The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cheguridhwan81, 2020-04-13 08:24:15

Buku Jalan Pintas

Buku Jalan Pintas

tentera mereka. Masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian dan memilih Kebudayaan Yunani Kuno
dan Kebudayaan Romawi sebagai teras Kebudayaan Barat.

Perkembangan paling penting dalam Kebudayaan Yunani Kuno adalah keintelektualan- falsafah,
kesenian dan kesusasteraan. Tiga elemen ini menjadi asas Kebudayaan Barat. Pelbagai falsafah digagaskan
pada zaman Yunani kuno seperti aliran Ionia, Platonisme, Stoikisme dan Aristotlelianisme. Dunia
diterangkan berdasarkan material-kebendaan, sebab musabab dan hukum hakam.

Contohnya, aliran pemikiran Platonisme bersumberkan kepada tiga teras iaitu (1) sebab utama,
(2) akal dan (3) Ruhul Kudus [Roh Umum atau Roh Dunia). Platonisme dianggap sebagai cara hidup ketika
itu dengan nada keagamaan dan tafakur.

Faham humanisme menjalar dalam pemikiran dan kehidupan Bangsa Yunani. Mereka melakukan
pemujaan terhadap akal, kehebatan-kejayaan dan bentuk badan manusia. Upacara ‘agama’ mereka
melalui pertandingan, perlawanan dan tari menari yang berasaskan mistik. Contoh, ‘Sukan Olimpik’,
pertandingan sukan tanpa baju.

Sumbangan Kebudayaan Romawi lebih kepada disiplin, organisasi dan kepahlawanan. Mereka
sangat memuja kepahlawanan. Terdapat Sukan Romawi yang melambangkan ciri-ciri iaitu (1) memuaskan
hawa nafsu indera, (2) merendah martabat keperibadian individu, (3) mengalak rakyat menyukai
keganasan. Di Rom, terdapat juga penyair terkenal umpamanya Virgil dan Horace.

Pada akhir Abad Pertengahan, pengaruh agama Kristian mulai merosot dalam Kebudayaan Barat.
Kemunculan Zaman Renaisans menjadi permulaan bahawa Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan
Romawi mula mendapat tempat dalam Kebudayaan Barat. Sejak tahun 1397, Manuel Chysoloras, John
Bessarion dan Jonus Lascaris dari Constantinople (Rom Timur), pakar dalam Kebudayaan Yunani datang
ke Florence untuk mengajar. Sekitar tahun 1438 hingga 1439, Council of Florence telah membawa ramai
ilmuwan Yunani untuk mengkaji kajian klasik Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi. Mereka
yang mengkaji Kebudayaan Yunani Kuno dan Romawi dikenali sebagai humanis.

Kejatuhan Constantinople pada tahun 1453 di tangan Daulah Uthamaniyyah telah membawa
masuk lebih ramai pelarian daripada Rom Timur (Byzantium) ke Itali. Mereka mengajar, meniru dan
menyalin serta menerjemahkan buku-buku hasil daripada Kebudayaan Yunani Kuno. Kelompok humanis
inilah banyak berjasa membentuk semula Kebudayaan Barat berdasarkan Kebudayaan Yunani Kuno dan
Kebudayaan Romawi.

101

2. Asas Kebudayaan Barat: Zaman Renains
Renaisans adalah gerakan intelektual yang berkembang di Selatan Eropah pada abad ke 14 hingga Abad
ke 16. Secara mudahnya, renaisans bermaksud kelahiran semula. Kelahiran semula Kebudayaan Yunani
Kuno dan Kebudayaan Romawi yang menjadi teras kepada Kebudayaan Barat.

Ciri-ciri Renaisans ialah pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi,
humanisme, individualisme, sekularisme dan sifat kritikal.

Pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi Purba menunjukkan
mereka kembali kepada tradisi. Mereka yang membuat kajian ini dinamakan golongan humanis.

Golongan humanis adalah ahli akademik yang mengkaji manusia, idea-idea agung dan kesenian
klasik/kuno. Mereka mementingkan hal ehwal orang ramai dan kebahagiaan di dunia. Humanisme
menekankan peranan akal, budi pekerti, keintelektualan dan kehendak manusia dalam menyelesaikan
segala masalah di dunia ini.

Individualisme iaitu usaha-usaha individu dalam melakukan sesuatu untuk membaiki taraf hidup
diri serta masyarakatnya tanpa disekat atau diikat oleh sesiapa.

Sekularisme mengasingkan atau memisahkan usaha dan urusan duniawi dengan ajaran agama
dan kawalan gereja. Masyarakat tidak lagi mementingkan keagamaan dalam bidang duniawi tetapi
mereka menggunakan pendekatan sainstifik, logik dan akal-budi mereka dalam menentukan sesuatu.

Sifat kritikal ialah membandingkan satu sumber dengan sumber yang lain dengan mengkritik
sumber-sumber tersebut termasuk sumber-sumber ilmu agama Kristian.

3. Asas Kebudayaan Barat: Zaman Reformasi
Gerakan Reformasi dipimpin oleh Martin Luther bertujuan untuk membersihkan gereja Katolik daripada
kepincangan dan membebaskan diri daripada kongkongan Pope dan gereja katolik di Rom.

Martin Luther mempersoalkan doktrin agama yang tidak ada dalam Bible seperti penyembahan
patung Mary dan Saint yang dianggap menyeleweng daripada agama. Beliau juga mempersoalkan konsep
paderi sebagai orang perantaraan Tuhan dengan manusia. Beliau juga berjuang agar Bible diterjemahkan
kepada bahasa tempatan.

Penjualan surat pengampunan dianggap perbuatan menjual agama dan paderi dilihat seumpama
Tuhan kerana boleh mengampuni kesalahan pesalah.

102

Menjelang tahun 1600, agama Kristian terbahagi kepada tiga iaitu Katolik, Protestan (termasuk
Anglican, Lutheran dan sebagainya) dan Ortodoks.

Peperangan antara penganut agama Kristian hampir 1 Abad lamanya sekitar abad ke 16 dan ke
17 Masihi. Antara nama peperangan itu ialah The Wars of Religion (1546-1648), The Thirty Year’s War
(1618-1648) dan Sectarian Wars. Dalam kes The Thirty Year’s War, Maharaja Ferdinand II memburu
pengikut Calvinisme dan Lutheranisme.

Di Sepanyol, Mahkamah Penyiasatan wujud selama 375 tahun (1478-1834) ini bertujuan
membanteras orang Islam dan Yahudi digunakan untuk membanteras orang Protestan. Penyiasat
Sepanyol, Torquemada telah membakar 2000 orang hidup-hidup.

Zaman Reformasi kepada kekejaman gereja dan gerakan penentangan terhadap teokrasi.
Malangnya yang berlaku apabila sesetengah orang Islam menyandarkan kekecohan zaman Reformasi
dengan perubahan ajaran Islam, institusi dan gerakan Islam.

Walaupun politik terkandung dalam Islam, Islam bukanlah teokrasi atau pemerintahan agama.
Islam bergerak sebagai penasihat kepada diri; ahli keluarga; sahabat; kejiranan; masyarakat; negara dan
empayar. Nasihat atas agama Islam bukannya mengikuti ideologi ciptaan manusia atau akal fikiran sendiri
kerana ia bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.

4. Asas Kebudayaan Barat: Zaman Pencerahan
Pencerahan (enlightenment) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku sekitar tahun 1650 hingga 1800.
Zaman ini melahirkan pemikiran liberal dan moden. Perintis gerakan intelektual ialah kalangan ahli
falsafah. Lebih tepat lagi mereka adalah rasionalis atau kelompok rasional. Mereka mempunyai jiwa
renaisans iaitu sifat kritikal terhadap sumber. Walaupun pendapat mereka bercanggah tetapi mereka
mempunyai asas pemikiran yang sama

Asas pemikiran mereka ialah membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi dan
kepercayaan bahawa kebenaran boleh didapati secara mistisisme. Mereka menolak penerangan teologi
dan cuba menghapuskan pemikiran kolot dan lama. Mereka cenderung mengasingkan agama daripada
ilmu pengetahuan dan menekankan pencapaian dunia melalui ilmu pengetahuan bukannya agama.
Mereka menolak pentafsiran alam semesta berdasarkan kitab suci.

103

Walaupun kelompok rasional ini tidak menolak semua tentang agama tetapi mereka cenderung
menolak kemutlakan agama dan supernaturalisme yang terkandung dalam agama kerana ia merupakan
penghalang kepada toleransi, kebebasan dan penemuan ilmiah.

Kelompok rasionalis berpegang kepada keyakinan kepada tingkat rasional daripada alam dan
pada hukum-hukum ilmiah. Mereka merasakan diri mereka berkuasa penuh dalam memilih dan
menentukan sesuatu perkara. Mereka mengupas persoalan ghaib atau ketuhanan berdasarkan akal
mereka bukannya merujuk kepada kitab suci.

Kelompok rasionalis juga sangat yakin dengan diri mereka sendiri dan optimistik. Mereka
merasakan kemampuan akal mereka dapat mengatasi semua permasalahan termasuk perkara ghaib.

Kebenaran Islam Adalah Mutlak

Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir yang menjadi penutup sekalian nabi telah diberi
WAHYU oleh Allah sebagaimana para nabi yang lain (Surah an-Nisa’: 163). Tugas utama seorang rasul ialah
pembawa berita gembira dan pemberi ingatan agar tiada alasan untuk manusia membantah kepada Allah
(Surah an-Nisa’: 165) dengan mengatakan risalah Islam belum sampai kepada mereka. Nabi Muhammad
membawa kebenaran dari Allah (al-Quran), dan Allah menyuruh kita semua beriman kepadanya (Surah
an-Nisa’: 170). Allah menjadi saksi atas al-Quran yang diturunkan-Nya kepada Nabi Muhammad (surah
an-Nisa’: 166). Kesaksian ini jelas membuktikan keabsahan Nabi Muhammad sebagai Rasul dan al-Quran
sebagai sumber kebenaran mutlak umat Islam dan manusia.

Kebenaran mutlak Islam terletak kepada al-Quran. Al-Quran ditanzilkan oleh Allah SWT kepada
Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Tanzil bukan ilham, ‘ru’yat’ atau kasyaf. Tanzil adalah Kata
Tuhan yang Maha Esa mengenai hakikat Diri-Nya; mengenai makhluk-Nya; mengenai penisbahan
makhlukNya dengan DiriNya; mengenai Jalan Benar bagi insan menyelamat diri mereka; memberi khabar
gembira dan peringatan; syurga atau neraka; membawa titah dan larangan yang diberitahu kepada Nabi
atau Rasul-Nya. Kata Tuhan yang Maha Esa bukanlah berjenis suara atau huruf.[al-Attas]

Al-Quran menjadi sumber rujukan utama seorang muslim dalam semua aspek kehidupan. Al-
Quran menerangkan setiap suatu perkara (Surah al-Nahl: 89), petunjuk jalan yang benar (Surah al-Isra’: 9)
dan bertindak sebagai hakim dalam menyelesaikan permasalahan manusia (Surah an-Nisa’:59 dan Surah
al An’naam: 114). Al-Quran bertindak membebaskan dan membersihkan aqidah daripada dinodai oleh

104

noda-noda syirik dan memberi didikan kepada manusia agar menjadikan keEsaan Allah sebagai pusat dan
tujuan hidup manusia.

Agama tanzil yang benar-benar asli ialah ISLAM dan umat yang menganutinya dipuji-puji oleh
Allah(Surah Ali ‘Imran: 110 dan 104). Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT (Surah al-Maidah:
3). Islam maksudnya penyerahan diri kepada Allah SWT (Surah Luqman: 22). Satu ketundukan DIRI (zahir-
batin dan aqal-nafsu) dengan penuh kesedaran kepada Allah SWT.

Islam adalah sistem hidup yang syumul mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Menyerah diri
bermakna kita menyerahkan kehidupan kita kepada Allah SWT melalui taat akan perintahNya dan
larangan-Nya (Surah Ali Imran: 83 dan 85). IDEOLOGI cuba mengantikan Islam dalam kehidupan seseorang
muslim boleh membawa kepada perkara SYIRIK. Ideologi bukan sekadar pemikiran, ia adalah satu GAYA
HIDUP manusia. Jauhi IDEOLOGI, kembali kepada ISLAM sebagai satu pandangan alam seorang mukmin.

Kebanjiran ilmu dan maklumat serta pandangan sarjana Islam atau Barat mesti ditapis dengan al-
Quran dan as-Sunnah. Pandangan yang berlawanan dengan al-Quran dan as-Sunnah WAJIB ditolak.
Perkara yang membawa FITNAH dan kerugian kepada umat Islam MESTI ditolak. Pencampuran antara
pemikiran Quranik (pandangan al-Quran dan as-Sunnah) dengan pemikiran Barat dalam kalangan sarjana
dan pemimpin Islam WAJIB ditolak. Jangan sampai pemikiran manusia diagung dan dimartabat sehingga
melangkaui pandangan al-Quran dan As-Sunnah.

Pertembungan Hakiki Antara Islam dengan Kebudayaan Barat.

Islam mengiktiraf kewujudan dan perbezaan antara kaum dan agama (pluraliti) terakam dalam surah
surah al-Hajj: 40, Surah al Kafirun: 1-6, Surah al Baqarah: 62 dan Surah al-Hujurat 13 tetapi Islam tidak
mengiktiraf kebenaran agama-agama lain.

Kita boleh menjalinkan hubungan dengan orang Barat secara hubungan sosial dan diplomatik
serta individu. Dari segi kebersamaan dalam pandangan alam, pemikiran dan kebudayaan adalah agak
mustahil kerana pertembungan ini adalah pertembungan hakiki sejak azali.

Kita juga sudah tahu bahawa Kebudayaan Barat berdasarkan gabung-jalin Kebudayaan Yunani
Kuno, Romawi Purba, Yahudi, Kristian dan Kaum Biadap-Gasar di Eropah. Gabung-jalin ini menghasilkan
sifat-sifat asasi Kebudayaan Barat yang dilihat amat sukar mendekatkan Islam dengan Barat.

105

Kebudayaan Barat menganggap Islam sebagai Islam sebagai seterunya yang mutlak dan
kesejahteraannya hanya akan terjamin dengan kemenangannya ke atas Islam dalam perjuangan yang
berterusan dan bermati-matian. Mereka bersetuju dengan umat Islam jika umat Islam mengikut kehendak
mereka [Surah al-Baqarah: 120]. Jangan kita diperbodohkan dengan mengikuti pandangan alam Barat
melalui pelbagai usaha mereka termasuk ideologi, sains, sukan, hiburan dan lain-lain.

Agama Kristian merupakan unsur penting dalam Kebudayaan Barat. Agama Kristian hasil evolusi
daripada ajaran Nabi Isa AS. Setiap agama samawi sebelum Islam sama ada Yahudi dan Nasrani bertujuan
mengislah masyarakat sendiri bukannya untuk disebarkan kepada umat manusia [Surah Ali Imran: 49].
Nabi Isa AS bukan ditugaskan untuk menjelmakan sebuah ‘agama baru’ tetapi ditugaskan membaiki
penyelewengan dalam masyarakat bani Israel dengan mengesah semula kitab Taurat dan memberi khabar
gembira kedatangan Nabi akhir zaman bernama Ahmad [Surah al-Saff: 6]. Sesetengah murid dan pengikut
murid Nabi Isa mendirikan asas-asas utama ‘agama baru’ bertanya kenyataan yang disampaikan oleh Nabi
Isa AS tentang Islam dan Nabi Muhammad. Akhirnya, lahirkan agama Kristian yang bertujuan menyangkal
kedatangan Islam yang mengandungi sifat persamaan dengan agama Islam. Mereka cuba menggagalkan
Islam yang akan terbit kelak dengan cara mendahului kezahirannya agar supaya meniru sifatnya. [Sila
Rujuk Syed Muhammad Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin]

Menurut al-Attas, agama Kristian yang berasal dari Asia Barat ini adalah satu-satunya agama yang
telah berpindah dari pusat aslinya, iaitu dari Darussalam Palestin ke Rom, Itali atau lebih tepat Bandar
Vatican. Perpindahan ini pada hakikatnya adalah suatu bentuk pembaratan (westernization) dan
penyerapan unsur-unsur Barat secara berangsur-angsur dan berturut-turut ke dalam Kristian.

Tauhid adalah dasar kebenaran agama Islam. Tauhid bukan sahaja menekan kepada sifat keEsaan
Allah dan terhad dalam ibadah sahaja tetapi mempengaruhi segala aspek kehidupan seorang muslim
termasuk pandangan alam, pemikiran, lisan, ucapan dan tindakan. Ayat-ayat mengenai tauhid dalam al-
Quran seperti Surah Muhammad: 17, Surah al-Ikhlas: 1-4, Surah al-Isra: 23.

Allah SWT sendiri menegaskan dalam Surah al-Maidah: 3, ‘Pada hari ini telah Aku sempurnakan
agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan nikmat-nikmatKu bagimu dan telah Aku redhai ISLAM
sebagai agamamu’.

Penegasan Allah SWT ini luar biasa dan paling unggul kerana Allah SWT sendiri mengabsahkan
dan mengakui kesempurnaan Islam dan seterusnya Allah sendiri meredhai Islam sebagai agama manusia.
Perkara ini menjelaskan jika kita memilih selain daripada Islam, kita memilih sesuatu yang tidak sempurna

106

dan tidak diredhai oleh Allah SWT. Tiada alasan untuk menolak Islam. Ayat ini telah membuktikan Islam
menolak segala anjuran Kebudayaan Barat yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Islam menolak orang Islam mencampur-aduk iman mereka dengan kezaliman (syirik). [Surah al-
An’am:82]. Sesetengah pemimpin umat Islam dan sarjana Islam mudah terpesona dengan hujah-hujah
pemikir daripada Barat. Mereka mencampur-adukkan pandangan alam Islam dengan pandangan alam
Barat. Akhirnya, pandangan alam mereka keliru. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tokoh yang giat
mengeratkan hubungan antara Orang Islam dengan Orang Bukan Islam mengunakan hujah al-Quran,
hadith, sirah dan perumpamaan untuk menjentik hati Orang Bukan Islam bukannya bertolak ansur
sehingga mengabaikan nas syarak demi perpaduan kaum.

Dalam menjalinkan hubungan Islam dengan Barat, banyak keadaan sarjana dan pemimpin umat
Islam terpaksa mengalah dengan pandangan Barat. Sarjana Islam lebih mengikut kehendak pandangan
Barat. Gagasan Muslim Demokrat sebagai contoh, kelihatan jelas dipengaruhi oleh pandangan alam Barat.
Jangan kita merasakan orang kafir itu lebih benar jalannya daripada orang beriman [Surah al-Nisa’: 51-
52]. Pemimpin Islam dan sarjana Islam mesti tegas menolak pandangan alam Barat [Surah al-Nisa’: 60].

Islam tidak memusuhi orang bukan Islam. Musuh Islam ialah penentang agama Islam secara
terbuka, mengancam dan menyerang (menceroboh) wilayah umat Islam (al Baqarah: 216). Tiada masalah
menolak Islam dengan cara tertutup atau tersembunyi, dalam hati dan dengan hujah melalui forum, buku
dan seminar dengan syarat tanpa emosi dan tidak mengancam serta tidak menfitnah Islam. Tiada paksaan
kepada orang Bukan Islam menganuti Islam (al Baqarah: 256), Islam menghormati dan mengiktiraf Orang
Bukan Islam mengamalkan agama mereka (al-Kafirun: 6).

Islam telah mengariskan beberapa perkara yang perlu waspada dalam menjalin hubungan dengan
Kebudayaan Barat. Ia bukan bersifat memusuhi tetapi berwaspada. Dalil-dalil al Quran yang menerangkan
tentang jalinan hubungan antara Umat Islam dengan Orang Kafir.

Jangan taat kepada orang kafir kerana itu akan membawa kita ke arah kekufuran (Ali Imran: 149-
150). Pengaulan yang membawa ketaatan kepada individu atau organisasi yang jelas kekufuran mesti
dijauhi agar tidak menjerumus kita ke lembah kekafiran dan fitnah.

Kebencian terhadap Islam dapat dilihat pada pertuturan dan tindakan musuh Islam. Berhati-hati
memilih teman seperjuangan termasuk bukan Islam dan proksi mereka sebagai orang yang dipercayai (Ali

107

Imran: 118). Kita terlalu mudah percaya kepada kelompok bukan Islam yang membantu dan mendanai
perjuangan kita sehingga termakan budi mereka.

Islam melarang kita melakukan perkara yang salah (Ali Imran: 110) termasuk menerima ideologi
ciptaan manusia.

Kelompok Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepada Umat Islam selagi
Umat Islam tidak menurut agama mereka (al Baqarah: 120).

Jangan menjadikan kelompok Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat umat Islam. (al Maidah:
51-52, an Nisa: 144). Bersahabat dengan sifat waspada dan berhati-hati.

Kemenangan hak mutlak Allah (Ali Imran: 160). Jangan sangka kemenangan berpunca daripada
Umat Islam bersekutu dengan Bukan Islam. Kemenangan dengan izin Allah.

Orang kafir saling bantu membantu sesama orang kafir (Al Anfal: 73). Walaupun musuh kelihatan
berbeza dan saling benci membenci antara satu sama lain. Pemusuhan dengan Islam dapat menyatukan
mereka. Lihat Perang Salib dan peperangan di Syria (2015) dimana Rusia dan Amerika menyerang musuh
yang sama (ISIS) walaupun mereka pihak yang bertentangan.

Jangan sampai menjadi fasik apabila menjadikan orang kafir dan musyrik sebagai teman rapat
umat Islam (al Maidah: 80-81). Ekoran terlebih bertoleransi yang melampaui batas iman dan kufur dengan
Bukan Islam, akhirnya menjerumus Umat Islam ke lembah kefasikkan. Sesetengah umat Islam muda
tergoda dengan pemikiran dan watak orang kafir. Baik itu tidak semestinya benar. Liberalisme dan
Pluralisme semakin mendominasi pemikiran kelompok terpelajar umat Islam terutamanya pemimpin
negara dan sarjana. Antara punca utamanya ialah pengaulan yang tidak dibatasi oleh kesalehan dan iman.

Jangan mengambil orang yang menjadikan agama Islam sebagai ejekan dan permainan mereka
sebagai teman rapat dan penolong umat Islam (al Maidah: 57). Orang Bukan Islam dan sesetengah orang
Islam suka menjadikan Islam sebagai bahan ejekan dan permainan mereka, jangan jadikan mereka
sebagai sahabat, sekutu dan pembantu. Para orientalis dan anak didik mereka sering memperolok-
olokkan sumber ilmu Islam, kerangka pemikiran dan pandangan ulama Islam.

Kedengkian ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terhadap umat Islam menyebabkan mereka suka Umat
Islam meninggalkan agama Islam (al Baqarah: 109). Kedengkian mereka terhadap Rasulullah SAW dan
bangsa Arab kerana Nabi Akhir Zaman dipilih dalam kalangan bangsa Arab.

108

Kesukaran akan berlaku apabila Umat Islam membuat perjanjian dengan orang kafir dan musyrik
kerana mereka tak menghormati hubungan kerabat dan perjanjian setianya. Mereka hanya menyukakan
umat Islam dengan kata-kata yang manis sedangkan hati mereka menolak Islam (at Taubah: 8).

Orang kafir sanggup membelanjakan harta mereka untuk menghalang manusia dari jalan Allah (al
Anfal: 36).

Jangan jadikan ahli keluarga sebagai pendamping jika mereka memilih kufur (at Taubah: 23).
Persoalan pengaulan kita seharian sangat penting kerana sahabat dan alam sekeliling kita banyak
mempengaruhi pemikiran kita. Kebanyakan tokoh-tokoh besar Islam yang celaru pemikiran apabila
mereka tidak menjagas batasan pengaulan dengan orang kafir dan mencampur-adukkan pemikiran Islam
dan Barat. Tidak segan bergaul dengan ulama dan orang saleh tetapi bergelak-ketawa dengan sarjana dan
pemimpin Barat.

Jangan sesekali Umat Islam mengambil musuh Allah dan musuh Umat Islam sebagai teman rapat
dengan cara menyampaikan maklumat-makulmat rahsia kepada mereka. (al Mumtahinah: 1).

Sifat Asasi Kebudayaan Barat

1. Falsafah bukannya agama: Kebudayaan Barat dipengaruhi oleh falsafah bukannya agama. Dalam
pengalaman beragama, mereka tidak ada keyakinan yang tetap. Pendirian mereka berdasarkan
kemungkinan.

2. Humanisme: Pemujaan terlampau tinggi terhadap diri manusia: Akal, badan, kebolehan dan psikologi.
3. Pragmatisme. Satu pemikiran dan tindakan yang melangkaui nas-nas syarak dengan prinsip matlamat

menghalalkan cara.
4. Dualisme dan Dikotomi dalam pemikiran: Faham penduaan (dualisme) yang mutlak dan bukan kesatuan

sebagai nilai serta kebenaran hakikat semesta [surah al-An’am: 82]. Contoh, sekularisme dimana
berlakunya penolakkan kehadiran Tuhan dan campurtangan agama dalam urusan kehidupan manusia
seharian [Ekonomi, Politik dan Sosial].
5. Materialistik atau kebendaan.
6. Individualistik
7. Kesatuan, Persamaan dan Samarata
8. Sainstifik: Tiada kemutlakkan dengan ragu-meragu, duga-menduga, berubah-ubah, sentiasa berhipotesis,
sentiasa berwacana tanpa jawapan dan hilang ketetapan. [Surah Taubah: 45]
9. Tragedi dalam mencari kebahagiaan. Manusia Barat menyakini bahawa kehidupan manusia adalah sebuah
episod-episod tragedi yang harus dilalui. Bahkan mereka berkeyakinan bahawa nasib terburuk bagi manusia

109

adalah dilahirkan. Manusia membawa dosa warisan. Kehampaan hati dari nilai-nilai spiritual yang kemudian
diisi oleh perasaan tragis ini menganjurkan manusia Barat mencari jawaban dari persoalan-persoalan hidup,
untuk giat berusaha menyelidiki, mengkaji dan mereka-reka teori baru, dan mengemukakan masalah asal-
usul alam semesta dan manusia.
10. Kesejagatan atau Universalisme. Nilai-nilai seperti keadilan, amanah dan lain-lain sememangnya bersifat
sejagat dan diimani oleh kebanyakan manusia. Persoalan sekarang ialah nilai itu menurut kacamata Islam
atau kacamata Barat/Bukan Islam. Para pendokong kesejagatan atau globalis biasanya menganuti
pluralisme yang mencampur-aduk pemikiran Barat dan Timur sehingga nilai Islam yang diambil itu
tenggelam dengan pandangan manusia. [Surah al-An’am: 82]

Sifat Asasi Kebudayaan Barat (baca: Pemikiran) mempunyai unsur kesejagatan. Malangnya yang
berlaku ialah konsep-nilai kesejagatan yang diusung berasal dari Barat dan pro-Barat. Konsep kesejagatan
Kebudayaan Barat terdapat dalam pemikiran atau ideologi yang dicanang oleh para orientalis mereka.
Konsep ini dibawa bersama melalui globalisasi.

Nilai sejagat perlu dijalinkan dengan nilai-nilai tempatan agar mudah diterima oleh rakyat tempatan.
Dalam perihal Muslim Demokrat, Dato Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Muslim Demokrat perlu
memperjuangkan demokrasi mempunyai nilai sejagat (seperti keadilan dan kebebasan) diusung bersama
nilai tempatan (persoalan identiti, kebudayaan dan kenegaraan).

Ustaz Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa menyatakan, ‘nilai yang bersifat sejagat ini turut memuatkan
elemen peniadakan agama dan kontekstual tempatan lantas menjadi bentuk agama baharu’.

Diabolisme Intelektual

Diabolos adalah Iblis dalam bahasa Yunani Kuno. Kesalahan Iblis kepada Allah SWT bukannya dia meragui
Allah, mengingkari wujudnya Allah, tidak berilmu dan tidak mengenali Allah. Kesalahan Iblis kerana ingkar
kepada suruhan Allah SWT agar sujud kepada Adam dan bangga-sombong dengan kehebatan diri.

Jika kita temui ulama yang terpesong, penghafaz al-Quran menentang al-Quran, sarjana Islam
terperangkap dengan pandangan alam Barat dan pemimpin palsu. Mereka mengalami diabolisme yakni
ingkar kepada ilmu yang mereka tahu dan sombong-angkuh dengan kehebatan diri mereka. Mereka
merasakan diri mereka paling pandai mengatasi orang lain. Mereka terjerumus dengan pesona diri yang
palsu.

110

Anak didik Barat dan tokoh yang mengambil aspirasi dari Barat seringkali cuba merenggang dan
memisahkan umat Islam daripada prinsip dan pendirian Islam yang sebenar. Penulis tertarik dengan istilah
‘plotisme’ yang diutarakan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd. Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA). Kaedah “plotisme” iaitu dengan merenggang hubungan pegangan umat Islam dengan sumber
tradisi pengajian Islam seperti Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulamak muktabar dan
mengapungkannya supaya boleh dimuatkan dengan ajaran baru yang berasaskan liberalisme, pluralisme
dan hak asasi manusia yang dianggap progresif.

Dalam sejarah pendidikan Tanah Melayu, R.O Winstedt mencadangkan pemansuhan mata
pelajaran pengajian al-Quran daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah Melayu pada tahun 1917.
Dan Tan Sri Khir Johari memansuhkan tulisan Jawi dalam pendidikan negara kita.

Kesimpulan

Penolakan Islam terhadap Kebudayaan Barat yang menyalahi aqidah Islam adalah jelas dan nyata.
Penolakan ini bukan bermakna kita bermusuhan dengan mereka secara fizikal tetapi berkhilaf dengan
tegas dan tanpa kompromi dalam persoalan pemikiran-pandangan alam yang bertentangan dengan Islam.
Kita masih menghormati hak mereka mengamalkan Kebudayaan dan Pandangan Alam mereka selagi tidak
mengancam aqidah dan keselamatan umat Islam.

Generasi 2.0 Gerakan Islam atau Gen 2.0 terpengaruh dengan gagasan dialog peradaban yang
terbuka dan menghargai Barat sehingga menganak-tirikan gerakan Islam dan pandangan alam Islam.
Keterpesonaan dan keterujaan mereka kepada Barat sehingga mereka hanyut dengan Kebudayaan Barat-
Pandangan Alam Barat yang memisahkan antara agama Islam-ketuhanan dengan duniawi.

Gen 2.0 serasi dan seapirasi dengan kehendak Kebudayaan Barat bahkan secara terancang
mengikut agenda yang disusun atur oleh Kebudayaan Barat. Mereka terbuai dengan mimpi palsu bahawa
Barat bukan musuh Islam dan umat Islam perlu mengislah diri mereka sendiri dengan berbaik-baik dengan
Barat.

Gen 2.0 tidak menolak Islam sekaligus. Ia dimulakan dengan bahawa mereka bukanlah kelompok
radikal. Mereka tidak menolak Islam tetapi boleh berbaik dengan musuh Islam dan pemikiran-Kebudayaan
Barat. Kemudian, mereka menyisih dan menghakis Islam daripada batang tubuh mereka. Islam hanya
agama bukannya cara hidup atau adden. Akhirnya, mereka menentang Islam walaupun tidak murtad.

Kelompok sesat bukannya kafir.

111

Bab 9
HIKAYAT BERSIKAP: ISLAM DAN ‘SEPILIS’ DALAM MASYARAKAT HARI INI

Di akhir usia, berpendirian dan berprinsip itu
penting untuk menjejak pintu syurga

Dalam penulisan kita dapat
1) Mengetahui tentang sekularisasi-liberalis-pluralisme
2) Mengetahui kekuatan yang perlu ada dalam menangani SEPILIS

Kata Mula

Peningkatan usia menandakan semakin dekat dengan alam kubur dan api neraka. Usia berbaki
membolehkan kita merenungi alam dan berdoa agar mendapat hidayah dan bersedia menghadapi mati
dalam keadaan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Artikel ini adalah nota penulis yang membicara serba sedikit tentang Islam dan Sekularisme, Pluralisme
dan Liberalisme [SEPILIS].

‘Worldview’ Islam-Melayu dan Politik Kepartian

Perbilangan adat berbunyi:
‘Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan Kitabullah
Kuat adat tak gaduhkan hukum
Kuat hukum tak gaduhkan adat
Ikut hukum muafakat
Ikut adat muafakat’

Begitulah perbilangan adat Melayu yang menunjukkan peradaban Melayu dipengaruhi oleh Islam.
‘Adat bersendikan hukum’, ‘Hukum bersendikan Kitabullah’. Dua barisan ayat ini mengambarkan adat
Melayu bersumberkan kitab Allah SWT iaitu al Quran. Ia juga mengambarkan berlakunya Islamisasi
terhadap adat apabila unsur-unsur Islam telah mengikis unsur-unsur Kebudayaan Hindu-Buddha yang

112

pernah dianuti oleh sebahagian pemimpin dan rakyat ketika itu. Unsur-unsur yang bertentangan dengan
aqidah dan syariat Islam secara automatiknya tertolak.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Islamisasi: ‘Islamisasi adalah pembebasan manusia,
pertama daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu
(pembebasan) akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme’. Tambah Syed Muhammad Naquib al
Attas lagi, ‘Islamisasi ialah proses dua hala: pembebasan diri dan pengembalian diri kepada kejadian
asalnya, kepada fitrah’.

Langkah pertama Islamisasi ialah Islamisasi akal dan pemikiran melalui Islamisasi bahasa.89 Bahasa
bukan sahaja jiwa bangsa tetapi menyebabkan perubahan ‘worldview’ masyarakat Islam. Perubahan ini
tidak melibatkan parti politik atau masyarakat tetapi pada akal dan diri mereka yang berkewajipan
mengetahui dan bertindak dengan adil dan hikmah.90

Langkah kedua Islamisasi ialah pendidikan melalui kurikulum. Kemudian, diikuti Islamisasi sistem
dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi.

Selagi Islamisasi akal dan pemikiran tidak berjaya dilakukan, pengembalian Islam dalam sistem
dan institusi dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi tidak berupaya diusahakan.

Dalam tradisi Islam-Melayu, Islamisasi akal dan pemikiran telah dilakukan oleh para ulama yang
mendekati, menasihati dan mendidik pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga mereka menganuti Islam
secara zahir dan batin melalui pemikiran mereka. Maka, muncullah pemerintahan Islam melalui kerajaan-
kerajaan Melayu-Islam.

Kedatangan dan campurtangan Barat sebagai penjajah, imperialis, kapitalis dan birokrat telah
mengikis pengaruh Islam dalam kalangan pemimpin dan ilmuwan Melayu sehingga berlaku pelunturan
Islam atau penyah-Islamisasi berlaku dalam kerajaan, masyarakat dan organisasi Melayu Islam. Islam telah
ditempatkan hanya sebagai agama dan adat istiadat bukan lagi sebagai satu cara hidup dan satu sistem
dalam empayar atau kerajaan Melayu.

89 Bahasa Arab telah diIslamisasikan oleh al Quran.
90 Pencerahan daripada Syed Muhammad Naquib al Attas.

113

Perundangan Islam dimansuhkan oleh penjajah walaupun mereka hanya dikatakan ‘menaungi’
negeri-negeri Melayu.

Pada hari ini, realiti dominan masyarakat Melayu-Islam, sejarah dan kehendak politik masih
berupaya mengembalikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia termasuk Islam bernegara dalam
pemerintahan dan kebudayaan negara. Malangnya, perbalahan politik dan pengaruh sekularisme yang
merebak dalam masyarakat menyukarkan pengembalian Islam ini.

Usaha gigih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang cuba mengembalikan Malaysia sebagai sebuah
Negara Islam dan pelaksanaan Hukum Hudud masih lagi gagal walaupun memenangi Kelantan secara
demokrasi. Pelaksanaan Negara Islam dan Hukum Hudud memerlukan model kerana Malaysia sebuah
negara majmuk-pelbagai kaum dan agama. Justeru, PAS sangat memerlukan wilayah yang teras
masyarakat dan kehendak politiknya Melayu-Islam. Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah
negeri teras Melayu-Islam. Penguasaan negeri-negeri ini memberi peluang kepada PAS mewujudkan
model Negara Islam dan Hukum Hudud. Malangnya ia digagalkan oleh elemen sekularis di peringkat
kerajaan persekutuan.

Usaha berterusan PAS dan elemen Islam dalam kerajaan perlu dilakukan secara padu. Malangnya,
elemen sekular-liberal dalam kerajaan dan parti pembangkang menjadi duri dalam daging kebangkitan
Islam. Gangguan ini berkekalan ekoran faktor politik kepartian iaitu kerenggangan hubungan antara PAS
dengan UMNO-BN.

Elemen Islam dalam kerajaan dan PAS perlu memantapkan sistem pengkaderan mereka dengan
menanamkan penerapan worldview Islam ke dalam diri kader dan meletakkan mereka dipelbagai penjuru
institusi kerajaan. Kader yang menjadi pemimpin dan ilmuwan ini diharapkan dapat mendidik anak buah
mereka dalam organisasi mereka agar bertuhan sekaligus membawa bersama-sama impian pengembalian
Islam dalam pemerintahan negara kita walaupun tanpa nama Negara Islam dan pelaksanaan Hukum
Hudud hanya terhad di wilayah teras Melayu-Islam sahaja. Semoga usaha itu menjadi permulaan dakwah
memperkenalkan Islam sebagai pemerintahan dan perundangan.

114

Worldview Islam adalah suatu pandangan terhadap sesuatu perkara atau isu melalui kaca mata
Islam dan iman berdasarkan sumber rujukan ilmu Islam iaitu al Quran dan al Sunnah. Al Quran sarat
dengan pelbagai konsep-konsep tentang kehidupan yang tersendiri melalui pengistilahan kata dasar yang
yang tersendiri. Konsep-konsep yang datang dan difahami dalam perspektif Quranik menghasilkan
framework atau kerangka pemikiran yang tersendiri yang jelas berbeza daripada worldview dan
framework Barat.

Worldview dan framework diterap melalui keluarga, persekitaran setempat, kebudayaan
setempat dan paling penting sistem pendidikan. Semasa penjajahan British, pihak penjajah telah
menghuru-harakan sistem pendidikan dengan menubuhkan sekolah beraliran Inggeris dan sekolah elit
untuk melahirkan para birokrat Melayu dalam kalangan anak raja dan bangsawan. Lahirlah Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang melatih pegawai Melayu mempunyai acuan pemikiran dan cara hidup
penjajah. Ramai anak raja dan bangsawan telah dihantar ke luar negara untuk mendapatkan pendidikan.
Kesannya, worldview dan framework bakal Sultan dan pentadbir negara kita dipengaruhi oleh worldview
dan framework Barat sehingga akhlak para pentadbir ini mengikut Barat. Akhlak adalah buah kepada
iman. Dengan worldview dan framework Barat, buah yang dihasilkan adalah rosak. Pusingan ini
berterusan sehingga pada saat ini (2016).

Seorang Islam belum tentu Islamik
Seorang mempunyai tauhid belum berpemikiran tauhidik
Seorang yang beriman belum tentu mengimani
Seorang yang beriman belum tentu bertaqwa
Seorang ucapannya dan fizikalnya beriman belum tentu otak-pemikiran dan jiwa beriman
Seorang muslim belum tentu mukmin.

Sumber Ilmu Islam

Sumber ilmu Islam ialah al Quran, al Sunnah dan akal. Dalam Islam, terdapat sumber mutlak dan sumber
tidak mutlak. Al Quran adalah sumber mutlak tanpa kompromi. Al Quran dan al Sunnah bukan sekadar
pengetahuan yang hanya diwacana atau pengetahuan tanpa kesudahan. Sumber Islam [al Quran dan al
sunnah] berbeza dengan sumber ilmu yang lain kerana Islam bersifat praktis. Ia bukan sekadar bicara dan
fikir sahaja, ia praktis dan praktis.

115

‘Sesungguhnya akhlak Nabi itu adalah al Quran’ [Riwayat Muslim]

Rasulullah SAW menjadikan al Quran itu sebagai praktis dalam kehidupan baginda. Al Quran dan
al Sunnah adalah KPI sesorang yang beriman dan bertaqwa. Sheikh Muhammad al Ghazali menamakan
Darjat al Quran. Generasi terdahulu membaca al Quran dengan memahami, menghayati dan mempraktis
al Quran dalam kehidupan mereka sehingga mencapai Darjat al Quran. Sebaliknya, kita pada hari ini
membaca dan memahami al Quran dengan meletakkan al Quran setaraf dengan kehendak akal dan nafsu
kita sahaja.

Al Quran dan al Sunnah menjadi sumber rujukan atau panduan ilmu [Sumber Ilmu-al Quran dan
al Sunnah] dalam kerangka kehidupan [al Quran dan al Sunnah] untuk mencapai matlamat, tujuan dan
makna kehidupan [al Quran dan al Sunnah]. Ini bermakna ‘dari rujukan al Quran dan al Sunnah, untuk
mencapai matlamat al Quran dan al Sunnah melalui pendekatan contoh tauladan al Quran dan al Sunnah’.

Cara/gaya hidup Nabi Muhammad SAW dalam suasana al Quran. Imam Shafie berkata,
‘Sesungguhnya Sunnah itu ialah pemahaman Nabi terhadap al Quran atau baginda mencurahkan
fahamannya kepada al Quran, sehingga hidupnya terikat rapat dengan al Quran zahir dan batin
sepenuhnya’.

Intisari al Quran mengandungi prinsip-prinsip atau dasar-dasar Islam termasuk syariat yang wajib
diyakini dan dipraktiskan. Tiada alasan atau hujah yang boleh menyangkal syariat.

Kita sebagai umat Islam yang beriman wajib menyakini al Quran dan al Sunnah sebagai sumber
rujukan kehidupan kita. Kita hendaklah semampu mungkin mengikut kehendak al Quran dan al Sunnah
dalam hidup kita.

Sumber ketiga Islam ialah akal91. Dalam syarah kitab Bakurah al Amani, Tuan Guru Haji Salleh Musa,
Sik mengatakan akal ialah satu sifat yang Tuhan bubuh [letak] dalam hati sunubari dan bersambung
sampai kepada otak kepala. Akal berperanan membezakan antara yang baik dan buruk [keji]. Daripada

91 Asalnya akal adalah alat tetapi bertukar menjadi sumber ketiga dengan syarat tidak melanggar al Quran dan Al Sunnah itu
sendiri. Setiap keputuan akal perlu tunduk kepada syarak. Apa itu syarak?. Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik mengatakan bahawa
syarak terbahagi dua iaitu hakiki (Allah) dan Majazi (Nabi Muhammad). Syarak itu sendiri dekat dengan istilah tuhan. Mahkamah
Syarak ertinya mahkamah yang mengunakan hukum Allah.

116

akal inilah datang hukum-hakam fiqh yang dibahaskan atau diusulkan oleh para ulama. Di bawah
pembahagian sumber akal dalam Islam;

1. al-ijma’
2. al Qiyas
3. al Itihsan
4. al Masalih al Mursalah
5. al ‘Urf
6. Mazhab Sahabi
7. al Istishab

Sumber akal dalam Islam sangat berkaitan dengan kewibawaan seorang penghujah dan kekuatan
hujah yang paling dekat dengan al Quran dan al Sunnah. Penghujah yang menggunakan hujah akal tidak
boleh melampaui batasan al Quran dan al Sunnah. Jika tidak, apa yang dihujahkan secara automatiknya
terbatal.

Sikap Terhadap Kebenaran Mencetus Pendirian dan Kefahaman Kita

“Semua agama benar, menurut kepercayaan dan keyakinan masing-masing adalah benar tidak salah kerana menurut
kepercayaan masing-masing hasilnya adalah relatif. Tetapi sudah tentu ada agama paling benar yang bersifat mutlak”

*****
Siapakah sebelum Tuhan?
Siapakah yang mencipta Tuhan?
Dimana Tuhan pada saat ini?

Semua pertanyaan di atas adalah pertanyaan nakal yang mahu mengoncang keimanan.

Sebelum menyatakan pendapat, kita tanya dahulu diri kita. Kebenaran yang sebagaimana kita
mahu pilih dalam usaha kita menyatakan pendapat. Kebenaran ada dua jenis, kebenaran bersifat objektif
dan kebenaran bersifat subjektif. Dalam perbincangan dan wacana serta dalam pemikiran kita, sifat
kebenaran yang mana satu yang seringkali mendominasi akal fikiran kita.

117

Dalam pengkajian teologi, pertanyaan seperti di atas memerlukan pengkajian kebenaran secara
objektif bukannya subjektif, rasional bukannya emosional, menggunakan akal bukannya hati. Jika memilih
pengkajian kebenaran secara subjektif, kajian tersebut akan menghasilkan atau menambahkan lagi
keraguan, relatif, kesangsian, tiada kesudahan, tidak menyelesaikan persoalan dan tidak mendapat
jawapan. Semua ini menunjukkan kebenaran subjektif itu terbatas.

Pemikiran manusia memerlukan titik kesudahan atau hujah yang dimutlakkan bukannya
berhujah meleret tanpa penyelesaian. Justeru, pengkajian kebenaran bersifat objektif perlulah menjadi
pilihan bagi sesiapa yang mahu bertuhan.

Pengakhiran sebuah pemikiran adalah YA atau TIDAK. Persoalan YA atau TIDAK ini menunjukkan
kelemahan sifat manusia. YA disisi saya belum tentu YA disisi anda. Oleh itu, perbezaan akan terus berlaku
dan tiada kesudahan. Justeru, kita memerlukan sumber ilmu yang boleh dijadikan sebagai HAKIM dalam
memutuskan titik noktah atau jawapan muktamad dalam persoalan teologi kita. Sumber itu ialah al
Quran. Al Quran yang datang daripada Allah, Tuhan Pencipta Alam Raya ini.

Ada yang mendakwa ‘kebenaran adalah relatif tetapi Tuhan adalah mutlak’. Kebenaran umpama
jalan atau pintu masuk mengapai pencarian Tuhan. Setiap kebenaran memerlukan pintu masuk yang
benar untuk mengapai menemui Tuhan yang sebenar. Jika melalui pintu atau jalan yang tidak benar, kita
akan akan mensyirikkan Allah SWT. Kita tersesat dalam mencari Tuhan, satu perbuatan yang sangat sia-
sia.

‘kalau nak tahu kelazatan laksa, makanlah laksa. Jangan makan maggi kari’.

Sikap Berguru

Tradisi keilmuan Islam bersifat hormat-kritis. Sifat hormat-kritis ini cukup menarik dalam menghilangkan
rasa taksub dan jumud.

Dalam Islam, jika sumber ilmu kita betul dan benar yakni berhujah menggunakan wahyu, kita
boleh berbeza pendapat dengan orang lain yang mencedup pendapat lain daripada sumber wahyu yang

118

sama. Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila seorang hakim berhukuman, maka dia berijtihad; sekiranya
betul, baginya dua pahala. Sekiranya salah, baginya satu pahala’.

Kita sayang dan hormat ulama tetapi kita lebih menghormati dan sayangkan kebenaran
bertunjangkan al Quran dan al Sunnah. Justeru, kita melihat kehadiran banyak mazhab dalam Islam yang
berpunca daripada hujah al Quran, al Sunnah dan akal. Akal digunakan tidak boleh mengatasi syariat
kecuali dalam perkara umum yang tidak dinyatakan dalam syariat. Imam Shafie berguru dengan Imam
Malik, kemudian Imam Shafie mewujudkan mazhabnya sendiri. Bukanlah bertujuan melawan pendapat
gurunya, Imam Malik tetapi pendapat Imam Shafie digunakan dalam suasana dan tempat yang berbeza
dengan Imam Malik.

Tiada orang yang maksum kecuali Rasulullah SAW. Manusia lain kebarangkalian melakukan
kesalahan sangat besar disamping iman boleh berbolak-balik pagi dan petang. Manusia dinilai pada
keputusan, tindakan dan pemikiran semasa bukannya pada latarbelakang masa lalu. Dan kita tidak
mampu menghukum apa yang belum berlaku pada masa akan datang.

Cara mengkritik guru penuh beradab-cara yang betul, tidak emosional dan hujah-hujah yang
diselidik diyakini benar. Kita ambil ibrah daripada pesan Imam as Syafie, ‘siapa yang menasihatimu secara
sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia
sebenarnya menghinamu’.

Aku Ulama, Kamu Juga Ulama!

Jangan marah dan salahkan ulama jika diri kita sendiri tidak mahu menjadi ulama!. Mahu menjadi ulama
maksudnya kita mesti belajar dan terus belajar ilmu pengajian Islam. Semua orang layak dan mempunyai
kemampuan untuk menjadi seorang ulama yang mempunyai tahap-tahap ilmu tertentu. Ulama bukannya
eksklusif untuk orang-orang tertentu sahaja. Dari segi ilmu, ulama dengan orientalis adalah sama. Perkara
yang membezakan kedua-dua kelompok ini ialah Islam, iman dan taqwa.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ulama ada pelbagai peringkat. Penulis bersetuju dengan
pendapat beliau. Ulama ada pelbagai peringkat berdasarkan tahap ilmu, amalan dan taqwa mereka.
Sudah tentu seseorang yang mahu menjadi seorang ulama perlu memenuhi syarat-syarat seorang ulama.

119

Kita perlu berusaha menjadi seorang ulama dalam erti kata yang sebenarnya. Ulama bukan sahaja
datang daripada lulusan bidang agama. Ulama datang daripada usaha orang beriman yang belajar dengan
gigih untuk meningkatkan ketaqwaan mereka dan mendekat diri mereka dengan Allah dengan
mempraktiskan Islam sebagai satu cara hidup. Justeru, kita kena lengkapkan diri kita dengan syarat dan
kelayakan asas seorang ulama;

1. Mesti menguasai bahasa Arab
2. Mesti mengetahui al Quran
3. Mesti mengetahui Sunnah
4. Mesti mengetahui Usul al Fiqh
5. Perlu mengetahui masalah-masalah yang telah diijma’
6. Perlu mengetahui Maqasid Syariah
7. Kesediaan fitrah untuk berijtihad
8. Adil dan bertaqwa

Penuhi syarat dan kelayakan di atas, baru kita mampu berijtihad tanpa bersandarkan para ulama
semasa. Syarat dan kelayakan di atas mampu dilakukan oleh semua manusia yang mahu menguasai ilmu-
ilmu Islam. Syarat dan kelayakan 1 hingga 6, mampu dimiliki oleh para orientalis dan para munafik melalui
usaha mereka yang rajin dan gigih. Kalau mereka mampu, kita sebagai umat Islam sepatutnya malu dan
berusaha mengatasi mereka.

Pentafsiran Agama Islam

Agama Islam bukan milik mutlak kelompok ulama atau sarjana Islam. Agama Islam milik semua manusia
khususnya Umat Islam. Agama Islam boleh ditafsir sesiapa jua dengan syarat-syarat tertentu. Agama Islam
boleh ditafsir oleh orang yang belajar agama tetapi tidak semestinya lulusan bidang keagamaan. Antara
syarat dan kelayakan asas orang yang boleh mentafsirkan agama menurut Kesatuan Ulama Muslim
Antarabangsa pimpinan Dr Yusuf al Qaradhawi ialah;

1. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam ilmu al Quran dan hadis yang membolehkannya untuk mengeluarkan
hukum daripada kedua-duanya

2. Mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab dan segala ilmu berkaitan dengannya.

120

3. Mempunyai pengetahuan dalam ilmu usul fiqh dan maqasid syariah.
4. Mengetahui fiqh, perselisihan para ulama dan kecenderungan mereka sehingga terbentuknya suatu keupayaan dalam

bidang fiqh dengannya, dia mampu mengeluarkan hukum-hakam berbentuk praktikal melalui dalil-dalilnya yang
mendalam.

Orientalis dan sarjana muslim seringkali menafsirkan agama walaupun kebanyakan pendapat mereka
mengikut kehendak akal dan nafsu mereka sahaja bukannya kehendak Allah SWT dan RasulNya.
Pentafsiran agama Islam mesti mengutamakan sumber al Quran dan al Sunnah. Penerimaan al Quran dan
al Sunnah WAJIB secara keseluruhan bukannya mengikut kepentingan diri.

Dalam pentafsiran agama Islam dalam kehidupan, setiap muslim yang beriman perlu berusaha untuk
belajar agama Islam agar mencapai Darjat al Quran dan Darjat ‘Meneliti’ hujah. Darjah al Quran
mempraktiskan al Quran dalam kehidupan tanpa kompromi. Menurut ‘Ali Abdul Halim Mahmud, Darjat
Meneliti ialah ‘satu keupayaan untuk memahami hukum hakam dan dalil-dalil syara’.

Setiap muslim yang belum mencapai darjat meneliti perlu mengikuti ijtihad imam tertentu dalam
kalangan ulama mujtahid dalam agama. Walau bagaimanapun, ia tidak memadai kerana setiap muslim
perlu berusaha untuk mempelajari agama Islam agar mengetahui dan mengenali dalil-dalil pegangan
para ulama tersebut agar ilmu yang kita yakini itu benar dan datang daripada kesedaran kita sendiri.
Bertaklid jangan sampai membawa kita ke neraka. Justeru, pengilmuan Islam dalam diri itu penting dalam
mencapai Darjat ‘Meneliti’ tersebut.

Dengan mencapai Darjat ‘Meneliti’ ini, semua orang adalah ulama yang ‘faqih’ dalam bidang
agama. Dan kita semua beruntung menjadi pewaris nabi. ‘Sesungguhnya orang alim itu, diminta
ampunkan baginya oleh sesiapa yang di bumi dan di langit sehingga di dalam air. Dan kelebihan orang
alim di atas orang yang beribadat seperti kelebihan bulan di atas segala bintang-bintang. Sesungguhnya
ulama itu adalah pewaris para nabi’ [ Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi]

Beruntungnya kita menjadi pewaris para nabi tetapi ia juga paling mudah membawa kita
terjerumus ke dalam neraka.

121

Mencari Wajah Islam Dalam Pengolakkan Pemikiran

“Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi intipati, hakikat dan rujukan masih Qur’an dan Sunnah.
Jika sesuatu itu jelas bercanggah dengan rujukan pedoman asasi ini, kita akur dan menerimanya”-[Anwar Ibrahim]

Kita seringkali terperangkap dalam menilai usaha seseorang yang mahu mengislah masyarakat
Islam. Para reformis/pengislah juga terperangkap dalam agenda pembaratan ketika berusaha melakukan
pengislahan dalam masyarakat. Semua ini berlaku kerana kita tidak mampu membaca bisikan niat
seseorang dan tidak mampu menilai keikhlasan hati seseorang. Justeru, tepat sekali ucapan Dato Seri
Anwar Ibrahim [selepas ini Anwar Ibrahim], jadikanlah al Quran dan al Sunnah sebagai HAKIM dalam
menilai ucapan, pemikiran dan tindakan kita atau orang yang dinilai. Pihak pengislah boleh dibahagikan
kepada

1. Mereka berjuang Islam secara keseluruhan merangkumi bidang sosial, ekonomi dan politik. Sumber rujukan
mereka hanya Islam.

2. Mereka berjuang Islam melalui pendekatan Barat, sumber rujukan bercampur aduk antara dalil wahyu
dengan hujah pemikiran sarjana Barat dan Timur. Dalam banyak keadaan hujah pemikir mendahului dan
mengatasi dalil wahyu.

3. Mereka berjuang Islam mengikut salah satu pendekatan Islam tetapi menolak pendekatan Islam yang lain.
Mereka menolak politik Islam umpamanya.

4. Mereka menerima Islam sebagai agama sahaja bukannya cara hidup yang menyeluruh. Mereka mahu Islam
mengikut kehendak mereka.

Perjuangan Islam secara keseluruhan, dalil merujuk kepada sumber ilmu Islam iaitu al Quran dan al
Sunnah, menggunakan wasilah Islam; ‘Untuk Islam, Dari Islam, Oleh Islam’.

Dalam menilai agen pembaratan, kita boleh melihat dalam persoalan;

1. Ucapan, tindakan dan buah pemikiran seseorang tokoh atau organisasi
2. Latarbelakang individu atau tokoh penggerak organisasi termasuk biasiswa, dan jalur pendidikan.
3. Siapa penyumbang DANA untuk individu atau organisasi tersebut
4. Jaringan persahabatan tokoh atau organisasi.
5. Gagasan pemikiran yang seringkali mereka utarakan.

122

Anwar Ibrahim sendiri dilihat terperangkap dalam pemikiran liberalisme dan pluralisme dalam usaha
beliau mengislahkan agama Islam dan mendekatkan Umat Islam dengan Barat. Beliau dilihat mahu Islam
kelihatan terbuka-moderat dan toleransi-pluraliti.

Anwar Ibrahim cuba membawa gagasan masyarakat Madani dalam ucapan beliau di Festival Istiqlal,
Jakarta pada tahun 1995. Gagasan masyarakat madani disokong oleh ramai sarjana termasuk Syed
Muhammad Naquib al Attas yang turut menyumbangkan gagasan pemikirannya untuk menjayakan
gagasan Masyarakat Madani. Menariknya, gagasan ini seakan mendunia dimana Azyumardi Azra dan
Nurcolish Majid menjadi penggerak utama di Indonesia. Pada waktu yang sama, di Barat gagasan
masyarakat sivil sangat terkenal dan popular. Pada tahun 1996, buku Gelombang Kebangkitan Asia
diterbitkan. Buku ini kelihatan dipenuhi gagasan idea liberalisme dan ‘rojak’ pemikiran sehingga hilang
keasliannya berbanding artikel-artikel dalam buku Masyarakat Madani.

Terpalit dengan kontroversi Pluralisme Islam John Hicks dimana Anwar Ibrahim berucap di London
School of Economics pada 18 Mac 2010 dengan ucapan ‘....bahawa golongan-golongan agama tertentu
menganggap hanya ajaran asasi tertentu sahaja yang membawa ke jalan keselamatan, syurga.
Pandangan yang esklusif, tertutup ini, sayangnya tersebar secara meluas dalam hubungan antara
agama.’ Ucapan ini dikatakan mempunyai ciri-ciri pluralisme, John Hick. Sesetengah ilmuwan pro Anwar
Ibrahim, ini bukan pluralisme agama tetapi pluraliti. Ucapan ini telah merenggang hubungan antara otai-
otai ABIM.

Muslim Moderat atau Islamis Demokrat dilaungkan oleh kelompok Islam yang moderat dan liberal. Ia
juga dikaitkan dengan satu lagi gagasan iaitu Pasca Islamisme. Salah satu terma pemikiran Muslim
Moderat ialah maqasid syariah, demokrasi Sivil Islam dan masyarakat sivil-madani. Menariknya, RAND
Corporation menggunakan istilah yang sama iaitu ‘Moderate Muslim’ dalam Buku perancangan “Building
Moderate Muslim Networks” (Pembinaan Rangkaian Muslim Moderat). Dalam bahagian ucapan
penghargaan buku ini, pihak RAND Corporation merakam ucapan terima kasih kepada Azyumardi Azra,
Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, Aktivis JIL (Jaringan Islam Liberal); Jusuf Wanandi,
Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan Pluralisma Antarabangsa Indonesia, Ahmad Syafii Maarif, mantan
Ketua Umum Muhammadiyyah, Rizal Sukma, Abdul Mu’ti, M. Syafi’i Anwar, dan Anwar Ibrahim, bekas
Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

123

Kalau kita masih ingat, gagasan Islam Liberal dipopularkan oleh Leonard Binder dan Charles
Kurzman. Leonard Binder adalah pensyarah Universiti Chicago, sebuah kubu kuat orientalis dan sahabat
Fazlur Rahman. Gagasan Islam Liberal bangkit di Alam Melayu apabila Nucholish Madjid (anak murid
Fazlur Rahman), Harun Nasution, Mukti Ali, Djohan Effendi, Ahmad Wahib dan Abdul Rahman Wahib telah
mengerakkan usaha mempengaruhi anak muda dan lulusan agama dengan gagasan ini. Impak besarnya,
gagasan Islam Liberal popular di Indonesia setelah munculnya Jaringan Islam Liberal dan tokoh muda, Ulil
Abshar Abdalla pada tahun 2001. Ulil Abshar Abdalla adalah menantu Kiyai Mustofa Bisri, pemimpin yang
berpengaruh dalam Nahdatul Ulama dan penyair kemanusiaan [sangat digemari oleh Dato’ Dr Siddiq
Fadzil dalam banyak ucapan beliau] yang terkemuka pernah kontroversi apabila membela penyanyi
dangdut dengan lukisannya ‘Zikir bersama Inul’.

Pada tahun 2014, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia buat kali pertama diadakan di One
World Hotel, Petaling Jaya. Dalam persidangan ini, Lim Kit Siang menyatakan “Dalam konteks
ketidakpuasan hati orang ramai terhadap pengurusan ekonomi yang menyebabkan En-Nahdah tewas
dalam pilihanraya baru-baru ini”. Maszlee Malik, pensyarah merangkap pimpinan JIM-IKRAM (dulu
dikenali sebagai IRC) mengomentari, “Masa depan tidak bersama Islam politik, tidak bersama para
Islamis, masa depan juga tidak bersama parti politik berasaskan Islam di negara-negara umat Islam. Itu
hakikatnya,” dan beliau mengatakan lagi “Masa depan adalah bersama masyarakat terbuka (open
society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh hidup secara eksklusif,”.

Pada tahun 2015, Persidangan Antarabangsa Kedua Forum Dunia Untuk Demokrat Muslim di
Jakarta. Persidangan ini dianjur bersama The Habibie Center, Indonesia; Institut Kajian Dasar, Malaysia;
SETA, Turki dan Yayasan Keamanan Sasakawa, Jepun. Di Indonesia, Nahdatul Ulama juga mendukung
Muslim Moderat. Bersama Tariq Ramadhan, Rashid Ghannousshi dan Abdullah Gul, Anwar Ibrahim
dikatakan antara pengasas Gerakan Demokrat Muslim.

Gagasan Demokrat Muslim atau Moderat Muslim dan Pasca Islamisme cuba memasuki gerakan Islam
di seluruh dunia. Dalam PAS, mantan pimpinan PAS dari IRC [kini pimpinan parti AMANAH], Dr Dzulkefly
Ahmad didakwa pernah berkata, “Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,”. Antara sebab
gagasan ini ditolak;

1. Berada disebalik slogan Wasatiyyah atau kesederhanaan untuk menolak konsep jihad.

124

2. Berada disebalik konsep maqasid syariah untuk menolak hukum hudud
3. Perang yang berlaku bukan antara Barat dengan Islam tetapi pendefinisian semula ciri-ciri Islam mengikut

kehendak Barat.
4. Pemberian dana dan sokongan kepada organisasi yang menggerakkan agenda Barat.
5. Membina kepercayaan bahawa apa yang berlaku dalam dunia muslim adalah hanyalah perang idea atau

pemikiran.
6. Menolak konsep Negara Islam.
7. Islam yang Rahmatan lil’aalmiin telah menjadikan Islam yang dipermudahkan amalannya.

Nahdatul Ulama telah mengerakkan gagasan Islam Nusantara. Tulis K.A Mustofa Bisri, ‘Dunia yang
kemudian bertanya-tanya tentang Islam yang rahmatan lil’aalmiin, Islam yang ramah, damai, dan teduh
pun mendapatkan jawaban dari perilaku keislaman kita yang di Nusantara ini. Maka kalau ‘Islam kita’–
Islam yang kita jalani di Nusantara ini. Manakala di Malaysia digerakkan gagasan Fiqh Malaysia dan
Negara Rahmah. Gagasan Fiqh Malaysia bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) pernah menggagaskan konsep Manhaj Malizi dimana pendekatan dakwah dilakukan
dalam iklim setempat, non partisan. ABIM juga pernah mengutarakan konsep partner in nation building
(rakan dalam pembinaan negara). Manakala Mahmood Zuhdi memperkenalkan konsep Fiqh Nusantara.
Konsep-konsep ini dirumuskan bahawa, Islam yang dibawa perlu mengikuti kebudayaan tempatan selagi
tidak melanggar syariat. Penggunaan istilah bersandarkan Islam banyak membawa kekeliruan dalam
kalangan orang awam. Contoh, penggunaan istilah Islam Hadhari yang menunjukkan kemajuan. Adakah
selama ini kita menganuti Islam yang mundur?. Istilah sebegini juga mempunyai motif politik dan agenda
tertentu daripada pihak bertentangan. Ia dijelaskan dalam satu risalah, dasar penerapan Islam oleh Umar
Tilmisani, Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin.

Menurut Ulil Abshar Abdalla, tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia, antara ciri-ciri liberalisasi dalam
kalangan Islamis ialah;

1. Mereka meninggalkan idea negara Islam dan memeluk demokrasi.
2. Mereka meninggalkan idea penerapan syariat, lebih konsentrasi kepada realiti semasa yang praktis
3. Selesa memeluk ekonomi bebas
4. Meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil.
5. Mereka lebih realistik dan pragmatis idea dalam melihat keadaan, tak dogmatis memegang ideologi

Islamisme

125

6. Mengatakan urusan moral, agama dan akhlak adalah urusan peribadi. (tambahan)

Kemaraan Ideologi Barat Dalam Institusi Islam dan Negara

‘Mereka [Orientalis] mempelajari Islam bukan untuk mencari kebenaran, melainkan untuk ilmu saja dan merosakkan kamu.’

Penyelusupan kader-kader sekularis-pluralis-liberalis (SEPILIS) ke dalam organisasi, institusi dan parti
politik berlaku secara berleluasa di Indonesia. Ia bukan sekitar kemunculan Jaringan Islam Liberal [JIL], ia
bermula jauh daripada itu apabila Menteri Agama Republik Indonesia dipegang oleh Mukti Ali. Mukti Ali
mengubah IAIN-IAIN menjadi markaz SEPILIS. Antara alat penyebaran SEPILIS di IAIN melalui buku tulisan
Harun Nasution, Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya diterbit pada tahun 1975 yang telah menjadi
bacaan wajib di IAIN.

Mukti Ali adalah mentor kepada Lingkaran Diskusi Limited Group yang disertai oleh sekelompok
anak muda berbakat, intelektualisme dan progresif. Antara yang seringkali hadir dalam lingkaran diskusi
ini ialah Nurcholish Madjid (lulusan sastera arab, tokoh HMI), Dawam Rahardjo, Ahmad Wahib92, Amidhan
(aktivis HMI, lulusan agama), Wassil (jurutera lulusan ITB), Usep Fathuddien, Utomo Danandjaja dan
Djohan Effendi.

Nurcholish Majid atau Cak Nur, tokoh besar yang aspiratif kepada para pendokong SEPILIS
kalangan anak muda. Tokoh ini adalah tokoh terkemuka yang dilihat sebagai Pak Natsir Muda atau Buya
Hamka Muda menunjukkan beliau adalah pemimpin harapan-impian masa depan Indonesia. Tokoh besar
dalam gerakan belia-mahasiswa Indonesia, Himpunan Mahasiswa Islam (HMI). Beliau mempunyai
keupayaan hebat dalam intelektualisme dan mempunyai jaringan pengaruh besar peringkat antarabangsa
dan tempatan. Pengasas Universiti Paramadina. Dua kegemparan yang pernah diciptanya iaitu ‘mengajak
ke arah sekularisme’ dan ‘Islam Yes, Partai Islam No’. Pemikiran beliau banyak dipengaruh oleh Fazlur
Rahman dan Leonard Binder93, pemikir-pensyarah Universiti Chicago. Kebanyakan kajian beliau didanai
oleh Ford Foundation.

92 Seorang tokoh anak muda yang digemari oleh anak muda jiwa pemberontak. Nurcholish Majid atau Cak Nur seakan-akan
membawa aspirasi Ahmad Wahib dalam perjuangan beliau. Ini hanya penelitian penulis berkaitan pendekatan dan pemikiran Cak
Nur.
93 Pengasas Islam Liberal melalui bukunya Islamic Liberalism. Pengasas Islam Liberal yang lain ialah Charles Kurzman.

126

Dalam Nahdatul Ulama dan Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak pantas menguasai
tampuk kepimpinan. Abdul Rahman Wahib atau Gus Dur adalah leluhur pengasas NU, KH Hasyim Asyari.
Gur Dur menyokong kuat kelompok muda SEPILIS dalam NU pimpinan Ulil Abshar Abdalla. Pemimpin
Jaringan Islam Liberal ini memimpin kumpulan Intelektual Muda Nu, Lakesdam-NU.

Dalam Muhammadiyyah, kelompok SEPILIS membiak dalam kelompok mudanya dan disenangi
oleh kelompok pimpinannya. Ketua Umum Muhammadiyyah ke 13, Ahmad Syafi’i Ma’arif bersikap lunak
kepada kelompok SEPILIS dalam Muhammadiyyah. Kelompok anak muda Jaringan Intelektual Muda
Muhammadiyyah memperjuangkan gagasan SEPILIS dalam Muhammadiyyah.

Tahun 2015 kemuncak kepada keberkesanan penyusupan kelompok SEPILIS ke dalam organisasi
Islam apabila NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh kelompok pro SEPILIS manakala PKS dipimpin oleh
mantan pensyarah Paramadina, kubu kuat kelompok SEPILIS. KH Dr Said Agil Siraj bersama ulama pro
konsep Islam Nusantara telah menguasai NU dimana beliau sendiri telah dilantik sebagai Ketua Umum NU
dalam Muktamar NU ke 33. Dr Haedar Nashir telah dilantik sebagai Ketua Umum Muhammadiyyah dalam
Muktamar Muhammadiyyah ke 47. Komentar Ulil Abshar Abdalla dalam twitternya bertarikh 6 Ogos 2015
cukup menarik, ‘NU dan Muhammadiyyah dipimpin oleh Dr Said Aqil Siradj dan Dr Haedar Nasher. Dua
figur yang berwawasan pluralis.Melegakan!’

Cuma Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) masih tidak menunjukkan pengaruh SEPILIS secara
terbuka dalam PKS. Presiden PKS, Muhammad Sohibul Iman adalah mantan Rektor Universiti Paramadina
yang dikenali sebagai kubu intelektual SEPILIS dan Syiah di Indonesia. Ia diasaskan oleh Nucholish Majid,
tokoh besar dan idola anak muda SEPILIS Indonesia.

Pada awal tahun 2016, Nasaruddin Umar, salah seorang pemikir kelompok SEPILIS telah dilantik
sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal. Nasaruddin Umar pernah menjadi staf di Universiti Paramadina.

Pelik bukan, kenapa tokoh-tokoh mazhab SEPILIS dari Universiti Paramadina sangat laku keras
untuk menduduki tampuk kepimpinan institusi atau organisasi utama yang berpengaruh di Indonesia pada
hari ini?. Siapakah yang mengaturkannya?.

127

Kajian Kes di Malaysia

Kita tidak menafikan jasa, pengorbanan, bakti, amalan, kehebatan, iman dan pendirian seseorang dan
gerakan Islam di Malaysia dalam menegakkan Islam dengan pendekatan masing-masing. Kita hormati dan
mengasihi mereka. Punbegitu kita, dalam perihal yang merugikan Umat Islam dan menggugat
kesejahteraan rakyat, kita akan bantah dan kritik.

Antara elemen yang dapat dilihat dalam pemikiran, penulisan dan gerak kerja mereka ialah

1. Penerimaan pemikiran Barat sebagai dalil dan cara berfikir dalam bertindak [worldview dan framework]
berdasarkan pandangan alam dan kerangka pemikiran Barat.

2. Perjuangan yang bercampur aduk antara Islam dan kemungkaran yang akhirnya didominasi oleh pemikiran
manusia bukannya kefahaman Islam.

3. Dana yang diterima dalam bentuk geran, biasiswa dan tajaan menyemai hutang budi kalangan orang Islam
kepada pendana dari Barat.

4. Penyusupan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan dan NGO Islam. Anak tokoh tertentu termasuk anak
pimpinan negara juga terbabit dengan kelompok SEPILIS.

Peringkat awal SEPILIS dikembangkan oleh ahli politik. Kemudian oleh pertubuhan seperti Sister In
Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam Malaysia, ALIRAN dan Persatuan Hak Asasi
Manusia (HAKAM). Pada zaman gajet dan media sosial, kumpulan seperti Seksualiti Merdeka dan
Malaysian Interfaith Network (MIN) telah berani menonjolkan diri di arus perdana. Mereka cuba
mencabar agama Islam dalam pelbagai kes dan isu seperti Kalimah Nama Allah dan Suruhanjaya Antara
Agama – Agama (IFC).

Kelompok LGBT menganjurkan parti atau program mereka secara rahsia. Selepas PRU12 iaitu pada
Ogos 2008, kumpulan ini mula berani bergerak secara terbuka melalui penganjuran Seksualiti Merdeka.
Ia diasaskan oleh seorang penggiat seni, Pang Khee Teik dan seorang penyanyi yang juga penulis lagu,
Jerome Kugan pada 2008. Festival Seksualiti Merdeka kedua dirasmikan oleh Marina Mahathir pada tahun
2009. Pada tahun 2011, festival Seksualiti Merdeka dijadualkan berlangsung mulai 1 hingga 13 November
di The Annexe Gallery, Kuala Lumpur. Ia sepatutnya akan dirasmikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam
dan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan tetapi program ini dibatalkan oleh Polis.

128

COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi
Manusia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak
asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gabungan ini
disertai oleh 54 NGO Malaysia. Kajian ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi
isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB
termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.
Menurut kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. [Wikipedia]

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Antara Agama telah disokong oleh JIM tetapi ditentang oleh
ABIM. Hujah Presiden JIM, Zaid Kamarudin ialah "Ia sebagai platform yang baik untuk membincangkan
isu-isu Islam dan (masalah) yang berkaitan agama’. Timbalan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan
berkata. ‘Apa yang berbeza (dengan IFC) pun kita tidak tahu’.

Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara menyatakan beliau pertama ditawarkan sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Agama tetapi beliau menolak atas sebab:

1. Khuatir jawatankuasa itu akan menjadi medan untuk pemimpin-pemimpin agama selain daripada agama Islam untuk menyoal hal-
hal berhubung dengan ajaran dan amalan agama Islam sedangkan orang Islam tidak pernah menyoal ajaran dan amalan agama
mereka.

2. Saya juga khuatir jika saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan mereka yang senantiasa mencari peluang untuk
melakukannnya.

3. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada agama Islam.

Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN). Daripada komposisi nama-nama mereka pun kita tahu siapa mereka ,
kecenderungan mereka, malah apa yang mereka perjuangkan. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang
dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya
ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS ya dan LCW
adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan
menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

129

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
[Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara]

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo94 (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan
seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa
firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar
Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa,
seksyen demi sekyen. [Tun Abdul Hamid Mohamad]

Campurtangan kelompok SEPILIS dalam institusi kerajaan. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang
Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf
itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga
menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya
penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang
ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan
mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan. [Tun Abdul Hamid Mohamad]

Kubu kuat kelompok SEPILIS di Malaysia ialah dalam Majlis Peguam Malaysia. Mereka telah
menyusup masuk ke dalam institusi kerajaan, parti kerajaan dan parti pembangkang. Walaupun wadah
mereka berbeza tetapi perjuangan dan pemikiran mereka sama. Antara yang terkenal sebagai pimpinan
pembangkang ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Malik Imtiyaz, Haris Ibrahim, Edmund Bon, Sivarasa
Rasiah dan Zaid Ibrahim.

Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM) antara pertubuhan SEPILIS yang berpengaruh. Terkini
(2016), jawatan Pengerusi dipegang oleh Ambiga. HAKAM melahirkan ramai ahli politik pro SEPILIS,
antaranya Elizebeth Wong dan Tian Chua. Kebanyakan mereka berkampung dalam PKR. HAKAM
didaftarkan pada tahun 1989 atas permohonan Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Husein Onn yang
kemudiannya dilantik pengerusi pro-tem ke-2 HAKAM mengantikan Tunku Abdul Rahman, Perdana
Menteri Malaysia yang pertama.

Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia atau ringkasnya Negara-ku. Negara-Ku
digerakkan oleh Dato Ambiga, Sasterawan Negara Dato A. Samad Said dan Zaid Kamarudin. Zaid

94 Pengiat Kebudayaan Melayu Tradisional.

130

Kamarudin dilantik sebagai Pengerusi Negara-Ku adalah mantan Presiden Jemaah Islah Malaysia dan
Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ketika itu. Antara intisari perjuangan Negara-Ku
ialah

1. Negara-ku akan mendorong pembentukan sebuah masyarakat yang inklusif dengan menolak semua jenis
ketaksuban dan kebencian, serta melawan diskriminasi dan ketidakadilan.

2. Ditubuhkan atas keyakinan bahawa majoriti rakyat Malaysia sudah muak dengan politik berasaskan
perkauman dan kekelompokan yang tanpa henti menggugat proses pembinaan sebuah negara yang inklusif
serta mengganggu proses pembentukan jatidiri Bangsa Malaysia.

Parti politik seperti PKR95 dan DAP telah menjadi markas bagi kelompok SEPILIS. Organisasi-NGO
seperti Penang Institute, SUARAM, SIRD, ALIRAN, TENAGANITA, BERSIH, IKD96, LENSA, IRF dan lain-lain
perlu diselidik dari mana dana dan pembiayaan mereka perolehi. Begitu juga dana yang diperolehi oleh
media seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider.

Pada 27 April 2014, 10 wakil organisasi Malaysia berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS).
Antara organisasi itu adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS),
HAKAM (Datuk Ambiga Sreenevasan) wakil Bersih 2.0, Empower dan tenaganita.

Pada Disember 2015, sekali lagi Barack Obama datang ke Malaysia, kali ini dia menemui beberapa
pemimpin NGO seperti Maria Chin [BERSIH 2.0], Dato Ambiga dan Cynthia Gabriel, Pusat Membanteras
Rasuah dan Kronisme (C4).

Jika kita memerhati pergerakan SEPILIS di Malaysia, NGO-NGO mereka kurang bersuara selantang
dahulu. SIS yang cukup lantang ketika dahulu lebih banyak melakukan aktiviti secara senyap. Mereka lebih
kepada strategi dua lapis yakni menyalurkan pimpinan mereka ke kancah politik sama ada melalui DAP

95 Parti Keadilan Rakyat [PKR] adalah lubuk kepada para SEPILIS. Pelbagai tokoh NGO telah menyertai PKR. Gagasan pemikiran
yang selama ini diteorikan mula dipraktiskan melalui wadah PKR.
96 Institut Kajian Dasar [IKD] sebuah badan pemikir Dato Seri Anwar Ibrahim. Sejak awal penubuhan dipengaruhi oleh kelompok
ABIM kemudian dipengaruhi oleh kelompok liberal di bawah Khalif Jaafar yang mempopularkan Islam Tanwiri [Liberalisme dan
pluralism]. IKD didanai oleh Konrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah pertubuhan antarabangsa yang berasal dari negara
Jerman. IKD pernah mewujudkan Sekolah Politik IKD yang melahirkan tokoh pimpinan muda PKR seperti YB Nurul Izzah Anwar
dan YB Nik Nazmi. Kelompok ini dilihat sangat berpengaruh dalam PKR terutamanya kelompok YAB Dato Seri Azmin Ali.

131

dan PKR atau proksi politik seperti BERSIH. Mereka juga mengadakan pengkaderan dan menaja

pengkaderan yang pro SEPILIS.

Sekelompok elitis dalam kalangan SEPILIS telah menjadi pendesak kepada kerajaan. Antaranya PAGE
yang berjuang memartabatkan Bahasa Inggeris97 dan G2598 yang mengiat mendesak kerajaan mengubah

polisi-polisi dan isu tertentu termasuk penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM].

Masyarakat Islam

Perosak atau pendajal negara adalah pemimpin, ahli perniagaan dan ilmuwan palsu. Untuk pembinaan

dalaman sebuah masyarakat Islam, elemen yang perlu ditanam dan dibangunkan ke dalam masyarakat

iaitu demokratis, keadilan sosial, menghapuskan penderitaan rakyat, menegakkan prinsip perlembagaan,

merangsang kehidupan akliah dan budaya. Anwar Ibrahim menyatakan sifat yang perlu ada dalam

sesebuah masyarakat madani;

97 Bahasa adalah pengungkapan pemikiran atau alat berfikir atau wasilah penyampaian maklumat. Ia dapat mempengaruhi
pemikiran seseorang pengguna.
98 Barisan G25
1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Haji Din, former secretary-general, Home Ministry
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, former secretary-general, Ministry of Foreign Affairs
3. Tan Sri Dr Aris Othman, former secretary-general, Ministry of Finance
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, former director-general, Health Ministry
5. Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, former secretary-general, Ministry of Finance
6. Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, former director-general, Veterinary Services
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, former secretary-general, Ministry of Energy, Communications and Multimedia
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, cardiothoracic surgeon and core founder, National Heart Institute
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, former Court of Appeal judge
10. Datuk Abdul Kadir Mohd Deen, former ambassador
11. Datuk Anwar Fazal, former senior regional adviser, United Nations Development Programme
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, former ambassador
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, former ambassador
14. Datuk Faridah Khalid, representative of Women’s Voice
15. Datuk Latifah Merican Cheong, former assistant governor, Bank Negara
16. Lt-Gen (Rtd) Datuk Maulob Maamin
17. Datuk Noor Farida Ariffin, former ambassador
18. Datuk Ranita Hussein, former Suhakam commissioner
19. Datuk Redzuan Kushairi, former ambassador
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, former deputy vice-chancellor, Universiti Sains Malaysia
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, former ambassador
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, former director-general, Malaysian Timber Industry Board
23. Datuk Zainuddin Bahari, former deputy secretary-general, Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism
24. Datin Halimah Mohd Said, former lecturer, Universiti Malaya and president, Association of Voices of Peace, Conscience and
Reason (PCORE)
25. Hendon Mohamad, past president, Malaysian Bar

132

1. Sikap kesederhanaan dan pragmatis
2. Tidak gopoh dan bernafsu besar
3. Demokratik
4. Membasmi kemiskinan dan kemelaratan
5. Pengagihan hasil ekonomi secara saksama

Anwar Ibrahim juga menegaskan prinsip kesalingan dimana pemerintah menunaikan amanah dan
memenuhi aspirasi rakyat sementara itu rakyat memberi sokongan terhadap usaha pemerintah untuk
menjayakan reformasi ekonomi dan sosial.

Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, Madinah menunjukkan satu tempat dimana telah wujud
kefahaman yang tinggi.Daripada perkataan Madinah, terbitnya perkataan tamaddun iaitu tempat dimana
masyarakatnya telah mencapai taraf insaniyyah yang luhur, dimana ada tatasusila, hukum dan undang-
undang dimana ada penguasa atau pentadbirannya yang juga mempunyai hikmah yang mampu
melaksanakan keadilan. Perkataan Madinah diterbitkan daripada perkataan DIN iaitu agama.

Syed Muhammad Naquib al Attas, kewujudan masyarakat Islam lebih kepada untuk meningkatkan
darjah kemanusiaan dimana antara ciri penting dalam masyarakat Islam terletak kepada individu itu
sendiri iaitu

1. Mencapai Saadah [kebahagiaan] adalah tujuan hidup. Bahagia atau sejahtera tidak terletak kepada emosi
dan jasmani semata-mata tetapi yang sebenarnya ia terletak pada satu keyakinan yakni kesedaran tentang
kebenaran.

2. Kewibawaan berdasarkan ilmu
3. Mewujudkan suasana keadilan
4. Muhibbah bukannya toleransi. Toleransi bermaksud bersabar atas kesilapan orang orang lain. Muhibbah,

akar katanya hubb iaitu kasih. Muhibbah ada unsur kasih dan sayang.
5. Tanggungjawab

Parti pembangkang dan parti pemerintah seharus mengurangkan atau menghapuskan budaya politik
sepanjang masa. Parti pembangkang yang telah tewas dalam pilihanraya sewajarnya menjadi penasihat
dan rakan dalam pembinaan negara. Wakil-wakil parti pembangkang dilantik dalam badan-badan
pemantau dan badan perundingan untuk menstabilkan politik dan membangunkan ekonomi dan sosial.

133

Masalah Kefahaman dan Pengamalan Rakyat Jelata

Kejahilan rakyat jelata berpunca daripada pendidikan dan kegagalan pemimpin dan ilmuwan menjadi
contoh tauladan dan memimpin mereka ke arah kebenaran. Jika kepala [pemikiran] perompak-pendajal,
tubuh badan juga akan menjadi perompak-pendajal.

Masalah utama kefahaman dan pengalaman rakyat jelata ialah

1. Kefahaman mereka terhadap Islam
2. Sikap mereka
3. Materialistik
4. Individualistik
5. Perkara lagha atau lalai seperti hiburan
6. Amalan beragama mereka

Rakyat Melayu-Islam Dalam Dilema

Suka atau tidak, Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang dimitoskan atau dipertahyulkan
bahawasanya beliau hanya satu-satunya dapat mengantikan kepimpinan negara yang sedia ada,
menyatukan semua pihak penentang rejim dan berupaya menumbangkan rejim pemerintah yang
mendajalkan rakyat dan negara pada hari ini [2016]. Kelompok Islam cukup risau kemaraan Anwar Ibrahim
yang dilihat dekat dengan kelompok SEPILIS.

Antara kemaraan SEPILIS dan Pendajal Negara, rakyat beragama Islam mengalami dilema memilih
parti yang bakal memerintah negara. Penderitaan rakyat pada hari ini memberi peluang cerah dalam
menumbangkan rejim. Tetapi ketakutan paling besar ialah keluar mulut harimau masuk pula ke dalam
mulut buaya.

Kesimpulan

‘Katakan TIDAK kepada SEPILIS’.

134

SEPILIS suatu faham yang boleh mempengaruhi worldview dan framework pemikiran kita dalam
memahami dan bertindak terhadap isu atau perkara yang didepani. Memahami dan bertindak tanpa
celupan Islam bermakna Islam bukan TUNJANG utama pemikiran dan tindakan kita.

SEPILIS adalah satu proses pembaratan yang menghilangkan Tuhan dan Islam sebagai Addin
dalam Alam Fikir kita oleh kelompok SEPILIS dengan pelbagai cara. Akal dan nafsu manusia yang
terkandung dalam faham SEPILIS menghakis kefahaman dan pengamalan beragama kita. Sekaligus
mengecilkan peranan Tuhan dalam kehidupan.

135

Bab 10
REHLAH BAKAL ULAMA DI TAMAN PERBUKUAN

‘Permulaan perjalanan dinamakan fitrah. Akhir perjalanan dinamai Islam. Fitrah, mereka senantiasa mencari hubungan dengan
Yang Menjadikannya; sampai dia berjumpa, sampai dia menyerah [Islam]’

– Buya Hamka, Falsafah Ketuhanan.

Manusia tidak puas mencari identiti diri melalui pengembaraan spritual dan pengalaman hidup
mereka. Mereka mengembara mengeliling dunia untuk mencari ‘apa’, ‘bila’, ‘bagaimana’, ‘kenapa-
mengapa’ dan ‘siapa’. Mereka belajar sampai ke peringkat tertinggi-PhD untuk mencari ‘apa’ dan
‘mengapa-kenapa’. Pencarian memerlukan titik akhir untuk berhenti membuat keputusan iaitu tunduk
dan menyerah kepada Allah, Tuhan Yang Hak melalui Islam yang bersumberkan al Quran dan Sunnah
Rasul-Nya.

Manusia memerlukan Tuhan. Jika mereka tidak bertuhan, mereka akan mempertuhankan diri
mereka sendiri yakni mengikuti kehendak akal-nafsu mereka sendiri. Fitrahnya manusia tidak boleh
menjadi Tuhan kerana diri mereka penuh keraguan, kelemahan-sakit dan mati, pertimbangan tidak
selaras-pragmatik, mengikut sesuka hati dan berdasarkan kefahaman sendiri. Manusia menjadi Tuhan
diibarat cerita mitos Yunani-Greek, cerita para Dewa mereka yang hidup sebagaimana manusia di bumi –
ada konflik, percintaan dan lain-lain. Oleh itu mereka perlu mencari tuhan sama ada mencari Tuhan yang
baru atau Tuhan yang dibakai dan dipusakai oleh ibubapa mereka kepada mereka. Mencari Tuhan
sewajarnya dengan ilmu dan berdasarkan sumber ilmu yang benar dan jelas.

Pencarian Tuhan melalui ilmu mengambil masa yang panjang, maka bersabarlah. Penulis
mencadangkan pengkajian al Quran yang mempunyai rahsia ketuhanan perlu dilakukan. TIADA TUHAN
SELAIN ALLAH adalah kunci utama untuk seseorang manusia bertemu Tuhan Yang Hak dengan secepat
mungkin. [Surah al Hashr: 22. Surah al Baqarah: 255. Surah al An’am: 59. Surah al Mulk: 2-3. Surah al
Fatihah: 1-7. Surah al Ikhlas: 1-4. Surah Luqman: 29-30].

Menzalimi Diri Sendiri

Manusia gagal memahami faham keadilan yang sebenar sehingga menyebabkan mereka menzalimi diri
mereka sendiri. Mereka terlalu sombong, buruk sangka, dengki, angkuh dan ego untuk menerima ilmu

136

yang diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana sombong, angkuh dan egonya Iblis untuk tunduk kepada
Adam. Iblis tahu kebenaran tetapi sifat mazmumah menguasai dirinya sehingga menolak perintah Allah.

Kebudayaan Barat melihat keadilan menjadi dasar akhlak dan budipekerti berpunca daripada
negara dan masyarakat. Syed Muhammad Naquib al Attas menyatakan, bagi Islam, keadilan yang pertama
sekali berpunca pada diri sendiri: seseorang melakukan keadilan atau kezaliman terhadap diri mereka
sendiri.

Faham keadilan dalam diri seseorang berpunca daripada ayat Surah al A’raf: ayat 172 dimana
berlakunya Perjanjian Fitrah [Sayyid Qutb] atau Perjanjian Asali [al Attas] atau seringkali diperbincangkan
dalam Tauhid Rububiyyah. Seorang manusia telah mengangkat saksi sebelum dizahirkan99 sebagai insan
agar terikat dan akur dengan Perjanjian Fitrah di alam ghaib tersebut. Jika seseorang manusia mungkir
janji perjanjian di Alam Roh tersebut, ini bermakna manusia tersebut menzalimi diri sendiri.

Manusia pertama mengunakan perkataan ‘zalim’ ialah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Mereka telah
menzalimi diri mereka sendiri [Surah al A’raf: 23]. Pengikut-pengikut Nabi-Rasul terdahulu juga ramai
menzalimi diri [Surah al Baqarah: 54] apabila ingkar arahan Allah SWT.

Al Quran menyifatkan orang jahat, kafir dan salah sebagai orang yang zalim terhadap diri sendiri.
Manakala orang yang benar dan baik yang beriman ialah orang yang adil terhadap dirinya.

Manusia Memerlukan Keyakinan

Manusia mempunyai sifat keraguan, kesangsian dan suka mencipta persepsi terutamanya dalam
persoalan ketuhanan. Walaupun mereka percaya adanya Tuhan tetapi hati mereka masih tidak tenang
sebagaimana diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS, ‘Ya (aku percaya) akan tetapi agar hatiku menjadi
tenang’[Surah al Baqarah: 260].

99 Allah SWT mencipta manusia dengan fitrah mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT. Fitrah manusia sudah mentauhidkan Allah.

137

Kalimah Syahadah dan Solat

Kita mesti kembali menyakini Islam melalui kalimah syahadah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, NABI
MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

Ilmu tauhid dan solat merupakan dua perkara yang paling adipenting dalam kehidupan. Dua
perkara ini adalah tunjang pengabdian kepada Allah SWT.

Sehebat atau seagung mana kita tetapi tidak mengenali dan mendekati Allah serta tidak solat
menyebabkan amalan kita menjadi sia-sia dan tidak berguna. Dua perkara ini adalah hakikat tauhid yang
perlu kita ada dalam mendepani dunia pada hari ini.

Menurut Sayyid Qutb, hakikat tauhid terbahagi dua iaitu dalam diri [iman] dan luaran iaitu
perundangan Islam yang membentuk suasana tauhidik dalam masyarakat dan negara. Tauhid membersih
jiwa daripada sifat keraguan dengan menambahkan darjah keyakinan bertuhan dan memperelokkan
akhlak. Manakala negara dan pemerintah Islam perlu yakin sepenuhnya bahawa fungsi negara ialah
mencipta suasana tauhid melalui pelbagai pendekatan termasuk kewujudan perundangan Islam.

Niat Yang Lurus dan Benar

Segala amalan itu berdasarkan kepada niat, setiap orang memperolehi sesuatu perkara atau kehendak
mereka mengikut apa yang ia niatkan.

Ulama menyatakan niat sebahagian daripada ibadat yang kita lakukan.

Niat perlu menghasilkan tujuan yang baik bukannya batil. Luruskan niat kita dalam setiap perkara.

Niat yang baik tidak menjamin kesempurnaan sesuatu amalan jika dilakukan dalam kejahilan atau
tanpa ilmu yang benar daripada Allah dan Rasul-Nya. Justeru, penambahan dan pencarian ilmu yang benar
itu adalah tugas hakiki seseorang manusia selain beramal dengan ilmu tersebut.

Kejernihan Pandangan Alam Dan Lampu Tanzil

‘Telah aku tinggalkan untuk kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat (buat selama-lamanya)
selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al Quran dan Sunnah Rasul-Nya’ [Riwayat
Muwatta’ Imam Malik]

138

Tanpa Lampu Tanzil para Rasul, kita akan gagal mengenal Allah, kita hilang keyakinan dan
menambah keraguan dan kekeliruan. Wan Mohd Nor Wan Daud menyatakan, ‘tanzil menyinari Sifat dan
kaitan-Nya dengan ciptaan’ dalam mengenal Allah.

Sebagamana solat, setiap aspek kehidupan manusia mesti dimulai dengan kalimah Allah dan
diakhiri dengan kalimah Allah. Dengan Allah, caranya ialah mengikut al Quran dan Rasul-Nya.

Al Quran ditanzilkan untuk menyinari kehidupan manusia yang penuh keraguan dalam bertuhan.
Dengan al Quran dan Rasul-Nya, barulah kita dapat mengenal Allah.

Pemahaman terhadap al Quran dilakukan secara holistik bukannya selektif berdasarkan
kepentingan dan pandangan yang menyokong hujah kita sahaja. Al Quran perlu diterima tanpa sedikitpun
penolakkan terhadapnya.

Bertegas Bab Aqidah

Aqidah-tauhid-usuludin merupakan ilmu yang wajib dilumati oleh setiap penganut agama Islam yang taat
kepada Allah dan Rasul-Nya. Maaf, tiada kompromi bab aqidah.

Tokku Paloh mentakrifkan tauhid, ‘makna tauhid itu, kita mengi’tiqadkan ke-Esa-an Allah SWT
pada zat-Nya dan pada sifat-Nya dan pada af’al-Nya akan sebagai i’tiqad yang jazam (teguh) sekira kira
tiada diihtimalkan(dikandungi) syak dan waham dan zhan’100

Tauhid sangat berkaitan dengan darjah keimanan atau keyakinan seseorang muslim. Keyakinan
kita tidak cukup dengan lafaz tetapi wajib ditusuk kemas ke dalam hati dan diamalkan melalui perlakuan
serta penolakkan segala buah pemikiran manusia yang bertentangan dengan Islam.

Memahami Islam

Semua orang Islam perlu memahami101:

1. Bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap merangkumi seluruh kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan
negara. Justeru, kita perlu bersedia membetulkan aqidah, ibadah, akhlak dan semua perkara agar selaras dengan
kehendak al Quran dan al Sunnah.

100 Tokku Paloh, Ma’arif al Lahfan ila Haqa’iq al-Irfan dlm. Zaidi Abdullah, Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah.
101 Harun Taib, Fiqhul Amal Islam, dlm. Manhaj Daurah Tadribiyyah, KT: LTP PAS Terengganu, 2010.

139

2. Umat Islam hendaklah memahami al Quran, al Sunnah, al-ijma’ dan al Qias yang merupakan sumber rujukan Islam.
Setiap pendapat dan pandangan yang bertentangan dengan sumber-sumber (khususnya al Quran) perlu dibatalkan dan
tidak perlu dipatuhi.

3. Pendapat seseorang pemimpin (termasuk ulamak) yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber ini perlu dihormati
dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.

4. Perselisihan pendapat dan pandangan dalam masalah cabang atau furu’ adalah boleh dan tidak dapat dielakkan.
Sesiapa yang tidak mampu dan tidak mencapai martabat membuat ijtihad, boleh mengikut pandangan ulama-ulama
muktabar. Jangan sesekali menjadikan perselisihan pendapat dan pandangan ini sumber atau punca perbalahan.

5. Tidak boleh mengkafirkan orang yang mengucapkan kalimah syahadah.

Peranan Ibubapa

Anak umpama kain putih, ibubapa berperanan mencorakkannya. Ibubapa perlu merapati anak-anak
secara kebersamaan dalam aktiviti keluarga termasuk solat berjemaah, majlis bacaan hadith sebelum
tidur, solat witir berjemaah sebelum tidur, mengikuti aktiviti dakwah seperti Jemaah Tabligh, menasihat
atau memberitahu peta pendidikan atau harapan ibubapa kepada anak-anak.

Kita perlu mendidik anak-anak menjadi insan soleh. Tanda aras paling besar seorang anak soleh
ialah mendoakan ibubapanya semasa hidup dan mati. Menyedekah atas nama ibubapanya dan menjaga
ibubapa ketika tua. Tanggungjawab yang sukar dan berat.

Ibubapa perlu merancang pelan pendidikan masa depan anak-anak supaya kita melahirkan anak-
anak yang hidup berjasa kepada Allah, Rasul-Nya, agama Islam dan umat Islam.

Orang Beriman Sebagai Mukallaf.

Orang baligh serta cukup syaratnya dikenali sebagai mukallaf. Mukallaf bermaksud orang yang telah
dipikulkan tanggungjawab keagamaan Islam ke atas dirinya.

Seorang mukallaf, dosa atau pahala di atas tanggungjawab mereka sendiri. Begitu juga matlamat
ke syurga atau neraka bergantung amalan yang dilakukan.

Seorang mukallaf, akalnya adalah sedar. Tidak diselimuti oleh kegilaan, ketidaktahuan dan
kelemahan seperti mengantuk. Apabila akal itu sedar, manusia akan berfikir secara tenang.

Seorang mukallaf yang baik wajib berusaha menjadi orang beriman dan berakhlak mulia. Amalan
baik perlu dilakukan secara istiqamah dan mengikut kemampuan diri.

140

Ketertanggungjawaban seseorang pada dirinya bukanlah pada organisasi/institusi yang diwakili
kecuali seseorang itu berpakat atau sudah menjadi dasar sesebuah organisasi, kumpulan dan institusi
dalam menangani sesuatu isu.

Jika seorang ulama bermulut celupar, kita tidak perlu segera menyalahkan orang lain dan institusi
yang diwakilinya. Ulama tersebut perlu dipersalahkan dengan tidak mengikuti akhlak mereka (bukan tidak
mengikuti ilmu mereka) dan tidak perlu menghina atau menghentam mereka.

Ulama Semakin Pupus

‘Nak cari 10 orang kaya dalam sebuah kampung sangat ramai, nak cari seorang ulama dalam 10 buah
kampung belum tentu ada’ – Tuan Guru Ahmad Awang Kampung Nibong.

‘Islam belum tentu Islamik, lulusan agama belum tentu beragama. Begitulah sebaliknya. Paling penting
kedua-duanya perlu seiring dan saling memerlukan sebagaimana fungsi kedua-dua belah kaki’.

Anak yang cerdik dihantar ke Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasarama Penuh dan sekolah
elit nan hebat tetapi anak yang kurang cerdik dan bermasalah dihantar ke sekolah agama, madrasah dan
pondok. Begitulah nasib agama pada akhirnya zaman apabila ulama yang dihasilkan hilang hikmah
(terutamanya dalam pendekatan dakwah dan akhlak) walaupun tinggi ilmunya.

Lulusan agama yang tidak bijak, malas, tidak bersemangat, cetek pemikiran, buruk akhlak, tidak
dapat menyelesaikan permasalahan masyarakat, malas membaca terhasil akibat daripada kesalahan
ibubapa dan sistem pendidikan yang melambak anak-anak kurang genius dan bermasalah di sekolah aliran
agama.

Pada hemat saya, ulama yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Ahmad Awang Kampung Nibong,
Terengganu ialah ulama rabbani, mujtahid dan murabbi bukan setakat lulusan agama sahaja. Ramai
lulusan agama (bahkan ada yang hafiz al Quran) zaman ini hilang adab-akhlak, menyalah-gunakan Islam
[untuk kepentingan diri, ekonomi dan politik], terjerumus dalam kecelaruan ilmu [liberalis-sekularis-
pluralis] dan menentang Islam.

Agama Islam sudah menjadi satu bidang kerjaya, menjual agama untuk keuntungan diri dan dunia
selebriti oleh para lulusan agama bukan lagi menghidupkan Islam dalam masyarakat setempat. Lulusan
agama bukan lagi pemimpin masyarakat tetapi peludah agama yang mengotorkan Islam dengan

141

keburukan adab-akhlak dan pendekatan tidak berhikmah. Islam sudah menjadi barang jualan untuk
melakukan produk dan ‘lidah’ mereka.

Islam menjadi bahan fitnah disebabkan kejalangan para lulusan agama yang bertebaran dalam
bidang politik, perniagaan dan bidang agama itu sendiri seperti perundingan motivasi. Hujah-hujah Islam
dipergunakan untuk menghalalkan matlamat keuntungan duniawi mereka.

Ada kalangan lulusan agama hidup menjual agama melalui ilmu dan ketersohoran guru mereka.
Kadangkala ‘guru kami berkata’ melebihi sabdaan Nabi Muhammad SAW.

Kita mesti sayang ulama. Sayang kita jangan sampai mereka menyekeh akal kita daripada sinar
kebenaran. Para ulama adalah penyampai dan petunjuk ajar. Mereka tidak maksum. Justeru, kita sebagai
umat Islam WAJIB menjadi penuntut ilmu sepanjang zaman/hidup WAJIB mengiringi pandangan para
ulama dengan pengkajian sendiri terhadap al Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Belajar daripada ramai guru
dan pelbagai aliran pandangan serta belajar adab dengan hormat menghormati perbezaan pandangan
antara ulama.

Imam Malik berkata, ‘belajarlah adab sebelum ilmu’. Ibnu Saad berkata, ‘belajar kamu sifat
lembut/sopan santun sebelum ilmu’. Adab menyelamat diri kita daripada ketinggian ilmu yang
mengkhayalkan kita sehingga jauh daripada adab dengan Allah, manusia dan alam sekitar. Beradablah
sebelum berilmu sebagaimana Rasulullah SAW beradab/akhlak sebelum menerima wahyu daripada Allah
SWT.

Kekuatan Seorang Penuntut Ilmu

‘Ilmu pengetahuan tidak tercapai selain dengan merendahkan diri dan penuh perhatian’- Imam al Ghazali.

Sistem pengajian, sifat rajin dan suka membaca, suka belajar termasuk bertalaqi, budaya ilmu di
tempat belajar dan guru berwibawa adalah pembentuk utama diri seorang penuntut ilmu. Walau
bagaimanapun, asas penting sebenarnya ada dalam diri penuntut ilmu itu sendiri iaitu [1] budaya cintakan
ilmu, [2]gemar-gila membaca, [3]sering muzakarah dengan ulama, [4] mempunyai sahabat dan kumpulan
diskusi ilmu, [5]mengembara-berorganisasi dan [6]pengetahuan-kemahiran bahasa lebih daripada dua
bahasa dikala Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris adalah WAJIB menguasai.

Di bawah, kita melihat kekuatan dan tauladan yang ada pada beberapa orang tokoh terpilih.

142

Tokoh Kekuatan Dan Tauladan
Buya Hamka 1. Berbahasa Arab dan Bahasa Belanda
2. Gemar membaca dan menulis
Tuan Guru Harun Taib 3. Mengembara
4. Mendapat pendidikan di Mekah
5. Gemar masuk muzium
1. Suka membaca dan membeli buku
2. Membaca buku pelajaran dan talaqi di luar waktu
pembelajaran dan membaca buku haraki dalam dewan kuliah.
3. Pendidikan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal
Abidin, Universiti Islam Madinah dan Universiti al Azhar (MA
dan hampir mendapat PhD tetapi tesis tak sempat hantar
ekoran bertanding dalam pilihanraya)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 1.Mendapat pendidikan dalam tradisi pengajian pondok (Tok
Dr Sheikh Muhammad Afifi Alkiti Kenali) dan tradisi pengajian Islam deobandi (Tuan Guru Haji
Abbas Bin Ahmad dan Ustaz Abdullah Ahmad).
2. Lebih 10 tahun menuntut ilmu
3. Suka membaca
4. Selepas Darul Ulom Deoband, pengajian tafsir di Pakistan
kemudian sarjana muda bahasa Arab dan sarjana perundangan
di Universiti al Azhar.
5. Beliau hasil gabungan tradisi keilmuan, pondok, madrasah
dan al azhar.
1. Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.

2.Menyambung di beberapa pondok sekitar Indonesia,Maghibi
dan Syria. Melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfast
(Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di Universiti Queen).
Meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor
falsafah di Universiti Oxford.

3.Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai
ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan yang
besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah
kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah
Sains.Bermula dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah
biasiswa untuk melanjutan pengajian beliau ke tahap yang
lebih tinggi.

143

Dr Wahbah Zuhaily 4.Ketika mana menuntut di Universiti Oxford, beliau telah
mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah
Arab Pertengahan (Medieval) sebagai seorang cendekiawan
Clarendo pada tahun 2008. Bidang kepakaran beliau ialah
dalam bidang Teologi Islam, Sejarah dan Sains.

5.Hasil tesis yang begitu mengkagumkan telah diletakkan
dalam kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus
Madnun, dipersembahkan kepada teologis islam termasyur,
Imam Ghazali(d,505,1111). Ianya memerlukan usaha yang
begitu gigih dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab
zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian
beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dan hasil
kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada
metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

6.Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli
falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya
berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah
dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak
beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.

7.Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan
satu kelebihan buat beliau untuk berkomunikasi dengan
pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah
bahasa Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani dan Perancis.
1. Mendapat thanawi.
2. Beliau menyambung pengajian ke Mesir. Beliau belajar di
beberapa kuliah (fakulti) dan di beberapa universiti pada waktu
yang sama. Namun secara
khususnya, beliau mempelajari di Universiti al Azhar dalam dua
Kuliah iaitu Syari’ah dan Lughah Arabiah.
3. Begitu juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang
di Universiti ‘Ain Syams.
4. Beliau mendapat sijil seperti berikut :
i. Sijil Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah
Syariah, Universiti al Azhar tahun 1956. Kedudukannya ialah
tempat pertama dari keseluruhan pelajar.

144

ii. Ijazah Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan
daripada Kuliah Lughah Arabiah, Universiti al Azhar tahun
1957.
iii. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada
peringkat Master dan pada tahun 1959 beliau memperoleh
Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq (Undang
undang)
iv. Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk
mencapai Ph.D pada tahun 1963

5. Akhirnya Syeikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula.

Prof Dr Syed Muhammad Naquib al 1. Suka membaca pada zaman remaja terutamanya semasa

Attas tinggal bersama bapa saudaranya di Johor. membaca maktutat

persuratan dan sejarah Melayu.

2. Belajar di Barat, di markaz orientalis, didanai oleh Barat dan

di bawah seliaan orientalis.

3. Minat pengkajian falsafah, sejarah, manuskrip lama, sains,

pendidikan, kesenian-khat dan senibina.

4. Memahami pemikiran dan kebudayaan Barat

5. Gemar menulis buku.

6. Menimba pengalaman ketenteraan di Akademi Tentera

Diraja Sandhurst. Sarjana Muda UM, kemudian MA di

Universiti McGill, Kanada. Dan SOAS di Universiti London

dalam PhD dengan pengkhususan falsafah Islam, ilmu kalam

dan tasawuf.

Prof Diraja Ungku Aziz 1. Gemar membaca

2. Menguasai beberapa bahasa. Antaranya bahasa Inggeris,

Jepun dan Sepanyol.

3. Menyukai belajar bahasa asing.

4. Belajar di Universiti Waseda Jepun peringkat Ma dan PhD.

5. Meminati bidang ekonomi dan kebudayaan

6. Fokus kepada pentadbiran organisasi seperti DBP, Universiti

Malaya, ANGKASA dan Tabung Haji.

Prod Dr Syed Husein Alatas 1. Suka membaca

2. Pengkajian dan perjuangan melawan rasuah dan masyarakat

negara membangun.

3. Belajar sarjana muda, MA dan PhD dalam bidang sosiologi di

Universiti Amsterdam, Belanda selama 10 tahun.

145

Maulana Muhammad Asri 1. Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3.
Pendeta Za’ba 2. Kemudian ke India menghafal al-quran di Darul Ulum
Dr Yusuf al Qaradhawi Deoband kemudian pulang ke Kelantan dan belajar di
Madrasah Al-Diniah al-Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh.
3. Beliau kembali ke india pula menuntut di Nadwatul Ulama,
Lucknow kemudian ke Pakistan belajar daurah hadith di Jamiah
al-Ulum al-Islamiah, Karachi.
1. Menguasai Bahasa Arab Klasik dan Sastera Bahasa Inggeris
serta Bahasa Belanda.
2. Gemar membaca dan mengembara
3. Mementing ilmu bahasa, perubahan pemikiran orang
Melayu dan kemiskinan luar bandar.
4. Gemar menulis.
1.Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10
tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan
sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki
Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan
dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53.
Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti
Bahasa Arab pada tahun 1954.

2.Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi

yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-

Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau

memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah

fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam

Penyelesaian Masalah Sosial).

Dr Mohamad Said Ramadhan al 1. Mendapat pendidikan awal daripada para ulama seperti

bouti Hassan Habannakah

2. Belajar Sarjana Muda Syariah di Universiti al Azhar. Diploma

Pendidikan di Fakulti Bahasa Universiti al Azhar. Ma dan Phd di

Universiti al Azhar dalam bidang syariah.

Dr Sayyed Hosein Nasr 1. Sebelum pindah ke Amerika untuk belajar formal ilmu

moden pada umur 13 tahun, Nasr memperoleh pendidikan

tradisional di Iran. Pendidikan tradisional ini diperoleh secara

informal dan formal. Pendidikan informalnya dia dapat dari

keluarganya, terutama dari ayahnya. Sedangkan pendidikan

tradisional formalnya diperoleh di madrasah Teheran. Selain

itu oleh ayahnya dia juga dikirim untuk belajar di lembaga atau

146

madrasah pendidikan di Qum yang diasuh Allamah
Thabathaba‟i untuk belajar filsafat, teologi dan tasawuf. Ia juga
diberi pelajaran tentang hafalan al-Quran dan pendidikan
tentang seni Parsi klasik.

2. Obsesi Valiullah Nasr agar Hossein Nasr menjadi orang yang
memperjuangkan kaum tradisional dan nilai-nilai ketimuran
dimulai dengan memasukkkan Hossein Nasr ke Peddie School
di Hightstown, New Jersey lulus pada tahun 1950. Kemudian
melanjutkan ke Massacheusetts Institute of Technology (MIT).

3. Di MIT, beliau memperoleh pendidikan tentang ilmu-ilmu
fizik dan teori matematik di bawah bimbingan Bertrand Russel
yang dikenal sebagai seorang filosof moden. Nasr banyak
memperoleh pengetahuan tentang filsafat moden.

4. Selain bertemu dengan Bertrand Russel, Nasr juga bertemu
dengan seorang ahli metafisika bernama Geogio De Santillana.
Dari kedua ini Nasr banyak mendapat informasi dan
pengetahuan tentang filsafat Timur, Khususnya yang
berhubungan dengan metafizika. Dia diperkenalkan dengan
tradisi keberagamaan di Timur, misalnya tentang Hinduisme.
5.Selain itu Nasr juga diperkenalkan dengan pemikiran-
pemikiran para peneliti Timur, diantaranya yang sangat
berpengaruh adalah pemikiran Frithjof Schuon tentang
perenialisme. Selain itu juga berkenalan dengan pemikiran
Rene Guenon, A. K. Coomaraswamy, Titus Burchardt, Luis
Massignon dan Martin Lings

5.Pada tahun 1956 Nasr berhasil meraih gelar Master di MIT
dalam bidang geologi yang fokus pada geofizik. Belum puas
dengan hasil karyanya, beliau merencanakan untuk menulis
desertasi tentang sejarah ilmu pengetahuan dengan
melanjutkan studinya di Harvard University. Dalam menyusun
disertasinya Nasr dibimbing oleh George Sarton. Akan tetapi
sebelum disertasi ini selesai ditulisnya, George Sarton
meninggal dunia, sehingga Nasr mendapatkan bimbingan
berikutnya oleh tiga orang professor, yaitu Bernard Cohen,
Hammilton Gibb dan Harry Wolfson. Disertasi ini selesai

147

Maulana Abul Hassan Ali an Nadwi dengan judul “Conceptions of Nature in Islamic Thought” yang
Dr Wan Mohd Nor Wan Daud kemudian dipublikasikan oleh Harvard University Press pada
tahun 1964 dengan judul “An Introduction to Islamic
Cosmological Doctrines”. Dengan selesainya disertasi ini Nasr
mendapat gelar Philosophy of Doctor (Ph.D) dalam usia yang
cukup muda yaitu 25 tahun tepatnya pada tahun 1958.
1. Gemar membaca dan mengumpul buku. Dan mempunyai
sudut bacaan sendiri dikenali Maktabah Abu al Hassan Ali.
2. Belajar Bahasa Arab dan pengajian hadith di Nadhwah
Ulama.
3. Memasuki Universiti Lucknow dalam Sastera Urdu.
4. Beliau belajar secara mengembara dan berguru. Tinggal
beberapa bulan di Darul Ulum untuk belajar kitab Sunan al
Tirmizi dan Sahih Bukhari dengan Maulana Husain Ahmad
Madani. Belajar dengan Syeikh Aizaz Ali dalam tafsir.
1. Gemar membaca
2. Bergiat dalam aktiviti berpersatuan dan mendapat sentuhan
gerakan Islam haraki
3. Sarjana Muda Sains (Kajihayat), MA (kurikulu dan
Pengajaran) dari Universiti Northern Illinios dan PhD dari
Universiti Chicago dalam pengajian Islam.

Dr Fazlur Rahman 1. BA dan MA dalam Pengajian Arab di Universiti Punjab. PhD
Dr Ismail al Faruqi dalam bidang pengkajian Ibnu Sina di Universiti Oxford.
Dr Syamsudin Arif 2. Mahir dalam bahasa Arab, Yunani dan Latin
1. BA di Universiti Amerika, Beirut, Lebanon. Phd di Universiti
Indiana, Amerika. Pengajian lepasan ijazah di Universiti al
Azhar dan Universiti McGill, Kanada.
2. Pakar dalam bidang Islam, Kristian dan judaisme.
1. BA dalam Komunikasi UIA, MA dan Phd di ISTAC dalam
pengkajian ibnu Sina. Phd kedua di Orientalisches Seminar,
Universiti Frankfurt, Jerman.

Pentingnya pelajar pintar dan rajin dihantar ke luar negara untuk dilatih menjadi ulama.
Pengkaderan ulama pelapis dalam kalangan pelajar pintar perlu menjadi keutamaan apabila kalangan
lulusan agama sejak akhir-akhir ini kurang berkualiti dan tidak mahu menjadi ulama. Hanya bangga
seronok dan senang sebagai kakitangan kerajaan.

148

Pelajar pintar tadi perlu ditaja dan didana kehidupan mereka agar diri bersedia hanya untuk
belajar bukannya menghadapi masalah kewangan. Kita mempunyai ramai pelajar pintar dalam pengajian
Islam tetapi kekurangan dana kerajaan, pihak swasta dan ibubapa menghalang pelajar pintar tadi
meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kesannya mereka mencari kerja dan pengajian sarjana
dan PhD hanya ditekuni oleh pelajar yang mampu, ada dana dan rajin sahaja tetapi kurang pintar.

Tokoh-tokoh terdahulu mempelbagaikan tradisi keilmuan mereka berdasarkan sistem pengajian,
guru dan tempat belajar. Ada mempunyai tradisi pengajian pondok, tradisi pengajian deobandi dan tradisi
pengajian al Azhar. Kepelbagaian tradisi keilmuan ini bukan sahaja memantapkan ilmu tetapi mendidik
sikap keterbukaan dalam mendepani khilaf sesama ulama.

Tokoh-tokoh terdahulu juga paling kurang berada 10 tahun di luar negara atau lebih di sesebuah
tempat belajar. Perkara ini menunjukkan keazaman dan kerajinan mereka menuntut ilmu untuk menjadi
orang yang alim dan pakar.

Seorang penuntut ilmu perlu matang dari usia [20 tahun], ilmu dan pengalaman. Belajar ketika
usia muda yang tidak matang merupakan belajar yang diselimuti dengan kehendak akal-nafsu yang
bersifat main-main. Usia dan pengalaman yang matang membolehkan seseorang itu lebih bersemangat
dan serius untuk menuntut ilmu. Matang dari segi ilmu dan usia serta pengalaman penting jika kita hendak
belajar ke luar negara agar tidak mengalami kejutan budaya. Kebanyakan ulama dulu sudah alim sebelum
ke luar negara selepas selesai pengajian di pondok. Jika hendak belajar di Barat, iman kena kuat dan diri
kena matang agar tidak dipengaruhi oleh pemikiran orientalis yang tak beriman dan tak bersunat.

Ulama perlu menguasai ilmu dunia. Ulama mesti menguasai pengajian sains sosial dan sains
kemanusiaan. Manusia terbaik ialah orang paling bertaqwa dan ingat mati. Mereka mengimbangi antara
kehendak dunia dan akhirat. Dalam setiap perkara, akhirat didahulukan. Selepas berada dalam sistem
pengajian Islam, bakal ulama boleh menyambung pelajaran dalam pendidikan moden seperti dalam
bidang antropologi dan sosiologi, psikologi, sejarah dan sains. Seorang ulama perlu memahami pemikiran
dan kebudayaan Barat dengan terperinci bagi membalas hujah-hujah pemikir Barat. Bacaan seorang
ulama daripada sumber rujukan asal para pemikir tersebut.

Ulama wajib menulis selain mengajar. Menulis buku syarah dan menterjemahkan kitab-kitab lama
dari bahasa asing sangat penting dalam memandaikan umat Islam.

149

Tempat Belajar

Pondok/Madrasah Sekolah Thanawi Universiti Madrasah Luar
Negara
Pondok Lubok Tapah Kolej Islam Klang (KISAS) Kuliyyah Sultan Abu Universiti al Azhar
Bakar Pahang Pondok Modern
Pondok Pasir Tumboh SMAP Kajang Universiti Kaherah Darus Salam
SMA(A) Sultan Zainal Gontor
Pondok Haji Salleh Musa, SM IMTIAZ Abidin, Batu Burok Universiti Darus
Terengganu. Salam (UNIDA), Madrasah di
Sik Gontor Afrika Selatan
Maahad Darul Quran
Maktab Mahmud Rusila Universiti Ibnu Madrasah Hayrat,
Khaldun, Indonesia Turki
Maahad Tarbiyyah Kolej Darul Ulum
(KIDU) Universiti Nadwatul Madrasah
Islamiyyah, Derang Maahad Muhammadi Ulama, Lucknow Sulamaniyyah,
Turki
Madrasah Darul Kautsar Universiti Islam
Antarabangsa
Madrasah Sri Petaling Islamabad

Madrasah Kubang Bujok

Universiti Islam
Aligarh, India

Selepas Tahfiz di Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu. Sambung aliran Thanawi di Maahad Darul
Quran, Rusila atau Maahad Tarbiah Darul Iman, Batu Enam atau Kolej Darul Ulum (KIDU), Kuala Nerang
atau mana-mana institusi yang menyediakan aliran Thanawi..

Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama, Lucknow, India penting dalam Sarjana Muda
pengkhususan Bahasa dan ilmu-ilmu Syariah [4 Tahun]. Di sini, pelajar dapat belajar sastera Arab, talaqi
hadith, bahasa Urdu dan Parsi dan kepelbagaian budaya masyarakat di India.

150


Click to View FlipBook Version