamba, yang memiliki bagi dirinya sendiri
[kuasa] memudaratkan dan memanfaatkan, mati dan hidup kecuali apa yang Allah dikehendaki.”60
Kini ada satu aliran pemikiran yang mempertikaikan kewibawaan Nabi Muhammad SAW. Mereka
mempopularkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa. Ia satu kenyataan yang benar
tetapi tujuan yang jahat. Lihatlah kenyataan kaum Nabi Nuh yang mempertikaikan Nabi Nuh.61 Begitu juga
dengan tindakan kaum Nabi Syuaib62. Sememangnya para nabi dan rasul adalah manusia biasa.
Cuma kita masih tidak mendengar bahawa ada kalangan Umat Islam mengatakan baginda gila
sebagaimana dinyatakan oleh masyarakat Quraish.63
Antara orientalis yang menyerang keperibadian Nabi Muhammad ialah Gustav Weil dan Alogs
Spreangar. Isu yang seringkali dibangkit bahawa Nabi Muhammad seorang histeria yang teruk dan kritikal.
Tujuan mereka untuk menghina dan menghakiskan kewibawaan dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
57 Surah al Nisa’: 136.
58 Mastika Hadith, Jilid 1, keluaran JAKIM. Lihat juga, Said Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud, KL: Darul Ma’rifah, 2000.
59 Surah al Kahf: 110
60 Surah A’raf: 188.
61 Surah Hud: 27
62 Surah al Syuraa: 186
63 Surah at Takwir: 22
32
Nabi Muhammad SAW seorang manusia biasa tetapi unik dan istimewa. Unik dan istimewa
inilah yang membezakan baginda dengan manusia lain. Baginda adalah Nabi-Rasulullah SAW yang
memiliki mukjizat teragung iaitu al Quran. Bezanya dengan manusia yang lain ialah baginda menerima
Wahyu64 daripada Allah SWT melalui Jibril. Baginda maksum.
Kita perlu memahami Rasulullah SAW dengan cara yang betul melalui memahami kedudukan yang
sebenar dan mengenali setiap aspek kehidupannya agar kita menyayangi dan mentaati ajarannya.
Mengenali Rasulullah SAW yang paling bagus melalui al Quran, hadith dan kisah sirah baginda.
Menyayangi dan mentaati Rasulullah SAW bermakna kita mentaati Allah.
Rasulullah SAW sendiri melarang pengagungan dan pemujaan melampau Umat Islam kepada
baginda sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Nasrani terhadap Nabi Isa AS. Nabi Muhammad SAW
mengajar para sahabatnya mencintai Allah SWT.65
Justeru, Rasulullah SAW adalah manusia yang biasa tetapi istimewa. Biasa kita tidak sama dengan
biasa baginda. Oleh itu, marilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri tauladan kita dalam kehidupan.66
2. Nabi Muhammad SAW Sebagai Insan Sempurna Menurut Afzalur Rahman
Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang mempunyai tabiat semulajadi seperti manusia yang lain.
Tetapi baginda adalah manusia sempurna dari setiap segi. Baginda telah membentuk satu prinsip kelakuan
melalui kata-kata dan amalan yang unik dan seterusnya menjadi contoh kepada manusia yang lain.
Nabi Muhammad SAW menerima manusia mempunyai keinginan dan kelemahan dan menunjuk
cara untuk memenuhi keinginannya disamping mengatasi kelemahan, ia menaikkan darjat kemuliaan
seeorang manusia saleh mengatasi malaikat. Nabi Muhammad SAW sudah menampilkan contoh
tauladan dalam kehidupan baginda mentafsirkan al Quran melalui cara hidup seharian baginda. Mereka
(kita semua) perlu meneruskan kehidupan seharian tetapi hendaklah beriman kepada kekuasaan dan
64 Surah Asy Syura: 52
65 Surah Ali Imran: 31
66 Surah al Ahzab: 21
33
keagungan Allah SWT. Manusia perlu menjadi hamba Allah yang mentaati Allah setiap masa, waktu dan
tempat.
Semua kerja seharian dan memenuhi keinginan diri merupakan satu ketaatan dan kebaikan jika
ia dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Dengan melakukan kerja dengan IKHLAS dan
sepenuh hati kerana Allah, seseorang akan mencapai darjat kerohanian yang tinggi dan pada masa yang
sama masih menikmati kehidupan seharian yang biasa bersama isteri dan anak-anak.
Tugas baginda terpenting ialah membetulkan kepercayaan kaumnya. Kepercayaan paling buruk
adalah syirik. Pembebasan manusia daripada syirik adalah tugas utama para rasul.
Pada hemat penulis, Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa kerana setiap amalan yang
baginda lakukan adalah amalan yang mampu manusia lain melakukannya. Baginda boleh dijadikan KPI
dalam pembudayaan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Perbezaan kita dengan Nabi
Muhammad SAW ialah darjah keimanan atau kerohanian yang tertinggi dalam kalangan manusia dan
makhluk Allah daripada awal kejadian Bumi sehingga Kiamat. Justeru, darjat keimanan ini sewajibnya
dibaiki dan dimuhasabah agar ia terus meningkat sesuai dengan peningkatan usia dan kematangan kita.
3. Sistem Kehidupan Yang Ditunjuk Oleh Rasulullah
Syahadah kedua iaitu pengakuan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW mempunyai dua rukun.
Al Isbat ialah dengan mensabitkan segala bentuk ibadat dan peraturan hidup hanyalah berdasarkan
kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan tiada sebarang sistem lain yang boleh berkongsi
dengannya. Rukun kedua, menafikan segala sistem yang ditunjukkan oleh selain baginda.67
Kehadiran pelbagai ideologi, pemikiran dan kebudayaan yang jelas bertentangan dengan Islam
WAJIB ditolak. Jika terjerumus ke dalam lubangnya, panjat kembali kepada Islam.
Islam yang diamalkan perlu selaras dengan al Quran dan sunnah Rasul-Nya bukannya Islam ikut-
ikutan tanpa pengetahuan yang benar. Maulana Abu’l A’la al Maududi menegaskan, Islam adalah sebutan
67 Abu Naaielah, Syarah Misykaat al Masaabiih 1, Manjung: Darul Furqon, 2015.
34
terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktiskan pengetahuan tersebut. Pengetahuan dan tindakan
mempraktiskan itu dapat diperolehi daripada al Quran, hadith dan sirah baginda serta pengalaman
sahabat baginda.
Manusia Yang Terpengaruh Dengan SEPILIS
Umat Islam pada hari ini mempunyai pelbagai latar belakang. Latar belakang individu banyak
mempengaruhi pemikiran mereka. Antara faktor disebabkan latar belakang tersebut ialah
1. Berasal daripada bukan Islam terutamanya yang berasal daripada Barat. Latar belakang mereka
yang asali banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Ia berlaku sebagaimana munculnya kisah
israliyyat.
2. Orientalis Bukan Islam yang mengkaji Islam
3. Orang Islam yang belajar di Barat. Keterujaan terhadap pemikiran Barat dan mahu mengubah
masyarakat dengan pemikiran Barat.
4. Minoriti orang Islam yang tinggal di negara Barat. Mereka cuba mentafsirkan agama sebagai
kehidupan mereka di negara Barat kepada masyarakat Islam di negara majoriti umat Islam.
5. Guru, institusi, organisasi, buku dan tempat belajar juga mempengaruhi pemikiran seseorang.
6. Pemikir dan pejuang Islam yang terperangkap dengan agenda Barat terutamanya yang
memcampur aduk pemikiran Islam dengan Barat dan menerima dana daripada Barat68.
7. Kelompok al indiyyah iaitu golongan yang menerima kebenaran yang pelbagai berdasarkan sudut
pandangan yang berbeza dan kadangkala bertentangan.
Serangan Terhadap al Quran69 dan Hadith
Orientalis Barat telah menyediakan tapak-tapak untuk intelektual anak didik mereka meneruskan
perjuangan mereka di tanah air masing-masing. Mereka cuba menyerang dan menggugat dua tunjang
utama sumber ilmu Islam iaitu al Quran dan hadith.
68 Pencampuran pemikiran ini mengakibatkan pemikiran terpinggir dan kekeliruan dalam mencari kebenaran.
69 Rujuk https://wahyunishifaturrahmah.wordpress.com
35
Serangan terhadap al Quran dengan mengemukakan pandangan orientalis70 dan tokoh Islam
bahawa al Quran perlu [1] disusun semula, [2] ditafsir semula dan [3] kritikan terhadap ketulenan al
Quran. Pandangan [1] pernah disuara oleh tokoh-tokoh Islam seperti Agus Salim yang mahu al Quran
disusun mengikut kronologi ia diturunkan. Pandangan [2] dianuti dan dilemparkan oleh tokoh-tokoh
liberal seperti M. Amin Abdullah.71 Pandangan [3], kebanyakannya para orientalis Barat seperti John Pitt,72
Goldziher Margelot dan George Sale.
Antara orientalis terkenal dalam yang mengkaji al-Qur’an ialah Abraham Geiger (1874),73 Theodor
Noldeke,74 Friedrich Schwally,75 Arthur Jeffery,76 Gerd A. Puin,77 dan Christoph Luxenberg.78
Anak murid dan pengekor orientalis mahu mengunakan metodelogi pentafsiran hermeneutik dalam
mentafsirkan al Quran. Metodelogi ini digunakan digunakan oleh ahli teologi Kristian dan Yahudi untuk
memahami teks bible. Tujuan utama hermeneutik menurut Encyclopedia Britannica, edisi 15 (1995) ialah
70 Pemerhatian orientalis terhadap al-Quran bermula dengan kunjungan Paderi Venerabilis, Ketua Gereja Cluny, ke Toledo pada
abad ke-XII. Dia telah membentuk dan membiayai suatu tim penerjemah yang ditugaskan menerjemahkan serangkaian teks Arab
yang secara keseluruhan akan merupakan usaha ilmiah bagi para missionaris Kristian yang berurusan dengan Islam. Hasil kerja
tim ini dikenali sebagai Cluniac Corpus, yang kemudian tersebar luas, tetapi tidak digunakan secara menyeluruh, hanya bahagian-
bahagian yang memiliki manfaat langsung dan berguna dalam polemik yang dieksploitasi serta dikutip tanpa komentar.
71 Rektor Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogjakarta (2007)
72 Dia mengatakan bahawa al-Quran bukan wahyu Allah SWT, lebih berat dia mengatakan bahawa al-Quran adalah merupakan
kumpulan cerita dongeng dan legenda palsu yang penuh dengan pertentangan dan membingungkan antara ayat satu dengan
ayat lainnya. Lebih parah lagi mereka membuat kesepakatan bahwa Nabi Muhammad bukanlah Nabi yang menerima wahyu dari
Tuhan. Lihat dalam “A true and faithful account of reliion and manner of Muhammadens”
73 Geiger seorang pemimpin gerakan reformasi Yahudi di Jerman telah mengemukakan teori pengaruh Yahudi terhadap al-Quran.
Menurut Geiger, ajaran Muhammad meminjam dari agama Yahudi. Kata-kata yang terdapat di dalam al-Qur’an seperti Tabut,
Taurat, Jannatu ‘Adn, Jahannam, Ahbar, Darasa, Rabani, Sabt, Taghut, Furqan, Ma’un, Masani, Malakut berasal dari bahasa
Ibrani. Selain itu, hal-hal yang menyangkut keimanan dan doktrin, hukum-hukum, moral, pandangan tentang kehidupan dan
cerita-cerita yang ada di dalam al-Quran, tidak terlepas dari pengaruh agama Yahudi. Mengenai ayat-ayat di dalam al-Quran yang
mengecam Yahudi, Geiger berpendapat bahwa kecaman itu disebabkan Muhammad telah menyimpang dan salah mengerti
tentang doktrin-doktrin agama Yahudi.
74 Pada tahun 1860, Noldeke telah menulis tentang sejarah al-Quran (Geschichte des Qorans). Dalam karya ini, Noldeke berusaha
mengubah semula sejarah al-Quran. Buku Noldeke ini kemudian diedit dan dikaji semula secara berkumpulan oleh beberapa
Orientalis terkemuka Jerman dan dikerjakan selama 68 tahun sejak edisi pertama dan selama 40 tahun kemudian muncul buku
edisi kedua. Hasilnya sehingga hari ini buku ini menjadi karya rujukan utama dalam masalah sejarah kritis penyusunan al-Quran
bagi para Orientalis.
75 Anak murid Noldeke mengkritik pendapat gurunya. Menurut Schwally, Islam lebih dipengaruhi oleh agama Kristian bukannya
agama Yahudi.
76 Pada tahun 1937, Jeffery menngubah suai Mushaf Utsmani dan membuat mushaf baru. Orientalis Australia ini ingin mengubah
suai teks Al-Qur’an berdasarkan Kitab al-Mashahif karya Ibn Abi Dawud al-Sijistani yang ia anggap mengandung bacaan-bacaan
tandingan dalam mushaf (yang ia istilahkan dengan ‘rival codices‘). Usaha Jeffery ini meneruskan usaha Gotthelf Bergstraesser
dan Otto Pretzl yang pernah bekerja keras mengumpulkan berbagai foto lembaran-lembaran (manuskrip) Al-Quran dan berbagai
sumber seperti buku-buku tafsir, hadis, kamus Qiraat dengan tujuan membuat edisi kritis Al-Quran tetapi gagal.
77 Mendakwa bahawa dia telah menemukan manuskrip lama di Yaman yang konon mengandung qira’ah yang lebih awal dari
qira’ah tujuh yang terkandung dalam Mushaf Utsmani. Manuskrip tersebut mengandung qira’ah yang lebih banyak dari qira’ah
tujuh, sepuluh, atau empat belas.
78 Nama sebenarnya adalah Ephraem Malki. Dia mendakwa bahawa Al-Quran hanya boleh dimengerti kalau dibaca sesuai
dengan bahasa asalnya, iaitu Syro-aramaic (bahasa Aramaic dalam dialek Syriac).
36
untuk mencari nilai dan kebenaran bible. Perkara ini menunjukkan bahawa ahli teologi Kristian dan Yahudi
mempunyai masalah dengan teks-teks kitab suci mereka.79 Perkara ini membezakan dengan al Quran
bahawa semua orang Islam sepakat bahawa al Quran adalah kalam Allah, diabsahkan kedudukannya dan
tidak mempunyai masalah dengannya.
Orientalis Barat yang mengkaji dan mendalami pengkajian hadith pula ialah A. J Wensinck, A.
Sprenger, I. Goldziher, J. Horovitiz, T.W Juynboll, Edward E. Esalisbury, O.V. Hondas, L. Krehl, W.M.Watt,
J. Schacht, J. Robson dan lain-lain. Mereka mengkritik isnad, penulisan hadith, hadith dan tokoh.
Orientalis Barat mengkritik ketulenan dan autoriti hadith dan mengkritik pengajian hadith. I.
Goldziher sebagai contoh mengatakan masyarakat Islam abad pertama ialah
1. Masyarakat Islam yang jahil terhadap agama, dalam praktis dan aqidah
2. Islam dapat disesuaikan dengan ideologi bersistem.
I.Goldziher dan A. Guilllaume meragui keabsahan hadith yang dihafaz dan sistem pengajian hadith secara
lisan lebih kurang 100 tahun.
Allah memimpin kefahaman ilmu kepada umat Islam. Islam itu adalah sumber ilmu. Kenyataan
bahawa masyarakat Islam abad pertama adalah jahil agama, dalam praktis dan aqidah adalah satu
dakwaan jahat. Wahyu pertama konsep IQRA membuktikan bahawa ketamadunan Islam bermula dengan
ilmu dan membaca.
Generasi awal Islam terkemuka dengan sifat genius, bertaqwa, berwibawa dan kuat ingatan.
Mereka juga menulis hadith-hadith Rasulullah SAW pada lembaran-lembaran atau sahifah peribadi.
Antara sahabat Rasulullah SAW tersebut ialah Abdullah Bin Amru dengan al Sahifah al Sadiqah dan Abu
Hurairah dengan al Sahifah al Sahihah.
Generasi awal Islam mempunyai kaedah menerima dan meriwayat hadith yang tegas. Antara
prinsip yang mereka pegang ialah [1] mengurangkan riwayat, [2]Teliti menerima dan meriwayat hadith,
79 Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, SH:DPF, 2007.
37
[3] Menghalang sahabat yang menjadi perawi daripada menyatakan hadith yang tidak sesuai diriwayatkan
kepada masyarakat umum, [4] Menghadkan hanya yang benar-benar berminat dan thiqah mendengar
hadith, [5] Tidak berbohong atas nama dan diri Rasulullah dan [6] hadith yang disampaikan perlu
mempunyai kesaksian sebagai bukti tidak bersendirian meriwayatkan hadith.
Pada abad pertama Hijrah, berlaku perkembangan dalam ilmu pengajian hadith. Perkembangan
bertambah rancak dan terserlah pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz apabila beliau mengarahkan Abu
Bakar bin Hazm mengumpul dan mencatat hadith Rasulullah SAW mengunakan kaedah ilmu pengajian
hadith tertentu. Pengajian bersanad melalui ilmu riwayah dan dirayah banyak membantu keabsahan dan
ketulenan hadith.
Kewibawaan guru menjadi kekuatan paling besar dalam keabsahan dan ketinggian pengajian
hadith sehingga melaberak para orientalis Barat.
Menyatakan Islam dapat disesuai dengan ideologi bersistem adalah satu dakwaan yang dangkal
kerana Islam adalah addin iaitu satu sistem peraturan hidup/cara hidupa dan aqidah.
Ulama Bukan Pewaris Nabi
Hakikat ilmu menurut Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah pernah berkata :
1. Bukanlah ilmu itu dinilai dengan banyaknya riwayat.
2. Bukan pula dengan banyak berkata-kata.
3. Tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan di dalam hati seseorang.
4. Melalui cahaya tersebut, seseorang hamba dapat memahami jalan kebenaran.
5. Dengan ilmu tersebut juga, seseorang itu dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat dan amal soleh yang diterima di sisi-Mu."
Pada zaman sekarang, ramai agamawan bersifat jahat atau su. Mereka juga dikenal agamawan
berbaju ‘Islamis’ berjiwa ‘orientalis’. Mereka terpengaruh dengan agenda Barat dan termakan budi
38
seseorang individu, organisasi atau pemberi dana. Ada kalangan mereka bertujuan baik untuk mengislah
umat Islam tetapi mengunakan pendekatan atau pemikiran hasil kerangka pemikiran para orientalis
atau pemimpin kalangan musuh Islam. Agamawan seumpama ini tidak memahami dengan jelas hakikat
ilmu sebagaimana saranan Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah di atas.
Hakikat ilmu menurut Imam al Muhasibi ialah
1. Hendaklah kamu bersifat benar dalam pencarianmu, pasti engkau mewarisi ilmu yang mendalam
2. Hendaklah kamu mencari ilmu yang membawa engkau kepada taufik yang suci, kejayaan orang
berilmu ialah beramal dan takut kepada Allah.
3. Kefahaman mengikut tahap akal dan ilmu seseorang, maka dengan tahap kefahaman itulah
menunjukkan tahap taqwa dan takutnya seseorang kepada Allah.
4. Allah mengurniakan akal dan menghidupkannya dengan ilmu sesudah memperolehi iman dan
ditunjukkan kepadanya keyakinan, carilah kebaikan dalam bertaqwa dan ambillah ilmu daripada
orang yang takut kepada Allah
Menurut Imam al Muhasibi lagi, akal perlu ditemani oleh perkara di bawah, jika tidak akal ditewaskan
oleh nafsu. Perkara itu ialah:
1. Melebihkan TAAT daripada MAKSIAT
2. Melebihkan ILMU daripada KEJAHILAN
3. Melebihkan AGAMA daripada DUNIA
Hakikat ilmu sebenarnya membawa akal dan diri kita kepada taqwa dan takut kepada Allah SWT.
Ulama dan penuntut ilmu tidak boleh membiarkan diri mereka tewas kepada nafsu mereka.
Menurut Imam al Ghazali, hakikat ikhlas ialah menjadikan segala amalan kita hanya untuk Allah
SWT dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan
kecaman mereka. Tanpa ikhlas, amalan adalah sia-sia.
Hakikat amal pada niatnya. Niatnya lebih baik daripada amalnya. Amalan adalah buah iman yang
dibajai oleh niat yang benar. Belum betul-betul beriman jika belum mendorong orangnya bekerja
39
bersungguh-sungguh untuk beramal. Iman merupakan keyakinan tentang kebenaran sesuatu, ketenangan
hati menikmatinya dan keinginan untuk berjuang menyampaikannya kepada orang lain.
Hakikat amal dirosakkan oleh rosaknya hati. Menurut Imam al Muhasibi, punca rosaknya hati
ialah meninggalkan muhasabah dan terpesona dengan panjang angan-angan, maka apabila seseorang
ingin kebaikan hatinya berdiri bersama iradah dan di sisi khuatir (ilham), maka ambillah apa yang datang
dari Allah SWT dan tinggalkan yang datang dari selain-Nya, tanganilah panjang angan-angan dengan
mengingati mati. Perkara sia-sia dan angan-angan bergerak dari hati kepada telinga, mata, lidah, tangan-
kaki, makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Sesetengah ulama dan lulusan pengajian Islam yang terpengaruh dengan SEPILIS gagal memahami
hakikat ikhlas, hakikat ilmu dan amal sehingga mencari jalan dan alasan membenarkan hujah-hujah
kelompok SEPILIS. Mereka dikhayalkan oleh pembaharuan/reformasi dan pembangunan yang
menghilangkan ketakutan kepada Allah dan mengikis akidah umat Islam. Tindakan mereka dilihat baik di
sisi manusia bukan Islam tetapi merugikan umat Islam.
Contoh, penolakan pelaksanaan perundangan Islam dengan pendekatan maqasid syariah. Pada
hari ini, kelompok SEPILIS mengunakan pendekatan 2 + 1 dimana satu pihak [1] secara keras menentang
perundangan Islam. Satu pihak [2] lagi mengunakan pendekatan sederhana dimana mereka tidak menolak
tetapi mengemukakan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dengan hujah-hujah Islami.
Penghujahan kelompok SEPILIS [2] telah mengelirukan umat Islam kerana ia selari dengan
pendirian kelompok Islam daripada mazhab maqasidi. Lebih sukar apabila kedua-dua kelompok ini
bersatu dengan tujuan dan kefahaman ilmu yang sama tetapi niat yang berbeza.
Perbezaan kelompok SEPILIS [2] dengan kelompok Islamis mazhab Maqasidi ialah
1. Kelompok Maqasidi masih mengakui dan berniat melaksanakan perundangan Islam tetapi waqi’
masih belum bersedia.
2. Kelompok Maqasidi mengamalkan Islam sebagai Addin dalam kehidupan seharian termasuk
dalam pemikiran dan gaya hidup mereka.
40
3. Kelompok Maqasidi masih berpegang kepada kesyumulan Islam berbanding kelompok SEPILIS [2]
berpegang kepada perkara yang menguntungkan kelompok mereka sahaja.
Kenapa perundangan Islam perlu dilaksanakan di Malaysia?. Persoalan ini jelas bertentangan dengan
kelompok Islamis Mazhab Maqasidi. Jawapannya ialah
1. Pelaksanaan perundangan Islam tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ia dilaksanakan di negeri
Kelantan dan Terengganu dimana perundangan ini telah dimasukkan ke dalam undang-undang
negeri.
2. Hendak dilaksanakan di negeri majoriti umat Islam iaitu Kelantan dan Terengganu. Di Kelantan,
rakyat secara majoriti dalam sistem demokrasi telah memilih PAS dan dasarnya yang mahu
melaksanakan perundangan Islam.
3. Perundangan Islam adalah perjuangan yang cukup lama dari segi sejarah dan melalui kajian yang
cukup banyak.
4. Dari segi sejarah, perundangan Islam sudah lama bertapak dalam Kesultanan Melayu dan
dimansuhkan oleh penjajah British.
5. Paling tepat, ia ‘PERINTAH’ Allah SWT. Lakukan tanpa ALASAN.
Masalah yang kebarangkalian timbul yang melambatkan pelaksanaan perundangan Islam ialah
1. Kemudahan prasarana
2. Pengetahuan rakyat yang minima
3. Tindak balas kerajaan Persekutuan
4. Permasalahan teknikal dari segi undang-undang dalam sistem perundangan tersebut
Setiap perbezaan perlu berada dalam konteks ilmu dan adab. Kunci utama dalam konteks ilmu dan
adab ini ialah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Perbezaan pendapat/pandangan ulama
dalam konteks ilmu adalah rahmat buat umat Islam. Perbezaan ini bukan sepatutnya membawa ke arah
perbalahan tetapi membuka ruang lebih kepada memudahkan orang ramai dalam beramal. Perbezaan
perlu dalam konteks adab. Jika perbalahan terkeluar daripada konteks adab, orang ramai boleh
mengambil ilmu daripada seseorang ulama tetapi menolak perbalahan dan sifat biadab ulama tersebut.
Perbalahan antara ulama perlu ditangani dengan baik sebagaimana sifat hormat menghormati
antara Imam Ibnu Taimiyyah dengan Imam Nawawi yang hidup sezaman. Kita tidak menafikan ada
41
permusuhan antara ulama sehingga berlaku memperlekehkan sesama mereka. Sebagaimana contoh,
permusuhan di antara dua anak murid hebat Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani iaitu Imam Jalaludin as
Suyuti dengan Imam Sakhawi.
Kecelakaan paling besar kepada seseorang ulama ialah [1] menyeleweng daripada aqidah Islam
yang benar, [2] mencampur aduk antara kebenaran dan kebatilan, [3] tidak berakhlak dan tidak warak,
[4] mempergunakan agama Islam untuk kepentingan diri, organisasi dan keluarga, [5] berada dalam
kumpulan anti Islam seperti kelompok SEPILIS, [6] tahu tetapi tidak beramal, beramal tetapi tidak
istiqamah dan [7] menjauhi lapangan dakwah dan masyarakat miskin dan [8] menjadikan diri mereka
sebagai ikon yang ditaksub dan popular.
Kita sebagai orang awam tidak perlu membenci ulama kerana membenci ulama bagaikan
membenci sebahagian daripada Islam. Kita perlu mengambil kebaikan dari segi akhlak yang baik dan ilmu
yang bermanfaat daripada para ulama dan menolak keburukan, kelemahan, kesilapan dan kelalaian para
ulama. Kita ambil kebaikan daripada Imam al Ghazali dan Imam Ibn Taimiyyah dan menolak perbalahan
antara mereka.
Ilmu Yang Bermanfaat
Percayalah, ilmu ada kekananan dan keutamaan yang perlu lebih diutamakan. Jangan sesekali kita
terperangkap dalam ‘perangkap kepalsuan elmu’ yang khayali. Ilmu tidak bertepi luasnya, ia
menyebabkan kaki kita tidak berpijak ekoran khusyuk membaca dan berwacana. Akal merajai ilmu
sehingga kita lupa bahawa Allah Memimpin Ilmu.
Tidak salah kita mempelajari ilmu-ilmu bersifat duniawi selagi kita meletakkan Allah memimpin ilmu
yang kita tekuni. Maksudnya, tujuan ilmu yang kita pelajari adalah untuk kembali mendekati Allah dan
untuk kemajuan umat Islam. Tiga sifat utama yang perlu ada pada penuntut ilmu ialah
1. Tujuan untuk pengabdian diri kepada Allah
2. Untuk kemajuan umat Islam
3. Praktikal pada diri bukan sekadar pengetahuan untuk dibaca atau diwacana sahaja.
42
Manfaat ilmu terasa apabila kita semakin mendekati Allah SWT, mengamalkan Islam dengan lebih
baik dan ilmu bukan lagi bualan-sembang wacana nan kencang. Ilmu perlu berpijak kepada realiti
kehidupan dan diamalkan di luar bilik kuliah. Dalam kitab Ayyuhal Walad, Imam al Ghazali menyatakan
ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu pula ialah sia-sia.
Berilmu bermakna kita telah memilih jalan dan pandangan/mazhab untuk diri kita. Justeru, jangan
sesekali kita mencampur adukkan pemikiran dan kefahaman SEPILIS dengan Islam. Apatah lagi SEPILIS
lebih mendominasi daripada Islam dalam pencampuran pemikiran dan kefahaman tersebut baik dalam
penulisan dan lisan. Islam tidak boleh diterima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain melainkan
ia sifat orang munafik. Islam mesti diterima secara keseluruhan atau syumul dan kita wajib menolak
campur aduk antara kebenaran dengan kebatilan.80
Kita menolak tempelan ideologi pada Islam kerana ia lebih membawa fitnah yang lebih besar kepada
Islam walaupun kita menghormati pandangan sesetengah sarjana atau ulama Islam menerima atas nama
dakwah dan kepentingan tertentu. Istilah seumpama Sosialisme Islam, Islam Hadhari, Muslim Moderat
dan lain-lain mewajarnya kita tolak kerana Islam difahami melalui kacamata yang salah dan mengelirukan.
Tokoh panutan bagi seorang yang matang ialah Rasulullah SAW. Tiada selain baginda. Pemikiran dan
gaya hidup Rasulullah SAW terdapat dalam al Quran dan al Sunnah. Seorang yang matang dalam
beragama perlu menolak bertauladan tokoh lain selain Rasulullah SAW. Tokoh seumpama Karl Marx, Che
Guevara, Noam Croamsky dan lain-lain wajar ditolak pemikiran dan budaya hidup mereka.
Tersihir Dengan Tokoh
‘Dengan Cak Nur kita mudah tersihir dengan cungkilan pendapat intelektualisme dan retorik-pidato yang bersemangat boleh
menarik jiwa sang pendengarnya’
‘Dajal Penyihir yang menyihir manusia mendekatinya. Berhati-hatilah’
Kita akan membicara persoalan pemikiran dan aqidah seseorang bukannya akhlak seseorang. Ada
kalangan kita akhlaknya terpuji tetapi aqidah dan pemikirannya rosak dimamahi parasit SEPILIS. Mubaligh
80 Rujuk Surah al Baqarah: 42.
43
Kristian cukup sopan santun dalam misinya tetapi aqidahnya rosak. Pengaulan kita dengan kelompok
SEPILIS sungguh rapat dan baik, mereka cukup terbuka dan ramah tetapi aqidah dan pemikiran mereka
telah rosak. Maka, berhati-hatilah bersahabat.
Ilmuwan dan pemimpin SEPILIS bukanlah sebarangan orang. Ilmunya tinggi, terpelajar, genius,
berakhlak terpuji dan profesional. Dr Mukti Ali, Dr Harun Nasution, Dr Nurcholish Majdid, Ulil Abshar
Abdalla dan lain-lain terkenal seorang genius dan pandai berhujah-retorik. Hujah mereka kelihatan benar
tetapi tujuannya palsu.
Kalau kita mendengar pidato, kuliah atau ceramah pemimpin yang handal dalam retorik,
bersemangat berapi-api, kaya dengan permainan bahasa dan istilah dan pandai menyusun lelucon, kita
akan mudah terpesona dan tersihir dengan diri pengucap tadi. Pemimpin yang handal berucap di Malaysia
seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Siddiq Fadzil.
Begitulah jua jika kita mendengar ceramah, kuliah atau membaca tulisan Nucholish Majdid atau
Cak Nur, nescaya kita mula tersihir kagum dengan kehebatan retorik, berbau intelektualisme dan
pemilihan kata yang menarik. Tokoh SEPILIS popular kerana idea mereka melawan arus, dilihat tajdid,
moderat, intelektualisme dan dekat dengan masyarakat berilmu.
Pada zaman yang mementingkan populariti, setiap aspek kehidupan selebriti adalah ikutan
walaupun aspek tersebut bertentangan dengan ilmu dan akhlak. Pendapat popular atau daripada tokoh
popular itu tidak semestinya benar. Kepercayaan berdasarkan populariti dan materialistik menanda pra
zaman kemunculan Raja Populariti iaitu Dajal yang dilaknat oleh Allah SWT.
Berteman SEPILIS
Di Malaysia, kelompok SEPILIS terbahagi 3 kumpulan iaitu bergerak secara NGO, berada dalam parti
pemerintah atau institusi kerajaan dan sebagai parti pembangkang. Walaupun mereka berada dalam
kumpulan yang dilihat bertentangan, tetapi hasrat dan kehendak akal-nafsu mereka adalah sama.
Mereka mempunyai dua aliran pemikiran iaitu [1] totok SEPILIS dan [2] pembaharu jadian.
Pembaharu jadian bermaksud mereka berjuang untuk Islam tetapi membawa agenda SEPILIS secara
sedar atau tidak sedar. Mereka ingat mereka reformis, moderat dan progresif tetapi mereka mabuk
44
dengan pemikiran ciptaan Barat yang memcampur-adukkan antara kebenaran dan kepalsuan, dualisme
kebenaran dan kesesatan kefahaman metafizika.
Kelompok Pembaharu Jadian perlu memahami kenyataan Imam al Muhasibi yang cukup menarik,
‘Maka sesiapa yang Allah SWT lapangkan dadanya dengan iman dan sampai kebenaran dalam hatinya,
serta mencintai untuk mendampingi Allah, pasti dia akan melazimi jalan orang yang berakal dengan
menjaga batas-batas syariat yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi-Nya yang mulia dan
apa yang disepakati oleh orang-orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam81 [ surah al
An’am: 153]’.
Kelompok Pembaharu Jadian jangan sesekali teruja dan dicandui oleh buah pemikiran yang dicanang
oleh pihak Barat yang tidak beriman dan bersunat itu. Apabila Barat mengemukakan konsep masyarakat
sivil, kita bersorak dan berkokok dengan dengan konsep masyarakat sivil atau masyarakat madani. Apabila
Barat memperkenalkan konsep Muslim Moderat, berkokoklah kelompok Pembaharu Jadian dengan
konsep Muslim Moderat dan Demokrat Islamis. Kelompok Pembaharu Jadian perlu mengikuti pihak yang
dicirikan oleh Imam al Muhasibi seperti di atas iaitu:
1. Kelompok melazimi jalan orang berakal dengan menjaga batas-batas syariat yang terkandung
dalam al Quran dan al Sunnah.
2. Orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam82.
Pada hari ini, kelompok SEPILIS dalam NGO dan dalam parti politik bersatu atas nama kemanusiaan,
menghapuskan korupsi/rasuah, kronisme dan nepotisme, menegakkan keadilan, memperjuangkan suara
rakyat, menyelamatkan Malaysia dan menumbangkan pemerintah yang korup dan zalim. Gerakan Islam
mula difitnah dengan pelbagai tohmahan dan diperangkap dalam politik retorik/persepsi. Perang persepsi
melalui media sosial dan media maya telah banyak memburuk citra perjuangan gerakan Islam. Perjuangan
Islam mula dibandingkan dengan perjuangan yang disifatkan atas nama keadilan dan rakyat. Keadilan dan
rakyat perlu diutamakan daripada perjuangan Islam.
81 Orang yang menjadi ikutan dikalangan para ulama yang bertaqwa dan berilmu termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dan
sebagainya.
82 Orang berilmu, bertaqwa dan saleh dalam Islam. Orang yang berjasa dan terbukti ketinggian darjat Islamnya.
45
Perjuangan Islam adalah perjuangan menegakkan kebenaran tanpa meninggalkan perjuangan rakyat
dan keadilan. Perjuangan atas nama rakyat dan keadilan belum tentu Islam.
Perjuangan rakyat pada hari ini adalah perjuangan mencari seorang pemimpin yang boleh memimpin
umat Islam dan rakyat Malaysia ke arah lebih sejahtera, berhidayah dan menjadi masyarakat bertaqwa.
Perjuangan mencari pemimpin bertaqwa disebabkan oleh parasit KKN83 mula menyusup masuk ke semua
organisasi termasuk dalam gerakan Islam. Pemimpin yang dicari mempunyai ciri di bawah:
1. Bertaqwa
2. Berakhlak
3. Berprestatif
4. Berpengetahuan
5. Mempunyai keupayaan menyatukan atau aura seorang pemimpin
Pemimpin ini perlu disokong oleh permuafakatan rakyat. Muafakat Rakyat adalah inspirasi daripada
hasrat Tun Abdul Razak semasa menubuhkan Barisan Nasional dimana beliau cuba menyatukan semua
pihak ke dalam sebuah organisasi yang bersama-sama membentuk kerajaan atau Kerajaan Tanpa
Pembangkang. Cuma idea Tun Abdul Razak gagal apabila parti-parti tertentu menyambut dingin hasrat
Tun Abdul Razak.
Politik Islam-Melayu yang menjadi teras kestabilan dan kesejahteraan Malaysia sedang diancam dan
diselamatkan oleh sistem demokrasi sendiri. Politik Islam-Melayu diancam disebabkan oleh [1]
perpecahan dalaman orang Islam dan Melayu, [2] kemunculan sentimen wilayah dan perkauman, [3]
kelemahan pemerintah, [4] kemunculan sentimen dinasti diraja, dan [5] kelemahan menghadapi
acahan/desakkan pihak non muslim dan bangsa bukan Melayu.
Sistem demokrasi melalui pilihanraya hampir menganggu gugat kestabilan politik teras Islam-Melayu
apabila individu yang beragama Islam dan Melayu dalam kelompok SEPILIS didalam parti politik pelbagai
kaum membolehkan mereka bertanding di kerusi majoriti orang Melayu. Walaupun orang beragama Islam
83 Korupsi, Kronisme dan Nepotisme
46
dan berbangsa Melayu, jatidiri-jiwa mereka bukan lagi Islam-Melayu tetapi SEPILIS sama dengan orang
non muslim-bukan Melayu.
Penulis bukanlah mahu bersifat rasis tetapi ingin menyatakan realiti rakyat bawahan dimana jurang
perkauman semakin meluas. Tanpa kestabilan politik teras Islam-Melayu, negara boleh terjerumus ke
lembah persengketaan antara kaum dan kewujudan kerajaan persekutuan yang lemah.
Kesimpulan
Berteman SEPILIS boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam lubang SEPILIS. Kita adalah siapa sahabat
kita dan apa yang kita baca. Maka, berhati-hatilah.
Ilmu akidah menentukan arah keyakinan kita dalam Islam. Ilmu akidah perlu membentengi dan
mendepani pemikiran dan kebudayaan hidupa kita agar tidak terpengaruhi dengan unsur-unsur yang
membolehkan diri kita kufur seterusnya ke neraka. Carilah guru yang berwibawa.
Berhati-hati dan teliti dalam menuntut ilmu. Bukan semua ilmu yang dituntut itu boleh diamalkan
kecuali ilmu itu bersumberkan al Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Ilmu itu adalah agama. Justeru, ilmu itu
bagaikan pisau yang menghiris memberi kita sesuap makanan atau membunuh kita. Sesuai dengan kata-
kata Ibnu Sirin; ‘Seseungguhnya ilmu ini adalah AGAMA maka perhatikanlah daripada siapa kamu
mengambil agama kamu’
Jika belajar dengan kelompok SEPILIS tanpa sedar dan tanpa iman, kita boleh membawa diri kita
ke dalam keterujaan pemikiran, keterbukaan yang pragmatis dan kecanduan wacana sehingga menggugat
iman kita.
Berhati-hatilah.
47
Bab 4
Bermulanya Seorang Sekularis
Apabila dalil, hujah dan ayat bersandarkan kepada Islam dianggap klise. Apabila ketuhanan
dianggap sebagai perkara tahyul. Iman semakin malap.
Dalam bab ini, kita dapat:
1. Mengetahui penyelewengan sekularis
2. Mengetahui bagaimana seorang sekularis dipengaruhi oleh Sekularisme- Pluralisme-
Liberalisme.
Memulakan keraguan dengan keraguan menatijahkan keraguan.
Para sekularis anak tempatan mula mengunakan cara berfikir para orientalis. Secara epistemologi, para
orientalis dan sekularis tempatan bersifat skeptis. Mereka memulakan keraguan, berhujah dengan
pandangan dan sumber ilmu yang meragukan dan berakhir dengan keraguan. Akhirnya mereka meragui
kebenaran dan membenarkan keraguan.
Para orientalis dan sekularis bukan mencari kebenaran tetapi pembenaran terhadap keraguan
yang mereka anuti.
Dalam pembicaraan tentang perundangan Islam, pendokong orientalis dan sekularis memulakan
penghujahan dengan polemik yang bertujuan menambahkan keraguan terhadap perundangan Islam.
Antara contoh isu yang mereka utarakan ialah perbezaan antara syariat dan fiqh. Walaupun pandangan
mereka kelihatan betul tetapi tidak benar kerana pengakhiran hujah mereka bermatlamat supaya orang
ramai meragukan ‘fiqh’ dan syariat yang ditafsirkan oleh manusia bergelar ulama.
Mereka menghidupkan keraguan dalam beragama bukannya membina keyakinan bertuhan.
Masyarakat terutamanya anak muda mempersoalkan agama dengan pemikiran logik mengikut nafsu
mereka. Pandangan orientalis dan pemikir sekularis setaraf dengan wahyu dan hadith. Banyak keadaan
pandangan orientalis dan pemikir sekularis diterima pakai daripada wahyu Allah SWT.
48
Dualisme
Dualisme dalam pemikiran adalah kekacauan pemikiran dimana dualis menerima dua perkara yang saling
berlawanan.
‘Kita menjadi pencuri kerana mahu menolong orang miskin’
‘Kita adalah ateis yang berakhlak mulia’
‘Kita adalah penganut Sekularisme Islam’
‘Liberalis yang baik’
‘Kita sokong Islam tetapi tak solat’
Bahkan dalam perkara tauhid juga bersifat dualisme, ‘saya percaya Allah tetapi saya juga sayang
Gautama Buddha’
Tiada dualisme dalam Islam kerana kebenaran dalam Islam bersifat mutlak dan objektif.
Seorang Ektremis Dicandui Oleh Toleransi, Kebebasan dan Kepelbagaian
Kejutan budaya. Akhirnya tersungkur di pintu syurga.
Bersederhana dalam semua perkara. Jika kita membenci, sederhanalah. Jika mencintai dan
menyayangi, bersederhanalah.
Tak sangka seorang yang fanatik Haji Hadi menjadi seorang liberalis. Tak sangka seorang penulis
Islam lulusan syariah dan anti-liberal menjadi seorang Pluralis: Syiah+hedonisme+rentas agama. Iman
berbolak-balik, moga kita dijauhkan oleh-Nya.
Toleransi, kebebasan dan kepelbagaian boleh membuat diri seseorang teruja dengan ketiga-
tiganya. Paling malang, ketiga-tiga perkara tersebut boleh menjadikan seseorang itu anti-Islam dan
menolak kesyumulan Islam atas nama keadilan, toleransi, dialog, rasional, kebebasan dan meraikan
kepelbagaian.
Mereka menjual kemuliaan Islam dengan kemuliaan disisi manusia.
49
Beriman Tanpa Beramal, Beramal Tanpa Beriman
Sekularisasi tidak dapat dibendung lagi dalam masyarakat moden, suka atau tidak dan mahu atau
tidak mahu setiap anggota masyarakat mesti menghadapi sekularisme atau tersingkir dan terasing
daripada masyarakat. Maka, kita akan melihat bagaimana agama ditafsir secara sekular.
Agama ditafsir mengikut kehendak sekular melahirkan aliran pemikiran beriman tanpa beramal,
beramal tanpa beriman. Beriman tanpa beramal bermaksud mengaku sebagai muslim tetapi tidak
mengamalkan cara hidup Islam. Dalam ibadah seperti solat dan puasa, tidak istiqamah. Beramal tanpa
beriman pula ialah mengamalkan sebahagian cara hidup atas dasar amalan tradisi, adat dan sekadar
kepercayaan peribadi sebagaimana manusia beragama yang lain.
Kemudian, kita akan melihat agama dipisahkan daripada urusan politik, sosial dan ekonomi umat
Islam dengan meletakkan Islam di masjid dan tikar sejadah sahaja.
Islam hanya agama bukan lagi sistem kehidupan. Islam hanya wasilah perbincangan yang gah dan
wacana ilmu tanpa noktah tetapi tidak hidup dalam bernegara.
Pentafsiran Islam Milik Semua Orang Islam?
‘Bukan ulama sahaja yang berhak mentafsirkan Islam’
‘pentafsiran Islam bukan milik monopoli ulama sahaja’.
Pentafsiran Islam bukan sahaja milik para ulama. Semua orang boleh mentafsirkan Islam dengan
syarat-syarat tertentu.
Ya, memang benar semua orang boleh mentafsirkan Islam dengan syarat: mukalaf; niat yang
ikhlas dan benar; dan ada ilmu. Malangnya, bagaimana nak tafsir agama jika solat pun kadang-kadang
(tidak mengamalkan secara baik dan istiqamah).
Nak tafsir Islam mestilah menguasai sumber ilmu dan kaedah ilmu: ‘Al-Quran; Al Sunnah; Ijma’
Ulamak; dan Qiyas’. Menguasai kaedah-kaedah ilmu dalam pengajian Islam. Dan mempunyai kerangka
50